Syahdan lepas daripada Harits pergi mendapat saidina Abu Abaidah rodhoya
Allaha a’naha maka A’bada Allaha Yuqona pun menyuruh laskarnya duduk tunggu di
dalam kota dan di atas kota Thorablas itu dan di beri hukum kepada laskarnya
tiada di beri seorang jua pun daripada isi desa itu keluar di dalam negeri di
suruh kawal baik2 akan isi desa itu. Telah sudah di beri hukum maka di kerjakan
oleh laskarnya seperti hukum A’bada Allaha Yuqona itu maka A’bada Allaha Yuqona
pun menyuruh seorang hulubalangnya pergi siasat di labuhan desa itu berapa ada
kapal. Maka hulubalang itu pun pergi siasat maka datanglah hulubalang itu
memberi tahu kepada A’bada Allaha Yuqona katanya “Ya syah alam adalah di dalam
labuhan kita ini lima puluh buah kapal”.
Maka di suruh panggil segala mualim kapal2 itu maka datanglah sekelian
duduk mengadap A’bada Allaha Yuqona itu maka bertitah A’bada Allaha Yuqona “Ya
mualim maka sekarang ini adalah aku hendak muat zuadah makana di dalam kapal
kamu itu hendak bawa pergi persembah kepada raja Herculi itu. Mahulah kamu
sekelian muat di dalam tiga hari ini bawa pergi maka aku pun hendak pergi
bersama2”. Maka sahut mualim2 itu “Ya syah alam tiada boleh hamba ini sekelian
nanti lama di sini kerana hamba ini hendak berlayar dengan segeranya juga” maka
kata A’bada Allaha Yuqona “Hai mualim2 adalah pekerjaan empunya raja Herculi
itu jika sebagai mana pun mahulah engkau sekelian nanti sampai tiga hari segala
makanan2 ini kerana baginda itu menyuruh aku hantar kepadanya dengan
segeranya”.
Maka mualim2 itupun tiada terkata2 lagi maka masing2 pun menurut seperti
hukum A’bada Allaha Yuqona itu maka segala kapal itupun di bawa perdekat dengan
kota Thorablas itu di turunkan segala kelasi di dalam kapal itu pada tiap2
kapal itu tiga2 orang sahaja di tinggal di dalam kapal itu lain di turunkan ke
darat maka di muatlah makanan dan laskarnya di dalam kapal itu. Telah sudah di
muat maka di serahkan negeri Thorablas itu kepada raja Filithonus dan kepada
bapa penakan Harits itu. Telah sudah mustaib maka A’bada Allaha Yuqona bersiap
hendak naik kapal maka saidina Khalid bana Walid rodhoya Allaha a’naha serta
dengan seribu hulubalang pun sampailah di negeri Thorablas itu maka A’bada
Allaha Yuqona itupun pergilah mendapat saidina Khalid bana Walid maka di serah
negeri Thorablas itu kepada saidina Khalid.
Maka telah sudah di serah ia pinta izin lalu ia naik kapal berlayarlah
menuju ke negeri Shura itu. Adapun negeri Shura itu empunya anak raja Herculi
di dalam negeri itu ada seorang hulubalangnya serta dengan empat ribu laskarnya
duduk menunggu negeri itu. Tiada berapa lamanya maka kapal itupun sampailah ke
labuhan negeri Shura itu serta kapal2 sampai maka raja negeri Shura itu
menyuruh orang pergi periksa kapal siapa itu dan dari mana datang hendak kemana
maka pergilah orang2 itu ke kapal di periksa. Telah di periksa maka datanglah
mengadap rajanya demikian katanya “Ya syah alam adalah segala kapal itu datang
daripada negeri Faridh dan Khorirah dan negeri Qosarthas sekelian itu ada muat
makanan hendak bawa pergi persembah ke bawah duli anak raja Herculi itu di
negeri Qosariah itu”.
Serta raja dan seisi desa itu dengar lalulah sangat sukacita maka raja
Shura itu pun menyuruh panggil A’bada Allaha Yuqona itu hendak pejamu maka
datanglah A’bada Allaha Yuqona dengan sembilan ratus hulubalangnya itu mengadap
raja Shura itu maka di pejamu oleh raja itu kepada A’bada Allaha Yuqona dan
askarnya itu dan di beri hadiah kepada sekelian mereka itu. Telah hari pun
malamlah A’bada Allaha Yuqona menyuruh turun segala hulubalangnya yang di dalam
kapal itu maka turunlah sekelian itu ke darat duduk bersama2 A’bada Allaha
Yuqona itu. Pada malam itu juga A’bada Allaha Yuqona membuat sepucuk surat di
hantar pergi kepada saidina Khalid di suruh datang dengan segeranya masuk ke
dalam negeri Shura itu.
Maka telah sudah di beri pergi surat itu maka di dalam antara itu maka
terdengarlah khabar kepada anak bapa saudara A’bada Allaha Yuqona itu
mengatakan A’bada Allaha Yuqona itu ada di dalam negeri Shura itu. Serta ia
dengar pada ketika itu juga ia pergi mengadap raja Shura itu di maklumkan
segala hal ehwal Yuqona itu sudah masuk Asalama kasad ia datang itu hendak
menaklukkan negeri ini dan pahlawan Jerpas pun sudah di tangkap dan negeri
Thorablas pun sudah taklukkan. Serta raja Shura mendengar hal yang demikian itu
maka ia pun terlalulah sangat marah lalu di tangkaplah A’bada Allaha dan
hulubalangnya itu di serah pada hulubalangnya di suruh bawa pergi mengadap anak
raja Herculi itu maka datanglah seribu orang hulubalangnya mengenderai kuda
hendak bawa pergi A’bada Allaha Yuqona dan laskarnya itu.
Di dalam hal yang demikian itu maka saidina A’maro bana Al A’sho rodhoya
Allaha a’naha pun menyuruh saidina Yazid Abu Sufian rodhoya Allaha a’naha pergi
melingkar negeri Shura itu maka saidina Yazid serta dengan dua ribu
hulubalangnya mengenderai kuda berangkatlah daripada negeri Qisariah itu
berjalan menuju jalan ke negeri Shura itu. Serta saidina itu sampai di jajahan
negeri Shura itu maka segala isi jajahan itu semuanya pun habis meninggal
tempatnya dan dusun itu lari masuk ke dalam negeri Shura itu riuh bunyi suara
segala isi desa itu bertanya raja Shura “Apatah gerangan sebab orang membuat
gaduh itu” maka di sembahkan oranglah kepadanya akan hal saidina Yazid itu
datang hendak menyerang negeri Shura itu.
Serta ia dengar maka ia menyuruh katup pintu kota dan di suruh penjarakan
A’bada Allaha Yuqona dan hulubalangnya itu di dalam suatu rumah penjara dan di
suruh jaga baik2. Maka ia memanggil anak penakannya bernama Basil di serahkan
raja Yuqona dan hulubalangnya itu di suruh jaga seraya katanya “Hai anakku
jaga2lah baik akan kaum Asalama itu kerana aku hendak pergi melawan berperang
dengan kaum Asalama yang datang hendak melawan dengan daku. Adalah mereka itu
sedikit sahaja tiada berapa banyak dapat aku melawan dengan mereka itu”. Telah
sudah ia berkata itu maka ia pun duduklah bersiap pada malam itu.
Syahdan maka adalah Basil itu sangatlah faham akan ilmu Allaha yang
tersebut di dalam kitab Allaha yang lama2 itu serta ia ketahui akan mukjizat
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Adalah
pada ketika berkata Imam Al Waaqodi rohamata Allaha Taa’alaya pada tatkala
saidina Rasul Allaha A’layaha Wa Salama pergi ke negeri Sham bersama2 kaum
Qoraish itu dagangan di suruh oleh Siti Khadijah maka baginda itu pun singgah
duduklah di rumah Bahira Al Rahib. Pada ketika masa itu di lihat oleh Basil
akan baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan Basil dan Bahira
Al Rahib lihat sedang tatkala baginda rasul Allaha berjalan datang bersama2
kaum Qoraish itu pada sama tengah kafilah kaum Quraish itu saidina rasul Allaha
ada berjalan di tengah panas di payungkan oleh awan di atas kepala baginda itu.
Serta Bahira Al Rahib melihat akan baginda itu maka berkata ia “Hai Basil
ada tersebut di dalam kitab kemudian hari jadi seorang nabi di dalam negeri
bernama Shofat Al Wamar itu maka sekarang ini seperti tersebut di dalam kitab
itu inilah nabi itu”. Di dalam keduanya duduk berkata2 itu maka saidina rasul
Allaha pun bernantilah di bawah sepohon kayu yang layu. Serta baginda itu duduk
bersandar di bawahnya maka dengan segeranya segala daun di perdunya itu menjadi
hijau serta berpucuk pula. Serta Bahira Al Rahib lihat hal yang demikian itu
maka ia pulang ke rumahnya di suruh siap makanan akan baginda itu dan segala
kaum Quraish yang datang bersama baginda itu.
Telah sudah siap maka datanglah ia memanggil persilakan baginda itu dan
segala kaum Quraish ke rumahnya maka pergilah segala kaum Quraish itu ke rumah
Bahira Al Rahib itu maka baginda rasul Allaha tinggal duduk menyuruh kaumnya
jaga segala unta2 itu. Serta Bahira Al Rahib melihat unta kaum Quraish itu
tiada ada baginda itu maka katanya “Pada kelmarin aku lihat ada seorang
daripada kaum Quraish itu awan duduk memayungkan dia. Pada hari ini aku lihat
tiada seorang jua pun ada seperti yang kulihat itu”.
Maka bertanyalah ia kepada kaum Quraish itu “Ya tuan sekelian adalah lagi
siapa2 daripada kaum tuan2 ini tinggal tiada mari lagi” maka sahut penghulu
Quraaish itu “Ada seorang lagi belum datang kerana ia duduk jaga segala unta2
kami itu”. Maka bertanya Bahira “Apa namanya tuan itu” maka sahut katanya
“Mahamada bana A’bada Allaha” maka kata Bahira Al Rahib “Bukankah tuan itu di
ambil oleh datuknya di pelihara akan dia” maka sahut kaum Quraish itu “Naa’ma”.
Maka kata Bahira Al Rahib demikian katanya “Ya tuan sekelian janganlah kamu
sekelian meringankan kepada Mahamada itu. Mahulah tuan muliakan dia kerana
iaitu raja kepada kamu sekelian kelak pada kemudian hari di dalam dunia ini. Kamu
sekelian nanti beroleh kebesaran dan kemuliaan daripadanya”.
Maka bertanya segala kaum Quraish kepadanya “Ya Bahira bagaimana engkau
tahu iaitu Sayada Al Mursalin” maka sahut katanya “Pada tatkala kamu dan
Mahamada itu berjalan mari di dalam dusun itu pada ketika itu hamba lihat
segala batu dan pokok kayu dan bukit maka sekelian pun tunduk sujud kepadanya. Maka
awan pun payungkan Mahamada itu maka Basil pun ada lihat bersama2ku” maka sahut
Basil “Naa’ma benar seperti kata Bahira Al Rahib itu telah aku pun ada lihat
akan mukjizat Mahamada itu akan tetapi tiada kami berkata2 kepada siapa2 kami
menaruh di dalam hati kami demikian hal ini”. Telah sudah segala kaum Quraish
itu memakan dan minum maka masing2 pun pulanglah ke tempat masing2 maka Bahira
Al Rahib dan Basil pun membawa imanlah kepada agama Asalama tiada seorang jua
pun tahu akan hal keduanya.
Syahdan maka tersebut pula perkataan Basil itu duduk menjaga A’bada Allaha
Yuqona dan segala laskarnya itu. Serta ia lihat akan raja Shura itu sudah
berangkat pergi hendak melawan dengan saidina Yazid bana Abu Sufian itu maka ia
pun teringatlah akan mukjizat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu lalu
ia bukalah segala ikatan raja Yuqona dan segala laskarnya dan di lepaskan
daripada penjara. Maka ia pun membawa iman pula di hadapan A’bada Allaha Yuqona
itu seraya katanya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada
Rosawala Allaha.
Telah ia mengucap kalimah maka ia bertanya pula A’bada Allaha Yuqona itu
“Bukankah bapa dan datuk nenek kamu itu daripada umat Isa maka sekarang ini
mengapa engkau membuangkan agamanya itu masuk kepada agama Asalama. Apa yang
engkau lihat dengan mata engkau akan ajaib di dalam Asalama itu dan bukankah
segala kaum Roman itu menjadikan kamu akan raja maka mengapa kamu tinggalkan
pekerjaan raja itu”. Maka sahut A’bada Allaha Yuqona “Hai Basil pekerjaan yang
sebenar2 itu sudah engkau lihat maka aku pun demikian juga sekarang ini sudah
aku dengar suatu suara daripada langit demikian bunyinya “Adalah mereka itu
yang duduk mengawal kamu itu sebenar2nya daripada umat Mahamada yang menurut
seperti hukum Allaha itu ialah nanti lepaskan kamu daripada penjara dan ialah
nanti tolong kepada kamu””.
Serta Basil mendengar kata A’bada Allaha Yuqona itu maka ia pun bertambah
yakin dan imannya seraya berkata “Ya A’bada Allaha Yuqona sangatlah benar
engkau berkata itu. Adalah hamba pada tatkala duduk di dalam Sham itu bersama
dengan Bahira Al Rahib pada ketika itu hamba lihat dengan mata hamba akan nabi
Mahamada itu datang bersama kaum Quraish negeri Sham. Pada ketika itu baginda
itu berjalan segala batu dan bukit dan pohon kayu semuanya habis tunduk sujud
kepadanya. Jika baginda itu bersandar kepada pohon kayu layu kering daunnya
maka semuanya dengan seketika itu juga jadi hijau.
Serta hamba lihat terlalulah sangat ajaib dan lagi Bahira Al Rahib berkata
kepada hamba “Baginda itulah nabi yang sebenar2nya daan Yasawaa’ Al Masih pun
ada sebut di dalam Injil akan baginda itulah Sayada Al Mursalin dan di suruh
ikut seperti ajaran baginda itu dan membawa iman kepada agama baginda. Barang
siapa membawa iman kepada agama Asalama nescaya ia beroleh kebajikan di dalam
akhirat daripada tuhan Roba Al A’alamayana itu”. Demikianah mukjizat yang hamba
lihat dengan mata hamba itu kemudian maka hamba pun berlayarlah daripada negeri
Sham itu membawa dagangan mari ke negeri Qostantin ini.
Tiada berapa lamanya hamba duduk berniaga di dalam negeri itu maka hamba
dengar sudahlah di zahirkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya seorang nabi di
negeri Hijaz bernama Mahamada bana A’bada Allaha kemudian berpindahlah ia ke
tempat negeri Madinah di buat oleh raja Tabaa’. Adalah pekerjaan nabi itu makin
sehari makin bertambah mukjizat lepas daripada baginda itu duduk Madinah. Tiada
berapa lamanya maka baginda itu pun wafatlah kemudian daripada itu maka hamba
dengar seorang sahabatnya bernama Abu Bakar Al Shodayaqo rodhoya Allaha a’naha sah
jadi khalifah maka ia menyuruh laskarnya mendatang di negeri Sham tiada berapa
tahun lamanya maka ia pun wafatlah.
Maka A’maro bana Al Khothoba rodhoya Allaha a’naha jadi khalifah maka ia
pun perangkan segala negeri Sham dan Rom itu. Serta hamba dengar ia sudah
mengalahkan segala negeri2 Sham yang di sebelah darat maka hamba dengar pula
nanti ia menyuruh laskarnya melingkar negeri yang di tepi laut maka hamba pun
duduk menanti di sini”. Maka berkata A’bada Allaha Yuqona “Ya Basil apa ingatan
kamu yang baik itu yang kamu masuk Asalama itu” maka sahut katanya “Adalah yang
ingatan hamba itu sangatlah suka hati hamba serta tulus ikhlas hati hamba
hendak masuk kepada agama Asalama tiadalah hamba mahu lagi membawa iman kepada
agama Roman itu”.
Telah sudah ia berkata2 maka ia berjawat tangan dengan A’bada Allaha Yuqona
lalu ia beri segala senjata kepada A’bada Allaha Yuqona dan kepada segala
hulubalangnya menyuruh melawan berperang dengan raja Shura itu seraya berkata
“Ya syah alam sekarang itu adalah raja Shura itu ada tengah gholib duduk
melawan berperang dengan saidina Yazid Abu Sufian itu maka tuan hamba pun
mahulah keluar dari dalam kota ini masuk ke dalam negeri masuk mengamuk dan
membunuh barang siapa melawan dengan tuan hamba dan taklukkan negeri ini”. Maka
kata Yuqona “Ya Basil jika kamu peturunkan segala laskarku yang di dalam kapal2
itu datang mari mendapatku keluar melawan dengan Roman itu” maka Basil pun
bukalah pintu kota yang di sebelah tepi laut di hantar perahu2 pergi ke kapal
itu di peturunkan segala hulubalang dan laskarnya A’bada Allaha Yuqona itu maka
datanglah semuanya berhimpun dengan A’bada Allaha Yuqona.
Maka A’bada Allaha Yuqona pun membuat sepucuk surat di beri pergi kepada
saidina Yazid bana Abu Sufian di maklumkan segala hal ehwalnya itu dan
pekerjaan yang ia hendak buat itupun di maklumkan kepada saidina itu dan lagi
di sebutkan di dalam warkah itu ia hendak melingkar masuk ke dalam negeri Shura
ini pada waktu Subuh pada ketika itu mahulah tuan hamba mari bertemu dengan
hamba di dalam negeri Shura itu. Serta saidina Yazid bana Abu Sufian mendengar
bunyi surat itu maka saidina Yazid pun tunduk sujud kepada hadrat Allaha seraya
mengucap syukur kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka saidina Yazid pun
bersiap hendak berangkat daripada tempatnya duduk itu.
Telah sampai waktu subuh maka A’bada Allaha Yuqona menyuruh lima ratus
hulubalangnya naik ke atas kota di suruh bunuh segala mereka itu yang duduk di
atas kota itu maka kata Basil “Ya syah alam adalah segala mereka2 yang duduk di
atas kota itu bukannya hulubalang raja Shura sekelian itu isi desa Shura ini di
suruh oleh raja Shura jaga. Janganlah tuan hamba membunuh akan mereka itu
ajarkanlah agama yang sebenar2nya kepada mereka itu” maka di ajarlah kepada
mereka itu agama Asalama. Telah sudah di ajar maka A’bada Allaha Yuqona dan
hulubalangnya pun mengucap kalimah Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala
Allaha dengan nyaring suaranya sambil mengucup pedangnya masing2 memegang di
tangan sambil masuk ke dalam negeri. Serta segala isi desa lihat maka sekelian
pun hairanlah seraya berkata “Apatah sebab gerangan jadi demikian ini”.
Di dalam hal yang demikian itu maka terdengarlah kepada saidina Yazid bana
Abu Sufian rodhoya Allaha a’naha akan bunyi riuh rendah di dalam negeri maka
saidina Yazid pun ketahuilah akan hal A’bada Allaha Yuqona itu sudah masuk ke
dalam negeri duduk mengamuk. Maka saidina Yazid bana Sufian dan segala
hulubalangnya pun masuklah menempuh masuk ke dalam tentera raja Shura itu lalu
mengamuk dan membunuh kaum kafir Roman itu. Maka tentera saidina Yazid dan
tentera A’bada Allaha Yuqona keduanya pun sudah menjadi satu lalu ramailah
tentera Asalama masuk mengamuk ke dalam tentera kafir itu maka segala kaum
kafir pun banyaklah mati.
Maka serta raja Shura itu lihat akan hal kaumnya itu banyak mati maka
berkata ia kepada hulubalangnya “Wahai pada sekali ini tewaslah kita berperang
dengan kaum Asalama itu kerana kaum Asalama yang duduk di dalam penjara itu
sudah terlepas keluar duduk mengamuk ke dalam negeri dan segala kaum Asalama
yang duduk di jajahan negeri Qisariah pun aku dengar sudah masuk duduk di dalam
negeri Qisariah itu dan jika sangkakan nanti anak raja Herculi itu menghantar
bantu kepada kita maka boleh kita melawan dengan kaum Asalama ini. Sekarang ini
tiadalah gunanya kita melawan dengan kaum Asalama ini terlebih baik kita undur
daripada negeri ini”.
Pada malam itu juga maka raja Shura dan hulubalangnya pun lari daripada
negeri maka di turutlah oleh kaum Asalama akan dia sedikit jauh. Maka banyaklah
rampasan beroleh kepada kaum Asalama maka hari pun sianglah A’bada Allaha
Yuqona pun membukakan pintu kota itu. Maka saidina Yazid dan hulubalangnya pun
masuklah ke dalam kota itu lalu merampaskan segala hak harta kaum Roman itu. Maka
serta kaum Roman yang duduk di atas kota itu lihat hal kaum Asalama itu duduk
membunuh tiada menaruh sayang maka berkata mereka itu di atas kota itu Al
Amaana Al Amaana pintalah Aman. Maka A’bada Allaha Yuqona menyuruh sekeliannya
turun dari atas kota masuk ke dalam kota.
Telah sudah turun maka berkata saidina Yazib bana Abu Sufian rodhoya Allaha
a’naha kepada mereka itu “Sekarang ini sudahlah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya
fatahkan negeri ini kepada kami. Maka kamu sekelian pun sudah menjadi tawanan
kami sekelian maka kamu sekelian pun sudahlah membawa iman kepada agama
Asalama. Sekarang ini mahulah kamu sekelian bersumpah setia dengan menyatakan
sekali2 tiada kamu membuat derhaka kepada kami”. Maka sekelian mereka itu pun
masuklah Asalama dan bersumpahlah setia tiada mahu membuat derhaka maka A’bada
Allaha Yuqona pun lepaslah segala mereka itu pergi ke rumah masing2 maka
saidina Yazid dan A’bada Allaha Yuqona dan segala kaum Asalama pun duduklah di
dalam kota negeri Shura itu.
Sumber: Kitab Fatah Al Sham (Manuskrip UM)
No comments:
Post a Comment