Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Qola Ana Solataya Wa Nasakaya Wa Mahayaya Wa Mamataya Lalaha Roba Al A'lamayana (162) Laa Sharoyaka Laha Wa Bazalaka Amarota Wa Anaa Awala Al Masalamayana (163) Al Anaa'ma

Monday, November 29, 2010

Asal Kejadian

Ba Sama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Sabahana Allaha Wa Al Hamada Lalaha Wa Laa Alaha Alaa Allaha Wa Allaha Akabara Wa Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama Al Qoshoyara.


Maka tersebutlah cerita daripada setengah pendita yang arif budiman pada ahli Al ilmu Maulana Shayahona Saidi Al Dayana Abana A’raba Qodasa Allaha Rawaha Al Azayaza akan menceritakan daripada asal bangsa Jana dan segala dewa-dewa maka sekarang ini hamba mengaturkan di dalam hikayat seperti zahir ia kepada segala yang budiman dan segala raja-raja yang berbangsa dewa-dewa dari kerana yang dahulu di jadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya di dalam dunia ini itulah bangsa jin dan dewa-dewa yang turun temurun menjadi raja kebetaraan dan menteri yang kenamaan pada antara segala manusia yang dibawah angin sampai pada sekarang.

Maka adapun daripada awal mulanya di jadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya baka Jana bernama Jana Manajana seorang dirinya terdahulu ia daripada Nabi Allaha Adama Alayaha Al Salama dari dalam dunia ini seribu tahun lamanya dijadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya Jana Manajana itu daripada hujung api yang tiada berasap seperti firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dalam Quran Wa Kholaqo Al Jaana Mana Maaraja Mana Naara ertinya di jadikan Allaha Ta A’laya Jana daripada hujung api yang tiada berasap.

Maka Allaha Sabahana Wa Ta A’laya menjadikan nabi Allaha Adama itu daripada anasir yang empat iaitu api dan angin dan air dan tanah sebab itulah maka segala manusia itu masing-masing dengan tabiatnya dan peelnya dan lakunya dan untungnya baik dan jahat dan adalah yang taat dan yang maksiat dan yang lain-lain lagi daripada itu masing-masing menyatakan tabiatnya daripada anasir yang empat itu menjadi berbagai-bagai perangainya dan kelakuannnya segala manusia.

Maka bahawasanya apabila Allaha Sabahana Wa Ta A’laya menjadikan tubuh manusia yang kasar dan tebal itu dinagarahkan Allaha Ta A’laya tuhan bernama Rahamana Al Rahayama dan ruh yang halus lagi suci daripada segala yang suci itu daripada nur cahaya amat cemerlang gilang-gemilang yang tiada di samakan cahayanya dengan cahaya matahari dan bulan dan bintang dan api dan segala permata seperti firman Allaha Ta A’laya di dalam Quran Anaya Kholaqo Basyaraa Fanaa Basawayataha Wa Nafakhota Fayaha Mana Rawahaha Wa Jaalala Kama Al Samaa’ Wa Al Abashora ertinya bahawasanya aku menjadikan segala manusia itu maka apabila ia sempurnalah maka kutiupkan nyawaku dan jadilah mereka mendengar dan melihat.

Maka persetua pada suatu hari tuan Sheikh Abu Said Al Harari Radhoya Allaha Anaha dalam duduk diadap oleh segala muridnya yang beratus-ratus itu tiba-tiba datang seorang laki-laki. Maka sembahnya laki-laki itu “ Ya tuanku guru kalam ampun dan rahayama tuan hamba maka hambamu hendak menanya duli paduka tuanku yang mengalam lagi hakim adapun ruh makhluk itu tiada makhluk? “

Maka ia pun menjawab bahawasanya sebenar-benarnya ruh dijadikan Allaha Ta A’laya di bawah Amar Kana (Jadi) maka apabila tiada dijadikan Allaha Ta A’laya maka betapa mengikrarkan mengaku tuhan pada tatkala firman Allaha Ta A’laya Alasata Ba Raba Kama Qoalawa Balaya bermula adapun adalah ruh itu qiam dengan badan dan serta ialah masatahayaka nama hayat dan dengan dia juga tetapi akal dan sertanya ia berdiri mengambil hajat Allaha dan jikalau kiranya tiada akal kepada segala manusia itu maka tinggal sia-sialah ruh itu. Maka tiada ilmu yang memilih daripada segala yang memilih daripada segala yang baik dan jahat dan membezakan antara halal dan haram dan tiada lagi jadi mendapat ilmu ruhnya suatu dan jikalau tiada berilmu juga ada akal perinya nescaya akal itulah mencari ilmu dan juga adalah ilmunya sekalipun jikalau tiada ada akalnya nescaya baik-baiklah pekerjaannya yang tiada layak daripada hukum Allaha Ta A’laya dan perintah Rasul Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama.

Maka barangsiapa adalah baginya ilmu dan hilanglah daripadanya jahil dan barangsiapa adalah baginya akal nescaya hilanglah daripada gilanya dan bebal itu pada segala manusia mengerjakan yang di haramkan Allaha Ta A’laya dengan rasulnya dan di tinggalkan segala diwajibkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya daripadanya. Maka ilmu yang diketahuinya dan ajar oleh gurunya sia-sia jualah kerana gurunya disuruhkannya mengerjakan segala yang fardhu seperti sembahyang lima waktu dan puasa pada bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat dan naik haji ke rumah Allaha dan barang bahagian dan bahawasanya segala diharamkan Allaha dan rasulnya nescaya wajiblah gurunya mengajar dia maka tiadalah segala-gala peel padanya kerana tiadalah baginya akal yang khas.

Maka sebab itulah kata segala ulama-ulama bahawasanya akal itu permulaan iman dan pertengahan iman dan kesudahan iman kerana barangsiapa yang ada baginya akal yang khas nescaya adalah padanya iman dan jika adalah iman sentiasalah ia menjunjung titah Raba Al A’lamayana daripada segala amar dan tahayanya dan keluar padanya kafir dan maksiat kerana bersalahan segala ilmu-ilmu daripada ruh itu dan kata jumhur Matakalamayana pandai ahli Al Usul bahawasanya ruh itu jazam lathoyafa yang mesra di dalam badan seperti mesra air dalam pohon kayu yang hijau dan kata Ahli Al Hakikat bahawasanya ruh itu seperti jauhari yang terlebih cahayanya dengan dialah melihat segala yang ghaib-ghaib dan beroleh kashaf Ahli Al Hakikat dan jika terhijablah ruh itu daripada memeliharakan segala rahsianya maka berbuat jahatlah segala anggota dengan tiada berdaya daripada hukum Allaha Ta A’laya perangai mengikut hawa nafsunya kerana itulah jadi ruh itu tajali dan ghaib dan antara sukacita dan dukacita. Maka barangsiapa mengenal dirinya maka adalah ia mengenal ruh dan barangsiapa mengenal ruh makasanya mengenal tuhannya seperti sabda nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama Mana A’rafa Nafasaha Faqoda A’rafa Rabaha ertinya barangsiapa mengenal dirinya bahawasanya mengenal tuhannya kerana diri itu baginya dua perkara. Satu diri zahir dan kasar dan kedua diri batin dan halus.

Adapun diri zahir itulah menjadi anasir yang empat perkara seperti yang telah tersebut dahulu itu dan nafsunya empat perkara juga. Pertama-tama nafsu Amarah namanya peelnya empat perkara satu munafik, kedua fasik, ketiga mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat dan keempat menganiaya orang iaitu perangai syaitan.

Kedua nafsu Sawaya namanya peelnya empat perkara. Satu makan, kedua minum, ketiga tidur, keempat wati iaitu perangai binatang dan ketiga nafsu Lawamah namanya peelnya tujuh perkara. Satu makan yang halal dan memakai yang halal, kedua mencari ilmu, ketiga perkataan yang benar, keempat merendahkan diri kepada Allaha dan pada segala sama manusia, keenam kebaktian, ketujuh mendirikan rukun Asalama dan keempat nafsu Mathomayanata namanya peelnya dua perkara satu mengenal diri kedua mengenal tuhannya bermula jazam lathoyafa itu yang aniaya yang halus adalah bicaranya pada kitab yang bashar dan yang lanjut-lanjut maka dalam hikayat Al Kitab ini hanyalah sedikit jualah Wa Allaha Aa’lama Al Qoshosho.

Maka ceritera akan oleh orang yang empunya ceritara ini maka nagarahkan Allaha Ta A’laya kepada Jana Manajana itu sifat Qohar yang melakukan pekerjaan kebetaraan dan kekuasaan dititahkan Allaha Ta A’laya mengelilingi dunia di bukit Kaf. Hataya maka lamanya dengan iradat Allaha maka datanglah rindu hatinya Jana Manajana itu tiada lagi menderita sebab ia seorang dirinya tiada berteman. Maka dengan takdir Allaha Ta A’laya melimpahkan kuasa kebesarannya kepada Jaana Manajaana maka ia pun berputeralah tiga orang laki-laki.

Pertama Sheikh Tangkala namanya, kedua Sheikh Wayanaya namanya, ketiga Sheikh Jaharanang namanya. Adapun Sheikh Wayanaya itulah menjadi keturunan bangsa segala dewa-dewa dan mambang daripada segala anak cucunya. Maka adapun Sheikh Jaharanang itulah menjadi dia bangsa keturunan cendera dan pari sampai kepada segala anak cucunya.

Arakian maka Sheikh Tangkala itulah naik kerajaan ganti paduka ayahanda baginda dengan sifat qoharnya dan mengerjakan titah Allaha tuhan Malaka Al Kudus. Maka ramailah alam dunia ini berjalan keliling dengan laskar dan rakyat dan hulubalang dengan beberapa kesukaan tanda kebesaran serta bunyi-bunyian gendang gong ribu kecapi di nadanya dan serunai nafiri yang lengkap senjatanya. Hataya maka paduka baginda Sheikh Tangkala pun berputera dua orang laki-laki berani gagah pahlawan sedang besar dengan tingginya ialah bernama Betara Indera Guru dan kedua bernama Sheikh Wawanang.

Arakian maka Batara Indera Guru itulah naik kerajaan mengganti paduka ayahanda itu. Maka Sheikh Wawanang itulah asal bangsa keturunan menjadi hantu dan syaitan dan Betara Indera Guru itu berputeralah dua orang laki-laki seorang bernama Betara Indera Barama dan kedua seorang buta sebelah matanya bernama Maharaja Lawaka. Maka paduka Betara Indera Barama itulah yang naik kerajaan menggantikan ayahanda baginda itupun berputeralah seorang laki-laki gagah berani kuat perkasa. Habislah segala jana dari Masyrik ke Maghrib dialahkannya. Maka digelarkannya dengan nama Betara Indera Manayasa.

Maka berputeralah seorang laki-laki bernama Maharaja Indera Palashara, ialah menjadi raja daripada segala jana dan segala dewa-dewa di dalam dunia ini. Muda perkasa gagah berani tiada lawan lagi oleh segala pahlawan. Maka iapun berputeralah dua orang laki-laki, seorang bernama Maharaja Tangkala Pandita dan kedua bernama Betara Indera Ratu.

Maka Betara Indera Ratu itulah menjadi raja segala jin yang di bawah perintahnya dengan laskarnya dan bala tenteranya dan penggawa hulubalangnya yang lengkap dengan alat senjatanya, panji-panji sulam naga berparadakan air emas dan berhulukan dengan emas merah tujuh ribu dan hulubalang yang gagah ternama yang berpayung kertas kerajaan yang berkilauan dan cemerlang bertuliskan dengan air emas dan air suasa dan menterinya yang besar tujuh ratus ribu yang bermakota keemasan bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara dan puadi dan berbaju yang keemasan dan kain yang keemasan. Maka tiada di boleh ditentang nyata daripada sebab amat gilang gemilang dan berkilat kilatnya dan berpayung obor-obor warna yang keemasan. Maka pada seorang-seorang menterinya itu tujuh laksa tujuh keti tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh tujuh orang yang yang berbaju besi dan berketopong besi lain daripada segala rakyat bala tenteranya tiadalah terpemanai banyaknya.

Bermula kotanya sembilan lapis daripada batu hitam dan antaranya daripada selapis-selapis kota itu tujuh bulan perjalanan jauhnya. Maka baginda itulah keturunan menjadi raja memegang kerajaan di negaranya Lawawawaha. Ialah raja memperanakkan Sangayara Kadayanga Wa Allaha Aa’lama Al Qodhoyara.

Sumber: Kitab Bayama (Bima) http://www.sabrizain.org/malaya/library/

Dan sesungguhnya telah Kami pilih mereka dengan pengetahuan atas bangsa-bangsa. (32) Al Dakhona

Dan ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Qur’an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan lalu mereka berkata: "Diamlah kamu". Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya memberi peringatan. (29) Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. (30) Hai kaum kami, terimalah orang yang menyeru kepada Allaha dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allaha akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (31) Dan orang yang tidak menerima orang yang menyeru kepada Allaha maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allaha di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allaha. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata". (32) Al Ahaqofa

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (6) Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasul Allaha. Kalau ia menuruti kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allaha menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, (7) Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain boleh jadi mereka lebih baik dari mereka dan jangan pula wanita-wanita, wanita-wanita lain boleh jadi wanita-wanita lebih baik dari wanita dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (11) Al Hajarata

Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmat. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (2) dan kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (3) Al Jamaata

Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa. (40) Untuk mengganti dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan. (41) Maka biarkanlah mereka tenggelam dan bermain-main sampai mereka menjumpai hari yang diancamkan kepada mereka, (42) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala, (43) dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancamkan kepada mereka. (44) Al Maa'raja

8 comments:

  1. kepada siapakah alquran itu diturunkan? dari mulut siapa pula alquran itu disampaikan kepada sekelian manusia dan jin? ada beberapa keganjilan dan pecanggahan fakta disitu. bahasa apakah itu yang bunnyinya seakan arab. adakah penerima wahyu itu berbangsa arab? Bukankah jin dan iblis itu bersekongkol menipudaya anak cucu adam? saya kurang arif penerangan saudara. Maklumat yang terlis dalam blog saudara banyak yang mengelirukan dan tidak dapat diterima akal. Faktanya banyak bercanggahan. harap saudara dapat huraikan masalah ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Bahasa Arabaya merupakan bahasa Adam di ajarkan menamakan setiap sesuatu berserta sifat2nya. Di dlm menamakan sesuatu sebahagian nama tuhan di letakkan di hadapan bagi menyatakan ianya diciptakan tuhan. Contoh Al Anasana (Insan), Al Jana(Jana), Al Aradho(Bumi), Al Samawata(Langit). Nabi2 menggunakan bahasa ini kerana ianya adalah bahasa yg awal dan semua bahasa2 dunia kemudiannya meminjam sebahagian darinya.Contoh: Al A'lamayana = Alam Maya, Aqorara=Ikrar, Waada=Waad. Siapa pula kata bangsa lain tak tahu bahasa Arabaya? Islam dicipta dgn letakkan baris dan bila di baca tak bunyi arab pun, malah hamba ragui bahasa yg digunakan. Contoh Zalikalkitabularaybafihihudallimuttaqin. Ni bahasa apa? Kalau baca arab sepatutnya begini, Zalika Al Katabun La Riba Fiha Hadaya Lala Mutaqin. Jadi, jelas bahasa ini tidak wujud melainkan tujuannya menyesatkan manusia.

    ReplyDelete
  3. Ni hamba bacakan doa nabi Adam minta ampun kpd tuhan "Rabanaa Zholamanaa Anafasanaa Wa Ana Lama Taghofara Lanaa Wa Tarahamanaa Lakawanana Mana Al Khosarayana"22 Al A'rafa dirakamkan oleh al quran. Bila masa pulak nabi Musa ikut agama Yahudi? Jelas kesesatan tuan hamba memfitnah nabi Allaha.

    ReplyDelete
  4. Laa memanglah dalam qoran tulis cam tu... apala jadi kalau ayat nabi adam sebenar ditulis.. camana nak paham. itupun takleh pikir. soalan nabi musa cam lain, jawab cam lain. dia soal bahasa kau jwb agama. melalut tul. siapa terjemah qoran kau tu... cedok kat mana? hik

    ReplyDelete
  5. Tuan hamba mencari jalan menyesatkan diri sendiri nampaknya. Sejak kejadian Adam, hanya ada satu bahasa di gunakan iaitu Bahasa A'rabaya di tulis spt tulisan jawi tanpa baris dan tanda. Nabi Musa lahir di Asia Barat sudah tentu berbahasa Arabaya begitu jugalah nabi2 yg lain. Jadi, nabi2 semasa berdakwah tentulah menggunakan bahasa yg difahami oleh umat manusia. Terjemahan al quran itu sama kerana bahasa Arab yg meminjam bahasa Arabaya dgn meletakkan baris. Sebagai contoh perkataan Al Kafarayana di bariskan menjadi Al Kafirun jadi tentulah terjemahannya sama makna.

    ReplyDelete
  6. begini saja dari pada bingung sendiri

    tanya saja sama jin atau setan islam itu bohong atau tidak?

    jin dan setan saja tahu mana agama yang di bawa sang penciptanya

    pak,,,
    jangan banyak mengkaji-kaji agama
    itu membuat kita menjadi sesat

    yang di suruh-Nya hanya melaksanakan perintah-Nya
    bukan untuk membandingkan segala penciptaanNya

    MOHON ANDA SEGERA BERTAUBAT NASUHA
    SELAGI SEMPAT DAN SEBELUM MENYESAL

    DAN PELAJARI ILMU IKHLAS

    ReplyDelete
  7. Tuan hamba Imam,
    Firman tuhan di dlm al quran ialah BACALAH kerana hanya dgn membaca memperoleh ilmu yg menyampaikan kpd beriman. Jika tiada ilmu maka jahillah manusia itu dan mudahlah sesatnya. Di dlm al quran juga menyatakan bhw manusia tidak sampai kpd beriman kpd tuhan jika tiada menggunakan akalnya untuk membezakan yg haq dan bathil. Hamba menegakkan agama tuhan dan misi hamba menakluk dunia dgn ilmu pengetahuan. Tuan hamba mengikuti sesuatu tanpa ilmu dan hanya mengikuti perintah2 manusia dgn mengganggapnya perintah tuhan. Alangkah jauhnya tuan hamba dari kebenaran, ujilah dgn al quran jika benar tuan hamba mencari kebenaran.

    ReplyDelete