Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, June 12, 2011

Peperangan di Bukit Kaf

Al kisah maka tersebut perkataan baginda itu telah sudah membunuh raja keduanya itu maka baginda A’laya pun menyuruh orang Makah dan orang-orang Madinah itu merampas harta kafir itu seratus dua ratus malam itupun tiada juga habis. Maka baginda pun kembali kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Kemudian sabda rasul Allaha “Anakku A’laya, pergilah engkau himpunkan segala harta raja Handak dan raja Badar itu maka kata baginda A’laya “Ya junjunganku, hendaklah tuan kembali dahulu biarlah hambamu tentukan harta raja Handak itu”. Telah demikian baginda A’laya menghantarkan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berjalan adalah sekira-kiranya saujana mata memandang jauhnya. Setelah itu maka baginda sujud pada kaki rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka sabda rasul Allaha “Hai anakku A’laya, ingat-ingat barang suatu pekerjaan anakku jagalah firman Allaha dan sabda ku”. Setelah demikian itu maka rasul Allaha pun berjalan diiringkan oleh segala orang Makah Madinah. Beberapa lama berjalan itu maka rasul Allaha pun sampai ke Makah itu lalu masuk kedalam kota dengan sabda rasul Allaha “Hai segala kamu orang Makah dan Madinah, bahawa kembalilah oleh kamu kerumah sekelian”. Maka segala mereka itupun kembali ke tempatnya masing-masing dengan kemenangannya.

Al kisah maka tersebutlah perkataan baginda A’laya itu telah sudah baginda rasul Allaha kembali maka baginda A’laya pun sampailah. Maka berhenti seraya baginda A’laya bertanya orang menunggu pintu “Siapa lagi yang ada dalam istana raja Handak dan raja Badar itu?”. Maka sembah orang yang menunggu pintu itu “Tiadalah lagi ya tuanku” maka baginda A’laya pun tercenganglah melihat perbuatan itu seraya berjalan masuk ke dalam istana itu. Setelah sampai itu lalu memuji-muji tuhan Malaka Al Jabara seraya katanya “Dan dijadikan demikian istimewa pula yang dijadikan lagi”. Adapun istana raja Handak daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam. Adapun dindingnya daripada perak dan kotanya daripada tembaga suasa dan lantainya daripada kaca warna hijau akan bertatahkan permata sembilan bagai. Shahdan ayatnya daripada zamrud adapun di dalam rumahnya itu empat puluh berhala emas bertatahkan ratna mutu manikam ada yang perak ada yang tembaga suasa dan lain daripada itu berapa lagi bukanya. Telah dilihat oleh baginda A’laya maka sekelian itupun habis dibinasakan oleh baginda A’laya itu. Setelah sudah maka baginda A’laya pun mengucap syukurkan tuhan seru sekelian alam. Maka baginda A’laya pun menyuruhkan orang menghimpunkan sekelian harta raja Handak dan raja Badar maka sekelian mereka itupun pergilah menghimpunkan segala harta itu.

Setelah sudah maka berapa lama antaranya maka kelihatan suatu pasukan datang daripada pihak maghrib, anaknya daripada raja Sarasala pahlawan pun Natayaha A’shaa namanya. Adapun tingginya tiga puluh hasta umurnya tiga puluh tahun. Ialah daripada anak cucu raja Ghofaraha. Adapun datang hendak mendapatkan raja Handak dan raja Badar. Setelah sampai maka berhenti seraya baginda itu bertanya kepada orang yang menunggu baginda A’laya dan melihat raja Handak dan raja Badar telah dihinanya oleh mereka itu sekelian. Sekelian mereka itupun lari mendapatkan baginda A’laya. “Mengapakah kamu sekelian ini lari” maka sembah mereka itu “Ya tuanku adapun kami melihat seorang berupa jin”. Setelah sudah orang itupun datang kepada baginda A’laya seraya ia memberi salam “Al Salama Alaya Kama, ya A’laya”. Maka menyahut oleh baginda A’laya “Wa Alaya Kama Al Salama, hai orang yang besar panjang”. Maka sembah orang utusan itu “Adapun hambamu ini disuruh oleh raja Sarasala mengimpunkan segala rakyat. Adapun banyaknya sembilan laksa enam ribu dan rakyat dewa lima keti tujuh laksa lapan ribu”. Maka kata A’laya “Hai bapaku, marilah duduk” telah sudah maka A’laya bertanya “Mana kala datang raja Sarasala” jawab pahlawan “Kepada masa hari barangkali, jikalau Ghofaraha itu turun ke dunia bukit Kaf dan dan matahari masuk datangnya berpasuk-pasukan ia dapatkan anakku. Baiklah anakku akan pergi himpunkan bersungguh harta raja Handak dan ban Badar”. Setelah pahlawan Natayaha A’shaa kembalilah lalu bermohon kepada baginda A’laya. Adapun baginda A’laya itu membaiki kota dan parit ia pun duduklah di dalam negeri raja Handak dan Badar bersuka-sukaan.

Bermula tersebut perkataan raja Ghofaraha telah mendengar khabar raja Handak, raja Badar sudah mati dibunuh oleh baginda A’laya maka raja Ghofaraha pun menghimpun segala raja-raja yang takluk kepada baginda itu. Telah berhimpun maka raja Ghofaraha pun menyuruh menteri hulubalang sekelian di dalam itu ada seorang anak raja Jana Asalama. Setelah didengarkan raja Ghofaraha hendak menyerang baginda A’laya maka iapun berjalan mendapatkan baginda A’laya ke negeri raja Handak. Setelah sampai baginda kepada A’laya maka iapun memberi salam kepada baginda A’laya “Al Salama Alaya Kama” maka sahut baginda A’laya salamnya “Wa Alaya Kama Al Salama” seraya ditanya dari mana datangnya maka kata anak raja Jana “Datang dari negeri raja Ghofaraha akan memberitahu tuan hamba kerana tiada berapa lama raja Ghofaraha akan datang. Jikalau hamba pulang mengadap raja Ghofaraha, shahdan dijaga Allaha tuan hamba”. Telah sudah maka anak raja Jana pun bermohon kepada baginda A’laya lalu ia berjalan kembali. Telah berapa lamanya berjalan maka anak raja Jana itupun sampai kepada raja Ghofaraha itu maka didapati baginda itu lagi dihadap oleh segala raja-raja, menteri-menteri, hulubalang. Maka anak raja Jana itupun datanglah ia kepada raja Ghofaraha itu seraya duduk menyembah. Setelah sudah dilihat oleh raja Ghofaraha anak raja Jana itu datang segera ditanya oleh baginda “Dari manakah kamu datang?” maka kata anak raja Jana itu “Hamba datang daripada baginda A’laya”. Maka titah raja Ghofaraha “Apa khabar di dalam negeri Handak dan raja Badar itu?” maka jawabnya “Habislah sudah kepada baginda A’laya semuanya”.

Telah di dengar oleh raja Ghofaraha, maka iapun terlalulah sangat marahnya serta menyuruh himpunkan segala rakyat dan segala raja lalu menyuruh memanggil anaknya yang bernama Ghorawa Kasaparaya itu, panjangnya lapan puluh hasta dan lebarnya dua belas jengkal, berapa daya pula hendak membunuhnya anak itu tiadalah ia terbunuh olehnya. Hataya maka orang yang disuruhkan oleh baginda itupun sampailah kepada Ghorawa Kasaparaya maka segeralah ditanya oleh Ghorawa Kasaparaya “Apa pekerjaanmu datang ini?” maka sembah mereka itu “Adapun tuanku dipersilakan oleh pada duli ayahanda”. Maka Ghorawa Kasaparaya datanglah lalu menyembah maka kata raja Ghofaraha “Hai anakku, adapun engkau aku memanggil ini kerana hendak kusuruh menangkap pahlawan A’raba yang bernama A’laya itu”. Maka sembah anaknya “Yang mana titah tuanku patik junjunglah”. Telah itu baginda pun terlalu sukacita hatinya maka lalu berjamu-jamu baginda dan segala raja-raja makan minum bersuka-sukaan. Telah sudah maka baginda pun memberi bersalin akan anakanda baginda itu dan segala raja-raja, menteri hulubalang balatentera sekelian. Telah sudah maka Ghorawa Kasaparaya pun berdatang sembah “Ya tuanku, patik hendak mohonkan pedang Mabaraya Laksana itu” maka sahut raja Ghofaraha itu “Hai anakku tiada kuberikan pedang hanyalah sebilah sahaja”. Maka Ghorawa Kasaparaya pun tiada mengapa katanya.

Maka iapun lalulah berjalan berjalan menuju Makah. Telah dilihat oleh ayahanda akan anaknya sudah berjalan itu maka baginda pun mengirimkan dari belakang segala hulubalang dan rakyat. Telah dilihat akan raja Ghofaraha akan kelakuan anaknya itu seraya bertanya kepada anaknya demikian katanya “Hai anakku hendak kemanakah engkau ini?” maka sahut anaknya “Aku hendak mendapatkan tuanku Mahamada itu”. Maka raja Ghofaraha pun berkatanya ‘Hai anakku, engkau hendak berpalingkah daripada agama yang baik ini?” maka sahut Ghorawa Kasaparaya “Sahaja maka aku hendak mendapatkan kepada tuanku nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu”. Maka raja Ghofaraha pun demikian bertambah-tambah marahnya serta menitahkan segala hulubalang dan menteri sekelian serta katanya “Tangkap olehmu si celaka itu jikalau engkau dapat membunuh akan dia”. Maka segala mereka itupun pergilah mengepung Ghorawa Kasaparaya itu serta dekat segala merkea itu maka dicabutnya sepohon kayu yang besar dipalukan kepada laskar yang banyak itu. Maka mereka itupun pecahlah lari bercerai-berai tiada berketahuan perginya, berbaring patah pinggangnya, ada yang buta matanya, ada yang pecah kepalanya. Setelah dilihat oleh segala hulubalang itu maka sekelian itupun hendak menangkap Ghorawa Kasaparaya itu juga maka dicabut oleh Ghorawa Kasaparaya sepohon kayu yang besar seraya menadah yang dihadapan itu mana yang jauh maka larilah.

Al kisah oleh empunya cerita itu adapun raja Ghofaraha berperang dengan anaknya itu sembilan bulan dari sebelah maghrib. Berapa banyak hulubalang mati dibunuh oleh Ghorawa Kasaparaya itu tiada juga tertangkap. Hataya berapa lamanya itu sampailah ke padang Hanayana itu maka raja Ghofaraha pun kirim surat kepada raja Sarasala dan kepada tuan puteri Za Al Zalaya maka orang disuruh pun pergilah. Berapa lamanya berjalan itu maka iapun sampailah ke negeri lalu masuk maka bertemulah dengan orang yang menunggu pintu itu. Maka kata penunggu pintu itu “Hai orang yang datang, dari manakah datang ini?” maka katanya “Patik ini datang dari raja Ghofaraha hendak bertemu kepada tuan puteri Za Al Zalaya”. Telah itu maka masuk penunggu pintu kepada tuan puteri sembahnya “Ya tuanku, ada seorang daripada Ghofaraha” maka titah baginda “Suruh ia masuk kemari” maka orang itu masuk. Setelah menyembah kepada raja Sarasala maka kata baginda “Apa pekerjaan tuan hamba datang kemari”. Maka sembah mereka itu “Adapun patik disuruh oleh paduka raja Ghofaraha menjemputkan tuanku dan adalah harapan paduka raja Ghofara itu menjemputkan tuanku kerana paduka baginda itu berperang dengan anaknya”. Setelah didengar oleh raja Sarasala dan tuan puteri Za Al Zalaya maka iapun menyuruh mengimpunkan segala raja-raja menteri hulubalang rakyat. Telah sudah maka iapun berjalan dengan segala raja-raja dan menteri sekelian dan daripada jin ifrit, dewa, mambang sekelian. Maka terpemanai banyaknya seperti guruh dilangit lakunya daripada banyaknya segala rakyat maka berjalan dihutan. Sebermula maka tersebutlah pahlawan Natayaha A’shaa dan mengimpunkan empat laksa dua ribu banyaknya. Telah sudah berhimpun maka iapun berjalan menuju dari sebelah maghrib dengan segala keluarganya.

Al kisah maka tersebut perkataan raja Ghofara berperang dengan anaknya sendiri itu seperti akan kiamat tempik dan sorak hulubalang itu. Sebermula maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala A’layaha Al Salama “Hai Jabarayala, pergilah engkau kepada kekasihku, suruhkan ia menolong Ghorawa Kasaparaya. Ia hendak dibunuh oleh banara sebab hendak mendapatkan kekasihku”. Maka Jabarayala pun turunlah kedunia mendapatkan A’laya maka ia memberi salam “Al Salama A’laya Kama, Ya A’laya” maka disahut A’laya “Wa A’laya Kama Al Salama, Ya Jabarayala apa firman Allaha Ta A’laya tuan hamba bawa ini?”. Maka disampaikan kepada baginda A’laya dan adapun didengar firman Allaha Ta A’laya demikan maka baginda A’laya pun naik keatas kudanya yang bernama Dawala Jabarawata lalu berjalan keluar kota dipersandangnya pedang Zawa Al Faqora itu. Maka baginda A’laya pun memandang sebelah maghrib suatupun tiada kelihatan melainkan sampainya itu. Maka iapun sampailah dengan segala tentera yang tiada terpemanai banyaknya itu mengepung baginda A’laya. Ia pun perang terlalu ramainya daripada perang yang lain-lain itu. Maka kedengaranlah kepada Jin Asalama itu maka sekelian pun datanglah membantu baginda A’laya. Maka jadi perang campur gaul tiada diketahuan lagi lakunya maka baginda A’laya pun fikir di dalam hatinya “Jika demikian ini perang jikalau empat tahun sekelian tiadakanlah”. Setelah itu maka baginda A’laya pun mengenakan perca merah pada dahi maka baginda A’laya itu pun menyerbukan dirinya kepada laskar kafir yang banyak itu. Maka pecahlah perang raja Ghofaraha dan raja Sarasala dan tuan puteri Za Al Zalaya. Maka larilah ia menuju bukit Kaf, seorang pun tiada ditinggal lagi. Hanyalah Tawarangga Damaya dan itu dengan Jabal Kaf dan pahlawan Natayaha A’shaa dan Ghorawa Kasaparaya juga tinggal tiada bergerak itu kepada tempatnya.

Telah demikian itu maka baginda A’laya pun mengikut hendak ke bukit Kaf itu maka fikir baginda A’laya “Jikalau ada lagi raja Ghofaraha dan tuan puteri Za Al Zalaya dan raja Sarasala itu nescaya haru hara dunia ini”. Setelah itu maka baginda A’laya pun memandang kepada bukit Kaf dan memandang ke kanan maka terpandang pula Tawarangga. Maka baginda pun hairanlah maka kata baginda A’laya “Jin kah atau manusiakah?”. Telah di dengar oleh Jabal Kaf kata A’laya itu maka iapun menghampiri akan baginda A’laya itu. Dilihat oleh pahlawan Natayaha A’shaa itu maka ia pun segeralah memanggil Ghorawa Kasaparaya demikian katanya “Hai saudaraku, baik kita persudahkan Jabal Kaf dengan Tawarangga itu”. Maka kata Ghorawa Kasaparaya “Dimana ia sekarang?” maka kata pahlawan Natayaha A’shaa “Inilah ia yang ditiang mawakah baginda A’laya itu”. Maka pahlawan itupun berjalanlah mendapatkan hulubalang keduanya itu. Telah sampai lalu berhadap maka kata Ghorawa Kasaparaya “Hai kafir yang ada padamu itu” setelah didengar oleh Jabal Kaf kata mereka itu maka iapun marahlah seperti api bernyala-nyala seraya mengunuskan pedangnya hendak memarangkan pedang Bahawarawa hendak memarang Ghorawa Kasaparaya. Maka di tangkiskan oleh Ghorawa Kasaparaya pedangnya maka diparangnya oleh Ghorawa Kasaparaya, Jabal Kaf belah dua. Maka hendak diparang sekali lagi maka diparangkan oleh pahlawan Natayaha A’shaa katanya “Janganlah parangkan dua kali” maka Ghorawa Kasaparaya pun menyarungkan pedangnya dan seraya memandangkan kepada maghrib maka terpandang kepada baginda A’laya baharu membunuh Tawarangga. Kemudian maka anak raja keduanya itupun pergilah mendapatkan baginda A’laya. Telah sampai maka kata anak raja kedua itu “Ya tuanku, marilah kita kembali dahulu”. Maka kata baginda A’laya “Saudaraku kembalilah tuan hamba dahulu. Adapun akan hamba belum belum lagi kembali lagi kerana hamba lagi hendak mengikut segala kafir-kafir itu”.

Sebermula diceritakan oleh empunya cerita adapun raja Ghofaraha itu sepanjang jalan menghimpunkan segala laskarnya daripada jin, pari mambang berhimpunlah kepadanya. Adapun niat baginda itu hendak melawan baginda A’laya. Firman Allaha Ta A’laya menyuruhkan malaikat tujuh puluh ribu delapan orang ganjaklah. Setelah raja Sarasala melihat raja Ghofaraha masuk perang dengan segala raja-raja yang dibawahnya itu maka jadi perang besarlah, bumi pun seperti akan belah dua itu. Shahdan diceritakan oleh yang empunya cerita adapun jauhnya bukit Kaf daripada padang Hanayana itu dua belas tahun perjalanan dengan tidak berputusan lagi oleh kebanyakan segala rakyatnya lagi. Kemudian kedengaran itu kepada Jabal Kaf maka iapun mengambil segala senjatanya empat puluh bagai itu berjalan menuju padang Hanayana itu. Adapun kemudian itu maka disuruh kepada rajanya Sarasala sampailah kepada hulubalang yang bernama Tawarangga itu. Kemudian Tawarangga pun keluarlah dari dalam kotanya itu dan cokmarnya itu seribu sembilan ratus tan. Maka iapun berjalan menuju padang Hanayana itu. Telah melihat orang berperang maka iapun menyerbukan dirinya kepada laskar jin Asalama itu. Maka pecahlah jin Asalama itu habis lari ketahuan pergi. Maka pahlawan Natayaha A’shaa juga dengan Ghorawa Kasaparaya itu yang terdiri ditengah medan itu. Maka iapun bertemu dengan Tawarangga dan Ghorawa Kasaparaya dan pahlawan Natayaha A’shaa itu hendak dibuangkan kelaut. Maka firman Allaha Ta A’laya menyuruh Jabarayala menegahkan pahlawan Natayaha A’shaa tiada diboleh dibuang Jabal Kaf itunya. Maka iapun teramat marahnya serta mengunuskan pedangnya maka diparangkannya kepada pahlawan Natayaha A’shaa maka ditangkap dan lagi maka lalu diparangkannya oleh pahlawan Natayaha A’shaa pedangnya itu lalu dipatahkan.

Setelah dilihat oleh baginda orang berperang itu terlalu ramainya maka baginda A’laya pun datanglah gembiranya seraya naik keatas kudanya yang bernama Dawala-dawala Jabarawata. Maka baginda A’laya pun menyebut nama Allaha kemudian ia mengucap selawat nabi Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Kemudian maka ia melompat kudanya ke udara seraya bertempik tiga kali berturut maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurnya. Maka kedengaran lembu yang menanggung bumi ini. Kemudian maka sampailah kebawah Arash Allaha bergeraklah maka segala kafirpun terlalulah banyaknya mati oleh sebab mendengar suara tempik baginda A’laya itu. Adalah kiranya tujuh laksa delapan ribu yang mati maka baginda A’laya pun melepaskan kudanya dan serta mengunus pedangnya Zawala Al Faqora. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekiranya saujana mata memandang jauhnya. Maka diparangkan oleh baginda A’laya kekanan dan kekiri dan kehadapan dan kebelakang maka segala kafir pun terpelantingnya seperti anak keti dan bangkai pun bertambun-tambun seperti bukit. Maka kala Dawala-dawala Jabarawata mengharung dalam darah itu bunyinya seperti ombak laut Qalzum berpalu arus. Adapun baginda A’laya berperang itu tiga belas hari dan tiga belas malam.

Setelah demikian itu maka berhimpunlah segala rakyat kafir itu menghurunginya baginda A’laya itu. Apabila di dengar oleh raja Sarasala akan baginda A’laya terkepung segala hulubalangnya maka baginda pun mengenakan ketopong daripada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka kelihatan pasukan-pasukan daripada jin dan pari dewa mambang sekelian tiada terpemanai lagi banyaknya. Maka baginda mengunus pedangnya yang bernama Zawa Al Faqora maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekira-kiranya saujana memandang jauhnya. Maka diparangkan oleh baginda A’laya kekanan dan kekiri kepada laskar depan dan belakang sekiranya dari pagi sampai waktunya lohor. Maka baginda A’laya pun hampirlah kepada Ghorawa Kasaparaya itu dilihat oleh baginda A’laya kelakuan Ghorawa Kasaparaya itu seperti harimau menerkam lakunya. Maka Ghorawa Kasaparaya pun mengambil kayu yang amat besar seperti tongkat nabi Allaha Salayamana A’layaha Al Salama serta palukan kepada laskar kafir itu maka banyak mati kafir itu. Maka darahpun mengalir seperti sungai maka perangpun pecahlah maka segala kafir itupun larilah bercerai berai. Maka raja Ghofaraha pun bertanya kepada laskarnya “Mengapakah kamu sekelian lari?” maka sembah mereka itu “Adapun yang melawan itu paduka adinda, maka inilah tiada kami lawan dia” dan telah didengar oleh raja Ghofaraha maka iapun marah serta ia mengimpunkan segala raja-raja rakyat disuruh mengepung baginda A’laya itu dengan Ghorawa Kasaparaya. Maka kata baginda A’laya “Hai saudaraku, berhentilah dahulu kita” maka kata Ghorawa Kasaparaya itu “Ajarlah ia hambamu kalimah shahadat agama Asalama supaya hamba mengikut rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah diajar oleh baginda A’laya demikian “Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rasawala Allaha”.

Telah sudah Ghorawa Kasaparaya pun membawa iman maka kata Ghorawa Kasaparaya “Berhentilah tuanku dahulu kerana hambamu hendak berperang kerana rakyat raja Ghofara itu terlalulah banyak. Jika hambamu berhenti nescaya lambatlah pekerjaan ini. Adapun hamba berperang ini daripada bukit Kaf sampai kepadang Hanayana ini. Dalam pada itu pun jika datang hukum Allahanya mana perintah menjadi kelam kabut”. Maka baginda A’laya pun tahulah yang datang itu jin Asalama akan pahlawan Natayaha A’shaa telah datang maka khadamlah kepada A’laya. Dipermulia oleh baginda Alaya maka pahlawan Natayaha A’shaa melihat Ghorawa Kasaparaya berperang itu maka iapun masuklah berperang seraya mengunus pedang lalu menyerbukan dirinya kepada rakyat tiada terpemanai itu banyaknya. Maka jin Asalama pun masuklah berperang menjadi campur gaul jin Asalama dengan jin kafir. Maka baginda A’laya pun kembalilah ke tempatnya. Maka raja Ghofara pun melihat pahlawan Natayaha A’shaa nya itu berperang maka raja Ghofara terlalu amat marahnya seperti api bernyala-nyala lakunya seraya mengunus pedangnya. Maka lalu menyerbukan dirinya dengan segala raja-raja dan menteri dan hulubalang segala jadi perang besar. Shahdan adapun raja Ghofaraha membunuh jin Asalama itu tiada terhingga lagi seperti menetak timun demikianlah lakunya. Maka perang itupun siang malam tiada terhenti lagi lakunya seperti Dajal hendak turun ke dunia dan seperti Yajuj hendak merobohkan Kaabah lakunya. Maka haru birulah dunia ini maka bukit Kaf itupun seperti bergerak.

Maka malaikat Jabarayala pun pergilah kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah sampai maka iapun memberi salam katanya “Al Salama A’laya Kama, ya habibku” lalu disahut oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Wa A’laya Kama Al Salama, ya habibku Jabarayala” maka sabda rasul Allaha “Apa pekerjaan tuan hamba datang ini?” maka sembah Jabarayala “Adapun hamba datang ini memberi firman Allaha Ta A’laya menyuruh tuan hamba mendapatkan baginda A’laya ke bukit Kaf dengan segala malaikat tujuh puluh ribu serta dengan tuan hamba”. Telah demikian itu maka Jabarayala pun kembalilah kepada hadrat Allaha. Kemudian maka rasul Allaha pun berhimpun sekelian orang-orang Makah dan Madinah. Adapun banyaknya enam laksa empat ribu maka rasul Allaha pun pergi dengan sahabatnya pertama Abawa Bakara, kedua A’mara, ketiga A’tamana. Maka iapun berjalanlah mereka itu ke bukit Kaf itu.

Sebermula diceritakan oleh empunya cerita ini al kisah maka tersebut perkataan baginda A’laya dengan segala raja-raja lagi berjalan dengan anak raja jin itu baginda A’laya pun bertemu dengan laskar raja Ghofaraha dan Sarasala dan raja puteri Za Al Zalaya. Maka baginda A’laya pun mengunus pedang lalu menyerbukan dirinya pda laskar yang banyak bersama sekelian jin Asalama. Maka baginda A’laya pun bertempik tiga kali berturut-turut dan mengusir kepada rakyat yang tiada terpemanai banyaknya itu. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekiranya saujana mata memandang maka diparangkannya. Maka genaplah empat puluh hari dan malam maka dilihat dari tengah raja Ghofaraha. Maka baginda A‘laya pun bertempik tiga kali berturut-turut maka kedengaranlah kepada lembu yang menanggung bumi dan kepada langit seperti akan runtuh rasanya, bumi seperti belah. Maka rasul Allaha pun sampai dengan segala malaikat dan sahabatnya sekelian dan melihat baginda A’laya itu berperang. Maka rasul Allaha pun masuklah berperang dengan segala sahabat dan malaikat maka baginda A’laya pun bertempik pula tiga kali dengan nyaring suaranya tiadalah ia tahukan dirinya lagi melainkan Allaha Ta A’laya juga yang memelihara akan dia. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala “Hai Jabarayala, pergilah engkau bawa firmanku kepada kekasihku. Jangan diberi A’laya itu bertempik dan jangan memberi ia memejamkan matanya”. Maka Jabarayala pun turunlah mendapatkan nabi Allaha. Telah sampai maka ia memberi salam “Al Salama A’laya Kama, Ya habib Allaha” maka disahut oleh rasul Allaha “Wa A’laya Kama Al Salama, Ya habibku Jabarayala” maka sabda rasul Allaha “Apa firman Allaha Ta A’laya yang tuan hamba bawa ini?” maka kata Jabarayala dengan firman Allaha Ta A’laya menyuruhkan kepada tuan hamba, baginda Alaya itu jangan diberi itu bertempik dan memejamkan matanya. Telah itu maka Jabarayala pun kembali ke hadrat Allaha Ta A’laya. Kemudian berseru-seru dari jauh kemudian kedengaran kebawah arash dan disisi Allaha Ta A’laya, syurga sekelian habis mendengar kemudian daripada itu barang siapa mendengar suara nabi Allaha demikian Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha.

Maka bagindanya membukakan matanya maka memandang kekanan dan kekiri seorang tiada maka ia fikir di dalam hati akan suara manusia junjunganku. Maka baginda pun menangis serta menadah tangan kelangit maka dilihatnya nabi Allaha ada berdiri dengan Abawa Bakara dan A’tamana. Kemudian maka A’laya pun memberi salamnya maka sahut oleh rasul Allaha maka sabda rasul Allaha “Hai anakku A’laya, adapun sekarang ini firman Allaha Ta A’laya dibawa oleh Jabarayala kepada hamba menitahkan anakku jangan bertempik dan jangan memejamkan matanya”. Setelah sudah berkata maka rasul Allaha pun memandang kebelakang maka dilihat baginda tiada maka sabda rasul Allaha pad Abawa Bakara “Kemana perginya A’mara maka tiada?” maka Abawa Bakara mendengar sabdanya maka keduanya pun menangis maka Jabarayala pun turun kedunia menyerupai seorang darawasha maka iapun memberi salam kepada rasul Allaha. Maka disahut oleh rasul Allaha maka sabda nabi “Hai darawasha dimana tuan datang ini?” maka sahut darawayasha itu “Tiadakah tuanku kenal akan hamba ini?” maka sabda rasul Allaha “Hamba kenal akan tuan hamba ini” maka kata Jabarayala “Tuan hamba kenal mengapa maka tuan hamba menangis?” maka sabda nabi “Maka hamba menangis ini sebab kehilangan sahabat”. Maka kata Jabarayala “Tiadakah tuan hamba tahu baginda A’mara itu pergi perang ke bukit Kaf dengan kaum raja Sarasala delapan orang itu” maka baginda mendengar kata Jabarayala itu maka sabda rasul Allaha pun memohon kepada tuhan Malaka Al Jabara maka sabda rasul Allaha kepada malaikat “Pergilah kamu sekelian berperang membunuh kaum raja Ghofaraha dan raja Sarasala dan tuan puteri Za Al Zalaya. Telah itu nabi pun berjalan kebukit Kaf dengan segala malaikat. Setelah sampai maka peranglah sekelian tiada ketahuan lagi.

Bermula diceritakan oleh empunya cerita akan ini adapun baginda A’laya berperang itu genap sembilan hari dan malam maka rasul Allaha pun berai dengan baginda A’laya. Shadan maka bangkai pun bertambun-tambun dan darah pun mengalir seperti laut Qalzum maka baginda A’mara dan Abawa Bakara pun bertemulah dengan baginda A’laya membunuh laskar kafir itu. Lakunya seperti kambing bertemu dengan harimau dan tiada demikian lakunya adanya. Adapun perang itu terlalu ramainya daripada perang lain-lain. Baginda Abawa Bakara itu mengadap genap-genap sina dan A’mara mengadap paksina, baginda A’tamana mengadap ke masyrik dan baginda A’laya mengadap ke maghrib. Segala malaikat itu tiada bercerai dengan baginda rasul Allaha. Setelah dilihat oleh raja Ghofaraha dan raja Sarasala dan tuan puteri Za Al Zalaya kelakuannya demikian itu maka iapun larilah tiada berketahuan lagi perginya ke bukit Kaf. Telah dilihat oleh baginda A’laya akan raja Sarasala maka katanya “Hai raja Sarasala, maukah engkau masuk agama Asalama”. Maka kata raja Sarasala “Hai A’laya belum habis rakyatku ini belum aku menurut katamu itu” maka diangkat cokmar yang berat delapan ratus tan maka itu dipalukannya kepada baginda A’laya. Maka ditangkis oleh baginda A’laya maka baginda pun memarangkan pedangnya itu kepada raja Sarasala belah empat dengan kudanya lalu mati. Telah dilihat oleh raja Ghofara, raja Sarasala itu mati maka larilah maka diikut juga oleh baginda A’laya seraya katanya “Hai kafir kemana juga engkau hendak larikan nyawamu daripada tanganku ini”. Maka lalu diparangnya maka matilah raja Ghofaraha. Maka dilihat oleh tuan puteri Za Al Zalaya dan raja keduanya itu sudah mati maka larilah cerai berai tiada ketahuan lagi akan perginya itu. Maka diikut juga oleh baginda A’laya itu dan tiada terpemanai lagi barang kemana ikut juga.

Al kisah maka tersebutlah perkataan ada seorang raja bukit Kaf bernama Paralayala terlalu besar kerajaannya. Shahdan terlalu banyak raja-raja takluk daripadanya dan rakyat pun tiada terpemanainya dan tiada terrhisabkan oleh segala makhluk maka Allaha Ta A’laya dan rasulnya juga yang amat mengetahui. Telah demikian maka tuan puteri Za Al Zalaya pun kepada raja Paralayala maka tatkala itu maka raja pun tengah dihadapan oleh raja-raja, menteri hulubalang. Maka tatkala itu puteri Za Al Zalaya pun datanglah dengan segala hulubalang maka orang di dalam negeri itupun melihat banyak orang datang maka ia pun pergi mempersembahkan kepada raja. Maka raja pun lalu menitahkan orang persilakan masuk. Telah itu maka iapun pergi bertemu dengan tuan puteri Za Al Zalaya. Telah bertemu maka kata tuan puteri “Adakah baginda sekarang ini?” maka kata orang itu “Adalah baginda itu lagi diadap oleh segala raja, menteri dan hulubalang, titah baginda suruh masuklah ke dalam” maka tuan puteri pun masuklah setelah sampai maka katanya raja Paralayala itu “Darimana saudaraku datang ini?” maka sahut puteri itu “Adapun hamba ini berperang dengan baginda A’laya itu kemudian adalah hamba sekarang ini jikalau ada kasih tuan hamba akan sebab ini hendaklah saudaraku menolong hamba ini” maka kata raja Paralayala “Baiklah hai saudaraku menolong hamba ini”. Telah demikiannya maka raja Paralayala pun menjamu tuan puteri Za Al Zalaya makan dan minum. Telah sudah maka baginda pun menitahkan himpunkan segala rakyat daripada jin ifrit, dewa dan mambang sekelian itupun berhimpunlah tiada terpemanai lagi dipadang. Tiada terhisabkan seperti laut qalzum maka iapun keluarlah dari dalam kotanya.

Shahdan maka tersebutlah perkataan baginda A’laya berjalan keliling bukit Kaf dilihatnya baginda A’laya rakyat dewa, jin ifrit, mambang terlalu banyak datang mendapatkan baginda. Maka baginda pun mengunus pedang Zawa Al Faqora maka ia pun menyerbukan dirinya kepada rakyat jin ifrit, dewa, mambang sekian-sekian itu dan jadi perang besar daripada yng lain-lain. Maka baginda A’laya pun memegang pedangnya dengan dua belah tangannya maka diparangkan kekanan dan kekiri dan kebelakang dan kehadapan tiada terpemanai lagi banyak mati maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukit. Maka kepala segala kafir seperti anak keti, darah pun seperti ombak Qalzum. Shahdan genaplah empat puluh hari dan malam itu tiada lagi ketahuan matinya segala kafir itu dibunuh oleh baginda A’laya. Telah dilihat raja kelakuan maka iapun menyuruh hulubalang yang gagah sembilan laksa maka sekelian pun mengepung baginda A’laya. Maka baginda A’laya pun bertempik-tempik tiga kali berturut-turut bunyinya seperti petir dilangit punah dua dan bumi pun seperti pecah rasanya. Shahdan maka kedengaran kepada lembu yang menanggung bumi itu. Maka genaplah enam puluh hari dan malam baginda berperang iu tiada makan dan minum dan tiada tidur melainkan perang juga siang dan malam tiada berhenti lagi. Maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukit maka genaplah tujuh puluh hari dan malam itu tiada berketahuan lagi banyaknya mati segala kafir itu dibunuh oleh baginda A’laya itu. Maka iapun menyuruhkan segala hulubalangnya yang gagah dibukit Kaf melawan baginda A’laya maka genaplah dua ratus malam berperang itu Dawala Jabarawata pun terbanglah antara langit dan bumi maka baginda A’laya pun bertemulah dengan raja Paralayala itu telah melihat oleh baginda A’laya itu katanya “Hai raja maukah engkau masuk agama Asalama?” maka kata raja Paralayala “Tiada mau engkau katakan kepada hamba hai A’laya” seraya mengunus pedang maka baginda A’laya pun mengunus pedang bernama Zawa Al Faqora itu maka mata berkilat-kilat seperti matahari yang terbit. Maka mata raja Paralayala pun terkejutlah maka kilat Zawa Al Faqora itu. Maka diparangkan oleh baginda A’laya kepada raja Paralayala maka belah empatnya dengan kudanya lalu mati. Telah dilihat oleh rakyat akan rajanya mati maka sekelian itupun pun lari kemana pergi. Maka diikut oleh baginda A’laya barang kemana pergi.

Telah dilihat oleh Jabarayala kelakuan A’laya itu maka iapun munajat kehadrat Allaha lalu sujud demikian bunyinya “Ya Allahaya engkau berikan A’laya itu bunuh segala rakyat raja Paralayala itu” maka seketika itu juga firman Allaha kepada Jabarayala “Pergi engkau kepada rasul Allaha itu suruh melarangkan A’laya itu membunuh”. Maka Jabarayala pun turun kedunia kepada rasul Allaha lalu memberi salam maka disahut oleh rasul Allaha salamnya Jabarayala itu. Sabda rasul Allaha “Ya Jabarayala, apakah firman Allaha tuan hamba bawa?” maka kata Jabarayala “Adapun firman Allaha melarangkan baginda A’laya membunuh rakyat Paralayala itu dengan perketahuan”. Maka Abawa Bakara dan A’mara pun hairan melihat kelakuan demikian itu dan bertambah dengan kebesaran sekelian alam dan seperti mengelilingi langit maka rasul Allaha pun pergilah bertemu kepada baginda A’laya dengan katanya “Hai anakku A’laya, aku bawa firman Allaha Ta A’laya melarangkan jangan membunuh rakyat raja Paralayala”. Kemudian telah didengar oleh baginda A’laya akan sabda rasul Allaha itu dan “Biarlah kembali dahulu hambamu tentulah harta raja Handak itu”. Telah demikian baginda A’laya berkata-kata dengan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka baginda A’laya pun mengantarkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sekiranya jauh mata memandang dan kembalilah masing-masing ke tempatnya. Baginda A’laya pun demikian, rasul Allaha pun kembalilah ketempatnya itu. Maka sekian hikayat ini Wa Allaha Aa’lama Tamat Hikayat. 1248 Sanata.


Sumber: Hikayat Raja Handak - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia

No comments:

Post a Comment