Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Wednesday, April 6, 2011

Yakjud wa Makjud

ms 145

Pada ketika itu juga bersabda raja Iskandar pada segala tenteranya di suruh palukan mangmang akan berangkat mak ditiup oranglah nafiri alamat berpindah raja dengan tenteranya seperti adat sedia kala. Maka nabi Khidir dan raja Radhoyah dan raja Salama dan raja Kasaka dan raja bani Karadama dengan segala tenteranya jadi pengajar maka berjalanlah segala tentera itu pada bumi itu empat puluh hari. Datanglah pada yang ke empat puluh satu berjalan mereka itu pada suatu dusun amat banyak orang bekerja tiada terhisabkan banyaknya. Setengah menggala, setengah menabur, setengah menukul maka di kertak zirafahnya maka di hampirnya orang itu maka di tangkap beberapa orang. Maka lalu di bawa kepada nabi Khidir maka tatkala di lihat orang benua itu orang mengenderai ia daripada menangkapnya maka katanya “Bahawa orang ini bukannya manusia pada lakunya jin jua”. Maka tatkala di dengar nabi Khidir perkataan orang benua itu maka tahulah ia akan bahasa mereka itu kaum Masahaq namanya. Maka sahut nabi Khidir akan mereka itu dengan bahasanya dan berkata ia pada mereka itu “Orang mana kamu?” sahut mereka itu “Adapun bahawa di ketahui tuan hamba kami ini orang beriman dan nama raja kami Watayada Qonathora maka sahut nabi “Apa sebab nama rajamu demikian itu?” maka sahut mereka itu “Sebab bernama demikian itu di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan dia harta yang tiada terhisabkan banyaknya maka diperbuatnya peti dan perbendaharaan yang tiada terbilang daripada kebatakan hartanya. Nama negeri kami Asatholayana dan kami sembah tuhan yang menjadikan segala alam ini dan sekia kami akan nabi Ibrahim Kholayala Allaha hambanya dan pesuruhnya” dan berkata2lah orang negeri itu dengan nabi Khidir “Apa kamu ini dan siapa nama dan siapa raja kamu?”. Maka sahut nabi Khidir “Kami ini tentera raja Iskandar anak raja Darab yang dikurniakan Allaha Ta Alaya akan dia segala kerajaan di muka bumi ini dibawanya kepada agama yang sebenarnya dan disuruhkan raba Al Alamayana berjalan daripada pihak Maghrib lalu ke Masyrik datang ke mari ini dan ialah yang melepaskan kamu daripada kejahatan Yajuj wa Majuj dengan kurnia Allaha Sabahana Wa Ta Alaya”. Maka tatkala di dengar oleh kaum itu kata nabi Khidir yang demikian maka sukacitalah hati mereka itu masing-masing kembali pada pekerjaannya.

Maka oleh nabi Khidir disurat suatu surat di hantarkan kepada raja Iskandar mengatakan orang benua itu sekelian mereka itu mukmin. Adapun negeri ini Yajuj wa Majuj dan nama negeri ini Asatholayana dan nama rajanya Wayataha Qonathora” maka dilipatnya surat itu maka di suruhnya bawa kepada hulubalangnya Fataha Mayaka kepada raja Iskandar. Hataya maka berjalan hulubalang Fataha Mayaka membawa surat itu setelah sampailah lalu dipersembahkan kepada raja Iskandar. Maka di suruh raja Iskandar oleh baca kepada Balamanasa Hakim maka di bacanya oleh Balamanasa Hakim di hadapan raja Iskandar. Maka sukacitalah hati raja Iskandar sebab boleh mendengar khabarnya itu dan mengucap syukurlah baginda ke hadrat Allaha Ta Alaya sebab mendengar sekelian mereka itu masuk di dalam agama Asalama yang sebenarnya. Maka seketika itu ditiup oranglah nafiri alamat akan berangkat maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya sehingga datanglah mereka itu sekelian kepada bukit yang amat tinggi lagi amat lanjutnya terlintang di atas bumi dariapada sangat tingginya tiada dapat manusia naik keatasnya. Setelah sampai raja Iskandar dengan segala tentera ke sana maka berkhemahlah raja Iskandar dengan segala tenteranya. Tetapi nabi Khidir dan raja Radhoyah dan raja Salama berjalan ketiganya hingga datang pada suatu rongga empat persegi.

Kata Sahaba Al Hikayat bahawa rongga itu dari hujung bukit datang ke hujung sebelah sana dan dan muka rongga itu ada suatu rantai daripada emas setinggi manusia berkuda dan suatu rantai lagi daripada perak setinggi manusia berdiri di tanah. Maka kedua rantai itu terlintang pada muka bumi rongga itu tiada dapat barangsiapa pun masuk dengan semena-mena daripada ingatan orang negeri itu akan seterunya. Maka dilihat nabi Khidir seorang laki-laki menunggu rongga itu maka berkata nabi Khidir kepadanya “Hai laki-laki ambil rantai itu supaya kami lalu” maka sahut laki-laki itu “Siapa tuan hamba?”. Maka berkata nabi Khidir “Akulah nabi Khidir menteri raja Iskandar anak raja Darab, Rom bangsanya ialah yang diserahkanlah kerajaan segala yang di muka bumi ini kepadanya dan ialah menutup akan segala jalan Yajuj wa Majuj”. Maka kata orang yang menunggu rantai itu “Hamba minta syarat kepada tuan hamba supaya hamba kirim surat kepada raja kami memberitahu baginda seperti segala perkataan tuan hamba itu”. Maka sahut nabi Khidir “Kerjakanlah seperti kehendakmu itu”. Kelakian maka diambilnya sekeping kertas emas air dakwatnya perak pertama suratnya itu “Kumulai suratku ini dengan nama Allaha tuhan yang esa yang tiada sekutu baginya. Kemudian dari itu kiranya raja yang dipermuliakan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya bahawa sekarang ini di sampaikan Allaha Ta Alaya yang maha mulia kepada yang di pertuan seorang laki-laki amat elok rupanya dan terlalu harum baunya dan amat fasih lidahnya dan kenaikannya pun tiada pernah hamba lihat binatang yang serupa itu daripada dahulu kala pun baharulah pada masa ini hamba lihat dia pada binatang itu. Hataya katanya kepada yang diperhamba namanya nabi Khidir anak Malakana, perdana menteri raja Iskandar anak raja Darab, Rom bangsanya Zawa Al Qoranayana gelarannya, Makaduniah nama negerinya. Dipintanya jalan kepada yang di perhamba kehendaknya hendak datang kepada raja maka kata yang diperhamba akan dia nantilah dahulu hamba memberi tahu raja hamba akan hal itu. Maka katanya baiklah maka inilah sebabnya maka yang diperhamba berdatang sembah ke bawah tapak raja sekarang mana bicara raja akan sempurnanya dan rahmat Allaha dan berkat nabi Ibrahim Kholayala Allaha”.

Inilah hikayat mereka itu dengarkan pula hikayat raja Iskandar tatkala sampai nabi Khidir pada bukit itu pada ketika itu Yajuj wa Majuj pu berperang dengan kadam negeri itu dan ada raja Wayataha Qonathora menaruh suatu kitab daripada zaman dahulu kala perbuatan seorang hakim daripada perkataan jin di dalamnya maka diceritakan orang yang empunya cerita ini tiada dapat tiada datang seorang dengan tenteranya tiada dapat terhisabkan dengan rajanya daripada rongga bukit itu akan bantu raja Wayataha Qonathora ialah yang membinasakan kaum Yajuj wa Majuj tetapi raja itu amat adil dan yang menyucikan segala muka bumi ini daripada agama bangsanya itu dan ialah yang menutupkan jalan Yajuj wa Majuj supaya terpelihara lah dia segala isi dunia ini daripada kejahatannya.

Sebermula tatkala sampailah surat itu kepada raja Watayaha Qonathora maka iapun turun dari atas tahta kerajaannya ke bumi maka di suruh bentaranya memanggil seorang anak seninya maka bersabda kepadanya “Tunggui oleh mu negeri ini akan gantiku menunggu akan dia sementara aku pergi mengalu-alukan raja Iskandar yang datang itu kerana datangnya itu bukannya sia-sia melainkan daripada penolong Allaha akan kita yang dhoif ini” dan pada ketika itu juga dibawanya ada berapa orang hulubalang hadir maka segera ia berjalan datang kepada rongga bukit itu. Maka lihatnya orang yang menunggu rongga bukit itu pun ada berdiri tatkala ia melihat mereka itu rajanya datang maka berdatang sendiri kepadanya lalu ke tanah maka sabda raja Watayaha Qonathora “Aku ambil segala rantainya daripada pintu kawat ini” maka berjalanlah raja Watayaha Qonathora datang keluar rongga bukit itu. Maka dilihatnya di luar rongga bukit itu khemah tersegar rupa tiada terhisabkan banyaknya maka sukacitalah hatinya maka berjalanlah ia dengan segala kaumnya sehingga datang pada pertama tentera raja Iskandar. Maka dilihat oleh raja Radhoyah akan dia maka dibawanya kepada khemah nabi Khidir dengan seperti berdiri khidmat akan dia dan akan segala orang besar2nya yang bersama-sama dengan dia dan berkatalah nabi Khidir dengan raja Watayaha Qonathora. Maka sabda raja Watayaha Qonathora “Ya nabi Allaha akan sifatkan tuan hamba dan sifat shah alam habislah dipetakan seorang hakim di dalam kitab ada kepada hamba itu” maka berkatalah keduanya kadar sangat.

Arakian maka berkatalah nabi Khidir kepada raja Watayaha Qonathora “Marilah kita pergi mengadap melawat segala raja2 yang diserahkan Allaha segala muka bumi ini kepadanya dan ialah yang memanggil segala yang sesat kepada agama yang sebenarnya”. Maka berkenderalah nabi Khidir dan raja Watayaha Qonathora dengan segala kaumnya itu dilihat khemah raja Iskandar dengan segala tenteranya bersegarlah antara bumi dan langit. Maka hairanlah hatinya dan sangat sukanya sehingga dtaang ke pintu khemah raja Iskandar maka turunlah nabi Khidir dari atas kenderaannya. Maka baginda pun berbangkit memberi salam dan hormat akan nabi Khidir Alayaha Al Salama maka di bawa duduk di sisinya. Kemudian dari itu maka nabi Khidir pun menyuruh raja Watayaha Qonathora masuk maka masukkanlah raja Watayaha Qonathora maka dilihatnya khemah raja Iskandar itu terlalu indah perbuatannya daripada kain sutera yang keemasan dan bertatahkan ratna matu manikam maka dilihatnya rabit raja2 yang turun temurun memegang negeri mengadap pada ia dan beberapa segala hakim dan alama pendita mengadap dia. Maka tercenganglah raja Watayaha Qonathora melihat peri itu hingga datanglah ke hadapan raja Iskandar maka memberi salamlah ia minta doalah ia akan raja Iskandar maka sahut raja Iskandar salamnya itu dan nabi Khidir akan jua bahasanya. Arakian maka raja Watayaha Qoanathora pun duduk menghadap raja Iskandar pada kerusi yang di nagarahinya baginda itu seraya mengatakan ehwal Yajuj wa Majuj dan di ceritakannya kepada raja Iskandar “Barang maklum kiranya kebawah tatap hadirat yang maha mulia dan dibaharakannya kepada raja ke bawah duli hadirat kiranya shodafayana itu bahawa adalah kurnia Allaha Ta Alaya akan yang diperhamba ratus ribu perbendaharaan raba emas dan perak semuanya itu akan diperhamba perhamba ke bawah duli duli hadirat akan shodafayana antara kami dengan Yajuj wa Majuj dengan di kurnia Allaha akan yang diperhamba perbiala harta emas jika kiranya di hancurkan dituangkan pada shodafayana Yajuj itu tiada dapat penuhnyalah”.

Kata Sahaba Al Hikayat maka bermalamlah raja Iskandar dan raja Watayaha Qonathora pada khemah raja Iskandar maka kata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha bahawa Yajuj wa Majuj itu daripada apa asalnya di jadikan Allaha Ta Alaya. Ceritakan oleh tuan hamba”. “Sebermula barang di ketahui shah alam bahawa Allaha Sabahana Wa Ta Alaya tatkala di jadikan Adam Solawata Allaha Alayaha di anugerahi akan dia maka firman Allaha Ta Alaya kepadanya “Jangan kau makan buah khuldi itu”. Hataya maka di persesat Iblis akan dia. Sebab bukit Hawaya iaitu tatkala keduanya makan dia maka di murkai Allaha Ta Alaya pertama akan nabi Adam dan Hawaya dan Merak dan Iblis dan Ular di keluarkan Allaha Ta Alaya akan mereka itu dari dalam syurga di gugurkan ke bumi. Maka berjalanlah nabi Adam Alayaha Al Salama sehari suntuk seraya menangis dengan dukacita sebab bercerai dengan ibu kita Hawaya kerana syurga dengan isinya pada sehari itu menangislah ia. Lalu malam itu maka mengantuklah matanya maka tidurlah ia di sana maka di rasanya tidur dengan Hawa maka keluarlah air matanya seperti suatu sungai maka air matanya itu menjadi ulat. Maka segala ulat yang besar itu makan akan sama sendirinya maka ulat itulah di jadikan Allaha Ta Alaya Yajuj wa Majuj dan ibu kita Hawaya pun pada tatkala itu hadir maka keluarlah daripadanya darah menjadi ulat itu menjadi Yajuj wa Majuj. Adapun ulat itu daripada air mani Adam jadi Yajuj wa Majuj itu. Hadir ibu kita Hawaya menjadi kaum Yajuj Wa Majuj”. Maka tatkala di dengar raja Iskandar dan raja Watayaha Qonathora cerita nabi Khidir itu maka keduanya menyebut Sabahana Allaha ertinya maha suci tuhan yang maha tinggi dan maha besar dan pada suatu harinya di persalin raja Iskandar akan raja Watayaha Qonathora dan akan segala orang besar2 serta dengan dia itu daripada pakaian yang keemasan bertatahkan ratna mutu manikam.

Kemudian dari itu maka berkendera lah nabi Khidir dan raja Salama dan raja Radhoyah dan raja Bani Karadama dan raja Kasaka dan raja Watayaha Qonathora pun berkenderalah atas kudanya yang dianugerahi raja Iskandar akan dia itu. Maka berangkatlah raja Iskandar serta segala raja2 yang tersebut itu seperti adat sedia kala dengan segala tenteranya masuk kepada rongga bukit itu sehingga di lihatnya tenteranya raja Watayaha Qonathora berperang dengan tenteranya Yakjud wa Makjud itu daripada sangat ditikam kaum Yakjud wa Makjud. Dilihat nabi Khidir maka berkata nabi Khidir kepada raja Salama dan raja Radhoyah dan raja Bani Karadama dan raja Kasaka “Tolong tuan2 sekelian tentera sultan itu” maka raja2 keempat itupun masuk berperanglah dengan segala tenteranya. Dilihat oleh tentera sultan keempat raja2 itu menolong dia dengan segala tenteranya maka sukacitalah hati tentera sultan itu maka bertambahlah berahinya dan keraslah tolongnya dan makin bertambahlah tikamnya. Hataya dengan kurnia Allaha Ta Alaya akan raja Salama ditangkapnya kaum Yakjud wa Makjud seribu orang dengan hidupnya dan dibunuhnya oleh raja Salama dan raja Radhoyah dan raja Bani Karadama dan raja Kasaka dengan segala tenteranya. Daripada kaum Yakjud wa Makjud lima ratus ribu orang berkuda mati.

Adapun datang tentera raja Iskandar seperti air yang besar terjun daripada atas bukit. Demikianlah perangnya maka berpalinglah kaum Yakjud wa Makjud daripada pihak tempatnya diam. Maka berkatalah ia sama sendirinya dari mana datang gerangan tentera yang banyak ini penuhlah pihak Masyrik dan Maghrib dan pada ketika itu berkhemahlah tentera raja Iskandar dan berhentilah kedua pihak tentera itu daripada berperang pada ketika itu. Maka dibawa oleh kaum Yakjud wa Makjud yang keempat raja itu ditawannya kehadapan raja Iskandar. Maka dilihat raja Iskandar kaum itu maka disuruh baginda nabi Khidir bertanyalah orang itu “Apalah kamu ini?” maka sembahnya “Ya tuanku kami ini daripada kaum Yakjud wa Makjud”. Maka bertanya nabi Khidir dengan bahasa kaum itu “Apa yang kamu sembah?” maka katanya “Ya tuanku yang yang amat elok bahawa kami sembah matahari dan bulan dan bahawa raja kami bernama Qotawana ada pada raja kami tujuh pihak. Pada suatu pihak lima puluh persheikh pada suatu persheikh empat misal pada suatu misal saujana mata memandang jauhnya. Ketujuh pihak itu tempat kami kediaman”. Maka kata nabi Khidir “Kamu pun taraka orang Asatholayana pun taraka mengapa perang sama sendiri?”. Maka sahutnya “Sebab kami perang pun kehendak raja kami menyuruh mereka itu menyembah matahari dan bulan kerana itulah maka kami perang sentiasa. Adalah kaum kami itu tiada ia hingga dilihat anaknya seribu di hadapannya maka ia mati. Di antara kaum keempat setengah menyembah matahari dan setengah menyembah bulan dan setengah menyembah bintang dan setengah menyembah sama sendirinya dan setengah suatu pun tiada ada pada disembahnya”.

Arakian maka bertanya pula nabi Khidir “Apa makanan kamu?” maka sahutnya “Adapun ada setengah kami makan kambing dan setengah kami makan segala binatang yang melata dan setengah kami makan turun dari langit yang bernama Natabayana seperti tiga puluh buah bukit besarnya. Maka berbahagilah kami makan di langit inilah bertambah kaum kami setahun santap.” Maka tatakala di dengar nabi Khidir perkataan mereka itu demikian maka maklumkan pada raja Iskandar. Maka raja pun bertanya kepada Watayaha Qonathora “Sungguhkah perkataan laki-laki ini?” maka kata raja Watayaha Qonathora “Sungguh seperti katanya itu dan di belakang bukit itu setengah daripada kaum itu makanannya segala rumput dan akar tetapi kehendaknya akan membinasakan segala isi dunia ini daripada kaum yang lain kerana itulah maka segala tahun kami berperang dengan segala kaum kafir itu dilihat shah alam tadi”. Adapun tatkala di dengar raja Iskandar sembah raja Watayaha Qonathora demikian itu maka kata baginda kepada nabi Khidir “Barang di suruh nabi Allaha kerahkan segala tentera kita berperang dengan kafir itu”.

Maka di kerjakan nabi Khidir seperti sabda baginda itu maka di suruh segala tenteranya mengusirkan peperangannya maka beberapa hari nabi Khidir pun berhenti seketika dari pagi2 hari datang petang mengerahkan tenteranya berperang sehingga masuklah kaum Yakjud wa Makjud di antara kedua buah bukit yang amat tinggi dan amat berolehnya bertemu kedua hujung bukit itu dengan kaki langit. Hataya diceritakan peri bukit itu ada kepada raja Iskandar maka baginda pun pada suatu hari pergi ke bukit itu berapa orang sertanya. Setelah datang baginda ke bukit itu maka dilihatnya laut berkeliling pada sebelah bukit itu dan terlalu amat lanjutnya jikalau kiranya semut pun tiada dapat melata naik ke atas melainkan gugur juga. Maka tatkala raja Watayaha Qonathora berdatang sembah pada raja Iskandar sembahnya “Ya shah alam daulat duli hadirat sungguh segala kafir itu kepada suatu pihak tiada ia lagi beroleh jalan jikalau dapat barang suruh duli shah alam tuangkan antara kedua bukit itu”. Maka sabda raja Iskandar kepada raja Satholayana “Marilah kita hadirkan barang ada kepadamu daripada besi dan tembaga sementara hamba pergi melihat bukit dan kami diukur berapa panjangnya dan beberapa tingginya” maka berangkatlah raja Iskandar dengan beberapa orang hulubalang yang pilihan pergi melihat peri yang tersebut itu. Maka naiklah ia pada suatu tempat yang di kawalnya. Suatu kaum dari antara kaum itu seperti harimau berkuku panjang dan mukanya seperti makanan dan segala mereka itu tubuhnya ber roma seperti biri-biri dan mereka itu dua telinganya, sebelah telinganya jadikan tikar dan sebelah telinganya akan selimutnya, mereka itu seperti binatang dan jika bersuara seperti bunyi tempik harimau.

Kata Sahaba Al Hikayat maka di suruh baginda sifat antara kedua bukit itu maka kembalikan raja Iskandar pada khemahnya. Pada keesokan harinya maka di suruh korek antara kedua buah bukit itu maka oleh raja Asatholayana di suruh segala tenteranya mengerjakan dia sehingga bertemulah mereka itu dengan mata air. Maka raja Iskandar pada malam itu sembahyang maka sujudlah ia ke bumi dengan ikhlas hatinya minta doa ia ke hadrat Allaha Ta Alaya yang shomad “Ya tuhanku engkaulah tuhan yang amat kuasa dengan kemurahanmu juga maka hambamu dipinta berjalan ini barang ditolongi kiranya akan hambamu dan engkaulah yang sempurna janjimu tiada bersalahan” dan pada itu berkata raja Iskandar pada nabi Khidir disuruh himpunkan segala tenteranya itu dan barangsiapa ada menaruh tembaga dan besi atau timah disuruh nya bawa kepada khemah nabi Khidir. Maka oleh nabi Khidir dikerjakan seperti sabda raja Iskandar itu kepada malam itu juga bertambunlah di hadapan nabi Allaha seperti lima buah bukit. Suatu tambunan daripada tembaga dan suatu tambunan daripada besi dan suatu tambunan daripada timah hitam. Maka bersabda raja Iskandar pada segala utus-utus “Bahawa kamu perbuat akan selapis daripada tembaga dan selapis daripada besi dan dan selapis daripada timah hitam. Maka kamu hancurkan timah hitam kamu tuangkan atas besi dan tembaga dan timah hitam dan dihaturkan itu sehingga jadi serikara dan tambal perbuatan itu empat ratus kuda berlari”.

Kata Sahaba Al Hikayat bahawa jauh sada itu shodafayana itu enam bulan perjalanan sudah diperbuat itu ada sedikit lagi belum sudah maka besi dan tembaga pun habislah. Maka bersabda raja Iskandar pada raja Asatholayana disuruhnya bawa emas dan perak kita hancur dan kita sudahkan pekerjaan kita ini. Maka di bawa oleh raja Asatholayana dan segala tenteranya dan harta yang tiada terhisabkan banyaknya. Demikian pun raja Iskandar itu sangat dukacitalah oleh perbuatan itu belum sudah sedikit lagi itu. Maka tatkala pada malam itu ia sembahyang Isyak maka tidurlah ia mimpinya seorang orang berkata kepadanya “Jangan engkau rosak hati sahaja di penuhi Allaha Ta Alaya segala barang yang engkau kehendaki itu jua” maka turun seorang malaikat kepada nabi Khidir Alayaha Al Salama maka berkata malaikat itu kepada nabi Khidir “Bahawa firman Allaha dan salamnya kepadamu. Pergilah engkau kepada laut itu ada di sana tembaga dan besi. Maka tuan hamba suruh korek”. Maka pagi-pagi hari diceritakan nabi Khidir kepada raja Iskandar seperti firman itu maka sukacitalah hati baginda. Maka pada ketika itu juga di suruh tenteranya pergi pada tempat sekelian tembaga itu. Maka diambil mereka itulah sekelian tembaga dan besi dan timah hitam itu. Maka sudahlah mereka itu perbuatannya maka dipersembahkan orang kepada raja Iskandar. Maka baginda dan nabi Khidir dan beberapa daripada raja hulubalang yang hadir sertanya sekelian mereka itu datang melihat perbuatan itu daripada jauh. Dilihatnya seperti air beku putihnya seperti perak maka baginda pun mengucap syukur ke hadrat tuhan yang amat kuasa. Setelah dilihat raja Iskandar maka baginda pun kembalilah ke khemahnya dan semayamlah ia maka di suruhnya panggil segala hakim dan dan segala utus-utus dan segala orang yang menghadap kerajaan itu maka disuruh baginda buka perbendaharaannya maka di persalin mereka itu masing-masing pada kadarnya.

Sebermula segala kaum Yakjud wa Makjud itu seperti ombak laut kesan kemari mengembangkan dirinya dan segenap-genap hari datang juga mereka itu pada perbuatan itu hendak di pasakkannya tiada dapat seperti firman Allaha Ta Alaya di dalam surat Al Kahafa Hingga datang kepada hari kiamat maka dapat dibukanya itu pun di boleh dengan kehendak Allaha. Maka raja Iskandar pun menyuruh memanggil segala utusan-utusan itu disuruhnya hancurkan timah hitam pula dan tembaga tiada terkira-kira banyaknya maka di suruh tuangkan dari sebelah belakang kepada sebelah sepanjang-panjangnya supaya teguh perbuatan itu. Maka bersabda raja Iskandar kepada raja Watayaha Qonathora”Jangan tiada raja segenap-genap hari melihat perbuatan kita ini” maka tatkala sudah baginda bertitah demikian itu maka dipersalin raja Iskandar akan dia daripada pakaian yang mulia-mulia dan akan segala orang besar-besarnya masing-masing di anugerahi baginda pada kadarnya. Hataya maka berkata raja Iskandar pada nabi Khidir “Hai nabi Allaha palukan mangmang pada segala tentera kita barang bersegeralah kamu”. Maka pada ketika pagi-pagi di palu akan oranglah gendang alamat berangkat dan di tipu oranglah nafiri alamat berpindah maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat sedia kala.

Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana - Kitab ke 2

No comments:

Post a Comment