Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, April 4, 2011

Melihat Matahari Masuk


m/s 128


Kata sahaba Al Hikayat maka turunlah raja Iskandar dari bukit itu lima puluh hari baginda berhenti di tempat itu. Maka berjalanlah ia kepada tempat matahari masuk melalui padang dan bukit kira2 dua bulan lamanya maka bertemulah dengan bumi yang amat jahat baunya dan hangat hawanya dan tiada tumbuh dalamnya barang suatu jua pun melainkan pohon maka tiada di dengar dalamnya bunyi unggas dan binatang dan tiada berair dalamnya barang suatu tempat. Maka tatkala bermalam mereka itu di sana maka datanglah lontar pada malam itu maka banyaklah luka daripada kaum raja Iskandar mengadu mereka itu pada nabi Khidir. Maka disuruhkan nabi Khidir membawa yang diturunkan Allaha Ta Alaya kepada nabi Allaha Ibrahim Alayaha Al Salama di dalam Zabur kepada nabi Allaha Daud Alayaha Al Salama setelah di baca mereka itu maka berhentilah lontar sampai siang hari. Maka berjalanlah mereka itu hingga bertemu dengan bukit maka di lihat mereka itu lima orang jin maka kelimanya melontar kepada nabi Khidir dengan batu maka di runtuhnya batu bukit itu.


Adapun jin itu seorang kepalanya seperti kepala keldai dan kakinya seperti harimau badannya seperti manusia. Maka yang seorang lagi itu kakinya seperti merpati dan badannya seperti badan kera kepalanya seperti unta tangannya seperti tangan manusia. Maka seorang lagi kepalanya seperti kepala kuda badannya seperti badan manusia. Maka seorang lagi itu kepalanya seperti kepala harimau badannya seperti badan manusia. Maka seorang lagi kepalanya seperti kepala babi kakinya seperti kaki tangan manusia. Maka seorang lagi itu kepalanya seperti kepala kuda badannya itu seperti badan manusia dan kaki tangannya seperti kuda. Maka sebagai mereka itu melontar nabi Khidir maka di pacu nabi Khidir zirafahnya di tangkap jin itu maka di tikam dengan lembing maka matilah jin itu tiga orang dan dua orang lantas lari serta melontar suatu persebah jua lontarnya itu. Maka di tangkap daripada seorang di bawa kepada raja Iskandar maka di tanyanya nabi Khidir katanya “Kami bukan daripada jin dan bukan daripada manusia maka di ceritakannya daripada zaman dahulu kalanya sekaum orang daripada anak iblis yang perempuan bahawa perempuan itu berahikan anak raja daripada manusia maka mereka itu pergi menangkap anak raja itu perbuatnya suami maka dibawa kepada bumi ini. Maka di perbuat mereka itu mahligai hingga beranak cuculah mereka itu datang sekarang tiada terbilang2 banyaknya dan ujarnya nantilah oleh kamu sahaja di binasakan oleh kaumku akan dikau sekelian”. Maka kata nabi Khidir “Siapa tuhan kamu sembah?” maka katanya “Yang kami sembah itu nabi kami Iblis kerana kami tiada ketahui akan siapa yang menjadikan kami dan yang memberi rezeki akan kami melainkan nenek kami juga maka jadi ibu kami beranak akan kami”. Maka kata raja Iskandar “Hai tuan hamba adakah pernah manusia beranak dengan jin?” maka sahut nabi Khidir “Bahawa akan tiadakah di dengar oleh raja, Puteri Balqis isteri nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama itu ibunya jin bapanya manusia terlalu baik rupanya Puteri Balqis itu tiada ditinggal rupa jin pada puteri itu”.


Maka kata raja Iskandar “Baik kita lepaskan ia ini membawa surat kepada kaumnya itu”. Telah sudah diperbuat surat lalu diberi pada tangannya maka dilepaskan baginda maka larilah ia seperti kilat pantasnya. Setelah datang ia pada kaumnya maka dikatakanlah seperti kata nabi Khidir dan surat itupun dilihat oleh mereka itu sekeliannya maka tiada dikabulkan oleh mereka itu. Hataya maka berhimpunlah mereka itu seperti kerisik banyaknya tiada lain senjatanya batu maka berjalanlah mereka itu mendatangi raja Iskandar. Setelah dilihat nabi Khidir dari jauh maka disuruh segala laskar berhadir memegang senjata. Sebermula orang memalu gendang raja Iskandar serta enam puluh orang dengan serunai dan nafiri maka di palulah mereka itu bunyi bunyian supaya gentar kaum itu mendengar dia maka berperanglah mereka itu hingga pecahlah perangan kaum itu.


Hataya berjalanlah segala laskar kira2 adalah dua puluh hari lamanya maka bertemulah mereka itu dengan bumi hijau rupanya. Maka kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Bahawa hampirlah kita ini ke bumi Kaf”. Bermula pada bumi itu tiada bertumbuh tumbuhan maka berjalanlah mereka itu di sana sepuluh hari lamanya maka kelihatanlah mereka itu di hadapan mengeliling dunia seperti manikam yang hijau kelilingnya maka sukacitalah mereka itu melihat dia. Sebermula matahari pun besarlah pada penglihatan mereka itu maka berjalanlah mereka itu tujuh hari maka bertemulah dengan suatu laut kecil dinamainya mereka itu Bahara Al Qodarata. Kata sahaba Al Hikayat maka bertemulah mereka itu dengan kaum banyak berhenti di sisi laut itu. Setelah dilihat mereka itu tentera raja Iskandar maka di datanginya serta mengucap tasbih dan tahlil mereka itu. Setelah di dengar nabi Khidir suara mereka itu maka di suruh berhenti segala laskar maka berhentilah nabi Khidir kepada mereka itu berseru2 ia dengan bahasa mereka itu. Maka datang seorang yang tertuha pada mereka itu dengan beberapa orang sertanya maka kata nabi Khidir “Hai kamu siapa kamu dan apa agama kamu?” maka sahut orang itu “Bahawa kami di bumi ini menyembah Allaha Ta Alaya dengan agama nabi Allaha Musa Alayaha Al Salama”. Maka nabi Khidir pun menyurat suatu surat dan memberi tahu raja Iskandar maka di suruhnya sahayanya pergi membawa surat itu kepada raja Iskandar jikalau sabda raja bawa maka hamba bawalah orang itu mengadap raja.


Setelah datang surat itu kepada raja Iskandar maka raja pun berangkatlah mendapatkan nabi Khidir. Shahdan dilihatnya kaum itu terlalu banyak dan baik2 sifatnya maka hairanlah dia melihat dia maka orang itu pun mengadap raja Iskandar maka sembahnya “Hai raja yang dimuliakan Allaha Ta Alaya kasihani kami kiranya kerana kami orang yang dhoif menyembah Allaha Ta Alaya pada bumi ini tiada kami sekutukan suatu dengan dia. Bahawa sesungguhnya telah kami ketahui di dalam kitab Tawarayata bahawa raja Iskandar akan datang pada tempat ini lalu pada matahari masuk”. Setelah raja Iskandar mendengar kata mereka itu maka sabda raja “Hai yang di kasihani Allaha persukakan hati kamu jangan kamu mashgul akan kami bahawa kami tiada perbuat jahat dan khianat melainkan barangsiapa yang derhakakan Allaha Ta Alaya. Itulah seteru kami kembalilah kamu kepada kaum kamu dan pada esok hari suruh datang pendita kamu barang yang terlebih tahu daripada kamu barang empat orang kepada aku maka kembalilah pada kaum kamu”. Maka raja Iskandar pun menyuruh tenteranya berkhemah di sana.


Hataya pada esok harinya datanglah sepuluh orang pendita mereka itu yang terlebih tahu mengadap raja Iskandar maka di suruh raja duduk kerusi segala raja2 itu maka titah baginda “Hai pendita betapa asalnya tuan hamba diam pada bumi ini?” maka sembah pendita itu “Adapun asalnya kami diam di bumi ini tatkala banyaklah kaum bani Asarayala di bumi Sham derhakakan Allaha Ta Alaya. Maka ada seorang daripada mereka itu daripada anak cucu nabi Allaha Yusuf Alayaha Al Salama maka di berinya mimpi pada suatu malam nabi Yusuf berkata akan dia pergilah akan kamu diam di bumi Maghrib nescaya di perkenankan Allaha Ta Alaya kehidupan kami. Telah dijadikan Allaha kaum itu akan tempat kami dan anak cucumu maka berjalanlah orang itu kepada bumi ini maka kami ini daripada anak cucunyalah”. Maka kata nabi Khidir “Adakah tuan hamba bertemu pada hukum agama dan temukah tuan hamba 113 kitab di dalam Tawarayata?” “Hingga anak kami sekelian yang kecil itupun mengetahui”. Maka hairanlah raja Iskandar mendengar kata sholeh mereka itu maka ditanyanya nabi Khidir daripada masalah yang sukar2 maka itupun diberi jawab pendita itu akan nabi Khidir “Hamba tanya akan tuan hamba demi Allaha katakan oleh tuan hamba siapa tuan hamba kerana hamba lihat sangat tahu tuan hamba pada ilmu agama ini?”. Maka tersenyum nabi Khidir katanya “Tiadakah tuan hamba kenal hambalah Khidir anak Malakana anak Falaa’ anak Sholaha anak Fahatsala anak Shama anak nabi Allaha Nuh Alayaha Al Salama dan hambalah taulan nabi Allaha Musa Kalamanya itu”. Setelah di dengar pendita itu kata nabi Khidir maka iapun mengucupi bumi pada kaki nabi Khidir kesepuluhnya maka di dakapi nabi Allaha kesepuluhnya. Maka kata nabi Allaha “Hai pendita bawa hamba lihat Tawarayata pada tuan hamba itu”. Maka di suruh pendita itu ambil Tawarayata nya maka nabi Khidir suruh sahayanya Fataha ambil Tawarayata itu maka di kabulkan nabi Khidir tiadalah bersalahan dan tersebut di dalamnya nama Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Alayaha Wa Salama. Maka kata nabi Khidir “Hai pendita adakah tersebut di dalam Tawarayata, raja yang menghimpunkan bumi Masyrik dan Maghrib dan ia daripada anak cucu nabi Allaha Ishak Alayaha Al Salama anak nabi Allaha Ibrahim Alayaha Al Salama. Raja itu berjalan pada tempat matahari masuk”. Maka kata pendita itu “Bahkan sanya adalah kami senantiasa ternanti-nanti akan dengan bahawa sekarang nyatalah alamatnya bahawa raja inikah yang tersebut di dalam Tawarayata itu?”. Maka kata nabi Khidir “Inilah ia” maka pendita itupun mengucupi kaki raja Iskandar.


Maka sabda raja “Hai sheikh beri kami dengan pengajar yang baik”. Maka kata pendita itu “Jangan diberikan ilmu kamu itu pada bukan seharusnya maka adalah serasa kamu niaya akan ilmumu itu. Maka jangan kamu sembunyikan ilmumu itu pada orang yang seharusnya maka serasa ia kamu aniayai akan orang itu. Maka jangan kamu tolong akan orang yang aniaya maka jadi sia-sialah amal kamu. Maka jangan kamu enggan memberikan barang sekadarnya supaya jangan kurang kebajikan kamu. Bahawa ketahui oleh kamu bahawa manusia itu berbagai, sebagai daripadanya manusia yang nyata kebesarannya maka seharusnya kamu ikut akan dia. Maka sebagai lagi bahawa manusia itu bersalahan dengan kamu maka kembalikan pekerjaannya kepada Allaha Ta Alaya.” Maka menangislah nabi Khidir mendengar kata itu maka sabda raja Iskandar “Tambahi lagi pengajar tuan hamba itu” maka ujar pendita itu “Hai raja yang dimuliakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya pada segala buminya adalah yang terlebih daripada manusia sekelian. Maka barangsiapa merendahkan dirinya di dalam ketinggiannya dan di dalam kebesarannya dan ditinggikan Allaha kekayaannya dan berbuat ia lembut di dalam kekasarannya dan ditahani hatinya pada marah ialah yang terlebih daripada segala manusia. Maka itulah hamba Allaha yang di ambilnya dari dunia sekira2 pada baginya terpelihara ia daripada mengerjakan dosanya dan menghasilkan ia akhirat. Bermula yang terlebih akal daripada segala manusia itulah hamba Allaha yang diperkenankan tuhannya maka berbuat bakti ia akan dia dan dilaluinya tempat yang kekal maka di perbaikinya dan ketahuinya akan sekira hendaknya daripada nikmat yang fana kepada tempat yang baka. Maka dihadirkannya bekal bahawa sungguhnya bekal itu akan takut akan Allaha maka barang siapa yang terlebih takutnya akan dia”.


Maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh ibadat lagi pengajar tuan hamba akan hamba” maka ujar pendita itu “Hai raja yang beroleh tolong daripada Allaha Ta Alaya, bahawa yang tamak itu papa dan putus kehendaknya daripada jadi kaya. Bahawa yang penengah itu rehat dan amal itu perbendaharaan dan dunia itu akan kekayaan maka sekeliannya akan hilang jua”. Maka titah raja Iskandar “Hai sheikh tambahi lagi akan hamba pengajar tuan hamba” maka kata pendita itu “Hai Zhoyala Allaha ketahuilah bahawa pada hari kiamat itu pekerjaan yang maha besar maka di kira2 ia di dalamnya segala perbuatan di dalam dunia. Maka tetapkan bagi kamu iman dan sempurnakan kebaktian kamu dan bersegeralah kamu berbuat amal dengan kamu gagahi adalah balasnya” maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh tambah lagi pengajar bagi kami” maka ujar pendita itu “Hai raja keinginannya daripada beroleh pahala pada Allaha supaya dikasihinya bagi kamu dan benci oleh kamu harta dikasihi manusia akan kamu bahawa yang bertaoa hatinya daripada dunia itu sentosa hatinya dalam dunia akhirat kerana manusia itu yang beroleh balasan yang pahan dan tinggalkan oleh kamu bahawa yang berbahagia itu orang yang memilih tempat yang kekal nikmatnya di lebihkannyalah segala nikmat yang di anugerahi kannya daripada harta yang di dalam tangannya”.


Maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh tambah lagi pengajar bagi kami” maka ujar pendita itu “Ketahui oleh raja bahawa segala yang di dalam tangannya itu pinjaman maka segala yang pinjaman itu nescaya berpindah dan harta pinjaman itu nescaya kembalilah pada yang empunya dia. Ketahui oleh kamu hai raja bahawa akan dunia ini mata benda yang hadir memakan dia akan orang yang berbahagia dan orang yang celaka itu dikira2 kekal semata. Maka akhirat juga yang terlebih baik adanya dan tahukah raja dahulu daripada raja ini adakah raja yang lain daripada raja mengimpunkan kerajaan dunia ini?”. Maka sabda raja Iskandar “Tujuh oranglah raja2 yang besar2 dahulu daripada hamba” maka ujar pendita “Betapakah dikerjakan Allaha bagi raja2 itu?” maka sabda raja Iskandar “Telah matilah mereka itu sekeliannya” maka ujar pendita itu “Hai raja bahawa akan nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan dia kebesaran baginya tiadalah dilebih daripadanya barang seorang jua pun daripada makhluknya manatah dia sekarang?” maka sahut raja Iskandar “Telah wafatlah sudah” maka ujar pendita itu “Jikalau demikian padalah bagi raja maut itulah pengajar bagi raja kerana Allaha Ta Alaya menjadikan umur manusia itu jalannya akhirat maka barangsiapa yang diperbuat nabi Adam baik dan jahat tak dapat tiada ada kira2 Allaha Ta Alaya di akhirat”. Maka menangislah raja Iskandar dan nabi Khidir mendengar pengajar pendita itu maka ujar nabi Khidir “Hai segala manusia dengarlah pengajar pendita itu rahmat Allaha atasnya”.


Telah raja menangis itu maka kata pendita itu “Dimana raja hendak berjalan ini?” maka sabda raja Iskandar “Hamba hendak berjalan ke matahari masuk” maka kata pendita itu “Ada hampirkan Allaha akan raja jalan yang jauh itu inilah laut tempat matahari masuk itu. Pergilah raja pada tempat laut itu nescaya raja ajaib kebesaran Allaha”. Maka raja Iskandar menyuruh membukakan perbendaharaan hendak mengurniai pendita itu pada qasad raja Iskandar hendak mengurniai kaum itu. Maka kata pendita itu “Hai raja yang dibesarkan Allaha bahawa kami tiada tahu akan harta dan raja hendak menagarah hanya kami akan harta ini bukan kebajikan akan kami melainkan kami lali daripada berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya. Adapun kami mashgullah daripada kami puji itu barang yang di tinggalkan kiranya oleh raja akan kami ini maka janganlah permashgulkan kami dengan harta dunia ini”. Maka sekeliannya pun berkata demikian juga maka hairanlah segala yang melihat kelakuan mereka itu. Kata nabi Khidir “Rahmat Allaha atas tuan hamba sekelian” tahulah raja Iskandar akan mereka itu tiada berkehendak akan harta dunia maka raja dan nabi Khidir dan segala raja2 berjabat tangan dengan segala pendita itu.


Kata Sahaba Al Hikayat maka raja Iskandar sebagai sebagai juga melihat kepada matahari masuk itu maka dilihat raja bukit Kaf itu di belakang matahari. Maka berjalanlah raja Iskandar dan nabi Khidir ke tepi laut itu setelah matahari itupun hampirlah akan masuk maka di dengar keduanya akan bunyinya seperti halilintar membelah. Maka dilihat sebenar matahari itu dua orang malaikat terbesar daripada sekelian malaikat itu dikelilingnya banyak malaikat yang lain kelihatan itu rupanya seperti laku bayang-bayang. Maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha rupa apa yang kelihatan itu?” maka sahut nabi Khidir “Itulah malaikat yang mengawal matahari masuk dan keluar” maka tiadalah lagi didengar oleh raja Iskandar malaikat itu mengucap tasbih maka di tanyanya raja Iskandar suara mereka itu di dengarnya mengucap tasbih demikian Sabaha Qodawasa Rabanaa Wa Raba Al Malakata Wa Al Rawaha. Maka bunyi matahari masuk itu terlalu sangat azmat bunyinya jikalau mendengar dia segala segala isi bumi nescaya pengsan. Maka tatkala masuklah matahari itu hampirlah akan pengsan sebab mendengar bunyinya matahari masuk itu maka raja pun lalilah gugur dari atas kudanya ke bumi. Maka segera nabi Khidir turun dari atas kuda memangku raja dan di hantarkan tangannya pada dada raja Iskandar. Shahdan sembahnya “Ya tuhanku tetapkan kiranya hati hambamu Iskandar” dan di sapunya dada raja tujuh kali maka sedarlah raja Iskandar maka ia mengucap syukur akan Allaha Ta Alaya. Maka jadi air hangat jikalau sekiranya di masukkan tangan ke dalam air itu nescaya melecur seluruh kulitnya dan mendidih air itu. Setelah sudah masuk matahari itu maka berhentilah bunyinya maka sekelian malaikat itupun memberi salam nabi Khidir dan raja Iskandar. Shahdan kata malaikat itu “Rahmat Allaha atasmu hai raja bahawa tiada menjalani jalan ini seorang jua pun lain daripada kami ini selama di jadikan Allaha langit dan bumi”. Maka kata raja Iskandar “Syukurlah kami akan Allaha Ta Alaya” maka naiklah malaikat itu ke langit maka raja Iskandar pun kembalilah kepada tenteranya.


Maka pada esok harinya maka berhimpunlah segala raja2 berdatang sembah mereka itu “Hai raja kemana pula kita berjalan” maka sabda raja “Adapun perjalanan kita datanglah kepada tempat yang kita qasadkan itu Ana Shaa Allaha Ta Alaya kembalilah kita bermula”. Segala raja2 itu dan tentera melihat matahari masuk itu dari jauh setelah tiga hari lamanya raja Iskandar di sana sehari melihat jua ia kepada matahari masuk itu maka raja Iskandar pun minta doa dengan berbagai2 doanya demikian ujarnya “Ya tuhanku telah kau sampaikan hambamu pada tempat matahari masuk itu dan mudah-mudahan kiranya hambamu melihat keluarnya” maka nabi Khidir mengatakan amin. Hataya maka di himpunkan raja Iskandar segala raja2 yang besar2 sertanya dan tenteranya maka sabda raja Iskandar “Hai saudaraku sekelian raja2 telah sampailah kita kepada kehendak kesudahan maka bersegeralah kita akan berjalan” maka sembah segala raja2 itu “Kemana pula hendak shah alam?”. Maka sabda raja Iskandar “Nantilah oleh kamu nescaya turun wahaya mengatakan akan perjalanan kita ini.


Kata Sahaba Al Hikayat setelah hari malamlah maka nabi Khidir pun bersunyi dirinya sembahyang dua rakaat salam maka ia minta doa kepada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya “Ya tuhanku bahawa sampailah kami kepada tempat yang di titahkan kami menjalani dia itu maka beri tahu kiranya kami kemana pulang pergi kami berjalan?”. Setelah sudah ia minta doa maka turunlah Jibril serta memberi salam pada nabi Khidir Alayaha Al Salama maka ujarnya “Bahawa Allaha Ta Alaya menitahkan kamu berjalan ke kiri jalan perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman lalu ke negeri Maghrib kerana mereka itu telah menyembah berhala peninggal perjalanan ini”. Maka esok harinya pergilah nabi Khidir kepada raja Iskandar “Ya Bana Abasa kemana pula kita pergi?”. Maka sahut nabi Khidir “Adapun pada malam tadi turun Jibril membawa firman Allaha Ta Alaya menyuruh kita berjalan dari kiri perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama hingga lalu ke negeri Maghrib. Bahawa Allaha Ta Alaya menolong kita dengan sempurnanya”. Maka sukacitalah raja Iskandar mendengar kata nabi Khidir itu maka bermohonkanlah raja dan nabi Khidir pada kaum itu maka segala pendita itupun minta doa akan raja Iskandar. Maka pada esok harinya di palu oranglah gendang berangkat dan terkembanglah payung kerajaan panji2 maka berjalanlah raja Iskandar dengan segala tenteranya.


Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana

No comments:

Post a Comment