Di mulai dengan
nama Allaha Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama Wa Baha Nasataa’yana Ba
Allaha A’laya. Ini hikayat Amir Al Mukminin Hamzah radhoya Allaha a’naha yang
amat indah2 mahsyur namanya pada segala alam dan ialah raja segala laki laki
yang tiada berlawan di tengah medan. Maka barang siapa membaca dia atau
mendengar dia serasa membaca Qoroana tiga puluh demikianlah pahalanya.Maka yang
menceritakan hikayat daripada permulaan sampai kesudahan di ceterakan Amir Al
Mukminin Abas dan Amir Al Mukminin Hamzah radhoya Allaha a’naha dan Sayadana
Abawa Thoalaba bahawa mereka itu sekelian pada zaman hadrat rasul Allaha
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.Tatkala mereka itu ada hadir mengadap rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama baginda itulah mahkota sekelian nabi
dan segala wali dan penghulu segala Arab dan Ajam.
Sebermula Arash
dan Kursi dan Qalam dan Luh dan syurga dan neraka dan tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi dengan segala isinya jadi kerana nabi Mahamada Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama baginda itulah nabi Awala Al Zamaana dan Akhoro Al Zamaana
nabi itulah itulah bertanya kisah ini kepada Amir Al Mukminin Abas dan kepada Amir
Al Mukminin Hamzah. Maka Amir Al Mukminin Abas pun menceritakan kisah kepada
Mahamada Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta dengan sahabat
sekellian kerana tuan2 itu tuha umur daripada nabi Allaha Akhoro Al Zamaana
lagi pula mama kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.
Maka Amir Al
Mukminin Abas pun menceritakan kisah ini kepada segala sahabatnya rasul Allaha
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti syair Mahamada Kada Ba Romaa’dana
Kaafa Wa Al Nawana yakni Mahamada Bajawaya yakni Mahamada itu kelebihan
daripada Kaf dan Nun. Jawadala Tanala Shataya Nakaroarowana yakni bahawa
apabila hati dukacita maka bacakanlah hikayat ini nescaya hilang dukacitanya
ini yakni hikayat ini Bajawaya yakni daripada kata Amir Al Mukminin Abas
bercetera tuntut oleh kamu bahawa hikayat ini pada menyukakan hati segala
manusia dan menghilangkan kedukaan di dalam dunia juga.
Telah di katakan
oleh Abas daripada zaman yang telah lalu mengatakan cetera tatkala baharu masa
yang telah lalu itu dalamnya peri mengatakan cetera raja Nusirwan dan segala
raja2 banyak dan daripada raja Rom dan raja Iraq dan segala raja yang lain daripada
terlalu ajaib segala bunyinya dan terlalu indah2 ajaib dalamnya bagai2
perkataan yang indah2 daripada peri mengatakan keelokkan rupa dan ikal
rambutnya seperti tambaga di tuang dan peri negeri Rom bernama Saqolan dan
Saqilan kedua itu datangnya oleh Amir Hamzah dengan hulubalang dan laskarnya
jadi takluk dan dalam negeri Yunan pun .. seperti Qorun Dewanah namanya itupun
telah matilah di bunuh oleh Amir Al Mukminin adanya dengan tanah yang lumat
itu.
Barang siapa
mendengar akan hikayat ini daripada permulaan datang kepada kesudahan mereka
itu beroleh iaitu seperti mendengar orang membaca Qoroana tiga puluh juga
kerana dari ajaib tersebutkan ini kisah Amir Al Mukminin Hamzah Arab bahawa di
dalamnya perbagai perkataan riwayat segala perkataan di dalamnya itulah
perkataan Amir Al Mukminin Hamzah Arab yang tiada berbagai2 hikayat ialah
pahlawan Arab dan Ajam dan ialah raja segala laki laki kepada tengah melakukan
kesukaan makan minum dengan segala laskar dan sehala bunyi bunyian dan ialah
yang seperti harimau lebar gholib di dalam negeri Arab mahsyurlah namanya
daripada Masyrik dan Maghrib.
Shahdan dengan
elok rupanya dan manis perkataannya dan ialah daripada anak cucu nabi Allaha
Adam A’layaha Al Salama sedia kala kerjanya berperang juga di tengah medan dan
ialah penghulu segala laskar Arab yang syahid dan ialah hulubalang yang gagah
pada tatkala perang di tengan medan dan pada itu di anugerahi mahkota akan
segala raja2 dan ialah yang mengenakan anting2 kepada telinga segala pahlawan
dan ialah yang duduk di atas singgahsana Kiani kepada zaman itu seorang pun
tiada sebanding denagn dia itu dan ialah laki2 yang duduk di atas pahlawan
pelana kuda yang .. dan segala raja2 pun habis mengikut titahnya pada masa itu
tatkala raja2 yang di laut dan di darat pun semuanya jadi takluk kepadanya dan
ialah yang empunya tujuh Qoroana daripada Qoroana dan ialah raja di dalam tujuh
penjuru dunia lagi murah pada segala hulubalang dan rakyat dan hamba sahayanya
sekelian.
Mahsyurlah
pekertinya pada segala alam dunia lakunya seperti harimau tatkala hadap
seterunya pada hari perang itu dan ialah yang berburu di dalam bukit Qof dan
ialah .. yang bernama Kerada dan ialah yang menghalamkan negeri yang bernama
Tamajil Berzi dan ialah murid Jibril
A’layaha Al Salama dan ialah mama rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama dan ialah yang membunuh naga yang maha besar dan ialah yang gagah
daripada segala yang gagah berani daripada segala yang berani sekelian di dalam
hukumnya iaitulah yang bernama Amir Al Mukminin Hamzah johan pahlawan alam
abana Khowaja A’bada Al Matholaba cucu A’bada Al Manaana.Demikianlah bunyi
hikayat ini di hikayatkan oleh yang empunya hikayat dahulu kala daripada zaman
itu datang sekarang mahsyurlah wartanya dari atas angin datang ke bawah angin
dan mahsyurlah namanya pada segala alam dunia ini Wa Allaha Aa’lama Ba Al
Showaaba.
Cetera yang
pertama Al kisah demikian bunyinya peri mengatakan kelakuan Al Qosa menteri dan
Khowaja Bakhota Jamaala demikianlah di ceterakan oleh yang empunya cetera ini.
Sekali sepertuan adda seorang raja pada suatu negeri Medayan namanya dan
rajanya itu bernama Qoybaroya akan negeri itu terlalulah luas maha besar negeri
itu. adapun raja itu terlalu adil dan murahnya lagi bangsawan dan budiman lagi
dermawan dan di kasih oleh segala menteri dan hulubalang dan segala rakyatnya
isi negeri Medayan itu semuanya terlalulah kasih akan rajanya itu sebab adilnya
dan murahnya dan seorang pun segala raja2 tiada dapat melalui titahnya dan
tiada dapat mengikut kelakuannya sekelian raja2 itu di dalam hukumnya dan
takluknya.
Adapun akan raja
itu empat puluh empat ada menterinya dan tujuh ratus bentaranya dan dua ratus
pahlawannya yang gagah lagi kenamaan duduk di atas kerusi yang keemasan dan sembilan
ratus raja2 yang memakai mahkota bertatahkan ratna mutu manikam. Maka adapun
raja2 itu sepuluh laksa hulubalang memakau zirah besi tiada kelihatan tubuhnya
mengenderai kuda semberani dan tiga puluh ribu hamba tebusan memakai pakaian
yang keemasan berikat pinggang dewangga berumbai2kan mutiara sekelian mereka
itu khidmat kepadanya senatiasa sehari2 hadir mengadap.
Adapun penghulu
segala menteri itu terlalu adil lagi budiman Al Qosa menteri namanya dan barang
sembahnya berlakulah kepada raja2 iaitu terlalu sempurna pada ilmu hulubalang
dan hikmat peperangan dalam negeri itu seorang pun tiada dapat menyamai. Maka
dalam negeri itu juga ada seorang daripada Asalama maka namanya Khowaja Bakhota
Jamaala di sebut orang sebab ia daripada anak cucu nabi2 juga lain daripada itu
semuanya kafir menyembah berhala dan menyembah api sia2 adanya.
Al kisah di
ceterakan orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya adapun akan Al Qosa
menteri dan Khowaja Bakhota Jamaala itu terlalu sekali berkasih kasihan seperti
orang bersaudara lakunya seketika pun tiada bercerai sedia kala kejapan2 tiada
kholi demikialah perinya jika belum Al Qosa menteri bertemu dengan sahabatnya
Khowaja Bakhota Jamaala belum ia pergi mengadap raja.
Sekali persetua
seperti adat yang dahulu itu pada suatu hari datang Al Qoda menteri ke rumah
Bakhota Jamaala di lihatnya Tholifah Roman maka di gerakkan kepalanya maka kata
Khowaja Bakhota Jamaala “Hai saudaraku Al Qosa menteri mengapakah maka
saudaraku menggerakkan kepada jua” maka kata Al Qosa menteri “Hai saudaraku
kulihat kepada Thoifah Ruma ku bahawa empat puluh hari lagi suatu mara besar
datang kepada tuan hamba mara itu. jika tiada baik2 kiranya sampai kepada nyawa
tuan hamba akan padahnya”.
Setelah di
dengar Khowaja Bakhota Jamaala kata Al Qosa menteri demikian itu maka kata
Khowaja Bakhota Jamaala “Hai saudaraku betapa bicaramu hal yang demikian itu
sepatut boleh menolakkan bala itu katakan apalah kiranya supaya hamba turut” . Maka
kata Al Qosa menteri “Hai saudaraku adapun bicara hamba hendaklah tuan hamba
berkhalwat empat puluh hari jangan keluar daripada rumahmu dan jangan berkata2
dengan seorangpun”.
Arakian maka Al
Qosa menteri pun kembalilah ke rumahnya maka Khowaja Bakhota Jamaala pun
berkhalwatlah di rumahnya duduk empat puluh hari maka pada ketika kurang sehari
daripada empat puluh hari itu datanglah Al Qosa menteri berseru2 katanya “Hai
saudaraku pertetapkan hatimu adapun mara yang besar itu telah lepaslah daripada
tuan hamba sekarang sehari juga lagi tinggal kemudian daripada itu lepaslah
tiada mengapa. Akan sekarang nescaya kebajikan juga tuan hamba beroleh. Hai
saudaraku bangkitlah engkau mari kita berjalan ke padang itu bersukaan dan
makan buahan yang lazat rasanya harum baunya bungaan itu kita pakai”.
Setelah
mendengar kata Al Qosa menteri demikian maka Khowaja Bakhota Jamaala pun
turunlah maka kedua mereka itupun berjalanlah berpegang2 tangan keluar melihat
termasa. Setelah datang kepada antara jalam itu maka Khowaja Bakhota Jamaala
pun hendak qodha hajat maka iapun berkata2 kepada Al Qosa menteri “Hai saudaraku
tuan hamba berdiri di sini seketika hamba hendak qodha hajat” maka tatkala itu
di beri izin Al Qosa menteri. Maka Khowaja Bakhota Jamaala pun berjalanlah
menuju jalan masuk kepada penjuru taman itu maka iapun qodha hajatlah setelah
sudah ia qodha hajat mengangkat suatu batu hendak istinja.
Maka di lihatnya
di bawah batu itu ada suatu lubang bekas di ikat orang maka dengan batu ikatan
itu maka rupa batu itu terlalu halus indah2 sekali perbuatannya. Maka Khowaja
Bakhota Jamaala pun masuk ke dalam lubang itu maka di lihatnya di dalam itu
suatu pintu maka di dalam pintu itu suatu bilik di ikat dalam itu dengan batu
kelihatan suatu perbendaharaan berisi empat puluh tempayan penuh dengan emas
maka di bawah batu emas itu tempat kedudukan perbendaraan Qarun tandanya itu
adalah di surat pada batu emas itu.
Setelah Khowaja
Bakhota Jamaala melihat emas itu terlalu banyak maka iapun berfikir di dalam
hatinya “Adapun akan harta ini harta Bayata Al Maala. Apa gunanya baiklah aku
memberi tahu sahabatku Al Qosa menteri supaya harta ini di bahagikan kepada
segala fakir miskin”. Telah sudah berfikir demikian maka Khowaja Bakhota
Jamaala pun memberi tahu Al Qosa menteri katanya “Hai saudaraku Al Qosa menteri
adapun hamba bertemu dengan suatu bendaharaan empat puluh buah tempayan berisi
emas terlalu banyak” maka kata Al Qosa menteri “”Hai saudaraku di mana tempat
itu”.
Maka lalu di
pegangnya tangan Khowaja Bakhota Jamaala serta katanya “Tunjukkan apalah
kiranya kepada hamba supaya hamba pun melihat dia” maka Khowaja Bakhota Jamaala
membawa Al Qosa menteri kepada tempat perbendaharaan itu hingga kelihatan
perbendaharaan itu maka di tunjukkan oleh Khowaja Bakhota Jamaala.Serta Al Qosa
menteri melihat harta perbendaharaan itu terlalu banyak maka hatinya pun
terlalu sukacita mukanya berseri2 seperti bunga raya kembang.
Maka ia pun
berfikir di dalam hatinya “Adapun harta ini terlalu banyak jika aku ambil
dengan tahu Khowaja Bakhota Jamaala ini nescaya keluarlah rahsia ini seperti
kata orang tuha2 dahulu kala jika memenggal kepala orang jika pada saudara pun
jadi di beri tahu demikianlah adatnya pekerjaan ini pun demikian juga ku
kerjakan supaya terbunyi rahsia ini sempurnalah aku. Adapun Bakhota Jamaala ini
ada di atas perbendaharaan inilah aku bunuh supaya seumur hidup datang kepada
anak cucuku pun memakannya tiada habis dan suatu pun tiada balanya akan daku
dan akan anak cucuku”.
Setelah sudah ia
berfikir demikian itu maka di tangkapnya hendak di rampas akan Khowaja Bakhota
Jamaala maka Khowaja Bakhota Jamaala pun jatuh terlentang lalu di naiknya ke
atas dadanya serta mengunus pedangnya lalau di hantarkan pada lehernya maka
kata Khowaja Bakhota Jamaala “Hai sahabatku inilah pekerjaan yang sia2 tiada
teguh janjinya dan teguh setianyamu. Pekerjaan apa engkau kerjakan ini”. Maka
kata Al Qosa menteri “Hai sahabatku inilah sebaik2 kerjaku hendak membunuh
engkau supaya rahsia ini jangan lagi keluar” maka kata Khowaja Bakhota Jamaala
“Demi tuhan yang menjadikan aku dan akan rahsia ini tiadalah aku katakan pada
seorang jua pun”.
Maka berapa pun
di katanya tiada juga di dengar oleh Al Qosa menteri maka kata Khowaja Bakhota
Jamaala “Hai sahabatku adapun pada bicaraku engkaulah sahabatku yang terlebih
baik daripada sahabatku yang lain pda bicaraku tiada akan sampai hatimu hendak
perbuar akan daku demikian”. Maka beberapa di kata itupun tiada di perkenan
oleh Al Qosa menteri tatkala itu Khowaja Bakhota Jamaala pun tahulah bahawa Al
Qosa menteri ini dengan sesungguhnya hendak membunuh dia itu maka kata Khowaja
Bakhota Jamaala “Hai saudaraku telah aku ketahuilah kehendakmu hendak membunuh
aku dengan sungguh hatimu maka redhalah aku dengan titah tuhan seru sekelian
alam. Telah terserahlah nyawa aku di dalam tanganmu tetapi ada suatu pesanku
kepada tuan hamba jangan tiada engkau sampaikan”.
Maka kata Al
Qosa menteri “Hai Bakhota Jamaala “Apa pesanmu itu katakanlah kepada aku supaya
aku dengarkan dahulu kerana aku tiadalah akan menghidupi akan dikau” maka kata
Khowaja Bakhota Jamaala “Adapun akan sekarang ini akan isteriku yang di rumah
aku itu hamil aku tinggalkan kerana aku sekarang telah berlayarlah daripada
negeri yang fana ke negeri yang baqo. Adapun akan isteriku itu melainkan Allaha
Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga yang menghidup akan dia tiada yang lain daripada
Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan tiada lebih kuasa daripadanya.
Adapun akan
harta ini barang seribu dinar emas berikan kepada isteriku itu dan katakan
kepadanya akan suamimu itu sudah di tolong oleh seorang saudagar di berinya
berlayar ke negeri Khowaran sekarang ia pergi. Inilah seribu dinar emas di
kirimkan kepada aku suruh berikan kepadamu. Sebermula adalah pesannya suruh
sampaikan juga amanatnya kepadamu jika engkau beroleh anak laki2 di suruh
namakan Khowaja Baza Mahar Hakim dan baik2 pelihara olehmnu demikianlah
amanatnya dan jika anak perempuan mana bicaramulah”.
Maka pesan
Bakhota Jamaala itupun di kabulkan oleh menteri sudah itu maka Khowaja Bakhota
Jamaala pun di sembelih oleh Al Qosa menteri di atas perbendaharaan itu.
setelah Al Qosa menteri sudah membunuh Khowaja Bakhota Jamaala maka lalu di
tanamkan di atas perbendaharaan itu juga kemudian dari itu di ambil seribu
dinar emas itu di berikan kepada isteri Khowaja Bakhota Jamaala itu semuanya di
sampaikan seperti amanatnya.
Maka pada hati
isteri Khowaja Bakhota sungguhnyalah seperti kata Al Qosa menteri itu maka akan
emas itupun di ambil oleh isteri Khowaja Bakhota Jamaala. Shahdan hatinya pun
terlalulah sukacitanya maka Al Qosa menteri pun kembalilah memanggil laskar dan
sahayanya sekelian maka di suruhnya pagar taman itu teguh2. Setelah sudah Al
Qosa menteri pun mendirikan sebuah mahligai di atas taman perbendaharaan itu
maka keliling mahligai itu di tanamkan berbagai2 pohon kayu. Maka Al Qosa
menteri pun sedia kala melakukan kesukaan sentiasa makan dan minum dan segala
hulubalangnya serta dengan segala bunyi bunyian Wa Allaha Aa’lama Ba Al
Showaaba.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete