m/s 116
Kata sahaba al hikayat maka pertama2 berjalan nabi Khidir Alayaha Al Salama dengan kaum Mayaka dan Tawayala dan Tarasa kira-kira tiga puluh ribu orang yang berkuda kemudian daripada itu raja Habshah dengan segala laskarnya dan tenteranya dan kemudian pula raja A’zahana dengan dua puluh ribu laksa orang berkuda kemudian dari itu raja Naa’mata dan raja Andalus serta dua puluh ribu orang yang berkuda. Maka kemudian dari itu laskar raja Iskandar daripada kaum Rom dan Ajam kira-kira lima laksa orang berkuda dengan segala tenteranya. Maka bertanya raja Iskandar “Ya nabi Allaha ke mana pula dan apa nama negeri yang kita hendak pergi ini. Maka sahut nabi Khidir Alayaha Al Salama “Berjalan juga kita mengikut kepada matahari masuk itu maka lalu kita ke Masyrik” maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha inikah kesudahan negeri?” maka sahut nabi Khidir “Tiada lagi negeri di hadapan kita itu melainkan hutan jua dan padang” maka sabda raja Iskandar “Baiklah kita segera berjalan supaya boleh kita lihat air hangat pada tempat matahari itu masuk”. Maka sahut nabi Khidir “Sungguhnya bagi Allaha Ta Alaya mengampuni bagi kita berjalan menjalani ini pada tempat itu”.
Hataya maka berjalanlah segala laskar dan nabi Khidir berjalan dahulu pada padang itu lalu kepada suatu padang dan suatu negeri kepada suatu negeri yang di takluknya sampai kepada negeri Jabarsho dan tiga puluh hari lamanya berjalan itu dengan segala laskar pada padang itu dan kepada tiga puluh sembilan hari maka datanglah kepada bumi putih seperti kapas rupanya dan baunya pun demikian maka berbagi-bagai tumbuh-tumbuhan maka bertemulah dengan suatu sungai dua hasta jua dan airnya terlalu putih daripada susu dan terlalu manis daripada air madu dan terlalu sejuk daripada embun. Maka berjalanlah mereka itu sepuluh hari lamanya maka berhentilah mereka itu di sana beristirehat kemudian berjalanlah pula baginda kira2 tiga puluh hari perjalanan maka pada keesokan harinya di lihat mereka itu bukit terlalu tinggi di hadapan lanjut lakunya mengelilingi bumi. Maka kata mereka itu “Inikah yang bernama bukit Kaf kerana bukit Kaf itu di jadikan Allaha Ta Alaya daripada manikam yang hijau ia mengeliling dunia daripada Masyrik ke Maghrib maka langit pun hijau kerana sebab daripada sinar bukit Kaf itu dan berhangat tempat matahari masuk itupun di hadapan”. Maka sabda raja Iskandar “Bukit itupun hamba lihat hijau lakunya” maka ujar nabi Khidir “Adapun bukit ini namanya Bukit Thursina tatkala terbangun kerana terjali Allaha Sabahana Wa Ta Alaya tatkala nabi Musa Alayaha Al Salama memohonkan riwayat itu kerana bukit itu dijadikan Allaha pasak bumi”.
Maka berjalanlah segala laskar sehingga tiga hari maka hampirlah mereka itu pada kaki bukit itu. Maka di lihat mereka itu orang banyak di atas bukit itu bermacam macam rupanya ada yang satu kaki dan empat kakinya. Setelah dilihat nabi Khidir demikian itu maka di suruhnya maklumkan raja Iskandar maka baginda pun datanglah serta bertanya nabi Allaha “Kaum mana banyak ini baik kita suruh tangkap seorang supaya kita ketahui ehwalnya”. Maka ujar nabi Allaha “Mana bicara rajalah” maka sabda raja Iskandar “Baik tuan hamba pergi menangkap dia bawa kepada hamba supaya kita lihat rupanya dan daripada makanannya dan dan apa agamanya” maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Baiklah hamba pergi” maka berjalanlah nabi Khidir mengendarai zirafahnya sehingga sampai ia pada kaki bukit itu maka dilihatnya mereka itu terlalu banyak. Dilihat nabi Khidir yang laki-laki kakinya satu dan yang perempuan kakinya empat dan laki-laki matanya satu juga ditengah dahinya dan yang perempuan dadanya seperti dada tanjak dan tubuh mereka itu bersabut seperti rambut perempuan. Setelah di lihat nabi Khidir maka berlarilah mereka itu kepada segala lubang2 bukit kebanyakannya maka haru birulah ia berseru-seru maka nabi Khidir pun hampirlah pada mereka itu maka dilontarnya nabi Khidir dengan batu seperti hujan maka nabi Khidir pun sebagai menyalahkan dirinya dan di dekatinya juga supaya di dengar bahasanya mudah mudahan tahu ia akan bahasanya. Maka nabi Khidir pun melambai mereka itu tiada tahu mereka itu akan bahasanya maka di dengar nabi Khidir seorang daripada mereka itu berkata “Hai kamu sekelian kaumku bahawa tentera yang kita itu ialah jin yang kita dengar khabarnya itu takut akan mengambil negeri kita dan akan menawan anak isteri kita”. Setelah di dengar nabi Khidir bahasa mereka itu maka berseru serulah nabi Khidir kepadanya dengan bahasanya itu katanya “Hai kamu sekelian bahawa bukannya kami daripada jin seperti sangka kamu itu. Pertetapkan hati kamu tiada kami perbuat khianat akan kamu”. Setelah di dengar oleh mereka itu kata nabi Khidir itu maka berdirilah seorang di atas bukit itu maka ujarnya “Hai orang muda siapa kamu dan dari mana datang kamu dan hendak kemana pergi kamu?”.
Maka sahut nabi Khidir “Marilah engkau hampir kepada aku tiada mengapa supaya kita berkata2” maka hampirlah seorang pada nabi Khidir maka kata nabi Khidir “Hai laki-laki dengan sungguhnya katakan olehmu kepada aku dan beri tahu aku siapa kamu dan sebabnya maka kamu berlarian dan haru biru itu. Bahawa adalah tentera yang datang ini tentera raja Iskandar anak raja Darab cucu raja Rom yang menghimpunkan kerajaan dari Masyrik ke Maghrib setelah di ambilnya beberapa negeri yang besar-besar hingga negeri Jabarsho itupun diambilnya. Maka kembalilah engkau kepada kaum kamu suruh muafakat segala orang besar kamu hendaklah menyuruhkan orang yang berakal kepada raja kami memohonkan aman daripadanya kerana serta raja itu tenteranya yang tiada terbilang hisabnya melainkan Allaha Ta Alaya juga yang mengetahui dia akan bilangannya dan tiada dapat seorang raja-raja melawan dia berperang”. Maka kata nabi Khidir Alayaha Al Salama “Siapa tuhan kamu yang kamu sembah dan adakah raja kamu?”. Maka sahut orang itu “Adapun kami ini daripada Adam Alayaha Al Salama di jadikan Allaha Ta Alaya diam di bukit ini. Tiada bagi kami ini raja” maka kata nabi Khidir “Siapa yang menghukumkan kamu” maka katanya “Adapun menghukumkan kami ada orang tuha daripada kaum kami amarnya maka tiada dapat kami akan menyalahi katanya. Maka bahawasanya tuhan kami Allaha Sabahana Wa Ta Alaya yag esa zatnya dan sifatnya dan tiada bagi suatu juapun dan tiada beranak atau diperanakkan tetapi kami atas agama nabi Allaha Ibrahim Kholayala Allaha dan kami mengikut barang yang di suruhkan Allaha Ta Alaya tuhan yang esa. Tiada baginya tuhan yang lain daripadanya” maka kata nabi Khidir “Berbahagialah kamu” maka katanya “Tuan hamba suruhkan kami mohonkan aman pada raja Iskandar itu bahawa kami tiada ketahui di bumi Allaha Ta Alaya ini jenisnya lain daripada kami betapa aman kami pinta?”. Maka kata nabi Khidir “Bahawa akan erti aman itu berteguh-teguhan janji kamu bersahabat dengan raja Iskandar supaya jangan sampai mudarat atas diri kamu dan atas harta kamu dan daripada anak isteri kamu kerana tentera ini amat banyak. Maka apabila kamu ambil aman daripada raja Iskandar nescaya tiadalah hampiri tentera ini kepada kamu”. Maka kata orang itu “Tiada kau tahu akan erti kata ini”. Setelah nabi Khidir mendengar kata mereka itu di dalam agama Islam maka kata nabi Khidir “Kembalilah kamu kepada kaum kamu akan aku pun pergi mengatakan hikayat ini kepada raja Iskandar”. Setelah nabi Khidir datang kepada raja Iskandar katanya “Adapun kaum itu Asalama atas agama penghulu kita nabi Allaha Abarahayama Kholayala Allaha tiada dapat kita ambil sesuatu daripadanya atau hartanya” maka bagindapun mengucap syukur kepada Allaha Ta Alaya maka katanya “Tiada hamba kehendaki daripada manusia melainkan mengesakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya tetapi kehendak hamba barang tuan hamba bawa seorang daripada kaum itu supaya hamba lihat rupanya kerana tiada pernah lihat orang seperti kaum ini”. Maka pergi pula nabi Khidir pada kaum itu. Kelakian akan kaum itu pun kembalilah kepada kaumnya di khabarkan kepada kaumnya sekelian nabi Khidir berkata2 padanya itu. Maka hairanlah mereka itu mendengar dia. Shahdan mereka itu sekelian pun minta doa kepada Allaha Ta Alaya ujarnya “Ya tuhanku dipeliharakan kami daripada kejahatan kaum itu”. Hataya maka dilihat mereka itu nabi Khidir datang pula maka kata nabi Khidir “Hai laki-laki pertetapkan hatimu bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan dunia ini amat luas bahawa akan kamu ini kesudah-sudahan dunia maka sungguhnya di jadikan Allaha Ta Alaya sebagi kamu beberapa jenis bumi ini. Bahawa akan raja Iskandar itu tiada qasadnya menjalani segala negeri ini membawa akan segala manusia pada agama Allaha jua. Disuruhkan ia berbuat ibadat akan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya dan jangan di sekutukan dengan suatu jua pun. Bermula ku ceritakan kepada raja Iskandar akan kamu Islam maka terlalulah sukacitanya ia akan kamu datang kepadanya barang seorang jua dan berkehendak ia memberi kurnia akan kamu dan sangat rindu akan kamu hendak dengar bahasa kamu. Maka barangsiapa mahu datang kepadanya nescaya di permulianya kebajikan yang maha banyak”. Maka sahut laki-laki itu “Hai orang muda bahawa kaum kami takut akan mereka itu hanya bahawa engkau jua yang berbaiki hati kami. Jika percaya engkau berikanlah dahulu kembali kepada kaumku supaya ku perbaiki hati mereka itu segera pula aku datang kepada mu”. Maka kata nabi Khidir “Pergilah engkau hai hamba Allaha Ta Alaya” setelah sampailah orang itu kepada kaumnya maka berhimpunlah mereka itu mendengar ceritanya itu berkeliling maka kata segala kaumnya “Pergilah engkau kepada raja Iskandar itu” dan sukacitalah segala kaum itu laki-laki dan perempuan sebab mendengar yang datang itu kaum Islam. Maka kembalilah laki-laki itu kepada nabi Khidir maka berjalanlah keduanya hingga sampai kepada raja Iskandar. Maka kata nabi Khidir “Inilah raja kami” maka diajarkan dia memberi hormat mengucupi bumi.
Setelah raja Iskandar mendengar bahasanya dan melihat rupanya dan matanya satu pada dahinya dan tubuhnya berbulu-bulu seperti rambut perempuan maka sabda baginda “Ya nabi Allaha takut kaum ini bukannya daripada nabi Adam di jadikan Allaha Ta Alaya berbagai2 kejadiannya”. Maka ujar nabi Khidir “Bahawa Allaha Ta Alaya yang amat kuasa berlakukan barang kehendaknya dan mengubah2 barang suatu kehendaknya. Dijadikannya adapun kaum ini perempuannya itu di jadikannya seperti rupa kita juga tetapi ia berjalan empat kaki kerana setengah makhluk Allaha tiada bermata dan setengah hitam dan setengah putih dan kecil dan setengah besar panjang. Maka sekeliannya daripada nabi Adam juga” maka ajaiblah raja Iskandar melihat kudrat Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka sabda baginda “Ya nabi Allaha tanyakan padanya dengan apa mereka itu ia berjual beli dan apa makanan mereka itu dan apa perniagaannya” maka ditanya nabi Khidir kepadanya maka sahutnya “Adapun kami berjual beli dengan batu yang ringan lagi baik rupanya setengah merah setengah hijau setengah kuning. Bermula tempatnya pada suatu bukit itulah kami ambilkan perniagaan kami. Adapun akan makanan kami daripada tumbuh tumbuhan di bumi itulah kami berhuma dan meninggal. Adapun minuman kami daripada air hujan yang tinggal pada sorokan tatkala musim hujan dan tiada pada sangka kami di bumi Allaha Ta Alaya ini ada makhluk lain daripada kami”.
Maka tercengang raja Iskandar mendengar kata mereka itu maka sabda raja Iskandar “Bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan dunia ini amat luas dijadikannya raja di dalamnya dan dilebihkannya setengah daripada setengahnya dan setengah rakyat. Bahawa akan sekarang hamba kerjakan di bumi Allaha pada zaman ini sekianya kamu keluarkan ufti daripada perniagaan kamu supaya nyatalah kamu takluk kepada aku. Kembalilah engkau kepada kaum kamu katakan kepada mereka itu kataku ini”. Maka di katakana nabi Khidir kepadanya. Shahdan maka raja Iskandar pun mengurniai persalin akan dia seekor kuda akan kenderaannya lengkap dengan pelananya. Maka sukacitalah ia kembali pada kaumnya bersama-sama dengan nabi Allaha Khidir. Maka sampailah ia pada bukit itu maka dilihat oleh kaumnya akan dia berjalan beroleh persalin dan seekor kuda maka berhimpunlah mereka itu kepadanya. Maka dikatakannyalah peri raja Iskandar berkehendakkan ufti itu maka berkatalah mereka itu sekelian mengabarkan dia maka kata orang itu “Hai kaumku ketahui oleh kamu bahawa raja Iskandar itu amat besar kerajaannya. Telah mengikutlah kita titah raja ini segala alam ini dan banyaklah daripada segala negeri ini di ambilnya sudah hingga sampai ia kemari ini. Bermula jikalau kabul kamu akan kehendaknya nescaya sentosalah kita daripadanya jikalau tiada di kabul kamu barangkali sampai mudharat kepada kita”.
Hataya berhimpunlah kaum itu diatas hujung bukit maka di lihat mereka itu akan menteri raja Iskandar itu terlalu banyak maka kata sama sendirinya “Tiada kuasa kita melawan tentera itu. Baiklah kita mengeluarkan barang dapatnya daripada perniagaan kita”. Hataya maka berhimpunlah banyak daripada perniagaannya kira-kira sehari semalam seperti khemah di timbunkannya maka diberi orang tahu kepada nabi Khidir maka di lihatnya nabi Khidir anak batu itu maka tersenyum nabi Khidir kerana mulia mereka itu akan anak batu itu maka disuruh nabi Allaha muatkan keatas baghal maka dibawanyalah kepada raja Iskandar. Maka di ambil sedikit daripada anak batu itu ditunjukkan pada raja Iskandar maka sabda raja “Jangan kerana mereka itu sayang akan pamerannya itu tiada kuasa kita membalas dia”. Maka tahulan nabi Khidir akan kehendak raja Iskandar itu maka katanya “Bawa oleh kamu harta ini kembali ke tempat kamu jadi nagarahi raja akan kamu” maka sukacitalah mereka itu sebab mereka itu amat kasihnya maka disuruh oleh nabi Khidir orang besar-besar dan berkata pada segala laskar “Siapa hendak memberi sedekah maka berilah oleh kamu akan kaum ini”. Maka sekelian mereka itupun memberi sedekahlah akan kaum itu. Sebermula raja Iskandar pun member nagarahi mereka itu seratus baghal membawa emas maka di suruh nabi Khidir hantarkan ia kepada tempat batu itu maka di timbunkan mereka itu. Setelah dilihat nagarahi raja Iskandar itu dan batu itupun pun di kembalikannya maka sukacitalah sekeliannya maka kata nabi Khidir “Inilah kamu biayakan akan ganti batu itu”. Maka disuruh raja Iskandar memalu gendang berangkat maka berjalanlah segala tentera mengikut jalan ke Maghrib.
Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana
No comments:
Post a Comment