Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Wednesday, November 17, 2010

Memahami Melayu dan Kehebatannya

Penipuan sejarah dan agama telah mengelirukan kebanyakan manusia tentang bangsa Melayu itu sendiri. Namun, bangsa Melayu juga adalah bangsa yang bijaksana. Walaupun sejarah2 telah diubah, namun kita masih mempunyai pantun2 Melayu yang di tulis di zaman dahulu bagi memahami bagaimana pendirian bangsa Melayu itu sendiri yang amat hebat. Perhatikan pantun2 di bawah dan bagi orang Melayu yang taksub dgn Islam, Empayar Melayu tidak mungkin di bina oleh orang Islam kerana orang Islam terkenal sebagai TAKUT MATI.

Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala,
Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.


Ada satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang,
Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang.

Ambil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang,
Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menang.

Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki,
Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.

Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur,
Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur.

Anak Cina jual ikan, Jual mari ikan tenggiri,
Senjata kubawa kalau tak makan, Dunia tak guna kutengok lagi.

Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang,
Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu berlayar seorang.

Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang,
Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang.

Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang,
Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu berlayar seorang.

Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar,
Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar.

Anak kuda mati direjam, Mati terlentang di tepi padang,
Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.

Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai,
Senjata simpan dalam peti, Jumpa musuh baru pakai.

Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar,
Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari meyambar.

Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi,
Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati.

Anaik-anik daun kedayan, Sungguhnya anik pembungkus nasi,
Anik-anik kedayan, Sungguhnya anik berani mati.

Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi,
Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati.

Apa guna pergi ke bendang, Kalau tidak bertanam padi,
Apa guna senjata di sandang, Kalau tidak berani mati.

Apalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki,
Apalah guna ilmu di tuntut, Jika tidak berani mati.

Banyak nyamuk kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api,
Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati.

Batu belah batu bertungkup, Hendak makan telur temakul,
Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul.

Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda,
Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.

Berapa dalam laut Inggeris, Saya berani menebar jala,
Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.

Berapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang,
Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang.

Berapa dalam laut Inggeris, Saya berani menebar jala,
Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.

Berapa dalam sungai Palembang, Tempat orang turun menjala,
Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh di tikam saja.

Berapa dalam sungai Senggarang, Dalam lagi sungai Kores,
Berapa dalam renungan orang, Tajam lagi hujung keris.

Berapa dalam Teluk Kemang, Saya berani tebar jala,
Berapa ramai anak Demang, Saya berani membuang nyawa.

Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat,
Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat.

Buah kuini di dalam timba, Hendak di bawa ke rumah Cik Kasa,
Jalan mati lagi di cuba, Inikan pula jalan biasa.

Buah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela,
Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.

Buah salak lambung-lambungan, Jatuh sebiji di sawah padi,
Saya jalak ayam sabungan, Di sini tempat ku tempa mati.

Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota,
Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata.

Bukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati,
Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.

Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa,
Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.

Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan,
Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.

Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan,
Begini lama senjata ku bawa, Belum jejas daging di badan.

Dari perlis pergi ke Sabah, Datang ke Sabah berjalan kaki,
Biar mati bertumpah darah, Namun ku undur tidak sekali.

Di tepi lorong duduk mengadap, Nanti lalu anak Cik Ali,
Kalau biring keratkan sayap, Memang tak boleh lawan lagi.

Dua tiga ku sepak raga, Datang sepak ku sepak juga,
Dua tiga keris di dada, Datang lekuk ku lekuk juga.

Encik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan,
Sekelian bias lagi ku buang, Inikan pula bisa di badan.

Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu,
Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.

Gantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang,
Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang.

Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya,
Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.

Ikan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan,
Hendak ku cuba di medan perang, Segala musuh hendak di tawan.

Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah,
Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah.

Kalau tak beli jangan di belek, Kata orang bijak cerdik,
Kalau dah undur tikam balik, Itu tanda umur nak pendek.

Kapal belayar dari Melati, Hendakmembawa barang tembaga,
Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.

Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah diatas papan,
Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.

Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan,
Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.

Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami,
Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami.

Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari,
Kemana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri.

Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki,
Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.

Main sengat pantang di pegang, Main senduk bawa berlaga,
Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.

Masuk hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk,
Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.

Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain,
Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain.

Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar,
Sayap ku kerat taji ku tinggal, Kiri kanan habis kucakar.

Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik,
Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.

Orang bertekak di Tanjung Jati, Hendak balik tiada perahu,
Musuh di tembak kalau tak mati, Apa guna banyak peluru.

Patah atap kerana buluh, Atap di jalin dengan tali,
Patah sayap bertongkat paruh, Namun ku undur pantang sekali.

Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah tamah,
Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.

Pecah-pecah sepak raga, Tentang sepak ku sepak juga,
Tujuh bilah keris di dada, Tentang lekuk ku lekuk juga.

Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang,
Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang.

Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi di Kuala Kelantan,
Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.

Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati,
Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati.

Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa,
Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.

Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila,
Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.

Sapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka,
Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.

Saya ke darat ke rumah Zaharah, Mari mengambil buah keranji,
Biar ku mati bertumpah darah, Namun menyerah tidak sekali.

Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun,
Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.

Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut,
Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut.

Tak guna ayam di kampung, Ayam hitam memakai taji,
Tidaklah guna berikat bengkung, Kalau tak boleh menahan negeri.

Tetak atap di susun jangan, Buluh muda sedang mengkawan,
Sudah di dekat undur jangan, Orang muda segan melawan.

Tetak atap di susun jangan, Buluh muda sedang mengkawan,
Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.

Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut,
Kalau nyawa di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut.

Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu,
Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.

Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan,
Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan.

Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati,
Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi.

No comments:

Post a Comment