Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Maka datang firman Allaha Taa’laya kepada nabi Khonathoha suruh kaummu itu menyembah tuhan yang sebenarnya. Maka nabi Allaha Khonathoha pun keluar pada tiap-tiap malam daripada empat penjuru negeri itu berseru-seru katanya “Hai kaum yang banyak, sebut olehmu Laa Alaha Alaa Allaha. Katalah oleh kamu tiadalah tuhan lain hanya Allaha. Bahawa ia jua tuhan yang esa dan tahini oleh kamu tangan kamu daripada menyembah berhala itu. Bahawa barang siapa menyembah berhala itu menjadk kafir semuanya dan sembahyangnya itu pun sia-sia. Bahawa Iblislah menyatakan kamu pada barang yang salah itu katanya dapat melihat tuhan. Adapun tuhan yang sebenarnya itu tiada dapat melihat dengan mata kepala di dalam dunia ini”.
Maka kata nabi Khonathoha “Hai kaum janganlah kamu menyembah berhala kerana tiada nenek moyang kamu yang menyembah berhala. Bahawa tiada akan kuasa kamu menahani azab Allaha yang maha besar itu seperti segala kaum yang dahulu daripada kamu. Tiadakah di tegahkan Allaha Taa’laya daripada menyembah berhala itu dan di tegahkan segala rasul Allaha yang dahulu itu seperti kaum nabi Allaha Idris A’layaha Al Salama di bantahinya titah tuhan alam maka binasakan Allaha Taa’laya ia dengan bala dan qohat. Dan seperti kaum nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan air dan taufan dan seperti kaum nabi Hud A’layaha Al Salam di binasakan mereka itu dengan tempik yang keras. Dan seperti kaum nabi Sholeh A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan tempik Jibril dan seperti kaum nabi Allaha Ibrahim Kholil Al Rahman A’layaha Al Salama di binasakan Allaha Taa’laya akan mereka itu dengan bala nyamuk.
Dan seperti kaum nabi Allaha Luth A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu negerinya di balikkan Jibril A’layaha Al Salama yang di atas kebawah dan seperti kaum nabi Allaha Shuib A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan terbakar turun api dari langit membakar mereka itu. Dan seperti kaum nabi kita Musa A’layaha Al Salama di binasakan merekamitu di tenggelamkan Allaha Taa’laya di dalam sungai Nil. Maka sekeliannya di tegahkan akan segala nabi Allaha itu mereka itu daripada menyembah berhala. Maka akan segala kaum yang di binasakan tiada mahu menurut sabdanya itu sekeliannya itu habis di seksa Allaha Taa’laya. Tiadakah di dengar daripada nenek moyang kita akan Firaun A’layaha Laa’nata Allaha itu melalui firman Allaha dan tiada menurut pengajar nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama itu di binasakan Allaha Taa’laya di dalam sungai Nil . Kamu dengarlah hai kaum itu kerana tiada berapa jauhnya daripada kamu” itupun tiada mahu di dengarkan mereka itu.
Maka tiap-tiap hari nabi Khonathoha berseru-seru menyuruhkan kaumnya menyembah tuhan yang esa jangan kamu sembah berhala itu maka ada seorang raja Thoyafawara namanya anak Bayaanawasa anak Sabayaanawasa bahawa akan raja Thoyafawara itu ada padanya dua belas ribu sahaya laki-laki tiadalah terkira-kira akan banyak perbendaharannya dan tiada lain raja seorangpun pada zaman itu miskin katanya Thoyafawara “Panggil oleh kamu Khonathoha akan daku supaya kutangkap”. Maka beberapa di cari orang pun tiada bertemu maka datang pada malam yang lainpun di cari orang jua tiada bertemu. Tetapi nabi Allaha Khonathoha genap-genap malam ia berseru-seru juga katanya “Hai kaum suatu bala akan datang atas kamu esaok hari bala moga manajaanya ertinya terkejut”. Bermula akan kaum itu lupa akan mati kerana tujuh ratus tahun seorang pun tiada merasai mati. Maka pada esok hari pagi-pagi ada seorang laki-laki duduk berkata-kata lalu mati dan seorang laki-laki makan apam iapun mati maka datanglah sepenggal matahari banyaklah orang mati tiada terbilang.
Maka berdirilah orang datang kepada raja berkata “Adapun mati yang terkejut itu telah datang banyaklah tiada terbilang”. Demi di dengar raja maka iapun menyuruh sekelian hambanya yang dua belas ribu itu bertunggu berkeliling istananya dengan berbaju besi dan ada berketopong besi dengan seorang sebilah pedang. Maka kata raja itu “Jika mati terkejut itu datang maka jangan kamu beri masuk” maka di suruh raja perbuat suatu peti besi dengan luasnya maka di bawanya suatu tahta kedudukan di dalam peti itu. Maka duduklah raja itu seorangnya di sana dengan berapa lagi makan-makanan di hantarkan dengan beberapa dian terpasang dalamnya. Maka duduklah raja di dalam peti itu maka kata raja itu sekarang “Betapa peri mati terkejut itu datang kepadaku kerana tempatku ini terlalu teguh maka dengan seketika itu juga di lihat raja itu datang seorang-orang amat besar panjang di hadapannya raja itu maka kata raja itu “Siapa engkau ini dan dari mana engkau beroleh masuk ke dalam peti ini”. Maka sahutnya “Akulah yang mengambil nyawa segala yang mati terkejut itu” maka kata raja itu “Ya Malaka Al Mawata kembalikah tuan hamba dahulu esok harilah tuan hanba datang” maka Malaka Al Mawata pun kembalilah kerana ada umurnya sehari lagi hidup dalam dunia.
Maka raja itupun berkata kepada orang banyak itu akan hal malaikat maut datang kepadanya itu maka kata orang banyak itu “Ahawa raja dari mana datangnya kerana kami bertunggu tiada melihat dia kalau-kalau ada pasaknya peti itu baik tuanku tudung dengan timah”. Hataya malam esok maka datanglah Malaikat Maut ke dalam peti itu maka raja itupun tahulah akan malaikat maut datang akan mengambil nyawanya itu. Maka malaikat maut ambil nyawa raja itu dengan segala hambanya yang banyak itu habislah mati. Maka di dengar firman Allaha Taa’laya datanglah daripada pihak Masyrik meniupkan pasir dan batu maka air di dalam telaga itupun keringlah maka datang orang-orang hendak mengambil air di lihatnya tiada berair di dalamnya.
Maka pada sehari lagi nabi Khonathoha berkata kepada kaum yang lagi tinggal itu “Hai kaum lihatlah mukjizat dan anugerahkan Allaha Taa’laya dan kamu lihatlah seksa tuhan datang kepada kamu mengapa maka kamu tuda mahj membawa iman kepada tuhan seru alam”. Maka berhimpun mereka itu berkata “Hai Khonathoha, daripada celakamu lah maka datang bala ini atas kami” maka di bunuh mereka itu akan nabi Khonathoha. Maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menitahkan ular datang dari laut mengeliling negeri itu dua belas yujana penuh dengan ular menyembur mereka itu. Berhimpunlah mereka itu daripada takutnya di sembur ular maka terbitlah daripada telaga itu maka sekelian mereka itupun habislan mati oleh asap. Laqowalaha Taa’laya Wa Bara Maa’tholata Wa Fashora Mashayada ertinya terhantar telaga dan mahligai itu datang pada hari kiamat.
Adapun segala kaum bani Israil tinggal di negeri Sham itu dan berapa nikmat A’malaqoha di makan mereka itu dan segala kaum A’maalaqoha yang diam di dalam bumi Maghrib itupun banyaklah makanan di himpunkan mereka itu. Maka berbicaralah segala A’maalaqoha itu akan mendatang kaum bani Israil katanya “Banyaklah nikmat kita maka segala bani Israil jadilah ghariblah kami dan kasihanlah kami terhantar di dalam orang”. Maka kata A’maalaqoha kepada kaumnya “Mari kita pergi ke benua Sham maka kita perang segala kaum bani Israil itu dan kita ambil nikmat kita daripadanya. Bahawa adalah kira-kira kaum A’maalaqoha itu bermula segala bani Israil yang diam di benua Sham itupun berbinasa dirinya berbuat zina dan minum arak daripada celaka itulah maka di ambil Allaha Taa’laya nubuat daripadanya. Maka setelah segala bani Israil berbuat fasik maka tiadalah di turunkan Allaha Taa’laya bunuat dan segala malaikat pada antara mereka itu maka jadilah segala negeri akan seterunya maka kaum A’maalaqoha di kiramkannya kaum bani Israil itu maka alahlah kaum bani Israil. Bermula akan tabut Sakinah pun tertawan oleh kaum A’maalaqoha daripada kaum bani Israil kerana nabi dan malaikat pun tiada turun pada mereka itu tiadalah minta doa menolakkan bala mereka itu.
Hataya berapa antaranya kemudian daripada itu ada seorang kaum bani Israil beristeri dua orang. Daripada seorang isterinya beranak seorang laki-laki dan seorang isterinya tiada beranak. Pada suatu hari isterinya yang beranak itu berkata pada isterinya yang tiada beranak itu “Apa jua untungmu maka engkau tiada beranak. Akan aku sepuluh oranglah anakku akan engkau seorang pun tiada”. Maka kata perempuan yang tiada beranak “Ketahuilah olehmu bahawa yang menjadikan anak itu melainkan dengan kehendak Allaha Taa’laya jua berlaku atas hambanya”. Maka minta doa perempuan yang belum beranak itu demikian pintanya “Ya tuhanku, tuhan yang maha tinggi anugerahi hambamu anak laki-laki yang baik perinya dan baik perangainya lakunya”. Maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya berkenan akan doanya maka di anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan dia seorang laki-laki maka di namai ibunya Samawayala (Samuel) datang kepada empat puluh tahun umurnya maka turun wahaya Jibril membawa nubuah. Maka firman Allaha Taa’laya akan nabi Allaha Samuel A’layaha Al Salama apabila Samuel jadi nabi maka berhimpunlah segala bani Israil kepada Samuel. Maka mereka itu berkata “Segala kita menjadikan seorang raja akan melawan kaum A’maalaqoha itu dan kita ambil tabut Sakinah daripadanya”.
Maka tersebutlah A’maalaqoha membawa tabut Sakinah ke pihak Maghrib maka di nunukannya tabut itu maka tiada mahu makan api. Maka di belahnya dengan kapak itu akan kapak itupu tiada di makan oleh kapak itu pun habis sembahyang. Maka kaum A’maalaqoha akan tabut Sakinah di buangkan pada cemar di hantarkannya siapa-siapa hendak kumuh di kumuh di atasnya maka jadilah untut dan burut. Maka kata mereka itu “Mari kita bawa tabut ini ke rumah berhala” maka berhala itupun habis tunggang-balik menyungkurkan kepalanya ke tanah. Maka kata mereka itu “Apa bicara kita mari kita muatkan tabut ini atas pedati maka di tambatkan pedati pada leher lembu yang liar maka lembu itu di lepaskan ke dalam hutan rimba belantara barang kemana pun perginya biarkanlah”. Maka demikianlah di perbuatnya Sakinah itu di lepaskan lembu itu tabut Sakinah itu ke hutan.
Maka firman Allaha Taa’laya menitahkan malaikat menghalaukan lembu itu Laqowalaha Taa’laya Tahamalaha Al Malaakata maka kata segala bani Israil kepada nabi Samuel mengatakan “Ahawa nabi Allaha pintalah akan kami daripada suatu akan menetapkan kami supaya dengan harap tuhan alam dapatlah kami melawan seteru itu”. Laqowalaha Taa’laya Aza Qoalawaa Lanabaya Lahama Abaa’tsa Lanaa Malakaa Naqoatala Faya Sabayala Allaha Qoala A’sayatama Ana Kataba A’laya Kama Al Qotaala Alaa Taqoatalawaa Qoalawaa Wa Maa Lanaa Alaa Naqoatala Faya Sabayala Allaha Wa Qoda Akhorajanaa Mana Dayaaranaa Wa Abanaanaa Falamaa Kataba A’laya Hama Al Qotaala Tawalawaa Alaa Qolayalaa Mana Hama Wa Allaha A’layama Ba Al Zhoalamayana ertinya maka kata mereka itu kepada nabi Samuel “Akan kami ini hendak jua seorang raja di anugerahkan Allaha Taa’laya maka di suruhkan sekelian perang a’za. Jika tiada kami pergi a’shilah kami kepada Allaha Taa’laya” dan kata mereka itu pula “Jika kami perang a’za tiadakah kami kerjakan juga”.
Maka seorang bani Israil mengembala lembu dan unta maka hilang seekor unta di dalam antara untanya yang banyak itu beberapa pun di carinya tiada bertemu. Maka katanya “Baik aku pergi kepada nabi Samuel supaya di lepaskan Allaha Taa’laya daripada percintaanku ini dengan berkat nabi Samuel A’layaha Al Salama”. Maka pergilah laki-laki itu kepada nabi Samuel maka berkata ia “Ya nabi Allaha, bahawa akan anak seorang darwis daripada kaum bani Israil maka di dalam darwis inilah bulat pekerjaan datang kepadaku. Bahawa akan engkau ini mengambil lembu dan unta itulah kuat makananku pagi-pagi dan petang. Akan sekarang ini seekor untaku lenyap daripada aku kerana aku tiada berunta di dalam dunia ini hilang daripadaku”. Maka kata segala kaum bani Israil “Apa namamu” maka katanya “Namaku Thoalawata (Tholut) di sebut orang”. Maka nabi Allaha pun melihat kepada mukanya maka di lihatnya laki-laki besar panjang yang amat gagah. Maka Jibril pun datang membawa sebilah pedang dengan firman tuhan alam “Barang siapa dapat memegang pedang ini kerajaan bani Israil di dalam tangannyalah”. Apabila di lihat nabi Samuel akan Tholut itu maka pada hati nabi Allaha Samuel “Benarlah pedang ini akan layaknya patutlah pedang ini akan jabatan Tholut”.
Maka nabi Samuel pun melihat kepada segala kaum bani Israil yang banyak itu shahdan berkatalah nabi Allaha “Hai segala kaum ketahui oleh kamu sekelian bahawa inilah akan raja kamu sekelian”. Laqowalaha Taa’laya Wa Qoala Lahama Nabaya Hama Ana Allaha Qoda Baa’tsa Lakama Thoalawata Malakaa ertinya kata nabi Allaha Samuel “Hai segala kaum ketahui oleh kamu bahawa Allaha menganugerahkan Tholut akan raja kamu sekelian” maka sahut mereka itu menjawab kata nabi Allaha Samuel itu Laqowalaha Taa’laya Qoalawaa Anaya Yakawana Laha Al Malaka A’layanaa Wa Nahana Ahaqo Ba Al Malaka Manaha Wa Lama Yawata Saa’ta Mana Al Maala ertinya kata mereka itu “Utamalah akan kamu seorang raja akan memberi nikmat dan kebesaran kami dan akan jadi penghulu kami tetapi yang patut jadi raja itu daripada anak cucu nabi Allaha Yusuf dan Bunyamin juga. Bahawa akan Tholut ini kesusahannya sekali suatu pun tiada akan dia daripada harta akan mengganti unta orang yang hilang itupun tiada kuasa ia membawa dia apa hal ia di jadikan raja”.
Maka kata nabi Samuel “Hai segala kaum bani Israil, barang yang kukatakan ini dengan firman Allaha Taa’laya tiada dengan kehendakku maka betapa kamu salahi firman tuhan”. Laqowalaha Taa’laya Qoala Ana Allaha Ashothofaaha A’laya Kama Wa Zaadaha Basathota Faya Al A’lama Wa Al Jasama Wa Allaha Yawataya Malakaha Mana Yashaa Wa Allaha Waasaa’ A’layama ertinya maka kata nabi Allaha Samuel “Bahawa Allaha Taa’laya melebihkan Tholut daripada antara kamu. Bahawa ialah yang beroleh memilik kerajaan dan terlebih gagahnya. Bahawa Allaha Taa’laya jua yang menganugerahkan seorang hambanya pada barang siapa yang di kehendakinya”. Maka kata segala kaum bani Israil itu “Apa tanda kerajaan daripadanya” maka kata nabi Allaha Samuel “Adapun tanda kerajaan akan dia ialah dapat mengambil tabut Sakinah itu”.
Laqowalaha Taa’laya Wa Qoala Lahama Nabaya Hama Ana Ayata Malakaha Ana Yaataya Kama Al Taabawata Fayaha Sakayanata Mana Raba Kama Wa Baqoyata Mamaa Taraka Ala Mawasaya Wa Ala Haarawana Tahamalaha Al Malaakata Ana Faya Zalaka Laayata Lakama Ana Kana Tama Mawamanayana dan erti kata bani Israil adapun tanda kerajaan Tholut itu ia pergi seorangnya mengambil tabut Sakinah maka kata segala kaum bani Israil itu “Jika demikian ada penguasanya bahawa sanyalah ia beroleh kerajaan dan patutlah kami sekelian akan rakyatnya”. Maka kata nabi Allaha Samuel A’layaha Al Salama “Ya Tholut, pergilah engkau ke padang lihatlah tabut Sakinah terduduk di atas pedati di bawa oleh lembu dan bahawa malaikat menghalaukan lembu itu”. Bermula tempat tabut itu jauhnya daripada kaum bani Israil seribu yujana mata memandang jauhnya seorang pun tiada melihat dia.
Maka pergilah Tholut apabila di lihatnya tabut itu maka hampiri Tholut pada unta itu di bawanya masuk ke dalam sendirinya mengambil pedati itu berjalan masuk ke dalam negeri itu. apabila di lihatlah oleh segala kaum bani Israil tabut Sakinah itu di bawa oleh Tholut maka kata mereka itu sekelian “Sebenarnyalah Tholut akan raja kita. Bahawa Allaha Taa’laya menganugerahkan kerajaan akan Tholut”. Maka segala kaum bani Israil pun menyembah Tholut dan menurut katanya maka kata mereka itu “Kami tiada banyak jika datang seteru menyerang kami apa upaya kami” maka kata nabi Samuel “Apa baharanya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan banyak kami”. Maka kata Tholut “Bahawa di anugerahkan Allaha Taa’laya kerja pada tanganku. Marilah kita perang a’za dengan kafir” maka kata kaumnya yang banyak itu “Marilah kita pergi”. Maka kata Tholut “Bersegeralah kita akan pergi ke pihak Maghrib dalam pada itu pun segala kaum bani Israil bercinta juga sebab tiada berapa banyaknya.
Maka firman Allaha Taa’laya “Ya Samuel, minta doalah engkau akan segala kaum yang mati itu minta hidupkan akan menolong engkau perang”. Maka berseru-seru nabi Samuel “Hai segala kaum bani Israil yang mati, bangunlah kamu dengan firman Allaha Taa’laya Laqowalaha Taa’laya Faqoala Lahama Allaha Mawatawaa Atsama Ahayaa Hama Ana Allaha Lazawa Fadhola A’laya Al Naasa. Maka firman tuhan alam kepada mereka itu yang mati “Hiduplah kamu sekelian dengan senjata kamu”. Adapun orang yang mati itu seratus tahun lamanya maka kata nabi Samuel pada segala kaum bani Israil “Hai segala kaum, itulah kamu yang memadakan kurnia tuhan kamu yang maha mulia”. Laqowalaha Taa’laya Wa Lakana Akatsara Al Naasa Laa Yashakarawana ertinya maka hiduplah kaum itu dengan firman Allaha Taa’laya dengan beberapa puluh ribu banyaknya. Maka segala kaum bani Israil yang hidup daripada mati itu Laqowalaha Taa’laya Wa Qoatalawaa Faya Sabayala Allaha Wa Aa’lamawaa Ana Allaha Samayaa’ A’layama ertinya maka pergilah kaum bani Israil yang hidup itu perang maka banyaklah mereka itu pergi perang a’za.
Laqowalaha Taa’laya Falamaa Fashola Tholawata Ba Al Janawada Qoala Ana Allaha Mabatalaya Kama Bahara Famana Sharaba Manaha Falayasa Manaya Wa Mana Lama Yathoa’maha Faanaha Manaya ertinya pertama datang firman di sampaikan nabi Samuel “Hai Tholut katakan kepada kaummu jangan minum air sungai yang di lalui itu. Jika barang siapa minum air sungai tiadalah mereka itu daripada kaumku dan barang siapa tiada minum air sungai itu ialah kaumku lagi kekasihku. Barang siapa melalui kataku maka tiadalah ia daripadaku dan jika ia sangat dahaga kamu sekelian maka sapulah belakang kuda kamu itu”. Laqowalaha Taa’laya Alaa Mana Aghotarafa Ghorafata Bayadaha Fasharabawaa Manaha Alaa Qolayalaa Mana Hama Falamaa Jaawazaha ertinya sampailah segala bani Israil kepada sungai itu maka segala yang berjanji dengan nabi Samuel dan Tholut itu semuanya mengubahkan waadnya.
Tiga ratus tiga belas orang juga yang meneguhkan waadnya yang lain dari itu semuanya minum air sungai. Maka di dalam tafsir pun di kata akan orang yang meneguhkan janjinya dengan Tholut hanya tiga belas orang jua menyapu belakang kudanya. Maka olehnya di minum mereka itu daripada keningan dengan air itulah dengan serahan itu berkat mengikut kata nabi Samuel dan Tholut itu puaslah dahaganya. Yang lain semuanya turun dari atas kudanya maka di minumnyalah air sungai itu dengan sekehendaknya maka makin sangatlah dahaganya tiadalah dapat duduk di atas kudanya dengan tiada upayanya turun pula ia ke sungai itu minum air itu dengan sekehendak hatinya. Maka perutnya pun buncitlah seperti perut orang bunting adanya.
Laqowalaha Taa’laya Hawa Wa Alazayana Amanawaa Maa’ha Qoalawaa Laa Thoaqota Lanaa Al Yawama Bajaalawata Wa Janawadaha Qoala Alazayana Yazhonawana Ana Hama Malaaqowaa Allaha Kama Mana Faata Qolayalata Gholabata Faata Katsayarata Baazana Allaha Wa Allaha Maa’ Al Shoabarayana ertinya apabila segala kaum bani Israil itu banyaklah melalui kata Tholut maka orang yang bidaah dalam kaum itu berkata “Hai segala kaum, barang siapa perang kerana Allaha jika sedikit jua pun Allaha Taa’laya memenangkan dia dan yang banyak itu pun jadi sedikitlah jua. Adalah yang sedikit bahawa Allaha Taa’laya jua menolong segala yang sabar-sabar segala itu di dalam iradat tuha jua”. Apabila terdengarlah kata ini kepada orang yang tiga ratus orang itu naik mereka itu ke atas kuda mengadap perang dengan segeranya maka Tholut pun bersama terdiri di hadapan.
Laqowalaha Taa’laya Wa Lamaa Barazawaa Lajaalawata Wa Janawadaha Qoalawaa Rabanaa Afaragho A’layanaa Shobaraa Wa Tsabata Aqodaa Manaa Wa Anashoranaa A’laya Al Qowama Al Kaafarayana ertinya tatkala beraturlah saf mereka itu tiga ratus tiga belas orang sekelian di pilih Allaha Taa’laya maka sekeliannya meminta doa demikian katanya “Ya tuhanku, ya rabaya barang kau menangkan kami berkurnia akan kami dan peliharakan segala langkah kami dari hadapan seteru kami dan jangan kau beri kami memberi balakang daripada seteru kami kafir itu dan tolongi kami dengan sebenarnya menunjukkan firmanmu. Adapun seteru itu orang derhaka kepadamu”. Hataya antara demikian itu maka keluarlah seseorang laki-laki besar panjangnya dan tingginya seperti sebuah menara dengan senjatanya beribu-ribu kati bahawa akan sekati itu beratnya tiga ratus dirham dan taaja saalatanya dan mawazaanya dua puluh kati dan ikat pinggangnya dan pedangnya dengan selengkapnya pakaiannya dan kenaikannya seekor kuda yang gemuk dengan kuatnya.
Bermula yang naik kuda itu yang demikian kuatnya datang ke tengah medan dengan suaranya mengatakan “Hai segala kaum bani Israil, esoklah aturkan kamu hulubalang yang terpilih suruhlah keluarkan. Akulah bernama Maalaka Sanaaha Jaalawata (Jalut) daripada cucu Saama anak Nuh A’layaha Al Salama. Maka kata Tholut “Siapa keluar kamu kaum kita ini yang akan dapat menyalahi Jalut itu supaya kuberi akan dia setengah kerajaan negeriku dan anakku perempuan amat elok rupanya. Itupun kuberi akan dia akan jadi isterinya”. Maka segala bani Israil pun berdiam dirinya seorang pun tiada bercakap dan seorang pun tiada mengaku” maka Jalut merangka dirinya mencari lawan. Maka Tholut pun hendak keluar sendirinya maka datang seorang laki-laki dari tepi hutan memakai kemuliaan dengan suatu tongkat pada tangannya dan memakai kopiah datang kehadapan Tholut. Maka katanya “Ahawa raja akulah pergi mengadap perang Jalut” maka kata Tholut “Engkau ini daripada kaum bani Israil kah atau bukankah dan siapa namamu”. Maka katanya “Bahawa aku daripada kaum bani Israil, namaku Daawada (Daud). Tiada pernah aku perang dengan manusia tetapi senantiasa aku berlawan dengan harimau dan binatang yang menerkam”.
Maka tatkala Daud berkata-kata itu maka kata bani Israil “Ahawa raja ini berkata-kata ini dengan bebalnya tiada dengan sesungguhnya” maka kata Daud “Allaha Taa’laya saksi aku tiada kukerjakan ini dengan bebalku. Bahawa dengan tahuku juga kukerjakan”. Maka berkata pula saudara Daud “Ahawa raja Daud ini kanak-kanak tiada akan dapat menghadapi perang Jalut kerana akan Jalut itu seorang laki-laki yang keras tulangnya dan sangat beraninya dengan gagahnya. Jika Daud berhadapan dengan dia nescaya akan alah olehnya”. Maka ujar Tholut pada bendaharinya “Bawa olehmu zirah itu” maka di bawa oleh bendaharinya. Maka kata Tholut “Barang siapa dapat memakai zirah ini patut padanya orang itulah membunuh Jalut dan akan kematian Jalut pun di dalam tangannya. Maka orang tiga ratus tiga belas itupun memakai zirah itu berganti-ganti tiada patut barang seorang pun. Maka di pakaikan Tholut kepada Daud barangkala terkena zirah itu maka terlalulah patut pada tubuhnya maka ujar Tholut “Ya Daud dapatkah engkau melawan Jalut.
Adapun akan perang Daud dengan Jalut itu tatkala lagi di tengah hutan atas batu berkata “Ya Daud, ambil aku olehmu ada juga gunanya padamu. Bahawa aku dengan kudrat Allaha Taa’laya akan senjata kamu perang dengan Jalut itu. Akulah yang berbinasakan kaum itu” maka di ambilnya Daud batu itu di masukkan ke dalam baqocanya. Maka iapun berjalan pula maka kata pula batu yang lain katanya “Ya Daud, akulah batu yang di lontarkan burung Abaabayala (Ababil) Al Haara Al Safara seperti hujan adanya itu. Ambil olehmu aku akan senjatamu” maka diambil Daud di masukkannya baqocanya. Maka iapun berjalanlah pula ia maka berkata pula batu yang lain “Ya Daud, ambil olehmu aku akan senjatamu. Bahawa aku batu yang di titahkan Allaha Taa’laya berbinasakan Ashohaaba Al Raasa” batu itupun di ambil Daud di masukkan ke dalam baqocanya.
Setelah Daud sudah memakai zirah Nashoraha itu maka keluar Daud ke tengah medan berhadapan dengan Jalut. Maka kata Jalut “Hai kanak-kanak bani Israil, engkaukah datang ke hadapanku ini tiada patut engkau melawan aku ini” maka sahut Daud “Sebenarnyalah engkau akan laluanku”. Maka kata Jalut “Dengan senjatamu yang mana engkau melawan aku” maka ujar Daud “Hai Jalut, engkau anjing pada aku. Bahawa akan anjing-anjing itu dengan batu juga aku menghalaukan dia” maka kata Jalut “Aku sangat sayang berbinasa akan engkau oleh kerana engkau orang muda biduan lemah lembut”. Maka kata Daud “Hai anjing, bahawa agama Asalama inilah memberi kuat kami segala Asalama. Bahawa tuhanku yang maha tinggi ada menaungi aku dan memberi kemenangan akan daku” seraya di ambilnya batu yang membinasakan Ashohaaba Al Raasa ia kenakan pada tali qorasakanya.
Maka kata Jalut “Hai kanak-kanak tiada adat segala raja-raja dan segala pahlawan tiada bersenjata batu”. Maka Daud pun memasukkan pada asakan itu lalu di lontarkannya akan segala laskar Jalut maka segala laskar kafir yang di kanan habis mati jadi semua yang cerai-berai tiada berketahuan. Maka melompat batu itu ke kiri Jalut maka laskar kafir sebelah kiri Jalut itupun habis mati cerai-berai maka batu itupun kembali masuk ke dalam baqocanya. Maka Daud di ambilnya batu yang lain batu itu membinasakan kaum Luth itu maka di lontarkan kepada kaum Jalut maka kena pada hulu hati Jalut terus ke belakangnya maka iapun lalulah mati Jalut itu. maka Daud pun melontar laskar Jalut dengan batu yang membinasakan Ashohaaba Al Fayala maka segala lascar kafir itupun habis mati dengan kudanya sekali maka binasalah kaum A’malaqota itu.
Laqowalaha Taa’laya Fahazamawa Hama Baazana Allaha Wa Qotala Daawada Jaalawata ertinya maka segala bani Israil pun hairan tercengang menundukkan kepalanya. Maka Daud berkata pada kaum Jalut yang tinggal itu “Hai segala kaum Jalut, bukan aku membunuh Jalut itu. Bahawa tuhan alam yang maha besar membinasakan dia” dan kaum bani Israil pun merampas laskar kafir itu dan segala batu yang di lontar Daud itupun kembali ke dalam baqocanya. Laqowalaha Taa’laya Falama Taqotalawa Hama Wa Lakana Allaha Qotala Hama Wa Maa Ramayata Aza Ramayata Wa Lakana Allaha Ramaya Wa Layabalaya Al Mawamanayana Manaha Balaa Hasanaa inilah ayat yang di turunkan Allaha Taa’laya kepada rasul Allaha akan perang maka oleh nabi Allaha ceritakan kepada segala sahabat.
Maka tatkala menanglah Daud A’layaha Al Salama banyaklah segala Asalama beroleh rampasan. Maka segala bani Israil pun datang kepada Tholut “Kamu raja barang yang sudah kata itu teguhkan janji itu. Bahawa kata raja tatkala kesukaran itu barang siapa dapat membunuh Jalut itu setengah kerajaan aku beri akan dia. Sekarang raja berilah akan Daud ini”. Maka ujar Tholut “Ketahui oleh kamu sekelian akan Daud ini hitam lagi matanya seperti mata kucing. Pada zaman jika demikian rupanya orang nescaya di cela oranglah akan dia”. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Zalaka Al Nabaya maka Tholut berkata “Tiada akan kuberi anakku kerana anakku orang yang baik rupanya akan Daud itu keji lagi kasihan”. Maka kata Daud “Aku pun tiada berkehendak akan anaknya. Bahawa yang kehendakku itu hanya berbuat ibadat juga kepada Allaha Taa’laya. Itulah yang cenderung mata hatiku”. Kelakian maka Daud pun berbuat tempat akan berbuat ibadat maka Daud pun duduk dengan masygul dengan kebaktian pada tuhannya juga senantiasa dengan orang yang tujuh puluh daripada kaum bani Israil menjadi zuhud berbuat ibadat bersama-sama dengan Daud itu.
Maka ada seorang berkata kepada Tholut “Akan Daud itu jika ia minta doa dengan orang zuhud tujuh puluh itu nescaya binasa juga Tholut ini”. Maka Tholut pun berbangkit pula datang ke bawah bukit itu dengan tenteranya dan senjatanya esok hari akan membunuh Daud dengan orang yang tujuh puluh yang berbuat ibadat itu. Maka esok harinya Tholut pun peranglah dengan orang yang tujuh puluh yang serta dengan Daud itu. Setelah berhenti maka iapun bermimpi tiadalah dapat melawan Daud itu. Maka Daud pun mengambil arang maka di suratnya pada daun kayu demikian bunyinya “Hai Tholut, jika aku lontarkan akan engkau dengan batu yang membunuh Jalut ini nescaya masuklah ke dalam perutmu engkau pengapakan daku dan jika pedang ini kutikamkan pada perutmu apa daya kamu menyalah akan dia. Kembalilah engkau pada tempat kamu tiada akan baik engkau peroleh di dalam dunia dan di dalam akhirat hendak membunuh zuhud ini” maka surat itupun di bawanyalah orang kepada Tholut. Maka iapun pulanglah maka Daud pun dengan segala temannya yang tujuh puluh itu masygul dengan berbuat ibadat juga.
Maka Tholut pun tiada baik hatinya itu maka di suruhnya pula Tholut beberapa pula hulubalang maka katanya “Pergilah kamu bunuh Daud itu dengan orang yang berbuat ibadat sertanya itu”. tetapi Tholut tiada ia pergi hingga orangnya juga pergi itu maka akan orang zuhud tujuh puluh itupun habislah di bunuhnya pada ketika itu Daud tiada bersama dengan orang duduk berbuat ibadat akan Daud sediakala keluar dari sana. Maka kembalilah segala hulubalang Tholut itu mengatakan “Sudahlah di bunuh segala orang zuhud yang tujuh puluh itu”. Akan Daud juga tiada di sebut maka kata Tholut “Akan maksudku tiada sampai”.
Laqowalaha Taa’laya Bahawa akan nabi Samuel itu sembilan orang anaknya di anugerahkan Allaha Taa’laya sekeliannya baik rupanya dan anaknya yang bungsu itu bernama Daud itulah tiada baik rupanya lagi pendek lagi hitam, matanya seperti maka kucing. Maka di suruh nabi Samuel akan Daud mengembala kambing maka di suruhnya diam pada pihak bukit itu sedia kala kerja Daud itu mengembala kambing dan senantiasa ia berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya. Maka tatkala masuk perang Tholut dengan Jalut terlalu sakit laku akan Allaha, Tholut oleh Jalut. Maka kata Tholut “Ada suatu tanda pada aku jika di letakkan pada kepala barang siapa keluar minyak pada kepalanya mengalir basah segala tubuhnya. Ialah kudapat membunuh Jalut nescaya mati Jalut dalam tangannya itu dengan kudrat Allaha Taa’laya”. Maka di ambil oleh Tholut tanda itu di lekatkan pada kepala segala kaum bani Israil yang tiga ratus tiga belas itu berganti-ganti cuba lekatkan tanda itu seorang pun tiada keluar seperti syarat itu. Maka kedengaranlah suara “Hai Tholut, bukan segala bani Israil ini yang seperti syarat membunuh Jalut itu. Bahawa ialah daripada anak nabi Samuel A’layaha Al Salama”.
Maka Tholut pun pergi kepada nabi Allaha A’layaha Al Salama kata Tholut kepada nabi Allaha katanya “Mana anak tuan hamba”. Di panggilkan nabi Allaha Samuel anaknya delapan orang itu datang kehadapan Tholut maka di kenakan tanda itu kepada kepalanya berganti-ganti seorang tiada juga seperti syarat tanda itu. Maka kata Tholut “Ya nabi Allaha, adakah anak nabi Allaha yang lain daripada ini” maka kata nabi Samuel “Tiada kerana nabi Allaha Samuel demi Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di ketahuinya bahawa barang siapa mengenakan tanda ini pada kepalanya keluar minyak basah segala tubuhnya orang itulah yang dapat membunuh Jalut itu.
“Maka hamba cuba segala kaum bani Israil seorang pun tiada ada seperti syarat itu maka hamba dengar suara yang lathif “Tholut, bukannya kaum bani Israil ini bahawa orang itu daripada anak Samuel A’layaha Al Salama juga””. Nabi Samuel pun teringat akan anaknya yang bungsu maka kata nabi Allaha “Sungguh ada anak hamba seorang lagi megembala kambingnya di bukit itu”. Maka kata Tholut “Apa namanya” maka kata Samuel “Namanya Daud amat keji rupanya, matanya seperti mata kucing” maka di kata nabi Samuel sifatnya tempatnya. Maka Tholut pun naik ke atas kudanya pergi mencari Daud seperti syarat nabi Samuel A’layaha Al Salama. Maka di dapatinya oleh Tholut akan Daud lagi membawa kambing ke sumur sungai serta orang banyak maka Tholut pun berdiri pada sungai itu pada fikir di dalam hatinya di dalam orang itu “Adakah Daud”.
Maka di lihat oleh Tholut semuanya orang itu membawa kambing seorang seekor di pegangnya akan Daud seorangnya jua membawa akan kambing di hampiri Tholut di lihatnya tiadalah bersalahan seperti kata nabi Samuel itu. Maka kata Tholut “Hai orang muda, siapa namamu” maka sahutnya “Namaku Daud”. Maka oleh Tholut di ambilnya tanda itu di lekatkan pada kepala Daud maka keluarlah minyak daripada kepalanya Daud mengalir basah segala tubuhnya. Maka kata Tholut “Hai Daud, jikalau engkau membunuh Jalut sebelah negeriku kerajaanku berikan dikau dan anakku perempuan terlalu baik rupanya itupun kuberi dikau dan anakku itu akan jadi isteri yang halal. Ketahui olehmu kematian Jalut itu di dalam tanganmu”. Maka kata Daud “Baiklah, hambalah berhadap dengan Jalut itu”.
Maka Daud pun berjalanlah sama dengan Tholut maka datang kepada suatu bukit. Maka batu bukit itu berkata “Hai Daud, ambillah aku akan senjatamu. Bahawa aku ini batu nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama” maka di ambil Daud batu itu lalu ia berjalan. Maka batu yang lain pula katanya “Hai Daud, ambil olehmu aku akan senjatamu. Akulah yang membinasakan kaum Jalut itu. Akulah batu nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama” maka oleh Daud di ambil batu itu. Maka berkata pula batu yang lain “Hai Daud, ambil aku akan senjatamu. Akulah batu nabi Allaha Ismail A’layaha Al Salama”. Bahawa akan cerita ini datang kepada cerita Daud membunuh Jalu setelah Jalut di bunuh oleh Daud pecahlah segala laskar kafir maka segala kaum banimIsrail pun banyaklah beroleh rampasan maka kata segala kaum bani Israil kepada Tholut “Hai raja, bahawa akan janjimu itu teguhkan barang yang telah kau kata tatkala kau lihat Jalut seperti harimau mencari lawan. Maka katamu barang siapa membunuh Jalut setengah kerajaan engkau kau berikan akan dia. Bahawa anak kau perempuan terlalu baik rupanya itupun kau beri akan dia. akan sekarang ini berilah akan Daud setengah kerajaan dan anak raja itu pun berilah akan Daud”.
Kata Tholut “Pekerjaanku lagi banyak dan seteruku pun lagi banyak. Apabila tiadalah seteruku nescaya anakku pun kuberikan akan dia”. Maka kata Tholut “Hai Daud, pergilah engkau bunuh seteruku itu nescaya kuberi akan anakku akan dikau”. Ujar Daud pun pergilah mendatangi segala kafir maka barang siapa di langgar sekelian habislah dengan tolong Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Maka Daud pun kembalilah kepada Tholut dengan membawa rampasan terlalu amat banyak maka Daud pun berkehendaklah akan kahwin dengan anak Tholut. Maka Tholut pun tiadalah beri dia lagi dan segala kaum bani Israil pun datang mendapatkan Tholut. Maka di kahwinkanlah anaknya dengan Daud tetapi hatinya sediakala hendak menbunuh Daud juga.
Berapa lamanya pada suatu hari panggil Tholut anaknya katanya “Engkau sungguh hendak kuberikan jadi isteri Daud. Hai anakku, tetapi engkau duduk dengan Daud tiada sekali suka hatiku akan engkau bersuamikan akan Daud yang keji rupanya itu kerana engkau baik rupamu di hatiku ini. Akan engkau hendak kupersuamikan sama raja kerana kaya raja pada segala bani Israil ini dapat aku melakukan barang kehendakku. Hai anakku, mahulah engkau menurut biacaraku supaya Daud itu kubunuh”. Maka kata anak Tholut “Mana bicara bapa hamba turuti”. Maka kata Tholut “Jika demikian beri aku tahu di mana tempatnya tidur” maka kata anaknya “Ia tidur bersama-sama dengan hamba di atas geta”. Maka Tholut “Hai anakku, apabila hari malam hendaklah engkau jauhkan dirimu daripadanya supaya aku membunuh dia” maka kata anaknya “Baiklah”.
Maka isteri Daud pun pulanglah ke rumahnya maka oleh anak Tholut perempuan yang berbahagia itu segala hal ehwal bicaranya bapanya itu semuanya di katakan pada Daud. Maka kata Daud “Baiklah, aku tahu jua” maka di suruh oleh Daud ambil sebuah buyung maka di isi tuak beri penuh buyung itu. Maka di letakkannya pada tempat tidurnya maka di selimutinya dengan kain putih. Maka Daud dan isterinya Daud itu pada tempat lain melihat kelakuan itu. Setelah lalulah tengah malam maka Tholut pun datang ke rumah Daud maka di lihatnya buyung itu maka sangkanya “Daudkah tidur itu di atas katil itu”. Maka di hunus pedangnya lalu di tetaknya buyung itu penggal dua maka tuak di dalam buyung itupun habislah tumpah maka kata Tholut “Lihat Daud ini minum tuak ia” maka katanya “Puaslah hatiku Daud sudah mati”. Maka Daud dan isterinya pun tersenyum melihat kelakuan Tholut itu maka Tholut pun kembalilah kerumahnya.
Setelah sianglah hari maka Daud pun datang kepada Tholut seperti adatnya sedia kala maka di lihatnya Tholut akan Daud hidup gementarlah anggotanya hairan tercengang akan pekerjaan itu. Maka Tholut pun takut akan membunun dia maka di suruhnya sedia kala orang berkawal terlalu kuasa dan Tholut sediakala hendak membunuh Daud juga. Pada suatu malam maka Daud berjalan lalu ia masuk ke dalam rumah Tholut maka segala orang yang berkawal pun semuanya habis tidur. Seorang pun tiada tahu akan Daud masuk dengan takdir Allaha Taa’laya maka di ambil Daud akan dia akan bekas air sembahyang Tholut di bawanya pulang kerumahnya. Pagi-pagi ketika subuh maka Tholut pun hendak mengambil air sembahyang maka di carinya kendinya tiadalah di perolehnya. Maka tahulah Tholut “Tiadalah orang lain mengambil kendiku ini melainkan Daud juga” maka makin sangatlah bertambah-tambah takut Tholut akan Daud. Maka suruhnya orang berkawal lima lapisan diwala penuh dengan orang bertunggu sentiasa siang malam. Bahawa akan Daud itu di carinya hendak di bunuhnya tiada di beri tahu.
Maka Daud pun senantiasa berbuat ibadat dengan tujuh puluh kaum bani Israil yang zuhud sertanya itu seperti tersebut. Dahulu kala Daud mengadap Tholut pun makin bertambah takut hatinya akan Daud tetapi akan Daud dipelihara Allaha Taa’laya tiada dapat di pengapakan oleh Tholut. Maka kata “Bahawa aku sekali-kali tidak suka akan Daud duduk dengan anakku itu kerana anakku baik rupanya akan Daud tiada baik rupanya lagi miskin”. Maka sediakala apabila malam di suruhnya cari Daud pada orangnya berjalan segenap malam pada segenap tempat tiada bertemu. Maka Daud pun malam itu masuk ke rumah Tholut maka Tholut lagi tidur maka oleh Daud di ambilnya anak panah Tholut dari dalam terkasnya tiga biji. Maka di hantarkannya anak panah itu pada leher Tholut sebiji dan pada dadanya satu dan pada kakinya satu dan janggut Tholut pun sebelah di cukurnya oleh Daud kerana janggutnya panjang lagi baik. Maka Daud pun kembalilah ke rumahnya lalu di bawanya isterinya pindah ke atas bukit.
Tholut pun terjagalah daripada tidurnya melihat anak panah pada lehernya dan pada dadanya dan pada kakinya. Maka di sapunya mukanya maka di rasanya janggutnya sebelah tiada. Maka Tholut pun tahulah “Bahawa Daudlah yang berbuat pekerjaan ini akan daku” maka Tholut pun terlalu amat marah akan Daud maka Tholut pun menyuruh mencari Daud pada segenap tempat tiada juga bertemu. Adapun Daud itu masygul dengan kebaktian dan ibadatnya kepada Allaha Taa’laya maka Daud hantarkan orang kepada Tholut “Ahawa raja, bahawa akan Daud dengan tujuh puluh orang bani Israil berbuat ibadat di atas bukit. Jika ia meminta doa akan dikau nescaya binasa juga dikau olehnya”. Maka akan Tholut bersegera dengan segala tenteranya pergi ke bawah bukit tempat Daud berbuat ibadat. Katanya “Esok harilah engkau membunuh segala orang yang berbuat ibadat itu” maka datang pada petang hari maka di perangilah orang itu apabila hari malam. Maka ia sekelian berhenti tidur lalu mimpi bahawa perangnya itu tiada akan dapat melawan. Maka oleh Daud di ambilnya arang maka di suratnya pada diwala itu demikian bunyinya “Hai Tholut jika perang itu kalau terkena engkau dengan batu nescaya masuk ke dalam perutmu engkau pengapakan kepada perutmu apa dayamu menyalahkan dia. Baiklah engkau kembali engkau ubahlah pekertimu itu. Jangan engkau membunuh segala zuhud itu. Bahawa tiada akan baik kau peroleh di dalam dunia dan dalam akhirat pun”.
Hataya waktu pagi-pagi hari maka Tholut pun bangun daripada tidurnya maka di lihatnya pada diwala itu tersurat khotho Daud. Maka di bacanya surat itu maka makin sangat marahnya akan Daud maka di carinya akan Daud tiada bertemu maka Tholut pun kembalilah akan Daud sediakala dengan adatnya juga. Akan Tholut marah juga akan Daud maka di suruhnya beberapa orang hulubalang membawa rakyat. Katanya “Pergilah kamu ke atas bukit itu bunuh oleh kamu Daud dan barang yang sertanya berbuat ibadat itupun bunuh oleh kamu” tetapi Tholut tiada pergi hanya hulubalang juga di suruh. Maka pergilah orang itu membunuh sekelian yang berbuat ibadat itu maka zuhud yang tujuh puluh itupun habis di bunuhnya. Adapun Daud pada ketika itu tiada di sana maka kedengaranlah sudah akan Daud itu tiada pada orang banyak itu. Maka kata Tholut “Barang engkau di maksudkan tiada kuperoleh membunuh segala zuhud itu”.
Maka di suruhnya orangnya memanggil Daud di suruhnya katanya Daud “Bahawa engkau di panggil Tholut ia meminta ampun kepadamu dan setengah kerajaan negerinya itupun di berikan kepadamu dan barang pekerjaanmu pun di tolongnya dan engkau di panggilnya ini pergi perang a‘za”. Setelah sampailah segala kata Tholut itu kepada Daud maka kata Daud “Katakan kepada Tholut bahawa besar segala dosanya di perbuatnya. Beberapa mukmin yang zuhud di bunuhnya dengan tiada dosanya terzalimlah matinya itu sekelian mereka itu dan akupun hendak di bunuhnya tiadalah di beri Allaha akan mendatangkan tangannya dan senjatanya ke atasku dan aku tiada turun dari atas bukit ini dan bahawasanya suruhlah Tholut itu minta ampun kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya supaya Kabul a’zanya”. Setelah Tholut mendengar kata Daud demikian itu maka kata Tholut “Haruslah kita bersegera akan pergi a’za” maka Tholut pun pergi a’za maka lalu ia syahid.
Setelah Tholut sudah mati maka Daud pun turun dari atas bukit, Jibril pun datang kepada Daud mengatakan “Hai Daud, bahawa akan sabarmu itu tiga perkara di kurnia Allaha mukjizat akan dikau. Suatu amat baik suaramu bunyinya di dengar oleh orang ia membaca Taurat itu. Air hilir pun berhenti mendengar suaramu itu dan segala mergastua berdiam diri dan segala daun kayu hijau di pohonnya jadi kuning dan segala burung terbang pun jatuh mendengar suaramu seraya tasbih akan Allaha Taa’laya”. Laqowalaha Taa’laya Yaa Jabaala Awabaya Maa’ha Wa Al Thoyara Wa Al Naalaha Al Hadayada Ana Aa’mala Saabaghoata ertinya dan berkatalah dengan dia segala bukit di dalam bumi bahawa di dengar mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya dan akan Daud itu anugerahi Allaha Taa’laya kitab Zabur akan dia. Bahawa dalamnya segala perkataannya yang ajaib-ajaib sekali maka di naikkan ia ke atas mimbar maka bacanya Zabur empat sangga dari kiri dan dari kanan dan dari hadapan dan dari belakang. Lantas suaranya kedengaran pada suatu kalimah di bacanya itu dengan tujuh ratus ragamnya di dengar orang.
Bermula kitab Zabur itu tiada di bawa Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail tetapi dengan ilham tuhan turunkan kepada Daud. Pada suatu qaul bahawa di dalam Zabur itu tiada amar dan nahaya dan tiada waad dan waa’yada melainkan puji-pujian akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya semata jua dan memberi nasihat akan segala hambanya yang terpilih jua. Dan suatu mukjizat lagi dianugerah Allaha Taa’laya akan Daud besi lemah lembut seperti lilin pada tangannya. Laqowalaha Taa’laya Wa Qodara Faya Al Sarada Wa Aa’malawaa Shoalahaa Anaya Bamaa Taa’malawana Bashoyara ertinya barangkala di jabat Daud besi itu maka di picit-picit di panjangkannya dirinya merasai tangan Daud itu seperti lilin akan berbuat zirah Daud ia namanya, harganya empat ratus dirham di jualnya. Itulah di beri Allaha Daud akan sedekahnya dan akan makanan a’yaalanya dan keluarganya.
Maka sehari datang Jibril, membawa firman Allaha Taa’laya “Ya Daud, kunjungilah Sadada anak A’ada, suruh ia membawa iman ke hadrat Allaha Taa’laya dan engkaulah akan nabi. Katakan kepada Sadada anak Aa’da bahawa seribu tahunlah hidupnya dan di himpunkannya perbendaharaannya dan di hantarkannya seribu tanda dan tubuhnya raja di ambilnya daripada seribu perempuan anak raja-raja. Bahawa firman tuhan alam “Sekelian nikmat itu daripada aku juga anugerahkan dia dan katakan olehmu ya Daud suruh Sadada itu menyembah dan memuji tuhan yang esa supaya di anugerahkan akan dia kerajaan dengan nikmat dunia kekal selama-lamanya hingga datang kepada hari kiamat dan akhirat pun ia beroleh kerajaan aku beri akan dia terlebih daripada pekerjaannya itu ku beri”.
Adapun akan Sadada anak Aa’da itu di jadikan Allaha Taa’laya seorang raja yang amat besar kerajaannya dari Masyrik lagi Maghrib dengan tujuh ratus hulubalang yang ratanya senantiasa. Bahawa ia ini daripada anak cucu Saama abana Nuh A’layaha Al Salama di sebutkan tuhan di dalam Qoraana yang maha mulia dengan lafaz Qosama Laqowalaha Taa’laya Wa Al Fajara. Wa Layaala A’shara. Wa Al Shafaa’ Wa Al Awatara. Wa Al Layala Azaa Bashara Hala Faya Falaka Qosama Lazaya Hajara. Alama Tara Kayafa Faa’la Rabaka Ba A’ada. Arama Azaata Al A’maada. Alataya Lama Yakholaqo Matsalaha Faya Al Balaada ertinya adapun yang dikatakan sepuluh hari itu sepuluh haribulan dua Al Hahata atau yang di katakan tuhan demi sepuluh malam itu dan pada suatu makna sepuluh orang sahabat nabi yang serta dengan nabi bawah pohon kayu bersembahkan kata ini firmannya “Bahawa kami tiada jua ya Mahamada akan Sadada anak A’ada itu apa di perbuatnya di dalam dunia dan di atas bumi segala yang di perbuatnya seorangpun tiadalah dapat berbuat dia dan segala yang di lakukan itu tiadalah siapalah melakukan dia”.
Maka singgah nabi Allaha Daud datang kepada Sadada anak A’ada hendak membawa dia kepada jalan yang esakan Allaha Taa’laya. Maka suruhnya nabi Allaha Daud ia mengucap Laa Alaha Alaa Allaha bahawa demikian kata nabi Allaha Daud “Ya Sadada sebut olehmu bahawa Allaha Taa’laya itu tuhan yang esa dan akulah Daud yang sebenarnya nabi. Jikalau engkau sebutkan seperti yang kusuruh ini bahawa di anugerahkan Allaha Taa’laya akan engkau segala kerajaan dunia datang kepada hari kiamat dan tiada terkira-kira dan tiada terbicara engkau beroleh anugerah tuhan alam”. Maka kata Sadada “Hai Daud, aku tiada berkehendak akan anugerah tuhanmu dan syurga tuhanmu itu dan tiada ku berkehendak pada seorang juapun dan barang siapa hendak akan syurga aku berbuat dia supaya di ketahui segala orang bahawa syurga ada di dalam tanganku. Bahawa aku tiada berkehendak akan syurga tuhanmu itu.”
Bahawa akan Sadada itu terlalu ajaib segala perbuatannya tahta kedua di pekannya dan segala raja benua Rom dan Turki dan Cina dan Hindi sekelian mereka itu temasya melihat benua Damsyik di sebutkan Allaha Taa’laya di dalam Qoraana yang maha mulia itu Laqowalaha Taa’laya Wa Awa Yanaa Hamaa Alaya Rabawata Zaata Qoraara Wa Maa’yana dan Qoraana demikian apabila sampai Sadada ke benua Damsyik maka di suruhnya panggil segala utas dan segala orang yang tahu bekerja bahawa di suruhnya cari bumi yang kering lagi rata. Katanya “Aku hendak berbuat tempat tanaman seperti syurga itu kerana Samaa’wana itu ada ia melihat empat puluh persangga daripada hadapan daripada bumi A’rab”. Maka katanya “Marilah perbuat pada bumi ini maka suruhnya seratus pengawal dan pada seorang seribu sertanya orang yang tahu bekerja dan beberapa ratus orang mengambil upahnya sekira-kira tiga keti banyaknya bekerja itu semuanya. Kelakian bumi itu pun di suruhnya siram dengan air maka beberapa tempat di suruhnya gali tanah itu di buangkan keluar. Maka di suruhnya tambak dengan batu dan di perbuatnya mata air maka terbitlah itu mengalir.
Maka di suruhnya keluarkan daripada perbendaharaan emas dan perak dan permata di suruhnya bawa kepada bumi itu di berikan diwala daripada batu emas dan batu perak dan di tatahkan ratna mutu manikam datang kepada tiga ratus tahun lamanya bekerja itu di perbuatnya surat tanamannya pelbagai bunga dan pelbagai berwarna buahnya dan tiadalah terperikan baik perbuatannya dalam seribu mahligai. Tanam-tanaman di ikatnya dan di salutnya batangnya dan dahannya dan rantingnya dengan emas dan suasa dan perak dan tanahnya pun di tambak dengan emas dan perak dan bahawa di atas emas dan perak itu di bubuhnya ambar dan kasturi dan nawarastu dan tengah bumi itu di perbuatnya sebuah mahligai maha besar dengan selengkapnya. Akan tiang mahligai itu daripada zamrud dan empat ratus banyaknya seperti perbuatan tuhan alam. Laqowalaha Taa’laya Arama Zaata Al A’maada. Alataya Lama Yakholaqo Matsalahaa Faya Al Balaada firman tuhan tiada siapa berbuat seperti perbuatan Sadada anak A’ada.
Maka di suruhnya tanam pohon kayu emas dan perak dan daunnya daripada zabarjad yang hijau dan buahnya daripada intan dan mutiara pelbagai rupanya dan warnanya. Maka di ambilnya kasturi dan ambar dan zafran di campurkannya ketiganya maka di tuangkannya pada segala tanam-tanaman itu. Memecahlah laut tanamannya itu perbuatannya itu empat sungai yang mengalir airnya suatu sungai daripada susu, suatu sungai daripada air madu dan suatu sungai daripada khamar airnya terlalu hening dan suatu sungai daripada air zanjabil yang amat lazat hebat rasanya diperbuatnya berkeliling tanaman itu diwala itu tiga ratus kaza tingginya daripada batu emas dan batu perak. Maka berkeliling diwala itu empat halaman dan tepi halaman itu tanamnya delima maka antara diwala dan tanaman itu di gantungnya beberapa ribu burung dengan sangkarannya daripada emas dan perak bermata mutu manikam.
Maka pada halaman medan segenap balai itu di atur makanan pelbagai rasanya dan warnanya dan semerbak baunya dan jenis makanan itu tiada serupa dan sebagainya. Maka datanglah kepada tiga ratus tahun di perbuatnya maka sudahlah tanaman itu beberapa bagai-bagai perbuatannya dan berbagai-bagai perusahaannya dan daripada seribu suku suatu suku pun tiada di ceritakan di dalam kisah ini. Segala perbuatan tanaman Sadada anak A’ada itu tiadalah jemu mata manusia memandang segala perbuatan tanaman itu terlalu sangat indahnya itu dengan beberapa ribu perbendaharaan di taruhnya di dalam taman itu. Apabila sudahlah di perbuatnya tanaman itu maka di wartakan orang anak A’ada “Hai raja barang yang kautitahkan itu sudahlah kami kerjakan” maka Sadada pun berangkat daripada mahligainya pergi melihat tanaman itu.
Maka Sadada abana A’ada daripada jalan padang Damsyik di suruhnya bawa segala anak-anak dara teruna daripada segala negeri di suruhnya diam di dalam taman itu. Maka Sadada pun berjalanlah dengan dua ratus ribu maka kata Sadada “Hai sekelian kamu, marilah kita masuk melihat temasya ke dalam taman itu. Kamu sekelian makanlah segala buah-buahan dan bermainlah kita di dalamnya”. Setelah hampirlah Sadada ke pintu tanaman itu maka tiba-tiba di lihat Sadada seorang besar panjang berdiri di hadapannya. Maka Sadada pun terkejut serta dengan takutnya maka gementarlah segala anggotanya daripada sangat takutnya. Maka kata Sadada “Siapa engkau ini” maka sahut orang itu “Akulah raja mati dan akulah raja yang di titahkan tuhanku akan mengambil segala nyawa hambanya”. Maka kata Sadada “Hai malaikat maut, nantikan apa aku hendak melihat tanamanku” maka kata malaikat maut “Tiada demikian firman tuhanku kepadaku. Barang mana engkau bertemu dengan Sadada di sanalah ambil nyawanya”. Maka tatkala baharu melangkah Sadada kakinya kanan terletak pada tanah syurga dan pada kaki kirinya lagi di luar maka di ambil malaikat maut nyawanya itu.
Bermula segala hamba sahayanya Sadada yang sudan masuk dan setengah lagi di luar. Maka di dengarnya orang itu suara gempita maka bahawa semuanya kaum Sadasa itu habis terkejut lalu mati kesemuanya seorang pun tiada tinggal. Apabila Sadada anak A’ada sudah mati Jibril pun datang kepada nabi Allaha Daud “Bahawa sudahlah di binasakan tuhannya yang maha tinggi seterunya itu. Bahawa akan harta Sadada anak A’ada itu kepadamulah di serahkan tuhan alam engkau di rajakan tuhan pada antara orang banyak itu dengan sebenar hukum itu hukumkanlah” firmannya di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Wa Shadadanaa Malakaha Wa Atayanaaha Al Hakamata Wa Fashola Al Khothoaba ertinya firman tuhan “Ya Daud, kerajaan Sadada anak A’ada itu pada mula-mula kuserahkan dan kuanugerahkan engkau hikmat daripada hari inilah engkau kerjakan. Hukumkanlah olen engkau segala makhluk yang teraniaya dan jangan engkau ikut hawa nafsumu pada menganiaya orang dan jangan engkau mengikut nafsu ayaitan dan nafsu amarah itu lah nafsu syaitan.
Laqowalaha Taa’laya Yaa Daawada Anaa Jaa’lanaaka kholayafata Faya Al Aradho Faahakama Bayana Al Naasa Ba Al Haqo Wa Laa Tatabaa’ Al Hawaya Fayadholaka A’na Sabayala Allaha maka akan Daud pada sehari umurnya di bahagi tiga maka pagi-pagi kerajaannya menghukumkan orang. Kedua bahagi kerajaannya berbuat ibadat kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dan pada ketiga bahagi ia bersuka-sukaan dengan isterinya inilah kerajaan tiada lain. Maka pada sehari Daud pergi ke mihrab serta segala zuhud yang banyak itu membaca firman Allaha Taa’laya pada hari yang lain Daud duduk bicara di dalam hatinya “Bahawa akan segala nabi yang dahulu daripada aku ini ada juga keturunan bala bahawa Allaha Taa’laya mencuba mereka itu dengan suatu bala. Bahawa akan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama di dalam syurga di keluarkan datang ke dalam dunia dan akan bala nabi Allaha Nuh itu di atas bahteranya kena taufan akan kaumnya pun di binasakan Allaha Taa’laya. Bahawa nabi Allaha Hud pun kaumnya di binasakan angin bahawa akan nabi Allaha Sholeh pun kaumnya di binasakan dengan tempik Jibril A’layaha Al Salama.
Bahawa akan nabi Allaha Ibrahim pun akan balakan dia di buangkan Namrut ke dalam api dan kaumnya pun di binasakan dengan nyamuk dan setengah kaumnya di binasakan dengan lapar. Bahawa akan nabi Allaha Yaakub itu di balanya bercerai dengan anaknya nabi Allaha Yusuf senantiasa dengan percintaannya itu bahawa akan nabi Allaha Yusuf pun kena bala di buangkan saudaranya ke dalam telaga yang bernama Jaba dan di jualnya dan di penjarakan Malaka Qothofayara sebab Zulaikha tujuh tahun lamanya. Bahawa akan nabi Allaha Musa ia dengan segala kaumnya berlepas daripada seterunya Firaun A’layaha Laa’nata Allaha dan Firaun pun dengan segala kaumnya di tenggelamkan ke dalam sungai Nil. Adapun engkau itu belum datang lagi balanya itu bawakan segala mereka itu sampailah kepada darjat dengan sabarnya pada menahani hatinya ia menderita balanya itu”.
Maka Jibril pun datang berkata-kata “Ya Daud bahawa Allaha Taa’laya menganugerahkan afiat dan sihat akan tuan hamba betapa pula tuan hamba menghendaki bala itu”. Tetapi akan datang juga cuba tuhan maka pada suatu hari Daud duduk di rumahnya dengan anak buahnya maka di lihatnya seekor burung terlalu baik rupanya dan warnanya terbang lalu ke dalam rumahnya berkeliling. Maka bunyi burung itu dengan merdunya tetapi akan burung itu dengan kudrat Allaha Taa’laya adalah akan seperti merak rupanya. Maka oleh Daud di ikutnya burung itu hendak di tangkapnya maka masuk burung itu ke dalam sebuah tamannya. Maka di ikut juga oleh Daud maka di lihat oleh Daud seorang perempuan di dalam taman itu membasuh kepalanya nama perempuan itu Batho. Telah di lihat bayang-bayang Daud maka oleh perempuan itu digerakkannya kepalanya maka rambutnya menutupi segala tubuhnya. Maka terpikat hati Daud akan perempuan itu maka di tanya Daud “Siapa perempuan itu” maka sahut seorang hambanya inilah perempuan yang bernama Batho. Maka kata Daud “Adakah bersuami” maka sahut orang itu “Orang yang hendak akan ia tetapi ia tiada redha belum lagi ia nikah dengan dia”.
Bahawa pada hukum Allaha Taa’laya barang sesiapa perempuan di kehendak oleh nabi tiadalah baginya umatnya mengambil dia. Daud pun duduk pada ketika itu hendak menyuruhkan orang perang A’ada maka Awarayaa itu di jadikan panglima laskar. Maka Awarayaa pun pergilah ke benua Rom maka peranglah ia pertama Awarayaa seorang datang ke medan menunjukkan dirinya. Maka Awarayaa pun sangatlah sukanya maka Awarayaa pun menjadikan panglima laskar akan gantinya maka Awarayaa pun syahidlah meninggalkan dunia. Kemudian maka laskar Asalama pun beroleh kemenangan dan terlalu banyak beroleh rampasan maka kembalilah ke Bayata Al Maqodasa. Maka kata segala laskar yang datang itu bahawa akan Awarayaa telah matilah ia. Maka oleh Daud di ambilnya Batho akan isterinya hataya maka beranak seorang bernama Sulaiman.
Maka pada suatu hari Daud duduk pada mihrab hendak sembahyang. Maka diwala mihrab itupun belahlah maka datang orang dua orang berlari daripada diwala mihrab yang belah itu datang duduk menghadap Daud mengadu akan halnya. Laqowalaha Taa’laya Wa Hala Ataaka Nabaa Al Khoshoma Aza Tasawarawaa Al Makhoraaba. Aza Dakholawaa A’laya Daawada Fafazaa’ Mana Hama Qoalawaa Laa Takhofa Khoshomaana Baghoya Baa’dhonaa A’laya Baa’dho Faahakama Bayanamaa Ba Al Haqo Wa Laa Tashathotho Wa Ahadanaa Alaya Sawaa Al Shoraatho. Ana Hazaa Akhoya Laha Tasaa’ Wa Tasaa’wana Naa’jata Walaya Naa’jata Wa Ahadata Faqoala Akafalanayahaa Wa A’zanaya Faya Al Khothoaaba. Qoala Laqoda Zholamaka Basawaala Naa’jataka Alaya Naa’jaha Wa Ana Katsayaraa Mana Al Kholathoa Laya Baghoya Baa’dho Hama A’laya Baa’dho. Bahawa Allaha Taa’laya memberitahu rasul di dalam Qoraana Ya Mahamada ketahui olehmu bahawa daripada mihrab Daud keluar dua orang datang kepada Daud. Maka Daud pun takut maka katanya “Hai khalifah, jangan tuan hamba takut. Bahawa kami ini berbantah datang kepada tuan hamba minta di hukumkan kerana kami dengan hukum yang sebenarnya. Bahawa kami ini sembilan puluh sembilan ekor kambing. Bahawa akan hamba hanya seekor juga kambing hamba yang seekor inilah yang di kehendakinya oleh orang yang empunya kambing sembilan puluh sembilan ekor itu.
Maka kata Daud “Jika kambing yang seekor itu di kehendakinya teraniayalah engkau olehnya”. Maka lawannya seorang itupun terseunyum ia dari jauh tiada di lihatnya oleh Daud kerana akan Daud tidak membicarakan hukum itu. Maka teringatlah Daud akan perbuatannya itu maka fikir di dalam hatinya “Bahawa aku juga yang berbuat demikian ini. Maka datanglah tempelak Allaha Taa’laya kepadaku. Bahawa akulah yang empunya isteri sembilan puluh sembilan itu. Bahawa akan Awarayaa itu seorang juga perempuan yang di kehendakinya maka itupun kuambil isteriku”. Maka di dalam kata itu di bicarakan Daud maka berseru-serulah Daud menangis dan sujud dia di hantarkannya kepalanya ke tanah daripada takutnya akan tuhannya. Maka mengalirlah air matanya berbangkit ia daripada tempatnya lalu ia pergi ke atas bukit Thursina. Telah sampailah ia ke sana maka sujudlah ia serta dengan tangis maka air matanya mengalir segenap tubuhnya dan pada suatu qaul bahawa akan air mata Daud yang keluar daripada matanya itu seperti dua buah buyung yang di tuangkan airnya tiada berputusan keluarnya. Demikianlah air matanya Daud bahawa daripada air matanya itu tumbuh rakhona amat lebat daunnya maka Daud tiada kelihatan terdinding oleh rumput itu.
Adapun akan Daud tatkala sujud ia empat puluh hari empat puluh malam tiada makan dan tiada minum. Lepas empat puluh hari maka Daud mengangkatkan kepalanya maka di lihatnya rumput itu daripada hijau jadi kuning oleh takut akan tuhannya jadi kering. Maka sekali lagi Daud berseru-seru maka cucur air matanya limpah datang kepada Daud lambungnya maka Daud pun mengadah ke langit katanya “Yaa Alahaya Arahamanaya Ba Rahamataka. Ya tuhanku rahmat akan daku dan air mataku ini”. Maka Jibril pun datang berkata “Ya Daud, hendaklah engkau perbaiki hari yang kufur buat akan dia itu”. Maka sembah Daud “Ya tuhanku, bahawa akan Awarayaa itu telah mati syahid ia akan hambamu juga lagi di dalam dunia ini. Betapa hambamu menyukakan hatinya maka firman “Ya Daud, pergilah engkau kepada kubur Awarayaa itu”. Maka berkata Daud “Ya Awarayaa, halalkanlah dosaku” maka keluar suara di dalan kubur Awarayaa itu “Tiada kuhalalkan dosa itu”.
Maka Jibril pun datang berkata “Ya Daud, demikian firman Tuhan kepadamu. Bahawa pada hari kiamatlah aku suruh halalkan dosamu kepada Awarayaa itu”. Maka tinggal perkataan itu atas Daud datang kepada hari kiamat suatu qaul di kata orang “Bahawa Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan sebuah mahligai di dalam syurga akan balas orang yang menghalalkan dosa samanya Asalama”. Maka di perlihatkan Allaha Taa’laya kepada Awarayaa mahligai itu maka sembah Awarayaa itu “Ya tuhanku mahligai ini siapa empunya dia”. Maka firman mahligai itu akan untung segala orang yang menghalalkan dosa orang di dalam kuburnya maka mahligai itu aku anugerahkan ia akan dia balas daripada tuhannya. Maka sembah Awarayaa “Ya tuhanku, bahawa hambamu halalkanlah dosa Daud itu yang doasanya kepada hambamu itu” maka firman Allaha Taa’laya “Ya Daud sudahlah di halalkan dosamu itu”. Maka kembalilah Daud daripada kubur Awarayaa itu naik ke bukit Thursina berbuat ibadat berapa puluh hari lamanya.
Maka nabi Allaha Daud pun turun daripada bukit Thursina maka segala bani Israil pun datang mendapatkan nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama. Katanya “Ya rasul Allaha, apa per dukacita itu maka nabi Allaha empat puluh hari empat puluh malam tiada merasa makan dan minum” maka kata Daud “Tahukah kamu bahawa jawab tuhan dan qasadnya datang kepadaku bahawa kukerjakan adakan menghukumkan segala makhluk dengan adil dan membayar segala hak orang dan meminta hak seseorang supaya jangan ia mengikut hawa nafsunya dan barang siapa melakukan kehendak kepada nafsunya bahawa dialah seksa azab yang amat pedih.”
Laqowalaha Taa’laya Ana Alazayana Yadholawana A’na Sabayala Allaha Lahama A’zaaba Shadayada Bamaa Nasawaa Yawama Al Hasaaba ertinya maka kata segala bani Israil “Ya rasul Allaha, apa upaya kita melupakan dosa itu” maka ujar nabi Allaha Daud “Taubat dan minta ampun kepada yang empunya hak. Maka dengan sangat-sangat takut kamu akan Allaha Taa’laya”. Maka Daud pun pergi ke Bayata Al Maqodasa tatkala langkahnya kanan di masukkannya ke Bayata Al Maqodasa maka menangislah dia. Maka Jibril turun membawa firman Allaha Taa’laya “Ya Daud, bahawa Allaha Taa’laya mengampuni dosanya” seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Faaghofaranaa Laha Zalaka Wa Ana Laha A’nadanaa Lazalafaya Wa Hasana Maaba ertinya firman “Ya Daud, bahawa kuampun doasamu dan kuperkenankan taubatmu kerana barang siapa yang meminta kepadaku nescaya kuberi juga. Maka akan sekarang pun maka barang siapa meminta kepada Allaha Taa’laya berlaku juga kehendaknya di penuh Allaha Taa’laya dan barang siapa meminta ampun kepada Allaha Taa’laya bahawa di ampuni Allaha Taa’laya jua dosanya”. Maka firman datang “Ya Daud, sekarang duduklah engkau menghukumkan segala makhluk maka di hukumkan Daudlah dengan hukum yang sebenarnya.
Maka pada suatu hari datang dua kehadapan Daud seorang namanya Jalaaba akan dia banyak kambing dan seorang namanya Dahaqoana ialah yang empunya tanaman. Maka Dahaqoana itulah mendengar Jalaaba maka kata Dahaqoana “Ya nabi Allaha bahawa kambing Jalaaba ini berbinasa tanaman kita segala dengan segala buahnya pun habis dimakannya”. Maka ujar Daud “Pergilah kamu bilang berapa yang di makan oleh kambing Jalaaba” dan akan di padanya itu suruh Daud beri pada Jalaaba sepuluh ekor kambing. Maka Jaalaba pun keluar dengan tangis maka datang Sulaiman. Maka tatkala itu umur Sulaiman baharu tujuh tahun.
Setelah di lihatnya hal Jalaaba itu menangis maka kata Sulaiman “Hai Jalaaba, mengapa maka engkau menangis”. Maka kata Jalaaba “Bahawa ayahanda menghukumkan aku kerana kambingku makan tanaman Dahaqoana. Maka sepuluh ekor kambingku di berikan Dahaqoana telah ku perkenanlah hukum itu tetapi terhantarlah aku dengan kasihanku”. Maka kata Sulaiman “Hai Jalaaba, katakan kepadaku segala halmu dengan Dahaqoana yang telah lalu itu” maka di katakan Jalaabalah semuanya hal itu keoada Sulaiman. Maka Sulaiman pun menyuruh berkata kepada ayahnya nabi Allaha Daud “Ya khalifah tuhan yang maha mulia, baik di kembalikan kambing Jalaaba dengan cara yang baik supaya kebajikan di peroleh”. Maka kata Daud “Siapa menyuruh mengembalikan kambingnya ini” maka kata Jalaaba “Anakanda Sulaiman” maka di suruh Daud panggil Sulaiman.
Setelah datang Sulaiman maka ujar Daud “Mengapa maka engkau menyuruh kembalikan kambing Jalaaba itu kerana aku hukumkan dia”. Maka ujar Sulaiman “Ya khalifah Allaha, baik di bicarakan baik-baik kerja ini supaya jangan binasa” seperti yang tersebut di dalam Laqowalaha Taa’laya Wa Daawada Wa Salayamaana Aza Yahakamaana Faya Al Haratsa Aza Nafashata Fayaha Ghonama Al Qowama Wa Kanaa Lahakama Hama Shaahadayana ertinya maka kata Daud “Ya sulaiman, betapa hendaknya padamu hukum ini”. Maka kata Sulaiman “Hai bapa, bahawa akan tanaman Dahaqoana itu sungguhpun ia di makan kambing sungguhnya buahnya dan daunnya juga akan pohonnya tiada binasa. Adapun juga di ambil hak seorang maka di berikan pada seorang hadiahlah ia seorang kasihan yang benar itu. Tuan hamba berkata suruh perbaiki tanaman Dahaqoana itu dalam sanahan sekira-kira berbuahlah tanaman itu kembali seperti dahulu maka serahkanlah kepada Dahaqoana tanamannya itu”.
Adapun akan Sulaiman di suruh Jalaaba memelihara tanaman itu akan segala kambing Jalaaba itu Dahaqoanalah mengambil suatu. Apabila tanaman Dahaqoana sudah baik maka di kembalikan Jalaaba kepada Dahaqoana maka tiadalah ia menjadi kasihan. Maka ujar Daud “Ya Sulaiman, bahawa Allaha Taa’laya yang anugerahkan dia bicara akan dikau” seperti tersebut di dalam Qoraana Al A’zhoyama memuji Sulaiman Laqowalaha Taa’laya Fafahamanaa Haa Salayamaana Wa Kalaa Atayanaa Hakamaa Wa A’lamaa ertinya perkenankan Allah Taa’laya doa nabi Allaha Daud akan anaknya Sulaiman maka di anugerah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Sulaiman ilmu dan hikmat. Bermula akan Jalaaba pun terlalu sukacitalah akan hukum itu maka daripada hari itulah barang kala Daud menghukumkan orang maka anaknya Sulaiman pun ada hadir sebelah kanan. Apabila Daud menghukumkan maka di lihatnya jika benar di perbenarkanlah.
Maka suatu hari datang perempuan tua kepada nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama ia berbantah dengan kata perempuan tua itu “Ya khalifah Allaha, bahawa aku seorang perempuan yang dhoif menjunjung bakul tepung hendak ku bawa ke rumahku datang angin di tiupnya tepung itu habis terbang daripada bakul hamba. Tiadalah apa hamba bawa pulang ke rumah hamba hendaklah nabi Allaha hukumkan hak hamba itu”. Maka ujar nabi Allaha Daud “Hai perempuan, akulah memberikan engkau segala tepung kerana tiada dapat aku menghukumkan angina”. Maka di beri nabi Allaha Daud segala tepung akan dia di suruhnya bawa pulang ke rumahnya maka tatkala keluar perempuan tua itu daripada majlis nabi Allaha Daud datang kepada Sulaiman. Maka kata Sulaiman “Perempuan tua apa pekerjaanmu maka engkau pergi ke hadapan khalifah Allaha itu” maka di katakannyalah segala dakwanya itu kepada Sulaiman. Maka ujar Sulaiman “Hai perempan tua, kembalilah engkau dahulu kepada khalifah Allaha berkatalah engkau Ya khalifah Allaha bahawa aku hendakkan hukum Allaha yang sebenarnya pada dakwaku ini. Bahawa ku berkehendak kepada anugerah mu ini”.
Setelah datanglah kepada nabi Allaha Daud dan barang yang di kata Sulaiman itu semuanya di katakan kepada nabi Allaha Daud. Maka ujar Daud “Sepuluh kali bakul lagi kuberi akan dikau tepung bahawa tiada dapat menghukumkan engkau” maka perempuan tua itupun ia keluar daripada majilis khalifah itu datang ia kepada Sulaiman. Maka ujar Sulaiman “Betapa pekerjaanmu itu” maka kata perempuan tua itu “Inilah yang diberi khalifah Allaha akan hamba sepuluh bakul tepung” maka ujar Sulaiman “Kembalikan olehmu tepung itu katakan engkau hendakkan hukum jua tiada engkau hendak akan anugerahmu”. Maka perempuan itupun kembalilah pula kepada nabi Allana Daud maka di katakannya seperti kata Sulaiman maka ujar Daud “Siapa menyuruh engkau mengembalikan” maka lalu di suruh oleh nabi Allaha Daud panggil Sulaiman.
Setelah datang Sulaiman maka kata Daud “Ya anakku, bahawa akan daku tiada dapat menghukumkan angin itu” maka sahut Sulaiman “Ya tuan hamba, pinta doa tuan hamba kepada tuhan yang maha tinggi menitahkan angin itu mari kehadapan ayahanda supaya dapat ayahanda bertanya kepada angin itu kerana angin itupun makhluk sebagai kita juga di jadikan Allaha Taa’laya jua dia”. Maka Daud pun minta doalah kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya serta Sulaiman mengucap Amayana maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menitahkan angin itu datang kepada nabi Allaha Daud. Maka nabi Allaha Daud pun bertanya kepada suatu qaul angin itu angin Utara maka kata nabi Allaha Daud “Hai angin, apa sebabnya maka engkau tiupkan segala tepung itu daripada atas kepala perempuan itu. Maka akan sekarang hendaklah kembalikan tepung perempuan itu”. Maka sahut angin itu “Ya nabi Allaha, bahawa sekali-kali tiada dengan sekehendak hamba meniupkan tepung perempuan itu melainkan dengan izin Allaha Taa’laya jua maka dapat hamba meniupkan tepung perempuan itu”.
Maka kata nabi Allaha Daud “Apa perinya itu” maka kata angin “Ya nabi Allaha, ketahui oleh tuan hamba di dalam laut itu ada sebuah kapal pasak maka orang di dalam kapal itu pun haru biru hampirlah akan tenggelam dan banyak harta di dalam kapal itu. Maka minta doalah orang itu kepada Allaha Taa’laya demikian doanya juga selamatkan Allaha Taa’laya kapalku ini daripada karam bahawa aku keluarkan hartaku ini yang di dalam kapal ini sepuluh emas. Maka dengan firman Allaha Taa’laya mintakan hamba meniupkan tepung yang di dalam bakul yang di junjung olen perempuan tua itu. Maka hamba bawalah tepung itu maka hamba tutupkan pasuk kapal itu maka selamatlah kapal itu dengan segala isinya. Adapun akan kapal itu tiga hari lagi sampailah kepada tuan hamba”.
Setelah genaplah tiga hari maka kapal itupun sampailah kepada nabi Allaha Daud maka segala orang yang isi kapal itu semuanya datang kepada nabi Allaha Daud serta menyatakan doanya tatkala hendak karam kapalnya itu di dalam laut serta ia hendak mengeluarkan hartanya yang di dalam kapal itu. maka kata Daud “Sebaik-baiknyalah seperti cerita tuan itu kerana tatkala tuan akan karam itu maka oleh seorang perempuan tua membawa segala tepung. Maka di bawanya pergi tutupkan kapal tuan yang pasuk itu maka lepaslah segala kapal itu maka sekarang ini hendaklah tuan-tuan keluarkan yang seperti kata tuan-tuan itu berikan orang tua perempuan itu. Jikalau tuan tiada percaya akan kata hamba hendaklah tuan-tuan pergi melihat pada kapal tuan-tuan pasaknya itu”. Maka segala orang kapal itupun pergi ia melihat kapalnya yang pasak itu di lihatnya sesungguhnyalah seperti kata nabi Allaha Daud itu adalah bawah itu kapal yang pasak itu maka sekarang kapal itupun mengeluarkan segala hartanya hendak di berikan akan perempuan tua itu dengan ikhlas hatinya hendak memberikan hartanya itu.
Maka kata nabi Allaha Daud “Hai perempuan tua, ambillah segala hartanya ini akan dikau” maka Sulaiman pun berkata “Ya perempuan tua, apa kebaktian mu kepada Allaha Taa’laya maka harta yang amat banyak di anugerahkan Allaha Taa’laya di dalam dunia kemuliaan ini”. Maka kata perempuan tua itu “Aku tiada tahu buat ibadat ada pada suatu hari aku berjalan maka bertemu dengan seorang lapar ada padaku sebuah apam hendakku makan maka di pintanya kepadaku maka kuberi akan dia. Setelah habis di makan kesemuanya apam itu maka katanya belum aku kenyang oleh apam satu ini maka kata hamba kepadanya mari engkau ke rumahku keluar ada anak cucuku bermasak apam. Sungguhpun berkata demikian itu di dalam hatiku kalau-kalau tiada anak cucuku bermasak tiadalah sampai seperti janji hamba dengan dia. Maka adalah dirham hamba itu tujuh puluh hamba taruh jikalau tiada boleh apam maka dirham yang tujuh puluh hamba taruh itu hamba berikan ia”. Maka Jibril pun datang kepada nabi Allaha Daud demikian kata Jibril “Ya nabi Allaha di dalam dunia ini miskin memberi Allaha Taa’laya akan dia di dalam akhirat tujuh kian lagi di anugerahkan tuhan akan dia” demi di dengar nabi Allaha Daud kata Jibril demikian maka kata nabi Allaha Daud “Hai perempuan tua ambillah harta ini halal kepadamu lagi suci adanya”.
Adapun pada sehari itu segala bani Israil berhimpun berkata-kata “Ya khalifah Allaha, suatu kami pinta Zabur engkau bacakan kiranya supaya kami mendengar dia” maka kata nabi Allaha Daud “Berhimpunlah engkau segala bani Israil supaya kubacakan Zabur di hadapan mereka itun sekelian”. Setelah itu maka segala kaum bani Israil pun berhimpunlah semuanya maka nabi Allaha Daud pun naiklah ke atas minbar memuji Allaha A’za Wa Jala dengan beberapa ayat di bacanya di dalam Zabur itu. Maka di dengar oleh segala makhluk dengan tujuh puluh bagai bunyinya suara nabi Allaha Daud maka suatu suatu bagai ayat itu terlalu merdu di dengar orang empat ribu anak dara yang mati mendengar suara nabi Allaha Daud.
Maka kata Sulaiman “Ya khalifah Allaha, segala makhluk merasai lazat merdu suara khalifah Allaha binasalah hatinya” maka di lihat oleh nabi Allaha empat ribu anak dara yang mati dan segala laki-laki dan perempuan yang muda-muda habislah mati. Maka perempuan yang tua-tua pun habislah rebah melainkan yang tua-tua juga yang dapat menahan dirinya. Maka sekeliannya itu apabila di dengarnya bunyi Zabur di bacanya nabi Allaha Daud itu merasalah ia oleh mendengar lazat suara itu dan beberapa burung yang terbang jatuh ke tanah dan segala daun kayu pun habis luruh daripada rantingnya dan air itupun berhenti mendengarkan suara nabi Allaha Daud.
Maka kemudian dari itu adalah pada suatu hari maka datanglah bani Israil ke hadapan nabi Allaha Daud. Maka kata mereka itu “Ya khalifah Allaha, hendaklah tuan hamba tunjukkan kami hukum hari kiamat itu hendak lihat di dalam dunia ini” maka kata nabi Allaha Daud “Nantilah oleh kamu tiga hari lagi di tunjukkan kepada kamu sekelian”. Maka setelah di dengarnyalah mereka itu sekelian kata nabi Allaha Daud demikian mereka itupun kembalilah kepada tempatnya. Maka ada seorang penghulu bani Israil itu terlalu kaya bahawa seorang pun tiadalah daripadanya dan terlalu banyak ia menaruh unta dan kuda dan lembu dan keldai.
Bahawa dia memilik kambing dan barang yang ada warna lembu dalam dunia ini adalah kepadanya. Adapun ada seekor lembu ada padanya terlalu sangat baik rupanya tiadalah ada sebagainya lembu di dalam dunia ini seperti warna lembu itu. Jikalau barang kemana ia pergi lembu itu di bawanya serta tiada pernah di tinggalkannya maka segala kaum bani Israil itupun datanglah mari melihatkan rupa lembu maka mereka itupun terlalu sukacita oleh melihat lembu yang baik rupanya. Adapun akan tanduknya lembu itu di salutnya dengan emas sepuluh mutu serta di tatahkannya dengan permata puadi manikam dan beberapa pun pakaian lembu itu di perbuat oleh saudagar itu maka di dalam banyak-banyak kaum bani Israil ialah yang lebih kaya lagi tiada siapa pun boleh melampaukan katanya itu. Maka tatkala di hadapan orang banyak itu ia berkata “Jikalau kiranya barang siapa melukakan lembuku ini aku perlu balas pula jikalau di bunuhnya lembuku ini ialah kubunuh pula” seraya saudagar itu berkata demikian sekelian orang pun takutlah. Jikalau barang ke mana ia pergi pun tiadalah siapa menewaskan dia.
Pada masa itu ada seorang perempuan daripada bani Israil darwis lagi zuhud seorang anaknya lelaki baligh lagi zuhud diam di dalam hutan Bayata Al Maqodasa itu berbuat suatu tempat berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya. Adapun akan tempat itu terbit mata air di sisi maka adapun sepohon delima di hadapan menaranya itu. Maka pada sehari delima itu berbuah dua biji maka oleh perempuan itu akan delima itu di berikannya akan anaknya sebiji dan akan dirinya sebiji. Demikianlah sehari rezekinya dua buah delima itu di makannya maka pada suatu hari itu berkata anaknya “Nikmatnya aku hendak melihat dia” maka kata ibunya “Hai anakku dan cahaya mataku dan buah hatiku anakku padakanlah sekadar nikmat yang sudah di kurniakan Allah kita ini supaya jangan hilang anugerah tuhan seru sekelian alam daripada kita”. Maka kata anaknya “Hai ibuku pada sehari ini tiadalah pada aku buah delima ini” setelah demikian kata anaknya itu maka pohon delima itupun lenyaplah daripada orang dua beranak itu. Maka kata ibunya “Telah tiada engkau syukurkan anugerah tuhan yang maha tinggi maka hilanglah nikmat itu daripada kita” maka kedua beranak terlalulah laparnya daripada sehari itu datang kepada sehari yang lain pun tiada juga di perolehnya rezeki hingga datanglah kepada tiga hari tiada juga mereka itulah seperti akan matilah pada rasanya.
Adapun akan anaknya itu tiadalah tertahan laparnya maka berkata anaknya kepada ibunya “Ya ibuku minta doalah ia kepada tuhan alam supaya di anugerah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya makanan yang halal akan kita kedua. Taubatlah aku daripada memada akan anugerah tuhan itu”. Demi ibunya mendengarkan kata anaknya itu maka ibunya pun minta doa memohonkan rezekinya yang halal maka anaknya pun mengucapkan Amayana. Maka pada ketika itu datanglah seekor lembu yang amat baik rupanya terdiri di hadapan orang dua beranak itu serta katanya “Hai perempuan tua, bahwa akulah rezekimu yang halal”. Maka kata ibunya kepada anaknya “Hai anakku, ambillah lembu itu bawa kepada suatu tempat maka ikat kaki tangannya serta hadapkan mukanya kepada kiblat maka sembelihlah olen anakku kepada ketika itu”. Maka di kerjakanlah olen anak seperti kata ibunya itu serta di letakkanya sakan kepada leher lembu itu maka berkata pula lembu itu “Sembelihlah aku olehmu segera kerana rezekimu yang halal”. Maka demi di dengarnya kata lembu itu maka di sembelihnya lembu itu serta di lapahnya dagingnya dan di hirisnya hatinya itu lalu di pacakkan dan permasaknya lalu di makannya maka itulah yang di makannya dua tiga hari.
Adapun akan lembu saudagar itu apabila petang hari ia kembali ke rumah saudagar itu maka ketika petang itu tiadalah ia kembali maka di suruh oleh saudagar itu cari lembu itu tiada juga bertemu dengan lembu itu. Adapun akan perempuan dua beranak itu masygullah ibadatnya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya maka dengan takdir Allaha Taa’laya maka datanglah seorang perempuan ke tempat perempuan dua beranak itu. Maka di lihatnya oleh perempuan itu banyak darah meleleh kepada tempat itu maka himatnya oleh perempuan itu maka di lihatnya kepala lembu itu dagingnya lembu itu perempuan dua beranak makan daging lembu itu. Maka iapun keluar maka perempuan zuhud itu berkata kepada anaknya “Sekali kita beroleh di dalam antara kaum bani Israil yang banyak itu dan beberapa tahunlah kita berbuat ibadat dengan rezeki kita. Tiadalah dengan kita perolehkan itulah kita makan sekarang datanglah kepada kesudahan kita dan umur kita. Maka kerja ibadat nafsu daripada makan makanan itu maka diri kita pun habis buruk”.
Maka akan perempuan yang melihat itupun datanglah pada penghulu itu katanya “Hai saudagar, akan lembu tuan hamba yang hilang itu masuk pada tempat perempuan zuhud yang dua beranak itu telah sudahlah di sembelih lembu itu. Hamba lihat dagingnya di pacaknya di makannya”. Maka tatkala penghulu lembu itu duduk serta kaumnya setelah ia mendengar kata perempuan itu maka lalu berbangkitlah ia pergi mengadap nabi Allaha Daud. Katanya “Ya khalifah Allaha, bahawa lembu hamba di bunuh orang di makannya dagingnya bahawa sekarang hamba hendakkan hukum pada tuan hamba”. Maka ujar nabi Allaha Daud “Siapa orang itu bawalah ke mari berdiri ia supaya ia menjawab katamu itu”. Maka pergilah penghulu lembu itu memanggil perempuan zuhud dua beranak itu pun datang ke hadapan nabi Allaha Daud. Maka pada sangka segala bani Israil yang banyak itu akan perempuan zuhud dua beranak itu di bunuhlah oleh saudagar itu bahawa kerana kata penghulu lembu itu “Kubunuh akan dia”.
Setelah datanglah perempuan zuhud dua beranak itu ke hadapan nabi Allaha Daud maka sabda nabi Allaha Daud “Mengapa kamu kedua membunuh lembu itu” maka sahut perempuan itu “Ya nabi Allaha” maka di ceritakannyalah daripada permulaannya datang lembu itu berkata “Ya khalifah Allaha, akan kata lembu itu sembelihlah aku akan kamu bahawa kerana akulah rezekimu yang halal”. Maka kata penghulu lembu itu “Adakah binatang tahu berkata-kata demikian” maka ujar nabi Allaha Daud “Hai penghulu, ambil olehmu seribu dinar tinggalkanlah dakwamu itu”. Maka sahutnya “Aku tiada mahu hukumkan juga dengan hukum yang sebenarnya” maka kata nabi Allaha Daud “Aku penuhkan kulit lembu itu dengan emas ambillah olehmu tinggalkanlah dakwamu itu”. Maka sahutnya “Aku tiada mahu hukumkan juga dengan hukum yang sebenarnya” maka nabi Allaha Daud pun melihat kepada perempuan zuhud itu.
Maka ujar perempuan itu “Ya nabi Allaha, datanglah jawab tuhan alam kepada kami dua beranak itu sabar. Bermula akan buah delima kami makan sehari-hari itupun lenyaplah daripada kami dengan pohonnya daripada hadapannya kami dan tiga hari tiga malam kami tiada makan maka tiadalah kuasa kami menahan lapar. Maka lembu itupun datanglah ke hadapan kami berkata dengan fasihnya lidahnya hai tuan dua beranak sembelihlah hamba kerana hamba ini rezekimu yang halal. Janganlah syak tuan hamba bahawa hamba ini rezekimu dua beranak yang halal lagi suci”. Maka oleh anak hamba di sembelihnya lembu itu maka kata penghulu lembu itu “Ya khalifah Allaha, nyatalah lembu hamba itu di bunuh orang, hamba bunuh pula yang membunuh dia itu”.
Dengan demikian itu maka Jibril pun datanglah membawa firman Allaha Taa’laya katanya “Ya nabi Allaha Daud, bahawa hamba datang ini Allaha Taa’laya menitahkan dalam kepada tuan hamba esok hari suruhkan segala bani Israil berhimpunlah ke padang. Bahawa akan esok hari ia akan melihat hukum hari kiamat hendak di hukumkan tuhan alam ke padang bahawa esok harilah seperti hukum pagi Jumaat”. Maka kata nabi Allaha Daud “Hai segala kaum bani Israil, esok harilah kamu kecil besar hina dina dan laki-laki perempuan berhimpun ke padang. Bahawa kamu hendak melihat hukum hari kiamat kamu lihatlah esok hari pada hukum penghulu lembu dengan perempuan zuhud dua beranak itu”. Maka di hantarkan di tengah padang itu sebuah kerusi maka naiklah nabi Allaha Daud ke atas minbar yang seperti kerusi itu. Maka orang banyak pun datanglah berhimpun maka penghulu lembu dan perempuan zuhud dua beranak pun datanglah. Maka nabi Allaha Daud pun membaca ayat Zabur segala makhluk berdiam dirinya mendengarkan dia sekeliannya lupa akan dirinya mendengar lazat suara nabi Allaha Daud itu pada hatinya segala makhluk itu “Barang jangan apalah kiranya nabi Allaha berhenti daripada membaca Zabur itu”.
Maka Jibril pun datang berkata “Ya nabi Allaha, katakan pada penghulu lembu itu ingatkah tatkala engkau keluar dari benua Sham pergi ke benua Mesir. Engkau mengambil upahnya pada seorang yang empunya lima ratus unta membawa emas daripada dirham semata dan beberapa daripada permata yang berbagai-bagai adanya. Maka yang empunya unta lima ratus itu engkau bunuh lalu kau tanamkan ke dalam pasir. Maka unta lima ratus itu kau bawa harta itu ke benua Mesir maka banyaklah labanya kau peroleh. Kira-kira empat puluh hari empat puluh malam maka kembalilah ke benua Sham. Maka kaukatakan pada segala makhluk engkau empunya harta itu dengan sebab harta orang itulah maka engkau katakan dirimu kami pada sehari-hari makin bertambahlah hartamu datang masa sekarang. Adapun yang engkau bunuh itu suami perempuan inilah dan kanak-kanak inilah empunya bapa”. Telah di dengar penghulu lembu itu kata demikian maka pucatlah warna mukanya tetapi bersangkal ia maka katanya “Selama hidupku ini seorang pun tiada kubunuh dan tiada pernah aku merampas harta orang”.
Maka berkatalah tangannya “Ya nabi Allaha, akulah menikam bapa kanak-kanak ini” dan segala anggotanya pun memberi saksi katanya “Akulah menanamkan ke dalam pasir” maka mulutnya tiadalah dapat berkata-kata di situ kerana segala anggotanya sudah berkata benar. Demikianlah hukum pada hari kiamat itu seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Al Yawama Nakhotama A’laya Afawaaha Hama Wa Takalamanaa Ayadaya Hama Wa Tashahada Arajala Hama Bamaa Kaanawa Yakasabawana maka nabi Allaha Daud mencelahlah kepada kaum bani Israil yang banyak itu katanya “Hai kaum, ketahui olehmu sekelian hokum kepada hari kiamat itu seperti inilah”. Kata mereka itu “Ya khalifah Allaha, baharu tahu kami hukum hari kiamat itu bersalahan dengan hukum di dalam dunia ini” maka oleh nabi Allaha Daud katanya penghulu lembu aniaya itu suruh penggal lehernya dengan firman Allaha Taa’laya tuhan alam. Maka segala hartanya dan miliknya dan segala hamba sahayanya semuanya di kembalikannya kepada perempuan zuhud dua beranak itu barang kehendak hatinya di kerjakanlah harta itu.
Maka Jibril pun datang membawa firman Allaha Taa’laya kepada nabi Allaha Daud seperti tersebut di dalam Qoraana Yaa Daawada Azakara Alaaya Wa Naa’maaya Faana Hama Laa Yarawana Alaa Ba Al Shakara Wa Al Karaama Ya Daud ingatkan olehmu segala nikmatku akan segala hambaku yang tiada mengetahui itu melainkan dengannya syukur memadakan dia. Laqowalaha Taa'laya Qoala Yaa Daawada Qola Lalanaasa Hala Wa Jadatama Ba Al Lathofa Manaya Hai Daud katakan kepada segala manusia adalah kamu peroleh tuhan yang mengasihi kamu dan memberi nikmat akan kamu. Demikian lagi di dalam Qoraana di sebutkan Allaha Taa’laya Laqowalaha Taa’laya Allaha Lathoyafa Ba A’baadaha Yarazaqo Mana Yashaa ertinya tatkala datang umur nabi Allaha Daud kepada seratus tahun maka sehari nabi Allaha Daud duduk di atas mahligai Jibril pun datang menghantarkan suatu surat ke hadapannya nabi Allaha Daud. Dalam surat ini lima masalah ini akan dialah di suruhkan kerajaan khalifah akan ganti ini siapa suratan Raalata Gholabata Allaha Daud. Katanya “Ya nabi Allaha, di dalam surat ini lima masalah tersebut suruh panggil anak tuan hamba sekelian barang siapa dapat memberi jawab masalah ini akan dialah di serahkan kerajaan khalifah akan ganti tuan hamba kerana ajal tuan hamba pun hampir Izrail akan mengambil nyawa tuan hamba”.
Demi di dengar nabi Allaha Daud kata itu maka berubahlah warna mukanya adapun di bawa Jibril serta dengan masalah itu sebentuk cincin Mamalakaha dan suatu cemeti daripada api neraka dan cincin itu di keluarkan dari dalam syurga dan cemeti itu di keluarkan dari dalam neraka. Adapun akan cemeti itu barang siapa hendak di palukannya maka tidaklah dengan tangannya melainkan sendirinyalah memalukan Laqowalaha Taa’laya Wa Mana Yazagho Mana Hama A’na Amaranaa Nazaqoha Mana Azaaba Al Saa’yara ertinya akan Daud itu apabila di palukan menjadi dua lidah api pada satu cawang ke kanan dan satu cawang ke kiri. Adapun barang siapa ada cincin Mamalakaha itu ada pada tangannya maka barang siapa tiada menurut katanya di seksanya barang ada dalam alam ini daripada jin dan manusia binatang sekelian hadir mengadapkan dia dengan takutnya.
Maka kata Jibril “kerajaan ini pada siapa engkau jatuhkan dia itu dan masalah ia siapa dapat menjawab akan dia maka akan dialah kuberi akan kerajaan alam sekelian”. Bahawa akan nabi Allaha Daud ada sebelas orang anaknya maka yang bongsunya itu bernama Sulaiman maka oleh nabi Allaha Daud panggil segala anaknya. Maka sekeliannya datang berdiri di hadapan bapanya maka ujar nabi Allaha Daud “Hai anakku sekelian, ketahui oleh kamu bahawa berapa masalah ini katakan pada kamu sekelian barang siapa dapat menjawab akan dia pada ialah anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya kerajaan alam dunia ini laut dan darat”. Maka sekelian makhluk berdiri mendengar firman masalah itu pada segala anaknya itu. Katanya “Hai anakku sekeliannya, bahawa akan iman itu di mana tempatnya, akan kuat itu di mana tempatnya dan kasih itu di mana tempatnya dan akal itu di mana tempatnya” maka seorang pun anaknya yang lain tiada dapat menyahut.
Maka ujar Sulaiman “Hai bapaku, jikalau dengan izin bapaku hambalah menjawab akan dia. Adapun iman itu pada hati, adapun kasih itu tempatnya pada jantung dan malu itu tempatnya pada mata hati dan akal itu tempatnya pada kepala dan kuat itu tempatnya pada tulang”. Maka kata nabi Allaha Daud “Benarlah katamu itu” apabila sudah Sulaiman menjawabkan masalah itu maka kata nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama “Ya anakku Sulaiman bahawa akan kerajaan Makata ini sebenarnyalah engkau memegangkan dia. Engkaulah menjadi khalifah di dalam dunia ini”. Laqowalaha Taa’laya Wa Waratsa Salayamaana Daawada Wa Qoala Ya Ayahaa Al Naasa A’lamanaa Manathoqo Al Thoyara Wa Aratayanaa Mana Kala Shaya Ana Hazaa Lahama Al Fadhola Al Mabayana ertinya bahawa Allaha Taa’laya menceritakan padamu ya Mahamada “Bahawa akan aku menganugerahkan kerajaan Daud itu akan Sulaiman”.
Tatkala duduklah Sulaiman di atas tahta kerajaan maka ujar Sulaiman katanya “Ketahui olehmu hai segala manusia, bahawa aku di anugerahkan tuhan seru alam bahasa segala manusia dan bahasa segala mergastua akan daku”. Maka nabi Allah Daud pun bangkit pergi pada tempatnya perbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya adapun akan tempat itu tinggi. Apabila naiklah nabi Allaha Daud baharu dua biji anak tangga maka Izrail pun datang dengan izin Allaha Taa’laya akan mengambil nyawa nabi Allaha Allayaha Al Salama. Maka nabi Allaha Daud pun berbangkit hingga naik ke atas tempatnya berbuat ibadat maka kata Izrail “Tiada firman demikian itu hingga aku mematikan langkahmu naik itu”. Tatkala nabi Allaha Daud akan melangkah ini maka di ambillah oleh Malaka Al Mawata nyawanya nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama. Maka nabi Allaha Daud pun kembalilah dari negeri yang fana ke negeri yang baqo maka nabi Allaha Sulaiman menanamkan mayat ayahnya. Maka sekelian makhluk pun bercinta akan nabi Allaha Daud datang kepada nabi Allaha Sulaiman merendahkan dirinya. Maka di lihat oleh Sulaiman segala manusia dengan percintaanya dan segala isi negeri dengn percintaannya akan nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama.
Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa
No comments:
Post a Comment