Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, June 30, 2012

Sifat Syurga Serta Isinya


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Al Baaba Al Tsaanaya Faya Bayaana Shofata Al Janata Wa Ahalahaa

Bermula bab yang kedua belas pada menyatakan sifat syurga serta keadaan isinya. Qoala Allaha Taa’laya Wa Azaa Raayata Tsama Raayata Naa’maa Wa Malakaa Kabayaraa Alayaha berfirman Allaha Taa’laya Dan apabila engkau lihat di sana engkau lihat akan nikmat dan kerajaan yang amat besar. Dan cerita daripada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama apabila tetaplah segala isi syurga firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril, bawa olehmu kepadaku syurga yang bernama Hazhoyarata Al Qodasa aku hendak permuliakan hambaku” maka sembah Jibril “Di mana tempatnya ya tuhanku”. Maka firmannya pada syurga Kholadaya maka berjalanlah mereka itu maka bertemulah dengan syurga A’dana tiada pernah Jibril melihat syurga besar seperti itu dan ada seorang malaikat itu mengawal pintunya. Telah berkata Abana A’baasa “Demi Allaha yang kuasa tiada tuhan hanya ia, jikalau di angkatkan dua kakinya daripada tempatnya jika di jatuhkannya ke dalam dunia ini nescaya penuhlah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi”.

Maka memberi salam Jibril kepadanya dan jawabnya salam baginya dan berkata ia “Siapa engkau ini” maka berkata Jibril “Aku Jibril rasul Raba Al A’alamayana” maka berkata malaikat itu “Sabahaana Allaha, ada yang bernama Jibril tiada pernah kedengaran segala-gala”. Maka kata malaikat “Kemana engkau datang ini” kata Jibril “Aku datang kepada syurga ini” maka berkata Jibril “Telah di jadikan Allaha Taa’laya delapan syurga”. Maka berkata ia “Siapa yang mengawal syurga itu” maka kata Jibril “Malaka Ridhwan yang mengawal syurga itu” maka kata ia “Sabahaana Allaha, tiada kusangka bahawasanya adalah Allaha Taa’laya menjadikan syurga lain daripada ini syurga”. Maka berkata ia “Apa engkau kehendak kemari” maka kata Jibril “Di titah oleh tuhanku mengambil Hazhoyarata Al Qodasa maka di mana ia sekarang” maka sahut mereka itu “Inilah yang bernama Hazhoyarata Al Qodasa”.

Maka di tilik oleh Jibril dari bawahnya lalu sampai ke puncaknya tiadalah tahu bilangannya melainkan Allaha Taa’laya jua yang mengetahui dia maka kata Jibril “Aku kehendak menanggung dia aku bawa ke hadrat Allaha Taa’laya” maka kata malaikat itu “Siapa serta kamu” maka kata Jibril “Tiada seorang serta aku dan aku tanggung akan dia dengan Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama” kemudian di tanggung akan dia oleh Jibril dengan mahligainya dan pohon kayu di dalamnya di bawa kehadapan Allaha Taa’laya. 

Maka di suruh Allaha Taa’laya akan Jibril naik kepada puncak mahligai maka panggil nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya Mahamada marilah engkau dan segala nabi dan segala mukmin kepada Dhoyaafata Raba Al A’alamayana” dan dengan kemuliaannya. Maka berjalanlah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan segala anabayaa semuanya dan segala mukmin dan panji-panji meliput akan payung rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka berseru-seru Jibril “Hai segala isi syurga, marilah kamu sekelian mengiringi rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama kepada perjamuan Allaha Taa’laya”.
Maka terdengarlah suara itu kepada yang jauh dan yang hampir maka turunlah sekelian mereka itu di atas mahligainya dan berjalanlah mereka itu maka masing-masing dengan kenderaannya dan adalah kelakuan berjalan itu bersaf-saf maka apabila lalu nabi Allaha dan segala anabayaa dan sekelian makhluk semuanya. Maka kayu yang di dalam syurga itu undur ia sendirinya supaya jangan binasa saf mereka itu maka adalah berjalan mereka itu melalu Showara Fadhota yakni kota perak kemudian maka mahligainya daripada yaakut kemudian maka sampailah kepada Hazhoyarata Al Qodasa atas perjalanan sepuluh ribu tahun jauhnya. Maka bertemu tiap-tiap seorang daripada mereka itu mahligainya yang tersurat pada pintu mahligainya itu namanya maka melihatlah segala yang indah-indah dalamnya dan duduklah di atas kerusi. 

Kemudian maka berkata Allaha Taa’laya “Hai Jibril, bawa olehmu hamparan itu ke hadapan hambaku” maka di bawa oleh Jibril hamparan kehadapan khalayak yang banyak daripada Lawalawa adalah panjangnya hamparan itu sepuluh ribu tahun perjalanan. Kemudian maka di bawa Jibril keatas hamparan akan makanan yang tiada di masak dengan api maka makanlah mereka itu terlalu nikmat makanan. Maka di bawa pula oleh malaikat kehadapan mereka itu tujuh puluh warna daripada makanan tiada menyerupai setengah daripada setengahnya maka makanlah sekelian dan adalah makanan itu sekali makan bertambahlah lazatnya sekali lagi di makan lebih pula lazatnya daripada dahulunya demikianlah selama-lamanya. Maka apabila sudah ia makan maka berkata Allaha Taa’laya “Beri olehmu piala yang berisi laban dan a’sala dan khamar dan zanjabil” maka minumlah mereka itu dengan bersuka-sukaan kemudian di beri air semata-mata. 

Bermula tiada ada makan segala isi syurga itu kerana laparnya dan tiada minum kerana dahaganya adalah makan mereka itu kerana lazat semata-mata dan nikmat maka apabila selesai daripada makan dan minum maka berkata Allaha Taa'laya "Ya malaikatku, perpakaikan olehmu sekelian mereka itu” maka di perpakaikan oleh malaikat baju yang bersela-selahan warnanya. Maka tiadalah seorang daripada mereka itu dipakaikanlah memakai tiap-tiap seorang tujuh puluh lapis baju dan iaitu terlebih ringan daripada memakai selapis di dalam dunia ini. Kemudian maka di pakaikan gelang daripada yang di perbuat oleh laki-laki pada perempuan demikian jua kerana ia duduk bersama-sama dengan Siti Fathomaha Al Zaharaa kemudian maka di pakaikan mahkota daripada baiduri dan yaakut dan tiap-tiap satu pakaian jikalau di bawa akan dia ke dalam dunia ini nescaya terang olehnya lebih daripada cahaya matahari dan bulan. 

Kemudian maka di pakaikan cincin dan tiap-tiap seorang daripada mereka itu sepuluh cincin dan adalah tiap-tiap suatu cincin itu tersurat dalamnya ayat daripada kitab Allaha menunjukkan kemuliaan dalam syurga. Maka cincin yang pertama tersurat atasnya Salaama A’laya Kama Thobama Faadakholawahaa Kholadayana dan pada cincin yang kedua tersurat atasnya Adakholawahaa Basalaama Amayana dan pada cincin yang ketiga tersurat atasnya Wa Talaka Al Janaha Alataya Awa Ratsatamawahaa Bamaa Kana Tama Taa’malawana dan pada cincin yang keempat tersurat atasnya Lakama Fayahaa Faakahata Katsayarata Manahaa Taakalawana dan pada cincin yang kelima tersurat atasnya Ana Al Mataqoyana Faya Zholaala Wa A’yawana dan pada cincin yang keenam tersurat atasnya Ana Al Mataqoyana Faya Janaata Wa Nahara Faya Maqoa’da Shodaqo A’nada Malayaka Maqotadara dan pada cincin yang ketujuh tersurat atasnya Al Hamada Lalaha Alazaya Shodaqonaa Waa’daha dan pada cincin yang kedelapan tersurat atasnya Ana Ashohaaba Al Janata Al Yawama Faya Shaghola Faakahawana dan pada cincin yang kesembilan tersurat atasnya Matakayana A’lata Sarara Mataqoabalayana dan pada cincin yang kesepuluh tersurat atasnya Nabaya A’baadaya Anaya Anaa Al Ghofawara Al Rahayama

Maka apabila selesai daripada demikian itu maka berkata Allaha Taa’laya “Ya Jibril, beri jua bau-bauan kepada hambaku” maka di datangkan seekor burung maka di bukakan dua sayapnya di dalam keduanya itu adalah kasturi dan ambar maka di percikkan pada tubuh sekelian isi syurga maka berkata Allaha Taa’laya “Hai hambaku, adalah lagi pada aku pintamu pada aku memberi” maka sembahnya sekelian mereka itu “Naa’ma, ya tuhanku adalah janjimu dalam kitab Al Azayaza engkau turunkan kepada nabimu bahawasanya engkau beri melihat wajahmu yang mulia” maka berseru-serulah daripada Allaha Taa’laya kepada malaikat Qoraba Manabaraya yakni hampir olehmu minbarku dan iaitu yaakut yang merah tingginya lima ratus tahun perjalanan. 

Maka di panggil nabi Allaha Musa naik keatas “Baca olehmu Tawaraata” maka membacalah Musa apabila sudah membaca maka turunlah Musa. Maka di suruh pula nabi Allaha Isa naik keatas minbar membaca Anajayala maka membacalah nabi Allaha Isa apabila sudah membaca lalu turun. Maka di suruh pula nabi Allaha Daud naik keatas minbar membaca Zabawara dengan terlalu baik suaranya maka membacalah kitab Zabur dengan tujuh jenis macam suaranya. Maka tercenganglah segala khalayak yang banyak daripada sangat baik suaranya maka apabila sudah ia membaca lalu turun daripadanya. Kemudian menyuruh Allaha Taa’laya kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama naik keatas minbar “Baca olehmu dan sekelian umatmu dan segala anabayaa dan segala pesuruh” maka naik rasul Allaha keatas minbar lalu membaca ia Qoraana terlalu baik suaranya yang tiada pernah di dengar orang sekelian yang seperti demikian itu maka lalilah segala khalayak yang banyak dengan hal itu. 

Maka apabila selesai daripada demikian itu maka di angkatkan hijab yang kecil keluarlah daripadanya angin yang di namai Habawaba maka kenalah bau angin itu daripada kasturi dan anbar. Kemudian di angkatkan pula hijab yang besar maka menilik sekelian kepada Allaha Taa’laya A’za Wa Jala atas kebesarannya dan kemuliaannya tiada dengan Anamajahata dan iaitu Layasa Kamatsalaha Shayaa Wa Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyara. Maka memulai Allaha Taa’laya memberi salam kepada hambanya maka berkata ia Al Salaama A’laya Kama Yaa Awalayaa Wa Ahabaa Haqoa maka berkata mereka itu “Alahanaa Wa Sayadanaa Wa A’zanaka Wa Jalaalaka Maa A’badanaaka Haqo A’baadataka maka engkau beri izin kepada kami sujud kepadamu”. Maka berkata Allaha Taa’laya “Hai hambaku, bukan hari ini rukuk dan sujud sungguhnya sujud dosanya di dalam dunia. Adapun negeri ini tiada di dalamnya berbuat ibadat dan kemuliaannya bahawasanya aku izinkan kepadamu sujud sekali” maka sekeliannya sujud kepada Taa’laya dengan sekali sujud. 

Maka tiadalah tinggal di dalam syurga pada ketika itu melainkan segala pohon kayu dan segala bidadari sujud jua maka adalah lama sujud mereka itu setahun. Maka berkata Allaha Taa’laya “Hai segala hambaku, angkatkan kepala kamu” maka bangkitlah daripada sujud. Maka sembah sekelian mereka itu “Ya tuhanku, bukan sujudku menghendak akan suatu yang lain daripada redha kepadamu” dan berfirman Allaha Taa’laya kepada sekelian mereka itu “Adakah redha kamu daripada aku” maka sembah sekelian “Betapa kami redha seperti firman Allaha Taa’laya Radhoya Allaha A’na Hama Wa Radhowaa A’naha Redhalah Allaha Taa’laya daripada mereka itu dan mereka itu redha kepadanya. 

Wa Qoala Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama Laa Tamara A’laya Ahala Al Janata Saaa’ta Alaa Azadaada Wa Anaa’yama Hama Wa Laa Tamara A’laya Ahala Al Naara Saaa’ta Alaa Azadaada Aa’zaaba Hama Dan telah bersabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama tiada lalu atas orang isi syurga itu suatu ketika melainkan bertambah-tambah nikmat mereka itu dan tiada lalu atas isi neraka suatu ketika melainkan bertambah-tambah seksanya sehingga kami minta lepas akan Allaha Taa’laya daripada api neraka dengan kurnianya dan rahmatnya. Inilah kemuliaan orang isi syurga adalah ia berkunjung-kunjung sekelian mereka itu.

Bermula pada hari Sabtu sekelian anak mengunjung ibu bapanya dan pada hari Ahad sekelian bapa bermain-main kepada anaknya dan pada hari Isnin murid mengunjung guru-gurunya dan pada hari Selasa guru-guru bermain-main kepada muridnya dan pada hari Rabu sekelian umat mengunjung nabi Allaha dan pada hari Khamis sekelian nabi mengunjung nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan pada hari Jumaat sekelian nabi Allaha dan rasul Allaha ke hadrat Allaha Taa’laya maka datanglah hidangan Kholadaya itu lalu di makan oleh sekelian mereka itu daripada bagai-bagai nikmatnya cita rasanya daripada barang yang di keingini nafsunya. Inilah kemuliaan orang yang di dalam syurga maka datanglah piala daripada cahaya yang berisi minuman Sharaaba Thohawaraa dan terhantar ia dalamnya kasturi. Maka tersurat segala nama mereka itu yang meminum dia maka datanglah piala itu menuangkan sendirinya. Maka apabila di minum oleh mereka itu jadi mabuklah sekelian mereka itu maka tajalilah Jala Sabahanaha Taa’laya dengan tajali Jamala maka pengsanlah ia sekelian mereka itu tiadalah cederakan dirinya daripada laqoa Allaha Taa’laya dengan sempurna nikmat rasanya bagi mereka itu.

Maka berseru-seru segala anak bidadari di dalam syurga itu maka iaitu “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, ya tuhanku jikalau lagi akan kau ambil segala walimu itu daripada kami kenapa dahulu kau beri kiranya kepada kami sekarang menjadi binasalah hati kami”. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai segala kekasihku, telah sempurna nagarahku akan kamu sekarang kembalilah kamu ke dalam syurga kerana segala anak bidadari bertangis-tangisan daripada ia bercerai dengan kamu” maka sembah segala mereka itu “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, Ya tuhanku jikalau lagi akan kau jadikan daripada hadratmu akan api kiranya kau pertunjukkan hukum kepada kami”. Maka adalah di nagarahkan Allaha Taa’laya satu Jumaat sekali tajali akan sekelian mukmin yang am dan akan mukmin yang khas sehari sekali tajali. 

Bermula wali Allaha yang Kamala Makamala sentiasa muqabalah pada hadrat Allaha Taa’laya jua maka kembalilah segala isi syurga maka segala bidadari dalam syurga itu bersuka-sukaan sentiasa dengan bersenda gurau. Qoala Allaha Taa’laya Laa Yasamaa’wana Fatahaa Laghowaa Wa Laa Taatsayamaa Alaa Qolayalaa Salaamaa Salaamaa yakni di dalam syurga itu bergurau-gurau dan bersenda-senda tiada menjadi dosa lagi melainkan kami mereka itu sejahtera jua tiadalah menjadi salah dan tiadalah ia mati selama-lamanya kekal baqo.

Bermula mahligai di dalam syurga itu kelihatan barang yang di dalamnya dan di luarnya maka di ketahuinya. Bermula isyarat malam dengan terhalur tirainya dan isyarat siang dengan bersambut tirainya. Bermula isi syurga seorang tujuh puluh perhiasannya dan bertukar-tukar seketika tujuh puluh warnanya maka suaminya menilik pada muka isterinya dan isterinya menilik pada muka suaminya. Demikianlah tiada bersalahan lagi penglihatnya dan badannya tiada berbulu melainkan pada keningnya dan bibir matanya dan rambut yang terbit itu jadi menambahi eloknya sehari-hari bertambah baik parasnya. Maka di nagarahi Allaha Taa’laya kuat orang isi syurga itu seperti seratus orang yang di dunia itu kuatnya dan di lebihkan Allaha Taa’laya kuat orang isi syurga pada makannya dan minumnya dan jimak pada segala hari yang sehari-hari demikian bertambah-tambah kuatnya.

Maka datang malaikat menjunjung tabak daripada nur dan tutupnya daripada nur maka berseru-seru malaikat maka katanya “Hai segala wali Allaha inilah hidangan daripada raja yang hidup tiada mati”. Beberapa malaikat berseru-seru tiada di sahutnya maka iapun kembalilah ke hadrat Allaha Taa’laya menjunjung hidangan itu maka sembahnya “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, ya tuhanku telah pergilah aku kepada sekelian walimu menjunjung tabak itu. Berapa aku seru-seru sekelian walimu di sahutnya pun tiada kerana segala walimu bersuka-sukaan dengan bidadari dan anak-anakan syurga dan segala ghulam suruh-suruhan orang dalam syurga”. 

Maka firman Allaha Taa’laya “Pergi pula kamu hantarkan hidangan itu akan segala waliku” maka di bawanya pula kepada segala isi syurga hidangan itu di sambutnya dengan takzimnya oleh mereka itu dan makanlah oleh mereka itu barang yang ada dalamnya barang yang keinginan nafsu mereka itu. Bermula yang di ambil oleh mereka itu sebuah delima maka di pecahnya oleh mereka itu buah delima itu maka keluarlah bidadari dalamnya sebanyak biji delima itu demikianlah akan nikmatnya sekelian wali Allaha itu maka beberapa jadi rasanya demikianlah nikmatnya. Bermula isteri orang yang di dalam syurga itu yang sentiasa yang berbuat bakti akan suaminya tatkala di dalam dunia maka perempuan itulah akan penghulu bidadari dalam syurga dan parasnya pun terlebih baik daripada segala anak-anakan bidadari itu. 

Bermula anak kafir yang belum baligh maka mati lagi kecil melainkan menjadi anak-anakan syurga. Bermula di titahkan Allaha Taa’laya kepada mereka itu tujuh puluh hidangan mutiara dan yaakut adapun di dalam hidangan itu tujuh puluh ribu warnanya yang jadi rasanya. Bermula makanan itu di permasak tiada dengan api setelah itu maka di makan oleh mereka itu dengan sekelian anak isterinya mereka itu barang yang di kehendak nafsu mereka itu yang nikmat-nikmat yang lazat-lazat jadi rasanya. Bermula setelah sudah di makan makanan itu maka mereka itupun masuklah ke dalam khalwat mengambil lazat dengan isterinya. 

Dan apabila ada mereka itu melihat burung terbang yang di dalam syurga maka hendaklah ia memakan dia maka gugurlah burung itu di hadapannya maka di makan oleh mereka itu. Setelah sudah di makannya maka burung itupun terbang ke udara maka burung itupun berkata “Hai segala wali Allaha, akulah burung yang menjadi makanan dan akulah menjadi tanaman syurga dan akulah yang di minum air Salasabayalaa dan buah-buahan. Jikalau kita kehendak memakannya ia maka menjatuhkan dirinya berhalau-halauan barang kerana telah di makan maka kembali pula di tunggul kayu demikianlah kemuliaan orang yang di dalam syurga itu.

Tama Hazaa Al Kataaba iaitu hadis yang bernama Tanabayaha Al Ghoafalayana pada waktu A’shaa pada malam Selasa tiga hari bulan Shaa’ban pada tahun seribu tiga ratus enam hijrat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama.                              

Friday, June 29, 2012

Kebangkitan Hari Kiamat

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Baaba Al Haadaya A’sharafaya Ahawaala Yawama Al Qoyaamata
Bermula bab yang kesebelas pada menyatakan hari kiamat dan cerita daripada Abana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa berkata ia lagi akan menangis segala isi langit dan bumi akan di binasakan empat puluh tahun tiada di dalamnya itu melainkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada hal berseru-seru ia “Siapakah raja pada hari ini” maka menjawab ia sendirinya yang maha mulia “Akulah tuhan yang esa yang terlebih Qohar”. Kemudian maka di turunkan oleh Allaha Taa’laya angin maka tiada tinggal dalam bumi ini segala bukit dan tiada lagi sungai melainkan pada ketika itu jadikan Allaha Taa’laya akan dia sama rata seperti firmannya Wa Yasaalawanaka A’na Al Jabaala Faqola Yanasafahaa Rabaya Nasafaa Fayazarahaa Qoaa’a Shofashofaa Laa Taraya Fayahaa A’wajaa Wa Laa Amataa Faya Naadaya Al Jalayala Hala Jalalaha Abana Al Malawaka Alaya Akhora.
 
Berseru-seru tuhan yang amat keras daripada kekerasan “Di manakah segala raja-raja dan segala anak raja-raja dan manakah raja-raja yang dahulu yang terlalu keras dan mana segala mereka itu yang menyangka mereka itu ada tuhan yang lain daripada aku” kemudian maka di gulung langit dan bumi dengan tiada kifayat. Kemudian maka berfirman pula “Di mana sekarang segala Yahudi dan Nasrani dan di mana segala mereka itu yang memakan rezeki aku dan menyembah yang lain daripada aku dan menyangka mereka itu bahawasanya bagiku sekutukan pada pekerjaanku. Bahawasanya akulah tuhan tiada tuhan yang lain hanya aku”.
Maka di kembalikan ruh segala malaikat dan berkata ia kepada Jibril “Hai Jibril, katakan olehmu kepada Malaka Radhowaana (Ridhwan) suruh penghias syurgaku hendak membalaskan segala hambaku yang berbuat taat kepadaku dan katakan olehmu kepada Malaka Al Zabaanayata (Zabaniah) suruh sedia nerakaku hendak membalaskan segala hambaku yang derhaka kepadaku” seperti firmannya dan berkata bagi Mikail “Gentangkan olehmu Mizan yang adil antara segala makhluk yang banyak” seperti firmannya berkata kepada Israfil Wa Nafakho Faya Al Showara Bagi segala khalayak yang banyak dalam Mahsyar maka di tiup oleh Israfil maka berkata Allaha Taa’laya kepada Jibril “Hai Jibril, pergilah engkau kepada mawaqaf daripada segala malaikat dalam syurga dan suruh olehmu akan Ridhwan beri kepadanya makota yang besar dan pakaian daripada baju dan kain dan beri panji-panji Luk Al Hamada yang aku persalinkan kepada kekasihku Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama” maka mengambillah Jibril akan makota dan panji-panji itu dan Mikail membawa kain pakaian dan selimut dan Israfil membawa baju dan kaus dan Izrail membawa Boraq dan berhentilah mereka itu antara langit dan bumi.

Maka berkata Jibril “Mana bumi dunia dan mana kubur rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama” maka bergerak-geraklah bumi dan terbuka kubur rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka tiba-tiba rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama di lihatnya dengar daripada kuburnya dan menyapu-nyapu nabi akan tanah daripada kepalanya. Maka duduk nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama di atas kepala kuburnya kemudian maka ia menilik ke kanan dan ke kiri pada hal tiada di lihatnya suatu daripada kampong dan rumah. Maka di lihatnya ada Jibril sertanya maka bersabda ia kepadanya “Hai Jibril, apa hari ini” maka sembah Jibril “Inilah hari engkau memberi syafaat kepada umatmu” maka sabda nya “Di mana sekarang segala umatku mudah-mudahan engkau tanggalkan mereka itu dalam azab, aku kehendak engkau khabarkan kepadaku”. Maka sembah Jibril A’layaha Al Salama “Demi kemuliaan tuhanku, tiada seorang daripada hamba Allaha yang di bangkitkan dahulu daripada tuan hamba” kemudian maka di bawa oleh malaikat segala pakaian itu kehadapannya lalu di pakaikannya maka Boraq pun di bawanya kehadapannya.
Maka berkata rasul Allaha “Ya Jibril, di mana segala sahabatku” maka berseru-seru Jibril “Hai segala ruh yang suci kembalilah kamu kepada jasad yang zahir” maka  berdirilah Abawa Bakara dan A’mara radhoya Allaha a’nahama maka di berikan akan pakaian mereka itu daripada makota yakni Qolata Qomara dan baju dan serawal maka naik keduanya mengiringi rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Kemudian berjalan mereka itu kepada bumi yang putih dan iaitu Bayata Al Maqodasa dan adalah jauh perjalanan itu empat puluh tahun lamanya. Maka berhentilah di sana Jibril duduk sebelah kanan nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan Mikail duduk duduk dari sebelah kirinya dan Abawa Bakara dan A’mara duduk di hadapannya.

Kemudian maka berkata Allaha Jala Jalalaha “Ya Israfil Anafakho Faya Al Showara maka di tiupnya sekali lagi maka berbunyilah sangkakala itu “Hai segala tulang yang patah-patah dan segala kulit dan daging yang hancur itu berdirilah kamu dan segala yang di makan burung dan yang di makan oleh ikan dan yang di atas bukit dan yang dalam bumi sanya yang dalam laut” maka bergerak-gerak segala bumi dan keluarlah segala mereka itu di kembalikan kepada jasadnya. Maka datanglah ruh segala mukmin kepada jasadnya maka berkata jasad “Hai ruh yang takut akan tuhannya sempurnalah engkau maka aku sempurnalah” dan berkatalah segala ruh yang kena azab bagi jasadnya yang kena azab yang celaka kejadiannya “Binasalah engkau dan binasalah kami” maka masuklah sekelian ruhnya kepada jasadnya dan berhimpunlah mereka itu atas kira-kira amal mereka itu seperti firmannya Yawama Nahashara Al Mataqoyana Alaya Al Rahamana Wa Qoda Awa Nasawaqo Al Majaramayana Alaya Jahanama Waradaa.
 
Maka berjalanlah mereka itu  daripada setengahnya. Adapun pada tatkala itu menilik khalayak yang berjalan itu maka adalah kelakuan berjalan mereka itu atas kira-kira amal mereka itu dan melihat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan suatu kaum maka berkata ia kepada Jibril “Adakah sekelian itu umatku” maka sembah Jibril “Tiada di sana ya rasul Allaha”. Kemudian datang suatu kaum yang amat banyak yang memenuh segala padang maka berkata nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Inilah umatku ya Jibril” maka sembahnya “Inilah ya rasul Allaha maka hampirlah kita kepadanya” lalu ia bersabda kepadanya “Betapa kelakuan kamu di bawah seksa” maka menangislah mereka itu maka menangis pula nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama.
Kemudian maka firman Allaha Taa’laya kepada segala malaikat yang menanggung Arash “Bawa olehmu Arash ini kepada bumi Al Qiamat sanya aku hukumkan antara segala malaikat yang menanggung hambaku” seperti firmannya Wa Yahamala A’rasha Rabaka Fawaqo Hama Yawamaza Tsamaanayata berfirman Allaha Taa’laya pula “Ya Jibril, segala memberi Arash dari kanannya dan kirinya dan di keluarkan Hawadho Anabayaa itu tiap-tiap seorang melainkan Hawadho nabi Sholeh A’layaha Al Salama” maka bahawasanya Hawadhonya itu bersuasa maka firman Allaha Taa’laya kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya Mahamada sungguhnya kami hukumkan antara segala makhluk pada hari ini dengan syariat kami dengan seksa dan Mizan” kemudian maka berfirman Allaha Taa’laya “Akulah raja pada hari ini tiada aku mengubahkan janjiku maka jika mengubahkan nescaya adalah aniaya”.
Maka berkata ia kepada Malaka Zabaniah “Sediakan olehmu neraka Jahanam itu” maka bernyala-nyala neraka pada ketika itu maka menangis Jibril maka berkata Zabaniah “Mengapa engkau menangis hai Jibril” maka berkata Jibril “Betapa kami menangis bahawasanya Allaha Taa’laya terlalu murkanya kepada hambanya menyuruh sediakan neraka” maka menangis yang amat sangat. Maka bertanya Malaka kepada Jibril “Hari apa ini” maka kata Jibril “Hari kiamat” dan berkata Malaka Zabaniah “Di mana sekarang Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan segala umatnya” maka sahut Jibril “Adalah sekelian mereka itu di hadapan Allaha Taa’laya” maka di perbaik oleh malaikat Zabaniah akan neraka maka jadilah yang di atas itu ke bawah dan yang di bawah itu keatas.
Maka neraka diberilah empat tiangnya dan ada lagi  bagi neraka Jahanam itu sepuluh ribu kepalanya dan tiap-tiap suatu kepala itu sepuluh ribu mulutnya dan tiap-tiap satu mulut itu sepuluh taring yang adalah panjangnya tiap-tiap satu taring itu seribu tahun perjalanan dan lagi bagi neraka itu tujuh puluh ribu zamam yakni tali hidung dan tiap-tiap satu zamam itu tujuh puluh ribu malaikat yang menarik akan dia. Maka berkata malaikat yang menarik itu kepada neraka “Sungguhnya kita sekelian di suruh bawa kehadapan Allaha Taa’laya” maka bersuaralah neraka itu dan adalah jauh antaranya dan antara mawaqaf itu lima ratus tahun perjalanan maka kedengaran suara neraka dan asapnya dan suara ular dan kala dan lipan.


Bermula berbunyilah maka sembah neraka itu kehadrat Allaha Taa’laya “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, adakah engkau jadikan sesuatu yang menyeksa akan daku dengan dia” maka berkata Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Aku kuasa akan menyeksa akan dikau tetapi kujadikan engkau aku suruh menyeksa bagi barang siapa yang derhaka kepada aku”. Maka sembah neraka “Ya tuhanku beri izin kepada kami sujud kepadamu kerana syukurlah kerana engkau lepaskan kami daripada seksamu” maka di beri izin di suruh sujud kepada Allaha Taa’laya maka sujudlah mereka itu kerana syukur. Maka berkata Allaha Taa’laya “Hai neraka Jahanam, sangat-sangat engkau seksa akan hambaku yang derhaka kepada aku” maka gementarlah neraka pada ketika itu dan terkejutlah sekelian anabayaa dan awalayaa dan segala makhluk semuanya maka bergantunglah sekelian mereka itu kepada tiang Arash.
Maka berkata nabi Abaraahayama (Ibrahim) Kholayala Allaha “Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, Laa Asalaka Al Yawama Al Anafasaya” dan demikian lagi nabi Allaha Mawasaya dan nabi Allaha A’yasaya dan sekelian anabayaa dan tiap-tiap mereka itu berkata “Nafasaya, nafasaya (Diriku)” melainkan nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia “Amataya, Amataya (Umatku) tiada yang kupintakan pada hari ini diriku tetapi yang aku pintakan pada hari ini sekelian umatku”. Kemudian maka berkata api neraka “Ya tuhanku, tiadalah kami menyeksa akan umat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka bahawasanya mereka itu tiada sabra ia atas panasnya dan sejuknya”. Maka di keluarkan pula bunga api neraka Jahanam atas segala khalayak maka ada amalannya yang sholeh maka di naung oleh amalnya itu.
Kemudian dari itu maka di hisablah segala anabayaa dan awalayaa dan a’lamaa dan dan panjang Shorotho Al Masataqoyama di atas mulut neraka Jahanam itu lima ribu lima ratus perjalanan maka berfirman Allaha Taa’laya “Ya Mahamada, hampirkan segala umat kamu kepada Mizan maka di suruh nabi kepada sekelian umatnya hampir kepada Mizan dan adalah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama duduk hampir ia dengan Mizan. Maka di lihatnya akan malaikat yang menanggung amal sekelian umatnya maka barang siapa lebih amalnya yang baik maka suka nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan barang siapa lebih amalnya yang jahat maka di hantarkan oleh nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan serbannya pada pihak kebajikannya maka di tolak oleh malaikat tangan rasul Allaha serta ia berkata “Ya Mahamada, jangan engkau taruh serbanmu itu kepada amalnya yang kebajikan” maka berkata Allaha Taa’laya kepada malaikat “Jangan engkau tegahkan perbuatan Mahamada  bahawasanya daripada aku” seperti firmannya Walasawafa Yaa’thoyaka Rabaka Fataradhoya.

Kemudian maka di beri Allaha Taa’laya nur atas sekira-kira amal mereka itu maka di suruh berjalan di atas titi Shorotho Al Masataqoyama maka duduk nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama serta Jibril dan segala malaikat melihat akan khalayak berjalan dan Malaka Zabaniah duduk sama tengah titi maka berkata sekelian mereka itu “Selama-lama adalah orang berjalan itu atas sekira-kira amalnya” maka setengah mereka itu orang berjalan seperti kilat dan setengah mereka itu berjalan seperti angin dan setengah mereka itu seperti kuda dan setengah berjalan empat kaki dan setengah berjalan dengan perutnya atas sekira-kira amal mereka itu. Maka nabi Allaha melihat yang demikian itu berkata ia “Yaa Raba, selama-lama dan segala kafir jatuhlah ia kepada neraka yang di bawah” seperti firmannya Wa Ana Mana Kama Ala Waaradahaa Kaana A’laya Rabaka Hatamaa Maqodhoyaa.
Kemudian maka masuk syurgalah segala mukmin yang tiada derhaka maka berkata Malaka Ridhwan kepada mereka itu “Tilik olehmu kepada suamimu” maka keluar mereka itu dan sertanya pakaian yang indah-indah. Adapun segala kanak-kanak itu apabila bertemu ia dengan ibu bapanya maka di beri minum air keduanya dan barang yang tiada bertemu dengan ibu bapanya hal keadaannya duduk menangis ia berkata kanak-kanak itu “Haram atasku syurga hingga di masukkan Allaha Taa’laya ibu bapaku”. Adapun segala yang masuk syurga itu berjalanlah mereka itu kepada manzil mereka itu hal keadaannya kesukaan dan adalah pertama-tama di makan oleh orang isi syurga itu hati ikan Nun Wa Qoala Baa’dho Al A’lamaa Al Awala Maa Yaakawana Mana Al Kabada Alaya Akhoraha dan telah berkata setengah daripada a’lama maka bermula pertama-tama yang di makan oleh orang syurga itu hati.
Bermula yang pertama-tama yang di makan oleh orang yang ahli Al Kabaara itu di jadikan Allaha Taa’laya emas rupa farashota maka makanlah oleh mereka itu dan berseru-seru daripada Allaha Taa’laya “Inilah balasan orang yang lali di dalam dunia pada hal meninggalkan akan amal akhirat”. Kemudian maka berseru-serulah Malaka Zabaniah ke hadrat Allaha Taa’laya “Bahawasanya pangkat neraka yang di atas tiada di isi” dan iaitu apinya putih tiada ular dan tiada kala dalamnya maka berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Zabaniah, bawa olehmu daripada umat Mahamada yang mengerjakan dosa besar kepada neraka yang di atas itu” maka di bawa oleh Malaka Zabaniah sekelian mereka itu berjalan yang kelam di dalam duri dan batu dan terlalu kelam ia berjalan itu daripada asap api neraka maka berkata mereka itu kepada Malaka Zabaniah “Apa sebab jalan ini terlalu kelam dan terlalu banyak duri” maka berkata Zabaniah kepadanya “Inilah jalan kepada neraka” maka lalu masuk mereka itu ke dalam neraka” maka berhentilah di sana sekira-kira dosa mereka itu.
Maka apabila di kehendak Allaha Taa’laya akan keluar mereka itu daripada neraka maka berkata Malaka kepada mereka itu “Hai yang sejahat-jahat kaum, engkau daripada umat siapa engkau” maka sahut mereka itu “Kami sekelian daripada umat Qoraana” dan lupa mereka itu akan menyebut umat Mahamada kerana sebab huru-hara panas neraka. Maka berkata Malaka “Tiada di turunkan Qoraana itu kepada nabi yang lain melainkan kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka apabila mendengar mereka itu Malaka menyebut Mahamada maka mereka itu pula baharulah tahu akan Mahamada dengan demikian kena seksa mereka itu atas sekira-kira amalnya dan apabila berseru-seru mereka itu “Hai api, janganlah engkau makan muka kami kerana bekas sujud bagi Allaha Taa’laya di dalam dunia”.
Maka apabila memakan api akan mereka itu maka berkata Malaka “Hai orang yang celaka daripada umat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama, di mana sekarang kalimat Al Thoyabaata yang kamu sebut di dalam dunia” maka berkata segala mereka itu “Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha”. Maka terdengarlah suara itu kepada telinga Siti Fathomaha anak rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama, berjalan Fathomaha kepada rasul Allaha maka ia mengata ia mendengar suara umatnya di dalam nerakanya berkata Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha kemudian maka berkata Allaha Taa’laya kepada Jibril A’layaha Al Salama “Pergilah engkau kepada Malaka katakana olehmu kepada Malaka suruh buka pintu neraka Jahanam maka engkau lihat apa-apa yang di seksa oleh api” maka pergilah Jibril pada ketika itu jua.
Maka sampailah Jibril kepada neraka maka berkata isi neraka setengahnya “Adakah kamu merasai angin yang baik” maka berkata setengahnya “Naa’ma” maka berkata di lihatnya ada seorang terlalu hebat dan bercahaya maka berkata sekelian mereka itu “Siapa engkau ini” maka berkata Jibril “Akulah Jibril sahabat nabi kamu Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan berkata sekelian mereka itu “ Ya Jibril, kami minta tolong tuan hamba persampaikan salam kepadanya. Adalah kami di dalam dunia membaca sholawat akan dia dan kami pinta shafaat pada hari ini. Bahawa engkau sampaikan kepada nabi kami Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama, engkau kata kepadanya bahawasanya “Engkau ya Mahamada Talazazata Faya Al Janata” dan segala umatnya di dalam neraka menanggung seksa tiada tertanggung oleh kami”.
Maka berjalanlah Jibril kepada Allaha Taa’laya maka sembah Jibril “Ya tuhanku, engkau jua yang terlebih tahu akan kata hambamu dalam neraka”. Maka berkata Allaha Taa’laya “Hai Jibril, sampaikan olehmu akan salam mereka itu kepada Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama”.  Maka berjalanlah Jibril dengan segeranya kepada Mahamada dan iaitu adalah nabi Allaha duduk di dalam hikmat daripada Lawalawa (mutiara) yang putih dan baginya itu empat ribu pintu daripada emas dan daripada kanannya nabi Allaha Adam dan nabi Allaha Nuh dan pada pihak kirinya nabi Allaha Musa dan nabi Allaha Ismail dan segala sahabatnya berkeliling mereka itu dan beberapa piala yang berisi makanan di hadapannya dan nabi Allaha Daud membaca Zabur.
Maka berseru-seru Jibril “Al Salaama A’laya Kama Yaa Mahamada” maka jawab rasul Allaha “A’laya Kama Al Salaama Yaa Jabaraa Yala” maka menangis ia maka di lihat nabi Allaha akan Jibril itu menangis maka berkata rasul Allaha kepadanya “Hai saudaraku, jangan engkau menangis bukan hari ini hari kedukaan kerana hari bersuka-sukaan”. Maka berkata Jibril “Ya Mahamada, bukan aku tangis atas diriku hanya sungguhnya adalah umat kamu suatu kaum di dalam api neraka terlalu seksa mereka itu pada hal mereka itu memberi salam akan dikau katanya engkau bermain-main di dalam syurga dan kami sekelian dalam api neraka”. Maka rasul Allaha pun menangis serta berkata “Sekali-kali tiada aku ketahui mereka itu dalam neraka” lalu di hantarkan makotanya keatas kepalanya dan berserulah ia “Ya Daud, Ya Maa’shara Al Anabayaa berdirilah kamu sertaku mengadap tuhan yang mulia” maka berdirilah mereka itu maka datanglah kehadapan rasul Allaha maka berkata rasul Allaha “Tiada menaik Boraq kerana sekelian umatku lagi tinggal di dalam neraka”.


Maka berserulah Jibril “Yaa Ahala Al Janata, berdirilah kamu serta Mahamada Shola Allaha A’layaha Al Salama” maka berjalanlah mereka itu sertanya dan sujudlah rasul Allaha kepada Allaha Taa’laya dengan satu sujud maka sekelian mereka itu sujud serta rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka berbunyi suara di hadrat Allaha Taa’laya “Yaa Mahamada, Arafaa’ Raasaka minta olehmu kepada aku nescaya aku beri dan memberi shafaat akan umatmu” maka di angkat rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama kepalanya daripada sujud maka memuji akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya serta kata rasul Allaha “Yaa Alahaya, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaaya, bahawasanya adalah satu faraqoha daripada umatku kena seksa dalam neraka pada hal aku tiada tahu akan mereka itu”. Maka berkata Allaha Taa’laya kepada Jibril “Berjalanlah engkau serta Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama kepada Malaka dan katakan olehmu baginya keluarkan segala ahli al tauhid di dalam neraka”.
  
Maka datanglah rasul Allaha kepada Malaka berkata ia “Hai Malaka, tiadakah engkau malu kepada aku menyeksa umatku di dalam neraka” maka sembah Malaka serta malunya “Aku di suruh tuhanku dengan demikian”. Maka menyuruh nabi Allaha akan Malaka mengeluarkan umatnya maka berkata ia “Duduklah engkau pada tempatmu maka bahawasanya engkau tiada kuasa melihat kerana mereka itu dalam neraka”. Maka berkata nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Tak dapat tiada bahawa aku melihat dia apa yang di perbuat oleh api akan mereka itu” maka memanjangkan sayap Jibril maka masuklah nabi Allaha ke dalamnya. Apabila sampai nabi Allaha ke dalam neraka maka berkata neraka baginya “Ya Mahamada, sungguhnya padamlah kami kerana cahayamu dan sungguhnya haramlah kami atasmu dan tiada sabar aku atas hatimu”. Maka berseru-serulah nabi Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Yaa Amataya, Yaa Amataya” maka datanglah sekelian mereka itu dan menangis pula nabi Allaha serta mereka itu maka berkata nabi Allaha “Aku tiada tahu akan sekelian kamu di dalam neraka”.
Kemudian maka menilik nabi Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama serta mereka itu kepada tepi neraka tiba-tiba di lihatnya beberapa kanak-kanak tepi neraka sekelian mereka itu menangis dan pada tangannya suatu kendi berisi Hawadho Kawatsara maka menangis nabi pula sertanya. Maka berkata ia “Ya rasul Allaha, engkau tinggalkan ibu bapa kami di dalam neraka kena seksa” kemudian maka bersabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Keluarlah kamu sekelian daripada neraka barang siapa ada imannya kepada Allaha Taa’laya dan kepada rasulnya daripada umat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka kedengaran suara itu kepada kafir maka berkata mereka itu kafir “Ya Malaka, kami pun keluar jua daripada neraka” maka berkata Malaka “Hai yang celaka, yang di keluar itu umat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Bahawasanya ia memberi shafaat kepadanya”. Maka berkata-kata kafir “Mudah-mudahan kami umat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama” seperti firmannya Rabamaa Yawada Alazayana Kafarawaa Wa Alawa Kaanawaa Masalamayana.
Maka apabila keluarlah mereka itu kepada anaknya maka berkata ia “Hai anakku, berilah olehmu air akan daku” maka berkata kanak-kanak “Bukan bapa kami” maka berkata kedua ibu bapanya “Bahawasanya kami ibu bapa kamu. Bahawasanya adalah mukaku ini berubah sebab di makan oleh api neraka” maka di berinya air kepadanya maka hilanglah dahaga segala mereka itu yang beranak. Maka berseru-serulah daripada Allaha Taa’laya “Ya Jibril, suruh mereka itu menyelam pada Bahara Al Hayaata maka menyelamlah sekelian mereka itu dalamnya maka apabila keluarlah ia daripadanya terlalu baik seperti rupa nabi Allaha Yusuf dan panjang tubuhnya seperti nabi Allaha Adam dan tangannya seperti nabi Allaha Isa dan suaranya seperti nabi Allaha Daud dan kejadiannya seperti nabi Allaha Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama tetapinya adalah tersurat pada dahinya “Inilah yang derhakakan tuhannya” daripada api neraka dan apabila hampirlah mereka itu kepada syurga maka berkata segala isi syurga “Berdirilah kita sekelian itu bertemu orang keluar daripada neraka itu”.
Maka di lihat surat pada dahinya A’taqo Mana Al Naara dan apabila di lihat oleh isi syurga suratnya itu maka malulah mereka itu lalu datang sembah kepada rasul Allaha “Ya nabi Allaha, bahawasanya kami sekelian terlalu malu kepada orang isi syurga itu kerana adalah kami ini tersurat pada dahi kami A’taqo Mana Al Naara. Engkau pintakan kepada Allaha Taa’laya menghilangkan surat pada dahi kami ini”. Berbunyilah suara daripada Allaha Taa’laya “Hai Jibril, katakana olehmu kepada Mahamada dan kepada sekelian umatnya suruh kemari kepada aku maka pergilah mereka itu kehadapan Allaha Taa’laya maka di suruh Allaha Taa’laya kepada Jibril melontar sebiji telur maka keluarlah daripadanya yang putih maka di naung oleh awan itu tiadalah kelihatan mereka itu. Kemudian maka di turunkan atas mereka itu bidadari dan pada tangan mereka itu tiap-tiap seorang suatu kendi berisi air dan membawa pakaian pada sanadasa dan asatabaraqo maka di pakaikan kepada mereka itu. Kemudian maka di sapukan Jibril dengan dua sayapnya kepada muka mereka itu maka di lihat oleh segala isi syurga tiada lagi ada suratnya itu pada dahinya.
Maka kembalilah segala isi syurga kepada tempatnya dengan sukanya maka di bawa oleh Jibril segala mereka itu ke dalam syurga maka masing-masing dengan tempatnya maka berkata Allaha Taa’laya baginya “Radhoya Tama A’naha” maka menyahut mereka itu “Radhoa Lahama” seperti firmannya Radhoya Allaha A’na Hama Wa Radhowaa A’naha. Bermula sekurang-kurang di beri Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi tiap-tiap seorang daripada isi syurga itu seperti luas dunia ini “Ya tuhanku, jadikan kami daripada orang isi syurga dengan rahmatmu”. Bermula tiadalah kami panjangkan kerana mengambil simpanan.

Sumber : Kitab Tanabayaha Al Ghoafalayana (Tanbih Al Ghofalin)

Thursday, June 14, 2012

Kisah Nabi Allaha Abaraahayama (Ibrahim) A'layaha Al Salama - Bahagian 3


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Maka di perbuat nabi Ibrahim sebuah rumah setelah sudah rumah itu maka panggilnya segala manusia ke rumah itu dan perjamunya makan minum mereka itu maka di ajarnya mereka itu daripada segala ilmu syariat dan thorikat dan hakikat daripada agama Asalama. Setelah berapa hari mereka itu berajar kepada nabi Ibrahim dan sedia kala nabi Ibrahim memberi orang makan hataya maka pada suatu malam maka nabi Ibrahim pun mimpi maka di dalam mimpinya suara di dengarnya katanya “Bangunlah engkau hai Ibrahim, maka korbankan olehmu” maka nabi Allaha Ibrahim pun bangun daripada tidurnya lalu memberi korban dua ratus ekor unta di berikannya akan segala fakir miskin”. Setelah itu maka pada malamnya itu bermimpi pula ia di dalam mimpi itu “Hai Ibrahim, korbanlah engkau”. Setelah jaga nabi Ibrahim daripada tidur maka pada pagi-pagi hari di korbankannya dua ratus ekor unta di bahagikan segala fakir miskin pada malam itu. Bermimpi pula nabi Ibrahim “”Hai Ibrahim korbanlah engkau” maka jaga nabi Ibrahim daripada tidurnya lalu terduduk maka fikir di dalam hatinya “Tiga malamlah sudah akan aku bermimpi demikian jua. Apa gerangan takwilnya”. Maka pada pagi-pagi harinya maka di korbankan nabi Allaha pula dua ratus ekor unta dan memberi makan segala manusia terlalu banyak.

Setelah itu maka pada keempat malamnya bermimpi pula nabi Ibrahim seperti mimpi itu jua maka terkejutlah ia daripada tidurnya serta ia fikir di dalam hatinya “Apa ini syaitankah atau rahmatkah yang datang kepada aku ini”. Setelah sudah nabi Allaha fikir demikian itu maka di dengarnya suatu suara “Hai Ibrahim, korbanlah olehmu anakmu Ismail bahawasanya mimpi itu sebenarnya daripada tuhan seru sekelian alam. Setelah di dengar nabi Allaha Ibrahim suara itu maka iapun terkejut di dalam hatinya “Sebenarnyakah ini firman tuhanku kepada aku” maka kata nabi Allaha Ibrahim “Ya tuhanku, engkau jua yang mengetahui di dalam hati hambamu”. Maka di dengar nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama pula bunyi suara di udara demikian bunyinya “Hai Ibrahim, tiada dapat syaitan menyesatkan dikau. Bahawasanya titah tuhanmu kepadamu jua dengan sebenarnya menyuruhkan engkau mengorbankan anakmu Ismail itu. Kelakian maka hari pun sianglah maka nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama pun minta izin kepada Siti Sara hendak mendapatkan anaknya Ismail maka kata Siti Sara “Pergilah tuan hamba”.

Hataya maka nabi Ibrahim pun naik keatas untanya lalu berjalan mendapatkan anaknya Ismail dan di bawanya sebilah sakayana dan suatu tali.   Setelah sampai kepada bondanya Ismail maka kata nabi Allaha “Hai Hajar, hiasilah olehmu anakmu Ismail ini dengan pakaian yang baik bahawa hendak kubawa panggilan ke rumah jamu” maka di hiasi oleh bondanya akan Ismail dan di celakkannya kedua matanya dan di sisirnya rambut. Setelah sudah maka di suruhnya pergi pada bapanya maka di lihat Hajar “Nabi Allaha, tuan hamba hendak pergi panggilan orang apa gunanya pula tuan hamba bawa sakayana dan tali itu”. Maka sahut nabi Ibrahim “Siapa tahu jika kami beroleh daging dengan apa kami ikat dan jika beroleh kayu api ikatkan kerana itulah maka membawa sakayana dan tali ini”. Hataya ,maka Ibrahim pun hampir kepada anaknya Ismail lalu di jabatnya tangan anaknya di bawa berjalan maka belas hati Hajar melihat nabi Ibrahim berjalan dua beranak itu lalu titik air matanya di dalam hatinya “Baharu inilah pula nabi Allaha ini berjalan membawa anaknya”.

Hataya setelah jauhlah nabi Allaha kedua itu maka Iblis laa’nata Allaha pun datang kepada Siti Hajar maka kata Iblis “Tiada anakmu itu pergi panggilan. Sanya anakmu itu hendak di bunuh bapanya jua”. Maka ujar Siti Hajar “Adakah bapanya hendak membunuh anaknya” maka kata Iblis “Bahawasanya telah firman Allaha Taa’laya menyuruh korbankan anaknya Ismail itu” maka ujar Siti Hajar “Jika sudah dengan firman Allaha Taa’laya siapa dapat melalui dia”. Maka enyahlah Iblis daripada Siti Hajar tiadalah lulus daya upayanya lagi maka datang pula Iblis kepada Ismail A’layaha Al Salama maka ujarnya “Hai Ismail, kemana tuan hamba pergi itu” maka sahut Ismail “Hamba pergi serta bapa hamba ke rumah jamu”. Maka kata Iblis “Tiada engkau di bawa bapamu pergi panggilan. Bahawa engkau hendak di bunuhnya jua” maka sahut Ismail “Dusta engkau ini tiada pernah bapa hendak membunuh anaknya” maka kata Iblis “Telah firman Allaha Taa’laya kepada bapamu akan membunuh engkau. Redhakah engkau mati” maka kata Ismail A’layaha Al Salama “Jika dengan firman tuhanku, redhalah aku menjunjung titah tuhanku yang maha mulia lagi yang amat tinggi”.

Maka berkata Ismail kepada bapanya Ibrahim “Hai bapaku, kemana aku bapa bawa ini” maka sahut Ibrahim A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoala Yaa Banaya Anaya Araya Faya Al Manaama Anaya Azabahaka Faanazhora Maa Zaa Taraya maka kata Ibrahim “Hai anakku bahawasanya kulihat di dalam mimpiku bahawa di suruhkan Allaha Taa’laya akan menyembelih dikau maka lihatlah olehmu pada dirimu apa fikirmu sekarang”. Maka kata Ismail A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoala Yaa Abaya Afaa’la Maa Tawamara Satajadanaya Ana Shaa Allaha Mana Al Shoabarayana maka kata Ismail akan bapanya “Hai bapaku, segeralah kerjakan seperti yang di suruhkan Allaha Taa’laya kepada tuan hamba itu lagi akan tuan hamba peroleh akan hamba Ana Shaa Allaha Taa’laya daripada orang yang sabar pada yang demikian itu. Bahawa mimpimu itu sebenarnya daripada tuhanmu mengapa pula tuan hamba sebutkan di dalam tidur kerana tuan hamba nabi Allaha tiada akan dapat Iblis berbuat dusta kepada tuan hamba. Hai bapaku, itulah Iblis hendak menyesatkan tuan hamba supaya gendala kerja yang di titahkan Allaha Taa’laya kepada tuan hamba itu”.

Maka kata Ibrahim “Hai anakku, ambil olehmu batu maka lontarkan olehmu akan dia maka keduanya nabi Allaha itu pun melontarkan batu kepada Iblis seorang tiga kali dengan tiga buah batu di lontarkan keduanya. Dari kerana itulah datang sekarang orang naik haji melontar tiga buah batu pada bukit Mina kerana mengikut sunat nabi Allaha keduanya. Hataya maka berjalanlah kedua nabi Allaha itu dari Mina maka nabi Allaha Ibrahim pun menilik kepada muka anaknya Ismail maka di lihatnya terlalu amat baik rupanya lagi amat bercahaya-cahaya antara kedua keningnya hingga lalu kepada mukanya dan adalah umur Ismail pada ketika itu baharu tiga belas tahun. Arakian maka kata Ibrahim di dalam hatinya “Jika tiada aku beranak nescaya tiada datang firman Allaha Taa’laya kepada aku menyuruhkan membunuh anakku”. Di dalam itupun bahawa cinta nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama tiada jua berubah daripada pekerjaan kebaktian mengikut suruh Allaha Taa’laya itu.

Setelah sampailah nabi Allaha Ibrahim dan Ismail A’layaha Al Salama ke bukit Mina itu sekarang pun segala orang yang naik haji menyembelih korban pada tempat itulah. Kelakian maka ujar Ismail “Hai bapa hamba, ini telah hamba serahkanlah kepada Allaha Taa’laya dan segeralah kerjakan oleh tuan hamba seperti firman Allaha Taa’laya itu dan lagi akan tuan hamba peroleh akan aku sabar daripada demikian itu supaya di matikan Allaha Taa’laya akan hamba suatu kaum yang sabar”. Setelah itu maka tahulah nabi Ibrahim akan nabi Ismail telah menyerahkan dirinya kepada Allaha Taa’laya maka kata nabi Ibrahim “Hai anakku, telah kuserahkanlah engkau kepada Allaha Taa’laya” seperti firman Allaha Taa’laya Falamaa Asalamaa Wa Talaha Lalajabayana Wa Naadayanaaha Ana Yaa Abaraahayama Qoda Shodaqota Al Rayaa Anaa Kazalaka Najazaya Al Mahasanayana. Maka di keluarkan nabi Ibrahim tali dari dalam tangan bajunya hendak di ikatnya akan anaknya Ismail itu maka segala malaikat isi ketujuh langit pun huru haralah melihat nabi Ibrahim akan membunuh anaknya Ismail itu.

Maka firman Allaha Taa’laya “Hai segala malaikatku, bukakan olehmu segala pintu langit itu maka lihatlah oleh kamu sekelian bahawa kekasihku Ibrahim membunuh anaknya yang di kasihnya kerana menurut firmanku. Maka berseru-serulah segala malaikat ke hadrat Allaha Taa’laya “Yaa Alahaya, Yaa Rabaya, apatah hikmatmu dan hukummu atas hambamu Ibrahim yang demikian itu” maka firman Allaha Taa’laya “Lihatlah oleh kamu sekelian apa kelakuan kedua nabi itu pada mengikut firmanku. Tiadakah kamu lihat bahawasanya telah di bakar seteruku Namrut akan Ibrahim ke dalam api maka kupelihara akan dia daripada kejahatan seteruku. Maka sekarang pun kucuba akan dia dan akan anaknya adalah ia mengikut firmanku atau tiadakah maka inilah jawab yang amat nyata maka segala yang berbuat kebajikan kepada aku”.

Kelakian maka tatkala di lihat Ismail bapanya mengeluarkan tali ari dalam tangan bajunya hendak mengikat dia maka katanya “Hai bapaku, betapa firman tuhan yang maha tinggi menyuruhkan bapa menyembelih hamba” maka sahut Ibrahim “Bahawa yang kumimpi itu tiga malam berturut-turut maka kukorbankanlah pada tiap-tiap pagi itu dua ratus ekor unta maka keempat malamnya bermimpi pula aku demikian jga terlalu kejutlah aku daripada tidurku. Maka kudengar suatu suara demikian bunyinya “Hai Ibrahim, bahawa di suruhkan tuan hamba menyembelih anakmu Ismail”. Dari kerana itulah maka datang aku kepadamu”.

Setelah di dengar Ismail kata nabi Ibrahim demikian itu maka iapun sujud kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya maka kata Ibrahim A’layaha Al Salama “Mengapa engkau sujud hai anakku Ismail”. Bahawa pada sangka nabi Ibrahim memohon sesuatu kepada tuhannya katanya “Hai anakku, engkaulah Ismail menurut titah Allaha Taa’laya” maka Ismail pun berbangkit daripada sujudnya maka katanya “Sujud syukurlah hamba kepada Allaha Taa’laya oleh mendengar firmannya yang maha mulia itu. Ya tuhanku, telah kujunjunglah firmanmu”. Kelakian maka diikat nabi Ibrahimlah kaki tangan anaknya seperti adat orang mengikat kerbau maka lalu di baringkannya akan Ismail ke bumi pada lambungnya kanan. Setelah itu maka Ibrahim singsing tangan bajunya lalu ia mengunus sakannya daripada pinggangnya.

Kelakian maka Ismail mengerling kepada bapanya dengan ekor matanya maka katanya “Hai bapa hamba, berhentikan seketika hamba hendak berpesan pada ibu hamba supaya segera hamba mati dan kaki tangan hamba pun hendaklah di perteguh baik-baik dan muka hamba pun hendaklah di tutup dengan kain. Siapa tahu bapa menilik pada muka hambamu kalau bercinta-cinta sayang bapa akan hamba nescaya jadi akan lalu firman Allaha Taa’laya dan tatkala akan menyembelih hamba hadapkan muka hamba kepada pihak kiblat. Shahdan nama Allaha Taa’laya itu perbanyak-banyak sebut oleh bapa hamba supaya nyawa hamba segera berlaku ke rahmat Allaha. Bermula katakan sembelih hamba kepada ibu hamba dan kerana yang kain darah hamba ini berikan kepada ibu hamba hanaya jangan ia bercintakan hamba dan suruh ia minta doa kepada Allaha Taa’laya kerana yang hidup itu lagi akan merasai mati jua kesudahannya Ana Shaa Allaha Taa’laya di akhiratlah hamba menjunjung kaki ibu hamba jika sekiranya hamba ketahui firman Allaha demikian itu nescaya hamba junjunglah kaki bonda hamba tetapi di akhirat pun lagi bertemu jua. Hai bapaku, habaya-habaya perbaiki kiranya hati bonda hamba jangan di beri ia bercinta, katakan padanya dunia ini tiadakan kekal bahawa akhirat juga negeri yang baqo tiada berkesudahan adanya”.  

Setelah Ibrahim A’layaha Al Salama mendengar pesan anaknya maka cucurlah air matanya dan terlalilah ia seketika maka pisau yang pada tangannya itupun jatuh kebumi dan segala malaikat di langit pun berseru-seru kepada Allaha Taa’laya sembahnya”Ya tuhanku, betapalah kekasihmu itu kau beri binasa hatinya. Engkau jua tuhan yang amat tahu akan segala sesuatu”. Hataya maka di ambil Ibrahim pisaunya kebumi akan menyembelih anaknya itu maka firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril, segeralah engkau turun mendapatkan hambaku Ibrahim itu maka sayapmu itu sapukan pada sakayananya itu supaya timbullah sakayana itu maka Jibril pun segera turun maka di sapukannya dengan sayapnya sakayana Ibrahim.

Hataya maka di sembelih nabi Ibrahim akan anaknya Ismail itu maka sedikit pun tiada luka maka ujar Ismail A’layaha Al Salama “Ya nabi Allaha, tiarapkan muka hamba kebumi maka sembelihlah oleh tuan hamba tengkok hamba kerana tuan hamba memandang muka hamba sebab itulah maka jadilah lemah tangan tuan hamba dan janganlah bapa sayang lagi akan hamba kalau jadi derhaka pula bapa kepada Allaha Taa’laya”. Maka nabi Ibrahim pun menangis mendengar kata nabi Ismail itu maka ujar Ibrahim “Hai anakku dan kekasihku, tiadalah datang hatiku akan menghiarapkan muka kebumi”. Bahawa yang kehendak Ismail “Jika aku mati di dalam terhiarap ini di dalam sujudku jua kepada Allaha Taa’laya”. Maka ujar Ismail “Ya tuhanku, apakah dosanya hambamu maka kau perlihatkan mata ini”.

Maka kata Ibrahim akan sakayana “Tajamkan dirimu pada memakan anakku Ismail dan lakukanlah olehmu firman Allaha Taa’laya itu” maka di sembelih nabi Allaha Ibrahim pula akan anaknya itu sekali lagi serta di kuatinya dengan sungguh-sungguh hatinya. Itupun tiada juga luka kulit Ismail maka lalu di parangkan Ibrahim kepada batu maka batu itupun belah dua lalu terpancar air dari dalam batu. Maka nabi Ibrahim pun minta doa kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya memohonkan sakayana itu berkata-kata dengan dia maka di tanyai oleh Ibrahim akan sakayana itu ujarnya “Hai sakayana, mengapa maka tiada mahu engkau makan anakku Ismail itu kerana itulah kuparangkan engkau kepada batu” maka sahut sakayana “Ya nabi Allaha, tiada firman Allaha Taa’laya kepada hamba akan melukai anak tuan hamba Ismail itu maka betapa dapat hamba memakan dia. Adapun tatkala tuan hamba di buangkan oleh Namrut kepada api maka berfirman tuhan kepada api itu Qolanaa Yaa Naara Kawanaya Baradaa Wa Salaamaa A’laya Abaraahayama maka demikian lagi firman Allaha Taa’laya kepada aku “Jika kuluruhkan sehelai roma Ismail nescaya kumasukkan engkau ke dalam neraka”.

Maka nabi Allaha pun hairan mendengar kata sakayana itu hataya seketika lagi maka di dengar nabi Ibrahim bunyi suara dari atas bukit itu demikian bunyinya “Allaha Akabara, Allaha Akabara” maka di lihat nabi Allaha Ibrahim keatas bukit bahawa Jibril yang datang itu serta mengucap takbir seperti firman Allaha Taa’laya Qoda Shodaqota Al Rawayaa Anaa Kazalaka Najazaya Al Mahasanayana Ana Hazaa Lahawa Al Balaa Al Mabayana Wa Fadayanaaha Bazabaha A’zhoyama maka datang Jibril hampir ia kepada nabi Ibrahim ujarnya “Telah benarlah mimpimu itu ialah Ibrahim dan telah tuan hamba sampaikanlah titah Allaha Taa’laya yang di suruhnya tuan hamba mengerjakan dia. Inilah jua yang amat nyata daripada tuhanmu. Ya nabi Allaha, inilah kambing di dalam syurga kurnia Allaha Taa’laya akan tuan hamba ganti anak tuan hamba Ismail itu. Maka huraikanlah ikat Ismail itu diikatkan pada kambing ini”.

Adapun rupa kambing itu hitam bercampur putih warnanya, tanduknya manikam yang merah dan kukunya daripada zabarjad yang kuning dan giginya daripada zamrud yang hijau dan tingginya tengah tiga hasta. Setelah di dengar nabi Ibrahim kata Jibril demikian itu maka iapun sujud kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya sembahnya “Ya tuhanku jua yang sebaik-baik tuhan dan sebaik-baik menganugerahi akan hambanya. Maka syukurlah hambamu pada menjunjung kurniamu”. Setelah itu maka Jibril pun menguraikan ikat Ismail maka nabi Ibrahim pun bangkit daripada sujudnya lalu ia pergi mendapatkan Jibril maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, lepaslah kambing ini bahawa inilah jenis kambing makanan segala isi syurga”. Maka nabi Ismail pun sujudlah pada kaki ayahnya nabi Ibrahim A’layaha Al Salama maka di dakap dan di cium nabi Ibrahim anaknya Ismail A’layaha Al Salama.

Arakian maka dapatlah oleh Ibrahim akan kambing itu. Setelah sudah maka mengucap takbirlah kedua nabi Allaha itu lalu di sembelihnya dan di lapah keduanya. Maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, bahawa kulit kambing itu jadikan alas makan makanan maka atasnyalah makan dan bulu kambing itu tuan hamba jadikan halayama jenis kain selimut. Barangkali bulan baik maka pakai oleh tuan hamba. Setelah sudah tuan hamba pakai maka taruhkan pada takut Sakinah”. Adapun tabut Sakinah itu suatu yang besar seperti keranda orang mati maka di dalam itulah di taruh segala benda yang mulia dan segala pakaian nabi yang dahulu kala. Maka adalah pada zaman nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di bawa Jibril kain halayama daripada kulit kambing itu kepada nabi Mahamada. Maka di berikan nabi Allaha kepada baginda A’mara maka tatkala akan mati A’mara maka baginda di suruhnya taruhkan sertanya kain itu ke dalam kubur bumi.

Arakian setelah sudah di sembelih nabi Allaha kambing itu maka kembalilah keduanya ke rumah Siti Hajar. Setelah sampai maka kata Ibrahim “Hai Hajar, inilah anakmu serta daging kambing. Itulah di beri jamu akan kamu”. Maka Ibrahim pun naik keatas untanya lalu kembali kepada Siti Sara. Maka beberapa tahun antaranya maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada nabi Allaha Ibrahim maka ujar Jibril firman Allaha Taa’laya “Ya nabi Allaha, hendaklah tuan hamba dirikan suatu rumah akan tempat segala manusia berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya”. Maka sahut Ibrahim “Al Hamada Lalaha Raba Al Aa’lamayana, Ya Jibril di mana hamba perbuat rumah itu. Barang kiranya tuan hamba tunjukkanlah akan hamba tempatnya”.

Maka nabi Allaha Ibrahim dan Jibril A’layaha Al Salama pun pergilah le Makah pada sisi telaga Zamazama itu maka ujar Jibril “Di sinilah tuan hamba perbuat rumah itu maka kata Jibril “Tuan hamba dengan anakda Ismail itulah mengerjakan dia dan batu daripada lima buah bukit itu ambil oleh tuan hamba kedua”. Maka kata Ibrahim A’layaha Al Salama “Ana Shaa Allaha Taa’laya, esok harilah hamba mengerjakan dia”. Maka iapun pergilah kepada anaknya Ismail maka katanya “Hai anakku, bahawa aku di titahkan Allaha Taa’laya berbuat suatu rumah daripada batu maka engkaulah sertaku mengerjakan dia”. Maka sahut nabi Ismail “Ana Shaa Allaha Taa’laya, kita kerjakanlah seperti firman tuhan kita itu manakala kita mengerjakan dia dan batu bukit mana yang kita ambil”. Maka ujar Ibrahim “Esok harilah kita berbuat dia dan batu daripada lima buah bukit dan itulah kata Jibril firman Allaha Taa’laya kepada kita. Seperti firman Allaha Taa’laya Wa Aza Bawaanaa LaAbaraahayama Makaana Al Bayata Ana Laa Tasharaka Baya Shayaa Wa Thohara Bayataya Lalathoafayana Wa Al Rakaa’ Al Sajawada Bahawasanya di titahkan Allaha Taa’laya akan Ibrahim berbuat sebuah rumah akan kiblat segala manusia dan akan tempat mereka itu berbuat ibadat menyembah Allaha Taa’laya berdiri, rukuk dan sujud mereka itu sekelian akan Allaha Taa’laya.

Arakian pada keesokan harinya maka pergilah nabi Allaha Ibrahim dan Ismail kepada sisi telaga Zamazama itu maka sembah Ibrahim “Ya tuhanku, bahawa titahmu yang maha mulia akan hambamu berbuat sebuah rumah itu sekarang hambamu kedua hendak mengerjakan dia dan berapa besarnya dan batu bukit yang mana hambamu kedua ambil”. Pada ketika itu juga Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada nabi Ibrahim dan nabi Ismail maka kata Jibril “Bahawa Allaha Taa’laya memberi salam kepada tuan hamba kedua. Adapun batu lima buah bukit ambil oleh tuan hamba. Suatu bukit Silan, kedua bukit Thursina, ketiga bukit Haraa (Hirak), keempat bukit Jawadaya, kelima bukit Jabala Qobayasa namanya”. Maka datang seekor ular terlalu besar maka lingkar ia pada tempat yang di perbuat rumah maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, besar lingkar ular itulah tuan hamba perbuat”.

Hataya maka lima buah bukit itu datanglah sendirinya dengan kudrat Allaha maka berkata lima buah bukit itu “Ya nabi Allaha, ambillah batu di atas hamba inilah ambil oleh tuan hamba kedua maka perbuatlah”. Bermula nabi Allaha Ismail mengangkatkan batu daripada bawah bukit itu mengunjukkan dia kepada bapanya Ibrahim dan Ibrahim berbuat dia demikianlah dan apabila malam berhenti keduanya. Apabila siang di kerjakan kedua nabi Allaha daripada pagi sampai petang demikianlah kelakuan nabi Allaha kedua menurut firman tuhannya. Setelah beberapa hari lamanya hampirlah akan sudah rumah itu maka datang suatu awan dan keluar daripadanya suatu suara demikian bunyinya”Ya nabi Allaha, apabila sudahlah rumah itu maka di namai oleh tuan hamba Kaa’bata Allaha”. Hingga datang kepada zaman nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yang lagi akan datang itu di pindahkanlah kiblat daripada Bayata Al Maqodasa kepada Kaa’bata Allaha ini segala isi alam pun sekelian yang menyembah Allaha Taa’laya berhadaplah ia kepada rumah ini hingga datang kepada hari kiamat.

Hataya setelah sudah rumah itu maka di namai nabi Allaha akan dia Kaa’bata Allaha maka nabi Allaha pun minta doa kepada Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya Rabanaa Taqobala Manaa Anaka Anata Al Samayaa’ Al A’layama Rabanaa Wa Ajaa’lanaa Masalamayana Laka Wa Mana Zarayatanaa Amata Masalamata Laka Wa Aranaa Manaa Sakanaa Wa Taba A’layanaa Anaka Anata Al Tawaaba Al Rahayama ertinya tuhanku telah kukerjakanlah barang yang kau titahkan pada hambamu itu. Ya tuhanku perkenankan kiranya doa hambamu engkau jua tuhan yang amat mendengar lagi yang amat tahu akan pinta hambamu. Ya tuhan kami jadikan olehmu kami kaum Asalama mengikut titahmu dan daripada anak cucu kami Asalama datang kepada rumah ini minta ampun ia kepadamu dan taubatlah daripada dosanya maka ampuni olehmu akan dia. Engkau jua tuhan yang amat mengampuni lagi amat mengasihani akan mereka itu.

Setelah sudah Ibrahim minta doa maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada Ibrahim ujarnya “Salam atas tuan hamba ya nabi Allaha, telah di perkenankan Allaha Taa’laya doa tuan hamba itu maka diangkatkan nabi Ibrahim tangannya minta doa pula ia seperti firman Allaha Taa’laya Raba Ajaa’la Hazaa Baladaa Amanaa Wa Arazaqo Ahalaha Mana Al Tsamaraata Mana Amana Mana Hama BaAllaha Wa Al Yawama Al Akhora Tuhanku jadikan segala isi negeri ini dan segala orang yang mengunjungi dia beroleh nikmat daripadamu dan daripada segala buah-buahan yang amat banyak barang siapa percaya akan Allaha Taa’laya dan akan hari yang kemudian dan barang siapa kafir ia akan dikau tiada mengikut perbuatanku maka seksa olehmu ia dengan seksa api neraka.

Maka ujar Jibril “Ya Ibrahim, firman Allaha Taa’laya seru oleh tuan hamba segala manusia kemari mengunjungi rumah Allaha ini” maka sahut Ibrahim “Di mana akan di dengarnya oleh mereka itu suara aku kerana mereka itu jauh”. Maka ujar Jibril “Seru jua oleh tuan hamba bahawasanya Allaha Taa’laya jua yang amat menyampaikan dia kepada segala mereka itu hingga kepada zuriat mereka itu sekalipun semuanya mendengar seru tuan hamba itu”. Maka nabi Allaha Ibrahim pun naiklah keatas bukit lalu berseru katanya “Hai segala anak Adam datanglah kamu sekelian ke rumah yang maha mulia ini dengan kudrat Allaha Taa’laya” maka di dengar nabi Allaha suara orang terlalu banyak menyahut serunya katanya Labayaka Al Hamada Laka Wa Al Malaka Laka Laa Sharayaka Laka ertinya kami dengarlah serumu itu dan kami ikutlah katamu itu segala puji bagimu ya tuhanku dan bagimu jua kerajaan yang tiada sekutu bagimu.

Bermula diperdengarkan Allaha Taa’laya suara nabi Ibrahim itu pada segala anak Adam yang hidup di dalam dunia ini dan yang di dalam rahim ibunya dan yang lagi pada sulbi bapa mereka itu dan arawah mereka itu hingga hari kiamat. Maka barang siapa menyahut ialah yang naik haji sampai ke Kaa’bata Allaha Taa’laya. Adapun jika sekali di sahutnya sekali jua naik haji jika sepuluh kali ia sahut sepuluh kali ia naik haji maka sekarang pun barang ada arawah kita menyahut seru Ibrahim itu sekali atau dua kali nescaya tiada dapat tiada sampai jua ia kepada rumah Allaha yang bernama Kaa’bata itu.

Hataya setelah itu maka di lihat nabi Ibrahim bumi Makah itu padang yang tiada tumbuh segala tumbuh-tumbuhan pada keliling Kaa’bata itu maka sembah nabi Allaha Ibrahim “Ya tuhanku, betapa hendak segala anak cucu hambamu di sini kerana tiada tumbuh daripada segala buah-buahan pada bumi ini. Ya tuhanku, bahawasanya telah kuserahkan segala anak cucuku kepadamu, engkau jua tuhan yang memberi rezeki akan mereka itu”. Maka firman Allaha kepada Jibril “Pergi engkau buangkan batu yang di bumi Makah itu ke benua Sham kira-kira dua belas persangga jauhnya”.

Setelah di kerjakan Jibril seperti firman Allaha Taa’laya itu maka adalah tumbuh segala tumbuh-tumbuhan di tanam mereka itu maka sembah nabi Allaha Ibrahim seperti firman Allaha Taa’laya menceritakan dia kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Aza Qoala Abaraahayama Raba Aranaya Kayafa Tahayaya Al Mawataya maka tatkala berdatang sembah Ibrahim kepada tuhannya “Ya tuhanku, perlihatkan olehmu akan daku betapa perinya engkau menghidup akan yang telah mati itu maka firman Allaha Taa’laya Qoala Awalama Tawamana Tiadakah percaya engkau akan kataku maka ujar Ibrahim Qoala Balaya Wa Lakana Layathomana Qolabaya Sanya telah percaya aku akan dikau tetapi supaya akan menetapkan hatiku jua.

Maka firman Allaha Taa’laya Qoala Fakhoza Arabaa’ta Mana Al Thoyara Fashora Hana Alayaka Tsama Ajaa’la A’laya Kala Jabala Mana HanaJazaa Tsama Adaa’hana Yaa Tayanaka Saa’yaa Wa Aa’lama Ana Allaha A’zayaza Hakayama firman Allaha Taa’laya ambil olehmu empat ekor burung maka cincang olehmu keempat ekornya itu lumat-lumat maka buangkan olehmu ia kepada empat buah bukit kemudian maka kau suruh akan dia nescaya datang keempat ekor burung itu kepadamu. Maka ketahuilah olehmu bahawasanya Allaha Taa’laya jua tuhan yang amat keras pekerjaannya lagi amat hakim pada segala perbuatannya.
Setelah di dengar nabi Allaha Ibrahim firman Allaha Taa’laya itu di ambilnya empat ekor burung iaitu ayam dan merak dan gagak dan khorkas maka di bunuh keempat ekornya burung itu serta sudah di tandanya keempat ekornya maka di cincang nabi Allaha Ibrahim di campur baurnya lalu di kepalnya empat kepal. Maka di taruhnya pada empat buah bukit. Setelah itu maka di seru nabi Allaha Ibrahim akan burung itu maka datanglah keempatnya burung itu kepada nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama dan tiadalah bersalahan daripada tandanya dan tujuh hari ia duduk mengeliling rumah nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama.

Bermula kata setengah pendita apa sebabnya di suruhkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di bunuh ayam jantan itu kepada nabi Allaha Ibrahim tiada ada binatang yang lain maka kata setengah mereka kerana binatang ayam itu takburnya lagi membesarkan dirinya. Maka sebab di suruhkan Allaha Taa’laya di bunuh merak kepada nabi Ibrahim kerana merak itu binatang yang baik rupanya daripada burung yang lain lagi sangat menilik dirinya dan ajaib akan dirinya tiadalah ada burung baik daripadanya dan sebab pun di bunuh nabi Allaha Ibrahim akan gagak kerana gagak itu burung yang sangat loba tiadalah binatang yang lain loba sepertinya dan sebab pun di bunuh nabi Allaha Ibrahim khorkas kerana burung khorkas itu sangat lanjut angan-angan dan lanjut umurnya daripada segala binatang yang lain lima ratus tahun lama usianya. Itulah isyarat firman Allaha Taa’laya kepada nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama supaya jangan mengikut perangai empat ekor burung itu maka barang siapa mengikut perangai ayam dan merak dan gagak dan khorkas atau mengikut perangai salah seekor daripada burung yang empat ekor itu maka orang itulah yang di murkai Allaha Taa’laya dan adalah kesudahannya itu tempatnya di dalam neraka.

Hataya maka firman Allaha Taa’laya “Ya Ibrahim, betapa kau lihat tatkala kusuruhkan dirimu kepada aku pada masa di buangkan Namrut akan dikau ke dalam api itu. Tiadakah kupelihara akan dikau daripada bahaya mereka itu dan tatkala kau serahkan isterimu kepada aku dan segala hartamu dan anakmu yang telah kau serahkan dahulu pada aku itu tiadakah sebaik-baik kupeliharakan akan dia”. Laqowalaha Taa’laya Aza Qoala Laha Rabaha Asalama Qoala Asalamata Laraba Al A’alamayana firman Allaha Taa’laya Asalamakan hatimu ya Ibrahim maka sembah nabi Allaha Ibrahim Asalama hati hambamu ya tuhanku mengikut tuhan seru alam sekelian.

Adapun telah tahulah nabi Ibrahim dan puteri Sara pun tahulah tiada patut akan beranak lagi dan tiadalah datang haidnya lagi maka putus asalah puteri Sara akan beranak dengan suaminya nabi Allaha Ibrahim dan demikian lagi nabi Ibrahim pun tiadalah akan beroleh anak dengan isterinya puteri Sara itu maka senantiasalah kedua berbuat kebaktian kepada Allaha Taa’laya pada malam berdiri sembahyang dan siang hari mengerjakan puasa sementara akan mati. Demikianlah fikir keduanya maka pada suatu masa adalah Ibrahim tujuh hari tujuh malam tiada membuka puasanya maka datang kepadanya dua belas malaikat terlalu baik-baik rupanya dan baunya terlalu harum seperti bau kanak-kanak yang belum baligh. Maka memberi salam mereka itu kepada nabi Allaha Ibrahim maka di sahut nabi Allaha akan salam mereka itu.

Adalah pada sangka nabi Ibrahim hati juga tiada ia tahu akan orang dua belas itu malaikat maka ujar Ibrahim di pegang tangannya mereka itu lalu di bawanya ke rumahnya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laqoda Jaata Rasalanaa Abaraahayama Ba Al Basharaya Qoalawaa Salaamaa Qoala Salaama ertinya setelah datang jamuan ke rumahnya maka ujar nabi Ibrahim akan isterinya perbuatkan olehmu makanan akan mereka itu hataya maka di suruh puteri Sara sembelih seekor anak lembu maka di permasaknya dan di rendangnya. Setelah sudah masak maka di suruhnya angkat tepung yang sudah di masak dengan daging yang sudah di rending itu ke hadapan jamu Ibrahim A’layaha Al Salama dan nabi Allaha pun ada duduk beserta jamu itu. Maka di bawa oranglah hidangannya itu maka makanlah nabi Allaha Ibrahim tiadalah ia memandang kepada jamunya itu lagi kerana adat mereka itu apabila memberi makan jamu jangan memandang kepada jamu itu kalau-kalau ia malu lagi pula Ibrahim tujuh hari tujuh malam sudah lamanya tiada ia makan dan minum.

Maka tiadalah ia khabarkan jamunya itu lagi maka tatkala di lihat oleh puteri Sara dari dalam tirai katanya “Ya nabi Allaha, bahawa tuan hamba makan seorang diri juga dan jamu itu tiadalah ia makan” maka di lihat nabi Ibrahim kepada jamu itu sungguhlah ia tiada makan masing-masing berdakap tubuh. Maka kata Ibrahim akan mereka itu “Bahawa kusuruh permasak makanan ini pun kerana tuan hamba sekelian juga akan memakan dia maka tiadalah tuan hamba sekelian makan berilah harganya”. Maka kata mereka itu “Jika berapa harganya pun kami beri akan dia akan nabi Allaha”. Maka ujar nabi Allaha Ibrahim akan mereka itu “Bahawa harganya pertama suatu menyebut Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama dan kesudahannya mengucap syukur Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana”.

Maka berasa takut nabi Allaha akan mereka itu di dalam hatinya “Malaikatkah ini atau jinkah ia ini maka malaikat pun datang banyak kepada aku” maka kata Ibrahim “Hai orang muda, siapa kamu ini dan dari mana datang kamu kepada aku ini”. Maka kata Jibril A’layaha Al Salama “Ya nabi Ibrahim, jangan tuan hamba takut. Hambalah Jibril dan ini Mikail bahawa kami sekelian ini di titahkan Allaha pergi membinasakan kaum nabi Lawatho (Luth) kerana adalah mereka sekelian berbuat derhaka akan Allaha Taa’laya dengan melalui titah kenabinya dan singgah kami kepada tuan hamba kerana tuan hamba puasa tujuh hari tujuh malam tiada makan minum maka datang kami kepada tuan hamba ini akan memberi khabar yang kebajikan akan tuan hamba serta tuan hamba buka puasa”.

Maka kata nabi Allaha Ibrahim “Apatah khabar yang baik tuan hamba khabarkan pada hamba ini” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, kami bawa warta lagi akan di anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan tuan hamba anak dengan isteri tuan hamba puteri Sara itu Asahaqo (Ishak) namanya daripada Ishak itu Yaaqowaba (Yaakob) dan daripada Yaakob itu Yawasafa (Yusuf) A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoalata Yaa Wayalataya Aalada Wa  Anaa A’jawaza Wa Hazaa Baa’laya Shayakhoa Ana Hazaa Lashaya A’jayaba maka berkata puteri Sara “Ajaib sekali aku mendengar kata rasul Allaha ini lagi akan hamba peroleh anak akan hamba ini sudah tuha dan suami hamba itupun orang tuha” serta ia menampar mukanya dan hairannya.

Maka sahut Jibril A’layaha Al Salama “Hai puteri Sara, ajaibkah tuan hamba akan kehendak Allaha Taa’laya atas semata sekelian ia tuhan yang amat kuasa atas segala suatu barang di kehendakinya itu tiada dapat tiada melainkan jadi jua. Rahmat Allaha dan salamnya dengan kebajikan atasmu hai isi rumah nabi Allaha. Bahawasanya Allaha Taa’laya itu amat baik menganugerahi hambanya dengan empat ratus tujuh puluh orang nabi daripada anak cucu nabi Allaha Ibrahim”. Maka  kata puteri Sara “Yaa Amayana (Amin) Allaha, kata tuan hamba ini adakah tandanya” sahut Jibril “Inilah tandanya pohon zaitun yang di hadapan rumahmu itu” lalu di patahkan Jibril rantingnya yang mati itu di berinya kepada puteri Sara ujarnya “Tanamkanlah olehmu dahannya yang mati ini bahawa Allaha Taa’laya amat kuasa pada menumbuhkan dia”. Hataya maka di tanam puteri Saralah dahan yang kering itu kebumi”.

Kelakian maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, bermohonlah kami sekelian kepada tuan hamba akan pergi kepada nabi Luth akan menyeksai segala kaumnya” maka kata Ibrahim “Hamba pun hendak pergi melihat serta tuan hamba sekelian” maka ujar Jibril “ Kami pergi ini akan menyeksai isi negeri Turkistan dan Sadom kalau tiada kuasa tuan hamba melihat azab Allaha atas mereka itu”. Maka sahut Ibrahim “Mohonkan kepada Allaha bahawa hamba hendak melihat kebesaran Allaha Taa’laya” maka kata Jibril demikian “Naiklah tuan hamba keatas unta marilah kita pergi”. Kelakian maka nabi Allaha pun naiklah keatas untanya lalu berjalan serta malaikat maka kata Jibril kepada malaikat yang memegang bumi “Hai malaikat yang memegang bumi, kerawankan olehmu urat bumi itu supaya segera sampai nabi Allaha Ibrahim ini ke negeri Sadom” maka di kerawankan malaikat itulah urat bumi dengan kudrat Allaha Taa’laya perjalanan tiga bulan itu jadi tiga saat juga maka hampirlah nabi Ibrahim pada negeri Sadom itu kira-kira sepagi sampai ke dalam kota negeri mereka itu. Maka kata Jibril “Di sinilah nabi Ibrahim berhenti. Bahawa kami sekelian pun mendapatkan nabi Luth” maka sahut nabi Ibrahim “Hamba pun hendak bersama-sama dengan tuan hamba jua supaya hamba lihat seksa Allaha Taa’laya akan kaum itu” maka kata Jibril “Tiada dapat lampau tuan hamba daripada tempat ini hingga inilah titahkan Allaha Taa’laya tuan hamba berhenti”.

Hataya maka duduklah nabi Allaha Ibrahim pada tempat itu masygul ia dengan berbuat ibadat kepada Allaha maka Jibril dan Mikail dengan dua belas orang malaikat sertanya itupun pergilah mendapatkan nabi Allaha Luth. Pada ketika itu nabi Allaha tiada di rumahnya maka ujar Jibril kepada anak nabi Luth “Kemana pergi yang empunya rumah ini” maka sahut anak nabi Luth “Bahawa bapa hamba pergi ke huma seketika lagi datanglah ia”. Maka dengan takdir Allaha Taa’laya pada ketika itu juga nabi Luth pun datang maka di lihatnya orang muda-muda terlalu baik rupanya dan terlalu harum baunya dan beberapa laki-laki daripada isi negeri itu mengikut mereka itu. Maka kata nabi Luth “Kemana datang kamu sekelian ini” maka sahut Jibril “Datang kami mendapatkan tuan hamba”. Maka nabi Luth panggil akan segala malaikat itu ke rumahnya akan di perjamunya kerana pada sangkanya manusia juga.

Maka kata isi negeri Sadom yang mengikut itu “Hai Luth, kemana kau bawa orang muda ini. Berilah akan kami berbantahlah mereka itu sama sendirinya kata seorang iaitu akulah empunya dia maka kata seorang pula iaitu akulah mengambil dia masing-masing hendak membawa orang muda-muda itu pulang ke rumahnya maka sahut nabi Luth akan mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Jaa Qowamaha Yaharaa’wana Alayaha Wa Mana Qobala Kaanawaa Yaa’alawana Al Sayaata Qoala Yaa Qowama Hawalaa Banaataya Hana Athohara Lakama Faataqowa Allaha Wa Laa Takhorawana maka kata segala kaum Luth jamu tuan hamba itu suruh keluarlah beri akan kami maka kata nabi Luth akan mereka itu tatkala itu ia berdiri di pintu katanya “Tiada kuberi akan kamu kerana ia kaumku dan keluar kamu. Apa pekerti hendak berbuat nakal sama laki-laki tiadakah perempuan itu di jadikan Allaha Taa’laya akan judu kamu” maka sahut mereka itu “Hai Luth, tiadakah sudah kami kata kepadamu jangan kau ambil akan seorang pun. Keluarkanlah mereka itu di dalam rumahmu supaya kami ambil akan mereka itu” maka kata nabi Luth “Tiadalah kuberi mereka itu kepada kamu kerana mereka itu bukan daripada kaum kamu. Bahawasanya Asalama agamanya”.

“Jika sekiranya ada pada aku tempat yang teguh seperti kota atau gua yang amat teguh nescaya aku tahani akan kamu. Tiadalah kuberi mereka itu berlihat mata juapun dengan kamu”. Hataya maka hendak di gagahi mereka itu akan nabi Luth seolah-olah akan di naiki mereka itu rumah nabi Luth maka di sapu dengan sayapnya muka mereka itu dan tangan mereka itu maka jadi kudunglah kedua tangannya mereka itu dan jadilah ratalah muka mereka itu dan tiadalah berhidung dan bermata. Setelah di rasanya dirinya demikian itu maka minta maaflah ia kepada nabi Luth maka katanya nabi Luth “Minta doalah engkau kepada tuhanmu kembalikan tangannya kami dan hidung kami seperti dahulunya. Tiadalah kami pinta orang muda itu kepadamu dan kembalilah kami sekelian”. Maka minta doalah nabi Allaha Luth kepada Allaha Taa’laya maka dijadi sembuhlah mereka itu kembali seperti adanya dahulu. Hataya maka berkata mereka itu sama sendirinya “Marilah kita kembali, jika sekali lagi kita kena habatan Luth ini nescaya habislah buta mata kita sekelian atau mati kita olehnya”. Maka kata setengah mereka itu “Mari kita bunuh akan Luth ini maka kita ambil orang muda itu” maka kata setengah orang daripada mereka itu “Marilah kita nanti ia turun dari rumah Luth berjalan keluar pada ketika itu kita pegang akan dia”.

Hataya maka keluarlah mereka itu daripada kampong nabi Allaha Luth maka hadaplah nabi Luth kepada orang muda-muda itu katanya “Lihatlah oleh kamu halku bahawa mereka itu menghendaki kamu maka kutahani akan mereka itu dan palu mereka itulah akan daku”. Maka kata Jibril seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawaa Yaa Lawatho Anaa Rasala Rabaka Ana Yasholawaa Alayaka Faasara Baahalaka Baqothoa’ Mana Al Layala Wa Laa Yalatafata Mana Kama Ahada maka kata Jibril Hai Luth kami sekelian ini pesuruh daripada tuhanmu kepadamu. Bahawa datang kami ini akan menyeksai kaum yang kafir itu. Sekarang keluarlah tuan hamba dengan segala isi rumah tuan hamba dan anak tuan hamba dan isteri tuan hamba jua tinggalkan isi negeri ini supaya merasai azab mereka itu sekelian bersama dengan kaumnya”.

Arakian maka kata nabi Luth akan isterinya perempuan “Bahawa Allaha Taa’laya akan menyeksai segala kaum dalam negeri ini dan aku keluar dari negeri ini bahawa engkau sertakah dengan aku atau tiadakah”. Kata perempuan yang celaka itu “Sahaja berdusta engkau ini. Banyaklah sudah kulihat dustamu itu” maka bersimpanlah nabi Luth setelah sudah maka kata nabi Luth “Apa daya hamba akan keluar ini kerana pintu kota ini tertutup” maka ujar Jibril “Berpeganglah tuan hamba sekelian kepada sayap hamba ini teguh-teguh kerana nabi Allaha Ibrahim pun ada menanti tuan hamba di luar negeri ini”.

Hataya maka berpeganglah nabi Allaha Luth dengan segala anaknya dan hamba sahayanya kepada sayap Jibril A’layaha Al Salama. Maka di bawa Jibril lah keluar negeri lalu kepada nabi Allaha Ibrahim. setelah bertemulah nabi Luth dengan Ibrahim maka memberi salam kepada Ibrahim maka di sahut Ibrahim lalu berjabat tangan keduanya dan berbuat ibadatlah keduanya pada malam itu kepada Allaha Taa’laya. Arakian maka datanglah kepada waktu dinihari seperti firman Allaha Taa’laya Laqowalaha Taa’laya Ana Mawaa’da Hama Al Shobaha Alayasa Al Shobaha Baqorayaba Bahawasanya janji menyeksa mereka itu pada waktu subuh tiadakah waktu subuh itu amat hampir akan datang pada ketika itu. Maka di angkat Jibril A’layaha Al Salama dengan sayapnya lima buah negeri itu ke udara sekira-kira suara malaikat yang di langit. Maka di hujan oleh segala malaikat akan segala mereka itu dengan batu yang sudah tertunu kemudian maka di belah-belahkan oleh Jibril akan bumi lima buah negeri itu lalu di buangkannya ke bawah maka matilah mereka itu sekelian dengan seksa yang amat sangat.

Setelah di lihat nabi Allaha Ibrahim dan nabi Allaha Luth hal yang demikian dari atas bukit maka pengsanlah nabi Allaha Ibrahim dan nabi Allaha Luth lalu rebah maka firman Allaha Taa’laya kepada batu “Hai batu, lembutkan dirimu kepada Ibrahim dan Luth” maka segera di sapunya oleh Jibril dengan sayapnya udara kepada nabi Allaha kedua itu maka sembuhlah nabi Ibrahim dan Luth daripada bahayanya. Maka ujar Jibril “Tiadakah telah hamba kata kepada tuan hamba tiada dapat tuan melihat seksa Allaha Taa’laya yang amat besar” maka bertanya nabi Allaha Ibrahim kepada Jibril “Dari mana orang itu negerinya” maka ujar Jibril “Masuk ke dalam bumi tiada berhenti turunnya” maka kata Ibrahim “Ya Jibril, jika ia berbuat benar tiadakan demikian murka tuhan atasnya” maka ujar Jibril “Jikalau ada barang seorang juapun berbuat benar di dalam antara banyak itu nescaya di peliharakan akan tuhan seru alam sekeliannya daripada seksa itu”.  Bermula tatkala hari kiamat adalah di dengar segala khalayak suara riuh rendah bunyinya maka kata orang banyak bahawa itulah kaum nabi Allaha Luth suara yang hebat itu telahnya jatuh ke dalam neraka kerana seksa yang amat keras lagi amat besar kerana kaum itu sangat jahatnya daripada segala makhluk yang lain.

Arakian maka nabi Allaha Ibrahim dan nabi Luth pun sembahyang subuh setelah sudah maka turunlah keduanya dari atas bukit itu. Maka kata nabi Allaha Ibrahim “Ya saudara hamba Luth nabi Allaha, bermohonlah hamba kembali ke negeri tinggallah tuan hamba” maka kata nabi Luth “Berhentilah tuan hamba barang dua tiga hari di sini dahulu”. Kelakian maka berhentilah nabi Allaha Ibrahim di perjamu nabi Luth akan dia. Setelah itu maka nabi Ibrahim pun berjalanlah pulang ke benua Sham serta di hantar nabi Luth A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Ana Abaraahayama Laawaaha Halayama Bahawasanya Ibrahim itu amat banyak penglihatannya daripada segala yang ajaib-ajaib tanda kebesaran Allaha Taa’laya lagi yang amat menyayang segala manusia.

Setelah sampailah nabi Ibrahim ke negerinya maka masygullah ia dengan ibadat akan Allaha Taa’laya maka puteri Sara pun hamillah. Setelah genaplah bulannya maka beranaklah puteri Sara seorang laki-laki terlalu baik rupanya maka di namai nabi Allaha Ibrahim akan anaknya itu Asahaqo (Ishak). 

Sumber : Kitab Qoshosho Al Anabayaa