Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Friday, July 29, 2011

Hukum Sembahyang

Syarat Sembahyang

Bermula segala syarat sembahyang dahulu daripada mengerjakan dia iaitu enam perkara, pertama mengetahui masuk waktu dengan ingatan atau dengan zhonanya. Maka tiadalah sah sembahyang seseorang dengan tiada mengetahui masuk waktu dengan yakin atau zhona(sangka) jikalau jatuh sembahyangnya itu di dalam waktu sekalipun. Maka adalah awal waktu Zhohara itu apabila gelincir matahari daripada sama tengah langit dan akhir waktu Zhohara itu jadilah bayang-bayang sesuatu itu sama panjangnya dengan yang punya bayang-bayang sesuatu itu pada sama tempat. Dan akhir waktu Ashora itu hingga masuk matahari. Dan awal waktu Maghoraba itu apabila masuk matahari dan akhirnya itu hingga hilang syafaq yang merah. Dan awal waktu A’shaa itu apabila hilang syafaq yang merah dan akhirnya itu hingga fajar shodayaqo iaitu hawarayasa yang sangat terangnya lagi terlintang pada pihak tepi langit dan dahulunya itu fajar kazab iaitu hawaraka yang lanjut kemudian lagi ia hilang dibelakangnya pula seketika. Dan awal waktu subuh itu apabila hilanglah fajar kazab dan terbitlah fajar shodaqo iaitulah awal waktu subuh dan akhirnya itu hingga terbit matahari.

Dan kedua mengadap kiblat iaitu kaa’bata Allaha dengan dada. Dan ketiga menutup aurat jikalau sembahyang dalam gelap sekalipun. Maka aurat laki-laki yang merdeka kecil atau besar dan sahaya laki-laki dan sahaya perempuan itu barang antara pusatnya dan lututnya dan aurat perempuan merdeka yang kecil atau besar dalam sembahyang itu sekelian tubuhnya melainkan muka dan tapak tangan dan aurat perempuan yang merdeka diluar sembahyang itu sekelian tubuhnya hingga muka dan tapak tangan sekalipun. Maka haram atas segala perempuan yang merdeka membukakan tubuhnya mereka itu dan muka mereka itu kepada segala laki-laki yang lain daripada muhrim mereka itu iaitu bapa dan nayananya dan anak dan cucu dan saudara datang kebawah dan adalah syarat akan penutup aurat itu hendaklah dengan suatu yang menegahkan daripada kelihatan warna kulit iaitu kain atau tikar atau rumput atau barang sebagainya jikalau dengan tanah dan lumpur sekalipun.

Dan keempat hendaklah ada ia air sembahyang dan kelima suci daripada segala najis yang tiada dimengapakan daripada barana atau pakaian atau tempat sembahyang. Maka tiadalah sah sembahyang orang ada najis pada salah suatu daripada yang tiga itu. Dan keenam mengetahui akan segala sunatnya maka tiadalah sah sembahyang orang yang tiada mengetahui akan segala rukun sembahyang dan akan segala sunatnya dan jangan mengiktikadkan yang fardhu itu sunatnya dan yang sunat itu fardhu dan tiada sah sembahyang orang yang iktikadkan yang fardhu itu sunat atau yang sunat itu fardhu.

Rukun sembahyang

Bermula segala rukun sembahyang itu tiga belas perkara, pertama niat ertinya niat itu menyahaja sesuatu beserta dengan berbuat dia dan adalah tempat niat itu di dalam hati. Maka jika ada sembahyang itu fardhu maka wajib meniatkan fardhunya dan menyahaja berbuat dia dan menentukan. Dan jika ada sembahyang itu sunat yang berwaktu iaitu seperti sembahyang sunat yang dahulu daripada Zhohara dan kemudiannya dan Maghoraba dan A’shaa dan sembahyang sunat bersebab iaitu seperti sembahyang dua hari raya dan sembahyang gerhana matahari dan bulan dan sembahyang minta hujan. Maka adalah syarat niat pada kedua sembahyang itu dua perkara, pertama qasad ertinya menyahaja dan kedua taa’yana ertinya menentukan dia.

Dan jika ada sembahyang itu tiada berwaktu dan tiada bersebab iaitu seperti tahayata al masajada dan sanata al waqowafa dan sanata al asakhorata maka syarat niatnya itu enam perkara, pertama menyahaja berbuat dia dan kedua menentukan dia seperti Zhohara dan lainnya dan ketiga menentukan fardhu dan keempat Adaa ertinya menentukan tunai bagi barang bagi yang ada atasnya itu sembahyang qodha dan kelima bahawa ada niatnya itu didalam hati dan keenam adalah niat itu dipesertakan dengan pertama Takabarata Al Aharama serta berkekalan datang kepada kesudahannya. Maka adalah sekurang niat itu sembahyang kita ingatkan itu tatkala lidah kita mengatakan Allaha Akabara maka hati kita mengingatkan sembahyangkan fardhu Zhohara atau lainnya.

Maka adalah kesempurnaan niat itu mengingatkan kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai kerana Allaha Taa’laya dan adalah sekurang-kurang niat itu maamawama (maamum) itu kusembahyangkan fardhu Zhohara pada hal mengikut imam dan kesempurnaan niat maamum itu kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai pada hal lagi mengikut imam kerana Allaha Taa’laya. Maka adalah dimulai niat itu daripada Alif Allaha dan sudahi kepada Ra Akabara maka tiada sah niat itu jika jatuh terdahulu daripada takbir atau terkemudian daripadanya dan wajib mengingatkan fardhu Zhohara atau lainnya dan wajib bagi maamum itu mengingatkan pada hal aku mengikut imam dan tiada wajib mengingatkan empat rakaat dan tunai kerana Allaha Taa’laya.




Dan sunat bagi imam itu mengingatkan aku imam didalam niatnya melainkan pada sembahyang Jamaa'ta. Maka wajib baginya mengingatkan aku imam maka adalah sekurang-kurang niat imam itu kusembahyangkan fardhu Zhohara pada hal aku menjadi imam atau lainnya dan kesempurnaan niat imam itu kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai daripada hal menjadi imam kerana Allaha Taa’laya. Maka jikalau mengikut seseorang sembahyang itu akan seseorang pada segala kelakuannya jua tiada ia mengingatkan mengikutkan dia di dalam Takabayarata Al Aharama nescaya tiadalah sah sembahyangnya dan kedua Takabayarata Al Aharama yakni menyatakan dengan lidah Allaha Akabara.

Dan ketiga berdiri betul bagi orang yang kuasa maka syarat berdiri itu mendirikan tulang belakang maka jika berdiri bangkit kehadapan atau kebelakang dengan sekira-kira tiadalah dinamai berdiri nescaya tiadalah sah berdirinya maka jika tiada kuasa seseorang itu berdiri betul dan jadilah ia seperti kelakuan orang rukuk jua sebab kerana tuhan atau sebab kerana penyakit maka bahawasanya berdirilah ia seperti demikian itu dan ditambahinya akan anggotanya itu sedikit pada ketika rukuknya jika kuasa ia demikian itu maka jika tiada kuasa maka rukuklah ia seperti kelakuan berdiri jua. Maka barangsiapa lemah ia daripada berdiri maka sembahyanglah ia duduk, baring tetapi lakunya harus tetapi adalah terlebih utama itu duduk diatas tapak kakinya kedua.

Dan keempat membaca Fatahata dan Basama Allaha itu suatu ayat daripada fatahata maka tiada harus meninggalkan Basama Allaha dan wajib memeliharakan segala tashadidnya dan memeliharakan segala hurufnya dan segala barisnya dan jika ditukarkan Dhod itu dengan Zho nescaya tiadalah sah bacanya dan demikianlah tiada sah bacanya dan demikianlah sah bacanya itu jikalau dipindahkan segala barisnya seperti dibaca Anaa’matu atau Anaa’mati dengan baris di depan atau dengan baris dibawah kerana tatkala itu berubah barisnya itu jadi berubah maknanya dan wajib berturut-turut membaca fatahata itu.

Dan kelima rukuk dan adalah sekurang-kurang rukuk itu bahawa bangkok ia sekira-kira sampai kedua tapak tangannya kepada dua lututnya serta berhenti dalamnya dan jangan ia menyahaja lain daripada rukuk dan kesempurnaan rukuk itu bersamaan tulang belakangnya dan punggungnya.

Dan keenam iktidal iaitu kembali kepada berdiri betul dan jangan ia menyahaja lain daripada iktidal serta berhenti dalamnya. Dan ketujuh sujud serta berhenti dalamnya dan adalah sekurang-kurang sujud itu bertemuanlah dengan tempat sujud itu dan tiada harus sujud diatas diatas sesuatu yang bergerak ia dengan geraknya tatkala bangkitnya dan duduknya dan wajib berhenti di dalamnya dan menyampaikan berat kepalanya itu kepada tempat sujudnya dan hendaklah tertinggi punggungnya daripada kepalanya dan mengaturkan sesuatu daripada perut segala jari kakinya.

Dan kedelapan duduk antara dua sujud serta berhenti didalamnya dan wajib bahawa jangan ia menyahaja lain daripada ingatkannya kepada duduknya. Dan kesembilan membaca tahayata yang kemudian serta membaiki segala hurufnya dan segala tashadidnya dan segala barisnya daripada pertama tahayata datang kepada Mahamada Rasawala Allaha. Dan kesepuluh duduk tatkala membaca tahayata yang kemudian. Dan kesebelas mengucap sholawat atau nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kemudian daripada tahayata yang kemudian maka iaitu membaca Allahama Shola A’laya Mahamada ertinya hai tuhanku tambahi kiranya rahmat atas Mahamada.

Dan kedua belas memberi salam yang pertama maka lafaz salam itu Al Salama A’laya Kama Wa Rahamata Allaha ertinya sejahtera atas kamu maka salam yang kedua itu sunat jua. Dan ketiga belas itu tertib iaitu peringat segala rukun yang tersebut itu.

Bermula segala rukun sembahyang itu semuanya terbahagi kepada tiga bahagi, pertama rukun Qolabaya namanya iaitu barang diingatkan dengan hati iaitu niat dan kedua rukun Qowalaya namanya iaitu barang yang disebutkan akan dia dengan lidah iaitu seperti Takabayarata Al Aharama dan Fatahata dan Tahayata yang kemudian dan mengucap sholawat akan nabi dalam Tahayata yang kemudian dan salam yang pertama dan ketiga rukun Faa’laya namanya iaitu barang yang diperbuat dengan tubuh iaitu seperti berdiri dan rukuk dan iktidal dan sujud dan duduk antara dua sujud dan duduk tahayata yang kemudian. Maka jika tertinggal salah suatu daripada segala rukun yang tiga belas itu tiadalah sah sembahyangnya samada ditinggalkannya itu dengan lupa atau dengan disahaja.

Sunat di dalam sembahyang

Bermula segala sunat di dalam sembahyang itu dua bahagi, pertama sunat Abaa’dho namanya iaitu delapan perkara, pertama membaca Qonawata (qunut) dan kedua berdiri tatkala membaca qunut dan ketiga mengucap sholawat atas nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan keempat mengucap sholawat atas segala keluarganya nabi Shoma pada kesudahan qunut iaitu membaca Wa Sholaya A’laya Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Wa Salama dan kelima membaca Tahayata yang pertama dan keenam duduk tatkala Tahayata awal dan ketujuh mengucap sholawat atas nabi di dalam Tahayata yang pertama iaitu membaca Allahama Shola A’laya Mahamada dan kedelapan mengucap sholawat atas keluarga nabi didalam tahayata yang kemudian iaitu membaca Wa A’laya Al Mahamada.

Bermula apabila ditinggalkan salah suatu daripada segala sunat yang Abaa’dho yang delapan itu maka sunat sujud sahawaya dua kali sujud sama ada ditinggalkannya itu dengan sahaja atau dengan lupanya. Maka adalah tempat sujud sahawaya itu kemudian daripada sudah membaca tahayata dahulu daripada memberi salam dan adalah dibacanya dalam sujud itu jika tinggalkan daripada segala sunat Abaa’dho yang delapan itu dengan lupanya Sabahana Mana Laa Yanaama Wa Laa Yasahawaya ertinya kusucikan dengan sempurna suci akan tuhan yang tiada tiada dan tiada lupa. Maka tatkala sudah sujud dua kali maka lalu ia memberi salam dan kedua sunat Hayata namanya.

Bermula segala sunat Hayata itu lima belas, pertama mengangkatkan dua tangan tatkala Takabayarata Al Aharama dan tatkala akan rukuk pada hal berbetulan kedua tangannya itu dengan kedua bahunya dan tatkala bangkit daripada tahayata yang pertama dan kedua menghantarkan tapak tangannya kanan itu diatas belakang tangan kiri dan ketiga membaca Wajahata hingga kesudahannya dan keempat membaca Aa’waza Ba Allaha samanya dan kelima menyaringkan pada pada tempat nyaring dan memperlahankan baca pada tempat perlahan dan keenam mengata Amayana kemudian daripada Fatahata dirinya dan kemudian daripada Fatahata imamnya padahalnya nyaring dan ketujuh membaca surat kemudian daripada Fatahata dan kedelapan takbir tatkala turun kepada rukuk dan tatkala turun bangkit daripada sujud dan kesembilan membaca Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha dan dibacanya tatkala berdiri betul Rabanaa Laka Al Hamada Malaa Al Samawata Wa Malaa Al Aradho Wa Malaa Maashata Mana Shaya Baa’da.

Dan kesepuluh membaca tasbih di dalam rukuk itu iaitu Sabahana Rabaya Al A’zhoyama Wa Bahamadaha tiga kali dan kesebelas membaca tasbih didalam sujud iaitu Sabahana Rabaya Al Aa’laya Wa Bahamadaha tiga kali dan kedua belas mengaturkan dua tapak tangannya atas kedua lututnya pada ketika duduk antara dua sujud dan menggenggamkan segala jarinya yang kanan pada ketika membaca tahayata melainkan telunjuknya maka di hanjurkannya akan dia maka didirikannya tatakala mengata Laa Alaha maka adalah demikian itu isyarat kepada mengesakan Allaha Taa’laya dan ketiga belas Afatarasha pada sekelian duduk iaitu duduk diatas kaki kiri dan keempat belas duduk Tawaraka iaitu duduk mengeluarkan kaki kiri kepada pihak kanan di dalam tahayata akhir dan kelima belas memberi salam yang kedua kali. Maka jika tertinggal salah suatu daripada segala sunat Hayata yang lima belas itu tiada disunatkan sujud sahawaya.

Bermula jumlah segala rukun dalam sembahyang yang empat rakaat itu lima puluh lima dan jumlah segala rukun di dalam sembahyang Maghoraba itu empat puluh tiga dengan tertibnya dan dalam sembahyang Shobaha itu tiga puluh esa dengan tertibnya. Maka jumlah segala rukun sembahyang lima waktu itu yang dikerjakan pada sehari semalam itu dua ratus tiga puluh.

Bermula adalah perempuan dalam sembahyang itu menyalah akan laki-laki pada lima perkara, pertama itu adalah laki-laki itu merenggangkan dua sikunya daripada dua lambungnya dan merenggangkan perutnya daripada dua pehanya didalam rukuknya dan dalam sujudnya dan menyaringkan baca pada tempat nyaring dan apabila mengingatkan ia akan imamnya daripada lupa atau tersalah bacaannya maka mengucap Sabahana Allaha dengan menyahaja akan zikir dan aurat laki2 itu barang antara pusatnya dan lututnya. Maka adapun perempuan itu di dalam rukuknya dan sujudnya dipertemukan dua sikunya dengan dua lambungnya dan dipertemukan perutnya dengan kedua pehanya dan memperlahankan suaranya apabila sembahyang ia dihadapan laki-laki dan apabila mengingatkan ia akan imamnya lupa atau tersalah bacanya maka menepuk ia tangannya kiri dan adalah aurat perempuan itu sekelian tubuhnya melainkan mukanya dan tapak tangannya.

Kebinasaan Sembahyang

Bermula yang membinasakan sembahyang itu sebelas perkara, pertama berkata-kata disahaja dengan dua huruf seperti katanya Qoyama ertinya berdirilah engkau atau dengan suatu huruf seperti katanya Qo peliharakan olehmu dan demikianlah membatalkan sembahyang berdehem-dehem atau menghembus dengan mulut atau mengerang atau mengaduh jika banyak daripada sekelian itu dua huruf atau menangis jikalau kerana takut akan Allaha sekalipun dan dimengapakan berdehem-dehem kerana batuk atasnya atau kerana sukar membaca fatahata atau membaca tahayata yang kemudian dan sholawat akan nabi dan salam yang pertama darikerana wajib mengatakan baca sekeliannya itu.

Dan kedua mengerjakan perbuatan yang banyak jikalau dengan lupa sekalipun maka adalah banyak dan sedikit itu kembali kepada adat maka dua langkah atau dua kali memalu itu dibilangkan sedikit dan tiga kali melangkah berturut-turut itu dibilangkan banyak atau sekali yang sangat panjang iaitu melompat tetapi tiada membatalkan sembahyang berbuat perbuatan yang sedikit yang tiada memberi keji iaitu seperti dua langkah, menggaru-garu kerana gatal atau berbaik kain dengan bersegera adanya. Demikianlah membatalkan sembahyang dengan menyahaja menambahi rukun Faa’laya seperti rukuk dua kali atau sujud tiga kali atau melamakan iktidal atau melamakan duduk antara dua sujud dilebih daripada adatnya.

Dan ketiga makan atau minum yang banyak jikalau dengan digagahi orang atau diketahui akan haram sekalipun tetapi dimengapakannya minum yang sedikit dengan lupa akan dirinya didalam sembahyang atau bebal akan haram kerana baharu masuk Asalama atau jauh negerinya daripada orang a’lama dan demikianlah membatalkan sembahyang sebab menelan air liur yang bercampur dengan sesuatu. Dan keempat mengerjakan rukun Qowalaya iaitu seperti fatahata atau rukun Faa’laya iaitu seperti iktidal serta syak ia akan sah niat takabayarata al aharama maka syak ia adalah aku berniat yang sempurna atau setengahnya atau berniat Zhohara kah atau A’shora kah. Maka tatkala itu belum lagi hilang syak daripada permulaannya hingga kesudahannya maka batallah sembahyangnya.

Dan kelima meniatkan memutuskan sembahyang atau bercita-cita pada akan memutuskan sembahyang atau meniatkan keluar daripada sembahyang maka batallah sembahyang dengan dia. Dan keenam mentaklikkan memutuskan sembahyang dengan sesuatu iaitu seperti diingatkan didalam hati jikalau datang saudaraku atau lainnya nescaya kubatalkan sembahyangku atau diingatkannya di dalam hatinya jikalau aku terbang nescaya kubatalkan sembahyangku maka tatkala itu batallah sembahyangnya kerana tiada putus niatnya akan sembahyang. Dan ketujuh hilang air sembahyang dahulu daripada salam yang pertama maka jika hilang air sembahyang kemudian daripada salam yang pertama maka janganlah memberi salam kekiri. Maka jika ia memberi salam kekiri kemudian daripada hilang air sembahyang nescaya batallah sembahyangnya. Dan kedelapan kedatangan najis yang tiada dimengapakan daripadanya pada pakaiannya atau pada tubuhnya atau pada tempatnya duduk atau pada tempatnya berdiri.

Dan kesembilan terbuka aurat tetapi jika ditiup angin akan kain orang yang sembahyang maka terbuka auratnya maka segera ia menutup akan dia maka tiadalah batal sembahyangnya. Dan kesepuluh membelakang kiblat dengan dada jikalau dengan setengah dada sekalipun berpaling daripadanya maka batallah sembahyangnya dengan dia. Dan kesebelas murtad iaitu mengiktikadkan seperti iktikad kafir iaitu iktikadkannya bahawa Allaha Taa’laya itu beranak atau barang sebagainya daripada segala iktikad menjadikan. Wa Allaha A’alama.




Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

Monday, July 25, 2011

Kisah di zaman nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya ini hikayat kisah yang telah jadi pada masa zaman baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah jadi satu peperangan yang amat besar di dalam negeri Waadala Shokhoraha itu antara kaum Asalama dan kaum kafir yang menyembah berhala. Bahawa adalah kisah yang pertama akan dinyatakan akan hal senjata dan keramat Amayara Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha dan kepandaian A’mara abana Amayara Dhomaraya diperdayakan akan raja kafir yang bernama Barasa Ghowala di negeri Waadala Shokhoraha daerah negeri Yamana bahawa sangatlah ramai peperangan ini belum lagi siapa-siapa pun di Tanah Jawi ini mendengar akan peperangan ini dari kerana sebab inilah maka fakir mengambil susah dengan beberapa mashghul menterjemahkan daripada bahasa A’raba timbul kepada bahasa Jawi supaya mudah segala Akhowana Al Masalamayana mengambil ketahui di dalam Tanah Jawi. Amayana Raba Al A’lamayana.



Al kisah yang pertama menyatakan datang seorang perempuan tuha iaitu raja perempuan mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama di dalam masjid Madinah Al Manawara. Shahdan maka berkata Abawa A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa adalah pada suatu pagi lepas daripada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama sembahyang subuh telah berlingkarlah baginda itu di Harama masjid Madinah dihadapi oleh keempat sahabat iaitu Abawa Bakara Al Shodayaqo dan A’mara Al Khothoba dan A’tamana abana Afana dan A’laya abana Abaya Tholayaba radhoya Allaha a’nahama dan lain-lain sahabat yang karib iaitu Tholaha dan Zabayara dan A’bada Al Rahamana dan Saa’da dan Saa’yada dan Abawa A’bayadaha dan A’mara abana Amayara Dhomaraya dan sepuluh orang daripada Maghosarayana dan penghulu mereka itu namanya A’bada Allaha abana Abaya Salahanaya. Sedang tatkala segala tuan-tuan itu duduk mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka kelihatanlah oleh segala sahabat-sahabat itu daripada jauh lebu duli berbangkit ke awan.



Hataya lepas seketika maka kelihatan pula seekor unta merah berjalan dahulu dikenderai oleh seorang perempuan tuha yang banyak umurnya bongkok tubuhnya di pakai pakaian cara raja-raja dan dibelakangnya untanya ada pula sepuluh ekor kuda dikenderai oleh sepuluh orang muda belia berjalan perlahan-lahan dibelakang unta merah itu mari berhenti dekat dengan masjid serta sampai lalu turun perempuan tuha itu daripada untanya dan juaknya pun turun dari atas kudanya mengiring akan perempuan tuha itu masuk kedalam harama masjid. Diberi hormat takzim kepada mereka-mereka itu yang duduk di dalam harama masjid itu seraya bertanya kepada tuan-tuan itu “Dimanakah ada junjungan kita Mahamada Mashothofaya Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu tunjukkan kepada hamba kerana hamba hendak mengunjung khadamnya?”. Maka adalah seorang daripada orang banyak itu diisyaratkan dengan jarinya katanya “Itulah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama”.



Maka perempuan tuha itu pun dengan hormat takzim pergilah kehadapan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama duduk berhadapan baginda itu dari kerana sangat bau-bauan ambar kasturi daripada jasad baginda itu masuk ke dalam hidungnya lalu ia pun berpengsanlah tiada sedarkan dirinya. Maka kata A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa adalah perempuan tuha itu pada tatkala ia pengsan rebah maka mahkotanya yang dikenakan di kepalanya itu pun gugur daripada kepalanya. Adalah kira-kira sesaat maka siumanlah ia daripada pengsannya lalu bangkit duduk diambilkannya mahkotanya dikenakan dikepalanya maka iapun berkeluh kesahlah dan air matanya pun bercucuranlah keluar keatas ribaannya sambil ia menangis teresak-esak tiada dapat berkata-kata. Demi dilihat oleh mereka-mereka yang duduk mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan hal perempuan tuha itu maka masing-masing pun merasai belas kasihan lalu masing-masing pun menghamburkan air matanya menangis bersama-sama perempuan tuha itu.



Setelah selesai perempuan tuhan itu menangis dipandang kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama seraya katanya dengan hormat takzim “Ya nabi Allaha, bahawa tuan hambalah yang bernama Shodayaqoa Nabayaa dan tuan hambalah yang dapat ajarkan segala umat akan jalan yang sebenar-benarnya itu dan tuan hambalah akan kekasih Allaha dan tuan hambalah pada hari kiamat dapat dipohonkan kepada tuhan Raba Al A’lamayana akan ampun dosa segala umat tuan hamba itu dan tuan hambalah Sayada Al Marasalayana dan kepada tuan hambalah yang dikurniai Allaha Taa’laya kitab Qoraana yang terkandung di dalamnya Zabawara dan Anajayala dan Tawarayata dan tuan hambalah yang dikurniai Allaha Taa’laya kuasa membinasakan seterunya itu. Bahawa maka adalah hamba seorang perempuan tuha tiada ada empunya daya upaya beberapa lamalah sudah hamba menaruh hajat hendak mengunjung khadam tuan hamba. Maka sekarang ini dengan perihalnya maka hamba dihantarkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya datang mengadap tuan hamba.



Maka adalah negeri hamba itu sangatlah jauh daripada Makah ini beberapa hutan rimba bukit gunung padang dan sungai hamba langkah kerana hamba hendak pujuk-pujuk mengunjung khadam tuan hamba ini. Maka sekarang ini sudahlah sampai seperti hajat hati hamba itu maka mudah-mudahan maulah tuan hamba memeliharakan hamba ini daripada bahaya dan tuan hambalah dapat membalas akan perbuatan seteru hamba itu. Maka adalah seteru hamba itu dibinasakan negeri hamba dan dirampasnya akan segala hak harta hamba dan anak-anak perempuan hamba pun habislah dibunuhnya dan segala kaum keluarga hamba semuanya pun habis dihalaukan daripada negeri hamba dan mahligai istana hamba pun habis dirobohkan dan diperbuat aniaya ke atas hamba ini. Maka sekarang ini hamba datang mengadap tuan hamba akan hendak pohonkan ihsan dan istirehat kepada kebawah khadam tuan hamba supaya hamba beroleh kesenangan serta menghilangkan segala kesusahan yang terkandung di dalam hati hamba. Allaha Sabahana Wa Taa’laya nanti menilik akan rahayamanya kepada tuan hamba dan kepada ahli tuan hamba dan segala sahabat tuan hamba itu”.



Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha, demi didengarkan oleh rasul Allaha akan persembahan perempuan tuhan dengan terhinggut-hinggut tubuhnya itu, maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun merasai belas kasihan berlinang-linanglah air matanya baginda itu dan segala sahabat yang duduk di hadapan baginda itupun habislah menangis merasai belas kasihan kepada perempuan tuhan itu. Lepas seketika maka bersabda rasul Allaha katanya “Hai perempuan tuha, sabarlah dahulu janganlah engkau menangis Allaha Sabahana Wa Taa’laya nanti diperihsan akan dikau. Maka sekarang ini hendaklah engkau beri tahu kepada aku akan namamu dan bangsamu dan nama bapamu dan nama negerimu dimana kedudukan negerimu itu dan nama seterumu”. Maka sembah peempuan tuha itu katanya “Ya nabi Allaha, bahawa adalah negeri hamba itu ditepi bukit negeri Yamana dan bangsa hamba itu daripada kaum nabi Yaradawa dan adalah bapa hamba itu raja namanya Qobawarata Al Satada, ianya sangat adil dan sangatlah menaruh kasih sayang kepada rakyat belanya maka rakyat belanya pun sangatlah menaruh kasih sayang kepadanya. Di dalam yang demikian maka adalah sebuah negeri dekat bukit jauhnya sepuluh persangga bumi daripada hamba namanya negeri itu Waadala Shokhoraha dan namanya rajanya Hajaba daripada kaum nabi Katawama. Maka akan raja itu sangatlah gagah berani serta empunya banyak laskar-laskar kuda gajah tiada terhisab banyaknya.



Sungguhpun raja itu gagah berani perkasa baik pula budi bicara bahasanya lagi adil hukumnya dan ada baginya seorang anak laki-laki namanya Maharayaqo timangan di panggil orang akan dia Barasa Ghowala sangatlah jahat budi pekerti seperti haiwan di dalam hutan dan adalah pekerjaan Barasa Ghowala itu senantiasa ia duduk menjaga di dalam hutan. Barangsiapa-siapa lalu lalang di dalam hutan itu disamunnya dan dirampasnya diambil hak hartanya. Maka segala orang yang melawan habis dibunuhnya dan beberapa raja-raja yang kecil-kecil berasing negeri dengannya semuanya habis dirampasnya dibunuh akan raja-raja itu, diperbuat tawanannya akan segala anak isteri raja-raja itu dan dipakainya pula akan anak-anak atau isterinya raja-raja itu dan jika ia berkehendak anak-anak perempuan orang yang baikrupanya diambil dengan kerasnya diperosaknya. Bahawa tiadalah ia menaruh sopan santun barang sedikit juapun kepada Kholaqo Allaha itu di dalam dunia ini. Baik tuha dan muda semuanya diperbuat seteru tiadalah diendahkan kepada siap-siapa pun barang yang berhadap dengan dia habis dibunuhnya dan diminum darahnya disamun dirampas segala hak hartanya orang-orang itu barang pekerjaan yang jahat-jahat itu sangatlah suka ia kerjakan sekali-kali tiadalah mau mendengar akan agama Asalama itu pada telinganya. Barang siapa menyebut akan agama Asalama kepadanya dibunuh akan mereka itu.



Barang suatu haripun tiada tiada kholi ia daripada membuat pekerjaan yang jahat-jahat itu makin sehari makin bertambah jahatnya itu. Demi didengar oleh hamba Allaha akan pekerjaannya Barasa Ghowala itu maka banyaklah hamba-hamba Allaha itu meninggalkan rumah tinggalnya lari membawa nyawanya pergi menumpang duduk di negeri jauh daripada negerinya itu. Jika di dengar akan siapa-siapa daripada hamba Allaha berpindah daripada negerinya membawa hak hartanya diusirkan mereka itu dirampas diambil harta mereka itu dan dibunuhnya akan yang empunya harta itu, diperbuat tawanannya akan anak isteri mereka itu.



Maka dalam hal yang demikian itu maka akan khabaran Barasa Ghowala itu telah terdengarlah kepada bapa hamba maka bapa hamba pun bersiaplah dikemaskan segala hak hartanya niatnya hendak undur daripada negeri hendak berpindah pergi duduk di negeri jauh daripada negerinya itu. Telah sudah mustaib lalu berangkatlah bapa hamba daripada negeri berjalan menuju jalan negeri yang jauh itu. Demi didengar khabaran itu kepada Barasa Ghowala lalu dibawa banyak laskar diadangkan tentera tentera bapa hamba itu lalu jadi berbunuh-bunuhanlah ditengah padang itu. Di dalam perkelahian itu matilah bapa hamba dibunuhnya dan segala pahlawan pun habislah mati dibunuhnya dan segala hak harta semuanya pun habislah dirampas dibawa pergi kenegerinya. Maka hamba dan anak-anak hamba lari masuk ke dalam hutan rimba berjalan balik ke negeri hamba dengan kesal yang amat sangat.



Shahdan lepas daripada hamba sampai ke dalam negeri maka berhimpunlah segala penghulu-penghulu kaum datang mengadap hamba sembah mereka itu katanya bahawa sekarang ini negeri ini tiadalah beraja kerana raja sudah mati lalu segala mereka itu ditabalkan akan hamba ini menjadi raja kerana hamba ini anak yang tuha bagi bapa hamba itu. Telah sudah ditabalkan hamba ini menjadi rajalah di dalam negeri bapa hamba itu. Maka hamba pun duduklah memerintah negeri segala rakyat belapun mendengarlah hukum hamba itu kerana hamba sangatlah menaruh kasih sayang keatas mereka itu maka mereka itupun sangatlah menaruh kasih sayang kepada hamba terlebih-lebih sayanglah segala isi desa hamba itu kepada hamba. Barang hukum hamba tiadalah mereka itu engkarkan dia. Di dalam hal yang demikian itu maka hamba pun mendengarlah akan riwayat mengatakan ada seorang nabi di dalam negeri Madinah ini maka sangatlah hajat hati hamba hendak membawa iman kepada agama tuan hamba ini beberapa hamba munajat kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya dengan segeranya juga hendak berjumpa dengan tuan hamba siang dan malam tiadalah kholi daripada mengingat hendak membawa iman kepada tuan hamba itu.



Di dalam hal yang demikian pada suatu malam tidurlah hamba lalu beroleh mimpi hamba lihat di dalam mimpi itu turun daripada awan suatu cahaya yang amat terangnya menerangkan segala ala mini tiadalah hamba dapat memandang akan cahaya itu. Beberapa hamba hendak pandang tiada dapat dipandangkan lalu hamba terdengarlah suatu suara dari dalam awan cahaya itu demikian bunyinya hai raja yang memerintah negeri sudahlah Allaha Sabahana Wa Taa’laya diperkenankan seperti yang permintaanmu akan hendak Asalama itu. Katakan olehmu awal kalimah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha maka hambapun mengucaplah yang seperti ajaran suara itu. Telah termeterailah kalimah itu pada hati hamba membawa imanlah hamba pada agama Asalama pada malam itu serta hamba mengucap kalimah itu lalu cahaya itupun ghaiblah daripada mata hamba. Maka hamba pun terkejutlah jaga maka berbau bau-bauanlah pada tubuh hamba dengan bauan yang sangat semerbak baunya. Maka hamba pun mengucap pula kalimah itu seperti yang diajarkan itu tiadalah hamba lupa hingga sampai siang hari.



Maka hamba pun mandi cucikan tubuh badan hamba lalu hamba pakai pakaian yang suci lalu hamba duduklah di dalam mahligai hamba seperti adat sehari-hari lalu kaum keluarga hamba dan orang besa-besar hamba pun datanglah mengadap hamba. Maka hamba menceritakan kepada mereka itu akan kejadian pada malam tadi dan hamba mengucap akan kalimah dihadapan mereka itu maka mereka itupun sangatlah suka hatinya mendengarkan akan makna kalimah itu lalu mereka itupun membawa imanlah seperti mengucap kalimah itu dihadapan hamba. Telah masuklah Asalama mereka itu dengan tulus ikhlas hatinya mereka itu kemudian daripada itu segala isi desa itu laki-laki dan perempuan kecil besar semuanya pun mengucap kalimah membawa imanah kepada agama Asalama. Maka kemudian daripada itu segala rumah-rumah berhala hamba pecahkan hamba ikut masjid. Telah ramailah segala Asalama pada tiap-tiap hari membuat ibadat kepada Allaha Taa’laya.



Maka akan khabaran itu telah terdengarlah kepada Barasa Ghowala seteru Allaha akan hamba dan kaum keluarga hamba sudah masuk agama Asalama. Maka ia hantar laskarnya dengan orang besar-besarnya mari mendapat hamba menyuruh hamba dan kaum keluarga hamba meninggalkan agama Asalama itu disuruh sembah syaitan naa’waza ba Allaha. Maka kata hamba kepadanya sekali-kali tiada hamba mau meninggalkanlah agama Mahamada itu. Maka kata hamba dengan marahnya kepada orang besar-besar raja itu “Hai malaun berdoalah kamu sekelian daripada mereka yang menyembah berhala syaitan tinggalkanlah kamu daripada menyembahnya. Bawalah iman kepada agama Asalama dan bawalah iman kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu akan nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama rasul Allaha dan kekasih Allaha”. Demi didengar oleh mereka itu akan perkataan hamba maka dimaki nistanya kepada hamba maka hamba suruh orang besar-besar hamba bunuh akan utusan Barasa Ghowala itu. Maka orang-orang hamba pun dihunus pedangnya dibunuhnya akan utusan itu maka jadi perkelahianlah antara laskar Barasa Ghowala itu dengan isi desa hamba.



Maka akan khabaran itu terdengarlah kepada malaun Barasa Ghowala maka iapun naik marah yang amat sangat tiadalah dapat menderita lagi dan dihantarkan beberapa banyak pula laskarnya masuk ke dalam negeri hamba dibunuh segala laki-laki dan diambilnya segala perempuan diperosakkan. Kemudian mereka itu masuk kedalam istana hamba bahawa pada tatkala kaum Barasa Ghowala hendak ke dalam istana hamba ditahan oleh penunggu pintu itu lalu jadi berkelahi mereka itu dengan kaum Barasa Ghowala itu. Maka kata mereka itu kepada kaum Asalama “Hai umat Mahamada, lawanlah oleh kamu dengan kami” sambil ia berkata sambil dibunuhnya penunggu pintu itu. Telah sudah dibunuhnya oleh kaum kafir itu lalu dimasuk kedalam istana hamba disamunnya dan dirampasnya segala harta hamba. Maka hamba dan anak hamba dan kaum seanak hamba pun dipertuannya dan setengah perempuan-perempuan itu mencari anaknya yang perempuan dan setengah mencari anaknya yang laki-laki.



Demikianlah hal perempuan-perempuan itu maka kafir itu dibubuh rantai belenggu tangan kaki hamba dan anak-anak hamba dan kaum keluarga hamba itu diheret sepanjang jalan hingga habislah luka-luka tubuhnya dan tubuh hamba itu. Lalu hamba sekelian pun menangis kerana tiada tertahan sakit tubuh badan hamba itu. Maka kafir itu barang sedikit juapun tiadalah menaruh kasihan kepada sekelian itu disuruh hamba sekelian berjalan ditanah jika tiada mau berjalan dipalunya.



Maka hamba sekelian pun sebab takut kepada kafir itu lalu menggagah berjalan hingga sampailah sepuluh persangga bumi dekat dengan negeri Barasa Ghowala. Maka berhentilah hamba disitu akan berhenti penat lelah lepas seketika dibawa hamba sekelian itu masuk mengadap Barasa Ghowala. Demi dilihat oleh Barasa Ghowala akan hamba sekelian itu terdiri dihadapannya maka naiklah marahnya itu merah padam mukanya berlilit-lilit seperti ular rupanya. Maka dihunus pedangnya lalu bangkit daripada tempat duduknya datang hampir kepada hamba sekelian, diacu-acu pedangnya dihalakan kepada hamba seraya berkata dengan marahnya “Bawa pergi tutupkan laki-laki dan perempuan sekelian ini kedalam penjara”. Lalu datanglah penunggu pintu penjara itu dibawa segala laki-laki dan perempuan masuk kedalam penjara.



Maka tinggallah hamba seorang diri dihadapan Barasa Ghowala itu. Dilihat kepada hamba seraya ia berkata dengan marahnya “Hai perempuan tuha, apakah mulanya gerangan engkau ini membuat pekerjaan yang celaka itu. Engkau membawa iman kepada agama Mahamada yang hina itu. Tiadakah engkau ketahui Mahamada itu pandai habatan ia menyatakan dirinya pesuruh Allaha. Mengapalah engkau meninggalkan agama datuk nenek kita itu. Dari sebab engkau meninggalkan agama kita itu patutlah sangat aku ini membunuh akan dikau. Sayang sekali engkau ini perempuan dan lagi engkau beroleh banyak anak telah sayanglah aku hendak membunuh akan dikau maka aku mengapakanlah akan dosa mu itu. Pergilah dengan segeranya masuk kedalam rumah berhalaku itu sembahlah akan tuhanku yang bernama Patarasa itu dan suruh segala kaum keluarga kamu menyembah berhala itu kerana datuk nenekku dan datuk nenekmu itu ada menyembah akan berhala Patarasa maka engkaupun maulah dikerjakan seperti dikerjakan oleh orang yang dahulu-dahulu itu”.



Telah sudah malaun Barasa Ghowala itu berkata-kata ya nabi Allaha, maka hamba pun berdiri dihadapan Barasa Ghowala dengan tiada mengigirkan hati hamba, tiada hamba menaruh takut dan ngeri lagi kepadanya dan tiada hamba menyahut akan perkataan nya itu. Kemudian katanya si malaun itu “Hai perempuan tuha yang keras hati, jika sekiranya engkau menurut titah aku maka aku nanti kurnia kepadamu hak harta emas dan perak dan aku nanti kembalikan kerajaanmu itu dan anakmu dan kaum keluargamu itu pun nanti aku hantar balik pulang kerumah ke negerimu itu dan jika engkau tiada mahu menurut seperti nasihat aku ini, bahawa lenyapkan sekelian kamu itu dari dalam dunia ini”. Maka demi hamba mendengarkan perkataan malaun itu maka makinlah bertambah-tambah marah kepadanya seraya hamba berkata di dalam hati “Jika aku mati sekalipun telah redhalah aku sekali-kali tiada mau meninggalkan agama yang sebenar-benar itu dan jika mati aku dibunuh pun mati aku di dalam dayana Asalama”.



Setelah itu maka malaun itupun bertanya pula keada hamba “Hai perempuan tuha, bukankah dahulu daripada ini engkau menyembah berhala-berhala Azaa wa Manata dan Habala itu maka mengapa meninggalkan daripada menyembah tuhan kita maka membawa iman masuk agama Mahamada itu. Ubahkanlah imanmu itu baharukan pula kepada agama berhala-barhala kita itu”. Maka sahut hamba “Bahawa tiada daku mau meninggalkan agama Asalama yang sebenar itu jika sekiranya engkau bunuh akan aku ini telah redhalah aku mati didalam dayana Asalama itu. Tiadalah aku menyembah berhala yang dusta itu”. Demi didengarnya akan perkataan hamba itu makin bertambah-tambah marahnya seperti ular berbelit-belit rupanya bergeraklah misainya lalu disuruh bawa anak perempuan hamba dan menantu laki-laki hamba itu daripada penjara. Dibawa oranglah kehadapan hamba jadilah malaun itu dipenggal leher anak hamba dan menantu hamba seraya berseru-seru katanya “Hai perempuan tuha yang buruk budi, lihatlah kamu akan perbuatanku ini. Jika sekiranya engkau tiada menurut seperti hukumku ini nescaya aku penggalkan lehermu itu”. Maka sahut hamba “Hai seteru Allaha, barang kehendak hatimu itu engkau kerjakanlah tiada daku larangkan akan dikau pada memperbuat barang kesakitan keatasku. Bahawa sekali-kali tiada daku mau meninggalkan agama nabi Mahamada Shola Allaha A’lataya Wa Salama itu kerana ianya itu nabi Allaha dan rasul Allaha. Maka dihantarkan tuhan raba al a’lamayana akan dia kedalam dunia ini akan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya kepada hambanya yang sesat”.



Demi didengar oleh Barasa Ghowala malaun itu makin bertambah-tambah risau hatinya lalu dibukakan tudung muka hamba itu dikeratnya rambut hamba diikat pada batang leher hamba dan dikerat pula rambut anak perempuan hamba itu diikat ada pinggang hamba dan kepala anak hamba yang perempuan dan kepala menantu hamba itu pun digantung pada leher unta dan dinaiki hamba keatas unta seraya berkata-kata kepada hamba “Hai perempuan tuha, pergilah engkau mengadukan halmu itu kepada Mahamada anak A’bada Allaha itu. Apabila ia mendengar akan perbuatanku kepadamu segera nanti ia tolong akan dikau dan nanti ia hantar laskarnya melawan dengan daku ini. Segeralah engkau pergi mendapatkannya”.



Setelah sudah ia berkata-kata lalu disuruh hamba berjalan keluar daripada negerinya maka hamba pun keluarlah dari dalam kotanya mengenderai unta itu dengan beberapa duka sengsara hamba menanggung berjalan menuju jalan kedalam hutan rimba tiada hamba tahu jalan hendak mari mengadap tuan hamba. Maka dengan takdir Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu hamba pun bertemulah dengan sepuluh orang muda-muda yang lari daripada negeri hamba pada tatkala dilanggari oleh kaum Barasa Ghowala itu duduk bersembunyi di dalam hutan. Demi hamba berjumpa maka dikenallah akan hamba lalu datanglah mereka itu mendapat hamba maka hamba ceritalah hal hamba kepada mereka.



Demi didengar oleh mereka itu pun sangatlah menaruh belas kasihan kepada hamba lalu menangislah mereka itu maka hamba pun menangis bersama-samanya. Setelah itu maka hamba kata kepada mereka itu “Janganlah kamu sekelian menangis sangat, Ana Shaa Allaha Taa’laya marilah kita pergi mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Kita minta tolong supaya dibalaskan akan perbuatan malaun itu”. Maka mereka itupun redhalah lalu hamba pun kata kepada mereka itu “Marilah kita pergi lihat negeri kita itu apa sudah jadinya”. Maka hamba dan mereka itupun pergilah masuk kedalam negeri hamba itu sudah rosak binasa dan mahligai istana hamba pun habis rosak binasa tiada siapa-siapa didalam negeri itu habis lari hanya sepuluh orang inilah yang tinggal lari membawa dirinya masuk kedalam hutan yang lain ada yang mati dan ada yang lari membawa diri masing-masing pergi berlindung kedalam negeri yang jauh itu. Telah sudah hamba lihat akan hal negeri hamba itu maka tiadalah tertahan hati hamba daripada menangis akan kerosakan negeri dan isi desa itu.



Setelah itu maka hamba dan sepuluh orang muda itupun berjalanlah daripada negeri hamba itu menuju jalan ke negeri Madinah ini kerana sebab hendak mengunjung khadam tuan hamba. Maka beberapa hutan rimba, bukit, gunung, belukar, padang, tanah pamah, hutan belantara hamba langkahi dan sepanjang jalan itu beberapa mara bahaya duka sengsara hamba tanggungkan dan beberapa binatang yang buas-buas harimau, singa, gajah, beruang bertemu dengan hamba pada sama tengah jalan itu semuanya diperjauhkan bala itu daripada hamba kerana sebab jatuh hati hamba hendak juga mengunjung khadam tuan hamba itu. Maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya pun perkenankan doa hamba itu dipersampaikan juga hajat hamba, dihantarkan hamba mari dengan selamat sempurna ini mengadap tuan hamba. Demi hamba sudah mengadap tuan hamba ini serasa hati hamba terlepaslah daripada sekelian bala itu. Ya nabi Allaha, tuan hambalah yang dapat memeliharakan akan hamba ini dan hamba serahkan diri hamba ini kebawah khadam tuan hamba. Maka tuan hamba dapat membalaskan perbuatan si malaun itu.



Setelah sudah perempuan tuha itu menceritakan akan halnya kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu duduklah ia dihadapan rasul Allaha dengan bercucuran airmatanya. Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa pada tatkala perempuan tuha itu duduk bercerita akan halnya itu di dengar oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama sambil berlinang-linang airmata rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama serta menaruh belas kasihan kepada perempuan tuha itu. Lepas seketika maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Hai peempuan tuha, Allaha Sabahana Wa Taa’laya sudah menilikkan rahayamanya kepadamu dan dikurnai syurga kepadamu kerana engkau sudah menukarkan dunia ini dengan akhirat. Bahawa adalah Allaha Sabahana Wa Taa’laya itu tuhan yang amat adil dan ialah tuhan kepada segala makhluknya di dalam dunia ini dan ialah tuhan yang esa dan yang amat kuasa pada segenap perkara dan ialah tuhan bagiku dan bagimu dan bagi dayana Al Asalama dan ialah tuhan yang kuasa membinasakan seterunya. Hai perempuan tuha, janganlah engkau menaruh duka percintaan di dalam hatimu Ana Shaa Allaha Taa’laya dipersegerakan juga seperti hajat hatimu”. Setelah sudah maka rasul Allaha pun menyuruh seorang sahabat memeliharakan perempuan tuha itu disuruh beri makan pakai kepada perempuan tuha itu. Maka dikerjakanlah oleh mereka itu seperti sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.



Bersambung..





Sumber: Hikayat A'mara Amayara

Sunday, July 24, 2011

Hukum Air Sembahyang

Syarat Air Sembahyang



Bermula segala syarat mengambil air sembahyang itu tujuh perkara, pertama Asalama maka tiada sah air sembahyang segala kafir dan kedua mamayaza ertinya tahulah kanak-kanak itu makan dan minum dan bersuci sendirinya, maka tiadalah sah air sembahyang kanak-kanak yang belum mamayaza dan ketiga suci daripada haid dan nifas dan keempat suci daripada segala sesuatu yang menegahkan sampai air kepada segala anggota air sembahyang daripada lilin atau getah atau kapur atau daki yang dibawah hujung kuku yang panjang, maka tiadalah sah air sembahyang orang yang ada pada segala anggota air sembahyang itu suatu yang tersebut itu dan kelima mengetahui akan segala fardhunya dan keenam jangan ia mengiktikadkan sesuatu daripada fardhunya itu sunat dan jangan ia mengiktikadkan sesuatu yang sunat air sembahyang fardhu yakni jangan menukarkan fardhu itu dengan sunat dan ketujuh dengan air yang suci lagi menyucikan seperti yang telah tersebut pada hukum air itu dan kedelapan dalam waktu bagi orang yang senantiasa didalam hadas seperti salasa al bawala ertinya orang yang keluar kencing sentiasa sah atau perempuan yang masatahajata ertinya yang sentiasa keluar daripada farajnya.


Fardhu Air Sembahyang



Bermula segala fardhu mengambil air sembahyang itu enam perkara, pertama niat di dalam hati tetapi sunat menyebutkan lafaz niat itu dengan lidah maka adalah tempat berniat itu tatkala membasuh muka maka jangan terdahulu niat itu pada membasuh muka dan jangan terkemudian daripadanya. Maka ini lafaz niat mengambil air sembahyang Arafaa’ Al Hadatsa ertinya kuangkatkan hadas atau dikatanya Nawayata Al Thohara Al Solata ertinya aku bersuci aku meniatkan air sembahyang atau dikatanya Nawayata Adaa Al Wadhowa ertinya sahaja aku menunaikan air sembahyang atau dikatanya Nawayata Adaa Faradho ertinya sahaja aku menunaikan fardhu air sembahyang dan ini lafaz niat orang sentiasa didalam hadas iaitu perempuan yang sentiasa berdarah salasa al bawala Nawayata Asatabahata Faradho Al Sholata ertinya sahaja aku mengharuskan fardhu sembahyang. Maka adalah niat itu di dalam hati yang kita ingatkan di dalam hati kuasalah sesuatu daripada segala lafaz yang tersebut itulah atau kita ingatkan akan makna salah suatu daripada segala lafaz niat yang tersebut itu.



Dan kedua membasuh muka jikalau ada mula itu dua tiga atau lebih sekalipun maka wajib membasuh daki maka adalah hal yang dinamai muka itu bujurnya daripada barang yang adat tempat tumbuh rambut kepada hingga sampai kepada kesudahan dibawah dagu dan dibawah kedua rahang dan lintangnya itu barang antara dua telinga dan wajib membasuh kulit muka yang zahir dan membasuh segala yang tumbuh pada muka dan membasuh bulu mata dan kelopaknya dan kening dan misai dan kumis dan yang merah pada kedua bibir dan rambut tali tudung dan wajib membasuh lebih sedikit daripada had muka dan lebih sedikit daripada had yang wajib pada tangan dan kaki dan tiada wajib membasuh biji mata kedua.



Dan ketiga membasuh kedua tangan hingga siku kedua dan wajib membasuh barang yang ada pada kedua tangan daripada segala ruam dan luka jikalau panjang sekalipun dan daging yang tergumpal pada tangan seperti rasir umpamanya jikalau besar sekalipun dan keempat menyapu sedikit daripada kulit kepala atau sehelai rambut yang ada pada had kepala dan kelima membasuh kedua kaki hingga mata kaki dan wajib membasuh barang yang ada pada kaki daripada daging dan ruam yang ada pada kaki dan wajib membasuh kaki bercabang dan keenam tertib iaitu mendahulukan membasuh muka kemudian maka membasuh kedua tangan hingga siku kedua maka menyapu kepala maka membasuh kaki kedua hingga mata kaki. Maka tiada mengapa mendahulukan kiri atas kanan tetapi makruh jua.



Sunat Air Sembahyang



Maka adapun sunat pada mengambil air sembahyang itu amat banyak maka setengah daripadanya bersugi melintang ketika diluar dan didalamnya dengan sesuatu yang kasab lagi dapat mengikut daki. Bermula kelakuan bersugi itu dipegang kayu sugi itu dengan tangan kanan maka memulai daripada geraham kanan hingga hadapan maka dimulai daripadanya hingga geraham kiri disudahinya pula kepadanya dan sunat mengucap Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama serta mengerenahkan niat pada pertama membasuh kedua tangan dan sunat menyebutkan lafaz niat dengan lidah dan menghadirkan niat di dalam hati daripada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahan dan sunat membasuh tangan hingga pergelangan dan sunat berkumur-kumur dan memasuknya air kedalam hidung dan sunat meniga-nigai daripada tiap-tiap basuh dan sapu dan sunat menyelat-nyelat segala anak jari tangan dan segala anak jari kaki dan sunat berturut-turut.



Dan sunat melampaukan basuh yang wajib pada muka hingga sampai kepada dua belah leher dan kepada permulaan kepala dan melampaukan basuh yang wajib pada kedua tangan hingga lampau dua siku dan pada kedua kaki hingga samapi kepada kedua betis dan sunat jangan mengiparkan air sembahyang dan jangan menyapu air yang tinggal pada anggota air sembahyang itu dengan kain melainkan kerana sebab sangat sejuk dan sunat memulai membasuh muka itu daripada pihak yang diatas dan memulai membasuh tangannya dan kaki daripada anak jari keduanya dan sunat menyapu pohon mata dan ekornya dengan kedua telunjuknya jika tiada ada tahi mata itu kena suatu dan jika ada tahi itu keras maka wajib membasah dia dan sunat mengadap kiblat pada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahannya dan jangan berkata-kata daripada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahannya melainkan kerana sudha maslahat dan terkadang wajib berkata-kata pada ketika itu kerana melihat orang buta hendak jatuh kedalam telaga atau barang sebagainya.



Dan apabila selesai daripada megambil air sembahyang maka sunat mengadap kiblat dan mengangkatkan kedua matanya dan menadahkan kedua tapak tangannya kelangit serta membaca Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha, Wa Ashahada Ana Mahamada Rasawala Allaha A’badaha Wa Rasawalaha. Allahama Ajaa’lanaya Mana Al Tawabayana Wa Ajaa’lanaya Mana Al Mathokhorayana Sabahanaka. Allahama Bahamadaka Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Anata Asataghofaraka Wa Atawaba Alayaka Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha Wa Salama. Dan adalah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Tawadhoa Faqoala Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Anaya Akhorata Fatahata Laha Abawaba Al Janata Al Shamaanayata Yadakhola Mana Ayahaa Shaa ertinya barangsiapa mengambil air sembahyang kemudian maka dibacanya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha hingga kesudahannya nescaya dibukakan baginya segala syurga yang delapan pada hal masuk ia barang mana yang dikehendakinya.



Membinasakan Air Sembahyang



Bermula segala membinasakan air sembahyang itu lima perkara, pertama barang yang keluar darapada dua jalan iaitu dubur dan qubul samada yang keluar itu beradat iaitu tahi atau kencing dan wadi dan barangnya atau jarang keluarnya iaitu seperti darah dan nanah dan kayu dan batu dan gelang-gelang jikalau dikeluarkannya kepalanya kemudian maka dimasukkannya pula sekalipun atau keluar sesuatu yang dimasukkan kedalam farajnya maka sekeliannya itu membatalkan jua. Dan kedua tidur yang tiada tetap pada tempat kedudukannya. Dan ketiga hilang akalnya sebab gila atau sebab pitam atau sebab sakit sangat. Dan keempat bersentuh kulit laki-laki dengan kulit perempuan yang harus kahwin dengan dia lagi tiada berlapik antara keduanya lagi sampai umur perempuan itu kepada hal yang dikeingininya akan dia oleh kebanyakan manusia. Dan kelima menjabat faraj manusia iaitu qubul dan dubur dan menjabat keliling dubur dengan perut tangan dan dengan perut segala jari dan dengan iringan jari.



Bermula haram pada orang yang tiada berair sembahyang itu tiga perkara, pertama sembahyang dan kedua menjabat mashohaf dan ketiga tawaf ertinya berkeliling pada kaa’bata Allaha dan sujud tilawat dan sujud syukur.



Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana


Friday, July 22, 2011

Hukum Bersuci

Hukum Qodha Hajat


Ini bab pada menyatakan hukum qodha hajat dan asataja (istija) maka adalah qodha hajat itu tiga hukum, pertama sunat dan kedua makruh dan ketiga haram. Maka qodha hajat yang sunat itu apabila pergi qodha hajat besar atau kecil hendaklah menutup kepala dan mendahulukan kaki kiri tatkala masuk kedalam jamban dan mendahulukan kaki kanan tatkala keluar daripadanya. Jikalau qodha hajat pada padang sekalipun dan lagi duduk dengan bertinggung serta mendirikan kaki kiri dan mendirikan kaki kanan dengan menghantarkan segala anak jari kakinya yang kiri itu pada bumi atau pada kayu yang ada pada tempat qodha hajat itu dan meninggikan tapaknya dan lagi ia menjauhi daripada segala manusia. Jika ada manusia disana dengan sekira-kira tiada kedengaran bunyi najis yang keluar itu dan tiada mereka itu mencium baunya dan lagi menutup dari penglihat segala manusia dengan suatu yang tinggi maka adalah sekurang-kurang tinggi dindingnya itu enam belas jari jikalau dengan kaki baju sekalipun dan lagi sunat membaca dan tatkala masuk ke dalam jamban itu Basama Allaha Allahama Anaya Aa’wazabaka Mana Al Khobatsa Wa Al Khobayatsa dan sunat membaca tatkala keluar daripada tempat qodha hajat itu Al Hamada Lalaha Alazaya Azahaba A’naya Al Afa Wa A’fanaya ertinya segala puji bagi Allaha yang menghilangkan ia daripada aku kesakitan yang menyamankan ia akan daku.


Dan qodha hajat yang makruh itu iaitu qodha hajat besar atau kecil pada air yang tenang dan pada air sedikit lagi mengalir dan pada lubang-lubang tanah dan pada jalan segala manusia dan pada tempat pernaungan mereka itu pada masa hujan dan masa panas dan pada tempat mereka itu bercerita dan dibawah pohon kayu yang dimakan buahnya pada waktu berbuah dan lainnya. Dan makruh berkata-kata pada ketika qodha hajat dan qodha hajat seraya ia berdiri melainkan kerana kesukaran maka harus berkata-kata seperti memberi tahu orang buta hendak jatuh ke dalam telaga atau barang sebagainya, harus qodha hajat sambil ia berdiri tatkala tiada diperoleh tempat duduk bertinggung dan makruh qodha hajat menghadap matahari dan bulan.


Dan qodha hajat yang haram itu iaitu qodha hajat besar atau kecil dengan sahaja membawa yang tersurat nama Allaha atau nama nabi atau nama malaikat dan tiada mengapa memakai azimat yang dimasukkan kedalam buluh atau dibalut dengan lilin tatkala qodha hajat dan qodha hajat mengadap kiblat atau membelakangi dengan percaya atau dengan jika diberi berdinding antara orang yang qodha hajat dan antara kiblat. Dan lagi haram qodha hajat diatas kubur dan didalam masjid dan jangan qodha hajat besar dan kecil menghadap ke padang dan pada suatu yang keras supaya jangan kembali najis itu kepada dirinya. Dan jangan menilik ke langit dan kepada faraj dan kepada najis yang keluar itu dan jangan bermain-main tangan dan jangan memandang kekanan dan kekiri dan jangan pada ketika itu bersuka maka adalah sekeliannya itu makruh jua.

Asataja (Istija)

Bermula istija itu wajib bagi tiap-tiap yang qodha hajat iaitu menghilangkan najis yang basah lagi keluar daripada dua jalan dengan air atau dengan batu atau dengan barang sesuatu yang suci lagi keras lagi sapu iaitu seperti kayu atau kain atau kapas atau kertas atau barang sebagainya memadailah pada istija itu dengan zhona akan sucinya dan jika diperoleh yakin maka iaitu sepatutnya yakni adalah terlebih baik. Dan jika berbau najis itu pada tangan maka ia jua najis tiada lainnya maka tiadalah diulangi istija pula hanya yang dibasuh itu tangan jua dan tiada sepatut mencium bau tangan dan sunat menggosok tangan kemudian daripada istija itu pada suatu yang keras kemudian maka dibasuh pula dengan air tangan itu.


Dan tiada had bagi banyak air yang akan istija itu hingga sucilah yang diistijakan itu maka memadailah dan sunat membaca kemudian daripada sudah istija itu Allahama Thohara Qolabaya Mana Al Nafaqo Wa Hasana Farajaya Mana Al Fawahasha ertinya hai tuhanku sucikan olehmu akan hatiku daripada munafik dan peliharakan olehmu akan farajku daripada berbuat zina. Dan sunat asatabara kemudian daripada qodha hajat kecil iaitu menghabis-habiskan mengeluarkan kencing dengan berdehem-dehem atau barang sebagainya dengan mengurutkan zakar dengan perlahan-lahan hingga keringlah kencing itu kemudian maka baharu dibasuh akan dia. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh mengerjakan dia setiap-tiap hari itu kerana banyak kena seksa kubur manusia sebab kerana taksir daripada asatabara pada buang air.

Mandi Hadas

Bermula segala yang mewajibkan mandi itu lima perkara, pertama mati bagi orang yang Asalama maka wajib dimandikan tiap-tiap orang Asalama yang mati yang lain daripada orang yang mati syahid. Dan kedua haid maka wajib mandi bagi tiap-tiap perempuan yang haid apabila putus haid. Dan ketiga nifas maka wajib mandi nifas tatkala kurang darahnya. Dan keempat waladaha iaitu beranak dengan tiada berdarah maka wajib mandi kemudiannya dan demikianlah wajib mandi kemudian daripada jatuh atau dengan tiada berdarah atau dengan darah kemudian kurang pula ia pada ketika itu jua. Dan kelima janabata maka adalah zakar laki-laki diperoleh janabata itu dengan dua sebab, pertama keluar mani daripada zakar laki-laki dan daripada faraj perempuan dan kedua dengan sebab berdiam khitan laki-laki dengan khitan perempuan dan mendatang sama laki-laki dan mendatang segala binatang jikalau pada ikan dan tiada keluar mani sekalipun maka wajiblah mandi.


Maka adalah pengenal mani laki-laki dan mani perempuan itu dengan tiga perkara, pertama keluarnya dengan terpancur-pancur jikalau sedikit sekalipun dan kedua dengan merasai lazat tatkala keluarnya jikalau tiada terpancur sekalipun dan ketiga berbau pada ketikanya basah seperti bau tepung gandum yang sudah tercampur-campur dan pada ketikanya kurang seperti rupa putih telur jikalau tiada terpancur-pancur dan tiada merasai lazat sekalipun. Maka apabila ketiadaan salah suatu daripada sifat yang tiga itu maka tiadalah wajib mandi.


Bermula fardhu mandi janabata dan mandi haid dan nifas dan mandi waladaha itu dua perkara, pertama niat didalam hati maka menyebutkan niat dengan lidah itu sunat jua. Ini lafaz niat mandi janabata Arafaa’ Al Janabata ertinya kuangkatkan janabat atau dikatanya Aadaya Faradho Al Ghosala ertinya kubayarkan fardhu mandi atau dikatanya Aghosala Al Faradho ertinya kumandi fardhu dikatanya Arafaa’ Al Hadatsa Al Akabara ertinya kuangkatkan hadas yang besar. Ini lafaz niat mandi haid Arafaa’ Hadatsa Al Hayadho ertinya kuangkatkan hadas haid. Ini lafaz niat mandi nifas Arafaa’ Hadatsa Al Nafaasa ertinya kuangkatkan hadas nifas. Ini lafaz niat mandi waladaha Arafaa’ Hadatsa Al Waladaha ertinya kuangkatkan hadas beranak. Maka adalah lafaz niat yang terlebih utama lagi harus dipakai pada sekelian mandi yang tersebut itu iaitu Nawayata Rafaa’ Al Hadatsa Al Akabara A’na Jamayaa’ Al Badana ertinya sahaja aku mengangkatkan hadas yang besar daripada sekelian tubuhku.


Maka adalah yang diingatkan di dalam hati itu akan salah suatu daripada segala lafaz niat yang tersebut itu atau diingatkan akan makna salah suatu daripada segala lafaz niat itu. Maka tiada sah mandi janabat dan mandi haid dan mandi nifas itu jikalau tiada diingatkan di dalam hati akan salah suatu daripada segala lafaz niat itu maka sah jua segala mandi itu didalam hati jua. Maka adalah tempat berniat itu tatkala bertemu air dengan suatu susuk daripada tubuh dan jangan terdahulu dan jangan terkemudian niat itu daripada bertemu air dengan tubuh dan jangan terkemudian daripadanya. Maka jikalau terdahulu niat itu daripada bertemu air dengan tubuh atau terkemudian daripadanya tiadalah sah mandi itu.


Dan kedua meratakan air kepada tubuh dan kepada segala rambut dan segala bulu dan kepada segala roma dan kepada segala bawahan sekeliannya dan kepada segala kuku dan kepada barang yang dibawah kuku yang panjang dan kepada lubang hidung dan lubang telinga yang nyata keduanya dan kepada dubur dan kepada zahir faraj perempuan iaitu barang yang nyata tatkala ia duduk qodha hajat jikalau faraj perempuan yang darah sekalipun dan kepada barang yang dibawah kuku orang yang tiada wajib kepada segala perdapatan dan kepada segala kulit kuku.


Maka tiada wajib menyampaikan air ke dalam mulut dan kedalam batang hidung dan kedalam batang telinga dan kedalam mata dan kedalam faraj perempuan. Maka apabila dapat dalam tubuh itu sesuatu yang menegahkan sampai air kepada tubuh seperti getah atau lilin atau kapur atau ubat atau daki yang di bawah hujung kuku yang panjang nescaya tiadalah sah mandinya.


Bermula segala sunat mandi janabata dan mandi haid dan mandi nifas dan pada segala mandi yang sunat enam belas perkara. Pertama menghadap kiblat dan kedua menghilangkan mani atau wadi atau barang yang najis jika ada ia dahulu daripada mandi dan ketiga mengucap Basama Allaha serta dengan dimengenarahkan niat yang tersebut itu dan keempat mengambil air sembahyang dahulu daripada mandi dan kelima menyungguh-nyungguh menyampaikan air pada sekeliannya pada lipatan dan keenam menyalata-lata pada segala pohon rambut tiga kali dan ketujuh mandi rasakan air air keatas kepala dan kedelapan mandi rasakan air pada pihak kanan dan kesembilan berulang-ulang tiga kali membasuh segala anggota dan kesepuluh mengusap segala tubuh pada tiap-tiap kalinya dan kesebelas menghadirkan niat pada hukum daripada permulaan mandi datang kepada kesudahannya dan kedua belas mandi dengan berturut-turut dan ketiga belas bahawa jangan dikurangkan air mandi itu daripada segantang dan keempat belas jangan mandi dahulu daripada senggama dan kelima belas membaca doa tatkala sudah mandi seperti doa yang dibaca kemudian daripada mengambil air sembahyang dan keenam belas meninggalkan minta tolong pada mandi rasakan air melainkan kerana darurat maka sunat pula minta tolong dan terkadang wajib minta tolong seperti orang yang kudung kedua tangannya.


Bermula makruh pada orang yang junub itu makan dan minum dan tidur dan jimak pada dahulu daripada membasuh zakar atau faraj dan dahulu daripada mengambil air sembahyang. Dan demikianlah makruh pada perempuan yang putus haid dan nifas dahulu daripada membasuh farajnya dan dahulu daripada mengambil air sembahyang dan minum dan tidur. Maka adalah jimak dengan perempuan yang sudah putus haid dan nifas itu haram jua.


Maka adapun haram pada perempuan yang haid dan nifas itu sepuluh perkara, pertama lalu di dalam masjid jika takut ia akan titik darahnya dan jika tiada takut akan titik darahnya maka iaitu makruh jua. Kedua puasa tetapi wajib mengqodha puasanya selama di dalam haid dan ketiga haram dan sunat oleh suaminya pada barang antara pusat dan lutut jikalau tiada ingat sekalipun dan keempat tawaf pada kaa’bata Allaha yakni berkeliling pada kaa’bata Allaha dan kelima ditalak suaminya pada ketika itu dan keenam mandi lagi ia didalam haid dengan niat mengangkatkan hadasnya dan ketujuh mengaji qoraana dan dengan mengadakan qoraana dan kedelapan menyentuh mashohaf atau menyentuh barang yang disurat di dalamnya seperti luh dan barang sebagainya dan kesembilan sembahyang dan sujud talawata dan sujud syukur tetapi tiada wajib mengqodha sembahyang yang tertinggal itu pada ketika haid itu dan kesepuluh berhenti di dalam masjid. Maka apabila putus haid dan nifas maka tiada halal padanya dahulu daripada mandi melainkan tiga perkara, pertama puasa dan kedua talak suaminya dan ketiga mandi dengan niat mengangkatkan hadas.


Bermula haram pada orang junub itu lima perkara, pertama sembahyang, sujud talawata dan sujud syukur dan kedua mengaji qoraana dan ketiga menyentuh mashohaf dan keempat diam di dalam masjid dan kelima tawaf pada kaa’bata Allaha. Maka adalah makna janaba itu jauh darikerana orang junub itu adalah ia jauh daripada mengerjakan lima perkara yang tersebut itu dan makna janaba itu pada atholaha sharaha itu iaitu suatu hukum yang takluk pada segala anggota zahir dan yang rambut dan sekelian bulu yakni tiada harus mengerjakan yang lima perkara itu melainkan apabila sudah dibasuh segala tubuhnya yang zahir dan yang segala rambut dan segala bulunya dan segala pohon sekeliannya serta dengan niat mengangkatkan dia. Dinamai janaba itu hadas besar seperti dinamai orang yang tiada berair sembahyang itu hadas kecil.


Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

Thursday, July 14, 2011

Kudrat dan Usaha

Dan lagi hendaklah kita ketahui dan kita iktikadkan bahawasanya ada bagi kita kudrat yang baharu dijadikan Allaha Taa’laya pada kita maka dengan kudrat yang baharu itulah dapat kita berbuat akan segala pekerjaan semuanya. Maka adalah kudrat yang baharu itu sekali-kali tiada dapat memberi bekas akan suatu pekerjaan dengan sendirinya. Maka adalah memberi bekas kudrat yang baharu itudengan semuanya zat Allaha Taa’laya dan dengan kehendaknya jua. Maka barang yang kita perbuat dengan kudrat yang baharu itu dinamai usaha. Maka dengan usaha itulah dibalas kita dengan kebajikan jika ada usaha kita itu pekerjaan yang baik dan balas kita dengan kejahatan jika ada usaha kita itu pekerjaan yang jahat dan kata setengah pendita itu bahawasanya tiada memberi bekas kudrat kita itu pada suatu perbuatan juapun daripada segala perbuatan kita yang kita perbuat dengan pemilih kita seperti kehendak kita dan diam kita dan berjalan kita dan barang sebagainya itu dijadikan Allaha Taa’laya padahal beserta ia dengan segala perbuatan kita. Dan takluklah kudrat yang baharu itu dengan segala perbuatan kita daripada tiada member bekas baginya pada suatu daripada segala perbuatan kita sekali-kali dan hanya sanya telah di lalukan Allaha akan adatnya itu bahawa menjadikan ia kudrat kita dan barang yang dikehendakinya daripada segala perbuatan kita dan telah dijadikan Allaha Taa’laya dengan semata-mata pemilihnya kita akan kudrat kita itu pada kita. Padahal serta dengan segala perbuatannya kita kerana hendak ia memberi hati kita dengan mengerjakan segala suruhnya dan menjauh segala larangannya. Maka barang yang kita perbuat tatkala itu dinamai usaha.


Dan demikianlah lagi api itu tiada dapat memberi bekas dengan sendirinya pada menunukan sesuatu atau menghangatkan dia dan tiada api itu memberi bekas dengan perangainya dan tiada ia memberi bekas dengan kuat yang dihantarkan Allaha Taa’laya dalamnya tetapi adalah Allaha Taa’laya melakukan adatnya dengan pemilihnya menjadikan terbakar dan hangus itu pada api dan tiada terbakar dan hangus itu dengan api dan demikianlah lagi barang yang diperoleh putus seperti pedang dan sekianya dan diperoleh kenyang itu pada makanan dan diperoleh puasa dahaga itu pada air dan diperoleh tumbuh-tumbuhan itu pada air dan barang sebagainya daripada barang yang memberi bekas pada segala sesuatu. Maka adalah sekeliannya itu dijadikan Allaha Taa’laya jua. Maka adalah putus itu dijadikan Allaha Taa’laya pada ketika bertemu pedang itu dengan suatu dan dijadikan kenyang pada makanan dan jadikan puasa itu dahaga itu pada air yakni pada ketika bertemu air itu dengan rongga dengan dijadikan puasa dahaga itu dan barang sebagainya dan tiada harus kita iktikadkan putus itu dengan pedang semata-mata atau dengan sebagainya dan kenyang itu dengan makanan dan puasa dahaga itu dengan air dan barang sebagainya darikerana sekeliannya itu dijadikan Allaha Taa’laya semuanya.


Maka tiap-tiap yang dijadikan Allaha Taa’laya tiada dapat ia menjadikan dan mengadakan bagi sesuatu bekas juapun tetapi sekeliannya itu di jadikan Allaha Taa’laya jua pada permulaannya dan berkekalannya yakni adalah api dan pedang dan segala makanan dan air dan barang sebagainya itu adalah sekeliannya itu di jadikan Allaha Taa’laya dan demikianlah memberi bekas sekeliannya itu di jadikan Allaha Taa’laya jua senantiasa dan demikianlah sekeliannya kita ini dijadikan Allaha Taa’laya dan segala perbuatan kita pun dijadikan Allaha Taa’laya jua senantiasa seperti firman Allaha Taa’laya Wa Allaha Kholaqo Kama Wa Maa Taa’malawana ertinya bermula Allaha Taa’laya jua yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Maka hendaklah kita putuskan iktikad kita bahawasanya barang yang lain daripada Allaha Taa’laya itu sekali-kali tiada dapat ia memberi bekas akan suatu dengan sendirinya. Maka adalah sekelian makhluk itu semuanya memberi bekas dengan semata-mata zat Allaha Taa’laya dan kehendaknya jua.


Dan barang siapa mengiktikadkan bahawasanya tiada kuat dan kuasa bagi hamba itu segala-gala zat Allaha hamba itu dikekal jua pada segala perbuatannya yakni sekelian perbuatan hamba itu semuanya perbuatan Allaha Taa’laya jua semata-mata dan adalah iktikad yang demikian itu salah dan sesat jua. Dan barangsiapa mengiktikadkan bahawasanya segala perbuatan hamba itu jatuh ia dengan perbuatan sendirinya jua tiadalah berkehendak zat Allaha Taa’laya dan kepada takdirnya maka iktikad yang demikian itu salah lagi sesat jua. Dan adapun iktikad yang benar itu adalah bagi hamba itu kudrat yang baharu yang tiada memberi bekas dengan sendirinya memberi bekas itu dengan semata-mata zat Allaha Taa’laya dan tolongnya dan kehendaknya jua.


Dan lagi hendaklah kita ketahui bahawasanya segala perbuatan bagi segala orang yang akal baligh itu tujuh perkara, pertama Wajaba(Wajib) dan kedua Manadawaba(Sunat) dan ketiga Mabaha(Harus) dan keempat Mahazhowara yakni haram dan kelima Makarawaha(Makruh) yakni dibenci oleh rasul Allaha dan keenam Shobaha(Shubhah) yakni dibilangkan dengan dia dan ketujuh Bathola(Batal) ertinya kira-kira yakni tiada bilangkan dengan dia.


Maka yang wajib itu barang yang diberi pahala atas orang berbuat dia dan diseksa atas orang yang meninggalkan dia iaitu seperti segala sembahyang lima waktu dan puasa dan memberi zakat dan naik haji dan bersuci dan mandi janabata dan mandi haid dan nifas dan barang sebagainya daripada pekerjaan yang difardhukan Allaha Taa’laya atas kita. Dan segala Manadawaba ertinya sunat iaitu barang yang diberi pahala atas berbuat dia dan tiada diseksa atas orang yang meninggalkan dia iaitu seperti segala sembahyang sunat dan segala puasa sunat dan memberi sedekah dan barang sebagainya daripada pekerjaan yang sunat tetapi adalah meninggalkan segala sunat itu makruh. Dan yang Mabaha yakni yang diharuskan rasul Allaha berbuat dia iaitu barang yang tiada diberi pahala atas berbuat dia dan diseksa atas meninggalkan dia iaitu seperti beristeri dan berniaga dan berburu dan makan segala buruan dan makan segala barang yang beroleh nikmat memakankan dia dan barang sebagainya. Dan yang Mahazhowara yakni haram iaitu barang yang diberi pahala atas meninggalkan dia dan diseksa atas berbuat dia iaitu seperti membunuh orang dengan tiada sebenarnya dan minum arak dan berbuat zina dan barang sebagainya daripada segala pekerjaan yang diharamkan Allaha Taa’laya.


Dan yang makruh ertinya yang dibenci oleh rasul Allaha iaitu barang yang diberi pahala atas meninggalkan dia dan tiada diseksa atas berbuat dia iaitu seperti makan segala yang busuk baunya dan meninggalkan segala sunat dan meninggalkan membaca Basama Allaha tatkala mengambil air sembahyang dan tatkala makan dan tatkala minum dan makan dengan tangan kiri dan buang air seraya berdiri dengan tiada darurat dan barang sebagainya. Dan yang subhah itu iaitu barang yang takluk dengan dia lulus seperti dibilangkan dengan dia yakni dibilangkan pekerjaannya itu maka tiadalah diulang berbuat dia. Dan yang batal ertinya sia-sia iaitu barang yang tiada takluk dengan dia lulus dan tiada dibilangkan akan dia yakni tiadalah dibilangkan pekerjaannya itu dan diulang pula berbuat dia kemudiannya iaitu seperti sembahyang dengan tiada air sembahyang dan barang sebagainya dan seperti puasa dengan tiada berniat pada malam dan barang sebagainya daripada segala ibadat yang tiada sah sebab tiada diperoleh syaratnya mengesahkan dia.

Maka hendaklah kita iktikadkan pada segala yang wajib itu akan wajibnya dan pada segala sunat itu akan sunatnya dan pada segala yang harus itu akan harusnya dan pada segala yang haram itu akan haramnya dan pada segala yang subhah itu akan subhahnya dan pada segala yang batal itu akan batalnya. Dan jang kita tukarkan akan segala perkara yang tersebut itu dan lagi hendaklah kita ketahui akan segala pekerjaan yang menjadikan kafir. Maka adalah segala pekerjaan yang menjadikan kafir itu amat banyak maka erti kafir itu tertutup daripada jalan yang betul iaitu seperti sujud kepada barang yang lain daripada Allaha Taa’laya dengan niat berbuat ibadat akan dia seperti menyembah berhala dan menyembah batu dan kayu dan menyembah matahari dan menyembah bulan dan barang sebagainya dan mengiktikadkan ada yang lain daripada Allaha Taa’laya itu menjadikan atau menghidupkan atau mematikan atau menyakitkan atau menyembuhkan dengan sendirinya atau mengiktikadkan bahawa Allaha Taa’laya itu beranak atau beribu atau Allaha Taa’laya itu bertubuh seperti tubuh kita atau mengiktikadkan bahawa Allaha Taa’laya itu tiada mempunyai segala sifat dan tiada percaya akan nabi Mahamada atau segala nabi yang lain dan tiada percaya akan segala malaikat dan akan segala kitab dan tiada percaya akan hari kiamat dan akan segala syurga dan akan segala neraka dan menghinakan mashohaf seperti dijatuhkan kedalam najis dan menghalalkan barang yang diharamkan Allaha Taa’laya dan disoalnya dan mengharamkan akan segala barang yang dihalalkan Allaha Taa’laya dan rasulnya tetapi adalah menjadi kafir orang yang menghalalkan akan barang yang diharamkan Allaha Taa’laya itu jikalau muafakat imam yang empat mengatakan haramnya atau menghalalkan dia atau mengharamkan dia dan mengatakan atau mengiktikadkan bahawa segala sembahyang lima waktu itu tiada difardhukan atas kita adan barang sebagainya daripada segala pekerjaan yang menjadikan kafir itu. Maka wajiblah ia taubat dengan bersegera serta mengucap Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha dan lagi serta meninggalkan dia lagi jangan ia berniat kembali kepada berbuat dia pula Wa Allaha Aa’lama. Dan beberapa lagi pekerjaan yang menjadikan kafir itu tiadalah disebutkan disini.

Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

Sunday, July 10, 2011

Iman, Agama dan Kafir



Bermula adalah sekurang-kurang iman yang melepaskan daripada kekal dari neraka itu iaitu percaya menyungguhkan akan barang yang dibawa oleh nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama daripada Allaha Ta A’laya. Jikalau tiada ia mengucap dua kalimah shahadat ini dengan lidah dan tiada ia berbuat amal dengan anggota sekalipun dari kerana sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Shahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamada Rasawala Allaha, Harama Allaha A’layaha Al Naara ertinya barangsiapa mengetahui bahawasanya tiada tuhan hanya Allaha bahawasanya nabi Mahamada itu pesuruh Allaha, nescaya diharamkan Allaha atasnya api neraka ertinya tiada ia kekal di dalam neraka, jikalau ia masuk neraka sekalipun kemudian maka dikeluarkan pula ia daripadanya dan lagi sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Yakhoraja Mana Al Naara Mana Qoala Laa Alaha Alaa Allaha Faya Qolabaha Wazana Zarata Mana Al Ayamana ertinya lagi akan dikeluarkan daripada api neraka itu barangsiapa mengata Laa Alaha Alaa Allaha dan adalah dalam hatinya itu seperti zarah daripada iman dan adalah kesempurnaan iman itu mengatakan dengan lidah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha dan menyungguhkan dengan hati akan sekelian barang yang terkandung dalamnya dan mengerjakan segala anggota seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama yang iman itu ada baginya tujuh puluh cawang maka yang telah daripada segala cawangnya itu kata Laa Alaha Alaa Allaha dan sekurang-kurangnya itu membuangkan segala yang menyakitnya daripada jalan segala manusia dan malu itu setengah daripada iman dan beberapa lagi setengah daripada iman iaitu seperti mengasih Allaha dan mengasih suatu dengan kerana Allaha Ta A’laya dan benci akan sesuatu yang jahat itu dengan kerana Allaha Ta A’laya dan mengasih akan nabi Mahamada Shoma dan mengiktikadkan membenarkan dia dan mengucap selawat atasnya dan Naqiq dan tauhid dan takut akan seksanya dan harap akan ampunnya dan syukur akan nikmatnya Allaha.


Dan menyempurnakan janji dan sabar dan redhakan qodha Allaha dan malu dan tawakal dan penyayang akan segala hamba Allaha dan merendahkan dirinya bagi segala manusia dan memuliakan segala orang tuha-tuha dan menyayangi akan segala kanak-kanak dan meninggalkan membesarkan dirinya dan meninggalkan a’jaza dan meninggalkan dengki dan marah dan berkata dengan keesaan Allaha dan membaca Qoraana dan berlajar ilmu dan mengajarkan dia bagi segala orang yang bebal dan meminta-minta dan banyak-banyak zikir Allaha dan mengucap Asataghofara dan menjauh segala kata yang sia-sia dan bersuci daripada najis yang nyata dan daripada najis Hakamaya dan menjauh daripada segala najis A’yana dan menutup aurat dan sembah yang fardhu dan sunat dan memberi zakat dan memerdekakan hamba dan murah dan memberi makan akan segala orang yang lapar dan memberi makan akan segala jamu dan puasa fardhu dan sunat dan berhenti dalam masjid dan mencari Layalata Al Qodara dan naik haji besar dan haji umrah dan berkeliling pada Kaa’bata Allaha dan menyempurnakan nazar dan memberi kenderaan dan memeliharakan dirinya daripada berbuat zina dan tiada nikah dan memberi hak segala isi rumah dan berbuat bakti akan ibu bapa dan memeliharakan segala anak yang kecil dan berkasih-kasihan dengan segala keluarganya, berbuat bakti akan segala orang besar-besar yang mulia-mulia dan penyayang akan segala hamba dan mendirikan akan pekerjaaan itu serta adil dan mengiyakan segala jamaa’t daripada segala a’lama dan mengikut akan serta raja pada pekerjaan yang muafakat dengan seseorang.

Dan damaikan antara segala manusia yang berkelahi dan dan bertolong-tolongan atas berbuat baik dan pakat dan menyuruh berbuat baik dan melarangkan daripada berbuat jahat dan mendirikan akan segala hudud Allaha iaitu seperti mendirikan segala orang yang minum arak dan akan segala orang yang berbuat zina dan memotong tangannya dan kaki segala orang yang mencuri dan perang Sabayala Allaha mengembalikan taruhan orang mengenangi akan segala orang yang papa dan membelikan jamu dan baik berjual dan membeli dan menghimpunkan daripada harta yang halal dan membelanjakan harta pada haknya dan meninggalkan membuangkan harta dan berlebih-lebih pada belanja dan menjawab orang bersin dan menahan daripada memberi mudharat akan segala manusia, menjauh permainan yang melalaikan daripada berbuat ibadat akan Allaha Ta A’laya dan baik perangai dan barang sebagainya.


Dan lagi cetera daripada nabi, Harayaraha radhoya Allaha a’naha berkata ia telah datang seorang dusun kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia “Ya rasul Allaha, tunjukkan olehmu akan daku atas suatu amal apabila kukerjakan nescaya masuk syurga aku”. Maka sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Sembah olehmu akan Allaha Ta A’laya dan jangan kau sekutukan dengan dia suatu juapun dan kau kerjakan segala sembahyang lima waktu yang difardhukan dan kau berikan zakat yang difardhukan dan engkau puasa bulan ramadhan. Maka dengan zahir kata itu adalah yang memasukkan ke dalam syurga itu”. Menyembah itu menyembah Allaha Ta A’laya pada hal keadaannya esa dan sembahyang dan memberi zakat dan puasa pada bulan ramadhan. Maka tiada disuruhkan rasul Allaha akan dia naik haji seolah-olah adalah orang dusun itu orang papa dari kerana syarat wajib naik haji itu diperoleh bekal. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh mengerjakan akan segala pekerjaan yang memasukkan ke dalam syurga itu barang sekuasa kita.


Apa itu Agama?


Dan lagi hendaklah kita ketahui bahawasanya iman dan Salama dan tauhid dan makrifat itu tiada dapat bercerai sekeliannya itu. Maka apabila tertinggal salah suatu daripada yang empat itu tiadalah sah agama seseorang. Maka apabila berhimpunlah keempatnya itu maka bernamalah agama sebenarnya. Maka adalah yang pertama itu makrifat, kemudian maka tauhid, kemudian maka Asalama, kemudian maka Iman. Maka erti makrifat itu mengetahui akan keadaan Allaha Ta A’laya itu dengan segala sifatnya dan menafikan barang yang tiada layak baginya dan ertinya tauhid itu mengiktikadkan bahawa Allaha Ta A’laya itu esa ia tiada ada sesuatu menyertai dia pada sifatnya ketahanannya dan erti Asalama itu menjunjung dan mengikut segala suruh Allaha dan menjauh segala larangannya dan merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya dan erti iman itu menyungguhkan dengan hati akan segala rukun iman yang enam itu maka tiada diperoleh percaya itu melainkan kemudian daripada mengikut segala pesuruhnya dan merendahkan dirinya kepadanya.


Dan tiada diperoleh mengikut segala suruhnya itu melainkan kemudian daripada mengesakan dia dan tiada diperoleh mengesakan dia itu melainkan kemudian daripada mengikut dia dan mengetahui dia. Maka adalah iman itu lain daripada makrifat dan tauhid dan terkadang diperoleh makrifat dan tauhid maka tiada diperoleh Asalama dan iman iaitu seperti makrifat iblis dan Yahudi dan Abawa Tholaba iaitu bapa baginda A’laya radhoya Allaha a’naha. Maka adalah mereka itu mengetahui akan keesaan Allaha Ta A’laya dan akan kebesaran rasul Allaha tetapi tiada mau mereka itu mengikut segala suruh Allaha Ta A’laya dan tiada mau mereka itu merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya dengan hati mereka itu dan dengan tubuh mereka itu dan tiadalah mau mereka itu percayakan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha maka jadi kafir mereka itu sebab tiada mau mereka itu mengikut segala suruhnya dan sebab tiada mau mereka itu percaya akan keduanya. Maka adalah mengikut segala suruh Allaha dan merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya itu dengan hati dan dengan lidah dan dengan anggota dan adalah percaya akan Allaha dan rasul Allaha dan iaitu dengan hati dan dengan lidah maka tiada diterima iman sesorang itu jika ada percaya itu dengan lidah jua dan tiada sah Asalama seseorang itu jika ada mengikut dan merendahkan dirinya itu dengan lidah dan dengan anggotanya jua.


Apa itu kafir?


Maka erti kafir itu tertutup daripada jalan yang betul maka adalah kafir itu atas empat bagai, pertama kafir engkar dan kedua kafir yahudi dan ketiga kafir a’nada dan keempat kafir nafaqo (munafik). Maka ertinya engkar itu tiada mengetahui dan tiada percaya segala-gala iaitulah segala kafir yang tiada tahu mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan tiada mereka itu mengaku mereka itu dengan lidah mereka bertuhan akan Allaha Ta A’laya. Dan erti yahudi itu menyangkal akan yang benar iaitulah segala kafir yang mengetahui mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan akan kebenaran rasul Allaha dan tiada mau mengaku dengan lidah bertuhan akan dia, mereka itulah segala iblis dan segala yahudi. Maka adalah iblis dan yahudi itu tahu mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan kebenaran rasul Allaha maka adalah mereka itu meninggal akan jalan yang betul maka jadi kafir jua mereka itu. Dan erti a’nada itu bantahan dan berpaling daripada jalan yang betul iaitu seperti kafir Abawa Tholaba bapa baginda A’laya. Maka adalah Abawa Tholaba itu mengetahui dengan hatinya akan keesaan Allaha Ta A’laya dan kebenaran rasul Allaha dan mengaku ia dengan lidahnya bertuhan akan dia tetapi tiada mau beragama dengan agama Asalama sebab bantahannya dan berpalingnya daripada jalan yang betul maka jadi kafir ia jua. Dan erti nafaqo itu menyatakan Asalamanya dengan lidah dan dengan anggota, tiada ia menyungguhkan dan percaya akan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha dengan hatinya. Maka jadi kafir jua ia sebab tiada percaya akan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha dengan hatinya. Tetapi adalah segala orang yang munafik itu terpelihara harta mereka itu dan darah mereka itu dalam tiada daripada rampasan dan bunuh sebab mereka itu mengucap Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha. Maka adalah mereka itu dalam akhirat dimasukkan ke dalam neraka kekal selama-lamanya. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh menjauhkan segala kafir yang empat bagai yang tersebut itu supaya ia dipeliharakan akan Allaha Ta A’laya akan iman kita daripada dunia datang ke akhirat.


Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

Tuesday, July 5, 2011

Rukun Iman

Bermula segala rukun Iman itu enam perkara iaitu Amanata Ba Allaha Wa Malakataha Wa Katabaha Wa Rasawalaha Wa Al Yawama Al Akhora Wa Al Qodara Khoyaraha Wa Sharaha Mana Allaha Ta A’laya ertinya Percaya aku akan Allaha dan akan segala malaikatnya dan akan segala kitabnya dan akan segala pesuruhnya dan akan hari yang kemudian dan akan datang untung baiknya dan jahatnya daripad Allaha Ta A’laya.

1. PERCAYA KEPADA TUHAN

Bermula rupa percaya akan Allaha Ta A’laya itu hendaklah kita ketahui dan kita percaya dan kita sungguhkan bahawasanya Allaha Ta A’laya itu ada ia selama-lamanya dan tiada berpermulaan adanya seperti yang telah lalu sebutnya pada perkataan rukun shahadat itu.



2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT



Rupa percayakan segala malaikat itu hendaklah kita ketahui dan kita percaya dan kita sungguhkan bahawasanya segala malaikat itu hamba Allaha Ta A’laya, bukan malaikat laki-laki dan bukan malaikat perempuan dan tiada malaikat beribu dan bapa, tiada mereka itu beristeri dan beranak dan tiada mereka itu tidur dan bersyahwat dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu berbuat derhaka kepada Allaha Ta A’laya sekejap mata jua pun dan adalah tubuh mereka itu terlalu lathoyafa ertinya halus tiada dapat kita lihat akan dia.



Dijadikan akan Allaha Ta A’laya akan mereka itu daripada Nawara maka adalah diperbuat mereka itu barang yang dititahkan Allaha Ta A’laya kepada mereka itu dan adalah segala rupa mereka itu berlain-lainan dan setengah mereka mempunyai beberapa puluh sayap dan setengah mereka itu mempunyai beberapa ratus sayap dan setengah mereka itu mempunyai beberapa ribu sayap dan beberapa kepala dan demikianlah kerja mereka itu mempunyai beberapa ribu sayap dan beberapa ribu kepala.



Adapun berlain-lainan atas kerjaan yang sudah ditentukan oleh tuhan mereka itu. Setengah mereka itu menanggung Arash senantiasa dan setengah mereka itu menghuni syurga senantiasa dan setengah mereka itu menghuni neraka senantiasa dan setengah mereka itu mengucap tasbih senantiasa iaitu membaca Sabahana Allaha Wa Bahamadaha dan setengah mereka itu mengucap tahlil senantiasa iaitu Laa Alaha Alaa Allaha dan setengah mereka itu mengucap astagfar senantiasa iaitu Asataghofara Allaha Al Azhoyama dan barang bagainya dan beberapa malaikat Karawabayana dan malaikat Maqorabayana dan malaikat Mahayamayana atas berbagai-bagai rupa mereka itu dan kelakuan mereka itu dan adalah segala malaikat amat banyak hingga penuhlah segala langit yang tujuh itu hingga sampai kepada Arash, tiada siapa mengetahui bilangannya banyak mereka itu melainkan Allaha Ta A’laya jua seorang dirinya.



Dan adalah yang pilihan daripada mereka itu empat orang iaitu Jabara Yala, adalah kerjanya itu menyampaikan wahyu Allaha Ta A’laya kepada segala pesuruhnya dan Mayaka Yala adalah kerjanya itu menentukan hujan dan rezeki segala hambanya dan Asarafa Yala adalah kerjanya meniup sangkakala pada ketika hari kiamat dan Azaraa Yala iaitu Malaka Al Mawata adalah kerjanya mengambil nyawa hamba Allaha Ta A’laya dan kata setengah A’lama adalah penghulu segala malaikat itu dinamai Rawaha maka adalah pada hari kiamat berdiri ia seorang dirinya di dalam suatu saf dan berdiri sekelian malaikat di belakangnya dalam suatu saf seperti firman Allaha Ta A’laya Yawama Yaqowama Al Rawaha Wa Al Malakayata Shofaa ertinya pada hari kiamat berdirilah Rawaha itu seorang dirinya dalam suatu saf dan berdiri segala malaikat itu dibelakangnya dalam suatu saf dan kata setengah A’lama adalah yang dinamai Rawaha itu Jabara Yala A’layaha Al Salama. Maka adalah malaikat yang bernama Rawaha itu mengucap tasbih ia dalam tiap-tiap hari dua belas ribu tasbih maka dijadikan Allaha Ta A’laya akan sekelian tasbihnya itu malaikat sebilang banyak tasbihnya itu. Demikianlah kelakuannya dalam tiap-tiap hari hingga kiamat maka adalah terlebih besar daripada sekelian malaikat semuanya.



Shahdan bahawa adalah kasih akan segala malaikat itu setengah daripada syarat iman yakni tiada diterima Allaha Ta A’laya akan iman seseorang itu melainkan kasih akan segala malaikat semuanya. Maka barangsiapa berseteru atau benci atau menghinakan atau menyumpah akan sekelian mereka itu atau salah seorang daripada mereka itu bahawasanya jadi kafir ia.

3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB

Dan rupa percaya akan segala kitab Allaha itu hendaklah kita percaya dan kita sungguhkan bahawasanya sebenarnya Allaha Ta A’laya itu menurunkan beberapa kitab kepada segala nabinya yang jadi pesuruhnya. Maka adalah banyak segala kitab Allaha Ta A’laya itu seratus empat puluh buah kitab maka diturunkan kepada nabi Adam itu sepuluh buah kitab dan diturunkan kepada nabi Allaha Tsayatsa itu lima puluh buah kitab dan diturunkan kepada nabi Allaha Adarayasa itu tiga puluh buah kitab dan diturunkan kepada nabi Allaha Abarahayama itu sepuluh buah kitab dan diturunkan kepada nabi Mawasaya dahulu daripada Tawarayata itu sepuluh buah kitab. Maka adalah sekelian kitab itu suhuf namanya maka adalah asal makna suhuf itu kitab yang kecil lagi bergulung dan diturunkan kepada nabi Allaha Mawasaya sebuah kitab pula Tawarayata namanya dan diturunkan kepada nabi Allaha Daawada sebuah kitab Zabawara namanya dan diturunkan kepada nabi Allaha A’yasaya sebuah kitab Anajayala namanya dan diturunkan kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama sebuah kitab Qoraana namanya.

Maka adalah tersebut di dalam segala kitab itu suruh berbuat kebajikan dan tegah daripada berbuat kejahatan dan janji memberi nikmat akan segala hambanya yang mukmin dan janji akan segala hambanya yang derhaka dan segala kafir dan pengajar dan segala cerita yang ghaib-ghaib dan segala perintah agama dan halal dan haram dan sunat dan wajib dan makruh dan adalah tersebut di dalam Qoraana itu sembilan bagai. Pertama halal dan kedua haram dan ketiga hukum ertinya yang nyata maknanya kepada kebanyakan manusia dan keempat Matashabaha ertinya barang yang tiada nyata maknanya kepada kebanyakan manusia dan kelima Bashayara ertinya menceritakan segala mukmin masuk syurga dan keenam Nazayara ertinya menceritakan segala kafir masuk neraka dan ketujuh Mawaa’zhota ertinya pengajar dan kedelapan Qoshosho ertinya segala cetera yang ghaib-ghaib dan kesembilan Matsala ertinya segala serupa yakni yang menyerupakan kehidupan di dalam dunia itu seperti air hujan yang dihamburkan oleh segala angin dan serupakan segala kafir yang menyembah berhala itu seperti sarang labah dan barang sebagainya. Maka adalah yang di pakai itu hukum Qoraana hingga hari kiamat maka adalah Qoraana itu setengah Nasaha ertinya yang mengubahkan hukum itu yang dahulunya dan setengahnya Manasawaha ertinya yang di ubahkan hukumya.



Maka adalah dalam Qoraana itu empat bagai, pertama kekal suratannya dan hukumnya iaitu kebanyakan Qoraana dan kedua kekal bacaannya dan tiada terpakai hukumnya iaitu seperti pada Yaa Ayahaa Al Kafarawana hingga kesudahannya dan pertama surat Yaa Ayahaa Al Mazamala hingga sampai kepada Wana A’layaha dan lainnya. Maka adalah surat Qola Yaa Ayahaa Al Kafarawana itu tiada menyurat rasul Allaha perang dengan segala kafir tatkala ada ia di dalam negeri Makah maka tatkala ia berpindah ke negeri Madinah maka turun ia yang menyuruh ia berperang pula dan adalah awal Yaa Ayahaa Al Mazamala itu menyuruh rasul Allaha sembahyang lima waktu dan ketiga itu kekal hukumnya dan mansuh suratnya dan bacaannya iaitu seperti ayat Al Rajayama yakni itu yang mengatakan dilontar dengan batu mati keduanya. Maka adalah ayat Al Rajayama mansuh akan suratannya itu Ashayahata Wa Al Shayakhota Azaa Zayanaa Farajama Wahamaa ertinya laki-laki yang tahu itu dan perempuan yang tahu itu apabila berbuat zina keduanya maka lontarlah kamu akan keduanya dengan batu. Maka adalah ayat ini dihilangkan suratannya dan keempat itu mansuh hukumnya dan suratannya dibacaannya iaitu surat yang panjang seperti surat Al Baqorata maka adalah ia dihilangkan ia daripada hati rasul Allaha dan daripada hati segala sahabat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka adalah erti mansuh itu dua mengenanya mengubahkan dan memindahkan dan keduanya mengenanya mengilafkan dan menghilangkan dia.



Maka adalah sekelian kitab Allaha Ta A’laya dan Qoraana itu dinamai Kalam Allaha Ta A’laya pada pihak harus jua kerana menunjukkan sekeliannya akan Kalam Allaha Ta A’laya yang Qodayama(Qadim) itu maka adalah Kalam Allaha Ta A’laya yang qadim itu tiada berhuruf dan tiada bersuara dan tiada bepermulaan dan tiada berputusan dan tiada berkesudahan. Maka adalah Kalam Allaha Ta A’laya yang qadim itu dinamai Kalama Nafasaya yakni kata-kata Allaha Ta A’laya yang dalam dirinya maka adalah ia berdiri dengan zatnya dan tiada lain daripada zatnya. Maka adalah sekeliannya barang yang tersebut dalam segala kitab dan lainnya itu sudahlah dinyatakan Allaha Ta A’laya dan dikatakannya akan dia dengan ilmunya pada azali. Kemudian maka diturunkannya akan segala kitab dan Qoraana itu seperti barang yang telah dinyatakan dan dikatakannya dalam dirinya dengan ilmunya itulah berlebih berkurang lagi. Maka jadilah segala kitab dan Qoraana itu menunjukkan sekelian itu akan kata-kata Allaha Ta A’laya yang di dalam dirinya yang tiada huruf dan tiada suara. Maka adalah kata-kata Allaha Ta A’laya yang didalam dirinya itu sekali-kali tiada ia tinggal dan cerai daripada zatnya. Adalah ia esa serta zatnya maka adalah ia meliputi akan sekelian kitab yang di turunkan itu yakni adalah yang dikatakan di dalam dirinya itu sekeliannya itu barang yang disebutkan dalam segala kitab dan di dalam Qoraana dan lainnya daripada segala maklumnya yang tiada berhingga.



Maka adalah yang mempunyai ia turun segala kitab dan dan Qoraana itu Jabara Yala A’layaha Al Salama. Maka adalah Jabara Yala itu duduk ia pada tempat yang tinggi maka didengarnya akan segala Kalam Allaha yang tiada huruf dan tiada suara atau diilhamkan Allaha Ta A’laya akan katanya yang tiada huruf dan tiada suara itu kedalam hati Jabara Yala. Kemudian maka dibawanya kepada segala nabi yang mempunyai kitab dan kepada nabi kita Mahamada Shoma seperti barang yang didengarnya itu atau seperti barang yang telah di ilhamkannya ke dalam hatinya. Maka diibaratkan oleh Jabara Yala akan kalam yang didengarnya atau yang diilhamkan kepadanya itu dengan bahasa A’raba seperti lafaz Qoraana yang ada sekarang ini atau bahasa Sarayanaya(Suryani). Maka tatkala diibaratkan kalam Allaha itu dengan bahasa A’rabaya dinamai Qoraana dan tatkala diibaratkan kalam Allaha itu dengan bahasa A'baranaya(Ibrani) dinamai Tawarayata dan tatkala diibaratkan kalam Allaha dengan bahasa Sarayanaya dinamai Zabawara dan Anajayala dari kerana adalah keduanya itu dengan bahasa Sarayanaya maka adalah yang bersalahan itu ibarat Jabara Yala jua tiada bersalahan yang dikhabar ia yakni katanya yang di dalam dirinya dari kerana kalam Allaha berdiri ia dengan zatnya itu bukan ia bahasa A’baranaya dan bukan ia bahasa Sarayanaya dari kerana kalam Allaha Ta A’laya yang dalam dirinya itu tiada huruf dan tiada suara dan tiada permulaan dan tiada berputusan dan tiada berkesudahan.



Maka adalah segala kitab yang lain daripada Qoraana itu diturunkan sekelian itu dengan sekali turun jua maka adalah Qoraana itu turunnya bercerai-cerai maka adalah turun Qoraana itu sekira-kira dua puluh tiga tahun lamanya. Maka adalah pertama turunnya itu tatkala sampailah umur nabi Shoma itu empat puluh tahun hingga sampai kepada hampir matinya. Maka habislah turunnya itu maka adalah turun segala itu Qoraana itu bercerai-cerai dan berputus-putus maka setengah Qoraana itu diturun ia di dalam negeri Makah dan setengah diturunkan di dalam negeri Madinah. Maka adalah segala Qoraana itu pada masa nabi kita Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama tiada beratur seperti sekarang ini maka adalah Qoraana pada masa itu semuanya hafazkan oleh rasul Allaha dan di hafazkan oleh segala sahabat rasul Allaha. Maka adalah yang mengaturkan Qoraana seperti yang ada sekarang ini A’thamana anak A’fana. Barang siapa tiada dipercaya akan segala kitab Allaha Ta A’laya atau akan setengahnya atau akan Qoraana atau akan setengahnya atau akan suatu ayat daripadanya atau menghinakan Qoraana setengahnya seperti dicampakkannya akan dia ke dalam tempat yang dicampur nescaya jadi kafir ia.

4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI



Dan rupa percaya akan segala pesuruh itu hendaklah kita ketahui dan kita percaya ia dan kita sungguhkan bahawasanya sebenarnya Allaha Ta A’laya itu menyuruhkan ia beberapa pesuruh kepada segala makhluknya daripada manusia laki-laki lagi merdeka lagi berbangsa lagi beriman lagi kepercayaan mereka itu. Maka adalah yang disampaikan oleh segala pesuruh itu kepada segala makhluk itu barang yang dititahkan Allaha Ta A’laya akan mereka itu, memuliakan dia kepada mereka itu supaya nyatalah jalan bahagia dan jalan celaka yakni bahagia yang mengikut mereka itu akan segala pesuruh itu adalah mereka itu berbahagia dan barang yang tiada mengikut mereka itu akan segala pesuruhnya itu adalah mereka itu celaka dan lagi tiadalah dapat segala manusia itu kepada Allaha Ta A’laya pada hari kiamat.



Maka adalah pada hari kiamat itu ditanyai Allaha Ta A’laya akan segala kafir "Mengapa maka tiada kamu percaya akan daku dan berbuat bakti kepada aku, bukankah sudah kusuruhkan kepada kamu segala pesuruhku di dalam dunia dan sudahlah disampaikan mereka itu akan barang yang kusuruhkan mereka itu menyampaikan dia kepada kamu". Tatkala itu tiadalah dapat mereka itu menjawab akan tanya Allaha Ta A’laya itu sudah disuruhkan Allaha Ta A’laya mereka itu segala pesuruh dan adalah pesuruh perantaraan antara yang menyuruh dan tempat disuruh dan adalah dinyatakan oleh segala pesuruh itu kepada segala manusia itu daripada hukum agama itu halal dan haram dan sunat dan makruh dan subhah dan ceterakan mereka itu akan segala orang yang beriman dan akan segala orang yang berbuat amal salih dengan balas syurga dan akan segala kafir itu dengan balas masuk neraka dan segala seksaan dan adalah pesuruh dan segala nabi itu terpelihara mereka itu daripada kafir dan daripada segala dosa besar dahulu daripada jadi pesuruh dan kemudiannya dan adalah banyak bilangan segala nabi itu semuanya seketi dua laksa empat ribu.



Maka adalah yang pertama daripada mereka itu Adama A’layaha Al Salama dan yang kesudahan daripada mereka itu nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan adalah bilangan segala nabi yang jadi pesuruh itu tiga ratus tiga belas orang dan segala pesuruh yang keturunan kitab itu delapan orang iaitu Adama A’layaha Al Salama dan gantinya dan Adarayasa dan Abarahayama dan Mawasaya dan Daawada dan A’yasaya dan Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan adalah segala pesuruh yang punyai syariat itu enam orang iaitu Adama dan Nawaha dan Abarahayama dan Mawasaya dan A’yasaya dan Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka adalah segala pesuruh yang tiada mempunyai kitab dan syariat itu disampaikan Allaha mereka itu akan kitab dan syariat pesuruh yang dahulu daripada mereka itu yakni adalah adalah segala pesuruh yang ada mereka itu pada antara segala pesuruh yang mempunyai syariat itu disampaikan mereka itu akan syariat pesuruh yang dahulu daripada mereka itu.



Adalah sekelian nabi itu semuanya daripada anak cucu nabi Abarahayama A’layaha Al Salama melainkan delapan orang jua iaitu Adama dan Tsayatsa dan Adarayasa dan Nawaha dan Hawada dan Sholaha dan Lawatho dan Yawanasa dan adalah segala nabi pun semuanya daripada anak cucu nabi Allaha Yaaqowaba A’layaha Al Salama melainkan segala nabi yang delapan yang tersebut itu dan Abarahayama dan Asahaqo dan Hadhora (Khidir) dan Shaa’yaba dan Asamaa’ Yala dan Ayawaba dan Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan adalah bahasa segala nabi itu tiga bahasa, pertama bahasa Sarayanaya dan kedua bahasa A’baranaya dan ketiga bahasa A’raba. Maka adalah segala nabi yang mempunyai bahasa Sarayanaya itu Adarayasa dan Nawaha dan Lawatho dan Abarahayama dan Yawanasa dan segala nabi yang mempunyai bahasa Abaranaya itu segala nabi Asaraa Yala yakni segala anak cucu Hawada dan Sholaha dan Asamaa’ Yala dan Shaa’yaba dan Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama.



Maka ertinya nabi itu dua maknanya, suatu menceritakan dari kerana adalah segala nabi itu menceritakan mereka itu akan pekerjaan yang ghaib-ghaib kepada segala manusia dan kedua maknanya itu tinggi dari kerana adalah segala nabi itu tinggi martabat mereka itu daripada segala manusia yang bernama. Adapun nabi itu seorang laki-laki yang diwahyukan Allaha Ta A’laya kepadanya syariat dengan mengerjakan dia dan tiada di suruhkan ia memakaikan syariat itu kepada seorang juapun dan adapun yang dinamai pesuruh lagi nabi itu seorang laki-laki yang diwahyukan kepadanya suatu syariat dengan mengerjakan dia lagi disuruh menyampaikan dia kepada segala kaumnya dan adapun yang dinamai pesuruh itu lagi nabi lagi mempunyai kitab lagi mempunyai syariat iaitu seorang laki-laki yang diturunkannya kepada kitab lagi disuruh akan dia menyampaikan kitab itu kepada kaumnya. Maka daripada Adama dan yang kepada Nawaha di pakai syariat Adama dan daripada Nawaha datang kepada Abarahayama datang pada Mawasaya di pakai syariat Abarahayama dan daripada Mawasaya datang kepada A’yasaya dipakainya syariat Mawasaya dan daripada A’yasaya itu datang kepada Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dipakai syariat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama hingga hari kiamat.



Maka adalah segala nabi itu lima jenis, pertama itu nabi lagi pesuruh lagi mempunyai kitab iaitu Adama dan Abarahayama dan Mawasaya dan A’yasaya dan Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan kedua jenis itu nabi lagi mempunyai kitab iaitu Shayaba dan Adarayasa dan Daawada dan ketiga jenis itu nabi lagi pesuruh lagi syariat iaitu Nawaha dan keempat jenis itu nabi lagi pesuruh mereka itulah segala pesuruh yang lain daripada segala pesuruh yang sembilan orang tersebut itu dan kelima jenis itu segala nabi yang tiga ratus tiga belas orang itu.



Shahdan bahawa adalah kasih akan segala nabi itu setengah daripada segala syarat iman itu ertinya tiada sah iman seseorang itu melainkan kasih akan segala mereka itu dan mengetahui segala nama mereka itu dan mengetahui bilangan mereka itu tiada daripada syarat iman yakni sahlah iman seseorang itu dengan tiada yang mengetahui segala nama mereka itu dan bilangan mereka itu. Maka barangsiapa tiada percaya akan sekelian nabi atau akan setengah mereka itu atau menghinakan mereka itu atau akan setengah mereka itu atau berseteru dengan mereka itu atau meringan-ringankan mereka itu atau mencela-cela mereka itu atau akan salah seorang daripada mereka itu nescaya jadi kafir Wa Allaha Aa’lama.



5. PERCAYA KEPADA HARI KEMUDIAN



Dan daripada rupa percaya akan hari yang kemudian itu hendaklah kita sungguhkan bahawasanya hari kiamat itu sebenarnya lagi akan datang dan di dalamnyalah haru hara yang amat besar. Maka adalah makna kiamat itu berdiri dari kerana beri sekelian makhluk itu dosanya maka adalah dalamnya itu ditiup sangkakala dan dan dihidupkan sekelian makhluk semuanya dan dikira-kira segala perbuatannya mereka itu dan ditimbang segala amal mereka itu. Maka barangsiapa berat amalnya yang baik maka dimasukkan ia ke dalam syurga dan barangsiapa berbuat jahat maka di masukkan ia ke dalam neraka. Maka dimasukkan segala mukmin ke dalam syurga kekal selama-lamanya dan dimasukkan segala kafir ke dalam neraka kekal selama-lamanya dan dimasukkan segala mukmin yang berdosa ke dalam neraka sekira-kira dosa mereka itu kemudian maka dikeluarkan mereka itu pula.



Dan adalah pada hari kiamat itu beberapa kelakuan yang amat banyak tiadalah disebutkan disini semuanya dan adalah titian itu tujuh terbentang sekeliannya di atas neraka jahanam terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang dan ada di atas suatu titian itu suatu bukit yang tinggi sekira-kira perjalanan tiga ribu tahun naik dan seribu tahun rata dan seribu tahun turun dan berhenti tiap-tiap seorang daripada mereka itu atas tiap-tiap suatu titian daripada yang tujuh itu seribu tahun lamanya itupun apabila taksir ia atasnya pada suatu yang diniaya daripadanya jua. Tiada sekelian mereka itu kerana setengah mereka itu lalu di atas seperti kilat dan setengah mereka itu lalu seperti sekejab mata dan setengah mereka itu seperti kuda dan setengah mereka itu lalu seperti laki-laki yang berjalan dengan kaki dan setengah mereka itu tiada dapat melihat. Segala-gala atas atas masing-masing martabat mereka itu dan atas sekira-kira amal mereka itu dalam dunia.



Maka adalah neraka itu tujuh, pertama Jahanama dan kedua Lazhoya dan ketiga Hathomata dan keempat Saqora dan kelima Jahayama dan keenam Saa’yara dan ketujuh Hawayata. Maka adalah di dalam neraka itu berbagai-bagai seksa yang tiada dapat dihinggakan banyaknya kelakuannya dan adalah di dalam syurga itu berbagai-bagai nikmat Allaha Ta A’laya yang tiada dapat di hinggakan banyaknya selama-lamanya. Maka barangsiapa tiada percaya akan hari kiamat atau akan segala kelakuannya yang berbagai-bagai itu atau akan syurga dan segala nikmatnya atau akan segala titian atau akan segala neraka atau akan segala seksa yang berbagai-bagai itu nescaya jadi kafir ia Wa Allaha A’alama.



6. PERCAYA KEPADA UNTUNG BAIK DAN JAHAT



Dan rupa percaya akan untung baik dan jahat daripada Allaha Ta A’laya itu hendaklah kita ketahui dan kita percaya dan kita sungguhkan bahawasanya sekeliannya barang yang berlaku di dalam segala ala mini dan sekelian yang berganti-ganti dan berbagai-bagai bertukar-tukar semuanya itu sudahlah diketahui Allaha Ta A’laya akan sekeliannya itu daripada azali ertinya dahulu daripada menjadikan segala alam ini yakni telah diketahui Allaha Ta A’laya akan penerimaan dan pesanggahan hakikat segala alam ini semuanya selama-lamanya. Kemudian maka dijadikan Allaha Ta A’laya akan segala alam ini seperti seperti barang yang telah diketahuinya itulah maka tiadalah dapat bertukar dan berlebih dan kurang lagi. Maka adalah kelakuan segala alam ini semuanya mengikut kepada barang yang telah diketahui pada azali itulah maka barangsiapa yang sudah diketahui Allaha Ta A’laya akan dia pada azali itu berbahagia maka dijadikannya akan dia segala orang itu berbahagia dan barangsiapa yang sudah diketahuinya akan dia pada azali celaka maka dijadikannya akan dia sekarang ini celaka dan barang sebagainya daripada pekerjaan semuanya.



Maka erti untung itu bahagian segala ilmu ini yang sudah diketahui Allaha Ta A’laya akan dia pada azali dan sudah ditakdirkannya dahulu daripada menjadikan segala alam ini. Maka adalah untung baik dan jahat itu dalam dua tempat, pertama dalam ilmu Allaha Ta A’laya dan kedua dalam Lawaha Mahafawaza. Maka adalah Allaha Ta A’laya itu telah melimpahkan ia akan segala alam ini kedalam kalam kemudian maka di suruh menyuratkan kalam itu dengan sendirinya ke dalam Lawa Mahafawaza akan sekelian maklumnya yang sudah di limpahkan Allaha Ta A’laya kepadanya. Maka barang yang diperoleh adalah ilmu Allaha Ta A’laya itu diperoleh ada ia dalam kalam dan barang sah yang diperoleh di dalam kalam itu diperoleh ia dalam Lawaha Mahafawaza dan barang yang diperoleh dalam Lawaha Mahafawaza itu diperoleh ia Aa’yana Khorajata ertinya segala alam yang sudah dijadikan Allaha Ta A’laya.



Maka adalah sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama "Tiap-tiap seseorang itu telah disuratkan Allaha Ta A’laya akan dia tempatnya daripada syurga atau daripada neraka". Maka tatkala itu berdatang sembah seorang sahabat rasul Allaha “Hai rasul Allaha, tiadakah baik kita berpegang atas suratan kita yang pada azali itu yakni dalam alam Allaha dan dikaji Lawaha Mahafawaza dan kita tinggalkan akan amal kita”. Maka sabda nabi Shoma “Barangsiapa ada ia daripada orang yang berbahagia maka segera lagi pergi kepada yang berbahagia dan barangsiapa ada ia daripada segala orang yang celaka maka segera ada ia pergi kepada segala ilmu orang yang celaka”. Kemudian maka sabda nabi Shoma “Berbuat amallah kamu maka tiap-tiap yang dimudahkan itulah untungnya dan adapun segala orang yang berbahagia itu dimudahkan Allaha Ta A’laya mereka itu bagi segala amal yang berbahagia dan segala orang yang celaka itu dimudahkan ia akan segala ilmu orang yang celaka. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh pada mengerjakan segala amal yang baik barang sekuasa kita dan jangan semata-mata berpegang pada suratan kita yang pada azali itu dengan tiada mengerjakan segala amal dari kerana adalah Allaha Ta A’laya itu menyuruhkan segala hambanya berbuat amal yang baik dan tiada disuruhnya akan segala hambanya itu dengan meninggalkan segala amal yang baik”.



Maka wajib atas kita mengiktikadkan akan untung baik dan jahat itu daripada Allaha Ta A’laya yakni adalah Allaha Ta A’laya mengetahui dan menentukan untung baik dan jahat itu mengikut kepada pesanggarahan dan penerimaan segala hakikat kita yang pada azali itulah dan telah berkata A’bada Allaha anak A’mara radhoya Allaha a’naha “Jika adalah bagi seseorang itu iman seperti besar bukit Ahada kemudian maka dibacakannya akan dia pada Allaha Ta A’laya, nescaya tiada diterima Allaha Ta A’laya daripada suatu juapun hingga percaya ia akan untung baik dan jahat daripada Allaha Ta A’laya".



Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana