Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, February 24, 2011

Dakwah Bana Abasa @ Nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama

Ini hikayat Raja Iskandar anak raja Darab cucu raja di negeri Rawama (Rom) telah di sebutkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya di dalam Qoraana Al A’zhoyama gelarnya Zawa Al Qoranayana ertinya yang mempunyai dua tanduk dari kerana perbuatan menunaikan firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya Wa Yasalawanaka Hana Zaya Al Qoranayana Qola Saatalawa Alaya Kama Manaha Zakara Katsayaraa. Bermula telah ditanya ia segala Yahawadaya (Yahudi) akannya dikau daripada segala hikayat Za Al Qoranayana peri ia menjalani ini segala pihak bumi. Kata ahli al hadis sahaja ada hikayatnya pada kaum yahudi dan pada kaum ajam dan parsi di dalam benua Rom maka lalunya di hikayatkan nabi kita Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama segala hikayatnya barang yang tiada ada di dalam hikayat mereka itu.

Al kisah kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah kerajaan raja Iskandar maka berhimpunlah segala bala tentera yang amat banyak dengan kebesaran dan kemuliaan maka jadi hebatlah raja Iskandar kerana harta beroleh dengan kemenangan maka dengan takdir Allaha Ta Alaya adalah kepada suatu hari datanglah Abalayasa (Iblis) Alayaha Laa’nata Allaha kepadanya seperti kelakuan orang tuha dengan pakaian putih dan tongkat pada tangannya berdiri di hadapan raja Iskandar serta katanya “Hai raja yang maha besar tiadalah mulianya bagi raja melainkan dahi raja sujud akan yang lain daripada raja kerana raja telah mulialah di dalam alam ini”. Setelah raja Iskandar mendengar kata iblis itu maka raja Iskandar pun menyuruh ia duduk serta di permulianya akan dia maka sabda raja Iskandar “Hai orang tuha apa ertinya yang katamu itu tiada daku ketahui” maka tersenyumlah Iblis Alayaha Laa’nata Allaha itu serta katanya “Bahawa raja bukankah murid penghulu hakim Arasatatholasa (Aristotle) betapa maka raja tiada ketahui akan ertinya ibarat ini terlebih banyak daripada matahari” maka sabda raja Iskandar tiada hamba ketahui akan ertinya hendaklah di nyatakan kiranya kepada hamba” maka sahut iblis “Akan kata hamba ini pada zaman ini tiada lain di perbuat orang lain daripada raja, tiadakah tahu bahawa segala hakim dahulu kala mengatakan dirinya nabi dan pesuruh itu bukankah kehendaknya menuntut dunia nescaya maksiat akan dirinya, maka sekarang pun raja telah beruntunglah bagi raja dapat kemuliaan di dalam alam ini tiada lagi siapa menyamai kebesaran raja maka ajaib sekali lagi raja akan diri raja mau raja berkeji dirinya berbuat ibadat akan yang lain kerana akan raja itu tuhan segala makhluk dalam dunia ini kerana kuasa ia pada pekerjaan menghidupkan dan mematikan dan kuasa ia memuliakan dan menghinakan maka akan pekerjaan yang demikian itu telah adalah pada raja bahawa pada zaman ini pada sangka tiadalah pada alam ini ada raja yang lain terlebih besar daripada raja barang seorang jua pun maka sekiranya di katakan raja ini Allaha Ta Alaya”.

Maka kata Iblis “Hai raja tiada mau hamba mengatakan yang seperti hamba katakan pada menyatakan kemuliaan raja melainkan kerana sebab kasih hamba akan raja kerana raja lagi muda dengan beroleh kebesaran yang sempurna lagi adil, sayanglah hamba mendengar raja berlelah diri berbuat bakti pada yang lain inilah maka sebab hamba datang ini menyatakan raja jangan raja menyembah yang lain, jadi hinalah raja” maka kata Iblis itupun kabullah pada hati raja Iskandar. Maka raja pun memberi nagarah akan dia tiada dia menerima dia katanya “Hai raja jikalau hamba berkehendak akan harta dunia ini nescaya limpahlah datangnya akan hanya kehendak hamba berjalan2 jua pada segala negeri” maka raja Iskandar “Hai Saidi jangan tiada sebagai datang kepada hamba mengajari hamba” maka berjalanlah Iblis Laa’nata Allaha kemudian daripada itu di tinggalkan raja Iskandar.

Al kisah maka kedengaranlah warta raja Iskandar itu kepada gurunya hakim Arasatatholasa maka marahlah ia maka lalu ia berkirim surat demikian bunyinya “Hai raja Iskandar jika orang lain mengerjakan pekerjaan seperti kelakuan raja itu nescaya hamba suruh takrirkanlah ia tetapi akan raja orang yang berakal dan berilmu bicarakanlah baik2 jangan dapat di cabul oleh syaitan seperti kaum segala nabi Allaha yang dahulu itu maka segeralah raja bertaubat daripada pekerjaan itu, jika tentu jua raja akan pekerjaan itu nescaya adalah merugikan raja pada akhirat dan jikalau sekiranya dunia yang fana ini tentu bagi manusia adalah untung raja yang dahulu2 itu tiada akan beroleh akan kita maka hendaklah raja jangan berpaling daripada iktikad yang dahulu itu kerana itulah iktikad yang betul iktikad nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama yang suci adanya”. Setelah sampailah surat itu pada raja Iskandar maka di balas surat gurunya itu demikian bunyinya “Adapun segala barang yang di ajarkan hakim pada hamba itu telah sudah hamba kerjakan sekarang pun jika mau hamba turut dapat hakim menghukumkan hamba maka yang mana baik pada hamba itulah hamba kerjakan”.

Kata Shohaba Al Hikayat maka berapa lamanya raja Iskandar kerajaan di dalam maksiat kerja yang sesat itu takdir Allaha Ta Alaya turunkan wahaya pada nabi Khodhoyara (Khidir) Alayaha Al Salama menyuruhkan dia pergi kepada raja Iskandar menyuruh berpaling kepada kafirnya dan memberitahu Allaha Ta Alaya memberi nagarahi dia kerajaan masyrik dan maghrib dan akan menjalani segala tempat yang tiada pernah di jalani oleh segala manusia dan bahawa Allaha Sabahana Wa Ta Alaya menolong dia daripada segala seterunya. Maka pergilah nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama kepada raja Iskandar daripada pulau tempatnya diam berbuat ibadat itu maka berjalanlah ia di atas air laut itu seperti berjalan di atas bumi jua. Setelah datanglah ia kepada raja Iskandar maka ia duduk sama dengan rakyat yang mengadap raja Iskandar itu di dengar kata yang tiada sebenar pada hukum Allaha Ta Alaya maka sakitlah hatinya mendengar dia tiada dapat ia sabar menahan hatinya.

Sebermula akan raja Iskandar tiap2 jumaat dua hari ia duduk mengatakan iktikad yang sama itu. Hataya maka nabi Khidir pada hari itulah ia datang. Setelah nabi Khidir mendengar kata yang keji2 maka ia berkata “Hai raja Iskandar bahawa iktikad ini sesat. Ketahui oleh raja bahawa langit dan bumi ada tuhan yang menjadikan dia dan ia jua yang menjadikan alam sekelian dan ia juga menjadikan bulan matahari dan bintang dan melihat kekal ia sentiasa tiada hilang dan tiada dapat oleh budi bicara dan kuasa berlaku kehendaknya dan bahawa ia jua yang menjadikan hujan dan memberi rezeki dan ia jua menegahkan kita pada segala barang yang kuasa kita mendapat dia dan ia jua yang memeliharakan kita daripada segala yang tiada kuasa kita meluputkan ia dari mereka itu bahawa ia jua akan berlindung daripada segala bahaya dunia akhirat bahawa ialah yang menghidupkan dan mematikan kita”.

Sebermula seorang pun tiada berani mengatakan kata ini di hadapan raja Iskandar itu selama ia sudah di persesatkan oleh iblis itu. Setelah raja Iskandar mendengar kata nabi Allaha Khidir demikian itu maka iapun marah lalu di titah oleh raja Iskandar “Tangkap oleh kamu orang ini” maka ditangkap oranglah nabi Allaha Khidir itu di suruh penjarakan. Maka datanglah iblis kepada raja Iskandar maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh yang hakim bahawasanya datang kepada hamba seorang orang muda baik sifatnya dan rupanya dan bawanya dan hebat kelakuannya, maka ia berkata kepada hamba dengan kata yang besar2. Maka di suruh hamba kembali kepada iktikad yang dahulu itu serta di suruhnya hamba berbuat ibadat akan tuhan yang tiada hamba ketahui dan tiada lihat dan disuruhnya hamba mengikut syariat segala anabaya2. Maka hamba suruh penjara akan dia menanti sheikh datang". Maka kata iblis “Hai raja bagimu ingat2 jangan kena perdayanya bermula hamba datang itupun kerana hamba dengar orang muda itulah dikerjakan oleh raja pada membunuh dia supaya suci bumi dari perbuatan ialah orang hawa batin yang amat sangat tetapi pada hati hamba tiada terkerjakan oleh raja akan membunuh dia itu”.

Maka titah raja Iskandar “Betapa jua perinya maka tiada kuasa hamba membunuh dia kerana sudah ia di dalam penjara”. Maka raja Iskandar pun menyuruh memalu canang mengatakan segala manusia supaya dilihatnya nabi Khidir itu maka titah raja Iskandar “Bahawa kehendak hamba seksa akan dia di hadapan sheikh jangan dahulu sheikh kembali” maka kata iblis “Telah bersumpahlah tiada mau hamba melihat orang membahagikan kebesaran seseorang daripada makhluk di hadapi hamba” maka bermohonlah Iblis kembali. Maka nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama pada hari itu di dalam penjara sembahyang minta doa pada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka tatkala kelamlah hari maka turunlah malaikat dari langit di titahkan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka di pecahkan oleh malaikat itu atap rumah tempat nabi Allaha Khidir itu. Maka masuklah malaikat ke dalam penjara itu serta ia memberi salam akan nabi Khidir maka di sahutnya nabi Allaha Khidir salamnya maka kata nabi Khidir “Siapa engkau?” maka sahutnya “Bahawa aku daripada seorang malaikat di titahkan Allaha Ta Alaya kepadamu mengeluarkan dikau di dalam penjara ini akan membawa dikau kepada bukit Anawa. Disanalah engkau diam berbuat ibadat kepada Allaha Ta Alaya hingga hingga datang kepadamu titah Allaha Ta Alaya”. Bermula nabi Khidir pun dapat ia keluar sendirinya dari dalam penjara itu hanya ia menantikan titah Allaha Ta Alaya jua maka di bawanyalah oleh malaikat keatas bukit diamlah ia disana berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya dan adalah pada bukit buah-buahan pada tempat nabi Khidir itu suatu batu besar di sisi batu itu terbit mata air.

Kata Shohaba Al Hikayat maka esok hari berhimpunlah segala isi negeri itu kerana akan raja Iskandar pun semayam di suruhnya bawa nabi Khidir di dalam penjara itu maka di bukakanlah pintu penjara itu serta di lihat mereka itu belenggunya patah dan atap pecah maka di persembahkan oranglah kepada raja Iskandar. Maka pada hati raja Iskandar sungguhlah seperti kata sheikh itu ia orang hawa batin maka menyesallah ia kerana sebab itu maka di suruh raja Iskandar orang berseru2kan segala negeri “Jika barangsiapa mendapat orang itu barang kehendaknya tiada aku tahani”. Maka sekelian isi negeri kecil besar mencari tiga hari tiadalah dapat oleh mereka itu. Maka keempat harinya maka iblis pun datang kepada raja Iskandar maka katanya “Hai raja tiadakah sungguh seperti kata hamba itu?”. Maka sabda raja Iskandar “Sungguhnyalah hai guruku tiada apa seorang2 juapun lepas daripada penjara itu melainkan seorang jua” maka ujar iblis “Akan orang muda itu hamba dengar ia pada bukit Anawa itu diatas puncak bukit disisi ada suatu batu besar dan terbit mata air daripadanya itu”. Maka sukacitalah hati raja Iskandar mendengar dia dan sendirinya hendak pergi mengikut dia maka kata iblis “Jangan raja sendiri mengikut dia suruh hulubalang jua di titahkan”. Maka iblis pun bermohonlah kepada raja Iskandar kemudian kembali.

Hataya maka pada keesokan harinya di suruh raja Iskandar hulubalang pergi mengikut dia kepada bukit itu kira2 seratus orang berkuda. Setelah sampai pada nabi Khidir maka dilihat oleh mereka itu ia berdiri sembahyang maka berlarilah mereka itu masing2 hendak mengikut dia. Maka nabi Khidir pun minta doa ke hadrat Allaha Ta Alaya demikian katanya “Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang tiada tersembunyi daripada ilmumu suatu jua pun peliharakan hambamu daripada kejahatan orang yang derhaka ini”. Maka di dengarnya suara demikian bunyinya “Hai Bana Abasa (Bapa Abas) bahawa Allaha Ta Alaya menyuruhkan dikau meniupi pihak kaum itu yang hendak menangkap dikau supaya di pelihara Allaha Ta Alaya daripada kejahatan mereka itu”. Maka di tiuplah oleh nabi Khidir kepada pihak mereka itu maka terbakarlah mereka itu dengan panglimanya maka larilah mereka itu.

Setelah di lihat raja Iskandar lalu dipersembahkan mereka itu segala hal ehwalnya kepada raja Iskandar maka raja Iskandar pun terlalu marah mendengar yang demikian. Maka raja Iskandar pun naiklah ke atas kudanya maka pergilah ia kepada bukit tempat nabi Khidir itu. Maka dilihat nabi Khidir tentera banyak datang maka sekelian kaum itu gentar menghampir dia maka titah raja Iskandar “Berdirilah sekelian kamu dahulu di sini biarlah aku hampir kepadanya”. Setelah dilihat nabi Khidir, raja Iskandar datang mengikut itu maka katanya “Marilah hampir kepada hamba tiada hamba mengapa”. Maka tercenganglah raja Iskandar di dalam hatinya “Bahawa raja besar2 dan segala hulubalang yang perkasa lagi gentar ia melihat hebatku dan ia berlakunya kuasa daripadaku serta menyeru2 pula di suruh hampir kepadanya”. Maka raja Iskandar pun hampirlah seraya memberi salam pada nabi Khidir maka di sahutnya nabi Khidir salamnya itu ujarnya “Sejahteralah atas tuan hamba” lalu bangkit nabi Khidir berdiri di jawatnya tangan raja Iskandar maka dudukkannya di sisi dan tatkala duduklah keduanya serta berkata raja Iskandar “Hai orang muda, siapa melepaskan belenggu daripadamu dan siapa mengeluarkan dikau dari dalam penjara dan siapa membawa dikau pada bukit ini?”.

Maka sahut nabi Khidir "Bahawa yang mengerjakan perkerjaan itu tuhanku yang mengikutkan nabi Allaha Adarayasa (Idris) pada tingkat yang maha mulia dan menitahkan nabi Allaha Nawaha (Nuh) Alayaha Al Salama dan menenggelamkan kaumnya yang kafir dan membinasakan kaum nabi Allaha Hawada (Hud) dengan angin dan membinasakan kaum kaum nabi Allaha Sholaha (Sholeh) kerana sebab membunuh untanya dan melepaskan nabi Allaha Abarahayama (Ibrahim) daripada api Namrud dan membinasakan dia dengan nyamuk dan yang menukari nabi Allaha Asama’ Yala (Ismail) dengan kambing tatkala di sembelih oleh bapanya dan menitahkan nabi Allaha Mawasaya (Musa) kepada firaun dan tinggalkan dia kepada Nil dengan segala bala tenteranya, ditenggelamkan Qorun ke dalam bumi dengan segala hartanya dan rumahnya sebab mengatakan fitnah akan nabi Allaha Musa dan menganugerahkan nabi Allaha Salayamana (Sulaiman) kerajaan yang amat besar di jadikannya segala syaitan dan jin dan segala mergastua sekelian makhluk berbuat bakti akan dia. Bahawa ia jua tuhan yang amat menolong segala anabaya daripada segala bahaya kafir dan daripada hambanya yang derhaka akan dia dan yang memberi rezeki maka di sembahnya lain daripadanya dan ialah tuhan tiada lain daripadanya dan ialah tuhan yang melakukan qudrat iradatnya membahagi bahagi untung celaka dengan di suratkan pada Luh Mahfuz. Ialah tuhan yang menurunkan rahmatnya atas segala hambanya dan ialah tuhan menunjukkan jalan sekelian anabaya dan ialah menunjukkan dan menitahkan mereka itu akan pesuruh menyatakan pada segala manusia maka berbahagialah segala yang mengikut kata nabi Allaha”.

Setelah raja Iskandar mendengar tauhid nabi Allaha Khidir itu masuklah kata2 nabi Allaha Khidir itu ke dalam hatinya dan terjagalah ia akan pengajar gurunya hakim dengan akalnya maka katanya “Hai orang muda, daku pun dahulu iktikad itulah di ajarkan guruku Arasatatholasa hanya baharu juga ku ubah iktikadku itu, di marahnya aku mengubah ia tiada aku dengarkan katanya. Maka akan sekarang ku mendengar katamu ini muafakatlah sekali dengan kata guruku. Maka pada hatiku benar jua iktikad ini ada lagi syak hatiku”. Maka sahut nabi Khidir “Apa jua syak pada raja itu?” maka sabda raja “Jikalau mau engkau berhadapan dengan orang tuha yang mengajarkan iktikad akan daku bersualah engkau dengan dia, jika menang engkau dengan dia supaya aku turut katamu. Maka jika alah engkau daripadanya tiadalah ku turut katamu”. Maka kata nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama “Barang di panggil rajalah akan dia pada saat ini jua hamba hilangkan pada hati raja”. Maka sabda raja Iskandar “Hai orang muda, tiada aku ketahui akan tempatnya. Ia jua yang mari kepada aku”. Maka tersenyum nabi Allaha Khidir mendengar sabda raja itu maka ia mengucap Aa’waza Ba Allaha Mana Al Shayathona Al Rajayama. Maka ujar nabi Khidir Alayaha Al Salama “Bahawa akan orang tuha itu tiada ia mahu datang kepada raja tatkala hamba hadir kepada raja dan tiada ia menjejakkan kakinya pada tempat hamba jejak itu kerana ia sisi tiada benar” maka titah raja Iskandar “Jikalau sungguh seperti katamu itu maka itulah kenyataan yang besar maka tiadalah dikehendaki lain daripada itu”. Maka kata nabi Khidir “Kabullah hamba berhimpun dengan orang tuha itu”.

Maka berbangkitlah turun keduanya dari atas bukit itu maka raja Iskandar menyuruh membawa seekor kuda kenderaan akan nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama lalu berjalanlah hingga sampai ke pintu negeri. Maka ada seorang saudara orang yang mati terbunuh di atas bukit kerana sebab di hembus nabi Allaha Khidir tatkala di suruh raja Iskandar menangkap dia serta ia melihat nabi Khidir berkenderaan sama2 dengan raja Iskandar. Maka iapun marah tiada tertahan maka di tikam dengan pendahannya di belakang nabi Khidir dengan takdir Allaha Ta Alaya maka kembali pendahannya itu menikam dadanya sendiri terus ke belakang lalu meniarap ia serta gugur dari atas kudanya. Maka haru birulah orang yang melihat ehwalnya itu. Maka raja Iskandar pun berpaling melihat dia maka sabda raja pada nabi Khidir “Apa jua engkau ini?” maka sahut nabi Khidir Alayaha Al Salama “Inilah balas barang yang melalui perbuatan sebenarnya dengan pekerjaan yang sia2 adanya”. Maka tercenganglah raja Iskandar maka bertambah hormat raja Iskandar akan nabi Allaha Khidir itu serta bertambah harap hatinya akan kebenarannya dan tahulah ia bahawa akan nabi Allaha Khidir itu di tolongi Allaha Ta Alaya pada barang pekerjaannya. Maka berjalanlah raja Iskandar hingga sampailah ke istananya. Maka tiada di beri oleh raja Iskandar, nabi Allaha Khidir turun daripada atas kudanya hingga lalu kepada mahligainya tempat ia semayam itu. Maka duduklah raja Iskandar diatas kerusi maka nabi Khidir pun duduk suatu kerusi pada sisinya maka di suruhnya segala hulubalang kembali pada tempatnya hanya lagi tinggal berapa orang jua.

Hataya maka raja Iskandar pun berhadap kepada nabi Allaha Khidir serta ujarnya “Hai orang muda, berhentilah tuan hamba di sini supaya datang orang tuha itu tetapi bahawa ketikanya sudah hamba lihat adalah menambahi batin hamba”. Maka kata nabi Khidir seraya tersenyum “Hai raja suruhkanlah orang tuha itu kemari bertemu dengan hamba supaya hamba tunjukkan kepada raja pekerjaan yang syak pada raja” maka titah raja Iskandar “Hai orang muda, tiadakah benar seperti tuan hamba kata dahulu itu mengatakan orang tuha itu tiada dapat datang pada tempat hamba itu?”. Maka nabi Khidir pun berkata pula “Bahawasanya seperti kata raja, baiklah hamba nanti tiga hari lagi jika ia datang berhadapan dengan hamba nescaya boleh ketahuanlah pekerjaan yang sebenarnya dengan pekerjaan yang sia2 itu”. Maka pada waktu dinihari di panggil raja Iskandar akan nabi Khidir Alayaha Al Salama ajak duduk sama2 dengan dia. Setelah sampailah tiga hari tiada jua datang orang tuha itu maka sabda raja Iskandar “Hai saudara hamba bahawa sungguhnyalah orang tuha itu di sesat. Tiadalah mau datang nyatalah bahawa jalan yang sebenarnya tiada dapat berhubung atau berhimpun dengan sia2 itu pada suatu tempat seperti tiada dapat hidup dengan pada suatu badan”. Maka kata nabi Khidir “Hai raja takut ada jua ehwalnya suatu apa2 akan dia sebab itu tiada ia datang. Baiklah hamba nanti lagi tiga hari”. Setelah genaplah tiga hari tiada juga ia datang maka titah raja Iskandar “Hai saudara hamba bahawa nyatalah orang tuha itu di sesat”.

Setelah nabi Khidir mendengar kata raja Iskandar itu maka iapun sangatlah sukacita serta katanya “Hai raja bahawa adalah hamba seorang dari hamba Allaha Ta Alaya masghul dengan berbuat ibadat kepada Allaha Ta Alaya pada segenap pulau bersunyi diri hamba maka di titahkan Allaha Ta Alaya hamba mari kepada raja akan menceritakan bahawa raja akan menghimpunkan kerajaan masyrik dan maghrib, laut dan darat dan di masuki oleh raja negeri Baradho dan Jabarata. Bahawa kedua negeri itu kesudahan dunia. Bahawa raja akan menempatkan jalan yakjud dan makjud supaya jangan dapat mereka itu keluar ke negeri yang lain hingga sampailah dunia kiamat baharulah ia dapat jalan keluar. Bahawa akan raja di tolong Allaha Sabahana Wa Ta Alaya pada barang tempat kehendak raja dianugerahkan Allaha pada segala bumi di dalam hukum raja bujur dan lintang. Bermula akan segala raja2 di dalam alam ini sekeliannya akan berbuat bakti kepada raja” dan lagi kata nabi Khidir “Akan kerana tuan hamba di beri Allaha Ta Alaya, Zawa Al Qoranayana kerana sebab di muliakan tuan hamba pada bumi masyrik dan maghrib. Adapun sekarang ini hilangkanlah daripada hati raja iktikad yang salah itu bahawasanya di kurnia Allaha Ta Alaya balas dengan kebaktian raja maka janganlah kufur lagi menurut kata Iblis Laa’nata Allaha Ta Alaya itu bahawa akan orang tuha itulah Iblis”. Maka kata raja Iskandar “Benar sungguhnyalah Allaha Ta Alaya menjadikan tuan hamba berjalan menunjuki hamba jalan yang sebenarnya itu akan bahagia hamba maka tuan hamba suruhkan hamba mengerjakan segala barang seharusnya itu maka itulah hamba kerjakan supaya hamba bawa segala manusia mengerjakan dia dan tiadalah hamba beri segala yang di atas bumi Allaha Ta Alaya ini seorang juapun menyembah lain daripada Allaha Ta Alaya. Maka kata nabi Allaha Khidir “Bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan segala makhluk di suruhnya berbuat ibadat akan dia dan tiada di jadikan akan berbuat derhaka akan dia. Sebermula hamba ceritakan daripada permulaan kejadian makhluk hingga datang pada sekarang ini supaya di ketahui raja”. Maka sahut raja Iskandar “Ceritakanlah oleh tuan hamba kepada hamba kerana barang yang keluar daripada kalam tuan hamba itu berkenanlah oleh hamba”.

Maka kata nabi Khidir “ Hai raja bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan semata sekelian ini dengan sebabnya” maka di ceritakan nabi Khidir kepada raja Iskandar hikayat daripada permulaan makhluk dan hikayat nabi Allaha Abarahayama berbuat Kaa’bata Allaha dan hikayat nabi Asamaa’ Yala hendak di sembelih bapanya dan hikayat nabi Yaaqowaba tatkala bercintakan akan anaknya nabi Yawasafa Alayaha Al Salama dan hikayat nabi Mawasaya dengan firaun dan hikayat segala nabi dari kaum bani Asara Yala lalu pada hikayat nabi Allaha Daawada Alayaha Al Salama dan peri kebesaran kerajaan nabi Allaha Salayamana tiada seorang jua pun di kurniai Allaha Ta Alaya demikian itu dahulunya dan kemudiannya maka kata nabi Khidir “Bahawa akan sekarang ketahuilah oleh raja kemudian daripada kerajaan nabi Allaha Salayamana Alayaha Al Salama maka rajalah beroleh kebesaran di dalam dunia ini dan rajalah di tolong Allaha pada barang tempat dan dijadikan raja daripada kaum yang sholeh lagi beroleh pangkat segala anabaya Allaha”. Maka adalah lamanya nabi Allaha Khidir berhikayat itu dua puluh hari maka titah raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawasanya telah tuan hamba ceritakan pada hamba apa yang ajaib2 yang tiada pernah hamba dengar bahawa akan sekarang kehendak hamba barang di nyatakan pada tuan hamba kiranya pada hamba di dalam agama yang mana tuan hamba suruhkan supaya hamba ikutlah agama itu dan tiada hamba redhakan agama yang lain”.

Maka sukacitalah nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama mendengar kata raja Iskandar itu maka kata nabi Khidir “Ketahuilah oleh raja bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan segala manusia berkaum2 jadi sesat sangat mereka itu kemudian daripada nabi Allaha Ayasaya Alayaha Al Salama di angkatkan Allaha ia ke langit. Maka di jadikan Allaha Ta Alaya daripadanya nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama bahawa ialah kesudahan segala anabaya dan ialah penghulu segala nabi yang marasala. Maka tiada di turunkan Allaha Ta Alaya suatu kitab Allaha melainkan ada cerita tersebut di dalamnya sifat Mahamada Rasawala Allaha. Bahawa ialah daripada anak cucu nabi Allaha Asamaa’ Yala Alayaha Al Salama maka dibawanya segala manusia pada agama yang mudah dan benar agama nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama dan ialah yang di lebihkan Allaha daripada segala nabi2 tiadalah lagi terkira2 ia akan kemuliaannya maka dalam agama itulah hamba”.

Maka kata raja Iskandar “Hai nabi Allaha dalam agama itulah hamba kerjakan maka di jabat nabi Khidir tangan raja Iskandar ujarnya “Sebutlah oleh raja Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Wa Ashahada Ana Abarahayama Kholayala Allaha Wa Nabayaha maka dicium nabi Khidir dada raja Iskandar “Bahawa akan sekarang saudara hamba raja pada barang tempat nescaya bersamalah kita dunia akhirat jikalau baik jahat pun bersamalah kita” dengan sukacita raja Iskandar akan agamanya serta beroleh besar kerajaan sebab bertemu dengan nabi Allaha Khidir itu Al Qoshosho.

Kata Shohaba Al Hikayat telah raja Iskandar berbenarlah iktikadnya dan nabi Khidir pun bersamalah dengan dia mengajar ilmu seperti agama nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama. Maka nabi Khidir pun bermohonlah ia kepada raja Iskandar maka terlalu dukacita raja Iskandar bercerai dengan nabi Khidir Alayaha Al Salama hanya tiada raja Iskandar menahani dia. Maka turunlah wahaya kepada nabi Khidir bahawa menyuruhkan dia bersama dengan raja Iskandar dengan menceritera ia pada barang pekerjaan di jadikan Allaha Ta Alaya dengan kerana sebab nabi Khidir menghasilkan segala pekerjaannya. Maka sahut nabi Khidir akan Jabara Yala (Jibril) “Sedangkan nabi Allaha Mawasaya lagi tiada mau mendengar dan menurut kata hamba tatkala bersama dengan hamba berjalan maka hamba tinggalkan dia. Maka sebagaimana dapat Raja Iskandar itu bersama dengan hamba”. Maka sahut Jibril “Demikianlah firman Allaha Ta Alaya kepada tuan hamba akan mengajar akan dia jikalau tiada di turutnya bahawa Allaha Ta Alaya engkar ia”. Telah pagi2 hari maka datanglah nabi Khidir pada raja Iskandar lalu di ceritakannya wahaya turun kepadanya menyuruhkan dia bersama dengan raja Iskandar maka sukacitalah raja Iskandar.
Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana (Manuskrip Universiti Malaya)

Monday, February 21, 2011

Berdiri, Ruku' dan Sujud

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Peliharalah segala shalat dan shalat wasathoya. Berdirilah karena Allaha dengan khusyu’. (238) Jika kamu dalam keadaan takut, maka shalatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allaha, sebagaimana Allaha telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (239) Al Baqorata

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allaha dan Allaha akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allaha kecuali sedikit sekali. (142) Al Nasaa

Dan bertawakallah kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (217) Yang melihat kamu ketika kamu berdiri, (218) dan perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. (219) Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (220) Al Shaa’ra

Orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (9) Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allaha itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (10) Al Zamara

Dan bahwasanya tatkala hamba Allaha berdiri menyembah-Nya, hampir saja jin-jin itu desak mendesak mengerumuninya. (19) Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya". (20) Katakanlah: "Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu kemudharatanpun kepadamu dan tidak sesuatu kemanfa’atan". (21) Katakanlah: "Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari Allaha dan sekali-kali tiada akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya". (22) Akan tetapi menyampaikan dari Allaha dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allaha dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (23) Al Jana

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allaha dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nyalah mereka bersujud. (206) Al Aa’rafa

Sesungguhnya Allaha telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allaha; lalu mereka membunuh atau terbunuh. janji yang benar dari Allaha di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allaha? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (111) Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allaha. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu. (112) Al Tawabata

Hanya kepada Allaha-lah sujud segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. (15) Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allaha." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allaha, padahal mereka tidak menguasai kemanfa’atan dan tidak kemudharatan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allaha yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allaha adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". (16) Al Raa’da

Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allaha yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allaha, sedang mereka berendah diri? (48) Dan kepada Allaha sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan para malaikat, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (49) Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan. (50) Al Nahala

Dan Al Qur’an itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian. (106) Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman. Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, (107) dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi". (108) Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (109) Katakanlah: "Serulah Allaha atau serulah Al-Rahamana. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Asamaa Al Hasanaya dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" (110) Al Asaraa

Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi ni’mat oleh Allaha, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Asara Yala, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allaha Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (58) Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (59) kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk surga dan tidak dianiaya sedikitpun. (60) yaitu surga ’Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya, sekalipun tidak nampak. Sesungguhnya janji Allaha itu pasti akan ditepati. (61) Marayama

Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allaha bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allaha maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allaha berbuat apa yang Dia kehendaki. (18) Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (77) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allaha dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang Masalama dari dahulu dan dalam ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allaha. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (78) Al Haja

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Sujudlah kamu sekalian kepada Yang Maha Penyayang", mereka menjawab: "Siapakah yang Maha Penyayang itu? Apakah kami akan sujud kepada Tuhan Yang kamu perintahkan kami?", dan menambah mereka jauh. (60) Maha Suci Allaha yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. (61) Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin memgambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur. (62) Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. (63) Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. (64) Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". (65) Al Faraqona

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (15) Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo’a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. (16) Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (17) Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik? Mereka tidak sama. (18) Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka surga-surga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (19) Dan adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya". (20) Al Sajadata

Mahamada itu adalah utusan Allaha dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allaha dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allaha hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allaha menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (29) Al Fataha

Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Asalama itu sama dengan orang-orang yang berdosa? (35) Mengapa kamu: bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (36) Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab yang kamu membacanya?, (37) bahwa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu. (38) Atau apakah kamu memperoleh janji-janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari kiamat; sesungguhnya kamu benar-benar dapat mengambil keputusan? (39) Tanyakanlah kepada mereka: "Siapakah di antara mereka yang bertanggung jawab terhadap keputusan yang diambil itu?" (40) Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka adalah orang-orang yang benar. (41) Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa. (42) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera. (43) Maka serahkanlah kepada-Ku orang-orang yang mendustakan perkataan ini. Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur dari arah yang tidak mereka ketahui, (44) dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh. (45) Al Qolama

Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur’an yang agung. (87) Janganlah sekali-kali kamu menujukan pandanganmu kepada keni’matan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. (88) Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan". (89) Sebagaimana, Kami telah menurunkan kepada orang-orang yang membagi-bagi. (90) orang-orang yang telah menjadikan Al Qur’an itu terbagi-bagi (91) Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, (92) tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu. (93) Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (94) Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada orang-orang yang memperolok-olokkan, (95) maka mereka kelak akan mengetahui. (96) Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, (97) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud, (98) dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini. (99) Al Hajarata

Thursday, February 17, 2011

Surat Nabi-nabi

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling. (1) Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qora’ana pun yang baru dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main, (2) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahasiakan pembicaraan mereka: "Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu padahal kamu menyaksikannya?" (3) Berkatalah: "Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (4) Bahkan mereka berkata: "mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mu’jizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus". (5) Tidak ada suatu negeripun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka; maka apakah mereka akan beriman? (6) Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (7) Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak mereka itu orang-orang yang kekal. (8) Kemudian Kami tepati janji kepada mereka. Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas. (9) Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya? (10)

Dan berapa banyaknya negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain. (11) Maka tatkala mereka merasakan azab Kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. (12) Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada ni’mat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu, supaya kamu ditanya. (13) Mereka berkata: "Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". (14) Maka tetaplah demikian keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi. (15) Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. (16) Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami Jika Kami menghendaki berbuat demikian. (17)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang bathil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang bathil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati. (18) Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada merasa letih. (19) Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya. (20) Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan? (21) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allaha, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allaha yang mempunyai ’Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. (22) Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanyai. (23) Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: "Unjukkanlah hujjahmu! ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan orang-orang yang sebelumku". Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, karena itu mereka berpaling. (24) Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (25)

Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil anak", Maha Suci Allaha. Sebenarnya, adalah hamba-hamba yang dimuliakan (26) mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. (27) Allaha mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diridhai Allaha, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya. (28) Dan barangsiapa di antara mereka mengatakan: "Sesungguhnya aku adalah tuhan selain daripada Allaha", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim. (29) Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (30) Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. (31) Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya. (32) Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. (33) Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu, maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? (34)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (35) Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka hanya membuat kamu menjadi olok-olok. "Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?", padahal mereka adalah orang-orang yang ingkar mengingat Allaha Yang Maha Pemurah. (36) Manusia telah dijadikan tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tandaKu. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera. (37) Mereka berkata: "Kapankah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar?" (38) Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu mereka itu tidak mampu mengelakkan api neraka dari muka mereka dan dari punggung mereka, sedang mereka tidak mendapat pertolongan. (39) Sebenarnya itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong-konyong lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak mereka diberi tangguh. (40) Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum kamu maka turunlah kepada orang yang mencemohkan rasul-rasul itu azab yang selalu mereka perolok-olokkan. (41)

Katakanlah: "Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari selain Yang Maha Pemurah?" Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang berpaling dari mengingati Tuhan mereka. (42) Atau adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat memelihara mereka dari Kami. Tuhan-tuhan itu tidak sanggup menolong diri mereka sendiri dan tidak mereka dilindungi dari Kami itu? (43) Sebenarnya Kami telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka keni’matan hingga panjanglah umur mereka. Maka apakah mereka tidak melihat bahwasanya Kami mendatangi negeri, lalu Kami kurangi luasnya dari segala penjurunya. Maka apakah mereka yang menang? (44)

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan" (45) Dan sesungguhnya, jika mereka ditimpa sedikit saja dari azab Tuhanmu, pastilah mereka berkata: "Aduhai, celakalah kami, bahwasanya kami adalah orang yang menganiaya diri sendiri". (46) Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkannya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan. (47) Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa dan Harun, Kitab Taurat dan penerangan serta pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (48) orang-orang yang takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan hari kiamat. (49) Dan Al Qoraa'na ini adalah suatu kitab yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya? (50)

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim petunjuk kebenaran sebelum dan adalah Kami mengetahuinya. (51) ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?" (52) Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya". (53) Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata". (54) Mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?" (55) Ibrahim berkata: "Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu". (56) Demi Allaha, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya. (57) Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali kepadanya. (58) Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim". (59) Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". (60) Mereka berkata: " bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak, agar mereka menyaksikan". (61) Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?" (62) Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara". (63) Maka mereka telah kembali kepada kesadaran mereka dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya", (64) kemudian kepala mereka jadi tertunduk: "Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara". (65) Ibrahim berkata: "Maka mengapakah kamu menyembah selain Allaha sesuatu yang tidak dapat memberi manfa’at sedikitpun dan tidak memberi mudharat kepada kamu? (66) Ah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allaha. Maka apakah kamu tidak memahami?" (67) Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". (68) Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim". (69) Mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi. (70) Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. (71)

Dan Kami telah memberikan kepadanya Ishaq dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah. Dan masing-masing Kami jadikan orang-orang yang saleh. (72) Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, (73)

dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmat dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik, (74) dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami; karena sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang saleh. (75)

Dan Nuh, sebelum itu ketika dia berdo’a, dan Kami memperkenankan do’anya, lalu Kami selamatkan dia beserta pengikutnya dari bencana yang besar. (76) Dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya. (77)

Dan Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, (78) maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum; dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmat dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya. (79) Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur. (80) Dan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. (81) Dan Kami telah tundukkan segolongan syaitan-syaitan yang menyelam untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu; dan adalah Kami memelihara mereka itu, (82)

dan Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: "sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (83) Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allaha. (84)

Dan Isma’il, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. (85) Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh. (86)

Dan Za Al Nawana, ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya, maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (87) Maka Kami telah memperkenankan do’anya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. (88)

Dan Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. (89) Maka Kami memperkenankan do’anya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo’a kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami. (90)

Dan Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalamnya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda yang besar bagi semesta alam. (91) Sesungguhnya ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku. (92) Dan mereka telah memotong-motong urusan mereka di antara mereka. Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali. (93)

Maka barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya. (94) Sungguh tidak mungkin atas suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali. (95) Hingga apabila dibukakan Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (96) Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar, maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim". (97) Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allaha, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. (98) Andaikata berhala-berhala itu tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya. (99) Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak bisa mendengar. (100)

Bahwasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka, (101) mereka tidak mendengar sedikitpun suara api neraka, dan mereka kekal dalam meni’mati apa yang diingini oleh mereka. (102) Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar, dan mereka disambut oleh para malaikat.: "Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu". (103) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya. (104) Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah Lawaha Mahafawazaha, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. (105) Sesungguhnya dalam ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allaha. (106)

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk rahmat bagi semesta alam. (107) Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah bahwasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa, maka hendaklah kamu berserah diri". (108) Jika mereka berpaling, maka katakanlah: "Aku telah menyampaikan kepada kamu sekalian yang sama dan aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh?". (109) Sesungguhnya Dia mengetahui perkataan dengan terang-terangan dan Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan. (110) Dan aku tiada mengetahui boleh jadi hal itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu. (111) berkata: "Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan". (112)

Saturday, February 5, 2011

Hajarata Nabi Allaha Mahamada Shola Allaha Alayaha Wa Salama

Kelakian maka di titahkan nabi Allaha akan segala sahabat Ahala Al Makaha pindah ke Madayanaha hanya tinggal bersama-sama dengan nabi Allaha, baginda Abawa Bakara dan baginda A’mara Radhoya Allaha A’naha. Demi di dengar segala Qorayasha bahawa nabi Allaha hendak pindah ke Madayanaha maka mereka itupun takutlah akan berhimpun segala sahabat dan banyaklah segala laskarnya maka segala Qorayasha pun berhimpunlah hendak menangkap nabi Allaha. Maka berbicaralah mereka itu akan pekerjaan hendak membunuh nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka masing2 menyatakan bicaranya dalam antara itu. Maka kata Abawa Jahala “Adapun pada bicara aku baik juga kita himpunkan pada tiap2 suatu kaum Qorayasha maka mereka itulah kita suruh membunuh Mahamada segala semuanya menetak dia supaya sukarlah bani Matholaba mengambil balas” maka kata seorang tuha dari banawa bakhodaya “Sebaik2 bicaralah bicara Abawa Jahala itu” dan bahawa yang berkata2 demikian itu Abalayasa (Iblis) Alayaha Al Laa’nata merupakan dirinya seperti rupa orang tuha.

Maka pada malam itu nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama bersabda kepada baginda A’laya Radhoya Allaha A’naha “Hai A’laya tidurlah engkau pada tempat ketiduranku ini dan kau pakailah selimut. Tinggallah engkau di sini dan dan kembalikan segala harta amanat orang yang pada aku itu”. Setelah itu maka berhimpunlah pada malam itu segala kafir kepada tempat nabi Allaha hendak membunuh nabi Allaha seperti yang dibicarakannya itu. Maka nabi Allaha pun mengambil seruap tanah lalu keluarlah nabi Allaha daripada rumah serta membaca surat Yasa maka tanah itupun di hamburkan nabi Allaha ke atas kepala segala kafir itu. Kelakian maka datang seorang laki2 kepada kafir itu maka katanya akan mereka itu “Hai segala kaum Qorayasha bahawa Mahamada telah keluarlah ia dari rumahnya dan kepala kamu pun telah sudah di hamburkan tanah” maka mereka itupun masuk ke kampung nabi Allaha maka di lihatnya baginda A’laya tidur pada tempat ketiduran nabi Allaha. Maka pada sangka mereka itu ialah nabi Allaha maka di lihat mereka itulah bahawa yang tidur itu baginda A’laya Radhoya Allaha A’naha maka kembalilah mereka itu dengan putus asanya. Setelah itu maka pagi2 harinya maka baginda A’laya pun mengembalikan segala harta amanat orang yang ada pada nabi Allaha itu masing2 kepada yang empunya.

Hataya pada malam itu nabi Allaha pun pergi ke rumah Abawa Bakara serta bersabda “Hai Abawa Bakara bahawasanya Allaha Ta Alaya menitahkan daku pindah dari Makah ke Madayanaha”. Demi di dengar baginda Abawa Bakara sabda nabi Allaha maka ia pun menangis dengan sukacitanya serta sembahnya “Ya rasul Allaha baik jua kita ambil seorang sahabat supaya menunjuk kita jalan” maka di upah baginda Abawa Bakara akan A’bada Allaha Abana Arayaqotho, adalah ia tatkala itu ia lagi kafir maka nabi Allaha pun pergilah serta Abawa Bakara Radhoya Allaha A’naha kepada gua yang bernama Jabala Tsawara hampir Makah. Kemudian dari itu tiga hari perselangan maka nabi Allaha pun pindah gua yang bernama Hara pada tatkala itulah datang segala kafir pergi mencari nabi Allaha dan Abawa Bakara. Hataya maka Saraqoha Abana Malaka pun bertemu dengan nabi Allaha tatkala itu adalah nabi Allaha bersabda kepada Abawa Bakara Radhoya Allaha A’naha “Hai Abawa Bakara, jangan engkau takut bahawasanya Allaha Ta Alaya ada serta kita” dan di serap nabi Allaha akan Saraqoha pun bertanam ke dalam bumi hingga perutnya maka kata Saraqoha “Ya Mahamada lepaskanlah hamba bahawasanya tiadalah hamba beri tahu kepada segala Qorayasha bahawa tuan hamba ada pada tempat ini”. Maka nabi Allaha pun minta doa akan dia lepas maka ia pun lepaslah. Kemudian dari itu maka datang pula ia hendak khianat akan nabi Allaha maka di serap nabi Allaha pula akan dia maka minta aman pula ia lalu nabi Allaha pun minta doa akan dia maka lepaslah ia daripada tertanam lalu kembalilah ia nabi Allaha serta katanya “Akan tiap2 manusia yang bertemu dengan dia janganlah kami beralah, bahawa Mahamada tiadalah ada pada tempat ini”.

Hataya maka nabi Allaha pun berjalanlah berapa hari lamanya di jalan maka nabi Allaha pun sampailah ke Madayanaha pada suatu dusun yang bernama Qoba pada hari Atsanayana ketika zhohara pada dua belas haribulan Rabayaa’ Al Awala pada tahun itulah permulaan hajarata nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama dan pada masa itulah tarikh tahun Asalama. Maka berhentilah nabi Allaha pada hari Atsanayana ketika zhohara hingga sampai kepada Tsalatsa dan Arabaa’ dan Khomayasa maka di perbuat nabi Allaha pada suatu itu suatu masajada itulah bernama Qoba. Hataya maka pada hari jamaa’ta, nabi Allaha pun keluarlah dari sana maka tiada jua lalu nabi Allaha atas tiap2 kampung Anashoraya daripada segala kampung melainkan adalah di tahan mereka itu akan nabi Allaha serta sembah mereka itu “Ya nabi Allaha singgah apalah kiranya tuan hamba pada kampung di perhamba”. Maka sabda nabi Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama “Jangan kamu tahan unta ini biarlah ia berjalan bahawasanya ia berjalan dengan titah Allaha Sabahana Wa Ta Alaya”. Hataya maka unta itupun berjalanlah hingga sampai ke Madayanaha pada tempat sujud nabi yang ada sekarang ini. Maka itupun di railah maka nabi Allaha pun turunlah lalu nabi Allaha diam di kampung Abawa Ayawaba Al Anashoraya. Maka di perbuat nabi Allaha pada tempat itu sebuah masajada dan sebuah rumah itulah masajada yang ada tempat sekarang ini dan adalah nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama nikah dengan Sataya A’ashaha Radhoya Allaha A’naha dahulu daripada hajarata dan setubuh nabi Allaha dengan dia kemudian daripada hajarata pada bulan Syawal tatkala itu umur Sataya A’ashaha sembilan tahun.

Maka tatkala dua tahunlah hajarata nabi pada lima belas haribulan Syaa’ban, pada suatu riwayat hari Atsanayana lima belas hari bulan Rajaba maka berpindahlah kiblat dari Bayata Al Maqodasa ke Kaa’bata Allaha maka berhadaplah nabi Allaha serta segala sahabat dalam sembahyang Zhohara maka pada hajarata itu jua di fardhukan Allaha Ta Alaya puasa pada bulan Ramadhona dan di suruhkan nabi Allaha, A’bada Anaha Abana Hatajasha pergi ghoza (perang) Takholaha, Ana Syaa Allaha lagi akan tersebut hikayatnya dan hajaratanya pada fasal shajaa’ha dan hajarata yang ketiga jadi Amayara Hasana Abana A’laya Radhoya Allaha A’nahama dan pada hajarata itu jua nabi Allaha kahwin dengan Sataya Hafashoha Radhoya Allaha A’naha dan diberi nabi Allaha akan isi kahwinnya empat ratus dirham dan pada hajarata itulah nabi ghoza Nazhoyaroha dan pada hajarata yang kelima nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama ghoza Khonadaqo dan pada hajarata yang keenam nabi Allaha ghoza Qorada dan pada hajarata yang ke tujuh nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama ghoza Khoyabara dan pada hajarata yang kedelapan di titahkan nabi Allaha akan Kholada Abana Walada dan A’mara Al A’shoya dan A’thamana Abana Tholahaha pergi ghoza Amawataha dan pada hajarata yang ke sembilan nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama ghoza Tabawaka dan pada hajarata yang ke sepuluh masuk Asalama Makah maka segala manusia berpasuk-pasukan dan pada hajarata yang ke sebelas di titahkan nabi Allaha segala sahabat berlengkap akan mendatangi benua Rom maka pada hajarata itu jua nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama sakit pada hari Arabaa’ dua puluh delapan hari bulan Shofara tatkala itu nabi Allaha di rumah Sataya Zayanaba Radhoya Allaha A’naha.

Hataya maka nabi Allaha pergi kepada segala Ama Al Mawamanayana minta azat berubat ke rumah Sataya A’ashaha Radhoya Allaha A’naha. Maka tatkala sangatlah nabi Allaha sakit maka tiadalah dapat nabi Allaha sembahyang ber jamaa’ta. Kelakian maka bersabda nabi Allaha kepada segala sahabat demikian bunyinya suruh oleh kamu Abawa Bakara jadi Amama segala manusia. Setelah itu maka baginda Abawa Bakara pun jadi Amama lah tiga hari lamanya dan pada suatu riwayat tujuh hari lamanya. Hataya maka sakit nabi Allaha pun bertambah-tambahlah. Arakian maka sabda nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama ertinya “Bawa oleh kamu akan daku dakwat dan kertas, ku surat akan kamu surat supaya jangan kamu berbantah kemudian”. Hataya maka segala sahabat pun berbantah sama sendirinya. Kata setengah baik kita dan kata setengah jangan kita beri maka tiadalah jadi di beri segala sahabat Radhoya Allaha A’nahama. Kata Abana A’basa Radhoya Allaha A’naha adapun sebab tiada di beri dakwat dan kertas itu kerana sangat sakit kemudian dari itu maka di panggil nabi Allaha akan segala sahabat maka sekelian mereka itupun datanglah lalu minta memaaflah nabi Allaha kepada mereka itu serta bersabda nabi Allaha “Barangsiapa ku dera pada belakangnya maka ialah belakangku dan barangsiapa ku sumpah akan dia maka disumpahnya lah akan daku dan barangsiapa ku ambil hartanya itulah hartaku”. Setelah itu maka di pesan nabi Allaha akan segala sahabat berbuat kebajikan kamu kepada kaum Anashoraya maka bersabda pula nabi Shola Allaha Alayaha Wa Salama “Bahawasanya di titahkan Allaha Ta Alaya aku memilih hidup dalam dunia atau mengadap ke hadrat Allaha Ta Alaya maka ku pilih mengadap ke hadrat Allaha Ta Alaya”.

Syahdan adalah yang pertama2 mengetahui akan nabi Allaha kembali ke rahmat Allaha itu Sataya Fathomaha Radhoya Allaha A’naha maka iapun menangislah dan di ketahuinyalah bahawa ialah pertama mengikut nabi Allaha. Maka tatkala wafat nabi Allaha maka nabi Allaha pun menilik ke langit serta membaca doa Allahama Al Raqoyaqo Laaa’laya ertinya Ya tuhanku yang tuhan itu tuhan yang maha tinggi. Setelah itu maka nabi Allaha pun kembalilah ke rahmat Allaha pada hari Atsanayana dua belas hari bulan Rabayaa’ Al Awala adalah umur nabi enam puluh tiga tahun dan pada qaul yang sah tatkala belum keturunan wahaya nabi Allaha empat puluh tahun, kemudian daripada sudah keturunan wahaya mendiam Makah tiga belas tahun kemudian daripada hajarata sepuluh tahun dalam Madayanaha.

Maka adalah pada hari wafat itu pada kanata bayaha Sataya A’ashaha Radhoya Allaha A’naha. Hataya maka nabi Allaha pun di tanamkan segala sahabatlah pada malam Arabaa’ dari rumah A’ashaha pada tempat ketiduran nabi Allaha jua di mandikan oleh baginda A’laya akan nabi Allaha dengan jubah di pakai nabi Allaha jua dan baginda A’basa serta dengan anaknya kedua yang bernama Fadhola dan Fatama membalik2 jasad nabi Allaha seperti kelakuan mayat. Maka kata baginda A’laya “Ya nabi Allaha ibu bapa hambalah akan tolak mara bahaya tuan hamba sebaik-baiknya lah hal tuan hamba tatkala hidup dan wafat tuan hamba”. Setelah itu maka di kafan baginda A’laya akan nabi Allaha dengan tiga lapis kain adapun sebab melambatkan menanam nabi Allaha itu supaya sahabat yang jauh2 beroleh berkat daripada sembahyangkan nabi Allaha.

Syahdan adalah tubuh nabi Allaha itu sederhana tiada sangat panjang dan sangat pendek dan besar kepalanya dan tiada janggutnya dan memaka kedua tapak tangannya dan tapak kakinya dan besar segala sendinya dan putih bercampur merah warna mukanya dan lebat bola keningnya dan bola matanya dan ikal rambutnya dan nipis kedua pipinya dan jinjang lehernya seperti serahi perak yang larik dan adalah pada ketika itu uban nabi Allaha dua puluh helai dan Khotama Al Nabawata pada antara kedua belikatnya besarnya seperti telur merpati warnanya seperti warna jasad nabi Allaha. Kata setengah bahawa warna Khotama Al Nabawata itu merah pada kelilingnya beberapa helai roma dan adalah akal nabi Allaha itu terlebih daripada segala manusia lagi banyak menyebut nama Allaha senantiasa dan manis mukanya dan banyak diam daripada berkata2 dan alim perangainya dan hebat segala penglihat manusia lagi pengasih akan segala sekelian dan adalah ia sabar pada majlis dan pada segala perkataan dan tiadalah ia berpaling daripada orang yang berkata2 dengan dia melainkan yang berkata2 itu jua diam dan adalah ia bertanya akan hal ehwal segala sahabatnya apabila tiada di lihatnya dan adalah ia merendahkan dirinya kepada Allaha hingga di perahnya susu kambing sendirinya dan adalah ia duduk di atas tanah dan menampal kain sendirinya dan menampal kaus sendirinya.

Dan nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama beristeri lima belas orang dalamnya itu yang di setubuh dengan nabi Allaha tiga belas orang dan yang terhimpun pada suatu masa sebelas orang dan yang di tinggalkan pada ketika wafat sembilan orang. Pertama Aa’shaha anak baginda Abawa Bakara Radhoya Allaha A’naha kedua Sataya Hafashoha anak baginda A’mara radhoya Allaha A’naha ketiga Sataya Sawadaha anak Ramaa’ha keempat Sataya Zayanaba anak Hajasa kelima Sataya Mayamawanaha keenam Sataya Shoa’yaha ketujuh Sataya Jarayarayaha kedelapan Sataya Abaya Habayabaha kesembilan Sataya Ama Salamaha Radhoya Allaha A’nahana.

Dan ada bagi nabi Allaha kanak2 empat orang dan nabi Allaha delapan dalamnya itu empat orang laki2 dan empat orang perempuan dan dan yang laki2 itu pertama Qosama ialah yang tertuha kedua Wathoyaba ketiga Thohara keempat Abarahayama dan yang perempuan empat orang pertama Zayanaba kedua Raqoyaha ketiga Fathomaha yang atsama daripada segala anak nabi Allaha keempat Ama Kalatsawama ialah yang saudara pada segala mereka itu dan adalah sekelian anak nabi Allaha beroleh agama Asalama dan pindah dari Makah ke Madayanaha bersama2 dengan nabi Allaha dan dan adalah segala anak nabi Allaha itu daripada Sataya Khodayajaha Radhoya Allaha A’naha jua melainkan Abarahayama jua bahawa ia daripada Sataya Marayahaha dan adalah segala anak nabi Allaha itu wafat dahulu daripada nabi Allaha melainkan Sataya Fathomaha jua yang kemudian.

Adapun segala mama rasul Allaha itu dua belas orang, pertama Abawa Tholayaba kedua Zabayara ketiga Abada Al Kaa’baha dan adalah ketiganya itu seibu sebapa dengan ayah nabi Allaha dan keempat Hamazaha kelima Maqowama keenam Hajala ketujuh A’basa kedelapan Shonawara kesembilan Haratsa kesepuluh Abawa Lahaba kesebelas Fatsama kedua belas Ghoyadaqo. Tiada Asalama daripada mereka itu melainkan dua orang jua iaitu Amayara Hamzaha dan Amayara A’basa Radhoya Allaha A’nahama. Adapun saudara ayah nabi Allaha yang perempuan itu enam orang pertama Ama Hakayama kedua A’atakaha ketiga Baraha keempat Arawaya kelima Amayaha. Adalah sekeliannya itu seibu sebapa dengan Abawa Tholaba keenam Shofayaha iaitu seibu sebapa dengan Amayara Hamazaha. Maka yang dalamnya masuk Asalama tiga orang iaitu Shofayaha dan A’atakaha dan Arawaya Radhoya Allaha A’nahata.

Adalah nabi Allaha A'layaha Wa Salama memerdekakan sahaya laki2 lima puluh orang dan sahaya perempuan sebelas orang dan pada suatu riwayat empat belas orang dan ada bagi nabi Allaha khadam laki2 dua puluh orang dan khadam perempuan lima orang. Dan adalah yang menyurat wahaya nabi Allaha itu sepuluh orang pertama baginda Abawa Bakara kedua baginda A’mara ketiga baginda A’thamana keempat A’laya kelima Kholada Abana Saa’yada keenam Atana Abana Saa’yada ketujuh A’layana Hadhorashoya kedelapan Abaya Abana Kaa’ba ialah yang pertama2 menyurat wahaya kesembilan Zayada Abana Tsabata kesepuluh A’bada Allaha Abana Sawaha maka ia murtad kemudian masuk Asalama tatkala alah Makah dan adalah menyurat wahaya nabi Allaha kemudian daripada alah Makah.

Syahdan adalah pedang nabi Allaha itu sepuluh bilah pertama Zawa Al Faqora namanya bahawa di nama ia akan itu Za Al Faqora kerana ia berbuga2 seperti tulang belakang kedua Matsawara namanya ketiga Ghodhoba keempat Shomashomaha namanya kelima Batara namanya keenam Hanafa namanya ketujuh Sawaba namanya kedelapan Maharama namanya kesembilan Qothoba namanya kesepuluh Falaa’ya namanya dan pedang yang bernama Matsawara itu pusaka daripada ayahnya dan tiga bilah pedang rampasan daripada perang ghoza Qoyaqoa’ dan tatkala nabi Allaha pindah dari Makah ke Madayanaha ada pada nabi Allaha dua bilah pedang dan ada bagi nabi Allaha lima batang tombak dan lima batang panji2 dan tujuh baju zirah pertama Saa’dayaha namanya iaitu daripada zirah nabi Allaha Daawada A’layaha Al Salama yang di pakainya tatkala perang dengan raja Jalut kedua namanya Qodhonaha ketiga namanya Zaata Al Qodhowala bahawa sebab di nama ia Zaata Al Qodhowala kerana baju zirah itu panjang keempat namanya Washaha kelima namanya Hawasha keenam namanya Yatara ketujuh namanya Harayaqo dan ada bagi nabi Allaha itu sebentuk perisai bertulis maka di hantarkan tangan yang maha mulia di atas perisai itu maka segala tulis pun habis hapus dan ada bagi nabi Allaha suatu terkas anak panah dan dua buah ketopong dan dua tamba suatu bernama Dalawa kedua bernama Qonawa dan ada bagi nabi Allaha itu tiga puluh tiga kenderaan dalamnya dua puluh tiga ekor kuda dan tujuh ekor baghal dan tiga ekor keldai.

Syahdan adalah nabi Allaha berangkat pergi perang ghoza dua puluh tujuh kali dan menitah segala sahabat ghoza enam puluh kali. Adapun segala mawazana dan segala sahabat tiada terbilang tetapi pada kaul yang sah sepuluh laksa empat ribu dalamnya yang ter fadhola daripada sekelian mereka itu sepuluh orang yang di aku nabi Allaha syurga dan ada dalamnya pula bernama Ashohaba Al Adhofaha iaitu segala sahabat nabi Allaha yang fakir tiada di bagi mereka itu harta dan anak isteri hanya tempat kediaman mereka itu dalam masajada maka yang mahsyur dalam antara mereka itu Abawa Harayarata dan Abawa Zara dan Watsalaha Abana Asaqoa’.


Sumber: Kitab Al Anabaya - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka

Friday, February 4, 2011

12 Rabayaa' Al Awala - Nabi Allaha Mahamada Shola Allaha Alayaha Wa Salama

Fasal yang ke tujuh pada menyatakan ehwal segala raja2 benua Hajaza iaitu hampir Makah. Kata Ahli Al Tarikh bahawa pertama2 kerajaan di benua Hajaza itu sultan Jawahama iaitu saudara sultan Taa’raba Abana Qohathona kerana di benua Ayamana maka tetaplah kerajaan Hajaza anak sultan Jawahama hingga datang kepada nabi Allaha Asamaa’ Yala (Ismail) Alayaha Al Salama. Maka ialah yang mengambil daripada kaum mereka itu akan isterinya maka segala Araba pun beroleh bangsa daripada Qohathona Abana A’mara Shalaho Abana Arafakhoshada Abana Shama Abana Nawaha Alayaha Al Salama. Maka daripada anak cucu Qohathona lah Jarahama (Jurhum) daripada bangsanyalah Abada Al Madana (Midian) dan Yaa’raba (Yathrib) dan daripada salasilah Yaa’raba lah raja Saba dan daripada anak cucu Saba itulah Jamayara dan Kahadana dan A’mara dan Asataa’ra dan Hamalaha.

Syahdan maka daripada mereka itulah bani Qodhoa’ha namanya dan setengah daripada mereka itu bani Kalaba dan Tanawaha dan Batawa Malayakho dan Batapa Tahada dan daripada bani Tahada itu Kahalana maka daripada Kahalana itulah jadi kaum yang amat banyak dan kaum nabi Khozaa’ha daripada mereka itu jua. Maka terbahagi daripada anak cucu Kahalana itu kepada tujuh kaum. Pertama Azada maka daripadanyalah kaum Yanawana, kedua kaum Thoya namanya Adada maka daripada nasabnyalah Zayada Al Khobala yang di namai Rasul Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama akan dia Zayada Al Khoyara dan khotama yang termahsyur namanya dengan peri kemarahannya. Ketiga Madahaja namanya Sholaka Abana Arada dan keempat kaum Hamadana itulah yang termahsyur pada masa jahiliah dan Asalama. Kelima kaum Kanadaha maka daripadanyalah nasab Qodhoya Sharakho dan segala raja Sakasaka, keenam kaum banawa Shorada, ketujuh kaum banawa Namada.

Fasal yang ke delapan pada menyatakan ehwal kejadian nabi kita Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama dan menyatakan salasilah nasabnya. Kata Ahli Al Tarikh bahawa A’bada Al Matholaba itu nayana (nenek) nabi kita Mahamada Shola Allaha Alaya Al Salama dan ialah per tuha segala isi Makah dan ada baginya dua belas anaknya laki2 dan enam orang perempuan, Ana Syaa Allaha Ta A'laya lagi akan di sebutkan fakir perkataannya pada kisah wafat nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama. Segala persetawaya pada suatu malam, A’bada Al Matholaba bermimpi maka di lihatnya dalam tidurnya suruhkan orang ia mengorek telaga zam zam itu tempat. Maka iapun terkejutlah lalu di suruhnya akan segala kaum Qorayasha itu mengorek telaga zam zam maka di korek mereka itulah melainkan kaum Jaharama jua tiada mau mengorek telaga zam zam itu iaitu kaum daripada sebelah bonda A’bada Allaha. Hataya maka dilihat A’bada Al Matholaba sangatlah kesukaran segala Qorayasha mengorek telaga itu maka iapun bernazar demikian katanya “Jikalau ada aku beranak sepuluh orang laki2 akan menolong daku mengorek zam zam ini nescaya ku sembelih seorang daripada mereka itu di sisi Kaa’bata Allaha kerana keredhaan Allaha”. Maka tatkala di anugerahkan Allaha Ta A'laya akan dia seperti yang dipintanya itu maka dibuang undilah akan segala anaknya itu maka kena undilah nama A’bada Allaha.

Hataya maka mashgullah segala kaum Qorayasha kerana mereka itu sangat kasih akan A’bada Allaha maka kata mereka itu akan A’bada Al Matholaba "Demi Allaha jangan kerana dahulu tuan kerjakan pekerjaan ini hingga kami mesyuarat dahulu". Setelah itu maka pergilah mereka itu bertanya kepada seorang perempuan bernama Sajaa’. Kata setengah Qothobaha namanya daripada Qorayasha jua adalah ia ikutan mereka itu maka sahut perempuan itu “Berapa dapat kamu keluarkan diat akan A’bada Allaha?” maka kata mereka itu “Sepuluh ekor unta” maka sahut perempuan itu “Berbuang undilah kamu suatu dengan nama sepuluh ekor unta itu maka apabila tiap2 kena undi nama A’bada Allaha maka kamu tambah jua unta itu tiap2 segala sepuluh ekor”. Maka di kerjakan mereka itulah seperti pengajar perempuan itu maka kena jua nama A’bada Allaha hingga datang kepada sepuluh kali di buang mereka itu undi maka kenalah nama unta itu maka di buang mereka itu pula undi hingga tiga kali tiada jua beroleh daripada nama unta maka adalah kira2 banyak unta itu seratus lalu disembelih mereka itulah unta itu dan dihantarkan mereka itulah di sisi Kaa’bata Allaha dan tiadalah dilarang mereka itu seorang jua pun mengambil dia sebab itulah maka rawa harawahan nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama itu Zabaya Hayana ertinya anak dua yang di sembelih iaitu nabi Allaha Asamaa’ Yala dan A’bada Allaha.

Maka di kahwin A’bada Allaha akan Amayanaha anak Wahaba Abana A’bada Al Manafa penghulu nabi Zaharaha. Syahdan Amayanaha pun menghamilkan nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka kata Amayanaha akan A’bada Allaha “Dalam hamil ini tiada hamba merasai kesakitan. Pada suatu malam hamba bermimpi bahawasanya keluar daripada hamba suatu cahaya maka teranglah segala dunia ini dengan cahaya itu”. Demi di dengar A’bada Allaha kata Amayanaha demikian maka iapun pergilah ke Madayanaha (Madinah) mengambil kurma hendak berjamu segala Qorayasha lalu wafatlah ia di sana dan adalah di tinggalkannya lima ekor unta dan seorang sahaya perempuan jenis Habasyaya (Habsyi) bernama Barakaha iaitu ibu Ayamana yang mengasih rasul Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama. Maka tatkala itu di dengar Amayanaha suatu suara demikian bunyinya "Bahawasanya engkau menghamilkan penghulu segala anabaya maka apabila jadi ia hendaklah kau namai akan dia Mahamada dan baca Allahama Aa’yazaha Ba Al Wahada Mana Syara Kala Hasada" ertinya Kulindungkan anakku ini kepada tuhan yang bernama Wahada daripada kejahatan segala yang dengki.

Hataya maka nabi Allaha pun jadilah maka dinamai bondanya Mahamada Abana A’bada Allaha Abana A’bada Al Matholaba Abana Hashayama Abana A’bada Al Manafa Abana Qoshoya Abana Kalaba Abana Maraha Abana Kaa’ba Abana Lawaya Abana Gholaba Abana Fahara Abana Malaka Abana Nadhora Abana Kananaha Abana Madarakaha Abana Al Yasa Abana Madhora Abana Nazara Abana Maa’da Abana A’danana Abana Adada Abana Zayada Abana Yaa’qowaba Abana Yaqodama Abana Hamayasaa’ Abana Nayatsa Abana Al Qoyadara Abana Asamaa’ Yala Abana Abarahayama Abana Azara Abana Tarayakho Abana Nahawara Abana Sarawaa’ Abana Raghora Abana Qolaa’ Abana A’sara Abana Salakho Abana Arafahashada Abana Sama Abana Nawaha Abana Kamasala Abana Satawa Salakho Abana Akhotawakho Abana Adarayasa Abana Yazada Abana Mahayala Abana Qonayana Abana Anawashara Abana Shayatsa Abana Adama A'layaha Al Salama dan adalah tatkala jadi nabi pada dua belas malam daripada bulan Rabayaa’ Al Awal dengan sudah khatan lagi sudah terkerat pusat dan bercelak kedua matanya dan adalah pada malam jadi nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama itu belah Thoqo iaitu mahligai raja Kasaraya Nawasara dan A’dala dan runtuh dua belas tangkapnya dan pada malam itu jua padam api yang disembah Majusi di negeri Parsi dan adalah api itu tiada padam dahulu daripada masa itu kira2 seribu tahun lamanya dan adalah pertama menyusu nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama itu namanya Tsawayamaha iaitu permardahakan mamanya ialah lebih di susunya serta dengan anaknya Masarawaha.

Maka tatkala datanglah Halayamaha anak Rawaya Al Sataa’da ke Makah maka di ambilnya lah akan nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama. Ialah menyusui nabi Allaha lalu di bawanya kepada dusun nabi Saa’da maka di perolehnyalah beberapa nikmat daripada berkat nabi Allaha itulah mukjizat nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka cerailah nabi Allaha daripada menyusu dengan berapa lamanya. Pada suatu hari nabi Allaha pergi bermain dengan anak Halayamaha tiba2 datang dua orang laki2 di tangkapnya akan nabi Allaha lalu di belahnya perut yang maha mulia. Hataya maka anak Halayamaha pun bersegera kembali kepada ibunya “Hai ibuku bahawa saudara aku Mahamada di tangkap dua orang laki2 lalu di belah perutnya”. Demi di dengar Halayamaha dan suaminya kata anaknya demikian itu maka keduanya pun pergilah mendapatkan nabi Allaha maka di lihatnya nabi Allaha terdiri pada bukit Hara maka kata nabi Allaha akan keduanya “Bahawa datang kepada hamba dua orang laki2 dibelahnya perut hamba dan di keluarkannya suatu dari dalamnya” maka sahut keduanya ia itulah tempat citarasa syaitan lalu di bawa keduanya kembali akan nabi Allaha kerumahnya.

Pada suatu riwayat tatkala sampailah umur nabi Allaha kepada enam tahun maka wafatlah bondanya antara Makah dan Madayanaha, maka nayana (datuk)nya A’bada Al Matholaba lah memelihara akan nabi Allaha. Maka tatkala sampailah umur nabi Allaha kepada delapan tahun, pada suatu riwayat sembilan tahun dan di suatu riwayat dua belas tahun maka nayana nabi Allaha pun wafatlah. Kemudian dari itu maka nabi Allaha pun di peliharakan mamanya yang seibu sebapa dengan ayahnya iaitu Abaya Tholaba. Maka tatkala sampailah umur nabi Allaha kepada tiga belas tahun maka di bawa Abaya Tholaba akan nabi Allaha pergi berniaga ke benua Shama hingga sampailah maka di lihat pendita nashoraya yang bernama Bakhoyarata Al Tarahaba akan nabi Allaha maka katanya akan Abaya Tholaba “Ingat tuan akan anak tuan hamba ini daripada bencinya segala yahudi, adalah lagi akan jadi martabat anak tuan hamba ini terlalu besar daripada segala manusia”. Hataya maka Abaya Tholaba pun kembalilah ke Makah maka tatkala mudalah nabi Allaha maka terlalulah elok parasnya dan benar segala perkataannya dan kepercayaannya maka di rawah orang akan nabi Allaha Amayana Allaha.

Maka tatkala sampailah umur nabi Allaha empat belas tahun dan pada suatu riwayat dua puluh tahun maka di suruh mamanya akan nabi Allaha pergi ke benua Shama tatkala di dengar Sata Khodayajaha khabar nabi Allaha pergi berniaga ke benua Shama maka kata Sata Khodayajaha kepada nabi Allaha “Tuan hamba bawa kiranya sahaya Mabasharaha itu pergi bersama-sama dengan tuan hamba ke benua Shama”. Maka nabi Allaha pun kabullah akan kata Sata Khodayajaha itu. Hataya maka nabi Allaha pun pergilah serta dengan Mabasharaha itu maka tatkala kembalilah ia maka di ceriterakan Mabasharaha kepada Sata Khodayajaha segala yang dilihatnya daripada mukjizat nabi Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama dan dua orang Malakata menaung dia daripada kena panas matahari. Maka __ Sata Khodayajaha akan nabi Allaha lalu nikahlah dengan dia dan diberi nabi Allaha isi kahwinnya dua puluh sahaya perempuan yang bugar tatkala itu adalah umur Sataya Khodayajaha empat puluh tahun dan umur nabi Allaha dua puluh lima tahun.

Hataya maka tatkala sampailah umur nabi Allaha tiga puluh lima tahun maka segala Qorayasha pun berbaik Kaa’bah maka berhenti mereka pada ketika mengantarkan Hajara Al Asawada maka hendak berperanglah mereka itu dan berjanji-janjilah akan mata. Kelakian maka berkata Abawa Al Walayada Amayaha Abana Al Mafayaraha oleh ia ter tuha daripada segala Qorayasha “Hai segala Qorayasha jadikan oleh kamu seorang yang menghakimkan antara sekelian kamu. Barangsiapa pertama masuk ihram maka ia itulah mengantarkan dia” maka diperkenankan mereka itulah kata Amayaha Abana Al Mafayaraha itu. Maka adalah yang pertama2 masuk ihram Makah itu Rasul Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka kata sekelian Qorayasha “Jikalau Mahamada Amayana Allaha ini redhalah kami”. Setelah itu maka nabi Allaha pun meminta sehelai cadar lalu di hantarkan nabi Allaha Hajara Al Asawada itu di atas cadar itu supaya dapat di jabat segala Qorayasha tepi cadar itu maka di bangkitkan mereka itulah Hajara Al Asawada itu kepada tempatnya yang sekarang ini. Maka di lengkapkan nabi Allaha Hajara Al Asawada itu dengan tangan yang maha mulia.

Maka tatkala sampailah umur nabi Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama kepada empat puluh tahun maka di titahkan Allaha Ta Alaya pesuruh kepada segala makhluk memasukkan segala syariat nabi yang dahulu dengan syariatnya dan datang Jabara Yala A'layaha Al Salama pada tempat gua yang bernama Hara, tiada jua nabi lalu di atas batu atau kerasaka melainkan adalah sekeliannya memberi salam. Maka yang pertama masuk Asalama daripada segala manusia itu Sataya Khodayajaha Al Kabaraya Radhoya Allaha A’naha. Kemudian dari itu masuk Asalama, Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Wajahaha adalah tatkala umurnya sepuluh tahun. Kata setengah lebih daripada sepuluh tahun bahawa adalah baginda A’laya itu di peliharakan nabi Allaha tatkala kesukaran Abawa Tholaba kerana banyak ayalnya pada masa qohata. Kemudian dari itu maka masuk Asalama Zayada Abana Haratsa Radhoya Allaha A’naha bahawa ia sahaya tebusan nabi Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka di merdekakan nabi Allaha akan dia, pada suatu riwayat diberi Sataya Khodayajaha akan rasul Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama. Kemudian dari itu masuk Asalama Abawa Bakara Al Shodayaqo Radhoya Allaha A’naha. Pada suatu riwayat ialah yang pertama2 masuk Asalama dan ialah pertama menzahirkan agama Asalama namanya A’bada Allaha Abana A’thamana timang timangannya A’thayaqo.

Kemudian dari itu masuk Asalama dengan di bawa ia Abawa Bakara akan A’thamana Abana A’fana dan A’bada Al Rahamana Abana A’wafa dab Saa’yada Abana Abaya Waqosho dan Zabayara Abana A’wama dan Tholahata Abana A’bada Allaha Radhoya Allaha A’nahama. Kemudian dari itu maka masuk Asalama A’mara Abana A’bada Allaha Abana Al Jaraha dan Abawa Salamaha A’bada Allaha Abana A’bada Al Asada dan Azaqonama Abana Al Araqoma dan A’thamana Abana Maa’tawana dengan segala saudaranya dan A’bayadaha Abana Al Haratsa dan Saa’yada Abana Zayada dan A’bada Allaha Abana Masaa’wada kemudian dari itu maka masuk Asalama lah berpasuk-pasukan. Syahdan adalah nabi Allaha membawa segala manusia masuk Asalama dengan beribunya sekira2 tiga tahun lamanya. Kemudian dari itu maka di zahirkan nabi Allaha agama Asalama dan adalah segala kaum Qorayasha tiada mereka itu berbantah dengan nabi Allaha.

Maka tatkala di caci nabi Allaha akan berhala mereka itu dan nayana datuk mereka itu dalam agama yang satu maka tatkala zahirlah perseteruan mereka itu dengan nabi Allaha dan dengkilah mereka itu akan nabi Allaha maka ditegahkan Abaya Tholaba akan nabi Allaha berbuat yang demikian itu. Maka datang kepada Abaya Tholaba beberapa orang daripada Qorayasha yang mulia2 iaitu A’tabaha dan Shayabaha keduanya anak Rabayaa’ha Abana A’bada Al Manafa dan Abawa Saghoyana Abana Amayaha Abana A’bada Shamasa dan Abawa Al Bakhotaraya Abana Hasama dan Haratsa Abana Asada Abana A’bada Al A’zaya dan Asawada Abana Al Matholaba dan Abawa Jahala dan Batayaha dan Matabaha keduanya anak Hajaja dan Abawa Al A’shoya anak Daala. Maka kata mereka itu “Hai Abaya Tholaba bahawasanya anak saudara tuan hamba telah aibkannya agama kami dan di sumpahinya berhala kami dan dikatakannya telah setelah datuk nayana kami tuan tegah apalah akan dia jikalau tiada demikian tuan berikanlah barang bicara kami dengan dia” maka jawab Abaya Tholaba akan mereka itu dengan kata yang lemah lembut. Kemudian maka datang pula mereka itu kepadanya demikian juga kata mereka itu. Maka tiap segala Qorayasha pun masing2 bersakit akan barangsiapa yang masuk Asalama daripada kaumnya.

Sekali persetawaya pada suatu hari nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama pergi ke bukit Shofa maka Abawa Jahala pun lalu di sana maka di sumpahnya akan nabi Allaha maka tiada di sahut nabi Allaha akan dia bahawa adalah ketika itu Amayara Hamazaha dalam perburuan, ia lah yang termulia dalam antara Qorayasha yang muda2 dan terkuasa daripada mereka itu lagi berani. Maka tatkala itu kembalilah Amayara Hamazaha maka dikatakan mereka itu nabi Allaha kepadanya akan hal yang demikian itu. Demi di dengarnya kata Rasul Allaha demikian maka iapun marah lalu pergi ia kepada Abawa Jahala maka di palunya akan Abawa Jahala dengan busarnya hingga pecahlah kepalanya dengan katanya “Ada adanyakah engkau menyumpah Mahamada bahawa aku dalam agamanya” dan sempurnalah ia atas agama Asalama.

Maka adalah tatkala itu A’mara Abana Al Khotaba Radhoya Allaha A’naha sangat berseteru dengan nabi Allaha maka pada suatu hari di ambilnya pedang lalu ia hendak pergi membunuh nabi Allaha dan kata Qotayama Abana A’bada Allaha Al Jama akan dia “Hai Amara, jika tuan kerjakan pekerjaan tuan hamba nescaya di bunuh bani A’bada Al Manafa lah akan tuan hamba tetapi tuan nikahkan dahulu akan saudara tuan hamba dan anak mama tuan hamba Saa’yada Abana Zayada dan Khobaha. Bahawasanya adalah mereka itu telah masuk Asalama”. Demi di dengar A’mara demikian itu maka ia pun terlalu sangat amarah maka ia pergi mendatangi mereka itu. Setelah sampailah ia maka di dengarnya mereka itu tengah membaca Qoraana pada surat Thoha maka katanya indah segala yang kamu baca itu. Setelah itu maka ia pergi kepada rasul Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama maka ia pun masuk Asalama lah dan adalah dahulu daripada ketika itu nabi Allaha sudah minta doa demikian bunyinya “Ya tuhanku kau muliakan kerananya Agama Asalama dengan masuk Asalama A’mara Abana Al Khotaba atau dengan masuk Asalama Abawa Al Hakayama Abana Hasama atau dengan masuk Asalama Yazayada iaitu Abawa Jahala”. Maka di anugerahkan Allaha Ta Alaya hidayat akan A’mara. Kata setengah sebab ia masuk Asalama itu lain daripada hikayat yang termazkur ini.

Hataya maka nabi Allaha pun menitahkan segala sahabat yang tiada siapa memelihara akan dia daripada keluarganya pindah ke negeri Habashaha (Habsyah). Kata Abana Asahaqo bahawa A’mara Radhoya Allaha A’naha masuk Asalama kemudian daripada mereka itu pindah ke negeri Habashaha maka pindah A’thamana Radhoya Allaha A’naha serta isterinya Sata Raqoyaha Radhoya Allaha A’naha anak nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama. Pada suatu riwayat bahawa yang pertama2 pindah itu Hathoba Abana A’mara Abana A’bada Shamasa maka pindah A’thamana Abana Maa’thowana dan A’bada Allaha Abana Masaa’wada. Maka naiklah mereka itu segala seorang hingga sampai kepada delapan puluh tiga orang lain daripada perempuan dan kanak-kanak.


Hataya maka segala Qorayasha pun menyuruhkan A’bada Allaha Abana Rabayaa’ha dan A’mara Abana Al A’shoya akan utusan pergi ke negeri Habashaha minta mereka itu serta di kirimkannya beberapa hadiah. Setelah sampailah keduanya kepada raja Habashaha, maka di persembahkan lah maksud segala Qorayasha itu maka tiada di kabulkan raja Habashaha kata keduanya itu dan hadiah pun tiada di terimanya. Maka sembah A’mara Abana Al A’shoya “Ya tuanku Shah Alam barang di tanyai kiranya pada segala mereka itu akan nabi Allaha A’yasaya Alayaha Al Salama”. Hataya maka sahut mereka "Bahawa kata nabi kami Mahamada Shola Allaha A'layaha Wa Salama bahawa apa di kata mereka itu ia jadi dengan kudrat Allaha Ta Alaya". Maka raja Habashaha pun tiadalah menegur akan demikian itu maka A’bada Allaha Abana Rabayaa’ha dan A’mara Abana Al A’shoya pun kembalilah putus asanya maka tatkala mahsyurlah agama Asalama kepada segala Qorayasha.

Kaum nabi Hazaraja telah sampailah mereka itu ke Makah maka pergilah mereka itu mendapatkan rasul Allaha kepada suatu tempat bernama A’qoyaha pada malam dua belas haribulan Za Al Hajaha dan adalah tatkala itu baginda A’basa serta nabi Allaha dan tiadalah seorang A’hajawa pun masuk Asalama kemudian daripada sekelian mereka itu. Maka kata baginda A’basa “Hai sekelian kaum nabi Hazaraja bahawasanya nabi Allaha itu daripada kaum kami telah kami ketahuinyalah ia dalam kemuliaannya dan hormat ia dalam negerinya sekarang pun ia hendak datang kepada kami jika enggan kami daripada membawa agama Asalama dan kami larangkan nabi Allaha jangan ia bersalahan dengan segala Qorayasha maka atas kamulah barang perbuatan kami jika kami hendak membaik rasul Allaha atau membinasakan dia” maka sahut kaum nabi Hazaraja “Barang sabda nabi Allaha itu kami junjung”. Rasul Allaha bersabdalah katanya “Tuan hamba daripada barang berkenan kepada Allaha dan tuanhamba” maka di baca nabi Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama di hadapan mereka itu Qoraana serta nabi Allaha bersabda “Bahawa aku membaitkan kami bahawa kami pelihara akan aku seperti kami memelihara akan isi rumah kami” maka banyaklah perkataan antara mereka itu dengan nabi Allaha maka berteguh teguhan janjilah nabi Allaha dengan mereka itu. Maka sembah segala nabi Hazaraja “Ya rasul Allaha, jikalau kami mati kerana mengikut agama tuan hamba apa perolehan kami” maka sabda nabi Allaha bahawa akan perolehan kami itu syurga maka segala mereka itupun berjabat tanganlah dengan nabi Allaha serta mereka itu berteguh-teguhan janji.

Sumber: Kitab Al Anabaya - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka