Inilah kitab yang
bernama Kashafa Al Asaraara
Cetakan yang ke dua
puluh lapan
Terjemah Al Shayakho Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha Mangkabuya yang
amat indah bagi pengajaran kepada orang yang berkehendak jalan akhirat akan
menyampaikan tabalayagho mudah-mudahan
dapat manafaat pada kemudian hari limpah kurnia daripada tuhan Raba Al A’alamayana Amayana.
Siapa menaruh kitab ini seperti duduk dengan berguru
sehari-hari
Hendaklah di baca tiap-tiap hari janganlah kurang tujuh hari
sekali
Dapatlah ilmu kurnia tuhan ilahi mana-mana yang di tegah
kita jauhi
Iktikad yang betul kita ketahui iktikad yang salah kita
jauhi
Menuntut ilmu wajib pada kita sebelum mengenal tiadalah
hingga
Amal dengan ilmu wajib serta amal tiada ilmu di azab kita
Syarat rukunnya wajib di ketahui sah batal demikian lagi
Amal di terima tuhan ilahi syarat rukunnya sudah kita
ketahui
Siapa beramal dengan jahilnya tiada mengetahui syarat
rukunnya
Amalnya tiada di terima tuhannya tiada mengetahui sah
batalnya
Dan siapa-siapa suka pada kitab ini alamat pertunjuk tuhan
ilahi
Dan siapa-siapa tiada suka kitab ini alamat mengikut iblis
syaitan
Wahai akhowan tuha dan muda hendaklah fikir sentiasa
Jangan seperti orang yang buta tinggal ibadat cari harta
Tiada ingat hidup akan mati bersuka ria jua sepanjang hari
Hanya harta dapatkan diri tiga lapis kapan saja dia memberi
Laa Yajawaza Laahada Thobaa’
Hazaa Al Kataaba Ba Ghoyara Azana Mawalafata
Sanata 1390 hajarayaha
Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Al Hamada Lalaha Raba Al
A’alamayana Al Makashafa Al Ghoyaba Lalafaqoraa Alaya Shoraatho Al Masataqoyama.
Bermula puji tertentu bagi Allaha tuhan sekelian alam yang membukakan yang
ghaib-ghaib bagi segala fakir kepada jalan yang betul.
Amaa Baa’da Faya Qowala Al
Faqoyara Al Haaja Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha. Saalanaya Baa’dho Al
Akhowaana Ana Ajamaa’ Laha Masaala Fa Ajabataha Lazalaka Wa Ana Kanata Layasa
Ahalaa Lamaa Hanaalaka Masataa’yanaa Ba Al Qodarata. Telah meminta
setengah saudara aku menghimpunkan akan beberapa masaalah maka aku perkenankan
akan dia bagi demikian itu dan jika aku tiada ahli bagi barang di sana itu
sekalipun hal keadaan minta tolong dengan tuhan yang amat kuasa yang memilik
memberi nikmat atas segala hambanya kerana harap aku dapat manafaatnya pada
kemudian hari mahashara.
Maka aku carilah di dalam
beberapa kitab A’rab dan bahasa Jawi dengan sekira-kira dapatnya sebab aku
orang jahil bebal kerana kurang ilmu aku berbuat masaalah ini soal jawab supaya
mudah fahamnya kepada orang yang kurang akalnya. Aku mula masaalah ini di ambil
daripada hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Tholaba Al A’lama Farayadhota
A’laya Kala Masalama Wa Masaalamata ertinya bermula menuntut ilmu itu
fardhu atas tiap-tiap Masalama laki-laki dan Masalama perempuan.
Soal - dan mana ilmu fardhu Ain
menuntut dia beri kami jawabnya. Jawab – bermula ilmu yang fardhu ain menuntut
dia itu iaitu tiga ilmu, pertama ilmu Usul Al Din dan kedua ilmu fekah dan yang
ketiga ilmu tashowafa. Soal – dan
mana had ilmu usul yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu fekah yang fardhu
menuntut dia dan mana had ilmu tashowafa
yang fardhu ia menuntut dia. Jawab – adapun had ilmu usul yang fardhu menuntut
dia itu iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan
barang yang harus kepada tuhan kita Jala Wa A’za dan seperti demikian itulah
kepada segala rasul dengan sekira-kira yang mengsahkan akan imannya.
Dan adapun had ilmu fekah yang
fardhu ain menuntut dia iaitu dengan sekira-kira yang mengsahkan akan amalnya
seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang
membatalkan dia. Dan adapun had ilmu tashowafa
fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan
akan pahala amal ibadatnya seperti riya samaa’ta
ajab takbur dan sebagainya yang di cela oleh syarak.
Soal - dan apa kata kamu pada
orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu. Jawab - sabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada sekali di terima amal ibadatnya
dan jikalau mengerjakan haji sekalipun dan lagi haram menuntut ilmu kifayah
sebelum mengetahui ilmu ain misalnya seperti seorang berhutang qodha sembahyang
luputnya dengan tiada uzur dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu
fasik hukumnya kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ain tiada sah jadi
wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiknya.
Soal - dan mana asal ilmu dan
mana asal makrifat. Jawab - bermula asal ilmu itu Qoraana. Bermula ilmu yang tiada muafakat dengan Qoraana dan hadis ilmu itu maradawada tiada boleh di perpakai ia. Soal
- dan mana awal-awal agama dan mana yang
di namakan agama. Jawab - dan adapun awal-awal agama itu sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama Awala Al Dayana Maa’rafata Allaha
Bermula awal-awal agama itu mengenal Allaha Taa’laya.
Soal - dan mana asal mengenal Allaha
Taa’laya. Jawab - adapun asal mengenal Allaha Taa’laya itu iaitu mengenal diri.
Dan adapun yang di namai agama itu iaitu iman, Asalama, tauhid, makrifat. Soal
- dan apa erti iman dan apa erti Asalama dan apa erti tauhid dan apa erti
makrifat. Jawab – erti iman itu percaya akan Allaha Taa’laya dan percaya akan
rasul dan percaya akan segala malaikat, percaya akan kitab dan percaya akan
hari kemudian dan percaya akan untung baik dan jahat itu daripada Allaha. Dan
erti Asalama itu menjunjung titah Allaha Taa’laya dan meninggalkan yang di
tegahkan oleh syarak. Dan adapun tauhid itu iaitu mengesakan zat Allaha dan
sifat Allaha dan afa’al Allaha. Dan erti makrifat itu membezakan antara mahadatsa dengan qodim.
Soal - apa erti percaya akan
Allaha. Dan apa erti percaya akan rasul dan apa rupa percaya akan malaikat. Dan
mana rupa percaya akan kitab dan mana rupa percaya akan hari kemudian. Dan mana
rupa percaya akan untung baik dan jahat beri jawabnya. Jawab - erti percaya
akan Allaha Taa’laya percaya akan zatnya, percaya akan sifatnya, percaya akan
afa’alnya, percaya akan asmanya. Dan erti percaya akan segala rasul itu percaya
akan jadi rasulnya, percaya akan bangsanya Qorayasha
orang Makah, di peranakkan dalam negeri Makah, umurnya enam puluh tiga tahun,
berpindah ke Madinah wafat di Madinah kuburnya di Madinah.
Dan erti percaya akan malaikat
itu di jadikan Allaha Taa’laya bertubuh halus, tiada laki-laki tiada perempuan,
tiada minum tiada makan, tiada syahwat tiada beranak tiada di anakkan, tiada
tidur. Dan erti percaya akan kitab di turunkan Allaha Taa’laya dari langit di
bawa Jabaraayala (Jibril) banyaknya
seratus empat buah kitab. Dan erti percaya akan hari kemudian seperti hari
kiamat berbangkit dalam kubur berhimpun ke padang Mahashara bertimbang dosa dan pahala, titian Shoratho Al Masataqoyama dan telaga dan syurga dan neraka. Dan erti
percaya akan untung baik itu iman dan taat dan untung jahat itu kafir dan
maksiat keduanya itu di jadikan Allaha Taa’laya.
Soal - dan betapa mengesakan zat
Allaha Taa’laya dan betapakah mengesakan sifat Allaha Taa’laya dan betapakah
mengesakan afa’al Allaha beri kami jawabnya. Jawab - adapun mengesakan zat
Allaha Taa’laya iaitu tiada mawajawada
di dalam alam hanya Allaha Taa’laya. Bermula wujud ghoyara Allaha itu tiada hakikat hanya seperti wujud bayang-bayang
tiada hakikat baginya. Dan ertinya esa sifatnya iaitu tiada yang hidup, tiada
mengetahui, tiada yang kuasa, tiada yang berkehendak, tiada yang mendengar,
tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allaha
Taa’laya.
Adapun zahir sifat ini kepada
makhluk tempat memandang sifat tuhan yang zahir pada makhluk yakni
bayang-bayang sifat tuhan kepada hamba seperti wujud kita bayang-bayang bagi
wujud Allaha Taa’laya mustahil wujjud bayang-bayang dengan tiada wujud empunya
bayang-bayang dan mustahil pula bergerak bayang-bayang dengan tiada bergerak
empunya bayang-bayang dan mustahil pula bercerai bayang-bayang dengan empunya
bayang-bayang. Bermula misal ini kerana menghampirkan faham jua bahawasanya
Allaha Taa’laya maha suci daripada misal dan nisbah hanya bayang-bayang itu
barang yang ada tubuh yang beku seperti kayu dan batu hanya zat Allaha Taa’laya
tiada ain hanya ibarat ini tempat zahirnya seperti wujud nur matahari
menunjukkan ada matahari.
Dan mengesakan afa’al itu iaitu
tiada yang empunya perbuatan dalam alam hanya perbuatan Allaha Taa’laya tiada
perbuatan makhluk seberat zarah jua dalam alam. Dan jikalau engkau sangka ada
perbuatan dan ikhtiar itu bagi makhluk dan jikalau sebesar zarah jua pun engkau
itu syirik dan yang di namakan makrifat iaitu membezakan antara mahadatsa dengan qodim dan jikalau tiada
membezakan antara mahadatsa dengan
qodim itulah di namai jahil marakaba
bersusun dua jahil, pertama jahil akan dirinya dan kedua jahil akan tuhannya.
Soal - dan makrifat itu kemana
takluknya. Jawab - adapun takluk makrifat itu iaitu takluk kepada mengenal
diri. Soal - dan mengenal diri itu kemana takluknya. Jawab - dan adapun
mengenal diri itu takluk kepada mengenal Allaha Taa’laya. Dan mengenal Allaha
Taa’laya itu kemana takluknya. Jawab - dan adapun mengenal Allaha Taa’laya
takluk kepada binasakan wujudnya inilah isyarat sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Wa Mana A’rafa Nafasaha Faqoda A’rafa Rabaha Wa Mana A’rafa Rabaha
Fasada Al Jasada Dan siapa mengenal akan dirinya sanya mengenal akan
tuhannya, siapa mengenal akan tuhannya sanya binasa dirinya.
Soal - tatkala itu siapa yang
mengenal dan siapa-siapa yang di kenal. Jawab - adapun yang mengenal itulah
yang di kenal dan yang di kenal itulah yang mengenal isyarat sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama A’rafata Rabaya Ba Rabaya yakni
mengenal aku akan tuhanku dengan tuhanku. Soal - dan apa kita mengenal tuhan
itu kerana tuhan itu tiada ain baginya. Jawab - adapun kita kenal tuhan itu
dengan sifatnya yakni bagus sifatnya seperti firman Allaha Taa’laya aku jadikan
akan tiap-tiap suatu kerana hendak mengenal akan daku pada tiap-tiap suatu
adanya.
Soal - dan mana yang di namai
sifat. Jawab - adapun yang di namai sifat itu iaitu suatu yang menunjukkan akan
suatu yang zaadaha atas zat maka
iaitu sifat namanya. Soal - apa serti sifat dan apa erti zat dan apa erti
afa’al dan apa erti asma. Jawab - erti sifat itu kelakuannya dan erti zat itu
dirinya dan erti afa’al itu perbuatannya dan erti asma itu namanya. Soal - dan
yang mana di namai asma hendaklah beri jawabnya. Jawab - adapun yang di namai
asma itu iaitu suatu yang menunjukkan ia akan suatu maka iaitu asma namanya.
Soal - bermula nama Allaha
Taa’laya itu siapakah yang memberi nama. Jawab - bermula nama Allaha Taa’laya
itu ialah Allaha Taa’laya memberi nama sendirinya tiada nama di hantarkan oleh
makhluk adanya. Soal - bermula nama Allaha Taa’laya itu qodimkah atau mahadatsa. Bermula nama Allaha Taa’laya
itu qodim tiada mahadatsa. Soal -
bagaimana ada Allaha Taa’laya hendaklah beri hukumnya. Jawab - Adapun ada
Allaha Taa’laya itu qodim, baqo, Makhoalafataha
Lalahawaadatsa, Qoyaamaha Ba Nafasaha
dan Wahadaanayata.
Soal - apa faraaqo sifat dengan mawashowafa
dan apa faraaqo wujud dengan mawajawada dan apa faraaqo Alaha dengan Alahayata dan apa faraaqo Alaha dengan
Allaha beri kami jawabnya. Jawab - adapun faraaqo
sifat dengan mawashowafa itaitu sifat
itu kenyataan bagi mawashowafa.
Adapun wujud itu kenyataan bagi mawajawada
dan adapun Alaha itu kenyataan bagi Alahayata. Adapun faraaqo Alaha itu iaitu Alaha
yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya
tiap-tiap barang yang lainnya. Adapun Allaha nama bagi tuhan Waajaba Al Wajawada yang mewajibkan dua
puluh sifat itulah adanya.
Soal - bermula sifat itu
bersyarikat atau bersekutu dengan zat beri aku jawabnya. Jawab - bermula sifat
itu tiada bercerai dengan zat, tiada bersekutu dengan zat tiada kita ketahui
kifayatnya. Soal - bermula sifat itu satu shaya
kah atau dua shaya dengan beri kami
hukumnya. Jawab - bermula sifat itu tidak boleh di kata satu shaya dengan zat, tiada boleh di kata
dua shaya dengan zat, tiada kita
ketahui akan kifayatnya. Soal - dan apa faraqo
antara zat sifat. Jawab - dan adapun perbezaan zat dengan sifat itu iaitu zat
itu dirinya dan adapun sifat itu kelakuannya inilah perbezaannya.
Soal - dan apa sebab dua puluh
sifat itu di bagi kepada empat bahagi iaitu nafasayaha
dan salabayaha dan maa’anaya dan maa’nawayaha apa hukumnya. Jawab - adapun dua puluh sifat itu di
bagi kepada empat bahagi kerana dua puluh sifat itu empat bangsa, pertama
bangsa wujud, kedua bangsa a’dama,
ketiga bangsa hal, keempat bangsa iktibar. Soal - dan mana bangsa wujud dan
mana bangsa a’dama dan mana bangsa
hal dan mana iktibar. Jawab - adapun bangsa wujud itu sifat maa’anaya kerana sifat maa’anaya itu mawajawada pada zahana
dan pada khoaraja. Adapun bangsa a’dama itu sifat salabayaha keadaan sifat salabayaha
itu tiada mawajawada kepada zahana dan tiada pada khoaraja. Adapun bangsa hal itu sifat nafasayaha kerana sifat nafasayaha itu kelakuan mawajawada. Adapun di bangsakan iktibar
itu sifat maa’nawayaha kerana sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat di
bilangkan sifat seperti zat itu bernama haya
yang hidup kerana berdiri sifat hayaata
itu kepada zat inilah erti di keranakan dengan suatu kerana adanya.
Soal - adapun dua puluh sifat itu
berapa martabat beri fatawaa akan
kami. Jawab - dan adapun dua puluh sifat itu tiga martabat, pertama martabat
zat, kedua martabat sifat dan ketiga martabat asma. Soal - dan mana martabat
zat dan mana martabat sifat dan mana martabat asma. Jawab - adapun martabat zat
itu sifat nafasayaha dan salabayaha. Adapun martabat sifat itu
iaitu sifat maa’anaya. Adapun
martabat asma itu iaitu sifat maa’nawayaha.
Soal - dan apa sebab sifat nafasayaha dan salabayaha di namakan martabat zat dan apa sebab sifat maa’anaya di namakan martabat sifat dan
apa sebab maa’nawayaha di namakan
martabat asma apa jalannya beri kami akan fatawaa
nya. Jawab - adapun martabat zat itu tiada siapa-siapa boleh mengetahui akan Kanaha Zat Allaha Taa’laya hingga
malaikat maqorabayana. Adapun sifat nafasayaha tiada kenyataan pada khoaraja. Adapun sifat salabayaha itu
tiada mawajawada kenyataannya pada khoaraja hanya sifat pada khabar jua
itulah jalannya.
Adapun martabat sifat itu di
namakan bagi maa’anaya kerana sifat
itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan alam. Adapun sifat maa’anaya itu ada kenyataan memberi
bekas pada menjadikan alam itulah jalannya. Adapun sifat maa’nawayaha di namai martabat Asma kerana sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat seperti
keadaan zat bernama Qoadara yang
kuasa kerana berdiri sifat Qodarata
kepada zat adanya.
Soal - dan apa sebab wujud,
qodim, baqo, Makhoalafataha Lalahwadatsa,
Qoyaamaha Ba Nafasaha masuk kepada
sifat kaya apa jalannya. Jawab - adapun sifat yang lima itu masuk kepada sifat
kaya kerana sifat yang lima bernama kaya zat iaitu ada zat Allaha Taa’laya
tiada di keranakan dengan suatu kerana dan qodimnya tiada permulaan dan baqonya
tiada berkesudahan dan Makhoalafataha
tiada suatu yang menyerupai dan Qoyaamaha
Ba Nafasaha tiada berkehendak kepada tempat itulah sebab di namai sifat
kaya.
Soal - dan apa sebab sifat Samaa’ Bashora Kalaama Samayaa’ Matakalama masuk
kepada sifat kaya beri akan jawabnya. Jawab - sebab masuk kepada sifat kaya
kerana sifat itu bernama sifat kaya maha suci daripada kekurangan. Soal - dan
apa sebab bersifat Hayaata A’lama
Qodarata Araadata dan Haya A’alama Qoadara Marayada Wahadaanayata
beri jawabnya. Jawab - jikalau Allaha Taa’laya tiada bersifat dengan sembilan
sifat ini nescaya tiada di peroleh suatu daripada alam ini.
Soal - dan apa erti mawajawada kepada zahana dan apa erti mawajawada
kepada khoaraja. Jawab - ertinya mawajawada sifat kepada zat dan ertinya mawajawada
kepada khoaraja memberi bekas sifat
pada menjadikan alam. Soal - dan apa sebab sifat nafasayaha dan sifat maa’nawayaha
mawajawada kepada zahana tiada mawajawada kepada khoaraja.
Jawab - adapun sifat nafasayaha itu
kenyataan bagi mawajawada. Adapun
sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat
bermula nama itu tiada memberi bekas sekali-kali itulah adanya.
Soal - apa sebab sifat salabayaha itu tiada mawajawada kepada zahana dan kepada khoaraja.
Jawab - adapun sifat salabayaha itu
sifat a’damaya tiada mawajawada kepada zat hanya sifat pada khoabara hanya sifat meninggali dan
menafikan barang yang tiada patut bagi tuhan kita Jala Wa A’za inilah sebabnya.
Soal - dan apa sebab sifat maa’nawayaha itu di ibaratkan dengan hal
yang wajib bagi zat selama ada zat itu bersifat maa’anaya dan sifat maa’anaya
itu di ibaratkan dengan sifat yang wajawadayaha
yang berdiri dengan zat Allaha Taa’laya. Jawab - adapun sifat maa’nawayaha itu di ibaratkan dengan hal
yang wajib kerana waasathoha antara mawajawada dan maa’dama kerana sifat itu tiada mawajawada
dan tiada maa’dama dan kerana di qoyada kan dengan sifat maa’anaya kerana mem faraqo kan antara maa’nawayaha qodim dan maa’nawayaha
mahadatsa.
Soal - dan mana kalimat yang
menghimpunkan dia. Jawab - bermula kalimat yang menghimpunkan dia iaitu kalimat
Laa
Alaha Alaa Allaha adanya. Soal - beberapa terkandung pada kalimat Laa dan beberapa terkandung kepada
kalimat Alaha dan beberapa terkandung
pada kalimat Alaa dan beberapa
terkandung dalam kalimat Allaha beri
kami hukumnya. Jawab - adapun terkandung dalam kalimah Laa itu lima perkara iaitu wujud qodim baqo Makhoalafataha Qoyaamaha Ba
Nafasaha. Adapun terkandung dalam kalimah Alaha itu enam iaitu Samaa’
Bashora Kalaama Samayaa’ Bashoyara Matakalama. Adapun terkandung dalam
kalimah Alaa itu Haya A’alama Qoadara Marayada. Adapun terkandung dalam kalimah Allaha lima iaitu Hayaata A’lama Qodarata Araadata Wahadaanayata.
Soal - dan apa sebab sifat lima
dahulu itu terkandung kepada kalimah Laa
itu dan apa sebab sifat yang enam terkandung kepada kalimah Alaha dan apa sebab sifat yang empat itu
terkandung kepada kalimah Alaa dan
apa sebab sifat yang lima yang kemudian terkandung kepada kalimah Allaha beri aku akan sebabnya. Jawab -
Adapun sifat yang lima itu wujud hingga Qoyaamaha
Ba Nafasaha ialah martabat zat Laa
Taa’yana tiada nyata nyatanya. Adapun kalimah Laa itu kalimah tauhid inilah sebabnya. Dan adapun sifat sifat Samaa’ Bashora Kalaama Samayaa’ Bashoyara
Matakalama sebab terkandung kepada kalimah Alaha itu sebab sifat itu
bernama sifat kaya. Adapun makna Alaha
itu kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya itulah sebabnya.
Dan adapun sifat Haya A’alama Qoadara Marayada terkandung
kepada kalimah Alaa kerana sifat itu
melazimi bagi maa’anaya di keranakan
dengan maa’anaya itulah sebabnya. Dan
adapun sifat yang lima iaitu Hayaata A’lama Qodarata Araadata Wahadaanayata
terkandung kepada kalimah Allaha
kerana ia dengan dia zahir segala sifat kerana sifat itu wujud kepada zahana dan kepada khoaraja. Dan adapun makna Allaha
nama bagi zat yang Wajaba Al Wajawada
yang mengwajibkan dua puluh sifat.
Soal - dan apa perbezaan Qodarata dengan Qoadara dan Samaa’ dengan
Samayaa’ hingga ketujuhnya. Jawab -
adapun perbezaan Qodarata dengan Qoadara dan Samaa’ dengan Samayaa’
hingga ketujuhnya dengan bahawasanya Qodarata
itu sifat yang berdiri bagi zat tiada di keranakan dengan suatu kerana. Adapun
sifat Qoadara itu nama bagi zat sebab
berdiri sifat Qodarata kepada zat
mewajibkan zat itu bernama Qoadara
yang kuasa dan seperti demikian Samaa’
dan Samayaa’.
Soal - apa sebab sifat Qodarata itu di namai sifat maa’anaya dan Qoadara itu di namai sifat maa’nawayaha.
Jawab - adapun sifat Qodarata iaitu
nyata kenyatan memberi bekas pada menjadikan alam dan adapun sifat Qoadara di namai sifat maa’nawayaha kerana tiada memberi bekas
pada menjadikan alam kerana ia nama bagi zat yang kuasa kerana berdiri sifat Qodarata kepada zat. Soal - dan apa
perbezaan maa’anaya dengan maa’nawayaha. Jawab - adapun sifat maa’anaya itu qoama dengan zat tiada di keranakan dengan suatu kerana mewajibkan
suatu hukum dan adapun sifat maa’nawayaha
tiada qoama dengan zat hanya qoama dengan maa’anaya di keranakan dengan suatu kerana yakni kerana maa’anaya.
Soal - zat itu jadi apa kepada
kita dan sifat itu apa kepada kita dan afa’al itu apa kepada kita dan asma itu
apa kepada kita. Jawab - adapun zat itu rahsia kepada kita dan sifat itu nyawa
kepada kita dan afa’al itu tubuh kepada kita dan asma itu hati kepada kita.
Soal - dan beberapa jalan kepada Allaha Taa’laya di dalam tubuh manusia beri
kami akan jawabnya. Jawab - adapun jalan kepada Allaha Taa’laya dalam tubuh
manusia iaitu empat jalan, pertama jalan syariat dan kedua jalan thorikat dan
ketiga jalan hakikat dan keempat jalan makrifat.
Soal - dan syariat itu apa kepada
rasul dan thorikat itu apa kepada rasul dan hakikat itu apa kepada rasul dan
makrifat itu apa kepada rasul. Jawab - syariat itu perkataannya dan thorikat
itu jalannya dan hakikat itu kediamannya dan makrifat itu kelakuannya adanya.
Soal - dan syariat itu apa kepada kita dan apa zikirnya dan thorikat itu apa
kepada kita dan apa zikirnya dan hakikat itu apa kepada kita dan apa zikirnya
dan makrifat itu apa kepada kita dan apa zikirnya. Jawab - adapun syariat itu
tubuh kepada kita dan zikirnya Laa Alaha Alaa Allaha dan adapun
thorikat hati kepada kita dan zikirnya Allaha
Allaha. Dan adapun hakikat itu nyawa kepada kita dan zikirnya Yaa Allaha dan adapun makrifat itu
rahsia kepada kita dan zikirnya Yaa Hawa
iaitu hakikat Allaha Kanaha zat.
Soal - dan mana istana syariat
dan mana istana thorikat dan mana istana hakikat dan mana istana makrifat.
Jawab - dan adapun istana syariat itu lidah dan istana thorikat hati dan istana
hakikat itu nyawa dan istana makrifat itu lengkap meliputi pada sekelian badan
adanya. Soal - dan syariat itu kejadian daripada apa dan thorikat itu kejadian
daripada apa dan hakikat itu kejadian daripada apa dan makrifat itu kejadian
daripada apa. Jawab - dan kejadian syariat itu daripada air dan thorikat
kejadian daripada angin dan hakikat kejadian daripada bumi dan makrifat itu
kejadian daripada api.
Soal - adapun syariat itu
daripada air iaitu air yang mana dan thorikat itu daripada angin iaitu angin
yang mana. Adapun hakikat itu daripada bumi yang mana dan makrifat itu daripada
api iaitu api yang mana. Jawab - adapun air itu cahaya nur Mahamada dan adapun
angin itu iaitu nafas Mahamada dan adapun bumi itu iaitu badan Mahamada dan api
itu iaitu naazhora Mahamada. Soal -
dan mana awal Mahamada dan akhir Mahamada dan mana zahir Mahamada dan mana
bathin Mahamada beri kami akan fatawaa
nya. Jawab - adapun awal Mahamada itu nurani nyawa kepada kita. Adapun akhir
Mahamada ruhani hati kepada kita. Adapun zahir Mahamada itu insani tubuh kepada
kita. Adapun bathin Mahamada itu Rabaanaya
rahsia kepada kita.
Soal - dan makrifat itu berapa
perkara beri fatawaa nya akan kami.
Jawab - bermula makrifat itu atas tiga perkara, pertama makrifat syariat, kedua
makrifat orang thorikat. Soal - dan apa perbezaan antara yang tiga itu. Jawab -
adapun makrifat orang syariat itu iaitu mengenal segala hukum yang zahir
seperti mengenal halal dan haram sah dan batal makruh dan mabaaha fardhu dan sunat rukun dan syarat. Adapun makrifat orang
yang thorikat itu iaitu mengenal barang yang seni-seni seperti riya dan ajab
dan samaa’ha dan takbur hasad dan
sebagainya daripada sifat mazamawamata
yang di cela oleh syarak dan mengenal kasih sayang Allaha Taa’laya akan
hambanya dan mengenal baik dan jahat dan zahir dan bathin. Dan makrifat orang
yang hakikat itu iaitu antara atanatazaha
tashabayaha dan tiada terdinding pandang yang zahir akan yang bathin dan
tidak terdinding pandang yang bathin akan yang zahir.
Soal - dan mana yang di namai
syariat dan yang mana di namai thorikat dan yang mana di namai hakikat dan mana
yang di namai makrifat. Jawab - adapun yang di namai syariat itu engkau sembah
akan Allaha Taa’laya dan engkau kerjakan segala suruh syarak dan menjauhi
segala yang di tegah oleh syarak. Dan adapun yang di namai thorikat itu iaitu
engkau sahaja akan Allaha Taa’laya dengan ilmu dan amal dan engkau amalkan
barang yang engkau ketahui. Dan adapun yang di namai hakikat itu seperti engkau
pandang Allaha Taa’laya dengan cahaya yang di petaruhkan Allaha pada sama
tengah hatimu. Dan adapun makrifat itu lengkap meliputi pada sekelian badan.
Soal - dan adakah hakikat itu
bersalahan dengan syariat beri hukumnya. Jawab - adapun hakikat itu tiada
bersalahan dengan syariat. Barang siapa-siapa mengata bersalahan hakikat itu
dengan syariat orang itu kafir kerana hakikat itu syariat nabi yang bathin dan
syariat itu yakni ilmu fekah iaitu syariat nabi yang zahir dengan sebab inilah
tiada boleh bercerai syariat itu dengan hakikat kerana hakikat itu nyawa dan
syariat itu tubuh inilah isyarat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al
Sharayaa’ta Ba Laa Haqoyaqota A’atholata Wa Al Haqoyaqota Ba Laa Sharayaa’ta
Baatholata dan bermula syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa bermula
hakikat dengan tiada ilmu syariat batal itulah sebab tiada bercerai.
Soal - dan mana makrifat hakikat
yang tiada dapat tidak mengenal akan dia yang melepaskan daripada syirik beri fatawaa akan kami. Jawab - adapun
hakikat itu engkau pandang dengan cahaya yang di petaruhkan Allaha Taa’laya
pada sama tengah hatimu akan hakikat dirimu dan apa yang pada dirimu dan
pandang daripada Allaha kepadamu.
Soal - dan apa yang daripadamu
dan apa yang daripada Allaha kepadamu. Jawab - adapun yang daripadamu itu hina
fakir dhoif lemah itulah bahagian dirimu dan yang daripada Allaha kepadamu
iaitu mulia dan kaya dan kuat dan kuasa inilah yang daripada Allaha Taa’laya
dan mulia engkau itu mulia Allaha Taa’laya dan kaya engkau itu kaya Allaha
Taa’laya dan kuat engkau itu kuat Allaha Taa’laya dan kuasa engkau itu kuasa
Allaha Taa’laya. Maka iaitu fanakan muliamu dalam mulia Allaha dan fanakan
kayamu dengan kaya Allaha dan fanakan kuatmu dalam kekuatan Allaha dan kuasamu
dalam kuasa Allaha tiada suatu zarah jua pada dirimu pada hakikatnya hanya
semata-mata anugerah Allaha Taa’laya kepadamu.
Fikirkan olehmu akan asal kamu
itu a’dama ertinya tiada maka anugerah
Allaha Taa’laya atasmu di datangkan nikmat mengadakan dikau dengan tiada kerana
a’lata kemduian di datangkan Allaha Taa’laya akan kamu nikmat amadaada yang tiada dapat di
kira-kirakan seperti memberi rezeki yang dapat di rasa manis dan masam kelat dan
pahit masin dan pedas dan barang sebagainya yang tiada dapat di kira-kirakan.
Hai Akhowaanaya bayanglah engkau
fikirkan nikmat Allaha Taa’laya atasmu dengan betapa kamu mengerjakan segala
suruh Allaha Taa’laya berat atasmu dan betapa kamu berbuat maksiat akan Allaha.
Janganlah kamu seperti segala binatang tiada punya fikiran hidup akan
mati.
Soal - dan mana darjat hakikat.
Jawab - adapun darjat hakikat itu hilang segala wujud yang zahir ini pada
pandangan hati. Soal - dan mana hakikat tauhid. Jawab - adapun hakikat tauhid
itu barang yang terlintas di dalam hati maka iaitu binasa lagi baharu. Soal -
dan mana hakikat tashowafa. Jawab -
adapun hakikat tashowafa iaitu
meninggalkan dakwa. Soal - dan mana asal mengenal Allaha Taa’laya. Jawab - adapun
asal mengenal Allaha Taa’laya iaitu mengenal diri.
Soal - dan beberapa bernama diri.
Jawab - adapun diri itu tiga perkara, pertama sebenar-benar diri, kedua diri
terperi dan ketiga diri terdiri. Soal - dan mana sebenar-benar diri dan mana
diri terdiri dan mana diri terdiri. Jawab - adapun sebenar-benar diri itu
keadaannya kapas iaitu keadaannya Allaha. Adapun diri terperi keadaan benang
keadaannya Mahamada. Adapun diri terdiri keadaan kain keadaan Adam. Misal ini
kerana menghampirkan faham Allaha Taa’laya maha suci daripada misal dan
nisbah. Soal - dan apa yang menyampaikan
kita kepada Allaha Taa’laya. Jawab - adapun yang menyampaikan kita kepada
Allaha Taa’laya itu anugerahnya.
Soal - dan mana yang
sebenar-benar ilmu. Jawab - adapun ilmu yang sebenar-benarnya iaitu yang
mengetahui baik dan jahat zahir dan bathin awal dan akhir dan mengetahui halal
dan haram makruh dan mabaaha sunat
dan fardhu syarat dan rukun sah dan batal. Soal - dan apa mengalahkan ilmu
ajarkan olehmu akan kami. Jawab - bermula yang mengalahkan ilmu itu iaitu
nafsu. Soal - dan apa yang boleh mengalahkan nafsu beri fatawaa nya. Jawab - iaitu takut akan Allaha Taa’laya akan
sebenar-benar takut. Soal – dan mana kesudah-sudahan ilmu. Jawab - adapun
kesudahan ilmu itu kembali kepada asal iaitu sediakala.
Soal - dan mana kesudah-sudahan
makrifat itu. Jawab - adapun kesudah-sudahan makrifat itu iaitu jahil akan
dirinya. Soal - dan mana kesudah-sudahan akal tiada melampaui akan dia. Jawab -
adapun kesudahan akal itu iaitu lemah daripada mendapat seperti keadaan tuhan
kita Jala Wa A’za tiada dalam suatu dan tiada di luar suatu, tiada suatu
dalamnya jauh tiada antara hampir, tiada bersentuh inilah sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama Al A’jaza A’na Al Daaraka Al Adaraaka Fahawa
Adaraaka bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka inilah yang
di dapat. Soal - dan yang mana di namai cerdik. Jawab - adapun yang di namai
cerdik memeliharakan harta dan agama.
Soal - dan yang mana orang yang
berakal beri kami fatawaa nya. Jawab -
adapun yang berakal itu iaitu empat belas perkara, pertama meninggalkan
kemuliaan dunia, kedua meninggalkan takbur, ketiga banyak suka berbuat ibadat,
keempat banyak suka berbuat jalan yang kebajikan dan kelima benci kepada jalan
yang kejahatan dan keenam banyak kasih kepada orang alim serta baik adab dan
ketujuh membalas jasa orang kepadanya. Kedelapan bersegera membayar hutang
jikalau ada pembayar, kesembilan meninggalkan marah, kesepuluh murah tangannya
bersedekah serta manis mulut manis muka, kesebelas banyak kasihnya kepada kaum
kerabat, kedua belas tiada mahu makan yang haram.
Dan ketiga belas mahu terkena dan
tiada mahu mengenakan, keempat belas benci kepada orang berbuat kebesaran dan
kemegahan kerana di tilik dalam hatinya pekerjaan tiada memberi manafaat dunia
dan akhirat sempurnalah orang itu dunia dan akhirat. Dan jikalau tiada tahu
membaca kitab sekalipun inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat
dan bermula lawan yang empat belas ini itulah tanda orang yang tiada akal
baginya yang dapat celaka dunia dan akhirat adanya.
Soal - dan mana sekurang-kurang
akal manusia fatawaa akan kami. Jawab
- adapun sekurang-kurang akal itu iaitu meninggalkan kemuliaan dunia. Soal -
dan apa perbezaan iman dengan Asalama. Jawab - adapun perbezaan iman dengan
Asalama itu iaitu adapun iman itu dengan bathin dan Asalama itu zahir tiada
boleh bercerai antara keduanya seperti nyawa dengan tubuh tiada hidup tubuh itu
melainkan dengan nyawa. Dan tiada sah Asalama itu melainkan dengan iman dan
tiada sah iman itu melainkan dengan Asalama kerana Asalama itu zahir iman
dengan sebab itulah tiada boleh di kata-kata Masalama orang yang tiada Asalama
yakni tiada mengerjakan suruh meninggalkan tegah syarak.
Soal - dan mana asal amal dan
asal taat dan mana asal kebaikan dan asal kejahatan. Jawab - bermula amal itu
ilmu dan asal taat itu ketiadaan mengikut hawa nafsu dan asal kebaikan itu
iaitu menyalahi hawa nafsu dan asal kejahatan itu mengikut hawa nafsu. Soal -
dan mana syarat amal yang mengesahkan akan amalnya. Jawab - bermula syarat amal
itu iaitu ikhlas. Soal - dan bermula ikhlas itu beberapa perkara. Jawab -
bermula ikhlas itu atas tiga perkara, pertama ikhlas orang yang mabatadaya, kedua orang yang matawaasatho dan ketiga ikhlas orang
yang manatahaya.
Soal - dan mana perbezaan yang
tiga perkara itu beri kami hukumnya. Jawab - ikhlas orang mabatadaya daripada riya dan samaa’ha
hanya semata-mata kerana Allaha kerana di harap akan dapat pahala masuk syurga
dan kerana takut akan azab masuk neraka. Dan adapun ikhlas orang yang matawaasatho itu iaitu maha suci
adaripada riya dan samaa’ha hanya
semata-mata kerana Allaha hanya mengerjakan suruh Allaha kerana dia hamba
Allaha mengerjakan suruh meninggalkan tegah bukan kerana hendak pahala masuk
syurga bukan kerana takut akan azab masuk neraka. Dan adapun ikhlas orang yang manatahaya itu tiada menilik-nilik bagi
dirinya amal hanya memandang fa’al kelakuan Allaha Taa’laya pada dirinya.
Soal - apa perbezaan antara yang
tiga perkara pada hukumnya. Jawab - adapun amal orang yang mabatadaya itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi
dirinya lagi kerana menuntut balas amalnya. Dan adapun amal orang yang matawaasatho itu iaitu dapat jua hukum
syirik akan tetapi halus syiriknya daripada mabatadaya kerana ada wujudnya
sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wajawadaka Zanaba Laa Qoyaasa
Laha Laghoyaraha bermula wujudmu itu dosa tiada boleh kiaskan baginya
bagi lainnya. Adapun amal orang yang manatahaya
itu yang lepas daripada halus syirik inilah yang di tuntut adanya.
Soal - dan apa yang melepaskan
kita daripada syirik mana jalannya beri kami hukumnya. Jawab - adapun yang
melepaskan daripada syirik itu keluar engkau daripada diri engkau. Soal - dan
mana yang di namai jahil marakaba
beri fatawaa nya akan daku. Jawab -
adapun yang di namai jahil marakaba
itu iaitu tiada membezakan antara mahadatsa
dengan qodim inilah di namai jahil marakaba
pertama jahil akan dirinya kedua jahil akan tuhannya tiadalah mencium baunya
makrifat.
Soal - dan mana yang di namai
orang yang arif. Jawab - adapun yang bernama orang arif itu iaitu mengenal
dirinya dan mengenal akan tuhannya dan mengenal akan segala sifatnya dan
mengenal akan afa’alnya dan asmanya dan mengenal zahir dan bathinnya baik dan
jahat dan bersamaan suka dan duka tiada suka sebab di puji tiada duka sebab di
cela.
Soal - dan mana awal asal
kejadian anak Adam. Jawab - adapun awal asal kejadian anak Adam itu iaitu
daripada anasir yang empat perkara, pertama tanah, kedua air, ketiga angin dan
keempat api. Soal - adapun tanah itu jadi daripada apa dan air itu jadi
daripada apa dan angin itu jadi daripada apa dan api itu jadi daripada apa.
Jawab - adapun tanah itu jadi daripada air dan air itu daripada angin dan angin
itu daripada api dan api itu daripada rahsia Mahamada.
Soal – dan tanah itu tanah yang
mana dan air itu air yang mana dan angin itu angin yang mana dan api itu api
yang mana. Jawab – Adapun tanah itu badan badan Mahamada adapun air itu cahaya
nur Mahamada adapun angin itu nafas Mahamada dan adapun api itu naazhora Mahamada. Soal – dan tanah itu
jadi apa dan air itu jadi apa dan angin itu jadi apa dan api itu jadi apa.
Jawab – adapun tanah itu jadi daging dan air itu jadi tulang dan angin itu jadi
urat dan api itu jadi darah.
Soal – aku tanya lagi mana
kejadian diri yang bathin. Jawab – adapun kejadian diri yang bathin itu iaitu
kejadian daripada anasir yang empat yang bathin. Soal – dan mana anasir empat
yang bathin. Jawab – iaitu wujud, ilmu, nur, shahawada. Dan erti wujud itu zatnya dan erti ilmu itu sifatnya.
Dan erti nur itu asmanya dan erti shahawada
itu afa’alnya. Soal – zat itu jadi apa kepada kita. Dan sifat itu jadi apa
kepada kita. Dan asma itu jadi apa kepada kita. Dan afa’al itu jadi apa kepada
kita. Jawab – adapun zat itu rahsia kepada kita. Dan sifat itu nyawa kepada
kita. Dan asma itu hati kepada kita. Dan afa’al itu tubuh kepada kita.
Soal – dan beberapa kejadian kita
daripada ibu dan bapa dan kejadian daripada Allaha. Jawab – adapun kejadian
daripada ibu itu empat perkara, pertama lemak, kedua darah, ketiga rambut,
keempat daging dan empat daripada bapa, pertama kulit, kedua a’shoba, ketiga urat, keempat tulang.
Dan adapun kejadian daripada Allaha Taa’laya enam perkara, pertama pendengar,
kedua penglihat, ketiga pencium, keempat perasa, kelima akal dan keenam ruh.
Dan apabila di hantarlkan Allaha Taa’laya pendengar itu kepada kita
mendengarlah dengan pendengarnya dan apabila di hantarkan pelihat itu maka
melihat dengan pelihatnya.
Dan apabila di hantarkan pencium
itu menciumlah kita dengan penciumnya dan apabila di hantarkan perasa itu
kepada kita maka merasalah kita dengan perasanya. Dan apabila di hantarkan akal
itu kepada kita maka berakallah kita dengan akalnya dan apabila di hantarkan
ruh itu maka hiduplah kita dengan dia. Akan tetapi di ketahui akan kifayat di
hantarkan itu tiada boleh di kata di beri Allaha kepada kita kerana mafhum beri
itu boleh bercerai sifat itu dengan zat maka iaitu mustahil.
Soal - dan mana misal hamba
dengan tuhan, mana misal tuhan dengan hamba beri ilmunya supaya tahu. Jawab -
bermula tamatsala hamba dengan tuhan
dan misal tuhan dengan hamba iaitu misal matahari dengan cahayanya tiada sekutu
tiada bercerai cahaya itu dengan zat matahari bukan cahaya itu matahari bukan
lain daripada matahari. Dan lagi misalnya seperti api dengan asap adapun asap
itu menunjukkan ada api dan bukan asap itu api tiada lain daripada api tiada
bercerai tiada bersekutu seperti misal ini hamba dengan tuhan tiada bercerai
tiada sekutu. Maka tatkala itu hairan akal hai sangat ajaib betapakah berhimpun
dua yang berlawanan yang tiada sah berhimpun keduanya. Inilah isyarat sabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Yaqoraqo Bayana Al Nafaya Wa Al
Atsabaata Wa Mana Fawaqo Bayanahamaa Fa Hawa Kaafara Tiada bercerai
antara nafi dan isbat dan siapa-siapa ceraikan orang itu kafir.
Soal - dan mana rupanya yang
tiada bercerai tiada sekutu beri kami hukumnya. Jawab - dan adapun rupanya
tiada bercerai itu iaitu kuasa engkau itu kuasa Allaha, bergerak engkau itu di
gerakkan Allaha Taa’laya dan ikhtiar engkau itu ikhtiar Allaha Taa’laya. Dan
erti tiada sekutu itu iaitu tiada sekali-kali engkau berkuasa sertanya seberat
zarah jua hanya semata-mata kuasanya Allaha Taa’laya hadis nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Laa Tamaa’raka Zarata Alaa Ba Azana Allaha Tiada bergerak suatu
zarah jua melainkan dengan Allaha yakni di kehendak Allaha Taa’laya inilah erti
nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi tiada bercerai tiada sekutu.
Soal - dan betapa engkau pandang
bagi diri engkau. Jawab - hanya aku pandang diri aku a’dama yakni tiada hakikat baginya. Soal - dan betapa engkau
mengenal Allaha Taa’laya. Jawab - hanya aku kenal Allaha Taa’laya dengan Allaha
Taa’laya. Soal - dan betapa engkau pandang pada segala yang ada ini. Jawab -
hanya aku pandang pada segala yang ada ini qoama
dengan Allaha Taa’laya. Soal - dan mana yang di namai hampir kepada Allaha
Taa’laya. Jawab - adapun yang di namai hampir itu apabila ingat hatinya kepada
Allaha Taa’laya hampir namanya. Soal - dan mana yang di namai jauh kepada
Allaha itu. Jawab - adapun yang di namai jauh itu iaitu apabila berhadap hati
kepada makhluk serta lupa dan lali maka iaitu jauh namanya.
Soal - dan mana yang di namai
sampai kepada Allaha Taa’laya. Jawab - adapun yang di namai sampai kepada
Allaha itu iaitu hapus sekelian yang dalam alam ini daripada pandangan dalam
hatinya hanya wujud Allaha Taa’laya serta hadir dalam hatinya senantiasa inilah
yang di namai sampai kepada Allaha tiada lupa dan tiada lali sekejap mata jua
adanya. Soal - dan mana yang di namai qodim dan mana di namai azali. Jawab -
adapun qodim dan azali itu satu makna iaitu barang yang tiada awal baginya wajawadaya atau a’damaya. Bermula segala sifat itu qodim lagi azali.
Soal - bermula qodim itu berapa
perkara. Jawab - adapun qodim itu tiga perkara, pertama qodim haqoyaqoya, kedua qodim zamaanaya dan ketiga qodim adhoafaya. Soal - dan mana qodim haqoyaqoya dan mana qodim zamaanaya dan mana qodim adhoafaya. Jawab - adapun qodim haqoyaqoya itu iaitu qodim bagi zat
Allaha Taa’laya dan adapun qodim zamaanaya
itu iaitu masa yang telah lalu dan dhoabatho
nya hingga setahun kurang. Adapun qodim adhoafaya
itu iaitu seperti terdahulu bapa daripada anak. Soal - beberapa hukumnya yang
azali itu. Jawab - adapun hukumnya yang azali
itu iaitu empat bahagi pertama wujud Allaha Taa’laya dan kedua a’dama kita dan ketiga segala makhluk
dan keempat nikmat syurga dan azab neraka.
Soal - Dan apa menegahkan
daripada melihat tuhan kita dalam dunia tiada di dalam akhirat serta
bahawasanya ia terlebih hampir daripada urat tengkok. Jawab - adapun tiada di
lihat dalam dunia kerana sangat hampirnya dan lagi menegahkan melihat dalam
dunia ini kerana dunia ini sangat hina pada sisi Allaha Taa’laya. Tiada boleh
bercampur mulia serta hina seperti firman Allaha Taa’laya hai insan aku jadikan
dunia ini tempat mencari bekal akhirat.
Tiada aku jadikan tempat mencari
kemuliaan dan kemegahan tiada aku jadikan tempat mencari harta dan kebesaran. Siapa-siapa
kebesaran di dalam dunia aku kecilkan dalam akhirat seperti semut yang kecil.
Siapa-siapa mulia dalam dunia aku hinakan dalam akhirat tiada boleh berhimpun
keduanya kemuliaan dunia dengan kemuliaan akhirat. Dan aku jadikan dunia ini
syurga orang kafir dan neberi bagi mereka itu dan penjara hambaku yang mukmin.
Siapa hambaku mengambil kemuliaan dunia tiada kemuliaan baginya dalam akhirat.
Soal - adakah tuhan itu pergi
datang. Jawab - tiada tuhan itu pergi datang dan berpindah. Bermula sekelian
itu lawaazama baharu. Soal - dan apa
kata kamu pada ayat Qoraana Wa
Jaa Rabaka dan telah datang tuhanmu maka adalah ayat itu mengata datang
tuhan itu pada makna ayat itu. Jawab - bermula ayat itu setengah ayat matashabahaa wajib di takwilkan makna
yang datang itu suruhnya dan tegahnya. Dan adapun dalam Qoraana dua ayat, pertama ayat matahakamata,
kedua ayat matashabahaa. Adapun ayat matahakamata itu tiada di takwilkan
adapun ayat matashabahaa wajib di
palingkan maknanya kepada munasabah akan dia.
Soal - apa kata kamu pada ayat Azaa
Araada Shayaa Ana Yaqowala Laha Kana Faya Kawana maknanya apabila
menghendaki Allaha Taa’laya akan suatu bahawa mengata baginya adalah mu Kana
maka adalah ia suatu itu maka iaitu adalah kalam Allaha Taa’laya berhuruf Kaf dengan Nun. Aku dengar perkatan orang a’lamaa
bermula kalam Allaha Taa’laya tiada huruf tiada suara beri kami akan hukumnya.
Jawab - adapun ayat itu setengah ayat matashabahaa
wajib di palingkan maknanya kelain adapun maknanya yang apabila menghendaki
Allaha Taa’laya akan suatu ada suatu itu bersegera seperti mengata lafaz Kana pada bersegeranya.
Soal - dan mana yang di namai
usaha pada hamba. Jawab - adapun yang di namai usaha itu iaitu zahir perbuatan
Allaha Taa’laya pada hamba inilah yang di namai usaha. Soal - dan apa kata kamu
pada firman Allaha Taa’laya dalam Qoraana
Layasa
Lalaanasaana Alaa Maa Saa’ya ertinya tiada bagi insan melainkan barang
yang mengerjakan ia maka iaitu adalah usaha bagi manusia pada makna ayat itu.
Jawab - adapun ayat itu membangsakan Allaha Taa’laya usaha itu kepada hamba
kerana kembali manafaatnya kepada hamba kurnia Allaha Taa’laya semata-mata
kepada hamba.
Soal – dan mana manusia yang
tiada akal baginya. Jawab – sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
bermula manusia yang tiada akal baginya iaitu yang melebihkan dunia daripada
akhirat dan melebihkan harta daripada amal dan menuntut ilmu dan suka berbanyak
harta serta kurang amal itulah manusia yang tiada berakal. Dan tiada mengetahui
baik dan jahat, awal dan akhir, zahir dan bathin, tiada ingat hidup akan mati
hanya ingat akan harta makan dan minum dan jimak. Inilah yang sebodoh-bodoh
manusia ialah tubuhnya tubuh manusia akalnya seperti akal binatang tiada
mengetahui hidup akan mati. Bermula harta itu tiada di bawa mati janganlah
bersahabat dengan orang yang bersifat ini jahat semata-mata mewaris akan mati
hati larilah daripadanya seperti lari daripada harimau.
Soal – dan mana yang bernama
manusia yang di puji oleh syarak. Jawab – sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama bermula yang sebenar-benar manusia itu tiga perkara, pertama orang yang
mengajar ilmu yang sebenarnya dan kedua orang yang belajar ilmu yang sebenarnya
dan ketiga orang yang mendengar dengan sebenarnya. Bermula yang baki seperti
lalat yang mengikut kumbang yang kurus tiada darjat baginya pada Allaha
Taa’laya.
Soal – dan mana orang yang di lebihkan
Allaha Taa’laya dunia dan akhirat. Jawab – adapun orang yang di lebihkan Allaha
Taa’laya dunia dan akhirat firman Allaha Taa’laya dalam Qoraana Shahada Allaha Anaha Laa Alaha Alaa Hawa Wa Al Malaakata Wa Awalawa Al
A’lama Qoamaa Ba Al Qosatho yakni naik saksi Allaha Taa’laya
bahawasanya tiada tuhan melainkan ia dan segala malaikat dan segala orang yang
mempunyai ilmu yang mendirikan dengan betul dan lagi firman Allaha Taa’laya Wa
Alazayana Awatawaa Al A’lama Darajaata yakni segala mereka yang di beri
ilmu itu beberapa darjat. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
bermula umatku yang terlebih mulia pada sisi Allaha Taa’laya iaitu orang yang a’alama yang sebenarnya terlebih nmulia
daripada seribu orang mati shahid.
Lagi sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama dan siapa-siapa tiada duka cita mati orang yang a’alama maka orang itu munafik dan sabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ialah sebodoh-bodoh umatku orang yang
tiada kasih akan orang a’alama dengan
sebenar-benar kasih. Bermula orang yang a’alama
itu ganti aku menyampaikan yang daripada aku kepada umatku. Siapa-siapa tiada
kasih akan orang a’alama tiada kasih
akan daku. Dan siapa-siapa kasih akan orang a’alama
sanya kasih akan daku dan siapa-siapa kasih akan daku sanya kasih akan Allaha
Taa’laya dan siapa-siapa kasih akan Allaha Taa’laya masuk syurga.
Soal – dan apa tanda orang yang
di kasih Allaha Taa’laya. Jawab – adapun tanda orang yang di kasih Allaha
Taa’laya itu iaitu kasih sekelian manusia kepadanya. Soal – dan apa tanda orang
di benci Allaha Taa’laya. Jawab – iaitu di benci kebanyakan manusia kepadanya.
Soal – dan apa tanda orang isi syurga. Jawab – adapun alamat orang isi syurga
itu iaitu orang yang murah tangannya berbuat kebaikan kepada manusia dan
tangannya memberi sedekah kepada fakir miskin serta manis mulut dan mukanya.
Soal – dan apa tanda orang isi
neraka beri fatawaa kepada kami.
Jawab – adapun tanda orang isi neraka itu iaitu orang yang bakhil kukut
tangannya kepada berbuat menolong berbuat kebaikan sama manusia dan bakhil
tangannya kepada bersedekah fakir miskin kerana sayang kepada hartanya masam
mukanya keji lidahnya dan jikalau alim sekalipun.
Soal – dan mana celaka manusia.
Jawab – bermula celaka manusia itu atas tiga perkara, pertama banyak malas buat
kerja dan kedua yakni tiada cermat dan ketiga perkelahian sama-sama manusia.
Soal – dan berapa tuah manusia. Jawab – adapun tuah manusia itu iaitu tiga
perkara, pertama banyak rajin buat kerja yang kebaikan dan kedua cermat dan
ketiga pandai bertadbir.
Soal – dan bermula orang yang a’lamaa itu berapa perkara. Jawab –
bermula orang a’lamaa itu iaitu atas
dua perkara, pertama a’lamaa dunia,
kedua a’lamaa akhirat. Soal – dan
mana rupa a’lamaa dunia. Jawab –
iaitu mengetahui hukum yang zahir seperti mengetahui halal dan haram, sah dan
makruh dan mabaaha sunat dan fardhu, rukun dan syarat dan mengetahui hukum yang
pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya dan hukum berniaga sahnya
dan batalnya, halalnya dan haramnya dan mengetahui hukum antara perbantahan
segala manusia serta kasih akan dunia dan kemuliaannya hadir.
Dan adapun a’lamaa akhirat itu iaitu yang tiada suka akan kemuliaan dunia dan
kemegahan dan mengamalkan ilmunya banyak takut akan Allaha Taa’laya dan banyak
suka akan ilmu bathin yakni ilmu tashowafa
dan benci kepada pekerjaan maksiat dan menjauh akan segala sifat mazamawama yang di cela oleh syarak
seperti riya, samaa’ha, ajab, takbur,
hasad dan sebagai daripada sifat yang di cela oleh syarak. Engkau tuntutlah
ilmunya dan jikalau kepada bangsa Habashaya
sekalipun dapat berkat ilmunya.
Hadis nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Anaa Mana Ghoyara Al Dajaala Akhowafa A’laya Kama Mana Al Dajaala Fa
Qoyala Wa Maa Hawa Yaa Rasawala Allaha Fa Qoala A’lamaa Al Sawaa
ertinya “Aku daripada Dajal terlebih takut aku atas kamu daripada Dajal” maka
di kata orang “Siapa ia ya rasul Allaha”. Kemudian berkata rasul Allaha “A’lamaa jahat yang tiada mengamalkan
ilmunya dan suka ziarah kepada raja-raja sultan. Janganlah engkau percaya akan
dia. Janganlah engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan laknat Allaha tiada
berkat ilmunya kepada engkau kerana engkau jahat sangka kepada guru jahat
perangai guru. Itulah sebab janganlah menuntut ilmu kepadanya dan hendaklah
tuntut ilmu kepada guru yang marashayada
yang baik perangainya lagi banyak kasih kepada orang menuntut ilmu lagi jangan
ada guru itu tamak kepada dunia lagi jangan banyak marah lagi manis muka dan
mulut kepada muridnya. Jangan tamak kepada harta engkau tuntut ilmunya”.
Soal – aku tanya akan dikau
dengan satu masaalah dengan lima kali tanya dan engkau jawab berlainan-lainan
dan mana lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta. Bermula
harta itu tiada di bawa mati dan ilmu itu di bawa mati menolong akan kita. Soal
– dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta itu
sebab harta tiada memberi manafaat pada kemudian hari hanya yang memberi
manafaat harta itu beri sedekah kepada fakir dan miskin. Jika tiada harta buat
sedekah menyakiti pada kemudian hari dan bermula ilmu itu memberi manafaat pada
kemudian hari. Soal – dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu
daripada harta sebab kerana harta itu dapat di curi orang lagi boleh rosak
binasa dan bermula ilmu itu tiada dapat di curi orang tiada boleh rosak binasa.
Soal – aku tanya lagi dan mana
lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta sebab kerana harta
itu apabila di belanjakan kurang ia. Bermula ilmu itu apabila di ajarkan
bertambah ia. Soal – dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu
daripada harta sebab kerana harta itu waris Qorun. Bermula ilmu itu waris nabi.
Soal – aku tanya lagi dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu
daripada harta sebab kerana ilmu itu menolong kita pada kemudian hari. Bermula
harta itu menyakiti kita pada kemudian hari jikalau halalnya berhisab jikalau
haramnya di azab. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dahulu orangh
fakir masuk syurga daripada orang kaya lima ratus tahun.
Soal – dan mana yang di namai kaya.
Jawab – iaitu menuntut yang lebih daripada sekadar hajat yang memadai. Sabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama siapa-siapa menuntut harta yang lebih
sekadar yang hajat memadai membutakan Allaha Taa’laya akan dua mata hatinya.
Bertanya sahabat “Ya rasul Allaha, mana yang di namai orang tiada berakal
sedikit jua” jawab rasul Allaha “Orang meninggalkan menuntut ilmu kerana
mencari harta”. “Ya rasul Allaha, apa sebab tiada akal baginya” sabdanya
“Bermula harta itu tiada di bawa mati tiada menolong kita kemudian hari hanya
menyakiti kemudian hari hanya ilmu itu bekal dalam akhirat dapat kemuliaan
dalam akhirat. Itulah sebab di namai tiada akal baginya di tinggalkan yang
lebih mulia di ambilnya yang kurang tiada di ketahui dunia ini akan kiamat,
hidup akan mati dan akhirat itu kekal itulah sudah-sudah manusia”.
Telah berkata hakamaa “Hai tholib fikir olehmu akan
hadis ini Wa Al Fakara Saraaja Al Qolaba bermula fikir itu pelita hati.
Adakah tiada engkau dengar hadis nabi Thoalaba Al A’lama Farayadhota A’laya Kala
Masalama Wa Masalamata bermula menuntut ilmu itu fardhu yakni wajib
atas tiap-tiap Masalama laki-laki perempuan. Adapun mencari harta itu tiada
hadis nabi mengatakan wajib mencari harta itu dan tiada kitab mengatakan
mencari harta itu wajib atau mengatakan sunat hanya mengatakan harus jua dengan
sekadar hajat yang memadai. Hanya yang terlebih daripada sekadar hajat tiada
dalam hukum syarak hanya hukum bidaah semata-mata”.
Soal – dan apa kata kamu pada dua
orang dan berkata yang seorang itu kaya tuhan kita daripada sekelian alam dan
berkata pula yang seorang ada yang tiada pada tuhan kita. Adakah perkataan itu
bersalahan atau muafakat. Jawab – tiada bersalahan orang itu kerana perkataan
yang tiada bagi tuhan itu perbendaharaan papa itulah di kata kaya. Soal – dan
apa kata kamu pada orang berkata tiada sekali-kali segala kaanata itu memberi bekas hanya yang memberi bekas itu kudrat diri
tuhan kepada kita. Jawab – kata orang itu tiada boleh di perpakai perkataan
orang jahil tiada tahu akan makna cakap. Adapun katanya di beri itu boleh
bercerai sifat itu dengan zat maka iaitulah mustahil pada akal.
Soal – dan apa kata kamu pada
seorang yang berkata tiada memberi bekas segala kaanata hanya yang memberi bekas itu kudrat yang di jadikan Allaha
Taa’laya pada tatkala menjadikan hamba. Apa perkataan itu salahkah atau tiada.
Jawab – perkataan itu sangat tersalahnya jangan dengar perkataan itu kerana
perkataan itu melemahkan tuhan yang menjadikan suatu serta hamba dan lagi
berbilang sifat itu dua kudrat. Dan satu satu kudrat terdiri pada zat dan satu
lagi kudrat yang di jadikan pada hamba pada tatkala menjadikan hamba perkatan
ini membawa kepada kafir.
Soal – dan apa kata kamu pada
seorang yang berkata tiada sekali-kali memberi bekas segala kaanata hanya yang memberi bekas kudrat
yang di taruh pada sisi kaanata.
Jikalau Allaha Taa’laya hendak memberi bekas bekaslah ia jikalau tiada
berkehendak tiada memberi bekas. Jawab – perkataan ini muafakat segala a’lamaa mengatakan bidaah dan pada kafirnya
akhotalaafa. Soal – dan apa kata kamu
pada seorang yang berkata tiada memberi bekas segala kaanata hanya semata-mata kudrat tuhan memberi bekas itu tetapi
berlazim-laziman antara sebab dan masababa
pada akal maka tatkala di dapat api umpamanya nescaya dapat hangus. Jawab –
maka orang itu jahil akan hukum hakikat hukum adat dan terkadang membawa
perkataan itu kepada kafir jangan engkau perpakai perkataan itu.
Soal – apa kata kamu pada seorang
yang berkata tiada sekali-kali segala kaanata
itu memberi bekas hanya yang memberi bekas itu kudrat tuhan yang di jadikan pad
tatkala tuhan menjadikan kaanata.
Jawab – perkataan itu sangat salahnya kepada tuhan kerana melemahkan akan tuhan
menjadikan suatu serta hambanya jadi dua kudrat, suatu kudrat yang di jadikan
pada tatkala menjadikan kaanata dan
suatu kudrat pada zatnya jadi berbilang sifat maka iaitu mustahil perkataan
membawa kepada kafir. Jangan di dengar perkataan sesat itu.
Soal – apa kata kamu pada orang
yang berkata adapun yang harus pada Allaha Taa’laya itu empat. Adakah betul
atau tiada beri kami hukumnya. Jawab – perkataan itu tiada betul sangat
bersalahnya kerana yang harus pada Allaha Taa’laya satu iaitu memperbuat segala
mamakana dan meninggalkan dia jangan
engkau perpakai perkataan itu ialah kesalahan yang amat besar kerana meharuskan
yang mustahil pada Allaha Taa’laya.
Soal – dan mana yang di namai
sembahyang pada syarak beri fatawaa
akan kami. Jawab – adapun pada syarak Aqowala Mafatatahaha Ba Al Takabayara Wa
Makhotatamaha Al Tasalayama Ba Sharaatho Makhoshowashota ertinya dengan
beberapa perkataan dan beberapa perbuatan di mulai dengan takbir dan di sudahi
dengan salam dan dengan beberapa syarat yang tertentu.
Soal – dan yang mana di namai
niat. Jawab – adapun yang di namai niat itu iaitu Qoshoda Shayaya Maqotaranaa Ba
Faa’laha ertinya menyahaja sesuatu hal keadaaan di pesertakan dengan
perbuat akan dia. Soal – dan mana tempat niat itu beri fatawaa akan kami. Jawab – adapun tempat niat itu dalam hati iaitu Al
Nayata Ba Al Qolaba Ba Laa Showata Wa Laa Harafa bahawasanya niat itu
dalam hati dengan tiada suara dan tiada huruf adanya. Soal – dan mana rupanya
niat dan betapa bunyinya dalam hati tatkala kita mengata Allaha Akabara. Jawab – adapun niat kita kata dalam hati tatkala
mengata Allaha Akabara aku
sembahyangkan fardhu Zohor atau fardhu A’shar atau fardhu Maghrib umpamanya
dalam huruf yang lapan itulah di namai niat a’rafayata.
Soal – dan apa kata kamu pada
niat itu tiada huruf tiada suara sekarang aku dengar ada hurufnya aku
sembahyang fardhu Zohor ialah banyak hurufnya engkau kata tiada huruf. Jawab –
adapun perkataan hati itu tiada di namai huruf. Bermula yang bernama huruf itu
ialah yang keluar daripada mulut dan lidah dan rongkongan dan bibir dan gigi. Dan
adapun hati itu tiada mulut dan tiada lidah dan tiada rongkongan dan tiada
bibir dan gigi. Itulah sebab tiada di namai huruf adanya.
Soal – dan mana yang di namai
syarat. Jawab – adapun yang di namai syarat itu barang yang terhenti atas sah
sembahyang adanya. Soal – dan apa faraaqo
antara syarat dan rukun. Jawab – adapun syarat itu dahulu daripada sembahyang
dengan tiada berputus-putus hingga akhir amal seperti suci. Dan adapun rukun
itu dalam sembahyang dengan berputus-putus seperti rukuk dan sujud adanya.
Soal – dan apa sebab tiada takbir
anataqola pada tatkala bangkit
daripada rukuk dengan mengata Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha hingga
akhirnya. Jawab – kerana hadis daripada Abawa
Bakara Shodayaqo sabdanya Abawa Bakara “Tiada aku meluputkan sembahyang
berjemaah dengan rasul Allaha dan pada suatu hari taakhir aku datang ke masjid
rasul Allaha hendak sembahyang. Maka aku dapat rasul Allaha dalam rukuk pada
ketika itu datang Jibril pada waktu rukuk rasul Allaha dan mengata Jibril Samaa’
Allaha Lamana Hamadaha hingga akhirnya. Maka bangkit rasul Allaha dan
mengata rasul Allaha Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha hingga
akhirnya. Itulah sebabnya dan tiada mengata rasul Allaha Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha
dahulunya”.
Soal – dan apa sebab sujud itu
dua kali dan tiada lainnya. Jawab – adapun sebab sujud itu dua kali kerana
sujud itu terlebih khusyuk dan dari kerana syukur dan kerana tatkala rasul
Allaha maa’raaja ke langit dan segala
malaikat muliakan rasul Allaha dan bangkit segala malaikat yang sujud daripada
sujudnya kemudian kembali sujud pula itulah sebabnya.
Soal – dan apa faaraqo Jumaat dengan berjemaah. Jawab –
adapun faraaqo nya bermula sembahyang
Jumaat itu wajib berkaum-kaum pada rakaat yang pertama. Bermula sembahyang
berjemaah itu tiada di syaratkan berkaum-kaum pada rakaat yang pertama. Soal –
dan apa di katakan pada sembahyang berjemaah itu sunatkah atau fardhu. Jawab –
adapun sembahyang berjemaah itu fardhu kifayah. Adapun Jumaat itu fardhu ain
atas laki-laki baligh berakal.
Soal – apa kata kamu seorang yang
sholeh dan puasa sepanjang masa dan beramal pada tiap-tiap malam dengan tiada
tidur akan tetapi tiada sembahyang
berjemaah dan sembahyang Jumaat. Jawab – adalah sahabat rasul Allaha bertanya
akan hal dengan demikian itu jawab rasul Allaha orang isi neraka. Soal – dan
apa hukum orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah-jemaah dengan tiada uzur
serta hampir masjid berjemaah. Jawab – rasul Allaha tiada sekali di terima
amalnya kerana meringankan syarak. Bermula berjemaah-jemaah di dalam rumah itu
tiada lepas daripada dosa fardhu kifayah hanya tempat berjemaah-jemaah seperti
masjid atau tempat sediakan tempat berjemaah sekira-kira tiada malu orang masuk
pada tempat itu lagi pada tempat yang zahir agama Asalama adanya.
Soal – dan apa kelakuan
menyembahyangkan mayat adakah perbezaan mayat laki-laki dengan mayat perempuan.
Jawab – ada hukum dalam kitab fekah ada perbezaan. Adapun kepala mayat
perempuan sebelah kanan imam dan kepala mayat laki-laki iu sebelah kiri imam
inilah perbezaan. Soal – apa sebab kepala mayat perempuan itu sebelah kanan
imam dan kepala mayat laki-laki sebelah kiri imam. Jawab – adapun imam itu
berdiri berbetulan pinggang pada mayat perempuan jadilah tubuh mayat itu banyak
sebelah kanan imam iaitu banyak mesti banyak pula dosa sebelah kanan imam
dengan sebab itulah di harapkan akan limpah pahala selama yang wajib
mudah-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu adanya. Adapun mayat laki-laki itu
berdiri imam berbetulan bahu mayat iaitu panjang tubuh mayat itu kanan imam
maka iaitu banyaklah dosa sebelah kanan imam kerana panjang tubuhnya dengan
sebab itulah di harap akan limpah pahala saelama yang wajib mudah-mudahan
mengkifaratkan dosa mayat itu itulah sebabnya.
Soal – dan apa hukumnya pada
mayat kanak-kanak antara kafir dan Asalama yakni perempuan Asalama duduk sama orang
kafir kemudian dapat anak antara keduanya kemudian mati sebelum baligh dan
berakal hal adakah wajib di sembahyangkan atau tiada. Jawab – di sembahyangkan
itu wajib kerana anak zina itu mengambil bangsa kepada ibu dan lagi kerana
menguatkan agama Asalama atas agama kafir adanya.
Soal – dan yang mana di namai
perhiasan pada orang laki-laki. Jawab – iaitu tiga perhiasan pada orang
laki-laki, pertama ada ilmu dan kuat mendirikan hukum dan kedua memurahkan
hartanya kepada manusia serta tiada ingat akan dia dan ketiga sangat berusaha
pada segala pekerjaan yang memberi manafaat.
Soal – dan beberapa akal manusia
beberapa jengkal panjangnya. Jawab – bermula sepanjang-panjang akal manusia
tiga jengkal. Bermula akal satu jengkal itu melebihkan dunia daripada akhirat,
melebihkan harta daripada amal ibadat. Dan bermula akal dua jengkal itu
melebihkan akhirat daripada dunia tiada suka pada pekerjaan yang tiada memberi
manafaat lagi tahu akan dirinya itu hamba merendahkan diri sama-sama manusia.
Dan adapun akal yang tiga jengkal itu iaitu orang yang memandang akan tuhannya
dan akan dirinya di pandangnya pada segala perbuatan dirinya perbuatan Allaha
dan ikhtiarnya ikhtiar Allaha Taa’laya pada dirinya. Inilah akal orang yang
tiga jengkal adanya.
Soal – dan apa yang berat
daripada langit dan apa yang terlebih luas daripada bumi dan apa yang terlebih
kaya daripada laut dan apa yang terlebih keras daripada batu dan apa yang
terlebih hangat daripada api dan apa yang terlebih sejuk daripada air dan apa
yang terlebih pahit daripada racun. Jawab – adapun terlebih berat daripada
langit iaitu menuduh orang tiada berdosa dan terlebih luas daripada bumi iaitu
kata yang sebenarnya dan yang terlebih kaya daripada laut itu hati yang murah
dan terlebih keras daripada batu itu iaitu hati orang yang munafik dan terlebih
hangat daripada api itu iaitu perkataan yang kasar dan yang terlebih sejuk
daripada air itu berkehendak kepada bakhil dan yang terlebih pahit daripada
racun itu sabar.
Soal – dan mana-mana kepala akal.
Jawab – adapun kepala akal itu tiga perkara, pertama mengampunkan kesalahan
manusia kepadanya dan kedua merendahkan diri kepada manusia dan ketiga
mendahulukan fikir kemudian maka menjawab ia akan perkataan. Soal – dan mana
kepala jahil. Jawab – adapun kepala jahil itu tiga perkara, pertama orang yang
sangat membesarkan dirinya sama manusia dan kedua banyak perkataan yang tiada
memberi manafaat dan ketiga mengaibkan manusia pada satu pekerjaan akan tetapi
dia perbuat juga. Soal – adapun jahil itu di mana datangnya. Jawab – adapun
datang jahil itu iaitu ketiadaan ilmu dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu.
Soal – dan mana ilmu yang wajib
menuntut dia dan apa hukum kepada orang meninggalkan dia daripada menuntut.
Jawab – bermula ilmu yang wajjib menuntut dia tiga ilmu, pertama ilmu usul Al
Din iaitu mengetaui barang yang wajib pada Allaha dan yang mustahil dan yang
harus pada Allaha dan seperti demikian pada haq segala rasul dengan sekira-kira
mengesahkan akan imannya. Dan kedua ilmu fekah sekadar mengetahui syarat-syarat
rukun amal ibadatnya dan yang membatalkan dia. Dan ketiga ilmu tashowafa iaitu sekira-kira mengetahui
akan yang binasakan pahala ibadatnya. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama tiada sekali-kali di terima amal syirik sebesar bukit sekalipun.
Soal – apa hukumnya pada orang
yang meninggalkan menuntut ilmu yang tiga itu dan tiada mengetahui ilmu yang
tiga itu. Jawab – hukumnya fasik sebab meninggalkan yang wajib tiada sah jadi
wali nikah dan saksi. Soal – dan mana datang papa itu. Jawab – bermula datang papa
itu ketiadaaan akal dan jikalau ada akalnya panjang ikhtiarnya.
Soal – dan mana yang sebaik-baik
perempuan itu. Jawab – sebaik-baik orang perempuan itu empat perkara tandanya,
pertama memeliharakan harta suaminya serta cermatnya, kedua memeliharakan dirinya
daripada pekerjaan maksiat serta ada agama, ketiga manis mulutnya manis mukanya
kepada suaminya, keempat banyak sabar kepada suaminya serta bersungguh-sungguh.
Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada anaknya Sataya Faathomaha “Hai anakku Fatimah,
bermula syurga engkau dan neraka engkau itu suami engkau. Itulah siapa-siapa
baik perangainya kepada suaminya syurga tempatnya, jahat perangai kepada
suaminya nereka tempatnya”.
Soal – dan mana perempuan yang
celaka-celaka. Jawab – dan adapun celaka-celaka perempuan itu iaitu empat
perkara, pertama jahat perangai serta khianat akan harta suaminya, jangan
sekali-kali di buat isteri. Kedua berbuat maksiat di belakang suaminya dan
ketiga keji lidahnya masam mukanya, keempat banyak cemburu kepada suaminya dan
wajib cemburu itu pada orang laki-laki. Dan jikalau soleh perempuan itu
sekalipun tiada di terima amalnya dan sekalipun ibadatnya dan jikalau haji
sekalipun.
Soal – dan mana fardhu dahulu
daripada fardhu dan mana fardhu dalam fardhu dan mana fardhu antara dua sunat
dan mana fardhu kemudian daripada fardhu. Jawab – adapun fardhu dahulu daripada
fardhu iaitu ilmu. Adapun fardhu dalam fardhu iaitu hadir hati dalam sembahyang
kepada Allaha. Adapun fardhu antara dua sunat iaitu antara dua lubang hidung dan
yang fardhu kemudian fardhu iaitu mencita hendak mengerjakan lagi.
Soal – dan mana makna Laa
Alaha Alaa Allaha pada hakikatnya. Jawab – adapun makna kalimah itu
pada hakikatnya Laa Masataghonayaa A’na Kala Maa Sawaaha Wa Mafataqoraa Alayaha Kala
Maa Ghodaaha Alaa Allaha ertinya tiada yang kaya daripada tiap-tiap
barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang
lainnya melainkan Allaha Taa’laya yang kaya daripada tiap-tiap barang yang
lainnya dan berkehendak kepadanya tiap-tiap barang yang lain. Soal – dan
beberapa martabat orang yang mengata kalimah Laa Alaha Alaa Allaha.
Jawab – adapun orang yang mengata kalimah itu atas tiga martabat, pertama
martabat orang mabatadaya dan kedua
martabat orang matawaasatho dan
ketiga martabat orang manatahaya.
Soal – dan mana perbezaan antara
tiga orang itu. Jawab – adapun orang mabatadaya
itu orang yang memandang daripadanya kepada Allaha dan makna kepadanya Laa
Maa’bawada Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada yang di sembah dengan
sebenarnya melainkan Allaha Taa’laya martabat ini syirik semata-mata. Dan
adapun martabat orang matawaasatho
orang yang memandang daripada Allaha kepadanya dan makna kepadanya Laa
Matholawaba Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada di tuntut dengan sebenarnya
melainkan Allaha martabat ini syirik jua tetapi halus syiriknya daripada
martabat mabatadaya kerana ada
wujudnya.
Sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Wajawadaka Zanaba Laa Qoyaasa Laha Laghoyaraha bermula wujudmu
itu dosa tiada kias baginya bagi lainnya. Dan adapun martabat orang yang
manatahaya orang yang memandang daripada Allaha kepada Allaha dan makna
kepadanya Laa Mawajawada Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada maujud dalam
ilmu dengan sebenarnya melainkan Allaha Taa’laya martabat ini yang lepas
daripada halus syirik inilah yang di tuntut adanya.
Soal – dan apa janjian kalimah Laa
Alaha Alaa Allaha itu. Jawab – adapun janjian kalimah itu mengandung
nafi dan atsabaata dan tiada cerai
tiada sekutu. Soal – dan kalimah Laa
Alaha itu isyarat kepada apa dan kalimah Alaa Allaha isyarat kepada apa. Jawab – adapun kalimah Laa Alaha itu isyarat kepada wujud
makhluk dan kalimah Alaa Allaha itu
isyarat kepada wujud yang qodim. Soal – betapa memasukkan iman Asalama tauhid
makrifat kepada kalimah Laa Alaha Alaa Allaha. Jawab –
adapun iman Asalama tauhid makrifat di bahagi dua bahagi kerana tiada sah
Asalama itu melainkan dengan iman dan tiada sah iman iatu melainkan dengan
makrifat. Bermula kalimah Laa Alaha
itu kalimah tauhid dengan kalimah Alaa
Allaha kalimah makrifat adanya.
Soal – dan apa di nafikan dengan
kalimah Laa Alaha dan apa yang di
sabitkan dengan kalimah Alaa Allaha kerana
kita sudah yakin Allaha Taa’laya itu esa dengan dalil dan berhana baharu
sekelian alam dan jikalau tiada esa Allaha Taa’laya nescaya tiada di peroleh suatu
daripada alam dan lagi firman Allaha Taa’laya Qola Hawa Allaha Ahada
dan lagi firman Allaha Taa’laya Wa Alaha Kama Alaha Waahada sekrang
apa juga yang di nafikan dengan kalimah itu. Jawab – adapun nafi itu atas tiga
martabat, pertama nafi martabat mabatadaya
dan kedua nafi martabat orang matawaasatho
dan ketiga nafi martabat orang manatahaya.
Soal – dan mana rupa perbezaan
antara tiga martabat itu. Jawab – adapun nafi kepada orang mabatadaya itu iaitu
menafikan yang bersifat ketuhanan yang lain daripada Allaha Taa’laya maka nafi
ini nyata batalnya kerana menafikan barang yang tiada yang mustahil wujudnya.
Bermula yang tiada itu tiada berkehendak kepada nafi kerana sudah nahi sedia
jadi Tahashoyala Al Haashola jadi
tiada faedah nafinya dan setengahnya mengata ia yang di nafikan itu tuhan di
fardhukan yakni di takdirkan. Bermula nafi ini sangat batalnya dan jikalau ada
akalnya seberat zarah jua pun kerana mafhum takdir itu beriri pada tempat yang maujud.
Bermula maujud itu tiada menerima
nafi dan jikalau tiada sekali-kali tuhan takdir itu nescaya tiada berkehendak
kepada nafi kerana sudah nafi sedia jadi Tahashoyala
Al Haashola jadi tiada faedah nafinya lagi tiada faedah mengata kalimah masharafaha itu kerana yang di maksud
isinya tiada kulit dan lagi pada nafi ini pada mafhumnya bercerai nafi dengan
isbat. Dan adalah janjian kalimah itu mengandung nafi dan isbat maka tatkala
itu tak dapat tiada nafi itu mengandung isbat dan isbat itu mengandung nafi
tiada bercerai tiada sekutu seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
Laa Yafaraqo Bayana Al Nafaya Wa Al Atsabaata Wa Mana Faraqo Bayanahamaa Fa
Hawa Kaafara tiada bercerai antara nafi dan isbat dan siapa-siapa
ceraikan antara keduanya maka ia orang itu kafir adanya.
Dan kedua nafi orang martabat matawaasatho iaitu menafikan syak dan
waham berdiri sifat ketuhanan itu kepada makhluk seperti sangka kebanyakan
orang yang awam ada bagi makhluk ini memerintah seperti raja-raja dan di
sangkanya kepada makhluk ada mendatangkan kebajikan dan kejahatan hingga di
pujinya orang mendatangkan kebaikan kepadanya dan benci akan orang mendatangkan
kejahatan kepadanya. Syak sangka inilah yang di nafikan kerana tiada
sekali-kali fa’al kelakuan makhluk yang mendatangkan kebajikan dan kejahatan
itu hanya fa’al kelakuan Allaha Taa’laya yang berlaku pada sisi makhluk itulah
yang wajib di isbatkan sifat ketuhanan itu kepada Allaha Taa’laya supaya hilang
syak waham itu inilah erti nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi
tiada cerai tiada sekutu pada kalimah Laa Alaha Alaa Allaha itulah nafi
yang di perpakai oleh orang matawaasatho
adanya.
Dan ketiga nafi orang manatahaya iaitu menafikan wujudnya
seperti katanya Laa Mawajawada Laa Haya Laa A’alama Laa Qoadara Laa Marayada Laa
Samayaa’ Laa Bashoyara Laa Matakalama Faya Al Haqoyaqota Alaa Allaha
ertinya tiada yang maujud, tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang kuasa,
tiada yang berkehendak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang
berkata dalam alam pada hakikatnya melainkan Allaha Taa’laya. Hanya sifat yang
zahir pada makhluk tempat zahir sifat tuhan kepada hamba seperti wujud kita ini
bayang-bayang berdiri sendirinya tiada dengan wujud empunya bayang-bayangh dan
mustahil bergerak bayang-bayang dengan tiada bergerak empunya bayang-bayang.
Bermula misal ini kerana menghampirkan faham.
Bermula Allaha Taa’laya maha suci
daripada misal dan tashabaha ertinya
di ibaratkan dengan bayang-bayang itu yang betul tempat zahirnya jua seperti
firman Allaha Taa’laya hanya aku jadikan sesuatu itu kerana hendak mengenal engkau
akan daku dalam tiap-tiap suatu aku yang menjadikan tiap-tiap suatu. Maka
fanakan hai insan akan wujudmu dalam wujud Allaha, fanakan segala sifatmu dalam
sifat Allaha inilah Allaha Taa’laya hidup dalam dirimu yang tahu dalam ilmumu
yang kuasa dalam tulangmu dan yang berkehendak pada nafsumu dan yang mendengar
pada telingamu dan yang melihat pada matamu dan yang berkata pada lidahmu.
Maka tatkala itu lepas engkau
daripada syirik dan adalah sebab terdinding kita kepada Allaha Taa’laya dengan
sebab sangka dan waham kita di sangka kita yang punya ikhtiar dan punya
perbuatan syak sangka itulah yang wajib kita nafikan pada kalimah Laa Alaha kerana tiada sekali-kali kita
punya perbuatan dan punya ikhtiar hanya Allaha Taa’laya yang berlaku pada hamba
semata inilah isyarat sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mawatawaa
Qobala Ana Tamawatawaa yakni matilah kamu sebelum bahawa mati kamu
yakni mati ikhtiar.
Soal – dan apa perbezaan matawaasatho dengan orang manatahaya. Jawab – adapun matawaasatho itu ada syiriknya tetapi
halus syiriknya daripada mabatadaya kerana ada wujudnya. Dan adapun orang manatahaya lepas daripada halus syirik
hanya memandang daripada Allaha kepada Allaha tiada memandang bagi dirinya amal
hanya apabila beramal ia di tilik dalam hatinya akan amal itu Mana
Allaha Ba Allaha Lalaha daripada Allaha dengan Allaha bagi Allaha.
Soal – dan apa perbezaan zikirnya
Laa
Alaha Alaa Allaha dengan antara zikir Allaha Allaha dan mana yang terlebih afdal. Jawab – adapun zikir Laa
Alaha Alaa Allaha zikir orang yang syariat dan adapun zikir Allaha Allaha itu bagi maqam hakikat.
Dan bermula zikir Laa Alaha Alaa Allaha terlebih afdal daripada orang mabatadaya
kerana menafikan syak sangka yang bathil itu kerana ada di sangkanya berdiri
sifat ketuhanan kepada makhluk. Syak sangka itulah yang di nafikan dengan
kalimah Laa Alaha dan di isbatkan
sifat ketuhanan itu kepada kalimah Alaa
Allaha supaya hilang syak sangka yang bathil itu.
Dan adapun zikir Allaha Allaha itu terlebih afdal kepada
maqam orang hakikat hanya kerana tiada syak sangka sekali-sekali berdiri sifat
ketuhanan itu kepada makhluk hanya di pandangnya maujud di dalam alam hanya
ingat akan zat semata-mata yang Layasa Kamatsalaha Shayaa yang tiada
empunya suatu jua dalamnya. Bermula orang maqam hakikat itu tiada berkehendak
mengata kalimah Laa Alaha Alaa Allaha kerana bahawasanya Allaha Taa’laya hadir
dalam hatinya senantiasa malu menyebut dia.
Soal – dan mana yang wajib kita
iktikadkan kepada tuhan kita Jala Wa A’za. Jawab – adapun yang wajib kita
ketahui dan iktikadkan iaitu mengetahui barang yang wajib padanya dan barang
yang mustahil padanya dan barang yang harus kepadanya dan wajib iktikadkan
padanya Layasa Kamatsalaha Shayaa Faya Al Aradho Wa Laa Faya Al Samaa
dan tiada di dalam suatu dan tiada di luar suatu, tiada suatu dalamnya dan
tiada di atas dan tiada di bawah dan tiada di kiri, tiada di kanan, tiada di
hadapan, tiada di belakang, jauh tiada antara hampirnya, tiada bersentuh hanya mahayatho pada sekelian alam, tiada
masa, tiada zaman, tiada hingga, tiada sekarang, tiada kemudian hanya mahayatho pada sekelian zaman tiada anashola, tiada anafashola halawala, tiada
ataahaada inilah sabda nabi Sholaa’ma Al
A’jara A’na Al Daraka Al Adaraaka Fa Hawa Adaraaka bermula lemah
daripada mendapat maka ialah yang di dapat.
Soal – dan apa kata kamu pada
orang yang lebai menegahkan menuntut ilmu tashowafa
berkata ia ilmu tashowafa itu bukan
ilmu kita orang yang awam hanya ilmu tashowafa
itu ilmu orang di atas-atas dan lagi tiada terpakai hukumnya kerana kita orang
yang awam banyak jahil. Adakah harus di perpakai kata itu atau tiada. Jawab –
tiada harus di perpakai kata itu kerana tersalah fahamnya ialah orang sesat
tiada boleh di ikut dan di mana dia dapar hukum menegahkan menuntut ilmu tashowafa. Adakah dalam kitab atau Qoraana atau hadis nabi atau Atafaaqo A’lamaa. Adapun sabda nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Tholaba Al A’lama Farayadhota A’laya Kala
Masalama Wa Masalamata bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap
Masalama laki-laki dan perempuan.
Bermula yang mmerada di ilmu itu
ialah ilmu fadhu ain. Bermula ilmu yang fardhu ain ialah tiga ilmu, pertama
ilmu usul Al Din dan kedua ilmu fekah dan ketiga ilmu tashowafa. Ialah perkataan itu tiada seasalnya dalam kitab ialah
perkataan buat kacau sahaja tiada dengan fikiran. Adapun katanya bukan ilmu
kita yang awam ini kau jawab katanya ialah sebenarnya kata itu kerana itulah
wajib menuntut ilmu itu supaya engkau ahli demikian ilmu itu. Adapun orang yang
tahu ilmu itu awalnya ialah seperti engkau juga. Adapun katanya ilmu orang yang
di atas-atas kita dan aku jawab pula katanya itu.
Adapun orang yang di atas-atas
itu ialah asalnya di bawah seperti engkau jua dengan sebab itulah engkau jawab
menuntut supaya boleh engkau sepertinya di atas pula adanya. Dan adapun katanya
tiada terpakai hukumnya sekarang aku jawab bermula orang yang alim seperti
orang berjalan ada suluh pelita tahu akan baik dan jahat.
Bermula orang yang jahil seperti
orang yang berjalan dalam gelap dengan tiada pelita nescaya tiada tahu akan
baik dan jahat lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al
A’lamaa Habayaba Allaha Wa Lawa Faasaqoa Wa Al Jaahala A’dawa Allaha Wa Lawa
Shoalahaa dan bermula orang yang a’lamaa
kekasih Allaha dan jikalau fasik sekalipun dan bermula orang jahil seteru
Allaha dan jikalau sholeh sekalipun.
Dan bermula orang alim itu
apabila memperbuat jalan maksiat hukumnya fasik. Bermula orang jahil apabila
memperbuat jalan maksiat jatuh ia kepada kafir kerana jahilnya. Sabda nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula orang yang alim itu jauh daripada
kafir terlebih jauh daripada antara maghrib dan masyrik dan bermula orang yang
jahil terlebih hampir kepada kafir daripada mata hitam kepada mata putih.
Dan lagi sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama bermula orang buta dalam dunia nescaya buta dalam
akhirat. Bermula orang yang melihat dalam dunia nescaya melihat dalam akhirat.
Dan adapun yang di tegah oleh setengah a’lamaa
mengaji ilmu tashowafa orang yang
belum sempurna akalnya seperti budak-budak yang tiada sampai akalnya
memfahamkan dia jadi di buatnya main-main atasnya itu di katanya tahi kambing
dan jadi persenda-sendakan Allaha Taa’laya.
Dan lagi yang di tegah itu menzahirkan
rahsia iaitu ilmu ladanaya dan ilmu zawaqoya bukan kepada ahlinya inilah
ilmu yang di tegah oleh a’lamaa. Dan
lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al Sharayaa’ta Ba Laa
Haqoyaqota A’atholaha Wa Al Haqoyaqota Ba Laa Sharayaa’ta Ba Al Batholata
bermula ilmu syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa bermula ilmu hakikat
dengan tiada ilmu syariat batal.
Soal – dan beberapa martabat
orang yang sembahyang beri jawabnya. Jawab – adapun martabat orang yang
mengerjakan sembahyang itu tiga martabat, pertama martabat syariat dan kedua
martabat sembahyang thorikat dan ketiga sembahyang orang hakikat.
Soal – dan mana rupa sembahyang
orang syariat dan apa hukumnya dan mana rupa sembahyang orang thorikat dan apa
hukumnya dan mana rupa sembahyang orang hakikat. Jawab – adapun sembahyang
orang syariat itu iaitu orang memandang daripadanya kepada Allaha serta suci
daripada riya dan samaa’ha
semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab serta mengetahui
segala syaratnya dan rukunnya dan mengetahui segala yang membatalkan dia dan
hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syirik tiada sekali-kali di
terima amalnya dan jikalau sebesar bukit sekalipun.
Dan adapun sembahyang orang
thorikat itu iaitu iktikadnya hadir Allaha Taa’laya pada hadapannya melihat
akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacanya maka sangat khusyuknya
dan tadhoraa’ nya kerana Allaha
Taa’laya hadir pada hadapannya dan suci daripada riya dan samaa’ha dan tiada kerana harap akan pahala dan tiada kerana takut
akan seksa. Hanya memandang dirinya itu hamba mengerjakan suruh meninggalkan
tegah hanya terima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allaha
Taa’laya dalam sembahyang ini orang memandang daripada Allaha kepadanya
hukumnya syirik jua akan tetapi halus syirik daripada orang mabatadaya kerana ada wujudnya.
Dan adapun sembahyang orang
hakikat itu iaitu orang tiada memandang bagi dirinya amal hanya memandang fa’al
kelakuan Allaha Taa’laya yang berlaku pada dirinya yang di takdirkan pada azali
sebelum di jadikan dia. Hanya memandang bagi dirinya jadi alat seperti kalam
pada orang yang menyurat maha suci Allaha Taa’laya daripada alat hanya di
pandangnya segala amalnya Mana Allaha Ba Allaha Lalaha
daripada Allaha dengan Allaha bagi Allaha. Inilah orang yang lepas daripada
halus syirik inilah yang sebesar sembahyang yang bernama otak sembahyang Wa Allaha Al Mawaafaqo.
Soal – dan beberapa martabat
orang mengerjakan puasa beri kami fatwanya. Jawab – adapun martabat orang yang
mengerjakan puasa itu tiga martabat, pertama puasa orang mabatadaya, kedua puasa orang matawaasatho
dan ketiga puasa orang manatahaya.
Soal – dan mana perbezaan antara
tiga itu. Jawab – adapun orang mabatadaya
itu iaitu menahani makan dan minum siang hari dan menahani jimak pada siang
hari serta berniat pada malam. Dan adapun puasa orang matawaasatho itu menahan segala anggota yang tujuh daripada
pekerjaan yang haram dan dua mata menahan daripada yang haram seperti melihat
perempuan yang halata dan menahan
lidah daripada mengumpat dan berdusta dan telinga menagan daripada mendengar
perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat dan tangan menahan
daripada mencapai yang haram dan kaki menahan berjalan kepada pekerjaan yang
haram dan faraj menahan daripada yang haram. Dan berkata orang matawaasatho bagi orang mabatadaya hanya payah berlapar dan
dahaga sahaja tiada faedah puasanya. Dan adapun puasa orang manahataya itu iaitu memeliharakan hati
daripada mencita-cita akan kemuliaan dunia dan menahan hati ingat kepada ghoyara Allaha. Inilah puasa orang manatahaya Wa Allaha Mawaafaqo.
Soal – dan mana orang yang ada
perhiasan poada sisi Allaha Taa’laya. Jawab – adapun manusia yang di perhiasan
pada Allaha Taa’laya itu iaitu empat perkara, pertama orang yang mengajar ilmu
yang sebenarnya dan kedua orang yang berlajar ilmu yang sebenarnya dan ketiga
orang yang banyak suka berbuat kebajikan dan keempat orang yang murah tangannya
bersedekah serta manis mulutnya dan mukanya kepada segala karib kerabatnya.
Soal – dan mana orang yang di
bencikan Allaha Taa’laya. Jawab – adapun manusia kebencian Allaha Taa’laya itu
iaitu orang kaya bakhil tangannya dan kedua orang tua kasih akan dunia dan
ketiga orang mengambil kebesaran kepada manusia. Sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Laa Yadakholawana Al Janata Mana Kaana Faya Qolabaha Matsaqoala Zarata
Mana Takabayara tiada masuk akan syurga tiap-tiap ada di dalam hatinya
seberat zarah daripada takbur.
Lagi sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama “Jangan kamu bersahabat dengan orang mati jadi mati pula
hati kamu” bertanya sahabat “Dan mana orang mati ya rasul Allaha”. Maka
sabdanya “Iaitu orang yang gemar kepada kemuliaan dunia dan mengikut nafsunya
itulah asal daripada tiap-tiap kejahatan. Dan takut olehmu akan bersahabat
dengan orang kaya kerana kaya itu mewaris takbur. Dan jangan kamu bersahabat
dengan orang bakhil kerana orang bakhil a’dawa
Allaha Taa’laya.
Jangan kamu bersahabat dengan
orang kasih akan kemuliaan dunia kerana dunia itu sangat hina pada Allaha. Dan
jangan kamu bersahabat dengan orang loba dan tamak dan jangan kamu bersahabat
dengan orang jahil bertambah dosa dan larilah kamu daripada orang-orang yang
bersifat ini seperti lari daripada harimau. Dan bersahabat olehmu akan orang
alim yang sebenarnya yakni benar iktikadnya bertambah ilmu dan bersahabat
olehmu dengan orang sholeh bertambah gemarmu kepada berbuat ibadat. Dan jangan
engkau menuntut ilmu kepada orang alim yang tamak kepada harta dan tamak kepada
kemuliaan dunia membawa kepada kebinasaan bukan orang alim yang sebenarnya
membawa syaitan laknat Allaha”.
Soal – dan beberapa bangsa
manusia yang di haramkan Allaha Taa’laya masuk syurga. Jawab – iaitu empat
bangsa, pertama orang yang derhaka akan dua ibubapa dan kepada orang jadi
alan-alan zina dan ketiga orang yang meminum arak dan keempat orang yang jahat
perangainya, keji lidahnya, sakit hati orang sekampung, masam mukanya, bakhil
tangannya. Soal – dan beberapa perkara manusia awal-awal masuk neraka. Jawab –
iaitu empat perkara, pertama qori kerana hendak di puji akan qorinya, dan kedua
orang yang murah kerana hendak di puji akan murahnya dan ketiga orang perang
sabil kerana hendak di puji akan beraninya dan keempat raja-raja yang zalim
akan orang yang di bawah perintahnya.
Soal – bermula nafsu itu beberapa
perkara. Jawab – bermula nafsu itu tiga perkara, pertama nafsu lawaamaha dan kedua nafsu Al Amaaraha dan ketiga nafsu mathomanaha. Soal – dan apa perbezaan
nafsu yang tiga itu beri kami hukumnya. Jawab – dan adapun nafsu lawaamaha itu iaitu nafsu segala
binatang iaitu makan dan minum dan tidur dan jimak. Dan adapun nafsu amaaraha itu iaitu nafsu shayathoanayaha iaitu menyuruh berbuat
kejahatan. Adapun nafsu mathomanaha
itu iaitu nafsu a’aqolayaha yang suci
daripada segala kekeruhan menjauhi segala maksiat zahir dan bathin mengerjakan
segala suruh dan mengenal akan sifat dirinya dan mengenal akan sifat Allaha
Taa’laya inilah nafsu yang di kasihi Allaha Taa’laya.
Soal – dan mana tanda amal yang
di terima dan mana yang tiada di terima Allaha Taa’laya beri tahu akan kami.
Jawab – sabda nabi Sholaa’ma bermula alamat amal yang di terima itu iaitu
merasakan manis amal tatkala mengerjakan dia lagi sejuk mata hatinya dalam
sembahyang. Adapun alamat amal yang tiada di terima itu iaitu tiada hadir
hatinya kepada Allaha Taa’laya dalam sembahyang dan ingat hatinya kepada yang
lain.
Soal – dan apa-apa alamat orang
mati hati dan apa alamat orang hidup hatinya. Jawab – adapun tanda orang mati
hati itu iaitu ketiadaan dukacita atas barang yang luput daripada taat zahir
dan bathin daripada segala kebaktian dan meninggalkan menyesal tatkala terbuat
segala pekerjaan maksiat. Dan adapun tanda orang hidup hati itu dukacita ia
atas barang-barang yang luput daripada pekerjaan segala taat akan Allaha
Taa’laya dan sangat menyesal atas barang yang berbuat daripada pekerjaan
maksiat.
Soal – dan apa yang di pandang
dengan mata kepala dan apa yang pandang dengan mata hati beri jawabnya. Jawab –
adapun yang di pandang dengan mata kepala itu atsara yakni bekas. Adapun yang pandang dengan mata hati itu mawatsara yakni yang memberi bekas.
Soal – dan mana sejahat-jahat
manusia itu kepada Allaha Taa’laya. Jawab – sabda nabi Shoma bermula
sejahat-jahat manusia itu apabila datang bala atasnya sangatlah dia khusyuk
kepada Allaha Taa’laya serta minta doa dengan khusyuknya serta menangis mata
akan Allaha Taa’laya dan apabila hilang bala itu atasnya lupa ia akan bala itu
dan hilang khusyuknya. Dan takut olehmu hai yang berakal dan jangan engkau tipu
daya dengan kesukaan dunia mematikan hati kamu dan hanya banyak binasa segala
manusia dengan kesukaan dunia itulah.
Ini suatu khoatamata di ambil daripada hadis firman Allaha Taa’laya hairan
aku akan hambaku ingat akan hartanya, tiada ingat akan aku yang memberi rezeki,
tiada syukur akan nikmatku dan bakhil tangannya bersedekah kepada fakir miskin
di sangka harta dapat dengan usahanya dan ikhtiarnya. Ialah sejahil-jahil
hambaku tiada ilmu barang sezarah jua.
Hadis firman Allaha Taa’laya
hairan aku akan hambaku yang bersungguh-sungguh mencari harta hingga
meninggalkan kampung dan anak isteri pergi dagang ke negeri orang mana-mana
akan dapat dia tinggal menuntut yang memberi manafaat, di cari harta yang tidak
menolong pada kemudian hari. Aku tiada menyuruh mencari harta dengan
bersungguh-sungguh hanya aku suruh bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan
mengerjakan beramal akan bekal di dalam akhirat seolah-olahnya tiada percaya
akan hari kemudian, tiada percaya akan aku memerintah dunia dan akhirat. Adakah
harta itu akan menolong pada hari kemudian hanya harta banyak itu menyakiti
pada kemudian hari halanya di hisab dan haramnya di azab seksa.
Firman Allaha Taa’laya aku
dahulukan orang fakir masuk syurga daripada orang kaya lima ratus tahun. Hadis
firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku meninggalkan menuntut ilmu akan
bekal di dalam akhirat dengan sebab mencari harta yang tiada menolong pada
kemudian hari. Ialah hambaku tiada punya fikir satu zarah, tiada akal barang
sejari jua di tinggalkan yang kekal di kerjakan barang tiada kekal hanya aku
haruskan mencari harta hingga sekadar memadai. Hairan aku akan hambaku yang
suka riya dengan dapat harta dan dapat kemuliaan dunia dengan kemegahan.
Adakah dia tahu akan daku dengan
dia aku suka dengan dia dapat harta dan dapat kemuliaan dunia. Tiada dia dengar
firmanku dalam Qoraana Wa
Maa Kholaqota Al Jana Wa Al Anasa Alaa Layaa’badawana dan tiada aku
jadikan akan jin dan akan manusia melainkan kerana bahawa menyembah mereka itu
akan daku. Tiada aku jadikan mencari harta dan kemuliaan kemegahan hanya aku
jadikan dunia ini tempat mencari bekal dalam akhirat. Sabda nabi Shoma Al
Naasa Yawama Azaa Maata Tanabaha bermula manusia itu tidur apabila mati
jaga ia baharulah tahu maka datang sesal yang tiada berguna hendak akan dunia
hanya tiada akan di adakan lagi hendak berbuat amal sholeh.
Hai yang berakal fikirkan olehmu
jangan seperti binatang yang tiada fikir hidup akan mati. Hairan aku akan
hambaku yang membuat rumah yang bagus-bagus rupa orang yang tiada akan mati.
Hairan aku akan hambaku menghimpunkan harta hendak tinggalkan kepada anaknya
tiada percaya akan daku yang menjadikan anaknya. Aku takdirkan rezekinya itu
pada azali tiada boleh bertukar dan tiada bertambah sebab usaha dan tiada
kurang sebab tiada di cari hanya wajib adanya. Hairan aku akan hambaku yang
banyak suka dapat kemegahan dan suka mengikut pakaian orang kafir dan
perangainya.
Hadis nabi Shoma Al
Danayaa Sajana Al Mawamanayana Wa Al Janata Lalakafarayana ertinya
bermula dunia itu penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafirin kerana di
lebihkan orang kafir dalam dunai itu kerana tempatnya pada kemudian hari dalam
neraka. Dan lagi hadis nabi Shoma Wa Mana Tashabaha Ba Qowama Fa Hawa
Manaha dan siapa-siapa menyerupai akan suatu kaum maka ia setengah
daripada kaum itu. Dan hadis firman siapa-siapa hambaku berkehendak kemuliaan
dunia dan kemegahan aku berikan dia tiada baginya dalam akhirat akan kemuliaan
kerana dia sudah ambil kemegahan dalam dunia tiada boleh berhimpun keduanya
kemuliaan akhirat dengan kemuliaan dunia.
Sabda nabi Shoma siapa kaya dalam
dunia papa dalam akhirat dan siapa mulia dalam dunia hina dalam akhirat yakni
ura-ura bersifat mulia dan siapa-siapa berbuat besar dalam dunia di kecilkan
dalam akhirat seperti semut yang kecil dan memijak segala manusia di atasnya
kerana dia bersifat besar dalam dunia. Firman Allaha Taa’laya hairan aku akan
hambaku yang mengerjakan sembahyang tiada ingat akan aku hanya ingat akan
hartanya dan ingat akan pekerjaan dunia. Tiada ingat akan aku yang menggerakkan
dan yang mendiamkan sekali-kali tiada aku terima amalnya hanya hamba harta
bukan hambaku.
Firman Allaha Taa’laya hairan aku
akan hambaku yang yakin akan dunia ini akan kiamat, hidup akan mati akan tetapi
dia lali jua daripada menuntut ilmu dan mengerjakan amal ibadat akan bekal
dalam akhirat. Seolah-olahnya tiada percaya akan syurgaku, tiada percaya akan
nerakaku. Hanya aku jadikan syurga itu tempat kediaman orang yang beramal
keranaku dan aku jadikan neraka itu tempat kediaman orang yang derhaka akan aku
yang tiada mengerjakan suruhku tiada meninggalkan akan berbuat kejahatan.
Hadis firman Allaha Taa’laya
hairan aku akan hambaku mengambil kemuliaan dunia pada sisi makhluk apakah di
dapat ialah sebodoh-bodoh hambaku menuntut yang tiada dapat, hanya yang dapat
kemuliaan masuk syurga. Hanya segala manusia tiada mempunyai syurga tiada
memberi syafaat akan engkau dan tiada mendatangkan manafaat dan mudharat hanya
aku yang mendatangkan manafaat dan mudharat tetapi aku di taruh di
belakangnya.
Hadis firman Allaha Taa’laya
hairan aku akan hambaku berbuat amal ibadat dan memadakan dengan sedikit ilmu
yang tiada mengetahui akan segala syarat amalnya dan rukunnya dan segala yang
membatalkan dia. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al
A’mala Ba Laa A’lama Dholaala Shadayada Wa Al A’lama Ba Laa A’mala Zanaba
Kabayara dan bermula amal dengan tiada ilmu sesat yang sangat dan
bermula ilmu dengan tiada amal dosa yang amat besar.
Hadis firman Allaha Taa’laya
hairan aku akan hambaku yang menyebut-nyebut kejahatan orang dan lupa akan
kejahatan dirinya. Hairan aku akan hambaku yang membesarkan dirinya pada
manusia tiada malu akan aku yang punya kebesaran, dia mengambil pakaian aku dan
siapa-siapa hambaku mengambil kebesaran ialah seteruku dunia dan akhirat
tiadalah akan mencium akan baunya syurgaku.
Firman Allaha Taa’laya hairan aku
akan hambaku yang bakhil kedekut tiada memurahkan ia akan tangannya, tiada tahu
aku yang memberi rezeki aku hendak memberi pahala akan dia dengan bersedekah
dalam satu sepuluh gandanya. Tiadakah di dengar firmanku dalam Qoraana Wa Mana Yaqoradho Allaha Qoradhoa
Hasanaa Qoyadhoa A’faha Laha Adhoa’afaa Katsayaraa tafsirnya dan
siapa-siapa yang memberi hutang akan Allaha Taa’laya akan seperti piutang yang
baik maka menggandakan Allaha Taa’laya baginya akan ganda yang banyak sepuluh
ganda.
Tiadakah di dengar firmanku dalam
Qoraana
Wa Mana Yaqoradho Allaha Qoradhoa Hasanaa A’faha Laha Adhoa’afaa Katsayaraa
tafsirnya dan siapa-siapa yang memberi hutang akan Allaha Taa’laya akan seperti
piutang yang bak maka menggandakan Allaha Taa’laya baginya akan ganda yang
banyak sepuluh ganda. Ialah seolah-olah tiada percaya akan firmanku siapa-siapa
tiada percaya akan firmanku kafir. Sekarang hambaku yang bakhil apa guna harta
engkau tiada di bawa mati jadi tiada memberi faedah harta engkau. Hanya lelah
payah saja orang kaya engkau dapat tiga lapis kapan yang engkau bawa masuk
kubur. Hanya harta yang memberi faedah yang di sedekahkan yang di belanja
berbuat kebaikan.
Hadis firman Allaha Taa’laya hai
segala hambaku dan siapa yang tiada mengamalkan yang tiga perkara ini maka
tiada memberi akan pahala amalnya dan ilmunya dan jikalau ilmu daripada ahli
dunia sekalipun. Dan pertama jangan engkau kasih akan harta dunia yang lebih
daripada sekadar hajat yang memberi memadai. Dan kedua jangan menyakiti akan
hati manusia dengan tiada benar. Dan ketiga jangan hampir kepada raja-raja.
Sabda nabi Shoma bermula sejahat-jahat orang alim yang ziarah kepada raja-raja
dan sebaik-baik raja yang ziarah kepada orang alim kerana orang alim itu waris Al Anabayaa.
Qoala Allaha Taa’alaya hai anak Adam jikalau tiada engkau menjauhi
yang tiga perkara itu dan jikalau mehafaz engkau akan lapan puluh peti kitab
sekalipun maka engkau seperti hamar menanggung kitab. Hadis ada seorang laki-laki daripada kaum
bani Israil menghimpunkan lapan puluh peti kitab hingga mewahyukan Allaha
Taa’laya kepada nabinya khabarkan olehmu kepada laki-laki yang menghimpunkan
lapan puluh peti kitab dan jikalau banyak daripada demikian itu sekalipun tiada
memberi manafaat akan dia jikalau tiada meninggalkan yang tiga perkara itu. Pertama
meninggalkan kasih akan kemuliaan dunia yang lebih daripada sekadar hajat.
Kedua jangan menyakiti hati manusia dengan sebab lidah atau perangai dan ketiga
jangan berhampiran dengan raja-raja.
Firman Allaha Taa’laya hairan aku
akan hambaku manusia perkataan banyak memberi fatwa dan banyak hadis dan ilmu
hikmat dan fatwa yang halus-halus tetapi matinya menaruh dendam dan hasad dan
kasih akan harta dan kasih akan kemuliaan dan kasih akan kemegahan dan mahsyur
dan harap akan puji manusia dan takut akan di cela manusia. Ialah hambaku itu
ibu Iblis mengikut hukum anaknya dan apabila melihat engkau akan orang alim
bersifat ini jangan engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan. Dan sabda nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula celaka-celaka manusia bertambah
ilmunya bertambah lalinya, bertambah tuanya itu bertambah jahilnya dan
bertambah hartanya bertambah bakhil.
Firman Allaha Taa’laya hai
hambaku jangan ada engkau seperti sumbu pelita orang terang kita terbakar. Hai
hambaku jangan ada engkau seperti ayak tepung keluar yang halus-halus tinggal
yang kasar-kasar. Hai insan jangan ada engkau seperti pisau raut membetulkan
bengkok orang tiada membetulkan bengkok dirinya. Hai insan jangan ada engkau
seperti kubur yang di lumur dengan kapur zahirnya bagus dan bathinnya busuk. Qoyala di kata orang telah mewahyukan
Allaha Taa’laya akan nabi Daud “Hai Daud, jika ada engkau kasih akan aku maka
keluarkan kasih akan dunia daripada hati engkau. Bermula kasih akan aku serta
kasih akan dunia tiada boleh berhimpun keduanya pada hati yang satu dan bermula
hati itu rumah aku tiada aku kasih bahawa syarikat pada rumahku”.
Hai insan banyakkan fikir jangan
ada engkau seperti segala binatang tiada fikir hidup akan mati. Telah berkata Fadhola Rahamaha Allaha bermula fikir
itu cermin yang melihat engkau akan kejahatan engkau dan kebajikan engkau dan
mengata setengah orang yang arif. Bermula fikir itu atas dua bahagi dan yang
pertama fikir pada maa’bawada pada
sempurna sifat tiada boleh fikir pada zatnya. Dan kedua fikir yang takluk
dengan segala hamba maka tak dapat tiada fikir hamba itu tatkala mengerjakan
amal ibadat wajib atau sunat adakah di campur riya samaa’ha dan jika dapat riya dalam hati engkau maka engkau jauhi
akan riya itu.
Bermula amal riya itu syirik
kemudian hendaklah fikir hamba itu akan dirinya dan jika tahu akan dirinya itu
jahil ketiadaan ilmu maka hendaklah berbimbang dengan menuntut ilmu supaya
hilang jahil itu. Dan jika memperoleh pada hati engkau segan-segan atau sebab
sudah tua malu berlajar atau sebab dapat nama lebih takut kurang darjat maka
fikir engkau ialah mengikut dari syaitan laknat Allaha wajib lari daripadanya
dan bersegera taubat. Dan wajib berperang dengan hawa nafsu dan jikalau tiada
engkau lari daripada perdaya syaitan jadilah engkau taulan baginya. Dan
kemudian hendaklah fikir hamba itu pada umurnya tiap-tiap hari kurang dan kubur
itu pada tiap-tiap hari hampir jua.
Janganlah lali hambaku daripada
fikir dan kemudian hendaklah fikir daripada dirinya yang bathin adakah iktikad
yang di cela oleh syarak seperti riya samaa’ha
ajab takbur hasad dan sebagainya daripada sifat yang di cela orang syarak
tinggalkan olehmu. Dan lari engkau kepada sifat yang di puji oleh syarak dan
kemudian hendaklah hamba itu fikir pada dunia lenyap tiada kekal dan negeri
akhirat itu kekal. Dan hadirkan akhirat itu dalam hati kamu dan hadirkan pada
hati kamu mawaqofa dan ingatkan dalam
hati kamu akan bertimbang dosa dengan pahala jikalau berat dosa masuk neraka
jikalau berat kebaikan masuk syurga. Dan fikir kamu hai insan jangan lupa dan
lali ingat akan kubur seorang dirinya tiada siapa-siapa boleh menolong akan
kita hanyalah amal ibadat serta iman yang menolong akan kita.
Hai insan janganlah engkau
bersuka-suka jua dengan harta bermula harta engkau tiada menolong akan dikau
hanya yang menolong akan dikau harta buat sedekah dan harta yang di nafkahkan
berbuat kebaikan seperti wakaf berbuat kebaikan. Kemudian hendaklah fikir hai
insan akan pekerjaan adakah memberi faedah pada hari kemudian jika tiada
memberi faedah jalan akhirat maka wajib engkau tinggalkan.
Kemudian engkau fikir pula
berhiasan dengan memakai pakaian jika kerana riya engkau tinggalkan dia supaya
lepas daripada campur riya. Hanya engkau niatkan menutup aurat atau niat
muliakan ibadat dan hanya banyak kebinasaan manusia sebab meninggalkan fikir
sekelian pekerjaan dunai dan akhirat. Sabdanya nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama sabdanya bermula fikir satu saat terlebih afdal daripada ibadat tujuh
puluh tahun Wa Ba Allaha Al Tawafayaqo.
Inilah akhir barang yang hamba
sengaja menyatakan dia kepada segala akhowaana
yang berkehendak kepada akhirat. Hamba buat kitab kecil ini niat makhotashora jua hanya niat dalam hati
hamba akan pengajar badan sendiri kerana hamba sangat jahilnya hendak bawa
berjalan barang mana pergi mudah-mudahan aku beroleh taufik Allaha Taa’laya.
Aku namai kitab ini Kashafa Al Asaraara
yakni pembukakan segala rahsia dan siapa-siapa suka akan kitab ini alamat
beroleh daripada Allaha Taa’laya akan pertunjukan dan siapa-siapa tiada suka
akan kitab ini alamat beroleh pertunjuk daripada syaitan dan Iblis.
Tamat kitab ini pada sanata seribu tiga ratus empat puluh
empat pada hari Tsalatsa dua puluh
tujuh bulan Safara adanya. Terjemah Sheikh Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha
Mangkabuya adanya.
Di rumikan oleh Mahamada bana A'bada Allaha
No comments:
Post a Comment