Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, September 5, 2011

Perihal Menteri

Maka dengarkan pula segala syarat orang yang harus jadi menteri supaya dapat sempurna tahta kerajaan rajanya dan beroleh manafaat pada segala hamba Allaha yang dibawahnya. Bermula adapun syarat pada menteri itu semuanya atas dua puluh tujuh perkara adanya. Pertama hendaklah menteri itu jangan meninggalkan rukun Asalama yang difardhukan oleh Allaha Sabahana Wa Taa’laya seperti shahadat dan sembahyang dan puasa dan memberi zakat fitrah supaya segala orang yang dibawahnya menurut padanya. Kedua maka hendaklah menteri itu syukur akan Allaha Taa’laya dan syukur akan nikmat rajanya. Ketiga maka hendaklah menteri itu tiap-tiap hari berbicarakan mendatang hasil negeri dengan sesuatu pekerjaan barang yang di luar masuk jadi harta milik raja supaya jadi belanja dan jangan mengeluarkan harta daripada perbendaharaan rajanya kerana harta perbendaharaan itu tiada harus dibelanjakan dengan sia-sia melainkan kerana datang masa kesukaran negeri jua belanjakan.

Keempat hendaklah menteri itu sangat berusaha ia mencari akan kesukaan kehendak rajanya daripada pakaian atau akan kenderaan rajanya. Kelima hendaklah menteri itu senantiasa menjagakan hukum rajanya supaya jangan bersalahan dengan hukum Allaha Taa’laya. Maka jika ada bersalahan hukum raja itu dengan hukum Allaha maka hendaklah diingatkan dengan kata yang lemah lembut dan barang yang manis kelakuan supaya tahu raja akan kesalahannya. Keenam hendaklah menteri itu apabila melihat rajanya atau orang yang dibawah hukumnya mengerjakan pekerjaan yang bidaah bersalahan daripada syariat nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka wajiblah dibicarakan oleh menteri itu dengan barang bicara dengan jalan yang dapat supaya terbuang perbuatan bidaah yang bersalahan dengan syariat itu kerana aib raja dan menteri dan qodhi kecelaan negeri Asalama. Ketujuh bahawa hendaklah menteri itu jangan menunjukkan keras atas segala rakyat dan membesarkan dirinya. Kedelapan hendaklah menteri itu menentukan daftar harta perbendaharaan yang belum masuk menyegerakan kerana dunia ini banyak fitnah dan balanya.

Kesembilan hendaklah menteri itu memeliharakan panglima dan hulubalang dan rakyat dan melengkapi senjata dan kenderaan dan pakaian. Tiada diketahui mana kalanya datang bala dan fitnah dan mana-mana datangnya itu. Maka jika harta jua dihimpun tiada dibicarakan hulubalang dan senjata apabila datang seteru di dalam alpa, jadi sia-sia harta itu pada ketika itu jika mencari akan hulubalang sukarlah diperoleh dan jikalau di dapat sekalipun tiadalah sempurna pekerjaannya. Maka tak dapat tiada menteri itu membicarakan harta dan hulubalang dan mengambil khasiatnya dan membaiki hati sekelian keluarganya hingga pada ketika datang kesukaran jangan jadi menyesal. Kesepuluh hendaklah senantiasa menteri itu menyuruh orang pergi kepada pihak negeri supaya boleh mengambil khabar padanya hingga ia ketahui daripada pihak mana datang seteru dan betapa boleh menolakkan dia. Kesebelas hendaklah menteri itu memeliharakan segala dagang santeri dan segala fakir dan miskin daripada kejahatan orang yang keras di dalam negeri itu supaya memeliharakan oleh Allaha Taa’laya menteri itu daripada segala orang yang keras daripadanya seperti hadis nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Arahamawa Mana Adhoa’fawa Mana Kama Yarahama Kama Mana Aqowama Kama ertinya Kasihani olehmu akan orang yang dhoif daripada kamu supaya kasihan Allaha Taa’laya akan kamu daripada orang yang terlebih keras daripada kamu.

Kedua belas hendaklah ia itu barang yang diperbuat dengan diketahuinya jangan dengan bebal. Ketiga belas hendaklah menteri itu pada barang pekerjaannya itu ingat pada kemudian membicarakan pada kesudahan. Keempat belas hendaklah menteri itu hatinya luas dibicara dan baik perangainya dan murahnya. Kelima belas hendaklah menteri itu apabila melihat orang yang berbuat kebaktian akan rajanya maka kasihan di muliakan orang itu. Keenam belas hendaklah menteri itu apabila melihat orang yang melalui titah rajanya dikerasinya jika tiada menurut maka dihukumkan atas hartanya atau disakitinya atas tubuh badannya itulah yang terafdal. Jangan diatas hartanya supaya jadi teladan pada orang yang lain. Ketujuh belas hendaklah dihukumkan dengan hukum yang benar disamakan daripada pihak raja dan pihak rakyat.

Kedelapan belas hendaklah menteri itu bahawa menjauhkan dirinya daripada pekerjaan yang keji yang tiada harus atas dirinya. Kesembilan belas hendaklah menteri itu jikalau melihat raja berbuat sesuatu kerja yang tiada memberi manafaat atau perkataan yang memberi mudharat jika dikabulnya di dalam hatinya dan jangan dibantahi di hadapan majlis orang banyak maka pada ketika yang sunyi maulah dinyatakan kesalahannya itu dengan perkataan yang manis dan lemah lembut. Kedua puluh hendaklah menteri itu menjagakan rajanya jangan hampir dengan orang yang bidaah dholalat supaya jangan mereka itu berkata-kata dengan rajanya pada majlis penghadapan orang kerana orang yang bidaah dholalat itu merubahkan agama Asalama lagi jahil raja dan memberi nama seisi negeri dan pada negeri yang lain tiada dibaikinya kebajikannya itu. Kedua puluh satu hendaklah menteri itu mencari taulan yang baik dan bersahabat dengan orang yang mulia supaya boleh menolongkan dia pada sesuatu bicara negeri pekerjaan yang sukar-sukar.

Kedua puluh dua hendaklah menteri itu peringatkan segala orang yang dibeli raja dan orang yang dipintu raja dan segala pesuruh raja supaya jangan mereka itu khianat akan raja dan berbuat aniaya pada segala hamba Allaha. Maka apabila ada yang khianat dan aniaya hendaklah diingatkan jikalau tiada menurut maka pinta rajanya mengeluarkan mereka itu daripada istana raja. Kedua puluh tiga hendaklah menteri itu sentiasa mencari kebajikan akan rajanya dunia akhirat. Kedua puluh empat hendaklah menteri itu menyukakan hati a’lama dan sheikh dan segala sifat faqoraa’ dan miskin supaya menolongkan Allaha Taa’laya barang sesuatu yang kesukaran rajanya berkat doa mereka itu sekelian. Kedua puluh lima hendaklah menteri itu jangan memberi selisih antara segala hulubalang sama hulubalang kerana apabila datang pekerjaan yang sukar negeri nescaya membawa dirinya.

Kedua puluh enam maka hendaklah menteri itu meminta doa akan rajanya pada tiap-tiap waktu sembahyang supaya rajanya mengerjakan kebajikan berbuat adil dan insaf kerana meminta doa akan rajanya itu iaitu menolong segala hamba Allaha jua. Kedua puluh tujuh hendaklah menteri itu tatkala ada lagi anugerahi Allaha Taa’laya kebesaran dan kemuliaan jangan lali dan alpakan daripada berbuat kebajikan akan segala hamba Allaha dan pada barang tempat dan barang ketika dan menyampaikan hajat orang yang munajat dan menolong segala orang yang dhoif. Itulah pahala manafaat orang yang jadi pegawai raja maka kebanyakan daripada wali Allaha dan zuhud dan a’bid dan a’lama yang suka jadi pegawai raja kerana sebab berkehendak pahala itulah yang dapat menolong kesakitan yang teraniaya.

Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

No comments:

Post a Comment