Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, November 15, 2010

Majlis Raja-raja Melayu

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua Sultan dan Yang di-Pertua Negeri di Malaysia.

Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar/Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di Pertua Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah Penubuhan

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Negeri Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi Durbar yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939. (42 tahun hanya 9 mesyuarat).

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Sembilan , Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah di pendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali (9 tahun bermakna purata 5 kali setahun).

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis.

Kuasa Majlis Raja2

Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula. Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

Fakta2 tentang sejarah Majlis Raja2

1 July 1896 - Tiada rekod dan merupakan tahun lompat

Durbar - Tiada rekod ttg maksud perkataan ini

Istana Negara, Bukit Chandan - Bukit Chandan terletak dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Istana Iskandariah dibina di atas bukit kecil bernama Bukit Chandan Jarak Kuala Kangsar ke Bukit Chandan kira-kira 2 km sahaja. Pada peringkat awal, tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak bersemayam. Istana Sultan Perak cuma rumah yang dibina daripada kayu yang bermutu tinggi sahaja yang dibina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir Perak, memang tidak ada kawasan berbukit-bukau. Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari (Sungai Perak) kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.

DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah - Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar menjadi Sultan Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916 . Baginda Lahir pada 19 Jun 1849 dan mangkat pada 14 Januari 1916. Pada tahun 1895, baginda membawa Perak menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda digantikan oleh puteranya yang tua, Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah. Baginda telah dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Jadi perjumpaan Durbar ini tahun 1895 ke 1897?

DYMM Sultan Abdul Samad - Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat. Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah. Baginda dilahirkan pada tahun 1811. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898. Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong yang tidak setuju dengan hal tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa. Beliau menghadiri mesyuarat majlis raja2 yg pertama pada umur 86 tahun dan mangkat setahun selepas itu.

DYMM Tuanku Muhammad - Tiada rekod. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan. Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke 17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan. Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang dikepalai oleh Daing Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daing Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.
Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan. Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daing Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

DYMM Sultan Ahmad - Tiada rekod

Sir Charles Mitchell - Tiada rekod.

Sir Frank Swettenham - Sir Frank Athelstane Swettenham (1850- 11 Jun 1946) ialah Residen Jeneral pertama untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini sebahagian Malaysia) antara 1 Julai 1896 hingga 1901. Beliau merupakan salah satu daripada hampir 40 orang pegawai Empayar British yang menentangi Malayan Union. Disebabkan pengalamannya di Tanah Melayu, Swettenham mencipta kamus "Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu" ("Vocabulary of the English and Malay languages") serta menerbitkan dua buah buku, iaitu "Keterangan-keterangan Ringkas Melayu" ("Malay Sketches") dan "Surat-surat Tanpa Alamat" ("Unaddressed Letters").
Dilahirkan di Belper, Derbyshire, England (carian tempat ini tak wujud) sebagai anak keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871, beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872 dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Jawatan-jawatan yang dipegangnya kemudian termasuk:
1872-1873: Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
1874: Duta khas negeri Perak pada bulan Januari, Jun, dan Julai; Penolong Residen Negeri Perak pada bulan Disember
1876: Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
1881: Setiausaha Kolonial
1882: Residen Inggeris di Selangor
1886: Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India.
1889: Residen Perak. Masa ini beliau berumur 39 tahun. Bukankah beliau Residen Jeneral Negeri2 Melayu Bersekutu?
1901: Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu. Swettenham bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja Mauritius. Beliau bersara pada umur 54 tahun.

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 (masa ini Frank Swettenham berumur 96 tahun tapi bukankah beliau telah bersara?) di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Hugh Clifford - Sir Hugh Charles Clifford, GCMG, GBE (5 Mac 1866 - 18 December 1941) merupakan seorang pentadbir penjajah British. GBE - The Most Excellent Order of the British Empire atau Perintah Paling Cemerlang oleh Empayar British adalah anugerah kesatriaan Great Britain ataupun England yang diasas oleh Raja George V pada 4 Jun 1917. Anugerah kesatriaan ini terdiri dari lima kelas di dalam division awam dan ketenteraan ; yang mana pangkat teratas seperti tersenarai di bawah adalah darjah tertinggi menurut turutan:
Knight or Dame Grand Cross (GBE)
Knight or Dame Commander (KBE or DBE)
Commander (CBE)
Officer (OBE)
Member (MBE)
Dua gelaran teratas adalah gelaran tertinggi dan pemengangnya termasuk di dalam kategori “knighthood” atau di dalam bahasa melayu sebagai “kesatriaan” yang memberi gelaran “Sir” untuk lelaki dan “Dame” untuk wanita. Terdapat satu lagi jenis anugerah iaitu “British Empire Medal” yang mana penerimanya bukan dari anggota pemerintah (bukan rakyat England). Anugerah tersebut sudah tidak lagi diguna pakai atau diberi di England pada masa kini, tetapi masih digunakan oleh beberapa negara-negara komanwel sahaja seperti Bahamas dan Cook Islands. Beliau menghadiri mesyuarat Durbar 1897 pada usia 31 tahun.

J.P Rodgers - Tiada rekod.

W.H Treacher - Tiada rekod. Bukankah residen Perak Frank Swettenham?

DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar - Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggong. Wangsa Temenggong telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.
Diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi.
Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November. Mesyuarat Majlis Raja2 pertama 1948 dan ini bermakna beliau berumur 75 tahun.

Sir Thomas Stamford Raffles (6 Julai 1781 - 5 Julai 1826) adalah salah seorang yang menjumpai dan merekodkan Bunga Patma bersama dengan Dr Jospeh Arnold pada tahun 1816. Bunga Patma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga patma itu dijumpai di bandar Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatera. Stamford Raffles telah memikirkan ttg Wangsa Temenggong kira2 100 tahun lebih awal.

Hamba melihat banyak percanggahan fakta2 pada sejarah penubuhan majlis raja2. Tujuan penubuhannya pula semata2 menjaga kepentingan penjajah dan menjajah bangsa Melayu dengan Islam. Selama bangsa Melayu hidup di jajah melalui Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka iaitu Asalama, selama itulah musuh2 tuhan dpt menguasai dunia.

No comments:

Post a Comment