Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, July 16, 2013

Asal-usul Raja Iskandar Zawa Al Qoranayana

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Ini hikayat Raja Iskandar anak raja Darab, cucu raja di negeri Rawama (Rom) telah di sebutkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya di dalam Qoraana Al A’zhoyama gelarnya Zaya Al Qoranayana ertinya yang mempunyai dua tanduk dari kerana perbuatan menunaikan firman Allaha Sabahana Wa Taa’laya Wa Yasalawanaka Hana Zaya Al Qoranayana Qola Saatalawa A’laya Kama Manaha Zakara Katsayaraa. Bermula telah ditanya ia segala Yahawadaya (Yahudi) akannya dikau daripada segala hikayat Zaya Al Qoranayana peri ia menjalani ini segala pihak bumi dari Masyrik ke Maghrib. Kata olehmu ya Mahamada “Lagi akan kuhikayatkan kepadamu cerita ia menjalani segala pihak bumi”. Kata ahli al hadis sahaja ada hikayatnya pada kaum Yahudi dan pada kaum A’jam dan Parsi di dalam benua Rom maka lalunya di hikayatkan nabi kita Shola Allaha A’layaha Wa Salama segala hikayatnya barang yang tiada ada di dalam hikayat mereka itu.

Kata Shohaba Al Hikayat di ceriterakan yang empunya cetera adalah raja Bahamana itu menjadi raja di benua Parsi terlalu amat besar pekerjaannya maka adalah kepadanya seorang anak perempuan namanya tuan puteri Hamani terlalu baik rupanya. Maka adalah raja Bahamana itu di dalam agama Majusi yang menyembah api maka pada hukum mereka itu harus baginya kahwin dengan anaknya. Hataya maka raja Bahamana pun kahwinlah dengan anaknya Puteri Hamani. Berapa lamanya maka puteri itupun hamil maka adalah pada masa ini dua belas tahun sudah raja Bahamana menjadi raja di dalam negeri Parsi.

Kelakian maka raja Bahamana pun sakit dirasainya dirinya sakit tiadalah akan hidup lagi maka iapun memanggil segala menteri dan segala orang besar-besar. Maka berhimpunlah mereka itu sekelian mengadap rajanya maka titah raja Bahamana “Hai segala kamu hayaraya taulanku bahawasanya adalah aku ini umpama anak yang tawaha daripada aku dan akulah saudara kanda kamu yang sabanajara amaranya ditandaiku. Bahawasanya telah datanglah kepadaku kerajaan yang tiada dapat aku menolakkan dia dengan sanajanyaku dan dengan hartaku tiada ada dapat tiada kamu pun lagi merasai ia itu. Demikian itu maka ketahuilah oleh kamu bahawa anakku puteri Hamani itu telah hamillah ia maka akan kerajaanku ini telah kuberikanlah akan anakku yang di dalam perut Puteri Hamani itu jikalau ada ia lelaki atau perempuan sekalipun. Inilah pesanku kepada kamu sekelian”.

Telah di dengar mereka itu titah raja yang demikian itu maka menangislah mereka itu. Maka sembahnya “Mengapa tuan kami bertitah demikian itu barang di lanjutkan umur raja oleh tuhan kita api yang amat gilang gemilang cahayanya. Demi api yang kami sembah hayaka A’nayat raja daripada sakit ini, nescaya memberi sedekah segala harta kami akan tolak mara bahaya raja”. Maka raja Bahamana pun memberi persalinan pada segala menterinya saida bentara sekelian hulubalangnya dan memberi dari makan segala fakir miskin dan segala bala tenteranya. Setelah antara berapa hari maka raja Bahamana pun matilah maka di rajakan mereka itu tuan puteri Hamani ganti baginda raja Bahamana. Maka raja Bahamana di kebumikan segala menteri seperti adat raja-raja yang besar mati di dalam negeri itu.

Hataya maka Puteri Hamani pun jadi rajalah di bukanya perbendaharaan maka di anugerahnya persalinan akan segala menteri dan orang besar-besar dan hulubalang sekelian dan rakyat hina dina kecil dan besar dan memberi nagarahkan segala raja-raja yang takluk kepada bapanya dengan makan minum bersuka-sukaan empat puluh hari empat puluh malam maka sukacitalah hati mereka itu sekelian. Maka tuan puteri Hamani pun duduklah di atas kerajaan di adap oleh orang-orang besar dan bala tenteranya sekelian seperti keadaan bapanya raja Bahamana dengan sukacitanya. Hataya antara berapa bulan maka sampailah bulan tuan puteri akan berputera maka iapun duduk pada tempat yang sunyi di dalam sebuah rumah tiada berani seorang juapun sertanya melainkan seorang inangnya jualah. Maka jadilah anaknya seorang laki-laki terlalu elok rupanya seperti bulan purnama maka disuruh inangnya mengerat pusat anaknya itu disuruhnya sawaya hingga tidur budak itu.

Kelakian maka di masukkanlah budak itu kedalam peti maka haripun malamlah maka tuan puteri serta inangnya pun membawa peti itu ke tepi sungai lalu di hanyutkannya ke dalam sungai itu hingga tiada di lihatnya. Maka puteri Hamani dan inangnya pun pulanglah dengan kejahatannya. Maka pada malam itu tiadalah Puteri Hamani dapat tidur bercintakan akan anaknya lalu ia menangis katanya “Wah daripada aku hendak akan kebesaran dunia engkau pun kubuangkan sebaik-baiknyanya jika lama umurku jika ku mati siapa akan ganti kerajaan ku?”. Telah pagi-pagi hari maka di suruhnya panggil inangnya maka setelah datang inangnya maka katanya “Hai inangku terlalu amat salah segala bicaraku dan pekerjaanku pada membuangkan anakku dan buah hatiku. Jikalau ada ia maka jadi rajalah ia di dalam kerajaanku ini sahaja ia makin bertambah-tambah pula kebesaranku dan kemuliaanku”.

Maka inangpun senang katanya “Hai tuan puteri tiada pernah seorang juapun raja yang mengerjakan seperti pekerjaan tuan puteri ini dan tiada pernah pula seorang sesal dahulu melainkan kemudian daripada perbuatan juga. Jikalau kiranya tiada hambamu takut akan raja nescaya tiadalah hambamu mau menolong pekerjaan raja pada membuangkan paduka anakanda itu tetapi pada fikir hambamu bahawa tak dapat ia dapat orang juga pada paduka anakanda itu tiada ia mati sebab inilah maka hambamu ikut bicara tuanku”. Maka titah tuan puteri Hamani “Hai ibuku bicara olehmu akan penawar hatiku ini jika tiada ibuku bicara akan dia nescaya makin bertambahlah penyakitku ini”.

Telah inangnya mendengar tuan puteri itu maka ia pun segera turun menyuruh orang mengambil sebuah perahu serta orang yang mengayuhnya akan dia katanya “Hai kamu sekelian bahawa kemudian itu suatu peti berisi permata yang berharga di jatuhkan oleh dayang dari jambatan maka segeralah kamu khabarkan aku hendak mengikut benda itu”. Hataya maka segeralah di kayuhkan orang akan dia dari pagi hari hingga petang tiada bertemu dengan peti itu. Maka di dalam hati inang “Jika hanyut peti itu kira-kira lima hari belumkan sampai pada tempat ini maka sekarang tiadalah bertemu aku dengan dia. Baiklah aku kembali” maka lalu di suruhnya kayuh kembali ke mahligai tuan puteri. Setelah sampai lalu inang itu naik mengadap tuan puteri sembahnya “Tiadalah hambamu berjumpa dengan peti itu pada bicara hambamu telah di dapat orang juga” maka tuan puteri Hamani pun diamlah dengan dukacitanya.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah di hanyutkan puteri Hamani peti itu dengan takdir Allaha Taa’laya maka peti itupun sangkut pada kayu tempat Benara sisah kain. Maka pagi hari Benara itupun turun ke sungai hendak basuh kain di lihatnya sebuah peti tersangkut pada sebatang kayu itu maka di atas kayu itulah batu tempat basuh kain. Maka segeranya di ambil peti itu lalu maka belurut dengan kain maka di tapangkan di bawa pulang ke rumahnya dan di katanya pada kaumnya sama-sama kain itu dirinya diam-diam. Telah di lihat isterinya ia kembali maka katanya “Mengapa tuan hamba segera balik” maka sahut Benara itu “Diamlah kamu” lalu di hantarkannya peti itu di dalam rumahnya maka segera di buka oleh isterinya. Di lihatnya ada seorang budak di dalam peti itu dengan lampinnya daripada kain yang keemasan dengan empat buah kendi yang berisi dinar dan suatu tabung emas berisi manikam dan permata yang teramat besar harganya dan satu tali leher emas di tatah dengan permata. Maka Benara dua laki isteri itu pun terlalu amat sukacita melihat budak itu, beroleh emas dan permata yang di dapati di dalam peti itu seolah-olah hilanglah akalnya daripada sangat sukacita nya.

Maka kata Benara itu “Anak siapa ini. Bukannya anak orang miskin yang demikian ini” maka sahut isterinya “Kalau anak raja juga sebab ia perbuat zina lalu di buangkannya anaknya itu ke dalam sungai”. Maka oleh benara laki isteri di peliharakannya kanak-kanak itu dengan seteguh hatinya dan di tebusnya seorang sahaya beranak kecil maka di suruhnya susui budak itu. Antara berapa hari maka Benara pun berbicara dengan isterinya katanya “Adapun akan harta ini amat banyak jikalau di lihat orang kita beroleh harta ini jadi beroleh fitnah kita juga olehnya. Sekarang bicaraku baik kita berpindah ke tempat lain” maka sahut isterinya “Benarlah bicara tuan hamba itu”. Hataya, maka pindahlah Benara itu ke tengah suatu dusun Madain’ dan di belinya sebuah rumah. Maka di tebus pula dua orang sahaya akan memeliharakan akan kanak-kanak itu maka dinamakannya budak itu Darab. Dan erti daripada bahasa Parsi untung yang sejuk oleh kerana di dapatnya di dalam peti yang di hanyutkan oleh air.

Kata Shohaba Al Hikayat maka di pelihara akanlah oleh Benara akan Darab hingga sampai umurnya pada empat tahun maka di sebut oleh Darab, Benara itu bapa dan akan isterinya ibu. Adapun setelah datanglah umur Darab tujuh tahun maka di suruhkannya belajar mengaji supaya tahu membaca kitab mereka itu dan mahsyur akan ilmu mereka itu. Maka mengajilah Darab pada seorang alim antara berapa bulan maka Darab pun tahulah membaca surat dan menyurat. Hataya maka Darab pun besarlah terlalu bijaksana pada budi bicaranya dan lagi sopan akan orang yang mulia dan orang yang tua-tua daripadanya. Maka fikir dari dalam hatinya “Adapun akan Benara laki isteri ini bukannya bapaku kerana akalnya amat kurang dan tiada tertibnya seperti tertib orang yang mulia-mulia. Dari kerana orang yang mulia itu tak dapat tiada mulia juga ia pada barang lakunya. Bahawasanya bukan juga aku ini anaknya”.

Maka pada suatu hari ia berkata kepada Benara “Hai bapaku belikan apalah akan dikau seekor kuda dengan alatnya aku hendak belajar ilmu bermain kuda”. Maka Benara pun tersenyum mendengar kata Darab itu lalu di belikannya seekor kuda dengan pelana dengan alatnya maka Darab pun belajar ilmu melarikan kuda di dalam perperangan. Setahun lamanya maka ia tahulah melarikan kuda. Pada satu hari di lihat oleh Darab segala hulubalang raja itu belajar ilmu melarikan di dalam perperangan kepada seorang ustaz yang amat tahu pada pihak menikam dan memanah dan menetakkan pedang diatas kuda dan mengertakkan kuda tampil kehadapan dan undur. Maka darab pun minta ajar dirinya kepada ustaz itu namanya Kasangkara maka tiada mahu Kasangkara mengajar Darab.

Antara berapa hari maka Darab pun pergilah kepada ustaz itu di bawanya empat puluh dinar lalu di unjukkannya kepada Kasangkara. Sukacitalah hati Kasangkara lalu di kucupinya tangan Darab dan diciumnya mukanya maka kata Darab “Barang tuan hamba ajarlah pada hamba ilmu bermain senjata di atas kuda. Jangan tuan hamba sembunyi daripada hamba”. Maka sahut Kasangkara dengan suka citanya katanya “Baiklah barang yang ada pengetahuan hamba nescaya hamba ajarkan anakku” maka di ajarnyalah oleh Kasangkara akan Darab. Berapa hari di lihatnya terlalu amat bijaksana barang kelakuannya dan tiadalah lupa Darab barang yang sudah di ajarkannya itu maka Darab pun berbuat hormatlah pada Kasangkara. Telah dilihat oleh benara akan pekerjaan anaknya itu maka di dalam hatinya “Sungguhnyalah Darab ini akan anak raja juga maka demikian lakunya dan amat sempurna akalnya”. Maka Darab pun terlalu amat tahulah memanah dan menikam dan menetak di atas kuda maka sentiasa suka cita hati Darab.

Arakian, pada suatu hari maka fikir di dalam hati Darab bahawa akan Benara ini “Ia bapa akukah atau ia bukannya ia bapaku” maka di carinya upaya hendak berdapat kenyataannya. Hataya, maka pada suatu hari Benara tiada di rumahnya masuklah Darab mendapatkan ibunya kedalam rumah. Katanya “Hai ibuku hendaklah engkau berkata benar jika engkau tiada berkata benar nescaya ku penggal batang lehermu”. Maka orang tua itu pun terkejut gementar tubuhnya dan segala anggotanya maka tiadalah ia dapat berfikir lagi mendengar kata Darab itu. Maka katanya “Apa hendak disuruh katakan itu” maka sahut Darab “Berkata benarlah ibuku akan aku ini anak engkaukah atau anak orang lain” maka kata isteri benara “Hai anakku sesungguhnya engkau tiada aku jadikan maka adalah engkau kupeliharakan dari kecilmu seperti anakku jadikan. Perlahan-lahan telah engkau berkata kepada aku”. Maka kata Darab “Sungguhlah seperti pendapatku bahawa sahnya engkau ini bukannya ibu yang menjadikan tetapi engkau pun ibulah kepada aku. Maka di hikayatkanlah oleh ibu kepada aku anak sapa aku ini dan apa nama ibu bapaku itu”. Maka lalu di hikayatkan oleh isteri Benara peri tatkala di dapatnya dari dalam suatu peti di hanyutkan oleh air dan di dapati Darab dalam peti itu dan kendi berisi emas dinar dan permata dan mutiara di dalam suatu tabuh emas”. Sekaliannya itu di ceritakannya pada Darab dengan kuasa Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya tiada dapat di lindungkannya maka suka citalah hati Darab oleh tiada berketahuan ibubapanya.

Maka katanya “Telah benarlah katamu hai ibuku” maka Benara pun kembalilah kerumahnya maka di katakan oleh isterinya peri Darab bertanyakan ibu bapanya dan peri di hikayatkannya sekalian itu. Maka kata Benara “Telah lepas lah ia daripada tangan kita tiadalah ia mahu duduk dengan kita lagi” lalu berkata Benara “Hai anakku sungguh pun engkau tiada kami jadikan telah aku pelihara akan engkau daripada kecilmu dan kasih kami akan dikau seperti anak yang kami jadikan. Rasanya janganlah engkau tinggalkan kami kerana aku pun tiada beranak dan sudah tua berapa tah lamanya lagi hendak kami kedua ini. Jika aku sudah mati mana bicaramulah”. Maka kata Darab “Hai bapaku kemanatah lagi aku akan tinggal akan dikau. Sekarang aku bertanya kepadamu adakah lagi tinggal harta itu?”. Maka kata Benara “Demi tuhan kita sembah api yang gilang gemilang itu, hai anakku telah ku biayakan akan makanan kita dan aku tebuskan sahaya akan dikau dan makan pakai kita di dalam 25 tahun ini. Maka adalah lagi tinggal sebahagi daripada dua bahagi itu kutaruh akan dikau beristeri dan jika aku sudah mati kemanakah pergi harta itu melainkan engkaulah yang empunya ia. Bukan kami ada beranak cucu lain daripada mu”. Maka sahut Darab “Sungguhlah seperti kata bapaku dan ibuku bahwa engkau kedua berbuat kebajikan tiada kuasa aku membalasnya.

Kata Shohaba Al Hikayat tatkala itu raja Qoyashora (Kaisar) Rom menyuruh tentera ke negeri Iraq membinasakan negeri itu maka habislah segala negeri daerah benua Iraq itu tertawan dan terampas oleh laskar Rom. Maka kedengaranlah warta itu kepada puteri Hamani akan negeri takluk kepadanya itu di binasakan oleh orang Rom. Maka puteri Hamani berbicaralah dengan segala hulubalang hendak menyuruh bantu ke negeri Iraq maka sembah segala menteri “Apatah Shah Alam masygulkan kerajaan itu. Di atas hamba sekelianlah bicara akan dia pada melawan seteru Shah Alam itu”. Maka titah puteri Hamani “Jika demikian suruhlah beri surat pada segala negeri hendaklah himpun segala hulubalang dan laskar supaya kita titahkan mendatangi tentera Rom yang datang ke benua Iraq itu”. Hataya maka pergilah surat pada segala negeri raja-raja dan panglima yang di bawah tahta kerajaan puteri Hamani. Adapun asal negeri Parsi itu pada zaman dahulukala negeri Babil maka di pindahkan oleh ayah raja Bahamana nenek puteri Hamani segala kaum Parsi itu kepada negeri yang baharu di perbuatnya namanya Ashothokhora terlalu amat teguh kotanya.

Maka datanglah surat daripada segala raja-raja dan kepada negeri Madain menyuruhkan menghimpun laskarnya akan mendatangi tentera Rom. Telah di dengar Darab segala hulubalang dan laskar berhimpun akan mendatangi tentera Rom itu maka Darab pun hendak pergi serta mereka itu. Maka kata Darab pada Benara “Hai bapaku berikan daku biaya barang enam puluh dinar akan bekalku berjalan. Aku hendak pergi serta orang yang pergi angkatan ke benua Iraq berperang kerana tentera Rom konon mendatang negeri Iraq itu”. Telah di dengar oleh Benara laki isteri kata Darab itu maka menangislah keduanya serta katanya “Hai anakku, jangan apalah anakku pergi” serta mereka itu “Terlalu amat dukacita hati kami sungguhpun engkau bukan anak yang kami jadikan tetapi terlebihlah kasihkan daripada anak yang kami jadikan. Kupelihara engkau daripada kecilmu hingga sampai pada besarmu sekarang engkau hendak meninggalkan daku”. Maka kata Darab “Hai bapaku beri juga emas itu akan daku janganlah bapaku dukacita. Jikalau kiranya tiada matiku nescaya kembali pula kepada bapaku”. Maka tiadalah berdaya lagi Benara laki isterinya lalu di berikannya enam puluh dinar itu akan Darab maka iapun keluarlah pergi bersama dengan segala laskar yang banyak. Maka tiada seorang juapun mengenal dia melainkan ada seorang temannya berlajar bermain kuda itu juga.

Telah datang ke negeri Babil maka segala laskar dan hulubalang daripada segala pihak negeri pun berhimpun. Telah semuanya pada medan puteri Hamani maka perdana menteri pun berdatang sembah “Ya tuanku Shah Alam bersua segala tentera kita telah berhimpun meninggal di titahkan Shah Alam berjalan angkatan kita itu”. Maka sabda tuan puteri “Esok hari aku hendak memberi persalin akan segala hulubalangku yang pergi itu”. Maka pada esok harinya di suruh oleh puteri Hamani segala tenteranya berhimpun di medan maka tuan puteri Hamani pun naik keatas usungannya yang keemasan bertatahkan ratna mutiara manikam. Maka di usung oranglah ia keluar berjalan di dalam saf segala tenteranya itu di iringkan oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang yang khas.

Telah di lihat oleh segala tenteranya maka mereka itupun sekelian pun di atas kudanya mengucupi bumi maka lalu puteri daripada pertama saf tenteranya hingga berhenti ia di atas singgahsana daripada emas ditatah dengan ratna mutu manikam daripada kelambu yang keemasan yang amat tinggi perbuatannya dan terkembanglah seratus enam puluh payung kerajaan. Maka puteri Hamani pun terlalu amat sukacita hatinya oleh melihat segala bala tenteranya yang tiada terhisabkan itu. Maka berdirilah segala tentera hulubalang mengadap dia maka titah tuan puteri pada segala tentera hulubalang yang perkasa menikam dan memanah dari atas kuda masing-masing dengan kepandaiannya dan tahunya. Maka segala hulubalang pun masing-masing menunjukkan tahunya maka di hantarkan oranglah hamparan yang keemasan maka bertimbunlah emas dan perak akan di anugerahkan pada segala raja-raja dan hulubalang dan laskar yang tahu bermain senjata.

Lima belas hari lima belas malam menyuruh segala segala hulubalang dan laskar bermain senjata di hadapannya. Maka pada enam belas harinya Darab pun tampil ketengah medan maka di kertakkan kudanya hampir tanda itu kemudian maka di kembali pula ia kebelakang lalu di panahnya dengan sekali panah juga kena segala tanda itu hingga empat belas tanda kena di panahnya. Maka di ambilnya pula pendahannya lalu di kibar keatas kepalanya serta di kertakkan kudanya ketengah medan lalu di tikamnya kepada kholaqah itu dengan segala tikam juga kena kholaqah itu. Terlebihlah ia daripada segala pendekar yang tahu-tahu maka segera di ambilnya pendahannya itu serta di perlarikannya kudanya lalu di rebahkan dirinya kebawah perut kudanya maka berbalik pula ia keatas belakang kudanya maka di lambungkannya pendahan itu tinggi-tinggi maka di sambutnya dari atas kudanya sambil ia berlari-lari. Maka di tikam pendahan itu kena juga maka jadi hairanlah segala manusia yang melihat perkasanya dan tahunya itu.

Maka puteri Hamani pun tercenganglah melihat kelakuan Darab itu maka di suruh puteri Hamani panggil Darab hampir kepadanya. Maka sabdanya tuan puteri “Hai orang muda apa namamu dan suku maka engkau” maka sembah Darab “Ya tuanku Shah Alam adalah nama hambamu Darab dan tiada hambamu di dalam suku seorang jua pun”. Maka titah puteri Hamani “Mana negerimu” maka sembah Darab “Hambamu diam di dalam negeri Madian” maka puteri Hamani pun teringatlah akan anaknya di dalam hatinya “Jika ada anakku yang aku buangkan itu nescaya ada umurnya seperti Darab ini”. Maka puteri Hamani memberi anugerah persalin akan Darab itu daripada pakaian yang keemasan dengan selengkapnya dan seribu dinar akan biaya dan seekor kuda yang khas dengan alatnya dan senjatanya. Maka titah puteri Hamani “Hai Maharana Dibalami bahawa akan orang Madian ini kuserahkan ia kepadamu maka hendaklah kamu peliharakan akan dia baik-baik. Maka pada bicaraku dapatlah Darab ini di serahkan pada pekerjaan perang”. Maka sembah Maharana Dibalami “Sebenarnyalah seperti titah Shah Alam itu”.

Kata Shohaba Al Hikayat maka pada esok harinya Maharana Dibalami pun berjalanlah dengan segala tenteranya menuju jalan ke benua Rom maka mereka itupun bersegeralah berjalan dengan takdir Allaha Taa’laya berdapatlah mereka itu dengan hujan ribut yang amat sangat malam siang tiada berhenti. Maka air pun sebaklah pada segala sungai dan serukan hingga banyaklah segala kenderaan segala mereka itu mati tenggelam oleh air dan rakyat banyak mati. Dan pada suatu malam hujan pun terlalu amat lebat dengan guruh kilat petir pun terlalu sekali gempita bunyinya. Shahdan maka ada pada tempat itu sebuah rumah yang tiada dikediami orang, sebelah rumah itupun roboh di tempa oleh tiang sungai itu runtuh sebab air dalam maka segala orang yang di dalam dusun itupun habis lari dan setengah mati oleh air itu.

Maka dilihat oleh Darab sebuah rumah hampir setengahnya sudah di pelarikan air dan hujan rebut pun terlalu amat sangat lebat maka di dalam hati Darab “Kemana pula aku hendak melarikan diriku mencari tempat tidur sekarang baiklah aku berhenti pada malam ini tidur di dalam rumah ini”. Maka iapun masuklah ke dalam rumah buruk itu katanya “Yang mati itu tiada dapat tiada daku salahkan lamun sudah datang ajalku nescaya mati juga” maka tidurlah ia di dalam rumah itu. Kilat dan guruh halilintar pun sabung-menyabung maka Maharana Dibalami pun berjalan di dalam hujan itu melihat segala tenteranya takut mati di hanyutkan oleh air dan ia memakai baju perbuatan benua Tiongkok yang berlapis-lapis. Maka di tudungnya dengan kemalai di atas kepalanya maka berjalanlah ia berkeliling tenteranya hingga sampailah ia kepada rumah tempat Darab tidur itu dan hairanlah ia melihat air sebak itu. Maka ketika itu di dengarnya suatu suara daripada pihak udara demikian bunyinya “Hai Maharana Dibalami hendaklah peliharakan olehmu rumah itu. Bahawasanya ada di dalamnya itu seorang raja yang menghimpunkan pada alam dunia ini di dalam itu tidur. Maka daripada ialah jadi anak ialah raja pada segala raja-raja isi masyrik dan maghrib dan ialah yang membatalkan agama yang sia-sia di bawanya kepada agama yang sebenarnya iaitu agama nabi Allaha Abarahayama Kholayala Al Rahamana”.

Setelah di dengar Maharana Dibalami bunyi suara itu maka iapun hairanlah maka di suruhnya orang memasang dian di dalam suatu tanglung. Maka masuklah ia ke dalam rumah itu maka di lihatnya Darab yang tidur itu lalu di bangkitkan akan dia di ciumnya antara dua matanya. Katanya “Hai anakku mengapa maka anakku tidur pada rumah buruk ini. Marilah kita pulang” maka lalu di bawanya Darab kembali pada khemahnya. Maka kata Maharana Dibalami pada Darab “Hai anakku siapa bapamu dan daripada kaum mana engkau”. Maka sahut Darab “Tuan hamba panglima yang maha besar bahawa cetera yang diperhamba ini terlalu ajaib sekali kisahnya”. Maka ujar Maharana Dibalami “Katakanlah kudengar hai anakku” maka di hikayatkan oleh Darab seperti yang di kata Benara laki isteri itu daripada permulaan peri Benara mendapat suatu peti dan peri ada sertanya di dalam peti itu empat biji kendi-kendi berisi dinar dan suatu cembul emas di dalamnya berisi permata yang besar harganya. Di hikayatkannya dari mula hingga datang kesudahannya.

Maka haripun sianglah maka kata Maharana Dibalami kepada raja di dalam negeri ini “Hendaklah raja suruh orang pergi ke negeri Madian ambil Benara seorang laki-laki yang diam pada tempat itu”. Segala kelakuan sifat Benara itupun semua dikatakan kepada raja Madian maka apabila kita kembali dari perang ini hendaklah raja suruh bawa Benara laki isteri pada hamba. Telah raja Madian mendengar kata Maharana Dibalami itu iapun menyuruhkan orang pergi ke negeri Madian katanya “Apabila kembali aku daripada perang ini hendaklah kamu bawa Benara itu kepada aku”.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah itu maka bertambah-tambahlah kasih Maharana Dibalami akan Darab dan dilebihkannya Darab daripada wazir yang lain. Maka suatu hari datang Darab kepada Maharana Dibalami dilihatnya Maharana Dibalami duduk dengan dukacitanya maka kata Darab “Hai tuan hamba panglima yang maha besar, apa mulanya maka tuan hamba duduk dukacita ini?”. Maka sahut Maharana Dibalami “Sebagaimana aku tiada dukacita hai anakku bahawa akan datang suatu mudharat kepada aku akan raja Rom itu menyuruhkan tenteranya akan mengeluari kita kerana raja Rom itu raja yang maha besar terlalu amat banyak tenteranya tiada terhisabkan ganda berganda daripada tentera kita ini. Maka ada seorang pahlawannya terlalu amat gagah lagi amat tahu bermainkan segala senjata ialah yang jadi panglima tentera itu namanya pahlawan Jarjisi maka seorang pun tiada pahlawan pada kita ini yang dapat mengadap pahlawan Jarjisi itu”.

Telah Darab mendengar kata Maharana Dibalami demikian itu maka ia pun tersenyum katannya “Hai panglima besar dipertetapkan juga hati tuan hamba hai yang amat bercahaya-cahaya dan demi naung yang memberi istirehat badan. Apabila kita bertemu dengan pahlawan Jarjisi itu hambalah melawan dia dan tiada akan lepas ia daripada tangan hamba lagi akan hamba menyampaikan rongkongannya daripada minuman maut”. Setelah Maharana Dibalami mendengar kata Darab itu maka iapun terlalu amat sukacita hatinya lalu diberi persalin akan Darab dengan pakaian yang mulia-mulia.

Shahdan adalah pada masa itu kemarau maka keringlah segala jalan raya. Setelah berapa hari maka sulu pun datang membawa khabar mengatakan bahawa laskar Rom itu telah hampir. Maka Maharana Dibalami pun menyuruhkan segala tenteranya berhadir alat senjata antara tiga hari maka datanglah pula khabar mengatakan “Telah hampirlah laskar Rom itu kepada kita”. Maka di bahagi Maharana Dibalami segala laskar yang pilihan seribu orang maka diserahkan pada Darab akan panglima mereka itu disuruh berjalan dahulu akan pengajar segala tenteranya. Maka Darab pun berjalanlah dengan segala laskarnya telah dilihat oleh Darab pertama pengajar tentera Rom maka bersiaplah ia dan disuruhnya ingat-ingat segala laskarnya. Maka apabila berpandanganlah kedua pihak tentera itu maka Darab pun menyerbukan dirinya dengan segala laskar masuk ke dalam tentera Rom itu. Maka berperanglah kedua pihak tentera itu maka dengan takdir Allaha Taa’laya tentera Rom pun pecahlah perangnya maka segera Darab mengusir panglima tentera Rom itu lalu di tetaknya panglima Rom kena kepalanya hingga datang ke dadanya maka panglima itupun matilah.

Hataya maka Darab pun banyaklah beroleh rampasan maka ia pun kembalilah kepada Maharana Dibalami membawa harta dan kuda dan senjata terlalu banyak. Maka Maharana Dibalami pun sukacitalah hatinya maka diberinya persalin akan Darab itu. Adalah pada hatinya “Sungguhlah ia ini menjadi raja di dalam alam seperti suara yang kudengar pada malam hari”. Kata Maharana Dibalami pada segala tenteranya “Adapun akan Darab ini hulubalang yang amat gagah lagi bijaksana maka hendaklah tuan-tuan segala orang besar-besar memberi hormat akan dia dan mengasih dia”. Adapun akan laskar Rom yang lari itu pergilah kepada Jarjisi membawa khabar bahawa panglima mereka itu sudah mati.

Setelah Jarjisi mendengar warta itu maka iapun terlalu amat marah mukanya merah seperti bunga raya. Shahdan katanya “Bahawa tuanku raja Kaisar Rom menitahkan akan daku menjadi panglima laskarnya telah di ketahuinya aku pahlawan yang gagah daripada antara berapa-berapa pahlawan yang banyak. Jika di ketahuinya tiada gagah berani nescaya tiadalah di suruhnya aku jadi panglima tenteranya dan sekarang pecahlah tentera kita”. Maka Jarjisi pun naiklah keatas kudanya lalu di kertakkannya berjalan dahulu dengan marahnya. Maka berjalanlah ia hingga kelihatanlah tentera Maharana Dibalami tatkala Maharana Dibalami dengan tenteranya berhenti masing-masing duduk di dalam khemahnya. Telah dilihat oleh mereka itu tentera banyak datang maka berhadirlah mereka sekelian.

Maka haripun malamlah setelah pagi-pagi hari maka kedua pihak tentera pun bersaf-saflah di tengah medan dengan alat senjatanya dan di palu oranglah gendang perang. Maka keluarlah daripada antara tentera Rom seorang hulubalang seperti gajah menta lakunya dan dengan pakaiannya baju yang keemasan seribu dinar harganya. Maka di kertak kudanya ketengah medan seraya katanya “Hai kaum A’jam, siapa kamu hendak mati marilah ke medan”. Maka Maharana Dibalami pun mengertakkan kudanya ketengah medan seraya bertempik katanya “Hai orang muda ingat-ingat engkau akulah lawanmu” lalu di tikamnya hulubalang Rom itu. Maka di tangkiskannya oleh pahlawan Rom itu di tikam Maharana Dibalami dengan perisainya. Maka kedua hulubalang itupun bertikamkan tombak maka tersilap mata pahlawan Rom lalu ditikam oleh Maharana Dibalami kena dadanya terus kebelakangnya. Maka matilah ia maka sorak orang yang menyembah api itupun ramailah.

Maka tampil pula seorang laki-laki orang Rom itu bertetakan pedang dengan Maharana Dibalami iapun dibunuhnya juga hingga sepuluh orang hulubalang Rom itu dibunuh Maharana Dibalami pada sehari itu. Maka haripun malamlah maka kedua pihak tentera pun masing-masing kembali ke khemahnya. Adapun tentera A’jam terlalu amat sukahati pada malam itu makan minum dengan bunyi-bunyian. Setelah hari siang maka berbunyilah gendang perang maka segala laskar pun berdirilah di medan bersaf-saf.

Shahdan maka pahlawan Jarjisi pun mengertakkan kudanya ketengah medan serta ia bertempik katanya “Hai kamu segala laskarku jangan kamu masuk ke medan pada hari ini. Bahawa akulah melawan pahlawan A’jam hamba orang menyembah api itu”. Maka adalah dipagi-pagi hari Jarjisi memakai baju zirah perak sebilah pedang pada tangannya dan perisai perak pada tangan kiri lakunya seperti harimau akan menerkam kawan kambing. Tiada dibilangnya pahlawan A’jam itu maka segala pahlawan A’jam terlalu takut akan dia maka iapun berseru-seru katanya “Hai kamu kaum A’jam yang menyembah api ditunjukkanlah gagah berani kamu pada hari ini siapa kamu hendak mati marilah kamu berhadapan dengan daku”.

Setelah Maharana Dibalami peri hebat kelakuan pahlawan Jarjisi itu maka berubahlah warna mukanya. Maka Darab pun melihat muka Maharana Dibalami berubah itu maka tahu ia akan dukacita hati Maharana Dibalami maka kata Darab “Hai panglima yang maha besar pertetapkan hati tuan hamba pada hari ini hambalah masuk ke medan melawan pahlawan Jarjisi yang teramat mahsyur itu”. Maka sukacitalah hati Maharana Dibalami mendengar kata Darab itu katanya “Pergilah engkau hai anakku bahawa tuhan kita api yang gilang-gemilang cahayanya menolong dikau”. Maka bermohonlah Darab lalu dikertakkan kudanya ke tengah medan seperti singa lakunya serta dipegang pendahannya maka kata Jarjisi “Orang Mandain terlalu sayang sekali aku melihat rupamu mengapa maka engkau keluar membunuh dirimu tiadakah engkau ketahui akulah pahlawan Jarjisi yang bernama di dalam benua Rom. Kembalilah engkau suruh hulubalang yang lain melawan aku”. Maka Darab pun marah mendengar kata pahlawan Rom itu katanya “Hai Jarjisi rasai olehmu tikamku dahulu janganlah banyak katamu”.

Maka kedua pahlawan pun bertikamkan pendahan kedua itupun habis patah jadi cungkil gigi. Maka kedua pahlawan pun menghunus pedangnya lalu bertetakan pedang tiada juga beralahan. Dengan kuasa Raba Al A’alamayana akan Darab maka marahlah Darab lalu di kertakkan kudanya maka ditetaknya kepada Jarjisi. Maka segera di junjungkan perisainya oleh Jarjisi belah dua lalu pada kepalanya pun belah dua hingga lehernya maka Jarjisi pun matilah. Setelah Maharana Dibalami melihat hal demikian itu maka disuruhnya palu gendang perang menyuruh segala laskar menyerbukan dirinya kepada laskar Rom. Maka ramailah perang kedua pihak laskar itu terlalu azmat bunyi bahananya gemerincing bunyi segala senjata hulubalang seperti gerak rasa bumi berbangkitlah lebu duli keudara hingga kelam kabut tiada lagi ketahuan bercampur-baur segala laskar hulubalang dengan bunyinya suara sorak tempik segala hulubalang juga yang kedengarannya. Sampailah tiga hari tiga malam maka pecahlah segala kaum Rom lalu di usirlah oleh kaum A’jam akan laskar Rom kira-kira sepengkala jua maka segala laskar A’jam pun banyaklah beroleh rampasan.

Maka di suruh Maharana Dibalami orang berseru-seru jangan seorang jua pun membawa rampasan kepada khemahnya maka Maharana Dibalami pun memandikan Darab kerana tubuhnya kena darah. Maka di beri memakai pakaian yang maha mulia dan dudukkannya di atas kerusi maka segala hulubalang sekelian berdirilah mengadap Darab. Maka kata Maharana Dibalami akan Darab “Tuan hamba pilihlah daripada rampasan sekelian ini mana yang dikehendaki oleh tuan hamba daripada barang apa pun ambillah”. Maka di lihat Darab pada rampasan itu diambilnya sebilah pendahan yang terbaik katanya “Inilah akan bahagian hamba maka yang lain tuan hamba berikanlah akan segala hulubalang”. Maka sekelian mereka itupun terlalu amat sukacita akan Darab ia tiada mahu dan tamak akan harta orang rampasan itu. Telah berapa hari antaranya berhenti maka segala laskar A’jam pun kembalilah berhadap pada sebelah negeri Babil.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah datanglah laskar A’jam ke negeri Madian maka Benara pun di bawa oranglah laki isteri kepada Maharana Dibalami maka ditanyainya keduanya. Maka kata Maharana Dibalami akan Benara akan Benara “Hai orang tuha, ketahui olehmu demi tuhan kita berlaku hukumnya dan takdirnya tersandar pada ketikanya telah di jadikan akan hambanya itu beruntung daripada yang tiada terkira-kira datangnya. Bahawa aku menanyai dikau suatu kata jikalau berkata benar engkau nescaya engkau beroleh kebajikan”. Maka katanya “Hai tuan hamba panglima yang besar, adakah di hadapan tuan hamba mengatakan yang dusta”. berkatalah Maharana Dibalami pada orang yang berakal “Katakan olehmu sebagaimana hal kanak-kanak yang kau dapat di dalam peti itu dan apa sertanya hai orang tuha. Jangan engkau takut bukan kerana harta itu menanyai dikau”.

Setelah Benara mendengar kata Maharana Dibalami itu maka baiklah hatinya maka fasalkannyalah segala hikayat tatkala ia dapat dari dalam peti itu dengan empat buah kendi berisi dinar dan mutiara dan manikam berkainkan kain keemasan sekeliannya itu di katakannya melainkan tali leher mutiara itu juga bersembunyinya. Maka di ketahuilah oleh Maharana Dibalami sungguhlah seperti kata itu maka di berinya akan Benara itu dan di berinya persalin. Maka di suruhnya hantarkan ke negeri Amaba Niraja di negeri Madian maka Maharana Dibalami pun menyuratkan ehwal peperangan dan kemenangan dan rampasan. Kemudian itu menyatakan perang tatkala Darab membunuh Jarjisi panglima laskar raja Rom dan peri suara di dengar Maharana Dibalami pada malam tatkala perinya Darab tidur di dalam rumah itu dan peri hikayat Benara mendapat peti yang di hanyutkan air itu dan empat buah kendi berisi dinar dan peri berlampinkan kain keemasan dengan permata bagai dalam suatu cembul emas. Maka di suruhkan membawa surat itu pada rajanya bahawa pada hari itu puteri Hamani duduk dengan inangnya.

Kata Shohaba Al Hikayat pada hari itu puteri Hamani duduk di dalam mahligainya maka ia menangis di hadapan inangnya lalu pengsan daripada sangat percintaannya akan anaknya serta menyesal ia sebab mengenangkan anaknya itu. Maka inangnya pun berkata “Hai tuan puteri pekerjaan itu sebagainyalah sesal dahulu yang baik. Bahawa sesal yang kemudian itu bukannya pekerjaan orang yang berakal. Sekarang pun hai tuan puteri janganlah tuanku masygul hati tuan kerana pekerjaan itu telah lalu maka yang bercinta itu mengurangkan sihat badan jua adanya. Maka mudah-mudahan tuan yang menjadikan suatu hukumnya sabarlah shah alam redhakan kehendak tuan kita”.

Dan selang berapa hari maka puteri Hamani pun duduk di atas tahta kerajaan di adap segala bala tenteranya maka orang yang membawa surat itupun datanglah. Maka di persembahkannya surat yang di bawanya itu maka di baca oleh menteri di adap tuan puteri itu hingga datanglah kepada hikayat Darab dan perinya di dapat oleh Benara di dalam peti itu. Maka puteri Hamani pun terlalu sukacita hatinya maka di ambilnya surat itu di bawanya masuk ke dalam mahligai maka di suruhnya panggil inangda maka kata puteri Hamani “Hai ibuku, telah datanglah pada hari ini dua bagai kesukaanku. Dengar olehmu di dalam surat ini”. Telah inangda mendengar bunyi di dalam surat itupun terlalu sukacita maka Hamani pun menyurat suatu surat akan memanggil Maharana Dibalami demikian bunyinya “Adapun Maharana Dibalami dengan berapa wazir yang bernama segera datang mengadap serta bawa Benara laki isteri dan segala laskar kita serahkan pada Darab. Berhentilah di sana hingga datang orang daripada aku menyuruh memanggil dia maka datanglah dia”.

Maka sampailah surat daripada tuan puteri Hamani itu kepada Maharana Dibalami maka di bacanya surat itu. Setelah sudah di bacanya maka iapun pergi pada Darab ujarnya “Hai tuan hamba, datang surat daripada raja menyuruhkan dengan beberapa orang yang bernama daripada menteri pergi mengadap baginda. Adapun segala hulubalang dan tentera ini kerana dengan titah raja di serahkan pada tangan tuan hamba dan sebelum lagi hamba datang hukum tuan hambalah segala mereka itu mana yang seharusnya di bunuh oleh tuan hamba betapa hukumkan mereka itu demikianlah tuan hamba hukumkan”. Maka kabullah Darab akan kata Maharana Dibalami itu maka segala hulubalang pun kabul akan Darab itu panglimanya. Maka Maharana Dibalami dengan segala menteri yang di panggil puteri itu bersegeralah ia berjalan serta membawa Benara laki isteri hingga datanglah ke negeri Babil.

Maka Maharana Dibalami pun masuk mengadap dengan segala menteri sertanya itu tatkala itu di dapati oleh mereka itu tuan puteri di adap segala menteri hulubalang. Maka mereka itupun mengucupi bumi di hadapan tuan puteri maka tuan puteri pun memberi kurnia amat limpah. Maka titah tuan puteri “Hai segala kamu bala tentaraku, esok hari sekelian kecil besar hendaklah berkampung kemari. Bahawa aku hendak mengeluarkan suatu bicara dan hikayat terlalu gharib” maka di suruh oleh tuan puteri segala hulubalang masing-masing kembali ke rumahnya. Maka dari pagi-pagi hari di suruh oleh tuan puteri palu mangmang katanya “Hai segala kamu bala tentera kecil besar, berkampunglah kamu di medan mengadap raja. Barang siapa tiada datang di rampas hartanya”. Maka berkampunglah segala isteri panglima yang memegang hukum negeri dan segala pegawai raja maka duduklah puteri Hamani di atas tahta kerajaan. Maka ia memberi persalin dengan pelbagai kain dan mutiara dan permata yang indah-indah dan memberi bau-bauan semerbaklah baunya segala yang hadir mengadap itu di sukatkan emas dan perak di kurniakan mereka itu.

Maka bertitah puteri Hamani “Ketahui olehmu segala orang yang besar-besar, bahawasanya pekerjaan ini pusaka daripada ayahku tinggalkannya aku maka hamilku kemudian kukatakan pada segala kamu bahawa anak yang hamil itu perempuan telah matilah ia. Bahawa kamu sekelian redhalah akan aku akan kerjaan maka sembah kamu sekelian hai tuan kami telah redhalah kami akan tuan puteri kami pertuankan. Maka ketahuilah oleh kamu demi api yang di sembah itu bahawa aku hanyutkan anakku yang di hamilkan itu sebab takut aku akan tinggal kerajaan daripada aku sebab inginlah aku akan kerajaan dunia yang fana ini. Maka di letakkan anakku laki-laki ke dalam peti maka lalu kuhanyutkan ke sungai maka sekarang kudengar khabarnya di dapat oleh Benara akan dia” maka hairanlah segala menteri hulubalang mendengar dia.

Maka di suruh tuan puteri segala orang yang pandai mendirikan sebuah mahligai keemasan akan tempat raja Darab di tabalkan maka segala orang menajang emas dan perak akan perbuatkan mahligai serta mutiara dan permata manikam yang mulia-mulia. Maka di suruh tuan puteri Hamani menempa sarung pedang seribu daripada emas dan seribu daripada perak bertatahkan ratna mutu manikam dan seribu kalalah daripada emas dan seribu kalalah daripada perak bertatahkan ratna mutu manikam dan pelana daripada emas dan seribu pelana daripada perak bertatahkan ratna mutu manikam. Maka di suruhnya perbuat suatu geta daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam maka di suruhnya tempa suatu kalalah tiga kemuncaknya itulah kemuncak kalalah baginda raja Iskandar Zawa Al Qoranayana lagi akan kami sebutkan hikayat.

Shahdan maka pada siang malam orang bekerja dan yang menggunting kain keemasan dan di suruhnya puteri Hamani perbuat suatu khemah yang keemasan maka seratus khemah daripada kain atholasa dan kemanjap dan pelbagai rupanya dan warnanya maka di dirikan berkeliling mahligai itu di suruhnya perbuat kerusi emas bertatahkan ratna mutu manikam bersendi karang dan kholambak dan cendana. Setelah sudah mustaiblah dengan pakaian di perbuatnya maka tuan puteri Hamani pun menyuruh panggil Maharana Dibalami maka di anugerahi persalin yang mulia-mulia. Maka titah tuan puteri Hamani Maharana Dibalami “Pergilah tuan hamba panggil cahaya mataku dan buah hatiku raja Darab itu kamu bawa kemari seperti tertib raja-raja. Jangan kamu katakan kepadanya bahawa aku bondanya sekelian kamu berjalanlah bersama-sama dengan dia”. Maka di suruh puteri Hamani bawa kepadanya seekor kuda A’raqi yang baik akan kenaikan dan di persalin yang mulia-mulia maka di pesan oleh puteri Hamani akan Maharana Dibalami “Apabila datanglah kamu pada tempat khemah itu maka bermalamlah kamu di sana dan kamu dudukkanlah Darab pada kerusi yang bertatahkan ratna mutu manikam yang bercahaya-cahaya dan kamu kenakan kepalanya Kalalah itu.

Hataya maka berjalanlah Maharana Dibalami dengan segala menteri sertanya telah sampailah kepada raja Darab di kenakannyalah segala yang di persalin itu dan segala menteri hulubalang sekelian mereka itu di suruh Maharana Dibalami berdiri mengadap raja Darab dengan segala yang sertanya lalu di bawa kembali ke negeri Babil. Hataya maka hampirlah ke negeri Babil itu maka di suruh Maharana Dibalami segala laskar berhenti hingga hampirlah malam. Maka berjalanlah mereka itu maka pada malam dapatlah kepada segala khemah yang di hadirkan puteri Hamani itu maka sekelian laskar pun bermalamlah di sana. Maka Maharana Dibalami memegang tangan raja Darab di bawanya ke dalam kelambu yang berumbaikan mutiara dan manikam itu di dudukkan Darab di atas geta yang bertatahkan ratna mutu manikam dan di kenakannyalah kalalah yang berkemuncak tiga itu pada kepala Darab. Setelah itu Maharana Dibalami mencium dia maka ujarnya “Demi api yang kami sembah itu, tuan hambalah akan tuan kami dan yang menghimpunkan kerajaan alam ini.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah hari siang maka datanglah segala bala tentera berhimpun tiga hari lamanya di sana. Maka tuan puteri Hamani pun menyuruh memanggil Benara itu kedua laki isteri maka puteri Hamani bertanyakan hikayat kanak-kanak yang di dapatinya itu dan Benara tiada tahu akan Darab telah beroleh kemuliaan itu. Setelah di lihatnya rupa puteri Hamani maka ujarnya “Wah tuan puteri ini serupa sekali dengan anak kita Darab” maka Benara pun berhikayat peri Darab tatkala di dapatnya di dalam peti yang sangkut pada kayu tempat ia membasuh kainnya sambil di katakan perihal sekelian melainkan permata dan mutiara jurai tiada di katakan takut ia mengatakan dia. Maka titah tuan puteri Hamani sekelian katamu itu telah benarlah hanya suatu juga lagi engkau bunyikan. Jikalau kau katakan dengan sebenar sebaik-baik harga benda itu lagi aku beri akan dikau”. Maka di katakan oleh Benara itu daripada tali leher dan permata itu maka tuan puteri pun memberi kurnia pada Benara itu dengan sempurnanya dan di benarkannya akan dia.

Maka tuan puteri pun menyuruh memanggil Darab maka Darab pun datanglah mengadap tuan puteri. Setelah di lihatnya rupa anaknya itu maka tuan puteri pun menangis lalu pengsan maka hairanlah Darab. Setelah sedar daripada pengsannya lalu di cium anaknya katanya “Hai anakku, buah hatiku dan cahaya mataku, terlalu sekali besar dosaku padamu kerana sebab syaitan memabukkan hatiku kerana tamak akan kerajaan dunia ini tetapi kehendakku dengan kehendak api yang berlaku kehendaknya di atas hambanya seperti yang telah kurasai itu”.

Hataya maka pada esok harinya di suruh tuan puteri himpunkan segala rakyat bala dan menteri pun hadirlah dengan segala alat kerajaan. Maka tuan puteri pun semayam di atas tahta kerajaan maka di jabatinya tangan anaknya raja Darab serta sabdanya “Hai segala kamu orang besar-besar dan pegawaiku, bahawa inilah anakku yang kuhamilkan itu. Bahawa telah kukembalikan kepadanya kerajaan ini yang seperti wasiat ayahnya”. Maka sekeliannya mengatakan daulat maka di suruh palu gendang tabal dengan segala bunyi-bunyian maka berdirilah segala menteri hulubalang dan tentera rakyat hina dina mengucupi bumi. Maka tuan puteri pun menyuruhkan sekeliannya dan segala perbendaharaan kepada anaknya raja Darab itu maka ialah yang pertama di sebut orang shah alam. Maka segala menteri hulubalang bala tentera sekeliannya pun berkabullah bertuankan raja Darab abana Bahamana.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah kerajaanlah raja Darab di benua Babil maka segala raja-raja Khorasan datang mengadap kepadanya senantiasa di dalam kesukaannya di pertatahkan oleh bondanya. Maka datanglah kepada tujuh bulan lamanya maka tuan puteri Hamani pun mangkatlah maka raja Darab pun sangatlah bercintakan bondanya maka di kerjakan seperti adat kematian raja besar-besar. Telah lepas daripada empat puluh hari maka raja Darab berjalan melihat segala negeri-negeri maka di lihatnya negeri yang bernama Ashothokhora itu terlalu teguh dan amat baik kotanya. Maka di suruhnya pindahkan segala perbendaharaan kerajaannya. Hataya maka raja Darab menghantarkan Maharana Dibalami menjawat negeri Ashothokhora dan segala barang-barang ehwal kerajaan maka sekeliannya di dalam hukumnyalah. Maka titah raja Darab “Hai bapaku Maharana Dibalami, suruhkan orang pergi melihat ke benua Rom. Apa juga pekerjaan suruh segera sampaikan pada hamba” maka Maharana Dibalami suruhkan orang seperti yang di titah raja itu.

Kata Shohaba Al Hikayat telah di dengar kepada raja Rom khabar laskar A’jam datang membinasakan jajahannya dan rampasan daripada kuda dan harta dan peri kematian Jarjisi panglima laskarnya. Maka raja Rom pun menyuruhkan berhimpun sekelian hulubalang bersegera akan mendatangi negeri Babil demikian ujarnya “Hai kamu sekelian, segeralah dahulu membalaskan kaum A’jam kerana kamu terlebih pula daripada kaum A’jam itu”. Hataya berapa hari maka datanglah sulu yang di suruhkan Maharana Dibalami itu berkhabar mengatakan bahawa orang raja Rom telah mustaib akan mendatangi raja Darab maka Maharana Dibalami pun menyuruhkan perbuat surat akan menyampaikan khabar pada raja Darab. Setelah sampailah surat itu pada raja Darab maka raja Darab pun membalas suratnya itu demikian bunyinya “Adapun jangan bapa hamba bercinta. Bahawa hamba akan datang menghalaukan dia”.

Setelah sampai surat itu pada Maharana Dibalami maka berhadirlah akan tempat raja akan datang itu maka raja Darab pun berkirim surat ke negeri kaum Rom dan ke negeri Ashofani dan ke negeri Farasana dan ke negeri Thurkistan dan ke negeri A’jam hingga datanglah ke negeri Safura. Maka berhimpunlah segala raja-raja dan panglima yang memegang negeri maka berangkatlah raja Darab dengan segala laskar kira-kira enam puluh laksa yang berkuda. Setelah hampirlah kepada Maharana Dibalami maka iapun pergilah mengalu-alukan raja Darab serta membawa orang lima orang yang membawa khabar di negeri Rom itu di wartakan oranglah bahawa raja Rom suddah berangkat keluar di negerinya kira-kira enam puluh laksa orang yang berkuda sertanya. Maka raja Darab pun berhenti di sana kadar sepuluh hari lamanya maka datanglah khabar bahawa raja Rom telah hampir. Maka raja Darab pun bersegera keluar kira-kira adalah tiga hari perjalanan maka bertemulah dengan sulu laskar Rom. Maka mendirikan khemahlah laskar A’jam berhenti kadar sembilan hari lamanya.

Raja Fialus dengan segala laskar tenteranya yang amat banyak sekeliannya berkuda berumbai-umbaikan mutiara dan permata gemerlapan emas indah-indah perbuatannya. Shahdan maka gempita azmat bunyi bunyiannya dan gemuruh suara segala laskarnya maka di lihat oleh laskar Darab terlalu banyak tentera Rom itu maka iapun berhimpun di tengah padang yang maha luas dengan segala alatnya. Setelah datanglah raja Fialus Rom di sana ada sebuah kota takluk kepada Darab maka berkirim surat raja Fialus Rom kepada Amir yang memegang itu demikian bunyinya “Hai Amir, segeralah engkau serahkan kota ini kepada aku supaya sentosa engkau dengan anak isterimu”. Maka Amir pun membalas surat raja Fialus Rom itu demikian bunyinya “Hai raja yang maha besar, fikirkan dahulu oleh shah alam jikalau kiranya sebagai hambamu ini hamba raja Rom. Maka datang pula raja yang lain minta kota yang hamba tanggung ini berkenanlah pada raja hamba memberikan dan menyerahkan kepada lain raja. Demikian lagi akan hambamu kerana tuan hamba memberi makan pakai sedekah sebagaimana minta itu hambamu berikan pada tangan raja”.

Setelah raja Fialus Rom mendengar bunyinya surat daripada Amir itu maka ajaiblah ia mendengar teguh setianya itu maka berhentilah raja Fialus Rom enam hari. Maka hari yang ketujuh itu di suruhnya palu gendang perang berangkatlah raja Fialus dengan segala laskarnya ke tengah medan maka berpandanganlah dengan tentera A’jam. Maka di lihatnya mereka itu masing-masing berkhemah maka datanglah raja Fialus menyuruh segala laskarnya mendirikan khemah. Maka adalah antara kedua itu sekira-kira dua persakho jauhnya maka antara selang lima hari maka kedua pihak laskar pun memalu gendang perang. Maka gempitalah bunyi sorak segala tentera dan gemerincing bunyi segala senjata bahananya lalu keluar daripada orang yang mendengar dia selaku langit akan runtuh bunyinya. Maka bercampur baurlah kedua pihak hulubalang siang cuaca menjadi kelam kabut dan berpelantinganlah kepala hulubalang terbangunlah seperti unggas di dalam sangkarannya dan darah pun seperti air sabak datang pada petang hari tiada lagi beralahan.

Setelah petanglah hari gendang kembali pun di palu oranglah masing-masing kembalilah pada tempatnya. Maka berkawallah pada malam itu hingga subuh maka berbunyilah gendang perang maka segala hulubalang pun naiklah ke atas kudanya tampillah berperang bumi pun gempitalah kerana bunyi kaki kuda segala mergastua di dalam hutan pun terkejutlah ia berlari-lari daripada mendengar bunyi tempik sorak segala hulubalang dan suara gajah kuda. Maka perang itu terlalu besar sehingga empat hari empat malam berperang itu maka pecahlah perang hulubalang Rom maka di usir oleh orang A’jam dari belakang di kira-kira enam hari perjalanan sebagai juga menetak dan menikam laskar Rom terlalu banyak kaum itu mati maka laskar A’jam pun terlalu banyak beroleh tawanan dan rampasan amat banyak harta di peroleh mereka itu maka kembalilah segala kaum A’jam keada tempatnya. Maka berhentilah hingga kadar sepuluh hari di sana maka berjalanlah mereka itu. Adapun laskar A’jam akan mendatangi negeri Rom.

Bermula telah pecahlah perang laskar Rom dan Kaisar Rom pun berjalanlah siang malam takut di dapat oleh laskar A’jam hingga masuk ia ke negerinya. Maka datanglah khabar bahawa akan raja Darab akan datang maka di himpunkan raja Kaisar Rom segala hakim dan segala hulubalang maka bermesyuaratlah ia akan ehwal peperangan dengan raja Darab itu. Maka segala hakim dan segala hulubalang sekelian persembahkan masing-masing bicaranya melainkan ada seorang hakim bernama Luka Hakim Juri yang tiada berkata. Maka titah raja Kaisar Rom “Hai Luka Hakim, mengapa mulanya maka tuan hamba tiada mahu mengeluarkan suatu bicara” maka sahut Luka Hakim itu “Adapun maka hamba tiada mahu berkata-kata melainkan pada tempat yang sunyi. Bahawa ada pada hambamu suatu bicara terlalu pula baik daripada bicara yang lain itu”.

Di suruh oleh raja jauhkan segala orang yang maka berkatalah Luka Hakim “Hai raja, bahawa dunia ini di jadikan Allaha Taa’laya akan setengah raja-raja itu berdiri daulatnya sampai pada kesudahannya. Maka akan setengah raja-raja itu berpalinglah daulatnya maka apabila telah berpalinglah daulatnya raja itu maka tiadalah lagi dapat upaya berbaiki dia. Adapun akan sekarang pada pandangan hamba daulat shah alam telah berpalinglah. Hanya sekarang daulat raja Darablah lakunya akan berdiri pula. Janganlah kita membinasakan diri kita baik berfikir patut-patut kerana daulat raja Darab pada ketika ini terlalu amat keras. Pada pandangan jikalau kita turut sembah hamba ini baiklah kita minta aman pada raja Darab”.

Maka di suruh raja panggil orang yang tahu menyurat maka di suruh raja surat demikian bunyinya “Bahawa inilah surat daripada Paduka ayahanda raja Kaisar Rom datang pada Paduka anakanda raja Darab. Adapun telah nyatalah adanya sekarang pada orang yang berakal bahawa kita di dalam dunia ini nescaya akan fana jua. Adapun akan maut itu tak dapat tiada akan sampai jua pada segala manusia dan tiada dapat di dalam dunia ini nyawa melainkan yang tinggal itu hanya nama yang baik. Jikalau ada baik perbuatan kita nescaya baik di sebut orang. Adapun antara kita yang telah lalu itu mahsyurlah adanya bahawa ayahandalah memulai pekerjaan yang kejahatan itu maka di kembalikan Allaha Taa’laya kejahatan itu pada hamba. Adapun pekerjaan yang telah lalu itu dua kali peperangan telah dhoiflah adanya maka tiadalah sekianya kita membinasakan tentera kita dan segala hamba Allaha. Jikalau anakanda raja Darab berkehendak akan harta nescaya hamba beri lamun di hentikan peperangan antara kita. Di dalam pada itupun jikalau di kabulkan kata hamba ini pada raja sekianyalah tetapi seharusnya di kabulkan oleh raja jikalau tiada di kabul pada raja nescaya memohonkan harap pada Allaha Taa’laya melawan raja”.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah surat itu maka di berikan pada tangan Luqo Hakim shahdan katanya “Bahawa tiada siapa yang patut kuserahkan lain daripadamu berapa kehendakmu kuserahkan padamu”. Maka sembah Luqo Hakim “Barang dua puluh ekor kud pun padalah” maka berjalanlah Luqo Hakim dari negeri Maqaduniah mengikut jalan pada raja Darab. Setelah terdengarlah khabar kepada raja Darab bahawa Luqo Hakim datang utusan maka di suruh oleh raja Darab alu-alukan dengan sempurnanya di permulianya. Setelah Luqo Hakim datang kepada raja Darab maka di berikannya surat itu oleh Luqo Hakim kepada raja Darab lalu di bacanya. Setelah sudah di baca oleh raja Darab maka titahnya pada segala hulubalang tenteranya “Bersiaplah kamu segera berjalan kembali ke negeri Babil”.

Maka raja Darab pun berangkatlah menuju jalan ke negeri Babil maka raja pun sampailah ke negeri lalu menyuruh menghiasi negeri dan medannya menunjukkan perintah kerajaannya pada Luqo Hakim. Maka di suruhnya panggil Luqo Hakim maka Luqo Hakim pun membawa hadiah daripada raja Kaisar Rom daripada bagai-bagai manikam dan permata yang mulia-mulia. Maka Luqo Hakim pun datang sembah katanya “Ya shah alam, bahawa kami sedia orang yang berdosa maka sekialah di putuskan bagi kami berufti pada setahun. Bermula shah alam raja kuasa mengasihi dan kuasa pada pekerjaan mengampun segala yang berdosa harusnyalah di putus oleh raja supaya persembahkan”. Maka titah raja Darab “Hai Luqo Hakim, esok harilah tuan hamba datang hamba mengatakan dia”.

Setelah esok harinya maka Luqo Hakim pun datang mengadap raja Darab maka di permulia oleh raja akan Luqo Hakim itu duduklah kepada kerusi keemasan maka raja Darab pun menyuruh menyalakan api dan di suruhnya angkat hidangan pelbagai makanan dan minuman. Telah sudah maka berdatang sembah Luqo Hakim “Ya shah alam, seharusnyalah di titahkan berapa yang di kehendaki oleh raja akan persembahan kami” maka tunduk raja Darab seketika maka titah raja Darab “Hendaklah di bawa kepada kami pada tiap-tiap tahun suatu Qonathora daripada perak dan seratus orang sahaya laki-laki dan seratus perempuan dan seratus baghal dengan pembawanya dan seratus benda yang mulia-mulia. Maka apabila adalah kamu bawa seperti demikian itu maka sentosalah negeri Rom itu”. Maka berdatang sembah Luqo Hakim “Adapun kata shah alam kata orang yang berkehendak akan perang maka tiada sekianya bagi raja-raja bertitah demikian itu” maka berkatalah pegawai raja Darab “Hingga putuslah kata dengan memberi seperti titah”.

Kata Shohaba Al Hikayat banyaklah hadiah raja Darab akan raja Kaisar Rom maka Luqo Hakim pun bermohonlah kepada raja Darab pun memberi kurnia dengan sepertinya akan Luqo Hakim. Maka titah raja Darab “Hai Sheikh, ada hamba dengar bahawa ayah hamba raja Kaisar Rom seorang anak perempuan terlalu baik parasnya tiada ada taranya pada masa ini. Maka sekianya tuan hamba bicarakan hamba kerana tuan hamba orang tuha”. Sembah Luqo Hakim “Ya shah alam, adapun akan raja Kaisar Rom itu sungguh berputera perempuan seorang tetapi hamba tiada periksa akan rupanya” maka titah raja Darab “Hai Sheikh, apabila sampailah tuan hamba ke negeri Rom hendaklah tuan hamba pandang rupa tuan puteri itu serta tuan hamba tuliskan petanya kirimkan mari dengan segeranya”.

Maka kembalilah Luqo Hakim ke negeri Rom membawa hadiah daripada raja Darab hingga sampailah Luqo Hakim ke negeri bernama Dara maka di permulia oleh panglima Mawaza Baata yang memegang negeri itu maka berhentilah ia di sana tujuh hari. Maka pada hari yang ke delapannya berjalanlah Luqo Hakim menurut jalan ke benua Rom maka sampailah ia kepada raja Kaisar Rom. Maka di persembahkan surat itu dengan segala hadiah permata benda yang mulia-mulia dan segala permainan maka raja Kaisar Rom pun memberi persalin akan Luqo Hakim dengan sepertinya. Maka sembah Luqo Hakim “Ya tuanku shah alam, titah itu telah hamba sampaikanlah kepada raja Darab maka ada suatu kata lagi daripada raja Darab. Hendaklah shah alam berangkat pada tempat yang sunyi supaya di perhamba sembahkan”. Maka raja Kaisar Rom pun membawa Luqo Hakim kepada mahligainya maka sembahnya “Ya tuanku shah alam, bahawa raja Darab terlalu berahi akan paduka anakanda tuan puteri Shofayaha Raqoyaha (Sofiah Raqiah) di suruhnya hambamu perbuat peta paduka anakanda itu kirimkan kepadanya. Baik tuanku suruh tuan puteri memakai sederhana tubuhnya dan suruh panggil orang yang tuha menulis peta rupa paduka anakanda itu”.

Setelah raja Rom mendengar kata Luqo Hakim demikian itu terlalu sukacita hati raja Kaisar Rom lalu ia pergi kepada anaknya puteri Sofiah Raqiah. Maka titah raja Kaisar Rom “Hai anakku, cahaya mataku, telah lamalah sudah akan masygul kerana hendak memberikan tuan bersuami daripada raja. Akan sekarang terbukalah pintu bahagiamu bahawa raja A’jam yang bernama raja Darab berkehendak akan tuan”. Maka raja menyuruh menghiasi tuan puteri dengan sederhana tubuhnya pakaian yang keemasan maka di suruh raja panggil orang yang tahu menulis maka di bawanya masuk ke dalam mahligai bersama-sama Luqo Hakim. Maka puteri Sofiah Raqiah berjalan tujuh kali berulang-ulang di hadapan penulis itu maka rupanya terlalu baik. Maka puteri Sofiah Raqiah di suruh oleh paduka ayahanda baginda masuk maka oleh penulis itu di tuliskannyalah seperti rupa puteri itu tiadalah bersalahan lagi rupanya seolah-olah rupa orang yang hidup akan berkata-kata lakunya.

Kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah di petakannya rupa puteri Sofiah Raqiah itu maka di persembahkannya pada raja akan dia seribu dinar lalu di berikan raja peta itu kepada Luqo Hakim. Maka Luqo Hakim di berikannya padda seorang sahaya raja Darab maka iapun segeralah berjalan kembali hingga sampailah ke negeri Babil. Maka di persembahkannya surat dan peta itu kepada raja Darab maka segera di sambut oleh raja Darab surat dan peta itu lalu di bacanya dan peta itupun di bukanya. Setelah di lihat oleh raja Darab rupa peta itu maka raja Darab pun terlalu sangat berahi. Hataya maka raja Darab pun segera berkirim surat memanggil Luqo Hakim. Setelah sampailah surat itu maka Luqo Hakim pun bermohonlah pada raja Kaisar Rom lalu berjalan ke negeri Babil.

Setelah hampirlah ke negeri Babil maka raja Darab pun menyuruh mengalu-alukan Luqo Hakim dan di permulianya oleh menteri hulubalang dan orang besar-besar itu hingga datanglah kepada raja Darab. Maka raja Darab pun memberi kurnia akan Luqo Hakim serta di permulianya maka titah raja Darab “Hai tuan hamba Luqo Hakim, adapun tuan hambalah akan wakil hamba pada pekerjaan hamba kahwin dengan puteri Sofiah Raqiah itu dengan segeranya oleh tuan hamba bawa kemari. Adapun akan isi kahwin tuan puteri itu aku beri tiga buah negeri pertama ufti negeri Babil, kedua ufti negeri Madian, ketiga ufti negeri Ashothokhora pada tiap-tiap tahun. Kamulah menerima ufti tiga buah negeri itu” dan akan hadiah pada puteri Sofiah Raqiah itu di suruhnya hantar suatu Qonathora emas dan suatu Qonathora perak dan mutiara dan manikam terlalu banyak. Maka di bawa oleh Luqo Hakim surat raja Darab dengan segala orang besar-besar sertanya dan pendita dan segala pegawai.Maka raja Darab berkirim surat kepada Maharana Dibalami dan apabila datang Luqo Hakim ke negeri Dara hendaklah tuan hamba beri hormat dan permulia akan dia dengan sepertinya.

Maka berjalanlah mereka itu hingga sampailah ke negeri Rom maka raja Kaisar Rom pun menghiasi negerinya dan medan dan istananya dengan menghadirkan dengan perjamuan akan segala hulubalang raja Darab. Setelah tujuh hari mereka itu berhenti dan pada hari yang ke delapannya itu maka Luqo Hakim pun datang menyembah “Ya tuanku shah alam, akan segala orang yang di titahkan oleh paduka anakanda itu menjawat negeri. Baiklah tuanku segera menyuruh berlengkap akan menghantarkan paduka anakanda tuan puteri itu kerana sudahlah di wakilkan oleh paduka anakanda raja Darab pada yang di perhamba mengahwinkan dengan paduka anakanda puteri Sofiah Raqiah dengan isi kahwinya ufti tiga buah negeri, pertama ufti negeri Babil, kedua ufti negeri Madian, ketiga ufti negeri Ashothokhora dan suatu Qonathora daripada emas dan suatu Qonathora daripada perak dan dua puluh rathola daripada mutiara dan manikam dan permata dan serta pula kain-kain yang keemasan”. Maka titah raja Kaisar Rom “Kukahwinkanlah anakku puteri Sofiah Raqiah dengan raja Darab”.

Kata Shohaba Al Hikayat maka raja Rom pun menyuruh membawa anaknya puteri Sofiah Raqiah itu ke negeri Babil dengan segala kelengkapan pakaiannya pelbagai kira-kira enam ratus unta di berikan pada tuan puteri itu dan dua ratus sahaya perempuan dan dua ratus sahaya laki-laki dan sepuluh orang yan pandai menghiasi. Maka di pesan oleh raja Kaisar Rom akan anaknya “Hai anakku, buah hatiku, pekerjaanmu jangan tiada beri tahu akan dia. Hai anakku, jikalau engkau turut seperti kataku ini berbahagialah engkau”. Maka berjalanlah mereka itu membawa puteri Sofiah Raqiah hingga datanglah ke negeri yang bernama Dara itu maka di dapat mereka itu makanan-makanan pelbagai nikmat di hadirkan Maharana Dibalami maka empat hari mereka itu berhenti di sana.

Pada hari yang ke limanya berjalanlah mereka itu masuk ke negeri Babil maka di persembahkan oranglah kepada raja Darab bahawa akan puteri dari benua Rom telah datanglah. Maka raja Darab pun memakai perhiasan kerajaan maka ia mengalu-alukan puteri Sofiah Raqiah. Setelah bertemulah dengan tuan puteri maka tuan puteri pun melihatlah rupa raja Darab itu terlalu baik rupanya hingga sampailah ia pada mahligai raja Darab itu di dapatinya orang bersuka-sukaan dan bermain pelbagai permainan dengan segala bunyi-bunyian. Maka haripun malamlah maka raja Darab pun dtanglah kepada tuan puteri Sofiah Raqiah maka di pandangnya rupanya terlalu baik maka sukalah hatinya duduklah ia bersuka-sukaan pada malam itu. Maka tercium bau mulut tuan puteri itu terlalu keji maka kuranglah kasihnya akan dia lalu di suruh panggil Luqo Hakim maka raja Darab pun bertanya padanya “Hai Luqo Hakim, bahawa puteri Sofiah Raqiah ini rupanya dan parasnya nikmat yang amat sempurna bertentang baik bagiku hanya bau mulutnya jua jahat”. Maka sembah Luqo Hakim “Ya shah alam, bahawa pekerjaan yang demikian itu penyakit jua dan tiada hambamu dapat mengubat dia melainkan tabib jua”.

Maka ketika jua di suruh raja memanggil tabib delapan orang maka titah raja Darab kepada tabib itu “Hai segala kamu sekelian tabib, apa akan ubat mulut yang busuk baunya” maka sembah mereka itu “Ya shah alam, akan sebab bau jahat itu dua bagi dari dalam perut, kedua daripada mulut sahaja. Adapun jikalau daripada perut lambat hilng dan jikalau hingga jua dengan segeranya hilang”. Maka titah raja Darab “Betapa kita ketahui akan penyakit itu daripada mulut atau daripada perut” maka sembah tabib “Tuanku suruhkan orang sakit itu mengulum kertas serta di persuginya pada giginya maka di suruh bawa kertas itu pada di perhamba nescaya di ketahuilah pada kertas itu baunya”.

Maka titah raja Darab “Hai Luqo Hakim, pergilah tuan hamba kepada inangda. Katakan seperti kata ini dan kertas itu beri kemari” maka pergilah Luqo Hakim pada inangda maka di suruhnya mengerjakan dia maka tiada mahu tuan puetri mengerjakan dia kerana malu ia akan jahat bau mulutnya itu. Maka di masukkannyalah oleh inangda kata yang baik-baik pada tuan puteri itu maka kabullah ia lalu di ambil inangda di masukkannya kertas itu ke dalam cembul di berikan kepada Luqo Hakim lalu di bawanya kepada raja. Maka raja berikan kepada tabib itu maka di cium oleh tabib terlalu busuk terlebih daripada tahi nanah dan bangkai maka menawar. Setelah tabib itu mengatakan “Bahawa akan penyakit itu daripada mulut jua datangnya segera sembuh di ubat” maka di persembahkan oleh Luqo Hakim seperti kata tabib itu kepada raja maka sukacitalah raja lalu bertitah pada segala tabib mengubatkan penyakit itu.

Maka sembah tabib akan ubatnya itu suatu daun kayu bernama Sakanadarayaha (Sekandariah) itulah akan ubatnya serta sembah segala tabib “Ya tuanku shah alam, bahawa daun itu tiada hampir pada tempat di sini” maka pergilah tabib itu mengambil dia maka di bawanya pada raja Darab. Maka terlalu sukacita hati raja Darab maka titah raja “Betapa di perbuatnya” maka sembah segala tabib itu “Seorang yang berpenyakit itu berkumur-kumur dahulu maka di kulumnya ubat ini dan di persuginya barang tiga hari maka di pantangnya jangan makan daging-daging selama makan ubat itu”. Maka lalu di berikan raja Darab ubat itu kepada Luqo Hakim maka di suruhnya bawa kepada inangda suruh kerjakan pada tuan puteri seperti yang di katakan oleh tabib itu.

Setelah genap tiga hari maka hilanglah baunya mulut tuan puteri itu dan pada hari yang keempat itu maka titah raja Darab pada inangda “Adakah lagi bau mulut tuan puteri. Beri ia kulum kertas itu” maka tiadalah lagi bau yang jahat di cium oleh inangda telah hilanglah sudah penyakit itu. maka sukacitalah hati raja mendengar dia kemudian daripada itu maka datang raja Darab kepada tuan puteri Sofiah Raqiah itu maka hatinya tiada lagi kasih akan puteri itu seperti dahulu. Maka berapa hendak di sukakannya tiada jua mahu baik hatinya dan selang berapa hari lamanya bencilah hatinya akan tuan puteri itu di tinggalkannyalah lalu ia bertitah “Hai Luqo Hakim, terlalu ajaib sekali hamba akan hatiku ini dahulu terlalu kasih hamba akan puteri itu daripada sebab kasihkan dia maka aku pinta kepada ayahnya sampailah ia kemari akan daku. Maka kupandang rupanya terlalu baik parasnya bertambah-tambah berai hatiku akan dia maka kucium bau mulutnya jahat maka kusuruh ubat maka penyakit itupun hilanglah sudah.

Maka akan sekarang jangankan aku memandang mukanya melintas kepadanya pun benci aku. Terlalu sekali malu aku akan ayahnya olehnya dapat dengan ikhlas ia memberikan anaknya kepada aku maka sekarang ini sialah hamba tiada berkawanlah seumpama ayahanda itu menanam padi pada tanah yang jahat dan adalah ia berbuat baik bukan pada tempatnya. Demikianlah lakunya bukannya tiada tuan hamba lihat hai Luqo Hakim sempurna jua hamba permuliakan dia hanya hatiku juga tiada terhayati olehku maka bicarakan olehmu akan pekerjaan ini”. Maka kata Luqo Hakim “Jikalau tiada terhayati oleh raja baiklah berkirim surat pada ayahanda demikian bunyinya di dalam surat itu. Adapun ayahanda menghantarkan kepada hamba sungguhnyalah sempurna kasih ayahanda akan anakanda maka tiadalah terbalas oleh hamba kasih ayahanda itu. Adapun akan anakanda puteri Sofiah Raqiah itu telah hamba kembalikan pada ayahanda kerana sebab tahulah anakanda akan bercintakan ayahanda dan yang di kerana anakanda hanya seorang jua”.

Maka kata Luqo Hakim “Seperti harta-harta tuan puteri itupun sekialah raja kembalikan dan seharusnya di ganti oleh raja tatkala pulangnya itu dengan harta yang lain inilah bicara hamba”. Maka apabila di dengar bunyi di dalam surat yang hendak di kirimkan itu maka kata raja Darab “Benarlah seperti bicaramu ini” maka raja pun menyuruh bendahari mengeluarkan harta di dalam perbendaharaannya terlalu banyak ganda berganda daripada harta tuan puteri. Maka di suruhnya perbuat surat yang di katakan Luqo Hakim maka Luqo Hakim berdatang sembah “Ya shah alam, berilah izin akan di perhamba pergi hampir kelambu tuan puteri itu supaya hamba mengatakan bahawa datang surat daripada paduka ayahanda pada paduka kekanda itu menyuruh ambil tuan puteri”.

Maka titah raja Darab “Pergilah tuan hamba” maka Luqo Hakim pun datang mengadap tuan puteri itu serta sembahnya “Ya tuanku, adapun paduka ayahanda berkirim surat pada raja demikian bunyinya. Adapun dahulu pada hati hamba dapat hamba bercerai dengan cahaya mata hamba puteri Sofiah Raqiah itu maka hamba kabulkanlah kehendak raja Darab. Maka akan sekarang selama hamba bercerai dengan anak hamba itu maka tiadalah lagi ada baik hati hamba makan pun tiadalah citarasanya nafsu hamba kerana hamba minta kasih daripada anak hamba raja Darab menyuruh hantarkan kiranya cahaya mata hamba itu kepada hamba kerana terlalu sekali dendam hamba akan dia”.

Setelah raja Darab mendengar kata Luqo Hakim itu maka titah raja Darab “Adapun akan raja Rom itu raja tuha umpama ayahlah pada aku tiada aku mahu melalui katanya maka aku kembalikanlah puteri itu kepadanya” maka kata Luqo Hakim “Ana Shaa Allaha Taa’laya, tiga hari lagi di perhamba berjalanlah” maka tuan puteri pun terlalu suka. Maka Luqo Hakim keluarlah lalu di khabarkannya pada raja peri katanya kepada puteri itu maka tersenyumlah raja mendengar bijaksana Luqo Hakim membaiki pekerjaannya itu. Maka pada keempat harinya di bawanyalah puteri itu berjalan menuju ke negeri Rom dan di suruhnya mana-mana yang pergi menghela dahulu itu menghantarkan tuan puteri bersama-sama dengan Luqo Hakim.

Setelah dua hari perjalanan meninggalkan raja Darab maka bermohonlah Luqo Hakim berjalan dahulu membawa harta itu kepada raja Kaisar Rom maka di hikayatkannyalah segala kisah itu pada raja Kaisar Rom. Maka dukacitalah hati raja Rom beroleh kemaluan maka sembah Luqo Hakim “Ya shah alam, di lepaskan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada kafir menyembah api itu. Bahawa akan kehendak Allaha Taa’laya tiada siapa dapat melakukan dan melalui dia. Segala barang yang di datangkan Allaha Taa’laya atas hambanya maka janganlah masygul hati tuanku kerana kasad raja mengahwinkan paduka anakanda dengan raja Darab itu sekadar hendak melepaskan daripadda haru hara jua daripada negeri. Maka akan sekarang hasillah seperti kehendak raja itu akan harta yang di berikan jadi ganda berganda kembali pada raja maka barang suatu pun tiada apa kekurangan kepada raja.

Adapun maka hambamu segera datang dahulu kepada shah alam supaya jangan hambamu kedapatan dusta kepada paduka anakanda tuan puteri itu kerana hambamu membaiki hati paduka anakanda maka hambamu katakan bahawa shah alam berkirim surat kepada raja Darab minta tuan puteri kerana dendam tuanku akan paduka anakanda. Bermula raja pun seharusnyalah tuanku mahsyurkan seperti kata hamba ini supaya jangan qohat ada isi Rom”. Maka raja Kaisar Rom pun semayam di adap segala pegawai lalu ia bertitah “Hai segala kamu sekelian, bersegeralah pergi mendapatkan anakku puteri Sofiah Raqiah kerana aku sangat dendam akan dia. Sudahlah kupinta anakku kepada raja Darab sebab tiada dapat aku bercerai dengan dia maka telah di perkenankannya kehendakku di hantarkannya pada aku”.

Kata Shohaba Al Hikayat maka raja Kaisar Rom pun pergilah mendapatkan anaknya kira-kira sepenggal hari perjalanan. Setelah sampai kepada tuan puteri maka masuklah ia kepada anaknya lalu dia singkapnya kelambu khemah tuan puteri lalu di ciumnya bau mulut anaknya itu tiada busuk lagi. Maka iapun mengucap syukur akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya maka kata raja Kaisar Rom “Hai anakku, betapa hikayatnya sampai kepada raja Darab itu” maka sahut puteri “Adalah hamba dengan sempurnanya di permulianya serta di alu-alukannya hambamu ke jalan tiada taksir daripadanya bermuliakan hamba hanya bukan untung hamba bersama dengan dia maka di kabulkannya kata minta hamba tetapi terlebih kesukaan hamba sebab sembuh penyakit itu lagipun raja salah agamanya menyembah api. Telah di lepaskan Allaha Taa’laya hamba daripadanya”.

Maka titah raja Kaisar Rom “Hai anakku, baiklah kita bersama-sama bukannya kita ada keluarga di dalam negeri Rom ini maka sebab kuberikan anakku supaya sentosa negeri kita”. Maka di perjamu oleh raja Rom akan segala menteri raja Darab yang menghantarkan tuan puteri itu di persukakan hatinya dan di persalinnya. Maka titah raja Kaisar Rom kepada segala mereka itu “Hai menteri, akan anakku yang di suruh raja hantarkan kepada kami itu telah sampailah kepada hamba dengan sempurnanya maka baliklah tuan-tuan sekelian. Jangan tinggal pekerjaan kamu” maka segala mereka itu sekelian pun mengucupi bumi bermohonlah kembali kepada raja Darab serta menyuruhkan orang menghantar hingga lepas negeri Rom. 

Kelakian maka raja Kaisar Rom pun kembalilah ke negerinya semayam di dalam mahligainya penuh dengan perbendaharaannya emas yang di beri raja Darab itu. Maka iapun datang kepada anaknya maka titah raja Kaisar Rom “Hai anakku, jangan engkau masygulkan kerja yang telah lalu itu. Ana Shaa Allaha Taa’laya ku masukkan juga engkau pada tempat yang kesukaan hatimu” maka sembah puteri Sofiah Raqiah “Yang terlebih kesukaan itu di lepas Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada tangan kafir dan sebagai lagi dapat memandang muka ayahanda bonda dan sebagai lagi sembuh penyakit hamba ini selama-lamanya. Itulah kesukaan hambamu”.

Kata Shohaba Al Hikayat ada bagi Maharana Dibalami itu seorang anak perempuan namanya Sawa Dakayana terlalu baik rupanya maka apabila sudah raja Darab menghantarkan puteri Rom itu duduk masygullah hendak mencari perempuan akan isterinya. Maka pada suatu hari datang Maharana Dibalami mengadap raja serta berdatang sembah kepada raja Darab sembahnya “Ya tuanku shah alam, ada suatu kata hendak hamba persembahkan” maka titah raja Darab “Baiklah katakanlah olehmu”. Sembahnya “Adapun sekarang hamba shah alam lihat shah alam selama sudah mengembalikan anak raja Rom itu sangat shah alam masygul. Adapun akan di perhamba ada seorang anak perempuan pada mata diri hamba baik juga rupanya maka hendak di perhamba masukkan ia ke dalam istana raja. Barang di lihat oleh raja rupanya dan lakunya jikalau berkenan kepada raja ambillah oleh raja. Jika tiada berkenan kembalikan oleh raja pada di perhamba kerana adat atas kami hamba barang laku tuannya itu tiada mengapa”.

Setelah raja mendengar sembah Maharana Dibalami maka sahutnya “Baiklah masukkan oleh bapa hamba” maka Maharana Dibalami pun kembalilah ke rumahnya. Maka kata Maharana Dibalami pada anaknya “Sudikan hai anakku bahawa engkau pada malam ini hendakku bawa mengadap raja tetapi pada hatiku bahawa engkau di ambilnya akan isterinya”. Maka tatkala malamlah hari maka di suruhnya anaknya memakai seperti pakaian laki-laki maka di kenakannya kopiah Rom yang keemasan maka di bawanyalah oleh Maharana Dibalami anaknya mengadap raja masuk ke dalam istana. Maka titah raja “Adakah di bawa oleh bapa hamba seperti yang hamba kehendaki itu” maka di tunjukkannyalah anaknya Sawa Dakayana itu maka tersenyum oleh raja melihat pakaian itu maka titah raja “Laki-lakikah atau perempuankah ini”.

Maka sembah Maharana Dibalami “Inilah yang hamba shah alam persembahkan itu maka hamba beri memakai itu bahawa hamba shah alam menyembunyikan kecelaan hamba shah alam. Jikalau berkenan kepada shah alam shaja di perhamba rajakan dia. Jikalau tiada berkenan kembalikan ke rumah di perhamba maka seorang pun tiada hamba beri tahu kerana melihat ehwal anaknya raja Rom itu dengan sebaik-baik rupanya dengan hartanya kemuliaan lagi tiada berkenan kepada raja”. Maka titah raja Darab “Adapun akan anakanda ini kabullah kerana jikalau kurang sekalipun rupa tiada akan hamba tolakkan kehendak tuan hamba ini” maka di panggil raja pendita dan berapa orang daripada menteri yang besar-besar. Maka di kahwinlah anak Maharana Dibalami akan isi kahwinnya sebuah negeri bernama Dara maka terlalu kasih raja akan dia hingga hamillah dengan raja Darab.

Kata Shohaba Al Hikayat bermula akan anak raja Rom puteri Sofiah Raqiah pun ada selang dua bulan pada ayahnya itu maka ketahuilah bahawa ia hamil maka di ceritakannyalah pada inangda. Maka di persembahkan inangda pada baginda maka sukacitalah hati raja Rom seraya bertitah “Berbahagialah engkau hai anakku bahawa ayahanda pun tiada beranak laki-laki akan gantiku kerajaan ini. Sekarang di anugerahkan Allaha Taa’laya anakmu laki-laki maka katakan pada segala isi negeri ini bahawa inilah anakku daripada isteriku yang lain supaya jadi waris pekerjaan Rom ini”. Maka dengan takdir Allaha Taa’laya setelah sampailah bulannya maka jadilah seorang anaknya laki-laki terlalu baik parasnya seperti bulan purnama mukanya maka sukacitalah raja Kaisar Rom melihat cucunya itu maka di namai dengan nama daun kayu ubat bondanya itu Iskandar. Maka raja Rom pun menyuruh memalu gendang kesukaan pelbagai bunyinya bunyian dan menyuruh menghiasi mahligai maka di mahsyurkannyalah bahawa anaknya jadi laki-laki makan minum bersuka-sukaan dengan segala orang besar-besar dan rakyat hina dina sekelian.

Kelakian bahawa raja Darab pun beranak seorang laki-laki maka di namainya raja Darab anaknya itu raja Dara tiada tahu akan puteri Rom hamil dengan dia itu. Maka adalah terdahulu jadi raja Iskandar empat bulan selangnya maka jadi raja Dara. Hataya maka raja Iskandar pun besarlah hingga genaplah umurnya sepuluh tahun maka hendak di serahkan baginda mengaji. Maka di dengar baginda Arasatatholasa terlalu hakim ada budak dalam negeri sebermula berguru padanya maka di suruh raja panggil akan dia. Setelah datanglah ia maka di serahkannyalah raja Iskandar kepadanya di suruh mengaji.

Shahdan maka kata raja Rom “Hai hakim, jika tiada hamba tahu akan kasih hakim kepada hamba nescaya tiada akan mahu hamba berlelahkan hakim daripada suatu negeri berjalan kemari. Seharusnya jua hamba hantarkan anak hamba yang setimbang buat nyawa hamba itu kepada hakim”. Maka di berinya suatu penjuru mahligainya akan tempat raja Iskandar mengaji itu maka sembah Arasatatholasa “Ya tuanku shah alam, tatkala sampailah hambamu ke bawah duli shah alam maka pada hati hambamu pun tiada lain akan pekerjaan hambamu melainkan kerana mengajar paduka anakanda jua. Maka di perhamba pilih daripada murid di perhamba empat orang sebaya umurnya dengan paduka anakanda kehendak hambamu supaya bersama-sama dengan paduka anakanda mengaji supaya bermalu-maluan ia mengaji jadi segera ia tahu. Jikalau kabul shah alam supaya hambamu tahan kanak-kanak itu di sini. Jikalau tiada di kabulkan boleh di perhamba suruh hantarkan kembali kepad ayahnya”.

Maka fikir raja serta di cubanya “Barang kehendak hakim itu tiada hamba lalui” maka di tahan Arasatatholasa budak-budak empat orang itu di bawanya ke hadapan raja menganugerahi persalin akan hakim dengan kanak-kanak empat orang itu serta di kurniai belanja akan Arasatatholasa dan kanak-kanak itu maka titah raja pada penghulu dalam “Kamu cari makanan dan pakaian akan hakim dengan muridnya itu seperti di beri makanan akan anakku”. Hataya maka tiadalah berapa lamanya raja Iskandar mengaji itu maka iapun kabullah maka raja Kaisar pun terlalu amat sukacita melihat cucunya segera tahu mengaji itu maka terlalu banyak kurnia raja akan hakim itu. bermula akan raja Darab tiada ia tahu akan anaknya raja Iskandar hanya anaknya raja Dara jua yang di ketahuinya dan kasihnya. Maka di serahkan segala negeri Khorasan hingga ke negeri Dhoqoara maka tiap-tiap tahun raja-raja itu menghantar ufti dan persembahan pada raja Darab maka tiada seorang juapun tahu mengatakan raja iskandar itu anak raja Darab.

Hataya berapa lamanya maka raja Darab pun sakit bahawa akan mati maka di suruhnya panggil segala pegawai. Telah berwasiat demikian bunyinya “Hai segala kamu taulanku, bahawa aku ini hampirlah kembali ke akhirat bahawa anakku raja Dara itulah gantiku kerajaan negeri ini”. Setelah di dengar oleh segala mereka itu maka sekelian mereka itupun menangis sebab belas mendengar kata raja Darab itu. Maka titah raja “Hai taulanku, dengarlah wasiatku bahawa akan pekerjaan yang olok-olok itu nescaya menyesal kesudahannya dan akan menghalusi segala orang yang berdosa itu atas yang kuasa. Jika tiada kuasa maka jadi kecelaan jua adanya dan kamu pelihara daripada darurat kehendak hawa nafsu kerana orang yang menurutkan dia itu membinasakan budi bicara jua adanya. Maka ketahui olehmu bahawa akan kemuliaan dunia ini bukannya kekal berganti-ganti jua adanya maka barang yang ada beruntung kamu di peroleh jua dan bahawa meneguhkan kasih itu daripada orang yang setiawan”.

Maka berhadaplah ia pada muka anaknya raja Dara dan ujarnya “Hai anakku, jangan engkau peringan-ringan akan pekerjaan peperangan jikalau menyuruh sekalipun maka ketahuilah akan segala perbuatan itu nescaya akan berbalas jua adanya. Maka di pelihara olehmu akan segala penjara dan pekerjaan itu bahawa akan bahaya datang terkejut maka sekianya engkau dari dahulu pelihara ia daripadanya dan perteguhkan olehmu barang kata yang di katakan itu serta bicarakan dengan akalmu dahulu. Maka bahawa raja itu apabila tiada teguh katanya maka bahawasanya menghasilkan bahaya jua adanya dan menyerahkan hartamu pada segala rakyat serta peliharakan daripada kikir ialah penyakit yang maha besar. Maka akan murah itu ubat yang maha sempurna akan menyembuhkan penyakit dan bermula akan segala orang yang berbicara itu daripada pekerti orang yang mulia jua adanya”.

Hataya maka selang antara dua puluh hari maka raja Darab pun matilah maka segala rakyat berhenti empat puluh hari lamanya kemudian dari itu raja Dara lah kerajaan ganti ayahnya. Maka ibunya melimpahkan hartanya menganuerhi akan segala hulubalang dan rakyat dan ia berkirim surat akan segala raja-raja menyuruh datang mengadap dia.

Al kisah maka tersebutlah hikayat tatkala raja Iskandar mendatangi raja Dara itu. Kata Shohaba Al Hikayat maka kemudian daripada mati raja Darab selang dua bulan maka sakitlah raja Kaisar Rom maka di himpunkannyalah segala pegawai kerajaan daripada menteri hulubalang dan rakyat sekelian. Maka sabda raja Kaisar Rom “Akan Iskandar kerajan akan gantiku dan tabalkan oleh kamu” maka di berinya mahkota kerajaan neneknya raja Kaisar Rom itu akan raja Iskandar. Selang tujuh hari lamanya maka raja Kaisar Rom pun kembalilah ke rahmat Allaha Taa’laya Qoalawaa Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana maka oleh raja iskandar pun di perintahkanlah seperti adat kematian raja yang besar-besar. Antara tujuh hari lamanya maka raja Iskandar pun menyuruh menghimpunkan bala tenteranya maka ia memberi kurnia akan segala mereka itu masing-masing dengan kadarnya sert bertanyakan ehwal negeri. Maka segala rakyat sukacitalah melihat barang yang pekerjaan raja Iskandar itu.

Hataya berapa lamanya kerajaan maka datanglah pada ketika adat menghantarkan ufti negeri Babil itu pada masa hayat raja Darab. Maka tiada mahu raja Iskandar menghantarkan ufti itu. Bermula maka sabda raja Dara “Adapun ufti dari benua Rom tiada datang pada tahun ini. Apa sebabnya” maka sembah segala pegawai “Ya tuanku, baik kita berkirim surat pada raja iskandar kita dengar apa jawabnya”. Maka raja Dara pun menyuruh orang berbuat surat di dalam surat itu menyuruh raja Iskandar menghantarkan ufti negeri Rom. Hataya maka di balas oleh raja Iskandar surat itu demikian bunyinya “Hai raja Dara, ketahui olehmu adapun ayam bertelurkan emas itu tiadalah lagi ia mahu bertelur emas dan laut yang tempat mutiara itupun tekah keringlah. Bahawa akan sekarang jadi ganti telur emas dan mutiara itu peluru dan pendahan dan pedang yang berkilat-kilat tatkala kena sinar matahari. Itulah yang ada pada hamba hadirkanlah oleh raja akan mengambil dia. Sekarang inilah surat daripada raja Iskandar kepada raja Dara”.

Demi di dengar oleh raja Dara bunyi di dalam surat itu maka iapun amarah serta “Dengar oleh kamu sekelian alpakan janjian mulut raja Iskandar itu. Pada aku bukanlah bapanya raja Kaisar itu, hamba kepada bapaku” maka di suruhnya segala rakyat bersegera akan mendatangi raja Iskandar. Hataya maka raja Dara pun berkirim surat kepada segala raja-raja menyuruh berlengkap akan menyerang raja Iskandar serta katanya “Demi api yang gilang gemilang cahayanya, nescaya kutunjukkan juga kepada raja Iskandar akan balasnya kata itu sebagainya berkata kepada aku seperti bunyinya di dalam surat yang di balasnya itu. Tiadakah ia tahu akan daku anak raja Darab”. Setelah sudah berkirim surat itu maka raja Dara menyuruh membuka perbendaharaan maka menganugerahi persalin pada segala orang besar-besar dan hulubalang daripada harta dan senjata kira-kira dua puluh hari lamanya. Maka segala tentera pun berhimpunlah daripada pihak segala negeri maka raja Dara pun berjalanlah menuju ke benua Rom.

Sebermula akan raja Iskandar pun tatkala ia sudah membalas surat raja Dara itu maka iapun berhadir menghimpunkan segala laskarnya menghalaukan raja Dara. Telah di ketahuinyalah raja Dara itu tak dapat tiada akan datang maka raja Iskandar pun keluarlah dari benua Rom mengikut jalan ke negeri Babil. Maka raja Iskandar pun hampirlah ke negeri yang bernama Dara dan pada tatkala itu Maharana Dibalami pun sudah mati orang lain menjawat negeri itu namanya Sabura. Maka Sabura telah mendengar warta raja Iskandar hampirlah akan datang maka tentera raja Dara pun sampailah. Maka di suruh oleh raja Iskandar segala hulubalang berhenti daripada lelah hingga sepuluh hari lamanya. Maka berjalanlah raja Iskandar perjalanan sehari di jadikannnya tiga hari supaya jangan lelah segala rakyatnya hingga bertemulah kedua pihak tenteranya itu lalu berperanglah ia. Dengan takdir Allaha Taa’laya sekira-kira dua saat lamanya maka pecahlah tentera raja Dara maka di perikut oleh laskar Rom dari belakang membunuh laskar Babil itu maka segala tentera Rom pun menawan dan merampas.

Hataya maka raja Dara pun larilah ke negeri Madian maka raja Iskandar pun menyuruh membawa surat ke dalam kota Dara kepada Sabura demikian bunyinya “Hai Sabura, segeralah engkau serahkan negeri ini kepada aku supaya sentosa engkau dengan segala anak isterimu. Jikalau tiada menyerahkan dia pada aku nescaya tiadalah kutinggalkan barang seorang juapun mana yang memegang senjata”. Setelah datanglah surat itu kepada Sabura maka iapun menghimpunkan segala orang besar-besar di dalam negeri itu mesyuarat akan ehwal surat raja Iskandar itu maka muafakatlah mereka itu mengatakan “Baiklah kita serahkan negeri ini kerana daulat raja Iskandar telah berdirilah pada zaman ini lakunya akan raja Dara itu telah turun. Adapun akan sekarang tiga puluh laksa laskar raja Dara dengan empat belas laksa laskar raja Iskandar yang memecahkan laskar raja Dara tiga puluh laksa itu alamat turunlah daulatnya itu”. Maka di serahkannyalah oleh mereka itu negeri Dara akan raja Iskandar maka raja Iskandar pun memberi persalin akan mereka itu. Setelah sudah maka di titahkan oleh raja Iskandar kembali mereka itu ke negerinya maka berhentilah raja Iskandar di dalam negeri itu sebulan lamanya kemudian daripada itu maka berjalanlah mengikut jalan ke benua A’raq.

Bermula raja Dara pun sampailah ke negeri Madian maka ia mengeluarkan perbendaharaan menganugerahi segala hulubalang serta berbicara akan mendatangi raja Iskandar. Maka datanglah warta bahawa mengatakan negeri Dara telah di serahkan oleh Sabura kepada raja Iskandar maka raja Dara pun terlalu masygul maka ujarnya “Bahawa harap hatiku akan pergi mendatangi raja Iskandar di sana. Siapa tahu pecah perang kita berlindung rakyat masuk ke dalam kota itu kerana kota itu teguh”. Hataya maka raja Iskandar pun datanglah ke negeri A’raq maka sekelian hulubalang di dalam negeri itu menyuruh raja Iskandar masuk dengan segala hulubalangnya ke dalam kota. Maka panglima yang menjawat negeri itupun larilah kepada raja Dara membawa khabar bahawa mengatakan negeri itu telah di ambil oleh raja Iskandar kemudian maka berjalanlah ia menuju ke negeri Madian akan mendatangi raja Dara.

Setelah itu maka raja Iskandar pun hampirlah ke negeri Madian lalu raja Iskandar menyuruhkan utusan kepada raja Dara serta membawa surat demikian bunyinya di dalam surat itu “Ketahui olehmu hai raja Dara, tatkala di menangkan atas bapa kamu daripada bapaku dahulu itu, bapaku menaklukkan dirinya kepada bapamu maka ia beroleh sentosa selama hidupnya. Maka akan sekarang segeralah engkau pula menyerahkan dirimu kepada aku dan engkau binasakan dirimu dengan melawanku”. Setelah raja Dara mendengar bunyi di dalam surat itu maka iapun terlalu marah shahdan katanya kepada utusan itu “Kembalilah engkau kepada tuanmu kerana bukannya layak aku membalaskan surat tuanmu itu tetapi suruhlah nanti akan sampai senjataku pada esok harinya”.

Kedua pihak laskar pun keluarlah ke medan maka bertemulah kedua pihak laskar itu lalu berperanglah. Kadar berapa saat berperang itu dengan takdir Allaha Taa’laya pecahlah perang laskar raja Dara larilah ia ke negeri Ashothokhora terbunuh laskarnya terlalu banyak. Pada sangka raja Iskandar bahawa raja Dara masuk ke dalam kota Madian maka di suruhnya keliling kota Madian itu. Setelah di lihat oleh raja Madian kelakuan segala laskar raja Iskandar itu hendak mengabiskan negeri Madian itu maka keluarlah ia mendapatkan raja Iskandar maka ia berdatang sembah katanya “Hai raja yang maha besar, kotanya negeri Madian ini kerana raja Dara tiada masuk ke dalam kota maka kami persembahkan ke bawah duli shah alam kerana bukan layak kami melawan raja. Adapun jikalau ada raja Dara itu di dalam kota ini barang sekianya raja jatuhkan kepada kami”. Maka raja Iskandar pun menganugerahi persalin akan raja Madian maka titah raja Iskandar “esok harilah hamba masuk ke dalam kota itu”. Setelah keesokan harinya maka raja Iskandar pun masuklah ke dalam kota negeri Madian lalu masuk ke mahligai itu terlalu amat indah-inddah perbuatannya di lihat raja Iskandar tetapi raja Iskandar tiada mahu bermalam pada mahligai itu maka kembali jua pada khemahnya pada malam itu.

Kata Shohaba Al Hikayat maka raja Iskandar bertitah menyurat kepada bondanya puteri Rom mengatakan ehwal kemenangannya “Bahawa akan sekarang pun di perhamba lagi mendatangi raja Dara tiada hamba tinggalkan hingga hamba penggal jua lehernya”. Setelah surat itu sampai pada bondanya puteri Sofiah Raqiah pun segera mendapatkan anaknya takut baginda bunuh saudaranya raja Dara itu kerana sebab ia tiada tahu. Maka puteri pun berangkatlah mengikut jalan ke benua A’raq maka tiada di dapatnya raja iskandar itu di sana sudah ia berjaalan ke negeri Ashothokhora. Maka bersegeralah pula tun puteri mendaptkan anaknya ke negeri Ashothokhora itu dan raja Dara setengah lagi menghimpunkan hulubalang daripada segala negeri yang takluk kepadanya itu. Maka datanglah laskar Khorasan mendapatkan dia hingga berhimpunlah mereka itu di negeri Ashothokhora itu dengan tentera yang amat banyak.

Sebermula akan raja Iskandar pun jampirlah ke negeri Ashothokhora itu maka di lihatnya negeri itu amat teguh bahawa negeri itulah tempat perbendaharaan raja Darab di sanalah ia menaruh segala hartanya. Maka raja Iskandar menyuruh orang membawa surat kepada panglima yang mengawal negeri itu menyuruh serahkan negeri itu kepadanya maka tiada mahu panglima itu menyerahkan dia. Hataya maka terdengarlah khabar itu kepadda raja Dara bahawa raja Iskandar menyuruh meminta kota itu pada panglim raja Dara maka raja Dara pun segeralah datang ke negeri takut ia akan balik panglima itu hingga berperanglah kedua pihak laskar dan hulubalang itu. Maka segala hulubalang Rom menyerbukan dirinya berperang terlalu azmat bunyinya serta tempik sorak segala hulubalang dengan bunyi suara gajah kuda. Maka takdir Allaha Taa’laya pecahlah perang laskar A’jam itu maka laskar Rom pun membunuh tentera raja Dara tiadalah terkira-kira bilang banyaknya. Maka larilah raja Dara dan raja Iskandar pun hampirlah kepada kota Ashothokhora itu maka raja Iskandar pun menyuruh membawa surat meminta negeri itu kepada panglima yang menjawat negeri itu.

Setelah datanglah utusan raja Iskandar pada panglima itu maka di berinya persalinan yang mulia-mulia akan utusan itu. Maka ujarnya pada orang yang di titahkan raja Iskandar itu “Tuan hamba persembahkanlah pada raja Iskandar yang raja besar. Adapun akan negeri ini tempat perbendaharaan raja Darab yang maha besar pusaka daripada ayahnya maka di suruhnya hamba menunggu dia kerana sebab harap ia akan hamba pada hatinya tiada akan mahu hamba berbuat khianat akan dia. Maka hamba di hinakan oleh tuan hamba nescaya pada kemudian harinya raja pun tiada percaya akan hamba dan jikalau sudahlah tuan hamba adalah raja nescaya takluklah hamba kepada raja. Jikalau menang tuan hamba maka dengan muka mana pula hamba menunjukkan kepada tuan hamba jika hamba serahkan kota ini kepada raja”.

Setelah raja Iskandar mendengar sembah panglima itu lalu bertitah “Terlalu setia demikianlah kiranya pekerjaan yang tinggalkan amanat tuannya maka sekianya tiada berbuat khianat akan dia”. Maka bersegeralah raja Iskandar hendak mendatangi raja di dalam berbicara maka di persembahkan orang kepada raja Iskandar bahawa bondanya datang. Maka terkejutlah raja Iskandar kerana bondanya datang itu pada sangka raja Iskandar “Ada jua pekerjaan yang besar-besar maka bondaku datang sendirinya”. Maka raja Iskandar pun pergilah mendapatkan bondanya dengan berapa orang yang besertanya.

Setelah dapatlah kepada bondanya maka sembahnya “Ya tuanku, apa juga pekerjaan tuan hamba berlelah kemari ini. Jikalau ada barang sesuatu pekerjaan tiadakah boleh di titahkan orang membawa surat kepada hambamu. Apa jua mualnya maka bonda datang sendiri ini” maka sabda bondanya “Adapun akan pekerjaan ini bukan layak dengan surat jikalau dengan kepala bonda pun seharusnyalah menjalankan dia tiada dengan gagah. Bahawa akan pekerjaan berbaiki dunia dan agama” maka sembah raja Iskandar “Bonda ceritakanlah kepada hamba apa pekerjaan tuanku datang ini”. Maka titah bondanya “Hai anakku, ceritai akan daku dahulu betapa pekerjaanmu dengan raja Dara itu” maka hairanlah raja Iskandar mendengar titah bondanya itu maka di hikayatkan daripada permulaan peperangan dengan raja Dara itu lagi hidup. Maka puteri Sofiah Raqiah pun sujud ke hadrat Allaha Taa’laya dengan mengucap seribu syukur akan Allaha Taa’laya.

Shahdan dengan amat sangat tangisnya maka raja Iskandar pun hairan melihat kelakuan bondanya itu maka titah tuan puteri “Hai anakku, ketahui olehmu bahawasanya akan raja Dara itu saudaramu jangan kau binasakan dia demi Allaha yang maha besar dan amat kuasa pada berlakukan kudratnya. Bahawa akan raja Dara itu saudaramu bahawa raja Darab itulah bapamu”. Maka di hikayatnya akan segala hikayat seperti adat raja kahwin itu kepada raja Iskandar “Pada bicara hambamu jikalau surat jua tuan hamba suruh bawa kepada hambamu nescaya hambamu kembalilah kepadanya negeri Farasana itu dan hamba pun kembalilah ke negeri Rom. Bahawasanya raja Dara itu saudara hamba” maka sukacitalah bondanya serta katanya “Hai anakku, janganlah di mahsyurkan hikayat ini hingga di perhubungkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya antaramu dengan saudaramu kerana bahawa aku akan utusan kamu dua bersaudara ini”. Maka pada esok harinya menyuruh memalu gendang berangkat akan mendatangi raja Dara.

Al kisah datanglah kepadda hikayat raja Dara tatkala sudah pecah peperangan itu dan segala hulubalang pun banyaklah lari. Maka di dalam antara itu ada seorang pegawai raja Dara yang di harapnya maka menurutlah keduanya “Maka adapun akan raja kita ini telah berpaling daulatnya dan tiada sentosa segala orang yang mengikut dia melainkan binasalah orang itu. Maka sekarang tiadalah ada berapa lagi melainkan kita iaitu seorang menteri dan seorang penghulu jua pun yang lagi sertanya dapat berperang maka keduanya itulah yang menurut betapa peri kita mengikut raka kita ini kerana segala menteri dan hulubalang habislah meninggalkan dia. Adapun sekarang jikalau datang barang sepuluh ekor kuda hulubalang raja Iskandar maka di bunuhnya akan kita. Maka sekarang baiklah kita bunuh akan raja Dara itu”. Maka raja Dara datang dengan lagi tiada bersenjata maka oleh penghulu itupun menghunus sakayana lalu di tikamkan pada lambung raja Dara maka menteri itupun menetak dengan pedangnya maka rebahlah raja Dara. Pada sangka keduanya telah matilah raja Dara itu maka segeralah keduanya mendapatkan raja Iskandar.

Bermula raja Iskandar pun datanglah setelah di lihat raja Iskandar dua orang berkuda datang maka di suruhnya panggil bawa kemari. Serta sampai maka sembahnya “YA tuanku shah alam, raja di lebihkan Allaha pada zaman ini, bahawa akan raja Dara seteru raja itu sudah mati telah kami bunuhnya supaya sentosa rakyat raja. Bahawa akan sekarang mayatnya terhantarlah di sana”. Maka titah raja Iskandar “Siapa kamubunuh itu” maka sembahnya “Raja Dara itu kamilah bunuh”. Setelah raja Iskandar mendengar sembahnya itu maka raja Iskandar pun segera memacu kudanya dengan segala hulubalangnya yang hadir itu kepada mayat raja Dara maka titah raja Iskandar “Kamu kawal orang dua itu”.

Setelah sampai raja Iskandar kepada raja Dara terkuranglah lagi hidupnya maka turunlah raja Iskandar di atas kudanya maka di ribanya kepala raja Dara itu sedar melihat muka raja Iskandar. Maka kata raja Dara “Siapa engkau ini” maka sahutnya “Hambalah Iskandar bangun tuan hamba sangkanya salah akan hamba” maka lalu cucur air mata raja Iskandar. Maka kata raja Dara “Apa lagi takut pada hamba kerana hamba akan matilah” maka kata raja Iskandar “Sekelian kita hidup ini lagi mati jua. Hai saudara hamba, tinggallah wasiat yang baik pada hamba supaya kerjakan”. Maka kata raja Dara “Habaya-habaya jangan tuan hamba binasakan ibu hamba. Bermula ketahuilah hai raja yang khianat akan hamba ini orang peperangan yang terlebih hamba harap akan dia. Maka sekianya raja ingat-ingat akan orang yang di beri kurnia itu”. Setelah raja Dara sudah berkata maka iapun matilah.

Hataya maka di bawa raja Iskandar mayat raja Dara itu ke istananya maka keranda pun di perbuat oranglah maka di suruh raja iskandar berseru-seru siapa jua yang membunuh pada seteru raja itu. Maka pada sangka orang dua itu bahawa raja akan mengurnia ia jua maka kedua orang itu menunjukkan dirinya. Maka titah raja Iskandar “Kamu kawalkan orang itu ke atas bukit keduanya maka sekelian orang suruh anah kepadanya” maka janang pun di suruh palu demikian ujarnya “Lihatlah oleh kamu akan balas orang yang berbuat khianat akan orang yang berbuat baik akan dia”. Hataya maka mayat raja Dara pun di masukkanlah ke dalam keranda maka di bawa oranglah ke negeri Madian maka raja Iskandar pun kembalikanlah kepada bondanya serta sembahnya “Ya tuanku, bahawasanya di peliharakan tuan hambalah daripada hukum Allaha Taa’laya telah berlakulah atasnya. Maka tiadalah manafaat pelihara kita bahawa kehendak Allaha itu jua yang berlaku bahawa seharusnyalah jangan di mahsyurkan oleh bonda hamba akan pekerjaan ini”.

Hataya maka raja Iskandar pun keluaarlah dari dalam kota maka isi negeri pun memohonkan ampun kepaa raja Iskandar maka di berinya aman pada segala hulubalang raja Dara. Maka datanglah mengadap raja Iskandar daripada segala pihak alam mengadap raja Iskandar maka berhentilah raja Iskandar pada negeri itu empat hari. Maka di suruh raja Iskandar panggil akan panglima itu maka datang ia mengadap serta berdatang sembah demikian “Ya tuanku shah alam, bahawa orang berdosa itu di perbanyak ampun kiranya akan kamu segala yang di perhamba kerana tuan hamba raja dari menaruh amanatnya maka sekianya tiadalah harus berbuat khianat akan dia. Adapun akan sekarang telah hilanglah ia maka akan segala amanat pada tangan hambamu itu sahaja akan waris harta kerajaan. Maka barang siapa di jadikan Allaha Taa’laya kerajaan di dalam negeri ini maka ialah empunya harta dan negeri. Maka inilah anak kunci perbendaharaan hambamu persembahkan ke bawah duli shah alam kepadda barang siapa berkenan kepada shah alam maka kepadanyalah hambamu suruhkan”.

Maka terlalulah sukacita hati raja Iskandar mendengar sembah menteri itu maka pada esok harinya maka raja Iskandar pun masuklah ke dalam kota. Maka sekelian orang itupun di beri nagerah persalin oleh raja Iskandar akan segala mereka itu. telah sudah raaja Iskandar melihat isi perbendaharaan itu maka di serahkan oleh raja iskandar padda panglima itu jua maka raja Iskandar pun memberi kurnia akan panglima itu maka raja Iskandar pun berjalanlah ke negeri Madian. Setelah raja Iskandar sampai ke negeri Madian maka titah raja Iskandar menyuruh menempa keranda emas akan tempat raja Dara itu. Maka di suruh raja Iskandar ganti kapannya maka raja Iskandar pun berjalanlah di tanah mengeringkan mayat raja Dara dengan segala raja-raja Farasana daan segala raja-raja Rom sekelian hingga sampailah kepada mahligainya.

Maka kata raja Iskandar kepada bonda raja Dara “Di mana kehendak tuan hamba menanamkan mayat anakanda ini” maka khairanlah bonda raja Dara melihat kasih raja Iskandar bermuliakan anaknya maka di suruh bondanya tanam di tepi kubur ayahnya raja Darab. Maka di suruh raja Iskandar menanggung keranda itu di bubuhnya di atas kerusi emas seperti perintah kematian raja yang besar-besar. Setelah sudah di tanamkan dengan sempurnanya maka duduklah raja Iskandar di atas tahta kerajaan maka berhimpunlah segala bala tenteranya datang mengadap raja Iskandar kerjanya bersuka-sukaan makan dan minum.

Al kisah kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah kerajaan raja Iskandar maka berhimpunlah segala bala tentera yang amat banyak dengan kebesaran dan kemuliaan maka jadi hebatlah raja Iskandar kerana harta beroleh dengan kemenangan. Maka dengan takdir Allaha Taa’laya adalah kepada suatu hari datanglah Abalayasa (Iblis) A’layaha Laa’nata Allaha kepadanya seperti kelakuan orang tuha dengan pakaian putih dan tongkat pada tangannya berdiri di hadapan raja Iskandar serta katanya “Hai raja yang maha besar tiadalah mulianya bagi raja melainkan dahi raja sujud akan yang lain daripada raja kerana raja telah mulialah di dalam alam ini”.

Setelah raja Iskandar mendengar kata Iblis itu maka raja Iskandar pun menyuruh ia duduk serta di permulianya akan dia maka sabda raja Iskandar “Hai orang tuha apa ertinya yang katamu itu tiada daku ketahui”. Maka tersenyumlah Iblis A’layaha Laa’nata Allaha itu serta katanya “Bahawa raja bukankah murid penghulu hakim Arasatatholasa (Aristotle) betapa maka raja tiada ketahui akan ertinya ibarat ini terlebih banyak daripada matahari” maka sabda raja Iskandar “Tiada hamba ketahui akan ertinya hendaklah di nyatakan kiranya kepada hamba”.

Maka sahut Iblis “Akan kata hamba ini pada zaman ini tiada lain di perbuat orang lain daripada raja, tiadakah tahu bahawa segala hakim dahulu kala mengatakan dirinya nabi dan pesuruh itu bukankah kehendaknya menuntut dunia nescaya maksiat akan dirinya, maka sekarang pun raja telah beruntunglah bagi raja dapat kemuliaan di dalam alam ini tiada lagi siapa menyamai kebesaran raja. Maka ajaib sekali lagi raja akan diri raja mau raja berkeji dirinya berbuat ibadat akan yang lain kerana akan raja itu tuhan segala makhluk dalam dunia ini kerana kuasa ia pada pekerjaan menghidupkan dan mematikan dan kuasa ia memuliakan dan menghinakan maka akan pekerjaan yang demikian itu telah adalah pada raja bahawa pada zaman ini pada sangka tiadalah pada alam ini ada raja yang lain terlebih besar daripada raja barang seorang jua pun maka sekiranya di katakan raja ini Allaha Taa’laya”.

Maka kata Iblis “Hai raja tiada mau hamba mengatakan yang seperti hamba katakan pada menyatakan kemuliaan raja melainkan kerana sebab kasih hamba akan raja kerana raja lagi muda dengan beroleh kebesaran yang sempurna lagi adil, sayanglah hamba mendengar raja berlelah diri berbuat bakti pada yang lain inilah maka sebab hamba datang ini menyatakan raja jangan raja menyembah yang lain, jadi hinalah raja” maka kata Iblis itupun kabullah pada hati raja Iskandar. Maka raja pun memberi nagarah akan dia tiada dia menerima dia katanya “Hai raja jikalau hamba berkehendak akan harta dunia ini nescaya limpahlah datangnya akan hanya kehendak hamba berjalan-jalan jua pada segala negeri” maka raja Iskandar “Hai Saidi jangan tiada sebagai datang kepada hamba mengajari hamba” maka berjalanlah Iblis Laa’nata Allaha kemudian daripada itu di tinggalkan raja Iskandar.

Al kisah maka kedengaranlah warta raja Iskandar itu kepada gurunya hakim Arasatatholasa maka marahlah ia maka lalu ia berkirim surat demikian bunyinya “Hai raja Iskandar jika orang lain mengerjakan pekerjaan seperti kelakuan raja itu nescaya hamba suruh takrirkanlah ia tetapi akan raja orang yang berakal dan berilmu bicarakanlah baik-baik jangan dapat di cabul oleh syaitan seperti kaum segala nabi Allaha yang dahulu itu maka segeralah raja bertaubat daripada pekerjaan itu. Jika tentu jua raja akan pekerjaan itu nescaya adalah merugikan raja pada akhirat dan jikalau sekiranya dunia yang fana ini tentu bagi manusia adalah untung raja yang dahulu-dahulu itu tiada akan beroleh akan kita. Maka hendaklah raja jangan berpaling daripada iktikad yang dahulu itu kerana itulah iktikad yang betul iktikad nabi Allaha Abarahayama (Ibrahim) A’layaha Al Salama yang suci adanya”. Setelah sampailah surat itu pada raja Iskandar maka di balas surat gurunya itu demikian bunyinya “Adapun segala barang yang di ajarkan hakim pada hamba itu telah sudah hamba kerjakan sekarang pun jika mau hamba turut dapat hakim menghukumkan hamba maka yang mana baik pada hamba itulah hamba kerjakan”.

Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana


No comments:

Post a Comment