Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, April 29, 2012

Luk Al Hamada & Kejadian Para Malaikat


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Fasal pada menyatakan peri kejadian Lawaa (Luk) Al Hamada

Adapun peri kejadian Luk Al Hamada itu iaitu di atas langit yang ketujuh tatkala di Tanya oleh setengah daripada sahabat akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada panjangnya Luk Al Hamada dan lebarnya. Maka sabdanya bahawasanya adalah panjang Luk Al Hamada itu seribu tahun perjalanan dan lebarnya pun demikian jua dan adalah batangnya daripada perak yang putih dan daripada zabarjad yang hijau dan permata yang bertatah pada batangnya daripada yaakut yang merah dan ada baginya tiga lidahnya. Suatu daripada lidahnya ke Masyrik dan yang kedua kepada Maghrib dan yang ketiga sampai antara dunia ini. Bahawasanya adalah tersurat pada lidahnya yang kedua itu Al Hamada Raba Al A’lamayana dan tersurat pada lidahnya yang ketiga Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha dan adalah panjang tiap-tiap daripada shathornya yang tersurat itu kira-kira seribu tahun perjalanan dan adalah di bawah Luk Al Hamada itu tujuh puluh ribu panji-panji sangat elok dan adalah di bawah tiap-tiap panji-panji itu suatu panji tujuh puluh ribu saf daripada malaikat dan pada tiap-tiap suatu saf itu lima ratus ribu daripada malaikat.

Maka sekeliannya itu mengucap tasbih dan taqdis mereka itu akan Allaha Taa’laya seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Anaa Sayada Walada Adama Wa Laa Fahara Wa Bayadaya Lawaa Al Hamada Wa Laa Fahara Wa Maa Mana Nabaya Adama Wa Mana Sawaa Alaa Tahata Lawaaya ertinya Akulah penghulu segala anak Adam dan tiada besar diriku dan adalah Luk Al Hamada itu pada tanganku dan aku tiada berbesar-besar diriku daripada segala anak Adam dan tiada ada seorang daripada segala anak Adam dan lainnya melainkan adalah mereka itu di bawah panji-panjiku. Dan bahawasanya adalah Luk Al Hamada itu di pacakkan akan dia maka adalah sekeliannya daripada orang yang daripada anak Adam keliling di bawahnya selama-lama kira-kira ia akan mereka itu dan sekelian kafir pun sentosa ia daripada azabnya selama-lama adalah Luk Al Hamada itu di pacakkan di sana. Maka apabila di pindahkan Luk Al Hamada itu maka di halaukan sekelian kafir kepada neraka.

Dan suatu riwayat hadis bahawasanya di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan suatu panji-panji bagi Sayadana Abawa Bakara radhoya Allaha a’naha bernama Lawaa (Luk) Al Shodayaqo maka di dirikanlah di sana maka berhimpunlah sekelian hambanya yang sidiq dan tauhid. Dan di jadikan Allaha Taa’laya bagi Sayadana A’mara suatu panji-panji yang bernama Lawaa (Luk) Al A’dala maka berhimpunlah di bawahnya sekelian hambanya yang adil dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi Sayadana A’tamana suatu panji-panji yang bernama Lawaa (Luk) Al Shayakho (Sheikh) maka telah berhimpunlah di bawahnya sekelian hambanya yang murah hatinya. Dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi Sayadana A’laya Karama Allaha Wajahaha akan suatu panji-panji yang bernama Lawaa (Luk) Al Shahayada maka berhimpunlah di bawahnya sekelian hambanya yang syahid.

Fasal pada menyatakan peri kejadian sekelian malaikat

Bermula sekelian itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada cahaya lagi bertubuh yang lathif dan tiada di sifatkan dengan laki-laki dan tiada perempuan lagi kuasa mereka itu merupakan dirinya dengan rupa yang berlainan dengan izin Allaha Taa’laya dan tiada derhaka ia sekali-kali dan mengikut ia akan barang yang di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya.

Bermula penghulu segala malaikat itu empat orang yang  pertamanya itu Asaraafa Yala (Israfil) yang amat hebat kejadiannya maka adalah tempat kediamannya itu sekira-kira berbetul kepalanya dengan Arash Allaha dan kakinya sampai kepada bawah tujuh petala bumi dan adalah baginya empat sayap dan kata setengah di atas beberapa sayap yang tiada di hingga bilangannya. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya Israfil itu memohonkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bahawa memberikan dia kuat tujuh petala langit dan bumi dan kuat Jabal (Bukit) dan kuat angin dan kuat jin dan kuat manusia dan kuat sebarang-barang. Maka di berikan akan dia Allaha Taa’laya daripada kepalanya hingga kepada kakinya bulu dan beberapa mulutnya dan beberapa lidahnya dan kakinya maka mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya dengan tiap-tiap lidahnya dengan seribu loghat.

Maka di jadikan Allaha Taa’laya tiap-tiap nafasnya itu malaikat mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya hingga hari kiamat dan mereka itu malaikat Maqorabawana Daara Al A’rasha dan Karaama Al Kaatabawana dan mereka itu atas rupa Israfil A’layaha Al Salama dan menilik Israfil pada tiap-tiap hari dan malam tiga saat kepada Jahanam maka hancur ia dan jadilah seperti busaran dan menangis dan jikalau di tumpahkannya air matanya kepada langit nescaya roboh tujuh petala langit dan bumi dan jikalau di curahkan air laut sekelian dan segala sungai di atas kepalanya nescaya tiada tumpah setitik di atas bumi dan jika di tuangkan air matanya nescaya tenggelam bumi seperti taufan nabi Nuh A’layaha Al Salama.

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama adalah aku duduk sertanya Jibril A’layaha Al Salama tiba-tiba turun satu malaikat daripada langit dan berkata “Ya Mahamada kirimkan salam kepadamu dan firmannya bagimu apa yang terlebih kasih kepadamu. Bahawa adalah hamba lagi nabi atau malaikat lagi nabi”. Maka kataku “Aku kehendak hamba lagi nabi”. Maka kembali ia malaikat itu dan di hantarkan kaki yang kanannya di atas langit dunia dan kaki yang kiri kepada langit yang keduanya. Maka katanya Jibril “Ya Mahamada, jangan kamu cercakan daku atas takut daripada malaikat ini kerana bahawasanya masa di jadikan Allaha akan dia tiada turun kepada bumi melainkan pada hari ini kerana memuliakan dikau dan mulia kamu pada Allaha Taa’laya dan takut bahawa hari kiamat sudah berdiri maka kerana itulah turun”. Maka kata ku “Ya Jibril, siapa malaikat itu?” katanya “Israfil”. Dan adalah besarnya Israfil itu bahawasanya Jibril terbang dengan segala sayapnya tiga ratus tahun antara dua bibir mulutnya dan hidung maka tiada sampai ia kepada akhirnya.

Dan adapun Mayakaa Yala (Mikail) A’layaha Al Salama menjadikan dia Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya kemudian daripada Israfil dengan lima ratus tahun daripada kepalanya dan kepada kakinya, bulu daripada zafran dan sayapnya daripada zamrud yang hijau atas tiap-tiap bulunya seribu muka dan pada tiap-tiap muka seribu mulutnya dan pada tiap-tiap mulutnya seribu lidahnya dan di atas tiap-tiap lidahnya seribu mata yang menangis ia rahmat bagi segala orang yang mukmin yang mazanabayana (mengakui dosa) dan dengan tiap-tiap lidah mengucap astagfar bagi mereka itu. Gugur daripada tiap-tiap mata tujuh puluh ribu titik maka di jadikan malaikat di atas rupanya dengan di namakan mereka itu Karawabayawana dan tentera bagi Mikail dan Mikail di wakilkan atas hujan dan tumbuh-tumbuhan dan di atas segala daun kayu dan buah-buahan maka tiada daripada setitik pada laut dan tiada pada buah kayu yang di atas pohon kayu melainkan atas yang menilik yang mewakil ia.

Dan adapun Jabara Yala (Jibril) A’layaha Al Salama maka di jadikan Allaha Taa’laya akan dia kemudian daripada Mikail dengan lima ratus tahun dan baginya seribu sayap dan dan enam ratus sayapnya daripada kepalanya hingga kepada kakinya, bulu daripada zafran dan matahari antara dua matanya dan tiap-tiap bulunya itu daripada Qomara dan Kawaakaba. Dan tiap-tiap hari masuk ia di dalam Bahara Al Nawara (Lautan Nur) tiga ratus enam puluh kali maka apabila keluar api gugur pada sayapnya beberapa titik dan di jadikan malaikat di atas rupa Jibril mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya hingga hari kiamat dan mereka itulah di namakan akan dia Rawahaanayawana (Ruhaniyun).

Kata Al Mufasirin daripada mereka itu merencanakan firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana A’lamaha Shadayada Al Qowaya Zawa Marata Faasatawaya Wa Hawa Ba Al Afaqo Al Aa’laya ertinya membawa wahyu itu Jibril yang amat sangat kuat dan panjang lagi elok parasnya kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Tatkala bertemu kedua pada malam mikraj ada di sisi keluar matahari iaitu tempat kesudahan dunia shahdan adalah Jibril datang kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan rupa manusia seperti datang kepada nabi yang lain. Sekali sepertua nabi meminta di perlihatkan rupa Jibril yang asal kejadian maka di perlihatkan Jibril akan rupa yang asal itu dua kali daripada langit dan sekali daripada bumi iaitu di sisi keluar matahari. Tatkala adalah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di dalam gua yang bernama Hawaraa. Demi di lihat nabi akan Jibril datang daripada pihak Maghrib dan adalah sayapnya seribu enam ratus sayapnya maka lalu pengsanlah rasul Allaha A’layaha Wa Salama. Demi di lihat Jibril rasul Allaha pengsan itu maka Jibril pun rupakan dirinya seperti rupa manusia serta ia datang kepada nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan di dakapnya akan dia dan di sapu daripada debunya ada pada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama hingga hilang daripada pengsan.

Dan sekali di perlihatkan Jibril dua rupa pada langit akan rupa yang asal seperti firmannya Wa Laqoda Raaha Nazalata Akhoraya A’qoda Sadarata Al Manatahaya A’nadahaa Janata Al Maawaya Aza Yaghoshaya Al Sadarata Maa Yaghoshaya Maazaagho Al Bashora Wa Maa Thoghoya Laqoda Raaya Mana Ayata Rabaha Al Kabaraya ertinya bahawasanya di perlihat nabi akan Jibril pada kedua kalinya di sisi Sadarata Al Manatahaya ertinya pohon kayu bidara iaitu di sisi syurga Janata Al Maawaya tatkala itu penuhlah segala malaikat di atas pohon kayu itu pada tiap-tiap daunnya dan cawangnya seperti gagah dan lainnya. Adalah mereka itu sekelian mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya tatkala itu tiadalah berpaling memandang nabi ke kanan dan ke kiri dan nabi melihat beberapa tanda daripada tuhan yang maha besar. Tatkala itulah melihat nabi akan Jibril daripada rupa yang asal daripada tirai yang hijau yang bernama Marafawaqo.

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawasanya Jibril A’layaha Al Salama itu adalah baginya enam ratus sayapnya maka tiap-tiap suatu daripada sayapnya itu seratus sayap maka di dalamnya itu dua sayap yang hijau. Maka tiada di bukakan akan dia melainkan pada malam Layalata Al Qodara jua dan satu sayapnya tiada di bukakan melainkan apabila hendak membinasakan suatu negeri atau satu dusun dan adalah sekelian sayapnya itu daripada bagai manikam yang indah warnanya dan amat putih tubuhnya seperti air yang beku itulah adanya.

Dan adapun A’zaraa Yala (Izrail) Alayaha Al Salama adalah rupanya umpama rupa Israfil dengan mukanya dan lidahnya dan sayapnya dan di sebut pada kitab Al Salawaya daripada Maqoatala bana Salayamaana bahawasanya bagi Malaka Al Mawata itu sarira pada langit yang keenam daripada nur dan baginya tujuh puluh ribu kakinya dan baginya empat sayapnya penuh segala tubuhnya menadak lidahnya dan tiada seorang daripada makhluk Allaha daripada manusia dan lainnya melainkan ada pada tubuhnya mata yang memandang kepadanya. Maka apabila mati seorang hilang demikian mata itu pada tubuhnya.

Salah suatu daripada dua kakinya itu di atas Jahanam dan yang satu di atas sariranya syurga dan tiada turun Malaka Al Mawata ke bumi melainkan bagi Anabaya dan rasul A’layahama Al Sholaata Wa Al Salama dan bagi khalifah Raasa Arawaaha Sabaaa’ dan segala Bahaama dan adalah ia yang akhir mati daripada segala makhluk dan tatkala hilanglah sekelian mata yang pada tubuhnya maka apabila tiada dan tinggal lagi melainkan delapan mata ketahuilah ia bahawasanya Allaha Taa’laya telah di fanakan sekelian makhluk. Bahawasanya Malaka Al Mawata apabila di berikan kepadanya Nasakhota Al Mawata dan telah berkata ia “Hai tuhanku, manakala kau qobadho ruh hamba ini dn adda di atas apa hal dan kelakuan?” maka firman Allaha Taa’laya “Hai Al Mawata ini ilmu ghaib tiada aku lihat di atas seorang yang lain daripada aku dan tetapi aku beri ketahui akan dikau apabila hampir waktunya aku jadikan bagimu alamat nescaya engkau berhenti atasnya”.

Dan adalah bagi Malaka Al Mawata kholayafata iaitu mukanya di atas segala nafas manusia datang kepadanya dan berkata sudah sempurna nafasnya dan kholayafaha nya atas arazaaqo dan amalnya berkata telah selesai di tutup pintu rezekinya dan amalnya. Maka jika ahli Al Saa’data nyata di atas namanya yang di surat pada suhuf yang pada Malaka Al Mawata itu surat nur pada keliling nyawanya dan jika ada ia daripada ahli Al Shaqoawata terguris hitam. Kemudian tiada sempurna ilmu Malaka Al Mawata hingga gugur atasnya satu daun daripada kayu yang di bawah Arasha tersurat namanya laki-laki itu maka di ambilkan nyawanya.

Kata Qoyala tersuratlah pada daun Sadarata Al Manatahaya itu segala nama makhluk tiap-tiap daun namanya seorang. Maka jika ada guris nama itu dengan guris putih maka ketahuilah Malaka Al Mawata itu ahli Al Saa’adata dan ketahuilah apabila gugur daun itu pada hadapannya sudah habis ajalnya. Dan jika ada guris di atasnya dengan guris hitam dan gugur di hadapannya di ketahuinyalah ahli Al Shaqoawata dan habis ajalnya maka ambil akan nyawanya.

Adapun kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Taa’laya Mawata (Maut) iaitu seorang malaikat yang datangkan Allaha Taa’laya dengan sepuluh ganti hijab dan besar tubuhnya terlebih besar daripada tujuh petala langit dan bumi. Maka di rantai akan dia dengan tujuh puluh ribu rantai dan tiap-tiap suatu daripada itu tujuh ratus tahun perjalanannya dan tiada hampir kepadanya seorang daripada malaikat dan tempat kediamannya pun tiada di ketahui akan seorang daripada malaikat hanya di dengar mereka itu akan suaranya dan tiada di ketahui ia akan yang empunya suaranya itu hingga sampai ketika Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Adam maka di serahkan Allaha Taa’laya Mawata itu kepada tangan Izrail A’layaha Al Salama. Maka sembah Izrail “Ya tuhanku, siapa Mawata itu?” maka di titahkan Allaha Taa’laya akan Izrail nafikan hijab maka hijab pun terbukalah ia melihat akan Mawata itu.

Firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan sekelian malaikat “Berdirilah kamu maka tilik oleh kamu. Inilah aku namakan Mawata”. Maka sekelian malaikat pun berdirilah melihat akan dia maka firmannya Sabahanaha Wa Taa’laya akan Mawata itu “Terbanglah engkau dengan segala sayap kamu itu dan bukakan mata kamu”. Maka Mawata itupun terbanglah ia maka sekelian malaikat pun menilik baginya maka sekelian malaikat pun jadi pengsanlah ia kira-kiranya seribu tahun lamanya maka tatkala hilanglah daripada pengsannya itu maka sembah ia “Ya tuhanku, adakah engkau jadikan daripada makhluk yang besar ia?” maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Bahawasanya aku jadikan akan dia dan aku jua yang terlebih besar daripadanya. Bahawasanya sekelian makhluk merasai akan maut”.

Maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Izrail “Ya Izrail, bahawasanya aku mengeraskan di kau atas Mawata kepada kamu” maka sembahnya “Ya tuhanku dengan kuat yang mana hamba memegang akan dia kerana bahawasanya ia terlebih besar daripada hamba”. Maka di kurnia oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Izrail itu kuat tujuh petala langit dan bumi dan kuat Jabal dan kuat angin dan kuat jin dan kuat manusia dan lainnya. Maka lalu di pakai ketetapanlah akan Mawata maka Mawata itupun tetaplah bagi Izrail. Maka berdatang sembah Mawata kepada hadrat Allaha Taa’laya demikian bunyinya “Yaa Raba, kurnia apalah kiranya izin akan hambamu itu” maka firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Aku izin akan kamu Mawata”.

Maka Mawata pun berseru-seru yang amat keras lagi nyaring demikian bunyinya “Akulah Mawata yang menceraikan antara segala langit kekasihmu dengan kekasihnya dan akulah yang menceraikan antara segala isteri dengan suaminya dan akulah yang menceraikan anak dengan ibunya dan akulah yang menceraikan antara segala saudaranya dan akulah yang mengeras akan sekelian anak Adam dan akulah yang membinasakan segala rumah kampungnya dana akulah yang mematikan kamu. Jikalau ada kamu di dalam keranda daripada besi sekalipun tiadalah sesuatu jua pun lepas daripada aku melainkan akulah merasalah akan dia”.

Maka apabila di datangkan Allaha Taa’laya Mawata itu kepada sesuatu maka berdirilah di hadapannya seperti rupa dirinya yang hendak mati itu maka katanya “Siapa engkau dan kehendakmu?” maka sahut Mawata itu “Akulah Mawata yang mengeluarkan dikau di dalam dunia ini. Daripada akulah yang menjadikan anak kamu yatim dan menjadikan isteri kamu bujang dan menjadikan antara kamu pusaka segala warismu yang tiada. Engkaulah kasih akan dia pada masa hidupmu”. Maka tatkala di dengar telah kata Mawata itu maka di palingkanlah mukanya ke kiri maka di lihat Mawata itu berdiri di hadapannya. Maka di palingkan mukanya ke kanan maka di lihat Mawata itu berdiri di hadapannya.

Bermula tempat Mawata itu pada langit yang keempat di jadikan Allaha Taa’laya ia daripada nur dan ada baginya empat kaki dan tujuh puluh sayapnya dan penuh pada tubuhnya mata dan lidahnya dan tiada seorang daripada makhluk sekelian yang bernyawa melainkan adalah pada tubuhnya itu demikianlah peri mengambil nyawa sekelian makhluk pada tiap-tiap tempat. Maka apabila nyatalah seseorang manusia yang di dalam dunia ini dengan empat mukanya, pertama mukanya yang di hadapan, kedua muka di kepalanya, ketiga tapak kaki, keempat mukanya yang di belakang. Adapun mengambil nyawa segala anabaya dan awalaya dan malaikat dengan muka yang di kepala dan mengambil nyawa segala mukmin dengan mukanya yang di hadapan dan mengambil nyawa segala kafir dengan muka yang di belakang dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada tapak kaki dan sebelah kaki jejak di tepi neraka dan sebelah berjejak di tepi syurga.

Bermula peri besar kejadian Mawata kira-kiranya jika di curahkan air laut dan air sungai sekelian di atas kepala nescaya tiada tiada tumpah setitik kepada bumi. Bahawasanya dunia ini pada tapak tangan seperti suatu hidangan yang terhantar kepada hadapannya maka demikianlah suatu yang di kehendakinya demikianlah ia membalik akan dunia ini dan sekelian makhluk Allaha seperti seorang membalik-balik akan suatu dirham yang ada pada tangannya. Dan pada suatu riwayat bahawasanya Mawata itu tiada ia mengambil nyawa seorang manusia melainkan nyawa segala nabi yang Marasala dan awalaya dan adalah baginya beberapa malaikat tersuruh kepadanya suruh mengambil nyawa segala binatang yang buas dan liar dan jinak. Maka tatkala Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya mematikan sekeliannya manusia dan lainnya maka hilang sekelian mata yang pada tubuhnya itu tinggal delapan mata. Ketahuilah ia bahawasanya Allaha Taa’laya telah di fanakan sekelian makhluk ini.

Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-raja)

Thursday, April 26, 2012

Luh Mahfuz, Kalam, Arash & Kursi


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Fasal pada menyatakan Lawaha Mahafawaza (Luh Mahfuz).

Adapun Luh Mahfuz itu iaitu di jadikan Allaha Taa’laya daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada yaakut yang merah dan kepalanya daripada manikam yang merah dan besarnya seperti antara langit dan bumi dan panjangnya seperti antara Masyrik dan Maghrib. Maka adalah tersurat di dalamnya daripada segala nasib hamba Allaha Taa’laya yang banyak berbahagia daripada bahaya dan celaka daripada azali datang kepada abadinya. Shahdan bahawasanya Luh Mahfuz itu sebelah jua dapat di lihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi itu tiada siapa mengetahui akan dia hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Qolama (Kalam).

Adapun Kalam itu di jadikan Allaha Taa’laya daripada nur dan panjangnya seperti antara langit dan bumi dan pada suatu riwayat bahawasanya adalah panjang Kalam itu kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan dan bulatnya demikian jua dan adalah baginya delapan puluh belahnya. Maka keluar daripadanya dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan dia “Hai Kalam, surat olehmu” dan demi di dengarnya firman Allaha Taa’laya itu maka ia gementarlah hebat ia mendengar firman Allaha Taa’laya maka iapun lalu mengucap tasbih baginya. Maka tatkala itulah ia terbelah daripadanya kerana sangat hebat ia mendengar firmannya itu. Maka firmannya pula “Hai Kalam, surat olehmu akan dia daripada barang yang telah di jadikan dia dan barang yang akan dia hingga hari kiamat”. Maka Kalam pun menyuratlah seperti barang yang di lakukan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada bahagia segala yang bahagianya dan celaka daripada segala yang celaka dan barang yang kehendak Allaha Taa’laya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Arasha (Arash).

Adapun Arash itu iaitu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada manikam yang hijau dan adalah terlebih besar daripada segala yang di jadikan Allaha Taa’laya seperti cerita daripada Jaa’fara bana Maa’aza ia mendengar daripadanya neneknya radhoya Allaha a’nahama katanya adalah bagi Arash itu seketi dua laksa empat ratus ribu tiangnya dan bahawasanya antara satu tiang kepada satu tiangnya itu sekira-kira terbang burung yang pantas tiga puluh ribu tahun tiada sampai ia dan adalah Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih ia akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiasi akan Arash itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada nur. Maka tiada kuasa menilik kepadanya seorang jua daripada makhluk dan jika di banding dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti umpama suatu halakah yang di campak pada padang jua.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan seekor ular yang bernama Hayata Al Kabaraya dan adalah ia mengeliling Arash dengan tiga balik maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada emas yang merah dan kedua matanya daripada yaakut dan besarnya tiada seorang jua pun mengetahui akan besarnya hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya dan  jika di hulurkan ekornya daripada Arash sampai kepada tujuh petala bumi hingga pusatnya tiada sampai jua dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu seorang malaikat mengucap tasbih kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya.

Kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah di dalam Arash itu empat sungai. Pertamanya daripada sungai mutiara yang gilang, kedua sungai putih airnya daripada susu dan kerusi daripada mutiara dan anak batunya daripada yaakut yang merah dan ketiganya sungai daripada air yang beku lagi putih airnya seperti susu yang amat putih, yang keempat sungai yang mengalir airnya dan adalah ia di bawah A’raba itu suatu maka ialah di turunkan Allaha Taa’laya ruh segala yang bernyawa dan daripada ialah turun hujan dengan izin Allaha Taa’laya maka jadi hujan langit hingga sampai pada suatu tempat yang bernama Abarama. Maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan awan itu menurunkan hujan maka tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang daripada malaikat. Maka di hantarkan malaikat itu daripada titik air hujan itu daripada tempatnya. Maka tiada turun air hujan setitik hanya di sukat dan di timbang melainkan pada masa taufan nabi Allaha Nawaha (Nuh) A’layaha Al Salama tiada di sukat dan tiada di timbang jua.

Kata sayadana A’laya (Ali) radhoya Allaha a’naha adalah pada langit itu suatu pintu yang bernama Majaraba daripada pintu itu tempat turun segala malaikat dan daripadanyalah turun air pada masa taufan nabi Allaha Nawaha A’layaha Al Salama. Adapun malaikat yang menanggung A’raba itu empat orang jua iaitu Israfil ialah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allaha Taa’laya. Maka di tambah pula malaikat menanggung Arash itu pada hari kiamat empat orang jadilah delapan orang seperti firmannya di dalam Qoraana Wa Yahamala Arasha Rabaka Fawaqo Hama Yawamaza Tsamaanayata ertinya yang menanggung Arash tuhan kamu ya Mahamada pada hari kiamat itu delapan orang malaikat. Dan adalah rupa mereka itu seperti rupa kambing hutan dan adalah antara satu tanduk kepada satu tanduk itu kira-kiranya enam ratus tahun perjalanan dan adalah Arash itu atas tanduk mereka itu dan adalah antara telinganya dengan batang lehernya kiranya enam ratus tahun perjalanan. Dan adalah antara dua mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan. Kata Ahli Al Tafsir pada Barahana firman Allaha Ta’alaya di dalam Qoraana Al Zayana Yahamalawana Al Arasha Wa Mana Hawalaha ertinya segala malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia maka mereka itulah yang Karabayawana (hampir).

Kata sayadana A’basa mereka itulah penghulu segala malaikat dan kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya segala malaikat yang menanggung Arash itu adalah tiap-tiap daripada antara dua mata kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan dan pada suatu riwayat adalah tapak kakinya sampai kepada bawah tujuh petala bumi dan tujuh petala langit itu hingga pinggangnya jua dan adalah segala malaikat mereka itu mengucap tasbih akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya demikian bunyinya Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata Sabahaana Zaya Al A’zata Wa Al Jabarawata Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Raba Al Malaakata Wa Al Rawaha. Kata Masayaraha abana A’rawabaha bahawasanya kaki mereka  itu sampai kepada tujuh petala bumi dan kepada mereka itu lampau daripada tujuh petala langit maka adalah mereka itu merendahkan dirinya kepada Allaha Taa’laya dan lagi tiada mengangkatkan kepadanya segala juapun kerana takut akan Allaha Taa’laya.

Kata Majaahada bahawasanya adalah antara Arash dan segala malaikat yang menanggung akan Arash itu tujuh puluh ribu hijab daripada nur. Kata Mahamada bana Manakadara ia mendengar daripada Jaabara radhoya Allaha katanya telah bersabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada aku ertinya Hai Jabar, hampir engkau akan daku hendak menceritakan daripada segala malaikat yang menanggung Arash Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Bahawasanya adalah antara cuping telinganya kepada batang lehernya sekira-kira tujuh ratus tahun perjalanan. Dan lagi kata Majaabaha adalah antara langit yang ketujuh dan antara Arash itu hijab daripada zholamat dan suatu hijab daripada nur dan suatu hijab daripada zholamat pula. Segala malaikat yang menanggung Arash itu sekeliannya tawaf seperti kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah segala malaikat itu tawaf yakni mengeliling akan Arash itu tujuh puluh ribu saf iaitu suatu saf di belakang suatu saf. Apabila berhadap setengahnya maka setengah mereka itu mengucap tahlil dan setengah mengucap takbir dan adalah di belakang saf mereka itu tujuh puluh ribu saf pada malaikat berdiri dan adalah tangan mereka itu pada lehernya.

Maka apabila mendengar mereka itu takbir dan tahlil malaikat yang dahulu itu maka mereka itupun menyaringkan suaranya dengan mengucap tasbih demikian katanya Sabahaanaka Wa Bahamadaka Aa’zhomaka Wa Ajalaka Anata Allaha Laa Alaha Alaa Anata Laa Alaha Ghoyaraka Al Akabara Wa Al Kholaqo Kala Hama Laka Raajaa’wana. Dan adapun di belakang saf mereka itu seratus saf daripada malaikat dan di hantarkan tangan kanan di atas tangan kirinya tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan berlainan bunyinya. Maka di dinding Allaha Taa’laya daripada segala malaikat yang menanggung Arash itu dengan tujuh puluh hijab daripada api dan tujuh puluh hijab daripada zholamat dan tujuh puluh hijab daripada nur dan tujuh puluh hijab daripada mutiara yang merah dan tujuh puluh hijab daripada yaakut yang merah dan tujuh puluh hijab daripada zamrud yang hijau dan tujuh puluh hijab daripada air beku dan tujuh puluh hijab daripada air sejuk dan beberapa pula yang berlain-lain tiada mengetahui bilangan melainkan ia jua.                                          

Adapun tiap-tiap malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia itu empat mukanya yang pertamanya mukanya seperti muka lembu dan yang kedua mukanya seperti muka harimau dan yang ketiga mukanya seperti muka rajawali dan yang keempat mukanya seperti muka manusia. Dan adalah bagi mereka itu empat sayapnya maka yang dua daripada sayapnya itu menutupi ia akan dirinya kerana takut pengsan ia daripada menilik ia akan Arash dan yang kedua lagi itu di kembangkan. Tiada bagi mereka itu berkata-kata melainkan mengucap tasbih dan tahlil dan tahmid seperti firmannya di dalam Qoraana Yasabahawana Bahamada Raba Hama Wa Yawamanawana ertinya adalah mereka itu senantiasa mengucap tasbih sertanya memuji akan Allaha Taa’laya dan percaya mereka itu akan dia. Bahawasanya ia tiada sekutu baginya mengucap tasbih dengan perkataan yang elok katanya iaitu Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabahaana Alazaya Yamayata Al Kholaaqo Wa Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Raba Al Malaakata Wa Al Rawaha ertinya maha suci tuhan yang sentiasa hidup yang tiada mati ia maha suci dengan kesucian tuhan sekelian malaikat.

Shahdan adalah di bawah Arash itu malaikat seperti rupa rajawali dan seperti rupa ular dan adalah bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya hijau dan lagi balung dan dua matanya daripada yaakut yang merah dan tekaknya dan dua kakinya daripada emas dan dua kakinya hingga sapai kepada tujuh lapis bumi yang di bawah dan lehernya berlipat-lipatlah di bawah Arash. Maka apabila telah malam yang pertama bertempik-tempik sayapnya dan berkokok ia dan berkata Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata maka sahut segala ayam di dalam dunia dan apabila selesai yang keduanya bertempik sayapnya dan berkokok pula berkata ia Sabahaana Mana Anaama Al Anaama Wa Laa Yanaama maka sahut ayam dunia bagi kokoknya dan apabila masuk malam yang akhir bertempik dua sayapnya dan berkata ia Sabahaana Mana Hawa Qoama Daama Sabahaana Mana Anaama Al A’yawana Laa Alaha Alaa Hawa Sabahaanaha maka sahut segala ayam di dunia seperti itu pula kerana itulah di kata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan ayam putih dan sabdanya ayam putih ini kekasihku.

Berkata Abana Jaa’fara Shoadaqo ia mendengar daripada neneknya Zayana radhoya Allaha A’nahama katanya bahawasanya adalah di bawah Arash itu sekelian yang di jadikan Allaha Taa’laya di dalam laut dunia dan daratannya seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Ana Mana Shaya Alaa A’nada Naakhozaanaha ertinya tiada suatu melainkan adalah daripada Arash. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Arash itu supaya menjadi akan kiblat sekelian malaikat pada berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya itulah adanya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Karasaya (Kursi)

Adapun Kursi itu iaitu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada zamrud yang hijau dan adalah baginya empat tiang. Tiap-tiap suatu daripada tiang itu luasnya seperti tujuh petala langit dan bumi seperti firmannya di dalam Qoraana Wasaa’ Karasayaha Al Samawaata Wa Al Aradho ertinya di luaskan Allaha Taa’laya daripada tujuh petala langit dan bumi dan adalah malaikat yang menanggung akan Kursi itu empat orang malaikat dan seorang mukanya seperti Adam A’layaha Al Salama dan iaitulah yang memohonkan bagi rezeki kepada Allaha sekelian anak Adam ini dan yang seorang mukanya seperti muka rajawali maka ialah yang memohonkan rezekinya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi sekelian unggas dan yang seorang malaikat menanggung Kursi mukanya seperti muka harimau maka iaitulah memohonkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya rezekinya segala binatang yang buas dan yang seeorang lagi malaikat yang menanggung Kursi itu mukanya seperti muka lembu maka iaitulah yang memohonkan Allaha Taa’laya rezekinya binatang yang jinak.

Dan adalah bagi tiap-tiap seorang daripada malaikat yang menanggung Kursi itu empat mukanya suatu mukanya daripada hadapannya dan suatu mukanya daripada belakang dan suatu mukanya daripada kanannya dan suatu mukanya daripada kirinya. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Kursi itu supaya menjadikan kiblat sekelian malaikat yang menanggung dia dan lainnya yakni berbuat ibadat akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dan tiada mengetahui akan banyaknya hanya ia jua yang mengetahui.


Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-raja)

Kejadian Tujuh Petala Langit dan Bumi

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Hamada Lalaha Alazaya Laa Alaha Alaa Hawa Wa Kaana Faya Al Azala Wa Laa Shaya Maa’ha ertinya Segala puji bagi Allaha Taa’laya yang tiada tuhan hanya ia jua pada azali dan tiada serta suatu jua pun. Wa Hawa Al Abadaya Al Saramadaya Wa Laa Shaya Baa’daha Tsama Kholaqo Al Kholaaqo Wa Laa Haajata Laha Dan ialah tuhan yang abadi lagi sentiasa dan tiada jua pun kemudiannya maka dijadikan makhluk dan tiada hajat baginya. Wa Lamaa Araada Zhohawara Rabawa Yataha Kholaqo Nawara Habayabaha Wa Mana Zalaka Al Nawara Kholaqo Al Anabayaa Wa Rabatahama Maka tatkala ia hendak menyatakan ketuhanan maka di jadikan nur kekasihnya daripada nur itulah di jadikan segala anabaya dan di iringkan martabatnya. Wa Ashothofaya Mana Hama Layazhohara Nawaraha Wa Lazalaka Sajadata Laha Al Malaakata Kala Hama Dan di pilih daripada anabaya itu nabi Adam supaya menyatakan kekasihnya maka kerana itulah sujud sekelian malaikat akan dia. Wa Akhorajaha Mana Al Janata Kaana Lahakata Wa Tafashola A’layaha Ba Al Maratabata Al A’layaa Fashoara Kholayafata Dan keluarkan ia di dalam syurga itu adalah di dalamnya itu hikmatnya anugerahinya akan dia martabat yang tinggi maka jadilah khalifah di bumi.

Sabahaana Al Zayana Tafarada Al Alawahayata Wa Laa Yazawala Wa Yaghonaya Al Kholaqo Baa’da Kholaqoha Tsama Yaa’yadaha Maha suci tuhan yang tinggi ketuhanannya dan tiada sekutu baginya dan lagi akan di fanakan sekelian makhluk kemudian daripada di jadikan maka di kembalikannya pula. Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Wa Ashahada Ana Mahamada A’badaha Wa Rasawalaha Saksi aku bahawasanya tiada tuhan hanya Allaha yang esa ia tiada sekutu baginya dan saksi aku bahawasanya nabi Mahamada itu hambanya dan pesuruhnya. Allahama Shola Wa Salama A’laya Sayadanaa Mahamada Shoahaba Al Lawaa Wa Al Maqoama Al Mahamawada Wa A’laya Alha Wa Ashohaabaha Al Ghoazayana Mabadaha Al Mahamawada Wa Banawaala Al Maqoshowada Hai tuhanku di anugerahkan kiranya rahmat atas Mahamada dan sejahterakan kiranya atas penghulu kami Mahamada yang mempunyai Lawaa (Luk) Al Hamada dan mempunyai syafaat dan rahmat dan salam atas segala taulannya yang bahagia dengan menjagakan sehabis-habis kuasa pada menghasilkan bagi maksud iaitu pada keredhaan Allaha Taa’laya.

Amaa Baa’da Faana Al Faqoyara Al Haqoyara  Al Dhoa’yafa Al Rahaya Al Lathoyafa Al Shayakho Nawara Al Dayana Bana A’laya Janajaya Bana Mahamada Hamayada Al Raanaya Al Shaafaa’ya Mazahabaa Lamaa Wa Shola Alaya Banadara Ashaya Daara Al Salama Adapun kemudian daripada itu maka bahawasanya hamba fakir yang hina lagi dhoif yang harap kepada tuhannya yang amat mengasihani iaitu Al Sheikh Nur Al Din Bana Ali Janajaya Abana Mahamada Ham id Al Rani tempatnya Shafie mazhabnya. Maka tatkala sampailah ia ke Bandar Aceh. Tawafaya Sanata Sabaa’ Wa Arabaa’yana Baa’da Al Alafa Yawama Al Ahada Al Saadasa Mana Shahara Rajaba Al Haraama Wa Baa’da Zalaka Faya A’sharayana Mana Shahara Shawaala Amaraha Alazaya Laabada Mana Anaqoyaada Amaraha Al Salathoana Al A’zhoma Wa Al Malaka Al Makarama Wa Al Haadaya  Al Jalayala Al Mahatarama Alayaha Maazaala Dawalata Masaa’wadaa Wa Thoala Zholaha Faya Al Awaqoata Mamadawadaa Pada hijrat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seribu empat puluh tahun pada enam haribulan Rejab pada hari Ahad dan kemudian daripada itu pada dua puluh haribulan Syawal maka di titahkan raja yang maha mulia pada fakir dengan titah tak dapat tiada mengajang-ngajang dia iaitu Sultan Iskandar Sani Ali Al Din Mukayat Syah Johor Berdaulat Zhola Allaha Faya Al A’lama sentiasalah daulat baginya dan di lanjut padanya segala pihak negeri.

Ana Atarajama Kataabaa Balasaana Al Jaawaya Mashatamalaa A’laya Tabayayana Kholaqo Al Samawaata Wa Aradhoyana Bahawasanya menjadikan suatu kitab dengan bahasa Jawi menghimpunkan perkataan pada menyatakan segala kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Wa Samayataha Kholaqo Bada Al Samawaata Wa Al Aradho Dan aku namakan dia Asal kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Al Fashola Al Awala Faya Bayaana Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Wa Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Wa Maa Yataa’laqo Bahamaa Wa Fayaha Fashowala Bermula fasal yang pertama pada menyatakan peri yang pertama dijadikan Allaha Taa’laya dan peri kejadian tujuh petala langit dan bumi dan barang yang takluk dengan keduanya di dalamnya. Beberapa fasal pada menyatakan peri kejadian Nur Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan yang takluk kepadanya. Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kaana Allaha Taa’laya Wa Laa Shaya Maa’ha Telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Adalah Allaha Sabahana Wa Taa’laya tiada suatu sertanya jua pun segala.

Sekali sepertua pada suatu hari Abawa Zayana Al A’qolaya berdatang sembah kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Ya rasul Allaha di mana tuhan kita tatkala belum ia menjadikan sekelian makhluk?”. Maka sabdanya Kaana Faya A’maa Maa Tahataha Hawaa Wa Maa Fawaqoha Hawaa ertinya Bahawasanya adalah ia pada a’maa tiada di bawah adanya dan tiada di atas adanya ertinya ada ia pada ilmunya seperti firman Allaha Taa’laya di dalam hadis qodasaya Kanata Kanazaa Makhofayaa Faahayata Ana Aa’rafa Fahalaqota Al Kholaqo Faya A’rafawanaya ertinya adalah aku perbendaharaan yang sembunyi maka aku kehendak dengan dia akan mengenal akan daku maka aku jadikan segala makhluk supaya kenal akan daku. Dan firman di dalam hadis Qodasaya yang diceritakan Jaabara radhoya Allaha a’naha Ana Allaha Kholaqo Rawaha Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana Zaataha  Wa Kholaqo Al A’lama Baasaraha Mana Rawaha Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ertinya bahawasanya Allaha Sabahana Wa Taa’laya menjadikan nyawa Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada zatnya dan di jadikan sekelian alam ini daripada nyawa Mahamada.

Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Anaa Mana Allaha Wa Al Mawamana Manaya ertinya aku yang pertama di jadikan Allaha Taa’laya dan segala mukmin itu di jadikan daripada aku. Dan lagi firmannya di dalam hadis Qodasaya Kholaqota Al Ashayaa Laajalaka Wa Kholaqotaka Laajalaya ertinya kujadikan sesuatu itu keranamu Ya Mahamada dan aku jadikan engkau keranaku. Dan lagi firmannya di dalam hadis Lawalaaka Lama Kholaqota Alaa Falaaka ertinya jikalau tiada engkau ya Mahamada tiada aku jadikan tujuh petala langit dan bumi. Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kanata Nabayaa Wa Adama Bayana Al Maa Wa Al Thoyana ertinya sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama adalah aku di jadikan nabi dan Adam antara air dan tanah.

Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Al A’qola ertinya pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya itu akal. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Al Qolama ertinya pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya itu kalam. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Al Arawaaha ertinya pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya itu segala nyawa. Adapun rahana daripada akal dan kalam dan ruh ini kejadian nur Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti sabda nabi Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Nawaraya ertinya pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya itu cahayaku dan pada suatu riwayat Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Rawahaya ertinya yang pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya itu nyawaku. Maka ialah sempurnanya cahaya seperti firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Wa Allaha Matama Nawaraha ertinya bermula Allaha Taa’laya jua yang menyempurnakan cahaya.

Shahdan bahawasanya nur Mahamada itu di jadikan Allaha Taa’laya daripada pancur nur Ahadayaha nya seperti kata Shoahaba Al Manazhowama Taawaha Baa’taana Al Jalaala Wa Al Jamaala Farawaha Ahada Laqoda Jalaa ertinya telah berdampinglah sifat Jalal dan sifat Jamal, ghaliblah Jamal atas sifat Jalal maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada dua sifat itu ruh Mahamada iaitu daripada a’dam kepada wujud maka menilik hak Taa’laya itu dengan tilik mahabah. Maka malulah ia lalu berpeluh hingga bertitikkan itu maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada segala titik itu nyawa segala anabaya dan nyawa segala awalaya dan daripada nyawa segala mukmin yang sholihin dan daripada nyawa segala mukmin yang fasik dan mukmin yang fasik itu nyawa segala mukmin yang munafik dan kafir. Dan di jadikan Allaha Taa’laya daripada nyawa Insan itu nyawa segala malaikat dan daripada malaikat itu nyawa segala jin dan daripada jin itu nyawa segala syaitan dan daripada syaitan itu nyawa segala binatang dan daripada binatang itu nyawa segala tumbuh-tumbuhan.

Berlebih setengah martabat dengan setengahnya maka jadilah segala bagai nafas tumbuh-tumbuhan dan segala anasir itu empat perkara. Pertama hawa kedua api ketiga air keempat tanah. Maka adalah aku tinggal daripada  Kawana(Kun) berhimpun pun tilik kepadanya dengan tilik hebat maka jadilah hancurlah ia setengah jadi air dan setengah jadi api menghanguskan air itu maka keluarlah daripada asap lalu naik ke udara maka daripada itulah di jadikan Allaha Taa’laya tujuh petala langit. Setelah itu maka ada lagi tinggal haba asap itu maka daripada itulah di jadikan Allaha Taa’laya matahari dan bulan dan bintang. Maka terbitlah daripada nyawa lidah api itu anginnya itupun bertiuplah di atas air lalu berombaklah  air itu. Maka jadilah daripada ombak itu buih maka daripada buih itu di jadikan Allaha Taa’laya tujuh petala bumi. Maka daripada ombak itu di jadikan Allaha Taa’laya segala bukit. Ada lagi tinggal air itu maka di jadikan Allaha Taa’laya segala laut maka sekeliannya di jadikan Allaha Taa’laya di dalam enam hari jua. Lagi akan datang sebut pada fasal kejadian langit dan bumi.

Dan pada satu riwayat yang mahsyur iaitu di jadikan Allaha Taa’laya sepohon kayu dan adalah bagi pohon kayu itu empat cawangnya maka di namai akan dia Shajarata Al Yaqoyana. Maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada rupa nur Mahamada itu seperti rupa merak maka di hantarkan akan dia di atas pohon kayu itu maka mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya kiranya tujuh puluh ribu tahun lamanya. Maka tatkala melihat merak itu akan dirinya di dalam hijab umpama dengan sebaik-baik rupanya dan elok parasnya maka lalulah akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu sujud ia daripadanya lima kali sujud. Maka jadilah sujudnya itu fardhu yang berwaktu maka di fardhukan Allaha Taa’laya sembahyang lima waktu atasnya dan segala umatnya.                                                       

Kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Taa’laya suatu pendil daripada akik yang merah menarus cahayanya daripada luar hingga sampai ke dalamnya maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada rupa Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti rupa yang di dalam dunia ini. Maka di hantarkan rupanya itu di dalam pendil itu lalu orang berdiri di dalam sembahyang maka segala nyawa itupun berkelilinglah daripada pendil itu serta mengucap tasbih dan tahlil dan sekeliannya kira-kiranya seratus ribu tahun lamanya. Kemudian maka di titahkan Allaha Taa’laya segala nyawa itu menilik kepada nur Mahamada itu maka mereka itupun meniliklah kepadanya. Barang siapa menilik kepada kepalanya maka di jadikan Allaha Taa’laya khalifah dan sultan dan setengah menilik dahinya maka di jadikan Allaha Taa’laya penghulu yang adil . dan setengahnya menilik matanya kedua maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu hafaz kalam Allaha dan setengahnya menilik pipinya kedua maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu baik parasnya dan elok lakunya amat budiman. Dan setengahnya menilik telinganya kedua maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu mendengar perkataan yang baik dan menurut pengajaran. Dan setengahnya menilik daripada hidungnya maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu ahli Al hikmat dan tabib. Dan setengahnya menilik bibir mulut kedua maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu menteri lagi manis mukanya. Dan setengahnya menilik kakinya kedua maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu utusan antara segala raja-raja. Dan setengahnya menilik dadanya maka di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu tawaduk dan menurut amar Allaha Taa’laya. Itulah adanya tiada fakir habiskan kalam.

Dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya pertama-tama yang di jadikan Allaha Taa’laya itu seperti sembah nabi Allaha Mawasaya (Musa) A’layaha Al Salama tatkala ia munajat demikian katanya “Hai tuhanku, apa yang pertama engkau jadikan daripada makhlukmu?”. Maka firmannya “Ya Musa, yang pertama-tama aku jadikan itu nyawa Mahamada kemudian daripada itu maka kujadikan Darata Al Bayadhoa dan adalah panjangnya kira-kira lima ratus tahun perjalanan dan lebarnya demikian jua. Kemudian daripada Darata Al Bayadhoa itu kujadikan tujuh puluh ribu negeri di dalam hawa berlapis-lapis dan luasnya tiap-tiap satu negeri itu kira-kiranya tujuh puluh ribu kian yakni tujuh kali dunia ini. Kemudian kujadikan pula di dalam tiap-tiap satu negeri itu daripada tujuh puluh ribu lagi tiada mereka itu daripada manusia dan jin dan malaikat. Maka firmannya Sabahana Wa Taa’laya Aku jadikan akan kamu sekelian maka mereka itupun jadilah berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya. Tiap-tiap seorang daripada mereka itu tujuh puluh ribu tahun lamanya maka adalah seorang daripada mereka itu berbuat derhaka akan daku maka aku hempaskan akan negerinya itu setengah dengan setengahnya maka jadi binasalah sekelian itu.

Kemudian daripada itu maka kujadikan pula delapan puluh ribu negeri kira-kiranya itu sepuluh kian dunia ini bersalahan selapis seperti antara langit dan bumi. Aku penuhkan akan dia daripada segala negeri itu dengan biji sawi putih kemudian daripadanya seekor unggas maka aku jadikan akan biji sawi itu yang hijau maka di makan daripada tiap-tiap setahun itu satu biji maka habislah ia maka unggas itupun matilah ia. Kemudian daripada itu maka aku jadikan pula dua puluh ribu laki-laki daripada cahaya maka tiada kujadikan dua orang satu masa hanya seorang jua. Kemudian daripada itu maka kujadikan Kalam maka Luh maka Arash maka Kursi. Kemudian daripada tujuh puluh tahun selangnya maka di jadikan segala malaikat kemudian daripada itu itu kira-kiranya tujuh puluh ribu tahun maka aku jadikan daripada syurga kemudian daripada itu maka neraka.

Kemudian daripada itu maka aku jadikan seorang laki-laki kunamakan akan dia Adam bukan bapa kamu Adam itu. Hai Musa, maka adalah hidup laki-laki itu kiranya sepuluh ribu tahun lamanya maka matilah ia. Kemudian daripada itu maka aku jadikan pula seorang laki-laki maka aku namakan akan dia Adam pula maka sentiasalah aku jadikan Adam kemudian daripada Adam itu. Maka adalah lama hidupnya tiap-tiap seorang daripada Adam itu sepuluh ribu tahun hingga kujadikan sepuluh ribu Adam lain daripada bapa kamu. Hai Musa, kemudian daripada itu maka aku jadikan bapa kamu Adam. Hai Musa itulah adanya”.

Pada suatu riwayat hadis bahawasanya yang dahulu daripada di jadikan Allaha Taa’laya daripada Darata Al Bayadhoa dengan Arash dan Kursi dan langit dan bumi dan syurga dan neraka dan di jadikan delapan puluh ribu negeri berlapis-lapis dan adalah luasnya daripada tiap-tiap satu negeri itu sepuluh kian dunia ini dan adalah berselangan antara satu lapis kepada satu lapis seperti antara langit dan bumi. Maka di penuhkan akan dia oleh Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan negeri itu dengan biji sawi yang putih maka di jadikan Allaha Taa’laya akan seekor unggas yang hijau maka firmannya “Makan olehmu akan barang yang ada di dalam segala negeri itu. Bahawasanya tiada engkau mati melainkan hingga habislah engkau makan akan dia sekelian biji sawi itu”. Maka di makannyalah akan biji sawi pada tiap-tiap hari satu biji kemudian daripada itu tiap-tiap bulan satu biji kemudian daripada itu pada tiap-tiap setahun satu biji hingga habislah sekelian biji sawi itu yang ada di dalam sekelian negeri itu hingga dengan takdir Allaha Taa’laya maka unggas itupun matilah.

Kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Sabahan Wa Taa’laya sepuluh ribu unggas maka sekelian unggas itu seperti hal unggas yang dahulu jua dan tiada di jadikan Allaha Taa’laya akan dia satu masa dua ekor melainkan mati seekor maka di jadikan seekor pula hingga habislah mati sekelian unggas itu jua. Kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya daripada dua ratus ribu laki-laki daripada cahaya dan adalah hidup ia tiap-tiap seorang daripada mereka itu kiranya sepuluh ribu tahun dan tiada di jadikan akan dia pada satu masa dua orang melainkan mati seorang dan di jadikan seorang hingga habislah mati sekelian mereka itu. Adapun kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan seorang laki-laki aku nama akan dia Adam dan adalah hidupnya kira-kiranya sepuluh ribu tahun lamanya.

Kemudian daripada itu kira-kiranya sepuluh ribu tahun antaranya maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan Arash. Dan kemudian daripada itu kira-kira sepuluh ribu tahun selangnya maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan Luh. Kemudian daripada itu kira-kira sepuluh ribu tahun perselangan maka di jadikan Allaha Taa’laya akan Kursi. Kemudian daripada itu kira-kiranya sepuluh ribu tahun antaranya maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan syurga. Kemudian daripada itu kira-kiranya sepuluh ribu tahun antaranya maka di jadikan Allaha Taa’laya neraka. 

Kemudian daripada itu kira-kiranya sepuluh ribu tahun selangnya maka di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan Darata Al Bayadhoa dan adalah rupanya seperti unggas maka menilik Allaha Sabahana Wa Taa’laya kepadanya dengan tilik hebat maka iapun lalu bergerak-geraklah seperti keluar asap dan air dan buih. Maka di jadikan Allah Taa’laya asap itu langit dan daripada air itu tujuh laut dan daripada buih itu bumi. Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya yang pertama di jadikan Allaha Taa’laya itu segala nyawa kemudian daripada itu maka segala malaikat yang menanggung arash. Kata Saa’yada bana Jabayara yang mahsyur bahawasanya pertama di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya itu Kalam dan Luh maka dakwat.

Dan pada suatu riwayat bahawasanya yang pertama di jadikan Allaha Taa’laya itu Kalam dan Luh dan tersurat di dalamnya barang yang lagi akan di jadi hingga hari kiamat. Kemudian maka di jadikan Allaha Taa’laya Darata Al Bayadhoa ertinya mutiara yang putih maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada mutiara itu air kemudian daripada itu maka di hantarkan Arash di atas air itu maka di jadikan Allaha Taa’laya Kursi. Kemudian daripada itu di jadikan Allaha Taa’laya hawa kemudian daripada itu di jadikan Allaha Taa’laya nyawa.                                           


Sumber: Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)

Wednesday, April 25, 2012

Kisah Nabi Adarayasa(Idris) A'layaha Al Salama


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Adapun mula-mula Akhorawaja jua kerana banyak ia mengaji kitab Allaha maka di namai akan dia Adarayasa(Idris) lagi amat tahu ia akan ilmu nujum. Maka Adarayasa itulah yang sedia kala berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya menyebut-nyebut Allaha pada malam dan siang. Bermula segala malaikat keramat Karaama Katabayana membawa amal segala anak Adam naik ke langit tiap-tiap pagi dan petang maka di lihat oleh Izrail tiap-tiap segala amal manusia itu sekeliannya kelam tiada bercahaya melainkan amal seorang jua yang bercahaya. Maka kata Izrail akan Karaama Katabayana itu “Amal siapa jua yang kamu bawa bercahaya-cahaya ini lain daripada itu sekeliannya pada pihak derhaka akan Allaha Taa’laya?” maka kata Karaama Katabayana itu “Bahawa di dalam bumi itu hanya seorang laki-laki inilah yang berbuat kebaktian kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya lain daripada itu sekeliannya berbuat derhaka jua pada Allaha Taa’laya”.

Maka ingatlah Izrail hendak bertemu dengan Adarayasa. Ia pohonkan izin kepada hendak pergi mengunjungi Adarayasa A’layaha Al Salama itu maka firman Allaha “Pergilah engkau kepada hambaku itu. Bahawasanya ialah yang ada berbuat kebaktian kepadaku di dalam bumi”. Maka pergilah Izrail mengunjungi nabi Adarayasa berupakan dirinya seperti rupa manusia maka tatkala datang ia kepada nabi Adarayasa lalu ia memberi salam. Maka disahut nabi Adarayasa salam Izrail itu. Hataya maka Adarayasa pun berjalan ke padang serta Izrail maka bertemu dengan kambing orang makan rumput di padang itu maka kata Izrail “Mari kita sembelih kambing orang ini” maka sahut Adarayasa “Tiada harus kita sembelih kambing orang ini dan tiada harus kita makan dagingnya kerana ia hak orang”. Maka berjalan pula keduanya lalu bertemu dengan sepohon anggur bergantungan buahnya maka kata Izrail “Mari kita ambil buah kayu ini”. Maka kata Adarayasa “Tiada harus kita ambil dan kita makan buah kayu ini kerana ia hak orang. Bahawasanya selamanya aku ini makan yang halal jua tiada pernah aku makan yang haram. Maka ini pula hendak kau suruh makan haram tiada aku mahu”.

Maka Izrail pun berjalanlah ke hadapan Adarayasa maka tiada di kenal Adarayasa akan dia maka kata Adarayasa “Dari mana tuan hamba datang ini. Tiadakah tuan hamba sekampung dengan kami atau di dalam negeri kamikah tuan hamba diam?”. Maka sahut Izrail “Hamba ada di dalam negeri ini” maka diam Adarayasa. Adapun kata segala Ahli Al Tafsir adalah Adarayasa itu mengajar segala kaumnya yang berbuat derhaka akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya maka di bantahi mereka itu akan dia dan di permaki mereka itu akan dia  seperti tiada mahu mereka itu membawa iman akan Allaha Taa’laya dan akan nabinya. Maka firman Allaha Taa’laya “Keluarlah engkau hai Adarayasa. Bahawasanya aku hendak menyeksa mereka itu”.

Maka keluarlah Adarayasa daripada kaumnya itu pergi ia berjalan pada segala pihak negeri maka kaum Adarayasa pun di matikan Allaha Taa’laya dengan seksa lapar. Hataya maka Adarayasa bertemu dengan Malaka Al Mawata (Raja Maut) maka memberi salam ia kepada Adarayasa maka di sahut Adarayasa salamnya maka bertanya Adarayasa kepada Malaka Al Mawata “Siapa engkau ini?” maka sahut Izrail “Aku seorang daripada hamba Allaha daripada antara hamba Allaha yang lain maka kasih aku akan dikau dengan kerana Allaha dan sangat hatiku hendak mengunjung dikau dan bersama  aku sertamu”.

Hataya maka berbuat ibadatlah Malaka Al Mawata serta nabi Adarayasa pada harinya datang itu maka tatkala petanglah hari maka dianugerahkan Allaha akan Adarayasa rezeki maka katanya akan orang sertanya itu “Marilah kita makan hai hamba Allaha”. Maka kata Malaka Al Mawata tiada aku kehendak lagi akan makanan itu”. Hataya maka berbuka puasalah Adarayasa setelah sudah Adarayasa makan maka berdirilah berbuat ibadat semalam-malamnya itu dan Izrail pun serta sembahyang dengan dia. Tatkala hampirlah akan siang maka mengantuklah Adarayasa lalu tertidur. Bermula Malaka Al Mawata tiada jua ia berhenti daripada berbuat ibadat akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya. Tatkala fajarlah hari maka bangkitlah Adarayasa mengambil air sembahyang maka sembahyanglah ia maka di lihatnya Izrail ada berdiri sembahyang maka sembahyanglah keduanya.

Setelah pagi-pagi hari maka berjalan keduanya berapa antaranya maka bertemu keduanya dengan sepohon kayu yang berbuah. Maka kata Malaka Al Mawata “Hai Adarayasa, ambil buah kayu itu akan bekalmu buka puasa”. Maka sahut Adarayasa “Sabahana Allaha Al A’zhoyama jika kuambil buah kayu itu adalah aku daripada orang yang berbuat dosa. Bahawasanya tuhanku jua yang menganugerahi rezeki akan daku dengan tiada terkira-kira adanya”. Maka berjalanlah keduanya hingga lalu petang hari maka dianugerahkan Allaha Taa’laya rezeki akan Adarayasa lalu ia buka puasa serta katanya “Hai hamba Allaha marilah kita makan buka puasa kerana hari sudah petang. Patut kita berbuka puasa” maka sahut Izrail “Tiada lagi aku berkehendak akan makanan itu”. Setelah sudah Adarayasa makan maka berdirilah Adarayasa berbuat ibadat dan Malaka Al Mawata pun berdiri sertanya sembahyang semalam dirinya itu tatkala hampirlah fajar maka mengantuklah Adarayasa lalu tertidurlah ia dan Malaka Al Mawata sembahyang jua ia. Setelah Adarayasa jaga mengambil air sembahyang lalu sembahyanglah ia serta Malaka Al Mawata maka terbit fajar.

Setelah sudah sembahyang maka berjalanlah keduanya tiada berapa jauhnya maka berdiri Adarayasa A’layaha Al Salama memandang kepada Izrail maka kata Izrail “Apa kau tilik akan daku. Bahawa aku mengenal akan dikau dan engkau tiada mengenal daku” maka sahut Adarayasa “Hai hamba Allaha, engkau ini bukannya manusia. Hendaklah kau katakana dirimu pada aku. Siapa engkau dan apa namamu dan apa pekerjaanmu bersama dengan aku ini. Bahawa tiadaku lihat engkau ini makan dan minum dan tiada engkau tidur dan tiada engkau mencari bekal akan makananmu supaya kuat anggota dengan dia”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Jika tetaplah hatimu jangan engkau takut akan daku. Nescaya kukatakanlah namaku padamu”.

Arakian tercenganglah Adarayasa mendengar kata Malaka Al Mawata “Akulah Malaka Al Mawata”. Demi di dengar Adarayasa kata Malaka Al Mawata maka gementarlah segala sendi tulangnya serta katanya “Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana. Hai Malaka Al Mawata datangmu ini akan mengambil nyawa akukah atau hendak mengunjungi dakukah?”. Maka sahut Izrail “Demi Allaha, tiada datangku ini akan mengambil nyawamu dan jika sekiranya aku dititahkan Allaha Taa’laya akan mengambil nyawamu nescaya tiada akan kuperlambat sekejap mata juapun hingga kukerjakan suruh tuhanku”. Maka kata Adarayasa “Demi Allaha Taa’laya telah gementar segala tulangku mendengar namamu ini kerana kerja tuan hamba akan mengambil nyawa orang juga”. Maka kata Malaka Al Mawata “Telah datang aku kepadamu ini kerana kulihat segala surat amal anak Adam sekeliannya berdosa dan kejahatan jua dalamnya. Maka kulihat pada suratmu tiada sesuatu dosanya juapun dan tiada kesalahan dalamnya melainkan kebajikan juga dan kebaktian jua. Maka kasihlah aku akan dikau kerana Allaha Taa’laya dan memohonkan izinku kepada tuhan seru alam hendak mengunjung dikau”.

Hataya maka berjalanlah keduanya tiada berapa lama maka berkata Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Hai Malaka Al Mawata, ada suatu kehendakku kepadamu”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Apa kehendakmu itu katakanlah kepada aku” maka ujar Adarayasa “Kehendakku barang kiranya kau bawa akan daku naik ke langit” maka sahut Malaka Al Mawata “Jika dengan izin Allaha Taa’laya hamba bawalah tuan hamba ke langit”. Maka Adarayasa pun minta doa kepada Allaha Taa’laya sembahnya “Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang menyampaikan segala kehendak hambamu dengan kemuliaan kekasihmu Mahamada yang kesudahan nabi lagi rasul”. Maka di dengar Malaka Al Mawata dan nabi Adarayasa suatu suara “Hai Izrail, barang kehendak hambaku Adarayasa itu turutkan olehmu”.

Hataya maka dibawa Malaka Al Mawata akan Adarayasa naik ke langit. Setelah sampailah ia ke langit maka di lihatlah segala isi langit itu maka berjalanlah keduanya di atas langit itu. Maka ujar Adarayasa “Ya Malaka Al Mawata, ada suatu lagi kehendakku pada barang kiranya kau ambil nyawaku supaya kurasai sakit mati itu”. Maka hairanlah Malaka Al Mawata mendengar kata Adarayasa demikian itu katanya “Sabahaana Allaha Wa Bahamadaha, bahawasanya segala malaikat yang menanggung arash sekeliannya pun takut mereka itu akan mati dan kehendak mereka itu barang luput daripada mati jua sebagaimana tuan hamba yang berkehendak akan mati ini?” maka sahut Adarayasa “Tiada mengapa yang demikian itu kerana yang mati itu tiada dapat tiada sahaja akan menerima ia jua akan dia maka sekarang kehendakku apabila sudah tuan hamba ambil nyawa hamba maka tuan hamba pohonkan kepada Allaha Taa’laya barang kiranya dikembalikan pula nyawa hamba kepada badan hamba kerana belum lagi ajal hamba supaya hamba berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya selama ada usia hamba”. Maka datang firman Allaha Taa’laya “Hai Izrail turutkanlah kehendak hambaku yang sangat ikhlas akan daku dan percaya akan kudratku”.

Setelah Izrail mendengar kata demikian maka diambilnyalah nyawa Adarayasa dengan takzimnya dan hormatnya. Setelah berhimpunlah nyawa Adarayasa itu kepada dadanya maka pengsanlah Adarayasa tiada lagi khabarkan dirinya maka dikeluarkan Malaka Al Mawata nyawa itu satu saat lamanya maka dikembalikan Malaka Al Mawata pula akan nyawa Adarayasa kepada badannya dengan kudrat Allaha Taa’laya maka hiduplah Adarayasa. Maka di sapu Malaka Al Mawata mukanya dan kedua matanya maka ujar Izrail “Betapa tuan hamba rasai mati itu?” maka ujar Adarayasa “Sa-nya tiada aif pada aku mati itu kerana aku mendapangkan diriku kepada tuhanku jua dan bertambah-tambah berahiku akan dia tetapi demikiankah kau ambil nyawa segala  makhluk seperti kau ambil nyawaku ini?”. Maka kata Malaka Al Mawata “Sa-nya tiada seorang juapun manusia kuambil nyawanya seperti kuambil nyawa tuan hamba ini dengan perlahannya”. Maka kata Adarayasa “Demi Allaha, sa-nya yang mati itu terlalu amat sakitnya tiada yang sebagainya seperti sakit mati itu jua”.

Hataya maka berjalanlah keduanya seketika maka berdiri Adarayasa katanya “Ya Malaka Al Mawata, bawa kiranya hamba ke langit yang ke tujuh”. Hataya di bawa Izrail akan dia naik pada langit yang ke tujuh kemudian kata Adarayasa “Hai Malaka Al Mawata, ada suatu kehendak hamba pula. Bawalah hamba kepada api neraka supaya melihat dia” maka hairanlah Malaka Al Mawata mendengar kata Adarayasa yang demikian itu serta katanya “Sabahaana Allaha Al A’zhoyama Wa Bahamada, ajaib sekali hambamu. Bahawasanya segala malaikat yang damping kepada Allaha Taa’laya amat takut mereka itu akan api neraka dan senantiasa dipohonkannya kepada Allaha Taa’laya barang diluput ia daripada api neraka”. Maka kata Adarayasa “Tiada mengapa bawa juga aku kepadanya barangkali kurasai hangatnya maka lari aku daripadanya”.

Hataya maka di bawa Malaka Al Mawata lah akan Adarayasa melihat neraka dengan firman Allaha Taa’laya. Setelah sampailah ia ke pintu neraka kata Izrail “Hai yang menjaga neraka, buka akan pintu neraka ini” maka melompat segala malaikat yang menunggui pintu neraka itu serta di bawanya rantai kekang dan belenggu dengan beberapa ular dan kala daripada api neraka dibawanya ke pintu itu kerana pada sangka mereka itu kalau di titahkan Allaha Taa’laya seorang di suruh seksai kepada mereka itu. Maka bertanya mereka itu “Siapa engkau yang di luar pintu ini?” maka sahut Izrail “Akulah Malaka Al Mawata”. Shahdan apabila di dengar mereka itu nama Malaka Al Mawata maka gugurlah dari tangan mereka itu belenggu dan kekang ular dan kala serta berkata mereka itu “Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana. Hai Malaka Al Mawata, bahawa di titahkan Allaha Taa’laya engkau kemari ini akan mengambil nyawa kami sekeliankah kerana tiada pernah tuan hamba datang kepada tempat ini”.

Maka sahut Malaka Al Mawata “Tiada dititahkan Allaha Taa’laya aku akan mengambil nyawa kamu sekelian dan jika dititahkan Allaha Taa’laya akan daku mengambil nyawa kamu nescaya tiada akan kupertangguhkan seketika jua pun melainkan kukerjakan akan dia. Sesungguhnya ada seorang hamba Allaha daripada segala hamba Allaha yang banyak. Bahawa ada pintanya padaku hendak melihat api neraka maka dititahkan Allaha Taa’laya aku membawa dia kemari. Bahawa laki-laki ini sebaik-baik hamba Allaha di dalam bumi”.

Maka kata mereka itu “Baiklah kamu perlihatlah akan dia berapa kehendaknya” maka menilik ia kepada Adarayasa katanya “Berapa kehendakmu melihat api neraka itu hai hamba Allaha yang benar tiada seorang juapun dahulu daripadamu yang hendak melihat azab Allaha Taa’laya yang amat besar seksanya ini”. Maka sahut Adarayasa “Barang sedikit jua sekira-kira dapat melihat dengan mata hamba maka di perlihatkan mereka itu kepada Adarayasa maka melihat Adarayasa akan api neraka itu terlalu bernyala-nyala serta dengan hitamnya lagi gemuruh bunyinya terlalu amat hebat seolah-olah ia akan menunukan isi langit dan bumi. Maka jadi pengsanlah Adarayasa tiada khabarkan dirinya lalu rebah maka sekira-kira didakap oleh Malaka Al Mawata akan Adarayasa. Setelah sembuhlah ia daripada pengsannya maka ujar Izrail “Tiadakah sudah kukata akan dikau bahawa tiada dapat engkau melihat azab Allaha api neraka itu” maka sahut Adarayasa “Tiada mengapa pada aku kerana takut aku akan tuhanku dan bertambah-tambah kasihku akan diri jua”.

Maka kembalilah keduanya dari sana maka kata Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Hai kekasihku ada suatu lagi kehendakku kepadamu”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Apa pula kehendakmu itu katakanlah kepada aku. Bahawasanya Allaha jua yang menyampaikan segala kehendakmu itu” maka ujar Adarayasa “Bahawa aku hendak melihat syurga dari kerana neraka pun telah kulihat sudah akan dia menilik syurga juga yang belum kulihat lagi supaya hamba lihat barang yang telah dianugerahkan Allaha Taa’laya akan segala hambanya daripada segala kemuliaan dan berbagai-bagai nikmat dalamnya”. Maka kata Malaka Al Mawata “Marilah kita pergi”.

Hataya pergilah keduanya ke pintu syurga setelah sampailah keduanya maka ujar Malaka Al Mawata “Hai Malaka Radhowaana, bukakan kamu pintu syurga ini” maka sahut yang menunggui pintu syurga itu “Siapa yang di luar pintu ini serta dibawa mereka itu segala pakaian syurga kerana di sangka mereka itu kalau di titahkan Allaha Taa’laya seorang masuk syurga”. Maka segala anak bidadari pun berlari-larian mendengar suara malaikat yang mengawal syurga itu bertanya kepada Malaka Al Mawata yang diluar pintu itu.

Maka kata Izrail “Akulah Malaka Al Mawata” serta di dengar mereka itu nama Malaka Al Mawata itu maka gugurlah barang yang ada pada tangan mereka itu daripada segala pakaian yang dibawa mereka itu maka ucap mereka itu Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana, bahawa engkau ini di titahkan Allaha Taa’laya kemari ini akan mengambil nyawa kamikah?”. Maka ujar Malaka Al Mawata “Tiada aku di titahkan Allaha Taa’laya akan mengambil nyawa kamu dan jika sekiranya aku di titahkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya aku mengambil nyawa kamu nescaya tiada kupertangguh barang seketika jua pun melainkan kukerjakan juga titah tuhanku itu tetapi datang aku kemari ini membawa seorang laki-laki hamba daripada antara segala hamba Allaha yang banyak”. Maka sahut mereka itu “Benarlah kata tuan hamba kami pun tahu akan tempatnya itu di dalam syurga”.

Hataya maka dibukakannya pintu syurga itu maka masuklah nabi Adarayasa ke dalam syurga maka dilihatnya dua sungai mengalir airnya terlalu juga deras dan terlebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada air madu dan ada pada tebing sungai itu pohon kayu batangnya daripada emas dan cawangnya daripada manikam dan buahnya daripada mutiara jenis sekelian. Maka ujar Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Beri izin aku minum air ini dan mengambil air sembahyang aku pada suatu sungai itu supaya kusembahyang dua rakaat salam dan mengucap syukur aku akan nikmat tuhanku”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Minumlah oleh tuan hamba” maka di minum Adarayasa air itu daripada susu itu dan mengambil air sembahyang daripada air madu itu maka mengucap syukurlah Adarayasa akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu ia sembahyang dua rakaat salam ia sembahyang maka ia berbaring-baring di bawah pohon kayu di dalam syurga itu. Maka kain selimutnya pada cawang pohon kayu itu.

Hataya maka tidurlah ia setelah jaga daripada tidurnya maka ujar Izrail “Marilah kita kembali” maka Adarayasa pun bangkit lalu berjalan hingga ke pintu syurga. Maka katanya kepada Malaka Al Mawata “Hai kekasihku bahawa kain selimut hamba tertinggal pada cawang pohon kayu itu. Nantilah hamba seketika di sini hamba pergi ambil kain hamba itu” maka kata Malaka Al Mawata “Pergilah tuan hamba”. Hataya maka pergilah Adarayasa mengambil kain selimut itu. Setelah sudah di ambilnya lalu ia berjalan-jalan pada tepi sungai itu maka Malaka Al Mawata pun datang kepada Adarayasa katanya “Marilah pulang”.

Maka sahut Adarayasa “Tiadalah aku mahu keluar didalam syurga ini dan sinilah aku berbuat ibadat akan tuhanku hingga datang kepada hari kiamat”. Maka kata Izrail ”Tiada berani hamba meninggalkan tuan hamba di dalam syurga ini dengan tiada izin Allaha Taa’laya kerana belum lagi segala anak Adam masuk syurga. Sungguhpun tuan hamba tertentu masuk syurga tiada sekarang melainkan pada tatkala sudah hari kiamat dan dikirai Allaha Taa’laya segala amalan kemudian daripada melalui atas neraka dan kemudian daripada mati maka boleh masuk syurga kekallah tuan hamba di dalam syurga”.

Arakian maka sahut Adarayasa “Ya Izrail jika tuan hamba katakan belum mati telah sudah hamba rasai mati kerana firman Allaha Taa’laya mati itu sekali jua tiada dua kali dan jika di kata hingga melalui neraka maka dapat masuk syurga. Bahawa akan hamba telah melihat neraka maka tiadalah hamba mahu keluar dari dalam syurga ini dan lagipun tiada dengan kuasa tuan hamba dan yang mengahwan syurga ini masukkan hamba ke dalam syurga ini dan mengeluarkan hamba daripadanya melainkan dengan kuasa tuhanku jua dan lagi tiada kuasa tuan hamba mengambil nyawa hamba dan berperolehkan kepada hamba api neraka itu melainkan dengan kehendak tuhan jua”.

Hataya maka datang firman Allaha Taa’laya “Ya Izrail, sebenarnyalah kata hambaku itu bahawasanya tiada kuasa engkau merasakan mati aka dia dan tiada kuasa engkau memasukkan dia ke dalam syurga dan mengeluarkan dia daripadanya. Biarkanlah hambaku Adarayasa itu diam di dalamnya. Sa-nya bahawa syurga itu akan tempat segala hambaku yang berbuat ibadat akan daku maka itulah balasnya lagipun sahaja tempatnya jua di dalam syurga itu. Maka suruhkan ia pergi diam pada tempatnya yang kutaruhkan ia itu seperti firman Allaha Taa’laya Yaa Adanaya Qoda Faa’la Wa Yaasaraya Qodakhola. Sebenarnya kata hambaku Adarayasa itu sa-nya tempatnya yang kekal di dalam syurga itu. Biarkanlah ia diam di dalamnya”.

Maka tatkala di dengar Malaka Al Mawata firman Allaha Taa’laya itu maka ujar Izrail “Ya Adarayasa, adakah tuan hamba dengar firman Allaha?” maka sahut Adarayasa “Bahkan hamba dengar seperti firman Allaha Taa’laya Ana Hazaha Al Hanaana Haramata A’laya Al Anabayaa Hataya Yadakhola Khoatama Al Anabayaa Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama, Bahawasanya syurga itu haram atas segala nabi masuk di dalamnya jika belum lagi masuk Khotama Al Anabayaa Mahamada Rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Qoala Allaha Taa’laya Wa Azakara Faya Al Kataaba Adarayasa Anaha Kaana Shodayaqoa Nabayaa Wa Rafadhonaaha Masakaanaa A’layaa ertinya Telah kami sebutkan padamu ya Mahamada hikayat Adarayasa bahawasanya adalah ia daripada orang yang benar lagi nabi dan kami angkatkan akan dia kepada tempat yang tinggi.

Adapun Adarayasa tatkala sudah ia pergi melihat tempatnya di dalam syurga itu maka firman Allaha Taa’laya “Hai hambaku Adarayasa kerana di dalam syurga ini bukan tempat berbuat ibadat melainkan tempat kesukaan jua dan tempat mengadap ke hadrat tuhanmu maka apabila sudah kau lihat tempatmu itu pergilah engkau adapun kepada langit yang tujuh itu. Disanalah engkau mengucap tasbih akan daku itulah akan mengiang akan dikau seperti segala malaikatku sekelian. Pujilah olehmu akan daku dan berbuat ibadatlah engkau kepada aku hingga kepada hari kiamat. Hataya maka pada tempat itulah nabi Allaha Adarayasa A’layaha Al Salama terhantar sekarang.

Bermula segala anak cucu Adarayasa yang tinggal di dalam dunia sekeliannya bercinta dengan tangisnya akan bapanya Adarayasa kerana bercerai dengan dia itu. Maka ada seorang anaknya Manawa Sakaha namanya dan ialah yang sangat bercintakan bapanya. Pada suatu hari datang Iblis a’layaha laa’nata berkata ia akan anak Adarayasa “Jika kamu hendak akan menetapkan hati kamu daripada percintaan kamu oleh bercerai dengan bapa kamu itu. Maka kamu perbuatlah olehmu seperti rupa bapa kamu maka tiap-tiap hari kamu kunjungi dengan kamu puji akan dia. Jangan lagi gholi daripada mengunjungi dia”. Maka diperbuat mereka itulah seperti pengajaran Iblis itu maka makin bertambahlah sesat mereka itu hingga datang kepada anak cucu mereka itupun menurut mereka itu perbuatan Mahalayala mengikut kata Iblis itu hingga makin banyaklah segala anak cucu Adam menyembah berhala. Tiadalah di dalam bumi seorang jua pun menyembah Allaha Sabahana Wa Taa’laya dan beberapa lamanya hingga kepada empat ratus tahun maka di jadikan Allaha Taa’laya Nawaha(Nuh) A’layaha Al Salama akan mengajar mereka itu jangan menyembah berhala dan sembah oleh kamu Allaha tuhanmu yang esa seperti menyembah bapa kamu Adam A’layaha Al Salama.           

Sumber : Kitab Al Qoshosho Al Anabayaa