Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Friday, December 5, 2014

Asal Usul Melayu dan sejarah Langkasuka.

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Al Hamada Lalaha Roba Al A'alamayana Dengan nama Allaha tuhan yang amat murah lagi yang amat mengasihani akan sekelian hambanya. Segala puji bagi Allaha tuhan seru sekelian alam. Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A'laya Nabayaha Dan rahmat dan salamnya atas yang di ambilnya akan nabi Mahamadaa Aladzaya Laa Nabaya Baa'daha Adapun nabi Mahamada itu yang tiada nabi kemudian Wa A'laya Alaha Wa Shohabaha Aladzaya Yajaahadawana Ba Hamadaha Dan atas keluarganya dan segala sahabatnya mereka itulah yang usahakan memuji dia.

Wa Baa'da Qoala Faqoyarofa Ba Al Fakhorofa Al Taqosayaro Kemudian daripada itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya dan singkat pengetahuan ilmunya. Adalah pada suatu masa zaman sultan Maa'zhoma Syah abana sultan Mazholafala Syah yang maha mulia kerajaannya negeri Kedah pada suatu hari baginda keluar ke pengadapan di hadapi oleh segala menteri hulubalang serta alim mualim. Maka fakir pun hadirlah mengadap baginda penuh sesak di pengadapan itu membicarakan negeri dan mengaji kitab.

Setelah itu maka titah duli baginda yang maha mulia junjungkan ke atas jemala fakir demikian titah yang maha mulia "Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan peri peraturan segala raja2 MELAYU dengan istiadatnya sekali supaya boleh di ketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini serta di kurniai dengan sejahteranya. Setelah fakir Aladzaya Tarokaba A'laya Jaahala Maka fakir pun perkajanglah diri pada mengusahakan dia. Shahdan memohonkan taufiklah fakir ke hadrat tuhan Shoanaa' Al A'alama dan meminta huruf kepada Sayada Al Anaama dan meminta Afawaaha kepada keempat sahabat yang Akaroama.

Hataya maka fakir pun mengaranglah hikayat ini maka di namai akan dia Salaalata Al Salaathoyana iaitu peraturan segala raja2. Hadzaha Dawaaro Al Akhobaaro Wa Ghorowaro Al Amatsaala Inilah menyata segala ceritera dan segala cahaya perumpamaannya maka barang siapa membaca dia janganlah di bicarakan lagi terlalu amat sempurna bicaranya kerana hikayat ini tahulah kami akan perkataan kerana sabda nabi Sholaya Allaha A'layaha Wa Salama Tafakaro Wa Faya Zaata Allaha yakni bicarakan olehmu pada segala kebesaran Allaha jangan kamu fikirkan pada zat Allaha.

Ketahuilah olehmu kepada zaman dahulukala dan pada zaman masa yang telah lalu kata yang empunya cetera ini maka adalah kepada suatu masa sedang zaman nabi Allaha Sulaiman A'layaha Al Salama naik jadi raja yang tetap di atas tahta kerajaan di kurnia Allaha Taa'alaya di dalam dunia ini memerintahkan daripada segala makhluk khalayak yang berjenis bangsanya yang di jadikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa'alaya di dalam dunia ini.

Di titahkan oleh tuhan seru sekelian alam memerintahkan isi alam dunia ini di dalam hukum nabi Allaha Sulaiman A'layaha Al Salama tiada boleh hendak melalui daripada hukumnya baik daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara sekeliannya dalam hukumnya nabi Allaha itu beberapa banyak bukit gunung pulau yang menjadi pasak dunia ini yang di diami oleh makhluk.

Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri itu selama peninggal perang Seri Rama dan Andaman jadi sunyilah pulau itu tiada siapa2 duduk. Maka datanglah seekor burung garuda yang amat besarnya ia itu asalnya daripada anak cucu maharaja dewata. Maka burung garuda itulah yang diam di pulau itu mencari makan maka burung garuda itupun pada masa zaman Seri Rama dan Andaman biasa masuk perang banyak juga kesaktian dan banyak juga segala binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia.

Maka pada suatu hari datanglah seekor burung Rajawali kepada burung garuda itu katanya "Adakah tuan hamba beroleh khabar bahawa raja Rom itu beroleh seorang anak laki2 sekarang ini ia hendak meminang anak raja benua Cina kerana negeri kedua itu terlalulah jauhnya sebuah negeri itu sebelah matahari naik dan sebuah negeri di sebelah matahari mati. Maka kehendaknya raja Rom itu hendak menghantarkan anaknya itu berperahu dan berlayar" maka kata burung garuda itu kepada burung Rajawali "Mana tuan hamba beroleh warta ini".

Maka kata burung Rajawali "Beroleh warta daripada burung Kakaktua ialah yang melihat orang membawa utusan dan penumah dari benua Rom hendak pergi ke benua Cina. Maka hamba pun terbang melintas melihat kelakuan itu nyatalah adanya seperti warta itu kerana raja Rom itu hendak menunjukkan kebesarannya. Mana yang tiada dapat di kerjakan oleh segala raja2 dalam dunia ini ialah konon hendak mengadakan dan menghantarkan".

Maka kata burung garuda kepada burung Rajawali "Di mana dapat ia sekelian hendak mengerjakan pekerjaan itu. Pada fikirku tiada boleh jadi tetapi nantilah dahulu aku hendak pergi mengadap nabi Allaha Sulaiman kerana ia itu raja besar di dalam alam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikian itu tiadalah kuberi jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu". Setelah di dengar oleh burung Rajawali kata burung garuda itu maka iapun bermohon kepada burung garuda lalu ia terbang.

Setelah itu maka burung garuda itupun terbanglah naik ke udara sampai pergi mengarus awan udara berasaplah kelihatan dunia ini. Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung garuda yang terlalu amat besarnya turun mengadap nabi Allaha Sulaiman sembahnya "Ya nabi Allaha hamba dengar warta raja Rom menaruh seorang anak laki2 dan raja benua Cina ada menaruh seorang anak perempuan. Maka sekarang raja Rom itu hendak meminang anak raja benua Cina konon akan rupa kedua anak raja itu terlalu amat eloknya tiadalah lagi bandingnya akan rupa keduanya itu dan kedudukan negeri itu terlalulah jauh. Pada fikir hamba bukanlah judu pertemuan".

Maka sabda nabi Allaha Sulaiman "Hai burung garuda demi tuhan yang menjadikan aku adapun judu pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada siapa yang dapat menceraikan dia". Maka sembah burung garuda "Ya nabi Allaha akan pekerjaan itu atas hambamulah menceraikan dia. Jika tiada dapat hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya hamba undurlah daripada bawah langit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia sekelian ini". Maka sabda nabi Allaha Sulaiman "Baik perbuatlah oleh tuan hamba barang kuasa engkau tetapi pesanku kepada engkau tatkala sudah tetap engkau boleh menceraikan judu pertemuan manusia itu hendaklah engkau datang kemari khabarkan kepada aku" maka sembah burung garuda "Baiklah ya nabi Allaha".

Setelah sudah maka burung garuda pun bermohonlah kepada nabi Allaha Sulaiman lalu terbanglah ia pergi ke benua Cina. Hataya beberapa lamanya ia terbang itu maka sampailah ke benua Cina lalu di lihatnya segala perintah raja benua Cina itu nyatalah seperti warta burung Rajawali itu adanya jadi berkahwin. Maka adalah kepada suatu hari pergilah tuan puteri anak raja benua Cina itu bermain ke taman lalu memungut segala bunga2an dan buah2an. Setelah di lihat oleh burung garuda tuan puteri itu duduk di dalam taman memungut segala bungaan2 dan buahan2 lalu iapun terbanglah menuju pergi kepada tuan puteri itu ke dalam taman.

Serta sampai lalu di sambarnya tuan puteri itu dengan mulutnya serta di genggam dengan kukunya yang kanan maka mak inang tuan puteri serta dengan kendongnya seorang budak perempuan. Maka keduanya itupun di sambar dengan kukunya kaki kiri di genggamnya lalu di bawa terbang mereka itu menuju ke pulau Langkapuri halanya itu ke sebelah laut selatan. Setelah sampai ke pulau Langkapuri itu lalu di bawa turun kerana sudah ada tempatnya seperti rupa sebuah mahligai tempat itulah di taruhkannya tuan puteri itu tiga dengan sahayanya. Serta di carinya makanan di hantarkan kepada tuan puteri itu barang di kehendakinya di cari oleh burung garuda itu di beri akan tuan puteri dan sahayanya kedua itu.

Sebermula maka tersebutlah perkataan raja Rom sedang di hadap oleh segala raja2 yang besar2 yang bermahkota dengan segala menteri dan para pegawai hulubalang sida2 bentara biduanda sekelian penuh sesak di bali paseban agung bermesyuarat bicara hendak menghantarkan anakanda baginda itu ke benua Cina serta menghadirkan segala kelengkapan bahtera dan kapal dan mencari harapan akan ganti baginda itu. Maka adalah dalam banyak segala raja2 yang duduk mengadap itu adalah seorang raja yang besar lagi bermahkota sahabat kepadanya bernama Raja Merong Maha Wangsa. Adapun raja itu ayahnya daripada INDERA dan bondanya itu asal daripada DEWA.

Maka terbukalah pintu hatinya gemar dan suka ia beristeri akan anak raja gergasi kerana puteri itu kecil lagi baik rupa parasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi tiadalah suka bondanya itu raja Merong Maha Wangsa akan dia beristeri akan tuan puteri itu. Maka oleh Merong Maha Wangsa barang kemana ia pergi di bawanya pergi isterinya itu bersama2 dengan dia tiada di tinggalkan dengan segala menteri para pegawai hulubalang sida2 bentara biduanda rakyat sekelian kerana raja Merong Maha Wangsa itu ia ketahui ilmu kesaktian dan di takuti oleh sekelian raja2.

Maka titah sultan Rom kepada raja Merong Maha Wangsa "Hai saudara hamba hendaklah saudara pergi ke benua Cina ganti hamba membawa pergi paduka anakanda ini kahwinkan dengan anak raja Cina". Maka sembah raja Merong Maha Wangsa "Baiklah tuanku barang yang di titahkan itu patik kerjakan tuanku". Setelah itu maka sultan Rom pun menghadirkan sebuah bahtera akan kenaikan anakanda itu dengan segala anak menteri pegawai hulubalang dengan empat puluh anak raja2 dan sebuah bahtera akan kenaikan raja Merong Maha Wangsa dengan segala menteri para pegawai hulubalang rakyatnya mengiringkan anak raja Rom itu lain daripada bahtera dua buah itu beberapa pula banyak kapal dan koci yang bersama2 mengiring akan anak raja itu.

Hataya setelah sudah lengkap maka pada ketika hari sangat yang baik maka raja Merong Maha Wangsa pun mengangkatkan layar serta segala kapal dan koci yang serta bersama mengiringkan itu semuanya di suruh naikkan segala layarnya. Maka segala kapal itupun membongkarkan sauhnya serta menaikkan layar masing2 lalu berlayar sekelian mengikut bahtera anak raja Rom dan bahtera raja Merong Maha Wangsa setengah dahulu setengah kemudian bertaburan penuhlah laut itu menuju halanya ke benua Cina.

Hataya beberapa lamanya berlayar daripada negeri Rom itu maka sampailah ke tengah arungan dengan beberapa melalui kuala negeri segala raja2 yang takluk kepada raja Rom. Maka sekelian raja2 itupun datanglah menghantarkan makanan dan hadiah berbagai2 jenisnya daripada sebuah negeri kepada sebuah negeri kerana sekelian itu negeri yang besar2 jua takluk ke benua Rom. Maka dengan hal yang demikian pelayar itupun sampailah ke laut sebelah Hindustan. Maka terlalu banyak segala yang ajaib dan yang indah2 kelihatan pada mata sekeliannya itu. Maka di pintasi juga belayar merentas segala tanjung terlalulah ramainya belayar itu.

Adapun pelayaran angkatan anak raja Rom hendak pergi kahwin ke benua Cina itu adalah seperti burung terbang ke sarang dan tiangnya seperti batang papar lakunya barang di mana berlabuh dan berhenti itu seperti pulau yang besar serta dengan segala bunyian2 pun di palu oranglah terlalu azmat bunyinya seperti akan terangkatlah lautan itu tambahan pula dengan bunyi bedil meriam pun terlalu banyak. Maka bahanya bunyi bedil meriam yang di pasang itu seperti bunyi guruh dan takur terlalu amat gempita alamat di dalam laut itu tiadalah dengan kemasygulannya melainkan dengan kesukaan belaka.

Barang di mana berjumpa dengan pulau singgah berlabuh naik ke daratan mengambil air dan kayu serta mandi sekelian dan memungut daripada ketam siput karangan serta mengambil tali akar dan umbut kayu pucuk kayu akan makanan segala yang bernafsu di dalam kapal dan bahtera terlalulah kesukaan sekeliannya. Adapun sekeliannya berlayar itu tiada juga jauh daripada tanah daratan hingga kelihatan jua daratan itu maka sampailah ke laut kuala Canggung namanya dan nama rajanya negeri itu Kelinggi. Maka kelihatanlah pada mata sekelian datang laduh redum dari sebelah matahari hidup itu seperti hendak menimpa atas segala kapal koci bahtera.

Maka tengah berlayar itu datanglah kelam kabut guruh petir dengan hebat dahsyat datangnya itu seperti pohon angin ribut yang besar rupanya. Maka bahtera kebanyakan anak raja Rom itupun mendekati kenaikan raja Merong Maha Wangsa maka titah anak raja Rom suruh bertanya apa juga yang datang di hadapan itu seperti hendak menimpa di atas segala perahu itu. Maka raja Merong Maha Wangsa pun segeralah naik ke atas beranda bahteranya dengan alat senjatanya.

Demi di lihat oleh raja Merong Maha Wangsa yang datang itu bukannya daripada angin ribut taufan hanya bunyi sayap burung juga akan datang rupanya hendak merosakkan segala perahu yang banyak sekeliannya. Maka raja Merong Maha Wangsa pun bertitah kepada sekeliannya suruh beringat2 alat senjata masing2 tangan serta mengisi ubat bedil meriam jangan di alpakan. Demi di dengar oleh sekeliannya titah raja Merong Maha Wangsa yang demikian itu maka sekelian itupun mengerahlah sekelian orangnya suruh beringat2 serta memegang senjata masing2 di tangannya.

Adapun burung garuda itu setelah nyatalah angkatan anak raja Rom itu maka datanglah marahnya lalu iapun terbang datang menyambar langsung di halakannya ke sebelah matahari jatuh. Maka raja Merong Maha Wangsa pun menarik busar anak panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah. Maka segera di tangkiskan dengan sayapnya tiada kena maka segala yang memasang bedil meriam itupun di pasangnya hala ke langit tiadalah berhenti lagi. Jikalau guruh petir di langit pun tiadalah kedengaran lagi terlalu azmatnya.

Demi di lihat oleh burung garuda terlalu banyak alat senjata yang datang hendak mengenai dia maka iapun tiada ambil tahu kerana tiada memberi guna kepada burung garuda itu habis berterbangan pergi hala ke lain ke sana ke mari. Setelah demikian datang pula burung garuda itu serta menurunkan guruh hujan angin ribut datangnya itu dari sebelah selatan lantas ke utara. Demi di lihat oleh raja Merong Maha Wangsa hal kelakuan burung garuda itu kesaktian menurunkan hujan angin ribut guruh petir itu maka segeralah ia mengambil anak panah yang bernama Ayunan bicara menahankan angin ribut burung garuda itu hujung merah seperti api.

Demi di tariknya busarnya lalu di panahkannya ke udara bergemuruh seperti taufan bunyinya di udara itu seketika lagi datanglah suatu gunung dari udara menahani daripada angin ribut taufan yang datang daripada burung garuda itu. Maka burung garuda itupun terlepaslah ia kesebelah utara mencarikan alpa anak raja Rom tiga buah bahtera itu hendak di rosak tenggelamkan kapal anak raja Rom itu ke dalam laut. Maka daripada tiada berhenti datang senjata kena kepada tubuhnya burung garuda itu maka iapun tiada memberi guna kepadanya. Maka burung garuda itupun ghaiblah terbang pergi halanya ke darat lantas ke hutan rimba belantara.

Maka raja Merong Maha Wangsa hendak membalas panah sekali lagi tiada sempat kerana burung garuda itu terlalu cepat dan tangkas ia terbang itu. Maka hari pun malamlah lalu berhenti raja kesaktian terlebih daripada segala raja2 yang lain pada zaman itu maka burung garuda itupun duduk diam mencari alpa hendak di rosakkan juga. Adapun akan anak raja Rom dengan raja Merong Maha Wangsa itupun berkampunglah pada malam itu serta menanti burung garuda itu kalau2 datang melanggar ia sekelian tiada jua akan datang lalu berlayarlah pula daripada laut kuala morib menuju susur daratan jua antara berapa hari lamanya berlayar itu lalu kelihatanlah pula pulau Salang antara laut Bangtapan namanya.

Oleh raja Merong Maha Wangsa di suruh orang pergi kepada anak raja Rom itu mengatakan ia sebuah bahtera itu hendak singgah kepada pulau itu kerana keputusan air dan kayu dan segala kenaikan anak raja Rom itupun sekeliannya janganlah berhenti berlayarlah kerana burung garuda tiada sudah ia mari melanggar kita lagi kerana banyaklah hari sudah tiada kalau ia hendak datang selama ini datanglah sudah melanggar kita seperti yang terlah lalu itu. Maka utusan yang di suruh oleh raja Merong Maha Wangsa itupun berlayarlah pergi menuju bahtera anak raja Rom itu serta sampai lalu sembahkan seperti titah raja Merong Maha Wangsa itu kepada anak raja Rom itu.

Maka titah anak raja Rom kepada orang itu baiklah maka utusan itupun menyembah lalu kembali kepada raja Merong Maha Wangsa di maklumkan seperti titah anak raja Rom itu. Maka raja Merong Maha Wangsa pun singgahlah kepada suatu pulau mengambil air maka anak raja Rom sekelian itupun berlayarlah menuju kepada tanjung hujung Salang. Maka kapal dan koci sekelian pun mengiringkan bahtera anak raja Rom itu. Hataya tiada beberapa lamanya belayar adalah kira2 sehari semalam lagi hendak sampai ke pulau Langka Puri itu. Maka terlihatlah kepada burung garuda angkatan pelayaran anak raja itu lalu di nantikan hari malam. Setelah itu bahtera raja Merong Maha Wangsa pun singgah kepada suatu pulau mengambil air kayu.

Maka garuda pun datanglah seperti ribut taufan yang teramat besar menyembur dan memukul dengan sayapnya dan menendang dengan kakinya kepada bahtera anak raja Rom itu hingga habislah karam tenggelam segala kapal dan koci itu orang pun banyaklah mati daripada yang hidup sepanjang laut itu. Maka tatkala itu anak raja Rom pun berpegang pada suatu papan di dalam laut itu dengan seorang dirinya. Habislah binasa segala kapal dan koci serta sekelian bahtera anak raja Rom itu. Pada sangka hari burung garuda itu matilah sudah anak raja Rom itu maka iapun kembalilah ke pulau Langka Puri. Adapun akan raja Merong Maha Wangsa setelah hari sudah siang lalu iapun berlayarlah menurut anak raja Rom itu adanya.

Shahdan tiada berapa lamanya berlayar itu sampailah kepada tempat anak raja Rom rosak itu lalu bertemu dengan orang berenang di ambilnya dan bertanya. Maka di hikayatkan orang itu segala halnya yang di binasakan oleh burung garuda pada malam tadi. Demi di dengar oleh raja Merong Maha Wangsa yang demikian itu maka di suruhlah kapal pergi mencari kalau bertemu dengan anak raja Rom itu. Maka di carikan oranglah tiada berjumpa sehingga bertemu dengan orang lain juga bertaburan segala orang itu.

Berapa hari lamanya raja Rom itu tiada berjumpa dengan siapa2 juapun maka raja Merong Maha Wangsa pun terlalulah masygul kerana ia suatu harapan yang besar kepada sultan Rom itu biarlah sudah di suruh cari pada segala menteri para pegawai hulubalang sekelian tiada juga bertemu. Maka raja Merong Maha Wangsa pun berlayarlah hala kebelah timur dengan bahteranya menyusur daratan tanah besar itu sambil mencari anak raja itu.

Hataya dengan hal yang demikian maka sampailah kepada suatu teluk dengan suatu tanjung maka raja Merong Maha Wangsa pun bertanya pada seorang mualim yang tuha di dalam bahtera itu. Maka katanya bahawa pulau yang besar itu baharu hendak bersaut dengan daratan itu bernama pulau Serai dan suatu pulau yang kecil itu bernama pulau Jambul dan ke daratan sedikit bernama pulau Lada atau Ankar. Maka titah raja Merong Maha Wangsa "Jika demikian singgahlah berlabuh kita di tanjung pulau itu" maka berlayarlah bahtera itu menuju tempat yang di titah oleh raja Merong Mahawangsa itu.

Setelah sampai maka berlabuhlah bahtera itu maka raja Merong Maha Wangsa pun dengan segala menteri hulubalang naik ke daratan. Maka tatkala itu datanglah kaum gergasi orangnya besar2 terlalu banyak datang mengadap raja Merong Maha Wangsa. Maka raja Merong Maha Wangsa pun sudah ketahui bangsanya gergasi lalu di tegurnya dengan manis suaranya mengambil hatinya. Maka segala kaum gergasi itupun takutlah akan raja Merong Maha Wangsa itu serta hebat sikapnya tiada berlawan pada zaman itu dan yang melihat akan dia itu takut dan gentar sekeliannya daripada segala bangsa.

Maka titahnya kepada segala kaum gergasi yang datang itu "Adapun beta singgah di sini ini jikalau baik2 bicaranya mahulah beta duduk berhenti di sini dahulu sementara menanti mengambil khabar anak raja Rom itu kalau2 ada hidupnya". Maka sembah segala kaum gergasi itu "Patik sekelian pun lebih lagi kesukaan kerana patik sekelian ini tiada menaruh raja pada tempat ini. Jikalau demikian baiklah duli tuanku cuba berangkat melihat tanah ini yang patut tempat hendak duduk".

Maka raja Merong Maha Wangsa pun berjalanlah hendak melihat susuk tanah tempat hendak di perbuat kota parit balai istana di iringkan oleh kaum gergasi dengan segala menterinya lalu bertemulah dengan tanah bumi yang baik terlalulah indah tempatnya dengan tanahnya menjadi tiadalah turun ke bahteranya gila dengan membuat kota istana dengan balainya yang terlalu amat besarnya lagi dengan indahnya.

Setelah sudah balai itu maka di namai akan dia Langkasuka kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersukaan2 serta dengan beberapa binatang jenisnya daripada rusa kijang pelanduk napah sapi dengan segala perburuan yang di makan oleh sekeliannya terlalu amat kesukaannya serta dengan tepuk tarinya segala kaum itu kerana mereka itu tiada beraja hanya berpenghulu sahaja dan lagipun dengan baik bahasanya raja Merong Maha Wangsa itu. Setelah sudah lengkap kota istana kemudian segala menteri hulubalang pun masing2 perbuatlah rumah dan kampung di aturnya berkeliling kota rajanya.

Setelah sudah sekeliannya itu maka masing2 pun datanglah mengadap rajanya sehari2 maka termahsyurlah raja Merong Maha Wangsa itu sudah duduk menjadi raja pada tempat itu. Maka segala dagang santeri pun berhimpunlah datang berniaga ke dalam negeri itu dengan baik budi bahasanya baginda itu serta dengan menteri sekelian itu. Tiadalah merasai kesakitan segala rakyat mencari makan pergi mari ke negeri maka banyaklah orang yang telah berpindah dengan anak isterinya pergi duduk bersama2 raja Merong Maha Wangsa.

Makinlah bertambah2 rakyatnya daripada sebulan kepada sebulan daripada setahun kepada setahun makin banyak segala orang pindah ke negeri itu maka tetaplah raja Merong Maha Wangsa di atas tahta kerajaan dengan adil murahnya. Demikianlah di perintahkan oleh baginda itu tiadalah lagi beroleh melainkan bertambah2 kebajikan di dalam negeri itu.

Sumber: Hikayat Merong Maha Wangsa

Saturday, November 8, 2014

Kisah Nabi Allaha Aziz A'layaha Al Salama

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Al-Baqorota:259 - Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allaha akan menghidupkan negeri ini sesudah matinya? " Lalu ia dimatikan oleh Allaha selama seratus tahun, kemudian Allaha hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal sehari atau setengah hari". Allaha berfirman:" Bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu, dan Kami menjadikan engkau sebagai tanda bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya, berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya, sesungguhnya Allaha Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Maka tersebutlah A’zayaza (Aziz) di dalam suatu dusun maka Jibril pun datang berkata “Ahawa A’zayaza, pergilah tuan hamba ke Bayata Al Maqodasa. Himpunkan segala bani Israil ajarkan Taurat kerana seorang pun tiada tahu membaca Taurat itu dan yang tersurat pada kitabnya pun habislah terbakar. Maka nabi Allaha Aziz pun datanglah ke Bayata Al Maqodasa di lihatnya Bayata Al Maqodasa habis binasa Laqowalaha Taa’laya Awa Kaalazaya Maro A’laya Qoroyata Wa Haya Khoawayata A’laya A’rowashahaa Qoala Anaya Yahayaya Hazaha Allaha Baa’da Mawatahaa Fa Amaatahaa Allaha Maata A’ama Tsama Ba A’shaha.

Adapun kata mufasir bahawa akan Aziz ini daripada kaum bani Israil jua tetapi tiada kenal orang adanya. Akan dahulunya ia pergi pada suatu tempat turun ia daripada keldainya hendak mengambil buah Al Khoyaro maka di makannyalah buah Al Khoyaro itu. Setelah sudah ia makan buah itu maka tidurlah ia di bawah pohon Al Khoyaro itu seratus tahun lamanya ia tidur itu maka seorang pun tiada datang ke sana. Hataya hingga di binasakan Bakhota Nashora Bayata Al Maqodasa itu beberapa lamanya maka di suruh Bakhota Nashora empat puluh lembu membawa emas akan meramaikan Bayata Al Maqodasa itu. Maka segala bani Israil daripada segala pihak negeri pun datanglah ke Bayata Al Maqodasa.

Maka beberapa antaranya maka Aziz pun di bangunkan tuhan alam daripada tidur itu maka di lihatnya keldainya luluh lantaklah suatu pun tiada kelihatan. Maka firman tuhan datang Yaa A’zayaza Laqowalaha Taa’laya Wa Anazhoro Alaya Hamaaraka Wa Lanajaa’laka Ayata Lalanaasa Wa Anazhoro Alaya Al A’zhoama Kayafa Nanasharohaa Tsama Nakasawa Haa Lahamaa ertinya firman Ya Aziz berlihatlah olehmu keldaimu itu habis luluh lantak tulangnya pun habis buruk dengan kudrat kami hidupkan ia lihatlah olehmu buruknya itu maka keldai nabi Allaha Aziz pun hiduplah. Maka sembah Aziz “Berapa lama hamba tidur ini” maka firmannya “Seratus tahun lamanya engkau tidur itu sekarang pergilah engkau ke Bayata Al Maqodasa suruhkan segala bani Israil yang tiada lagi itu berbuat ibadat dan ajarkan olehmu ia membaca Taurat”.

Setelah di dengar nabi Allaha Aziz firman tuhan alam itu maka nabi Allaha Aziz pun pergilah ke Bayata Al Maqodasa. Datanglah ia lalu berseru-seru katanya “Hai segala manusia, akulah nabi Allaha Aziz mari menyempurnakan kamu sekelian”. Maka kata mereka itu “Tiada kami mengenal Aziz tetapi meminta kata tuan hamba bahawa kami dengar yang bernam Aziz itu sangatlah ia ingat dan ia hafaz kitab Taurat itu. Jika sungguh tuan hamba Aziz, bacalah Taurat itu kami dengar”. Maka nabi Allaha Aziz A’layaha Al Salama pun membaca Taurat dengan nyaring suaranya maka segala manusia pun bercinta dengan tangisnya menyebut-nyebut nabi Allaha yang dahulu-dahulu itu.

Setelah di baca Aziz Taurat itu semuanya seribu surat daripada surat itu daripada suatu ayat panjangnya seperti surat Al Baqorota dan pada suatu ayat seribu Amar dan seribu Nahaya dan Waa’da dan Waa’yada Allaha mengatakan syurga dan anugerahkan segala yang berbuat amal sholeh dan mengenakan neraka itu akan balas segala yang berbuat a’si yang tiada menurut firman Allaha Taa’laya dan tiada menurut sabda nabi Allaha A’layaha Al Salama. Maka di baca nabi Allaha Aziz Taurat itu tiada lagi bersalahan dan tiada berlebihan dan berkurang hurufnya di aturnyalah kerana seorang pun tiada tahu lagi akan Taurat itu kerana habis orang yang hafaz Taurat itu di bunuh Bakhota Nashora dan segala tersurat di dalam kitab itu habis di nunukannya.

Maka segala mereka itu berkata sama sendirinya “Bahawa akan baca Aziz ini salahkah atau benarkah kerana kita segala tiada hafaz kerana kitab pun habis ternunu maka kata Aziz “Pergilah kamu pada kaki tiang itu kerana ada di bawahnya suatu kitab Taurat bersurat dengan dakwat emas di tanamkan seorang wali maka datanglah kitab itu adakah bersalahan dengan kubaca ini tiadakah”. Di korek mereka itulah di bawah tiang itu maka di dapatinya suatu kitab lalu di tatap mereka itulah maka nabi Allaha Aziz pun membaca Taurat maka suatu huruf dan suatu titik dan suatu baris pun tiada bersalahan lagi samalah dengan Taurat yang tersurat itu. Maka daripada sebab itulah segala yahudi mengatakan Aziz itu anak Allaha Laqowalaha Taa’laya Wa Qoalata Al Yahawada A’zayaza Abana Allaha Wa Qoalata Al Nashoaroya Al Masayaha Abana Allaha Zalaka Qowala Hama.

Al-Tawabata:30 - Dan orang-orang Yahudi berkata: "Aziz ialah anak Allaha" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allaha". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allaha binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Tuesday, October 28, 2014

Matematik Kaabah

Kaabah berbentuk segi 4 dan mempunyai 3 tiang di dalamnya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Kalimat Basama Allaha memilik 3 Alif sebagaimana 3 tiang yang terdapat di dalam Kaabah. 3 tiang itu melambangkan 3 martabat ketuhanan iaitu Ahadiah, Wahada, Wahadaniah.

Kalimat ini di hitung mengikut jadual geometri:
Basama (2+60+40) = 102 Allaha (1+30+30+5) = 66
Al Rohamana (1+30+200+8+40+50) = 329 Al Rohayama (1+30+200+8+10+40) = 289
102 + 66 + 329 + 289 = 786
Jika di campur menjadi nombor tunggal 7+8+6 = 21 (2+1) = 3

Kalimat tauhid dan rasul adalah tertulis pada mangga Kaabah.
لا اله الا الله
Kalimat tauhid jika di hitung mengikut jadual geometri:
Laa (30+1) Alaha (1+30+5) Alaa (1+30+1) Allaha (1+30+30+5) =165
Jika di campur menjadi nombor tunggal 1+6+5 = 12 (1+2) = 3

Nama Allaha dalam nombor tunggal (1+30+30+5) = 66 (6+6) = 12 (1+2) = 3
Nama Hawa dalam nombor tunggal (5+6) = 11 (1+1) = 2

محمد رسول الله
Kalimat rasul jika di hitung mengikut jadual geometri:
Mahamada (40+8+40+4) Rosawala (200+60+6+30) Allaha (1+30+30+5) = 454
Jika di campur menjadi nombor tunggal 4+5+4 =13 (1+3) = 4

Mengapa kaabah berbentuk 4 segi? Semesta alam di bina dari nur Mahamada manakala alam kekuasaan tuhan atau alam tinggi terdiri dari 4 alam iaitu alam Malakawata, Jabarowata, Lahawata dan Shahawata.

Nama Mahamada dalam nombor tunggal (40+8+40+4) = 92 (9+2) = 11 (1+1) = 2
Nama Ahamada dalam nombor tunggal (1+8+40+4) = 53 (5+3) = 8

Nombor tunggal bagi kalimat tauhid dan rasul 3+4 = 7

Surat Al Fatahah sebanyak 7 ayat
الله محمد
Nombor tunggal bagi Allaha Mahamada (3+2) = 5

Rukun agama ialah 5 dan solat yang di perintahkan sebanyak 5 kali sehari.

Makam Ibrahim terletak di luar Kaabah.
Nabi Ibrahim merupakan nabi yang ke-7 di utus ke dunia.
Adam, Shayatsa, Idris, Nuh, Hud, Shaleh, Ibrahim
Semasa mikraj nabi kita berjumpa dengan nabi Ibrahim di langit yang ke 7
Kita di perintahkan untuk tawaf sebanyak 7 kali menyamai i petala langit
ابراهيم
Nama Ibrahim dalam nombor tunggal (1+2+200+1+5+10+40) = 259 (2+5+9) = 16 (1+6) = 7

Sunday, September 21, 2014

Sejarah awal raja2 dunia

Basama  Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Fasal yang kedua menyatakan segala raja2 yang berkerajaan pada zaman dahulu kala kemudian masa nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama. Kata Ahli Tarikh bahawa pertama2 kerajaan dalam dunia ini Kayawa Marotsa dan adalah khilaf segala Ahli Al Tarikh akan nisabnya. Kata setengah lima ratus tahunlah nabi Allaha Adam memerintahkan dunia ini dan memeliharakan segala anak cucunya maka Adam pun tuhalah.

Setelah itu maka di pilihnya daripada segala anaknya dua orang laki2 pertama Shayasta kedua Kayawa Marotsa maka segala suhuf yang di turunkan Allaha Ta Alaya kepadanya itu sekeliannya di berikan kepada nabi Allaha Shayatsa serta di serahkannya segala pekerjaan agama dan mengajar segala manusia di serahkan nabi Allaha Adam kepada Kayawa Marotsa segala pekerjaan memeliharakan manusia daripada berbuat kejahatan dan ialah melarangkan dia. Hataya berapa lamanya maka nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama pun kembali ke rahmat Allaha. Kata setengah bahawa pertama2 kerajaan dalam dunia ini Kayawa Marotsa, Yaanata dengan bahasa Sarayanaya (Suryani) ertinya hidup berkata2.

Kata setengah bahawa nama Kayawa Marotsa itu Ashoyama Abana Lawaro Abana Aroyama Abana Sam Abana Nuh A'layaha Al Salama tatkala itu kerajaan di gelar orang akan dia Kayawa Marotsa. Kata yang empunya tarikh bahawa Kayawa Marotsa itu anak Yafet Abana Nuh Alayaha Al Salama. Kata Qodhoya Bayadhowaya Rohamata Allaha Alayaha bahawa Kayawa Marotsa itu anak nabi Adam yang tuha demikianlah ceritera mama Ghozalaya Qodasa Allaha saroha dalam kitab yang bernama Nashoyahata Al Malawaka itulah yang sah riwayatnya. Adapun sebab ia kerajaan pada masa itu adalah segala jana a’farayata (jin ifrit) bercampur dengan segala manusia.

Hataya maka bermesyuaratlah segala orang yang besar2 dan yang mulia2 akan menjadikan raja yang dapat memeliharakan segala hamba Allaha daripada bahaya jin ifrit itu dan segala manusia yang berbuat aniaya sama sendirinya. Setelah itu maka berbuang undilah mereka itu maka kena undilah Kayawa Marotsa lalu dijadikan oranglah akan dia raja. Maka adalah ia terlalu perkasa dan adil lagi abid hingga jadilah daripada sangat adilnya tiada mau di hilabat berani dan beramah amahanlah harimau dengan kambing dan adalah semua manusia sentosa pada masa itu dan ialah yang mengalahkan beberapa jin ifrit dan segala manusia berbuat aniaya. Apabila selesailah ia daripada pekerjaan maka ia pergi ke bukit masuk gua di sanalah ia berbuat ibadat kepada Allaha Taa'alaya demikianlah halnya.

Kata yang empunya karang ada bagi Kayawa Marotsa itu beberapa orang anak laki2 maka ada dalam antaranya segala anaknya yang banyak itu bernama Saya. Maka terlalu elok parasnya lagi amat zuhud, adalah ia pergi ke bukit Damawandaya di sanalah ia berbuat ibadat akan Allaha Taa'alaya tiada ia bercampur denga segala manusia. Maka sepertua pada suatu hari bersabda Kayawa Marotsa kepada Saya maka katanya “Hai anakku daripada segala pekerjaan itu, apa kerja yang terbaik?”. Maka sembahnya “Ya tuanku shah alam iaitu dua perkara, pertama tiada memberi kesakitan akan segala manusia, kedua berbuat ibadat akan Allaha Taa'alaya. Maka tiada di perolehnya meninggalkan kesakitan akan segala manusia melainkan menyia-yiakan diri daripadanya dan berbuat ibadat Allaha Sabahana Wa Taa'alaya”.

Demi di dengar Kayawa Marotsa sembah anaknya demikian itu maka ia pun berdiam dirinya. Demikianlah hal Kayawa Marotsa apabila ia rindukan anaknya maka pergi ia mendapatkan dia ke bukit itu, setelah itu ia kembali. Berapa lamanya maka Kayawa Marotsa pun pergi pula mendapatkan anaknya maka tatkala sampailah ia kepada sama tengah jalan tiba2 di dengarnya bunyi suara gempita beberapa kali ia bersuara dengan suara yang keji. Demi di dengar Kayawa Marotsa suara gempita itu maka ia pun bersabda “Jahat sekali semagan gempita ini” serta katanya “Hai Jampaqo jikalau bersuara engkau kerana kebajikan maka di gemar manusia akan di kau dan jika engkau bersuara kerana kejahatan maka sentiasa kebencian manusia akan di kau”.

Hataya maka Kayawa Marotsa pun sampailah kepada tempat itu maka dilihat anaknya sudah terbunuh. Maka di sebab Kayawa Marotsa akan Jampaqo itu sebab itulah di benci manusia akan suaranya. Kata yang empunya tarikh bahawa kematian Saya itu tatkala dalam sujud maka datang jin ifrit menghempaskan suatu batu ke atas kepalanya maka ia pun matilah dan ada ia beranak seorang laki2. Setelah itu maka Kayawa Marotsa pun mengorek telaga maka di masukkannya mayat anaknya itu ke dalam telaga. Maka di sisi telaga itu di nyalakannya api sebab itulah segala majusi menyembah api dan memasukkan mereka itu ke dalam telaga. Adalah perbuatannya telah mahsyur datang sekarang ini.

Maka Kayawa Marotsa pun kembalilah dari bukit di mana Damawandaya itu maka adalah ia pada malam dan siang masghul dengan tangisnya serta ia minta doa ke hadrat Allaha Taa'alaya barang di tunjukkan Allaha Ta Alaya kepadanya yang membunuh anaknya itu. Maka pada suatu malam ia bermimpi bahawa yang membunuh anaknya itu Palanaya pada tempat Anawa. Setelah itu maka Kayawa Marotsa pun jagalah daripada tidurnya maka pada esok harinya maka iapun memberi titah kepada segala wazirnya melengkap segala laskarnya serta bersabda “Bahawa yang membunuh anakku itu jin ifrit ada mereka itu pada pihak Masyrik, aku hendak pergi mendatangi dia”.

Kelakian maka berdatang sembah segala anaknya “Ya tuanku shah alam janganlah kiranya shah alam menyusah diri serahkanlah pekerjaan itu kepada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya. Ialah yang memberi balas akan perbuatannya kejahatan mereka itu”. Maka tiada diperkenankannya sembah segala anaknya itu. Hataya maka dijadikan Kayawa Marotsa akan seorang anaknya yang kecil akan gantinya pada negeri yang hampir bukit Damawandaya itu. Setelah itu maka iapunpergilah dengan segala bala tenteranya.

Hataya maka sampailah ia pada sama tengah jalan maka dilihatnya seekor ayam jantan ada pada kelilingnya beberapa ayam betina. Maka ada seekor ular hendak menangkap ayam betina itu maka di lawan ayam jantan itu akan dia. Maka berpatuk patukanlah ia demikianlah halnya beberapa kali. Demi dilihat Kayawa Marotsa hal ayam itu demikian maka iapun hairanlah serta dengan sukanya kerana melihat berani ayam jantan itu. Maka lalu di bunuh Kayawa Marotsa ular itu dan di berinya apam akan ayam jantan. Maka di patuk ayam itulah akan apam dengan parahnya serta ia memanggil ayam betina pun datanglah lalu ia makan. Setelah selesailah segala makan maka ayam jantan itupun makanlah.

Demi dilihat Kayawa Marotsa hal ayam jantan itu demikian maka iapun ajaiblah daripada hal murahnya serta ia fikir dalam hatinya ajaib sekali akan ayam jantan itu terlalu berani lagi murah seolah2 perangainya seperti perangai manusia. “Bahawa sekarang aku hendak pergi mengalahkan seteruku maka adalah sampana ini terlalu amat baik kerana ular itu seteru manusia maka pada permulaan perjalananku ku bunuh akan dia” maka tatkala kembalilah ia daripada perang maka dititahkannya segala anaknya memelihara akan ayam jantan yang kuat.

Hataya maka Kayawa Marotsa pun sampailah kepada tempat jin ifrit itu dan pada suatu riwayat iaitu manusia bukannya jin ifrit tetapi perangainya seperti perangai jin ifrit jua. Hataya maka berperanglah Kayawa Marotsa dengan mereka itu maka dengan takdir Allaha Ta Alaya segala jin ifrit dialahkannya setengah dibunuhnya dan setengah lari dan setengah di tawannya. Maka disuruh Kayawa Maratsa akan segala jin ifrit yang ditawannya itu mengerjakan pekerjaan yang sukar2.

Maka di perbuatnya pada tempat itu sebuah negeri yang besar maka di suruhnya orang pergi kepada segala anaknya yang tinggal dalam negeri Damawandaya kerajaan itu mengatakan barangsiapa daripada segala manusia yang ada berpenguasa maka hendaklah ia datang meramaikan negeri ini maka orang pun pergilah. Hataya maka setengah daripada mereka itu pun datanglah dan setengah diam di negeri Thobawasatana dan setengah di negeri Damanwandaya.

Shahdan ada bagi Kayawa Marotsa itu saudaranya laki2 duduk di negeri Maghrib terkadang ada ia datang mengunjung saudaranya. Hataya maka saudara Kayawa Marotsa itupun datanglah hingga sampailah ia ke negeri Damawandaya maka di tanyainya akan saudaranya maka kata orang akan dia bahawa saudara tuan hamba sudahlah ia pergi kepada pihak Maghrib di sanalah ia berbuat negeri. Demi di dengarnya saudaranya khabar itu maka iapun pergi hingga sampai kepada Kayawa Marotsa tatkala itu adalah Kayawa Marotsa duduk pada tempat yang tinggi.

Demi dilihatnya akan saudaranya maka ia pun bersabda “Siapa laki-laki yang datang pada aku ini?”. Tatkala ada duduk di sisinya seorang anaknya laki2 maka ia pun berdatang sembah “Ya tuanku shah alam seolah-olah laki-laki ini sulu daripada seteru kita”. Demi di dengarnya sembah anaknya demikian maka iapun berlengkaplah dengan senjata lalu ia pergi dengan anaknya mendapatkan laki-laki itu hingga hampirlah ia kepadanya. Maka dikenalinyalah laki-laki itu saudaranya maka sabda Kayawa Marotsa kepada anaknya “Bahawa laki-laki ini saudaraku sebab itulah dinamai negeri yang di perbuatnya itu Yalakho.

Setelah selesai ia berbuat negeri Yalakho itu maka iapun pergilah dengan saudaranya memerangi jin ifrit yang lari itu kepada segala bukit yang besar2 itu lalu berperanglah ia denga mereka itu. Maka adalah berapa daripada jin ifrit dibunuhnya setelah itu maka sentosalah manusia daripada dijual segala ifrit.

Kata Qodhoya Bayadhowaya Rohamata Allaha A'layaha adalah beberapa negeri yang diperbuat Kayawa Marotsa iaitu negeri Ashathoroha dan Aradabayala dan negeri Palasathoyana (Palestin) dan negeri Babala (Babil) dan negeri Qowamasa dan negeri Makarona dan negeri Nashobayana dan negeri Tasana dan negeri Khorohana dan negeri Sajasatana dan negeri Khomasho. Setelah sudahlah Kayawa Maratsa memerangi jin ifrit itu maka iapun kembalilah hingga sampai ke negeri Asathoroha.

Maka anak Saya pun besarlah demi dilihat Kayawa Marotsa akan cucunya itu sudah besar maka katanya “Seolah2 Saya sudah hidup”. Maka di namainya akan dia Saya maka lalu dipeliharakannya akan cucunya dan diajarnya beberapa ilmu dan adab dan segala perintah kerajaan. Hataya maka Saya pun balighlah maka jadilah ia bijaksana lagi perkasa. Maka di serahkan Kayawa Marotsa lah segala kerajaannya pada tangan cucunya Saya dan tiada ia mengerjakan suatu pekerjaaan melainkan bermesyuarat ia dengan cucunya Saya. Berapa lamanya demikianlah hal Kayawa Marotsa.

Sekali sepertua pada suatu bersabda kepada segala wazirnya ‘Hai wazirku bahawasanya aku hendak menyisihkan diriku dan aku pun telah tuhalah sepatutnya aku berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya dengan selesa hatiku Sayalah akan gantiku barang katanya itu kata akulah”. Maka sembah segala wazirnya “Mana titah shah alam diperhamba sekelian junjung”. Maka sekelian manusia pun sukalah pada menjadikan Saya itu akan hataya maka Saya pun kerajaanlah terlalu adil lagi abid seperti adat nanayanya demikianlah di kerjakannya.

Sekali persatawaya pada suatu hari dipersembahkan orang kepadanya bahawa jin ifrit menjual manusia itu. Demi di dengar sultan Saya maka iapun memberi titah menyuruhkan segala laskarnya berlengkap akan mendatangi jin ifrit itu. Sudah lengkap maka sultan Saya pun berangkatlah dengan segala bala tenteranya hingga sampai kepada tempat itu lalu berperanglah ia dengan segala jin ifrit. Hataya maka segala jin ifrit itupun alahlah tetapi sultan Saya pun luka lalu kembalilah ia dalam keluh kesahnya. Setelah itu maka khabar itupun kedengaranlah kepada Kayawa Marotsa maka iapun datanglah mendapatkan cucunya.

Demi dilihatnya akan hal cucunya demikian itu maka iapun dukacitalah dengan dukacita yang amat sangat. Maka sultan Saya pun membukakan matanya serta katanya “Barang maklum kepada paduka ninda bahawa isteri diperhamba dalam hamil, Ana Shaa Allaha Taa'alaya jika diperanakannya laki2 ialah akan ganti diperhamba dan tuan hamba pesan akan dia barang ia mengambil balas daripada seteru hamba”. Setelah itu maka iapun matilah demi dilihatnya Kayawa Marotsa bahawa cucunya sultan Saya sudah mati maka iapun menangislah serta dengan dukacitanya yang amat sangat.

Hataya maka berapa lamanya maka isteri sultan Saya pun beranaklah akan seorang laki2. Demi dilihat Kayawa Marotsa akan piutnya terlalu elok parasnya dan adalah padanya segala tanda bahagi maka iapun suka dengan suka yang amat sangat maka di namainya akan piutnya itu Hawasanga. Maka Kayawa Marotsa pun memeliharakan Hawasanga dan dititahkannya beberapa sulu pergi mendengar khabar segala jin ifrit itu maka pada segenap pihak. Maka sulu itupun pergilah hingga di dapat sulu itu akan jin ifrit itu. Maka mereka itupun kembalilah lalu ia berdatang sembah kepada Kayawa Marotsa “Ya tuan ku shah alam bahawa segala seteru itu adalah ia diam dalam rimba dan segala manusia pun tiada dapat pergi datang kerana di sembunyinya”.

Demi di dengar Kayawa Marotsa sembah mereka itu demikian maka iapun menitahkan segala wazirnya melengkap segala laskarnya. Setelah itu maka Kayawa Marotsa pun berangkatlah dengan segala bala tenteranya hingga sampailah ia kepada tempat segala jin ifrit itu lalu dikelilinginya dan diperanginya. Hataya maka segala jin ifrit itupun alahlah maka ditawannyalah akan mereka itu dan di bunuhnya akan yang membunuh sultan Saya itu serta beberapa jin ifrit yang lain. Demi dilihat Kayawa Marotsa akan ifrit maka iapun amarahlah serta dititahkannya menawan ifrit itu maka ditawan oranglah akan dia maka abunya pun diterbangkan angin ke udara. Kata setengah ahli al tarikh bahawa masanyalah jadi pelana kuda dan kekang dan minyak kuda.

Hataya maka tatkala sampailah umurnya seribu empat puluh tahun dan pada suatu riwayat seribu tiga puluh tahun maka di lihatnya Hawasanga itu sangat perkasa lagi layak memegang kerajaan. Maka diserahkan Kayawa Marotsa lah kerajaan itu kepadanya dan Makota kerajaan pun dipakaikannyalah akan dia. Setelah itu maka Kayawa Marotsa pun menyunyikan dirinya berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya maka iapun kembalilah ke rahmat Allaha. (bersambung)

Sumber: Kitab kisah anbia (Manuskrip Dewan Bahasa & Pustaka)