Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Kisah
cerita seorang raja Tabaa’ namanya
anak Mashodaa’ Waradaa’. Ketahuilah
akan Tabaa’ itu ada seorang raja
banyak tenteranya bahawa sangat adilnya dan dermawannya. Maka setelah mati
Bakhota Nashora itu nabi Allaha Danial pun dan segala bani Israil pun
kembalilah ke Bayata Al Maqodasa. Maka raja Tabaa’ pun keluarlah lalu ia pergi
ke negeri Shoya maka negeri Shoya itupun takluk kepadanya lalu ke negeri Tarakaya (Turki) lalu ia ke negeri
Hindustan maka raja Turki dan raja Hindustan itupun takluk kepada raja Tabaa’
itu kerana akan raja Tabaa’ itu dengan muda belianya dan sempurna adilnya tiada
pandai menganiaya orang. Maka lalu ke benua Sham dan ke benua Maghrib maka
segala raja-raja di dalam alam ini semuanya takluk kepadanya dan kasih akan
dia.
Maka
kembalilah ia ke benua Maghrib lalu ia ke negeri Hajaazaya Makah maka raja Tabaa’
pun bertanya kepada menterinya “Negeri mana ini” maka sembah segala menterinya “Inilah
negeri Makah di dalamnya sebuah rumah di perbuat nabi Allaha Ibrahim Kholil
Allaha dengan firman Allaha Taa’laya. Barang siapa pergi ke rumah itu barang di
mana di pintanya di anugerahkan Allaha Taa’laya”. Maka titah raja Tabaa’ “Apa
di sembahnya segala orang yang di dalam negeri itu” maka sembah segala
menterinya “Orang itu semuanya menyembah berhala” maka kata raja Tabaa’ “Bahawa janganlah orang mengapa kita
dan kita pun janganlah di lihatnya dan adapun kita negeri pun kita pergi di
permulia orang akan kita. Apa mulanya maka orang di dalam negeri ini tiada
memuliakan kita” maka raja Tabaa’ itupun amarah empat ratus orang hakim yang di
bawah raja Iskandar Zawa Al Qoranayana.
Maka ujar raja Tabaa’ akan negeri dan rumah itu hendak di perbinasakannya di
dalam citanya juga maka tanggunglah perut raja Tabaa’ itu bahawa selaku-laku
akan matilah rupanya. Ubat pun di bubuh orang makin bertambah juga sakitnya itu
selaku-laku hampirkan belah hingganya bahawa orang banyak pun tiada dapat
mencium baunya dan seorang pun tiada dapat menghampiri dia.
Maka
segala hakim pergi kepadanya berkata “Hai raja, tahukah engkau bahawa segala
makhluk melarikan dirinya daripadamu beberapa harta pun kau berikan tiada akan
sembuh penyakitmu. Sekarang raja dengarlah suatu kata daripada kami”. Maka kata
raja Tabaa’ “Katakan olehmu supaya ku dengar” maka kata segala hakim itu “Hai
raja, pada iktikad yang salah itu dan berkenanlah raja dengan kata yang benar
itu. jangan perbuka akan jahatmu itu supaya sembuh penyakitmu itu” maka kata
raja Tabaa’ “Pada citaku hendak perbinasakan negeri ini dan rumah itu” maka
kata segala hakim itu “Ahaya raja, perbenar niatmu supaya luput raja daripada
bala ini”. Maka kata Tabaa’ “Telah taubatlah aku daripada niatku yang salah itu
dan kembalilah aku kepada niatku yang benar itu telah aku perkenanlah akan
pengajar segala hakim ini. Esok harinya masuk aku ke rumah itu dengan keemas
yang berbagai warnanya dan aku persalin segala orang kecil besar di dalam
negeri ini dan aku ajarkan orang pada jalan yang betul”.
Apabila
raja itu berniat demikian itu maka raja Tabaa’ pun bersembahlah maka dengan seketika
itu juga hilanglah penyakitnya itu daripadanya maka tubuhnya pun sembuhlah
daripada mereka itu kafir tiadalah ada kemuliaannya segala kaum itu akan rumah
itu. Setelah sembuhlah raja Tabaa’ daripada sakitnya itu maka iapun pergilah ke
rumah itu maka di bukanya pintu berkat segala kata hakim itu. Bertitah raja
Tabaa’ menyuruhkan membukakan khazanahnya maka di keluarkannyalah kain yang
keemasan dan kain yang indah-indah dan berbagai maka di saputinyalah Kaabah itu
dengan hormat mulianya dan segala orang isi Makah pun di persalinnya dan di
anugerahnya berbagai nikmatnya dan di tunjukkannya jalan yang sebenarnya akan
sekelian mereka itu. Sebulan lamanya raja itu berhenti di sana sehari-hari raja
itu tawaf berkeliling Kaabah Allaha itu maka raja Tabaa’ pun dengan segala bala
tenteranya pergi ke benua Sham.
Hataya
maka sampailah ia kepada suatu tempat bernama Madinah di lihatnya air tempat
itu baik tetapi lagi raja itu berkira-kira akan berjalan pula ke negeri Sham.
Maka kata hakim empat ratus itu “Ahaya
raja, bahawa kami sekelian tiadalah mahu keluar daripada tempat ini”. Maka kata
raja Tabaa’ “Apa mulanya” maka kata hakim itu “Tiga puluh tahun kami sekelian
hormat kepada raja sekarang ini kami bermohonlah pada raja bahawa pada akhir
zaman akan keluar seorang nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
jadikan di Makah itu maka dari Makah itu berpindah ke Madinah ia dan wafatnya
pun di Madinah ini. Barang siapa membawa iman nubuatnya ialah beroleh
kemuliaannya dunia dan akhirat. Sekarang hai raja bahawa kami sekelian tiadalah
bergerak daripada tempat ini kerana harap kami hendak berlihat dengan dia jika
kami jumpanya adalah manafaat akan kami daripada berkat syafaatnya kami peroleh
di akhirat”.
Setelah
raja Tabaa’ mendengar kata hakim itu maka ia berseru-seru menangis katanya “Hai
tuan-tuan segala hakim hendaklah suratkan surat hamba kepada nabi akhir zaman
itu maka oleh hakim itu di suratnya dengan dakwat emas pada suatu kaul raja
sendirinya menyurat itu demikian bunyinya “Basama
Allaha Al Rahamana Al Rahayama Daa’a Bakhoyata Khorawamaana yang bernama
raja Tabaa’ anak Mashodaa’ anak Waradaa’ telah sampailah kepada nabi Mahamada
Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itulah nabi akhir zaman”. Lalu
di berinya pada segala hakim itu maka kata raja “Ambillah surat ini berikan
kepada nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan jika
kamu tiada bertemu dengan nabi Allaha itu maka perpesanlah kamu kepada segala
anak cucunya kamu suruh sampaikan suratku ini”.
Maka
oleh raja Tabaa’ raja yang adil itu di perbuatnya rumah akan hakim empat ratus
itu kekal mereka itu di sana. Adapun akan surat raja Tabaa’ itu pada hakim itu datang
kepada anak cucunya turun temurun mati seorang tinggal kepada seorang hingga
sampai kepada zaman nabi Allaha Ayawaba
(Ayub) Al Anashoaraya (Ansar)
A’layaha Al Salaama.
Apabila
rasul Allaha tiga belas tahun lamanya sudah jadi nabi yang mahsyur maka dengan
firman Allaha Taa’laya menyuruhkan nabi Allaha pindah dari Makah ke Madinah datang
kepada suatu tempat namanya Jamasayana di kata orang. Maka sekelian isi Madinah
tiada tahu rasul Allaha datang itu tetapi di dengar ada seorang laki-laki dari
Makah datang ke Madinah namanya Mahamada Mashothofaya Sholaya Allaha A’layaha
Wa Salama. Maka di suruh rasul Allaha panggil segala orang isi Madinah itu maka
segala orang isi Madinah itupun mesyuaratlah katanya “Ialah nabi yang di kirim
raja Tabaa’ surat itu. Baiklah segera kita hantarkan surat ini kepadanya supaya
segera bahagianya itu datang ke mari untunglah kita duduk di bawah hadratnya”. Maka
di suruhnya seorang laki-laki bernama Halaala
(Halal) kata mereka itu kata mereka itu “Hai Halal, pada malam empat belas hari
bulan ini bawalah surat raja Tabaa’ yang dahulu kala itu kepada nabi Mahamada
Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.
Maka
oleh Halal di ambilnya surat itu lalu ia berjalan datang kepada tengah jalan
maka bertemulah ia dengan nabi Allaha Akhir Zaman. Sabda nabi Allaha “Hai
Halal, mana surat yang kau bawa itu” maka kata Halal “Surat apakah yang kau
pinta ini”. Maka sabda nabi Allaha “Surat raja Tabaa’ yang di amanahkan kepada
nabi Allaha Ayub kepada kaum Ansar menyuruh hantarkan kepada aku” maka kata
Halal “Siapa memberi tahu nabi Allaha”. Maka sabda nabi Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama maka oleh Halal lalu di berikan surat itu kepada nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka oleh nabi Allaha di suruh baca kepada
Sayadana Abawa Bakara surat itu. Setelah di dengar nabi Allaha bunyi di dalam
surat itu maka nabi Allaha pun menangis keluar angin sejuk daripada dada hadrat
rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta sabdanya “Wa
Wafaaha Alaya Laqoa Al Akhowaana” maka Sayadana Abawa Bakara pun
bertanya ujarnya “Ya rasul Allaha Al
Tsaqolayana, siapa yang di kata saudara itu yang lain daripada junjungan
ini”.
Maka
sabda nabi Allaha “Tuan-tuan sekelian mahabatku dan saudaraku, bahawa ajaib aku
akan orang dahulu daripada aku membawa imanlah ia akan daku dan tiada di
lihatnya akan daku maka di lakukannya syariatku iaitulah yang empunya surat itu
raja Tabaa’ namanya anak Mashodaa’ anak Waradaa’. Seribu tahun sudah lamanya ia
dahulu daripada aku membawa imanlah ia akan nubuatku bahawa Allaha Taa’laya
berkenankan pintanya bahawa pada hari kiamat kitalah seorang tertentu daripada
segala umat yang banyak dan segala kaum yang dahulu-dahulu daripada kita di
kerjakan dengan hukum segala kitab Allaha dan segala khabar di dalam kitab
Allaha di bacanya seperti di dalam Qoraana
Al Azhoyama di turutnya dan di kerjakannya”. Maka sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama firman Allaha Thowabaya Lahama Wa Hasana Maaba
bahawa seperti Sayadana Abawa Bakara dan Sayadana A’mara dan Sayadana A’tsamana
dan Sayadana A’laya radhoya Allaha A’nahama Ajamaa’yana samalah kasih nabi
Allaha akan raja Tabaa’ itu dengan Ashohaba
keempat itu dan akan raja Tabaa’ itu kekal di dalam syurga.
Bermula akan raja Tabaa’ tatkala lalu daripada
tempat Basaraba namanya lalu ia pergi
ke benua A’jam daripada benua A’jam lalu ia ke benua Kanaa’ana di sanalah ia menjunjung waad Allaha Taa’laya. Sumber : Kitab Qoshosho Al Anabayaa
No comments:
Post a Comment