Tiada berani selain A'laya, Tiada pedang selain Zawa Al Faqora
Maka kerajaan Handak pun terlalu besar kerajaannya maka terdengarlah oleh hulubalang Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama yang bernama A’laya radhoya Allaha a’naha itu terlalu amat gagah dan beraninya. Shahdan termahsyurlah nama baginda A’laya menantu kepada rasul Allaha A’layaha Wa Salama itu. Beberapa banyak negeri kafir yang dialahkan baginda itu. Shahdan banyaklah berhala itu habis dirobohkan oleh baginda itu. Maka raja Handak pun menyuruh segala hulubalangnya dan segala anak raja-raja yang dibawahnya serta baginda pun menyuruh memanggil anakanda baginda itu. Maka titah baginda “Hai anakku raja Badar apalah bicara anakku sekarang ini kerana kita dengar hulubalangnya Mahamada yang bernama A’laya itu terlalu amat gagahnya. Habislah kaum kita ini dialahkannya. Shahdan tuan kita berhala itu pun habislah dibinasakannya. Sekarang baiklah kita menyerang Makah dan Madinah itu kita alahkan dan kita jadikan hutan segala. Shahdan A’laya itu pun kita lenyapkan ia dari dalam dunia ini lagi nescaya habislah kaum kita dibunuhnya”. Maka kata raja Handak “Jikalau demikian itu baiklah kita anakku pergi himpunkan segala rakyat hulubalang dan lagi menteri-menteri segala kita”. Sudah ia berkata itu maka sembahlah raja Badar “Benarlah seperti kata titah shah alam itu” maka raja Badar pun keluarlah menghimpunkan rakyat bala tenteranya dan sekeliannya. Maka berhimpunlah segala rakyatnya ke padang Hanayana (Hunain) itu maka titah baginda raja Handak “Hai anakku perjamulah olehmu akan segala raja-raja Hanayana menteri hulubalang kita sekelian”. Sudah demikian itu maka raja Badar pun berjamulah segala raja-raja dan menteri hulubalang sekelian makan minum tujuh hari tujuh malam bersuka-sukaan. Setelah sudah makan minum itu maka titah raja Handak itu “Hai anakku tujuh hari lagi kita berangkat”.
Maka dengan takdir Allaha Sabahana Wa Ta A’laya maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jibril “Pergilah engkau kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama kekasih. Bawalah olehmu firmanku ini Adapun akan raja Handak itu anak kepada nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama tatkala dipindahkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqa. Maka sekarang ini banyaklah raja-raja yang takluk dibawah kepadanya dua keti sembilan laksa empat ribu lain daripada rakyat bala tenteranya yang tiada terpemanai dan tiada terhisabkan lagi melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang amat mengetahui banyaknya. Kemudian dari itu apabila datang ke Makah dan ke Madinah nescaya rosaklah Makah dan Madinah dan Kaabah Allaha Ta A’laya pun rosaklah”. Maka firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya akan bunyinya demikian “Janganlah engkau takut dan janganlah engkau bimbangkan Handak kemudian maka datang bantu daripada tuhanmu bantuan hulubalang tujuh puluh ribu malaikat akan tetapi hendaklah dihalaukan oleh kekasihku itu antara sebulan perjalanan jauhnya daripada negeri Makah dan Madinah itu”. Maka firman Allaha Ta A’laya “Barangsiapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itulah perang sabil namanya itulah syurga akan dibalas. Hai Jabarayala turunlah engkau kedunia”.
Maka Jabarayala pun turunlah ke dunia kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka pada masa itu nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun baharu membaca quran sejam lamanya itu maka Jabarayala pun datang lalu memberi salam demikian bunyinya “Al Salama A’laya Kama, Ya Hababa Allaha” maka di sahut oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama demikian bunyinya “Wa A’laya Kama Al Salama, Ya Hababaku Jabarayala”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Apa firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang tuan hamba bawa ini?”. Maka sahut Jabarayala “Ya Habaya Allaha, hamba datang ini menjunjung firman Allaha Ta A’laya yang maha mulia demikian bunyinya “Adapun akan raja Handak kepada nabi Allaha Sulaiman tatkala di pindahkan Allaha nya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqo maka jadilah zalim mereka itu daripada agama nabi Allaha Sulaiman kemudian maka sekarang ini segala raja2 yang takluk kepada baginda itu dua keti sembilan laksa empat ribu. Adapun akan rakyatnya tiada terpemanai banyaknya melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya jua yang amat mengetahui bilangan. Sekarang ini sudah berhimpunlah di padang Hanayana itu. Sungguhpun demikian itu jangan tuan hamba takut dan gentarkan raja Handak dan raja Badar itu kerana lagi akan datang bantu daripada tuhanmu tujuh puluh ribu malaikat akan menolong tuan hamba dengan firman Allaha yang maha tinggi itu. Adapun barangsiapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itu maka itulah perang sabil namanya syurga akan dibalasnya tetapi hendaklah tuan hamba dahulukan sekira-kiranya sebulan perjalanan jauhnya daripada Makah dan Madinah. Demikian firman Allaha Ta A’laya hamba bawa ini kepada tuan hamba”. Setelah sudah Jabarayala berkata-kata demikian maka Jabarayala pun kembalilah ke hadrat Allaha Ta A’laya.
Maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun menyuruh memanggil sahabatnya pertama sayadana Abawa Bakara dan kedua sayadana A’mara dan ketiga sayadana A’tamana dan keempat sayadana A’laya radhoya Allaha a’nahama raja segala laki-laki. Maka datanglah mereka itu kehadapan baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka sembahnya “Ya junjungan ku, sebab hamba mustaib ini tuanku panggil?”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Lagi dahulu mamaku Hamzah yang ku harapkan ini sekarang hanyalah anakku A’laya yang ku harap”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya firman Allaha Ta A’laya dan mendengar pula sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka datanglah gembiranya Amayara Al Mawamanayana A’laya raja segala laki-laki. Maka iapun mengenakan perca merah kepada dahinya shahdan lalu memandang Zawa Al Faqora. Maka Zawa Al Jabarawata pun di naiki maka dilompatkannya ke udara yang terang cuaca yang kelam kabut seraya bertempik tiga kali berturut-turut. Langit pun seperti runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan kiamat lakunya tiadalah di sangka bunyinya lagi. Maka terkejut segala raja-raja yang di atas kenderaan itu sekelian habis menangis disangkanya hari kiamat inilah Asarafayala meniup sangkakala itu. Maka sekelian itu pun meminta doa demikian bunyinya “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya Tuhanku ampunilah dosa hambamu. Ya tuhanku, kiamatkah ini atau Asarafayala meniup sangkakala ini?”. Maka kata Jabarayala “Hai sekelian tuan-tuan, janganlah kamu menangis bukannya hari kiamat dan bukannya Asarafayala meniup-niup sangkakala. Inilah suara tempik baginda A’laya radhoya Allaha a’naha menantu rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan kedengaran kerana raja Handak itu hendak menyerang Makah dan Madinah. Maka inilah datang gemarannya” maka segala raja-raja kenderaan pun menenangkan sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha.
Adapun jauhnya negeri Handak itu sebulan perjalanan tatkala baginda A’laya radhoya Allaha a’naha bertempik itu tiga ribu rakyat raja Handak itu mati mendengar suara tempik baginda A’laya radhoya Allaha a’naha itu. Maka raja Handak pun terkejut seraya bertitah baginda raja Badar demikian bunyinya “Hai anakku bunyi apakah ini? Asarafayala kah meniup sangkakala ini atau hari kiamatkah ini?”. Maka sembah anakanda baginda “Itulah tiada hambamu tahukan alamat itu”. Telah demikian itu maka baginda itu kembali kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu menghimpunkan orang Makah dan orang Madinah sekelian banyaknya tiga laksa empat ribu orang. Adapun hulubalangnya empat orang pertama sayadana Abawa Bakara dan kedua A’mara dan ketiga A’tamana keempat A’laya radhoya Allaha a’nahama. Maka Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha disuruh berlengkap oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Adapun yang berjalan dahulu seorang sayadana A’laya maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun berjalan seperti membawa orang Makah dan orang Madinah. Kemudian daripada itu maka baginda A’laya pun sampailah ke padang Hanayana itu. Maka baginda A’laya pun memandang ke padangnya itu maka dilihat laskar raja Handak yang terlalu banyak tiada terpemanai lagi melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang amat mengetahui akan banyaknya. Maka baginda pun yang masuk perang ia takut kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.
Sebermula baginda rasul Allaha berjalan itu terjauhnya maka nabi Allaha pun memandang ke hadrat Allaha Ta A’laya itu menjadi sehari di jalan oleh nabi Allaha itu. Maka baginda pun sampailah ke padang Hanayana itu. Maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun membawa khemah-khemah. Telah sudah maka diberikanlah panji-panji maka panji itupun kelihatan raja Handak dan raja Badar. Tersurat pada panji-panji itu Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha. Maka titah raja Handak “Hai anakku raja Badar, lihatlah olehmu Mahamada itu sebulan perjalanan jauhnya dihalaukan kita ini. Ada berapa banyak rakyat hulubalang. Hai anakku pergilah engkau suruh orang periksa bertanya kepada Mahamada tanyakan berapa hulubalang laskar itu”. Dan dia pun pergilah berjalan pada laskar A’raba maka hulubalang raja Handak itu pun bertemulah dengan laskar A’raba maka lalu ia bertanyakan katanya laskar Handak “Bolehkah kami masuk mengadap raja kamu itu?”. Maka katanya mereka itu “Hai kafir masuklah kamu” maka hulubalang itu pun masuklah ke dalam khemah rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka hulubalang itupun bertemu dengan baginda A’laya maka dilihatlah muka baginda A’laya itu seperti matahari akan terbit rupanya maka hulubalang itupun terkilat-kilat matanya seraya bertanya “Siapa nama tuan hamba ini?” maka sahut baginda A’laya “Akulah menantu rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama” maka katanya baginda A’laya “Hai hulubalang apa kehendakmu itu?” maka kata hulubalang itu “Adapun sahaya ini disuruh oleh raja kami kepada junjungan kamu itu. Akan sekarang di mana ada junjungan kamu itu?”. Maka kata baginda A’laya “Nantilah dahulu aku akan memberitahukan junjunganku dahulu” maka baginda pun pergilah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sembah baginda A’laya “Ya junjunganku ada seorang hulubalang Handak itu hendak mengadap tuanku” maka sembah baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Suruhlah ia kemari” maka baginda A’laya pun keluarlah mendapatkan hulubalang itu “Di suruh masuk engkau hai hulubalang Handak”. Itupun masuk ia mengadap baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.
Setelah sampai ia kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu lalu ia sujud setelah ia bangkit daripada sujudnya itu maka ia berkata “Ya tuanku, adapun hambamu ini disuruh oleh raja kami menyatakan banyak hulubalang tuan hamba itu dan laskar tuan hamba berapa banyak maka tuanku datang menghalau akan raja kami sebulan perjalanan jauhnya itu”. Maka sabda rasul Allaha “Hai hulubalang raja Handak, adapun rakyatku ini hanyalah tiga laksa empat ribu dan hulubalangku empat orang”. Maka kata hulubalang itu “Mengapakah tuanku menghalau-halaukan sebulan perjalanan jauhnya hendak melawan raja kami. Tidakkah tuanku mendengar khabar hulubalang raja kami terlalu banyak. Ya Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan rakyatpun terlalu banyak tiada terpemanai dan tiada terhisab oleh segala makhluk melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya jua yang amat mengetahui bilangannya dan segala binatang di dalam hutan sekelian takluk kepada baginda itu. Betapakah tuanku hendak melawan raja Handak itu dan raja Badar”. Maka sabdanya rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Hai orang raja Handak pergi engkau kembali. Kata olehmu kepada raja kamu, jangankan sekelian itu jikalau sepuluh keti sekalipun aku lawan juga dengan firman tuhanku".
Setelah itu maka hulubalang itupun kembalilah ia mengadap raja Handak seraya berdatang sembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun patik tuanku titahkan pergi mengadap raja A’raba itu bertanyakan laskarnya dan hulubalang itu sudahlah patik tanyakan demikian titahnya raja A’raba itu adapun hulubalang itu adanya empat orang dan laskarnya tiga laksa empat ribu. Maka sembah patik tiadakah tuan mendengar khabar rakyat raja kami terlalu banyak tiada terpemanai dan hulubalang pun terlalu banyak. Maka titah raja itu jangankan ini jikalau sepuluh keti pun ku lawan juga jikalau firman tuhanku raba al alamayana”. Setelah di dengar oleh raja Handak dan raja Badar kata hulubalang itu maka titah demikian itu “Janganlah kita berbanyak-banyak lagi jadi hina kita akan dia. Hendaklah engkau suruhkan orang kita itu tiga laksa empat ribu berperang dan hendaklah engkau melarang laskar kita itu supaya jangan kemari”. Setelah di dengar oleh raja Badarnya titah ayahanda demikian itu maka raja Badar pun keluarlah ke padang Hanayana itu maka raja pun berkata demikian katanya “Hai laskarku jangan engkau kemari banyak-banyak kerana rakyat raja A’raba tiada berapa banyak”.
Setelah demikian maka hulubalang rakyat pun pergi ke medan peperangan. Maka gendang perang pun di palu orang daripada kedua pihak. Maka sekelian kafirpun berseru-seru demikian “Mahamada, manakah rakyat dan hulubalangmu suruhlah berlawan dengan kami dan kami pun tiada berapa banyak hanya tiga laksa empat ribu dan hulubalang kami empat orang juga berlawan dengan kamu sekelian itu”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya itu suara maka baginda A’laya pun terlalulah sangat marahnya lalu ia naik ke atas kudanya yang bernama Zawa Al Jabarawata. Maka kata baginda A’laya pun melompat ke udara seraya baginda A’laya pun bertempik tiga kali berturut-turut. Maka langit pun seperti akan runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Kala berturut-turut baginda A’laya itu bertempik tiga ribu rakyat kafir mati. Setelah demikian itu maka baginda A’laya pun menyerbukan dirinya kepada kaum kafir itu seraya menghunus pedang yang bernama Zawa Al Faqora. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya kira saujana mata memandang jauh. Maka baginda A’laya pun menetakkan kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang. Maka segala kafir itu pun banyaklah mati jikalau hidup pun sia-sia matinya pun demikian juga dimasukkan Allaha Ta A’laya ke dalam neraka.
Shahdan bangkai pun bertambunlah dan darah pun banyaknyalah tumpah kebumi seperti anak sungai dan mayatnya pun bergelimpangan seperti nyatung. Adapun laskar raja Handak itu seperti kala mengejarkan dirinya ke dalam api. Demikianlah itu rupanya maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukit dan darah pun mengalir seperti sungai dan seperti laut qalzum. Adapun bunyinya seperti ombak laut di dalam laut qalzum. Shahdan seperti ombak menghempas pada kaki bukit bunyinya. Adapun tatkala baginda A’laya membunuh hulubalang raja itu
Putus
Maka raja Badar pun bertitah kepada laskarnya itu “Baiklah engkau persembahkan ke bawah duli sudahlah aku memohonkan dan aku himpunkan segala hulubalang yang empat orang itu pun kembalilah mengadap raja Handak. Maka segala titah raja Badar itupun semuanya di sampaikan disembahkan kepada raja Handak. Maka raja Handak pun diamlah telah demikian itu maka raja Badar pun keluar dari dalam kotanya itu menghimpunkan segala rakyat yang tiada terpemanai banyaknya itu. Segala rakyat balatenteranya yang tiada terhisabkan banyaknya itupun berhimpunlah di padang Hanayana. Adapun padang itu enam bulan perjalanan jauhnya itu pun penuhlah.
Kala kuda radang ke tepi laut kerana tuan puteri Za Al Za’laya itu dikasihi oleh segala raja-raja yang yang di laut dan yang di darat. Maka tuan puteri Za Al Za’laya pergi mengadap raja Handak itu. Setelah mengadap dilihat oleh raja Handak akan tuan puteri Za Al Za’laya datang maka baginda pun segera turun memberi hormat kepada tuan puteri Za Al Za’laya itu. Maka dipegang baginda akan tangannya lalu duduk diatas kerusi. Maka baginda pun duduklah ia diadap segala raja-raja yang dibawah. Seketika duduk maka raja Handak pun berkata kepada tuan puteri Za Al Za’laya seraya titahnya “Jikalau seorang diri sekalipun kulawan juga dan jikalau empat puluh tahun sekalipun kulawan juga ia berperang. Pada masa ini rakyatku pun terlalu banyak. Jikalau setahun A’laya itu membunuh rakyatku tiada akan habis”. Setelah demikian itu maka raja Handak pun berjamu-jamuan dan segala raja-raja dan menteri hulubalang empat puluh hari dan malamnya makan minum bersuka-sukaan. Shahdan maka terdengarlah khabar kepada raja Kasakayana akan raja Handak itu makan minum dan raja Badar dan puteri Za Al Za’laya. Maka kata raja Kasakayana “Berapakah jauh raja Handak perjalanan raja Handak bersuka-sukaan. Aku pun tiada dipanggil baik aku himpunkan segala rakyat hulubalangku supaya kuserang dia”. Setelah sudah raja Kasakayana berkata-kata itu maka baginda menyuruh perdana menteri dan hulubalang menghimpun segala rakyat tenteranya pun berhimpunlah tujuh puluh ribu baris banyaknya itu. Setelah sudah berhimpun maka baginda pun berkira-kira hendak berjalan. Maka terdengarlah kepada anak jin yang duduk di bukit Kaf itu. Maka anak raja jin itupun pergilah mendapatkan raja Kasakayana itu. Setelah itu maka ia pun berdatang sembah demikian sembahnya “Ya tuanku shah alam, janganlah tuanku pergi biarlah hambamu pergi mendapatkan perbendaharaan ayahanda nabi Allaha Sulaiman itu”. Setelah di dengar oleh baginda akan kata anak raja jin demikian itu maka titah baginda “Hai saudaraku jikalau begitu marilah kita bersama-sama mendapatkan perbendaharaan itu”. Maka kata anak raja jin itu “Marilah tuan hamba bawa ke sana” maka berjalan dari dalam laut. Setelah sampai anak raja jin kedua itu maka itupun duduk disanalah bersuka-sukaan.
Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Handak itu telah sudah berjamu segala raja-raja dan menteri dan hulubalang sekelian maka baginda pun menitahkan segala menteri hulubalang rakyat ke padang Hanayana itu maka mereka itupun pergilah ke padang itu. Maka padang itupun penuhlah oleh kebanyakan laskar kafir itu. Maka segala hulubalang raja Handak pun berserulah demikian katanya “Hai A’laya manakah rakyatmu dan manakah hulubalangmu suruhlah lawan dengan kami dan kami pun tiada banyak”. Setelah di dengar oleh Amayara Al Mawamanayana A’laya suara itu maka baginda pun berkhadamlah kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya anakku A’laya kumohonkanlah anakku kepada tuhan raba al alamayana”. Maka lalu baginda A’laya pun melompat kudanya keudara seraya bertempik baginda itu tiga kali berturut-turut. Langit pun seperti akan runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Maka tiga kali baginda A’laya bertempik tiga laksa rakyat raja Handak itu mati sebab mendengar suara tempik baginda A’laya. Maka baginda A’laya pun menghunus pedangnya bernama Zawa Al Faqora maka diparangkan kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan diri sekiranya saujana mata memandang jauhnya. Segala kafir pun bergelimpangan seperti anak keti, bangkaipun bertambunnya seperti bukit dan darah segala kafir seperti laut. Maka kala Zawa Al Jabarawata pun mengharung darah itu bunyinya seperti ombak menghempas di kaki bukit Kaf demikian bunyinya itu. Adapun baginda A’laya mengamuk tiada sedarkan dirinya maka tiada baginda A’laya memandang kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang melainkan mana perintah kudanya.
Shahdan maka baginda A’laya membunuh segala rakyat rajanya Handak sehari semalamnya itu maka baginda A’laya pun lemahlah rasa tubuhnya maka itupun berseru-seru demikian katanya “Ya junjunganku berilah hambamu kuasa” setelah di dengar oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka rasul Allaha pun minta doa kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya demikian bunyinya “Yaa Allahaya, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku beri apalah kuat akan hambamu itu”. Dengan takdir Allaha Ta A’laya dengan seketika itu juga firman Allaha menyuruhkan Jabarayala turun membawa awan putih akan mengelilingi baginda A’laya. Maka baginda A’laya pun bertambah-tambah gagahnya seperti dahulu kala. Maka genaplah dua hari dua malam berperang tiada berhenti. Shahdan maka baginda A’laya pun tiada sedarkan dirinya membunuh segala kafir-kafir maka itupun berseru-seru demikian katanya “Ya tuhanku bantulah kira-kira hambamu”. Shahdan tatkala baginda A’laya berseru-seru itu maka kedengaranlah kepada tujuh sangga bumi dan tujuh sangga langit dan kedengaran kepada raja Kasakayana. Maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun pergilah mendapatkan baginda A’laya seraya melontarkan batu yang besar-besar maka banyaklah rakyat dan hulubalang raja Handak itu merasai kesakitan maka mereka itu meminta ampun kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sabda baginda rasul Allaha “Hai orang-orang raja Handak, maukah engkau sekelian masuk agama Asalama?” maka sahut segala mereka itu “Maulah hamba, mau ya tuanku”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ucap olehmu kalimat shahadat demikian “Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha””. Maka diucap oleh mereka itu maka mereka itupun membawa iman menurut agama rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Shahdan maka mereka itu masuklah berperang bersama-sama dengan baginda A’laya pun memegang hulu pedang dengan dua belah tangannya serta menyerbukan dirinya ke dalam laskar raja Handak itu yang tiada terpemanai banyaknya itu.
Maka rakyat raja Handak itupun pecahlah perang maka itupun larilah ke sana kemari, masing-masinglah membawa dirinya. Ada yang lari kedalam kota, ada yang lari kedalam laut, ada yang lari kedalam hutan tiada ketahuan larinya itu perginya lalu mengadap rajanya seraya berdatang sembah. Demikianlah sembahnya “Daulat tuanku duli shah alam, A’laya itu bukan sebarang gagahnya tiada dapat siapa menentang matanya melawan dia”. Maka kata raja Handak “Hai celaka dia, engkau kata demikian itu berapa gagahnya A’laya itu kerana ia seorang dirinya juga. Adapun rakyatku terlalu banyak jikalau demikian itu esoklah hari aku suruh berperang tujuh hari dan tujuh malam tiada berhenti lagi”. Maka haripun sianglah shahdan raja Handak pun menitahkan hulubalangnya dua belas orang pergi memanggil raja Kasakayana maka akan hulubalang itupun pergilah berjalan. Setelah sampai lalu ia mengadap raja Kasakayana seraya ia menyembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun patik ini dititahkan oleh duli paduka ayahanda persilakan tuan”. Maka titah baginda raja Kasakayana “Apa pekerjaan tuan-tuannya sekelian datang menyembah itu?”. “Ya tuanku, patik ini dititahkan paduka anakanda tuanku dipersilakan adalah adinda”. Maka titah baginda itu “Pergilah engkau kembali dahulu”. Setelah demikian itu maka hulubalang itupun kembalilah kepada rajanya Handak. Setelah tu maka raja Kasakayana pun menghimpunkan segala menteri hulubalang balatenteranya. Telah sudah maka baginda pun berangkatlah berjalan daripada itu.
Maka tersebut perkataan tuan puteri Za Al Za’laya bertitah kepada segala hulubalangnya seraya katanya “Hai kamu yang dibawa aku pergilah engkau masing-masing pada tempat engkau sekelian. Adapun segala rakyat bala tenteraku seorang pun jangan kamu bergerak. Jika bergerak melalui titahku nescaya ku rosak terbangkan negeri kamu kepada angin”. Maka apabila segala raja-raja itu mendengar titah tuan puteri Za Al Za’laya demikian itu maka segala raja-raja itupun berdatang sembah demikian bunyinya “Daulat tuanku shah alam” maka masing-masing pun kembalilah kepada tempatnya.
Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Kasakayana itu berjalan. Adapun akan rakyat baginda itu berjalan seperti semut lakunya maka raja Kasakayana pun sampailah ke padang Hanayana itu dengan sekelian raja dan menteri hulubalang dan rakyat bala tenteranya sekelian itu dan yang tiada terpemanai dan tiada terhisabkan oleh segala makhluk melainkan Allaha Ta A’laya juga yang amat mengetahui yang banyaknya. Shahdan diceritakan yang empunya cerita ini adapun rakyat raja Kasakayana itu tujuh puluh ribu baris banyaknya lagi akan datang kemudian daripada itu dan mengiringkan baginda itu dari laut dan ada yang dari darat. Adapun akan raja Kasakayana itu terlalu besar kerajaannya daripada sekelian raja-raja yang lain lagipun tinggi baginda itu tujuh puluh hasta serta dengan gagahnya dan beraninya. Kemudian daripada itu maka baginda pun sampailah ke negeri raja Handak maka raja Kasakayana pun masuk ke istana raja Handak. Maka di dapatinya ada lagi dihadap oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang dan bala tentera segala hulubalang. Maka raja Kasakayana pun datanglah maka baginda pun turunlah dari atas kerusi yang keemasan. Maka raja Handak pun menyembah raja maka sambutlah oleh tangannya baginda seraya katanya “Janganlah tuan hamba bait”. Telah itu maka raja Handak dan raja Kasakayana itu duduklah tahta kerajaan diadap oleh segala raja-raja menteri hulubalang rakyat bala tentera sekelian. Maka diperjamulah oleh raja Kasakayana itu raja Handak dan raja Badar makan minum bersuka-sukaan empat puluh hari empat puluh malam bersuka-sukaan segala raja-raja menteri hulubalang rakyat sekelian.
Al kisah maka tersebutlah perkataan Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Allaha Wajaha tatkala berperang dengan laskar kafir itu telah pecahlah hulubalang raja Handak itu. Maka baginda A’laya pun kembali mengadap nabi rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu sujud kepada kaki baginda rasul Allaha. Maka iapun mengambil air sembahyang maka ia sembahyang dua rakaat salam setelah itu maka ia membaca quran seketika sudah lalu pergi baginda A’laya mendapatkan baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berceritakan hal peperangan itu. Seketika berkata-kata itu maka suram suaranya maka suruhan daripada raja Kasakayana pun datanglah. Maka hulubalang itu kepada baginda A’laya maka lalu ditanya oleh baginda A’laya “Darimana engkau ini datang?” maka dijawab oleh orang itu “Hamba ini datang dari raja Kasakayana. Adapun hamba disuruh oleh baginda itu bertanyakan berapa banyaknya laskar Mahamada dan hulubalang”. Maka baginda A’laya pun mengawal ada menjawab “Adapun rakyatku ini tiga laksa empat ribu dan hulubalangku empat orang pertama Abawa Bakara, kedua A’mara, ketiga A’tamana, keempat akulah seorang hulubalang Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama kekasih Allaha Sabahana Wa Ta A’laya. Ialah nabi akhir zaman”. Maka kata hulubalang itu “Ya A’laya, berapakah besar hati kamu itu dan hati Mahamada itu maka hendak. Adapun seorang saudara raja Kasakayana ialah yang membantu lagipun dengan gagah perkasanya serta dengan tujuh puluh hasta tingginya. Adapun rakyat baginda itu terlalu banyak tujuh puluh ribu baris tiadalah ketahuan banyaknya bilangan itu. Shahdan ada dari yang belakang dan ada dari depan baginda itu berjalan siang dan malam. Tiada ia jua putus melainkan Allaha juga yang mengetahui akan bilangan segala yang kasih akan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama itu. Tiadakah tuan hamba tahukan raja Kasakayana itu anak pada Sulaiman A’layaha Al Salama itu hai A’laya?”. Maka kata baginda A’laya kepada orang raja Kasakayana itu “Kembalilah engkau memberi tahu rajamu itu Ana Shaa Allaha Ta A’laya antaramu dan antara aku ini datang di tengah medan peperangan. Disanalah kita masuk bermain-main senjata barang siapa dimenangkan Allaha di sanalah kita bermain”.
Maka hulubang itupun kembalilah kepada rajanya seraya berdatang sembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun kata baginda A’laya itu, engkau kembalilah memberi tahu rajamu itu”. Maka kata A’laya itu semuanya dikatakan kepada raja Kasakayana dan raja Handak dan raja Badar. Maka raja Kasakayana pun berangkat ke tengah medan peperangan maka kemudian raja Handak pun menyuruh memanggil raja Kasakayana dan raja Badar. Maka raja Badar pun datang menyembah ayahanda baginda itu maka titah raja Handak “Hai anakku apalah bicaramu sekarang ini kerana Makah dan Madinah itu akan bicaraku tiada lagi berapa yang tinggalnya. Baik kita suruhkan orang-orang kita barang tujuh laksa pergi kamu merampas orang Makah dan orang Madinah itu dengan tujuh orang pahlawan kita”. Maka sembah raja Badar “Sebenarlah seperti titah itu maka raja Handak pun menyuruh pahlawannya berperang dengan baginda A’laya itu. Maka pahlawan itupun pergilah ke medan peperangan seraya berseru demikian “Hai A’laya marilah kita bermain-main demikian apa yang ada padamu”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya suara orang memanggil itu maka A’laya pun naik keatas kudanya yang bernama Zawa Al Jabarawata dan melompatlah kudanya ke atas udaranya seraya bertempik A’laya itu tiga kali berturut-turut. Maka langitpun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurlah rasanya. Maka dilepaskan kudanya lalu ia menyerbukan dirinya kepada kaum raja Handak dan raja Kasakayana kepada segala rakyat yang tiada terpemanai lagi banyaknya serta menghunuskan pedang bernamanya itu. Maka Zawa Al Faqora itu pun memanjangkan dirinya saujana mata memandang jauhnya. Maka diparangkannya kekanan dan kekiri dan kehadapan dan kebelakang maka segala kaum kafir raja Handak dan raja Kasakayana itupun bergelimpangan seperti anak keti demikian rupanya. Maka bangkai pun bertambun seperti bukit dan kaum segala raja Handak dan raja Kasakayana pun seperti laut darah. Shahdan bunyinya seperti ombak menghempas dikaki bukit Kaf demikian bunyinya. Adapun baginda A’laya membunuh rakyat raja Kasakayana itu tiga hari tiga malam tiada berhenti.
Al kisah maka tersebut perkataan raja Handak menyuruhkan orangnya tujuh laksa dengan tujuh orang pahlawan berjalan menuju negeri Makah dan Madinah. Maka itupun berjalan di dalam hutan supaya jangan dilihat orang dan baginda A’laya pun jangan dilihat dia. Maka berjalan siang dan malam tiada terhenti-henti sebab ia hendak lekas setelah berapa hari berjalan itu maka sampailah ke Makah dan Madinah itu. Apabila mereka itu melihat Makah dan Madinah pun kata segala mereka itu “Bukannya Makah dan bukannya Madinah ini” maka yang setengah itu mengatakan negeri jin ini dan setengah mengatakan “Inilah Makah dan Madinah”. Maka setengah itu masuk ke dalam kota maka mereka itupun dibutakan matanya Allaha Ta A’laya dan telinganya ditulikan Allaha Ta A’laya. Adapun sebab matanya dibutakan Allaha Ta A’laya supaya jangan ia melihat apa dan telinganya ditulikan Allaha Ta A’laya supaya jangan orang berkata-kata telah mereka itupun tercengang lah. Bermula adapun diceritakan oleh empunya cerita akan ia tujuh kali mereka itu berbanyak-banyak maka tiadalah hendak kembali lagi takut akan rajanya itu. Maka mereka itupun mendengar dan artilah ia ketujuh orang itu maka ia berkata-kata yang tujuh orang itu “Baiklah kita pergi mendapatkan Mahamada itu” lalu berkata yang tujuh laksa itu “Mana-mana perintah tuan hamba itu kami sekelian mengikut”. Maka kata pahlawan tujuh orang itu “Adapun pada bicara itu jikalau kita pergi kepada raja Handak nescaya kita dibunuhnya kerana kita tiada dapat beri binasakan negeri Makah dan negeri Madinah. Jikalau demikian itu kita pergi kepada Mahamada kerana kami dengar terlalu baik budinya”.
Telah itu maka pahlawan yang tujuh dengan segala rakyat yang tujuh laksa pun berjalan pergi mendapatkan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah berapa lama berjalan maka iapun sampailah kepada laskar A’raba maka bertanya dia itu katanya “Hai tuan-tuan orang A’raba, bolehkah kami mengadap nabi Allaha?”. Maka kata segala mereka itu “Masuk tuan hamba” maka pahlawan yang tujuh orang itu pun masuk mengadap nabi Allaha maka apabila melihat mereka itu dilihat kepada junjungan makanya sekelian pun membuangkan senjatanya lalu menyembah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sekeliannya pun minta ampun kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah demikian maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama bersabda “Hai orang-orang maukah masuk agama Asalama?” maka jawabnya mereka itu “Maulah hamba, mau ya tuanku” maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ucaplah olehmu kalimah shahadat” maka diucaplah kalimah shahadat. Maka mereka itupun membawa imanlah dengan selamatnya. Maka sekelian mereka itupun pergilah bersama-sama masuk perang dengan baginda A’laya. Maka iapun membunuh sekelian kafir itu maka ada seorang pahlawan itu tiada masuk agama Asalama. Maka pahlawan Jalala namanya maka ia lari pergi mengadu pada rajanya. Setelah ia sampai ke dalam kotanya raja Handak maka persembahkan segala hal ehwalnya orang tujuh laksa itu sudahlah ia masuk perang dengan baginda A’laya. Telah dia didengar oleh raja Handak maka katanya “Jangankan tujuh laksa segala pun tiada apa bahayanya kepada aku akan A’laya itu ada dengan tolong tuhanku berhala itu nescaya aku lawan juga berapa kuatnya A’laya itu kerana ia seorang dirinya jua. Adapun rakyatku ini terlalu banyak”.
Setelah sudah berkata-kata demikian itu maka raja Handak memberi bantu akan raja Kasakayana dengan segala hulubalang rakyat bala tenteranya tiada terpemanai banyaknya. Bermula di ceritakan oleh orang yang empunya cerita ini adapun baginda A’laya berperang itulah genap tujuh hari dan malam tiada makan dan minum dan tidur lagipun ia melihat darah seperti laut. Shahdan maka rakyat raja Handak itu berhimpun di tengah medan peperangan. Maka baginda A’laya pun berseru-seru dengan nyaring suaranya demikian “Ya rasul Allaha berilahnya bantu hambamu jikalau tiada junjungan ku membantu nescaya tiadalah hambamu”. Maka kedengaranlah kepada baginda A’mara “Janganlah kamu sekelian pergi, biarlah aku pergi dengan orang yang tiga laksa itu”. Setelah itu maka nabi Allaha pun pergilah mendapatkan baginda A’laya maka iapun melihat rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun datang maka datanglah gembiranya baginda A’laya itu. Maka rasul Allaha pun masuklah perang bersama baginda A’laya dan rakyat pun membantu baginda A’laya. Shahdan diceritakan yang empunya cerita tatkala rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berperang itu maka kelihatan raja Kasakayana rakyat baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berperang terlalu banyak demikian memandang baginda raja. Bermula maka adalah baginda A’laya berperang itu terlalulah amat hebat lakunya dan memegang pedangnya Zawa Al Faqora dengan kedua belah tangan menetakkan rakyat raja Handak itu. Rakyat raja Handak itupun matinya tiada terkira banyaknya. Adapun rakyat raja Handak itu pun seperti kalanya mengejarkan dirinya ke dalam api demikian rupanya. Shahdan seperti gajah terkejut bunyinya dan lakunya kemudian daripada itu maka raja Kasakayana pun mengerahkan rakyatnya delapan puluh laksa itupun mengepungnya akan baginda A’laya dengan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu. Maka baginda A’laya pun memejamkan matanya maka masuklah mengamuk kedalam rakyat raja Kasakayana yang seperti laut.
Adapun baginda A’laya berperang itu sampailah tujuh malam maka tiada sedarkan dirinya lagi. Maka iapun membunuh akan rakyat raja Handak itu maka ia pun bertempik pula tiga kali berturut-turut maka raja Kasakayana pun gementarlah tulangnya tiadalah ia ingat daripada suara baginda A’laya bertempik itu. Maka kedengaranlah kepada tujuh petala bumi itu maka langit seperti akan runtuh. Maka kedengaran kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu maka nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun menadah ke langit, air mata baginda pun berlinang-linanglah seperti meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku engkaulah peliharakan apalah kiranya A’laya itu daripada tangan segala kafir. Ya tuhanku perang apalah ini perang dengan kafirkah dengan Asalama”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala “Pergilah engkau bantu baginda A’laya itu zahirkan belakang baginda A’laya itu”. Apabila A’laya melihat Jabarayala A’layaha Al Salama dibelakang maka A’laya pun memarang akan pedangnya ke kanan maka raja Kasakayana pun berseru-seru demikian katanya “Ya nabi Allaha, takutlah tuan hamba akan hamba ini maka tuan hamba berlindung belakang A’laya pun khadam kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka ditegah oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama tiada diberinya baginda A’laya itu pergi mendapatkan raja Kasakayana itu maka baginda A’laya pun tiada jadi mendapatkan raja Kasakayana.
Setelahnya sudah demikian itu maka rasul Allaha mengambil air sembahyang telah sudah maka rasul Allaha sembahyang dua rakaat salam. Maka nabi Allaha pun membaca doa kepada Allaha Ta A’laya “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku engkau juga yang amat mengetahui akan hambamu”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada malaikat demikian “Hai malaikat kau pergilah engkau kepada kekasihku Mahamada itu”. Telah demikian itu segala malaikat itupun pergilah dia. Firman Allaha kepada Azarayala “Pergilah engkau kepada raja Kasakayana itu” telah sampai kepada raja Kasakayana itu lalu ia memberi salam. Telah sudah maka raja Kasakayana pun berkata kepada segala hulubalangnya “Hai sekelian kamu yang dibawahku segala tentera suruhkan juga berperang dengan baginda A’laya. Aku ini dipaksa oleh baginda raja Handak”. Telah sudah maka baginda bertitah demikian “Hai segala hulubalang tubuhkan segala rakyat itu” maka segala mereka itu pun pergilah ke padang Hanayana itu maka mereka itupun berseru-seru bunyinya “Hai A’laya marilah kita berperang ketengah medan perang itu dengan kami segala dan kami terlalu banyak”. Maka baginda A’laya mendengarkan suara hulubalang itu maka gendang perang pun dipalu oranglah daripada kedua pihak. Maka baginda A’laya pun meminta izin rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Makanya rasul Allaha bersabda “Ya anakku A’laya, kuserahkan kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya”. Telah itu maka baginda A’laya pun naiklah keatas kudanya yang bernama Zawala Jabarawata itu maka ia melompat ke udara seraya berkata dan bertempik tiga kali berturut-turut tiga ribu rakyat raja Handak itu mati. Maka A’laya pun menghunus pedangnya serta ia menyerbukan dirinya ke dalam laskar kafir yang banyak itu. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekira-kira saujana mata memandang jauhnya lalu diparangkan baginda A’laya kekanan dan kekiri, kehadapan dan kebelakang. Shahdan kepala segala kafir itupun terpelantingnya seperti anak keti dan seperti kala menunjukkan dirinya ke dalam api demikianlah rupa rakyat raja Handak itu.
Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana itu tatkala baginda sudah sahut salam Azarayala itu akan titah baginda itu “Hai Azarayala apa firman yang tuan bawa itu?” maka kata Azarayala kepadanya raja Kasakayana “Palingkanlah kamu mengadap kiblat” maka raja Kasakayana pun paling mukanya mengadap kiblat melakukan kudrat iradat atas hambanya. Maka Azarayala pun mengambil nyawa raja Kasakayana lalu kembali daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqa. Raja Kasakayana pun dikeliling oleh awan yang putih telah demikian itu kata raja Kasakayana dapat melawan baginda A’laya. Ya nabi Allaha baiklah tuan berperang dengan raja Kasakayana itu bersungguh-sungguh. Jikalau tuan binasakan rakyat seperti laut itupun tiada mengapa kerana Allaha Ta A’laya memeliharakan. Maka bersabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama suruhkan juga cari kepada baginda A’laya itu akan rajanya Kasakayana itu jalanpun tiada berapa lagi. Setelah demikian itu maka Jabarayala pun munajat kehadrat Allaha Ta A’laya maka rasul Allaha dan baginda A’laya pun kembalilah kepada khemahnya. Telah sampai lalu ia mengambil air sembahyang lalu sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah maka baginda dan baginda A’laya pun sujud sujud ke hadrat Allaha. Telah itu maka itupun minta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian”Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, ya tuhanku engkau pertemukan hambamu dengan raja Kasakayana”. Firman Allaha Ta A’laya kepada nabi “Hai kekasihku, tiada dapat bertemu raja Kasakayana”. Telah demikian berkata kepada baginda A’laya “Ya anakku bolehnya anakku bertemu dengan raja Kasakayana”. Maka sembah baginda A’laya “Ya junjunganku, apa sebab maka hambamu tiada dapat bertemu pada baginda itu?” maka sabda rasul Allaha “Adapun kerana itu kepada syurga”. Maka baginda A’laya pun tahulah kehendak nabi Allaha itu maka A’laya pun kembalilah ketempatnya serta doa kepada Allaha Ta A’laya.
Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana duduk dalam perbendaharaan ayahanda nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama terkesan nabi Allaha Sulaiman dan kemudian nabi Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama itu maka baginda raja Kasakayana itupun menangis terlalu sangat seraya meminta doa kepada Allaha Ta Alaya demikian bunyinya “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku peragakan apalah kiranya hambamu dengan rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama itu”. Di dalam berkata-kata demikian itu maka seorang hulubalang serta ia melihat rajanya menangis itu maka iapun berdatang sembah demikian “Ya tuanku mengapakah tuanku menangis? Takutkah tuanku akan A’laya dan Mahamada itu”. Maka titah baginda “Hai hulubalangku beriman tiada ku takut akan A’laya itu, malu akan nabi Mahamada di hari kiamat dihadapan bapaku nabi Allaha Sulaiman”. Maka sembah hulubalangnya “Jika demikian ya tuanku berikanlah rakyat tuanku itu kepada paduka adinda raja Handak dan adinda raja Badar”. Maka kata raja Kasakayana “Benarlah seperti katamu itu maka pergilah engkau himpunkan segala raja-raja dan hulubalang semuanya”. Maka hulubalang pun pergilah kepada segala raja-raja yang dilaut dan yang di darat dan di dalam bumi dan di dalam hutan. Maka sekelian itu berjalan menuju negeri raja Handak. Adapun padang itu dua tahun perjalanan jauh daripada negeri raja Kasakayana itu. Maka penuh dengan segala rakyat itu setelah demikian itu maka kedengaran kepada raja Handak dan raja Badar. Maka baginda pun terkejut disangkakan kiamat juga melainkan baginda rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama juga yang tiada ia bergerak kepada tempatnya baginda ada. Setelah demikian maka raja Kasakayana pun mengerahkan segala rakyat berjalan itu maka baginda pun sampailah ketengah padang Hanayana itu. Sepohon kayu yang besar dan kekiri dan kebelakang dan kehadapan.
Sebermula maka Kasakayana pun terkejutlah daripada pengsan itu maka terpandanglah kepada rasul Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama rakyatnya delapan puluh ribu saf itu. Maka dengan takdir Allaha Ta Alaya dengan seketika itu juga matanya dibalikkan Allaha Ta Alaya. Rakyat itu disangkakan orang Makah dan Madinah seraya mengunus pedangnya yang dipeliharakan nabi Sulaiman Hada namanya. Maka lalu menyerbukan dirinya ke dalam rakyat sendiri dan baginda A’laya melihat kelakuan raja Kasakayana itu. Maka rasul Allaha pun tersenyumlah maka sabda rasul Allaha “Ya A’laya, sarungkanlah Zawa Al Faqora itu kerana raja Kasakayana itu membunuh rakyatnya sendiri”. Maka segala laskar yang delapan puluh ribu saf itupun banyaklah mati. Adapun diceritakan oleh empunya cerita ini dengan kebesaran raba al alamayana melakukan kudrat iradat itu. Adapun raja Kasakayana membunuh rakyatnya itu dua belas hari dua belas malam maka rakyat baginda itupun pecahlah perangnya maka iapun larilah kepada tempat rajanya itu. Maka dilihat baginda itu tiadalah lagi kepada sangkanya sudahlah dibunuh mati oleh hulubalang A’raba bila bertemu baginda A’laya. Setelah raja Handak mendengarkan sembahnya hulubalang yang demikian itu maka baginda raja Handak pun terlalulah marah dan sembah rakyatnya “Adapun baginda A’laya itu jangankan melawan dia, menentang mata pun tiada dapat”. Maka kata raja Handak “Jangan engkau berkata demikian itu berapakah gagahnya A’laya itu kerana seorang dirinya juga. Adapun rakyatku ini banyak demikian itu esok harilah kusuruh pahlawan Jalala dan pahlawan Sarasala berperanglah empat puluh hari empat puluh malam tiada berhentikan lagi”. Setelah itu raja Handak berjamu segala raja-rajanya dan menteri-menteri dan hulubalang dan rakyat sekelian makan dan minum bersuka-sukaan sekelian tiada berhenti lagi.
Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana itu berdiri maka baginda pun kembalilah kepada perbendaharaan nabi Sulaiman. Apabila ia sampai kepada perbendaharaan maka baginda pun duduk kembali berhenti kerana bekas olehnya berperang dengan rakyatnya sendiri itu. Diceritakan oleh yang empunya cerita ini. Adapun Jabarayala tiada dapat pergi dari bawah hadirat Allaha datang kepada zaman baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berperang itu. Maka Jabarayala pun sehari semalam bersama-samanya baginda nabi Allaha maka kata Jabarayala kepadanya rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama “Ya nabi Allaha jikalau ada lagi raja Kasakayana itu kedalam dunia nescaya tiadalah banyaknya jikalau berhimpun semalam ini segala pun tiada dunia raja itu iaitu raja Kasakayana itu” dan “segala kaumku tinggallah kamu baik-baik” maka segala mereka itu bertanya “siapa kamu?” maka sahut “Aku raja Kasakayana” maka segala mereka itupun menangis. Maka bagindapun pun dibawalah malaikat naik ke langit.
Al kisah tersebut perkataan raja Handak telah didengar baginda raja Kasakayana berperang dengan baginda A’laya itu maka baginda pun mengimpunkan segala jin, mambang, pari dan perkasa dengan segala mereka itu sekelian di dalam hutan. Oleh itupun disuruh baginda berperang dengan baginda A’laya. Maka takdir Allaha, baginda A’laya pun memejamkan matanya tiada dipandang dan dibunuh laskar dihadapan terlalu banyak datang. Maka baginda A’laya pun kembali kepada rasul Allaha. Maka sembah baginda A’laya “Ya rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama, datanglah rupanya ajal hambamu kepada perang ini. Berapa banyak hamba mengalahkan negeri yang besar-besar tiadalah hambamu bertemu seperti yang demikian itu terlalu amat banyaknya ada dari laut dan ada dari darat dan dari langit dari hutan tiada terhisab hambamu” dan kata baginda A’laya “Ya junjunganku jika datang ajal hambamu baiklah tuanku kembali”. Setelah baginda mendengar kata baginda A’laya demikian itu maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang maka rasul Allaha pun sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah baginda sembahyang lalu meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku manalah janjimu hendak membantu hambamu itu”. Maka firman “Hai kekasihku suruhkan juga A’laya itu berperang dahulu kemudian maka datanglah bantu daripada aku”.
Shahdan maka baginda A’laya pun bertambah kuat daripada dahulu gagahnya. Maka kemudian datanglah bantu daripada tuhannya tujuh puluh ribu malaikat akan bantunya. Setelah demikian itu maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya anakku A’laya masuklah engkau perang aku serahkan engkau kepada tuhan Malaka Al Jabara”. Setelah baginda A’laya mendengar sabda rasul Allaha demikian baginda A’laya pun mengambil air sembahyang lalu ia sembahyang dua rakaat salam. Telah sudah baginda A’laya berkata kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Demikian juga belum hambamu mengalahkan negeri raja Handak, belumlah hambamu mengepung Kaabahnya jikalau tiada demikian itu bukanlah aku bernama A’laya Karama Allaha Wajahaha, raja segala laki-laki dan bukanlah bernama A’laya Marahaya dan suaminya Fathoyamaha Al Zaharaya”. Maka baginda A’laya pun naiklah keatas kudanya yang bernama Zawala Al Jabarawata serta A’laya pun melompat keudara seraya bertempik tiga kali berturut-turut. Maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Maka segala laskar pun banyaklah matinya tiga laksa empat ribu. Shahdannya seperti ikan yang kena tuba. Maka manjut mahligai raja Handak pun berganjaklah maka baginda A’laya pun turun seraya menyerbukan dirinya ke dalam laskar kafir yang banyak itu serta mengunuskan pedangnya yang bernama Zawa Al Faqora maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekiranya saujana mata memandang jauhnya. Maka di parangkan kekanan dan kekiri dan kebelakang dan kehadapan. Adapun baginda A’laya berperang itu dari perkasanya dan masyrik dan maghrib maka banyaklah mati segala laskar kafir itu. Maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukti rupanya, darahpun seperti air sungai mengalirnya maka Zawa Al Jabarawata berenanglah di dalam darah itu. Kemudian bunyinya seperti ombak menghempas di tepi laut kalzum tatkala di tiup taufan menghempaskan kepada kaki bukit Kaf adanya.
Adapun tatkala baginda A’laya membunuh rakyat raja Handak itu tiadalah ia membukakan matanya maka dilihat oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama baginda A’laya itupun berenang di dalam darah maka baginda rasul Allaha pun meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa raba al alamayana, engkau juga yang memelihara hambamu A’laya itu kerana ia tiada khabarkan dirinya”. Shahdan diceritakan oleh yang empunya cerita ini adapun baginda A’laya berperang itu dua belas hari dua belas malam tiada berhenti. Adalah sekira-kira sepenjuru dunia ini habis dibunuh maka datanglah kepada tengah hari maka terlalulah panas maka baginda A’laya pun membukakan matanya maka dilihat dirinya di dalam darah. Maka iapun mengucap selawat akan nabi Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Itupun berseru-seru dengan nyaring suaranya maka kedengaranlah kepada tujuh persangga bumi demikian bunyinya “Ya tuhanku, engkaulah juga yang memberi kuat pada hambanya”. Maka ketika itu firman Allaha Ta A’laya menyuruh malaikat tujuh puluh ribu membantu A’laya itu. Maka sekelian mereka itupun masuklah perang bersama-sama dengan baginda A’laya membunuh laskar kafir yang tiada terpemanai banyaknya itu. Maka segala kafirpun banyaklah mati maka perang itupun seperti kiamat lakunya dan seperti Asarafayala meniup sangkakala demikianlah rupanya. Maka genaplah empat empat puluh hari empat puluh malam maka baginda A’laya pun bertempik pula maka kedengaranlah kepada mambu yang menanggung bumi.
Maka Jabarayala sujudlah ke hadrat Allaha maka minta doa demikian “Yaa raba, Yaa sayadaya, Yaa mawalaya, ya tuhanku jikalau diberikan A’laya itu bertempik nescaya kiamat dunia ini”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala “Hai Jabarayala, pergilah engkau kepada bukit dan kepada gunung dan batu dan kayu dan lalat dan nyamuk agas dan penyakit dan segala binatang”. Telah sudah demikian Jabarayala pun pergilah kepada bukit dan segala kayu dan segala binatang sekelian itu katanya “Hai sekelian tuan-tuan, pergilah engkau membantu baginda A’laya itu berperang dengan firman Allaha Ta A’laya”. Setelah didengar oleh segala mereka itu maka segala mereka itupun pergilah membantu baginda A’laya berperang. Telah genaplah enam puluh malam tiada juga habis makin bertambah datang. Telah itu maka raja Handak pun menghimpun segala raja-raja yang takluk dua keti sembilan laksa dan rakyat tiada terhisab oleh makhluk melainkan Allaha Ta A’laya jua yang mengetahui bilangannya. Maka ia disuruh dia masuk berperang raja dan raja Badar pun berjalan dibelakang raja itu.
Maka datanglah seratus hari seratus malam maka baginda A’laya pun memejamkan matanya maka ketika itu firman Allaha Ta A’laya demikian bunyinya “Hai Jabarayala, pergi engkau kepada kekasihku Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu sampaikan firman ku ini kepadanya. Jangan diberi A’laya itu memejamkan matanya kerana ia jika memejamkan matanya itu nescaya kiamatlah dunia ini haramamara di dalam dunia”. Maka Jabarayala pun pergilah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu memberi salam demikian “Al Salama A’laya Kama, ya hababa Allaha” maka disahut oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama salamnya Jabarayala itu “Wa A’laya Kama Al Salama, ya habayaku, apalah firman Allaha Ta A’laya tuan hamba bawa itu?”. Maka kata Jabarayala “Adapun firman Allaha Ta A’laya menyuruhkan A’laya itu jangan memejamkan matanya. Apabila ia berperang memejamkan matanya nescayalah kiamat dunia ini kerana haramamara Allaha. Demikian firman Allaha Ta A’laya”. Setelah demikian itu maka baginda A’mara berkata-kata kepada nabi Allaha “Berilah kiranya hambamu izin” setelah itu maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama ‘Ya A’mara pergilah engkau, ku serahkan kepada Allaha Ta A’laya”. Telah demikian itu maka baginda A’mara pun membantu baginda A’laya itu maka rasul Allaha pun berjalan di belakang baginda A’mara itu. Maka baginda A’mara pun berdirilah kepada suatu haza bersama-sama dengan Jabaralaya nya A’layaha Al Salama dikeliling oleh malaikat yang banyak itu. Maka kemudian turunlah malaikat yang tujuh laksa itu daripada langit maka sekelian itupun masuk masuklah berperang akan membantu akan baginda A’laya itu.
Shahdan diceritakan oleh yang empunya cerita ini tatkala baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berdiri, baginda Abawa Bakara dan baginda A’tamana naik dengan Jabarayala A’layaha Al Salama maka baginda rasul Allaha memandang ke langit maka langit pun tiada kelihatan lagi oleh kebanyakan malaikat turun dari langit. Maka rasul Allaha pun mengucap syukur kepada Allaha Ta A’laya. Shahdan maka genaplah tiga bulan perang itu maka kata segala mereka “Tiadalah A’laya akan hidup lagi melainkan Allaha Ta A’laya, rasul juga yang amat tahu”. Maka baginda A’laya itu terlalu letihnya tidaklah sedarkan dirinya lagi maka Zawa Al Jabarawata itu pun terbanglah ke udara maka baginda A’laya itupun ke Masyrik dan ke Maghrib dan dilihat dirinya antara bumi dan langit. Maka dilihat darah seperti laut qalzum demikian rupanya. Setelah itu maka Jabarayala pun datanglah kepada A’laya itu mendapatkan raja Handak dan raja Badar dan raja Kasakayana. Katanya “Hai raja ketiganya, maukah engkau masuk agama Asalama supaya kuhidup engkau”. Maka kata raja Handak dan raja Badar dan raja Kasakayana itu “Hai kata apa yang katakan kepada aku ini. Jikalau belum rakyatku habis belumlah aku menurut katamu”. Seraya ia berkata “Hai A’laya, ingatlah engkau” serta ia mengangkatkan cokmarnya yang berat seribu sembilan ratus tan maka baginda A’laya pun menghunus pedang bernama Zawa Al Faqora serta dipusing oleh baginda A’laya itu matanya raja ketiga pun berkelip-kelip melihat mata pedang Zawa Al Faqora lalu diparang oleh baginda A’laya kepada keduanya itu. Maka raja kedua itupun matilah lalu dimasukkan Allaha Ta A’laya kedalam neraka jahanam. Setelah dilihat oleh sekelian rakyat rajanya sudah mati maka sekelian pun larilah masuk ke dalam hutan berturut-turut. Maka segala raja-raja yang lagi tinggal itu pun larilah menuju kepada tuan puteri Za Al Zalaya.
Maka sekelian itupun berdatang sembah demikian “Ya tuanku, adapun raja Handak dan raja Badar keduanya itu sudahlah mati dibunuh oleh baginda A’laya”. Setelah didengar oleh tuan puteri Za Al Zalaya maka iapun menangis seraya menyuruh menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja dan menteri. Telah sudah berhimpun semuanya maka tuan puteri Za Al Zalaya pun keluar dari dalam kotanya diiringkan oleh segala raja-rajanya berjalan menuju bukit Kaf lalu masuk kedalam kotanya. Diadap oleh segala menteri hulubalang dan rakyat sekelian makan dan minum bersuka-sukaan. Bermula ceritakan oleh empunya cerita ini adapun kemudian segala malaikat pun kembalilah ketempatnya seraya meminta doa akan baginda A’laya, raja segala laki-laki di dalam dunia ini demikian “Ya Allahaya ba raba, ampunlah hambamu A’laya itu” maka firman Allaha Ta A’laya kepada malaikat “Ku telah dahulu sudah firmanku barang siapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itulah perang sabil namanya, syurga akan balasnya”. Sudah itu maka baginda A’laya pun kembalilah kepada khemahnya dengan kemenangan.
Sumber: Kitab Hikayat Raja Handak

No comments:
Post a Comment