Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, October 27, 2011

Soal Jawab Solat (Kitab Asal Makrifat)

Soal: Dari mana asal sembahyang lima waktu.
Jawab: Adapun tatkala masa Kawana Fayakawana itu jadi segala-gala nyawa dan seperti firman Allaha Taa’laya Alasata Baraba Kama ertinya Bukankah aku tuhan kamu. Maka jawab segala-gala nyawa Qoalawa Balaa Anata Rabanaa Wa Kholaqonaa ertinya Bahkan engkau tuhan yang menjadikan segala-gala kami serta sujudlah segala-gala nyawa ke hadrat tuhannya dengan lima kali sujud yang berwaktu. Maka itulah sebab menjadi wajib kita sembahyang lima waktu di dalam sehari semalam.

Soal: Dari mana keluar sembahyang lima waktu itu.
Jawab: Keluar daripada Al Hamada.

Soal: Bagaimana peraturannya.
Jawab: Keluar sembahyang Subuh itu daripada huruf Alif dan nabinya Adam, keadaan Subuh itu dua rakaat tubuh dengan nyawa dan cahayanya putih fajar sidiq. Dan keluar sembahyang Zhohor itu daripada huruf Lam dan nabinya Ibrahim, keadaan Zhohor itu empat rakaat dua mata dua telinga dan cahayanya putih kuning. Dan keluar sembahyang A’shar itu daripada huruf Ha dan nabinya Yunus, keadaan A’shar itu empat rakaat dua tangan dua lengan dan cahayanya kekuningan. Dan keluar sembahyang Maghrib itu daripada huruf Mim dan nabinya A’yasaa, keadaan Maghrib itu tiga rakaat dua lubang hidung satu mulut dan cahayanya merah. Dan keluar sembahyang A’shaa itu daripada huruf Dal dan nabinya Musa, keadaan A’shaa itu empat rakaat dua peha dua kaki cahayanya hitam. Wa Allaha Aa’lama.



Soal: Berdiri itu huruf apa dan ruku’ itu huruf apa dan sujud itu huruf apa dan duduk itu huruf apa dan apa anasirnya dan siapa sahabatnya dan apa malaikatnya dan apa martabatnya dan apa alamnya dan apa ruhnya dan apa sifatnya.

Jawab: Berdiri itu huruf Mim dan anasirnya tanah dan sahabatnya A’laya dan malaikatnya A’zara Yala dan martabatnya A’yana Al Yaqoyana dan alamnya Shahawata dan ruhnya ruhani dan sifatnya Kamala. Dan ruku’ itu huruf Ha dan anasirnya air dan sahabatnya A’tamana dan malaikatnya Asarafa Yala dan martabatnya A’alayama Al Yaqoyana dan alamnya Lahawata dan ruhnya jasmani dan sifatnya Jamala dan sujud itu huruf Mim akhir dan anasirnya angin dan sahabatnya A’mara dan malaikatnya Mayaka Yala dan martabatnya Haqo Al Yaqoyana dan alamnya Jabarawata dan ruhnya Adhofaya dan sifatnya Jalala. Dan duduk itu huruf Dal dan anasirnya api dan sahabatnya Abawa Bakara dan malaikatnya Jabara Yala dan martabatnya Kamala Al Yaqoyana dan alamnya Malakawata dan ruhnya Al Qodasa dan sifatnya Qohara.


Soal: Dimana keluar sembahyang Jamaa’ta itu.
Jawab: Iaitu tatkala berjimak Adam dengan Hawa di Padang Arafah maka itulah sebab jadi wajib kita sembahyang Jamaa’ta.


Soal: Apa sebab Jamaa’ta itu dua rakaat.
Jawab: Kerana Adam itu bersifat laki-laki dan Hawa itu bersifat perempuan.

Soal: Apa sebab sembahyang Jamaa’ta itu empat puluh orang.
Jawab: Kerana wajib bagi tuhan itu dua puluh sifat dan yang mustahil bagi tuhan itupun dua puluh, jumlah jadi empat puluh maka itulah jalannya jadi empat puluh orang wajib satu Jamaa’ta.

Soal: Apa sebab sembahyang tarawih itu dua puluh rakaat.
Jawab: Kerana kejadian segala manusia itu daripada dua puluh anasir iaitu empat daripada ibu, darah, daging, kulit, roma dan empat daripada bapa, otak, sendi, tulang, urat dan empat daripada malaikat, penglihatan, pendengaran, penciuman, perkataan dan empat daripada nabi, sayara, ruh, iman dan budi dan empat daripada tuhan, wujud, ilmu, nur, shahawada.


Soal: Apa sebab sembahyang witir itu yang pertama itu dua rakaat dan sembahyang witir yang kemudian itu satu rakaat.
Jawab: Witir yang dua rakaat itu kerana berkasihan Allaha dan Mahamada dan witir yang satu rakaat itu kerana turun noktah itu satu titik jua adanya. Wa Allaha Aa’lama.

Bab ini fasal jalan Sakarata Al Mawata maka apakala seorang hamba Allaha yang hendak kembali ke rahmat Allaha sekira-kira di dalam sehari semalam lagi maka dikurnia ia Allaha Taa’laya akan mereka itu suatu alamat iaitu terbuka pintu langit yang ketujuh. Maka ketahuilah kita dengan dalil Barakhona Qoalawa Anaa Lalaha Wa Ana Alayaha Rajaa’wana. Maka apakala sudah nyata alamatnya maka Wajaha Laha Khoshawaa’ dan tawadho kepada Allaha Taa’laya. Maka apakala sampai masa ajalnya iaitu berasalah lazat yang tiada terhingga-hingga akan lazatnya iaitu seribu kali lebih lazatnya daripada tatkala hendak keluar mani kita.

Maka di dalam lazat itu kembalilah nyawa kita ke rahmat Allaha dengan asyik yang tiada berhingga-hingga lagi Wa Allaha Aa’lama. Maka inilah zikir tatkala hendak Sakarata Al Mawata Yaa Raba Wa Ana A’bada Ya Aha Ya Aha Ya Aha Zaata Al Haqo ataupun Sabahana Wa Ahayada Al Qohara ertinya maha suci tuhan yang esa lagi yang berkuasa, ia jua yang bersifat kekerasan. Maka sebab yang berasa lazat itu kerana bertemu nur Mahamada itu dengan Zat Allaha. Wa Allaha Aa’lama.


Ana Shaa Allaha jangan diubah lagi daripada petua ini yang telah termahsyur daripada Walaya-walaya Allaha yang dahulu kala. Tamata.

Tuesday, October 25, 2011

Perihal Martabat Tujuh (Kitab Asal Makrifat)

Soal: Yang mana dinamakan martabat tujuh itu.

Jawab: Kenyataannya kepada alam yang tujuh iaitu pertama alam Malakawata dan kedua alam Jabarawata dan ketiga alam Lahawata dan keempat alam Shahawata dan kelima alam Ajasama dan keenam alam Misal dan ketujuh alam Insan.

Soal: Alam Malakawata itu ruh apa namanya dan alam Jabarawata itu ruh apa namanya dan alam Lahawata itu ruh apa namanya dan alam Shahawata itu ruh apa namanya dan alam Ajasama itu ruh apa namanya dan alam Misal itu ruh apa namanya dan alam Insan itu ruh apa namanya.

Jawab: Alam Malakawata itu Rawaha Al Qodasa iaitu Zat Allaha dan alam Jabarawata itu ruh Adhofaya iaitu nur Mahamada dan alam Lahawata itu ruh jasmani iaitu nabi Adam dan alam Ajasama itu ruh A’qolaya iaitu nyawa segala-gala akal dan alam Misal itu ruh Nabata yakni ruh segala-gala tumbuhan dan alam Insan ruhani iaitu yang bermimpi kepada waktu tidur segala-gala anak Adam. Wa Allaha Aa’lama.

Alam MalakawataQodarata, Alam JabarawataAradata, Alam LahawataA’lama, Alam ShahawataHayata, Alam AjasamaSamaa’, Alam Misal – Bashora, Alam Insan – Kalama

Alam MalakawataYaa QoharaKamayalaha ahli yang Kamayala Makamayala (Kamil Mukamil)

Alam JabarawataYaa GhonayaMaradhoyaha segala-gala wali Allaha

Alam LahawataYaa QoyawamaRadhoyaha segala anabaya Allaha

Alam ShahawataYaa HayaMatholamaanaha segala-gala nabi

Alam AjasamaYaa HawaLawamaha segala-gala malaikat

Alam Misal – Yaa AllahaMalamaha segala-gala mukmin yang soleh

Alam Insan – Laa Alaha Alaa AllahaAmaraha segala-gala syaitan

Maka itulah pakaian segala wali-wali Allaha yang dahulu kalanya. Ana Shaa Allaha mudah-mudahan mendapat pangkat dunia dan akhirat melayakan Allaha mereka itu dunia dan akhirat akan tetapi mahulah mengikut isyaratnya bagi petua guru-guru yang dahulu kalanya. Ana Shaa Allaha akan sempurnalah baginya dunia dan akhirat. Wa Allaha Aa’lama.

Maka adalah syarat segala-gala wali Allaha itu dua belas perkara. Pertama mengenal akan tuhan yang menjadikan segala-gala alam ini dan kedua mengenal akan kejadian diri kita ini dan ketiga taubat segala-gala dosa dan keempat diamalkan barang yang fardhu dan barang yang sunat dan kelima menghilangkan was-was syaitan dan keenam tiada berbuat aniaya kepada segala-gala hamba Allaha dan ketujuh tiada bersahabat dengan segala-gala maksiat dan kedelapan menghinakan dirinya dan kesembilan murah hatinya dan kesepuluh manis mukanya dan kesebelas redha hukum Allaha dan kedua belas sabar kepada tiap-tiap pekerjaan. Wa Allaha Aa’lama.

Sunday, October 16, 2011

Kembali Kepada Allaha Taa'laya (sambungan kitab Asal Makrifat)

Bab ini fasal ilmu usul tasawuf maka adalah jalan kita kembali kepada Allaha Taa’laya itu empat martabat pertama jalan syariat, kedua jalan thorikat, ketiga jalan hakikat, keempat jalan makrifat. Adapun asal syariat itu daripada tanah dan asal thorikat itu daripada air dan asal hakikat itu daripada angin dan asal makrifat itu daripada api.

Soal: Syariat itu tanah mana dan thorikat itu air mana dan hakikat itu angin mana dan makrifat itu api mana. Jawab: Syariat itu tanah Nawaranaya (nurani) dan thorikat itu air Maa Al Hayata dan hakikat itu angin Nafasa dan makrifat itu api Alaha Al A’zhoyama.

Soal: Apa erti tanah nurani dan apa erti air Maa Al Hayata dan apa erti angin Nafasa dan apa erti Alaha Al A’zhoyama. Jawab: Tanah nurani itu nur Mahamada, air Maa Al Hayata itu ruh Mahamada, angin Nafasa budi Mahamada, api Alaha Al A’zhoyama itu ialah Zat tuhan yang maha besar.

Soal: Syariat itu apa kepada kita dan thorikat itu apa kepada kita dan hakikat itu apa kepada kita dan makrifat itu apa kepada kita. Jawab: Adapun syariat itu ibarat tubuh dan thorikat ibarat hati dan hakikat itu ibarat nyawa dan makrifat itu ibarat sayara (rahsia).

Soal: Dimana makam syariat dan dimana makam thorikat dan dimana makam hakikat dan dimana makam makrifat. Jawab: Makam syariat itu kepada lidah dan makam thorikat itu kepada hati dan makam hakikat itu kepada nyawa dan makam makrifat itu kepada rahsia.

Soal: Syariat itu apa kepada Allaha dan thorikat itu apa kepada Allaha dan hakikat itu apa kepada Allaha dan makrifat apa kepada Allaha. Jawab: Syariat itu afaal Allaha dan thorikat itu asama Allaha dan hakikat itu sifat Allaha dan makrifat itu Zat Allaha.

Soal: Mana rupanya amal syariat dan mana rupanya amal thorikat dan mana rupanya amal hakikat dan mana rupanya amal makrifat. Jawab: Adapun amal syariat itu pembacaan lidah dan pekerjaan anggota tubuh dan amal thorikat itu zikir hati dan diketahui perjalanan nafas yang keluar masuk di dalam sehari semalam dua puluh empat ribu maka daripada perjalanan nafas itulah dijadikan perhitungan jam kerana kepada seribu nafas yang keluar masuk itu menjadi satu jam dan dua belas ribu kepada siang jadi dua belas jam dan dua belas ribu kepada malam jadi dua belas jam menjadi sehari semalam dua puluh empat jam. Wa Allaha Aa’lama. Dan amal hakikat itu khusyuk dan tawadho ertinya khusyu itu tiada lali hati kita kepada Zat Allaha dan ertinya tawadho itu menyerahkan diri kita kepada Zat Allaha beserta takut dan malunya. Dan amal makrifat itu senantiasa di dalam Masyahadaha adapun makna Masyahadaha itu memandang akan afaal Allaha dan memandang kepada segala-gala kekayaan Allaha dengan tiada lali kepada tiap-tiap siang dan malam.

Soal: Syariat itu kalimah apa dan thorikat itu kalimah apa dan hakikat itu kalimah apa dan makrifat itu kalimah apa. Jawab: Syariat itu kalimah Laa dan thorikat itu kalimah Alaha dan hakikat itu kalimah Alaa dan makrifat itu kalimah Allaha.

Soal: Berapa sifat yang terkandung di dalam kalimah Laa dan berapa sifat yang terkandung di dalam kalimah Alaha dan berapa sifat yang terkandung di dalam Alaa dan berapa sifat yang terkandung di dalam kalimah Allaha. Jawab: Akan datang peraturannya, Syariat – Laa 6, Awajawada, Qodayama, Baqo, Makholafaha, Qoyamaha, Wahadayata. Thorikat – Alaha 6, Samaa’, Bashora, Kalama, Samayaa’, Bashoyara, Matakalayama. Hakikat – Alaa 4, Qodarata, Qodayara, Aradata, Marayada. Makrifat – Allaha 4, Hayata, Haya, A’lama, A’alayama

Soal: Laa itu kalimah apa dan Alaha itu kalimah apa dan Alaa itu kalimah apa dan Allaha itu kalimah apa. Jawab: Laa itu kalimah nafi dan Alaha itu kalimah menafi dan Alaa itu kalimah isbat dan Allaha itu kalimah mengisbat.

Soal: Apa makna nafi dan apa makna menafi dan apa makna isbat dan apa makna mengisbat. Jawab: Makna nafi itu menolak daripada menduakan Allaha dan makna menafi itu yang menolak daripada iktikad hati kita dan makna isbat itu jazam yang putus dan makna mengisbat itu yang dijazamkan kepada Zat Waahayada Al Qohara yakni tuhan yang esa lagi bersifat kekerasan.

Soal: Laa itu makam apa dan Alaha itu makam apa dan Alaa itu makam apa dan Allaha itu makam apa. Jawab: Laa itu makam syariat dan Alaha itu makam thorikat dan Alaa itu makam hakikat dan Allaha itu makam makrifat.

Soal: Dimana kesempurnaan syariat dan dimana kesempurnaan thorikat dan dimana kesempurnaan hakikat dan dimana kesempurnaan makrifat. Jawab: Kesempurnaan syariat itu kepada afaal Allaha dan kesempurnaan thorikat itu kepada Asama Allaha dan kesempurnaan hakikat itu kepada Zat Allaha

Soal: Dimana mati syariat itu dan dimana mati thorikat itu dan dimana mati hakikat dan dimana mati makrifat itu. Jawab: Mati syariat kepada nur Mahamada dan mati thorikat kepada nafas Mahamada dan mati hakikat kepada ruh Mahamada dan mati makrifat kepada Nazhora Mahamada. Wa Allaha Aa’lama.

Soal: Ahadayata itu martabat siapa dan Wahadata itu martabat siapa dan Wahadayata itu martabat siapa. Jawab: Ahadayata itu martabat Zat Allaha dan Wahadata itu martabat nur Mahamada dan Wahadayata itu martabat Adam.

Soal: Allaha itu apa kepada Mahamada. Jawab: Allaha itu rahsia Mahamada.

Soal: Mahamada itu apa kepada Allaha. Jawab: Mahamada itu kekasih Allaha.

Soal: Adam itu apa kepada Allaha. Jawab: Adam itu afaal Allaha lagi dalil Allaha.

Soal: Adam itu apa kepada Mahamada. Jawab: Adam itu anak nur Mahamada dan seperti hadis nabi Anaa Baaba Al Rawaha Wa Adama Baaba Al Baashara ertinya nur Mahamada bapa segala-gala nyawa dan nabi Adam bapa segala-gala tubuh. Wa Allaha Aa’lama.

Thursday, October 6, 2011

Ashola Maa'rafayata (Asal Makrifat)


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Al Hamada Allaha Raba Al A’lamayana.


Dengan nama Allaha dahulu kepada tiap-tiap pekerjaan ia jua tuhan yang amat murah di dalam negeri dunia dan ia jua yang amat mengasihani kepada segala-gala hambanya di dalam negeri akhirat iaitu kepada segala orang yang mukmin, yang solih dengan berkat Sayada Al Marasalayana. Maka dikarang suatu kitab ini dengan bahasa Jawi iaitu supaya mengetahui asal kejadian segala-gala alam dunia ini dan mengetahui jalan kejadian diri kita ini dan mengetahui keadaan rahsia Zat Allaha dan sifat Allaha dan afaal Allaha dan asama Allaha. Ialah tuhan yang menjadikan segala-gala alam dunia ini maka inilah kitab yang bernama Ashola Maa’rayafata (Asal Makrifat) iaitu ibu daripada segala-gala kitab tasawuf yang sudah termahsyur daripada empat mazhab iaitu Shafaa’ya, Malayaka, Hanafaya, Hanabalaya iaitu mengikut jalan sahabat yang empat iaitu Abawa Bakara, A’mara, A’tamana, A’laya Karama Allaha Wajaha.
Dan tatkala masa belum jadi langit dan bumi dan belum jadi A’rasha dan Karasaya dan belum jadi Lawaha dan Qolama dan segala-gala alam pun belum lagi jadi iaitu awal pertama Zat Allaha Taa’laya jua yang ada di dalam ilmunya dan keadaannya itu awal tiada permulaan dan akhirnya tiada kesudahan dan sedia ia selama-lamanya dan kekal ia selama-lamanya dan bersalahan dengan segala-gala yang baharu dan berdiri ia sendirinya dan lagi esa zatnya dan esa sifatnya dan esa afaalnya dan esa asamanya dan berkuasa ia selama-lamanya dan berlaku ia sebarang kehendaknya dan tahu ia selama-lamanya dan hidup ia sendirinya dan ia jua yang amat mendengar lagi yang amat melihat dan berkata-kata sendirinya Kana Anaa A’bada Maa Raba yakni Jika aku jadi hamba mana tuhan aku. Maka tiada ada yang menyahut akan perkataan itu dan lagi firman yang telah disyarakkan oleh a’lama Kana Anaa Raba Maa A’bada yakni Jika aku jadi tuhan manalah hamba aku maka tiada yang menyahut.



Maka itulah martabat Laataqoyana namanya yakni tiada ada kenyataan maka berkehendaklah tuhan menyatakan dirinya ketuhanan itu iaitu menzahirkan qudrat iradatnya dan seperti hadis nabi Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Nawara Hababaya Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama iaitu kekasih dirinya. Maka Nur Mahamada itulah yang bernama sifat Jamala dan Zat Allaha itulah yang bernama sifat Jalala. Maka berdampinglah sifat Jalala dan sifat Jamala dan dibahasakan A’raba Kawana adapun makna Kawana jamak Nur Mahamada kepada Zat Allaha maka asyiklah keduanya dan mengasyik rindu merindu maka turunlah Naqotaha (noktah) yang setitik iaitu menjadi nyawa penghulu kita nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan melimpah kepada segala-gala nyawa nabi-nabi yang lain dan limpah kepada nyawa segala-gala awalaya dan anabaya dan limpah daripada nyawa anabaya itu jadilah nyawa segala mukmin yang solih dan segala-gala nyawa insan yang arif dan limpah daripada nyawa insan itu jadilah nyawa segala-gala malaikat dan limpah daripada nyawa malaikat itu jadilah nyawa segala-gala jin Asalama.



Dan limpah daripada nyawa jin Asalama jadilah nyawa segala-gala makhluk yang kafir dan jin kafir. Dan limpah daripada nyawa jin kafir itu jadilah nyawa segala-gala binatang. Dan limpah daripada nyawa binatang itu jadilah ruh tumbuh-tumbuhan iaitu ruh Nabata namanya. Dan limpah daripada ruh Nabata itu jadilah anasir yang empat perkara iaitu api, angin, air, tanah. Dan daripada asap api itu tuhan jadikan tujuh petala langit dan daripada wap api itu tuhan jadikan matahari dan bulan dan segala-gala bintang dan daripada buih air itu tuhan jadikan tujuh petala bumi dan daripada ombak air itu tuhan jadikan bukit dan pulau akan menjadi paku alam dunia ini. Maka itulah yang bernama Fayakawana (Fayakun) dan ibaratnya Kawana (Kun) itu tanam benih dan Fayakawana itu tumbuhlah benih yang ditanam itu menjadi penuhlah segala-gala isi alam dunia in. Demi Allaha Demi Rasawala itulah sebenar-benar alam suci makrifat namanya.


Maka barang siapa yang yang tiada percaya akan perkataan itu maka dijadikan Allaha Taa’laya orang itu kafir ia selama-lamanya dan barang siapa yang percaya maka ialah Asalama yang sebenar-benarnya lagi suci makrifatnya dan lagi fahamlah baik-baik kerana pengenal ini yang penghabisan martabat iaitu segala-gala nyawa kita ini anak daripada Nur Mahamada kerana hadis nabi Mahamada Baaba Al Arawaha ertinya Nur Mahamada itu bapa segala-gala nyawa dan Zat Allaha itu ibu segala-gala nyawa dan nabi Adama Baaba Al Bashara ertinya nabi Adam itu ialah bapa segala-gala tubuh dan Siti Hawa itu ibu segala-gala tubuh. Maka itulah yang bernama rahsia Zat Allaha dan seperti firman Allaha Al Anasana Saraha Wa Anaa Saraha ertinya bermula insan itu rahsia aku dan aku rahsia ia dan lagi hadis nabi Wa Al Masalamana Akhowana yakni segala-gala Asalama itu saudara kita kerana nyata sekelian alam dunia ini satu ibu dan satu bapa iaitu kepada batinnya Nur Mahamada dan Zat Allaha maka itulah ibu bapa yang batin dan Adam dan Hawa itu ibu bapa yang zahir. Wa Allaha Aa’lama.


Adapun firman Allaha Wa Kholaqota Al Ashayaa Laajalayaka Wa Kholaqotaka Laajalaya ertinya aku jadikan segala-gala alam itu keranamu Ya Mahamada dan aku jadikan engkau itu kerana aku dan lagi hadis nabi Anaa Mana Allaha Wa Al Mawamanayana Mana ertinya kata Mahamada aku daripada Allaha dan segala-gala mukmin itu daripada aku dan lagi kenyataan Allaha Taa’laya itu diatas empat martabat iaitu Zat, sifat, afaal, asama. Adapun Zat Allaha itu rahsia nyawa kita dan sifat Allaha itu menghidupkan nyawa kita dan asama Allaha itu zikir nafas kita yang keluar masuk dan afaal Allaha itu jadilah rupa tubuh kita yang ada sekarang ini. Dan afaal Allaha itu martabat syariat dan asama Allaha itu martabat thorikat dan sifat Allaha itu martabat hakikat dan Zat Allaha itu martabat makrifat. Dan sebenar-benar afaal Allaha itu kenyataan kepada tubuh kita dan sebenar-benar asama Allaha itu kenyataan kepada hati kita dan sebenar-benar sifat Allaha itu kenyataan kepada nyawa kita dan sebenar-benar Zat Allaha itu kenyataan kepada rahsia nyawa kita.


Adapun hakikat tubuh itu kepada afaal Allaha dan hakikat hati itu kepada asama Allaha dan hakikat nyawa itu kepada sifat Allaha dan hakikat rahsia itu kepada Zat Allaha. Adapun makna Zat itu diri Allaha dan makna sifat itu rupa Allaha yang bersalahan dengan segala-gala yang baharu dan makna afaal itu perbuatan Allaha dan makna asama itu nama Allaha dan seperti firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Wa Faya Anafasa Kama Afalaa Tabashoyarawana ertinya di dalam diri kamu mengapa tiada kamu lihat aku. Wahai sekelian saudara kami cubalah difikirkan baik-baik dan difahamkan nyata-nyata kerana tiap-tiap nyawa itu hidup ia dengan sifat hayat Allaha dan tiap-tiap berkuasa nyawa itu melainkan nyatalah dengan sifat qudrat Allaha dan tiap-tiap berkehendak nyawa itu nyatalah dengan sifat iradat Allaha dan tiap-tiap tahu nyawa itu nyatalah dengan sifat ilmu Allaha dan tiap-tiap mendengar itu dengan sifat Samaa’ Allaha dan tiap-tiap melihat itu dengan sifat Bashora Allaha dan tiap-tiap berkata-kata itu dengan sifat Kalama Allaha. Maka itulah kenyataan Allaha Taa’laya di dalam diri kita. Wa Allaha Aa’lama.


Qola Al Nabaya Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana A’rafa Nafasaha Faqoda A’rafa Rabaha ertinya kata nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Barang siapa mengenal dirinya rata-rata bahawasanya mengenallah ia tuhan yang nyata. Maka inilah jalan mengenal asal kejadian diri kita ini maka wajib kita iktikadkan di dalam hati kita Allaha Taa’laya jua yang menjadikan segala-gala alam ini dengan kudrat ertinya adapun anasir daripada tuhan itu empat perkara, pertama wujud, kedua ilmu, ketiga nur, keempat shahawada dan anasir daripada nabi itu empat perkara pertama sayara, kedua ruh, ketiga iman, keempat budi dan anasir daripada malaikat itu empat perkara, pertama penglihatan, kedua pendengaran, ketiga penciuman, keempat perkataan dan anasir daripada bapa itu empat perkara, pertama otak, kedua urat, ketiga tulang, keempat sendi dan anasir daripada ibu itu empat perkara, pertama darah, kedua daging, ketiga kulit, keempat roma. Wa Allaha Aa’lama.


Adapun asal tubuh kita ini daripada air Manaya (mani) ibu bapa kita dan asal mani itu daripada darah dan asal darah itu daripada otak dan asal otak itu daripada Maa’nayakama (manikam) dan asal manikam itu daripada Nur Mahamada. Wa Allaha Aa’lama.


Adapun tatkala awal dikandung bapa kepada dahinya, Manikam Allaha namamu dan tatkala turun ke dada Haqo Maa’mawara namamu dan tatkala turun di hujung kalam qubul Jalayala namamu dan tatkala berpindah kepada rahim ibu Naqotaha (noktah) namamu dan tatkala empat puluh hari dikandung ibu A’laqoha namamu dan tatkala enam puluh hari dikandung ibu Nathofaha namamu dan tatkala delapan puluh hari dikandung ibu Halayama namamu dan tatkala seratus dua puluh hari Mazhoha namamu dan tatkala enam bulan dikandung ibu Hayawala namamu dan tatkala sembilan bulan dikandung ibu Basama Allaha Al Karayama namamu dan tatkala genap dua belas bulan sampai ia dipintu besar Dalayala Allaha namamu dan tatkala zahir di dalam dunia Makholaqo (makhluk) namamu dan tatkala sudah bersuci dan bergerak pusat Mahamada namamu dan tatkala boleh berdiri Rabaha Ahamada namamu dan tatkala tahu baik dan jahat salah dan benar A’qoyala (akil) namamu dan tatkala diketahui segala-gala hukum Allaha Tholayaba (tholib)namamu dan tatkala percaya kepada hukum Allaha Ayamana (Iman) namamu dan tatkala menjunjung titah Allaha Asalama namamu dan tatkala mengesakan Zat Allaha Tawahayada (Tauhid) namamu dan tatkala mengenal keadaan rahsia Zat Allaha Maa’rayafata (makrifat) namamu dan Kataba pun namamu dan Nur Hidayah pun namamu dan Lawaha Mahafawaza pun namamu dan Anaa Al Haqo pun namamu. Wa Allaha Aa’lama.

Tuesday, September 6, 2011

Hakikat Mahamada



Dalam bahasa tasawuf/sufi hakikat Mahamada berhubungan dengan Roh Al Qodasa dengan Roh Al Mahamada. Dibawah ini penulis kemukakan analis hal tsb dalam perspektif wali agung Sheikh A'bada Al Qodara Al Ghayalanaya dan juga dalam perspektif wali di tanah jawa, yang sebagian perjalanan pemahaman tentang tasawufnya banyak di pengaruhi oleh wali agung Sheikh Al Ghayalanaya.

Anda mungkin pernah bertanya-tanya mengapa wajah rasul Allaha tidak bisa atau tidak boleh di gambarkan? .. Alasan yang muncul kadang karena pada saat itu belum ada fotografi sehingga gambarnya tidak mungkin tepat. kalau hanya itu alasannya kurang tepat bagi saya karena pada masa nabi-nabi yang lain juga belum ada tekhnik foto dan tidak di permasalahkan gambar-gambar para nabi dan wali yang ada.

Kalau kita melihat banyak kitab dan buku yang ada, pengambaran Allaha dan Nabi Mahamada diilustrasikan dengan dengan cahaya yang terang benderang. Inspirasi dari ilustrasi cahaya tsb sebenarnya berasal dari QS:Al-Nawara:35 tentang Nur Allaha. Sementara Mahamada adalah personalisasi di dunia nur tsb. Maka dalam hal sosok Mahamada yang harus di perhatikan bukan person historisnya, akan tetapi essensinya dalam bentuk substansi Nur Mahamada. Cahaya pilihan dalam bentuk manusia yang terpuji (sempurna) karena justru dengan Nur Mahamada itulah, maka person historis Nabi Mahamada bermakrifat secara musyahadah dan dengan mata telanjang (Abana Arabaya:26) dan dengan cahaya makrifat Nabi Mahamada maka seluruh makhluk dapat mengenali, dan melalui keutamaannya mengungguli seluruh makhluk, mereka memberi pengakuan. Jelas menurut Sheikh Al Ghayalanaya, Nur Mahamada ciptaan pertama dan utama Allaha yang di cipta dari Nur Allaha (esensi) sendiri atau memang cahaya khusus yang di karuniakan Allaha sendiri untuk merujuk pada keutamaan dan kemuliaanya sebagai prototipe Al Anasana Al Kamala (Al Ghayalanaya:121).

Dalam kaitan bahwa Nabi Mahamada Hakikatnya bukan sosok historisnya yang harus di rujuk, maka asama’ Mahamada bukanlah nama asal dari Rasawala Allaha yang agung ini. Mahamada adalah nama dunianya, dimana nama aslinya sejak kecil adalah “Ahamada”, sosok yang penuh dengan keterpujian. Sementara secara sepiritualnya dan dalam posisinya terhadap Allaha, Rasul Allaha mengemukakan dirinya sendiri bahwa: Ana Ahamada Ba Al A'lama ertinya pada dirinya tidak lain penyandang nama “Ahad” dia adalah pengejawentahan dari yang esa. Inilah yang juga di sebut Roh Al Qodasa, roh suci untuk meneruskan penzahiran yang paling sempurna dalam peringkat alam Lahawata (Al Ghayalanaya:27) dalam hal ini para wali kuno tanah jawa memberikan penjelasan secara tepat sbb:

…. Muhamada itu pada hakikatnya Nur Allaha, yang dalam bentuk lahir ialah Mahamada…
persis ungkapan Al Ghazalaya: Bahwa Mahamada yang seorang nabi/rasul dengan Mahamada yang seorang arab. Mesti kita harus bisa membezakan walaupun memang kenyataanya nabi Mahamada lahir di jazirah arab.

Di sinilah rahasia dari menyatunya syahadat rasul ke dalam syahadat tauhid dan inilah jawaban mengapa sejak Nabi Adam A'layaha Al Salama menghuni surga, digerbangnya sudah terdapat tulisan syahadat rasul ini. Ya Nur Mahamada selalu menyertai roh dari semua jiwa yang akan dan pernah ada di alam semesta ini. Ini pula kunci rahsia mengapa para nabi yang pernah ada memohon kepada Allaha agar di jadikan sebagai umat Nabi Mahamada Shola Allaha A'layaha Wa Salama.(Al Ghayalanaya:121).

Nur Mahamada dalam perspektif Sheikh A'bada Al Qodara Al Ghayalanaya di sebut dengan sebutan Roh Mahamada yang diciptakan dari cahaya ketuhanan, Nur Mahamada merupakan realitas ghaib yang menjadi inti segala penciptaan. Oleh karenanya kadang ia disebut Nur, Roh, Kalam (tercipta dari perkataan Kana). Ia merupakan realitas yang memiliki banyak nama menurut fungsi dan dari mana sudut mana kita memandang (Al Ghayalanaya:7).

Maka realitas batin seperti inilah yang diberikan kepada orang-orang sufi sebagai Hakikat Al Mahamada. Jika disebut dengan nur atau cahaya karena ia memang bebas dan bersih dari segala kegelapan karena adanya cahaya tsb. Realitas dalam fungsinya di dunia tampak pada gelarnya sebagai Akal semesta kerana pengetahuannya tentang segala sesuatu. Ia mendapat gelar Kalam karena dari pengetahuannya dalam akal semesta ia menyebarkan ilmu dan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan. Ia disebut roh karena menjadi esensi kehidupan, dan memunculkan yang hidup.

Maka menurut Al Ghayalanaya, Mahamada adalah nama insan dalam alam ghaib di mana roh berkumpul yang menjadi sumber dan asal segala sesuatu. Di sinilah letak dari logika bahwa Allaha menciptakan alam karena akan menciptakan diri dari Mahamada utk keperluan alam ini. Dari kelahiran Nur Mahamada inilah diikuti oleh penciptaan makhluk-makhluk yang lain serta Arsy-nya.

Dalam pengejawentahanya, menurut Al Ghayalanaya dan para tokoh sufi lainnya, Allaha kemudian menurunkan nur dari tempat kejadiannya, yaitu alam Lahawata ke alam Asama’ Allaha, yaitu alam penciptaan sifat-sifat Allaha dan alam akal roh semesta. Kemudian di turunkan lagi ke alam malaikat untuk di pakaikan pakaian kemalaikatan. Lalu di turunkan lagi ke alam Ajasama yang terjadi unsur api, udara, air dan tanah, disitulah roh diberikan jasmaniah beserta nafsu-nafsunya (Al Ghayalanaya:9).

Setelah roh mengalami badanisasi inilah ia mulai mengalami kehilangan Nur dan lupa akan asal serta perjanjian azalinya dengan Allaha. Namun Allaha juga tetap memberikanya bekal untuk kembali dalam bentuk mata hati atau Bashoyara yang menjadi gerbang bagi gerak bebas roh Al Adhofaya sebagai mursyid setiap jiwa. Hanya saja, Bashoyara ini akan berfungsi optimal kalau seseorang selalu berada dalam taqarrubnya kepada Allaha.

Dengan Bashoyara nya inilah ia akan sanggup menembus kabut alam ghaib dan menyingkap segala hijab yang menjadi penghalangnya untuk kembali kepada Allaha. Orang sudah dapat memfungsikan Bashoyara nya dan mendaya gunakan Roh Al Mahamada-nya sebagai pusat perjalanan spiritualnya maka ia akan bisa menembus semesta karena letak Nur Mahamada itu sendiri berada di langit tujuh berada dalam arsy-nya yang menyatu dan menyanding dengan Allaha itu sendiri. Ia akan dapat kembali terserap dalam kesatuan nur essensial sehingga ia dapat melihat apa yang belum pernah dilihat dan mengatasi semua penglihatan dan benda yang dapat dilihat..

Menurut Al Ghayalanaya, hal yang di perlukan orang awam utk membuka Bashoyara nya adalah dengan mencari orang yang Bashoyara nya sudah terbuka dan sudah di daya gunakan secara optimal. Hanya melalui orang yang sudah mata hatinya sudah di fungsikan secara semestinya orang awam dapat memasuki dunia sufi serta menunggu giliranya utk terbukanya mata Bashoyara nya kepada Allaha kerana hanya dengan terbukanya pintu Bashoyara nya inilah maka ia dapat menjalani fungsi utamanya di ciptakan di dunia yakni utk ber makrifat Allaha. Harus di ingat adalah bahwa posisi Roh Al Mahamada ini hanya dapat bertahan dan berfungsi pada peribadi rasul, nabi, awalaya dan kekasih-kekasihnya maka tidak ada pilihan lain bagi diri kita masing-masing utk semaksimal mungkin agar dapat menjadi hamba dan kekasih Allaha.

Tentu sempat muncul pertanyaaan, mengapa roh suci ini di turunkan ke dunia yang fana’ ini ? Ia di hantarkan ke tempat yang paling terendah supaya ia dapat kembali ke asalnya yaitu berpadu dan berdampingan dengan Allaha saja atau Ana Lalaha Wa Anaa Rajaa'wana seperti ketika ia berada dalam pakaian daging, darah, dan tulang itu. Melalui mata hati yang ada di dalam wadahnya, ia dapat selalu menanam, memelihara dan memupuk benih kesatuan dan keesaan, serta berusaha menyuburkan rasa “berpadu” dan berdampingan” dengan Allaha. Demikian menurut Sheikh A'bada Al Qodara Al Ghayalanaya (Al Ghayalanaya:28)inilah hakikat roh suci.

Adapun ganjaran bagi roh suci, menurut Al Ghayalanaya adalah melihat makhluk yang pertama dilahirkan. Ketika itu, ia akan dapat melihat keindahan Allaha, kepadanya di perlihatkan rahsia Allaha. Penglihatan dan pendengarannya menjadi satu, tidak ada perbandingan, tidak ada persamaan dengan sesuatu apapun. Dilihatnya kesatuan Jalala (kegagahan, kemurkaan) dengan sifat Jamala (keindahan, kecantikan) Allaha. Sifat Jalala dan Jamala menjadi satu dalam pandanganya (Al Ghayalanaya:27). Inilah kunci kearifan dirinya sebagai buah makrifat dan hakikat yang telah di saksikan dan dialami oleh roh suci. Ia mendapat kurnia kebeningan dan kesucian batinnya berupa rahsia-rahsia suci dan pengalaman para wali inilah yang menjadikan benar-benar hidup di sisi tuhannya walaupun jasad kita kembali kepada zatnya masing-masing. Inilah kehidupan sejati yang perlu kita capai hidup penuh dengan kesempurnaan di sisi Allaha Taa'laya………………….

Monday, September 5, 2011

Perihal Menteri

Maka dengarkan pula segala syarat orang yang harus jadi menteri supaya dapat sempurna tahta kerajaan rajanya dan beroleh manafaat pada segala hamba Allaha yang dibawahnya. Bermula adapun syarat pada menteri itu semuanya atas dua puluh tujuh perkara adanya. Pertama hendaklah menteri itu jangan meninggalkan rukun Asalama yang difardhukan oleh Allaha Sabahana Wa Taa’laya seperti shahadat dan sembahyang dan puasa dan memberi zakat fitrah supaya segala orang yang dibawahnya menurut padanya. Kedua maka hendaklah menteri itu syukur akan Allaha Taa’laya dan syukur akan nikmat rajanya. Ketiga maka hendaklah menteri itu tiap-tiap hari berbicarakan mendatang hasil negeri dengan sesuatu pekerjaan barang yang di luar masuk jadi harta milik raja supaya jadi belanja dan jangan mengeluarkan harta daripada perbendaharaan rajanya kerana harta perbendaharaan itu tiada harus dibelanjakan dengan sia-sia melainkan kerana datang masa kesukaran negeri jua belanjakan.

Keempat hendaklah menteri itu sangat berusaha ia mencari akan kesukaan kehendak rajanya daripada pakaian atau akan kenderaan rajanya. Kelima hendaklah menteri itu senantiasa menjagakan hukum rajanya supaya jangan bersalahan dengan hukum Allaha Taa’laya. Maka jika ada bersalahan hukum raja itu dengan hukum Allaha maka hendaklah diingatkan dengan kata yang lemah lembut dan barang yang manis kelakuan supaya tahu raja akan kesalahannya. Keenam hendaklah menteri itu apabila melihat rajanya atau orang yang dibawah hukumnya mengerjakan pekerjaan yang bidaah bersalahan daripada syariat nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka wajiblah dibicarakan oleh menteri itu dengan barang bicara dengan jalan yang dapat supaya terbuang perbuatan bidaah yang bersalahan dengan syariat itu kerana aib raja dan menteri dan qodhi kecelaan negeri Asalama. Ketujuh bahawa hendaklah menteri itu jangan menunjukkan keras atas segala rakyat dan membesarkan dirinya. Kedelapan hendaklah menteri itu menentukan daftar harta perbendaharaan yang belum masuk menyegerakan kerana dunia ini banyak fitnah dan balanya.

Kesembilan hendaklah menteri itu memeliharakan panglima dan hulubalang dan rakyat dan melengkapi senjata dan kenderaan dan pakaian. Tiada diketahui mana kalanya datang bala dan fitnah dan mana-mana datangnya itu. Maka jika harta jua dihimpun tiada dibicarakan hulubalang dan senjata apabila datang seteru di dalam alpa, jadi sia-sia harta itu pada ketika itu jika mencari akan hulubalang sukarlah diperoleh dan jikalau di dapat sekalipun tiadalah sempurna pekerjaannya. Maka tak dapat tiada menteri itu membicarakan harta dan hulubalang dan mengambil khasiatnya dan membaiki hati sekelian keluarganya hingga pada ketika datang kesukaran jangan jadi menyesal. Kesepuluh hendaklah senantiasa menteri itu menyuruh orang pergi kepada pihak negeri supaya boleh mengambil khabar padanya hingga ia ketahui daripada pihak mana datang seteru dan betapa boleh menolakkan dia. Kesebelas hendaklah menteri itu memeliharakan segala dagang santeri dan segala fakir dan miskin daripada kejahatan orang yang keras di dalam negeri itu supaya memeliharakan oleh Allaha Taa’laya menteri itu daripada segala orang yang keras daripadanya seperti hadis nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Arahamawa Mana Adhoa’fawa Mana Kama Yarahama Kama Mana Aqowama Kama ertinya Kasihani olehmu akan orang yang dhoif daripada kamu supaya kasihan Allaha Taa’laya akan kamu daripada orang yang terlebih keras daripada kamu.

Kedua belas hendaklah ia itu barang yang diperbuat dengan diketahuinya jangan dengan bebal. Ketiga belas hendaklah menteri itu pada barang pekerjaannya itu ingat pada kemudian membicarakan pada kesudahan. Keempat belas hendaklah menteri itu hatinya luas dibicara dan baik perangainya dan murahnya. Kelima belas hendaklah menteri itu apabila melihat orang yang berbuat kebaktian akan rajanya maka kasihan di muliakan orang itu. Keenam belas hendaklah menteri itu apabila melihat orang yang melalui titah rajanya dikerasinya jika tiada menurut maka dihukumkan atas hartanya atau disakitinya atas tubuh badannya itulah yang terafdal. Jangan diatas hartanya supaya jadi teladan pada orang yang lain. Ketujuh belas hendaklah dihukumkan dengan hukum yang benar disamakan daripada pihak raja dan pihak rakyat.

Kedelapan belas hendaklah menteri itu bahawa menjauhkan dirinya daripada pekerjaan yang keji yang tiada harus atas dirinya. Kesembilan belas hendaklah menteri itu jikalau melihat raja berbuat sesuatu kerja yang tiada memberi manafaat atau perkataan yang memberi mudharat jika dikabulnya di dalam hatinya dan jangan dibantahi di hadapan majlis orang banyak maka pada ketika yang sunyi maulah dinyatakan kesalahannya itu dengan perkataan yang manis dan lemah lembut. Kedua puluh hendaklah menteri itu menjagakan rajanya jangan hampir dengan orang yang bidaah dholalat supaya jangan mereka itu berkata-kata dengan rajanya pada majlis penghadapan orang kerana orang yang bidaah dholalat itu merubahkan agama Asalama lagi jahil raja dan memberi nama seisi negeri dan pada negeri yang lain tiada dibaikinya kebajikannya itu. Kedua puluh satu hendaklah menteri itu mencari taulan yang baik dan bersahabat dengan orang yang mulia supaya boleh menolongkan dia pada sesuatu bicara negeri pekerjaan yang sukar-sukar.

Kedua puluh dua hendaklah menteri itu peringatkan segala orang yang dibeli raja dan orang yang dipintu raja dan segala pesuruh raja supaya jangan mereka itu khianat akan raja dan berbuat aniaya pada segala hamba Allaha. Maka apabila ada yang khianat dan aniaya hendaklah diingatkan jikalau tiada menurut maka pinta rajanya mengeluarkan mereka itu daripada istana raja. Kedua puluh tiga hendaklah menteri itu sentiasa mencari kebajikan akan rajanya dunia akhirat. Kedua puluh empat hendaklah menteri itu menyukakan hati a’lama dan sheikh dan segala sifat faqoraa’ dan miskin supaya menolongkan Allaha Taa’laya barang sesuatu yang kesukaran rajanya berkat doa mereka itu sekelian. Kedua puluh lima hendaklah menteri itu jangan memberi selisih antara segala hulubalang sama hulubalang kerana apabila datang pekerjaan yang sukar negeri nescaya membawa dirinya.

Kedua puluh enam maka hendaklah menteri itu meminta doa akan rajanya pada tiap-tiap waktu sembahyang supaya rajanya mengerjakan kebajikan berbuat adil dan insaf kerana meminta doa akan rajanya itu iaitu menolong segala hamba Allaha jua. Kedua puluh tujuh hendaklah menteri itu tatkala ada lagi anugerahi Allaha Taa’laya kebesaran dan kemuliaan jangan lali dan alpakan daripada berbuat kebajikan akan segala hamba Allaha dan pada barang tempat dan barang ketika dan menyampaikan hajat orang yang munajat dan menolong segala orang yang dhoif. Itulah pahala manafaat orang yang jadi pegawai raja maka kebanyakan daripada wali Allaha dan zuhud dan a’bid dan a’lama yang suka jadi pegawai raja kerana sebab berkehendak pahala itulah yang dapat menolong kesakitan yang teraniaya.

Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

Peri Perbuatan Adil

Fasal yang keenam pada menyatakan peri perbuatan adil dan ehsan seperti firman Allaha Taa’laya Ana Allaha Yaamara Ba Al A’dala Wa Al Hasana ertinya Bahawasanya Allaha Taa’laya menyuruhkan berbuat adil dan ehsan. Bermula kehendak dengan adil itu kebenaran jua daripada segala perbuatan dan daripada segala perkataan dan barang siapa raja-raja yang tiada ada perkara itu nescaya tiadalah dapat dibilangkan raja adanya seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Al A’dala A’na Al Dayana Wa Qowata Al Salathona Wa Fayaha Sholaha Al Khoasho ertinya Adil itu daripada kemuliaan dan kuat raja dan dalamnya kebajikan akan manusia. Dan lagi sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Al Salathona Al A’dala Faya Al Danayaa Yawama Al Qoyamata A’laya Manaa Bara Al Lawalawa ertinya Raja yang adil itu dalam dunia pada hari kiamat diatas segala mamanayara daripada mutiara di dalam syurga. Kata Fadhoyala abana A’baadho Rahamata Allaha Taa’laya dan jikalau diperkenan Allaha Taa’laya doaku maka senantiasalah aku minta doa yang khoyarana akan raja-raja yang adil kerana kesentosaan dan kesenangan hamba Allaha itu sebab rajanya yang adil.

Bermula hikayat ada seorang raja yang sholeh ia berniat hendak pergi naik haji ke Bayata Allaha, maka raja pun memanggil segala pendita dan segala menteri membicarakan pekerjaan haji itu. Maka segala pendita dan segala menteri pun berkata “Ya shah alam, adapun keadaan raja dalam negeri seperti nyawa di dalam badan, jika nyawa itu bercerai dengan badan nescaya jadi binasalah badan itu”. Maka kata raja “Yang aku kehendak pahala haji maka betapa aku peroleh pahala haji itu”. Maka kata segala pendita “Dapat jua tuan hamba peroleh di sini maka hendaklah tuan hamba beli haji itu pada seseorang haji”. Maka kata menteri “Ada seorang orang sholeh di dalam negeri ini beberapa tahun ia duduk di dalam negeri maka telah ada enam puluh hajinya. Jika raja berkehendak akan pahalanya haji baik jua pergi mendapatkan haji itu dengan ikhlas hati shah alam kerana tiap-tiap membicarakan pahalanya akhirnya afdal pergi mendapatkan dia daripada dipanggil”. Telah raja mendengar kata segala pendita dan segala menteri itu maka raja pun pergilah ke rumah orang sholeh itu.

Serta sampai maka raja pun memberi salam kepada sholeh itu maka segera di sahut salam raja itu dengan hormatnya. Disuruh duduk raja itu maka berkata raja “Hamba datang kepada haji ini hendak mengambil berkat daripada tanah yang mulia dan menghendaki pahala haji tuan hamba. Barang berapa harganya di dalam satu kali haji itu”. Maka kata haji itu “Hamba shah alam, jangankan pahala suatu haji jikalau shah alam menghendaki enam puluh haji itupun raja peroleh”. Maka kata raja “Berapa di jual pahala suatu haji itu” maka sahutnya “Adapun selangkah tapak kaki hamba berjalan kepada Kaa’bata Allaha hamba pinta akan harganya seisi negeri tuan hamba dan barang yang ada di dalamnya itu”. Maka kata raja “Adapun yang ada kepada aku kerajaan itulah yang di dalam hukum aku maka musykil jua dibeli pahala haji pada tuan hamba kerana kerajaan hamba pergi suatu tapak pun tiada cukup”. Maka kata haji itu “Ya shah alam, pahala haji hamba ini terlalu amat mudah harganya pada tuan hamba” maka kata raja “Betapa mudahnya” maka kata sholeh itu “Hai raja, jikalau seseorang hamba Allaha yang teraniaya datang mengadukan hal teraniaya kepada raja dengan suka hati raja memeriksa ia hal mereka itu dengan lemah lembut dan manis raja berkata-kata dengan dia dan melepaskan dia daripada tangan menzalim akan dia itu besar pahalanya. Maka yang teraniaya itu pulang ia dengan suka hatinya. Maka yang orang teraniaya itu berikan kepada hamba maka pahala enam puluh kali haji itu hamba berikan pada tuan hamba dengan keredhaan hamba dan jikalau ia umpama berniaga, hambalah yang berniaga beroleh laba daripada shah alam”.

Bermula tersebut di dalam kitab Al Qoyamata kata Imam Al Bahalaya mendengar hadis nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama, Kebanyakan di dalam kubur manusia yang di seksakan dengan seksa yang amat sangat itu di palu oleh malaikat dengan cokmarnya daripada besi yang merah bernyala-nyala. Maka sangat mengharap menangis berseru-seru katanya “Apa sebab engkau seksakan kepada aku kerana bahawasanya aku sembahyang lima waktu dan aku puasa pada bulan Ramadhona dan memberi zakat”. Maka jawab malaikat itu "Adalah suatu hari engkau sembahyang yang tiada suci daripada kumuhmu dan suatu hari ada seorang teraniaya maka minta tolong ia bicarakan kepada mu maka tiada kamu mau menolong bicarakan halnya” maka nyatalah dengan riwayat hadis ini menolong orang yang teraniaya itu wajib.

Putus

Maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’mara, yang terbahagia dunia akhirat raja yang mengerjakan kerajaan yang adil itu bersandarkan atas segala pekerjaan agama Asalama dan menurut hukum syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan dikerasinya pada segala rakyatnya yang takluk kepadanya dan ditegahkan segala yang berbuat pekerjaan yang dilarangkan Allaha Taa’laya dengan kekerasannya dan yang jahat dan harap kepadanya segala manusia yang banyak daripada sebab adil dan insaf raja itu menghukumkan atas segala rakyatnya dan lagi supaya jangan berbuat aniaya orang yang kuasa-kuasa atas orang yang lemah dan orang yang kaya atas orang yang miskin dan orang yang besar-besar atas orang yang kecil hingga sentosalah segala hamba Allaha dan tetap hatinya mengerjakan segala pekerjaan agama Asalama dan mencari kehidupan dunianya. Adapun segala raja-raja yang bebal iaitu tiada mempunyai budi bicaranya itu sudah ditutup Allaha Taa’laya akan dia pintu kemuliaan dijadikannya itu pohon segala kejahatan membesarkan dirinya dan menghukumkan dengan barang kehendak sendirinya memberi kesakitan segala hamba Allaha dan berpaling ia daripada syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan meninggal pula daripada hukum Allaha Taa’laya dan menurut hukum Iblis dan syaitan. Demikianlah yang banyak ada perbuatan raja-raja pada zaman ini melainkannya barang siapa daripada raja-raja itu yang ditunjukkan Allaha Taa’laya pada jalan yang benar.

Bermula tersebut di dalam kitab Afadhola Al Salathoyana hendaklah raja itu memeliharakan orang yang budiman dan baik pekerti dan lagi banyak malunya dan kurang tamak dan amalnya tetap maka jikalau dapat oleh raja orang itu yang demikian maka haruslah raja menyerahkan negeri pada mereka itu supaya melihat hal ehwal negeri baik dan jahat segala rakyatnya dan menyampaikan khabar itu pada raja dengan sempurnanya kerana ganti mata telinga raja itu dan hendaklah dikurnia akan mereka itu dengan kurnia yang sempurna supaya raja itu menetapkan hati mereka itu dan supaya mahsyur kepada segala rakyat maka jadilah yang lain pun mengikut perbuatan mereka itu.

Bermula tersebut di dalam kitab Afadhola Al Salathoyana itu juga mengatakan yang menghilangkan tahta kerajaan raja-raja itu tiga perkara, pertama-tama alpa kerajaannya dan hukuman tersembunyi kepada raja-raja yang lain. Kedua membesarkan orang yang tiada berbangsa daripada asalnya. Ketiga kekal menteri pegawai raja itu aniaya. Bermula jikalau terbunyi khabar raja itu dan raja pun tiada ketahui di dalam pekerjaannya siapa yang kasih benci akan dia dan berseteru dengan dia dan barang apa pekerjaan pun terbunyi dari raja tiada tahu akan hal ehwal kerajaannya nescaya zahirlah pada pihak negeri jadi fitnah dan bencana daripada kebinasaan negeri. Bermula jikalau raja membesarkan orang yang kurang bangsa nescaya dilihat dirinya dibesarkan oleh raja kuranglah hormatnya akan segala orang yang mulia dan ringan kepadanya segala orang yang besar martabat dan ringan kepadanya orang yang berbangsa. Maka hati manusia rakyat pun bencilah akan perangai itu maka barang daya upaya hendak menjauhkan dirinya daripada raja itu seperti kata hakim Zawa Laa Al Dawalata Baara Tafaa’ Al Saqodata ertinya Hilanglah daulat raja sebab membesarkan orang yang hina. Bermula pegawai raja itu aniaya adalah pada cita-cita orang yang banyak yang perbuatan kejahatan itu rajanya jua maka segala isi negeri pun kuranglah bersahaya bertanam-tanaman dan berniaga dan memeliharakan hidup-hidupan sebab hal itu jadi kurang hasil dan perbendaharaan pun jadi kosonglah dan kekuranganlah makanan laskar hulubalang, jika datang seteru pada masa itu tiadalah banyak orang yang melawan seteru itu nescaya alahlah raja itu.

Fasal yang ketujuh pada menyatakan peri pekerti raja-raja yang adil. Bermula tersebut di dalam kitab Shofata Al Salathoyana hendaklah raja-raja itu jangan lali daripada orang yang berilmu dan beramal perbuatan dan mengikut kata mereka itu tetapi tak dapat tiada raja itu mengetahui dengan akalnya perbezaan antara baik dan jahat kerana segala pendita yang berkata ilmunya dan mengajar kerana Allaha Taa’laya itu lain jua perkataan mereka itu dan segala pendita yang berkata-kata kerana hawa nafsunya dan tamaknya itu lain jua perkataannya itu. Maka hendaklah raja itu membezakan antara segala mereka itu supaya jangan sesat bersahabat dengan dia.

Adapun pendita yang demikian itu bicaranya seperti syaitan kerana sangat daripada durjanya dan dengan khianatnya maka perkataannya lemah lembut serta dengan berbagai-bagai pujinya akan raja itu yang memberi suka hati raja dan barang yang dikehendaki oleh raja baik atau jahat disertakannyalah di dalam kebajikan dan kejahatan. Demikian lagi mengikut perbuatan raja itu supaya dapat dengan tipu dayanya barang yang dikehendakinya pada raja itu daripada lobanya dan tamaknya dan jika raja itu alpakan alamat kurang budi bicaranya bebalnya ikutnyalah katanya maka dibawanya raja itu ke neraka jahanam.

Adapun segala pendita yang berkata benar itu kehendaknya pun benar juga dan barang katanya dengan kerana Allaha bukan kerana tamaknya dan bukan kerana hawa nafsunya dan tiada takut ia kepada raja dan menteri sebab bicaranya benar daripada mengeraskan hukum agama yang ada pada ilmunya dan tiada tamaknya pada segala orang kaya-kaya maka yang dikatakan itu dengan kerana Allaha Taa’laya semata-matanya.

Bermula hikayat pada suatu hari sultan Harawana Al Rashayada duduk dengan segala menteri, maka adalah seorang sheikh Saqoyaqo Rahada namanya pergi kepada sultan Harawana Al Rashayada maka disambut oleh sultan Harawana bersabda dengan beberapa hormatnya maka kata sultan Harawaba Al Rashayada “Ya sheikh, ajarkan hamba dengan ilmu yang ada daripada tuan hamba” maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, Allaha Taa’laya memberi akan tuan hamba akan tempat Abawa Bakara Al Shodayaqo dan daripada shodayaqo itu pinta tuan hamba seperti Abawa Bakara dan memberi Allaha Taa’laya akan tuan hamba pangkat farawaqo dan daripada tuan hamba bezakan antara hak kepada batil seperti daripada A’mara dan diberikan pada tuan hamba martabat Dawa Al Nawara ini daripada tuan hamba dan kebajikan pinta seperti A’tamana dan diberi seperti tempat A’laya dan daripada tuan hamba ilmu adil pinta seperti daripada A’laya”. Maka kata sultan Harawana Al Rashayada “Benarlah kata tuan hamba, hendaklah tambahi lagi perkataan yang mulia itu”.

Maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, bahawasanya Allaha Taa’laya telah menjadikan suatu rumah daripada api neraka dan pintunya itu berseru-seru demikian katanya “Tiga perkara di anugerahi Allaha Taa’laya akan segala raja-raja. Pertama harta Bayata Al Maala, kedua pedang, ketiga tongkat. Maka pastikan dengan perkara itu memeliharakan segala manusia daripada api neraka. Adapun harta Bayata Al Maala itu berikan akan fakir dan miskin yang kesukaran dan hulubalang yang menjagakan negeri dan membaikikan negeri dan pedang itu akan membunuh orang yang membunuh dengan tiada sebenarnya atau menyamun yang hampir kepada negeri atau orang yang bidaah yang bersalahan dengan firman Allaha Taa’laya dan tongkat itu memalu barang siapa yang tiada mengikut akan syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka jikalau raja itu tiada berbuat yang demikian maka tuan hambalah dahulu masuk neraka kemudian maka orang lain”. Maka kata sultan Harawana Al Rashayada “Benarlah kata tuan hamba itu ya sheikh, tambahi lagi nasihat akan hamba” maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, ketahui olehmu bahawasanya mata air itu tuan hamba jua empunyanya dan jikalau mata air itu tidak suci tiada jua berguna”.

Bermula pada suatu hari malam, sultan Harawana Al Rashayada serta menterinya bernama A’yasa pergi pada sheikh Fadhoyala serta sampai sultan ke pintu rumah sheikh Fadhoyala maka sultan mendengar sheikh Fadhoyala itu membaca qoraana maka sabda sultan “Ya A’yasa, tepuk pintu itu” kata sheikh Fadhoyala “Siapa kamu” maka kata A’yasa “Ya sheikh, Amayara Al Mawamanayana datang hendak mendapatkan tuan hamba”. Maka kata sheikh Fadhoyala “Apa kerjanya Amayara Al Mawamanayana datang kesini”. Maka jawab A’yasa “Datang hendak meminta berkat dan pengajar kepada sheikh” maka sheikh itupun memadamkan pelita lalu membukakan pintu rumahnya lalu sutan Harawana Al Rashayada pun masuk serta dengan A’yasa ke dalam rumah itu serta datang berjabat tangan dengan sheikh itu. Maka kata sheikh itu “Sabahana Allaha, apa yang demikian ini amat lembut tangannya maka bahawasanya api neraka itu sangat keras hangatnya pula. Yaa Amayara Al Mawamanayana, baik-baik bicarakan oleh tuan hamba kerana Allaha Taa’laya telah menyerahkan kebesaran pada tuan hamba serta berpesan Allaha Taa’laya pada tuan hamba maka jangan alpakan pesannya itu dan jangan taksir memeliharakan segala hambanya yang diserahkan pada tuan hamba itu kerana pada hari kiamat segala hal ehwal segala manusianya tanyakan pada tuan hamba jua. Maka betapa jawab tuan hamba beberapa ribu perbuatan makhluk yang diperiksa Allaha Taa’laya pada tuan hamba”.

Maka berkata A’yasa “Ya sheikh, perkataan tuan sheikh itu amat keras seperti membunuh khalifah”. Maka kata sheikh itu dengan marahnya kepada A’yasa “Engkaulah yang membunuh khalifah itu”. Maka sabda sultan Harawana Al Rashayada “Hai A’yasa, diamlah engkau. Tahukah engkau segala kata sheikh itu ertinya yang dikatakan engkau membunuh aku itu kerana engkau ganti mata telingaku dan aku serahkan bicara negeri padamu dan jikalau taksir engkau daripada memeriksa hal kesukaran rakyatku seperti engkau membunuh aku”.


Maka sultan Harawana Al Rashayada pun memberi emas seratus tahil ditaruh dihadapan sheikh itu katanya “Hamba beri belanja akan tuan hamba daripada harta halal”. Maka kata sheikh itu “Hai raja yang alpa bahawasanya harta itu api neraka bahawa engkau hendak melepaskan darimu daripada api neraka itu hendak gantikan aku pula”. Maka sheikh Fadhoyala pun segera ia berdiri lalu keluar daripada rumahnya di tinggalkan sultan Harawana Al Rashayada dirumahnya itu maka sultan Harawana Al Rashayada pun kembali kerumahnya dengan kemasygulan.


Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

Monday, August 29, 2011

Khalifah Allaha Vs Khalifah Iblis

Sambungan Fasal Kelima

Kata hikayat tatkala nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama duduk diatas tahta kerajaan menyuruhkan dua orang fawaja ke negeri Tajala. Suatu fawaja penghulunya Kholadayana Walada, kedua fawaja penghulunya A’laya radhoya Allaha a’naha dan cincin antara dua penghulu itu. Jikalau pada ketika perang ini jadi setempat maka sayadana A’laya jua penghulu kedua laskar itu dan jika bercerai antara kedua laskar maka penghulunya lain apabila lalulah kedua laskar dari negeri. Maka pada masa itu Sataya Fathomaha radhoya Allaha a’naha sakit maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun pergi melihat Sataya Fathomaha serta dengan seorang sahabat namanya A’marana. Apabila sampai rasul Allaha pada tempat rumah Sataya Fathomaha ditepuknya oleh rasul Allaha pintu rumah Sataya Fathomaha radhoya Allaha a’naha “Ya rasul Allaha datang tuan hamba”. Maka sabda rasul Allaha “Ya Fathomaha, ada sertaku A’marana masukkah aku atau tiadakah”. Maka kata Fathomaha “Ya rasul Allaha, pakaian hamba hanyalah suatu kemalai jua yang ada pada hamba tutupkan kepala hamba. Jika hamba tutupkan kepala hamba, tiadalah dapat menutupkan kaki hamba dan jika hamba tutupkan kaki hamba tiadalah dapat hamba menutupkan kepala hamba. Maka betapa A’marana dapat masuk ke dalam rumah ini”. Maka rasul Allaha pun memberikan Sabayanya pada Sataya Fathomaha supaya dapat menutupkan kepalanya dengan sabaya itu.

Maka rasul Allaha pun masuklah dan A’marana pun serta masuk bersama-sama dengan rasul Allaha duduk diatas tanah dan suatu tikar pun tiada di dalam rumahnya itu hanya dengan suatu kemalai yang buruk dan hadrat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama menutupkan baunya dan tubuhnya terlalu dhaif kurus dan pucat mukanya. Maka sabda rasul Allaha “Hai anakku, apa halmu ini”. Maka kata Sataya Fathomaha “Ya rasul Allaha, sabar jua Allaha tetap yang memberi sangat dhaif kurus tubuh hamba dan pucat tubuh hamba ini sebab dua perkara. Suatu penyakit, keduanya tiga hari sudah sesuap nasi pun tiada hamba makan”. Maka apabila rasul Allaha mendengar kata Sataya Fathomaha demikian itu maka rasul Allaha pun menangis dan A’marana pun menangis dan Sataya Fathomaha pun menangis.

Maka sabda rasul Allaha “Hai anakku Fathomaha, demi Allaha yang menjadikan aku pesuruhnya daku kerjakan dan aku pun tiga hari sudah sesuap nasi pun tiada daku makan dan aku kepada Allaha Taa’laya terlebih mulia daripada engkau. Barang yang aku pinta dianugerahinya bahawa aku pinta pada Allaha Taa’laya menjadikan ia kepada aku fakir dan miskin. Hai anakku Fathomaha, sabarlah engkau daripada hal kesakitan dunia ini dan pohonkan kebesaran itu di dalam akhirat jua. Maka sesuatu duka di dunia ini seribu kesukaan di akhirat dan sekali suka cita di dunia ini dua tiga hari jua lamannya lepas dari itu lagi akan lenyap jua adanya dan sekali sukacita di akhirat itu kekal ia tiada berkesudahan. Hai Fathomaha, hendaklah engkau banyak-banyak syukur dan sabar dan redhakan qodhanya itu seperti firman Allaha Taa’laya yang maha mulia Ana Allaha Maa’ Al Shobarayana ertinya ketahui olehmu demikian itulah.

Putus

Perinya tengah nabi Allaha duduk di dalam tahta kerajaan. Maka sekarang dengar olehmu pula perbuatan segala awalaya Allaha yang diatas tahta kerajaan.

Bermula hikayat tatkala sayadana Abawa Bakara Al Shodayaqo radhoya Allaha a’naha duduk jadi khalifah dengan pesan nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka adalah ia membawa kain pergi ke pasar di jualnya akan jadi nafkah anak isterinya. Maka segala sahabat pun tiada berkenan perbuatannya itu maka kata segala sahabatnya “Ya Amayara Al Mawamanayana, adapun khalifah itu tiada dapat sekali berjual kain ke dalam pasar itu”. Maka kata sayadana Abawa Bakara “Hai segala taulanku, bahawa nafkah isi rumahku itu fardhu atasku jikalau aku taksir pada mengadakan hak mereka itu berdosalah daku”. Maka segala sahabat pun menyertai memberi nafkah akan isi rumah Abawa Bakara daripada harta Bayata Al Maala supaya sentosa sayadana Abawa Bakara daripada mengerjakan kerajaan menghukumkan segala hamba Allaha dengan adil. Maka hampirlah akan wafat sayadana Abawa Bakara maka berpesan ia akan anaknya A’bada Al Rahamana katanya “Hai anakku, adapun segala tanam-tanaman di dusun itu jualkan maka bayarkan olehmu hak Bayata Al Maala itu”.

Bermula hikayat tatkala sayadana A’mara jadi khalifah memegang kerajaan maka segala sahabatnya hendak memberi nafkah akan isterinya daripada harta Bayata Al Maala maka sayadana A’mara tiada mau menerima akan dia katanya “Lagi kuat tubuhku dapat jua aku mencari nafkah mereka itu pada tiap-tiap hari”. Apabila selesai ia daripada menghukumkan hamba Allaha maka keluarlah ia daripada negeri Madinah ke sebelah Safa ia berbuat bata sampai waktu Zohor maka sayadana A’mara pun pergi sembahyang ke masjid serta segala sahabat. Telah sudah sembahyang maka pergi pula ia mengerjakan bata hingga datang waktu A’sar senantiasalah yang demikian itu kerjanya dan pencariannya daripada harga bata itulah memberi nafkah akan segala isi rumahnya.

Bermula hikayat tatkala sayadana A’tamana radhoya Allaha a’naha jadi khalifah memegang kerajaan maka pada hari jumaat lepas daripada sembahyang berkata sayadana A’tamana “Hai segala hamba Allaha yang hadir di dalam masjid. Ketahui olehmu bahawasanya pekerjaan khalifah itu wajib atasku memeriksa ia segala hamba Allaha dan menghukumkan atas mereka itu dan mencari nafkah isi rumahnya itupun wajib atasku maka tubuhku tuha maka betapa aku dapat mengerjakan dua pekerjaan maha berat keduanya maka hendaklah kamu membicarakan siapa yang layak kerajaan itu serahkan kepadanya supaya dapat aku mencari nafkah akan isi rumahku”. Maka adalah sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha muafakat dengan segala sahabat memberi nafkah akan isi rumah sayadana A’tamana daripada harta Bayata Al Maala supaya tetap sayadana A’tamana duduk menghukumkan segala hamba Allaha memeriksa ia mereka itu. Maka tatkala hampirlah wafat sayadana A’tamana maka ada kebun kurma baginya maka disuruhnya jualkan, harganya itu di suruh bayarkan daripada harta Bayata Al Maala.

Bermula hikayat tatkala sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha jadi khalifah duduk memegang kerajaan maka tiap-tiap hari jumaat diambil Amayara Al Mawamanayana A’laya tepung Shaa’yara (barli) suatu ditaruh di dalam tempat tandanya hingga datang hari jumaat yang lain diambil pula suatu shoaa’ tepung Shaa’yara ditaruh dengan tandanya. Maka bertanya seseorang daripada sahabat “Ya Amayara Al Mawamanawana, siapa hendak mencuri tepung Shaa’yara ini maka tuan hamba taruh dengan teguhnya serta tandanya”. Maka kata sayadana A’laya “Tiadakan bahawa sebab curi orang tetapi aku takut daripada jin dan manusia kalau dibukakannya tepung itu ditambahinya dengan tepung yang lain. Itulah sebabnya aku tanda atas tepung itu”. Maka selama-lama hidupnya oleh sayadana A’laya akan makanannya pada tiap-tiap hari tepung Shaa’yara yang segenggam itu.

Bermula hikayat tatkala A’mara abana A’bada Al Azayaza rahamata Allaha Taa’laya duduk diatas tahta kerajaan negeri Baghdad demikianlah menggantikan ayahnya Sultan Salayamana. Maka beberapa harta yang ditinggalkan pada A’mara abana A’bada Al Azayaza maka di dalam hati A’mara abana A’bada Al Azayaza “Tiada diketahui bahawa harta ayahku ini yang dahulu datang kepada aku harta itu halalkah atau haramkah”. Maka A’mara abana A’bada Al Azayaza pun memanggil berjamu segala fakir dan miskin di dalam negeri itu dan segala anak isterinya dikeluarkan oleh A’mara abana A’bada Al Azayaza daripada istana itu ditaruh pada suatu rumah yang lain. Maka di suruhnya segala fakir itu merampas barang yang ada isi di dalam rumah itu daripada harta pusaka daripada emas dan perak dan permata warna-warni dan barang pakaian dan perhiasan kerajaan yang indah-indah. Maka barang yang ada tinggal lagi itu dirinya sendiri pula membahagikan daripada segala fakir dan miskin.

Kemudian maka dipanggilnya segala menteri dan bertanya ia kepadanya “Hai menteriku, berapa upah orang yang seorang mengerjakan sesuatu pekerjaan barang kerja di dalam negeri Baghdad ini”. Maka kata segala menteri-menteri itu “Ya shah alam, adapun upah orang yang seorang mengerjakan kerja orang sudah di adatkan di dalam negeri Baghdad ini empat dirham jua di dalam sehari upahnya”. Maka sabda A’mara abada A’bada Al Azayaza “Hendaklah engkau beri kepada aku hai segala menteriku, empat dirham di dalam sehari daripada harta Bayata Al Maala supaya aku belanjakan empat dirham itu aka nisi rumahku dan aku mengerjakan pekerjaan melingkarkan hamba Allaha Taa’laya di dalam kerajaan".

Bermula diriwayatkan anak-anak A’mara abana A’bada Al Azayaza itu sembilan orang banyaknya. Suatu hari A’mara abana A’bada Al Azayaza itu sakit sangat telah hampirlah akan wafat maka dipanggil segala menterinya dan segala keluarganya maka hendak dipesan maka mereka itu barang kehendaknya. Maka segala menterinya dan keluarganya semuanya pun datang melihat A’mara abana A’bada Al Azayaza pada ketika itu tiada di dapatinya di dalam rumahnya melainkan suatu daripada mashohaf dan sebilah daripada pedang maka yang lain suatu pun tiada. Maka berkata seorang daripada keluarganya “Ya Amayara Al Mawamanayana, adapun seperti pekerjaan tuan hamba seorang pun tiada berbuat demikian itu”. Maka kata A’mara abana A’bada Al Azayaza “Kerja apa yang aku perbuat itu” maka kata segala keluarganya “Akan segala harta pusaka tuan hamba maka tuan hamba buangkan sia-sia tiada mau meninggalkan sedikit jua pun. Maka segala anak tuan hamba ditinggalkan dengan kesakitan kemudian daripada wafat tuan hamba suatu pun tiada menaruh belanja mereka itu”.

Setelah A’mara abana A’bada Al Azayaza mendengar kata mereka itu maka sabda A’mara abana A’bada Al Azayaza “Hai segala kaum keluarga dan segala saudaraku, akukah memberi rezeki akan segala anak-anak aku itu dan dapatkah rezeki anak-anakku itu diberikan pada orang yang lain. Adapun segala anak-anakku dan cucuku itu tak dapat tiada atas dua perkara. Jikalau tiada ia soleh adalah ia fasik, maka jikalau ia soleh nescaya dianugerahi Allaha Taa’laya rezekinya dengan murahnya jua pada segala hambanya yang soleh itu kerana orang yang soleh itu dikasihani Allaha Taa’laya jua apa kurang kepadanya dan jikalau segala anak cucuku itu fasik maka tiada harus dicitakan kerana ia seteru Allaha Taa’laya melainkan Allaha Taa’laya jua mengetahui hal hambanya baik dan jahat”. Setelah sudah berkata-kata demikian itu maka A’mara abana A’bada Al Azayaza pun kembalilah ke rahmat Allaha Taa’laya dengan sejahteranya.

Demikianlah segala nabi-nabi dan wali dan orang yang soleh mengerjakan seperti perbuatannya yang demikian itu maka dapatlah dikatakan Salathona Kholayafata Al Rahamana dan Salathona Zhola Allaha Faya Al Aradho. Maka apabila raja-raja itu lain perinya dan perbuatannya dengan kelakuan raja-raja yang tersebut itu maka adalah ia memerintahkan kerajaannya mengikut hawa nafsunya mengerjakan pekerjaanya tiada tentu dan jahilnya dan jika ia tahu melupakan dirinya maka raja itulah bayang-bayang Iblis dan khalifah syaitan seteru Allaha Taa’laya jua. Padanya ialah membinasakan nama Kholayafata Al Mawamanayana daripada sebab bebalnya maka jadilah tiada berbudi dan tiada malu membesarkan dirinya dan dibilangkan segala rakyat itu hambanya lihatlah alpanya itu.

Bukankah tuhanmu menyuruhkan engkau mengerjakan segala kerja hambanya dan diwajibkan atasmu memeliharakan mereka itu daripada segala kejahatan dan menyampaikan mereka itu segala kebajikan. Maka jika taksir engkau akan pekerjaan mereka itu, diseksakan Allaha Taa’laya engkau dengan seksa yang amat pedih. Ketahui olehmu bahawasanya pekerjaan itu diumpamakan seperti seorang raja yang amat besar dan amat kayanya maka dipilihnya di dalam hambanya yang banyak itu seorang maka diserahkannya segala harta dan segala hambanya pada tangannya dan dipesannya daripada segala pekerjaan itu dan dinyatakannya baik dan jahat kepadanya dan jikalau ada sesuatu kejahatan yang lain istimewa jua dan berbahagia ingatlah ia dengan sungguhnya akan pesan raja padanya dan dipeliharakan segala hartanya dan segala hambanya yang terserahkan kepadanya oleh raja itu dan jika hamba raja yang dipilih itu tiada beruntung dialpakan dengan bebalnya tiada ia ingatkan segala pesan raja itu dibinasakan harta raja itu, dibinasakan harta rajanya dan disakiti segala hamba raja itu maka murkalah raja padanya dan diseksakan akan dia maka diumpamakan itu. Demikianlah perinya pada hadrat Allaha Taa’laya dipilihnya di dalam segala hambanya dan menyerahkan segala hambanya itu padanya dan dan disuruh periksa ia hal hambanya baik dan jahatnya dan disuruh hukumkan dengan hukum yang sebenar-benar. Maka wajiblah atas segala raja-raja memeliharakan segala rakyatnya dan memeriksa ia halnya tiap-tiap masa.

Bermula tersebut di dalam kitab Sayara Al Malakawaka, barang siapa di jadikan Allaha Taa’laya ia raja maka hendaklah ia mengetahui keadaan sepuluh perkara supaya dapat mengatakan ia Kholayafata Al Mawamanayana namanya. Pertamanya hendaklah ada raja itu akal dan baligh supaya dapat membezakan antara baik dan jahat. Kedua perkara hendaklah raja itu berilmu dan jikalau tiada ia berilmu maka hendaklah ia bersahabat dengan orang yang berilmu. Hendaklah mencari kitab Ahala Al A’lamawa dibacanya dan jikalau tiada ia membaca kitab hendaklah dicari orang yang tahu membaca supaya ingat pengajarannya diikut sebolehnya dan jika tiada demikian niayalah kerajaannya itu. Ketiga hendaklah raja itu baik rupanya supaya segala orang mengasihi akan dia. Bermula jika tiada baik rupanya hendaklah baik pekertinya dan ramahnya supaya dikasih orang sekelian. Keempat hendaklah raja-raja itu murah tangannya kerana murah itu baik dan terlebih baik tinggi martabat dan mahsyur namanya kepada segala raja-raja itu.

Kelima hendaklah raja-raja itu ingatkan orang yang berbuat baik kepadanya dan membalaskan kebajikan seseorang yang kebajikan padanya supaya mahsyur nama yang demikian itu pada segala raja-raja. Keenam hendaklah raja-raja itu menzahirkan beraninya kerana segala hulubalang itu ia menurut akan rajanya berani itu dan jika penakut rajanya maka hambanya itupun penakut pula. Ketujuh hendaklah raja itu mengurangkan makan dan tidur kerana daripada sebab banyak makan itu bencana datang seperti tersebut pada kitab hikmat dan barang siapa banyak makan dan banyak-banyak tidur dan barang siapa banyak tidur jadi banyak alpanya. Maka banyaklah datang menyesal di dalam pekerjaan dunia dan akhirat akan pekerjaan mengetahui dan mengingati akan orang yang baik dan jahat kepadanya. Kedelapan hendaklah raja-raja itu mencari laki-laki kerana perempuan itu kurang budinya. Kesembilan hendaklah raja-raja itu kurang bercampur dengan perempuan atau berkata dengan perempuan ia itu jadi mengurangkan budi akalnya dan bicara yang banyak kerana melupakan pekerjaan. Kesepuluh hendaklah raja-raja itu mencari menteri yang berilmu dan yang berbudi supaya dapat membicarakan hikmat pekerjaannya maka nyatalah perempuan itu tiada dapat dijadikan raja melainkan pada ketika kesukaran jua.

Soal – Di dalam suatu negeri mati rajanya maka tiada seorangpun laki-laki daripada anak cucunya dan kaum keluarganya pun tiada melainkan perempuan jua maka dapatkah di jadikan raja perempuan itu atau tiada. Jawab – dapat dijadikan raja perempuan itu sebab kesukaran segala hamba Allaha jangan jadi fitnah negeri.

Soal – Apa bezanya laki-laki dan perempuan di dalam tahta kerajaan. Jawab – adapun perbezaan raja yang laki-laki daripada perempuan itu maka raja yang laki-laki itu harus duduk diadap orang banyak dan raja perempuan itu haram duduk nyata rupanya dilihat orang yang mengadap itu melainkan di dalam tirai kerana wajib dan fardhu atas perempuan itu menutupkan segala tubuhnya melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya itupun di dalam rumahnya pada ketika sembahyang jua dapat membukakan mukanya dan kedua tapak tangannya itu tetapi raja yang perempuan itu harus di dengar orang suaranya supaya dikenal oleh rakyatnya ada rajanya atau tiada maka perempuan yang tiada jadi raja itu haram di dengar orang suaranya dan adapun raja yang laki-laki pada hari raya dan pada hari jumaat keluar sembahyang ke masjid dengan alat tahta kerajaannya menyatakan kebesarannya dan raja perempuan itu tiada harus keluar melainkan pada tempat yang sunyi jua dan jikalau raja perempuan itu membicarakan kerajaan di dalam negeri itu harus didengarkan bicaranya dan harus di ikut katanya dan bicaranya kerana budi perempuan itu tiada sampai pada kira-kira bicara yang sukar dan tiada pikirnya pada kemudian hari melainkan jikalau ada menteri yang tuha yang setiawan dengan rajanya hendaklah diikut bicaranya.

Bemula tersebut di dalam kitab
Sayara Al Malakawaka mengatakan bahawasanya segala raja-raja itu hendaklah ia ingat atas dua perkara kerana kebesaran dunia akhirat itu dua perkara jua. Suatu antara raja dan antara Allaha Taa’laya dan keduanya antara raja dan antara raja-raja dan antara segala hamba Allaha Taa’laya. Maka hendaklah raja itu mengikut perbuatan syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama jangan melalui hukum syarak sekali-kali kerana kuat kerajaannya dan kemuliaan dan kebajikan itu berkat mengikut syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama jua dan kemuliaan raja itu seperti firman Allaha Taa’laya harus segala manusia menurut akan rajanya sebab menurut daripada syariat itu jua dan yang mengatakan Athoyaa’wa Allaha ertinya turut oleh kamu segala firman Allaha Taa’laya kerana yang menjadi akan kamu. Wa Athoyaa’wa Al Rasawala ertinya turut oleh kamu persuruhnya kerana ia menurut akan firman tuhan kepadanya itu. Wa Awalaya Al Amara Mana Kama ertinya turut oleh kamu akan yang menghukumkan kamu daripada antara kamu kerana yang hukum itulah menurutkan segala peri pesuruh Allaha dan segala peri pesuruh rasul Allaha itulah mengenakan syariat namanya. Apabila kamu menurut akan raja yang demikian itu serasa menurut akan rasul Allaha dan menurut Allaha Taa’laya seperti firman yang maha mulia Mana Yathoyaa’ Al Rasawala Faqoda Athoa’ Allaha ertinya barang siapa mengikut akan rasul Allaha maka sanya mengikut ia akan Allaha Taa’laya.

Dan lagi hendaklah raja itu jangan mengerjakan pekerjaan bidaah dan jikalau ada orang yang bidaah jangan ditaruh hampir atau di tengah negeri kerana ia orang yang mengerjakan pekerjaan bidaah kerana jadi teladan orang yang banyak perbuatannya itu kerana pekerjaan itu pohon segala kejahatan dan jadi fitnah dan merosakkan agama Asalama itu dan harus raja-raja membunuh akan dia jikalau ia tiada mau taubat daripada pekerjaan yang bidaah itu dan adapun antara hamba Allaha itu hendaklah raja itu adil dan insaf pada menghukumkan atas segala hamba Allaha Taa’laya tak dapat tiada segala raja-raja itu kerana tiada yang terlebih keji dan terlebih fasik dan terlebih aib iaitu raja yang zalim dan lagi hendaklah raja-raja itu mengerasi Amara Ba Al Maa’rawafa dan Nahaya A’na Al Manakara. Maka segala rakyatnya jikalau ada yang demikian itu ialah raja Kholayafata Al Mawamanayana yang sebenar-benar yang beroleh waris daripada segala Anabaya A’laya Hama Al Sholawata Al Salama.


Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

Wednesday, August 24, 2011

Peri Pangkat Kerajaan

Fasal yang kelima pada menyatakan peri pangkat kerajaan. Ketahui olehmu bahawa Allaha Taa’laya menjadikan Adama A’layaha Al Salama dan anugerahi akan dia jadi khalifah pada antara segala hambanya maka firman Allaha Taa’laya menitahkan Malaka Al Mawata mengambil nyawa pada segala muka bumi. Maka dibawa Malaka Al Mawata tanah itu pada antara negeri Makah dan negeri Thoif maka dijadikan tanah itu rupa Adama A’layaha Al Salama dan beberapa tahun ia terhantar yang demikian itu maka sekelian malaikat yang dilangit pun tercenganglah melihat rupa Adama A’layaha Al Salama dan tiada diketahui apalah itu maka sehari-hari segala malaikat berhimpun membicarakan pekerjaan itu serta katanya dari selamanya Allaha Sabahana Wa Taa’laya tiada menjadikan daripada yang demikian itu betapa bicara kamu sekelian.



Bermula Abalayasa(Iblis) pun ada antara segala mereka itu maka kata Iblis “Jikalau kamu tiada mengetahui nyatalah pada tuhan yang menjadikan rupa itu” maka segala malaikat berdatang sembah kepada Allaha Taa’laya “Ya tuhanku, engkau jua mengetahui barang yang nyata dan yang ghaib. Apa rupa ini dan hikmat apa ini?” maka firman Allaha Taa’laya pada segala malaikat Anaya Kholaqo Al Basara Mana Thoyana ertinya Bahawa aku hendak menjadikan manusia daripada tanah akan gantiku di dalam bumi. Maka apabila segala malaikat mendengar firman Allaha Taa’laya yang demikian itu maka sekeliannya pun pergi kepada rupa Adama A’layaha Al Salama itu hendak melihat apa tanda kebesaran dan kemuliaan pada rupa itu maka dijadikan pangkat khalifah lalu dilihatnya lembaga Adama A’layaha Al Salama itu daripada empat perkara anasir. Pertama tanah, kedua air, ketiga angin, keempat api dan peri yang keempat perkara itu berlainan jua. Yang suatu terlawan dengan suatu fitnah keadaan dirinya maka kata Iblis “Hai segala malaikat, nyatalah di dalam rupa ia peri kehidupannya makan dan minum dan tidur dan berbuat syahwat. Betapa dipilih Allaha Taa’laya dijadikan akan gantinya maka harus kita mengadukan hal pada tuhan kita” seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawa Majabala Fayahaa Yafasada Fayahaa Wa Sayafaka Al Damaa Wa Nahana Nasabaha Bahamadaka Wa Naqodasa Laka ertinya berdatang sembah segala malaikat Ya tuhanku siapa yang hendak engkau jadikan raja di dalam bumi itu ialah yang berbuat kerja fasada di dalam dunia dan membunuh segala manusia dan kami adalah sentiasa memuji-muji dan tasbih dan tahlil dan taqodayasa dan takbir akan dikau terlebih daripada rupa ini daripada khalifah.

Maka firman Allaha Taa’laya Anaya Aa’lama Maa Laa Taa’lamawana ertinya segala malaikat Bahawasanya aku terlebih tahu daripada barang yang tiada kamu ketahui maka Allaha Taa’laya memberi nyawa pada lembaga Adama A’layaha Al Salama dan dijadikan khalifah pada antara segala anak cucunya dan menghukumkan dengan hukum adil. Adapun zaman hayat Adama A’layaha Al Salama di dalam tahta kerajaan segala anak cucunya itu adalah bilangannya mereka itu empat puluh ribu banyaknya. Maka nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama menyampaikan titah Allaha Taa’laya pada segala anak cucunya dan mengerjakan kebajikan di dalam agama Asalama dan melarangkan daripada berbuat kejahatan.

Maka hadrat Adama A’layaha Al Salama duduk suatu tempat yang sunyi jauh daripada anak cucunya dengan dukacitanya maka duduk dengan sangat percintaannya sehari-hari maka tiadalah dapat kenyang makan nasi hingga dengan kelaparan adanya dan sekalipun tiada berkata-kata dengan seseorang juapun dengan sukanya atau tertawa melainkan dengan masygulnya jua. Maka daripada hal yang demikian itu jadilah tubuh nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama terlalulah amat kurus dengan dhaifnya dan tulang belakangnya dan tulang dadanya pun kelihatan seperti tangga dan adalah tiap-tiap hari segala anak cucunya datanglah menghantarkan makanan dan minuman dan pakaian. Suatupun tiada mau terimanya duduk dengan dukacitanya dengan percintaan maka segala anak cucunya pun bertanya nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama katanya “Hai bapa kami, bahawa kami lihat bapa kami dukacita duduk dengan percintaan betapa halnya yang demikian itu hendaklah bapa kami nyatakan pada kami sekelian”.

Maka kata nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama “Hai segala anak cucuku, betapa dapat kukatakan percintaanku ini yang terlalu amat sukarnya kerana dahulu tempatku di dalam syurga diatas tujuh petala langit. Maka suatu salahku daripada alpaku maka dikeluarkan daku di dalam syurga di buangkan kau kebawah tujuh lapis langit, keatas bumi inilah tempatku sekarang dan jika lagi kau berbuat kejahatan diatas bumi ini nescaya di buangkan pula aku ke bawah tujuh petala bumi. Maka apalah hal aku masa tatkala itu siapa dapat menolongku dan dapatkah aku duduk dengan kesukaan dengan sebab itulah dukacitaku duduk di dalam percintaanku”. Maka segala anak cucunya mendengar kata nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama demikian itu lalu sekeliannya pun menangis.

Bermula tersebut di dalam kitab Qoshosho Al Anabayaa adalah seribu lima ratus tahun lamanya nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama mengerjakan tahta kerajaan dengan dukacitanya dan memeliharakan anak cucunya. Setelah nabi Adama A’layaha Al Salama sudah tuha maka dipilihnya pada antara segala anak cucunya dua orang, seorang namanya Tsayatsa dan seorang namanya Kayawa Mawatsa. Maka suhuf yang diturunkan Allaha Taa’laya pada nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama itu kepada Tsayatsa dan menyuruhkan pekerjaan agama dan mengajarkan syariat pada Kayawa Mawatsa tahta kerajaan adil. Setelah itu maka nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama pun kembalilah kerahmat Allaha Taa’laya. Kemudian maka anak nabi Allaha Adama, Kayawa Mawatsa namanya menjadi raja duduk di dalam menghukumkan pada antara segala manusia dengan hukum adil.

Bermula tersebut di dalam kitab Aba Al Malakawaka bahawasanya di dalam alam ini tiada yang terlebih besar dan sukar daripada pekerjaan segala nabi. Pertama-tama pekerjaan nabawata iaitu pekerjaan segala nabi maka itulah asal kebesaran dan kesukaran dan percintaan dan kesakitan dan segala bala dan barang sebagainya semuanya di dalam pekerjaan nabawata. Kedua pekerjaan Hakawamata itulah yang terlebih sukar daripada segala pekerjaan nabi jua memeliharakan segala hamba Allaha dan mengasihani fakir dan miskin dan menyuruhkan dan menunjukkan jalan kebajikan dan menghukumkan antara segala hamba Allaha dengan adil. Inilah pekerjaan Hakawamata itu. Adapun segala nabi yang mengerjakan tahta kerajaan itu enam orang, pertama nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama, kedua nabi Allaha Yawasafa A’layaha Al Salama, ketiga nabi Allaha Daawada A’layaha Al Salama, kempat nabi Allaha Salayamana A’layaha Al Salama, kelima nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama, keenam nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Inilah firman Allaha Taa’laya Yaa Ayahaa Al Zayana Amanawaa Athoyaa’wa Allaha Wa Athoyaa’wa Al Rasawala Wa Alawa Al Amara Mana Kama ertinya Hai segala mereka yang beriman ikut olehmu akan Allaha Taa’laya dan pesuruhnya dan yang menghukumkan kamu yakni raja kamu.

Adapun yang harus diikut raja itu yang mengikut hukum Allaha dan hukum rasul Allaha dan syariat nabi. Mula jikalau raja itu tiada mengikut hukum Allaha dan syariat nabi betapa engkau ikut raja derhaka dan jahil dan kafir jua jawab yang kamu ikut segala raja-raja yang yang adil memakai hukum Allaha dua perkara. Pertama-tama kami ikut perkataannya, kedua ikut segala kerjaan. Adapun raja-raja yang salah itu kami ikut katanya di dalam tahta kerajaan dan tiada kami ikut kerjanya yang salah itu. Adapun soal adalah raja yang A’ashoya(derhaka) itu harus kita menyanggah segala katanya dan segala kerjanya maka betapa kamu ikut katanya itu jawab adapun kami ikut katanya itu kerana menolakkan fitnah dan fasada di dalam negeri jua jikalau bukan kerana kesukaran tiadalah harus kamu ikut katanya dan kerjanya dan melihat mukanya pun tiada harus kerana raja itu salah berpaling hukum Allaha maka yang berpaling daripada hukum Allaha dan meninggal syariat nabi itu seteru Allaha Taa’laya dan seteru rasul Allaha Taa’laya. Bermula adalah segala raja-raja pada zaman itu terlalu amat banyak pekertinya yang demikian itu melainkan barang yang dibukakan Allaha Taa’laya hatinya pada bicara yang benar itulah yang adil adanya.

Bermula hikayat tersebut di dalam kitab Qoshosho Al Anabayaa tatkata Faraa’wana(Firaun) ditenggelamkan Allaha Taa’laya dengan murkanya. Maka dijadikan Allaha Taa’laya raja di dalam negeri Mashoyara(Mesir) itu nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama dengan anugerahnya maka dihimpunkan oleh nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama pangkat nabawata dan pangkat hikmat keduanya daripada zaman itu dan negeri Bayata Al Maqodayasa yang kiblat nabi itu dalam hukum. Suatu kaum yang bernama Amalaqoha(Amalek) maka firman Allaha Taa’laya menitahkan nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama berperang dengan Amalek. Apabila nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama mendengar titah Allaha Taa’laya demikian maka dihimpunkan kaum bani Asara Yala dijadikan dua belas panji-panji. Daripada suatu panji-panji itu dua puluh ribu laki-laki dan suatu panji-panji itu seorang Faqoyaba dijadikan penghulunya. Menyatakan nama Faqoyaba seperti firman Allaha Taa’laya Wa Akhona Zhoayashaaqo Banaya Asara Yala Wa Baa’tsaa Fahama Shataya A’shara Naqoyabaa.

Maka nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama pun membawa kaum bani Asara Yala ke negeri Bayata Al Maqodayasa berperang dengan Amalek maka Amalek pun alahlah maka negeri Bayata Al Maqodayasa pun diambil oleh nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama dan diperbaiki Masajada Al Aqoshoya itu. Adapun nabi Allaha Mawasaya duduk dijadikan khalifah di dalam negeri Mesir itu tiga puluh sembilan tahun. Tiada mencari seekor kuda kenaikannya pergi datang mengerjakan pekerjaan membaiki negeri melainkan berjalan jua dan mengerjakan kerja segala hamba Allaha dan selamanya ia jadi khalifah tiada ia mencari rumah tempat ia duduk di dalamnya barang sehari dengan sentosanya dan tiada mencari makanan sehari juapun yang yang akan dimakannya pada ketika lapar selama-lamanya. Barang di mana malam disanalah ia berhenti dan segala kaum bani Asara Yala pada tiap-tiap hari ada seorang menghantarkan makanan kepada nabi Allaha Mawasaya A’layaha Al Salama pada barang dimana tempat ia berhenti. Demikianlah perinya sehingga datang mautnya.

Bermula hikayat tatkala nabi Allaha Yawasafa A’layaha Al Salama duduk diatas tahta kerajaan di dalam negeri Mesir menghukumkan segala hamba Allaha maka tubuh nabi Allaha Yawasafa pun kurus dan dhoif daripada sehari kepada sehari makin bertambah-tambah lemahnya dan berubah warna mukanya maka suatu penyakit pun tiada kepadanya. Maka segala menteri pun tercenganglah melihat hal rajanya demikian itu tiada diketahuinya apa penyakit itu maka paa suatu hari berdatang sembah segala menteri “Ya nabi Allaha, apa penyakit tuan hamba ini katakanlah supaya nyata kepada hamba sekelian supaya tabib dapat mengubati”. Maka kata nabi Allaha Yawasafa “Hai menteriku, ketahui olehmu adapun penyakit yang menjadikan tubuhku itu sebab lapar jua maka ubatnya makanan. Maka selamanya aku duduk di atas tahta kerajaan sudah lima belas tahun sekalipun tiada nafsuku menghendaki makan roti maka betapa tiada jadi dhoif tubuhku dan pucat warna mukaku”.

Maka sembah menteri itu “Ya nabi Allaha, barang makanan yang dikehendaki oleh tuan hamba ada semuanya betapa memberi sakit tuan hamba terlalu amat sangat jadi demikian ini. Tiada mau makan barang yang dikehendaki oleh tuan hamba”. Maka kata nabi Allaha Yawasafa “Hai menteriku, kerana aku menyertai orang lapar di dalam negeri Mesir ini kerana aku tiada tahu halnya orang lapar itu. Maka pada hari kiamat Allaha Taa’laya bertanya kepada aku bahawa engkau dengan kebesaranmu dan kemuliaanmu maka alpa engkau daripada segala hambaku yang lapar di dalam negeri Mesir dan tiada engkau periksa kesukaran mereka itu yang wajib padamu memeliharakan mereka itu. Pada masa apa jawabku pada Allaha Taa’laya”.

Bermula hikayat tatkala nabi Allaha Daawada A’layaha Al Salama duduk diatas tahta kerajaan menghukumkan segala hamba Allaha maka masa di dalam mihrab mengadap kiblat sembahyang dua rakaat maka meminta doa kepada Allaha Taa’laya “Ya tuhanku, engkau jua yang amat mengetahui halku, engkau anugerahi apa kiranya akan daku sesuatu pekerjaan supaya aku mencari rezeki yang halal di dalam pekerjaan itu”. Maka diperkenankan Allaha Taa’laya doanya mengajarkan pekerjaan besar akan nabi Allaha Daawada seperti firman Allaha Taa’laya Wa A’lamanaha Shoa’ta Labawasa. Bermula nabi Allaha Daawada apabila mengerjakan suatu pekerjaan besi jadi lembut seperti lilin pada tangannya. Maka nabi Allaha Daawada A’layaha Al Salama pun berbuat zirah daripada besi itulah yang mahsyur zirah Daawada namanya ialah yang menyegel ajaib dan ghozi memakai dia pada hari perang dengan kafir dan memeliharakan dengan dia adanya yang dipakai berperang dengan kafir dan pada zaman nabi Allaha Daawada A’layaha Al Salama berbaju besi keluarlah dalam alam.

Tersebut di dalam kitab Kholafara Al Marasalayana bermula hikayat tatkala nabi Allaha Salayamana A’layaha Al Salama duduk diatas tahta kerajaan menghukumkan segala makhluk Allaha Taa’laya maka diperbuat oleh nabi Allaha Salayamana periuk muat di dalamnya sepuluh ekor unta yang sama dengan gajah besarnya banyaknya seribu periuk. Maka periuk seribu itu dua kali bertanak pagi dan petang akan makanan segala orang yang mengadap dia senantiasa hari yang demikian itu seperti firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Wa Jafaana Ka Al Jawaba Wa Qoda Wararaa Sayaata. Bermula pada zaman itu tiap-tiap hari seribu periuk nasi masak dalam mahligai nabi Allaha Salayamana senantiasa hari akan makanan mereka itu sekelian.

Adapun hal nabi Allaha Salayamana puasa dan lapar duduk diatas tahta kerajaan menghukumkan antara segala makhluk Allaha Taa’laya maka di dalam berkata-kata hukum tangannya masygul berbuat bakul apabila lepas daripada berhukum maka bakul itu dijualnya dan daripada harga bakul itulah dibelikan roti shaa’yara akan dimakannya dan lagi apabila tiada bertemu dengan fakir maka tiada dibukanya puasanya itu. Apabila bertemu dengan fakir maka dibukakan puasanya serta dibahaginya akan fakir itu makanan. Pada suatu hari nabi Allaha Salayamana A’layaha Al Salama berangkat dengan tahta kerajaan dan kebesarannya yang termahsyur di dalam alam ini. Bahawa kata kerajaan itu iaitu diterbangkan oleh angin dan awan menaungi diatas maka beberapa jin dan manusia dibawahnya maka tatkala itu lalu pada antara negeri maka ada seorang fakir melihat tenteranya itu maka kata fakir itu Sabahana Allaha kebesaran apa ini maka Allaha Taa’laya menganugerahi kepada anak Daawada”. Setelah nabi Allaha Salayamana mendengar kata fakir itu lalu disuruhnya berhenti dan disuruh panggilnya akan fakir itu maka kata nabi Allaha Salayamana “Hai fakir, bahawa Allaha menganugerahi kebesaran ini pada aku jikalau engkau mengata sekali kalimah Laa Alaha Alaa Allaha dengan tulus ikhlas serta faham dengan maknanya telebihlah kebesaranmu di dalam akhirat daripada kebesaran anak Daawada di dalam dunia”. Maka nabi Allaha Salayamana pun menjamu fakir itu makanan-makanan dan membuka puasanya dengan roti Shaa’yara itu.

Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana