Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, February 7, 2013

Kisah Nabi Mawasaya (Musa) A'layaha Al Salama (Bhgn 2)

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Maka apabila datanglah kepada kaki bukit Thowara Sayanaa (Thursina) itu maka nabi Allaha pun naik ke atas bukit itu kerana akan kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Ridhwan, bahawa hambaku Musa datang hendak berkata-kata dengan aku hendak mengatakan rahsianya. Maka hantarkan olehmu sebuah kerusi daripada zamrud dengan selengkapnya atas bukit Thursina itu”. Maka Malaka Radhowaana pun mengeluarkan sebuah kerusi zamrud yang bertatahkan ratna mutu manikam dan kain daripada sandasa dan baju daripada astabaraq dan qomara dan mahkota yang amat bercahaya-cahaya di berikan kepada Jibril maka di bawa Jibril kepada nabi Allaha Musa. Maka di suruh Jibril akan Musa duduk di atas Mataya zamrud itu maka di pakaikan kain dan baju dan qomara yang dari dalam syurga itu kepada nabi Allaha Musa.

Hataya setelah dengan qudrat Allaha Taa’laya maka bukit Thursina itupun mengangkatkan dirinya sampai ke langit datang kepada Kursi maka berkata-katalah Musa dengan tuhan Raba Al A’zata dengan firman Allaha Laqowalaha Taa’laya Wa Kalama Allaha Mawasaya Takalayamaa telah berkata-katalah Allaha Taa’laya dengan Musa dengan beberapa patah kata. Bermula tiada seorang jua pun berkata-kata dengan tuhan yang maha tinggi daripada segala makhluknya lain daripada Musa melainkan nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jua yang Maa’raaja datang kepada A’rash tuhan yang maha tinggi lagi yang amat mulia. Laqowalaha Taa’laya Sabahaana Alazaya Asaraya Ba A’badaha Layalaa Mana Al Masajada Al Haraama Alaya Al Masajada Al Aqoshoya Alazaya Baarakanaa Hawalaha Lanarayaha Mana Ayatanaa Anaha Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyara.

Maka tatkala nabi Allaha Musa munajat itu ia berkata-kata dengan tuhan seru sekelian alam telah limpahlah firman di junjungnya Laqowalaha Taa’laya Wa Waaa’danaa Mawasaya Tsalatsayana Layalata Wa Atamamanaa Haa Ba A’shara Fatama Mayaqoata Rabaha bahawa firman “Hai Musa hendaklah engkau puasa di hadapan hadiratku”. Maka pada hari itulah berniat nabi Allaha Musa tiadalah ia makan dan minum maka daripada sehari kepada sehari makin bertambah-tambahlah kuat nabi Allaha Musa. Hataya berapa lamanya kemudian dari itu maka kembalilah nabi Allaha Musa setelah sampailah ia kepada kaumnya maka katanya akan segala kaumnya “Hai kaumku, ketahui oleh kamu bahawa tuhan yang maha tinggi hendak menganugerahkan daku kitab Taurat dan di dalamnya itu menyatakan hukum syariatku”.  Maka kata kaum bani Israil “Ya nabi Allaha, bahawa kamu ini zaman kamu tahu akan tuhan yang maha tinggi yang anugerahkan nabi Allaha kitab. Hendaklah kitab itu tunjukkan kepada kami supaya percayalah kami akan kata nabi Allaha itu”.

Hataya maka enam puluh sembilan orang laki-laki jua yang berkenankan kata nabi Allaha Musa itu bahawa sekelian mereka itu orang tuha-tuha belaka. Maka kata mereka itu “Seorang laki-laki maka genaplah tujuh puluh orang” maka Yawasaa’ anak Nun menggenapkan mereka itu tujuh puluh orang akan mengiringkan nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama. Hataya maka di bawa nabi Musalah segala mereka itu tujuh puluh itu naik ke atas bukit Thursina Laqowalaha Taa’laya Wa Akhotaara Mawasaya Qowamaha Sabaa’yana Rajalaa Lamayaqoa Tanaa. Maka Yawasaa’ anak Nun pun tiada serta dengan orang itu maka kata nabi Allaha Musa “Mengapa maka engkau tiada serta mereka itu” maka kata Yawasaa’ anak Nun “Bahawasanya mereka itu berkenankan kata nabi Allaha itu betapa hamba pun berkenankan firman Allaha dari kerana itulah tiada berkenan kepada hamba”. Laqowalaha Taa’laya Wa Aza Qolatama Yaa Mawasaya Lana Nawamana Laka Hataya Naraya Allaha Jaharata Faakhozata Kama Al Shoaa’qota Wa Anatama Tanazhorawana Kata mereka itu “Tiada kami percaya sangka kami lihat Allaha Taa’laya dengan mata kepala kami” maka datanglah api dari langit menunukan mereka itu habis mati.

Musa A’layaha Al Salama pun sampailah ke atas bukit Thursina itu maka Jibril pun hadir meletakkan kerusi zamrud dan mengenakan pakaian akan nabi Allaha Musa maka Musa pun menunjukkan tangannya menggetas daun kayu zaitun itu sehelai lalu di masukkannya di dalam mulutnya maka di mamahnya akan dia membuka puasanya. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, telah kukata padamu puasa engkau. Mengapa maka engkau buka puasa itu” maka sembah nabi Allaha Musa “Ya tuhanku, bahawasanya engkau jua yang amat tahu bahawa bau mulut hambamu berubah kerana hambamu menunjukkan firmanmu dan hambamu berdatang sembah ke bawah hadratmu sebab itu maka hambamu membuka puasa itu”. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, bahawa bau mulut orang puasa itu terlebih baik harum daripada bau kasturi harumnya pada aku dan kekasihku Mahamada Mashothofaya pun berkata-kata Kholawafa Fama Al Shoama Athoyaba A’nada Allaha Mana Rayaha Al Masaka ertinya mulut orang yang puasa itu kepada Allaha Taa’laya terlebih harum daripada kasturi”.

Arakian maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa lagi sepuluh hari engkau puasa supaya empat puluh hari engkau puasa itu Laqowalaha Taa’laya Wa Atamamanaa Haa Ba A’shara Fatama Mayaqoata Rabaha Arabaa’yana Layalata ertinya pada malam nabi Musa makan dan pada siang ia puasa daripada tiga haribulan Za Al Hajata datang kepada sepuluh haribulan Maharaama. Hataya setelah kembalilah nabi Allaha Musa maka di lihat kaumnya habis mati itu maka sembahnya “Ya tuhanku bahawa engkau jua yang mengetahui hal hambamu datang ke mari dan tujuh puluh orang daripada kaum bani Israil. Akan sekarang apa hal hamba kembali nescaya di kata mereka itulah akan hambamu dan tiadalah di dengar mereka itu kata hambamu dan apa kata hambamu kepada segala keluarga hambamu”. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, pintamu itu di hidupkanlah akan mereka itu” Laqowalaha Taa’laya Tsama Baa’tsanaa Kama Mana Baa’da Mawata Kama Laa’lakama Tashakarawana maka orang kurang esa tujuh puluh itupun di hidupkan tuhan seru alam maka mereka itu sekelian pun insaflah akan dirinya.  

Hataya maka nabi Allaha Musa pun kembalilah dengan segala mereka itu yang tujuh puluh orang itu genaplah puasa nabi Allaha Musa maka iapun berbuka puasalah naik ke atas bukit Thursina. Apabila datanglah nabi Allaha Musa ke bukit itu maka katanya “Hai segala kaumku perlahan-lahan berjalan kamu mengikut dari belakangku”. Sampailah mereka itu masing-masing kepada tempatnya berdiri maka nabi Allaha pun sampailah kepada tempatnya. Maka datang firman Allaha Taa’laya Wa Maa Aa’jataka Mana Qowamaka Yaa Mawasaya Qoala Hama Awalaa A’laya Atsaraya Wa A’jalata Alayaka Raba Lataradhoya firman Allaha “Hai Musa mengapa engkau terdahulu datang daripada kaum” maka sembah “Ya tuhanku segala mereka itu lagi akan datang mengikut hambamu perlahan-lahan kerana hambamu segera berjalan hendak mengunjung firman kerana sukacitalah hati hambamu menerima firman tuhan yang maha tinggi”.

Setelah di dengarnya nabi Allaha Musa firman yang maha mulia maka nabi Allaha Musa pun lehalah tiada khabarkan dirinya daripada sangat lazat rasanya oleh mendengar firman tuhan yang maha tinggi. Maka sembah nabi Musa Laqowalaha Taa’laya Raba Aranaya Anazhora Alayaka maka sembah Musa “Ya tuhanku akan firmanmu sudah hambamu dengar amat merdu titah tiadalah terkira-kira oleh hambamu. Ya tuhanku hambamu pohonkan ke bawah hadrat tajali kiranya kau anugerahkan akan hambamu supaya hamba lihat”. Maka segala malaikat di langit pun berseru-seru katanya “Bahawa anak A’maraana mendengar firman tuhan seru alam haloba pula ia hendak melihat tuhan”. Maka firman Allaha “Hai Musa lihatlah olehmu ke bawah” maka di lihat oleh Musa datang ke bawah tujuh petala bumi penuh beratus-ratus makhluk berbagai-bagai adanya. Maka datang sekali firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, tilik olehmu ke atas” maka Musa melihat ke atas datang ke bawah A’rash Allaha sekeliannya penuh dengan makhluk Allaha berbagai-bagai juga rupanya.

Maka sembah Musa “Ya tuhanku sekeliannya itu telah baharu engkau jadikan dan bahawa sekeliannya di bawah kehendakmu jua”. Maka Musa pun berdiri di atas kerusi kemuliaan itu maka sembahnya “Raba Aranaya Anazhora Alayaka ertinya ya tuhanku tunjukkan tajali kepada hambamu supaya kulihat engkau tajali”. Maka firmannya “Hai Musa duduklah engkau di atas kerusi kemuliaan itu” maka di lihat Musa tujuh ratus laksa malaikat turun dari langit selapis maka sekeliannya itu terlalu hebat dengan tempiknya seperti halilintar membelah bumi dan pada seorang mereka itu besar seperti bukit Qaf. Maka ia pun berkata dengan suaranya “Betapa hendak melihat tajali tuhan” maka kata segala malaikat itu “Tholaba Allaha A’naka Wa Tholaba Waqotaka” ertinya hai Musa maha baik segala hidupmu di persukakan tuhan dan baik segala ketikamu di anugerahi tuhan tetapi sangat haloba engkau hendak melihat tajali tuhan yang maha tinggi. Adapun akan banyak malaikat itu sekira-kira empat puluh persangga penuh dengan malaikat mengeliling Musa seraya mengucap tasbih dan taqdis akan Allaha Taa’laya seperti guruh bunyinya.

Maka nabi Musa pun sujud ke hadrat Allaha Taa’laya serta sembahnya “Raba Aranaya Anazhora Alayaka” maka firmannya “Hai Musa, duduk engkau” maka Musa pun duduk di atas kerusi kemuliaan itu. Maka turun pula malaikat daripada dua lapis langit berseru-seru dan bunyinya seperti guruh terlalu amat gempita seraya berkata segala malaikat itu “Hai anak A’maraana, bahawa engkau jadi daripada tanah yang kelam hendak melihat tuhan yang tinggi dan maha besar sedang daripada cahaya lagi tiada dapat melihat tajali tuhan”. Maka segala malaikat yang ke dua lapis langit itupun penuh mengelilingi nabi Allaha Musa serta mengucap tasbih dan taqdis akan Allaha Taa’laya terlalu azmat bunyinya.

Maka nabi Musa pun sujud sembahnya “Raba Aranaya Anazhora Alayaka” maka firmannya “Duduklah engkau hai Musa” maka nabi Allaha Musa pun duduklah di atas kerusi kemuliaan itu. Maka turun pula malaikat yang ketiga lapis langit terlalu amat gempita bunyi suaranya lagi dengan hebatnya maka katanya “Hai Musa bahawa engkau di peranakkan perempuan yang haid betapa engkau hendak melihat tajali tuhan Raba Al A’alamayana”.   Maka nabi Allaha Musa pun sujud sembahnya “Raba Aranaya Anazhora Alayaka” maka firmannya “Duduklah engkau hai Musa” maka nabi Musa pun duduklah di atas kerusi kemuliaan itu. maka turun pula malaikat daripada langit yang ketujuh lapis dengan tempik soraknya menderu bunyinya seperti guruh halilintar terlalu azmat dengan tasbihnya dan taqdisnya akan Allaha Taa’laya. Maka apabila hampirlah suara itu maka nabi Allaha Musa pun gementar segala anggotanya berdirilah segala romanya.

Di dalam pada itupun Musa sujud jua sembahnya “Raba Aranaya Anazhora Alayaka” maka firman Allaha Taa’laya “Duduklah engkau hai Musa” maka nabi Allaha pun duduklah di atas kerusi kemuliaan itu serta memandang ke kanan dan ke kiri ke hadapan dan ke belakang. Maka di lihatnya dari Masyrik datang ke Maghrib penuh dengan segala malaikat isi ke tujuh lapis langit dengan berbagai-bagai rupanya dan terlalu amat nyaring suaranya. Maka nabi Musa pun hairan tiada menderita oleh melihat gilang-gemilang warnanya berbagai-bagai terlalu amat ajaib tiada pernah di dengar nabi Allaha Musa suara seperti demikian itu dan sama sendirinya jua menyahut suara yang nyaring itu serta ia mengucap Sabawaha Qodawasa Rabanaa Wa Raba Al Malaakata Wa Al Rawaha Abada Al Mawata. 

Bermula ada setengahnya daripada malaikat itu empat mukanya maka apabila di lihat nabi Allaha Musa rupanya yang demikian itu maka gementarlah segala anggotanya daripada melihat hebat rupanya malaikat itu. Maka sembah Musa “Ya tuhanku dengan apalah seru hambamu minta di anugerahi rahmat bagiku dan telah haraplah hambamu ya tuhanku”. Maka firman Allaha “Hai Musa duduklah engkau” maka Musa pun duduklah di atas kerusi kemuliaan itu juga lagi amat hebat dan takut “Engkau melihat dia istimewa pula jikalau engkau melihat tajali tuhan Raba Al A’alamayana di manakan dapat engkau menderita dirimu”. Maka turun pula malaikat yang kepercayaan iaitu malaikat yang di bawah A’rash Allaha maka segala alam dunia pun teranglah cahayanya malaikat dengan sopan santun lakunya. Shahdan di katanya “Tholaba Allaha A’naka Wa Tholaba Allaha Waqotaka Maha baik sekali engkau di anugerah Allaha Taa’laya dan baik sekali engkau di jadikan tuhan ketikamu dan sekira akan Allaha Taa’laya anugerah akan dikau nabi Allaha”.

Maka datang pada hati Musa haloba sembahnya “Qoala Raba Aranaya Anazhora Alayaka” ia berdatang sembah itu muka manis dengan merdunya ia merayu ke hadrat tuhannya “Ya tuhanku sangatlah berahi hambamu hendak melihat hadratmu. Kau anugerahi apalah kiranya seperti maksud hambamu ini”. maka firman Allaha Laqowalaha Taa’laya Qoala Lana Taraanaya tiada dapat engkau melihat aku di dalam dunia ini dengan mata kepalamu yang fana itu. Bahawa akan engkau daripada A’dama dan akan tuhanmu jua mehadir adanya”. Maka datang pula firman kepada Musa Laqowalaha Taa’laya Wa Lakana Anazhora Alaya Al Jabala Faana Asataqora Makaanaha Fasawafa Taraanaya Tilik olehmu pada bukit itu jika tetap itu engkau lihat pada tempatnya dapatlah engkau melihat tuhanmu. Adalah sezarah tajali diriku kepada bukit itu kutunjukkan kepadamu”.   

Hataya maka memandang Musa bukit akan tajali tuhan seru alam sezarah jua itu maka bukit itupun belah pecah cerai berai seperti zarah jadinya lalu terbang ke udara. Laqowalaha Taa’laya Falamaa Tajalaya Rabaha Lalajabala Jaa’laha Dakaa Wakhora  Mawasaya Shoa’qoa maka di tilik nabi Musa bukit itu maka nabi Musa pun lupalah akan dirinya lalu jatuh dari atas kerusinya serta ia terkapar-kapar seperti ayam di sembelih maka tubuh Musa pun hancurlah seperti embun lalu ghaib. Maka bukit Thursina itupun cerai-berai berhamburan maka terkejutlah segala isi alam pada sangkanya langit runtuh dan bunyinya pun kedengaran pada alam pada segala negeri. Maka segala manusia dan makhluk habis pengsan maka firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril segeralah engkau pegangkan bukit Thursina itu supaya Kalamku itu jangan cerai-berai” maka Jibril pun segeralah memegangkan bukit Thursina itu dengan kedua belah tangannya maka akan Musa ghaib itupun adalah ia seperti air tiada mengalir sebab di pegang Jibril. Maka tilik Raba Al A’alamayana dengan tilik Rahman maka Musa pun kembalilah binakala seperti dahulu maka ingatlah ia akan dirinya dan bukit Thursina itupun kembali seperti dahulukala.

Setelah itu apabila Musa ingat akan dirinya maka ia sujud ke hadrat Allaha Taa’laya serta katanya Laqowalaha Taa’laya Falamaa Afaaqo Qoala Sabahaanaka Tabata Alayaka Wa Anaa Awala Al Mawamanayana maka sembah Musa “Maha suci sekali tuhanku bahawasanya tiadalah dapat kulihat akan dia dengan mata kepalaku yang fana ini maka taubatlah hambamu daripada memohonkan rukyatmu di dalam dunia ini. bahawasanya tiada sampai penglihat segala makhluk ke hadratmu”. Maka datang firman tuhan seru alam Laqowalaha Taa’laya Anaya Ashothofayataka A’laya Al Naasa Ba Rasaalaataya Wa Ba Kalaamaya Fakhozamaa Atayataka Wa Kana Mana Al Shaakarayana maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa bahawa engkau daripada pilihanku dan kelebihan daripada segala makhluk dan Taurat pun kuserahkan padamu dan atas segala bani Israil engkaulah kerjakan yang tertentu dengan firmanku. Tiada seorang pun yang dahulu daripadamu yang beroleh kitab Taurat ku anugerahkan kepadamu ambillah olehmu hai Musa dengan tangan suatu shathora ini. Siapa yang tertentu dengan firmanku tiada seorang pun yang dahulu daripadamu yang beroleh pangkat martabat kemuliaan seperti engkau ini. inilah kitab Taurat ku anugerahkan kepadamu ambil olehmu hai Musa”.

Dengan tangan kudrat tuhan seru alam sendirinya menunjukkan kepada nabi Allaha Musa maka sembah nabi Allaha lalu di junjungnya ke atas kepalanya katanya Taurat itu tersurat pada luh daripada zamrut tetapi maha suci tuhan seru alam pada bertangan seperti tangan makhluk. Bahawasanya yang dikatakan tangan itu sifat Jamala dan sifat Jalaala dan pada suatu qaul bahawa luh itu daripada api dan tetapi pada qaul yang sah akan luh itu daripada zamrut jua hanya sekadarkan panas matahari jua maka hangatnya seperti api berbara-bara. Bermula akan Taurat itu firman menyurat Qolaama menyurat di salin daripada Lawaha Mahafawaza kepada zamrut itu. Adalah pada Taurat itu suatu surat maka pada suatu surat itu ada seribu ayat dan pada suatu ayat itu seperti surat Al Baqorata panjangnya di dalam ayat itu seribu doa dan seribu janji dan sataya daripada waaba dan dosa dan rahmat dan azab dan seribu daripada amar dan nahaya dan seribu daripada anugerah dan ampun. Demikianlah pada tiap-tiap suatu bab yang tersurat pada luh zamrut itu dan berbagai pula cerita yang lain di dalamnya amat banyak. 

Laqowalaha Taa’laya Wa Katabanaa Laha Faya Al Alawaaha Mana Kala Shaya Mawaa’zhota Wa Tafashoyalaa Lakala Shaya Fakhozahaa Ba Qowata Wa Amara Qowamaka Yaakhozawaa Ba Ahasanahaa Saaraya Kama Daara Al Faasaqoyana. Apabila sudah kitab Taurat itu di anugerahkan Allaha tuhan seru alam akan nabi Allaha Musa maka jatuhlah hati Musa melihat kitab Taurat tiadalah hatinya kepada yang lain lagi dan adapun yang pertama tersurat di dalam kitab Taurat itu Aya Alazayana Khoalafawaa Maa Jaata Baha Al Anabayaaha Wa Al Marasalawana Mana Al Awaamara Wa Al Nawaahaya yakni sedikit jua yang alim dan hakim yang tahu sekelian mereka itu nabi jua. Maka nabi Musa pun terlalu sukacita tersenyum-senyum arakian maka sembah Musa “Ya tuhanku, inilah sifat umat hambamu”.

Maka datang firman menyahut Musa “Hai Musa bahawa bersifat demikian itulah tempat umat Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Mahamada itu terlebih percaya daripada segala makhluk sekeliannya”. Maka sembah Musa “Ya tuhanku, zaman ini zaman hambamu datang kau anugerahi itupun pada hambamu jua” maka firmannya “Hai Musa, bahawa engkau Matakalama dengan daku dan Mahamada itu”. maka sembah Musa “Ya tuhanku, jadikan apalah mereka itu umatku nescaya sangatlah suka hatiku” maka firman Allaha Taa’laya Hawa Al Akhora Faya Al Danayaa Wa Al Akhora Faya Al Janata oleh Musa “Mereka itulah kesudahan makhluk di dalam dunia dan di dalam akhirat dahulu ia masuk ke dalam syurga sekeliannya. Bahawasanya ialah makhluk yang terpilih daripada segala makhluk tiada ia menyalahi firman kami”.

Laqowalaha Taa’laya Wa Maa Kanata Ba Jaanaba Al Thowara Aza Naadayanaa Wa Lakana Rahamata Mana Rabaka maka firman Allaha Taa’laya “Akan rasul Mahamada ialah ada bukit Thursina belum lagi ada tetapi engkaulah rahmat akan segala makhluk daripada tuhanmu”. Maka sembah Musa “Ya tuhanku, jadikan hambamu umat kekasihmu itu” maka firman Allaha “Hai Musa, tatkala firmanku menjadi umat yang terpilih daripada segala umat tatkala itu engkau tiada menyahut. Maka Mahamada jua menyahut titahku itu sembah Mahamada Labayaka Allahama Labayaka Rawahaya Bayana Yadayaka Anata Rabaya Wa Anaa A’badaka Wa Abana A’badaka”. Pada ketika itu sekelian makhluk berhimpun maka firman Allaha Taa’laya “Jika ada aku tuhan dari mana hambaku jika ada hambaku ada hamba di mana tuhan. Faqoalata Rawaha Mahamada Anata Rabaya Wa Anaa A’badaka yakni maka sembah nyawa Mahamada “Engkaulah tuhanku bahawa akulah hambamu” Laqowalaha Taa’laya Alasata Ba Raba Kama.

Bermula pada ketika itu nabi Allaha Ibrahim memulai berbuat Kaa’bata Allaha menyuruhkan orang menyembah Allaha Taa’laya Wa Azana Faya Al Naasa Ba Al Haja Yaatawaka Rajalaa Hai hamba Allaha marilah kamu ke rumah tuhan kamu. maka segala yang menyahut seru nabi Ibrahim itulah naik haji dan yang tiada menyahut itu tiadalah dapat masuk ke dalam Kaa’bata Allaha itu. bermula suara datang dari bukit menyampaikan sahut umat nabi Mahamada ke telinga Musa A’layaha Al Salama. Maka kata nabi Allaha Musa “Hai segala kaumku itulah suara umat nabi Mahamada Mashothofaya” maka segala kaum nabi Musa sekelian mendengar suara itu maka sembah Musa “Ya tuhanku, anugerah ampun dan rahmatmu atas hambamu”. Laqowalaha Taa’laya “Telah dahululah ampunku dan rahmatku aku anugerahkan daripada murkaku ke atas segala rasulku yaknimtelah terdahululah ampunku daripada murkaku”. Laqowalaha Taa’laya Qolata Daa’a Kama Qobala Ana Tasaalawaa Wa Ghofarata Lakama Khothoyaa Kama Qobala Ana Taa’showanaya Faya Al Aradho Wa Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Wa Ana Mahamadaa A’badaha Wa Rasawalaha Wa Ghofarata Laha Matsalaha Qoala Yaa Amaya.

Maka firman Allaha Taa’laya “Ku anugerahkan ampun dahulu daripada kamu pohonkan ampun maka kemudian berbuat dosa pula hingga datang pada hari kiamat terpeliharalah daripada maksiat berkat ampunku sudah dahulu itu”. Bahawasanya tuhan yang tinggi menebus tubuh hambanya daripada segala mukmin dan untanya maka di anugerahinya penebus hambanya itu syuga yang menjual pun tuhan dan yang menebus pun tuhan jua seperti perang dengan kafir yang zahir dan kafir yang batin. Telah bersetia mereka itu dengan Allaha Taa’laya sebenar-benarnya senantiasa tiada bersalahan tersebut di dalam Taurat dan Injil, Zabur dan Faraqoana. Firman Allaha “Bahawasanya yang menangguhkan setia itu dengan aku Mahamada pada membalas segala mukmin itu. Aku menggantikan balanya kamu dan kupeliharakanlah kamu daripada seksa azab kamu yang maha besar itu supaya di perolehnya oleh segala yang berbuat taat dan tiadalah beroleh janjiku dengan mereka itu”.

Maka apabila sudah Musa mengambil Taurat kepada Luh zamrut itu maka turunlah nabi Allaha dari bukit itu. Maka di lihatnya segala kaumnya yang tujuh puluh orang sertanya itu habis mati menjadi habu oleh tajali cahaya haq Sabahanaha Wa Taa’laya sebesar zarah itu dan segala arwahnya naik ke langit. Maka hairanlah nabi Allaha Musa melihat yang demikian itu maka iapun minta doa ke hadrat Allaha Taa’laya. Laqowalaha Taa’laya Lawa Shaata Ahalakata Hama Mana Qobala Wa Ayaaya Atahalakanaa Ba Maa Faa’la Al Shafahaa Manaa Ana Haya Alaa Fatanataka sembah Musa “Ya tuhanku, engkau jua yang terlebih tahu apa hal hambamu nescaya di kata oleh segala bani Israil oleh sebab tuan hambamu mati ini. Tiadalah ia percaya akan hamba katanya lihatlah maqodawama kamu dan penghulu kami bahawa kaum kamu di binasakan kemana-mana. Ya tuhanku engkau jua tuhan yang esa lagi amat mengetahui bahawa hambamu ini amat bebal ampuni olehmu ya tuhanku”.

Hataya maka ketika itu jua dengan berkat doa nabi Musa Kalayama Allaha maka mereka itu pun di hidupkan tuhan seru alam sekali seorang kemudian daripada seorang pula hingga tamamalah ketujuh puluhnya mereka itu di hidupkan Allaha Taa’laya seperti yang dahulu kala. Setelah sudah mereka itu hidup maka tiadalah dapat mereka itu memandang muka nabi Allaha Musa. Maka di tudung Musa mukanya dengan kain yang bernama Dama maka kain itupun habis hangus oleh cahaya muka nabi Allaha Musa. Maka perbuat Musa pula akan tudung mukanya daripada besi kharsani maka besi itupun hancur seperti air oleh cahaya muka nabi Allaha Musa sebab kerana itulah tiada dapat di pandang segala manusia muka nabi Allaha Musa. Barang siapa memandang kepada muka nabi Allaha Musa pada ketika itu nescaya buta matanya kerana muka nabi Allaha Musa itu bekas Atsara tajali tuhan Raba Al A’alamayana.          
Hataya maka nabi Allaha Musa pun berdatang sembah “Ya tuhanku apa jua hambamu perbuat akan menudung muka yang akan bekas Atsara limpah cahaya anugerahmu ini”. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, perbuatlah olehmu akan tudung mukamu itu daripada perca putih Darwis itu” maka di perbuatlah Musa daripada haraqah Darwis akan tudung mukanya. Hataya kembalilah ia dan di bawanya luh zamrut itu serta segala kaumnya tujuh puluh orang itu ke benua Mesir.
 
Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa                             

1 comment:

  1. Saya faham. Bagus bro. Baru boleh faham apa itu Mahadaya Asalama.

    ReplyDelete