Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, August 9, 2012

Syariat, Thorikat & Hakikat


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Hamada Lalaha Alazaya Zayana Qolawaba Ahabaa Baha Bazayanata Dayanaha segala puji-pujian bagi Allaha yang memperhiasi ia akan segala hati kekasihnya dengan perhiasan agamanya. Wa Nawara Qolawaba Rahamata Lahama Ba Nawara Al Ayamana Bamahadho Fadholaha Wa Karamaha dan menerangi ia akan segala mereka itu kerana kasih sayang bagi mereka itu dengan nur iman dengan semata-mata kurnianya dan dengan kemurahannya. Wa Qowaa Hama Ba Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha A’layaha Al Sholaata Wa Al Salaama Wa A’laya Hama Ajamaa’yana dan menguatkan ia Allaha Taa’laya akan mereka itu dengan penghulu kita nabi Mahamada dan keluarganya dan segala sahabatnya. Bermula rahmat Allaha dan sejahteranya atasnya dan atas sekelian mereka itu.

Wa Baa’da Fahazaha Rasaalata Makhotashora Qowa Samayata Haa Asaraara Al Dayana Laahala Al Yaqoyana Wa Asaala Allaha Ana Ba Natafaa’ Bahaa Kala Thoalaba Yawama Baa’tsa Al Makholawaqoyana Anaha Qorayaba Majayata Daa’wata Al Daaa’yana dan adapun kemudian dari itu maka inilah suatu risalat yang simpan aku namai akan dia Asaraara Al Dayana ertinya segala rahsia agama bagi orang yang mempunyai yakin akan Allaha Taa’laya. Dan akan Allaha Taa’laya aku pohonkan bahawa memberi manafaat ia dengan dia bagiku dan bagi tiap-tiap orang yang menuntut akan sejahtera pada hari bangkit segala makhluk itu hari kiamat bahawasanya Allaha Taa’laya sangat hampir lagi sangat memperkenankan ia akan segala doa orang yang meminta doa.

Aa’lamawa Ayahaa Al Akhowaana Asaa’da Kama Allaha Wa Ayaanaa ketahui olehmu hai segala saudaraku telah di beri bahagia oleh Allaha Taa’laya akan kamu dan akan kami bahawasanya wajib atas segala makalaf laki-laki dan perempuan itu mengetahui ia asal agama dan faraa’ nya yang telah berhimpun ia pada hadis yang di tanyai Jibril akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan katanya “Ya Mahamada, cerita olehmu akan hamba daripada Asalama” maka sabdanya “Al Asalaama Ana Tashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamadaa Rasawala Allaha Wa Taqoyama Al Sholaata Wa Tawataya Al Zakaata Wa Tashowama Ramadhoana Wa Tahaja Al Bayata Ana Asatathoa’ Alayaha Sabayalaa bermula Asalama itu bahawa engkau ketahui bahawasanya tiada tuhan melainkan Allaha dan bahawasanya nabi Mahamada itu pesuruh Allaha dan engkau dirikan sembahyang dan engkau beri zakat dan puasa pada bulan Ramadhan dan naik haji engkau ke Bayata Allaha jika kuasa engkau berjalan kepadanya.

Maka mafhum daripada hadis ini bahawasanya asal agama itu makrifat Allaha bermula makrifat Allaha Taa’laya itu hakikat bagi hati tiada dapat zahir ia melainkan dengan di ikrarkan dua kalimah shahadat dan jadilah faraa’ agama itu Asalama maka tiadalah dengan shidiq ini. Bahawasanya Asalama itu lima perkara, pertama shahadat, kedua sembahyang, ketiga memberi zakat, keempat puasa, kelima naik haji. Maka adalah shahadat itu tiga perkara, pertama shahadat syariat, kedua shahadat thorikat, ketiga shahadat hakikat. Maka shahadat syariat itu telah mahsyur ia pada ahlinya dan shahadat thorikat itu yakin akan segala perkara yang di perbuat oleh segala makhluk itu terbit daripada kudrat Allaha Taa’laya yang esa jua. Maka syarat sah shahadat itu tiada ada di iktiradh akan segala perbuatan makhluk maka jika membunuh oleh seorang makhluk akan dikau nescaya tiada kau balas akan dia kerana yakinmu akan Allaha Taa’laya yang membunuh akan dikau. Dan shahadat hakikat itu dengan iktibar hapus sekelian itu di dalam martabat Ahadayaha maka tiada wujud di sana sekali-kali itu melainkan hak Taa’laya jua. Maka syarat sah shahadat ini tiada kau pandang pada pihak diri segala makhluk berwujud sekali-kali pada pihak limpah wujud hak Taa’laya akan mereka itu hingga dapat kalu lihat akan Allaha Taa’laya dengan mata kepalaku.

Dan adalah bagi sembahyang itu tiga perkara, pertama sembahyang syariat, kedua sembahyang thorikat, ketiga sembahyang hakikat. Maka sembahyang syariat itu telah mahsyurlah ia dan sembahyang thorikat itu mahaasabaha maka makna mahaasabaha itu mengitara-tarakan dirinya tiap-tiap yang mana hawa nafsumu yang telah hilang dan mana yang terkasih pada hatimu pada masa sekarang dan mana kau perbuat yang terlebih baik bagimu dan mana yang jadi terpelihara daripada hawa nafsumu dan takut pada salawakamu dan mana perbuatan yang jadi hilang daripadamu riya dan ajab dan takbur dan daripada segala perangai yang jahat-jahat dan yang mana kelakuan yang jadi kuat pada ibadat dan kau ingat-ingat akan saat jahat nikmat dunia dengan nisbah kepada akhirat hingga kau palingkan mukamu daripada dunia ini sekali-kali dan banyak lagi makna mahasabah daripada ahlinya. Maka syarat sah sembahyang ini itu amat kuat qasad akan Allaha Taa’laya dan benar niatmu pada jalan thorikat selama-lama jadi dalam dunia ini.

Dan sembahyang hakikat itu masaaa’daha iaitu kau pandang kepada wujud hak Taa’laya sentiasa dan jika kau pandang kepada segala wujud ini maka pandang olehmu segala maujud ini itu zhola Aa’yaana Tsaabataha dan dan Aa’yaana Tsaabataha itu zhola zat Allaha maka kau pindah pandang kepada yang ada berwujud iaitu zat Allaha Taa’laya maka ketika itu tiada jatuh tilik pindah pandangmu itu melainkan akan wujud hak Taa’laya jua. Maka syarat sah sembahyang itu jangan tinggal bagimu suatu daripada kasih akan yang lain daripada Allaha Taa’laya dan telah tercabut dalam hatimu segala ukur-ukur nafsu akan dunia dan telah kau hilang riya yang sendi-sendi dalam batin hatimu dan yang lain daripadanya daripada segala perangai basharayaha.

Maka kiblat sembahyang syariat itu Kaa’bata Allaha dan kiblat thorikat itu hati dan kiblat sembahyang hakikat itu hak Taa’laya. Maka kiblat sembahyang syariat itu jauh maka sebab itulah tiada khusyuk orang yang sembahyang dan kiblat sembahyang thorikat itu di dalam diri orang yang sembahyang tiada jauh maka sebab itulah sentiasa pandang akan dia lagi khusyuk orang yang sembahyang kepadanya. Dan kiblat sembahyang hakikat itu tiada berpihak lagi terlebih hampir kepada diri orang yang sembahyang seperti firman Allaha Taa’laya Faayanamaa Tawalawaa Fatsama Wajaha Allaha maka barang kemana berhadap muka kamu di sanalah zat Allaha. Maka sebab itulah sembahyang hakikat itu tiada bermasa seperti firman Allaha Taa’laya A’laya Sholaata Hama Daaa’wama atas sembahyang mereka itu berkekalan tiada keputusannya bersalahan sembahyang syariat maka iaitu berwaktu dan bersalahan sembahyang thorikat maka iaitu ketika datang hawa nafsu. Maka syarat sah sembahyang thorikat itu menyucikan hawa nafsu dengan air majaahadaha dan air rayaadhoha. Dan syarat sah sembahyang hakikat itu menyucikan rahsia dengan air taubat dan air maraaqobaha maka manakala cedera syarat maka tiadalah hasil masharawatho.

Dan adalah zakat itu pun tiga perkara, pertama zakat syariat, kedua zakat thorikat, ketiga zakat hakikat maka zakat syariat itu telah mahsyurlah ia dan zakat thorikat itu tiga syarat, pertama menyucikan hawa nafsu daripada keinginan akan dunia daripada makanan yang sedap-sedap dan daripada memakai pakaian yang baik-baik maka segala yang demikian itu sifat hamba Allaha yang cenderung hatinya kepada dunia maka sebab itulah berkata oleh a’lama ahli Al shoufi barang siapa tiada mahu memakai akan kain yang tampi-tampi dan tiada mahu tidur pada tempat yang jahat-jahat nescaya tiada mencium ia akan bau thorikat ahli al shoufi. Kedua menyucikan diri daripada segala perangai yang kejahatan antara segala makhluk maka tiada sekali-kali engkau menyakiti hati segala makhluk samada ada daripada perbuatan atau daripada perkataan atau pada kelakuan maka jika tiada kuasa engkau akan yang demikian maka a’za lah olehmu daripada mereka itu jangan engkau duduk serta mereka itu. Dan ketiga menyucikan diri daripada sifat yang kecelaan seperti ajab dan riya dan takbur dan daripada segala sifat maa’nawayaha itu banyak berkata-kata dan yang lain daripadanya daripada segala sifat yang jahat-jahat.

Maka syarat sah zakat itu cerdik akalmu dan baik fahammu hingga engkau ketahui akan segala yang sendi-sendi perangai yang membawa kepada menyakiti segala makhluk dan yang sendi-sendi daripada ajab dan takbur dalam batin hatimu hingga kau cabutkan sekelian ukur-ukurnya. Bermula zakat hakikat engkau menyucikan pandangmu dan kasihmu daripada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan engkau sucikan akan segala rahsiamu dan kelebihanmu daripada di ketahui oleh segala manusia daripada berkhabar-khabar kepada zakat ini itu tiada hajatmu akan kemuliaan-kemuliaan antara segala makhluk dan tiada engkau ingat akan kelebihan dirimu kepada Allaha Taa’laya.

Dan adalah puasa itu tiga perkara, pertama puasa syariat, kedua puasa thorikat dan ketiga puasa hakikat. Maka puasa syariat itu telah mahsyur dan puasa thorikat itu menahan diri daripada yang di benci oleh segala makhluk akan dikau dan menahan diri engkau daripada hawa nafsu yang datang ia akan dikau dan menahan diri daripada keluh kesah kena bala dan keluh kesah akan berbuat ibadat dan keluh kesah menahan qodha dan daripada hak Taa’laya dan jika sangat benci daripadamu sekalipun. Maka syarat sah puasa syariat itu berniat dahulu daripada fajar dan syarat puasa thorikat engkau teguhkan niat dan mengkuatkan hemat akan sabar selama-lama dahulu daripada turun qodha dan qadar. Bermula puasa hakikat itu engkau menahan diri daripada shathohayaata itu mengatakan khabar yang tiada patut pada syarak seperti kata Anaa Al Haqo atau Anaa Al Faaa’la dan tiada menahan diri daripada menyatakan rahsia makrifat yang bersalahan dengan hukum syarak. Bermula puasa hakikat itu ingat dan kuat hemah akan menunaikan segala yang demikian itu dahulu daripada terlanjurnya.

Bermula naik haji itu tiga perkara, pertama naik haji pada syariat, kedua pada thorikat, ketiga pada hakikat. Maka naik haji pada syariat itu berjalan kepada Kaa’baha Allaha serta di perbuat segala rukun haji dan naik haji pada thorikat itu naik orang yang Salik kepada maqam ruh serta di perbuat segala rukunnya dan setengah daripada rukun haji itu bekal. Maka bekal haji ini iaitu takut akan Allaha Taa’laya pada zahirnya dan batinnya dan setengah daripada rukun haji ini iaitu kenal maka iaitu hemah yang kuat pada menjalan thorikat selama umurnya. Dan setengah daripada maa’lama iaitu guru yang marashada yang menunjuk akan dikau akan jalan ini. Dan setengah daripadanya senjata maka iaitu zikir Allaha Taa’laya dengan dialah engkau pertakut segala seteru daripada jalan daripada hawa nafsu. Dan setengah daripadanya taulan iaitu orang yang bersama-sama pada jalan thorikat supaya dapat bertolong-tolong setengah mereka itu akan setengah pada segala perbuatannya dan banyak lagi rukun yang lain daripadanya.

Bermula haji pada hakikat itu naik orang salik kepada martabat Wahadaha hingga sampai mereka itu kepada hak Taa’laya dengan penuh segala yang maujud dalamnya. Dan setengah daripada rukun haji hakikat itu bekal maka bekalnya itu mahabaha yang sangat dan setengah daripadanya kenderaan iaitu nur Ahadayaha dengan kurnia hak Taa’laya semata-mata dengan tiada dapat engkau usahakan akan dia sekali-kali. Dan setengah daripadanya maa’lama maka iaitu makashafa daripada hak Taa’laya semata-mata dan setengah daripadanya senjata iaitu hebat Al Jalaala dalam hatimu hingga cemerlanglah semata-mata Jalaala Al Haqo ke dalam alam wujud. Maka ketika itu sampai engkau kepada tuhanmu dan setengah daripadanya taulan maka iaitu tajali sifat Jamaala kepadamu supaya tetap engkau pada ketika daripada tergelincir kepada bahaya kafir dan sayasata.

Bermula haji thorikat itu terlebih baik lagi terlebih mulia daripada haji syariat kerana tempat haji thorikat itu ruh dan ruh itu terlebih besar lagi terlebih mulia daripada segala makhluk dan adalah Kaa’bah yang tempat haji syariat suatu jaza daripada mezahir ruh yang tempat haji thorikat dan haji hakikat itu terlebih mulia daripada haji thorikat kerana tempat haji hakikat itu martabat Wahadaha yang iaitu hakikat ruh maka ruh itu mahadatsa dan Wahadaha itu qodim. Bermula orang yang haji dengan haji thorikat itu terlebih besarlah martabatnya daripada orang yang haji dengan syariat dan orang yang haji dengan haji hakikat itu terlebih besar martabatnya daripada orang yang haji dengan haji thorikat.

Dan jika ada haji syariat itu wajib sekalipun kerana segala hukum yang di wajib oleh hak Taa’laya atas segala manusia itu adalah ia dengan sekira-kira kuasa kebanyakan mereka itu yang mengerjakan akan dia. Maka jikalau di wajibkan atas mereka itu seperti hukum yang di perbuat oleh orang yang hawaasho nescaya tiada kuasa kebanyakan mereka itu mengerjakan dia maka jadi berdosalah mereka itu kerana tiada ia mengikut suruhnya. Maka adalah yang demikian itu kerana sangat kasih sayang hak Taa’laya akan mereka itu sekira-kira mengwajibkan akan taat hamba akan dia itu dengan mudah dikerjakan oleh mereka itu supaya tiada di tinggalkan akan dia serta tetap hati mereka itu daripada keluh kesah taat yang amat berat.

Maka ketahui olehmu hai tholib tatkala sudahlah engkau ketahui asal agama dan faraa’ nya maka wajib pula engkau ketahui yang di namai agama itu iaitu ibarat daripada berhimpun empat perkara iaitu Asalama dan iman dan tauhid dan makrifat. Maka jika tiada pada seorang salah suatu daripada empat itu maka tiada di namakan orang itu beragama. Bermula Asalama itu tiga perkara, pertama Asalama pada syariat, kedua Asalama pada thorikat, ketiga Asalama pada hakikat. Maka Asalama pada syariat itu mengikut suruh Allaha Taa’laya dan suruh segala pesuruhnya. Dan Asalama pada thorikat itu menyerahkan diri kepada hukum Allaha Taa’laya sama ada ia benci oleh nafsu atau yang di kasih oleh nafsu atau dengan sekira-kira tiada mehendaki keluar daripada suatu yang telah di hukum oleh Allaha Taa’laya akan dia serta tawakal engkau kepadanya sentiasa. Dan Asalama pada hakikat itu menyerahkan diri engkau kepada waarada dan tajali yang turun daripada hak Taa’laya serta tiada mehendaki keluar daripada hukum suatu waarada yang datang seperti datang waarada qobadho maka tiada ia mehendaki datang waarada basatho dan baliknya dan berlaku hal dirinya itu seperti hukum waarada dan tajali yang telah turun itu.

Bermula iman itu tiga perkara, pertama iman pada syariat, kedua iman pada thorikat, ketiga iman pada hakikat. Maka iman pada syariat itu percaya akan Allaha Taa’laya dan akan rasulnya dan yang lain daripadanya seperti yang telah mahsyur. Dan iman pada thorikat itu percaya akan hukum Allaha Taa’laya tiada dapat berubah sekali-kali dan percaya akan rezeki daripada akuan Allaha Taa’laya tiada bertambah dengan sebab di tuntut dan tiada kurang dengan sebab tiada di tuntut. Dan tiada bahagia seorang dengan sebab ibadat dan tiada celaka seorang dengan sebab maksiat tetapi bahagia dan celaka itu tersurat pada Luh Mahfuz tiada boleh berubah sekali-kali dan adalah ibadat dan maksiat itu semata-mata alamat. Dan iman pada hakikat itu percaya akan hukum Allaha Taa’laya tiada dapat berubah sekali-kali dan tiada bertukar-tukar jika baik ia pada azali nescaya baik ia pada zahir dan jika celaka ia pada azali nescaya celaka ia pada zahirnya. Dan jika kaya ia pada azali nescaya kaya ia pada zahir dan mustahil Allaha Taa’laya mengubah yang demikian itu dan faedah ibadat itu semata-mata a’bawadayaha wujudnya menyempurnakan hak rabawabayaha jua demikianlah segala perbuatan hamba yang lain.

Bermula tauhid itu tiga perkara, pertama tauhid pada syariat, kedua tauhid pada thorikat, ketiga tauhid pada hakikat. Maka tauhid pada syariat itu menafikan sifat ketuhanan daripada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan di isbatkan akan dia kepada Allaha Taa’laya supaya sah iman dengan dia. Dan tauhid pada thorikat itu di esakan akan segala perbuatan dan segala sifat makhluk itu perbuatan Allaha Taa’laya dan sifatnya pada hakikat. Maka adalah segala perbuatan makhluk dan sifatnya itu zahir ia daripada hak Taa’laya yang esa maka di esakan keduanya hingga tiada tinggal pada dirinya sekali-kali resam basharayaha padanya. Bermula tauhid pada hakikat itu di sabitkan wujud pada hak Taa’laya jua kerana yang lain daripadanya tiada berwujud. Dan jika banyak pada zahir engkau lihat sekalipun kerana sekelian itu tiada wujud pada diri mereka itu melainkan pada pihak limpah nur hak Taa’laya akan dia. Maka sentiasa di esakan akan dia hingga tiada tinggal resam wujud daripada dirinya pada duduknya dengan gholabaha hakikat.

Bermula makrifat itu tiga perkara, pertama makrifat pada syariat, kedua makrifat pada thorikat, ketiga makrifat pada hakikat. Maka makrifat pada syariat itu mengenal Allaha Taa’laya dengan iktibar tanazayaha semata-mata dan mengenalkan segala suruhnya daripada segala yang di fardhukan Allaha Taa’laya dan mengenal segala hukumnya daripada halal dan haram dan makruh dan shobaha dan sunat. Dan makrifat pada thorikat itu mengenalkan segala khuatir yang di dalam hati daripada baik dan jahat dan mengenalkan yang sendi-sendi daripada riya dan ajab dan yang lain daripadanya yang di dalam batin hati. Dan mengenalkan segala hawa nafsu yang sendi-sendi dan meninggalkan saat lathif kasih sayang Allaha Taa’laya akan segala hambanya dan yang lain daripadanya dengan kashaf ilmu adanaya. Dan bezakan daripada tajali Jalal dan tajali Jamal hingga di perbuatkan barang yang patut pada hak keduanya dan yang lain-lain daripada segala makrifat yang amat banyak.

Bermula makrifat pada hakikat itu antara tanazayaha dan tashabayaha hingga tiada hijab sebab di pandang zahir daripada pandang batin dan tiada hijab sebab pandang batin daripada pandang yang zahir maka adalah zahir dan batin itu suatu jua pada hakikatnya dan yang zahir itu tashabayaha dan yang batin itu tanazayaha. Inilah maqam awalaya maka ketahui olehmu hai tholib kemudian wajib pula atasmu engkau iktikadkan bahawasanya tiap-tiap seorang itu memilih ia tatkala sampai ajalnya dan dunia ini lagi akan kiamat pada akhirnya tatkala sampai janji hak Taa’laya akan dia.

Maka adalah mati itu tiga perkara, pertama mati pada syariat, kedua mati pada thorikat, ketiga mati pada hakikat. Maka mati pada syariat itu mati tubuh maka iaitu telah mahsyur pada segala awam. Dan mati pada thorikat itu mati segala hawa nafsu dan daripada kemuliaan dan daripada kemegahan kepada segala makhluk lagi mati kehendaknya akan harta dunia dan lain-lain daripadanya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Kholaqo Al Anasaana Dhoa’yafaa dan telah di jadikan insan itu lemah ia tiada kuasa ia berbuat barang kehendak. Dan lagi firman Allaha Taa’laya Laqoda Kholaqonaa Al Anasaana Faya Ahasana Taqowayama Tsama Radadanaaha Asafala Saafalayana sanya kami jadikan akan insan itu pada sebaik-baik rupa daripada kemegahan dan daripada perhiasan dunia itu kemudian kami tolak setengahnya itu kepada sehabis-habis hina pada zahirnya tetapi pada batinnya terlebih mulia daripada lainnya.

Bermula mati pada hakikat itu mati dalam tuntutnya akan Allaha Taa’laya dengan di pandang nur azali maka tiada pandang bagi dirinya mempunyai ikhtiar sekali-kali dan mati kehendak akan wusul kepada Allaha Taa’laya kerana hukum azali tiada dapat berubah. Maka tiada jadi lebih dengan wusul dan tiada jadi kurang dengan sebab tiada wusul serta memegang ia kepada qosamaha tuhannya pada azali. Maka tatkala ada pada azali itu qosamaha wusul maka tak dapat tiada daripada wusul dan tatkala tiada pada azali nescaya tiada sekarang seperti firman Allaha Taa’laya Azaa Zalazalata Al Aradho Zalazaa Lahaa apabila di gerak-gerak akan bumi hati akan sebagai gerak yang sangat dengan sebab datang makrifat yang sendi-sendi. Wa Akhorajata Al Aradho Atsafa Lahaa ertinya dan mengeluarlah oleh bumi hati itu akan segala tanggungannya daripada hakikat makrifat yang tiada kuasa menanggung oleh manusia dan tiada pernah mendengar oleh mereka itu akan dia daripada makrifat yang ghorib-ghorib dan yang sangat kesukaran faham mereka itu.

Wa Qoala Al Anasaana Maa Lahaa dan telah mengata oleh segala manusia itu apa makrifat yang demikian itu kerana engkar mereka itu akan segala makrifat yang sendi-sendi itu kerana tiada pernah mendengar oleh mereka itu dan menyangka oleh mereka itu akan tersalah pada iktikad mereka itu kerana tiada sampai akal mereka itu kepadanya. Yawamaza Tahadatsa Akhobaara Haa Ba Ana Rabaka Awahaya Lahaaa pada hari inilah engkau berkhabar-khabar kerjaannya daripada kejahatan dan kebajikan yang sendi-sendi keduanya yang tiada di ketahui oleh orang yang lain sama ada ia daripada dirimu atau pada orang yang lain daripadamu dengan sebab bahawasanya tuhanmu itu telah mewahyu bagi hatimu maka ketika itu datanglah ilmu faraada.

Yawamaza Yashodawara Al Naasa Anashaataa Layarawaa Aa’maa Lahama pada hari inilah berpegang segala manusia yang salik pada halnya bercerai-cerai mereka itu daripada berjabat kepada amal dan kepada suatu yang lain daripada hukum azali kerana telah di perlihat hak Taa’laya akan mereka itu dan segala amal mereka itu dan balasnya itu terbahagi pada azali itu tiada bertukar-tukar dan tiada berubah-ubah. Famana Yaa’mala Matsaqoala Zarata Khoyaraa Yaraha Wa Mana Yaa’mala Matsaqoala Zarata Sharaa Yaraha maka barang siapa berbuat amal ia dengan takdir hak Taa’laya pada azali sekadar seberat zarah daripada kebajikan jua pun nescaya melihat ia akan dia dan barang siapa berbuat amal ia sekadar seberat zarah daripada kejahatan nescaya melihat ia kerana janji hak Taa’laya pada azali itu tiada dapat di sempurna ia pada sekarang ini.

Bermula kiamat itu tiga perkara, pertama kiamat pada syariat, kedua kiamat pada thorikat, ketiga kiamat pada hakikat. Maka kiamat pada syariat itu karam dunia ini dan segala isinya dan daripada tanda kiamat itu turun Imam Mahdi. Dan kiamat thorikat itu karam pandang orang Salik akan Allaha Taa’laya tiada sekali-kali ingat kasih akan yang lain daripada Allaha Taa’laya. Maka tanda kiamat ini itu shawaqo yang tiada dapat tetap sertanya pada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan tetapi bangkit cita-cita itu semata-mata pada Allaha Taa’laya dan mabuk ia dengan sebab terangan nur Jamala kepadanya seperti firman Allaha Taa’laya Ana Hama Lafaya Sakarata Hama Yaa’mahawana bahawasanya mereka itu dalam mabuk mereka itu hairan mereka itu daripada pandang yang lain daripada hak Allaha Taa’laya.

Dan kiamat pada hakikat itu karam pandang orang A’rifin dalam Allaha Taa’laya hingga tiada ingat akan dirinya dan akan Taa’laya pun tiada ingat itulah maqam fana iaitulah wusul kepada Allaha Taa’laya. Maka tanda kiamat ini gholabaha nur Jalal yang semata-mata yang tiada dapat menahan oleh segala yang mahadatsa melainkan fana ia dalam sempurna itu dengan baqo kerana sehabis-habis fana itu baqo dengan Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya Azaa Al Samaa Anafathorata maka apabila langit Ahadayaha itu berhujan daripada hujan Jalal dan hujan Jamal pada permulaannya. Wa Azaa Al Kawaakaba Anatatsarata dan apabila segala bintang akal dan waham dan khayal itu telah berhambur ia yakni hilang ia daripada saat keras Jalal Allaha Taa’laya yang mutlak.

Wa Azaa Al Qobawara Baa’tsarata A’lamata Nafasa Maa Qodamata Wa Akhorata dan apabila kubur hati itu di balikkan akan dia yakni di balikkan pandangannya dan di bangkitkan segala makrifat yang tertanam di dalamnya. Dan adalah tiap-tiap hati manusia makrifat yang tertanam dalamnya tetapi tiada di ketahui akan dia kerana tertutup dengan sifat basharayaha maka adalah yang sifat basharayaha itu dengan fana di dalam Ahadayaha. Maka sebab itulah terbuka tatkala fana dada Ahadayaha maka ketika inilah mengetahui oleh tiap-tiap seorang akan barang yang telah dahulu daripada maqam salawaka nya dan barang yang telah dahulu daripada martabat dirinya pada azali dan barang yang taakhir daripada fana iaitu melihat ia akan Allaha Taa’laya yang Layasa Kamatsala Shaya pada hal pandang akan Layasa Kamatsala Shaya kerana pada masa fana itu tiada di ketahui dan tiada ingat akan suatu jua pun.

Adapun kemudian daripada itu maka wajib pula di ketahui oleh segala makalaf serta di iktikadkan bahawasanya Allaha Taa’laya bangkit ia akan segala orang yang di dalam kubur pagi Jumaat maka bangkit itu tiga perkara. Pertama bangkit syariat, kedua bangkit pada thorikat, ketiga bangkit pada hakikat. Maka bangkit pada yang pada syariat itu telah mahsyur ia pada segala orang awam dan bangkit yang pada thorikat itu bangkit segala orang Salik daripada kubur tiap-tiap maqam yang bawah kepada maqam yang di atas. Maka adalah maqam salawaka itu seperti kubur dengan iktibar tiap-tiap Salik dalamnya pada hal tiada ingat suatu dalamnya daripada jahat hal iaitu kehendak bangkit oleh hak Taa’laya daripada maqamnya. Maka tiup oleh Allaha Taa’laya akan angin makrifat ke dalam hati orang yang Salik supaya suka ia daripada tidurnya seperti bangkit orang yang mati dengan di tiup sangkakala. Maka ketika itu bertambah makrifat maka tiada pandang dirinya pada maqam itu jahat serta berpindah ia kepada maqam yang di atas kerana pada pandangan bahawasanya maqam ini itu terlebih baik baginya. Maka sentiasa segala orang Salik terbangkit daripada suatu maqam kepada suatu maqam hingga sampai ia kepada maqam fana yang kubur yang asholaya bagi tiap-tiap maujud inilah kesudahan salawaka yang pertama.

Bermula bangkit pada hakikat itu terbangkit segala Salik dengan semata-mata ikhtiar hak Taa’laya daripada maqam fana itu yang ia itu kubur hakikat kepada maqam baqo Al Maqoama inilah permulaannya salawaka yang kedua maka sentiasa turun daripada suatu maqam kepada suatu maqam hingga sampai ia kepada Atsaara yang ia permulaan salawaka yang pertama-tama salawaka nya yang iaitu martabat sekelian nabi yang marasala. Maka tatkala sudahlah aku nyatakan kelakuan naik maka lazamlah atasku menyatakan segala maqam yang zahir ku pandang pada daerah supaya jangan tergelincir naik kamu pada segala maqam itu dan jangan jatuh pada sangkamu maqam yang di atas Naa’waza Ba Allaha Manahaa.

Maka aku nyatakan akan dikau hai orang Salik dengan jalan makhotashora seperti yang tersebut dalam kitab Hakama abana A’thoa Allaha Dalayala Wajawada Atsaaraha A’laya Wajawada Asamaaha Wa Bawajawada Asamaaha A’laya Tsabawata Awa Shoafaha Wa Bawajawada Awa Shoafaha A’laya Wajawada Zaataha Aza Mahaala Ana Yaqowama Al Washofa Ba Nafasaha telah menunjukkan oleh segala Atsara hak Taa’laya itu atas wujud asma nya dan menunjukkan oleh wujud asmanya itu atas sabit wujud sifatnya dan wujud sifat itu atas wujud zatnya kerana mustahil berdiri sifat dengan sendirinya. Maka dengan mafhum kata ini jadilah segala maqam salawaka itu empat maqam. Maka sebab itulah engkau lihat empat daerah ini dengan sebilang-bilang maqam bagi orang yang Salik.

Tatkala sampai ia kepada setinggi-tinggi maqam di namai akan dia orang Majazawaba dan adalah Salik Majazawaba itu kepada turun maka jadilah kesudahan Majazawaba itu permulaan Salik. Maka terkadang bertemu keduanya pada satu maqam yang Salik pada naik dan yang Majazawaba itu pada turun kerana daerah maqam Salik dan Majazawaba itu bersuatu kepadanya seperti yang kau lihat pada daerah ini. Lakana Ba Maa’naya Waahada jikalau berhimpun mereka itu pada suatu daerah maqam sekalipun tetapi tiada bersuatu pada martabat seperti yang kau lihat maka berbeza satu daerah maqam ini dengan kurus yang di tengah. Maka jadilah daerah yang satu itu dua bahagi hingga adalah satu-satu bahagi daerah daripada dua bahagi seperti hukum daerah yang lain kerana jauh beza martabat mereka itu antara keduanya dan jauh beza pada makrifat.

Wa Ba Allaha Al Tawafayaqo Wa Asaala Allaha Al Ajaabata Wa Al Qobawala. Tama Hazaa Al Kataaba Wa Sholaya Allaha A’laya Khoyara Kholaqoha Mahamada Wa Salama Allahama Aghofara Laya Wa Lawaaladaya Wa Laashohaaba Al Haqowaqo A’laya Wa Lajamayaa’ Al Masalamayana Wa Al Masalamaata Wa Mawamanayana Wa Al Mawamanaata Al Ahayaa Mana Hama Wa Al Amawaata Amayana Yaa Raba Al A’alamayana.
      
Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Hamada Lalaha Wahadaha Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A’laya Mana Laanabaya Baa’daha.

Amaa Baa’da adapun kemudian dari itu maka ketahui olehmu hai tholib bahawasanya asal iktikad yang sempurna itu iaitu engkau iktikadkan Allaha Taa’laya itu Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Laha Kala Shaya ertinya tiada sepertinya suatu juapun dan baginya tiap-tiap suatu yakni tiada sepertinya suatu daripada zatnya dan baginya tiap-tiap suatu daripada asmanya dan tajalinya. Maka dengan kata ini sekialah kita iktikadkan bahawa hak Taa’laya itu ada baginya rupa yang tertentu dengan dia dan harus baginya tajali dengan barang rupa yang di kehendakinya dengan Mafahawama Wa Laha Kala Shaya dan baginya tiap-tiap rupa yang tersebut itu seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Raayata Rabaya Faya Ahasana Showarata ertinya telah aku lihat akan tuhanku pada sebaik-baik rupa itu iaitu mezahirnya jua maka apabila tajali dia dengan nur shaa’shaanaya.

Maka tajali itu tiada dapat di pandang dan apabila ia tajali dengan nur ghoyara shaa’shaanaya maka iaitu dapat ia di pandang tetapi tiada dapat di nyatakan Allaha Taa’laya. Dan sekianya pula kita ketahui serta kita iktikadkan bagi hak Taa’laya itu tujuh martabat yakni ia mempunyai tujuh martabat dengan Ajamaala, pertama Ahadayaha namanya, kedua martabat Wahadaha namanya, ketiga martabat Waahadayaha namanya, keempat martabat A’alama Arawaaha namanya, kelima martabat A’alama Matsaala namanya, keenam martabat A’alama Ajasaama namanya, ketujuh martabat A’alama Anasaana namanya.

Maka tiga martabat yang pertama itu martabat ketuhanan maka yang empat martabat yang kemudian itu martabat kehambaan lagi mezahir bagi Allaha Taa’laya. Dan sekianya pula bahawa kita iktikad bagi hak Taa’laya itu tujuh sifat yang di namai akan dia itu segala sifat zat. Maka yang pertama itu Hayaata, kedua A’lama, ketiga Qodarata, keempat Araadata, kelima Samaa’, keenam Bashora, ketujuh Kalaama. Maka dengan sifat Hayaata itu bernama Haya dan dengan sifat A’lama itu bernama A’alama dan dengan sifat Qodarata itu bernama Qoadara dan dengan sifat Araadata itu bernama Marayada dan dengan sifat Samaa’ itu bernama Samayaa’ dan dengan sifat Bashora itu bernama Bashoyara dan dengan sifat Kalaama itu bernama Matakalama.

Bermula segala sifat yang tujuh sifat ini itu ada pada kita bayang-bayang bagi segala sifat hak Taa’laya yang telah tersebut seperti wujud kita bayang-bayang bagi wujudnya demikian segala sifat yang lain daripadanya. Maka bayang-bayang itu tiada maujud ia melainkan dengan empunya bayang maka bukan ia dan tiada lain daripadanya. Maka dengan kata ini hendaklah sentiasa pada iktikad kita Laa Haya Wa Laa A’alama Wa Laa Qoadara Wa Laa Marayada Wa Laa Samayaa’ Wa Laa Bashoyara Wa Laa Matakalama Faya Al Haqoyaqota Alaa Allaha ertinya tiada yang hidup dan tiada yang tahu dan tiada yang kuasa dan tiada yang berkehendak dan tiada yang mendengar dan tiada yang melihat dan tiada yang berkata-kata pada hakikat melainkan hanya Allaha Taa’laya jua.

Maka apabila mesralah pendengar kita nescaya tajalilah kembalilah kepada hal A’dama kita maka apabila tajali itu di hukumlah kita dengan mati Akhotayaaraya yang di isyarat oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan sabdanya Mawata Waa Qobala Ana Tamawata Waa ertinya matikan diri kamu dahulu daripada sebelum mati kamu. Maka dengan kata ini adalah mati itu mati atas dua bagai, pertama mati Adhothoraaraya namanya maka iaitu tiada masuk dalamnya ikhtiar sekali-kali, kedua mati Akhotayaaraya namanya iaitu dengan mengiktikadkan diri kita dengan mengembalikan dia kepada hal A’dama nya seperti yang telah tersebut dahulu itu.

Dan setengah daripada a’lama itu mengata mati Adhothoraaraya itu iaitu di namai akan dia mati Showaraya. Dan mati Akhotayaaraya itu iaitu karam dengan Laa Alaha Alaa Allaha kerana hasil makna Laa Alaha Alaa Allaha itu pada orang yang manahaya tiada maujud hanya Allaha Taa’laya kerana segala yang lain daripada Allaha itu iaitu bayang-bayang. Maka hak Allaha Taa’laya tiada ia maujud sendirinya dengan dia jua berdiri wujudnya itu maka tiada adalah maujud yang lain pada hakikat hanya Allaha jua. Adapun mati Adhothoraaraya itu maka iaitu tiada ada jalan kepadanya dengan ikhtiar kita.

Dan adalah tersebut dalam kitab tazkirah apabila kita hampir mati maka datanglah kepada diri kita segala rakyat Iblis menyerupakan dirinya seperti segala kaum kita dan kekasihnya kita yang sudah mati seperti bapa dan ibu dan saudara dan segala taulan kita maka menyuruh kita mati pada hal kita mengikut agama Yahudi maka jika kita tiada mahu mengikut dia nescaya datanglah yang lain menyuruh kita mati pada hal mengikut agama Nasrani. Apabila di kehendaki Allaha Taa’laya menunjuk kita kepada jalan yang betul maka datanglah kepada kita malaikat maka di takut daripada kita rakyat segala syaitan itu dan di sapunyalah debu pada muka kita maka sukacitalah kita kemudian dari itu.

Maka datanglah Malaka Al Mawata memberi salam kepada kita serta menyampaikan salam daripada Allaha Taa’laya demikian bunyinya Al Salaama A’layaka Yaa Walaya Allaha Allaha Yaqorawaka Al Salaama ertinya sejahtera atasmu wali Allaha Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya memberi salam akan dikau maka di ambilnyalah nyawa kita. Dan pada suatu riwayat katanya Rabaka Yaqoraka Al Salaama ertinya tuhanmu memberi salam ia akan dikau demikian bunyinya Wa A’layaka Al Salaama Lalaha Al Salaama Wa Manaha Al Salaama Wa A’layaha Yarajaa’ Al Salaama maka hendaklah kita tatkala keluar nyawa jangan diam daripada mengata Laa Alaha Alaa Allaha itu dengan lidahnya itu dengan zikir nafas atau dengan hati. Bermula segala alamat yang telah di sebut oleh mereka itu tiada lazam kerana mati itu tiada dengan ikhtiar.

Wa Allaha Aa’lama Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha Wa Salama Allahama Aghofara Laya Wa Lawaaladaya Wa Ashohaaba Al Haqowaqo A’laya Wa Lajamayaa’ Al Masalamayana Wa Al Masalamaata Wa Al Mawamanayana Wa Al Mawamanaata Al Ahayaa Mana Hama Wa Al Amawaata Rabanaa Zholamanaa Anafasanaa Wa Ana Lama Taghofara Lanaa Wa Tarahamanaa Lana Kawanana Mana Al Khoasarayana Yaa Raba Al A’alamayana Amayana.         .                                          

Sumber : Kitab Mafataaha Al Janata
                        

Sunday, August 5, 2012

Seksa Zina dan Liwat


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Baaba Al Raabaa’ Faya A’qowabata Al Zanaa

Qoala Allaha Taa’laya Wa Laa Taqorabawaa Al Zanaa Anaha Kaana Faahashata Wasaa Sabayalaa bermula bab yang keempat pada menyatakan seksa orang yang berzina. Telah firman Allaha Taa’laya dan jangan sekali-kali engkau hampir akan zina bahawasanya terlebih adalah ia terlebih jahat dan sejahat jalan lagi firmannya Al Zaananayata Wa Al Zaanaya Faajaladawaa Kala Waahada Manahamaa Maata Jaladata ertinya perempuan yang zina dan laki-laki yang zina maka palu olehmu tiap-tiap seorang daripada keduanya itu seratus kali maka bahawasanya Allaha Taa’laya terlalu murka atas keduanya dan jika tiada di palunya seratus kali di dalam dunia nescaya di palu oleh Allaha Taa’laya di dalam akhirat dengan cokmar api neraka.

Dan cerita daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama telah bersabda ia “Jauhkan olehmu akan zina itu maka bahawasanya dalamnya itu mengena ia enam perkara, tiga perkara di dalam dunia dan tiga perkara dalam akhirat”. Maka sembah sahabat “Apa-apa ya rasul Allaha seksa ia dalam dunia” maka sabdanya “Suatu di kurangkan Allaha Taa’laya rezekinya yang halal dan keduanya di hilangkan berkat di dalam umurnya dan ketiga apabila keluar ruh daripada jasadnya terdinding kepada Allaha Taa’laya dan menilik kepada neraka dan kepada Malaka Zabaniah”. “Dan apa-apa tiga perkara seksa ia di dalam akhirat” maka sabdanya “Suatu menilik Allaha Taa’laya akan dia dengan tilik murkanya maka hitamlah mukanya dan kedua terlalu sangat seksanya dan ketiga mengena rantai api di dalam neraka.

Wa Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana Malaa A’yanaha Mana Al Haraama Malaa Allaha A’yanaha Mana Naara Jahanama Wa Mana Zanaa Baamaraata Qoamaha Allaha Mana Qobaraha A’thoshaanaa Alaya Akhoraha dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa memenuh matanya daripada menilik yang haram maka memenuh Allaha Taa’laya akan matanya daripada api neraka jahanam dan barang siapa zina dengan perempuan di bangkitkan Allaha Taa’laya daripada kuburnya hal keadaannya dahaga dan telanjang dan menangis dukacita lagi hitam mukanya pada tengkoknya itu rantai daripada api neraka dan pakaiannya daripada Qothoraana maka berkata Allaha Taa’laya inilah azab baginya.

Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa zina dengan perempuan yang bersuami adalah atasnya dan atas perempuan itu seksalah ia pada hari kiamat di hukumkan Allaha Taa’laya suaminya di suruh ambil kebajikannya dan di tanggung dosa suaminya itu serta di halaunya kepada neraka jahanam apabila tiada mengetahui suaminya akan isterinya itu zina. Dan adapun jika ia mengetahui suaminya akan isterinya itu zina maka diam maka di haramkan Allaha Taa’laya suaminya itu syurga kerana bahawasanya tersurat pada pintu syurga “Engkaulah dayus” maka tiadalah masuk syurga sekali-kali orang itu dan bahawasanya tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi serta bukit menyumpah-nyumpah orang yang dayus.

Dan cerita daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya telah bersabda ia pada malam Maa’raaja aku melihat dalam neraka suatu rumah tembaga pintunya terlalu sempit dan dalamnya beberapa laki-laki dan perempuan yang terpenjara sekeliannya serta ular dan kala pada hal mengikat dia kepada faraj dan zakar mereka itu maka aku bertanya kepada Jibril “Siapa yang kena seksa demikian itu” maka sembah Jibril “Inilah orang zina”. Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa menjabat perempuan yang haram, datang ia pada hari kiamat pada hal dua tangannya terikat kepada tengkoknya dengan rantai daripada api neraka dan jika ia mencium hidungnya nescaya di gunting oleh Zabaniah bibirnya dan hidungnya gunting api neraka. Maka jika mungkir akan pekerjaannya zina ia maka berkatalah dua pehanya di hadapan Allaha Taa’laya “Kami berbuat demikian pada tempat falaana pada bulan falaana demikian-demikian".

Maka menilik Allaha Taa’laya dengan tilik murkanya dan gugurlah daging pada mukanya dan tanggallah tulang mukanya dengan tiada berdaging. Maka berkata Allaha Taa’laya serta murkanya “Dan kembalilah engkau kepada tempat kamu” dan kekallah mukanya hitam. Maka sembah mereka itu “Ya tuhanku, apa sebab engkau seksa terlalu sangat pada aku” maka berkatalah segala anggota mereka itu dengan izin Allaha Taa’laya. Maka berkata-katalah tangannya “Ya tuhanku, aku mencapai kepada haram” dan berkata-katalah mata “Aku melihat kepada yang haram” dan berkata-katalah kaki “Aku berjalan kepada yang haram” maka berkata-katalah faraj dan zakar “Akulah yang berbuat demikian itu”. Maka berkata malaikat di kanan “Aku mendengar” dan berkata melaikat di kiri “Aku menyurat perbuatannya” dan berkata bumi “Ia berjalan di atasku”. Wa Yaqowala Allaha Taa’laya dan berkata Allaha Taa’laya kepada malaikat “Hai malaikat, engkau seksa akan dia dengan seksa yang terlalu panas kerana ia tiada malu akan daku”.

Al Baaba Al Khoamasa Faya Bayaana A’qowabata Al Lawaatho

Bermula bab yang kelima pada menyatakan seksa orang yang berliwat seperti firman Allaha Taa’laya Ataatawana Al Zaakaraana Mana Al A’alamayana yakni laki-laki sama laki-laki daripada sekelian alam. Wa Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana A’mala A’mala Qowama Lawatho Faaqotalawaa Al Faaa’la Wa Al Mafaa’wala dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa mengerjakan pekerjaan kaum nabi Allaha Luth maka hendaklah bunuh yang berbuat dan yang di perbuat. Qoala Abana A’baasa Radhoya Allaha A’nahamaa bermula had orang yang berliwat itu bahawa di lontarkan dengan batu pada tempat yang tinggi hingga mati maka bahawasanya Allaha Taa’laya merejamkan kaum Luth dengan batu dari langit. Dan jika di mandikan orang yang liwat itu dengan segala air dunia ini nescaya tiada hilang najis pada tubuhnya hingga mati. Maka apabila zina laki-laki bergeraklah Arash dan berpeganglah segala malaikat pada tiang Arash serta membaca surat Al Ikhlas hingga hilang bergerak Arash tuhannya.

Wa Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tujuh kaum di seksa terlalu pedih, suatu Faaa’la dan kedua Mafaa’wala yakni liwat dan ketiga berzina dengan perempuan pada duburnya dan keempat zina dengan binatang dan kelima zina dengan perempuan dan anaknya dan keenam zina dengan perempuan yang sudah di persuamikan dan ketujuh orang yang menyakiti orang sekampung melainkan bahawa ia taubat. Telah berkata Salayamaana bana Daawada A’layaha Al Salama bagi Iblis “Khabarkan olehmu akan daku apa pekerjaan yang terlebih kasih kepadamu” maka sembah Iblis “Tiada suatu yang terlebih kasih kepada hamba tuan lain daripada liwat”.

Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama telah di laknatkan Allaha Taa’laya atas orang yang mengurangkan sukatan dan mengurangkan timbangan atau membesarkan dia dan masuk jamban dengan tiada di basuhnya kerana sekelian itu perbuatan kaum Luth dan neraka balasnya bagi barang siapa yang mengerjakan dia dan laki-laki yang menyerupai perempuan dan unggas. Dan telah bersabda Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa mati pada hal ia mengerjakan pekerjaan kaum nabi Allaha Luth tiada diam ia dalam kuburnya melainkan satu saat jua. Kemudian maka suruh Allaha Taa’laya seorang malaikat seperti burung maka di sambarnya mayat itu dengan dua kakinya dan di terbangkannya kepada negeri kaum nabi Luth dan tersurat pada dahinya putusnya ia daripada rahmat Allaha.

Dan bersabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lagi akan datang pada hari kiamat beberapa kanak-kanak yang tiada bagi mereka itu kepala. Maka berkata Allaha Taa’laya bagi mereka itu “Siapa kamu” maka sembah sekelian mereka itu “Kami telah kena aniaya”. Maka berkata Allaha Taa’laya “Siapa yang menganiaya akan kamu” maka sembah mereka itu “Bapa kami, mereka itu mendatangkan duburnya”.

Sumber: Kitab Tanabayaha Al Ghoafalayana

Friday, August 3, 2012

Seksa meninggalkan sembahyang, derhaka ibu bapa dan minum arak


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Aku mulai makhotashora ini dengan nama Allaha Taa’laya yang amat pemurah di dalam negeri dunia ini lagi yang amat mengasihani akan hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat itu. Al Hamada Lalaha Alazaya Hadaanaa Alaya Shoraatho Masataqoyama Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A’laya Sayadanaa Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Ajamaa’yana. Segala puji-puji itu tertentu bagi Allaha tuhan yang menunjuk kami kepada jalan yang betul dan rahmat Allaha dan salamnya atas penghulu kami nabi Mahamada dan atas segala keluarganya dan sahabatnya sekelian mereka itu.

Amaa Baa’da Adapun kemudian dari itu maka adalah tatkala hijrah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seribu seratus delapan puluh empat tahun maka sanya telah meminta kepada aku oleh seorang daripada sahabatnya yang besar pada aku pada menghimpunkan suatu risalat pada menyatakan ilmu hadis yang muafakat atas mazhab ahli Al Sunat Wa Al Jamaaa’ta. Pada hal aku memindahkan daripada bahasa A’rab kepada bahasa Melayu supaya beroleh manafaat dengan dia kiranya bagi barang siapa yang tiada tahu bahasa A’rab. Maka memperkenankan oleh fakir yang dhoif lagi bebal yang tiada mempunyai ilmu dan amal pada hal aku berpegang kepada Allaha Taa’laya iaitu Haji A’bada Allaha anak A’bada Al Mabayana, Shaafaa’ya mazhabnya dan bahawa di jadikan kiranya makhotashora ini tulus ikhlas bagi hadratnya yang mulia dan kunamai hadis ini Tanabayaha Al Ghoafalayana ertinya mengingatkan bagi orang lali kerana sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula menunjukkan atas kebajikan itu serasa-rasa pahala berbuat dia - Riwayat Bakhoaraya dan Masalama.

Maka adalah kitab hadis ini aku jadikan itu dua belas bab dan yang pertama pada menyatakan seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan bab yang kedua pada menyatakan seksa orang yang derhaka kepada bapanya. Dan bab yang ketiga pada menyatakan seksa orang yang meminum arak dan tuak dan bab yang keempat pada menyatakan orang yang berbuat zina dan bab yang kelima pada menyatakan seksa orang yang berliwat.  Dan bab yang keenam pada menyatakan seksa orang yang makan riba dan bab yang ketujuh pada menyatakan seksa orang yang menangis berbaji sabaqo dan bab yang kedelapan pada menyatakan seksa orang yang tiada memberi zakat. Dan bab yang kesembilan pada menyatakan seksa orang yang membunuh-bunuh samanya Asalama dengan tiada sebenarnya dan bab yang kesepuluh pada menyatakan seksa hak perempuan atas suaminya dan bab yang kesebelas pada menyatakan huru hara kiamat dan bab yang kedua belas pada menyatakan syurga dan segala isinya. 

Al Baaba Al Awala Faya A’qowabata Naaraka Al Sholaata

Bermula bab yang pertama pada menyatakan seksa orang yang meninggalkan sembahyang. Qoala Allaha Taa’laya Wa Yaqowamawaa Al Sholaata Wa Yawatawaa Al Zakaata Zalaka Dayana Al Qoyamata telah berfirman Allaha dan dirikan olehmu akan sembahyang dan berikan olehmu akan zakat dan demikian itu agama yang sebenarnya dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula sembahyang itu tiang agama barang siapa mendirikan dia maka sanya mendirikan agama dan barang siapa meninggalkan dia maka serasa-rasa ia meruntuhkan agama. Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Maa Bayana Al Masalama Wa Al Manaafaqo Alaa Taraka Al Sholaata Faana Taraka Haa Jaahada Al Wajawaba Haa Kaana Kaafaraa dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada berbeza Asalama dan munafik melainkan orang yang meninggalkan sembahyang dan jika di tinggalkan pada hal munkir akan wajibnya adalah orang itu kafir Naa’waza Ba Allaha Mana Haa.

Dan cerita daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Barang siapa meringan-ringan akan sembahyang maka di seksa atasnya lima belas dan enam perkara di dalam dunia dan tiga perkara pada ketika matinya dan tiga perkara di dalam kuburnya dan tiga perkara ketika bertemu dengan tuhannya”. Maka sembah sahabat “Ya rasul Allaha, apa-apa seksa yang dalam dunia ini” sabdanya “Pertama-tama di ambil oleh Allaha Taa’laya akan berkat daripada umurnya dan kedua di ambil oleh Allaha Taa’laya berkat pada rezekinya dan ketiga di ambil oleh Allaha Taa’laya namanya yang sholeh pada mukanya dan keempat tiada terpelihara baginya agama Asalama dan kelima tiap-tiap amal yang di amalkan di dalam dunia daripada segala amal kebajikan tiada di beri pahala atasnya dan keenam tiada di angkatkan doanya oleh malaikat ke langit”. Maka sembah segala sahabat “Apa seksa tatkala matinya” maka sabdanya “Adalah di matikannya dengan kehinaan dan kedua matinya dengan sangat lapar dan ketiga matinya dengan sangat dahaganya jikalau di tuangkan air yang di dalam dunia ini itupun tiada memuaskan dahaganya”.

Maka sembah sahabat “Apa-apa seksa yang di dalam kuburnya” maka sabdanya “Adalah di picakkan Allaha Taa’laya di dalam kuburnya dan di suruh oleh Allaha Taa’laya akan malaikat yang menyeksa akan dia hingga datang kepada hari kiamat. Dan adalah yang menyeksa orang yang meninggalkan sembahyang itu beberapa ular namanya ular itu Shajaaa’ Al Aqoraa’ dan kedua matanya daripada api neraka dan kuku malaikat itu daripada besi kersani dan panjang kukunya perjalanan sehari semalam dan pada tangannya suatu cokmar daripada besi. Maka berkata malaikat itu kepada mayat maka suaranya seperti guruh yang keras berkata-katalah ia “Aku di suruh tuhanku bahawa aku memalu akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang subuh hingga zohor dan engkau meninggalkan sembahyang zohor hingga asar dan engkau meninggalkan sembahyang asar hingga maghrib dan engkau meninggalkan sembahyang maghrib hingga isya dan engkau meninggalkan sembahyang isya hingga subuh”. Maka adalah tiap-tiap kali palunya itu maka tertanam mayat ke dalam bumi tujuh puluh hasta maka di keluarkannya pula dengan kukunya kepada tempat permulaan. Maka di palu pula maka tiadalah berhenti lagi hingga hari kiamat Naa’waza Ba Allaha Mana Zalaka”.

Maka sembah sahabat “Apa yang menyeksakan pada ketika bertemu dengan tuhannya” maka sabdanya “Di suruhkan oleh Allaha Taa’laya akan malaikat daripada segala malaikat azab dan pada tangannya suatu rantai panjangnya tujuh puluh hasta. Maka di gantungkan pada lehernya maka di masukkan rantai itu pada mulutnya maka di keluarkan pula pada duburnya. Kemudian di hela atas mukanya dan atas belakangnya kemudian maka bersuara-suara malaikat itu “Inilah balas orang yang meninggalkan sembahyang fardhu yang di suruhkan Allaha Taa’laya” kemudian maka di bawa ke dalam neraka”. Dan cerita daripada A’bada Allaha bana A’basa radhoya Allaha a’nahamaa jikalau di jatuhkan rantai itu kepada bumi ia nescaya terbakar sekelian bumi ini. "Dan kedua tiada menilik Allaha Taa’laya kepadanya dengan tilik rahmat dan ketiga tiada di pilih akan dia dan baginya seksa yang terlebih panas”.

Wa Qoala Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana Sholaya Al Shobaha Faya Jamaaa’ta Arabaa’yana Yawamaa Lama Yafataha Rakaa’ta Waahadata Kataba Baraata Mana Al Naara Wa Al Nafaaqo dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa sembahyang subuh dengan berjemaah empat puluh hari tiada hilang dalamnya suatu rakaat maka di suratkan oleh Allaha bagi orang itu lepas daripada api neraka dan lepas daripada munafik. Dan riwayat daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa sembahyang subuh pada hal ia berjemaah kemudian maka duduk menyebut-nyebut zikir Allah Taa’laya hingga naik matahari maka di surat oleh Allaha Taa’laya baginya pahala haji serta umrah sempurna keduanya. Dan suatu riwayat di perbuat Allaha Taa’laya baginya di dalam syurga firdaus tujuh puluh mahligai daripada emas dan perak.

Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Matsala Al Sholaata Al Khomasa Kamatsala Nahara Jaara A’laya Baaba Ahada Kama Yaghosala Manaha Kala Yawama Khomasa Maraata Hala Yabaqoya A’layaha Wasakho Qoalawaa Laa Yaa Rasawala Allaha Qoala Kazalaka Al Sholaata Maghosala Al Zanawaba dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Adalah sembahyang lima waktu seumpama sungai yang mengalir ia di hadapan pintu seorang daripada kamu maka mandilah kamu tiap-tiap hari lima kali” maka sabdanya “Adakah tinggal dakinya pada tubuh mereka itu”. Maka sembah segala sahabat “Tiadalah tinggal daki pada tubuh mereka itu” maka sabdanya “Demikianlah sembahyang lima waktu yang sempurna itu membasuhkan segala dosanya”.

Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa memelihara akan air sembahyangnya dan waktunya dan rukuknya dan lainnya iaitu pada hal di ketahuinya bahawa sembahyang itu sebenar-benar atasnya maka di haramkan oleh Allaha Taa’laya tubuhnya daripada api neraka. Dan cerita daripada Anasa radhoya Allaha a’naha adalah ruh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pada dadanya dan iaitu berkata ia “Berwasiat aku kepadamu barang mana jangan kamu meninggalkan sembahyang” maka sentiasalah wasiat itu dengan menyuruh sembahyang hingga putus kalamnya. Dan bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Azaa Taraka Al A’bada Faradhoa Wa Ahadaa Kataba Asamaha A’laya Baaba Al Naara ertinya sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila meninggalkan dia seorang akan suatu fardhu maka menyuruh oleh Allaha Taa’laya malaikat menyurat nama orang itu pada pintu neraka.

Dan cerita daripada Abana A’baasa radhoya Allaha a’nahama berkata ia adalah kudengar sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula orang yang meninggalkan sembahyang itu bahawasanya berkata ia tiada baginya pada Asalama dan tiada di terima Allaha Taa’laya tauhidnya dan imannya dan sedekahnya dan puasanya dan shahadatnya telah lepaslah Allaha Taa’laya daripadanya. Dan lagi bersabda ia bermula orang yang meninggalkan sembahyang pada hal sihat badannya maka tiada di tilik oleh Allaha Taa’laya kepadanya dengan tilik rahmat dan baginya itu azab yang amat sakit melainkan bahawa ia taubat ia daripadanya.

Dan lagi bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bermula sepuluh jenis daripada umatku di seksakan akan dia oleh Allaha Taa’laya pada hari kiamat dan di suruh mereka itu ke dalam neraka jahanam dan telah gugurlah daging mukanya itu”. Maka sembah segala sahabat “Apa-apa jenis orang itu ya rasul Allaha” maka sabdanya “Orang yang zina sudah tua dan kedua raja yang zalim dan ketiga orang yang minum arak dan tuak dan keempat orang yang derhaka akan ibu bapanya dan kelima orang yang berjalan dengan mengumpat-ngumpat orang dan keenam orang dusta dan ketujuh orang yang tiada memberi zakat dan kedelapan orang yang aniaya orang dan kesembilan orang yang meninggalkan sembahyang dan kesepuluh orang yang mengadu-ngadu melainkan maka bahawa ia taubat daripadanya. 

Adapun orang yang meninggalkan sembahyang itu berganda-ganda seksanya. Maka di datangkan pada hari kiamat pada hal menghantarkan kedua tangannya atas tengkoknya dan segala malaikat memalu mereka itu akan dia dan di buka baginya pintu neraka jahanam maka masuklah ia seperti kilat maka gugurlah kepalanya dahulu dan bersama-sama mereka itu dengan Qarun dan Haman pada neraka yang terkebawah. Dan cerita daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersabda ia tiada halal harta zakat pada orang yang meninggalkan sembahyang dan tiada harus kita sekedudukan dengan dia dan tiada harus sekampung dengan dia maka bahawasanya Allaha Taa’laya menurunkan laknat atasnya. Pertama mukanya hitam pada hari kiamat bagi orang yang meninggalkan sembahyang.

Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya bersabda ia kulihat laki-laki daripada umatku datang Sakarata Al Mawata pada hal ia berbuat taat akan ibu bapanya maka di tolakkan daripadanya kebajikan. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku sanya mengena ia seksa kubur maka datang nisabnya melepaskan dia daripadanya. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku sanya telah sampailah Malaka Zabaniah hendak menyeksa akan dia hingga datang zikirnya dan tasbihnya maka di sucikan akan dia. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku sanya telah sampai kepadanya malaikat azab maka datanglah sholawatnya maka di sucikan akan dia daripada mereka itu. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku terlalu dahaga daripada air maka puasanya menaungi akan dia. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku sanya di hadapannya kelam dan belakangnya pun kelam maka datang haji serta umrah maka di keluarkan akan dia. Dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku berkata segala mukmin dengan dia dan ia tiada boleh berkata-kata maka datanglah Sholata Al Rahama. Dan aku lihat seorang laki-laki mengena ia bunga api pada mukanya dan tubuhnya maka datanglah sedekahnya maka jadilah sejahtera atas mukanya dan kepalanya.  
                              
Al Baaba Al Tsaanaya Faya Bayaana A’qowabata Haqowaqo Al Waaladayana

Qoala Allaha Taa’laya Wa Laa Taqola Lahamaa Afa Wa Laa Tanahara Hamaa Wa Qola Lahamaa Qowalaa Karayamaa bermula bab yang kedua pada menyatakan seksa orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Telah berkata Allaha Taa’laya dan jangan engkau kata bagi kedua ibu bapa Afa dan jangan engkau gertak bagi keduanya dan kata olehmu bagi keduanya akan kata yang mulia yakni lemah lembut. Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada beza antara orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan antara Iblis di dalam neraka melainkan darjat yang satu dan tiada berbeza antara orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya dan antara segala anabaya di dalam syurga melainkan darjat yang satu dan iaitu sekampung dengan segala anabaya dalam syurga.

Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pada malam Maa’raaja ke langit aku lihat beberapa orang yang tergantung sekeliannya pada pelepah kurma dan mereka itu di dalam neraka maka kataku “Apa orang itu ya Jibril” maka katanya kepada aku “Ya Mahamada, itulah orang menyumpah ibu bapanya”. Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berwasiat aku bagimu dengan sembahyang dan berbuat baik kepada ibu bapanya dan barang yang ada dalam tangan kamu. Maka bahawasanya berbuat baik akan Waaladayana itu menambahi umurnya tiga tahun maka ia berbuat baik akan Waaladayana maka di jadikan Allaha Taa’laya umurnya yang tiga tahun itu jadi tiga puluh tahun. Dan jika ia menyumpah akan Waaladayana maka di jadikan Allaha Taa’laya umurnya yang tiga tahun itu jadi tiga hari. Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa derhaka kepada Waaladayana maka sanya derhaka kepada Allaha Taa’laya dan kepada rasulnya dan yang terlebih seksa bagi segala manusia dalam neraka jahanam itu tiga jenis pertama orang yang derhaka akan ibu bapanya dan kedua orang yang zina dan ketiga orang yang syirik kepada Allaha Taa’laya.

Dan cerita daripada setengah orang yang sholeh-sholeh berkata ia aku berjalan atas kubur orang pada malam hari maka aku lihat suatu kubur pada hal keluar asap terlalu banyak. Maka berhenti aku melihat kepadanya maka tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar daripadanya seorang manusia terlalu hitam mukanya dan pada tangannya tongkat daripada besi dan di hadapannya seekor hamar memalu atas kepalanya kemudian tertutuplah kuburnya. Lalu berjalanlah aku tiba-tiba bertemu seorang perempuan maka bertanya aku kepadanya daripada hal demikian itu. Maka berkata perempuan itu “Inilah orang yang Zaanaya dan Al Khomara dan menyumpah ibu bapanya serta berkata ia berteriak-teriaklah engkau seperti aku. Maka tatkala mati di jadikan Allaha Taa’laya akan dia hamar dan adalah menyeksa itu pada tiap-tiap malam”. Maka berlindung aku kepada Allaha Taa’laya daripada pekerjaan isi neraka dan aku pohonkan ampun dan rahmat bahawasanya Allaha Taa’laya rahman dan rahim.
        
Al Baaba Al Tsaalatsa Faya Bayaana A’qowabata Shaaraba Al Khomara

Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa’na Allaha Al Khomara Wa Bayaa’ Haa Wa Shaara Bahaa Wa Mashataraya Haa bermula bab yang ketiga pada menyatakan seksa orang yang minum arak. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama telah di laknatkan Allaha Taa’laya atas orang yang berbuat khomar dan yang berjual dia dan yang meminum dia dan yang membeli dia. Dan telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lagi akan datang pada hari kiamat orang yang meminum khomar hal keadaannya hitam mukanya dan merah dua matanya dan lidahnya sampai kedua susunya. Maka keluar daripada mulutnya itu nanah maka terlalu benci segala manusia kepadanya maka jangan sekali-kali memberi salam kepadanya dan jangan ziarah kepadanya tatkala ia sakit dan jangan di sembahyangkan apabila ia mati. Maka bahawasanya Allaha Taa’laya menyeksa seperti orang yang menyumpah ibu bapanya dan barang siapa meminum khomar di dalam dunia ini maka di haramkan Allaha Taa’laya atasnya di dalam syurga.

Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersabdanya lagi akan dia keluarkan Shaaraba Al Khomara (peminum arak) daripada kuburnya terlalu busuk daripada bangkai dan suatu pendil yang tergantung pada lehernya dan suatu qodaha (gelas) pada tangannya dan penuhkan barang antara kulitnya dan dagingnya beberapa ular dan kala dan di pakainya dua kausnya daripada api maka hangatnya dua kaus itu sampai kepada otaknya dan iaitu sekedudukan dengan Firaun dan Haman dan Qorun. Wa Rawaya A’na A’ashaha radhoya Allaha A’naha maka telah berkata ia sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa memberi makan orang yang meminum khomar satu laqomaha (suapan) di binasakan atas tubuhnya dengan beberapa ular dan kala dan lompatnya yang menggigit ia hingga hari kiamat dan barang siapa menyampaikan hajatnya maka serasa menolong meruntuhkan agama Asalama dan barang siapa memberi pinjam satu dirham daripadanya maka serasa-rasa menolong membunuh seorang mukmin yang sholeh dan barang siapa menghalalkan khomar maka bahawasanya orang itu lepaslah ia daripada aku dan aku pun lepaslah daripadanya.

Wa Rawaya Salamaya radhoya Allaha a’naha berkata ia aku dengar daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa meminum khomar tiada di terima Allaha Taa’laya amalnya tujuh hari maka bahawasanya di hilangkan Allaha Taa’laya akalnya maka tiada di terima daripadanya kebajikannya empat puluh hari maka apabila mati di dalam empat puluh hari itu hal keadaannya telah berkata anak Masaa’wada radhoya Allaha a’naha aku dengar daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersabda ia apabila mati orang minum khomar daripada seorang daripada hamba Allaha empat kali minum sanya menyeksa oleh Allaha Taa’laya atasnya dengan beberapa seksa dan di surat namanya pada sajayana (tahanan) dan tiada di terima daripada mereka itu sembahyangnya dan puasanya dan sedekahnya melainkan jika taubat ia daripadanya.

Dan cerita daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersabda ia telah di halaukan oleh Malaka Zabaniah akan orang yang minum khomar ke dalam neraka. Maka apabila hampirlah kepada neraka maka di bukakannya neraka dan di jatuhkan ke bawah neraka serta di seksa ia dengan tongkat besi demikianlah selama-lama seperti firman Allaha Taa’laya Kalamaa Nadhojata Jalawada Hama Badalanaa Hama Jalawadaa Ghoyara Haa Layazawa Qowaa Al A’zaaba ertinya tiap-tiap barang yang hilang kulit mereka itu daripada pukul malaikat maka di gantikan Allaha Taa’laya kulit yang lain pula supaya merasai kesakitan dan dahaganya terlalu sangat maka meminta kepada Malaka Zabaniah akan air. Maka di bawa oleh Zabaniah air kehadapannya tembaga yang hancur dan apabila di minum ia maka gugurlah segala giginya dan apabila sampailah air itu kepada perutnya yang di dalam dan keluar ia dalam duburnya. Kemudian maka di kembalikan pula seperti dahulunya maka inilah seksa orang yang minum khomar Naa’waza Ba Allaha Mana Haa.

Wa Qoala Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang siapa ada di dalam hatinya seratus ayat daripada Qoraana pada hal ia minum khomar, telah datanglah ia pada hari kiamat tiap-tiap suatu huruf daripadanya menyumpah akan dia di hadapan tuhan Raba Al A’alamayana dan barang siapa di sumpah Qoraana atasnya orang itu binasa. Wa Qoala A’tamaana bana A’faana radhoya Allaha a’naha jauhkan olehmu daripada khomar. Maka bahawasanya adalah pada umat nabi yang dahulu seorang laki-laki terlalu sangat berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya. Maka datang seorang perempuan terlalu jahat perangai kepadanya pada hal berkata ia “Aku datang memanggil akan dikau kerana menjadikan bagi kamu”. Maka datanglah laki-laki itu sertanya dan masuklah keduanya di dalam rumah lalu di tutup pintunya serta di bawa kepada laki-laki itu seorang kanak-kanak laki-laki dan suatu qodaha (gelas) daripada khomar.

Maka berkata perempuan itu “Bahawasanya aku panggil akan dikau menyuruh zina dengan aku atau membunuh kanak-kanak ini atau engkau minum khomar ini. Maka jika tiada engkau kerjakan suatu daripada tiga perkara ini nescaya tiada aku buka pintu ini”. Maka di fikir laki-laki “Aku membunuh kanak-kanak terlalu besar dosa” dan di fikirkan zina itupun besar dosanya lalu ia ambil qodaha khomar serta di minumnya akan dia. Maka tatkala sudah di minumnya akan dia maka ia lalu mabuk dan di bunuhlah kanak-kanak itu dan berzina pula ia dengan perempuan itu di dalam mabuknya. Maka jauhkan olehmu daripada khomar maka bahawasanya tiada berhimpun sekali-kali serta iman.   
   
Sumber: Kitab Tanabayaha Al Ghoafalayana