Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, September 5, 2011

Peri Perbuatan Adil

Fasal yang keenam pada menyatakan peri perbuatan adil dan ehsan seperti firman Allaha Taa’laya Ana Allaha Yaamara Ba Al A’dala Wa Al Hasana ertinya Bahawasanya Allaha Taa’laya menyuruhkan berbuat adil dan ehsan. Bermula kehendak dengan adil itu kebenaran jua daripada segala perbuatan dan daripada segala perkataan dan barang siapa raja-raja yang tiada ada perkara itu nescaya tiadalah dapat dibilangkan raja adanya seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Al A’dala A’na Al Dayana Wa Qowata Al Salathona Wa Fayaha Sholaha Al Khoasho ertinya Adil itu daripada kemuliaan dan kuat raja dan dalamnya kebajikan akan manusia. Dan lagi sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Al Salathona Al A’dala Faya Al Danayaa Yawama Al Qoyamata A’laya Manaa Bara Al Lawalawa ertinya Raja yang adil itu dalam dunia pada hari kiamat diatas segala mamanayara daripada mutiara di dalam syurga. Kata Fadhoyala abana A’baadho Rahamata Allaha Taa’laya dan jikalau diperkenan Allaha Taa’laya doaku maka senantiasalah aku minta doa yang khoyarana akan raja-raja yang adil kerana kesentosaan dan kesenangan hamba Allaha itu sebab rajanya yang adil.

Bermula hikayat ada seorang raja yang sholeh ia berniat hendak pergi naik haji ke Bayata Allaha, maka raja pun memanggil segala pendita dan segala menteri membicarakan pekerjaan haji itu. Maka segala pendita dan segala menteri pun berkata “Ya shah alam, adapun keadaan raja dalam negeri seperti nyawa di dalam badan, jika nyawa itu bercerai dengan badan nescaya jadi binasalah badan itu”. Maka kata raja “Yang aku kehendak pahala haji maka betapa aku peroleh pahala haji itu”. Maka kata segala pendita “Dapat jua tuan hamba peroleh di sini maka hendaklah tuan hamba beli haji itu pada seseorang haji”. Maka kata menteri “Ada seorang orang sholeh di dalam negeri ini beberapa tahun ia duduk di dalam negeri maka telah ada enam puluh hajinya. Jika raja berkehendak akan pahalanya haji baik jua pergi mendapatkan haji itu dengan ikhlas hati shah alam kerana tiap-tiap membicarakan pahalanya akhirnya afdal pergi mendapatkan dia daripada dipanggil”. Telah raja mendengar kata segala pendita dan segala menteri itu maka raja pun pergilah ke rumah orang sholeh itu.

Serta sampai maka raja pun memberi salam kepada sholeh itu maka segera di sahut salam raja itu dengan hormatnya. Disuruh duduk raja itu maka berkata raja “Hamba datang kepada haji ini hendak mengambil berkat daripada tanah yang mulia dan menghendaki pahala haji tuan hamba. Barang berapa harganya di dalam satu kali haji itu”. Maka kata haji itu “Hamba shah alam, jangankan pahala suatu haji jikalau shah alam menghendaki enam puluh haji itupun raja peroleh”. Maka kata raja “Berapa di jual pahala suatu haji itu” maka sahutnya “Adapun selangkah tapak kaki hamba berjalan kepada Kaa’bata Allaha hamba pinta akan harganya seisi negeri tuan hamba dan barang yang ada di dalamnya itu”. Maka kata raja “Adapun yang ada kepada aku kerajaan itulah yang di dalam hukum aku maka musykil jua dibeli pahala haji pada tuan hamba kerana kerajaan hamba pergi suatu tapak pun tiada cukup”. Maka kata haji itu “Ya shah alam, pahala haji hamba ini terlalu amat mudah harganya pada tuan hamba” maka kata raja “Betapa mudahnya” maka kata sholeh itu “Hai raja, jikalau seseorang hamba Allaha yang teraniaya datang mengadukan hal teraniaya kepada raja dengan suka hati raja memeriksa ia hal mereka itu dengan lemah lembut dan manis raja berkata-kata dengan dia dan melepaskan dia daripada tangan menzalim akan dia itu besar pahalanya. Maka yang teraniaya itu pulang ia dengan suka hatinya. Maka yang orang teraniaya itu berikan kepada hamba maka pahala enam puluh kali haji itu hamba berikan pada tuan hamba dengan keredhaan hamba dan jikalau ia umpama berniaga, hambalah yang berniaga beroleh laba daripada shah alam”.

Bermula tersebut di dalam kitab Al Qoyamata kata Imam Al Bahalaya mendengar hadis nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama, Kebanyakan di dalam kubur manusia yang di seksakan dengan seksa yang amat sangat itu di palu oleh malaikat dengan cokmarnya daripada besi yang merah bernyala-nyala. Maka sangat mengharap menangis berseru-seru katanya “Apa sebab engkau seksakan kepada aku kerana bahawasanya aku sembahyang lima waktu dan aku puasa pada bulan Ramadhona dan memberi zakat”. Maka jawab malaikat itu "Adalah suatu hari engkau sembahyang yang tiada suci daripada kumuhmu dan suatu hari ada seorang teraniaya maka minta tolong ia bicarakan kepada mu maka tiada kamu mau menolong bicarakan halnya” maka nyatalah dengan riwayat hadis ini menolong orang yang teraniaya itu wajib.

Putus

Maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’mara, yang terbahagia dunia akhirat raja yang mengerjakan kerajaan yang adil itu bersandarkan atas segala pekerjaan agama Asalama dan menurut hukum syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan dikerasinya pada segala rakyatnya yang takluk kepadanya dan ditegahkan segala yang berbuat pekerjaan yang dilarangkan Allaha Taa’laya dengan kekerasannya dan yang jahat dan harap kepadanya segala manusia yang banyak daripada sebab adil dan insaf raja itu menghukumkan atas segala rakyatnya dan lagi supaya jangan berbuat aniaya orang yang kuasa-kuasa atas orang yang lemah dan orang yang kaya atas orang yang miskin dan orang yang besar-besar atas orang yang kecil hingga sentosalah segala hamba Allaha dan tetap hatinya mengerjakan segala pekerjaan agama Asalama dan mencari kehidupan dunianya. Adapun segala raja-raja yang bebal iaitu tiada mempunyai budi bicaranya itu sudah ditutup Allaha Taa’laya akan dia pintu kemuliaan dijadikannya itu pohon segala kejahatan membesarkan dirinya dan menghukumkan dengan barang kehendak sendirinya memberi kesakitan segala hamba Allaha dan berpaling ia daripada syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan meninggal pula daripada hukum Allaha Taa’laya dan menurut hukum Iblis dan syaitan. Demikianlah yang banyak ada perbuatan raja-raja pada zaman ini melainkannya barang siapa daripada raja-raja itu yang ditunjukkan Allaha Taa’laya pada jalan yang benar.

Bermula tersebut di dalam kitab Afadhola Al Salathoyana hendaklah raja itu memeliharakan orang yang budiman dan baik pekerti dan lagi banyak malunya dan kurang tamak dan amalnya tetap maka jikalau dapat oleh raja orang itu yang demikian maka haruslah raja menyerahkan negeri pada mereka itu supaya melihat hal ehwal negeri baik dan jahat segala rakyatnya dan menyampaikan khabar itu pada raja dengan sempurnanya kerana ganti mata telinga raja itu dan hendaklah dikurnia akan mereka itu dengan kurnia yang sempurna supaya raja itu menetapkan hati mereka itu dan supaya mahsyur kepada segala rakyat maka jadilah yang lain pun mengikut perbuatan mereka itu.

Bermula tersebut di dalam kitab Afadhola Al Salathoyana itu juga mengatakan yang menghilangkan tahta kerajaan raja-raja itu tiga perkara, pertama-tama alpa kerajaannya dan hukuman tersembunyi kepada raja-raja yang lain. Kedua membesarkan orang yang tiada berbangsa daripada asalnya. Ketiga kekal menteri pegawai raja itu aniaya. Bermula jikalau terbunyi khabar raja itu dan raja pun tiada ketahui di dalam pekerjaannya siapa yang kasih benci akan dia dan berseteru dengan dia dan barang apa pekerjaan pun terbunyi dari raja tiada tahu akan hal ehwal kerajaannya nescaya zahirlah pada pihak negeri jadi fitnah dan bencana daripada kebinasaan negeri. Bermula jikalau raja membesarkan orang yang kurang bangsa nescaya dilihat dirinya dibesarkan oleh raja kuranglah hormatnya akan segala orang yang mulia dan ringan kepadanya segala orang yang besar martabat dan ringan kepadanya orang yang berbangsa. Maka hati manusia rakyat pun bencilah akan perangai itu maka barang daya upaya hendak menjauhkan dirinya daripada raja itu seperti kata hakim Zawa Laa Al Dawalata Baara Tafaa’ Al Saqodata ertinya Hilanglah daulat raja sebab membesarkan orang yang hina. Bermula pegawai raja itu aniaya adalah pada cita-cita orang yang banyak yang perbuatan kejahatan itu rajanya jua maka segala isi negeri pun kuranglah bersahaya bertanam-tanaman dan berniaga dan memeliharakan hidup-hidupan sebab hal itu jadi kurang hasil dan perbendaharaan pun jadi kosonglah dan kekuranganlah makanan laskar hulubalang, jika datang seteru pada masa itu tiadalah banyak orang yang melawan seteru itu nescaya alahlah raja itu.

Fasal yang ketujuh pada menyatakan peri pekerti raja-raja yang adil. Bermula tersebut di dalam kitab Shofata Al Salathoyana hendaklah raja-raja itu jangan lali daripada orang yang berilmu dan beramal perbuatan dan mengikut kata mereka itu tetapi tak dapat tiada raja itu mengetahui dengan akalnya perbezaan antara baik dan jahat kerana segala pendita yang berkata ilmunya dan mengajar kerana Allaha Taa’laya itu lain jua perkataan mereka itu dan segala pendita yang berkata-kata kerana hawa nafsunya dan tamaknya itu lain jua perkataannya itu. Maka hendaklah raja itu membezakan antara segala mereka itu supaya jangan sesat bersahabat dengan dia.

Adapun pendita yang demikian itu bicaranya seperti syaitan kerana sangat daripada durjanya dan dengan khianatnya maka perkataannya lemah lembut serta dengan berbagai-bagai pujinya akan raja itu yang memberi suka hati raja dan barang yang dikehendaki oleh raja baik atau jahat disertakannyalah di dalam kebajikan dan kejahatan. Demikian lagi mengikut perbuatan raja itu supaya dapat dengan tipu dayanya barang yang dikehendakinya pada raja itu daripada lobanya dan tamaknya dan jika raja itu alpakan alamat kurang budi bicaranya bebalnya ikutnyalah katanya maka dibawanya raja itu ke neraka jahanam.

Adapun segala pendita yang berkata benar itu kehendaknya pun benar juga dan barang katanya dengan kerana Allaha bukan kerana tamaknya dan bukan kerana hawa nafsunya dan tiada takut ia kepada raja dan menteri sebab bicaranya benar daripada mengeraskan hukum agama yang ada pada ilmunya dan tiada tamaknya pada segala orang kaya-kaya maka yang dikatakan itu dengan kerana Allaha Taa’laya semata-matanya.

Bermula hikayat pada suatu hari sultan Harawana Al Rashayada duduk dengan segala menteri, maka adalah seorang sheikh Saqoyaqo Rahada namanya pergi kepada sultan Harawana Al Rashayada maka disambut oleh sultan Harawana bersabda dengan beberapa hormatnya maka kata sultan Harawaba Al Rashayada “Ya sheikh, ajarkan hamba dengan ilmu yang ada daripada tuan hamba” maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, Allaha Taa’laya memberi akan tuan hamba akan tempat Abawa Bakara Al Shodayaqo dan daripada shodayaqo itu pinta tuan hamba seperti Abawa Bakara dan memberi Allaha Taa’laya akan tuan hamba pangkat farawaqo dan daripada tuan hamba bezakan antara hak kepada batil seperti daripada A’mara dan diberikan pada tuan hamba martabat Dawa Al Nawara ini daripada tuan hamba dan kebajikan pinta seperti A’tamana dan diberi seperti tempat A’laya dan daripada tuan hamba ilmu adil pinta seperti daripada A’laya”. Maka kata sultan Harawana Al Rashayada “Benarlah kata tuan hamba, hendaklah tambahi lagi perkataan yang mulia itu”.

Maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, bahawasanya Allaha Taa’laya telah menjadikan suatu rumah daripada api neraka dan pintunya itu berseru-seru demikian katanya “Tiga perkara di anugerahi Allaha Taa’laya akan segala raja-raja. Pertama harta Bayata Al Maala, kedua pedang, ketiga tongkat. Maka pastikan dengan perkara itu memeliharakan segala manusia daripada api neraka. Adapun harta Bayata Al Maala itu berikan akan fakir dan miskin yang kesukaran dan hulubalang yang menjagakan negeri dan membaikikan negeri dan pedang itu akan membunuh orang yang membunuh dengan tiada sebenarnya atau menyamun yang hampir kepada negeri atau orang yang bidaah yang bersalahan dengan firman Allaha Taa’laya dan tongkat itu memalu barang siapa yang tiada mengikut akan syariat nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka jikalau raja itu tiada berbuat yang demikian maka tuan hambalah dahulu masuk neraka kemudian maka orang lain”. Maka kata sultan Harawana Al Rashayada “Benarlah kata tuan hamba itu ya sheikh, tambahi lagi nasihat akan hamba” maka kata sheikh itu “Yaa Amayara Al Mawamanayana, ketahui olehmu bahawasanya mata air itu tuan hamba jua empunyanya dan jikalau mata air itu tidak suci tiada jua berguna”.

Bermula pada suatu hari malam, sultan Harawana Al Rashayada serta menterinya bernama A’yasa pergi pada sheikh Fadhoyala serta sampai sultan ke pintu rumah sheikh Fadhoyala maka sultan mendengar sheikh Fadhoyala itu membaca qoraana maka sabda sultan “Ya A’yasa, tepuk pintu itu” kata sheikh Fadhoyala “Siapa kamu” maka kata A’yasa “Ya sheikh, Amayara Al Mawamanayana datang hendak mendapatkan tuan hamba”. Maka kata sheikh Fadhoyala “Apa kerjanya Amayara Al Mawamanayana datang kesini”. Maka jawab A’yasa “Datang hendak meminta berkat dan pengajar kepada sheikh” maka sheikh itupun memadamkan pelita lalu membukakan pintu rumahnya lalu sutan Harawana Al Rashayada pun masuk serta dengan A’yasa ke dalam rumah itu serta datang berjabat tangan dengan sheikh itu. Maka kata sheikh itu “Sabahana Allaha, apa yang demikian ini amat lembut tangannya maka bahawasanya api neraka itu sangat keras hangatnya pula. Yaa Amayara Al Mawamanayana, baik-baik bicarakan oleh tuan hamba kerana Allaha Taa’laya telah menyerahkan kebesaran pada tuan hamba serta berpesan Allaha Taa’laya pada tuan hamba maka jangan alpakan pesannya itu dan jangan taksir memeliharakan segala hambanya yang diserahkan pada tuan hamba itu kerana pada hari kiamat segala hal ehwal segala manusianya tanyakan pada tuan hamba jua. Maka betapa jawab tuan hamba beberapa ribu perbuatan makhluk yang diperiksa Allaha Taa’laya pada tuan hamba”.

Maka berkata A’yasa “Ya sheikh, perkataan tuan sheikh itu amat keras seperti membunuh khalifah”. Maka kata sheikh itu dengan marahnya kepada A’yasa “Engkaulah yang membunuh khalifah itu”. Maka sabda sultan Harawana Al Rashayada “Hai A’yasa, diamlah engkau. Tahukah engkau segala kata sheikh itu ertinya yang dikatakan engkau membunuh aku itu kerana engkau ganti mata telingaku dan aku serahkan bicara negeri padamu dan jikalau taksir engkau daripada memeriksa hal kesukaran rakyatku seperti engkau membunuh aku”.


Maka sultan Harawana Al Rashayada pun memberi emas seratus tahil ditaruh dihadapan sheikh itu katanya “Hamba beri belanja akan tuan hamba daripada harta halal”. Maka kata sheikh itu “Hai raja yang alpa bahawasanya harta itu api neraka bahawa engkau hendak melepaskan darimu daripada api neraka itu hendak gantikan aku pula”. Maka sheikh Fadhoyala pun segera ia berdiri lalu keluar daripada rumahnya di tinggalkan sultan Harawana Al Rashayada dirumahnya itu maka sultan Harawana Al Rashayada pun kembali kerumahnya dengan kemasygulan.


Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

No comments:

Post a Comment