Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, February 25, 2024

Kisah Nabi Allaha Nuh 



Kisah nabi Allaha Nawaha (Nuh) A’layaha Al Salaama bahawa adapun ketahui olehmu akan Shakaroyana (Shakirin) namanya anak Malaka (Malik) dan Malik anak Matawasalaha (Matusalah) dan Matusalah anak nabi Allaha Idris A’layaha Al Salaama. Bahawa akan Shakirin anak Malik itulah Asalaama maka sebab di namai Nuh oleh kerana ia sangat bercintakan kaumnya menjadi kafir menyembah berhala itu.

Maka umur Nuh pun datang empat puluh (40) tahun maka di anugerahkan Allaha Ta’alaya nabi Allah Nuh A’layaha Al Salaama menjadi nabi akan menunjuk mereka itu dan mengajar segala mereka itu pada jalan yang sebenarnya menyuruh mereka itu membawa iman dan Asalaama. Hataya sembilan ratus lima puluh (950) tahun nabi Allaha Nuh membawa segala mereka itu pada jalan yang sebenarnya dalam dunia dapat manusia hanya empat puluh (40) orang jua yang membawa iman. Laqowalaha Taa’alaya Fa Labatsa Faya Hama Alafa Sanata Alaa Khomasayana A’amaa (29:14).

Adapun Nuh di titahkan Allaha Taa’alaya pada tiap2 pagi hari berseru2 di benua Kufah menyebutkan Laa Alaha Alaa Al Laha supaya di dengar oleh segala makhluk dan tatkala nabi Allaha Nuh menyebut kalimah tauhid itu setengah mereka itu menutup telinganya dan setengah menggeleng2kan kepalanya dan setengah di tutup dengan kain dan setengah lari tiada ia mendengar kalimah tauhid itu hingga tiada di dengarnya suara nabi Allaha Nuh.

Maka ia berhenti pada tiap2 pagi nabi Allaha Nuh menyebut zikir itu menyuruhkan membawa iman maka di palukan nabi Allaha Nuh tiada sedarkan dirinya. Setelah ia ingat akan dirinya daripada bius itu maka nabi Allaha Nuh “Hai segala manusia berikrarlah kamu akan Allaha tuhan yang esa. Ialah tuhan sekelian alam dan bahawa aku pesuruhnya di namai aku Nuh”. Maka segala kafir di palunya akan Nuh maka nabi Allaha Nuh pun bius pula sehari semalam lamanya maka nabi Allaha Nuh menyedar dirinya.

Demikianlah hal nabi Allaha Nuh beberapa ratus tahun maka sakitlah hati nabi Allaha Nuh maka sembahnya. Laqowalaha Taa’alaya Qoala Roba Anaya Daa’wata Qowamaya Layalaa Wa Nahaaroa. Fa Lama Yaroda Hama Daa’aya Alaa Faroaroa. Wa Anaya Kalamaa Daa’wata Hama Lataghofaro Lahama Jaa’lawaa Ashoabaa’ Hama Faya Adzaana Hama Wa Asataghoshawaa Tsayaaba Hama Wa Ashorowaa Wa Asatakabarowaa Asatakabaaroa. Tsama Anaya Daa’wata Hama Jaharoa. Tsama Anaya Aa’lanata Lahama Wa Asarorota Lahama Asaroaroa (71:5-9).

Kata Nuh ya tuhanku engkau jua yang terlebih tahu bahawa aku suruh mereka itu pada tiap2 hari berbuat kebaktian dan membawa iman kepadamu supaya dosa mereka itu engkau ampuni. Maka di tutupkannya telinganya dengan jarinya dan di selubungnya kepalanya dengan kain dan setengah lari ia dalam padang rimba. Itu pun kusuruh juga ia dengan nyaring dan perlahan2 itu pun di palingkan mereka itu daripada aku dan di peramaikannya dan di nistanya aku dan di tunjukkannya mataku.

Barang kali katakan membawa iman kepada tuhan yang esa dan akulah nabi kamu supaya di ampuni tuhanmu akan kamu maka sekelian mereka itu pun menutup telinganya dengan jari dan menutup mukanya dengan kain dan melarikan dirinya supaya jangan di dengarnya suara hambamu. Maka pada malam hambamu katakan pada mereka itu dengan perlahan2 percayalah kamu akan tuhan yang bernama Allaha Taa’alaya itu pun lari jua ia mereka itu jadi kafir murtadlah ia ya tuhanku.

Maka datang wahyu Jibril membawa firman Allaha Taa’alaya akan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama akan tuhanmu Lana Yawamana Qowamaka Alaa Mana Qoda Amana (11:36). Maka Jibril “Ya Nuh, bahawa salam tuhan kepadamu firmannya bahawa kaum itu tiada akan membawa iman”.

Maka pada suatu hari nabi Allaha Nuh melihat kaumnya berhimpun pada suatu tempat berjamu jamuan dan pergilah nabi Allaha Nuh mendapatkan kaum itu. Apabila nabi Allaha Nuh datang kepada kaum itu maka di palunya nabi Allaha Nuh oleh kaumnya. Bahawa akan segala kain Nuh berlumur dengan darah maka isteri nabi Allaha Nuh pun datang kepada kaumnya katanya “Hai segala kaum, bahawa akan suamiku ini telah gila. Segala barang katanya yang di katakannya itu daripada gilanya jua”.

Setelah di dengarnya kata isterinya mengatakan ia gila itu maka sangat sakit hatinya dan bertambahlah dukacitanya itu. Maka ia mengadah ke langit berseru2 dengan tangisnya dan sembahnya. Laqowalaha Taa’alaya Anaya Magholawaba Fa Anatashoro (54:10). Sembah Nuh “Ya tuhanku, engkau jua yang lebih tahu akan aku ini teraniaya minta tolong kepadamu”. Maka Jibril pun datang berkata “Ya Nuh, bahawa pintamu telah di kabulkan tuhan maka tanamkan olehmu pohon kayu ini kerana pohon zamrud ini dari dalam syurga. Barang kali besarlah ia pada masa itulah datang kemenanganmu”.

Maka di tanam oleh nabi Allaha Nuh cawang kayu itu zamrud itu pun tumbuhlah empat puluh (40) tahun lamanya kayu itu pun besarlah seratus (100) kaza tingginya kayu. Selama kayu itu di tanamkan oleh nabi Allaha Nuh seorang pun kanak kanak tiada jadi daripada perut ibunya. Bahawa akan nabi Allaha Nuh pun selama ia menanam kayu itu tiadalah ia berkata2 dengan kaumnya dan menyuruhkan mereka itu membawa iman dan apabila genaplah umur kayu itu empat puluh (40) tahun.

Maka firman Allaha Taa’alaya malaikat berseru2 “Hai kaum Nuh, telah genaplah umur kayu itu empat puluh (40) tahun itulah yang berlepas nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama”. Bahawa kayu itu besarnya dan panjangnya sama jua mahsyurlah pada segala alam akan besar panjang kayu itu maka di lihat nabi Allaha Nuh akan segala kafir itu sangatlah keras hatinya maka nabi Allaha Nuh pun meminta doa kepada hadrat Allaha Taa’alaya.

Laqowalaha Taa’alaya Wa Qoala Nawaha Roba Laa Tadzaro A’laya Al Arodho Mana Al Kaafaroyana Dayaaroa. Anaka Ana Yadzaro Hama Yadholawaa A’baadaka Wa Laa Yaaladawaa Alaa Faajaroa Kafaaroa (71:26-27). Sembah Nuh “Ya tuhanku, jangan apalah kau hidupkan segala kafir kerana engkau di perduakannya dan di samakannya engkau dengan berhala yang di buatnya dengan tangannya sendirinya oleh kafir di atas bumimu dan jikalau engkau kekalkan segala kafir tujuh kaum ini di dalam dunia nescaya segala yang membawa iman kepadamu itu pun di persesatnya pula oleh segala kafir ini”.

Akan segala kafir yang banyak itu pun berpesannya pada anak cucunya “Hai anak cucuku, jangan kamu hampir kepada Nuh itu dan jangan turut barang katanya dan jangan kamu percaya akan dia dan perbaikkan oleh kamu agama ibu bapa kita dengan nabi Allaha Nuh”. Pesannya segala kafir maka nabi Allaha Nuh pun putus asalah daripada kaumnya itu maka sembah ke hadrat Allaha Taa’alaya “Ya tuhanku, jangan engkau hidupkan di bumi ini kaum segala kafir supaya habislah segala bangsa kaum kafir”.

Maka Jibril datang kepada nabi Allaha Nuh berkata “Ya Nuh, perbuatkanlah oleh tuan hamba sebuah bahtera” maka nabi Allaha Nuh pun mencari pandai yang tahu berbuat bahtera. Maka datang empat (4) orang pandai kepada nabi Allaha Nuh maka kata keempat pandai itu “Kami ini berilah beristeri akan anak tuan hamba jua keempat kami ini maka dapat kami kerjakan bahtera itu”.

Maka nabi Allaha Nuh pun masuk ke dalam rumahnya dengan takdir Allaha Taa’alaya ada seekor keldai dan seekor kuda dan seekor kucing di hadapan nabi Allaha Nuh. Tatkala itu Allaha menunjukkan kebesarannya maka binatang tiga itu pun menjadi manusia ketiga perempuan maka jadi empat (4) oranglah dengan anak nabi Allaha Nuh. Maka di lihat nabi Allaha Nuh anaknya seorang jadi empat (4) orang maka keempat serupa maka nabi Allaha Nuh pun terlalu hairan katanya “Yang mana anakku dalam empat orang ini”.

Kelakian di keluar nabi Allaha Nuh maka katanya nabi Allaha Nuh kepada pandai “Adalah anakku empat (4) orang di anugerahkan Allaha Taa’alaya” maka empat pandai itu di kahwinkan oleh nabi Allaha Nuh dengan anaknya empat orang itu dalam rumahnya. Setelah sudah kahwin maka baginda pun fikir betapa peri berbuat bahtera ini kerana pada zaman ini seorang pun tiada berbuat bahtera.

Kelakian Jibril pun datang membawa firman tuhan yang maha mulia membawa seekor ayam maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, seperti dada ayam inilah bangunnya bahtera itu dan suruhlah berbuat bahtera itu kepada orang tukang itu”. Maka kata nabi Allaha Nuh kepada keempat pandai itu “Membawa imanlah kamu kepada Allaha Taa’alaya bahawa akulah pesuruhnya dan mengucaplah shahadat keempat kamu”. Maka keempat orang pandai itu pun sama2 kaum nabi Allaha Nuh empat puluh (40) orang mengucap shahadat Laa Alaha Alaa Al Laha Nawaha Rosawala Al Laha.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai Jibril, apa kuperbuatkan” maka kata Jibril “Pohon kayu itu robohkan perbuatkan papan itu jadikan bahtera hambalah mengajar berbuat bahtera itu”. Maka nabi Allaha Nuh pun merobohkan kayu itu di jadikannya papan. Laqowalaha Taa’alaya Wadhoa’ Al Falaka Ba Aa’yananaa Wa Maa’yanaa ertinya firman Allaha Taa’alaya perbuatlah daripada pohon kayu itu dan cawangnya akan pasaknya. Laqowalaha Taa’alaya Wa Hamalanaaha A’laya Dzaata Al Waaha Wa Dasaro (54:13).

Bahawa kamu jadikan cawang kayu itu akan pasaknya maka Jibril dan nabi Allaha Nuhlah akan tukang bahtera itu. Maka naikilah papan itu pertama surat nabi Allaha Adam dan kedua papan nabi Allaha Sis dan ketiga papan nabi Allaha Idris dan bahawa keempat papan nabi Allaha Nuh dan kelima papan nabi Allaha Hawada (Hud) dan keenam papan nabi Allaha Shoalaha (Sholeh) dan ketujuh papan nabi Allaha Abaroahayama (Ibrahim) datang kepada dua belas laksa empat ribu empat ratus empat puluh (124,440) keping papan itu segala tersurat nama nabi juga.

Pada sekeping papan seorang nama nabi bahawa dengan kudrat Allaha Taa’alaya bahtera itu pun dengan segeranya. Bahawa Jibril menunjukkan nabi Allaha Nuh mengerjakan bahtera itu seribu (1,000) kaza tinggi bahtera itu dan empat ratus (400) kaza bukanya dan tujuh (7) pangkat petaknya.

Maka datang segala kafir kaun Nuh itu melihat bahtera itu sekelian mereka itu mengejek2 dan bersenda2 akan nabi Allaha Nuh. Laqowalaha Taa’alaya Wa Kalamaa Maro A’layaha Malaa Mana Qowamaha Sakhorowaa Manaha. Qoala Ana Tasakhorowaa Manaa Fa Anaa Nasakhoro Mana Kama Kamaa Tasakhorowana. Fa Sawafa Taa’lamawana (11:38-39). Firman “Hai Nuh, katakan pada kaum itu bahawa kamu bersenda2 kami pada hari ini atau esok kuasanya datang juga ke atas kamu bala”.

Maka kata kaum Nuh akan bahtera engkau perbuat ini akan rumahmukah atau bawa terbangkah” kerana zaman itu tiada ada laut bernama A’waama di tengah dunia ini sehingga laut Mahayatho yang mengelilingi dunia ini jua adanya. Tatkala sudahlah taufan surut air itu pun menjadi laut A’waama yang di tengah dunia ini maka sahut nabi Allaha Nuh “Bahawa tuhanku menyuruhkan aku berbuat bahtera ini”. Maka firman “Sudahlah bahteramu ini maka kunjung olehmu Bait Al Makmur kerana Bait Al Makmur itu akan kubawa ke langit”.

Bahawa akan bahtera itu pun empat (4) keping papan lagi kurang maka Jibril pun berkata “Ya Nuh, pergilah ambil kayu di tebing sungai Nil akan tutup bahteramu”. Maka kata nabi Allaha Nuh pun kepada anak cucunya “Siapa kamu dapat mengambil kayu itu” maka seorang pun tiada bercakap akan mengambil kayu itu. Maka nabi Allaha Nuh pun berkata “A’waja anak A’naqo, dapatkah engkau mengambil kayu itu hai A’waja. Jikalau dapat engkau mengambil kayu itu aku memberi makanan akan kamu mana sekehendak hatimu”.

Maka sahut A’waja “Ya nabi Allaha, hambalah mengambil akan dia berilah makanan akan hambamu” maka di beri nabi Allaha Nuh tiga (3) buah apam akan makanan A’waja. Demi di lihat oleh A’waja tiga buah apam itu maka kata A’waja “Ya nabi Allaha, tujuh belas ribu apam makanan pada sehari. Apa jadinya tiga (3) buah apam ini berasa di manakah memakan dia”.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai A’waja, bahawa jangan engkau syak akan tiga (3) buah apam ini terlebih pula kenyangnya daripada tujuh belas ribu apam yang engkau makan itu. Adapun tatkala engkau makan tiga (3) buah apam ini engkau sebutkan dengan Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama”. Maka di sebutkannya oleh A’waja seperti di ajarkan oleh nabi Allaha Nuh itu lalu di makannya tiga (3) buah apam itu dengan berkat berkata nama tuhan yang maha tinggi terlalu lazat rasanya apam itu maka perut A’waja pun kenyanglah maka pergilah A’waja mengambil kayu itu.

Setelah kayu itu datang maka oleh nabi Allaha Nuh di perbuatnya empat (4) keping papan. Sekeping papan itu tersurat nama Abawa Bakaro (Abu Bakar) dan kedua keping papan itu A’maro (Omar), ketiga A’tsamaana (Osman) dan keempat itu A’laya (Ali) Rodhoya Allaha A’naha Ajamaa’yana. Maka di kenakanlah keempat itu penutup bahtera itu.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Ya Jibril, akan nama yang keempat itu nabikah atau apakah ia”. Maka kata Jibril “Orang empat (4) itulah nama sahabat kekasih tuhan alam yang maha tinggi nabi akhir zaman lagi ia khatam al nabi namanya Mahamada Mashothofaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan sebab nama orang empat (4) inilah bahteramu sudah lagi di peliharakan tuhan alam sebab nama sahabat Mahamada Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Bahawa mereka itulah pohon iman dan agama kepada akhir zaman”.

Setelah sudah bahtera itu di perbuat nabi Allaha Nuh dan tukang itu maka di lihat oleh segala kafir bahtera nabi Allaha Nuh itu sudah maka sedia kala di berakinya oleh segala kafir itu. Maka penuhlah dengan najis segala kafir itu daripada dengki akan nabi Allaha Nuh sangat ia menjalankan agama Asalaama. Kelakian sekali persetua ada seorang kafir berpenyakit kudil luruhlah segala daging tiada ia berjalan melainkan merangkak juga ia berjalan nama Asafa maka ia pun berakinyalah ke dalam bahtera itu.

Setelah sampai ia bibir bahtera dengan merangkak di bibir bahtera itu maka lalu jatuh ke dalam najis segala kafir yang di dalam bahtera itu dengan takdir Allaha Taa’alaya segala tubuh yang kudil itu pun jadi sembuhlah dan daripada lasa itu pun menjadi putihlah kembali seperti dahulu maka ia pun berjalan pula. Maka di lihat oleh segala kafir akan Asafa itu tatkala lalu pergi ke bahtera itu merangkak maka di lihat tatkala ia berbaik itu hilanglah penyakit sebab jatuh ke dalam najis itu.

Maka segala kafir fikir pada hatinya “Akan najis itu jadi ubat lakunya” maka ambilnya najis itu segala kafir akan ubat segala yang berpenyakit maka segala sakit itu pun habis sembuhlah kesemuanya. Maka berebutlah ia mengambil najis itu sebab akan jadi ubat dengan kudrat Roba Al A’alamayana dan cemar dalam bahtera itu pun habislah di ambil oleh segala kafir itu akan ubat, sezarah pun tiada tinggal cemar itu akan bahtera itu pun sucilah.

Maka pada suatu hari datang pandai empat (4) orang itu kepada nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama maka fikir nabi Allaha “Apa peri aku mengetahui anakku sendiri di dalam empat (4) orang itu”. Maka kata nabi Allaha Nuh kepada tukang empat itu “Bahawa anakku yang berikan kepadamu keempat itu apa2 fa’alnya” maka kata yang seorang “Adapun akan tuan hamba akan anak tuan hamba yang pada hamba itu terlalu baik rupanya tetapi barang lakunya seperti keldai”.

Maka kata seorang lagi “Adapun anak tuan hamba itu terlalu baik rupanya dan parasnya tetapi lakunya seperti kuda” maka kata seorang “Ya tuanku, anak tuan hamba itu baik rupanya dan parasnya tetapi barang lakunya seperti kucing” maka kata seorang lagi “Ya tuanku, anak tuan hamba itu terlalu baik rupanya dan parasnya dan akan lakunya pun seperti manusia”. Maka di dalam hati nabi Allaha Nuh kemudian inilah anakku dan yang tiga itu daripada kudrat tuhan yang menjadikan dia”.

Setelah sudahlah bahtera itu dengan alatnya maka di hantar akan tabut nabi Allaha Adam itu pada selapis yang pertama dan pada selapis yang kedua segala manusia dan pada selapis yang ketiga segala aneka burung isinya dan pada lapis yang keempat segala binatang liar yang menerkam isinya dan kelima lapis segala binatang jinak isinya dan pada keenam lapis segala buah2an isinya dan segala benih benihan akan isinya dan pada ketujuh lapis segala semut dan rumput akan isinya.

Maka pada sehari isteri nabi Allaha Nuh bermasak apam itu di dengarnya pada tempat bermasak itu di dengar orang demikian bunyinya Laqowalaha Taa’alaya Wa Faaro Al Tanawaro Qolanaa Ahamala Faya Haa Mana Kala Zawajayana Atsanayana Wa Ahalaka Alaa Mana Sabaqo A’layaha Al Qowala Wa Mana Amana Maa’ha Alaa Qolayala (11:40). Firman Allaha Taa’alaya hai Nuh bawa olehmu segala binatang aneka jenis sekelian bawa masuk ke dalam bahtera itu”. Maka kata Nuh “Betapa peri hamba menghimpunkan segala binatang betapa peri hamba”.

Maka sahut Jibril membentangkan sayapnya menghimpunkan segala binatang isi bumi itu sekelian di himpunkan ke negeri Kufah aneka jenis binatang daripada kuda harimau serigala badak beruang kijang napa pelanduk naghui sampai kerbau lembu kambing biri biri domba seladang binatang .. dan segala berangkai dua dan yang tiada berangkai seperti burung dewata unggas aneka merpati ayam nuri kakak tua bayan tabang pulang serindit merak ayam hutan cibak sanu jawi muaki baru2 ayam himan sorong lintang panglang suri kawang kubang burung hantu bangau serundung kera rupa2 peragam punai camar undan lebah tebuan panang sedabi penyengat lalat langau angkut2.

Kesemuanya binatang itu naik bahtera dan seperti ular lipan pengasan labah labah itu pun semuanya naik bahtera melainkan keldai jua yang belum naik. Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai malaun, naiklah engkau” maka Iblis pun merintangkan keldai itu naik atas bahtera.

Maka anak nabi Allaha Nuh tiga (3) orang, seorang namanya Yaa’fata (Yafet) dan seorang namanya Saama (Sam) dan seorang namanya Haama (Ham) dan empat kaum yang Asalaama kesemuanya naik atas bahtera sama2 nabi Allaha Nuh. Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai segala kaum kafir, masuklah kamu kepada agama Allaha Taa’alaya supaya kubawa kamu atas bahtera aku supaya kamu di selamatkan Allaha Taa’alaya daripada bala yang maha besar itu”.

Maka sahut segala kafir itu Laqowalaha Taa’alaya Laa Awaroya Ana Yataqobala Wa Laa Aroyada Ana Karomanaka ertinya tiadalah kami berkehendak kepada bahteramu dan tiada kamu hendak akan kemuliaanmu. Maka kata nabi Allaha Nuh “Tak dapat tiada binasalah kamu oleh air bah bala tuhan ke atas kamu. Laqowalaha Qoala Saawaya Alaya Jabala Yaa’shomanaya Mana Al Maa Qoala Laa A’ashoma Al Yawama Mana Amaro Al Laha Alaa Mana Rohama Wa Haala Bayata Hamaa Al Mawaja Fa Kaana Mana Al Maghoroqoyana. Maka kata kafir itu naiklah kamu di atas bukit supaya tiadalah kamu kena air itu.

Maka kata kafir itu “Naiklah kamu di atas bukit supaya tiadalah kamu kena air itu” maka kata nabi Allaha Nuh kepada kaifr kaumnya yang hampir kepadanya itu “Hai, segala anak cucu kaum keluarga bahawa akan bala tuhan itu segala bukit pun habis hapus oleh air kamu jangan ura2kan air itu bukan seperti air pasam bah akan air inilah bala tuhan segala alam bahawa akan air inilah kutuk tuhan alam atas yang menduakan dia. Inilah air seksa akan kamu sungguh seperti katamu itu.

Adapun tatkala itu sembilan (9) hari bulan Rajab maka bumi pun belah2 dan pasak seperti kiamat lakunya maka terbitlah daripada belah bumi itu air maka penuhlah segala bumi itu oleh air maka sampailah air itu pada pinggang bukit. Laqowalaha Taa’alaya Fa Fatahanaa Abawaaba Al Samaa Ba Manahamaro. Wa Fajaronaa Al Arodho A’yawanaa Fa Alataqoya Al Maa A’laya Amaro Qoda Qodaro. Wa Hamalanaha A’laya Dzaata Al Waaha Wa Dasaro (54:11-13). Bahawa dari langit pun turun air yang sejuk ke atas bumi maka segala kafir itu pun sangatlah kesakitan dan kesukarannya maka nabi Allaha Nuh pun sayang hatinya akan segala kaumnya yang hampir kepadanya daripada kafir itu.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai segala kaum keluarga anak cucuku. Laqowalaha Taa’alaya Yaa Banaya Arokaba Maa’naa Wa Laa Takana Maa’ Al Kaafaroyana (11:42). Maka kata nabi Allaha Nuh “Segala anak cucuku dan segala kaumku, marilah engkau sekelian naik ke atas bahtera ini sertaku. Jangan engkau sekelian serta kafir yang banyak itu kerana segala kaum kafir itu telah datanglah akan kebinasaannya”. Maka sahut segala keluarga anak cucu nabi Allaha Nuh “Bahawa akan kami serta orang banyak itu naik ke atas bukit yang tinggi itu”.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Segala bukit itu pun tenggelamlah pada hari itu” maka sahut kaumnya “Tiada akan tenggelam bukit yang tinggi itu” maka air itu pun naik ke atas bukit Kana’an akan membinasakan mereka itu. Maka dengan sesaat itu juga bukit Kana’an pun tenggelamlah dan segala kafir itu pun binasalah tiada berketahuan dan bahawa di lihat nabi Allaha Nuh hal segala keluarganya maka tertutuplah hatinya.

Maka nabi Allaha Nuh mengadah ke langit berseru2 “Ya tuhanku, mana janjimu segala anak cucu keluarga hambamu engkau luputkan daripada seksamu. Akan sekarang ini anak cucu hambamu inilah halnya ya tuhanku”. Laqowalaha Taa’alaya Wa Naadaya Nawaha Robaha Fa Qoala Roba Ana Abanaya Mana Ahalaya Wa Ana Waa’daka Al Haqo Wa Anata Ahakama Al Haakamayana. Qoala Yaa Nawaha Anaha Layasa Mana Ahalaka Anaha A’mala Ghoyaro Shoalaha (11:45-46). Firman bahawa sesungguhnya janjimu dengan aku itu tiada bersalahan. Bahawa sebenar2nyalah janjimu itu hai Nuh akan orang itu bukan anak cucumu kerana mereka itu kafir yang menduakan aku. Adapun segala yang naik bahteramu itulah anak cucumu kerana mereka itu percaya akan aku tuhan sebenar2nya dan percaya akan nubuatmu.

Maka hampirlah air itu atas bukit Kana’an dan lenyaplah negeri Kana’an dengan segala isi yang demikian kafir itu maka tumbuhlah segala batang. Maka air itu pun memenuhlah alam dunia ini maka segala kafir dan makhluk yang banyak itu pun fanalah habis dari masyrik lalu ke maghrib dari paksina lalu ke taksina habis mati lemas. Maka nabi Allaha Nuh berseru2 meminta doa daripada sangat hebatnya melihat air itu bertambah2 juga naiknya suatu pun tiada apa kelihatan lain daripada air dan langit jua dengan segala perhiasannya.

Maka Jibril pun datang berkata “Ahawa Nuh, sapu olehmu dahi gajah” maka di sapu nabi Allaha Nuh dahi gajah. Maka keluar babi dari belalai gajah maka barang ada cemar dalam bahtera semuanya habis di makan oleh babi itu. Maka oleh Iblis maka di sapu belakang babi maka keluarlah tikus sejudu dari liang hidung babi itu. Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai malaun, mengapa maka engkau dalam bahtera aku ini dan apa pekerjaanmu duduk di sini dan siapa memberi tempat akan engkau ini”.

Maka kata Iblis “Ya nabi Allaha, tatkala tuan hamba berkata akan keldai itu “Hai malaun, segeralah engkau naik” maka pada sungguh hamba yang tuan hamba kata malaun itu hambalah. Maka akan tikus itu sedia kala hendak membinasakan bahtera itu juga”. Maka nabi Allaha Nuh pun berseru2 ke hadrat Allaha Taa’alaya maka Jibril pun datang berkata kepada nabi Allaha Nuh “Sapulah tuan hamba belakang harimau”.

Maka nabi Allaha Nuh menyapu belakang harimau maka keluarlah kucing sejudu dari mulut harimau. daripada zaman itulah kucing dan babi dan tikus jadi maka tikus itu pun tiada dapat mengerat bahtera itu kerana sangat takutnya akan kucing itu. Maka oleh nabi Allaha Nuh diam dalam bahtera itu lamanya daripada bulan Rajab dan bulan Syaaban dan bulan Ramadhan dan bulan Syawal dan bulan Dzawa Al Qoa’dah dan bulan Dza Al Haja datang kepada sepuluh (10) hari bulan Maharam.

Laqowalaha Taa’alaya Yaa Arodho Abalaa’ya Maaka Wa Yaa Samaa Aqolaa’ya Wa Ghoyadho Al Maa Wa Qodhoya Al Amaro Wa Asatawata A’laya Al Jawadaya Wa Qoyala Baa’daa Lalaqowama Al Zhoalamayana (11:44). Adapun firman hai bumi tahanilah olehmu air itu jangan lagi di beri terbit. Hai langit tahanilah air yang turun daripadamu itu supaya jangan ia sampai ke langit. Maka dengan firman tuhanku maka bahtera itu pun hanyutlah lalu ke negeri Hajazi maka bahtera itu pun tawaf pada tempat Kaabah Allaha tujuh (7) kali berkeliling.

Telah sudah bahtera itu tawaf lalu ia pergi ke benua Saama barang ada bukit dalam alam dunia kesemuanya merendahkan dirinya melihat bahtera itu datang. Laqowalaha Taa’alaya Wa Asatawata A’laya Al Jawadaya. Firman “Hai Nuh, langgarkanlah bahteramu atas bukit Jawadaya (Judi) itu di sanalah engkau diam dengan segala anak cucumu yang tinggal itu” maka bahtera itu pun sangkutlah atas bukit Judi itu. Maka firman tuhan alam “Ahawa Nuh, keluarlah engkau dari dalam bahteramu itu”.

Maka nabi Allaha Nuh pun menyuruhkan itik pergi melihat air maka itik pun terbanglah serta bertemu ia dengan air lalu amat sukacitanya menyudu2 lumut itu. Maka lupalah ia akan di suruh nabi Allaha Nuh itu maka nanti nabi Allaha Nuh akan itik datang tiada juga datang. Kemudian maka nabi Allaha Nuh pun minta doa “Ya tuhanku, ambil kiranya sayap itik itu engkau jadikan ia menyudu2 di bawah limbahan orang datang kepada anak cucunya hingga hari kiamat” maka itik itu pun tiada dapat terbang lagi.

Maka nabi Allaha Nuh merpati pula di suruhnya melihat air itu maka merpati pun terbanglah datang kepada air makin duduk beberapa hari lamanya di sana ia bermain2 hingga jadi merahlah kakinya. Maka ia datang kepada nabi Allaha Nuh mengatakan air daripada segala negeri telah surutlah. Maka nabi Allaha Nuh pun minta doa akan burung merpati sembah nabi Allaha Nuh “Ya tuhanku, anugerahi jinak pada segala manusia dan permulia oleh segala manusia dengan rumah tangganya”.

Maka nabi Allaha Nuh pun berdatang sembah pula sembahnya “Ya tuhanku, barang ada sakit yang tinggal ini ambil olehmu daripada bumi ini”. Maka firman Allaha Taa’alaya pada Jibril “Ketujuh sayapmu itu gerakkan” maka oleh Jibril ketujuh sayapnya di gerakkannya maka di surutlah air itu atas bumi ini dan air itu pun jadi laut A’waama (Awam) di tengah bumi. Maka nabi Allaha Nuh pun turun dari atas bahtera dengan segala kaumnya dan segala isi bahtera itu pun turun kesemuanya maka bahtera itu pun terhantar di atas bumi.

Maka firman “Ya Nuh, keluarkanlah segala biji maka tanamkan olehmu” maka di lihat oleh nabi Allaha Nuh segala biji2an itu kesemuanya di ambilnya ada melainkan biji anggur jua yang tiada kelihatan. Maka nabi Allaha Nuh pun berdatang sembah “Ya tuhanku, sekelian bibit ini kesemuanya ada hanya bibit anggur jua yang tiada kelihatan. Kemana gerangan perginya hambamu tiada tahu” maka firman tuhan alam “Iblis mengambil bibit anggur itu”.

Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai malaun, marilah pulangkan bibit anggur itu” maka kata Iblis ia pun mungkir tiada mengaku katanya “Tiada aku mengambil dia”. Maka kata nabi Allaha Nuh “Dusta sekali engkau ini. Tuhan sekelian alam memberi tahu aku bahawa engkau menyembunyikan dia. Pulangkan olehmu”. Maka kata Iblis “Jikalau engkau mahu berjanji dengan aku bahawa engkau menyirus sekali dan aku menyirus sekali maka kupulangkan bibit anggur itu kepadamu” maka sahut nabi Allaha Nuh segala bibit anggur itu di jirus nabi Allaha Nuh sekali dengan air.

Maka oleh Iblis di bunuhnya seekor serigala maka darahnya itu di jirus akan bibit anggur itu. Maka di bunuhnya pula seekor babi darahnya itu di jirusnya pada bibit anggur itu. Maka itulah sebab yang makan anggur itu manis jatuh rasanya itulah dari jirus nabi Allaha Nuh dan segala minum tuak anggur itulah di jirus Iblis. Maka mabuk seperti laku serigala dan babi dengan gerak kerjanya dan merentak2kan dirinya berserta dengan angkaranya tiada menderita tiada berketahuan dengan menderam tiada di kenalnya lagi apa makhluk dan apa kholuk.

Maka Iblis pun melihat pada nabi Allaha Nuh “Tanyalah barang suatu supaya kusahut tanyamu itu” maka kata nabi Allaha Nuh “Hai malaun, adakah engkau berbuat maksiat kepada aku”. Maka sahut Iblis “Tiada aku berbuat maksiat padamu tetapi aku sudah pinta kepada Allaha Taa’alaya telah di kabulkan pinta akulah. Bahawa aku membawa anak Adam daripada jalan yang makmur kubawa kepada jalan yang sesat dan akulah mengerjakan pekerjaan memenuh neraka itu beberapa makhluk kafir sesat akan matinya dalam kafir dan tiada aku engkau dengar dan engkau lihat daripada anak Mahalil datang kepada kaum kafir yang banyak memenuhi dunia kafir sesatkan jadi isi neraka”.

Demi nabi Allaha Nuh mendengar kata Iblis demikian itu maka nabi Allaha Nuh pun menangis seratus (100) tahun lamanya bercitakan peri kata Iblis itu. Maka Iblis Laa’nata Allaha itu pun berkata “Ya nabi Allaha Nuh, akan tuan hamba bernama Shakirin itu”. Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai malaun, mana kerja kau kerjakan pada anak Adam” maka kata Iblis “Empat (4) perkara. Bahawa kerana Adamlah aku beroleh laknat Allaha Taa’alaya dan tuhan alam pun sangat murka kepada aku. Daripada itulah empat (4) perkara kupohonkan kepada Allaha Taa’alaya aku kerjakan kepada anak cucu Adam.

Seperkara berdengki dengkian ia pada samanya manusia, kedua perkara haloba bohong mengambil harta orang dan makan ganda berganda samanya manusia. Ketiga perkara berbesar2 dirinya dan mengangkatkan dirinya dengan dusta. Keempat perkara sangat ia kikir pada samanya manusia pekerjaan itulah yang kusuruh kerjakan pada anak cucu Adam”. Maka kata nabi Allaha Nuh “Hai Iblis, engkaulah akan laknat Allaha Taa’alaya dan sepatutnyalah murka tuhan atasmu daripada engkau melalui titah tuhanku yang maha besar dan yang maha tinggi.

Hai malaun, lain daripada itu apa pula nyatakan pada aku supaya aku ketahui”. Maka kata Iblis “Ahawa nabi Allaha, dahulu daripadamu aku diam dalam dunia ini tujuh ratus (700) malaikat berbuat kebaktian sama dengan aku tujuh puluh (70) tahun lamanya. Firman Allaha Taa’alaya menyuruhkan aku sujud padamu maka segala malaikat itu kesemuanya sujud. Maka datanglah kepada aku di suruh sujud maka tiadalah aku mahu sujud maka di balaskan laknat di atas aku dan sebab dengkiku dan takburku maka titah tuhanku lalui.

Bahawa sesungguhnya aku lebih daripadanya aku di jadikan daripada cahaya api dan akan Adam itu di jadikan daripada tanah yang kelam dengan sebab itulah aku di keluarkan daripada rupa malaikat. Maka masuklah aku daripada rupa Iblis ini lain daripada itu suatu pun tiada dosaku. Kemudian kuperbuat pula kepada Adam demikian kataku “Hai Adam, makan olehmu buah khuldi supaya kekal engkau dalam syurga ini” maka di dengar kataku itu di turutnya oleh Adam.

maka di makannya buah khuldi itu di sungguhnya akan labaan jua maka tertolaklah Adam dari dalam syurga terkenalah ia kejahatan dunia ini maka termasuklah pada bicara manusia dengan sangat kikirnya. Bahawa aku sudah mendengar firman Allaha Taa’alaya menjadikan syurga Janata Al Farodawasa (Janat Al Firdaus) itu pada ketika itu jadikan segala tanam tanaman dan sungai dan tumbuhlah segala pohon kayu kayuan dan berkembang kembanganlah segala bunga yang lain. Maka firman pada syurga Janat Al Firdaus “Bahawa engkau kuharamkan pada segala orang yang kena laknat itu beroleh nikmatku dan jangan berjejak ke atasmu””.

Setelah sudah Iblis berkata demikian maka lalu ia ghaib daripada hadapan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama maka firman Allaha Taa’alaya “Hai Nuh, perbuat olehmu sebuah masjid tempat berbuat ibadat daripada kayu bahtera itu”. Maka empat puluh (40) segala kaum nabi Allaha Nuh dan anaknya tiga (3) orang itu pun menyusuk kampung seorang sebuah dusun dan anak nabi Allaha Nuh yang bernama Yafet itulah asal A’jama (Ajam) dan A’roba (Arab) Balaa’aro dan Cina. Dan anak nabi Allaha Nuh yang bernama Sam itulah asal bangsa Rowama (Rom) dan Turki dan Peringgi dan Saqolab. Dan anak nabi Allaha Nuh yang bernama Ham itulah asal bangsa Habsyi dan Hindi dan Sandi.

Adapun umur nabi Allaha Nuh pada suatu kaul seribu tujuh ratus (1,700) tahun dan pada suatu kaul seribu empat ratus (1,400) tahun dan pada suatu kaul seribu (1,000) tahun maka nabi Allaha Nuh pun sakit. Maka berhimpunlah segala anak cucu nabi Allaha Nuh dan segala keluarga nabi Allaha Nuh empat puluh (40) orang itu kepada nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama. Maka kata segala mereka itu Ahawa bapa segala anbia. Laqowalaha Taa’alaya Wa Kayafa Roayata Al Danayaa ertinya betapa penglihat tuan hamba akan dunia ini.

Qoala Al Danayaa Kadaro Haa Banayaana Dakholawaa Mana Baaba Wa Harojata Mana Baaba maka sahut nabi Allaha Nuh “Hai kaumku, yang dunia itu seperti sebuah rumah dua pintunya maka masuk daripada suatu pintu dan keluar daripada suatu. Setelah sudah nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salaama berkata kepada keluarganya maka nabi Allaha Nuh pun kembalilah ke rahmat Allaha Taa’alaya. Qoalawaa Ana Lalaha Wa Ana Alayaha Roajaa’wana kembalilah dari negeri yang fana ke negeri yang baqo.

Maka segala anak cucu dan kaum nabi Allaha Nuh yang tinggal itu qorarlah ia masing2 dengan tempatnya hingga datang kepada anak cucu cicit mereka itu haru oleh Iblis menjadi ashi mereka itu sekelian kepada Allaha Taa’alaya.

Kitab kisah nabi di British Library

Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya. 

No comments:

Post a Comment