Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, August 20, 2013

Ilmu Tauhid - Pelepasan dari Syirik Khofi

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Dengan namanya Allaha Taa’laya yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menganugerahi nikmat yang seni-seni jua. Aku memulai risalat ini Al Hamada Lalaha Alazaya Karama Nabaya Adama Wa Ashothofaya Mana Hama Al A’lamaa Bermula segala jenis puji itu tertentu bagi Allaha Taa’laya tuhan yang memuliakan anak Adam dan memilih ia daripada mereka itu akan a’lama. Wa Akhotaara Ayadhoa Mana Hama Al Zahaada Wa Al Hakamaa Wa Al Karamaa dan memilih ia pula daripada mereka itu akan segala yang zahad dan yang hakim dan yang karim. Wa Fadhola Mana Hama Al A’arafayana Ba Allaha Wa Al Shofaata Wa Al Samaa Dan melebihkan ia daripada mereka itu akan segala orang yang mengenal akan zat Allaha dan akan segala sifatnya dan akan segala Asmanya. Wa Azaaqo Hama Lazata Al Mahabata Wa Athola Hama Haqoyaqota Al Ashayaa Mana Al Aradho Wa Al Samaa Dan membersihkan ia akan mereka itu akan lazat kasih akan dia dan telah memperlihat ia akan mereka itu akan hakikat segala Ashayaa daripada bumi dan langit.

Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A’laya Sayadana Mahamada Khoatama Al Anabayaa Dan rahmat Allaha dan salamnya atas penghulu kita nabi Mahamada menyudahi ia segala nabi. Alazaya Kholaqo Mana Zaataha Wa Manaha Jamayaa’ Al Ashayaa Yang di jadikan ia daripada nur zatnya dan daripadanyalah di jadikan sekelian perkara. Wa A’laya Alaha Wa Ashohaabaha Al Saadata Al Awalayaa Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia. Wa A’laya Al Taabaa’yana Wa Taabaa’ya Al Taabaa’yana Lahama Ba Ahasaana Alaya Yawama Al Jazaa Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari kiamat.

Wa Baa’da Falamaa Kaanata Sanata Alafa Wa Maa Tsatayana Mana Hajarata Al Nabaya Al Karayama A’laya Shoahabahaa Mana Rabaha Afadhola Al Sholaata Wa Azakaya Al Tasalayama Dan kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun seribu dua ratus daripada hijrah Al Nabi yang mulia atas empunya dia daripada tuhannya rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci. Qoda Alamasa Manaya Baa’dho Al Akhowaana Fataha Allaha Qolabaya Wa Qolabaha Ba Nawara Al Mashaahadata Wa Al A’rafaana Sanya telah meminta daripada aku setengah daripada segala saudaraku membukakan kiranya Allaha Taa’laya akan hatiku dan hatinya dengan cahaya mashahadah dan makrifat. Ana Ashonaa’ Laha Rasaalata Makhotashorata Ba Lasaana Al Jaawaya Al Layana Layanatafaa’ Bahaa Mana La Yaa’rafa Lasaana Al A’raba Al Bayana Bahawa aku perbuatkan baginya suatu risalat yang simpan dengan bahasa Jawi yang lemah lembut supaya memberi manafaat dengan dia akan orang yang tiada mengetahui akan bahasa A’rab yang nyata.

Faya Bayaana Wahadata Al Zaata Wa Al Shofaata Wa Al Asamaa Wa Al Afaa’la Latakholasho Al Saalakayana Mana Al Sharaka Al Khofaya Wa Al Rayaa Wa Al A’jaba Lalaaa’maala Pada menyatakan Wahadata Al Zat dan Wahadata Al Sifat dan Wahadata Al Asma dan Wahadata Al Afa’al supaya melepaskan ia akan segala orang yang salik itu daripada syirik Khofi dan daripada riya dan ajab bagi segala amal. Wa Bayaana Baa’dho Al Haqoaqo Wa Maqoamaata Al Qowama Al Karaama Wa Mashaahadaata Hama Lazaya Al Jalaala Wa Al Akaraama Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu hakikat dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli Al Tasawuf yang mulia dan menyatakan setengah daripada segala mashahadah mereka itu bagi tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Faajabataha Alaya Zalaka Wa Ana Lama Akana Ahalaa Lazalaka Maka aku perkenankan akan dia kepada berbuat risalat yang demikian itu dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun. Masataa’yanaa Ba Allaha Wa Maa’tamadaa A’layaha Faya Tahaqoyaqo Al Matholawaba Wa Al Maqoshowada A’laya Hasaba Maa Zhohara Laya Mana Afawaala Ahala Al Manata Wa Al Shahawada Pada hal aku minta tolong kepada Allaha Taa’laya dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang di tuntut dan yang di maksudkan atas sekira-kira barang yang zahir ia bagiku daripada segala perkataan orang yang mempunyai minat dan shawada.

Wa Samayatahaa Al Dara Al Nafayasa Faya Bayaana Wahadata Al Afaa’ala Wa Al Asamaa Wa Al Shofaata Wa Al Zaata Zaata Al Taqodayasa Dan kunamai akan risalat ini Al Dara Al Nafayasa ertinya mutiara yang indah pada menyatakan Wahadata Al Afa’al dan Asma dan Sifat dan Zat yang suci. Raajayaa Mana Allaha Ana Yanafaa’ Bahaa Al Marayadayana Wa Ana Yajaa’lahaa Khoalashota Lawajahaha Wa Zakhoyarata Laya Wa Lahama Yawama Al Dayana Pada hal harap aku daripada Allaha Taa’laya bahawa memberi manafaat ia dengan risalat ini akan segala orang yang murid dan bahawa di jadikannya kiranya akan dia tulus ikhlas bagi zat hak Allaha Taa’laya dan petaruhan bagiku dan bagi mereka itu pada hari kiamat. Wa Ratabatahaa A’laya Maqodamata Wa Arabaa’ta Fashowala Wa Khoatamata Karata Fayahaa Al Masaala Al Sanayata Al Maa Khowazata Mana Kataba Al Showafayaha Dan aku aturkan akan dia atas satu mukadimah dan empat fasal dan satu khotamata dan aku sebutkan di dalamnya beberapa masaalah yang tinggi-tinggi yang di ambil daripada beberapa kitab ahli al Tasauf.

Maqodamata Faya Bayaana Al Ashayaa Alataya Tabathola Al Saalaka Wa Tamanaa’ta Mana Al Washowala Alaya Allaha Taa’alaya Bermula ini satu mukadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia daripada sampai kepada Allaha. Ketahui olehmu hai salik bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat sama ada maksiat itu batin atau zahir dan pelepaskan dirimu daripada segala yang membatalkan Salawaka (suluk) dan daripada yang menegahkan dikau daripada sampai kepada Allaha Taa’laya.

Bermula segala perkara yang membatalkan suluk itu amat banyak setengah daripadanya Kasala ertinya segan daipada mengerjakan ibadat serta kuasa mengerjakan dia. Kata Abawa Zara barang siapa berperangai dengan Kasala maka tiada hampir oleh ia akan bahagia di dalam dunia dan di dalam akhirat. Dan setengah daripadanya Fatawara ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang dengan dunia. Dan setengah daripadanya Malala ertinya jemu dan puas daripada memperbuat dia kerana ia berulang-ulang pada hal belum lagi hasil yang di kehendakinya. Shahdan adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yakin dan buta mata hati dan mengikutkan nafsu akan hawanya.

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik kepada Allaha itupun amat banyak jua dan setengah daripadanya Sharaka Khofaya ertinya syirik yang tersembunyi iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua tiada kepada Allaha Taa’laya kerana hakikatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allaha Taa’laya jua dan adalah segala makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Allaha Taa’laya maha suci Allaha Taa’laya mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya Rayaa ertinya memperlihatkan ibadatnya itu kepada orang yang lain atau mehendaki dengan ibadatnya itu akan suatu yang lain daripada Allaha Taa’laya jikalau syurga sekalipun. Setengah daripadanya Samaa’ha ertinya menkhabar-khabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allaha Taa’laya itu kepada orang supaya di besar orang dan di muliakan orang. Dan setengah daripadanya A’jaba ertinya membesarkan dan membanyakkan akan ibadatnya pada hal tiada di lihatnya akan dia itu nikmat daripada Allaha Taa’laya.

Dan setengah daripadanya Saqotho Awalaha Waqowafa Maa’ Al A’baadata ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya tiada di lihatnya akan dia nikmat daripada Allaha Taa’laya atasnya. Dan setengah daripadanya Hajaba ertinya dinding iaitu dinding ibadat daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokkannya kerana tiap-tiap satu amal ibadat baginya cahaya dan perhiasan dan keelokkannya. Maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akan perhiasannya dan keelokkannya maka sukacitalah ia dengan dia dan lupalah ia akan Allaha Taa’laya daripada sebab yang demikian itu. Shahdan tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu melainkan shahawada mu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allaha Taa’laya jua seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang pertama ini Ana Shaa Allaha Taa’alaya.

Al Fashola Al Awala Bayaana Tawahayada Al Afaa’ala

Bermula fasal yang pertama pada menyatakan Tawahayada Al Afaa’ala ertinya mengesakan Allaha Taa’laya pada segala perbuatan. Ketahui olehmu hai salik bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu melainkan pandangmu dan shahawada mu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku di dalam alam ini sekeliannya daripada Allaha Taa’laya. Sama ada perbuatan itu baik daripada rupanya dan pada hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat pada rupanya tiada pada hakikatnya seperti kafir dan maksiat kerana kafir dan maksiat itu pada hakikatnya baik jua kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada Allaha Taa’laya dan tiap-tiap yang terbit daripada Allaha Taa’laya itu baik jua pada hakikatnya tetapi jahat kedua pada rupanya kerana syarak datang ia menyalahi dia.

Bermula kifayat memandang segala perbuatan itu daripada Allaha Taa’laya iaitu seperti bahawa di pandangnya dan shahawada nya dan di lihatnya dengan mata kepalanya dan dengan mata hatinya. Bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allaha Taa’laya dan membangsakan kepada yang lain daripada Allaha Taa’laya itu majaazaya jua tiada pada hakikatnya kerana pada hakikatnya sekeliannya perbuatan itu daripada Allaha Taa’laya jua. Sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya sama ada dengan Mabaasharata atau Tawalada dan ertinya perbuatan dengan Mabaasharata itu iaitu yang beserta dengan kudrat yang baharu seperti gerak kalam pada tangan orang yang menyurat dan ertinya perbuatan dengan Tawalada itu iaitu yang jadi daripada perbuatan yang Mabaasharata iaitu seperti jatuh batu pada tangan melempar.

Bermula dalil yang menunjukkan bahawasanya segala perbuatan itu terbit daripada Allaha Taa’laya jua tiada pada lainnya itu firman Allaha Taa’laya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Allaha Kholaqo Kama Wa Maa Taa’malawana ertinya bermula Allaha Taa’laya jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata Shayakho Mahamada Bana Salayamaana Al Jazawalaya Rahamaha Allaha di dalam syarah Dalaala Al Khoyaraata tiada terbit daripada seorang daripada segala hambanya perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam melainkan sungguhnya telah terdahulu ia pada ilmunya dan qodhanya dan qadarnya Anatahaya dan firmannya yang maha tinggi Wa Maa Ramayata Azara Mayata Wa Lakana Allaha Ramaya ertinya tiada engkau melempar ya Mahamada tatkala berusaha engkau pada melempar tetapi Allaha Taa’laya jua yang melempar tatkala itu.

Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama ertinya tiada daya pada menjauhkan maksiat dan tiada upaya pada mengerjakan taat melainkan dengan daya dan upaya Allaha Taa’laya tuhan yang maha tinggi lagi maha besar jua. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Tataharaka Zarata Alaa Ba Azana Allaha ertinya tiada bergerak di dalam alam ini suatu zarah juapun melainkan dengan izin Allaha Taa’laya yakni dengan iradat Allaha Taa’laya. Dan lagi pula isyarat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada tiada mendoakan kafir Qorayasha yang menyakiti akan dia kerana memandang ia akan nisbah perbuatan itu kepada Allaha Taa’laya.

Shahdan maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu dan tahqiqlah engkau dengan dia nescaya lepaslah engkau daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan mata hatimu akan segala wujud majazi ini hapus ia di bawah cahaya nur wujud Allaha yang sebenarnya. Shahdan manakala engkau kekalkan akan shahawada mu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allaha Taa’laya dengan membiasakan dia sedikit kemudian maka sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu.

Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu Mashaahadaha ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandangmu itu zahirmu dan batinmu maka baharulah sampai engkau kepada maqam Wahadata Al Afaa’ala ertinya esa Allaha Taa’laya pada segala perbuatan iaitu ibarat ia daripada fana segala perbuatan makhluk ini. Sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya sekeliannya itu fana di bawah perbuatan Allaha Taa’laya sekira-kira tiada di lihat di dalam akuan ini suatu perbuatan Allaha Taa’laya jua sama ada perbuatan itu baik atau jahat.

Dan dalil yang menunjukkan dan metahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allaha Taa’laya iaitu yang tersebut di dalam hadis yang waarada daripada doa nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Allahama Anaya Aa’waza Baka Manaka ertinya hai tuhanku berlindung aku kepadamu daripada kejahatan daripadamu. Maka jika tiada kejahatan itu daripada Allaha Taa’laya nescaya tiada minta berlindung nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada Allaha Taa’laya daripada kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allaha Taa’laya jua datangnya seperti yang telah terdahulu sebutnya itu. Dan lagi firman Allaha Taa’laya Qola Kala Mana A’nada Allaha tafsirnya katakanlah olehmu ya Mahamada segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allaha Taa’laya.

Shahdan di buat misal oleh setengah daripada A’arafayana Ba Allaha kerana menghampirkan kepada faham jua tiada pada hakikatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang di perlakukan akan dia oleh dalang barang bagai jenis kelakuan. Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatan sendirinya demikian itulah hamba dengan tuhannya Wa Al Salaama. Tetapi sungguhnya pun seperti demikian itu yakni segala perbuatan itu perbuatan Allaha Taa’laya jua maka jangan engkau melampaui akan syariat Mahamadayata iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang di suruhkan Allaha Taa’laya dan rasulnya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang di larangkan dengan jangan sekali-kali iktikadkan gugur taklif syarak. Maka jikalau engkau iktikadkan gugur taklif syarak nescaya jadilah engkau kafir zindiq Naa’waza Ba Allaha Mana Zalaka dan berpeganglah engkau pada syariat Mahamadayata seperti engkau iktikadkan.

Dan engkau pandang dengan mata hatimu akan segala perbuatan itu daripada baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allaha Taa’laya dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lainnya daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu itu ada baginya sesuatu perbuatan nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi dan jikalau lepaslah engkau daripada Sharaka Jalaya sekalipun dan erti Sharaka Jalaya (syirik jali) itu menduakan Allaha Taa’laya umpamanya tetapi tiada lepas dan keluarkan daripada syirik seperti firman Allaha Taa’laya Wa Maa Yawamana Akatsara Hama Ba Allaha Alaa Wahama Masharakawana ertinya dan tiada percaya kebanyakan daripada mereka itu akan Allaha melainkan pada hal mereka itu menyengutukan akan dia dengan sebab memandang wujud yang lain daripadanya dan dengan sebab mebangsakan perbuatan itu kepadanya.

Sebab itulah kata Sayadaya A’mara Bana Al Qoaradho Radhoya Allaha A’naha Walawa Khothorata Laya Faya Sawaaka Araadata A’laya Khoathoraya Sahawaa Qodhoyata Baradataya ertinya jikalau terliintas di dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadamu atas khoathora ku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu dengan murtad. Dan tetapi engkau di katakannya di dalam kitabnya Masharaka (musyrik) di keluarkannya daripada orang yang Mawamana (mukmin) yang sebenarnya sebab yang demikian itu. Dan tiada di bilangkannya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang sebenarnya itu melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang hidup dan tiada yang maujud di dalam wujud ini hanya Allaha Taa’laya sendirinya jua. Maka pada ketika itu baharu engkau di namai mukmin yang sebenar dan lepaslah engkau daripada syirik khofi dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada di namai Allaha di dalam Qoraana dengan musyrik dan jadilah engkau pada ketika itu daripada Ahala Al Tawahayada (Ahli Al Tauhid) yang sebenarnya daripada orang yang mempunyai syurga yang ada di dalam dunia ini.

Maka lazimlah olehmu atasnya kerana bahawasanya ia sifat yang amat mulia yang menghampirkan akan dikau kepada yang lagi akan datang di dalam akhirat maka engkau peroleh akan nikmat dua syurga seperti firman Allaha Taa’laya Wa Lamana Khoafa Maqoama Rabaha Janataana ertinya bermula dua syurga itu maka barang siapa yang takut ia akan maqam tuhannya dan syurga yang pertama itulah syurga makrifat akan Allaha Taa’laya di dalam dunia ini dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum yang di sebutkan Allaha Taa’laya akan dia di dalam Qoraana yang mulia iaitu di dalam akhirat yang lagi akan datang.

Kata Shayakhonaa Al A’alama Al A’laamata Al Bahara Al A’rayaqo Mawalaanaa Al Shayakho A’bada Allaha abana Hajaazaya Al Sharaqoawaya Al Madhoraya Rahamaha Allaha barang siapa masuk ia kepada syurga makrifat di dalam dunia ini nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah daripada rindu darinya dan melainkan bukan dengan nisbah daripada barang yang hasil di sana yakni di dalam akhirat daripada rukyah Allaha Taa’laya dan damping kepada hadirat Allaha Taa’laya dan makrifat akan Allaha Taa’laya. Maka jauh segala perbezaan antara dua hal itu yakni hal di dalam dunia dan hal di dalam akhirat kerana bahawasanya barang yang di bukakan atas segala hati orang yang arif di dalam dunia ini hanya sanya iaitu baharu setengah daripada barang yang di sediakan oleh Allaha Taa’laya kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini Wa Allaha Aa’lama Anatahaya.

Maka habaaya-habaaya hai segala saudaraku takut olehmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahadata Al Afaa’ala itu yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokkan yang wajib al wujud dan takut olehmu daripada bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan suatu perbuatan barang perbuatan ada ia Tanabayaha Yaa Akhoaanaya ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai segala saudaraku.

Bermula hasil kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Qodasa Allaha Saraha di dalam kitab Al Jawaahara Wa Al Darara ia menakal daripada perkataan Sheikh Mahayaya Al Dayana Bana Al A’rabaya Radhoya Allaha A’naha bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang hak Taa’laya pada hal hak Taa’laya jua yang berbuat ia di balik hijab akuan ini tetapi di beri akuan ini tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allaha Taa’laya. Dan adalah misalnya seperti bayang-bayang kayu yang di dalam air itu nyata ia tiada ia menegahkan lalu perahu hanya sanya yang mendindingi itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua. Maka barang siapa terbuka daripadanya hijab itu nescaya di lihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allaha Taa’laya sendirinya dan barang siapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fa’al yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenarnya iaitu Allaha Taa’laya.

Maka tiba-tiba adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab. Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allaha Taa’laya itu yang berbuat ia akan segala perbuatan ini dan hanya di iktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat akan segala perbuatan yang baharu itu hamba jua dan adalah kudrat hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu maka iaitu mazhab Maa’tazalata (Muktazilah) yang bidaah lagi fasik.

Kedua mazhab Jabarayata (Jabariah) iaitu kaum yang mengetahui mereka itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allaha Taa’laya sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang segala perbuatan itu daripada Allaha Taa’laya sendirinya. Dan tiada sampai mereka itu kepada yang menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang mereka itu daripada darjat Kamaala maka tersalahlah mereka itu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada mereka itu maka iaitu iktikad zindiq.

Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allaha Taa’laya tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat takluk hukum syarak tetapi keduanya itu tiada sekali-kali memberi bekas pada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu Allaha Taa’laya sendirinya jua maka iaitu Ashaa’rayaha ialah iktikad yang maqobawadho yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat Kashaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua tiada di pandang akan segala perbuatan itu daripada Allaha Taa’laya sendirinya. Maka tiap-tiap daripada segala thoafata yang tiga ini adalah atas penglihatnya itu Ghoshaawata yakni dinding yang menutupi daripada sampai penglihat mereka itu kepada memandang Wahadata Al Afaa’ala selama-lamanya mereka itu di dalam dinding tertutup tiada sampai kepada maqam Kashaf dan Mashahadah dan Makaafaha.

Keempat mazhab Ahala Al Kashafa yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allaha Taa’laya dan kesandarannya itu daripada hamba misalnya seperti kalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan kalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua adalah hamba itu seperti kalam tiada baginya perbuatan dan hanya yang berbuat itu orang yang menyurat jua Wa Allaha Aa’lama yakni segala yang berlaku di dalam segala alam ini Allaha Taa’laya jua yang menjadikan dia Anatahaya.

Dan lagi kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya telah menyebutkan Sheikh Mahaya Al Dayana Bana Al A’rabaya Radhoya Allaha A’naha pada bab yang keempat ratus dua atas dua puluh daripada Fatawahaata Al Makayata akan barang yang menaskan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada Allaha Taa’laya jua hanya sanya menyandarkan Allaha Taa’laya akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggung seksa dan pahala pada hal perbuatan itu bagi Allaha Taa’laya jua pada hakikatnya. Tetapi tatkala mendakwa kita pada ketika berhenti di dalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allaha Taa’laya itu akan dia kepada kita dengan sekira-kira dakwa kita berbuat kerana cuba daripada Allaha Taa’laya kepada kita.

Maka apabila masuk kita kepada hadrat Ahasaana dan nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit ia daripada Allaha Taa’laya pada kita tiada kita yang mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu. Kemudian maka apabila sampailah kita kepada mashahadah ini nescaya takut kita akan tergelincir faham kita pada barang yang telah menyamakan Allaha Taa’laya akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barang yang telah menyamakan Allaha Taa’laya akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barang yang telah kita ketahui itu kerana mengamalkan akan firman Allaha Taa’laya Maa Ashoabaka Mana Hasanata Famana Allaha Wa Maa Ashoabaka Mana Sayaata Famana Nafasaka ertinya barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan itu maka iaitu daripada Allaha dan barang yang mengenai akan dikau daripada kejahatan itu maka iaitu daripada usaha dirimu.

Shahdan kata Shayakhonaa Al A’laamata Mawalaanaa Al Shayakho Yawasafa Abaya Zarata Al Mashoraya pada ketika tadarayasa nya di dalam masjid Al Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allaha Ta’laya melainkan pada maqam Taa’layama jua Anatahaya. Dan kata Sheikh Abana Hajara di dalam syarah Arabaa’yana pada sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di dalam setengah daripada segala doa afatataaha Wa Al Shara Layasa Alayaka ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mencarik bagi adab. Bahawasanya tiada harus di sandarkan kepada Allaha Taa’laya segala yang menghinakan dia seperti tiada harus di kata Allaha Taa’laya itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika ada ia yang menjadikan tiap-tiap suatu sekalipun kerana adab. Maka tiba-tiba adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatlkan akan firman Allaha Taa’laya jua Anatahaya.

Dan lagi kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’ranaya Qodasa Allaha Saraha kepada Sayadaya A’laya Al Khowaasho Radhoya Allaha A’naha. Soal – apa hakikat usaha mengatakan dia oleh Imam Ashaa’raya itu. Maka jawabnya Radhoya Allaha A’naha bermula hakikat usaha itu iaitu takluk iradat mamakana dengan memperbuat barang perbuatan ada ia maka di peroleh takdir Alahaya pada ketika takluk iradat itu maka menamai mereka itu akan yang demikian itu usaha bagi mamakana pada makna bahawasanya meusahakan manafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya yakni berkehendak kepada takdir Alahaya itu.

Dan lagi kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Qodasa Allaha Saraha telah aku dengar akan dia yakni Sayadaya A’laya Al Khowaasho Radhoya Allaha A’naha segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas sekali-kali bagi makhluk pada memperbuat suatu daripada sekira-kira takwin hanya sanya baginya hukum jua dalamnya faqotho maka pohonkan olehmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan Atsaara itu.

Berkata Sheikh ia pula yakni Sayadaya A’laya Al Khowaasho Radhoya Allaha A’naha bermula kenyataan yang demikian itu bahawasanya hak Allaha Taa’laya itu apabila menghendaki ia mengadakan akan Harakata atau makna daripada segala pekerjaan yang tiada sah wujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya. Maka tiada dapat tiada daripada wujudnya Mahala yang mezahirkan ia akan takwin pekerjaan itu yakni pekerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahala iaitu hamba yang di hukumkan ia dengan mengadakan bagi mamakana ini pada hal tiada sekali-kali baginya itu Atsaara dalamnya Anatahaya Faafa Hama Faanaha Daqoyaqo Wa Tahaqoyaqo.

Dan lagi kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Qodasa Allaha Saraha telah aku dengar saudara aku Afadhola Rahamaha Allaha Ta’laya berkata bila tiada sekali-kali bagi mamakana ini kudrat hanya sanya baginya pada menerima Atsara Alahaya kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu yakni kudrat itu sifat daripada ketentuan yang tinggal dengan dia ketuhanan iaitu keadaan yang kuasa. Maka mengisbatkan kudrat bagi mamakana itu dakwa dengan tiada dalil. Dan lagi berkata ia yakni Sheikh Afadhola Al Dayana Rahamaha Allaha Taa’laya bermula kata kami ini muafakat serta Ashaaa’raha yang mengisbatkan mereka itu bagi kudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya Anatahaya.

Dan lagi kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Qodasa Allaha Saraha dan telah menyebutkan oleh Sheikh Mahaya Al Dayana Radhoya Allaha A’naha pada bab seratus dua puluh daripada Fatawahaata Al Makayata bahawasanya mengisbatkan kudrat bagi mamakana menafikan faa’ala daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan faa’ala. Dan lagi berkata ia yakni Sheikh Mahaya Al Dayana Radhoya Allaha A’naha dan tiada membukakan Allaha Taa’laya atasku dengan menghilangkan Labasa yakni samar pada masalah ini yakni hal keadaannya faa’ala pada hal bukan faaa’la melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enam ratus tiga puluh tiga dan sanya sukar atasku metafsilkan antara yang usaha yang mengatakan dia kaum Ahala Al Sanata dan antara kholaqo yang mengatakan dia kaum Muktazilah.

Maka mengurnia taufik Allaha Taa’laya akan daku dengan membukakan penglihatku atas mula-mula kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada pada ketika itu melainkan Allaha Taa’laya jua. Maka firman Allaha Taa’laya bagiku di dalam sirku “Tilik olehmu akan dia di sana mula-mula kejadian makhluk adakah pekerjaan itu yang Mawaaratsa Labasa dan hairan” maka sembahku “Tiada Ya raba”. Maka firmannya bagiku “Seperti demikianlah sekelian barang yang engkau lihat akan dia daripada segala yang baharu tiada bagi seorang di dalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk. Maka akulah tuhan yang menjadikan segala Ashayaa pada sisi Ashayaa tiada dengan asbab maka adalah daripada pekerjaanku kejadian Nafakho pada A’yasaya dan kejadian Takawayana Thoara“.

Maka sembahku baginya “Ya raba apabila adalah seperti demikian itu maka tiba-tiba adalah dirimu yang engkau khothoaba dengan katamu perbuat olehmu dan jangan engkau perbuat” maka firmannya bagiku “Apabila aku perlihatkan akan dikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olehmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan sangat menidak-nidak akan perbuatan tuhan seperti firmannya Laa Yasala A’maa Yafaa’la Wa Hama Yasaalawana ertinya jangan di tanya akan barang yang aku perbuat dan sekelian kamu itu yang di tanya” Anatahaya.

Kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’ranaya Fataa Malaha Faanaha Nafayasa Anatahaya. Shahdan jikalau itu jua mashahadahkan Ana Shaa Allaha Taa’laya sampai jua ia kepada Allaha Taa’laya kerana maqam Tawahayada Al Afaa’ala ini maqam yang d bawah segala-gala daripada segala maqam a’rifin. Maqam Tawahayada Al Afaa’ala ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada Allaha Taa’laya kerana jalan sampai kepada Allaha Taa’laya itu empat martabat seperti yang lagi akan datang Ana Shaa Allaha pada akhir khoatamata.

Shahdan maqam inilah yang mula-mula ia anugerahkan Allaha Taa’laya kepada orang yang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang Majazawaba umpamanya dan erti Majazawaba itu orang yang di ambil Allaha Taa’laya dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal zatnya dan sifatnya dan Asmanya dan afa’alnya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada dengan ijazah Mashaayakho. Shahdan bahawasanya maqam inilah Tanayajata Al Salawaka dan Tsamaraha nya ertinya jadi daripada orang yang salik dan buahnya.

Dan erti Saalaka itu iaitu orang yang bersungguh-sungguh ia ijtihadnya berbuat ibadat kepada Allaha Ta’laya dengan riadah ijazahkan akan dia oleh sheikhnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang yang di suruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadat dan lainnya. Dan erti A’arafa itu iaitu orang yang mengenal Allaha Taa’laya dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara khoalaqo dan makholawaqo dan mashahadah akan segala yang tersebut itu. Dan maqam inilah maqam yang pertama daripada segala maqam A’rifin yang menyampaikan ia kepada maqam yang di atasnya iaitu maqam Tawahayada Al Asamaa iaitu maqam yang kedua daripada maqam A’rifin.

Al Fashola Al Tsanaya Faya Bayaana Tawahayada Al Asamaa

Bermula fasal yang kedua pada menyatakan Tawahayada Al Asamaa ertinya mengesakan Allaha pada segala nmaa yang iaitu mengesakan yang dinamakan. Shahdan bermula kifayat mengesakan Allaha Taa’laya pada segala Asmanya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau shahawada dengan mata hatimu bahawasanya segala Asma itu sekeliannya kembali ia kepada Asma Allaha Taa’laya yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekeliannya mezahir Asma itu menuntut ia akan wujud masamaya.

Maka tiada yang maujud itu pada hakikatnya hanya Allaha Taa’laya sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan di nisbahkan kepada wujud Allaha Taa’laya maka sebab itulah kembali segala Asma itu kepada yang maujud iaitu Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Dan wujud Allaha itu qoama ia pada segala Asma dan zahir ia dengan dia itu satu jua yakni bahawasanya segala Ashayaa itu kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zahir dengan segala Ashayaa itu satu jua daripada tiada Anahaada dan Halawala maha tinggi Allaha Taa’laya daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun di buat misal oleh setengah daripada segala A’arafa Ba Allaha itu kerana menghampirkan kepada faham jua.

Adapun Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya itu maha suci dan maha tinggi seperti yang di misalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengahnya merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau. Maka di hantarkan akan dia pada antara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna tiap-tiap sifat yang ada ia di dalam kaca itu pada hal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zahir ia dengan segala tempat sekeliannya itu pada hal matahari itu satu jua.

Maka bicarakan olehmu akan misal ini dengan bicara yang sempurna mudah-mudahan mengasihani Allaha Taa’laya akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang yang kami misalkan akan dia itu. Setelah itu hai segala saudaraku yang a’rif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajali hak Taa’laya atasmu daripada meselang-selang daripada dinding mezahirnya dengan dua Asma yang menunjukkan keduanya itu akan dikau atas binasa segala mezhirnya itu di dalam Ahadayata Allaha Taa’laya.

Kata Shayakhonaa Al A’alama Al A’laamata Al Saara Al Maharafata Mawaalanaa Al Shayakho A’bada Allaha Abana Hajaazaya Al Sharaqoawaya Al Mashoraya Rahamaha Allaha di dalam syarah Warada Al Sahara apabila tajali Allaha Taa’laya dengan Asmanya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri hak Taa’laya ertinya daripada sekira-kira zahir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qoyawamaha nya dan kekalnya. Dan bahawasanya tiada bagi akuan itu wujud sendirinya dan lagi tiada kuasa ia pada membezakan antara suatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira-kira bahawasanya akuan itu sekeliannya makhluk Allaha Taa’laya yakni mezahirnya dan tempat bersandar kepadanya. Dan lagi memandang ia akan Allaha Taa’laya itu hakikat bagi segala akuan itu seperti firman yang maha tinggi Faanamaa Tawalawaa Qotsama Wajaha Allaha ertinya barang di mana ada kamu maka adalah di sana wujud Allaha yakni barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau ruhmu atau akalmu adalah di sana wujud Allaha.

Shahdan ketika itulah terkadang keluar Sathoha daripada lidah hamba itu yakni mengeluarkan perkataan yang tiada ada redha oleh syarak maka iaitu bahaya mashahadah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang wujud Allaha yang mutlak seperti kata Sheikh A’bada Al Karayama Al Jalayala Qodasa Allaha Saraha bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak Taa’laya. Maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud di dalam wujud ini melainkan wujud Allaha Taa’laya. Bermula yang demikian itu kerana adalah mabuknya dan ghaibnya seperti barang yang telah jatuh bagi halaaja maka perkataan orang yang mabuk itu tiada boleh di pegang Anatahaya. Maka sebab itulah kata Salathoana Al Awalayaa Mawalaanaa Al Shayakho A’bada Al Qoadara Al Jayalaanaya Qodasa Allaha Saraha jikalau halaaja itu ada ia daripada masaku nescaya aku ambil akan dia dengan tanganku yakni aku tegahkanlah orang yang hendak membunuh dia itu Anatahaya.

Bermula yang pertama daripada dua Asma seperti Asmanya Jaamaa’ ertinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekeliannya mezahir ini iaitu Shahawada Al Katsarata Al Wahadata yakni di pandang yang banyak pada yang satu meradanya sekelian alam ini daripada zat Allaha Taa’laya satu jua tiada daripada yang lain. Dan yang kedua daripada Asma itu seperti Asmanya Maanaa’ ertinya yang menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mezahirnya iaitu zahir ia daripada yang lain. Bermula meradanya itu daripada zat Allaha Taa’laya jua terbitnya sekelian alam ini tiada daripada lainnya iaitu Shawada Al Wahadata Al Katsarata yakni pandang yang satu pada yang banyak ertinya daripada zat Allaha Taa’laya jua terbitnya sekelian alam ini.

Maka adalah dalalah dua Asma itu terhimpun sekelian alam ini kepada Allaha Taa’laya dan tertegah daripada lainnya yakni permulaan daripada Allaha Taa’laya jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allaha Taa’laya jua seperti firman Allaha Taa’laya Wa Lalaha Al Amara Wa Alayaha Tarajaa’wana ertinya dan bagi Allaha Taa’laya jua permulaan segala pekerjaan dan kepadanya di kembali mereka itu. Setelah itu maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada Allaha Taa’laya jua dan yang zahir pada hamba itu mezahir Asmanya yang bernama Karayama jua.

Dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seorang yang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau shahawada dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada Allaha Taa’laya jua dan yang ada pada hamba itu mezahir Asmanya yang bernama Shobawara kerana Karayama dan Shobawara itu keduanya Asma Allaha Taa’laya dan seperti demikian itulah tiap-tiap orang yang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau shahawada dan engkau pandang mezahir Asma Allaha Taa’laya jua.

Shahdan setengah daripada segala A’arafa Ba Allaha tiada bagi Allaha Taa’laya itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat maa’anaya hanya sanya yang ada baginya itu Asma jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil. Suatu daripadanya Naqolaya iaitu Qoraana dan hadis kerana tiada datang di dalam Qoraana dan hadis mengatakan bahawasanya Allaha Taa’laya itu bersifat dan hanya sanya yang datang di dalam Qoraana dan hadis itu Asma jua seperti firman Allaha Taa’laya Wa Lalaha Al Asamaa Al Hasanaya Faadaa’waha Bahaa ertinya dan bagi Allaha Taa’laya itu beberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengan dia.

Maka yang demikian menentukan Allaha Taa’laya akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Anamaa Nadaa’wana Mana Hawa Samayaa’ Bashoyara Matakalama Wa Hawa Maa’kama Anamaa Kanatama ertinya dan hanya sanya yang kamu seru itu tuhan yang mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata-kata pada hal ia serta kamu barang di mana ada kamu. Dan keduanya daripadanya dalil A’qolaya iaitu pada akal bahawasanya Allaha Taa’laya itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majahawala kerana tiada yang di sifatkan itu melainkan yang majahawala.

Bermula Allaha Taa’laya terlebih makrifat daripada segala makrifat tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci Allaha Taa’laya itu daripada bersifat dengan sebab maa’naya yang demikian itu. Dan lagi pula betapa di sifatkan Allaha Taa’laya pada hal ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas Qoraana dan hadis yang tersebut itu.

Shahdan maqam inilah yakni maqam Tawahayada Al Asamaa maqam yang kedua daripada segala maqam A’rifin yang di anugerahkan Allaha Taa’laya kepada segala orang yang salik atau kepada lainnya seperti Majazawaba umpamanya dan maqam inilah Natayajata ertinya faedah dan Tsamaraha maqam yang pertama iaitu maqam orang yang sentiasa memandang Wahadata Al Afaa’ala dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang di atas iaitu Tawahayada Al Shofaata iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam A’rifin.

Al Fashola Al Tsaalatsa Faya Bayaana Tawahayada Al Shofaata

Bermula fasal yang ketiga pada menyatakan Tawahayada Al Shofaata yakni mengesakan Allaha Taa’laya pada segala sifat yang berdiri ia pada zat Allaha iaitu ibarat daripada fana segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya seperti bahawa engkau pandang dan engkau mashahadahkan mata hatimu dan dengan iktikadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti kudrat dan iradat dan ilmu dan hayat dan Samaa’ dan Bashora dan Kalaama sekeliannya itu sifat Allaha Taa’laya kerana tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada hakikatnya melainkan zat Allaha Taa’laya jua dan di bangsakan segala sifat ini kepada makhluk itu iaitu mezahirnya sifat Allaha Taa’laya jua.

Maka apabila tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fanalah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allaha Taa’laya yakni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengar Allaha Taa’laya dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat Allaha Taa’laya dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allaha Taa’laya dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allaha Taa’laya dan tiada berkata-kata ia melainkan dengan Kalaama Allaha Taa’laya jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat Allaha Taa’laya jua.

Bermula dalil yang menunjukkan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mezahir sifat Allaha Taa’laya jua iaitu firman Allaha Taa’laya di dalam hadis pada nabi Maa Taqoraba Alaya Al Mataqorabawana Ba Matsala Adaa Maa Faradhota A’laya Hama Wa Laa Yazaala Al A’bada Yataqoraba Alaya Ba Al Nawaafala Hataya Ahabaha Faazaa Ahababataha Kanata Samaa’ha Alazaya Yasamaa’ Baha Wa Bashoraha Alazaya Yabashora Baha Wa Lasaanaha Alazaya Yanathoqo Baha Wa Yadaha Alataya Yabathosha Bahaa Wa Rajalaha Alataya Yamashaya Bahaa Wa Qolabaha Alazaya Yadhomara Baha ertinya tiada menghampirkan oleh segala orang yang menghampirkan dirinya kepadaku dengan seumpama mengerjakan barang yang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hambaku menghampirkan dirinya kepada aku dengan mengerjakan segala ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia. Maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengarnya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatnya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya yang berkata-kata ia dengan dia dan tangannya yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan dia.

Shahdan bermula kifayat tajali sifat itu bahawa engkau pandang akan hak Taa’laya itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan Allaha maka fanalah daripada segala keadaannya mendengar ia dengan dirinya. Kemudian maka apabila tetaplah tajali sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan Tadaraa’ ertinya satu kemudian maka satu seperti Bashora dan Kalaama dan ilmu dan iradat dan A’thoa dan Manaa’. Maka tiadalah di pandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat Allaha Taa’laya jua. Kemudian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajali ia pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat Haya maka fanalah Hayaa itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya Allaha Taa’laya jua.

Maka apabila hasillah bagimu maqam fana ini pada ketika itu maka jadilah engkau Baqoa Ba Shofaata Allaha maka beroleh kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal. Maka engkau kenallah akan dia dengan pengenal yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu Fanaa Faya Shofaata Allaha dan Baqoa Ba Shofaata Allaha dan memberi tahu Allaha Taa’laya akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu. Shahdan pada maqam Al Baqo yakni maqam Tawahayada Al Shofaata inilah kesudahan yang di harap dan yang di maksudnya dan yang di cita dan yang di tuntut dan pada maqam Tawahayada Al Shofaata inilah kesudahannya sampai daripada kebanyakan daripada anabayaa dan awalayaa dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jua dan barang yang ada anabayaa dan awalayaa yang di bawah khadamnya.

Shahdan faedah tajali memandang ia akan sifat dengan Tadaraa’ ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajali sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lain dan lagi pula supaya tamakana dan tetap ia dengan satu itu. Dan manakala tamakana dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya kuat bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajali zat kerana ada kuasa seorang menanggung akan tajali zat itu sebelum lagi tamakana dan tetap pada tajali segala sifat itu di dalam hati. Maka apabila sampailah seorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia khalifah Allaha Taa’laya di dalam bumi ini dan menjadikan Allaha akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi Allaha Adam A’layaha Al Salaama menjadi khalifah pada segala alam ini seperti firman Allaha Taa’laya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Azaa Qoala Rabaka Lalamalakata Anaya Jaaa’la Faya Al Aradho Kholayafata ertinya dan tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan di dalam bumi itu akan seorang khalifah yakni yang mengganti akan daku pada meluluskan pada hukumku di dalam bumi.

Maka tiada menjadikan ia akan khalifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala Asma sekeliannya seperti firman Allaha Taa’laya Wa A’lama Adama Al Asamaa Kalahaa ertinya dan telah mengajari Allaha Taa’laya akan nabi Allaha Adam akan segala Asma sekeliannya. Dan lagi menunjukki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekelian sama ada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada Allaha Taa’laya kerana jadi khalifahnya seperti kata setengah A’arafayana Ba Allaha Mana A’rafa Allaha Laa Yakhofaya A’layaha Shaya ertinya barang siapa mengenal ia akan Allaha Taa’laya dengan sebenar-benar pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi Allaha Taa’laya akan dia itu akan ilmu Ladanaya iaitu ilmu yang di ilhamkan Allaha Taa’laya kepada hati hambanya dengan tiada Waasathota mengambil talqin daripada Mashaayakho iaitu ilmu yang tetap yang tiada di boleh hilang dan lupa.

Maka orang yang mempunyai ilmu itu di namakan A’alama yang sebenarnya seperti kata Abawa Zayada Al Basathoamaya Qodasa Allaha Saraha dan lainnya bukannya orang yang A’alama itu orang yang menghafazkan ilmunya daripada kitab. Apabila lupa ia akan barang yang di hafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanya sanya orang yang A’alama itu iaitu orang yang mengambil ia akan ilmu daripada tuhannya pada barang waktu yang di kehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan Darasa maka orang itulah yang di namakan Al A’alama Al Rabaanaya dan orang itulah yang di isyaratkan di dalam firman Allaha Taa’laya A’lamanaa Mana Ladanaa A’lamaa ertinya dan kami ajarkan dia akan ilmu daripada kami yakni dengan tiada Waasathoha dengan berlajar.

Dan setengah ilmu itu dengan Waasathoha berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada di namakan dia ilmu Ladanaya tetapi ilmu Ladanaya itu yang terbuka pada Sara (Sir) hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khoaraja kata Abawa Yazayada Al Basathoamaya Qodasa Allaha Saraha bagi segala A’lamaa Al Zhoahara yang pada masanya Ahadatama A’lama Kama Mayanaa A’na Mayata Wa Akhozanaa A’lamanaa Mana Al Haya Alazaya Laa Yamawata ertinya kamu ambil akan ilmu kamu itu hai A’lama Al Zhoahara keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati Anatahaya.

Demikianlah hasil yang di sebutkan oleh Imam Al Ghozaalaya di dalam Ahayaa A’lawama Al Dayana Adapun pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya sama ada ia zahir atau batin dan terbuka baginya segala hakikat suatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerahi Allaha Taa’laya akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah jua pun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu. Dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang jua pun menegahkan dia seperti yang tersebut di dalam Qoraana Kalaa Namada Hawalaa Wa Hawalaa Mana A’thoa Rabaka Wa Maa Kaana A’thoa Rabaka Mahazhowaraa ertinya kami anugerahi mereka itu dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula maqam ini mendengar ia akan segala berseru sama ada seru itu dengan lidah yang zahir atau dengan lidah yang batin iaitu ibarat daripda khothora hati sama ada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik Jabal Qof sekalipun yang seru itu nescaya di dengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini.

Dan waarada daripada hadis bahawasanya sekelian alam ini pada awalayaa Allaha Taa’laya itu seperti khadam jua dengan semata-mata anugerah Allaha Taa’laya dan rahmatnya maka bersungguh-sungguhlah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia. Dan bersungguh-sungguhlah engkau pada meminta doa kepada Allaha Taa’laya kerana Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya itu memperkenankan pinta orang yang meminta seperti firman Allaha Taa’laya Adaa’wanaya Asatajaba Lakama ertinya minta olehmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu.

Shahdan bersalahan A’lamaa pada segala sifat itu adakah ia di beri zat atau lain daripadanya. Kata A’lamaa Al Ashowala Al Dayana yakni Ahala Al Sanata Wa Al Jamaaa’ta Radhoya Allaha A’nahama bahawasanya segala sifat ini sekelian qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan wujudnya pun dengan wujud zat jua yakni tiada boleh tinggal daripadanya tetapi adalah ia makna yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya. Maka kaul ini adalah Allaha Taa’laya itu Qoadara Ba Qodarataha, Marayada Ba Araadataha dan A’alama Ba A’lamaha dan Haya Ba Hayaataha dan Samayaa’ Ba Samaa’ha dan Bashoyara Ba Bashoraha dan Matakalama Ba Kalaamaha.

Dan kata A’lamaa Ahala Al Tashowafa yakni A’arafayana Ba Allaha Qodasa Allaha Asaraara Hama bahawasanya segala sifat itu di beri mawashowafa tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya tetapi adalah ia mawashowafa yakni berdiri zat maka atas kaul ini adalah Allaha Taa’laya Qoadara Ba Zaataha dan Marayada Ba Zaataha dan A’alama Ba Zaataha dan Samayaa’ Ba Zaataha dan Bashoyara Ba Zaataha dan Matakalama Ba Zaataha tiada lainnya.

Dan kata Shayakhonaa Al A’arafa Ba Allaha Mawalaanaa Al Shayakho Shodayaqo Abana A’mara Khoana Talamayaza Al Marahawama Al Qothoba Al Rabaanaya Mawalaanaa Al Shayakho Mahamada Bana A’bada Al Karayama Al Samaana Al Madafaya Radhoya Allaha A’na Hamaa bermula kaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu di beri mawashowafa tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kashaf dan mashahadah kerana kaul ini sabit pada mereka itu yakni Ahli Al Tasauf pada jalan kashaf dan mashahadah kerana mereka itu sentiasa mashahadahkan Allaha. Maka di bukakan oleh Allaha Taa’laya akan mereka itu dinding sifatnya maka tiada di lihatnya dan di dapat oleh mereka itu akan sifat itu kepada makna yang qoama ia kepada zat dan hanya yang di lihat dan yang di dapat oleh mereka itu sifat itu berdiri kepada zat jua. Dan lagi pula mengambil dalil mereka itu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mawashowafa nescaya adalah Allaha Taa’laya itu majahawala yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci Allaha Taa’laya daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih makrifat daripada segala yang makrifat.

Bermula kaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan akal dan iktikad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia Ashoma Mashataqo. Maka tiap-tiap Asama Mashataqo itu tiada dapat tiada baginya daripada Mashataqo Manaha iaitu seperti Qoadara umpamanya maka iaitu Asama Mashataqo ertinya yang di terbitkan. Maka tiada dapat baginya itu daripada Mashataqo Manaha yang di terbitkan daripadanya iaitu Qodarata yakni bahawanya Qoadara itu Asama Faaa’la di terbitkan ia daripada Mashodara iaitu kudrat. Maka kudrat itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya wujud sendirinya hanya wujudnya itu dengan tiada tinggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zat jua.

Dan lagi pula terupa yang demikian itu pada iktikad kita selama lagi sampai maqam Makaaqomata yakni berhadapan dan mashahadah yakni berpandangan. Adapun jikalau sudah sampai kepada maqam Makaaqomata dan mashahadah maka tiada di lihat di sana sifat itu lain daripada Showafa Anatahaya di misalkan seperti seorang orang yang di jadi umpamanya di khabarkan oleh seorang akan dia akan sifat Hajara Al Asawada itu seperti kata orang baginya. Bermula Hajara Al Asawada itu sangat hitam umpamanya maka iktikadkan oleh orang yang belum melihat ia akan Hajara Al Asawada itu seperti yang di sifatkan oleh orang yang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat sebab ada berdiri hitam itu kepadanya.

Maka di kata ia yang hitam maka jazamlah pada iktikadnya dengan yang demikian itu kerana tiada dapat sekali-kali di rupakan oleh akal di katakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah. Maka di katakan ia yang hitam maka tatkala sampailah ia ke negeri Makah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan di lihatlah akan hakikatnya sebenarnya jua Hajara Al Asawada itu yang hitam seperti yang di khabar oleh orang itu jua. Maka hilanglah pada ketika itu iktikadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepadanya Hajara Al Asawada kerana sudah mashahadah nyata ia di lihatnya. Pada ketika itu tiadalah di lihatnya yang hitam berdiri kepada lainnya daripada Hajara Al Asawada tetapi yang hitam itulah zat Hajara Al Asawada tiada lainnya Faa Fahama Wa Al Salaama.

Soal – jika di tanya orang apa perbezaan mazhab Ahli Al Tasauf ini dengan mazhab Muktazilah. Jawab – bahawasanya mazhab Muktazilah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lainnya daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu iktikadkannya dengan Atahaada ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu wujud Asataqolaala dan ada bagi sifat itu wujud Asataqolaala maka di campurkan kepadanya itu menjadi satu seperti bercampur Sakaranabaata dengan air maka tinggi Allaha Taa’laya daripada sangka Muktazilah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar.

Shahdan bahawa maqam Tawahayada Al Shofaata inilah maqam yang tetap dan raasakho maka tatkala sudah habis segala tajali sifat itu di dalam hati maka di anugerahkan Allaha Taa’laya akan dia pada ketika itu kuat yang di atasnya iaitu maqam Tawahayada Al Zaata inilah maqam yang keempat daripada segala maqam A’arafayana Wa Al Salaama.

Al Fashola Al Raabaa’ Faya Bayaana Tawahayada Al Zaata

Bermula fasal yang keempat pada menyatakan Tawahayada Al Zaata ertinya mengesakan Allaha Taa’laya pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi di atasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya. Dan kepadanya kesudah-sudahan mashahadah dan di pandang segala orang yang a’rif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah di perolehnya lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk. Dan kepada maqam yang di atasnya daripada itu tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi marasala dan malaikat yang maqorabayana sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam Kanaha zat Allaha Taa’laya seperti firman Wa Yahazara Kama Allaha Nafasaha yakni di pertakuti Allaha Taa’laya daripada sampai makrifatmu akan Kanaha zatnya. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kala Kama Faya Zaata Allaha Ahaqo yakni sekelian kamu mendapat akan Kanaha zat Allaha Taa’laya ertinya tiada mendapat kepada Kanaha zat sekali-kali.

Kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’ranaya Qodasa Allaha Saraha di dalam kitab Al Jawahara Wa Al Darara daripada meterjemahkan kata sheikhnya Sayadaya A’laya Al Khowaasho Radhoya Allaha A’naha bermula pengetahuan akan hanya hak Taa’laya itu tiada merasai dan mendapat akan dia oleh seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya Allaha Taa’laya itu bukan ia A’yana yang di hukumkan akan dia oleh akal dan bukan ia A’yana yang di hukumkan akan dia oleh shahawada hati dan mata tetapi adalah ia itu di balik yang demikian itu. Maka bukan ia A’yana yang di kenal oleh mereka itu akan dia dan bukan ia A’yana yang di jamalkan oleh mereka itu akan dia. Dan barang siapa mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghaib itulah A’yana yang di shawada dan itulah ibadat yang sempurna ibadat Wa Allaha Aa’lama Aha.

Shahdan tiada yang sampai kepada maqam Tawahayada Al Zaata ini melainkan nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jua dan barang yang ada daripada segala anabayaa dan awalayaa yang di bawah khadamnya kerana tiada yang di jadikan Allaha Taa’laya dengan zatnya itu hanya nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’laya Wa Salama jua seperti yang tersebut di dalam hadis Jaabara Radhoya Allaha A’naha yang lagi akan datang pada khoamata.

Shahdan bermula kifayat yang mengesakan Allaha Ta’laya pada zat itu iaitu di pandang dengan mata kepala dan dengan mata hati. Bahawasanya tiada yang wujud di dalam wujud ini hanya Allaha Taa’laya jua iaitu ibarat daripada fana segala zat kita dan segala zat yang lain daripada zat kita daripada segala makhluk di bawah zat Allaha Taa’laya sekira-kira tiada yang maujud melainkan Allaha Taa’laya jua sendirinya. Dan adalah wujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana wujud yang lain daripada Allaha Taa’laya itu bukan maujud sendirinya hanya ia maujud dengan Allaha Taa’laya jua ertinya wujud yang lain daripada Allaha Taa’laya itu qoama ia dengan wujud Allaha Taa’laya tiada qoama dengan sendirinya tetapi adalah wujud yang lain daripada Allaha Taa’laya itu khoyaala ertinya menempati akan yang maa’dawama pada tempat yang maujud dan wahama ertinya sangka dan batil jua dengan di nisbahkan kepada wujud Allaha Taa’laya.

Kata Shayakhonaa Al A’arafa Ba Allaha Mawalaanaa Al Shayakho Shodayaqo Bana A’mara Khoana Rahamaha Allaha bermula segala wujud ghoyara Allaha itu seperti wujud yang kita lihat akan dia di dalam mimpi jua tiada baginya hakikat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah wujud ghoyara Allaha. Apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya wujud yang sebenarnya seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Al Naasa Nabaama Faazaa Maatawaa Al Tabahawaa yakni berrmula segala manusia itu tidur maka apabila mati mereka itu baharulah jaga mereka itu.

Maka adapun mati itu dua perkara pada Ashotholaaha Ahala Al Tashowafa, pertamanya mati hasaya namanya iaitu ibarat daripada bercerai ruh daripada jasad, kedua mati maa’nawaya namanya iaitu yang di isyaratkan oleh rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan sabdanya Mawatawaa Qobala Ana Tamawanawaa Wa Mana Araada Ana Yanazhora Alaya Mayata Yamashaya A’laya Wajaha Al Aradho Falayanazhora Alaya Abaya Bakara yakni matikan olehmu akan diri kamu sebelum lagi mati kamu dan barang siapa menghendak melihat kita mayat yang berjalan ia di atas bumi maka hendaklah melihat olehmu kepada Abaya Bakara iaitu ibarat daripada nafsu yang amarah dan ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghoyara Allaha itu fana dan tiada hakikatnya Anatahaya.

Bermula wujud Allaha Taa’laya itu wujud yang sebenarnya dengan nisbah kepada tiap-tiap suatu yang lain seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Alaa Kala Shaya Maakholaa Allaha Ba Al Bathola ertinya ketahui olehmu bermula tiap-tiap suatu yang lain daripada Allaha Taa’laya itu bathil jua adanya. Dan dalil yang menunjukkan atas yang demikian itu amat banyak seperti firmannya Kala Mana A’layahaa Faana Wa Yabaqoya Wajaha Rabaka Zawa Al Jalaala Wa Al Akaraama tafsirnya bermula tiap-tiap barang yang ada daripada segala haiwan atau yang bersusun atas zat dan sifat sekelian itu binasa pada masa yang dahulu dan pada masa sekarang dan masa yang lagi akan datang dan kekal zat tuhanmu ya Mahamada yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Dan lagi firman Allaha Taa’laya Kala Shaya Haalaka Alaa Wajahaha yakni bermula tiap-tiap sesuatu itu binasa ia pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang dan pada masa yang lagi akan datang melainkan zat Allaha Taa’laya jua yang tiada binasa.

Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kaana Allaha Wa Lama Yakana Shaya Maa’ha ertinya adalah Allaha Taa’laya itu pada hal tiada ada sesuatu sertanya dan menambahi a’lamaa Wa Hawa A’laya Maa Hawa A’layaha Kaana ertinya dan iaitu adalah Allaha Taa’laya pada sekarang ini atas barang yang ada ia atasnya telah lalu. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yang di riwayatkan akan dia oleh Taramazaya Wa Alazaya Nafasa Mahamada Bayadaha Lawa Anakama Dalayatama Bahabala Alaya Al Aradho Lahabatho A’laya Allaha Tsama Qoraa Hawa Al Awala Wa Al Akhora Al Ayata ertinya demi tuhan yang ada diri Mahamada itu jadi dengan kudratnya jikalau kamu hulurkan akan tali daripada langit ke bumi nescaya turun sampai ia atas wujud Allaha Taa’laya. Kemudian daripada itu maka membaca rasul Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Hawa Al Awala Wa Al Akhora hingga akhir ayatnya.

Bermula hasilnya segala wujud sesuatu itu dengan di nisbahkan kepada wujud Allaha Taa’laya yang hakiki itu khayal dan waham dan majazi jua kerana wujudnya antara dua a’dam. Bermula wujud yang antara dua a’dam itu a’dam jua dan tiada dua wujud pada hakikatnya itu dengan sendirinya tetapi adalah adanya itu dengan wujud Allaha Taa’laya yakni qoama ia Ba Wajawada Allaha Taa’alaya dan tiada wujud hakiki itu hanya wujud Allaha Taa’laya jua.

Kata A’arafa Ba Allaha Mawaalanaa Al Sayada A’bada Allaha Abana Abaraahayama Mayaraghonaya Rahamaha Allaha di dalam Tahafata Al Marasalata bermula segala mamakana yang maujud pada khoaraja itu pada sekira-kira wujudnya iaitu A’yana wujud Al Hak Sabahanaha Wa Taa’laya dengan sekira-kira zahir mamakana itu lain daripada Allaha Taa’laya dan sekira-kira hakikatnya wujud mamakana itu iaitu A’yana wujud Allaha Taa’laya. Dan misalnya seperti buih dan ombak dan kendi yang jadi daripada air beku maka sekelian itu daripada sekira-kira hakikatnya A’yana wujud air jua dan daripada sekira-kira tapinya lain daripadanya Anatahaya. Kata setengah a’rif bermula alam ini nasakhota Al Hak Taa’laya dan kata setengah ini cermin hak Taa’laya.

Kata Al Shayakho Al Akabara Wa Al Kabarayata Al Ahamara Qodasa Allaha Saraha di dalam Fashowasho dan apabila adalah hak Allaha Taa’laya itu waaqoyata bagi hamba pada suatu wajaha iaitu keadaan hak Taa’laya itu zahir ia di dalam cermin hamba dan jadilah hamba itu batin dan apabila adalah hamba itu waqoayata bagi hak Taa’laya pada suatu wajaha iaitu keadaan hamba itu zahir ia di dalam cerminnya hak Taa’laya dan jadilah hak Ta’laya itu batin. Maka engkau katalah hai salik pada sekelian yang maujud yang di zahirkan ini barang yang engkau kehendaki dengan segala iktibar yang bersalah-salahan. Jikalau engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zahir ia di dalam cerminnya hak Taa’laya dengan iktikbar keadaan hamba itu waqoayata akan wujud hak Taa’laya iaitu Shawada Al Katsarata Faya Al Ahadata ertinya pandang yang banyak di dalam yang satu.

Kata sheikh Sahalamaya Qodasa Allaha Saraha sebab di dahulukan iktibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala orang yang awam. Dan jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia itu hak Taa’laya ertinya rupanya yang zahir ia pada cermin makhluk dengan iktibar keadaan hak Taa’laya itu waqoayata akan hambanya iaitu Shahawada Al Wahadata Faya Al Katsarata ertinya pandang yang satu di dalam yang banyak. Dan jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia itu hak Taa’laya pun ia dan makhluk pun ia dengan iktikbar zahir tiap-tiap satu daripada keduanya di dalam cermin yang lain serta ketiadaan membezakan dua cermin itu kerana bahawasanya segala iktikbar itu hanya sabit ia di dalam ilmu hak Allaha Taa’laya yang tiada mengubahkan dia oleh cenderung pada segala wajah itu.

Dan jika engkau kehendaki kata akan dia itu bukan ia hak Allaha Taa’laya pada tiap-tiap wajah dan bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah dengan iktibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat. Kata Sheikh A’bada Al Ghonaya Al Naabalasaya Qodasa Allaha Saraha bermula merada keadaannya itu bukan ia hak Taa’laya pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia iktibar hak Taa’laya itu pada wajah keadaannya maujud faqotho dan merada keadaannya bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itu dengan iktibar makhluk daripada wajah keadaannya berupa jua Anatahaya.

Dan jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada di ketahui mana yang zahir dan mana yang batin kerana yang zahir pada cermin itu menjadilah ia batin dengan iktibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain. Maka apabila engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang di tuntut oleh tiap-tiap seorang daripada segala orang yang mataqoyana itu martabat wujud dengan iktikbar zatnya dan zhohawara nya dan jika ada yakin itu melazimkan bagi tahdid sekalipun maka tiada mengapa yang demikian itu. Dan dalil yang menunjukkan tahdid itu tiada mengapa atas hak Taa’laya jikalau tiada tahdid itu harus bagi Allaha Taa’laya nescaya tiada mengkhabarkan segala rasul itu dengan tahawayala yakni yang waarada daripada Allaha Taa’laya pada hadrat zhohawara nya dengan bertahwil hak Taa’laya itu pada segala rupa.

Kata Sheikh A’bada Al Ghonaya Al Naabalasaya Qodasa Allaha Saraha bermula merada dengan tahdid yang harus bagi Allaha Taa’laya itu iaitu pada zhohawara nya jua pada hak Taa’laya tiada berubah pada sekira-kira batinnya atas barang yang ada ia atasnya yang maha besar lagi yang maha mulia Anatahaya iaitu barang yang suatu daripada hadis bahawasanya Allaha Taa’laya itu tajali ia pada hari kiamat bagi segala makhluk pada rupa yang di mungkirkan. Maka firman ia Anaa Raba Kama Al Aa’laya ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka itu Naa’waza Ba Allaha Manaka ertinya berlindunglah kami dengan Allaha Taa’laya daripadamu. Kemudian maka tajali ia pada rupa segala iktikad mereka itu maka sujudlah mereka itu baginya.

Maka apabila adalah sekelian yang ada itu daripada martabat hak Taa’laya serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa pada hal tiada rupa itu bagi segala Aa’yaana daripada sekira-kira a’dam. Maka janganlah engkau pandang akan A’yana itu sama ada di dalam cermin hak Taa’laya atau di dalam cermin makhluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya sama ada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana maa’dawama itu daripada sekira-kira ia maa’dawama tiada tetap baginya hukum. Maka tiada hukum itu atas segala Aa’yana dengan melihat dan lainnya itu melainkan iktibar tsabawata nya di dalam ilmunya yang tiada boleh mengubahkan dia daripada segala perkara Anatahaya. Kalaamaha Radhoya Allaha A’naha Fanaalamaha Faanaha Daqoyaqo.

Shahdan adalah wujud yang lain daripada Allaha Taa’laya iaitu fana di bawah wujud Allaha Taa’laya maka tiadalah yang maujud hanya Allaha jua dan wujud alam ini mezahir wujud Allaha Taa’laya jua di buat misal oleh A’arafa Ba Allaha kerana menghampirkan kepada faham jua bukan hakikatnya seperti laut dan ombak dan buih. Maka laut dan ombak dan buih itu mezahir air jua dan tiada yang maujud hanya air jua dan tatkala zahir itu dengan rupa bergerak-gerak maka jadi daripadanya itu ombak dan buih dan tatkala luas tempatnya air itu jadi ia laut. Tetapi sekeliannya itu hakikat air jua tiada maujud pada yang sekeliannya itu hanya air jua meliput wujud air itu pada laut dan ombak dan buih kerana jikalau air itu tiada bergerak dan tiada tempatnya luas nescaya tiadalah baginya ombak dan buih dan laut. Maka kembalilah ia kepada air semata-mata dan hilanglah ombak dan buih dan laut itu padanya seperti demikianlah wujud Allaha Taa’laya itu meliput wujudnya itu pada segala alam ini tiada maujud hanya ia jua yang a’alama dan sekelian itu fana paada wujud Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Allaha Bakala Shaya Mahayatho ertinya bermula Allaha Taa’laya itu meliputi ia bagi tiap-tiap suatu. Bermula merada dengan meliputi itu.

Kata Shayakhonaa Al A’alama Al A’laamata Al A’rafa Ba Allaha Mawalanaa Al Shayakho A’bada Al Rahamana bana A’bada Al A’zayaza Al Maghorabaya Al A’maraya Rahamaha Allaha dengan zatnya yang melazimkan baginya sifat pada maa’anaya yang tersebut itu kerana Allaha Taa’laya itu nama bagi zat yang wajib Al Wujud yang mempunyai segala sifat kepujian dan kesempurnaannya bukannya merada dengan meliputi itu dengan ilmu faqotho seperti sangka kebanyakan a’lama zahir yang terdinding mereka itu daripada mengenal zat dengan sifatnya dengan sempurna pengenal Anatahaya.

Dan lagi firmannya Wa Lalaha Al Masharaqo Wa Al Maghoraba Faanamaa Tawalawaa Qotsama Wajaha Allaha ertinya bagi Allaha Taa’laya jua masyrik dan maghrib dan barang di mana hadap kamu maka adalah wajah Allaha yakni barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hatimu atau ruhmu atau akalmu maka adalah di sana zat Allaha. Dan lagi firmannya Wa Hawa Maa’ Kama Ayanamaa Kana Tama ertinya dan iaitu Allaha Taa’laya serta kamu barang di mana ada kamu dan merada dengan berserta itupun dengan zatnya jua yang melazimkan baginya sifat maa’naya fana sekelian alam ini maka tiada yang maujud hanya Allaha jua maka barang di mana ada wujud itu adalah Allaha Taa’laya itu menqiamkan dia.

Kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Qodasa Allaha Saraha dalam Al Yawaaqoyata Al Jawaahara barang siapa mengatakan maa’yata Allaha akan makhluknya itu dengan sifatnya faqotho maka lazamlah daripada katanya itu boleh infak sifat itu daripada zat maka yang demikian itu mustahil tetapi barang siapa mengata ia bahawasanya yang maa’yata itu kembali bagi sifat jua tiada bagi zatnya maka iaitu adab amat sempurna dan jikalau ada sifat Allaha itu tiada boleh bercerai dengan zatnya sekalipun Anatahaya maka bicarakan olehmu akan dia kerana bahawasanya itu sangat halus.

Shahdan bermula wujud Allaha Taa’laya dan zatnya itu bukan ia jisim dan bukan ia jauhar dan bukan ia a’radho dan bukan ia atahaada dan bukan ia Halawala dan tiada ia ber jahaata dan tiada baginya jahaata kerana bahawasanya ia tiada berhad dan tiada berhingga dan tiada baharu dan berlainan adanya itu dengan tiap-tiap sesuatu seperti firmannya Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyara ertinya tiada seperti Allaha Taa’laya sesuatu jua pun dan ia jua yang amat mendengar lagi yang amat melihat.

Dan lagi tiada ia bersahabat dan tiada ia beranak dan tiada ia di peranakkan esa ia tiada sekutu baginya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepadanya seperti firmannya Qola Hawa Allaha Ahada Allaha Al Shomada Lama Yalada Wa Lama Yawalada Wa Lama Yakana Laha Kafawaa Ahada ertinya katakan olehmu ya Mahamada bermula Allaha Taa’laya esa dan berlengkap ia yakni berkehendak tiap-tiap orang yang lainnya kepadanya dan tiada ia beranak dan tiada di peranakkan dan tiada ada seorang juapun yang sebangsa baginya. Shahdan manakala tahqiqlah memandangmu akan bahawasanya tiada yang maujud ini hanya Allaha Taa’laya jua dan adalah wujud sekelian alam ini mezahir maka wujud Allaha Taa’laya jua tiada baginya wujud pada hakikatnya hanya sanya ia khayal dan waham jua dengan di bangsakan kepada wujud Allaha dan tiada yang maujud pada hakikatnya hanya Allaha Taa’laya jua.

Maka fana pada ketika itu sekelian perbuatan makhluk pada perbuatan Allaha Taa’laya dan Asmanya pada Asama Allaha dan sifatnya pada sifat Allaha dan zatnya pada zat Allaha maka tiadalah tinggal lagi pada ketika itu pada makhluk hanya khayal dan waham jua dan hapuslah sekelian atsaara ini pada mawatsara dan di lihatnya akan hakikat alam ini dengan sebenarnya. Maka adalah di lihatnya segala perbuatan yang di dalam alam ini sekeliannya perbuatan Allaha Taa’laya adalah hamba ini seperti umpama bintang yang tergantung pada hawaya jua di tiup oleh angin ke sana ke sini tiada baginya perbuatan.

Demikian lagi kelihatan sekelian Asma yang dalam alam ini semuanya di lihatnya Asma Allaha Taa’laya lain sifatnya pun sekeliannya sifat Allaha dan wujudnya pun sekeliannya wujud Allaha. Maka menyelamlah ia pada ketika itu di dalam laut Ahadayata Allaha Taa’laya dan tiadalah hampir di harap akan selamatnya daripada ombaknya itu dan sangatlah keras mabuknya dengan sebab minum ia akan khomar Al hakikat dan tiadalah hampir harap akan siumannya daripada sangat penengar khomar itu. Maka pada ketika itu hasillah padanya maqam Fanaa Ba Allaha ertinya binasa wujudnya pada wujud Allaha dan masuklah ia di dalam khothora yang amat besar kerana belum lagi ia Kaamala dan kerana belum lagi sampai ia kepada maqam Baqoa Allaha ertinya kekal dengan dia memandang yang demikian itu dengan di kekalkan Allaha Taa’laya.

Bermula maqam ini iaitu mengisbatkan akan wujud segala akuan alam ini dengan memandang dan melihat akan keadaan mezahir wujud Allaha Taa’laya dan iaitu dua perkara, pertama Shahawada Al Katsarata Faya Al Wahadata ertinya memandang yang banyak di dalam yang satu yakni pandangmu akan bahawasanya wujud segala makhluk ini qoama ia wujud Allaha tiada dengan sendirinya misalnya seperti kita lihat akan pohon kayu. Maka kita lihat ada baginya pohon dan cabang dan daun dan barang sebagainya maka kita tilik dan kita bicarakan dengan fikir hati bahawasanya sekeliannya itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikian lagi alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu jua iaitu Allaha Taa’laya Fataamala ertinya bicarakan olehmu.

Dan kedua Shahawada Al Wahadata Faya Al Katsarata memandang yang satu di dalam yang banyak yakni pandangmu akan bahawasanya Allaha Taa’laya itu maujud ia pada sekelian zarah Al Wujud misalnya seperti kita lihat akan satu biji maka kita ibaratkan dengan zahana itu bahawasanya daripada inilah jadi ia dan keluar segala daun dan cawangnya dan pohon dan barang sebagainya seperti demikianlah wujud Allaha Taa’laya yang satu itu daripadanya jua terbit sekelian alam ini Fataamala iaitu pandang zawaqoya tiada pandang qowalaya dan lafazhoya kerana lemah segala lidah daripada mendapat dia lagi pula pandang dan lafazhoya itu tiada memberi faedah sebab itulah.

Kata Sayadaya Mashothofaya Al Kabaraya Radhoya Allaha A’naha bahawasanya jalan penghulu segala A’rifin daripada orang yang mempunyai kebenaran itu jalan amat nyata Radhoya Allaha A’na Hama Ajamaa’yana iaitu ghaib tiada dapat oleh panca indera yang lima dan tiada di pandang oleh mata dan berjalan itu dengan hati kerana bahawasanya ia daripada pekerjaan yang ghaib. Maka wajib atas murid yang benar membenarkan akan atsara nya dan menerima bagi itu bersungguh-sungguh ijtihad dan berhadap dan bersedia kerana bahawasanya jalannya itu sukar atas nafsu kerana keadaanya ilmu zawaqo (zuk) itu tiada dapat di suratkan pada segala sathora Anatahaya dan barang siapa mengatakan dapat mendapat dia itu dengan lafaz dan kaul dan takbir maka orang itu kafir zindik Naa’waza Ba Allaha Mana Zalaka.

Shahdan manakala tajali Allaha Taa’laya dengan zatnya daripada tiada dengan Waasathota sifatnya pada seorang hamba yang di kehendakinya umpamanya nescaya fanalah di sisinya itu dirinya dan segala makhluk yang lain daripadanya dengan segala zatnya dan sifatnya. Maka tiadalah dapat ia akan mengkhabarkan akan tajali itu kepada seorang juapun. Dan lagi pula tiada dapat akan dia dengan talqin daripada Mashaayakho hanya sanya Mashaayakho menunjukkan jalannya dan tempatnya jua kerana ia amar zawaqoya maka barang siapa tiada merasa zuk nescaya tiada mengetahui seperti kata Hakamaa Mana Lama Ba Zaqo Lama Yadara ertinya barang siapa tiada merasa ia nescaya tiada mendapat ia misalnya seperti orang Jawi yang di Jawi umpamanya di khabarkan orang akan dia rasa Safara Jala bagian-bagian nescaya tiada mendapat ia akan rasa Safara Jala pada hakikatnya kerana ia belum merasa maka jikalau ia sudah merasai akan dia baharulah tahu ia rasanya itu.

Demikian lagi makrifat akan Allaha Taa’laya jikalau orang yang sudah merasa akan dia nescaya tahu sendirinya ia tiada susah ia bercerita dan tiada dapat segala A’rifin itu metakrifkan dia dan mengisyaratkan dia dan lemahlah mereka itu daripada mengabarkan dia seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Sabahaanaka Maaa’ra Fanaaka Haqo Maa’rafataka ertinya maha suci engkau ya Allaha tiada kami mengenal akan dikau akan sebenar-benar pengenal akan dikau dan kelu lidah mereka itu daripada mengatakan dia seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana A’rafa Allaha Kala Lasaanaha ertinya barang siapa mengenal ia akan Allaha Taa’laya dengan sebenar-benarnya nescaya kelu lidahnya kerana ia amar zawaqoya.

Bermula makna pandangmu bahawasanya Allaha Taa’laya itu maujud ia pada tiap-tiap maujud iaitu shahawada mawakan hakikat dan penyumahnya jika engkau sampai kepada mengenal akan zatnya dengan tiada hawala dan atahaada dan kifayat dan shawada akan kudratnya dan kebesaran jika engkau tiada sampai kepada mengenal zatnya hanya kepada sifatnya jua kerana kebanyakan awalayaa sehingga-hingga sampai makrifat akan Allaha Taa’laya kepada sifatnya jua dan tiada yang sampai kepada mengenal zatnya dan itu melainkan segala awalayaa yang di bawah khadam nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti yang telah tersebut pada awal fasal yang keempat itu.

Shahdan manakala merasa seorang akan tajali zat itu padanya nescaya lenyaplah ia di dalam laut Ahadayata wujud mutlak yang Layasa Kamatsalaha Shaya dan tiada melihat ia akan membilangkan amal yang di sandarkannya akan dia pada dirinya dan tiada kepada seorang daripada makhluk dan tiada membangsakan ia kepadanya akan suatu jua pun dan tiada berpaling ia kepada segala ibarat seperti bahawa di bilangkannya perbuatan yang baik itu daripadanya dan tiada berpaling ia kepada suatu maqam daripada segala maqam barang maqam ada ia yang mengusahakan ia akan dia dengan ijtihadnya bagi dirinya dan tiada tahu ia daripada sebab yang memperoleh akan dia kerana bahawasanya maqam ini maqam ghaib ia daripada memandang wujudnya dengan sebab memandang wujud mutlak yang mendirikan dengan dia akan wujudnya. Dan adalah orang yang pada maqam ini tiada merasai akan suatu kerana bahawasanya tajali zat itu menghabisi ia di dalam tempat pandangnya itu akan memandang wujud Al Hak yang satu maka dengan sebabnyalah hilang akal pada yang lainnya dan terbanglah ia daripada sangat tajali nur yang di pandang.

Kata Shayakhonaa Al A’arafa Ba Allaha Mawalaanaa Al Shayakho Shodayaqo bana A’mara Khoana Qodasa Allaha Saraha bermula barang siapa ada ia pada maqam ini nescaya tiada hampir ia pegang dengan syariat dan terkadang berkata ia dengan perkataan yang tiada di terima akan dia oleh segala a’lama syariat. Maka menegas mereka itu akan dia dengan zindik kerana bahawasanya orang yang pada maqam ini iaitu orang yang mempunyai hakikat semata-mata tiada dengan syariat yang zahir Anatahaya. Inilah mafhum kata Imam Janayada Radhoya Allaha A’naha Laa Yabalagho Ahada Darajata Al Haqoyaqota Hataya Yashahada Fayaha Alafa Shodayaqo Ba Anaha Zanadayaqo ertinya tiada jua sampai seorang kepada darjat hakikat hingga naik saksi padanya itu seribu daripada orang yang shidiq dengan mengatakan bahawasanya orang itu zindik.

Kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Rahamaha Allaha kepada Sheikhnya Sayadaya A’laya Al Khowaaasho Qodasa Allaha Saraha apa darjat hakikat itu. Maka jawabnya Radhoya Allaha A’naha darjat hakikat itu iaitu hilang segala wujud yang zahir ini pada pandangnya bukan hilang ia pada nafas Al Amar. Maka apabila memandang ia dengan mashahadah ini maka tiada melihat ia dengan hatinya itu hanya Allaha Taa’laya jua dan apabila tiada melihat ia melainkan Allaha Taa’laya jua maka tiada mengetahui ia akan barang yang di katanya itu dan tiada terikut katanya itu atas faedah syariat yang zahir. Maka tiada membenarkan segala orang yang shidiq itu melainkan menegas mereka itu dengan zindik kerana memeliharakan atas zahir syariat nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kerana takut akan di ikuti yang demikian itu oleh orang yang lain seperti yang jatuh bagi halaaja. Bermula yang di kehendaki dengan shidiq di sini iaitu orang yang menjalani ia akan jalan syariat atas perkara yang tamaama dan kamaala.

Kata Sheikh A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya Rahamaha Allaha kepada asataaza (ustaz) nya yang tersebut itu maka adalah tiada dapat tiada sampai bagi tiap-tiap orang yang salik itu kepada hakikat. Maka katanya Radhoya Allaha A’naha Naa’ma yakni bahkan sampai mereka itu kepada hakikat tetapi memelihara akan Allaha Taa’laya akan orang yang salik itu dengan Waasathota sheikhnya pada membukakan dinding itu atasnya hingga kembali ia kepada darjat adab yang di jalani akan dia oleh salaf yang sholih Wa Allaha Aa’lama Anatahaya. Shahdan maka apabila nyata bagimu sekejap mana jua umpamanya rahsia yang engkau peroleh akan dia dengan mashahadah itu kerana mengekalkan hadhowara yang demikian itu daripada tiada terselang-selang ghofalat itu iaitu tiada ia melainkan bagi segala afaraada seperti anabayaa dan setengah daripada segala awalayaa yang kamil tiada daripada yang lain daripada mereka itu.

Maka peliharakan olehmu akan dia dengan menutupi dia dan jangan engkau nyatakan dia kepada seorang juapun kerana bahawasanya yang demikian itu setengah daripada segala yang di ajarkan Allaha Taa’laya menyatakan dia dan yang menyuruhkan Allaha Taa’laya itu akan dia dengan menutupi dia dan menegahkan dia daripada membukakan dia atas lisan nabinya Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sekira-kira sabda nabi A’layaha Wa Salama Wa Lalaha Mahaarama Falaa Tahatakawahaa ertinya dan bagi Allaha Taa’laya itu beberapa rahsia yang di haramkan menyatakan dia maka jangan kamu buka akan dia. Maka apabila nyata bagimu rahsia itu dengan zukmu maka peliharakan olehmu akan dia dengan mengerjakan segala suruhnya dan menjauhkan segala larangan supaya tetap ia padamu kerana bahawasanya rahsia sir yang amat mulia dan sembunyikan olehmu akan dia kepada orang yang bukan ahlinya kerana datang syarak suruh menyembunyikan akan dia kepada bukan ahlinya seperti yang lagi akan datang Ana Shaa Allaha pada tatamata.

Bermula orang yang ahlinya itu iaitu segala orang yang sunyi hati mereka itu daripada tiap-tiap yang lain daripada Allaha Taa’laya dan di sediakan mereka itu bagi tempat menghantarkan akan dia dan di kekali mereka itu akan kubur baginya oleh mereka itu di dalam dada. Maka tiada memberi tahu akan mereka itu atasnya kepada seorang juapun melainkan kepada orang yang menyuruhkan Allaha akan mereka itu bahawa di beri tahukan mereka itu akan dia atasnya. Bahawasanya mereka itu pada maqam adab serta tuhan mereka itu maka barang yang menyuruhkan Allaha Taa’laya akan mereka itu dengan dia maka memperbuat mereka itu akan dia dan barang yang menegahkan Allaha Taa’laya akan mereka itu daripadanya maka menjauhi mereka itu daripadanya. Dan lagi maqam Baqoa ini kembali kepada zahir syariat nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan mengerjakan ia akan barang yang di suruhkan akan dia oleh syarak dan menjauh ia akan barang yang di tegahkan oleh syarak dan memberi ia akan yang mempunyai bahagian itu bahagian dan menyempurnakan ia akan tiap-tiap yang mempunyai hak itu akan haknya maka jadilah ia pada ketika itu Baqoa Ba Allaha iaitulah yang di tuntut.

Shahdan hasillah bahawasanya maqam itu dua maqam, pertama maqam Fanaa iaitu memandang dan mashahadah akan empat perkara, pertama Tawahayada Al Afaa’ala dan kedua Tawahayada Al Asamaa dan ketiga Tawahayada Al Shofata dan keempat Tawahadaya Al Zaata seperti yang telah lalu sebutnya. Dan kedua maqam Baqoa iaitu dua perkara pertama Shahawada Al Katsarata Faya Al Wahadata ertinya pandang yang banyak di dalam yang satu dan kedua Shahawada Al Wahadata Faya Al Katsarata ertinya pandang yang satu di dalam yang banyak seperti yang telah lalu sebutnya.

Shahdan bermula maqam Baqoa itu terlebih mulia dan terlebih tinggi daripada maqam Fanaa kerana maqam Fanaa itu maqam binasa dan hilang di bawah Ahadayata Allaha Taa’laya dan maqam Baqoa itu maqam yang tetap dan kekal di dalam Waahadayata Allaha Taa’laya. Dan lagi maqam Fanaa itu iaitu maqam pandangmu bahawasanya tiada maujud hanya Allaha Taa’laya dan maqam Baqoa itu maqam pandangmu akan bahawasanya Hawayata Allaha Taa’laya dan qoyawamayaha nya itu saaraya ia pada tiap-tiap Zarata Al Wajawada yakni qoama.

Bermula maqam ini di namai maqam tajali dan zhohawara dan maqam Maa Raayata Shayaa Alaa Wa Raayata Allaha Maa’ha ertinya tiada aku lihat akan suatu melainkan padahal aku lihat akan Allaha Taa’laya itu sertanya. Wa Maa Raayata Shayaa Alaa Wa Raayata Allaha Fayaha ertinya tiada aku lihat akan suatu melainkan padahal aku lihat akan Allaha Taa’laya di dalamnya. Wa Maa Raayata Shayaa Alaa Wa Raayata Qobalaha ertinya tiada aku lihat akan suatu melainkan pada hal aku lihat Allaha Taa’laya dahulunya. Wa Maa Rayata Shayaa Alaa Wa Raayata Allaha Baa’daha ertinya tiada aku lihat akan suatu melainkan padahal aku lihat akan Allaha Taa’laya kemudiannya. Tetapi maqam ini tiada hasil ia melainkan kemudian daripada sudah hasil maqam Fanaa dan Fanaa Al Fanaa iaitu Baqoa.

Kata Shayakhonaa Al A’alama Al A’laamata WA Al Bahara Al Maghoraqo Mawalaanaa Al Shayakho A’bada Allaha Bana Hajaazaya Al Sharaqoaya Al Shoraya Rahamaha Allaha Taa’alaya di dalam syarah Warada Sahara dan tiada di peroleh maqam Ba Allaha itu pada gholib melainkan kemudian daripada sudah hasil maqam Fanaa dan hasilnya maqam Baqoa itu dengan Hazaba yakni tiada hasil dahulunya maqam Fanaa itu iaitu Naadara Anatahaya. Adapun takrif Fanaa pada Ashotholaaha Ahala Al Tashowafa itu iaitu mengqiamkan dia demikian lagi Asmanya dan sifatnya dan zatnya.

Dan kata setengah A’arafayana Ba Allaha bermula merada daripada fana itu iaitu fanalah hamba itu daripada sifat Hawayata Nafasa Basharayata kepada tuhannya. Adapun takrif Baqoa pada Ashotholaaha Ahala Al Tashowafa itu iaitu di lihat oleh hamba qoama Allaha Taa’laya atas segala sesuatu. Kata setengah A’rifin Al Baqoa Ana Yakawana Mana Allaha Lalaha Ba Allaha yakni bermula Baqoa itu bahawa jadilah hamba daripada Allaha bagi Allaha dengan Allaha maka merada daripada Allaha itu iaitu di jadikan Allaha Taa’laya akan sekelian yang berlaku ini. Dan merada daripada bagi Allaha itu milik bagi Allaha Taa’laya dan mezahirnya dan merada daripada dengan Allaha itu iaitu maujud ia dengan sebab hak Taa’laya.

Kata Shayakho Qothoba Al Dayana Qosathoanaya Qodasa Allaha Saraha bahawa adalah maqam Fanaa dan Baqoa itu keduanya sifat maa’nawayata jua pada hamba iaitu hasil sesuatu hal kemudian maka sesuatu hal yakni apabila hasillah maqam Fanaa maka hasillah maqam Baqoa. Maka adalah keduanya itu pada Ashotholaaha Ashaarata Ahala Al Tashowafa Fanaa daripada sifat kejahatan yang Basharayata dan Baqoa dengan sifat kepujian yang Al Wahayata Anatahaya. Kata Shayakho Abaraahayama Bana Safayaana Qodasa Allaha Saraha bermula Fanaa dan Baqoa itu iaitu mengandung ikhlas akan Wahadaanayata dan sinar kehambaan dan barang yang lain daripada ibarat ini maka iaitu sesat dan zindik Anatahaya.

Setelah itu manakala hasillah pada seorang maqam Fanaa Faya Allaha dan Baqoa Ba Allaha itu nescaya memperoleh ia pada ketika itu akan lazat citarasa mashahadahnya akan Allaha Taa’laya atas yang di cita-citakan dengan dia barang yang tiada perolehnya maqam yang lainnya. Dan sampailah ia kepada martabat segala shidiq daripada orang yang maqorabin dan menjadilah ia ahli al tauhid yang sebenarnya dan bernamalah ia A’rafa Ba Allaha yang sejatinya. Maka di perolehnyalah daripada Allaha Taa’laya pada tiap-tiap nafasnya yang keluar masuk itu pahala seribu orang yang mati syahid pada perang sabil Allaha seperti kata Qothoba Al Ghowatsa Mahaya Al Nafawasa Mawalaanaa Al Sayada Abawa Bakara Al A’yadarawasa Qodasa Allaha Saraha Ana Lalaa’rafayana Ba Kala Nafasa Darajata Alafa Shahayada ertinya bahawasanya bagi segala A’rif itu pada tiap-tiap satu nafas yang keluar masuk itu pahala martabat seribu pahala orang yang syahid pada jalan sabil Allaha Anatahaya. Adalah bilangan nafas itu dalam sehari semalam itu dua laksa delapan ribu Wa Allaha Aa’lama.

Dan di dapatnyalah pada ketika itu Janata Al Maa’jalata iaitu makrifat Allaha Taa’laya dan di perolehnyalah dalamnya itu nikmat yang di keinginnya oleh nafsunya dan yang di lazati oleh matanya pada hal kekal ia di dalamnya selama-lamanya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Fayahaa Maa Tashatahayaha Al Anafasa Wa Talaza Al Aa’yana Wa Anatama Fayahaa Khoaladawana ertinya dan adalah di dalam syurga itu segala nikmat barang yang di keinginnya akan dia oleh segala nafsunya dan yang di lazati akan dia oleh segala mata pada hal adalah kamu dalamnya itu kekal selama-lamanya dan di rasainyalah nikmat syurga yang tiada pernah di lihat oleh mata dan tiada di dengar oleh telinga dan tiada terlintas pada hati manusia seperti sabda Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kholaqo Fayahaa Maa Laa A’yana Raata Wa Laa Azana Samaa’ta Wa Laa Khothora A’laya Qolaba Bashara ertinya di jadikan di dalam syurga itu nikmat yang tiada pernah di lihat oleh mata dan tiada pernah di dengar oleh telinga dan tiada pernah terlintas atas hati manusia.

Dan lagi membukakan Allaha Taa’laya pada ketika itu akan dia akan hijab dan mengenalkan ia kepadanya akan dirinya maka di kenallah oleh mereka itu akan dia dengan sempurna pengenal dan sebenar-benar makrifat dan di lihatnyalah oleh mereka itu akan dia akan sebenar-benar zatnya yang Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyara itu dan beroleh kemenanganlah ia pada ketika itu dengan damping dan hampir kepada Allaha Taa’laya dan tiadalah mendatang akan dia itu kesakitan dan dukacita dan bertambah-tambah kesukaan mereka itu dengan mengenal Allaha Taa’laya sehari-hari demikian bertambah sukacita sebab hampir mereka itu kepada Allaha dan tiadalah dukacita mereka itu selama-lamanya seperti firman Allaha Taa’laya Alaa Ana Awalayaa Allaha Laa Khowafa A’laya Hama Wa Laa Hama Yahazanawana ertinya ketahui olehmu bahawasanya segala awalayaa Allaha Taa’laya itu tiada takut atas mereka itu dan tiada gentar dan tiada dukacita mereka itu.

Dan lagi beroleh mereka itu kerajaan dan keramat kerana bahawasanya daripada Shaana raja itu luas segala tasrifnya dan kehendaknya dan bahawasanya tida ada yang demikian itu pada hakikatnya di dalam dunia ini melainkan bagi Awalayaa Allaha Taa’laya dan bagi segala penglihatnya yang redha mereka itu akan qodhanya. Bermula laut dan darat dan segala bumi bagi mereka itu satu khadam jua dan tanah dan batu bagi mereka itu emas dan perak yakni bolehlah di jadikan oleh mereka itu emas dan perak seperti yang di riwayatkan orang bahawasanya Ibrahim Abana Adahama Radhoya Allaha A’naha menghendaki ia menumpang pada perahu orang. Maka berkata baginya Malaahawana ertinya di panggilnya akan orang isi perahu itu “Tiada kami bawa akan seorang naik perahu serta kami melainkan dengan mengupah satu dinar”. Maka sembahyang Ibrahim bana Adahama dua rakaat satu salam dan berkata ia Allahama Anahama Qoda Saalawanaya Maa Layasa A’nadaya Wa Hawa A’nadaka Katsayara ertinya hai tuhanku bahawasanya mereka itu sanya telah meminta akan daku akan barang yang tiada ia daripadaku dan padamu amat banyak. Maka menjadilah segala pasir itu dinar maka mengambil ia daripadanya akan satu dinar dan memberi ia akan dia kepada Malaahawana itu dan naiklah ia ke perahu itu serta mereka itu.

Dan segala manusia dan binatang dan burung tersungkur sekeliannya bagi mereka itu dan tiada menghendaki mereka itu akan sesuatu melainkan ada ia kerana bahawasanya mereka itu tiada menghendaki mereka itu melainkan barang yang di kehendaki Allaha Taa’laya itu adalah ia. Dan tiada takut mereka itu akan sesuatu jua pun daripada segala makhluknya dan takut akan mereka itu makhluk dan tiada berkhidmat mereka itu akan seorang jua pun daripada makhluk dan berkhidmat akan mereka itu tiap-tiap barang yang lain daripada Allaha Taa’laya seperti kata oleh Sheikh Matabakhonaa Al Sayada Mashothofaya Abana Kamaala Al Dayana Al Bakaraya Radhoya Alllaha A’naha di dalam Warada Sahara A’bayada Wa Lakana Al Malawaka A’bayada Hama Wa A’nada Hama Adhohaya Laha Al Sakawana Khoadahaa ertinya hamba yang tahqiq dengan sifat A’bawadayata itu itulah hamba Allaha Taa’laya yang sebenarnya dan tetapi segala raja-raja itu di perhamba oleh mereka itu dan orang yang menjadi hamba bagi mereka itu berkhidmat baginya segala Kawana ini.

Kata Shayakhonaa Al A’arafa Ba Allaha Mawalaanaa Al Shayakho Shodayaqo Bana A’mara Khoana Qodasa Allaha Saraha bicarakan olehmu bahawasanya kepada hamba mereka itu berkhidmat baginya segala Kawana apa lagi kepada mereka itu mana bab Awalaya Wa Ahaqo Wa Ajadara Anatahaya. Maka di mana nisbah bagi segala raja-raja di dalam dunia ini dengan sea’shara daripada segala a’shara martabat ini tiada sama tetapi perolehnya dan bahagian raja-raja di dalam dunia ini terlebih sedikit dan terlebih hina daripada yang demikian itu. Inilah yang di peroleh mereka itu yakni Awalayaa Allaha daripada pekerjaan dunia. Adapun kerajaan akhirat maka iaitu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Azaa Raayata Tsama Raayata Naghoyaa Wa Malakaa Kabayaraa ertinya apabila engkau lihat di sana yakni akhirat iaitu di dalam syurga nescaya engkau lihat akan nikmat yang amat banyak dan kerajaan yang amat besar.

Dan adakah lagi terlebih besar daripada barang yang telah mengata di dalamnya itu Allaha Taa’laya akan bahawasanya ia itu yakni di akhirat di dalam syurga itu kerajaan yang amat besar. Padahal engkau ketahui bahawasanya dunia ini sekeliannya sedikit dengan di bangsakan dengan akhirat yang berkekalan itu dan bahawasanya kekal daripada awalnya hingga akhirnya itu sangat sedikit dan bahagian tiap-tiap seorang daripada kita ini amat sedikit pula. Seperti kata setengah daripada segala Hakamaa Al Danayaa Aqola Mana Al Qolayala Wa A’ashaqohaa Azala Mana Al Zalayala ertinya bermula dunia sedikit daripada segala yang sedikit dan orang yang asyik akan dia itu terlebih hina daripada segala yang hina Wa Allaha Aa’lama.


Sumber : Kitab Dara Al Nafayasa 
Pengarang : Mahamada Nafis bana Idris abana Husin Al Banjari