Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, March 26, 2011

Bukit Thursina

m/s 116

Kata sahaba al hikayat maka pertama2 berjalan nabi Khidir Alayaha Al Salama dengan kaum Mayaka dan Tawayala dan Tarasa kira-kira tiga puluh ribu orang yang berkuda kemudian daripada itu raja Habshah dengan segala laskarnya dan tenteranya dan kemudian pula raja A’zahana dengan dua puluh ribu laksa orang berkuda kemudian dari itu raja Naa’mata dan raja Andalus serta dua puluh ribu orang yang berkuda. Maka kemudian dari itu laskar raja Iskandar daripada kaum Rom dan Ajam kira-kira lima laksa orang berkuda dengan segala tenteranya. Maka bertanya raja Iskandar “Ya nabi Allaha ke mana pula dan apa nama negeri yang kita hendak pergi ini. Maka sahut nabi Khidir Alayaha Al Salama “Berjalan juga kita mengikut kepada matahari masuk itu maka lalu kita ke Masyrik” maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha inikah kesudahan negeri?” maka sahut nabi Khidir “Tiada lagi negeri di hadapan kita itu melainkan hutan jua dan padang” maka sabda raja Iskandar “Baiklah kita segera berjalan supaya boleh kita lihat air hangat pada tempat matahari itu masuk”. Maka sahut nabi Khidir “Sungguhnya bagi Allaha Ta Alaya mengampuni bagi kita berjalan menjalani ini pada tempat itu”.

Hataya maka berjalanlah segala laskar dan nabi Khidir berjalan dahulu pada padang itu lalu kepada suatu padang dan suatu negeri kepada suatu negeri yang di takluknya sampai kepada negeri Jabarsho dan tiga puluh hari lamanya berjalan itu dengan segala laskar pada padang itu dan kepada tiga puluh sembilan hari maka datanglah kepada bumi putih seperti kapas rupanya dan baunya pun demikian maka berbagi-bagai tumbuh-tumbuhan maka bertemulah dengan suatu sungai dua hasta jua dan airnya terlalu putih daripada susu dan terlalu manis daripada air madu dan terlalu sejuk daripada embun. Maka berjalanlah mereka itu sepuluh hari lamanya maka berhentilah mereka itu di sana beristirehat kemudian berjalanlah pula baginda kira2 tiga puluh hari perjalanan maka pada keesokan harinya di lihat mereka itu bukit terlalu tinggi di hadapan lanjut lakunya mengelilingi bumi. Maka kata mereka itu “Inikah yang bernama bukit Kaf kerana bukit Kaf itu di jadikan Allaha Ta Alaya daripada manikam yang hijau ia mengeliling dunia daripada Masyrik ke Maghrib maka langit pun hijau kerana sebab daripada sinar bukit Kaf itu dan berhangat tempat matahari masuk itupun di hadapan”. Maka sabda raja Iskandar “Bukit itupun hamba lihat hijau lakunya” maka ujar nabi Khidir “Adapun bukit ini namanya Bukit Thursina tatkala terbangun kerana terjali Allaha Sabahana Wa Ta Alaya tatkala nabi Musa Alayaha Al Salama memohonkan riwayat itu kerana bukit itu dijadikan Allaha pasak bumi”.

Maka berjalanlah segala laskar sehingga tiga hari maka hampirlah mereka itu pada kaki bukit itu. Maka di lihat mereka itu orang banyak di atas bukit itu bermacam macam rupanya ada yang satu kaki dan empat kakinya. Setelah dilihat nabi Khidir demikian itu maka di suruhnya maklumkan raja Iskandar maka baginda pun datanglah serta bertanya nabi Allaha “Kaum mana banyak ini baik kita suruh tangkap seorang supaya kita ketahui ehwalnya”. Maka ujar nabi Allaha “Mana bicara rajalah” maka sabda raja Iskandar “Baik tuan hamba pergi menangkap dia bawa kepada hamba supaya kita lihat rupanya dan daripada makanannya dan dan apa agamanya” maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Baiklah hamba pergi” maka berjalanlah nabi Khidir mengendarai zirafahnya sehingga sampai ia pada kaki bukit itu maka dilihatnya mereka itu terlalu banyak. Dilihat nabi Khidir yang laki-laki kakinya satu dan yang perempuan kakinya empat dan laki-laki matanya satu juga ditengah dahinya dan yang perempuan dadanya seperti dada tanjak dan tubuh mereka itu bersabut seperti rambut perempuan. Setelah di lihat nabi Khidir maka berlarilah mereka itu kepada segala lubang2 bukit kebanyakannya maka haru birulah ia berseru-seru maka nabi Khidir pun hampirlah pada mereka itu maka dilontarnya nabi Khidir dengan batu seperti hujan maka nabi Khidir pun sebagai menyalahkan dirinya dan di dekatinya juga supaya di dengar bahasanya mudah mudahan tahu ia akan bahasanya. Maka nabi Khidir pun melambai mereka itu tiada tahu mereka itu akan bahasanya maka di dengar nabi Khidir seorang daripada mereka itu berkata “Hai kamu sekelian kaumku bahawa tentera yang kita itu ialah jin yang kita dengar khabarnya itu takut akan mengambil negeri kita dan akan menawan anak isteri kita”. Setelah di dengar nabi Khidir bahasa mereka itu maka berseru serulah nabi Khidir kepadanya dengan bahasanya itu katanya “Hai kamu sekelian bahawa bukannya kami daripada jin seperti sangka kamu itu. Pertetapkan hati kamu tiada kami perbuat khianat akan kamu”. Setelah di dengar oleh mereka itu kata nabi Khidir itu maka berdirilah seorang di atas bukit itu maka ujarnya “Hai orang muda siapa kamu dan dari mana datang kamu dan hendak kemana pergi kamu?”.

Maka sahut nabi Khidir “Marilah engkau hampir kepada aku tiada mengapa supaya kita berkata2” maka hampirlah seorang pada nabi Khidir maka kata nabi Khidir “Hai laki-laki dengan sungguhnya katakan olehmu kepada aku dan beri tahu aku siapa kamu dan sebabnya maka kamu berlarian dan haru biru itu. Bahawa adalah tentera yang datang ini tentera raja Iskandar anak raja Darab cucu raja Rom yang menghimpunkan kerajaan dari Masyrik ke Maghrib setelah di ambilnya beberapa negeri yang besar-besar hingga negeri Jabarsho itupun diambilnya. Maka kembalilah engkau kepada kaum kamu suruh muafakat segala orang besar kamu hendaklah menyuruhkan orang yang berakal kepada raja kami memohonkan aman daripadanya kerana serta raja itu tenteranya yang tiada terbilang hisabnya melainkan Allaha Ta Alaya juga yang mengetahui dia akan bilangannya dan tiada dapat seorang raja-raja melawan dia berperang”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Siapa tuhan kamu yang kamu sembah dan adakah raja kamu?”. Maka sahut orang itu “Adapun kami ini daripada Adam Alayaha Al Salama di jadikan Allaha Ta Alaya diam di bukit ini. Tiada bagi kami ini raja” maka kata nabi Khidir “Siapa yang menghukumkan kamu” maka katanya “Adapun menghukumkan kami ada orang tuha daripada kaum kami amarnya maka tiada dapat kami akan menyalahi katanya. Maka bahawasanya tuhan kami Allaha Sabahana Wa Ta Alaya yag esa zatnya dan sifatnya dan tiada bagi suatu juapun dan tiada beranak atau diperanakkan tetapi kami atas agama nabi Allaha Ibrahim Kholayala Allaha dan kami mengikut barang yang di suruhkan Allaha Ta Alaya tuhan yang esa. Tiada baginya tuhan yang lain daripadanya” maka kata nabi Khidir “Berbahagialah kamu” maka katanya “Tuan hamba suruhkan kami mohonkan aman pada raja Iskandar itu bahawa kami tiada ketahui di bumi Allaha Ta Alaya ini jenisnya lain daripada kami betapa aman kami pinta?”. Maka kata nabi Khidir “Bahawa akan erti aman itu berteguh-teguhan janji kamu bersahabat dengan raja Iskandar supaya jangan sampai mudarat atas diri kamu dan atas harta kamu dan daripada anak isteri kamu kerana tentera ini amat banyak. Maka apabila kamu ambil aman daripada raja Iskandar nescaya tiadalah hampiri tentera ini kepada kamu”. Maka kata orang itu “Tiada kau tahu akan erti kata ini”. Setelah nabi Khidir mendengar kata mereka itu di dalam agama Islam maka kata nabi Khidir “Kembalilah kamu kepada kaum kamu akan aku pun pergi mengatakan hikayat ini kepada raja Iskandar”. Setelah nabi Khidir datang kepada raja Iskandar katanya “Adapun kaum itu Asalama atas agama penghulu kita nabi Allaha Abarahayama Kholayala Allaha tiada dapat kita ambil sesuatu daripadanya atau hartanya” maka bagindapun mengucap syukur kepada Allaha Ta Alaya maka katanya “Tiada hamba kehendaki daripada manusia melainkan mengesakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya tetapi kehendak hamba barang tuan hamba bawa seorang daripada kaum itu supaya hamba lihat rupanya kerana tiada pernah lihat orang seperti kaum ini”. Maka pergi pula nabi Khidir pada kaum itu. Kelakian akan kaum itu pun kembalilah kepada kaumnya di khabarkan kepada kaumnya sekelian nabi Khidir berkata2 padanya itu. Maka hairanlah mereka itu mendengar dia. Shahdan mereka itu sekelian pun minta doa kepada Allaha Ta Alaya ujarnya “Ya tuhanku dipeliharakan kami daripada kejahatan kaum itu”. Hataya maka dilihat mereka itu nabi Khidir datang pula maka kata nabi Khidir “Hai laki-laki pertetapkan hatimu bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan dunia ini amat luas bahawa akan kamu ini kesudah-sudahan dunia maka sungguhnya di jadikan Allaha Ta Alaya sebagi kamu beberapa jenis bumi ini. Bahawa akan raja Iskandar itu tiada qasadnya menjalani segala negeri ini membawa akan segala manusia pada agama Allaha jua. Disuruhkan ia berbuat ibadat akan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya dan jangan di sekutukan dengan suatu jua pun. Bermula ku ceritakan kepada raja Iskandar akan kamu Islam maka terlalulah sukacitanya ia akan kamu datang kepadanya barang seorang jua dan berkehendak ia memberi kurnia akan kamu dan sangat rindu akan kamu hendak dengar bahasa kamu. Maka barangsiapa mahu datang kepadanya nescaya di permulianya kebajikan yang maha banyak”. Maka sahut laki-laki itu “Hai orang muda bahawa kaum kami takut akan mereka itu hanya bahawa engkau jua yang berbaiki hati kami. Jika percaya engkau berikanlah dahulu kembali kepada kaumku supaya ku perbaiki hati mereka itu segera pula aku datang kepada mu”. Maka kata nabi Khidir “Pergilah engkau hai hamba Allaha Ta Alaya” setelah sampailah orang itu kepada kaumnya maka berhimpunlah mereka itu mendengar ceritanya itu berkeliling maka kata segala kaumnya “Pergilah engkau kepada raja Iskandar itu” dan sukacitalah segala kaum itu laki-laki dan perempuan sebab mendengar yang datang itu kaum Islam. Maka kembalilah laki-laki itu kepada nabi Khidir maka berjalanlah keduanya hingga sampai kepada raja Iskandar. Maka kata nabi Khidir “Inilah raja kami” maka diajarkan dia memberi hormat mengucupi bumi.

Setelah raja Iskandar mendengar bahasanya dan melihat rupanya dan matanya satu pada dahinya dan tubuhnya berbulu-bulu seperti rambut perempuan maka sabda baginda “Ya nabi Allaha takut kaum ini bukannya daripada nabi Adam di jadikan Allaha Ta Alaya berbagai2 kejadiannya”. Maka ujar nabi Khidir “Bahawa Allaha Ta Alaya yang amat kuasa berlakukan barang kehendaknya dan mengubah2 barang suatu kehendaknya. Dijadikannya adapun kaum ini perempuannya itu di jadikannya seperti rupa kita juga tetapi ia berjalan empat kaki kerana setengah makhluk Allaha tiada bermata dan setengah hitam dan setengah putih dan kecil dan setengah besar panjang. Maka sekeliannya daripada nabi Adam juga” maka ajaiblah raja Iskandar melihat kudrat Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka sabda baginda “Ya nabi Allaha tanyakan padanya dengan apa mereka itu ia berjual beli dan apa makanan mereka itu dan apa perniagaannya” maka ditanya nabi Khidir kepadanya maka sahutnya “Adapun kami berjual beli dengan batu yang ringan lagi baik rupanya setengah merah setengah hijau setengah kuning. Bermula tempatnya pada suatu bukit itulah kami ambilkan perniagaan kami. Adapun akan makanan kami daripada tumbuh tumbuhan di bumi itulah kami berhuma dan meninggal. Adapun minuman kami daripada air hujan yang tinggal pada sorokan tatkala musim hujan dan tiada pada sangka kami di bumi Allaha Ta Alaya ini ada makhluk lain daripada kami”.

Maka tercengang raja Iskandar mendengar kata mereka itu maka sabda raja Iskandar “Bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan dunia ini amat luas dijadikannya raja di dalamnya dan dilebihkannya setengah daripada setengahnya dan setengah rakyat. Bahawa akan sekarang hamba kerjakan di bumi Allaha pada zaman ini sekianya kamu keluarkan ufti daripada perniagaan kamu supaya nyatalah kamu takluk kepada aku. Kembalilah engkau kepada kaum kamu katakan kepada mereka itu kataku ini”. Maka di katakana nabi Khidir kepadanya. Shahdan maka raja Iskandar pun mengurniai persalin akan dia seekor kuda akan kenderaannya lengkap dengan pelananya. Maka sukacitalah ia kembali pada kaumnya bersama-sama dengan nabi Allaha Khidir. Maka sampailah ia pada bukit itu maka dilihat oleh kaumnya akan dia berjalan beroleh persalin dan seekor kuda maka berhimpunlah mereka itu kepadanya. Maka dikatakannyalah peri raja Iskandar berkehendakkan ufti itu maka berkatalah mereka itu sekelian mengabarkan dia maka kata orang itu “Hai kaumku ketahui oleh kamu bahawa raja Iskandar itu amat besar kerajaannya. Telah mengikutlah kita titah raja ini segala alam ini dan banyaklah daripada segala negeri ini di ambilnya sudah hingga sampai ia kemari ini. Bermula jikalau kabul kamu akan kehendaknya nescaya sentosalah kita daripadanya jikalau tiada di kabul kamu barangkali sampai mudharat kepada kita”.

Hataya berhimpunlah kaum itu diatas hujung bukit maka di lihat mereka itu akan menteri raja Iskandar itu terlalu banyak maka kata sama sendirinya “Tiada kuasa kita melawan tentera itu. Baiklah kita mengeluarkan barang dapatnya daripada perniagaan kita”. Hataya maka berhimpunlah banyak daripada perniagaannya kira-kira sehari semalam seperti khemah di timbunkannya maka diberi orang tahu kepada nabi Khidir maka di lihatnya nabi Khidir anak batu itu maka tersenyum nabi Khidir kerana mulia mereka itu akan anak batu itu maka disuruh nabi Allaha muatkan keatas baghal maka dibawanyalah kepada raja Iskandar. Maka di ambil sedikit daripada anak batu itu ditunjukkan pada raja Iskandar maka sabda raja “Jangan kerana mereka itu sayang akan pamerannya itu tiada kuasa kita membalas dia”. Maka tahulan nabi Khidir akan kehendak raja Iskandar itu maka katanya “Bawa oleh kamu harta ini kembali ke tempat kamu jadi nagarahi raja akan kamu” maka sukacitalah mereka itu sebab mereka itu amat kasihnya maka disuruh oleh nabi Khidir orang besar-besar dan berkata pada segala laskar “Siapa hendak memberi sedekah maka berilah oleh kamu akan kaum ini”. Maka sekelian mereka itupun memberi sedekahlah akan kaum itu. Sebermula raja Iskandar pun member nagarahi mereka itu seratus baghal membawa emas maka di suruh nabi Khidir hantarkan ia kepada tempat batu itu maka di timbunkan mereka itu. Setelah dilihat nagarahi raja Iskandar itu dan batu itupun pun di kembalikannya maka sukacitalah sekeliannya maka kata nabi Khidir “Inilah kamu biayakan akan ganti batu itu”. Maka disuruh raja Iskandar memalu gendang berangkat maka berjalanlah segala tentera mengikut jalan ke Maghrib.

Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana

Monday, March 21, 2011

Baginda A'mara Radhoya Allaha Anaha

Adalah pertama2 yang di mengarahkan Amayara Al Mawamanayana A’mara sama sendirinya bahawa akan kaum bani Hashama dan kaum bani Tholaba “Jangan kita beniaga dengan mereka itu dan jangan kita kahwinkan anak kita dengan anak mereka”. Maka maka di suratkan mereka itulah perjanjian pada shohayafaha lalu di hantarkannya dalam dalam Kaa’bah. Maka berhimpunlah segala kaum bani Hashama dan kaum bani Matholaba daripada kafirnya dan Asalamanya kepada Abawa Tholaba. Maka keluar daripada kaum bani Hashama, Abawa Lahaba A’bada Al A’raya Abana A’bada Al Matholaba serta isterinya Ama Jamayala anak Haraba saudara Abawa Safayana Abana Haraba yang di namai Allaha Ta A’laya akan dia Hamalata Al Hathoba dari kerana bahawasanya adalah ia mengangkatkan duri maka di hantarkannya pada jalan rasul Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama.

Maka nabi Allaha pun diam di rumah pada tempat Saa’ba tiga tahun lamanya maka nabi Allaha pun bersabda kepada Abawa Tholaba “Hai Mamaku bahawasanya Allaha Ta A’laya menitahkan anai2 memakan Shohayafaha yang di taruh segala Qorayasha dalam Kaa’bah itu maka tiada di tinggal suatu apapun dalam surat itu melainkan nama Allaha jua”. Demi di dengar Abawa Tholaba sabda rasul Allaha itu serta katanya akan mereka itu “Jika ada khabar Mahamada itu sungguh maka janganlah kami lagi berbuat fitnah akan kaum keluarga kami dan jika ada khabarnya itu tiada sungguh serahkanlah ia ketangan kami”. Maka mereka itupun redhalah lalu mereka itu pergi melihat shohayafaha itu maka dilihatnya tiadalah bersalahan lagi seperti sabda rasul Allaha maka tatkala itu maka bersalahanlah segala Qorayasha, setengah mereka itu masuk Asalama dan setengah mereka itu berpegang jua atas perjanjian mereka itu yang tersurat dalam shohayafaha itu. Hataya maka Abawa Tholaba pun wafatlah pada tatkala itu adalah nabi Allaha sepuluh tahun keturunan wahaya. Kemudian dari itu maka wafatlah Sataya Khodayajaha Radhoya Allaha A’naha maka di namai nabi lah tahun itu perkhianatan maka segala musyrik pun hendak bersakit rasul Allaha Sholaya Alayaha Wa Salama maka rasul Allaha pun pergi membawa dirinya kepada dusun bernama Thoif sekira2 sehari semalam perjalanan dari Makah.

Maka nabi Allaha pun kembali dengan putus asanya daripada tolong kaum bani Tsaqoyafa itu. Kemudian dari itu maka pergi pula nabi Allaha pada tiap2 kaum A’raba daripada sangat kesakitan nabi Allaha itupun tiada jua di tolong mereka itu. Hataya maka nabi Allaha pun minta doa demikian bunyinya “Ya tuhanku, kepadamu jua daripada kutuk dan tiadalah jua ku lagi hina aku pada segala manusia. Engkau jua tuhan segala yang dhoif dan engkau jua tuhanku kepada siapa jua ku serahkan akan daku, jikalau tiada engkau murka atasku maka tiadalah apa aku tetapi a’nayatama jua luas atasku”.

Maka Allaha Ta Alaya pun memuliakan agamanya dan menzahirkan dia. Maka tahun itu rasul Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama pun keluar kepada segala kaum Qorayasha pada suatu tempat di sisi A’qoyaha maka nabi Allaha pun bertemu dengan orang laki2 daripada kaum nabi Khozaraja iaitu Ahala Al Madayanaha. Maka di ajarkan nabi Allaha akan mereka itu agama dan dibaca nabi Allaha di hadapan mereka itu qoraana maka mereka itupun membawa imanlah. Maka tatkala kembalilah mereka itu ke Madayanaha maka di ajarkan mereka itulah kepada kaum mereka itu maka membawa imanlah segala manusia terlalu amat banyak tatkala itu maka mahsyurlah agama Asalama dalam negeri mereka itu. Maka pada tahun yang kedua datang mereka itu dua belas orang ke Makah maka berteguh teguhan janjilah mereka itu dengan rasul Allaha. Maka tatkala mereka itu hendak kembali ke Madayanaha maka di titahkan nabi Allaha serta dengan mereka itu anak Amayaha iaitu Mashoa’ba Abana A’mayara pergi mengajar mereka itu qoraana dalam agama Asalama.

Setelah sampailah ke Madayanaha maka ia pun bertemu dengan Asaa’da Abana Razasaha bahawa ia seorang daripada kaum nabi Khozaraja yang enam orang telah membawa iman di hadapan nabi Allaha. Maka ada dalam Madayanaha dua orang penghulu kaum nabi Awasa iaitu seorang bernama Saa’da Abana Maa’za kedua Asayada Abana Hadhoyara maka kedengaranlah khabar kepada keduanya bahawa Mashoa’ba Abana A’mayara telah datanglah dari Makah ada ia sekarang muafakat di rumah Asaa’da. Demi di dengar keduanya khabar itu maka Asayada Abana Hadhoyara pun datanglah kerumah Asaa’da serta dengan lembingnya maka kata Asayada kepada Mashoa’ba “apa hajat kami datang memanaskan dalam kaum kami yang dhoif nyahlah kamu dari sini jika mau kami memeliharakan diri kami” maka sahut Mashoa’ba “akan dia tiadakah tuan hamba mau duduk mendengar kami” demi di dengarnya kata Mashoa’ba demikian maka ia pun duduklah. Setelah itu maka Mashoa’ba pun membaca qoraana dihadapannya serta di ajarkannya akan dia agama Asalama maka kata Asayada akan dia “Hai Mashoa’ba indah sekali yang kau baca ini” maka iapun masuk Asalama lah serta katanya akan Mashoa’ba dan Asaa’da “bahawa ada seorang laki2 dibelakang hamba jika mau ia mengikut kata tuan hamba kedua nescaya tiadalah dalam negeri Madayanaha ini seorang jua pun menyalah katanya” bahawa laki2 yang katanya itu Saa’da Abana Maa’za. Setelah itu maka iapun pergilah kepada Saa’da Abana Maa’za serta disuruhnya akan Asaa’da dan Mashoa’ba pergi kepadanya maka tatkala sampailah keduanya pada Saa’da maka katanya akan Asaa’da “Hai Asaa’da jikalau bukan engkau kerana keluar gila nescaya tiadalah tuan hamba mau mendengar kata kamu jikalau redha tuan hamba akan pekerjaan ini tuan perkenankan dan jikalau tiada tuan perkenankan nyahlah kamu daripada tuan kebencian” maka sahutnya “Sebenarnyalah kata mu ini” maka Mashoa’ba pun mengajarkan dia Agama Asalama serta di bacanya di hadapannya qoraana maka iapun masuk Asalamalah lalu ia kembali kepada segala kaumnya. Maka tatkala di lihat segala kaumnya akan dia datang maka kata mereka itu “Demi Allaha sanya telah kembalilah Saa’da dan berlilitlah lagi datangnya tatkala perginya itu” maka kata Saa’da “Hai kaum bani Abada Al Asahala betapa kamu ketahui pekerjaan ku itu” maka sahut mereka itu “Hai penghulu kami yang terlebih utama daripada kami” maka sahut Saa’da “Bahawasanya jua ialah atas ku berkatakan dengan segala kaum kamu daripada segala laki2 dan perempuan hingga kamu membawa iman akan Allaha Ta A’laya dan akan rasulnya”. Maka tiadalah tinggal seorang jua pun pada hari itu daripada kaum bani Asahala melainkan habis semuanya masuk Asalama melainkan Hamayarama jua bahawasanya ia masuk Asalama pada tatkala perang Ahada maka berhentilah Saa’da Abana Maa’za dan Mashoa’ba Abana A’mayara dari rumah Asaa’da Abana Azararaha adalah mereka itu membawa segala manusia kepada agama Asalama hingga tiadalah lagi tinggal suatu kampong jua pun daripada kampong Anashoraya habislah masuk Asalama melainkan suatu kampong bani Asaya Abana Zayada dan Hathomaha dan Waa’la dan Waqofa jua yang terkemudian masuk Asalama.

Setelah itu maka Mashoa’da Abana A’mayara pun kembalilah ke Makah dan ada sertanya daripada segala isi Madayanaha yang masuk Asalama kira2 tujuh puluh orang laki2 dan dua orang perempuan daripada kaum

putus

Radhoya Allaha Anaha daripada segala panglima di benua Sham iaitu Abawa Abayadaha dan yang dan yang bergelar Amayara Al Mawamanayana pun ialah dan hijrat yang ke empat belas tahun takluklah negeri Damsyik pada hijrat itulah benua A’raq dan alah kota Baa’layaka dan alah negeri Khomasho maka larilah sultan Haraqola kepada negeri Konstantiniah dan pada hijrat yang ke lima belas mati Abawa Qohafaha iaitu ayah Amayara Al Mawamanayana Abawa Bakara radhoya Allaha anaha tatkala itu adalah umurnya sembilan puluh tujuh tahun dan pada hijrat itu jua didatangi segala Asalama lalu alah negeri Qodasayaha di benua A’raq dan adalah pada masa itu panglima segala laskar Asalama Saa’da abana Waqosho dan panglima laskar A’raq itu Rasatama (Rostam) dan sertanya Jalanawasa Hakim dan Za Al Jababa Hakim. Shahdan adalah banyak laskar Rostam tujuh puluh ribu dan pada suatu riwayat empat puluh ribu dan ada sertanya tujuh tujuh puluh ekor gajah dan dibunuh segala Asalama akan Rostam dan Jalanawasa Hakim dan Za Al Jababa lalu dikepung segala Asalama negeri Madayana tatkala itu kerajaan di negeri Madayana sultan Yazadajara maka iapun larilah. Lalu negeri Madayana pun di alahkan segala Asalama dan pada masa itu jualah negeri Arazala dan negeri Hamata iaitulah yang terbesar daripada segala negeri pada masa nabi Allaha Daawada dan nabi Allaha Salayamana Alayaha Al Salama dan pada masa itu jua dialahkan Abawa A’bayadaha negeri Halaba dan negeri Anathokayaha dan negeri Fasarayaha yang di dalam negeri itu kubur nabi Allaha Zakaraya abana Yahayaya Alayaha Al Salama pada masa itu jua dialahkan segala Asalama negeri Tabalasa dan Awadaya dan beberapa daripada segala negeri dan pada masa itu jua balik orang Bayata Al Maqodasa maka di suruh Amayara Al Mawamanayana A’mara mendatangi dia Abawa Abayadaha maka iapun pergilah lalu di kepungnya Bayata Al Maqodasa tetapi tiada alah. Hataya maka Amayara Al Mawamanayana A’mara pergilah ke Bayata Al Maqodasa dan di tinggalkannyalah A’laya radhoya Allaha anaha melanggarkan negeri itu dengan takdir Allaha Ta Alaya Bayata Al Maqosa pun alahlah dan pada masa itu jua di suruh Amayara Al Mawamanayana A’mara perbuat dipetara akan menyurat segala harta rampasan. Hataya maka di surat oranglah segala harta rampasan itu setelah itu maka segala harta itupun di bahagi bahagikan Amayara Al Mawamanayana A’mara akan segala Asalama.

Dan pada hijrat yang ke enam belas di jadikan Amayara Al Mawamanayana A’mara, Saa’yada abana Waqosho akan panglima negeri Madayana maka Saa’yada pergilah lalu duduklah ia di sana. Hataya maka di suruh Saa’yada beberapa laskar pergi mendatangi negeri Halawana maka mereka itupun pergilah lalu dialahkannya negeri itu dan pada masa itulah terlalu banyak harta rampasan di peroleh laskar Asalama kira-kira seratus keti delapan ratus dirham dan pada suatu riwayat tiga ratus keti dirham bilangannya dan pada masa itulah terbunuh kaum Parsi tiada terkira2 ia banyaknya. Tatkala itu sultan Yazadajara di negeri Halawana maka iapun larilah lalu diikut segala Asalama akan dia hingga di alahkannya negeri Halawana maka tatkala itu kata segala Asalama “Inilah kemenangan yang dijanjikan Allaha Ta Alaya dan rasulnya. Kemudian dari itu maka di alahkan segala Asalama negeri yang bernama Sanadara dan Farawoyasha dan pada masa itu jua datang sultan Habalaha abana Ayahama mengadap Amayara Al Mawamanayana A’mara serta dengan segala laskarnya dan memakai pakaian yang indah-indah daripada baju yang bertekadkan emas serta di sisipnya suatu hanjar lalu ia duduk di sisi Amayara Al Mawamanayana A’mara radhoya Allaha anaha maka bangkit seorang laki2 Asalama daripada kaum Qozaraha lalu di hayalanya jari sultan Halabaha serta katanya “Hai Habalaha bukan patut mu duduk di sisi Amayara Al Mawamanayana”. Maka sultan Habalaha pun amarah lalu lalu di tamparnya akan batang hidung laki2 itu lalu pecah maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’mara radhoya Allaha anaha “Hai Halabaha beri olehmu diat laki2 ini”. Maka sahut sultan Halabaha “Ya Amayara Al Mawamanayana betapa sabda tuan hamba demikian dari kerana bahawasanya hamba seorang raja dan laki2 ini seorang rakyat yang hina. Betapa peri tuan hamba samakan dengan hamba”. Maka sabda Amayara Al Mawamanayana “Bahawa pada agama Asalama itu sama keduanya” maka sahut sultan Habalaha “Ya Amayara Al Mawamanayana jikalau demikian tuan hamba beri kiranya hamba tangguh semalam ini”. Maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’mara “Baiklah hamba beri tangguh”. Hataya maka tatkala malam hari maka iapun larilah dengan segala laskarnya ke benua Sham hingga sampailah ia ke negeri Konstantin maka ada sertanya lima ratus orang daripada kaumnya maka iapun masuklah kepada agama Nashoraya dengan segala kaumnya.

Maka pada hijrat ke tujuh belas diluaskan Amayara Al Mawamanayana A’mara Bayata Al Haram dan pada masa itu jua Amayara Al Mawamanayana A’mara radhoya Allaha anaha nikah dengan Ama Kalatsawama anak Sataya Fathomaha dan pada masa itu jua di alahkan segala Asalama negeri Ahawaza dan negeri Fashatana dan ditawan mereka itu seorang penghulu segala Parsi bernama Haramazana maka di suruh segala Asalama hantarkan ke Madayanaha bersama2 Anasa abana Malaka dan Ahanafa abana Qoyasa hingga sampailah mereka itu hampir Madayanaha maka di pakai Haramazana kainnya daripada dibaj yang berpakanakan emas dan makota yang bertatahkan beberapa daripada manikam dan yaakut. Hataya maka masuklah mereka itu ke Madayanaha tatkala itu Amayara Al Mawamanayana A’mara ada tidur dalam masajada seperti laku fakir yang gharib. Maka kata Haramazana “Yang mana khalifah Amayara Al Mawamanayana A’mara?”. Maka Amayara Al Mawamanayana pun jagalah dan lalu duduk serta bersabda “Segala puji pujian bagi Allaha yang merendahkan laki-laki ini dan baginya dengan berkat agama Asalama” maka di titahkan Amayara Al Mawamanayana menanggal akan segala pakaiannya itu maka di pakaikan suatu jubah yang kasar maka iapun berkata2 dengan Amayara Al Mawamanayana beberapa patah kata. Hataya maka Haramazana minta air kepada Amayara Al Mawamanayana A’mara maka di beri oranglah akan dia air. Maka berdatang sembah Haramazana “Ya Amayara Al Mawamanayana bahawasanya hamba takut akan tuan hamba suruh bunuh ketika hamba minum air ini” maka sabda Amayara Al Mawamanayana “Tiada apa hingga engkau minum air”. Setelah itu di dengarnya demikian itu maka di hempaskannya bajan air itu. Demi dilihat Amayara Al Mawamanayana demikian pekerjaannya maka iapun amarah lalu hendak di bunuhnya akan Haramazana maka berdatang sembah segala sahabat “Ya Amayara Al Mawamanayana bahawasanya telah tuan beri masa akan dia hingga ia minum air”. Demi dilihat Haramazana hal demikian itu maka ia pun Asalama lah dan tiada jadi dibunuh akan dia. Maka segala harta rampasan daripada segala kafir itu dibahagikan bahagikan Amayara Al Mawamanayana A’mara lah akan segala Asalama.

Dan pada hijrat delapan belas tahun jadi qohat sangat benua Hajaza maka di suruh Amayara Al Mawamanayana pada segenap negeri orang membawa makanan. Kelakian maka di bawa Abawa A’bayadaha dari benua Shama empat ribu unta membawa zawadah maka qohat itukan makan sangatlah. Hataya maka Amayara Al Mawamanayana A’mara dengan segala sahabat Asalama membawa ia baginda A’basa mengambil berkat daripadanya. Hataya maka sekelian mereka itupun pergilah maka minta doalah sekeliannya maka di anugerahi Allaha Ta Alaya hujan maka di sapukan segala Asalama pada mukanya kaki baju baginda A’basa dan pada masa itu jua turun wabak ke benua Sham dan pada ketika itulah wafat Abawa A’bayadaha abana Al Jaraha panglima Sham maka di gantikan Amayara Al Mawamanayana lah akan panglima negeri Mesir itu ke Sham iaitu Maa’za abana Habala berapa lamanya maka Maa’za itupun wafatlah. Maka A’mara abana Al A’sho lah akan gantinya hataya maka wabak itupun berhentilah dalam sebulan itu jua. Maka adalah segala Asalama mati kena wabak itu tengah tiga puluh ribu. Dan pada hijrat yang ke sembilan belas tahun di suruhkan Amayara Al Mawamanayana A’mara laskar mendatangi negeri Aramanayata dan pada hijrat yang ke dua puluh tahun dialahkan A’mara abana Al A’sho benua Sham dan setengah daripada benua Mesir dan pada masa itulah wafat Sataya Zayanaba isteri nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama anak Hajasa dan pada masa itu jua wafat Balala abana Hamasaha radhoya Allaha anaha di negeri Sham dan pada hijrat dua puluh esa wafat Kholayada abana Walayada radhoya Allaha anaha maka di tanamkan orang akan dia di negeri Khomasho dan pada suatu riwayat di Madayanaha iaitulah yang sah dan pada masa itu jua dilihat Amayara Al Mawamanayana A’mara dari atas mimbar laskar pergi perang ke negeri Nahawanadaya. Ana Shaa Allaha Ta Alaya lagi akan tersebut perkataanya pada bab Al A’dala dan pada hijrat yang ke dua puluh dua di alahkan segala Asalama negeri Adarabajana dan negeri Maraya dan negeri Thoyara Sanana dan negeri Jarajana dan negeri Qozawayana dan negeri Ratajana dan negeri Thorabalasa dan dialahkan Ahanafa abana Qoyasa negeri Khorasana dan negeri Hararata. Kemudian dari itu maka di datangi Ahanafa abana Qoyasa negeri Marawa tatkala itu sultan Yazadajara dalam negeri Marawa lalu larilah ia ke negeri Yalakho maka bertemu ia dengan laskar Asalama maka sultan Yazadajara pun menyeberang sungai Jayahawana dan adalah beberapa daripada orang besar2 muafakat dengan segala Asalama dan pada masa itu jua wafat Abaya abana Kaa’ba radhoya Allaha anaha.

Dan pada hijrat yang ke dua puluh tiga syahid Amayara Al Mawamanayana A’mara radhoya Allaha anaha di tikam sahayanya Maghoyaraha yang bernama Fabarawaza rawa rawahannya Abawa Lawalawa dengan hanjar tatkala itu Amayara Al Mawamanayana A’mara itu dalam sembahyang. Adalah pada ketika di tikamnya Amayara Al Mawamanayana itu pada dua puluh empat haribulan Za Al Haja dan pada suatu riwayat dua puluh haribulan Za Al Haja dan pada suatu riwayat dua puluh tujuh haribulan Za Al Haja. Shahdan adalah wafat Amayara Al Mawamanayana A’mara itu pada hari Sabtu tiga puluh haribulan Za Al Haja maka ditanamkan oranglah akan dia pada hari Ahad sehari bulan Maharam di sisi kubur nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama pada permulaan permulaan hijrat dua puluh empat tahun dan adalah Amayara Al Mawamanayan A ‘mara dalam khalifah sepuluh tahun enam bulan delapan hari dan adalah umurnya lima puluh tahun dan pada suatu riwayat enam puluh tahun dan pada suatu riwayat enam puluh tiga tahun itulah yang soheh.

Shahdan adalah warna tubuh Amayara Al Mawamanayana A’mara itu putih warna kulitnya dan besar panjang tubuhnya perang rambut pada ubannya ialah yang pertama mengharamkan berjual sahaya perempuan yang beranak dengan tuannya. Hataya maka segala sahabat menyembahyangkan jenazahnya dengan empat takbir dan adalah dahulu dari itu menyembahyangkan dengan membawa empat atau lima takbir. Shahdan adalah Amayara Al Mawamanayana A’mara lah yang pertama-tama sembahyang tarawih berjemaat dan ialah yang pertama berkawal malam dan ialah yang pertama menanggung pandara dan memalu kan dia Ana Shaa Allaha Ta Alaya lagi akan tersebut hikayatnya pada bab Al A’dala dan pada masa itu jua di bunuh A’bada Allaha akan Haramazana pada sangkanya ialah yang membunuh ayahnya Amayara Al Mawamanayana A’mara.Kemudian dari itu maka pada hijrat yang ke dua puluh empat tahun maka di baitkan segala sahabat akan khalifah Amayara Al Mawamanayana A’thamana abana A’fana radhoya Allaha anaha pada tiga haribulan Maharam. Maka adalah yang pertama2 bait dengan Amayara Al Mawamanayana A’thamana itu Abada Al Rahamana abana A’wafa radhoya Allaha anaha. Kemudian maka sekelian manusialah bait setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’thamana naik mimbar lalu ia memuji Allaha dan mengucap shahadat.


Sumber: Kitab Al Anabaya

Al Namala (Semut) dan Kubah Nabi Sulaiman Alayaha Al Salama

m/s 67

Kelakian maka di pilih oleh raja Habsyah daripada segala hulubalangnya sepuluh laksa sertanya mengiringkan raja Iskandar maka baginda pun berangkatlah ke matahari masuk. Maka di suruhkan raja Iskandar, raja Hakim penghulu mereka itu A’zamawa akan panglimanya. Setelah sampai tiga puluh hari berjalan di tepi laut itu maka berjalan pula enam bulan lamanya maka di dengar oleh tentera raja Iskandar bahana sangat di hadapan maka bermalamlah mereka itu di sana. Setelah siang hari maka sekelian laskar pun memakai senjata pada hati mereka itu tak dapat tiada tentera banyak juga di hadapan itu. Maka di lihat mereka itu dari jauh selaku hitam bumi olehnya. Bermula maka nabi Khidir pun berjalan di hadapan tentera dan laskar sertanya di belakang tentera Habsyah, tentera Andalus di belakang itu laskar Rom kemudian maka raja Iskandar dari belakang. Setelah nabi Khidir melihat tentera banyak di hadapan itu maka ia berhenti maka laskar pun berhentilah. Telah dilihat oleh raja Iskandar segala tentera itu berdiri maka baginda memacu kudanya membelah saf di hadapannya itu hingga sampailah ia pada nabi Khidir Alayaha Al Salama. Maka dilihatnya oleh raja Iskandar hitam yang di hadapan itu seperti ombak mengalun lakunya maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Marilah kita hampiri sedikit padanya itu supaya kita lihat sebagaimana lakunya.

Hataya maka di hampirilah nabi Khidir Alayaha Al Salama dan raja Iskandar serta berapa orang daripada jemaahnya orang besar2. Maka kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Apa yang di hadapan kita ini?” maka sahut raja Iskandar “Tiada hamba kenal”. Maka kata nabi Khidir “Ya shah alam bahawa sekeliannya itu semut pada hati hamba inilah seterukan semut tempat nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama berangkat tatkala hendak melalui kaumnya Ya Ayahaa Al Namala Ada Kholawa Masakana Kama Laa Yahathomana Kama Salayamana Wa Janawadaha Wa Hama Laa Yashaa’rawana ertinya Hai kamu sekelian semut masuklah kamu kepada lubang kamu diam jangan dipijak oleh tentera raja Sulaiman. Telah di dengar mereka itu kata nabi Allaha Khidir maka hampirlah setengah mereka itu kepadanya dilihat mereka itu suatu semut besarnya seperti lembu maka berjalanlah segala tentera raja Iskandar hingga sampailah pada semut itu maka sabda raja Iskandar “Sebagaimana peri kita melalui semut itu?”. Maka kata nabi Khidir “Hai raja tiada mengapa lamun kita jangan perbuat jahat dengan dia”.


Hataya maka berjalanlah mereka itu disalahinya daripada tempat semut itu kira2 kadar sebulan lamanya berjalan maka dilihat oleh mereka itu ada seorang laki2 berkuda memegang pedang terhunus sebagai ia mengitar2 pedangnya yang berkilat2. Maka pada hati nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama orang itu tak dapat tidak orang sulu jua. Maka di suruh nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama orang pergi beritahu raja Iskandar. Shahdan maka nabi Khidir pun pergilah hampir kepadanya dengan berapa orang sertanya maka dilihat nabi Khidir sebagai ia mengitar pedang jua. Maka kata nabi Khidir akan orang yang sertanya itu “Berdirilah kamu sekelian disini. Aku hendak pergi hampir kepadanya” maka di kertakkan kudanya hampir kepada orang itu maka di lihat nabi Khidir tangannya kiri menunjukkan suatu jalan maka di lihat nabi Khidir Alayaha Al Salama kudanya itu daripada tembaga dituang seperti emas. Maka laku yang mengendarai ia itupun patung maka dikatakan nabi Khidir Alayaha Al Salama kepada raja Iskandar.

Maka sabda Raja Iskandar “Terlalu ajaib sekali perbuatan ini dengan sekira2 lamanya dengan hujan panas tiada berubah rupanya telalu baik jua dan pedang itu pun tiada berkarat. Baiklah kiranya kita ambil pedang”. Maka sahut nabi Khidir “Hai raja yang di muliakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya bahawa tuan hamba berjalan ini bukan menghendaki kejahatan akan makhluk hanya menyuruhkan ia menyembah Allaha Ta Alaya dan mensucikan bumi Allaha dan tiada sekianya raja membinasakan perbuatan ini daripada kerana jikalau tiada patung ini nescaya jatuhlah kepada kita tempat yang sukar yang tiada dapat di jejak oleh segala manusia dan tangan kirinya itu menunjukkan jalan. Jikalau raja hendak membinasakan patung itu nescaya adalah pekerjaan itu melakukan kejahatan pada orang yang berjalan itu.” Maka nabi Khidir sebagai juga melihat padanya maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha apa juga yang dilihat tuan hamba itu?” maka sahut nabi Khidir “Itukah raja ajaib akan pekerjaan Allaha Ta Alaya pada kiranya pedang itu sebagai berkitar juga tiada berubah jenteranya jikalau besi atau batu sekalipun nescaya harus juga kerana patung ini daripada zaman Yaafata (Yafet) anak nabi Nuh Alayaha Al Salama datang sekarang demikian juga tiada berubah”.

Hataya maka berjalanlah segala tentera kepada jalan yang ditunjukkan oleh patung itu hingga lima belas hari lamanya berjalan itu maka dilihat nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama seperti kelakuan orang berkuda berhadap kepada mereka itu. Setelah di hampiri oleh tentera itu maka kelihatanlah seorang orang berkenderaan atas seekor binatang punggungnya seperti lembu, tubuhnya seperti tubuh keldai, ekornya seperti ekor kijang, tangannya panjang daripada kakinya, kepala seperti kepada kuda, tanduknya seperti tanduk kijang dan diatas belakangnya pelana dan orang yang mengenderai ia memakai baju kulit dan ber kopiah dan pada tangannya empat bilah pendahan. Telah dilihat akan nabi Khidir Alaya Al Salama maka di usirnya maka orang yang serta nabi Khidir itu serta di perlembingnya dengan empat bilah lembing itu empat orang mati. Maka ia melontar dengan batu maka kena kepadanya itupun mati hingga tiadalah salah lontanya sekalipun maka mengamuklah dia ke dalam tentera raja Iskandar maka nabi Khidir berseru demikian bunyinya “Hai kamu sekelian tangkap jangan di bunuh ia hingga kenderaannya juga kamu panah”. Setelah banyaklah luka kenderaannya itu maka ia melompat turun ke tanah melawan melawan orang yang banyak itu hingga banyaklah orang di bunuhnya maka iapun tertangkap. Maka raja Iskandar pun datanglah melihat kenderaannya itu maka sabda raja Iskandar akan nabi Khidir “Apa nama binatang ini?”. Maka sahut nabi Khidir “Ya shah alam adapun nama binatang ini zirafah”. Maka di suruh raja Iskandar segala laskarnya berhenti di sana maka semayamlah baginda. Maka orang yang tertangkap itupun di bawa oranglah kepada raja Iskandar maka di tanya oleh nabi Khidir dengan bahasa mereka itu maka terlalu ajaibnya dengan sahutnya tanya nabi Khidir itu katanya “Bahawa daripada Mayaka adalah dalam bumi ini daripada kaum kami. Bahawa negeri ini negeri kami dan kami ini tiga bangsa suatu Mayaka kedua Tawayala ketiga Tarasa”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Adakah bagi kamu raja yang menghimpunkan pekerjaan kamu?”. Maka sahutnya “Ada raja kami perempuan”.

Hataya maka di suruh oleh raja Iskandar lepaskan mereka itu maka di bawanya ia ke rumah perbendaharaan dan dianugerahi persalinan akan dia daripada pakaian orang besar2 dengan yang keemasan dan seekor kuda dengan segala alatnya dan di dudukkan raja Iskandar di hadapan kerusi. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha tanyakan padanya apa namanya?” maka ditanya nabi Khidir namanya maka ujarnya “Nama hamba Fataha” maka sukacitalah raja Iskandar mendengar namanya Fataha itu maka sabda raja Iskandar “Bahawa ini suatu alamat akan kemenangan kita” maka sabda raja Iskandar akan dia “Aku hendak menyuruhkan engkau kembali kepada raja kamu dank au ceritakanlah kepadanya demikian” ujarnya “Bahawa datanglah seorang raja ke negeri kita ini raja yang maha besar daripada pihak negeri Rom namanya raja Iskandar anak raja Darab. Bahawa ia hendak pergi ke matahari masuk. Berapalah negeri yang di ambilnya selama ia keluar dari negerinya. Demikianlah ujar kamu dan suruh raja kamu tinggalkan pekerjaan menyembah tuhan bintang zuhal itu kerana ia suatu daripada bintang yang banyak itu sama jua dan baginya ada tuhan yang menjadikan dia. Itulah tuhan yang kuasa melakukan barang kehendaknya dan hidup ia senantiasa”.

m/s 81

Al kisah kata sahaba al hikayat maka berhadirlah raja Iskandar akan berjalan dalam tiga hari lagi maka pada hari yang keempat maka terkembanglah payung dan bertiup nafiri alamat dan dipalu oranglah gendang berangkat. Maka berangkatlah raja Iskandar dan nabi Khidir dengan kaum Mayaka dan Tawayala dan Tarasa itu berjalan akan pengajar. Seteleah dua belas hari lamanya berjalan maka kata raja Radhoyaha “Ya nabi Allaha bumi inilah kesudahan negeri”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Tiadakah tuan hamba ketahui di luar ini adakah lagi negeri lain?”. Maka sahutnya “Tiadalah kami ketahui” maka berjalanlah pula mereka itu empat puluh hari lagi maka bertemu dengan bumi putih seperti kapur rupanya dan baunya harum. Shahdan di dalam tanah di korek mereka itu airnya terlalu jernih dan sejuk daripada air amayana dan dan terputih daripada air susu. Maka ajaiblah segala kaum itu melihat dia maka tiga hari raja Iskandar berjalan daripada bumi itu maka terlihatlah dari jauh itu suatu perbuatan tangkab dan haripun petang. Maka pada esok harinya di lihat mereka itu taman dan berbagai buah-buahan di dalamnya dan setengah dikenal mereka itu namanya dan setengah tiada di kenalnya buah di dalam taman itu dan empat puluh mahligai dan pada sama tengah taman itu suatu kubah daripada timah putih seribu kaza tingginya dan empat puluh pintu. Maka terhamparlah hamparan yang keemasan dan tirai terkena di dalam kubah itu sebuah masjid kelibatnya Bayata Al Maqodasa. Maka di keluar dari dalam mahligai itu kaum banyak sekeliannya memakai pakaian yang baik2 rupanya dan mereka itu datang seraya meminta dia nabi Khidir. Maka berhentilah nabi Allaha hataya sekelian tentera pun berhentilah maka dipanggil oleh nabi Khidir seorang daripada kaum itu yang ter tuha maka kata nabi Khidir “Hai orang tuha apa nama negeri ini?”. Maka sahutnya inilah mahligai yang diperbuat oleh nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama pada tempat ini perbuatan raja jin yang bernama Shokhora jin di suruh raja Sulaiman perbuat padanya. Adapun sebab maka raja Sulaiman berbuat dia kerana nabi Allaha melintas negeri ini maka dilihat nabi Allaha tempat ini terlalu baik maka datanglah baginda duduk di sini. Maka di suruh baginda perbuat mahligai dan kubah ini maka diamlah nabi Allaha Alayaha Al Salama di sini beberapa lamanya di hantarkannya datuk nenek kami di sini hingga jadi banyaklah kami dan agama kami mengikut agama nabi Allaha Musa Alayaha Al Salama. Adapun yang menunggu kubah itu jin yang bernama Dahara anak Amazajanaya mereka itu tiada menunjukkan dirinya pada kami hanya pada malam jua mereka itu menyapu dan menghampar hamparan dalamnya dan bagi kami ada pendita yang kami ikut katanya”. Maka kata nabi Khidir “Al Hamada Lalaha telah sampailah aku kepada kubah yang ku dengar hikayatnya itu”. Maka di bawa nabi Khidir orang tuha itu kepada raja Iskandar maka berhikayat ia di hadapan raja Iskandar maka kata raja Iskandar akakn orang tuha itu “Pergilah engkau panggil yang ter tuha dalam antara kamu dan yang kamu ikut katanya”. Maka di suruh beri kuda akan orang tuha itu dan seekor lain akan kenderaan itu.

Hataya maka di bawa orang tuha itulah seorang pendita yang ter tuha kepada raja Isakandar maka di permulia raja Iskandar akan dia. Maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh berapakah umurmu?” maka sahutnya “Ya shah alam adalah kira2 delapan puluh tahun”. Maka sabda raja Iskandar “Tahukah kamu akan kami datang ini?”. Maka sembahnya “Ya shah alam sedia tersurat dalam kitab kami di ceritakan nabi kami bahawa bumi ini di lalui seorang raja yang mengalahkan negeri Jabarasho serta raja itu seorang nabi Allaha. Ialah yang membawa raja berjalan itu sebab pun menghasilkan kebesaran bagi raja itu tetapi nyatanya pada hati iakah raja itu yang ber gelar Zawa Al Qoranayana itu atau bukankah ia?”. Maka tersenyum nabi Khidir Alayaha Al Salama katanya “Ialah raja itu pergilah kamu kembali katakan segala kaum kamu bahawa raja yang tersebut itulah supaya jangan takut kaum kamu dan katakan pada mereka itu bahawa kami ini tiada dapat kami berjalan ini hendak mengadakan kejahatan di bumi Allaha Ta Alaya ini hanya pekerjaan kami menunjuki jalan yang sebenarnya jua akan orang yang yang sesat dan memberi nagarahkan segala mukmin maka dapat dalam agama yang sebenarnya. Seharusnyalah bagi raja memberi nagarahkan kamu yang amat limpah”. Maka sukacitalah hati pendita itu mendengar sabda raja dan nabi Khidir itu maka kembalilah ia kepada segala kaumnya memberi tahu mereka itu.

Maka raja Iskandar dan nabi Khidir pun berjalanlah kepada kubah setelah sampai kepada kubah itu maka turunlah keduanya dari atas kuda berjalan masuk ke dalam kubah itu. Maka di tanyainya mudah mudahan ada ada suatu tulisan atau terantah hendak di perbaik tiada dapat suatu pun yang binasanya. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba berhendak menaruh alamat hamba sampai di sini supaya di sebut orang selamanya”. Maka kata nabi Khidir “Benarlah bicara raja itu”. Maka di suruh raja Iskandar perbuat pendil emas sepuluh buah bertatahkan permata manikam dan rantai pun emas juga dan di suratnya Laa Alaha Alaa Allaha Abarahayama Kholayala Allaha serta di suratkannya wakaf raja Iskandar maka di suruh raja Iskandar dan nabi Khidir gantungkan di dalam kubah itu.

Setelah sepuluh hari raja Iskandar di sana maka ia memberi nagarahkan orang yang diam pada tempat itu. Maka ujar raja Iskandar pada nabi Allaha Khidir “Ya Bana Abasa pada hati hamba bahawa ia ini berbuat kebaktian akan nabi Allaha Sulaiman tatkala hidup sekarang hamba lihat jin menunggui kubah ini telah sempurnalah kebaktian” maka kata nabi Khidir “Bahawa sesungguhnya nabi Allaha Sulaiman di anugerahi Allaha Ta Alaya baginya kerajaan dan diserahkan segala jin syaitan dan manusia dan burung dan segala binatang dan angin kerana ia minta doa kepada Allaha Ta Alaya demikian ujarnya Ya tuhanku nagarahkan bagi hambamu pekerjaan yang tiada bagi seorang jua pun terdahulu dan kemudian daripada hambamu. Maka tatkala hampirlah akan wafat maka berjanji dengan segala penghulu jin yang menunggui kubah ini bahawa jangan kamu sekelian meninggalkan dia hingga hari kiamat. Maka jin yang menunggu kubah ini daripada anak cucu Shokhora jin maka itulah dan berapa tempat lagi yang sebagai ini jin yang di hantarkan nabi Allaha Sulaiman senantiasa mereka itu berbuat kebaktian akan dia”. Maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa dahulu pada cita hamba bahawa jin ada setengahnya seperti bayang2 dan itu jua baharu sekaranglah hamba mendengar dia bahawa mereka itu beragama dan bersifat terlalu sekali. Ingin hamba hendak melihatkan dia”. Maka kata nabi Khidir “Maukah raja melihat rupa mereka itu kerana rupanya jahat dan bunyinya pun jahat” maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba dengar segala jin ini dapat ia merupakan dirinya dengan barang rupanya yang dikehendakinya jikalau dapat barang dirupakan kiranya dengan rupa yang baik di pertunjukkannya kepada hamba”. Maka kata nabi Khidir “Jikalau mahu raja melihatkan dia manakala malam kita di dalam masjid ini kita menantikan mereka itu datang”.

Hataya maka masuklah raja Iskandar dan nabi Khidir pada malam pada kubah itu sebahagianlah waktu mengucap tasbih maka telah lalu berapa saat kiranya daripada malam maka keluarlah nabi Khidir daripada suatu pintu kubah itu berserulah ia ujarnya “Penghulu kamu yang menunggu kubah pertunjukkanlah diri kamu barang seorang akan daku kerana aku hendak berkata2 dengan kamu”. Maka seorang pun tiada menyahut dia maka ujar nabi Khidir Alayaha Al Salama “Hai saudaraku jin yang yang sholeh marilah kita aku hendak berkata2” maka bersuaralah ia di hadapannya ujarnya “Inilah hamba hai nabi Allaha” maka kata nabi Khidir “Ketahui olehmu bahawa raja yang terlalu adil yang beroleh tolong daripada Allaha Ta Alaya telah sampailah ia kepada tempat kamu ini. Ia hendak berjalan ke Maghrib dan ia hendak melihat rupa kamu yang menunggu kubah ini dan hendak berkata2 kerana kerana kami ini kaum yang mukmin” maka sahut jin itu “Baiklah”. Hataya maka masuklah ia penghulu jin itu seorang serta nabi Khidir dan merupakan dirinya seperti rupa orang muda daripada nabi Allaha dan pakaiannya yang baik dan baunya amat harum maka memberi salam ia kepada raja Iskandar maka di sahut baginda salamnya. Maka sabda raja Iskandar akan dia “Daripada anak cucu siapa engkau ini dan siapa nama engkau hai yang diberi Allaha rahmat bagimu” maka sahutnya “Bahawa hamba ini daripada anak cucu Shokhora jin” maka sabda raja Iskandar “Asalama kah engkau?” maka ujarnya hamba “Hamba ini Asalama dalam agama yang sebenarnya”. Maka sabda raja Iskandar “Sebagaimana perimu mengatakan dirimu anak cucu Shokhora jin dan nabi Allaha Sulaiman berseteru kerana bahawa ia berdiam kan nabi Allaha Sulaiman dan mengambil cincinnya Malakata daripadanya dan ialah merupakan dirinya seperti rupa nabi Allaha Sulaiman dan duduklah ia di atas kerusi tahta kerajaan berapa lamanya hingga di kembalikan Allaha Ta Alaya cincinnya kepada nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama daripada dalam perut ikan. Setelah kembalilah raja Sulaiman kepada kerajaannya maka larilah Shokhora jin tetapi kau sekarang berbuat bakti akan dia daripada waktu nabi Sulaiman kerana kamu orang derhaka akan dia tatkala tatkala lagi ada hayatnya” maka sahut penghulu jin itu “Ya shah alam sungguhnya seperti sabda raja itu tetapi bapa hamba Shokhora jin sudah ia berbuat derhaka maka datang mohonkan ampun maka diampun raja Sulaiman sudah kerana raja kami sangat mengampun barang berdosa kepadanya. Maka betapa sebab itulah bapa hamba terlebih sangat ia berbuat kebaktian kepada kepada raja Sulaiman yang berbuat kubah itu pun bapa hambalah dan berjanji janjian raja Sulaiman dengan bapa hamba menyuruhkan ia menunggu kubah ini datang kepada anak cucunya”. Maka sabda raja Iskandar “Hai hamba Allaha di mana tempat yang kamu diam?” maka sahutnya “Bahawa kami ini terlebih daripada seribu kaum diam kami daripada kerana kubah ini”. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba lihat kaum ini seperti rupa manusia jua barang lihat hamba kiranya seperti rupa mereka itu yang sedia kala’. Maka dikatakan oleh nabi Khidir padanya maka ujarnya “Baiklah hamba keluar dari sini suruh lihat pada raja rupa hamba”.

Maka keluarlah raja Iskandar lihat rupanya sepanjang kubah itu, kepalanya tujuh pada suatu kepala dua mukanya dan pada suatu muka empat matanya, bujur buntar matanya, keluar dari dalam kelopak matanya seperti seperti lidah lebar daripada segenap mukanya itu, mulutnya seperti kawabu kita dan giginya panjang, lidahnya bernyala seperti lidah api dan rambutnya empat seperti seperti perahu, bulunya pada segala mukanya dan hidungnya seperti kepala lembu keluar daripadanya lidah api dan tapaknya seperti tapak kaki harimau dan kukunya seperti cangkul besi, ekornya pun seperti ekor lembu dan pada kepalanya dua helai rambutnya seperti ular dan kakinya seperti kaki itik, akan sebelah kakinya sepuluh jarinya tajan seperti mata pendahan. Setelah dilihat raja Iskandar rupa jin itu gentarlah ia berubah warna mukanya maka lalu baginda masuk ke dalam masjid itu. Maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha adakah rupa jenis jin yang terlebih besar daripada ia ini?”. Maka kata nabi Khidir “Bahawa daripada kaum ini beberapa lagi yang terlebih besar pula daripadanya. Jikalau kiranya jin itu berbuat di dalam kelopak matanya nescaya tiada kelihatannya”. Maka sujudlah raja Iskandar mengesakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya.

Shahdan ujarnya “Ya tuhanku bagimu jua sebenar puji atas yang menjadikan daripada bagai-bagai kejadian”. Maka kata nabi Allaha Khidir “Demi Allaha Ta Alaya jikalau tiada dipeliharakan Allaha Ta Alaya anak Adam ini nescaya di hukumkan jin segala isi alam ini daripada kurnia Allaha Ta Alaya menurunkan suatu itu Qoraana kepada nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama, jika barang siapa seorang manusia membawa ayat itu nescaya larilah segala jin dan syaitan daripada tiada dapat mereka itu mendengar dia”. Maka tidurlah nabi Allaha Khidir dan raja Iskandar di sana seketika maka haripun fajarlah.


Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana

Sunday, March 20, 2011

Surat Al Aa'laya



Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Sucikan nama tuhanmu yang tinggi (1)

Yang menciptakan maka menyempurnakan (2)

Dan yang menentukan maka memberi hidaya (3)

Dan yang menumbuhkan rumput-rumputan (4)

Maka di jadikannya kering kehitaman (5)

Kami bacakan kepadamu maka tidak kamu lupa (6)

Melainkan dengan kehendak Allaha, Sesungguhnya dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi (7)

Dan kami memudahkan kamu dengan kemudahan (8)

Maka peringatkan sesungguhnya bermanafaat peringatan (9)

Mendapat peringatan dari yang takut (10)

Dan menjauhi orang2 yang celaka (11)

Yang akan masuk api yang besar (12)

Lalu tidak mati padanya dan tidak hidup (13)

Sungguh beruntung dari peringatan (14)

Dan ingat nama tuhannya maka dia solat (15)

Bahkan mereka memilih kehidupan dunia (16)

Dan akhirat lebih baik dan kekal (17)

Sesungguhnya ini terdapat dalam suhuf yang terdahulu (18)

Suhuf Ibrahim dan Musa (19)

Sunday, March 13, 2011

Kerajaan Awal Dunia

Fasal yang kedua menyatakan segala raja2 yang berkerajaan pada zaman dahulu kala kemudian masa nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama. Kata Ahli Tarikh bahawa pertama2 kerajaan dalam dunia ini Kayawa Maratsa dan adalah khilaf segala Ahli Al Tarikh akan nisabnya. Kata setengah lima ratus tahunlah nabi Allaha Adam memerintahkan dunia ini dan memeliharakan segala anak cucunya maka Adam pun tuhalah. Setelah itu maka di pilihnya daripada segala anaknya dua orang laki2 pertama Shabasha kedua Kayawa Maratsa maka segala suhuf yang di turunkan Allaha Ta Alaya kepadanya itu sekeliannya di berikan kepada nabi Allaha Shabasha serta di serahkannya segala pekerjaan agama dan mengajar segala manusia di serahkan nabi Allaha Adam kepada Kayawa Maratsa segala pekerjaan memeliharakan manusia daripada berbuat kejahatan dan ialah melarangkan dia. Hataya berapa lamanya maka nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama pun kembali ke rahmat Allaha. Kata setengah bahawa pertama2 kerajaan dalam dunia ini Kayawa Maratsa, Yaanata dengan bahasa Sarayanaya (Serani) ertinya hidup berkata2.

Kata setengah bahawa nama Kayawa Maratsa itu Ashoyama Abana Lawara Abana Arayama Abana Sam Abana Nawaha Alayaha Al Salama tatkala itu kerajaan di gelar orang akan dia Kayawa Maratsa. Kata yang empunya tarikh bahawa Kayawa Maratsa itu anak Yafet Abana Nawaha Alayaha Al Salama. Kata Qodhoya Bayadhowaya Rahamata Allaha Alayaha bahawa Kayawa Maratsa itu anak nabi Adam yang tuha demikianlah ceritera mama Ghozalaya Qodasa Allaha serah dalam kitab yang bernama Nashoyahata Al Malawaka itulah yang sah riwayatnya. Adapun sebab ia kerajaan pada masa itu adalah segala jana a’farayata (jin ifrit) bercampur dengan segala manusia. Hataya maka bermesyuaratlah segala orang yang besar2 dan yang mulia2 akan menjadikan raja yang dapat memeliharakan segala hamba Allaha daripada bahaya jin ifrit itu dan segala manusia yang berbuat aniaya sama sendirinya. Setelah itu maka berbuang undilah mereka itu maka kena undilah Kayawa Maratsa lalu dijadikan oranglah akan dia raja. Maka adalah ia terlalu perkasa dan adil lagi abid hingga jadilah daripada sangat adilnya tiada mau di hilabat berani dan beramah amahanlah harimau dengan kambing dan adalah semua manusia sentosa pada masa itu dan ialah yang mengalahkan beberapa jin ifrit dan segala manusia berbuat aniaya. Apabila selesailah ia daripada pekerjaan maka ia pergi ke bukit masuk gua di sanalah ia berbuat ibadat kepada Allaha Ta Alaya demikianlah halnya.

Kata yang empunya karang ada bagi Kayawa Maratsa itu beberapa orang anak laki2 maka ada dalam antaranya segala anaknya yang banyak itu bernama Saya. Maka terlalu elok parasnya lagi amat zuhud, adalah ia pergi ke bukit Damawandaya di sanalah ia berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya tiada ia bercampur denga segala manusia. Maka sepertua pada suatu hari bersabda Kayawa Maratsa kepada Saya maka katanya “Hai anakku daripada segala pekerjaan itu, apa kerja yang terbaik?”. Maka sembahnya “Ya tuanku shah alam iaitu dua perkara, pertama tiada memberi kesakitan akan segala manusia, kedua berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya. Maka tiada di perolehnya meninggalkan kesakitan akan segala manusia melainkan menyia-yiakan diri daripadanya dan berbuat ibadat Allaha Sabahana Wa Ta Alaya”. Demi di dengar Kayawa Maratsa sembah anaknya demikian itu maka ia pun berdiam dirinya. Demikianlah hal Kayawa Maratsa apabila ia rindukan anaknya maka pergi ia mendapatkan dia ke bukit itu, setelah itu ia kembali. Berapa lamanya maka Kayawa Maratsa pun pergi pula mendapatkan anaknya maka tatkala sampailah ia kepada sama tengah jalan tiba2 di dengarnya bunyi suara gempita beberapa kali ia bersuara dengan suara yang keji. Demi di dengar Kayawa Maratsa suara gempita itu maka ia pun bersabda “Jahat sekali semagan gempita ini” serta katanya “Hai Jamapaqo jikalau bersuara engkau kerana kebajikan maka di gemar manusia akan di kau dan jika engkau bersuara kerana kejahatan maka sentiasa kebencian manusia akan di kau”. Hataya maka Kayawa Maratsa pun sampailah kepada tempat itu maka dilihat anaknya sudah terbunuh. Maka di sebab Kayawa Maratsa akan Jamapaqo itu sebab itulah di benci manusia akan suaranya. Kata yang empunya tarikh bahawa kematian Saya itu tatkala dalam sujud maka datang jin ifrit menghempaskan suatu batu ke atas kepalanya maka ia pun matilah dan ada ia beranak seorang laki2. Setelah itu maka Kayawa Maratsa pun mengorek telaga maka di masukkannya mayat anaknya itu ke dalam telaga. Maka di sisi telaga itu di nyalakannya api sebab itulah segala majusi menyembah api dan memasukkan mereka itu ke dalam telaga. Adalah perbuatannya telah mahsyur datang sekarang ini.

Maka Kayawa Maratsa pun kembalilah dari bukit di mana Damawandaya itu maka adalah ia pada malam dan siang masghul dengan tangisnya serta ia minta doa ke hadrat Allaha Ta Alaya barang di tunjukkan Allaha Ta Alaya kepadanya yang membunuh anaknya itu. Maka pada suatu malam ia bermimpi bahawa yang membunuh anaknya itu Palanaya pada tempat Anawa. Setelah itu maka Kayawa Maratsa pun jagalah daripada tidurnya maka pada esok harinya maka iapun memberi titah kepada segala wazirnya melengkap segala laskarnya serta bersabda “Bahawa yang membunuh anakku itu jin ifrit ada mereka itu pada pihak Masyrik, aku hendak pergi mendatangi dia”. Kelakian maka berdatang sembah segala anaknya “Ya tuanku shah alam janganlah kiranya shah alam menyusah diri serahkanlah pekerjaan itu kepada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya. Ialah yang memberi balas akan perbuatannya kejahatan mereka itu”. Maka tiada diperkenankannya sembah segala anaknya itu. Hataya maka dijadikan Kayawa Maratsa akan seorang anaknya yang kecil akan gantinya pada negeri yang hampir bukit Damawandaya itu. Setelah itu maka iapunpergilah dengan segala bala tenteranya.

Hataya maka sampailah ia pada sama tengah jalan maka dilihatnya seekor ayam jantan ada pada kelilingnya beberapa ayam betina. Maka ada seekor ular hendak menangkap ayam betina itu maka di lawan ayam jantan itu akan dia. Maka berpatuk patukanlah ia demikianlah halnya beberapa kali. Demi dilihat Kayawa Maratsa hal ayam itu demikian maka iapun hairanlah serta dengan sukanya kerana melihat berani ayam jantan itu. Maka lalu di bunuh Kayawa Marasta ular itu dan di berinya apam akan ayam jantan. Maka di patuk ayam itulah akan apam dengan parahnya serta ia memanggil ayam betina pun datanglah lalu ia makan. Setelah selesailah segala makan maka ayam jantan itupun makanlah. Demi dilihat Kayawa Maratsa hal ayam jantan itu demikian maka iapun ajaiblah daripada hal murahnya serta ia fikir dalam hatinya ajaib sekali akan ayam jantan itu terlalu berani lagi murah seolah2 perangainya seperti perangai manusia. “Bahawa sekarang aku hendak pergi mengalahkan seteruku maka adalah sampana ini terlalu amat baik kerana ular itu seteru manusia maka pada permulaan perjalananku ku bunuh akan dia” maka tatkala kembalilah ia daripada perang maka dititahkannya segala anaknya memelihara akan ayam jantan yang kuat.

Hataya maka Kayawa Maratsa pun sampailah kepada tempat jin ifrit itu dan pada suatu riwayat iaitu manusia bukannya jin ifrit tetapi perangainya seperti perangai jin ifrit jua. Hataya maka berperanglah Kayawa Maratsa dengan mereka itu maka dengan takdir Allaha Ta Alaya segala jin ifrit dialahkannya setengah dibunuhnya dan setengah lari dan setengah di tawannya. Maka disuruh Kayawa Maratsa akan segala jin ifrit yang ditawannya itu mengerjakan pekerjaan yang sukar2. Maka di perbuatnya pada tempat itu sebuah negeri yang besar maka di suruhnya orang pergi kepada segala anaknya yang tinggal dalam negeri Damawandaya kerajaan itu mengatakan barangsiapa daripada segala manusia yang ada berpenguasa maka hendaklah ia datang meramaikan negeri ini maka orang pun pergilah. Hataya maka setengah daripada mereka itu pun datanglah dan setengah diam di negeri Thobawasatana dan setengah di negeri Damanwandaya.

Shahdan ada bagi Kayawa Maratsa itu saudaranya laki2 duduk di negeri Maghrib terkadang ada ia datang mengunjung saudaranya. Hataya maka saudara Kayawa Maratsa itupun datanglah hingga sampailah ia ke negeri Damawandaya maka di tanyainya akan saudaranya maka kata orang akan dia bahawa saudara tuan hamba sudahlah ia pergi kepada pihak Maghrib di sanalah ia berbuat negeri. Demi di dengarnya saudaranya khabar itu maka iapun pergi hingga sampai kepada Kayawa Maratsa tatkala itu adalah Kayawa Maratsa duduk pada tempat yang tinggi. Demi dilihatnya akan saudaranya maka ia pun bersabda “Siapa laki-laki yang datang pada aku ini?”. Tatkala ada duduk di sisinya seorang anaknya laki2 maka ia pun berdatang sembah “Ya tuanku shah alam seolah-olah laki-laki ini sulu daripada seteru kita”. Demi di dengarnya sembah anaknya demikian maka iapun berlengkaplah dengan senjata lalu ia pergi dengan anaknya mendapatkan laki-laki itu hingga hampirlah ia kepadanya. Maka dikenalinyalah laki-laki itu saudaranya maka sabda Kayawa Maratsa kepada anaknya “Bahawa laki-laki ini saudaraku sebab itulah dinamai negeri yang di perbuatnya itu Yalakho. Setelah selesai ia berbuat negeri Yalakho itu maka iapun pergilah dengan saudaranya memerangi jin ifrit yang lari itu kepada segala bukit yang besar2 itu lalu berperanglah ia denga mereka itu. Maka adalah berapa daripada jin ifrit dibunuhnya setelah itu maka sentosalah manusia daripada dijual segala ifrit.

Kata Qodhoya Bayadhowaya Rahamata Allaha Alayaha adalah beberapa negeri yang diperbuat Kayawa Maratsa iaitu negeri Ashathoraha dan Aradabayala dan negeri Palasathoyana (Palestin) dan negeri Babala (Babil) dan negeri Qowamasa dan negeri Makarana dan negeri Nashobayana dan negeri Tasana dan negeri Khorahana dan negeri Sajasatana dan negeri Khomasho. Setelah sudahlah Kayawa Maratsa memerangi jin ifrit itu maka iapun kembalilah hingga sampai ke negeri Asathoraha. Maka anak Saya pun besarlah demi dilihat Kayawa Maratsa akan cucunya itu sudah besar maka katanya “Seolah2 Saya sudah hidup”. Maka di namainya akan dia Saya maka lalu dipeliharakannya akan cucunya dan diajarnya beberapa ilmu dan adab dan segala perintah kerajaan. Hataya maka Saya pun balighlah maka jadilah ia bijaksana lagi perkasa. Maka di serahkan Kayawa Maratsa lah segala kerajaannya pada tangan cucunya Saya dan tiada ia mengerjakan suatu pekerjaaan melainkan bermesyuarat ia dengan cucunya Saya. Berapa lamanya demikianlah hal Kayawa Maratsa. Sekali sepertua pada suatu bersabda kepada segala wazirnya ‘Hai wazirku bahawasanya aku hendak menyisihkan diriku dan aku pun telah tuhalah sepatutnya aku berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya dengan selesa hatiku Sayalah akan gantiku barang katanya itu kata akulah”. Maka sembah segala wazirnya “Mana titah shah alam diperhamba sekelian junjung”. Maka sekelian manusia pun sukalah pada menjadikan Saya itu akan hataya maka Saya pun kerajaanlah terlalu adil lagi abid seperti adat nanayanya demikianlah di kerjakannya.

Sekali persatawaya pada suatu hari dipersembahkan orang kepadanya bahawa jin ifrit menjual manusia itu. Demi di dengar sultan Saya maka iapun memberi titah menyuruhkan segala laskarnya berlengkap akan mendatangi jin ifrit itu. Sudah lengkap maka sultan Saya pun berangkatlah dengan segala bala tenteranya hingga sampai kepada tempat itu lalu berperanglah ia dengan segala jin ifrit. Hataya maka segala jin ifrit itupun alahlah tetapi sultan Saya pun luka lalu kembalilah ia dalam keluh kesahnya. Setelah itu maka khabar itupun kedengaranlah kepada Kayawa Maratsa maka iapun datanglah mendapatkan cucunya. Demi dilihatnya akan hal cucunya demikian itu maka iapun dukacitalah dengan dukacita yang amat sangat. Maka sultan Saya pun membukakan matanya serta katanya “Barang maklum kepada paduka ninda bahawa isteri diperhamba dalam hamil, Ana Shaa Allaha Ta Alaya jika diperanakannya laki2 ialah akan ganti diperhamba dan tuan hamba pesan akan dia barang ia mengambil balas daripada seteru hamba”. Setelah itu maka iapun matilah demi dilihatnya Kayawa Maratsa bahawa cucunya sultan Saya sudah mati maka iapun menangislah serta dengan dukacitanya yang amat sangat.
Hataya maka berapa lamanya maka isteri sultan Saya pun beranaklah akan seorang laki2. Demi dilihat Kayawa Maratsa akan piutnya terlalu elok parasnya dan adalah padanya segala tanda bahagi maka iapun suka dengan suka yang amat sangat maka di namainya akan piutnya itu Hawasanga. Maka Kayawa Maratsa pun memeliharakan Hawasanga dan dititahkannya beberapa sulu pergi mendengar khabar segala jin ifrit itu maka pada segenap pihak. Maka sulu itupun pergilah hingga di dapat sulu itu akan jin ifrit itu. Maka mereka itupun kembalilah lalu ia berdatang sembah kepada Kayawa Maratsa “Ya tuan ku shah alam bahawa segala seteru itu adalah ia diam dalam rimba dan segala manusia pun tiada dapat pergi datang kerana di sembunyinya”. Demi di dengar Kayawa Maratsa sembah mereka itu demikian maka iapun menitahkan segala wazirnya melengkap segala laskarnya. Setelah itu maka Kayawa Maratsa pun berangkatlah dengan segala bala tenteranya hingga sampailah ia kepada tempat segala jin ifrit itu lalu dikelilinginya dan diperanginya. Hataya maka segala jin ifrit itupun alahlah maka ditawannyalah akan mereka itu dan di bunuhnya akan yang membunuh sultan Saya itu serta beberapa jin ifrit yang lain. Demi dilihat Kayawa Maratsa akan ifrit maka iapun amarahlah serta dititahkannya menawan ifrit itu maka ditawan oranglah akan dia maka abunya pun diterbangkan angin ke udara. Kata setengah ahli al tarikh bahawa masanyalah jadi pelana kuda dan kekang dan minyak kuda. Hataya maka tatkala sampailah umurnya seribu empat puluh tahun dan pada suatu riwayat seribu tiga puluh tahun maka di lihatnya Hawasanga itu sangat perkasa lagi layak memegang kerajaan. Maka diserahkan Kayawa Maratsa lah kerajaan itu kepadanya dan Makota kerajaan pun dipakaikannyalah akan dia. Setelah itu maka Kayawa Maratsa pun menyunyikan dirinya berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya maka iapun kembalilah ke rahmat Allaha.

Kemudian dari itu maka sultan Hawashagho Al Malaka lah kerajaan pada bahasa Arab dan pada bahasa Ajam Hawasang namanya Abana Saya Maka Abana Kayawa Maratsa dan adalah ia dalam kerajaan sembilan puluh tahun dan pada suatu riwayat empat puluh tahun setelah itu maka iapun wafatlah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang pula raja yang bernama Thohamawarata Abana Hawasang. Kata setengah cucunya terlalu amat besar kerajaannya ialah yang sangat mengasihkan pekerjaan perang dan berbuat perbagai senjata dan berperang dengan segala jin ifrit hingga dibunuhnya dengan tangannya sendiri kira2 seribu empat ratus delapan puluh jin ifrit dan ialah yang mengerjakan segala pekerjaan yang indah2 pada zaman itu dan ialah yang termashyur dalam dunia ini dan ialah yang pertama menyurat dengan bahasa Parsi dan ialah yang pertama berburu dengan anjing dan pada masanyalah diperbuat orang Showafa dan daripada perkataannyalah nasihat ini “Pada akan olehmu suatu yang memberi manafaat jikalau sedikit sekali pun”. Shahdan adalah umurnya kira2 sembilan ratus tahun dan pada suatu riwayat delapan ratus tahun dan adalah lama ia dalam kerajaan tiga puluh tahun. Setelah itu maka iapun wafatlah maka ditanam oranglah di negeri Yalakho.

Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama sultan Jamashayada iaitu saudara sultan Thohamawarata kata setengah anaknya maka adalah erti Jama itu bulan dan erti Shayada itu cahaya. Ialah yang pertama mengambil a’syur dan ialah yang mengadakan berbuat pelana kuda dan segala pegawainya dan beberapa senjata peperangan dan ialah yang mengimpunkan tujuh iklim dunia ini dan dijadikannya beberapa raja2 pada tiap2 benua dan ialah yang mengadakan segala permainan dan perukiran dan beberapa perbuatan yang indah2 dan ialah yang menyuruh berbuat suatu bajan yang bernama jam. Apabila menilik kepada jam itu maka kelihatanlah dalamnya sekelian alam ini sebab itulah termahsyur namanya. Shahdan adalah Namrud itupun seorang hulubalangnya jua. Dan pada suatu riwayat bahawa Namrud itu wazirnya sultan Dhohaka dan adalah umurnya tujuh ratus tahun dan pada suatu riwayat seribu tahun dalamnya ia kerajaan delapan ratus tahun dan pada suatu riwayat itu delapan ratus tahun umurnya ia kerajaan tiga ratus tahun dan pada suatu riwayat umurnya tujuh ratus tahun tujuh belas tahun enam bulan setelah itu maka iapun matilah. Kata Wahaba anak Manabaha pada masanyalah zahir ilmu tabib.

Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Dhohaka Za Al Khofayana ertinya ada dalam tubuhnya dua ekor ukar iaitu anak Zadawasa daripada anak cucu Qowasa Abana Thohamawarata dan pada zamannyalah zahir bagai2 pekerjaan habatan dan tayafa dan terlalu aniayanya. Adalah umurnya tujuh ratus tahun kurang tengah dua hari pada suatu riwayat seribu tahun setelah itu maka iapun matilah dan pada zamannyalah nabi Allaha Abarahayama keturunan wahaya. Kata setengah pada zaman sultan Qorayadawana kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Qorayadawana Abana Anaqoyana Abana Jamashayada. Adalah ia terlalu adil lagi memeliharakan segala hamba Allaha hingga mahsyurlah namanya. Adalah lama ia dalam kerajaan lima ratus tahun setelah itu maka iapun kembalilah ke rahmat Allaha. Kata setengah ialah Za Al Qoranayana yang tersebut kisahnya dalam qoraana mengimpunkan segala dunia ini dengan sempurna kebajikan.

Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Hanafa Jahara Abana Ayaraja Abana Qorayadawana adalah ia sangat mengasih segala alama dan segala orang yang pandai dan segala orang yang budiman dan ialah yang mengadakan segala pekerjaan yang besar2. Shahdan ialah berwazirkan Firaun Abana Walayadana Abana Rayana adalah umurnya seratus tiga puluh tahun kata setengah seratus dua puluh. Setelah itu maka iapun kembalilah ke rahmat Allaha dan masa masanyalah nabi Allaha Mawasaya dan Shaa’yaba Alayaha Al Salama dan pada pada kesudahannya umurnya jadi nabi Allaha Yawasafa Alayaha Al Salama. Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Nawadara Shah anak Manawa Jahara ialah terlalu adil lagi mengasih segala hamba Allaha adalah lama ia dalam kerajaan tiga belas tahun tiga bulan setelah itu maka iapun matilah. Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Afarasayaba Anawa Thowara anak Farayadawana dan pada bahasa Turki Kabakalabah namanya pada zamannya itu ialah yang amat perkasa dan mengajar segala hulubalangnya pada berperang dan mengalahkan segala raja2. Adalah lama ia dalam kerajaan dua belas tahun setelah itu iapun matilah.

Kemudian dari itu maka kerajaan seorang raja bernama Raba Shah anak Thohamasaba. Pada zaman itu ialah yang berani lagi perkasa pada mengerjakan pekerjaan dengan pekerti yang baik dan menyagakan hati segala manusia. Adalah lama ia dalam kerajaan tiga puluh tahun delapan bulan. Pada suatu riwayat tatkala hampirlah ia akan mati maka di wasiatkan kerajaannya itu akan anak saudaranya yang bernama Garasaba bondanya anak Bunyamin anak nabi Allaha Yaaqowaba Alayaha Al Salama. Setelah itu maka iapun matilah maka kerajaanlah Garasaba Shah dua puluh tahun jumlah keduanya itu lima puluh tahun.

Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Kayaqobada Shah ialah yang mengiringi segala laskarnya dan menghiasi segala tenteranya dan mengasih segala hulubalangnya dan memeliharakan segala hamba Allaha dan ialah berdamai dengan segala raja2 lagi memerintahkan kerajaannya dengan sentosanya. Adalah lama ia dalam kerajaan seratus tahun setelah itu maka iapun matilah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Kayakawasa Shah anak Kayaqobada. Ialah yang mengalahkan beberapa negeri yang besar2 pada zama itulah dan ialah yang sangat tinggi himatnya dan menganugerahi rakyatnya dan ada baginya seorang anak laki2 bernama Sayawasa terlalu elok parasnya hingga berahi isteri bapanya akan dia maka iapun enggan. Hataya maka khabar itupun sampailah kepada ayahnya. Demi di dengar Kayakawasa kahabar itu maka iapun marah lalu di bunuhnya akan anaknya itu dan adalah Kayakawasa dalam kerajaan seratus tahun. Setelah itu maka iapun matilah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Kayakhosarawa iaitu cucu Sayawasa ialah yang memuliakan segala alama dan segala zahid dan mengasih segala fakir dan miskin lalu sangat murahnya adalah lama ia dalam kerajaan enam puluh tahun. Setelah itu maka iapun wafatlah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Laharasaba iaitu cucu Kayakawasa ialah mengatakan bangsa dan menentukan segala perangai orang yang bangsawan dan berbuat perhiasan tetapi adalah ia sangat takbur lagi membanggakan dirinya. Shahdan adalah Bakhota Nashora itupun seorang hulubalangnya jua adalah ia dalam kerajaan seratus sepuluh tahun. Dan pada suatu riwayat empat puluh tahun setelah itu maka iapun matilah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Kayashasaba dan mazhabnya Zaratasatsa terlalu sahir ialah pada sangka majusi nabinya dan adalah pada sangka segala rakyatnya ia kekal dalam kerajaannya tiadalah lagi ia akan mati dan adalah ia dalam kerajaan seratus dua puluh tahun matilah ia.

Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Bahamana anak Asakanadaraya (Iskandar) anak Kayasatasaba dan Aradashayara namanya tiada seorang jua pun daripada segala raja2 Ajam sepertinya. Terlalu adil lagi mengasih segala hamba Allaha dan mengetahui perintah peperangan dan menghimpunkan bagai2 segala senjata dan memeliharakan segala hulubalangnya dan ialah tersangat merendahkan dirinya dan apabila ia mengirim surat kepada seorang raja2 maka di mulainya kepala suratnya itu dengan nama Allaha demikian bunyinya "Inilah surat daripada Aradashayara hamba Allaha yang khas sampai kepada raja Palana". Shahdan adalah ia dalam kerajaan seratus dua belas tahun. Kemudian dari itu maka kerajaan anaknya perempuan bernama Puteri Hamaya dan pada suatu riwayat namanya Shamayara ialah yang terlalu sangat budiman lagi adil dan insaf dan mengasih segala hamba Allaha lagi memerintahkan kerajaan maka tatkala sampailah empat puluh tahun dua bulan ia lama dalam kerajaan maka ia pun beranakkan seorang laki2. Maka di masukkan anaknya di dalam peti lalu dihanyutkannya kedalam air maka peti itupun hanyutlah hingga di dapat oleh seorang banara maka di namakan anak itu Daraba (Darab) ertinya daripada air. Sudahlah mahsyur kisahnya dan adalah puteri Hamaya itu dalam kerajaan tiga puluh tahun dan pada suatu riwayat dua puluh tujuh tahun setelah itu maka iapun matilah. Kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Darab anak Bahamana terlalu perkasa dan ialah yang mengalahkan segala raja2 dan menyakit segala rakyatnya dengan tikus. Tatkala dua belas tahun ia dalam kerajaan maka beristeri dengan puteri anak Qoyalaqowasa Romawi .

Hataya maka iapun hamillah maka diperanakkannya Sultan Asakanadara (Iskandar) Makadanayaha (Makadanayah) nama negerinya adalah lama ia kerajaan empat belas tahun dan suatu riwayat empat puluh tahun. Setelah itu maka iapun matilah dan adalah hikayatnya telah mahsyur. Kemudian dari itu maka kerajaan pula anaknya yang bernama sultan Dara anak Darab maka adalah ia terlalu aniaya lagi jahat pekertinya dan tiada muafakat dengan sagala wazirnya maka segala wazirnya pun muafakatlah dengan sultan Iskandar adalah ia dalam kerajaan dua belas tahun dan suatu riwayat empat belas tahun maka ia pun di bunuh dua orang laskarnya. Kemudian dari itu maka kerajaannya Sultan Iskandar Rumi Makadananayah nama negerinya ialah yang mengalahkan segala raja2 benua Parsi. Kelakian maka di ajarkannya akan sultan Iskandar oleh gurunya Arasatatholasa (Aristotle) Hakim yang hantarkan pada tiap2 negeri Parsi itu seorang panglima supaya jangan muafakat antara menjadikan raja maka di perkenankan sultan Iskandar pengajar gurunya maka di jadikannya daripada mereka itu dua puluh panglima di benua Parsi. Mereka itulah yang bernama Malawaka Al Thowatsafa maka jadi bertambah tambahlah segala panglima itu hingga sampai sembilan puluh orang datang kepada masa lima ratus dua belas tahun adalah termahsyur nama mereka itu. Shahdan adalah sultan Iskandar itu enam puluh tahun kata setengah seribu empat ratus tahun adalah umurnya dan bangsanya pun khilaf pada segala ahli al tarikh maka tiadalah fakir melanjutkan perkataannya dari kerana sudahlah dijawikan fakir lain daripada kitab ini. Kemudian dari itu maka kerajaan pula daripada segala raja2 benua Ajam jua nama mereka itu Asakanayana sekelian mereka itulah Malawaka Al Thowatsafa yang dirajakan sultan Iskandar masing-masing pada negerinya.

Sumber: Kitab Al Anabaya - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka

Tuesday, March 8, 2011

Fatwa Majlis Agama Malaka



Hamba telah pun nyatakan bhw hamba telah pun memberikan kerjasama hamba dengan Jabatan Agama Islam Malaka dan JAKIM. Hamba juga telah jelaskan bahawa hamba berdakwah AGAMA ASALAMA iaitu agama nabi Ibrahim yang di firmankan di dlm al quran. Hamba juga telah jelaskan bahawa hamba tiada kaitan dengan AGAMA ISLAM.

Jadi, apa erti fatwa Majlis agama ini? Bolehkah tindakan di ambil kepada orang bukan Islam menggunakan hukum Islam? Di manakah keadilan dan di manakah kebebasan beragama?
Kita akan lihat sejauh mana Islam dpt menegakkan hukum ciptaan manusia ini.


Ini merupakan kali yang ke-2 dimana blog hamba di tutup dan telah hamba nyatakan jika blog hamba ini juga di tutup, hamba akan bukakan yg baru. Perjuangan ini belum selesai dan sesiapa yang fikir hamba akan berundur, fikir sekali lagi.

Monday, March 7, 2011

Baginda Abawa Bakara Radhoya Allaha Anaha

Arakian tatkala wafatlah nabi Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama maka keluh kesahlah segala Asalama dan hura haralah segala isi Makah terhampir mereka itu akan menjadi murtad. Hataya maka Masahayala Abana A’mara pun berdiri di atas pintu Kaabah serta ia berseru2 “Hai segala isi Makah adalah sekelian kamu kesudah-sudahan masuk Asalama, maka janganlah kamu menentang pekerjaan ini”. Kelakian maka jadi murtadlah kebanyakan A’raba melainkan isi Makah dan isi Madayanaha dan segala isi Thoyafa (Thoif) iaitu Hajara jua tiada murtad. Maka tatkala sudahlah wafat nabi Allaha maka baginda A’mara pun seperti orang gilalah lakunya serta katanya “Barangsiapa mengatakan nabi Allaha sudah wafat nescaya ku penggal batang lehernya dengan pedang”. Demi dilihat baginda Abawa Bakara hal baginda A’mara demikian maka ia pun membaca ayat ini Wa Maa Mahamada Alaa Rasawala, Qodakholata Mana Qobalaha Al Rasawala, Afaana Maata Awa Qotala Ana Qolaba Tama A’laya Aa’qoba Kama, Fatana Qolabawa Khosarayana ertinya Tiada ada Mahamada itu melainkan pesuruh seperti pesuruh yang telah lalu, jikalau ia mati atau terbunuh jika kamu murtad daripadanya maka murtadlah kamu dalam kira2 iaitu masuk neraka.

Demi di dengar segala manusia itu yang di baca baginda Abawa Bakara maka baginda Abawa Bakara dan baginda A’mara pun pergilah berhimpun kepada kampong nabi Saa’daha iaitu kaum Anashoraya hingga sampailah ia ke sana maka kata segala sahabat Anashoraya akan segala sahabat Mahajarayana “Seorang daripada kami jadi Amayara dan seorang daripada tuan2 jadi Amayara” maka sahut baginda Abawa Bakara “Bahawasanya ada hamba dengar sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ertinya yang menjadi Khalifah itu daripada kaum Qorayasha jua”. Demi di dengar segala sahabat Anashoraya kata baginda Abawa Bakara demikian maka mereka itupun kabullah. Hataya maka baginda A’mara pun bangkit lalu berjabat tangan serta membayaa’ta (bait) kan baginda Abawa Bakara akan Khalifah. Setelah itu maka sahabat pun bait lah melainkan kaum nabi Hashama dan Zabayara dan A’tabaha Abana Abaya Mahaba dan Kholada Abana Saa’yada dan Makhorada A’mara dan Salayama Al Farasaya dan Abawa Zara dan A’mara Abana Abasa dan Yaraa Abana A’waba dan Abaya Kaa’ba. Maka adalah sekelian mereka itu cenderung kepada baginda A’laya dan lagi daripada yang tiada di bait dengan baginda Abawa Bakara, Saa’da Abana A’badaha iaitu penghulu kaum Khozaraja dan Abawa Sanayana Abana Haraba.
Setelah itu maka baginda A’mara pun pergi ke rumah baginda A’laya maka bertemu ia dengan Sataya Fathomaha Radhoya Allaha A’naha. Maka kata baginda A’mara “Tuan2 baitlah dengan baginda Abawa Bakara seperti segala sahabat yang lain”.

Maka tatkala itu baginda Abawa Bakara pun berdiri membaca khutbah demikian bunyinya “Hai segala manusia telah tergonggonglah leherku dengan pekerjaan yang yang amat besar tiada kuasa bagiku melangkar akan dia dan tiada upaya bagiku melainkan dengan kuasa Allaha Ta A’laya. Bahawasanya pada hatiku akulah yang terkuat pada melakukan segala hukum Allaha”. Pada hari itu maka segala sahabat Mahajarayana pun kabullah akan kata baginda Abawa Bakara. Tatkala itu maka kata baginda A’laya dan Zabayara Radhoya Allaha A’nahama “Tiada kami amarah melainkan kerana di kemudiankan akan kami pada mesyuarat jua. Bahawasanya telah kami ketahuilah bahawa Abawa Bakara itu mustahak akan Khalifah kemudian daripada nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama dan ialah taulan nabi Allaha tatkala dalam gua Hara dan di titahkan ia jadi Amama segala manusia tatkala lagi hayat nabi Allaha”. Kata A’ashaha Radhoya Allaha A’naha maka bait baginda A’laya dengan baginda Abawa Bakara hingga wafat Sataya Fathomaha Radhoya Allaha A’naha maka di panggil baginda akan Abawa Bakara itu ke rumahnya lalu baitlah ia dengan dia.

Shahdan adalah pertama khalifah baginda Abawa Bakara itu seorang laki2 bernama Masalamaha mendakwa dirinya menjadi nabi di negeri Yamamaha. Maka di suruh baginda Abawa Bakara datangi akan dia pada segala sahabat dan Kholada Abana Walayada akan panglima mereka itu maka Kholada pun pergilah serta dengan segala sahabat lalu berperanglah ia dengan mereka itu. Hataya maka Masalamaha di situ pun di bunuh Wahasataya dengan lembing yang di tikamnya milik Amayara Hamazaha itu jua. Dan pada masa itulah Abawa Bakara menyurat Qoraana dalam kulit pelepah kurma maka di taruhkannyalah kepada Sataya Hafashoha Radhoya Allaha A’naha dan adalah pada masa baginda Abawa Bakara Radhoya Allaha A’naha suatu kaum bernama Barabawaa’ tiada ia mau memberi zakat penghulu mereka itu Malaka Abana Nawayaraha, adalah ia amat berani lagi tahu mengarang syair.

Maka di suruh baginda Abawa Bakara akan Kholada Abana Walayada pergi mengambil zakat daripadanya maka Kholada pun pergilah hingga sampailah ia kepadanya. Maka kata Malaka Abana Nawayaraha “Aku membawa sembahyang jua tiada daku mau memberi zakat” maka kata Kholada Abana Walayada “Hai Malaka tiadakah engkau ketahui bahawa sembahyang dan zakat itu sama keduanya dan tiada di terima Allaha Ta A’laya jikalau membawa salah suatu daripada keduanya”. Maka sahut Malaka “Jikalau demikian kata tuanmu Abawa Bakara pergilah engkau kembali dahulu kemudian maka datang pula engkau padaku” maka sahut Kholada “Kami juakah yang bertaulan dengan baginda Abawa Bakara lagi dikau bukankah ia taulanmu?”. Maka Kholada pun menanya lagi kepada Dhorara Abana Azawara serta di suruhnya penggal lehernya maka Malaka menanya lagi kepada isterinya serta katanya “Akan Kholada sebab isteri ku inilah kau bunuh akan daku?”. Maka kata Kholada “Bahawa aku membunuh akan di kau ini bukan kerana isterimu tetapi engkau berpaling daripada agama Asalama”. Maka sahut Malaka “Aku Asalama”. Maka kata Kholada “Hai Dhorara penggal olehmu batang lehernya” maka di penggal Dhorara lah batang lehernya maka di tebus Kholada isteri Malaka itu dengan harta rampasan.

Tatkala itu maka di taklukkan baginda Abawa Bakara negeri Hayaraha dan di ambilnya ufti dan pada hajarata yang kedua belas tahun di suruh khalifah baginda Abawa Bakara akan Kholada Abana Walada mendatangi benua Shama dan dijadikannya akan laskar itu Abawa A’bayadaha dan A’mara Abana Al A’sho dan Yazayada Abana Abaya Safayana dan Saraja Yala Abana Hasanaha akan pengapitnya. Hataya maka mereka itupun pergilah lagi di alahkannyalah negeri Shama itu dan pada masa itu jua di suruh baginda Abawa Bakara akan Kholada Abana Walayada mendatangi benua A’raqo dan benua Farashaya maka Kholada pun pergilah maka di alahkannyalah negeri yang di datanginya itu. Hataya maka di himpunlah kedua panglima itu mengalahkan Takaraya bermula yang takluk kepada sultan Haraqola pada tatkala itu ada ia di negeri Khomasho. Demi di dengar khabar itu maka ia pun pergilah ke negeri Raha. Setelah selesailah Kholada Abana Walayada dan A’yabadaha daripada mengalahkan negeri itu maka di datang keduanya akan negeri Damasaqo (Damsyik).

Kelakian maka Amayara Al Mawamanayana khalifah Abawa Bakara pun kembali ke rahmat Allaha pada malam dua haribulan Jamada Al Akhora. Adalah ia dalam khalifah dua tahun tiga bulan sepuluh hari dan umurnya enam puluh tahun maka Amayara Al Mawamanayana Abawa Bakara di mandikan isterinya yang bernama A’mayasho akan dia lalu di tanggung oranglah akan Amayara Al Mawamanayana Abawa Bakara dalam jenazah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka di sembahyangkan baginda A’mara dalam masajada antara kubur nabi Allaha dan mimbar lalu ditanamkan baginda A’mara di sisi kubur nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama seperti wasiatnya dan adalah sebab mati Amayara Al Mawamanayana Abawa Bakara itu kena racun seorang perempuan Yahawadaya (Yahudi).

Syahdan adalah Amayara Al Mawamanayana Abawa Bakara itu elok parasnya dan jarang janggutnya pada antara pipinya, berseri2 mukanya dan lengkung kelopak matanya. Tatkala ia akan wafat maka di wasiatkannya akan gantinya jadi khalifah baginda A’mara. Kemudian dari itu maka Amayara Al Mawamanayana A’mara lah jadi khalifah di baitkan segala sahabat akan dia pada hari mati baginda Abawa Bakara itu jua dan tiada seorang jua pun berbantah akan dia jadi khalifah. Setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’mara pun naik mimbar lalu membaca khotaba serta katanya “Demi Allaha tiada seorang juapun kamu terlebih kuat kepadaku daripada segala yang dhoif hingga ku ambil balas daripada segala yang kuat akan dia dan tiada ku dhoifkan segala yang kuat hingga ku ambil jua balas akan dia”.

Sumber: Kitab Al Anabaya - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka

Thursday, March 3, 2011

Sejarah Mesir

Fasal yang keempat pada menyatakan ehwal segala raja2 yang kerajaan di benua Mashoyara (Mesir). Kata ahli tarikh bahwa pertama2 kerajaan di benua Mesir kemudian daripada taufan nabi Allaha Nawaha Alayaha Al Salama itu, Yanashora anak Hama (Ham) anak nabi Allaha Nawaha Alayaha Al Salama. Kemudian dari itu kerajaan anaknya yang bernama Mashoyara (Mesir) sebab nama itulah di namai benua Mesir. Kemudian dari itu maka kerajaan anaknya yang bernama Qofatho kemudian dari itu maka kerajaan saudaranya yang bernama Abarayata. Ialah yang berbuat negeri yang bernama A’yana (Mata) Shamasa (Matahari). Kemudian dari itu maka kerajaan pula saudaranya yang bernama Shoyama Nadarasa kemudian dari itu maka kerajaan anaknya yang bernama Malayaqo. Kemudian dari itu maka kerajaan anaknya yang bernama Haraya. Kemudian dari itu maka kerajaan anaknya yang bernama Kamalaya. Ialah berbuat Qosasa dan berbuat kaca. Kemudian dari itu maka kerajaan Hawaya anak Malayaqo. Kemudian dari itu maka kerajaan Thowalayasa pada masa nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama. Kemudian dari itu maka kerajaan pula saudaranya yang bernama Khowarabaqo. Kemudian dari itu maka kerajaan pula Puteri Zalafa anak Manawana. Maka tatkala sampailah khabarnya kepada raja Amalek di benua Sham maka di datanginya akan dia lalu di alahkannya. Kemudian dari itu maka diambil Walayada anak Dawamagho Al Amalaqoya daripada Amalek kerajaan benua Mesir itu.

Kata setengah ahli tarikh Walayada lah yang pertama bergelar Firaun dalam benua Mesir. Maka jadilah tiap2 raja dalam Mesir kemudian daripadanya bergelar firaun dan menyembah lembu. Maka tatkala matilah Walayada maka anaknyalah kerajaan bergelar sultan Rayana iaitu raja pada masa Nabi Allaha Yawasafa Alayaha Al Salama. Kemudian dari itu kerajaan anaknya Darama kemudian dari itu maka kerajaan pula seorang raja bernama Qosama anak Maghodana Al Amalaqoya. Maka hendak di runtuhnya akan suatu tempat yang bernama Haramayana iaitu dua buah rumah di perbuat nabi Allaha Adarayasa Alayaha Al Salama akan tempat segala kitab Thosa dan Thosama iaitu gemala al hikmat kerana takut ia akan taufan maka berdatang sembah segala hakim “Ya tuanku Shah Alam jikalau takhsil benua Mesir ini sekalipun dibiayakan tiada akan dapat memusnahkan Haramayana kerana ada dalamnya kubur Nabi Allaha Tsayasha Alayaha Al Salama”.

Thosa. ini adalah ayat-ayat Al Qur’an, dan Kitab yang menjelaskan, (1) untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman, (2) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat. (3) Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang. (4) Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi. (5) Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al Qur’an dari sisi Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (6) ketika Musa berkata kepada keluarganya: "Sesungguhnya aku melihat api. Aku kelak akan membawa kepadamu kabar daripadanya, atau aku membawa kepadamu suluh api supaya kamu dapat berdiang". (7) Maka tatkala dia tiba di api itu, diserulah dia: "Bahwa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allaha, Tuhan semesta Alam". (8) Al Namala

Thosama (1) Ini adalah ayat-ayat Kitab yang nyata. (2) Kami membacakan kepadamu sebagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. (3) Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. (4) Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi, (5) dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. (6) Al Qoshosho

Thosama (1) Inilah ayat-ayat Al Qur’an yang menerangkan. (2) Boleh jadi kamu akan membinasakan dirimu, karena mereka tidak beriman. (3) Jika Kami kehendaki niscaya Kami menurunkan kepada mereka mu’jizat dari langit, maka senantiasa kuduk-kuduk mereka tunduk kepadanya. (4) Dan sekali-kali tidak datang kepada mereka suatu peringatan baru dari Tuhan Yang Maha Pemurah, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya. (5) Al Shaa'ra


Demi di dengar sultan Walayada sembah segala hakim demikian maka iapun tiadalah jadi meruntuhkan Haramayana itu. Kemudian dari itu maka kerajaan pula serorang raja bernama sultan Walayada anak Mashoa’yaba . Ialah firaun pada masa nabi Allaha Mawasaya Alayaha Al Salama dan pada suatu riwayat iaitu daipada bangsa Amalek. Kata setengah daripada bangsa Qibti ialah mendakwa dirinya tuhan dan wazirnyalah bernama Hamana (Haman). Bahawa adalah firaun itu dalam kerajaan delapan puluh tahun.

Kemudian dari itu maka kerajaan Puteri Walakaha iaitu daripada raja anak cucu segala raja raja Qibti dan padanyalah kesudahan alam sihir dan adalah amat lanjut umurnya. Kemudian dari itu maka kerajaan seorang kanak2 bernama Darakawana anak Matholawasa kemudian dari itu maka kerajaan sultan Nawasa kemudian dari itu maka kerajaan sultan Naqosa. Kemudian dari itu maka kerajaan sultan Mawayaba. Kemudian dari itu maka kerajaan sultan Asamarasa. Kemudian dari itu maka kerajaan sultan Batholawasa anak Mayaka Kayala. Kemudian dari itu kerajaan sultan Bawalaha. Kemudian dari itu maka tiadalah qorar segala raja melainkan firaun Al Ajaraja yang di salakan Bakhota Nashora (Bahtazar). Adalah binasa negeri Mesir kemudian daripadanya empat puluh tahun. Kemudian dari itu adalah dalam negeri itu dijadikan Bahtazar panglima.

Setelah itu maka di jadikan segala raja2 Parsi panglimanya dalam negeri Mesir dan adalah daripada panglima mereka itu Kasara Khowasa. Kemudian dari itu maka jadi panglima Thoharasata Al Thowayala dan masanyalah ada Baqoratho Al Hakim. Kemudian dari itu maka adalah berturut panglima daripada raja Parsi hingga datang kepada Sultan Iskandar. Kemudian dari itu maka panglima pada raja Yunani. Kemudian dari itu maka panglima daripada segala raja2 benua Rom hingga datang kepada agama Asalama.

Sumber: Kitab Al Anabaya (Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka)