Fasal ini pada menyatakan sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha munajat pohonkan kepada Allaha Taa’laya menurunkan hujan. Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha serta dengan segala kaum Asalama pun berjalanlah siang malam menuju jalan ke negeri Waadala Shokhoraha itu hingga sampai keempat harinya. Maka panas pun sangatlah keras maka bumi padang itupun habis merekah tanah-tanah maka air pun tiada diperoleh pada padang itu. Segala sahabat dan dan kaum Asalama pun sangatlah dahaganya dan segala binatang-binatang kuda dan unta pun berbunyi-bunyi kerana lapar air. Maka segala sahabat pun pergilah mengadap sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha disembahkan akan hal ketiadaan air itu sangatlah dahaganya. Demi didengar oleh sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha akan hal sahabat-sahabatnya itu maka sayadana A’laya pun bertanya kepada A’mara abana Amayara Dhomaraya “Ya A’mara, apakah nama tempat ini dipanggil orang akan dia”.
Maka sembah A’mara abana Amayara “Ya A’laya, bahawa adalah tempat ini bernama Lahawaa, inilah tempat perhimpunan segala binatang yang buas-buas. Pada musim kemarau segala binatang-binatang itu kena hangat panas matahari nescaya habislah mati binatang-binatang itu dan lagi banyak hantu syaitan duduk berhimpun bermain-main pada tempat ini”. Serta sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha mendengar sabda A’mara abana Amayara maka sabda sayadana A’laya “Ya A’mara, maka sekarang ini adalah segala sahabat-sahabat kita ini sangatlah dahaganya, dimanakah ada tempat air itu. Betapa kita hendak beroleh air”. Maka sembah A’mara abana Amayara “Bahawa adalah sedikit jauh daripada tempat ini adalah suatu dusun yang punya nabi Allaha A’yasa di dalam dusun itu adalah suatu kolam berisi air. Pada waktu ini ada airkah atau tiadakah itu pun tiada hamba ketahui tetapi biarlah hamba pergi lihat” lalu A’mara abana Amayara pun pergilah ke dusun itu maka dilihat kolam di dalam dusun itu tiada air. Maka A’mara abana Amayara pun duduklah berfikir-fikir dimanakah ada air itu.

Di dalam hal yang demikian itu maka datanglah seorang hulubalang mengenderai kuda datang mari kehadapan A’mara abana Amayara itu katanya “Hai orang tuha, siapa kamu ini, daripada mana engkau datang ini, kemana hendak pergi”. Maka sahut A’mara abana Amayara katanya “Bahawa adalah aku seorang Masalamayana, sahabat rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama”. Serta hulubalang itu mendengar seru A’mara abana Amayara itu seraya berkata-kata di dalam hatinya “Aku lihat kepada cakapnya dan kelakuannya orang tuha ini seperti kelakuan A’mara abana Amayara itu. Tiadalah lain daripadanya yang boleh mari kepada tempat ini kerana ialah yang biasa mari kesini. Jika demikian maka aku hendak pura-pura hendak bertanya kepadanya” maka ditanya oleh hulubalang itu kepada A’mara abana Amayara katanya “Ya sheikh, Marahaba Marahaba, betapakah tuan hamba meninggalkan Rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu datang kemari”. Maka A’mara abana Amayara tiada tahu hulubalang itu berniat khianat di dalam hatinya lalu A’mara abana Amayara pun sahut katanya “Maka hamba ini dengan izin rasul Allaha itulah maka hamba datang kemari”. Maka A’mara abana Amayara bertanya “Hai hulubalang engkau ini daripada kaum mana” maka hulubalang kafir itu disembunyikan bangsanya kerana hendak membuat khianat itu lalu katanya “Adalah aku ini daripada kaum bani A’tabana bahawa adalah aku ini dan segala kaum keluargaku itu semuanya sudah membawa iman”.
Ditanya pula kepada A’mara abana Amayara “Ya sheikh, tuan hamba ini apakah namamu” maka sahut A’mara abana Amayara katanya “Adalah nama hamba A’mara abana Amayara Dhomaraya”. Maka kata kafir itu “Bahawa dahulu daripada ini pun aku sudah tahu dan dengarkan nama tuan hamba dan perangai tuan hamba itu maka sekarang ini Allaha Taa’laya sudah pertemukan hamba dengan tuan hamba. Telah ajaiblah hamba kerana hamba dengan perinya sudah hamba bertemu dengan tuan hamba ini sekarang ini apalah mulanya tuan hamba dengan seorang diri mari ke dalam hutan rimba ini. Apa hajat tuan hamba”. Maka kata A’mara abana Amayara “Bahawa adalah A’laya anak Abaya Tholayaba serta dengan seribu laskarnya berangkat daripada Madinah hendak pergi ke negeri Barasa Ghowala itu serta sampai ke tempat ini sudah putus air maka jadi hamba ini mari mencari air pada tempat ini”. Maka kafir celaka itupun bekata di dalam hatinya “Wahai pergi ke hutan hendak mencari pelanduk, pelanduk itu dengan perinya mari menyerahkan dirinya kepada aku” seraya katanya dengan gelak-gelak “Ya A’mara abana Amayara, jika tuan hamba pergi sedikit jauh lagi nescaya nanti beroleh air”.
Telah sudah itu maka hulubalang itu pun palingkan kudanya berjalan balik pergi mendapat laskarnya seraya berkata “Yaa Qowamaya, bahawa telah aku sudah berjumpa dengan seorang utusan Mahamada anak A’bada Allaha itu namanya A’mara abana Amayara Dhomaraya. Ia duduk dibalik hutan ini kasadnya mencari air hendak beri kepada seribu orang laskar A’laya anak Abaya Tholayaba itu ada dibalik bukit ini. Pergilah kamu dengan segeranya menangkap A’mara abana Amayara itu bawa kemari kepada aku”. Maka sembah kaum kafir itu lalu setengah daripada mereka itupun berlari-larilah pergi ketempat A’mara abana Amayara itu tangkap akan A’mara abana Amayara itu ikat baik-baik seraya berkata “Hai sipencuri, lamalah sudah kami mencari engkau ini tiada kami berjumpa. Sekarang ini kamu beroleh pada tangan kami ingatlah baik-baik akan dirimu kerana kamu ini ada banyak dosamu dahulu daripada ini pekerjaan kamu hingga duduk mencuri menyamun inilah kehidupanmu. Berapa lama sudah kamu ini tiada siapa-siapa pun beroleh tangkap akan kamu, pandai kamu berselindungkan diri kamu. Sekarang ini seumpama seekor burung dengan perihalnya sudah masuk kena jerat. Hai A’mara, jangan engkau iangat engkau terlepas daripada tangan kami melainkan engkau ini mati juga”. Setelah sudah kaum kafir itu berkata-kata diheret akan A’mara abana Amayara itu ada yang palu pukul godam kepada A’mara Amayara itu hingga keluar darah daripada badannya. Di bawa akan A’mara abana Amayara itu mengadap pada penghulunya maka kata penghulu itu “Hai orang tuha A’mara, engkau datanglah mengadap aku ini” lalu disuruh bubuh rantai belenggu kepada kaki tangan leher A’mara abana Amayara itu. Kemudian disuruh palu dengan cemeti kuda maka di palu oranglah akan dia. Maka A’mara abana Amayara pun tiadalah tertahan lagi sakitnya lalu ia pun mengucap syukur ke hadrat Allaha Taa’laya seraya Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Rajaa’wana. Tiada berhenti ia daripada mengucap tasbih dan zikir akan Allaha Taa’laya itu.
Bermula sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha duduklah menanti-nanti ditempat bernama Lahawana itu akan menanti A’mara abana Amayara itu pergi mencari air lamalah sudah tiada mari. Di dalam hal yang demikian itu maka datanglah segala sahabat mengadukan halnya kepada sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha. Sembah mereka itu “Bahawa adalah hamba sekelian sangatlah lapar air, lemah lumpuhlah segala anggota hamba sekelian. Bahawa pada tatkala hamba sekelian mengikut Rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pergi kepada tempat yang tiada air maka baginda itu diangkat dua belah tangannya menadah kelangit dipohonkan kepada Allaha Taa’laya menurunkan hujan. Apakala dipinta doa itu Allaha Taa’laya kabulkan doa baginda itu. Maka sekarang cubalah tuan hamba pinta doa kepada Allaha Taa’laya pohon akan hujan itu supaya hamba sekelian menghapus dahaga air itu”. Maka sayadana A’laya pun menadahkan tangannya kelangit berseru-seru katanya “Yaada, Yaada, Al Masataa’lazaya, Yaa Alahaya Raba, engkaulah tuhan yang amat ketahui dan yang amat mengasihi akan hambanya dan yang amat kuasa diatas segenap perkara dengan barang yang dipohon oleh hambamu daripada mu. Maka engkaulah tuhan yang menganugerahi di atas hambamu yang lapar air itu”.
Shahdan di dalam sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha meminta doa itu maka kelihatanlah suatu awan hitam diatas langit dunia itu. Lepas seketika maka turunlah hujan yang amat lebat pada tempat itu serta mengapuskan pada serata-rata padang Lahawana itu mengalir air hujan itu seperti laut maka segala sahabat-sahabat pun mengucap syukur ke hadrat Allaha Taa’laya lalu masing-masing pun mandi dan minum dan mengisilah di dalam tempayan-tempayan akan membuat perbekalan berjalan. Setelah itu maka hilanglah dahaga masing-masing dan segarlah segala anggota yang lemah itu. Maka haripun malamlah masing-masing pun tidurlah pada tempat masing-masing pada malam itu. Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha tiada tidur kerana ia duduk dengan masygul akan mengingat-ingat akan A’mara abana Amayara radhoya Allaha a’naha hingga sampai subuh lalu berdirilah sembahyang subuh. Maka sayadana A’laya beserta dengan sahabat-sahabat sembahyang itu maka sudah selesai daripada sembahyang maka sabda sayadana A’laya kepada A’bada Allaha abana Sahawanaya “Bahawa adalah A’mara abana Amayara Dhomaraya itu pergi mencari air hingga sampai sekarang ini tiada ia balik. Pada fikir aku sudah kena tangkap, ditangkap oleh seterunya itu maka adalah kamu ini biasa berjalan pada tempat ini. Segeralah kamu berjalan pergi mencari A’mara itu apakala engkau bertemu dengan seteru kita engkau segeralah balik memberi tahu kepada aku”.
Maka sembah A’bada Allaha lalu ia berjalanlah pergi mencari A’mara itu maka dipergi pula pertama pada dusun yang A’mara abana Amayara pergi mencari air itu. Dipandang keliling-keliling serata-rata tempat itu lalu ia berjalan pada serata-rata tempat itu. Kelihatanlah kepadanya lebu duli berbangkit keudara serta mendengar pula riuh rendah bunyi kuda-kuda berjalan. Demi didengar akan kaki kuda-kuda itu berjalan mari menuju tempat duduk itu lalu ia berkata di dalam hatinya “Bahawa adalah yang datang ini seteru jua lakunya apakala mereka itu melihat aku ini tiada nanti dilepaskan akan daku ini. Terlebih baiklah aku membuat suatu helah supaya aku ini terlepas bala seteru itu”. Lalu ditanggalkan kain ditanamkan di dalam lubang tanah, dikenakan pada pinggangnya sekeping kain buruk-buruk. Diambil suatu keping batu dipalukan kepalanya hingga sampai keluar darah sambil ia berteriak-teriak seraya berkata “Ya nasibku, ya nasibku” dengan nyaring suaranya. Di dalam hal yang demikian, maka sampailah segala kaum kafir dekat dengan A’bada Allaha. Ditanyanya oleh kaum kafir kepadanya “Hai orang tuha, apalah mula gerangan engkau duduk menangis-nangis dan apalah kena tubuh badanmu itu luka-luka keluar darah. Siapa yang memalu kepadamu itu, engkau orang negeri mana, daripada mana engkau datang ini”.

Maka kata A’bada Allaha “Bahawa adalah aku ini daripada kaum bani Hadayabaha dan adalah aku ini anak bangsawan dan adalah aku ini empunya banyak hak harta kambing lembu unta dan sahaya-sahaya pun banyak dan kaum keluarga pun banyak. Pada tatkala masa aku duduk dengan suka ria dengan kaum keluargaku tiba-tiba datanglah A’mara orang habatan itu serta dengan kaumnya mari merampas hak hartaku maka akupun menjadi papalah. Kemudian aku pergi pergi mengadukan hal kepada penghulu kaum bani Tayaza maka penghulu itu pun menaruh belas kasihan kepada aku. Diberi kepada aku lima ekor lembu dan sepuluh ekor unta dan sedikit dinar. Maka akupun dan saudaraku pun berjalanlah mari pada jalan ini tiba-tiba datanglah A’laya anak Abaya Tholayaba serta dengan kaumnya mari rampas ambil hak hartaku dan saudaraku itupun dibunuhnya dan aku pun dipalu hingga sampai keluar darah lalu ia pergi daripada tempat ini. Maka akupun tanamlah saudaraku pada tempat ini, inilah kuburnya”.
Serta kaum kafir mendengar kata A’bada Allaha itu percayalah oleh kaum kafir lalu mereka itupun menaruh belas kasihan kepada A’bada Allaha seraya “Ya saudaraku A’raba, tiadalah engkau dengar seloka orang tuha-tuha itu perkara yang telah jadi jangan disesalkan. Benda yang ghaib tiada nanti diperolehnya balik, nyawa yang bercerai daripada tubuh tiada masuk balik. Hai orang tuha, janganlah engkau menaruh duka cita, marilah engkau pergi mendapat kaum keluarga kami maka kami boleh beri akan kamu hak harta”. Demi didengar oleh A’bada Allaha bana Sahawanaya akan perkataan kaum kafir itu seraya berkata di dalam hatinya “Wahai sekali ini sikafir ini sudahlah terkena hajat aku maka dapatlah aku melakukan seperti hajatku itu” lalu kata A’bada Allaha kepada kaum kafir itu “Jika ada belas kasihan tuan-tuan maka hamba pun sukalah hendak mengikut tuan hamba” lalu A’bada Allaha pun bangun daripada tempat duduknya berjalan perlahan-lahan rebah rempuh seperti orang yang amat letih terbongkok-bongkok ia berjalan lepas sedikit jauh ia pura-pura merebahkan dirinya di atas bumi. Demi dilihat oleh kaum kafir itu berlari-lari mereka itu pergi angkat akan A’bada Allaha itu disapukan pasir-pasir dari atas tubuh A’bada Allaha itu dipegangkan tangannya A’bada Allaha itu dibawa berjalan perlahan-lahan. Dalam berjalan itu pura-pura dibuat hendak rebah diampu oleh kaum kafir itu tiada diberi rebah hingga sampai ke dalam kaum keluarga kafir itu.
Bahawa pada tatkala A’bada Allaha berjalan itu dipandang kekiri dan kekanan lalu dilihat akan A’mara abana Amayara itu ada terantai duduk di dalam kawal maka bertanya A’bada Allaha kepada kaum kafir “ Ya tuan-tuan yang dermawan, siapa orang yang tekena rantai itu”. Maka sahut kaum kafir itu katanya “Ya saudaraku orang tuha, bahawa adalah seterumu Mahamada itu punya utusan namanya A’mara abana Amayara Dhomaraya”. Serta A’bada Allaha mendengar A’bada Allaha itu lalu iapun pura-pura menggoncang-goncang kepalanya dikebam-kebam akan bibirnya diunjuk-unjukkan tangannya seraya berkata dengan marahnya “Demi tuhan A’za Wa Lata dan Habala itu, hai A’mara tiada aku lepaskan engkau daripada sini maka aku nanti bunuh aka dikau, darahmu itu aku minum dengan sebab aniaya tuanmu Mahamada itu maka aku jadi demikian rupa. Hai A’mara, suruh tuanmu itu Mahamada datang kemari melepaskan dikau daripada sini”. Sambil ia berkata diambil batu pura-pura ia melontarkan kepada A’mara abana Amayara itu. Banyaklah perkataan yang kotor-kotor dimaki nista kepada A’mara itu lalu diambil suatu cemeti kuda daripada tangan kaum kafir itu pura-pura berlari-lari ia hendak memalu-malu kepada A’mara abana Amayara itu.
Demi dilihat oleh kaum kafir itu akan perbuatan A’bada Allaha itu mereka itupun sangatlah suka cita hatinya mereka itu. Maka percayalah mereka itu sama sendirinya A’bada Allaha itu seteru kepada A’mara itu. Maka A’mara abana Amayara pun tunduk kepalanya seraya tersenyum berkata-kata di dalam hatinya “Telah aku ini daripada bala kafir kena jerat pada kaum kafir itu maka A’bada Allaha ini membuat makarnya dan helah hendak melepaskan akan dirinya dan diriku ini daripada bala kafir itu”. Setelah itu maka berfikir pula A’bada Allaha “Betapa aku ini hendak melepaskan akan diriku daripada bala kafir celaka ini aku hendak perdayakan kafir celaka ini” lalu ia berkata kepada kaum kafir itu “Ya tuan-tuan yang dermawan, yang baik budi, hamba ini terlalu sangat karam hati hamba tiadalah dapat memandang muka A’mara itu. Beri apalah izin kepada hamba pada malam ini serahkan kepada hamba akan A’mara ini hamba hendak membuat balas akan kepadanya sebagaimana A’laya membuat kepada saudara hamba itu sebagai itu juga hamba hendak balas kepada A’mara itu supaya puas hati hamba”.
Maka kata kaum kafir itu “Hai orang tuha, maka kami pun sangatlah suka hendak serahkan A’mara itu kepadamu kerana ia itu orang derhaka. Kami serahkan ia kepadamu barang kehendakmu kerjakanlah kepadanya maka pada esok hari kami nanti beri kepadamu kuda dan unta dan dinar akan hadiah kepadamu”. Maka kata A’bada Allaha “Ya saudaraku, bahawa adalah tuan-tuan sekelian ini snagatlah menaruh kasihan sayang kepada hamba maka apalah hamba hendak balaskan kepada tuan-tuan sekelian ini melainkan tuhan kita Habala lah dapat membalaskan kebajikan kepada tuan-tuan sekelian ini. Janganlah tuan-tuan memberi kepada hamba kuda unta dan dinar itu, apakala hamba bertemu dengan A’laya nescaya nanti diperbuat seperti yang demikian dahulu kepada hamba sangatlah takut hamba akan dia itu. Jika tuan-tuan sekelian ada menaruh belas kasihan kepada hamba beri apalah kepada hamba barang seratus dinar sahaja cukuplah belanja hamba hendak pulang ke rumah hamba”. Maka kata kafir itu “Baiklah boleh kami hadirkan seperti kehendak hati kamu itu” dan kata pula kaum kafir itu “Hai orang tuha, ingat baik-baik barang kali A’mara itu perdayakan kamu nanti dilarikan daripada sini apakala dilari maka tiadalah nanti sampai hajatmu itu dan kami pun nanti beroleh sakit hati dari kerana sebab itu. Maka engkau maulah jaga baik-baik akan dia kerana ialah itu orang habatan”.
Telah sudah kaum kafir itu berkata-kata diserahkan A’mara itu kepada A’bada Allaha maka haripun malamlah. Maka A’bada Allaha pun diambil cemeti kuda dipalu-palu kepada A’mara seraya berkata “Rasalah olehmu hai pencuri, tuan engkau itu membuat aniaya keatasku maka akupun membuat keatasmu. Pada malam ini aku hendak bunuh akan dikau”. Demi dilihat oleh kaum kafir itu “Bahawa sungguhlah orang tuha ini menaruh sakit hatinya kepada utusan Mahamada itu” lalu masing-masing pun sukalah dan percayalah akan A’mara itu seteru kepada A’bada Allaha. Telah itu maka kaum kafir pun merasai mengantuk lalu masing-masing pun rebah tidur lena tiada sedarkan dirinya masing-masing. Adalah pada waktu tengah malam dilihat oleh A’bada Allaha akan kaum kafir itu sudah tidur lena lalu iapun lari uraikan rantai dikaki tangan A’mara abana Amayara itu seraya berkata “Ya A’mara, bahawa adalah aku ini A’bada Allaha bana Sahawanaya”. Demi didengar oleh A’mara abana Amayara terlalulah sangat suka hatinya seraya berkata “Wahai nyawaku yang hilanglah itu telah datanglah masuk kedalam badanku. Telah hiduplah aku pada malam ini”.
Setelah itu maka A’bada Allaha pun pergilah kedalam tempat tidur penghulu kafir itu. Dilihat penghulu kafir celaka itu pun ada tidur lena seperti mati lalu ia buka daripada leher penghulu itu suatu akik emas daripada intan manikam dan diambil suatu peti kecil yang berisi dinar. Setelah sudah diambil lalu iapun mari pula mendapat A’mara abana Amayara itu. Setelah sudah keduanya berkemas diambil pula pedang kaum kafir itu seorang sebilah lalu perlahan-lahan kelaur dari dalam penjara itu. Sambil brjalan sambil berseru-seru katanya “Hai kaum kafir, dengarlah aku hendak berkata bahawa adalah aku ini sudah ambil akik dileher penghulu kamu dan petinya pun sudah aku ambil dan A’mara abana Amayara pun sudah aku bawa pergi bersama-sama aku. Bahawa aku ini sahabat Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan adalah namaku A’bada Allaha abana Sahawanaya” berturut-turut dikatakan dengan nyaring suaranya “Jika siapa-siapa daripada kamu ada hajat hendak ikut aku marilah ikut daripada belakang aku ini”. Telah sudah ia berkata-kata lalu iapun dan A’mara pun berjalanlah seperti angin pantasnya.
Bahawa adalah A’mara itu berjalan dipandang kebelakang sambil berkata tutur kepada kaum kafir itu di dengar oleh kaum kafir seru A’bada Allaha itu masing-masing terkejut jaga daripada tidurnya lalu naik keatas kudanya memacu berlari-lari berdahulu-dahuluan menghambat A’bada Allaha dan A’mara itu maka tiada juga terhambat oleh kaum kafir akan A’bada Allaha dan A’mara itu kerana keduanya terlalu pantas berjalan terlebih pantas daripada kuda kaum kafir. Bahawa pda tatkala itu sayadana A’laya radhoya Allaha a’nahapun duduk berjalan kesana kemari mencari A’bada Allaha dan A’mara itu maka denga takdir Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu bertemulah sayadana A’laya denga kduanya. Maka datanglah keduanya member salam kepada sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha lalu ia maklumkan segala hal ehwal yang telah jadi itu kepada sayadana A’laya. Maka sabda sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha “Ya A’bada Allaha, jika sekiranya tuan hamba tiada mari di dalam saat ini juga nescaya hamba nanti pergi kepada tempat kafir itu. Ana Shaa Allaha Taa’laya hamba bunuh akan kaum kafir itu”. Telah sudah sayadana A’laya berkata-kata dengan A’bada Allaha lalu diberi hukum suruh kepada kaum Masalamayana bersiap hendak berangkat berjalan daripada tempat itu. Wa Allaha A’alama.

Sumber: Hikayat A'mara Amayara Dhomaraya
No comments:
Post a Comment