Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, March 21, 2011

Al Namala (Semut) dan Kubah Nabi Sulaiman Alayaha Al Salama

m/s 67

Kelakian maka di pilih oleh raja Habsyah daripada segala hulubalangnya sepuluh laksa sertanya mengiringkan raja Iskandar maka baginda pun berangkatlah ke matahari masuk. Maka di suruhkan raja Iskandar, raja Hakim penghulu mereka itu A’zamawa akan panglimanya. Setelah sampai tiga puluh hari berjalan di tepi laut itu maka berjalan pula enam bulan lamanya maka di dengar oleh tentera raja Iskandar bahana sangat di hadapan maka bermalamlah mereka itu di sana. Setelah siang hari maka sekelian laskar pun memakai senjata pada hati mereka itu tak dapat tiada tentera banyak juga di hadapan itu. Maka di lihat mereka itu dari jauh selaku hitam bumi olehnya. Bermula maka nabi Khidir pun berjalan di hadapan tentera dan laskar sertanya di belakang tentera Habsyah, tentera Andalus di belakang itu laskar Rom kemudian maka raja Iskandar dari belakang. Setelah nabi Khidir melihat tentera banyak di hadapan itu maka ia berhenti maka laskar pun berhentilah. Telah dilihat oleh raja Iskandar segala tentera itu berdiri maka baginda memacu kudanya membelah saf di hadapannya itu hingga sampailah ia pada nabi Khidir Alayaha Al Salama. Maka dilihatnya oleh raja Iskandar hitam yang di hadapan itu seperti ombak mengalun lakunya maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Marilah kita hampiri sedikit padanya itu supaya kita lihat sebagaimana lakunya.

Hataya maka di hampirilah nabi Khidir Alayaha Al Salama dan raja Iskandar serta berapa orang daripada jemaahnya orang besar2. Maka kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Apa yang di hadapan kita ini?” maka sahut raja Iskandar “Tiada hamba kenal”. Maka kata nabi Khidir “Ya shah alam bahawa sekeliannya itu semut pada hati hamba inilah seterukan semut tempat nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama berangkat tatkala hendak melalui kaumnya Ya Ayahaa Al Namala Ada Kholawa Masakana Kama Laa Yahathomana Kama Salayamana Wa Janawadaha Wa Hama Laa Yashaa’rawana ertinya Hai kamu sekelian semut masuklah kamu kepada lubang kamu diam jangan dipijak oleh tentera raja Sulaiman. Telah di dengar mereka itu kata nabi Allaha Khidir maka hampirlah setengah mereka itu kepadanya dilihat mereka itu suatu semut besarnya seperti lembu maka berjalanlah segala tentera raja Iskandar hingga sampailah pada semut itu maka sabda raja Iskandar “Sebagaimana peri kita melalui semut itu?”. Maka kata nabi Khidir “Hai raja tiada mengapa lamun kita jangan perbuat jahat dengan dia”.


Hataya maka berjalanlah mereka itu disalahinya daripada tempat semut itu kira2 kadar sebulan lamanya berjalan maka dilihat oleh mereka itu ada seorang laki2 berkuda memegang pedang terhunus sebagai ia mengitar2 pedangnya yang berkilat2. Maka pada hati nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama orang itu tak dapat tidak orang sulu jua. Maka di suruh nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama orang pergi beritahu raja Iskandar. Shahdan maka nabi Khidir pun pergilah hampir kepadanya dengan berapa orang sertanya maka dilihat nabi Khidir sebagai ia mengitar pedang jua. Maka kata nabi Khidir akan orang yang sertanya itu “Berdirilah kamu sekelian disini. Aku hendak pergi hampir kepadanya” maka di kertakkan kudanya hampir kepada orang itu maka di lihat nabi Khidir tangannya kiri menunjukkan suatu jalan maka di lihat nabi Khidir Alayaha Al Salama kudanya itu daripada tembaga dituang seperti emas. Maka laku yang mengendarai ia itupun patung maka dikatakan nabi Khidir Alayaha Al Salama kepada raja Iskandar.

Maka sabda Raja Iskandar “Terlalu ajaib sekali perbuatan ini dengan sekira2 lamanya dengan hujan panas tiada berubah rupanya telalu baik jua dan pedang itu pun tiada berkarat. Baiklah kiranya kita ambil pedang”. Maka sahut nabi Khidir “Hai raja yang di muliakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya bahawa tuan hamba berjalan ini bukan menghendaki kejahatan akan makhluk hanya menyuruhkan ia menyembah Allaha Ta Alaya dan mensucikan bumi Allaha dan tiada sekianya raja membinasakan perbuatan ini daripada kerana jikalau tiada patung ini nescaya jatuhlah kepada kita tempat yang sukar yang tiada dapat di jejak oleh segala manusia dan tangan kirinya itu menunjukkan jalan. Jikalau raja hendak membinasakan patung itu nescaya adalah pekerjaan itu melakukan kejahatan pada orang yang berjalan itu.” Maka nabi Khidir sebagai juga melihat padanya maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha apa juga yang dilihat tuan hamba itu?” maka sahut nabi Khidir “Itukah raja ajaib akan pekerjaan Allaha Ta Alaya pada kiranya pedang itu sebagai berkitar juga tiada berubah jenteranya jikalau besi atau batu sekalipun nescaya harus juga kerana patung ini daripada zaman Yaafata (Yafet) anak nabi Nuh Alayaha Al Salama datang sekarang demikian juga tiada berubah”.

Hataya maka berjalanlah segala tentera kepada jalan yang ditunjukkan oleh patung itu hingga lima belas hari lamanya berjalan itu maka dilihat nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama seperti kelakuan orang berkuda berhadap kepada mereka itu. Setelah di hampiri oleh tentera itu maka kelihatanlah seorang orang berkenderaan atas seekor binatang punggungnya seperti lembu, tubuhnya seperti tubuh keldai, ekornya seperti ekor kijang, tangannya panjang daripada kakinya, kepala seperti kepada kuda, tanduknya seperti tanduk kijang dan diatas belakangnya pelana dan orang yang mengenderai ia memakai baju kulit dan ber kopiah dan pada tangannya empat bilah pendahan. Telah dilihat akan nabi Khidir Alaya Al Salama maka di usirnya maka orang yang serta nabi Khidir itu serta di perlembingnya dengan empat bilah lembing itu empat orang mati. Maka ia melontar dengan batu maka kena kepadanya itupun mati hingga tiadalah salah lontanya sekalipun maka mengamuklah dia ke dalam tentera raja Iskandar maka nabi Khidir berseru demikian bunyinya “Hai kamu sekelian tangkap jangan di bunuh ia hingga kenderaannya juga kamu panah”. Setelah banyaklah luka kenderaannya itu maka ia melompat turun ke tanah melawan melawan orang yang banyak itu hingga banyaklah orang di bunuhnya maka iapun tertangkap. Maka raja Iskandar pun datanglah melihat kenderaannya itu maka sabda raja Iskandar akan nabi Khidir “Apa nama binatang ini?”. Maka sahut nabi Khidir “Ya shah alam adapun nama binatang ini zirafah”. Maka di suruh raja Iskandar segala laskarnya berhenti di sana maka semayamlah baginda. Maka orang yang tertangkap itupun di bawa oranglah kepada raja Iskandar maka di tanya oleh nabi Khidir dengan bahasa mereka itu maka terlalu ajaibnya dengan sahutnya tanya nabi Khidir itu katanya “Bahawa daripada Mayaka adalah dalam bumi ini daripada kaum kami. Bahawa negeri ini negeri kami dan kami ini tiga bangsa suatu Mayaka kedua Tawayala ketiga Tarasa”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Adakah bagi kamu raja yang menghimpunkan pekerjaan kamu?”. Maka sahutnya “Ada raja kami perempuan”.

Hataya maka di suruh oleh raja Iskandar lepaskan mereka itu maka di bawanya ia ke rumah perbendaharaan dan dianugerahi persalinan akan dia daripada pakaian orang besar2 dengan yang keemasan dan seekor kuda dengan segala alatnya dan di dudukkan raja Iskandar di hadapan kerusi. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha tanyakan padanya apa namanya?” maka ditanya nabi Khidir namanya maka ujarnya “Nama hamba Fataha” maka sukacitalah raja Iskandar mendengar namanya Fataha itu maka sabda raja Iskandar “Bahawa ini suatu alamat akan kemenangan kita” maka sabda raja Iskandar akan dia “Aku hendak menyuruhkan engkau kembali kepada raja kamu dank au ceritakanlah kepadanya demikian” ujarnya “Bahawa datanglah seorang raja ke negeri kita ini raja yang maha besar daripada pihak negeri Rom namanya raja Iskandar anak raja Darab. Bahawa ia hendak pergi ke matahari masuk. Berapalah negeri yang di ambilnya selama ia keluar dari negerinya. Demikianlah ujar kamu dan suruh raja kamu tinggalkan pekerjaan menyembah tuhan bintang zuhal itu kerana ia suatu daripada bintang yang banyak itu sama jua dan baginya ada tuhan yang menjadikan dia. Itulah tuhan yang kuasa melakukan barang kehendaknya dan hidup ia senantiasa”.

m/s 81

Al kisah kata sahaba al hikayat maka berhadirlah raja Iskandar akan berjalan dalam tiga hari lagi maka pada hari yang keempat maka terkembanglah payung dan bertiup nafiri alamat dan dipalu oranglah gendang berangkat. Maka berangkatlah raja Iskandar dan nabi Khidir dengan kaum Mayaka dan Tawayala dan Tarasa itu berjalan akan pengajar. Seteleah dua belas hari lamanya berjalan maka kata raja Radhoyaha “Ya nabi Allaha bumi inilah kesudahan negeri”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Tiadakah tuan hamba ketahui di luar ini adakah lagi negeri lain?”. Maka sahutnya “Tiadalah kami ketahui” maka berjalanlah pula mereka itu empat puluh hari lagi maka bertemu dengan bumi putih seperti kapur rupanya dan baunya harum. Shahdan di dalam tanah di korek mereka itu airnya terlalu jernih dan sejuk daripada air amayana dan dan terputih daripada air susu. Maka ajaiblah segala kaum itu melihat dia maka tiga hari raja Iskandar berjalan daripada bumi itu maka terlihatlah dari jauh itu suatu perbuatan tangkab dan haripun petang. Maka pada esok harinya di lihat mereka itu taman dan berbagai buah-buahan di dalamnya dan setengah dikenal mereka itu namanya dan setengah tiada di kenalnya buah di dalam taman itu dan empat puluh mahligai dan pada sama tengah taman itu suatu kubah daripada timah putih seribu kaza tingginya dan empat puluh pintu. Maka terhamparlah hamparan yang keemasan dan tirai terkena di dalam kubah itu sebuah masjid kelibatnya Bayata Al Maqodasa. Maka di keluar dari dalam mahligai itu kaum banyak sekeliannya memakai pakaian yang baik2 rupanya dan mereka itu datang seraya meminta dia nabi Khidir. Maka berhentilah nabi Allaha hataya sekelian tentera pun berhentilah maka dipanggil oleh nabi Khidir seorang daripada kaum itu yang ter tuha maka kata nabi Khidir “Hai orang tuha apa nama negeri ini?”. Maka sahutnya inilah mahligai yang diperbuat oleh nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama pada tempat ini perbuatan raja jin yang bernama Shokhora jin di suruh raja Sulaiman perbuat padanya. Adapun sebab maka raja Sulaiman berbuat dia kerana nabi Allaha melintas negeri ini maka dilihat nabi Allaha tempat ini terlalu baik maka datanglah baginda duduk di sini. Maka di suruh baginda perbuat mahligai dan kubah ini maka diamlah nabi Allaha Alayaha Al Salama di sini beberapa lamanya di hantarkannya datuk nenek kami di sini hingga jadi banyaklah kami dan agama kami mengikut agama nabi Allaha Musa Alayaha Al Salama. Adapun yang menunggu kubah itu jin yang bernama Dahara anak Amazajanaya mereka itu tiada menunjukkan dirinya pada kami hanya pada malam jua mereka itu menyapu dan menghampar hamparan dalamnya dan bagi kami ada pendita yang kami ikut katanya”. Maka kata nabi Khidir “Al Hamada Lalaha telah sampailah aku kepada kubah yang ku dengar hikayatnya itu”. Maka di bawa nabi Khidir orang tuha itu kepada raja Iskandar maka berhikayat ia di hadapan raja Iskandar maka kata raja Iskandar akakn orang tuha itu “Pergilah engkau panggil yang ter tuha dalam antara kamu dan yang kamu ikut katanya”. Maka di suruh beri kuda akan orang tuha itu dan seekor lain akan kenderaan itu.

Hataya maka di bawa orang tuha itulah seorang pendita yang ter tuha kepada raja Isakandar maka di permulia raja Iskandar akan dia. Maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh berapakah umurmu?” maka sahutnya “Ya shah alam adalah kira2 delapan puluh tahun”. Maka sabda raja Iskandar “Tahukah kamu akan kami datang ini?”. Maka sembahnya “Ya shah alam sedia tersurat dalam kitab kami di ceritakan nabi kami bahawa bumi ini di lalui seorang raja yang mengalahkan negeri Jabarasho serta raja itu seorang nabi Allaha. Ialah yang membawa raja berjalan itu sebab pun menghasilkan kebesaran bagi raja itu tetapi nyatanya pada hati iakah raja itu yang ber gelar Zawa Al Qoranayana itu atau bukankah ia?”. Maka tersenyum nabi Khidir Alayaha Al Salama katanya “Ialah raja itu pergilah kamu kembali katakan segala kaum kamu bahawa raja yang tersebut itulah supaya jangan takut kaum kamu dan katakan pada mereka itu bahawa kami ini tiada dapat kami berjalan ini hendak mengadakan kejahatan di bumi Allaha Ta Alaya ini hanya pekerjaan kami menunjuki jalan yang sebenarnya jua akan orang yang yang sesat dan memberi nagarahkan segala mukmin maka dapat dalam agama yang sebenarnya. Seharusnyalah bagi raja memberi nagarahkan kamu yang amat limpah”. Maka sukacitalah hati pendita itu mendengar sabda raja dan nabi Khidir itu maka kembalilah ia kepada segala kaumnya memberi tahu mereka itu.

Maka raja Iskandar dan nabi Khidir pun berjalanlah kepada kubah setelah sampai kepada kubah itu maka turunlah keduanya dari atas kuda berjalan masuk ke dalam kubah itu. Maka di tanyainya mudah mudahan ada ada suatu tulisan atau terantah hendak di perbaik tiada dapat suatu pun yang binasanya. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba berhendak menaruh alamat hamba sampai di sini supaya di sebut orang selamanya”. Maka kata nabi Khidir “Benarlah bicara raja itu”. Maka di suruh raja Iskandar perbuat pendil emas sepuluh buah bertatahkan permata manikam dan rantai pun emas juga dan di suratnya Laa Alaha Alaa Allaha Abarahayama Kholayala Allaha serta di suratkannya wakaf raja Iskandar maka di suruh raja Iskandar dan nabi Khidir gantungkan di dalam kubah itu.

Setelah sepuluh hari raja Iskandar di sana maka ia memberi nagarahkan orang yang diam pada tempat itu. Maka ujar raja Iskandar pada nabi Allaha Khidir “Ya Bana Abasa pada hati hamba bahawa ia ini berbuat kebaktian akan nabi Allaha Sulaiman tatkala hidup sekarang hamba lihat jin menunggui kubah ini telah sempurnalah kebaktian” maka kata nabi Khidir “Bahawa sesungguhnya nabi Allaha Sulaiman di anugerahi Allaha Ta Alaya baginya kerajaan dan diserahkan segala jin syaitan dan manusia dan burung dan segala binatang dan angin kerana ia minta doa kepada Allaha Ta Alaya demikian ujarnya Ya tuhanku nagarahkan bagi hambamu pekerjaan yang tiada bagi seorang jua pun terdahulu dan kemudian daripada hambamu. Maka tatkala hampirlah akan wafat maka berjanji dengan segala penghulu jin yang menunggui kubah ini bahawa jangan kamu sekelian meninggalkan dia hingga hari kiamat. Maka jin yang menunggu kubah ini daripada anak cucu Shokhora jin maka itulah dan berapa tempat lagi yang sebagai ini jin yang di hantarkan nabi Allaha Sulaiman senantiasa mereka itu berbuat kebaktian akan dia”. Maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa dahulu pada cita hamba bahawa jin ada setengahnya seperti bayang2 dan itu jua baharu sekaranglah hamba mendengar dia bahawa mereka itu beragama dan bersifat terlalu sekali. Ingin hamba hendak melihatkan dia”. Maka kata nabi Khidir “Maukah raja melihat rupa mereka itu kerana rupanya jahat dan bunyinya pun jahat” maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba dengar segala jin ini dapat ia merupakan dirinya dengan barang rupanya yang dikehendakinya jikalau dapat barang dirupakan kiranya dengan rupa yang baik di pertunjukkannya kepada hamba”. Maka kata nabi Khidir “Jikalau mahu raja melihatkan dia manakala malam kita di dalam masjid ini kita menantikan mereka itu datang”.

Hataya maka masuklah raja Iskandar dan nabi Khidir pada malam pada kubah itu sebahagianlah waktu mengucap tasbih maka telah lalu berapa saat kiranya daripada malam maka keluarlah nabi Khidir daripada suatu pintu kubah itu berserulah ia ujarnya “Penghulu kamu yang menunggu kubah pertunjukkanlah diri kamu barang seorang akan daku kerana aku hendak berkata2 dengan kamu”. Maka seorang pun tiada menyahut dia maka ujar nabi Khidir Alayaha Al Salama “Hai saudaraku jin yang yang sholeh marilah kita aku hendak berkata2” maka bersuaralah ia di hadapannya ujarnya “Inilah hamba hai nabi Allaha” maka kata nabi Khidir “Ketahui olehmu bahawa raja yang terlalu adil yang beroleh tolong daripada Allaha Ta Alaya telah sampailah ia kepada tempat kamu ini. Ia hendak berjalan ke Maghrib dan ia hendak melihat rupa kamu yang menunggu kubah ini dan hendak berkata2 kerana kerana kami ini kaum yang mukmin” maka sahut jin itu “Baiklah”. Hataya maka masuklah ia penghulu jin itu seorang serta nabi Khidir dan merupakan dirinya seperti rupa orang muda daripada nabi Allaha dan pakaiannya yang baik dan baunya amat harum maka memberi salam ia kepada raja Iskandar maka di sahut baginda salamnya. Maka sabda raja Iskandar akan dia “Daripada anak cucu siapa engkau ini dan siapa nama engkau hai yang diberi Allaha rahmat bagimu” maka sahutnya “Bahawa hamba ini daripada anak cucu Shokhora jin” maka sabda raja Iskandar “Asalama kah engkau?” maka ujarnya hamba “Hamba ini Asalama dalam agama yang sebenarnya”. Maka sabda raja Iskandar “Sebagaimana perimu mengatakan dirimu anak cucu Shokhora jin dan nabi Allaha Sulaiman berseteru kerana bahawa ia berdiam kan nabi Allaha Sulaiman dan mengambil cincinnya Malakata daripadanya dan ialah merupakan dirinya seperti rupa nabi Allaha Sulaiman dan duduklah ia di atas kerusi tahta kerajaan berapa lamanya hingga di kembalikan Allaha Ta Alaya cincinnya kepada nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama daripada dalam perut ikan. Setelah kembalilah raja Sulaiman kepada kerajaannya maka larilah Shokhora jin tetapi kau sekarang berbuat bakti akan dia daripada waktu nabi Sulaiman kerana kamu orang derhaka akan dia tatkala tatkala lagi ada hayatnya” maka sahut penghulu jin itu “Ya shah alam sungguhnya seperti sabda raja itu tetapi bapa hamba Shokhora jin sudah ia berbuat derhaka maka datang mohonkan ampun maka diampun raja Sulaiman sudah kerana raja kami sangat mengampun barang berdosa kepadanya. Maka betapa sebab itulah bapa hamba terlebih sangat ia berbuat kebaktian kepada kepada raja Sulaiman yang berbuat kubah itu pun bapa hambalah dan berjanji janjian raja Sulaiman dengan bapa hamba menyuruhkan ia menunggu kubah ini datang kepada anak cucunya”. Maka sabda raja Iskandar “Hai hamba Allaha di mana tempat yang kamu diam?” maka sahutnya “Bahawa kami ini terlebih daripada seribu kaum diam kami daripada kerana kubah ini”. Maka sabda raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawa hamba lihat kaum ini seperti rupa manusia jua barang lihat hamba kiranya seperti rupa mereka itu yang sedia kala’. Maka dikatakan oleh nabi Khidir padanya maka ujarnya “Baiklah hamba keluar dari sini suruh lihat pada raja rupa hamba”.

Maka keluarlah raja Iskandar lihat rupanya sepanjang kubah itu, kepalanya tujuh pada suatu kepala dua mukanya dan pada suatu muka empat matanya, bujur buntar matanya, keluar dari dalam kelopak matanya seperti seperti lidah lebar daripada segenap mukanya itu, mulutnya seperti kawabu kita dan giginya panjang, lidahnya bernyala seperti lidah api dan rambutnya empat seperti seperti perahu, bulunya pada segala mukanya dan hidungnya seperti kepala lembu keluar daripadanya lidah api dan tapaknya seperti tapak kaki harimau dan kukunya seperti cangkul besi, ekornya pun seperti ekor lembu dan pada kepalanya dua helai rambutnya seperti ular dan kakinya seperti kaki itik, akan sebelah kakinya sepuluh jarinya tajan seperti mata pendahan. Setelah dilihat raja Iskandar rupa jin itu gentarlah ia berubah warna mukanya maka lalu baginda masuk ke dalam masjid itu. Maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha adakah rupa jenis jin yang terlebih besar daripada ia ini?”. Maka kata nabi Khidir “Bahawa daripada kaum ini beberapa lagi yang terlebih besar pula daripadanya. Jikalau kiranya jin itu berbuat di dalam kelopak matanya nescaya tiada kelihatannya”. Maka sujudlah raja Iskandar mengesakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya.

Shahdan ujarnya “Ya tuhanku bagimu jua sebenar puji atas yang menjadikan daripada bagai-bagai kejadian”. Maka kata nabi Allaha Khidir “Demi Allaha Ta Alaya jikalau tiada dipeliharakan Allaha Ta Alaya anak Adam ini nescaya di hukumkan jin segala isi alam ini daripada kurnia Allaha Ta Alaya menurunkan suatu itu Qoraana kepada nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama, jika barang siapa seorang manusia membawa ayat itu nescaya larilah segala jin dan syaitan daripada tiada dapat mereka itu mendengar dia”. Maka tidurlah nabi Allaha Khidir dan raja Iskandar di sana seketika maka haripun fajarlah.


Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana

No comments:

Post a Comment