Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, November 26, 2013

Raja Iskandar menakluk Cina dan Kijang bertanduk satu

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Setelah sudah di lihat segala isi negeri itu daripada kelakuan rajanya maka terlalu amat sukacita daripada segala hati isi negeri itu. Setelah demikian maka kembalilah ia mengadap raja Iskandar maka sabda raja Iskandar kepadanya “Hai raja Zaharaha, bahawa ketahui olehmu kehendakku aku hendak mengeliling segala pulau yang ada pada laut sementara lagi aku di sini supaya kulihat betapa rupanya dan betapa segala isinya dan hendakku makan segala buah kayunya dan aku ambil daripada pulau itu ufti negerinya”.

Setelah nabi Khidir mendengar kata demikian maka kata nabi Khidir “Bahawa di ketahui hadrat duli shah alam bahawa ada pada laut ini seratus buah pulau. Jikalau sekeliannya pulau itu hendak di lihat shah alam dan akan mengeliling dia tiga tahun lamanya pun tiada akan habis mengeliling dia”. Maka sahut raja Iskandar “Ya nabi Allaha, tiada hamba kembali jika belum hamba melihat pulau itu dan melihat pohon kayu yang bernama Shajarata Al Waqo Waqo. Buahnya itu menjadi manusia apabila genaplah bilang harinya maka gugurlah buah kayu itu daripada pohonnya menjadi manusia dan berkatalah buah kayu itu Waqo Waqo dan ujarnya Sabahaana Al Malaka Al Kholaaqo ertinya yang maha suci raja yang menjadikan daripada keadaan kudratnya dan iradatnya”.

Maka sahut nabi Khidir “Di ketahui shah alam bahawa raja Bahamaka itu raja negeri Cina iaitu yang teramat keras agamanya lagi terlalu amat aniaya pekertinya lagi amat gagah tenteranya pun tiada terhisabkan banyaknya dan sekarang pun hampirlah ia kepada tentera kita. Siapa tahu kerja Allaha kalau-kalau ia menyuruh sulu melihat betapa khabar shah alam di lihatnya tiada shah alam di sana takut di dengarnya pergi mengeliling segala pulau ini. Siapa tahu di binasakan segala tentera kita ia pun tiada mengetahui kemana-mana perginya hidupkah atau matikah tiada dapat tiada cerai-berailah segala tentera shah alam.

Sungguhpun demikian mana bicara shah alamlah tetapi bahawa pada budi bicara yang di perhamba baik juga di suruh shah alam seorang dari antara raja-raja yang bersama-sama dengan shah alam di sini daripada beberap orang membawa surat yang sempurna dan membawa daripada shah alam cincin cap tanda penyuruh shah alam tiada dapat tiada tetaplah hati segala raja-raja itu dari kerana apabila di dengarlah raja jin perihal itu tiada dapat tiada iapun sehingga takut dan segala tenteranya. Shah alam pun bertambah-tambahlah tetap hatinya”. Maka jawab raja Iskandar “Daripada siapa baik di suruh” maka kata nabi Khidir “Raja Radhoyah baik di suruhkan menjadi yang tuha ganti shah alam atas segala tentera shah alam dan segala raja-raja alamat daripada shah alam”.

Bermula tatkala di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka di suruhnya panggil akan raja Radhoyah dan tatkala itu raja Radhoyah pun ada di kapal. Maka datanglah ia mengadap pada ketika itu juga. Maka raja Iskandar pun menyurat sekeping surat demikian bunyinya “Adapun kumulai suratku ini dengan nama Allaha tuhan yang menjadikan seru sekelian alam dan ialah yang empunya kuasa dan kerajaan dan raja Iskandar itupun daripada seorang hambanya dan beberapa lagi dari hambanya yang baik-baik.

Kemudian dari itu bahawa di ketahui daripada segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan penghulu kecil besar dan segala tentera kecil besar bahawa telah kuserahkanlah kamu sekelian kepada tuhan yang empunya kuasa dan kemudian dari itu pula kuserahkan kamu sekelian kepada raja Radhoyah ganti akulah sementara aku belum datang kepada kamu sekelian daripada hal ehwal kamu atau fitnah atau barang kesukaran kamu. Bahawa jangan tiada kamu menurutlah katanya dan menurut daripada barang kehendaknya dan barang siapa mengerja seperti pintaku ini bahawa ialah akan sahabatku dan saudaraku dan kekasihku dan barangsiapa tiada mengerjakan seperti yang demikian itu ialah yang derhaka kepada Allaha Taa’laya dan kepada pesuruhnya nabi Ibrahim Kholil Allaha dan kepada aku”.

Setelah sudah surat itu maka di meteraikannya dan di bungkuskan dan pada ketika itu juga di suruhkan baginda ia kembali. Setelah sudah raja Radhoyah dengan segala raja-raja yang di suruhkannya raja Iskandar kembali itu. Setelah sudah raja Radhoyah kembali naik ke kapalnya itu maka berlayarlah ia daripada jalan yang sedia ikut orang pergi datang ke negeri raja Zaharaha itu dan ada seorang pawang yang tahu di persembahkan oleh raja Zaharaha kepada baginda akan pawang kapal raja Radhoyah itu supaya jangan segala mereka itu jatuh kepada binasa dan berlayarlah kapal hingga sampailah ke labuhan. Setelah sampai raja Radhoyah kepada tempat tentera raja Iskandar maka turunlah raja Radhoyah dan segala orang isi kapal itu sekeliannya naik ke darat.

Bermula tatkala sudah raja Iskandar dengan segala tenteranya pergi ke pulau raja Zaharaha itu maka kedengaranlah kepada raja Bahamaka bahawa raja Iskandar sudah pergi hendak melihat termasa dan hulubalang segala pulau yang ada di laut. Pada ketika itu juga ia bersabda kepada segala tenteranya dan kepada segala orang besar-besarnya “Bahawa pada pendengaranku sekarang segala tentera itu seperti kawan kambing tiada bergembala akan raja Iskandar pun sudah pergi mengalahkan pulau raja Zaharaha. Marilah kita pergi mendatangi segala mereka itu”. Maka sahut segala raja-raja yang takluk kepadanya “Sungguh seperti titah raja itu jikalau tiada pada ketika ini kita pergi nescaya tiada kita peroleh yang kehendak kita itu manakala lagi kita peroleh”. Maka raja Bahamaka pun pada ketika itu juga di suruhnya segala tenteranya beratur dan berhadirkan tenteranya yang tiada terhisabkan banyaknya di kehendakinya mendatangi tentera raja Iskandar.

Maka dengan takdir Allaha Taa’laya tiada berapa hari berjalan sampailah pada suatu tempat yang tinggi maka di lihatnya tentera raja Iskandar penuh pada segala padang dan pada ketika itu juga kapal raja Radhoyah pun datang di lihatnya di laut. Maka bersabda raja Bahamaka kepada segala tenteranya “Berhentilah kamu sekelian dahulu di sini dan bicarakanlah kapal yang datang itu kapal raja Iskandarkah” dan di suruhnya segala tenteranya berkhemah dan di suruhnya lihat seperti kehendak raja Bahamaka itu tiadalah lagi bersalahan. Arakian maka raja Radhoyah pun setelah sampai ke darat maka di suruhnya segala isi kapalnya itu naik ke darat serta mengucap kalimah shahadat Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Laha Al Malaka Wa Laha Al Hamada Yahayaya Wa Yamayata Wa Hawa A’laya Kala Shaya Qodayara.

Kata Shohaba maka pada hari itu daripada pagi-pagi maka kedua menteri yang di suruhkan raja Bahamaka melihat kapal itu maka ia pun kembali kepada raja Bahamaka mengatakan bahawa raja Iskandar adalah di dalam kapal itu mama putuslah asa raja Bahamaka akan perihal yang di kehendakinya. Maka tentera raja Iskandar pun semuanya membaca tahlil dan takbir menurut raja Radhoyah maka tentera raja itupun amat banyak juga maka tentera raja Iskandar pun menyebut nama raja Iskandar dan raja Radhoyah pun naik ke daratlah maka di suruhnya tenteranya berdiri beratur seperti adat perang.

Maka pada ketika itu di titahkan raja Radhoyah kepada Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka di suruh katakan demikian katanya “Hai raja Bahamaka, segala raja-raja yang ada di muka bumi ini dari maghrib ke masyrik sekeliannya sudah mengikut agama kami dan takut akan kami seperti raja dari Banawasa tatkala pada zamannya itu tiada siapa pun seorang samanya itupun sudah kami binasakan dengan segala tenteranya yang tiada dapat di kira-kirakan dengan sekejab mata juga kami binasakan akan dia tambahan engkau pun apa hisabnya pada kami sekelian kerana pada bicara kami tuan kami raja Iskandar tiada ia mahu membinasakan segala makhluk dengan segera dan yang terlebih di kehendakinya jangan daripada segala manusia binasa sehingga mahu ia masuk kepada agamanya dan memberi ufti negeri akan dia dan di suruhnya sertakan nama kami itu atas sigah dirhamnya dan di surat namanya atas segala panji-panji itu. Demikianlah daripada segala negeri yang telah takluk kepadanya daripada dua tiga perkara inilah yang terlebih dikiranya dan daripada barang siapa yang tiada mahu mengikut katanya seperti yang telah tersebut itu nescaya akan di rasainya daripada dhoraba kepanasan senjatanya itu”.

Arakian maka pergilah Fataha Makaya membawa surat itu kepada raja Bahamaka. Setelah ia sampai kepada raja Bahamaka maka di ceritakannya seperti sabda raja Radhoyah itu. setelah di dengar raja Bahamaka seperti yang tersebut itu maka bersabda ia kepada Fataha Makaya “Beberapa ada tentera raja Iskandad itu” maka jawab Fataha Makaya “Adapun akannya tentera raja Iskandar seisi muka bumi ini daripada segala tenteranya”. Maka kata raja Bahamaka “Bahawa kehendakku hendak melihat tentera raja Iskandar yang mengikut ke kemari” maka jawab Fataha Makaya “Sedia akan di lihat raja seperti kata hamba ini”.

Maka jawab raja Bahamaka “Jangan engkau sebut seperti katamu dahulu itu. jikalau mahu kiranya raja Iskandar bersahabat dengan hamba jangan ia merosakkan negeriku dan pinta ufti kepada aku nescaya bersahabatlah aku dengan dia”. Maka jawab Fataha Makaya “Adapun raja Iskandar itu sudah ia pergi ke pulau raja Zaharaha belum lagi ia datang kemari” maka sahut raja Bahamaka “Baiklah aku menanti dia di sini”. Kemudian jikalau mahu mengikut kataku ini nescaya bersahabatlah aku dengan dia dan jika tiada ia mahu mengikut kataku ini nescaya berperanglah aku dengan dia”.

Setelah di dengar Fataha Makaya kata raja Bahamaka itu maka ia pun kembali datang kepada Radhoyah maka di ceritakannya daripada maksud kata raja Bahamaka yang di dengarnya itu. Kemudian dari itu maka di suruhnya Fataha Makaya pergi sekali lagi kepada raja Bahamaka. Adapun kemudian dari itu maka datanglah segala orang besar-besarnya kepada raja Radhoyah maka di ceritakannyalah daripada segala hikayat raja Zaharaha dan segala perihal ehwal yang tersebut itu antara raja Iskandar dan nabi Khidir dan raja Zaharaha sekeliannya di ceritakannya oleh raja Radhoyah kepada segala raja-raja yang tinggal bersama-sama dengan tentera raja Iskandar itu.

Arakian tatkala sudah raja Radhoyah di suruh raja Iskandar kembali membawa khabar maka raja Iskandar pun naiklah kepada sebuah ghorib dengan nabi Khidir dan segala a’lama dan hakama dan pendita dan segala hakim. Maka berlayarlah daripada pulau raja Zaharaha melalui segala pulau itu daripada suatu pengkalan kepada suatu pengkalan seraya mengambil segala buah-buahan dan di minumnya segala air pulau itu dan di bawanya segala raja-raja yang ada di dalam pulau itu masuk agama Asalama dan di lihat raja Iskandar pulau itu yang tiada pernah di lihatnya oleh baginda sehingga datanglah raja Iskandar kepada suatu pulau pohon kayunya pun terlalu besar dan sepohon kayu itu ada segala buahnya seperti manusia kayu. Itulah yang bernama Sajarata Al Waqo waqo seperti yang telah tersebut dahulu itu.

Kata Shohaba Al Hikayat rupanya seperti  kanak-kanak apabilah genaplah bilangan harinya maka buah kayu itu berkata Waqo Waqo Sabahaana Al Malaka Al Kholaaqo ujarnya dengan bahasa Jawi Maha suci tuhan seru sekelian alam maka dengan takdir Allaha Taa’laya tatkala gugurlah ia kematianlah seperti manusia. Maka di lihat oleh raja Iskandar perihal itu maka di ambilnya oleh baginda buah itu maka mengharaplah buah kayu itu. Maka berkata ia waqo waqo dan mengalirlah air daripadanya maka berhentilah suaranya maka terlalulah ajaib baginda perihal yang demikian itu.

Shahdan terlalu hairan baginda dan berkata baginda kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, jikalau kiranya tiada hamba lihat pulau ini yang pelbagai indah-indah itu nescaya hasratlah hati hamba atasnya”. Kata nabi Khidir “Sahaja hamba pertunjukkan akan shah alam yang amat ajaib pula daripada ini” maka sahut raja Iskandar “Ya nabi Allaha, ajaib apa pula yang terlebih daripada yang sudah kita lihat ini”. Maka sahut nabi Khidir “Tempat hamba berbuat ibadat ke bawah hadrat Allaha Taa’laya” maka apabila di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka kata raja Iskandar “Marilah kita ke sana ya nabi Allaha”.

Arakian maka kata nabi Khidir kepada segala tuan-tuan yang ada bersama dengan raja Iskandar di suruhnya menanti di sana maka berjalanlah keduanya pada tepi laut itu terkadang kelihatanlah pulau itu dan terkadang tiada kelihatan pulau itu. maka akan raja Iskandar berlapis-lapis daripada berbagai-bagai di pandangnya yang indah-indah sehingga datanglah kepada pulau itu maka di lihatnya terlalu elok daripada kelakuannya yang teramat harum baunya terlebih daripada kasturi maka rumputnya pulau itu daripada kama kama.

Shahdan adapun pulau itu daripada segala buah-buahan yang ada di dalam dunia ini semuanya adalah di sana. Buahnya seperti kurma dan anggur dan delima dan manggis dan mempelam dan durian dan pulasan dan lain daripada itu pun banyak lagi segala buah-buahnya yang dapat di makan manusia tiada akan memberi mudharat sekeliannya itu. Adalah buah makanan pada pulau itu tiada berputusan pada segenap harinya dan pada pulau itu ada suatu batu keluar air daripadanya amat putih lagi jernih airnya dan cita rasa air itu seperti air madu dan di lihat raja Iskandar ada pada sama tengah pulau itu suatu masjid dengan mihrabnya dan kitabnya pun ada di dalam masjid itu dan kertas yang sudah tersurat itu daripada Tawarayata.

Maka kata nabi Khidir “Ya shah alam, bahawa dahulu kala berapa hamba berbuat ibadat ke bawah hadrat Allaha Taa’laya di sini hingga yang di jadikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya di dalam Qoraana kisah hamba dengan nabi Musa anak A’marana dan Yawasaa’ anak Nun dengan firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana pada surat Al Kahafa”. Maka berjalanlah keduanya hingga datanglah pada mata air maka kata nabi Khidir “Ya shah alam, bahawa yang di perhamba dan nabi Musa dan Yawasaa’ sudah minum daripada mata air ini kemudian maka di pindahkan Allaha Taa’laya yang di perhamba daripada pulau ini kepada suatu pulau lagi. Bahawa pulau itu terbaik pula daripada pulau ini hingga di sampaikan Allaha Taa’laya akan hamba ke bawah duli shah alam”.

Maka berjalanlah keduanya daripada pulau itu seketika maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha, kehendak hamba melihat pulau itu yang di katakan tuan hamba itu terbaik daripada pulau ini” maka di bawa nabi Khidir akan raja Iskandar daripada suatu pulau lagi amat besar dan amat elok kelakuannya. Segala bukit pada pulau itu dan buminya pun pada perak dan banyaklah terbaik pulau daripada pulau yang dahulu dan kayunya itupun terlalu amat harum baunya tersedap cita rasanya dan mengalir airnya senantiasa dan ada di pulau itu daripada minyak zaitun dan sama tengahnya suatu taman di dalam itu pula suatu mihrab.

Maka tatkala itu berkata-kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Barang maklum kiranya shah alam, bahawa tatkala sudah di anugerahkan Allaha pulau ini dengan isinya akan yang di perhamba maka pada suatu hari duduk hamba di mihrab ini. Maka turunlah kepada hamba daripada seorang malaikat dan berkata ia kepada hamba “Ya bapa A’basa, bahawa Allaha Taa’laya berkirim salam akan tuan hamba dan sabdanya kepada hamba segeralah tuan hamba pergi ke negeri Rom datang kepada suatu negeri bernama Maqoduniah. Maka kata olehmu kepada raja negeri dengan lemah lembut perlahan-lahan akan dia supaya dapat masuk katamu itu kepadanya. Katakan olehmu barang ketahui raja kehendak Allaha Taa’laya memberi kurnia akan engkau kerajaan duni ini dari masyrik ke maghrib demikianlah firmanku kepadanya”. 

Maka sahut raja Iskandar “Bahawa mengucap syukurlah hamba ke hadrat tuhan seru alam sekelian yang menyuruhkan bapa A’basa bersama dengan hamba” maka sampailah raja Iskandar kepada mihrab itu sembahyang dua rakaat suatu salam. Arakian maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, marilah kita kembali kepada teman kita” tatkala di dengar nabi Khidir kata raja Iskandar demikian maka kembalilah keduanya. Setelah dating keduanya kepada tenteranya maka naiklah ke kapal semuanya dan berlayarlah raja Iskandar.

Kata Shohaba Al Hikayat tatkala sudah raja Iskandar berlayar maka raja Radhoyah telah menyuruh Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka di negeri Cina yang sudah tersebut dahulu itu. Maka sabda raja Radhoyah kepada tentera raja Iskandar di suruhkan bersiap “Ana Shaa Allaha Taa’alaya, esok hari awal subuh pagi-pagi hari kita berperang dengan kafir laknat Allaha ini” dan kembalilah segala tenteranya itu masing-masing berhadirlah pagi-pagi akan berperang dengan tentera Cina itu. Maka pada hari itu juga pada ketika Asar maka kelihatanlah sebuah kapal dating dari laut seperti burung terbang lakunya. Apabila di lihat oleh keduanya tentera itu kapal dating maka tahulah ia bahawa kapal yang kelihatan itu kapal raja Iskandar. Maka bersabda raja Radhoyah kepada segala raja-raja “Hai segala raja-raja sekelian memakailah tuan-tuan pakaian kerajaan dan pergilah kamu sekelian mengalu-alu akan raja Iskandar” dan ia pun serta pergi.

Hataya maka tatkala sudah semuanya raja-raja itu memakai dengan segala tenteranya maka raja Radhoyah pun pergilah dengan segala raja-raja dan orang besar-besar dan segala hulubalang dan tentera sekelian mengalu-alukan raja Iskandar. Maka kapal pun tiada berapa lama maka sampailah ke darat. Raja Iskandar dan nabi Khidir dan segala a’lama dan hakama dan pendita dan segala hulubalang semuanya turunlah dari kapal itu. Maka di bawa oranglah kuda akan raja Iskandar yang bernama Kalawa Alam maka berkenderaanlah raja dan nabi Khidir maka datanglah segala raja-raja dan orang besar-besar dan segala hulubalang masing-masing mengunjung duli raja Iskandar masuk kepada khemahnya dan segala raja-raja dengan segala tenteranya kembali kepada tempatnya masing-masing. Maka pada ketika itu sulu raja Bahamaka pun ada daripada berapa orang melihat perihal yang tersebut itu maka kembalilah mereka itu membawa warit seperti yang di lihatnya itu kepada raja Bahamaka maka dukacitalah hati raja Bahamaka mendengar erita yang demikian itu.                                                                                                                                  
Bermula raja Iskandar pun sudahlah sampai kepada tenteranya maka di persembahkan orang akan perihal antara raja Radhoyah dengan raja Bahamaka  yang tersebut itu. Maka raja Iskandar pun berceritalah akan segala raja-raja dan segala orang besar-besar segala perihal ehwal perbuatan nabi Khidir bukit air beku dan bukit daripada kaca hablur dan patung yang ada berkeliling kota raja Zaharaha dan perihal di tipu oleh nabi Khidir akan raja Zaharaha dan penjarakan di dalam kubahnya jua dan pada segala barang yang di lihatnya pada segala pulau itu sekeliannya di ceritakan pada segala mereka itu. Maka di tanyakan baginda “Berapa harilah kita pergi datang” maka di kira-kirakan nabi Khidir dan segala hakim itu empat puluh hari jua raja pergi datang.

Hataya maka kelamlah hari dan berangkatlah raja-raja Iskandar ke khemahnya dan segala raja-raja dengan segala tenteranya kembali masing-masing ke khemahnya. Maka esok harinya di awal subuh pagi-pagi hari maka di suruh baginda akan raja Salama dan segala kaumnya dan raja Radhoyah itupun dengan segala kaumnya akan kepala perang maka keluarlah kedua raja-raja itu dengan segala tenteranya ke medan. Maka tatkala di lihat oleh raja Iskandar akan raja Bahamaka itu takut dan hebat akan segala tentera baginda itu dengan kurnia Allaha Taa’laya kiranya maklumlah.

Shahdan daripada tegar hati raja Bahamaka itu melihat tenteranya yang banyak tersebut itu maka di kerahkannya segala tenteranya maka apabila bertemulah kedua tentera itu maka masing-masing mendatangi lawannya. Maka berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga masuk matahari maka terbunuh daripada tentera raja Cina tiada terhisabkan banyaknya. Setelah hari malamlah maka daripada kedua pihak tentera itu masing-masing kembalilah ke khemahnya. Maka pada esok harinya pula keluarlah raja Salama dan raja Radhoyah dan kedua raja-raja itu membawa tenteranya sendirinya.

Maka berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga terbit matahari maka pecahlah perang Cina tiadalah mereka itu berpulih lagi maka lalu larilah sekelian mereka itu. Adapun akan raja Bahamaka pun larilah pada ketika itu tiada lagi menoleh ke belakang hingga sampailah ia ke negerinya. Maka pada ketika itu juga di kirimkan sekeping surat kepada raja Cina pada masa yang dahulu di pintanya tolong daripadanya maka iapun memberi bantu dengan tenteranya yang tiada dapat di kira-kirakan banyaknya.

Bermula akan raja Iskandar pun berhenti pada tempat itu tiga hari tiga malam maka berangkatlah raja Iskandar dari sana kehendaknya akan mendatangi negeri raja Bahamaka. Maka di suruhnya panggil nabi Khidir maka titah baginda “Ya nabi Allaha, demi tuhan yang menjadikan seru alam sekelian bahawa dukacitalah hati hamba melihat kebesaran makhluk yang demikian ini yang lebih kehendak hamba barang di ikutnya agama hamba oleh raja Bahamaka”. Maka tatkala di dengar oleh Balamanasa Hakim daripada perkataan raja Iskandar maka berdatang sembah ia “Barang bersabda kepada hamba segala raja-raja bahawa esok hari tiada shah alam berangkat dari sini. Ana Shaa Allaha Taa’alaya yang di perhambalah membawa raja Bahamaka itu ke bawah charaq duli shah alam”. Maka di kabulkan raja Iskandar pada ketika itu di suruhnya palukan gendang perhentian maka berkhemahlah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada tempat itu.

Maka pada esok hari duduklah Balamanasa Hakim seorangnya pada khemahnya bersunyi-sunyi maka di perbuatnya oleh Balamanasa Hakim beberapa daripada surat hikmat maka di setanggi hikmat pada hari itu dan pada petang harinya maka datanglah raja Bahamaka. Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar “Pinta di suruh shah alam pada segala penghulu orang mendirikan khemah maka di dirikan suatu khemah akan hampir yang di perhamba dan sisi khemah shah alam”. Maka di suruh raja Iskandar kerjakan seperti kehendak Balamanasa Hakim itu maka berdatang sembah ia pada raja Iskandar di suruh hamparkan hamparan dan makanan dan di suruh palukan mang-mang pada keliling tenteranya. Jangan tiada segala hulubalang yang bernama datang berhimpun makan ayapan kepada khemah Balamanasa Hakim maka pada ketika itu juga datang tujuh raja-raja kepada khemah itu akan makan ayapan itu.

Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar “Ya shah alam, barang bersabda kiranya pada orang menunggu pintu jikalau ada orang yang tiada di kenal berdiri di pintu engkau suruh masuk” maka keluarlah orang menunggu pintu maka di lihatnya raja Cina yang bernama raja Bahamaka itu seperti rupa sakainya jua dan orang membawa hidangan ada di atasnya mahkota tetapi Balamanasa Hakim itu sebagai jua di bubuhnya setanggi pada perasapan itu serta membaca Asama Allaha Al Aa’zhoma yang amat tajam. Maka keluarlah Balamanasa Hakim dari sana datang ia kepada sisi raja Iskandar maka di ambilnya sebiji roti dan seekor ikan rendang maka di balutnya dengan roti itu. Maka di berikannya akan raja Bahamaka maka di sambut raja Bahamaka dan di ciumnya membawa barang apa-apa itu seperti kelakuan sakai orang.

Maka di isyaratkan Balamanasa Hakim akan dia di suruhnya kembali maka kembalilah raja Bahamaka maka tatkala ia di hadapan raja Iskandar tiada ia sedar akan dirinya sehingga sampailah ia kepada tempat kenderaannya dan ingatlah ia akan dirinya. Maka hairanlah ia akan perihal tahta kerajaan raja Iskandar dan yang di beri Balamanasa Hakim pun fikirlah ia maka di lihatnya di dalam mawazanya maka keluarkan seekor ikan yang sudah terendang dan sebiji roti yang telah di beri oleh Balamanasa Hakim akan dia itu. Maka tatkala di lihatnya roti dan ikan itu maka hairanlah di dalam hatinya maka percayalah akan perihal penglihatannya itu.

Arakian maka keluarlah ia di adap orang maka di suruhnya panggil segala menterinya dan segala orang besar-besarnya dan segala raja-raja di bawahnya maka di ceritakannyalah perihal yang di lihatnya itu. Maka sembah segala mereka itu “Ya shah alam, di mimpi rajakah yang demikian itu atau dengan sungguhkah di lihat raja” maka kata raja Bahamaka “Janganlah banyak katamu. Dengan sungguhnya kulihat bahawa raja Iskandar itu beroleh kurnia daripada tuhannya. Barang siapa melawan dia sahaja akan binasa. Jikalau mahu ia kiranya membunuh akan daku nescaya matilah aku tetapi pada bicaraku baik juga kita berkirim surat kepadanya”.

Hataya maka di karangnyalah sekeping surat setelah sudah maka di bingkiskan dengan kamaha yang perbuatan negeri Cina yang amat elok dan berpekenakan emas dan di suruhnya dari antara yang terlebih khasnya lagi yang tahu berkata-kata dan bijaksana dan di suruhnya bersama-sama dengan utusan itu lima puluh orang yang pilihan semuanya mereka itu berkuda demikianlah perihal hikayat raja Bahamaka.

Adapun dengar pula hikayat raja Iskandar tatkala sudah keluar raja Bahamaka di hadapannya maka datanglah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar berdatang sembah “Bahawa di ketahui shah alam, ialah raja Bahamaka yang patik beri ikan seekor dan roti sebiji itu. Maka sekarang kembalilah ia ke negerinya dan tiada lupa ia barang yang di lihatnya itu kerana ingat ia akan di perhamba memberi roti dan ikan sudah terendang itu di mimpinya sahaja dengan sungguhnya di lihatnya dan jikalau mahu kiranya shah alam membunuh dia sahaja dapat. Maka adalah pada bicara yang di perhamba tiada dapat tiada bahawa ia menyuruh mengadap ke bawah duli shah alam dan mengikut kehendak shah alam”.

Kata Shoahaba Al Hakaayata maka di antara berapa hari lamanya maka datanglah utusan daripada raja Bahamaka membawa surat kepada raja Iskandar. Maka di alu-alukan nabi Khidir akan dia dan di bawanya mengadap raja Iskandar maka di ambil surat yang di bawanya oleh nabi Khidir lalu di bacanya di hadapan raja Iskandar itu dan di ertikannya. Setelah di ketahui raja Iskandar surat itu maka kata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Sebagaimana pada akal bapa A’baasa akan hal raja Bahamaka itu” maka sahutnya “Hambalah pergi kepadanya mengajar dia membawa agama yang sebenarnya mudah-mudahan mahu ia membawa agama”.

Maka nabi Allaha pun keluarlah daripada hadapan raja Iskandar dan di bawanya utusan raja Bahamaka itu bersama-sama dengan dia kepada khemahnya dan di permuliakan utusan itu dengan sempurna kemuliaan dan di berinya persalin akan utusan itu daripada pakaian yang mulia-mulia dan dari pagi-pagi itu di beri akan dia seribu dinar dan seekor kuda yang khas dengan alatnya daripada keemasan bertatahkan ratna mutu manikam. Kemudian dari itu berjalanlah keduanya datang ke negeri raja Bahamaka maka tatkala hampirlah ke negeri tuannya maka pergilah utusan itu berjalan dahulu memberi tahu rajanya bahawa utusan raja Iskandar ada serta yang di perhamba datang ke mari. Maka raja Bahamaka pun bersabda pada segala orang besar-besarnya itu di suruhnya keluar mengalu-alukan nabi maka di kerjakan mereka itu seperti sabda tuannya itu.

Maka tatkala di lihat mereka itu nabi Khidir maka turunlah mereka itu dari atas kenderaannya memberi salam takzim akan nabi Khidir dan di ciumnya tangan nabi Khidir dan berjalanlah mereka itu semuanya di hadapan nabi Khidir hingga datanglah ke negeri raja Bahamaka dan tatkala itu di maklumkan orang kepada raja Bahamaka. Maka kata raja Bahamaka “Segera suruh masuk” maka masuklah nabi Khidir dengan utusan datang ke hadapan raja Bahamaka maka di lihat raja Bahamaka akan nabi Khidir maka bangkitlah ia berdiri memberi takzim seraya berjalan mengalu-alukan nabi Khidir dan di bawanya duduk bersama-sama dengan dia atas tahta kerajaan berhadapan dengan dia.

Maka kata raja Bahamaka kepada menterinya dan orang besar-besarnya “Bahawa jangan tiada kamu sekelian mendengar kata orang muda ini”. Maka tatkala di dengar nabi Khidir perkataan demikian itu di ceritakan nabi Khidir akan pahala shahadat di balas baginya syurga dan kemuliaan syurga pun di ceritakannya kepada segala mereka itu dengan bahasa mereka itu. maka bersabda raja Bahamaka kepada segala tenteranya seperti di ceritakan oleh nabi Khidir itu maka berbangkit dari antara mereka itu seorang tuha budiman dan pendita pada agamnya terlalu amat tahu pada segala cerita ini dan hikayat yang dahulu kala maka berdatang sembahlah ia.

Shahdan di katakannya “Hai raja kami tiadakah di lihat dan di dengar perihal keadaan raja Iskandar dan sebagaimana kesudahan orang yang derhaka akan dia iaitu dengan binasanya. Sudah di anugerahkan tuhan yang tiada sebagainya akan dia kerajaan di muka bumi ini dari masyrik ke maghrib dan bahawa hamba pun saksi bahawasanya agamanya itu sebenarnya. Mana bibara raja akan hamba bicarakanlah”. Maka sahut raja Bahamaka “Sungguh seperti katamu itu” maka kata orang tuha itu “Jikalau di sungguhkan oleh shah alam kata yang di perhamba ini mengapa raja tiada mahu membawa agama yang sebenarnya”.

Hataya maka dengan kurnia Allaha Taa’laya maka daripada segala orang besar-besar pun semuanya menyebut kalimat shahadat dengan suaranya yang maha nyaring dan kemudian daripada itu perdana menteri raja Bahamaka pun pada ketika itu juga membawa iman maka di suruh raja Bahamaka palu mangmang pada segala negeri lepas daripada tiga hari. Barang siapa tiada mahu agama yang sebenarnya di bunuh akan dia dan segala hartanya boleh akan orang dan anak isterinya pun jadi hamba orang. Dengan tolong Raba Al A’alamayana tiadalah seorang pun yang tiada masuk agama Asalama melainkan sekeliannya masuk agama Asalama dan pada hari yang keempatnya di panggil raja Bahamaka akan nabi Khidir.

Maka tatkala datang nabi Khidir maka bangkitlah ia seraya memberi takzim akan nabi Khidir A’layaha Al Salama dan di bawanya bersama-sama dengan dia duduk di atas tahta kerajaan dudukkan nabi Khidir pada pihak kanannya dan di sebut pula kalimat shahadat di hadapan nabi Khidir. Maka nabi Khidir pun sukacitalah di dalam hatinya akan perihal demikian itu dan kemudian dari itu berkata nabi Khidir ia kepada nabi Khidir “Hai tuan hamba menteri yang mulia bahawa kehendak yang di perhamba bersama-sama dengan tuan hamba pergi mengadap kepada raja Iskandar supaya teranglah mata kalbu hamba melihat wajah baginda raja Iskandar yang maha mulia yang di permuliakan Allaha Taa’laya”. Maka sahut nabi “Yang mana kesukaan hati rajalah”.

Arakian maka bersabda raja kepada menterinya suruh segera himpunkan daripada pelbagai persembahan barang dapatnya maka di kerjakan oleh menterinyalah seperti sabda tuannya itu. Setelah sudah maka berjalanlah raja Bahamaka bersama-sama nabi Khidir maka oleh nabi Khidir di bawanya segera berjalan akan raja Bahamaka kepada sisi tentera raja Iskandar hingga datanglah kepada khemah raja Iskandar. Maka di suruh nabi Khidir alu-alukan kepada raja Iskandar maka di suruh raja Iskandar masuklah ia mengadap.

Tatkala masuk raja Bahamaka mengadap raja Iskandar maka ia menyembah seraya sujudlah ia maka tiada di beri nabi Khidir. Maka raja Iskandar pun memberi takzim akan dia dan di anugerahinya baginda akan dia suatu kerusi daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam akan tempatnya duduk. Setelah duduklah ia seketika ia melihat ke kiri dan ke kanan maka terlalulah hairan hatinya melihat tahta kerajaan raja Iskandar dan melihat tentera raja Iskandar yang tiada dapat di hisabkan itu.

Arakian maka di ajarkan oleh raja Iskandar akan dia sekali lagi membawa agama Asalama serta di persalin oleh baginda akan dia daripada pakaian yang mulia-mulia dan di persalin segala orang besar-besar di bawahnya semuanya di persalin raja Iskandar dan di anugerahi akan dia seratus ekor kuda yang khas dengan segala alatnya daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam. Maka hairanlah hati raja Bahamaka akan kurnia raja Iskandar itu maka pada ketika itu raja Bahamaka pun berkata kepada nabi Khidir “Barang maklumkan nabi Khidir kepada raja hamba pun hendak mohon kembali ke negeri”. Maka di maklumkan nabi Khidir kepada raja Iskandar maka di suruh baginda ia kembali ke negerinya dengan segala tenteranya dan sukacitalah ia.

Tatkala hampirlah ia ke negerinya maka keluarlah perdana menteri mengalu-alukan dia dan bertanyalah ia kepadanya akan perihal raja Iskandar. Maka sahut raja Bahamaka “Janganlah ia lagi di tanyakan peri hal demikian itu kerana raja Iskandar itu tiada dapat di sifatkan kebesarannya dan murahnya dan kurnianya akan segala manusia yang menurut agamanya”. Maka pada ketika itu bersabdalah ia kepada perdana menterinya di suruhnya suratkan nama raja Iskandar atas sigah dirhamnya dan pada segala panji-panjinya dan berkirim suratlah ia kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya di suruhnya segala isi negerinya membawa agama yang sebenarnya dan di suratkan nama raja Iskandar atas sigah dirhamnya dan atas segala panji-panjinya dan di mana ada rumah berhalanya di suruh robohkan maka di suruh jadikan masjid dan segeralah hantar ufti negerinya barang dapatnya daripada pelbagai perhiasannya dan duduklah ia seketika menanti akan jawab segala surat yang di kirimnya itu.

Bermula tatkala sudah raja Cina keluar dari hadapan raja Iskandar itu maka raja Iskandar pun berangkatlah seperti sedia kala dan nabi Khidir pun berjalan di hadapan pertama tenteranya akan pengunjur hingga hampirlah ke negeri raja Bahamaka. Maka raja Bahamaka pun tatkala mendengar raja Iskandar hampir ke negerinya maka ia pun keluarlah mengalu-alukan dia dan berjalanlah ia dengan beberapa orang sertanya hingga datanglah kepada hadapan raja Iskandar. Maka tatkala berlihatlah dengan raja Iskandar maka turunlah ia dari atas kudanya dan dengan segala tenteranya dan berjalanlah ia seorangnya datang hampir kepada raja Iskandar dan di ciumnya antara kaki raja Iskandar. Maka di ciumnya raja Iskandar kepalanya dan di suruhnya naik ke atas kenderaannya dengan segala tenteranya dan berjalanlah mereka itu pada keesokan harinya waktu zohor maka datanglah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada suatu negeri bernama Haaqoa negeri itulah sama tengah negeri Cina.

Sebermula negeri raja Bahamaka itu besarnya jika di laut empat hari pelayarannya dan di drat hemat dua puluh hari perjalanan dan pada sama tengah negeri Cina itu tiga ratus negeri dan pada pihak matahari hidup negeri Araqo dan negeri itu berisi daripada emas dan barang siapa pergi ke sana daripada orang beragama tiada dapat tiada diam ia di dalam negeri daripada sebab baik hawanya dan airnya dan buah kayunya pun amat banyak. Maka pada hari itu raja iskandar bertanya “Siapakah empunya khemah ini” tiada di ketahuinya iaitu sementara raja Iskandar belum ia sampai pergi seorang penghulu di suruhnya oleh raja Bahamaka mendirikan khemah itu di sana.

Arakian maka turunlah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada khemah itu maka pada ketika itu maka datanglah raja Bahamaka mengadap raja Iskandar bersama-sama dengan nabi Khidir. Maka bangkitlah raja Iskandar memberi takzim akan nabi Khidir di bawanya duduk bersama-sama dengan dia di atas tahta kerajaan lalu di anugerahi akan raja Bahamaka suatu kerusi tempatnya duduk dan berdirilah segala raja-raja dan menteri dan hulubalang masing-masing pada martabatnya masing-masing mengeliling raja Iskandar. Tatkala itu raja Bahamaka membawa berhalanya yang di sembah dahulu itu ke hadapan raja Iskandar dan di pecahkannya di hadapan raja Iskandar maka kemudian dari itu di persembahnya daripada segala mata bendanya yang di bawa itu kepada raja Iskandar. Maka di suruh raja Iskandar semuanya sambut pada antaranya di suruh bahagikan pada segala raja-raja dan segala orang besar-besarnya dan tenteranya kecil besar masing-masing pada kadarnya melainkan permata dan zamrut dan mataya dan mata benda yang indah-indah itu jua yang di masukkan ke dalam perbendaharaan.

Dan tatkala sudah yang demikian itu maka berkata raja Bahamaka kepada nabi Khidir “Barang di persembah ya nabi Allaha kiranya ke bawah duli shah alam pinta di kerjakannya barang yang di kehendaknya atas negeri hamba ini. Adapun hamba hendak mengikut tapak shah alam pada mengerjakan ghozaala supaya di ampun Allaha Taa’laya segala dosa hamba yang telah lalu itu”. Maka di maklumkan nabi Khidir kepada raja Iskandar maka sukalah ia akan peri hal itu maka pada ketika itu jua di anugerahi raja Iskandar daripada harta yang tiada dapat di hisabkan dan di rajakannya seorang yang di kehendakinya daripada isi negeri itu. Maka raja Bahamaka pun pada ketika itu berkhemah pada suatu pihak tenteranya raja Iskandar dan bersama-sama dengan dia hulubalang yang pilihan hemat dua puluh ribu hulubalang yang tiada dapat di sifatkan.

Arakian maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha suruh palukan mang-mang pada segala tentera kita barang segeralah bersiap Ana Shaa Allaha Taa’alaya pada hari yang keempat berjalanlah kita dari sini”. Maka di kerjakan nabi Khidirlah seperti titah baginda itu maka pada hari yang keempat berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat dahulu kala kehendaknya mendatangi negeri raja Fawaqola (Fauqul). Maka akan raja Cina raja Bahamaka pun serta mengiringkan baginda maka berangkatlah raja Iskandar dari negeri Haaqoa hemat empat puluh hari perjalanan dan sulu raja Iskandar pun hampirlah ke negeri Fauqul maka gemparlah segala isi dusun dan isi negeri itu. 
            
Kata Shoahaba Al Hakaayata maka tatkala sudahlah mereka itu ke negeri Fauqul maka berceritalah raja Bahamaka kepada nabi Khidir akan peri hal negeri Fauqul itu dan peri segala tenteranya dan pengetahuannya banyak dan bahawa pekerjaan raja itu daripada turun temurun dan tenteranya raja itu tiada terhisabkan. Maka di ceritakan nabi Khidir semuanya kepada raja Iskandar maka sahut raja Iskandar “Sebagaimana akal budi kita akan peri hal pekerjaan kita ini”. Maka sahut nabi Khidir “adapun pada akal hamba baik juga kita berkirim sekeping surat kepadanya mudah-mudahan di cenderungkan Allaha Taa’laya hatinya jika kiranya berbahagia ia di ikutnya. Jikalau tiada ia mahu mengikut sabda shah alam tatkala itu adalah budi bicara kira akan dia”.

Maka pada ketika itu juga di pinta nabi Khidir sekeping kertas emas air dakwatnya perak maka di surat nabi Khidir demikian bunyinya “Bahawa kumulai suratku ini dengan nama Allaha yang esa dan tunggal kerajaannya dan menuruh kelakuannya dan ialah yang terlebih kuasanya daripada segala kuasa dan ialah tiada sekutu dengan dia dan ialah yang pertama dan ialah kesudahan daripada segala kesudahan dan keadaannya surat ini daripada hambanya yang bernama raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Maqoduniah nama negerinya Zawa Al Qoranayana nama gelarnya yang beroleh kurnia tuhannya akan dia kerajaan segala muka bumi ini datang ke negeri Cina yang bernama raja Fauqul.

Adapun kemudian dari itu bahawa mengucap syukurlah engkau akan tuhan yang esa dan mengucap sholawatlah engkau akan segala nabi dan segala orang yang mengikut agamanya. Kemudian dari itu bahawa aku memanggil engkau akan mengikut agama yang sebenarnya dan jalannya daripada segala jalan nabi-nabi. Apabila engkau melihat suratku ini janganlah tiada engkau segera mengikut perkataanku seperti segala raja-raja yang lain maka lepaslah engkau daripada api neraka dan jika engkau tiada menurut kataku ini nescaya akan tempatmu itu neraka dan kemudian dari itu sejahtera kiranya atas orang budiman yang empunya fikir”. 

Tatkala sudah nabi Allaha mengarang surat itu maka di baca di hadapan khalayak majlis raja Iskandar dan di capnya daripada cap kasturi yang amat harum baunya di bungkus surat itu dengan kain dibaj yang berupakan emas dan di berikannya surat itu kepada tangan raja Bahamaka maka di suruhnya bawa kepada raja Fauqul.
Arakian maka keluarlah raja Bahamaka dengan beberapa orang yang baik-baik daripada kaumnya bersama-sama dengan dia di bawanya surat itu kepada raja Fauqul negeri Cina. Maka tatkala di dengarnya utusan raja Iskandar hampirlah datang ke negerinya maka ia pun bersabda kepada perdana menteri di suruhnya dengan dia segala orang besar-besarnya pergi mengalu-alukan raja Bahamaka itu. maka di kerjakannya oleh perdana menterinya seperti sabda tuannya maka di alu-alukannya raja Bahamaka itu dan di bawanya kepada raja Fauqul. Maka tatkala di lihat oleh raja Bahamaka akan raja Fauqul maka di keluarkannya surat itu daripada bungkusnya dan di bukanya di kucupinya ke atas kepalanya lalu kepada matanya maka lalu di berikannya kepada tangan raja Fauqul.

Adapun bahawa di ketahui oleh raja Fauqul bahawa surat ini daripada raja Iskandar atas segala raja-raja yang di jadikan Allaha Taa’laya pada muka bumi ini ialah yang bernama raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Zawa Al Qoranayana nama gelarnya Maqoduniah nama negerinya banyaklah sudah di taklukkannya daripada segala raja-raja. Maka tatkala di dengarnya raja Fauqul daripada segala rencana perkataan raja Bahamaka demikian itu maka bersabda ia kepada perdana menteri dan kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya dan di berinya akan raja Bahamaka suatu tempat perhentian dengan segala alatnya dan hamparannya maka di suruh raja Bahamaka berhenti di sana. Dan tatkala sudah berhimpunlah segala raja-raja dan segala orang besar-besar dan segala raja-raja yang takluk kepada raja Fauqul maka bersabda ia kepada segala mereka itu “Apa bicara budi kamu akan raja yang mendatangi kita ialah yang menyuruh raja Bahamaka jadi utusan kemari ini” maka sahut segala mereka itu “Marilah kita perang akan dia”.

Dan tatkala itu ada pada raja Fauqul tujuh batu haikal menyurat dia tujuh orang hakim suatu haikal suatu di suratkannya dan di mulainya peri hal itu pada segala orang yang mengikut bintang Zuhal, kedua haikal akan bintang Musytari, ketiga haikal akan bintang Marikh, keempat haikal akan bintang Shamasa, kelima haikal akan bintang Zuhrah, keenam jaikal akan bintang A’thoara, ketujuh haikal akan bintang Qomara dan segala orang yang mengikut peri hal itu ketujuhnya di panggilnya oleh raja Fauqul dan di tanyakan kepadanya. Maka sahut mereka itu katanya “Raja jua menang jikalau perang dengan raja Iskandar” melainkan yang punya bulan jua berdiam ia tiada mahu berkata-kata sepatah jua pun.

Maka kata raja Fauqul akan dia “Mengapa tok hakim berdiam tiada mahu berkata-kata kerana segala saudara kita ini semuanya daripada kita sudah berkata-kata tuan hamba mengapa diam”. Maka sahut hakim “Barang di ketahui raja bahawa di dalam pengetahuan hamba jikalau perang dengan raja Rom ia jua menang kerana pada kira-kira sudah hamba lihat jikalau kiranya berhimpunlah segala isi bumi ini berperang dengan dia ia jua menang jikalau tiada dari kerana demikian usah raja berangkat sendiri. Jika di titahkan raja itu kepada seorang menterinya pun sahaja di binasakannya akan kita sekelian” maka sahut raja Fauqul “Sungguhkah hai tok hakim”.

Pada ketika itu juga di suruhnya panggil utusan pada ilmu menulis peta seperti rupa manusia dan di suruhnya tulis rupa bulan dan segala rupa yang bersama-sama dengan rupa bulan itu maka di kerjakan oleh utus itu dan pada ketika itu juga di kerjakannya seperti sabda tuannya raja Fauqul. “Kemudian engkau pergilah menyamar dirinya engkau seperti orang raja Iskandar hendaklah kau tuliskan rupanya bagaimana-bagaimananya daripada duduknya dan tidurnya dan perjalanannya segera bawa olehmu kepada aku” maka pergilah utus itu berjalan kepada tentera raja Iskandar dan di samarkan dirinya maka bertemu dengan nabi Khidir.

Maka di hela oleh nabi Khidir akan dia di bawanya ke hadapan raja Iskandar dan di berkata nabi Khidir “Apa pekerjaanmu ini datang kemari” maka sahut orang yang menulis itu “Tatkala datang utusan shah alam kepada raja kami raja Fauqul maka di tanyalah kepada segala orang yang memegang haikal maka kata segala mereka itu baik kita perang melainkan yang empunya haikal bulan jua menegahkan. Demikian katanya adapun hamba lihat pada haikal bulan itu rupa seorang sahaja di serahkan Allaha kerajaan pada muka bumi kepadanya barang siapa melawan dia tiada dapat tiada beroleh binasa dan jikalau ia empunya rupa itu jangan kita lawan bukan harus kita lawan akan dia. Maka kerana inilah yang di perhamba ini di suruhnya mempetai rupa shah alam hendak di tunjukkannya kepada hakim haikal bulan itu. Jikalau ia rupa shah alam sahaja tiadalah ia melawan”. Setelah di dengar raja Iskandar cerita utusan itu demikian maka sabda baginda pada utusan itu “Baiklah engkau tuliskan rupaku ini bawalah kepada rajamu”.

Arakian maka di tuliskanlah rupa raja Iskandar seperti adanya itu maka di bawanyalah kepada tuannya maka di berikan oleh raja Fauqul itu kepada yang empunya haikal itu. Maka tatkala di lihat oleh hakim itu haikal bulan rupa peta itu maka datang sendirinya kepada raja Fauqul dan berkata ia kepada raja “Janganlah shah alam lawan yang empunya peta ini ialah yang menaklukkan segala raja-raja di muka bumi ini dan semuanya mengikut agamanya. Kita pun hendaklah mengikut katanya dan agamanya”. Maka sahut raja Fauqul “Baiklah melainkan dua perkara jua tiada aku mahu mengikut dia. Pertama memberi ufti akan dia, kedua mengikut agamanya. Adapun yang lain daripada itu kita ikutlah”. Maka sahut hakim itu “Jangan raja berkata demikian mengikut hawa nafsu raja kerana mengerjakan demikian bukan di aibkan orang. Seperkara lagi iapun bukan apa-apa daripada kehendaknya melainkan mengikut agamanya jua. Bermula agamanya pun agama yang sebenarnya”.

Kata Shoahaba Al Hakaayata maka tatkala pada ketika itu jua raja Fauqul membawa iman dan di suruhnya segala isi negerinya itu membawa agama dan pada ketika itu jua di mustaidkannya daripada barang yang ada daripada pelbagai yang indah-indah di dalam negeri Cina yang tiada pernah di pandang orang seumpamanya dan di kirimnya pula bersama-sama dengan persembahannya itu anak perempuan seorang terlalu elok rupanya daripada manikam dan mutiara tiada dapat di sifatkan dan di kirimkannya suatu kendi-kendi daripada kulit di isinya itu seratus rathil daripada perbuatan hakim yang berbuat haikal itu dengan hikmat dan jikalau kiranya di isinya itu pada tatkala bulan Asataratho nya jikalau berhimpun segala isi bumi ini meminumkan dia air itu tiadakan habis melainkan di buangkan yang lebihnya itu.

Sebermula tatkala sudah sampai segala sembahan yang tersebut itu maka sukacitalah raja Iskandar tetapi yang amat indah pada matanya itu tiada suatu yang lain melainkan anak raja Fauqul jua di lihat raja Iskandar daripada pihak rupanya terlalu amat elok. Sabda raja Iskandar Fa Tabaaraka Allaha Ahasana Al Khoalaqoyana tatkala itu kahwinlah raja Iskandar dengan anak raja Fauqul itu dan naik mimpilah ia pada malam itu dan pada awal subuh pagi-pagi hari maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh oleh tuan hamba palu gendang berangkat dan suruhkan tiup nafiri berangkat alamat kita berpindah dari sini. Maka di kerjakan oleh nabi Khidir seperti kehendak raja Iskandar itu maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat sedia kalanya sehingga hampirlah datang ke negeri raja Fauqul.

Maka iapun tiada taksir tatkala di dengarnya raja Iskandar sudah pindah ke hadapan negerinya maka iapun bermustaid daripada barang dapatnya dan keluarlah ia dengan istiadatnya pergi mengalu-alukan raja Iskandar. Tatkala bertemu dengan nabi Khidir maka tercenganglah ia daripada melihat hebat nabi Khidir itu dan hendak turunlah ia dari atas kudanya maka di isyaratkan nabi Khidir “Jangan kita turun”. Setelah ia datang kepada nabi Khidir maka di bawanya akan dia ke hadapan raja Iskandar maka tatkala itu bersama-sama dengan raja Fauqul hakim yang mengadakan haikal bulan itu.

Setelah di lihat raja Fauqul dengan segala kaumnya akan raja Iskandar maka sekelian mereka itu menybut Laa Alaha Alaa Allaha Abaraahayama Kholayala Allaha. Sukacitalha hati raja Iskandar dan di permulianya raja Iskandar akan raja Fauqul dengan sempurnanya maka berkatalah keduanya sehingga datang ke sisi pintau kota negeri Cina maka berkhemahlah segala tentera raja Iskandar dan segala raja-raja itupun masing-masing pada khemahnya. Hataya berkata raja Fauqul kepada segala isi negerinya di suruhnya mengantari akan tentera raja Iskandar daripada pelbagai makanan dan minuman dan akan segala kenderaan mereka itu. Maka berhentilah raja Iskandar dengan segala tenteranya yang tiada dapat di hisabkan berkeliling negeri Fauqul hemat dua puluh hari lamanya dan kemudian dari itu maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh kerahkan segala rakyat kita bersegera tiga hari lagi pada hari yang keempat berjalanlah kita pada ketika itu”.

Maka datanglah raja Fauqul membawa ufti negerinya daripada pelbagai mata benda yang indah-indah di bawanya daripada zaman neneknya daripada manikam dan mutiara yang besar-besar maka di persalin raja Iskandar akan raja Fauqul dengan seratus bagai persalin dan di anugerahinya suatu makota daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam dan di anugerahinya akan dia daripada kuda yang khas seratus ekor dengan segala alatnya sekelian itu emas dan di persalin raja Iskandar kepada segala raja-raja dan segala orang besar-besar di bawahnya masing-masing kadarnya. Maka kembalilah raja Fauqul dengan segala kaumnya dan pada hari yang keempat maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya dan nabi Allaha pun bersama-sama seperti adat seda kala akan pengunjur tenteranya raja Iskandar.

Maka raja Fauqul pun keluarlah dengan segala tenteranya mengantarkan raja Iskandar hemat tiga hari perjalanan maka masuklah ia mendapatkan anaknya perempuan itu di ajarnya akan dia daripada pelbagai perkataan yang mulia-mulia. “Hai anakku di beri Allaha akan suamimu bagind itu raja Iskandar yang tiada ada sebagainya di dalam dunia ini. Hai anakku jadikan dirimu seperti yang di perhambanya maka engkau beroleh kemuliaan. Adapun hai anakku peliharakan olehmu segala wasiatku yang sepuluh perkara ini supaya di pelihara Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya akan dikau di dalam dua buah negeri.

Pertama bersahabatlah dengan suamimu dan tahu-tahu engkau bersahabat dengan dia. Kedua wasiatku engkau dengarkanlah kata suamimu kerana redhanya daripada redha tuhannya yang menjadikan seru alam sekelian. Ketiga wasiatku jangan daripada barang rahsianya engkau katakan kepada orang dan jangan engkau lawan akan dia berbantah. Keempat jangan di lihat suamimu daripada masam mukamu sekali jua pun melainkan tersenyum-senyum. Kelima tahu-tahu engkau memeliharakan hamba sahayamu dan jangan tiada engkau permulia daripada segala anak isteri hulubalang yang baik-baik itu dan jangan engkau membinasakan hartamu kerana pekerjaan memeliharakan hati mereka itu. Keenam jangan di lihatnya kejahatanmu sekali juapun. Ketujuh bahawa jangan sekali-kali di perlihat daripada barang jahat sedikit juapun melainkan barang sempurna jua kerana perempuan yang tahu memeliharakan dirinya di hadapan suaminya seperti tanaman bunga di tanamkan oleh utus yang tahu mengaturkan tanaman yang layak di tepi di tanamkannya pada tepi dan yang layak di tengah di tanamkannya pada tengah dan yang layak di sisi jalan di tanamkannya pada sisi jalan dan yang layak di sisi rumah di tanamkannya pada sisi rumah demikianlah daripada perempuan yang tahu menambat hati suaminya.

Yang kedelapan wasiatku jangan engkau menunjukkan bencimu akan dia melainkan kasihmu jua di lihatnya. Kesembilan hai anakku jangan engkau murka akan segala hambamu di hadapan suamimu sekali juapun. Kesepuluh hai anakku tatkala suamimu santap hendaklah sopan-sopan engkau di hadapannya dan tunjukkan olehmu kasih sayangmu akan dia pada segala hari dan pada segala ketika jangan tiada anakku mengerjakan seperti pengajar yang sudah kuceritakan padamu itu. Jika engkau mengerjakan seperti kataku ini tiada dapat tiada makin bertambah-tambah kasihnya akan engkau dan jangan engkau hadap akan rupamu dan bangsamu dan akan mudamu kerana suamimu itu raja daripada segala raja-raja tiada harus sekali-kali engkau menilik dirimu kerana redha suamimu itu daripada redha tuhannya dan kupohonkan kepada Allaha Taa’laya barang di peliharakannya jua engkau daripada semu syaitan dan hawa nafsu dan syahwat supaya terpeliharamu daripada kedua tempat dan barang di sempurnakan Allaha Taa’laya engkau dengan sempurna kebajikan dan nikmat atasmu itupun pada kedua tempat jua. Hai anakku bahawa engkau serahkan dirimu kepada tuhan engkau bahawa sungguhnya ia jua tuhan yang mengampuni lagi amat mengasihani Amayana Raba Al A’alamayana”. Dan bercium berpeluk bertangis-tangisan keduanya.

Setelah sudah maka keluar ia daripada tempat anaknya kembali ke negerinya maka raja Iskandar berjalanlah tiga hari tiga malam. Pada hari yang keempatnya datanglah tentera raja Iskandar pada antara bumi yang banyak rumput dan harum baunya maka di suruh nabi Khidir segala tentera berkhemah di sana. Pergilah ia kepada raja Iskandar katanya “Barang maklum kiranya shah alam bahawa sudahlah di sampaikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya hadrat shah alam kepada bumi yang amat ajaib rumputnya amat indah-indah dan kijang padanya demikianlah hikayatnya. Jikalau di makan kijang rumput bumi itu maka di turunkan Allaha daripada rumput itu darah pada pusat kijang itu daripada sehari kepada sehari makan besar pusat kijang itu dan tatkala sudah genap ketikanya maka kutillah pusatnya itu maka di geselkannya pada tunggul kayu hingga keluarlah darah pada pusatnya itu maka diamlah ia maka darah itulah yang menjadi kasturi”.

Maka hairanlah hati raja Iskandar mendengar cerita nabi Khidir itu maka terlalu ingin hati raja Iskandar hendak melihat rumput dan kijang yang  di ceritakan nabi Khidir itu dan pagi-pagi hari maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala yang damping kepadanya dan segala raja-raja dan orang besar-besarnya dan segala menterinya di sana pada khemah yang sedia itu. Dan tatkala raja Iskandar berjalan itu pada ketika itu berhikayat nabi Khidir “Maklum kiranya shah alam bahawa bumi ini luasnya hemat tujuh hari perjalanan”. Tatkala itu maka haripun malamlah dan berhentilah mereka itu di sana semalam itu tetapi hati mereka itu dan raja Iskandar terlalu sangat berahi hendak melihat kijang dan rumput yang pada padang itu dan di ingatkannya peri hal itu kepada nabi Khidir maka sahut nabi Khidir “Ana Shaa Allaha esok harilah duli shah alam dengan beberapa orang daripada orang yang damping kepada shah alam dan yang di perhamba pun bersama-sama melihat bumi itu lagi pula ada pada bumi itu daripada galian fairuz dan galian senia dan galian zabarjad”.

Maka pada pagi-pagi hari raja Iskandar dan nabi Khidir dan segala mereka itu yang di harapinya daripada tentera Maqoduniah maka berangkatlah raja Iskandar datang kepada bumi itu. maka bertiuplah angin daripada pihak bumi itu amat harum baunya maka bertanyalah raja Iskandar “Bau apakah ini terlalu amat harum” maka sahut nabi Khidir “Inilah bau rumput yang di perhamba ceritakan itu”. maka di lihat raja Iskandar kepada rumput itu seperti akar seri tinggi kadar dua hasta maka datanglah kijang itu memakan dia. Maka di lihat raja Iskandar banyak pasak kayu terdiri pada bumi itu maka bertanya raja Iskandar kepada nabi Khidir maka sahut nabi Khidir “Adapun bahawa kayu yang di pasak akan orang pada bumi itu daripada segala saudagar yang kemari mendirikan dia masing-masing di perbuatnya pasak kayu itu kerana kijang itu tatkala sudah di makannya rumput itu maka isilah pusatnya. Dan tatkala gatallah pada antara pusatnya itu maka datanglah kijang itu geselkan pusatnya itu pada hujung pasak yang terdiri itu beberapa kali maka gugurlah kasturi itu. maka di ambil oleh saudagar di bawanya pulang ke negerinya maka di beli oranglah daripadanya”.

Maka hairanlah raja Iskandar akan peri hal itu dan berjalanlah mereka itu seketika maka di lihat kijang banyak kawannya dan tatkala raja Iskandar berangkat itu di suruhnya bawa anjing dan serigala dan rajawali. Maka tatkala di lihatnya kawan kijang itu maka di suruhnya lepas anjing dan rajawali itu maka di perburunyalah kijang itu dan kijang itupun amat hairan tercengang-cenganglah ia melihat peri hal yang riada pernah di rasainya maka tiadalah ia dapat lari daripada tempatnya. Tatkala di lihat oleh raja Iskandar peri hal itu maka tersayanglah hatinya pada ketika itu tiada di berinya akan tenteranya menikam akan dia di suruhnya raja Iskandar tangkap akan kijang itu dengan hidupnya pada ketika itu jua di bawa orang kijang itu ke hadapan raja Iskandar.

Maka di lihat raja Iskandar warna tubuh kijang itu seperti pijar dan tanduknya suatu jua pada antara kedua matanya dan keadaan kijang itu terlalu amat elok rupanya daripada segala jenis kijang yang lain. Bermula tatkala sudah raja Iskandar melihat kijang itu maka di suruhnya sembelih dan di suruhnya permasakkan maka di kerjakan oleh mereka itu seperti titah baginda itu. setelah sudah masak maka di bawa oranglah ke hadapan raja Iskandar dan nabi Khidir daging kijang kasturi itu terlalu citarasa dagingnya tiada ada sebagainya. Arakian maka di anugerahi baginda daging itu akan segala raja-raja dan orang besar-besarnya dan segala hulubalangnya.

Sumber : Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana
Di rumikan : Mahamada bana A'bada Allaha 

Monday, November 25, 2013

Kiamat Dan Mahashara

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Maka yang dahulu daripada mati itu iaitu tanda hari kiamat maka setengah daripada tanda hampir akan kiamat itu tiga alamat. Pertamanya sudah lalu iaitu wafat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan zahir fitnah dan berbunuh-bunuh dan zahir Dajaalawana yakni kazaabawana yakni orang yang dusta yang mendakwa mereka itu akan nabi dan api yang nyata di Madinah pada tahun enam ratus lima puluh empat dan perang Tarakaya dan keluar pekerjaan itu daripada ahlinya. Keduanya barang yang berkekalan hingga sekarang seperti dagang agama yakni sedikit orang menolong akan agama dan sedikit amanah dan banyak khoyaalaha dan menegahkan zakat dan menderhaka akan dia ibubapa dan memutuskan arahaama dan menaruhkan orang yang jawakaya dan meminum arak dan menyatakan zina dan menyatakan riba.

Dan ketiganya barang yang lagi akan datang daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahadaya iaitu Amaama Al Faathomaya Al Mahadaya Mahamada bana A’bada Allaha dan ialah wali Allaha lagi terpelihara ia sepanjang umurnya daripada mengerjakan dosa. Maka adalah pekerjaannya muafakat bagi pekerjaan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yakni di amalkan syariat nabi ialah yang mengalahkan tentera yang zhoalamayana yang sesat. Dan menghilangkan akan segala raja-raja yang zalim maka memerintahkan dengan adil pada muka bumi dan mengalahkan beberapa negeri yang besar-besar maka di dapat akan beberapa banyak tawanan hingga di raahawaba kan harta akan sebagai raahawaba apabila ia beri akan orang.

Dan lagi setengahnya turun nabi A’yasaya abana Marayama dan keluar Dajaala yang iaitu sebesar-besar fitnah maka bahawasanya awal nyatanya menyatakan sholeh dan agama kemudian ia mendakwa akan nubuah dan kemudian ia mendakwa akan Allaha dan iaitu kazaaba malaun menyesatkan manusia dengan bagai-bagai sesat dan bagai-bagai fitnah. Maka apabila keluar Dajaala meratakan segala muka bumi melainkan Makah dan Madinah dan Bayata Al Maqodasa maka membunuh akan dia nabi Isa.

Maka duduk ia pada bumi mehukumkan dengan syariat Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka membunuh akan khinzir dan mematahkan sholayaba yakni berhala. Dan di tetapkan kafir atas jazayah maka tiada di terimanya melainkan Asalama atau di bunuh maka zahirlah Asalama atas tiap-tiap agama dan tiada tinggal melainkan agama Asalama jua.

Dan setengahnya keluar Yaajawaja Wa Maajawaja dan keluar matahari daripada maghrib dan keluar Daabata Al Aradho dan menegahkan taubat yakni tiada di terima taubat kemudian daripadanya dan di angkatkan Qoraana dan asap pada bumi dan akhirnya keluar api daripada A’dana atau daripada Hadhora Mawata (Hadramaut) menghalaukan manusia sekeliannya kepada Sham. Dan demikian lagi kita iktikadkan pula nikmat kubur seksanya dan piciknya dan jikalau di makan akan dia oleh binatang atau di bakar akan dia dengan api dan di tabur kepada angin sekalipun maka di kata dengan kubur itu pada ghoib jua.

Dan setengah daripada nikmat kubur itu di luaskan kuburnya hingga sepemandangan pelihatnya dan di jadikan kuburnya satu kebun daripada kebun syurga. Dan di bukakan pintu kepada syurganya dan di hamparkan daripada hamparan syurga dan pendil daripada pendil syurga maka dapat nikmat itu bagi ruhnya dan jasadnya. Dan setengah daripadanya azabnya bagi orang kafir dan orang a’ashoya di picikkan kuburnya dan di lintagkan api pagi-pagi dan petang-petang dan di datangkan ular dan kala dan lainnya daripada bagai-bagai azabnya.

Dan datang daripada hadis bahawa di ringankan bagi orang yang a’ashoya dan di angkatkan dia pada malam Jumaat dan bulan Ramadhan dan dengan doa dan sedekah dan lainnya daripda orang yang hidup dan datang pula waarada orang yang mati malam Jumaat harinya di azabkan sesaat kemudian tiada di kembalikan kepadanya hingga hari kiamat. Dan demikian lagi sempit kuburnya dan piciknya atas orang yang mati hak wajib kita iktikadkan maka adalah yang demikian itu bagi segala mayat melainkan nabi tetapi di ringankan bagi orang yang mukmin hingga adalah seperti peluk ibu kepada anaknya kasihnya.

Dan demikian lagi soal Manakara Wa Nakayara itupun hak bagi orang yang mati maka di kembalikan kepada hayat barang yang memberi faham dengan dia khothoaba dan menjawab ia akan soalnya dan jikalau adalah mayat terkelam di dalam air atau terbakar atau di makan oleh binatang sekalipun maka tiada lepas daripada fitnah Manakara Wa Nakayara. Maka telah datang pada hadis asatashanaa beberapa orang yang tiada di tanyanya seperti nabi dan shodayaqo dan shahadaa dan orang yang Maraabatho Faya Sabayala Allaha dan yang mati sakit perut dan yang mati malam Jumaat atau harinya dan mati kena taun atau pada zaman taun hal keadaannya ia sabar lagi harap akan pahalanya dan orang yang melazimkan membaca surat Tabaaraka pada tiap-tiap malam atau surat Sajadaha dan orang yang membaca Qola Hawa Allaha Ahada pada sakitnya yang membawa kepada mati dan kanak-kanak dan orang yang gila.

Dan orang yang dakwa yang ialah maka bertanya keduanya itu daripada setengah iktikad daripada tuhannya dan daripada nabinya dan daripada agamanya. Maka di tetapkan Allaha dengan perkataan yang tetap bagi orang yang di kehendakinya dan sesat ia daripada menjawab orang yang di kehendakinya. Maka adalah Manakara Wa Nakayara itu dua orang malaikat hanya kata Qoyala berbilang Manakara Wa Nakayara tatkala banyak orang mati maka di bangkitkan pada mayat dua orang malaikat. Maka di tanya tiap-tiap orang itu dengan bahasa A’rab dan kata Qoyala dengan bahasa dirinya dan kata setengah dengan bahasa Suryani.

Maka adalah datang keduanya bersalah-salahan dengan bersalah-salahan orang yang hendak di tanyanya. Jika ada ia orang yang mukmin yang sholeh dengan rupa yang elok lagi yang baik baunya. Dan jika yang lain maka adalah yang sangat hebat lagi sangat menakuti dengan rupa yang sangat jahat lagi amat besar keluar daripada mulutnya bunga api rupanya seperti cawang kayu. Maka yang demikian itu atas kadar amalnya yang sholeh dan amal yang maksiat maka fitnah seperti itulah atas kadar itu jua.

Dan sunat kita talqinkan mayat yang lain daripada nabi dan syahid dan kanak-kanak. Maka sanya telah datang waarada daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya orang yang mati apabila di talqinkan dia maka berkata salah seorang daripada keduanya bagi taulannya “Keluar kamu daripada orang ini maka apa kita kerjakan dengan  seorang laki-laki yang telah di ajar talqin”. Hujahnya maka adalah talqin itu iaitu Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Sabahaana Mana Taa’zaza Ba Al Qodarata Wa Al Baqoa Wa Qohara Al A’baada Ba Al Mawata Wa Al Fanaa Layabalawa Kama Ayakama Ahasana A’malaa Wa Ana Saa’ya Kama Sawafa Yaraya Kala Shaya Haalaka Alaa Wajahaa Laha Al Hakama Wa Alayaha Tarajaa’wana Kala Nafasa Zaaqota Al Mawata Wa Ana Maa Tawafawana Ajawara Kama Yawama Al Qoyaamata Fa Mana Zahazaha A’na Al Naara Wa Adakhola Al Janata Faqoda Faaza Wa Maa Al Hayaata Al Danayaa Alaa Mataaa’ Al Ghorawara Manahaa Kholaqonaa Kama Wa Fayahaa Naa’yada Kama Wa Manahaa Nakhoraja Kama Taarata Akhoraya Manahaa Kholaqonaa Kama Lalaajara Wa Al Tsawaaba Wa Fayahaa Naa’yada Kama Laladawada Wa Al Taraaba Wa Manahaa Nakhiraja Kama Lalaa’radho Wa Al Hasaaba Basama Allaha Wa Ba Allaha Wa Mana Allaha Wa A’laya Malata Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Hazaa Maa Waa’da Al Rahamana Wa Shodaqo Al Marasalawana Ana Kaanata Alaa Shoyahata Waahadata Fa Azaa Hama Jamayaa’ Ladayanaa Mahadhorawana.

Maka di serukan nama orang yang mati itu atau di serunya dengan katanya Yaa A’bada Allaha abana Amata Allaha barang dua kali. Kemudian maka bacanya Yarahamaka Allaha Zahabata A’naka Al Danayaa Wa Zayanatahaa Wa Shorata Alaana Faya Barazakho Mana Barazakho Al Akhorata Fa Laa Tanasa Al A’hada Alazaya Faarata Fatanaa A’layaha Faya Daara Al Danayaa Wa Qodamata Baha Alaya Daara Al Akhorata Wa Haya Shahaadata Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamadaa Rasawala Allaha.

Fa Azaa Jaaka Al Malakaana Al Mawakalaana Baka Wa Ba Amatsaa Laka Mana Amata Sayadanaa Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Fa Laa Yazaa’jaaka Wa Laa Yaraa’baaka Wa Aa’lama Anahamaa Kholaqo Mana Kholaqo Allaha Taa’alaya Kamaa Anata Kholaqo Mana Kholaqoha. Fa Azaa Anayaaka Wa Jalasaaka Wa Saalaaka Wa Qoalaa Laka Mana Rabaka Wa Mana Nabayaka Wa Maa Dayanaka Wa A’ataqoadaka Wa Maa Alazaya Mata A’layaha Fa Qola Lahamaa Allaha Rabaya Haqoa. Fa Azaa Saalaaka Al Tsaanayata Fa Qola Lahamaa Allaha Rabaya Haqoa.

Fa Azaa Saalaaka Al Tsaalatsata Wahaya Al Khoatamata Fa Qola Lahamaa Ba Lasaana Tholaqo Ba Laa Khowafa Wa Laa Fazaa’ Allaha Rabaya Wa Mahamada Nabaya Wa Al Asalaama Dayanaya Wa Al Qoraana Amaamaya Wa Al Kaa’bata Qobalataya Wa Al Sholaata Farayadhotaya Wa Al Masalamawana Akhowaanaya Wa Abaraahayama Al Kholayala Abaya Wa Anaa A’shata Wa Mata A’laya Qowala Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha Tamasaka Yaa A’bada Allaha Ba Hazaha Al Hajata Wa Aa’lama Anaka Maqoyama Ba Hazaa Al Barazakho Alaya Yawama Yabaa’tsawana.

Fa Azaa Qoyala Laka Maa Taqowala Faya Hazaa Al Rajala Alazaya Baa’tsa Faya Kama Wa Faya Al Kholaqo Ajamaa’yana Fa Qola Hawa Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Jaanaa Ba Al Bayanaata Mana Rabaha Fa Atabaa’naaha Wa Amanaaha Wa Shodaqonaa Ba Rasaalataha Fa Ana Tawalawaa Fa Qola Hasabaya Allaha Laa Alaha Alaa Allaha Hawa A’layaha Tawakalata Wa Hawa Raba Al A’rasha Al A’zhoyama.

Wa Aa’lama Yaa A’bada Allaha Ana Al Mawata Haqo Wa Ana Nanazala Al Qobara Haqo Wa Ana Sawaala Manakara Wa Nakayara Fayaha Haqo Wa Ana Al Naa’tsa Haqo Wa Al Hasaaba Haqo Wa Ana Al Mayazaana Haqo Wa Ana Al Shoraatho Haqo Wa Ana Al Janata Haqo Wa Ana Al Naara Haqo. Wa Ana Al Saaa’ta Atayata Laa Rayaba Fayahaa Wa Ana Allaha Yabaa’tsa Mana Faya Al Qobawara Wa Nasatawadaa’ka Allaha.

Allahama Yaa Anayasa Kala Wahayada Wa Yaa Haadhoraa Layasa Ba Baa’yada Anasa Wahadatanaa Wa Wahadataha Wa Arahama Ghorabatanaa Wa Ghorabataha Wa Laqonaha Hajataha Wa Laa Tafatanaa Baa’daha Wa Aghofaralanaa Wa Laha Yaa Raba Al A’alamayana. Sabahaana Rabaka Raba Al A’zata A’maa Yashofawana Wa Salaama A’laya Al Marasalayana Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana. Dan sunat duduk orang yang mentalqinkan itu pihak kepalanya dan sunat mendoakan baginya dengan tatsabayata.

Dan demikian lagi wajib kita percayakan dengan berdiri hari kiamat dan bertiup sangkakala yang pertama. Maka mati segala isi langit dan isi bumi sebab terkejut yang sangat dan tiada yang tinggal melainkan wajah Allaha yang mulia dan melainkan orang yang di kehendaki Allaha Taa’laya daripada isi syurga dan Israfil. Maka akhir orang yang mati itu Israfil dan awal orang yang di bangkitkan itu ia jua supata meniup akan sangkakala yang kedua mehidupkan segala yang mati. Dan kembali tiap-tiap ruh kepada jasadnya dan adalah antara dua anafakhota itu empat puluh tahun.

Maka berfirman Allaha Taa’laya tatkala itu Lamana Al Malaka Al Yawama maka tiada siapa yang menjawab. Kemudian maka ia menjawab sendirinya Lalaha Al Waahada Al Qohaara.Kemudian maka menyuruh ia akan Israfil meniup akan sangkakala yang kedua maka hidup segala yang mati. Maka kembalilah tiap-tiap anggota yang bercerai-cerai pada ketika hidupnya dan rambut hingga khitan dan lainnya. Maka awal orang yang di bangkit daripada kuburnya nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kemudian maka yang samanya kemudian sekelian makhluk.

Dan demikian lagi wajib kita iktikadkan huru-hara mawaqofa yang sangat barang yang mehancurkan hati dan melupakan yang menyusu akan anaknya yang sebenarnya kerana firman Allaha Taa’laya Yaa Ayahaa Al Naasa Ataqowaa Raba Kama Ana Zalazalata Al Saaa’ta Shaya A’zhoyama Yawama Taranahaa Tazahala Kala Maradhoa’ta A’maa Aradhoa’ta Wa Tadhoa’ Kala Zaata Hamala Hamalahaa Wa Taraya Al Naasa Sakaaraya Wa Maa Hama Ba Sakaaraya Wa Lakana A’zaaba Allaha Shadayada Hai segala manusia takut oleh kamu akan tuhan kamu bahawasanya gempa sangat itu suatu yang amat besar hari yang engkau lihat akan dia lupa tiap-tiap perempuan yang menyusu daripada yang di susukannya dan gugur tiap-tiap yang mempunyai bunting akan buntingnya dan engkau lihat akan manusia itu mabuk dan tiada mereka itu mabuk dan tetapi azab amat pedih.

Dan cerita daripada Atsaara bahawasanya Allaha Taa’laya mehimpunkan segala umat daripada jin dan manusia bertelanjang sekeliannya lagi binasanya telah di tinggalkan raja-raja daripada kerajaannya dan lazimkan mereka itu kehinaan dan kecil kemudian daripada a’zayaza nya. Dan mengeras hamba Allaha pada buminya kemudian maka berhadap segala bintang yang liar daripada tempatnya merendahkan kepalanya. Kemudian daripada liar daripada makhluk asing ia pada padang hina ia lagi rendah dirinya daripada huru-hara demikian hari itu serta bahawasanya tiada di atasnya dosa dan tiada jatuh pada tempat yang membawa kepada dosa.

Kemudian maka berhadap segala syaitan kemudian daripada bahawa adalah dahulunya takburnya hal keadaannya merendahkan dirinya lagi hina kerana melintangkan atas Al Malaka Al Dayaana. Maka apabila sempurnalah bilang-bilang isi bumi daripada manusia dan jin dan syaitan dan binatang yang liar dan binatang yang jinak dan segala yang melata pada bumi maka bertaburan segala bintang yang di langit dari atas kepalanya. Dan di himpunkan matahari dan bulan daripada cahayanya maka jadi kelam keduanya atas mereka itu dan jadilah langit dunia di atas mereka itu. Maka berkisar-kisar ia dengan sebesar-besarnya di atas kepala mereka itu dan segala makhluk menilik kepada demikian itu huru-hara itu.

Maka antara mereka itu demikian itu tiba-tiba pecah-pecah langit dengan setebal-tebalnya di atas kepala mereka itu. Dan adalah tebalnya lima ratus tahun maka apalah huru-hara tatkala mendengar suara pecah langit itu pendengar mereka itu. Kemudian maka turun malaikat daripada tepinya kepada bumi dengan mengucap taqdis bagi tuhannya. Maka terkejut segala makhluk daripada sangat besar tubuhnya dan huru-hara suara mereka itu takut bahawa ada mereka itu menyuruh segala makhluk kepada neraka. Maka apabila hadir mereka itu sekeliannya pada mawaqofa dan berhimpun isi tujuh petala langit dan isi bumi yang ketujuhnya maka di tambahkan panas matahari kadar dua puluh tahun.

Kemudian maka di hampirkan daripada segala makhluk seperti hampir anak panah dengan busarannya atau dulinya dan tiada pada hari itu bayang-bayang tangan melainkan bayang A’rasha Al Rahamana. Maka setengah daripada manusia mereka itu yang ada mereka itu padanya dan setengah mereka itu mereka yang ada ia di dalam panas matahari. Sanya telah di hanguskan dia dan sanya telah hampir daripada makhluk hingga jika di hulurkan tangannya nescaya dapat di capainya akan dia. Dan di gandakan panas atas setengah kaum kadar tujuh puluh ganda daripada panasnya pada ketika hari yang sangat panasnya.

Dan adalah setengah daripada Al Salafa berkata ia jikalau naik matahari atas bumi seperti kelakuan ia nabik pada hari kiamat nescaya di bakarnya akan bumi dan hancur segala bukit dan kering segala sungai. Maka apabila menilik seorang baginya nescaya terkejut ia dan sangatlah bertambah-tambah kekeruhannya serta sangat bersesak segala amama dan piciknya dan bertolak-tolak setengah dengan setengahnya dan jatuh tapak kaki setengahnya atas setengahnya dan hampir putus batang leher daripada sangat dahaga.

Maka sanya telah berhimpunlah atasnya pada demikian mawaqofa itu panas matahari dan panas bersesak-sesak mereka itu. Dan limpah peluh mereka itu di atas muka bumi atas kadar martabat mereka itu dan tempat mereka itu pada tuhannya daripada bahagia dan celaka. Maka setengah daripada mereka itu sampai peluhnya kepada dua belikatnya dan setengahnya yang sampai kepada telinganya dan setengahnya sampai kepada mulutnya dan hampir terkelam padanya.

Dan satu riwayat daripada Dhohaaka dan bersesak-sesak segala makhluk bertolak-tolak mereka itu setengahnya akan setengahnya hingga adalah di atas kaki seribu kaki hingga masuk manusia di dalam peluh. Dan pada satu hadis jikalau lepas perahu di dalam peluh segala makhluk pada demikian hari itu nescaya berjalan ia. Kata setengah a’lamaa dan apabila berpeluh segala makhluk pada demikian hari itu daripada sangat panas matahari adalah tiap-tiap seorang terkelam di dalam peluhnya tiada mencapai ia akan orang yang di tepinya seperti tiada di dapat berjalan seorang pada hari kiamat di dalam nur orang yang lain.

Sanya adalah nur seorang manusia atas kadar dirinya jua maka sentiasa mereka itu di dalam yang demikian itu seribu tahun hingga mendengar mereka itu suara memukul Al Naafawara yakni seperti gendang. Takut segala hati mereka itu dan khusyuk segala mata mereka itu sebab besar suara pukul pada Naafawara itu dan sangka mereka itu turun azab dengan mereka itu. Maka antara demikian itu nyata bagi mereka itu A’rasha Al Rahamana menanggung delapan orang malaikat.

Seorang malaikat perjalanan dua puluh ribu tahun dan baginya suara yang amat besar dengan tasbih tiada kuasa segala a’qowala itu mendengar akan dia hingga tetaplah A’rash pada bumi yang putih yang di jadikan Allaha Taa’laya seperti firmannya Yawama Tabadala Al Aradho Ghoyara Al Aradho Wa Al Samawaata Mathowayaata Ba Mayayanaha hari yang di tukar akan bumi lain daripada bumi dan tujuh petala langit di lipatnya dengan kudratnya. Dan ketika itu tunduk segala manusia kepala mereka itu berombak-ombak setengah mereka itu di dalam setengahnya seribu tahun. Dan tuhan yang Jalayala tiada memandang kepada mereka itu dan pada ketika itu berjalan sekelian mereka itu kepada Adam.

Dan pada satu cerita maka berkata setengah manusia bagi setengahnya tiada engkau lihat barang yang ada kamu padanya dan pada barang yang sampai kamu tiadakah engkau cari orang yang mesyafaat bagi kamu kepada tuhan kamu ertinya supaya berpalinglah kamu daripada huru-hara mawaqofa ini jikalau kepada neraka sekalipun. Dan berkata mereka itu adalah berhenti segala makhluk tiga ribu tahun maka berkata setengah manusia bagi setengahnya pergi oleh kamu kepada Adam yakni kepala-kepala yang mengikut rasul yang dahulu-dahulu daripada nabi kita yang tiada sampai kepada mereka itu khabar nabi kita penghulu bagi segala anbia.

Dan berkata mereka itu “Ya Adam, engkaulah bapa segala manusia telah menjadikan Allaha dengan kudratnya dan di tiup padamu daripada ruhnya dan menyuruh malaikat maka sujud mereka itu bagimu. Maka syafaatkan olehmu bagi kami kepada tuhan kamu. Tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami kepadanya”. Maka berkata Adam “Maka bahawasanya tuhanku marah pada hari ini akan sebagai marah yang tiada marah dahulunya seumpamanya dan tiada kemudiannya. Dan di tegahkan daku daripada memakan pohon kayu kholada dalam syurga maka aku salahi akan dia maka sekarang ini Nafasaya Nafasaya yakni diriku-diriku jua. Pergi kamu kepada Nuh”.

Maka pergi mereka itu mencari nabi Nuh hingga berjumpa maka berkata mereka itu “Ya Nuh, engkau awal pesuruh kepada isi bumi dan menamakan Allaha akan dikau A’bada Shakawara maka syafaatkan oleh engkau bagi kami kepada tuhanmu. Tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami kepadanya”. Maka berkata ia “Tuhanku marah pada hari ini akan sebagai marah tiada dahulunya dan kemudian seumpamanya. Dan bahawasanya adalah bagiku dosa aku doakan atas kaumku maka di binasakan Allaha akan mereka itu maka hari ini Nafasaya Nafasaya. Pergilah kamu kepada Ibrahim”. 

Maka datang mereka itu akan Ibrahim berkata mereka itu “Ya Ibrahim, engkaulah nabi Allaha dan Kholayala Allaha pada isi bumi. Syafaatkan olehmu bagi kami kepada tuhan kamu. Tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami kepadanya”. Maka berkata ia “Bahawasanya tuhanku marah pada hari ini akan sebagai marah tiada marah dahulunya dan kemudiannya seumpama ini. Maka adalah aku berdusta beberapa dusta akan kaumku yakni rupa dusta jua bukan hakikat dusta maka adalah pada hari ini Nafasaya Nafasaya. Pergilah kamu kepada yang lain daripadaku pergi kepada Musa”.

Maka datang mereka itu akan Musa maka berkata mereka itu “Ya Musa, engkau rasul Allaha memilih Allaha akan dikau bagi risalatnya dan dengan kalamnya atas segala manusia. Syafaatkan olehmu bagi kami kepada tuhan kamu tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami kepadanya”. Maka berkata ia “Bahawasanya tuhanku marah pada hari ini tiada dahulunya dan kemudiannya seumpama ini. Dan bahawasanya aku telah aku bunuh akan seorang tiada di suruh bunuh akan dia maka adalah hari ini Nafasaya Nafasaya. Pergilah kamu kepada Isa”.

Maka datang mereka itu kepada Isa maka berkata mereka itu “Ya Isa, engkau pesuruh Allaha dan kalimahnya yang di jatuhkan kepada Mariam dan ruh Allaha dan berkata akan manusia di dalam buai. Maka syafaatkan olehmu bagi kami kepada tuhan kamu. Tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami kepadanya”. Maka berkata ia bagi mereka itu “Bahawasanya tuhanku marah tiada marah seumpama hari ini dahulunya dan kemudiannya. Maka adalah aku di sembah oleh kaumku akan yang lain daripada Allaha. Maka adalah hari ini Nafasaya Nafasaya pergilah kamu kepada Mahamada”. Dan adalah antara satu nabi kepada satu nabi seribu tahun perjalanannya.

Maka datang mereka itu maka berkata mereka itu “Ya Mahamada, engkaulah rasul Allaha dan kesudahan anbia maka syafaatkan olehmu bagi kami tuhan kamu. Tiadakah engkau lihat barang yang ada kami padanya dan tiadakah engkau lihat barang yang sampai kami akan dia”. Maka sabdanya “Aku baginya yakni aku yang mensyafaatkan kamu” maka berdiri ia lalu berjalan hingga sampai di bawah A’rash dan pada satu riwayat maka mengambil dengan halaqah syurga maka di bukanya. Maka di tanya “Siapa ini” maka sabdanya “Mahamada” maka di bukakan dia maka di terajabkan maka tunduk sujud bagi tuhannya. Kemudian maka memulai dengan di ilhamkan kepada memuji akan tuhannya dan mengelokkan sebutannya atas barang yang tiada kuasa seorang memuji seumpamanya daripada anbia yang dahulu-dahulu.

Maka adalah sujudnya pada sejumaat daripada hari dunia maka firman Allaha Taa’laya “Ya Mahamada, angkatkan kepalamu. Pinta engkau aku beri pinta syafaat di terima syafaatmu”. Maka bersembah ia “Hai tuhanku, umatku umatku” maka firmannya “Ya Mahamada, masukkan olehmu akan syurga daripada umatmu mereka yang tiada di hisab atasnya daripada pintu yang pihak kanan. Dan mereka itu bersekutu segala manusia pada barang yang lain daripada yang demikian itu daripada segala pintu dan demi tuhan yang memberi Mahamada dengan tangan kudratnya”.

Bahawasanya barang yang antara dua keping pintu itu seperti antara Makah dan Hajara iaitu satu dusun hampir dengan Madinah. Dan pada satu riwayat antara dua keping pintu daripada pintu syurga itu perjalanan empat puluh tahun dan datang pada satu hari pada hal penuh daripada sebab sesak. Maka menyeru tuhan yang Jalayala Jala Jalaalaha “Ya Mahamada, angkatkan kepadamu dan pinta maka di dengar akan pintamu dan pohonkan maka di beri dan syafaatkan maka di terima syafaatmu”. “Maka aku sembah hai tuhanku ceraikan antara mataku hai tuhanku segera akan hisab mereka itu” maka di datangkan seru “Bahkan ya Mahamada”.

Dan di sebut oleh Thobaraanaya hadis iaitu pertama-tama orang yang aku syafaatkan baginya daripada umatku isi rumahku kemudian maka yang akrab maka yang akrab daripada Qorayasha kemudian maka Anashoara. Kemudian maka orang yang percaya dengan daku dan mengikut akan daku daripada ahli Al Yamana kemudian maka segala A’raba kemudian segala A’jama dan orang yang aku syafaatkan dahulu itu. Afdal riwayat Bayahaqoya daripada A’tsamaana bana A’fana yang memberi syafaat pada hari kiamat itu anbia kemudian a’lamaa

Sumber : Kitab Dara Al Tsamayana
Di rumikan : Mahamada Bana A'bada Allaha                                                                       

Monday, November 18, 2013

Tentang Perempuan

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Kata Hakamaa bahawa tabiat perempuan sepuluh perkara.

Maka adalah tiap-tiap sepuluh itu menyerupanya setengah daripada tabiat haiwan. Pertama seperti babi, kedua seperti tabiat kera, ketiga seperti tabiat anjing, keempat seperti tabiat ular, kelima seperti tabiat baghal, keenam seperti tabiat kala, ketujuh seperti tabiat tikus, kedelapan seperti tabiat unggas, kesembilan seperti tabiat serigala, kesepuluh seperti tabiat kambing. Adapun perempuan yang seperti tabiat babi itu iaitu perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan dan minum memenuh perutnya dan memecahkan bejana jua dan tiada kemana pergi ia tiada ia mencita-cita agamanya dan sembahyang dan puasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia akal pada melanggarkan segala isi rumahnya.

Adapun perempuan yang seperti tabiat kera itu iaitu gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak dan adalah ia memegahkan dirinya dan berbesar-besar dirinya pada suaminya. Adapun perempuan yang seperti tabiat anjing itu iaitu perempuan tatkala ia berkata-kata suaminya di palingkannya mukanya dan apabila di kata suaminya di bantahinya serta di herdikkan seperti anjing mengherdikkan babi dan apabila di lihatnya ada harta pada suaminya maka di kasih ia dan apabila tiada ada harta padanya maka bencilah ia akan dia serta di cercanya dan di enyahkan dari rumahnya dan tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

Adapun perempuan seperti tabiat baghal itu iaitu apabila bertemu suatu yang di katakutinya di palu sekalipun tiada mahu berjalan melainkan undur ia jua dan adalah berbebega dirinya dan mengadahkan dirinya. Adapun perempuan yang seperti tabiat ular iaitu menaruh dendam dan apabila dengar perkataan orang yang jahat akan dia atau akan suaminya jadi berkelahilah ia dengan orang lain. Adapun perempuan yang seperti tabiat kala itu iaitu senantiasa berkeliling kepada rumahnya orang sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-impat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala di sengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Al Qotala Laaa Yadakhola Al Janata ertinta yang fitnah itu tiada masuk syurga.

Adapun perempuan yang seperti tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya. Adapun perempuan yang seperti tabiat unggas itu iaitu senantiasa ia bertandang tiada dan sangat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya dari mana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain. Adapun perempuan yang seperti tabiat serigala itu iaitu apabila ada suaminya dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka memulanya perbantahan serta katanya bahawa aku seorang diriku di rumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

Adapun perempuan yang seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manafaat dan adalah ia perempuan yang sholeh lagi mengasih akan suaminya dan anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya ialah yang berbuat kebaktian akan Allaha Taa’laya. Wa Shola Alahaya Kala Yawama Walayalata A’laya Mana Lanaa Yawama Al Qoyaamata Yashafaa’. Tama Al Kalaama Ba Al Khoyara A’layanaa A’laya Al Dawaama Amayana Yaa Raba Al A’alamayana.

Sumber : Taaja Al Malaka (Tajul Muluk)

Ini suatu khoatamaha pada menyatakan hak laki-laki hutang atas perempuannya.

Qoala Allaha Taa’alaya Faya Sawarata Al Nasaa Al Rajaala Qowaamawana A’laya Al Nasaa ertinya bermula laki-laki mengerasi atas perempuannya dengan barang-barang suatu melebihkan Allaha Taa’laya dengan dia setengah mereka itu laki-laki atas setengah perempuan. Dan dengan memberi nafkah daripada harta mereka itu pada menikahi mereka itu perempuan seperti maharnya dan nafkahnya. Melebihkan Allaha Taa’laya akan laki-laki atas mereka itu perempuan amat banyak pada hakikat dan pada syarak dan setengahnya kelebihan akal dan ilmu dan kuat dan menyurat kitab pada gholibnya dan berkuda dan a’lamaa dan berperang dan khutbah dan Jumaat dan iktikaf dan syahadat dan qisas dan wali nikah dan sebagainya seperti a’shobaha dan talak dan rujuk dan berbilang-bilang isteri dan mengambil bangsa dan barang sebagainya adanya.

Maka bermula perempuan yang sholeh yang mengikut baginya lakinya memelihara akan tatkala ghaib lakinya akan farajnya dan hartanya memeliharakan Allaha Taa’laya akan perempuan itu. dan hadis Abaya Harayaraha Radhoya Allaha A’naha telah berkata Abaya Harayaraha telah berkata rasul Allaha Shoma bermula sebaik-baik perempuan apabila menilik suaminya kepada menyukakan akan dia dan apabila menyuruh suaminya mengikut akan dia dan jika ghaib suaminya memeliharakan akan hartanya dan dirinya.

Dan perempuan yang derhaka akan suaminya menggugurkan nafkah dan qosamah sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila bermalam perempuan meninggalkan hamparan suaminya di laknat akan dia oleh segala malaikat hingga subuh. Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan bermalam meninggalkan hamparan suaminya dan pada hal suaminya redha akan dia di masukkan akan syurga. Sabda rasul Allaha Shoma siapa-siapa sabar atas perangai isterinya mendatangkan Allaha Taa’laya akan upah dan pahala seperti pahala Ayub dan siapa-siapa sabar atas jahat perangai suaminya memberi Allaha Taa’laya akan upah pahala perang sabil Allaha mati syahid.

Dan siapa-siapa perempuan aniaya akan suaminya dan memberatkan akan suaminya yang tiada kuasa suaminya dan menyakiti akan dia nescaya melaknat akan dia malaikat Al Rahamata dan malaikat Azaaba. Dan siapa-siapa perempuan yang sabar atas kesakitan suaminya memberi Allaha Taa’laya akan pahala Asiah dan Marayama banata Amaraana. Dan telah bersabda raul Allaha Shoma barang mana perempuan yang mati dan suaminya redha akan dia perempuan itu masuk syurga. Telah berkata rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila menyembahyangkan akan yang lima waktu dan puasa pada bulan Ramadhon dan memeliharakan farajnya daripada lain suaminya dan taat akan suaminya di kata orang baginya masuk olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang engkau kehendaki.

Dan telah datang seorang perempuan kepada rasul Allaha sanya menanya ia akan bahagian perempuan daripada berperang memberi pahala Allaha Taa’alaya akan laki-laki akan pahala yang amat besar. Dan jika terbunuh mereka itu pada berperang ada mereka itu hidup pada sisi Allaha Taa’laya di beri rezeki mereka itu akan buah-buahan syurga dan segala arwah mereka itu pada kelibukan burung yang hijau di dalam syurga. Dan bermula kami keluarga perempuan berdiri kami berkhidmat dan menolongi kami atasnya maka apa bagi kami daripada yang demikian itu akan pahala berperang itu. Maka berkata rasul Allaha telah sampai akan aku bertemu akan aku seorang perempuan bahawa taat akan suaminya dan membayarkan hak suaminya bersamaan pahalanya akan perang sabil Allaha.

Seperti firman Allaha Taa’laya Lalarajaala Nashoyaba Mamaa Akatasabawaa Lalanasaa Nashoyaba Mamaa Akatasabana yakni bagi laki-laki bahagian daripada meusahakan mereka itu dan bagi perempuan bahagian daripada meusahakan mereka itu. Dan dapat pahala pada perempuan sebab usaha memelihara farajnya dan taat akan Allaha dan taat akan suaminya. Dan bermula laki-laki dan perempuan pada pahala akhirat bersamaan dan bahawa suatu kebaikan dengan sepuluh ganda bersamaan laki-laki dan perempuan dan lebih laki-laki atas perempuan iaitu pada dunia.

Dan wajib atas perempuan berkekalan malu daripada suaminya dan mendudukkan tilik kepada hadapan suaminya dan taat bagi suaminya bagi suruhnya dan diam tatkala berkata suaminya. Dan berdiri tatkala datangnya dan menzahirkan kasih bagi suaminya tatkala hampirnya dan mezahir suka tatkala menilik bagi suaminya. Mendatangkan diri bagi suaminya tatkala hendak tidur dan hendak pakai bau-bauan yang harum dan memeliharakan mulut dan bau-bauan dan mensucikan pakaian dan berkekalan berhiasan dengan hadir suaminya dan meninggalkan berhiasan tatkala ghaib suaminya dan meninggalkan khianat bagi suaminya tatakala ghiab suaminya pada hartanya dan hamparannya.

Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada halal bagi perempuan bahawa memberi makan daripada rumahnya akan seorang melainkan dengan izin suaminya melainkan makanan yang takut akan binasanya. Maka jika memberi makan dengan izin suaminya adalah bagi perempuan pahalanya seperti pahala suaminya. Dan jika memberi makan dengan tiada izin suaminya adalah bagi suaminya pahala dan atas perempuan dosanya. Dan bahawasanya tiada menegah perempuan akan dirinya kepada suaminya dan jikalau ada perempuan itu atas belakang unta sekalipun.

Dan berkata Abana A’baasa mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia jika bahawasanya perempuan menjadikan segala malam berdiri sembahyang dan sekelian hari puasa. Dan menyeru suaminya akan perempuan kepada tempat tidur dan minta khoyara perempuan akan suatu saat maka datang perempuan pada hari kiamat di pesertakan dengan rantai serta syaitan pada terkebawah dalam neraka. Dan sunat bagi suami tatkala hendak wati bahawa mengata di mulai dengan Basama Allaha dan baca Qola Hawa Allaha Ahada dan mengata Basama Allaha Al A’laya Al A’zhoyama Allahama Ajaa’la Al Nathofata Zarayata Thoyabata Anaka Samayaa’ Al Daa’a dan jangan mengadap kiblat dan belakang kiblat. Dan bahawa tiada puasa sunat perempuan melainkan dengan izin suaminya.

Riwayat daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya berkata ia bahawa minta ampun bagi perempuan yang taat bagi suaminya segala burung pada awang-awang dan ikan di dalam laut dan segala malaikat pada langit dan matahari dan bulan selama berkekalan pada redha suaminya. Suatu riwayat barang mana perempuan derhaka kepada suaminya maka atasnya laknat Allaha Taa’laya dan malaikat dan manusia sekelian.

Dan berkata A’laya bana Abaya Thoalaba Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jikalau bahawasanya perempuan menjadikan salah satu daripada dua tangannya di bakar dan lainnya menanak dan mehantarkan kepada suaminya dan pada hala suaminya tiada redha daripada perempuan adalah perempuan itu pada hari kiamat serta yahudi dan nashoraya.
Dan berkata A’bada Allaha abana Saa’wada Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan menyeru suaminya akan perempuan kepada hamparan maka mentakhirkan perempuan hingga tidur suaminya maka ia perempuan di dalam laknat. Dan barang mana perempuan memasamkan mukanya di hadapan suaminya maka ia perempuan di dalam marah Allaha Taa’laya hingga bahawa suka suaminya menuntut keredhaan pada suaminya.

Dan berkata A’bada Al Rahamana bana A’wafa Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan sabda rasul Allaha Shoma barang mana perempuan masam mukanya pada hadapan suaminya melainkan keluarlah perempuan itu daripada kuburnya hitam mukanya. Dan barang mana keluar daripada kampungnya dengan tiada izin suaminya laknat akan dia oleh malaikat hingga kembali kepada rumahnya. Dan berkata A’tsamaana bana A’faana Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia tiada keluar perempuan daripada rumah suaminya dengan tiada izinnya melainkan di laknat akan dia tiap-tiap suatu yang terbit atasnya matahari hingga ikan di laut.

Dan berkata A’ashaha Radhoya Allaha A’nahaa keluarga perempuan jikalau mengetahui kamu dengan hak suami kamu atas kamu sanya menjadikan perempuan daripada kamu akan menyapu habuk daripada tumit suaminya dengan muka perempuannya. Dan telah menanya A’ashaha akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama mana manusia sebesar-besar hak atas perempuan berkata rasul Allaha suaminya dan mana sebesar-besar hak atas laki-laki kata rasul Allaha ibunya.

Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiga perkara tiada menerima Allaha Taa’laya bagi mereka itu, pertama sembahyang yakni tiada pahala dan tiada di angkatkan ke langit perempuan yang murka suaminya dan seperti demikian hamba lari daripada penghulunya, hingga kembali dengan orang yang mabuk hingga kembali siuman. Dan berkata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila berkata perempuan bagi suaminya tiada melihat aku daripada engkau akan kebaikan sekali-kali tidak maka sanya di hapuskan pahala amalnya dan putus asa daripada rahmat Allaha Taa’laya pada hari kiamat.

Dan sabda  rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan minta talak akan suaminya dengan tiada sangat hajat seperti bahawa memberi mudharat akan dia maka berlarang perempuan itu baunya syurga. Dan kata Abawa Bakara Al Shodayaqo Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila berkata perempuan bagi suaminya talak olehmu akan aku. Datang perempuan pada hari kiamat tiada daging pada mukanya dan lidahnya sampai keluar pada tengkoknya dan di turunkan kepada kerak neraka jahanam dan jika puasa pada sekelian hari dan sembahyang sekelian malam berkekalan sekalipun.

Wa Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada menilik Allaha Taa’laya kepada perempuan yang tiada syukur bagi suaminya. Dan berkata Abawa Harayaraha Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia jikalau bahawasanya perempuan ada mempunyai harta seperti harta Salayamaana bana Daawada A’layahaa Al Salaama dan memberi makan akan suaminya kemudian berkata perempuan mana harta aku melainkan menghapuskan Allaha Taa’laya akan amalnya empat puluh tahun.

Dan berkata A’tsamaana bana A’faana mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata jikalau bahawasanya perempuan memiliki dunia sekeliannya dan di nafkahkannya kepada suaminya kemudian mencerai atas suaminya melainkan di hapuskan Allaha Taa’laya amalnya dan di himpunkan serta Qorun. Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sabdanya mula-mula di tanya perempuan pada hari kiamat daripada sembahyang dan daripada suaminya yakni hak suaminya.

Sabda rasul Allaha Shoma bagi perempuan yang bersuami maka bagaimana engkau pada suami engkau berkata perempuan tiada taksir aku pada khidmat akan dia melainkan barang yang lemah atasku kemudian berkata rasul Allaha maka betapa engkau bagi sumai maka bahawasanya suami engkau syurga engkau dan neraka engkau. Dan datang daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sabdanya bahawasanya berkata ia empat daripada perempuan dalam syurga dan empat dalam neraka. Bermula yang empat dalam syurga perempuan yang pelihara daripada yang haram dan yang taat bagi suaminya dan yang banyak anaknya dan yang sabar lagi memada dengan yang sedikit serta suaminya.

Telah berkata Saa’da bana Abaya Waqoasho Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Shoma berkata ia dan bahawasanya perempuan apabila tiada suka kepada suaminya pada ketika suaminya papa laknat Allaha Taa’laya dan murka Allaha Taa’laya dan laknat malaikat sekeliannya. Telah berkata Salayamaana Al Faarasaya Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila melihat perempuan kepada lain suaminya dengan syahwat melainkan di pasak dua matanya pada hari kiamat. Dan telah berkata Maa’awayaha telah mendengar aku akan rasul Allaha Shoma sabdanya barang mana perempuan mengambil harta suaminya dengan tiada izinnya adalah dosanya perempuan itu tujuh puluh ribu orang pencuri.

Dan menyatakan Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada yang empat perempuan yang mati suaminya dan baginya ada anak yang kecil maka sabar perempuan itu atas anaknya dan memelihara perempuan itu akan anaknya dengan kelebihan dan tiada berkahwin perempuan itu sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama meharamkan Allaha Taa’laya atas tiap-tiap anak Adam masuk syurga sebelum aku tiap-tiap ada perempuan bersegera kepada pintu syurga maka aku kata siapa ini bersegera akan aku. Maka di kata orang bagiku Mahamada ini perempuan telah ada beberapa kebaikan dan ada pada sisinya anak yatim maka sabar kerana pelihara akan anak yatim. Kemudian sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan adapun empat dalam neraka itu perempuan yang sangat keji lidahnya kepada suaminya dan jika ghaib suaminya tiada memeliharakan dirinya dan jika hadir suaminya menyakiti akan dia dengan lidahnya.

Dan berkata A’mara bana Al Khothoaba bahawasanya rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia barang mana perempuan meninggikan suaranya atas suaminya di laknat akan dia oleh tiap-tiap suatu yang terbit atasnya matahari dan memberatkan akan suaminya barang yang tiada kuasa baginya. Dan berkata Abawa Zaara mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia barang mana perempuan ibadat akan sebanyak ibadat ahli langit dan bumi kemudian memasukkan perempuan itu atas suaminya akan kedukaannya daripada jahat nafkah datang perempuan itu pada hari kiamat dan dua tangannya di belenggukan kepada tengkuknya dan di rantai dua kakinya dan di jatuhkan ke dalam neraka dan seperti demikian pula perempuan yang tiada menutup dirinya kepada laki-laki yang lain suaminya.  
            
Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan berhias-hiasan dan bau-bauan dan keluar daripada rumahnya dengan tiada izin suaminya maka bahawasanya perempuan itu murka Allaha Taa’laya hingga kembali. Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan membukakan dirinya pada luar rumahnya mencari Allaha Taa’laya tutupnya. Sabda rasul Allaha Shoma bermula perempuan tiada baginya mengerjakan sembahyang dan tiada taat akan Allaha Taa’laya dan tiada taat akan rasul Allaha Shoma dan tiada taat kepada suaminya melainkan makan dan minum dan tidur maka perempuan itu kena laknat jauh daripada kebaikan, daripada ahli neraka melainkan apabila taubat daripada dosanya itu.

Dan telah datang seorang perempuan bagi nabi Shoma ya rasul Allaha Shoma apa hak suami atas perempuannya khabarkan olehmu akan aku ya rasul Allaha. Sabda rasul Allaha adapun hak suami atas perempuan jikalau mengalir pada lubang hidung suaminya darah danur sanya menjilat perempuan dengan lidahnya membayar hak suaminya. Riwayat Al Thobaraanaya dan bahawasanya perempuan tiada membayar hak Allaha Taa’laya hingga membayar hak suaminya sekeliannya.

Dan telah berkata A’laya Karama Allaha Wajahaha telah masuk aku kepada rumah rasul Allaha aku serta Faathomaha. Kemudian bertemu kami akan rasul Allaha menangis akan sempurna tangis maka mengata aku baginya “Apakah sebab menangis engkau ya rasul Allaha” kemudian bersabda rasul Allaha “Ya A’laya, di perjalankan aku pada suatu malam kepada langit melihat aku akan perempuan umatku di azab mereka itu dalam neraka jahanam dengan berbagai-bagai azab. Maka tatkala itu menangis aku kerana melihat sangat azab mereka itu aku lihat.

Setengahnya di gantung dengan rambutnya dan menggelegak benaknya atas kepalanya dan setengahnya di gantung dengan lidahnya dan air hangat di tuangkan pada mulutnya. Dan setengahnya di ikat kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun-ubunnya dan mengerasi ular dan kala. Dan setengahnya di gantung dengan susunya dan setengahnya kepalanya kepala babi dan badannya badan khimar dan atasnya beribu-ribu daripada azab. Dan setengahnya rupa anjing dan neraka masuk daripada mulutnya dan keluar daripada duburnya dan malaikat memalu kepada dengan tongkat besi”.

Kemudian berdiri Faathomaha Radhoya Allaha A’nahaa dan berkata FaathomahaYaa habayaya Waqorata A’naya dan apa dosanya mereka itu sebab azab demikian itu”. Kemudian bersabda rasul Allaha “Hai anakku Faathomaha, adapun yang di gantung dengan rambutnya itu ialah perempuan yang tiada menutup kepalanya pada hadapan laki-laki lain daripada suaminya. Adapun perempuan yang di gantung dengan lidahnya adalah perempuan itu menyakiti hati suaminya dengan lidahnya. Dan adapun perempuan yang di gantung dengan susunya perempuan yang berbuat maksiat di belakang suaminya.

Dan adapun perempuan yang di pasakkan kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun-ubunnya dan mengerasi ular dan kala adalah perempuan itu tiada menci janabah dan bersenda-senda dengan sembahyang. Dan adapun kepalanya kepala babi dan badannya rupa khimar adalah perempuan itu mengada-ngada lagi kazaba yakni banyak dusta. Dan adapun perempuan atas rupa anjing dan neraka masuk pada mulutnya dan keluar daripada duburnya adalah perempuan buat hasung fitnah dan dengki”. Maka bersabda rasul Allaha Shoma “Hai anakku sangat celaka perempuan yang derhaka akan suaminya”. Bermula kehasilan kalam bahawasanya kami baginya isterinya ialah seperti anak bagi dua orang ibubapa wajib taat kepada dua ibubapanya. 

Faadaha hadis Abaya Harayaraha Radhoya Allaha A’naha sabda rasul Allaha Shoma masuk pada suatu hari kepada anaknya Faathomaha Al Zaharaa Radhoya Allaha A’nahaa maka di peroleh nabi akan anaknya Faathomaha tengah menepung shaa’yara pada batu mengisar gandum dan ia Faathomaha menangis. Kemudian bersabda rasul Allaha bagi anaknya Faathomaha “Kerana apa menangis akan dikau ya Faathomaha. Allaha Taa’laya tiada menjadikan mata tiada di jadikan akan menangis”. Kata Faathomaha “Hai bapaku, menangis aku kerana batu mengisar gandum dan kerja bimbang bayata” maka duduk nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pada sisi Faathomaha.

Maka berkata Faathomaha “Hai bapaku, pinta akan A’laya akan seorang hamba kerana hendak menolong menepung gandum dan bimbang bayata”. Maka tatkala mendengar nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan kalam Faathomaha berdiri nabi dan datang kepada batu mengisar gandum mengambil akan gandum dengan tangannya. Dan menghantar nabi akan gandum kepada batu giling gandum dan mengata nabi Shoma Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama maka berpaling batu itu dengan sendirinya dengan izin Allaha Taa’laya. Maka menurunkan nabi bagi batu itu gandum dengan tangannya yang mulia. Dan ia batu berpaling dengan sendirinya dan tasbih batu itu akan Allaha Taa’laya dengan loghat yang bersalah-salahan hingga habis gandum.

Maka bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bagi batu itu “Diamlah engkau” maka diam batu dengan izin Allaha Taa’laya. Dan berkata batu dengan izin Allaha Taa’laya dengan lidah yang fasih lagi bahasa A’rab “Yaa Rasawala Allaha Shoma, jikalau menyuruh engkau akan aku bahawa menepung akan gandum daripada masyrik atau maghrib sanya menepung aku akan dia sekelian. Bahawasanya aku mendengar dalam kitab Allaha Taa’laya bermula kayu api neraka itu manusia dan batu maka takut aku ya rasul Allaha Shoma bahawa aku daripada batu yang masuk akan neraka”. Kemudian berkata rasul Allaha Shoma “Bersuka-sukalah engkau maka bahawasanya engkau batu milik Faathomaha dalam syurga” maka sukalah batu itu.

Kemudian bersabda rasul Allaha Shoma bagi anaknya Faathomaha “Jikalau menghendaki Allaha sanya menepung dengan sendirinya akan tetapi Allaha Taa’laya menghendaki bahawa di suratkan Allaha bagi engkau akan kebaikan dan menutupi akan kejahatan dan meninggikan bagi engkau akan darjat. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan yang menepung akan shaa’yara bagi suaminya dan anaknya melainkan menyurat Allaha Taa’laya bagi tiap-tiap biji gandum akan satu hasanah dan di hapuskan kejahatannya dan di tinggikan darjat. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan memberi minyak anaknya dan sikat akan dia dan membasuh kainnya melainkan menyurat Allaha Taa’laya pahala memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian orang telanjang seribu.

Yaa Faathomaha, bermula yang terlebih afdal daripada demikian redha suaminya pada isterinya ya Faathomaha bahawasanya redha suami pada isterinya daripada redha Allaha Taa’laya dan marah suami itu marah Allaha Taa’laya. Yaa Faathomaha apabila hamil perempuan di mintakan ampun bagi perempuan itu malaikat dan di suratkan Allaha Taa’laya baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan di hapuskan seribu kejahatan apabila datang sakit beranak di suratkan Allaha Taa’laya baginya pahala perang sabil Allaha dan apabila zahir hamilnya keluarlah dosa perempuan itu seperti di anakkan dia oleh ibunya. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan berkhidmat akan suaminya dengan niat yang sebenar keluarlah dosanya seperti hari di anakkan oleh ibunya.

Yaa Faathomaha, barang mana perempuan berkhidmat akan suaminya sehari dan semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar di ampunkan Allaha Taa’laya akan dosanya sekelian dan beri pakaian pada hari kemudian dengan pakaian yang hijau dan di suratkan baginya dengan tiap-tiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan memberi Allaha Taa’laya akan pahala haji dan umrah. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan suka tersenyum pada hadapan suaminya menilik Allaha Taa’laya baginya dengan ain rahmat. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan menghampirkan ia bagi suaminya dengan baik hati maka sanya mengampun Allaha Taa’laya akan dosanya barang telah lalu dan lagi yang kemudian.

Yaa Faathomaha, barang mana perempuan memberi minyak kepala suaminya dan janggutnya dan menggunting misainya dan mengerat kukunya melainkan memberi minum Allaha Taa’laya daripada air rahayaqo makhotawama yakni tuak yang suci dan memudahkan baginya tatkala mati tinggal ruhnya dan peroleh pada kubur kebun daripada kebun syurga dan suratkan baginya lepas daripada neraka dan melalui Shoraatho Al Masataqoyama. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan yang membasuh akan kain suaminya di suratkan baginya seribu kebaikan dan di ampunkan dosanya dan di tinggikan baginya darjat dan mintakan ampun baginya tiap-tiap yang terbit matahari. Sekadar inilah aku menyatakan tiada aku habiskan menyatakan dia”. Jikalau hendak tilik dalam kitab yang panjang-panjang adanya.

Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Wa Salama terjemah Al Haaja Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha tamat pada sanata 1344 pada 14 hari Jamaada Al Akhora malam Tsalatsa adanya.

Telah selesailah kitab ini di cetak pada kali yang kedua puluh sembilan di Mathobaa’ta Al Ahamadayaha 101 Jalan Sultan pada 20 Ramadhona 1399 hari Atsanayana menurut nasakhoha asalnya. Maka haraplah kami Aa’dhoa Mathobaa’ta ini akan tuan-tuan pembacaan yang memperdapati di dalam khilaf dan nasayaana atau memperoleh kesalahannya di perbetulkan apa-apa yang berasa tiada sedap atau tersamar mafhumnya sebaik-baiknya di tunjukkan kepada ahlinya atau kepada pendita yang mengamalkan ilmunya supaya terpelihara daripada salah penghasilannya istimewa yang masuk pada bicara iktikad Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Ajamaa’yana Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana Amayana.

Sumber : Kitab Kashafa Al Asaraara
Di rumikan : Mahamada Abana A'bada Allaha