Ini hikayat Raja Iskandar anak raja Darab cucu raja di negeri Rawama (Rom) telah di sebutkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya di dalam Qoraana Al A’zhoyama gelarnya Zawa Al Qoranayana ertinya yang mempunyai dua tanduk dari kerana perbuatan menunaikan firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya Wa Yasalawanaka Hana Zaya Al Qoranayana Qola Saatalawa Alaya Kama Manaha Zakara Katsayaraa. Bermula telah ditanya ia segala Yahawadaya (Yahudi) akannya dikau daripada segala hikayat Za Al Qoranayana peri ia menjalani ini segala pihak bumi. Kata ahli al hadis sahaja ada hikayatnya pada kaum yahudi dan pada kaum ajam dan parsi di dalam benua Rom maka lalunya di hikayatkan nabi kita Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama segala hikayatnya barang yang tiada ada di dalam hikayat mereka itu.
Al kisah kata Shohaba Al Hikayat setelah sudah kerajaan raja Iskandar maka berhimpunlah segala bala tentera yang amat banyak dengan kebesaran dan kemuliaan maka jadi hebatlah raja Iskandar kerana harta beroleh dengan kemenangan maka dengan takdir Allaha Ta Alaya adalah kepada suatu hari datanglah Abalayasa (Iblis) Alayaha Laa’nata Allaha kepadanya seperti kelakuan orang tuha dengan pakaian putih dan tongkat pada tangannya berdiri di hadapan raja Iskandar serta katanya “Hai raja yang maha besar tiadalah mulianya bagi raja melainkan dahi raja sujud akan yang lain daripada raja kerana raja telah mulialah di dalam alam ini”. Setelah raja Iskandar mendengar kata iblis itu maka raja Iskandar pun menyuruh ia duduk serta di permulianya akan dia maka sabda raja Iskandar “Hai orang tuha apa ertinya yang katamu itu tiada daku ketahui” maka tersenyumlah Iblis Alayaha Laa’nata Allaha itu serta katanya “Bahawa raja bukankah murid penghulu hakim Arasatatholasa (Aristotle) betapa maka raja tiada ketahui akan ertinya ibarat ini terlebih banyak daripada matahari” maka sabda raja Iskandar tiada hamba ketahui akan ertinya hendaklah di nyatakan kiranya kepada hamba” maka sahut iblis “Akan kata hamba ini pada zaman ini tiada lain di perbuat orang lain daripada raja, tiadakah tahu bahawa segala hakim dahulu kala mengatakan dirinya nabi dan pesuruh itu bukankah kehendaknya menuntut dunia nescaya maksiat akan dirinya, maka sekarang pun raja telah beruntunglah bagi raja dapat kemuliaan di dalam alam ini tiada lagi siapa menyamai kebesaran raja maka ajaib sekali lagi raja akan diri raja mau raja berkeji dirinya berbuat ibadat akan yang lain kerana akan raja itu tuhan segala makhluk dalam dunia ini kerana kuasa ia pada pekerjaan menghidupkan dan mematikan dan kuasa ia memuliakan dan menghinakan maka akan pekerjaan yang demikian itu telah adalah pada raja bahawa pada zaman ini pada sangka tiadalah pada alam ini ada raja yang lain terlebih besar daripada raja barang seorang jua pun maka sekiranya di katakan raja ini Allaha Ta Alaya”.
Maka kata Iblis “Hai raja tiada mau hamba mengatakan yang seperti hamba katakan pada menyatakan kemuliaan raja melainkan kerana sebab kasih hamba akan raja kerana raja lagi muda dengan beroleh kebesaran yang sempurna lagi adil, sayanglah hamba mendengar raja berlelah diri berbuat bakti pada yang lain inilah maka sebab hamba datang ini menyatakan raja jangan raja menyembah yang lain, jadi hinalah raja” maka kata Iblis itupun kabullah pada hati raja Iskandar. Maka raja pun memberi nagarah akan dia tiada dia menerima dia katanya “Hai raja jikalau hamba berkehendak akan harta dunia ini nescaya limpahlah datangnya akan hanya kehendak hamba berjalan2 jua pada segala negeri” maka raja Iskandar “Hai Saidi jangan tiada sebagai datang kepada hamba mengajari hamba” maka berjalanlah Iblis Laa’nata Allaha kemudian daripada itu di tinggalkan raja Iskandar.
Al kisah maka kedengaranlah warta raja Iskandar itu kepada gurunya hakim Arasatatholasa maka marahlah ia maka lalu ia berkirim surat demikian bunyinya “Hai raja Iskandar jika orang lain mengerjakan pekerjaan seperti kelakuan raja itu nescaya hamba suruh takrirkanlah ia tetapi akan raja orang yang berakal dan berilmu bicarakanlah baik2 jangan dapat di cabul oleh syaitan seperti kaum segala nabi Allaha yang dahulu itu maka segeralah raja bertaubat daripada pekerjaan itu, jika tentu jua raja akan pekerjaan itu nescaya adalah merugikan raja pada akhirat dan jikalau sekiranya dunia yang fana ini tentu bagi manusia adalah untung raja yang dahulu2 itu tiada akan beroleh akan kita maka hendaklah raja jangan berpaling daripada iktikad yang dahulu itu kerana itulah iktikad yang betul iktikad nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama yang suci adanya”. Setelah sampailah surat itu pada raja Iskandar maka di balas surat gurunya itu demikian bunyinya “Adapun segala barang yang di ajarkan hakim pada hamba itu telah sudah hamba kerjakan sekarang pun jika mau hamba turut dapat hakim menghukumkan hamba maka yang mana baik pada hamba itulah hamba kerjakan”.
Kata Shohaba Al Hikayat maka berapa lamanya raja Iskandar kerajaan di dalam maksiat kerja yang sesat itu takdir Allaha Ta Alaya turunkan wahaya pada nabi Khodhoyara (Khidir) Alayaha Al Salama menyuruhkan dia pergi kepada raja Iskandar menyuruh berpaling kepada kafirnya dan memberitahu Allaha Ta Alaya memberi nagarahi dia kerajaan masyrik dan maghrib dan akan menjalani segala tempat yang tiada pernah di jalani oleh segala manusia dan bahawa Allaha Sabahana Wa Ta Alaya menolong dia daripada segala seterunya. Maka pergilah nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama kepada raja Iskandar daripada pulau tempatnya diam berbuat ibadat itu maka berjalanlah ia di atas air laut itu seperti berjalan di atas bumi jua. Setelah datanglah ia kepada raja Iskandar maka ia duduk sama dengan rakyat yang mengadap raja Iskandar itu di dengar kata yang tiada sebenar pada hukum Allaha Ta Alaya maka sakitlah hatinya mendengar dia tiada dapat ia sabar menahan hatinya.
Sebermula akan raja Iskandar tiap2 jumaat dua hari ia duduk mengatakan iktikad yang sama itu. Hataya maka nabi Khidir pada hari itulah ia datang. Setelah nabi Khidir mendengar kata yang keji2 maka ia berkata “Hai raja Iskandar bahawa iktikad ini sesat. Ketahui oleh raja bahawa langit dan bumi ada tuhan yang menjadikan dia dan ia jua yang menjadikan alam sekelian dan ia juga menjadikan bulan matahari dan bintang dan melihat kekal ia sentiasa tiada hilang dan tiada dapat oleh budi bicara dan kuasa berlaku kehendaknya dan bahawa ia jua yang menjadikan hujan dan memberi rezeki dan ia jua menegahkan kita pada segala barang yang kuasa kita mendapat dia dan ia jua yang memeliharakan kita daripada segala yang tiada kuasa kita meluputkan ia dari mereka itu bahawa ia jua akan berlindung daripada segala bahaya dunia akhirat bahawa ialah yang menghidupkan dan mematikan kita”.
Sebermula seorang pun tiada berani mengatakan kata ini di hadapan raja Iskandar itu selama ia sudah di persesatkan oleh iblis itu. Setelah raja Iskandar mendengar kata nabi Allaha Khidir demikian itu maka iapun marah lalu di titah oleh raja Iskandar “Tangkap oleh kamu orang ini” maka ditangkap oranglah nabi Allaha Khidir itu di suruh penjarakan. Maka datanglah iblis kepada raja Iskandar maka sabda raja Iskandar “Hai sheikh yang hakim bahawasanya datang kepada hamba seorang orang muda baik sifatnya dan rupanya dan bawanya dan hebat kelakuannya, maka ia berkata kepada hamba dengan kata yang besar2. Maka di suruh hamba kembali kepada iktikad yang dahulu itu serta di suruhnya hamba berbuat ibadat akan tuhan yang tiada hamba ketahui dan tiada lihat dan disuruhnya hamba mengikut syariat segala anabaya2. Maka hamba suruh penjara akan dia menanti sheikh datang". Maka kata iblis “Hai raja bagimu ingat2 jangan kena perdayanya bermula hamba datang itupun kerana hamba dengar orang muda itulah dikerjakan oleh raja pada membunuh dia supaya suci bumi dari perbuatan ialah orang hawa batin yang amat sangat tetapi pada hati hamba tiada terkerjakan oleh raja akan membunuh dia itu”.
Maka titah raja Iskandar “Betapa jua perinya maka tiada kuasa hamba membunuh dia kerana sudah ia di dalam penjara”. Maka raja Iskandar pun menyuruh memalu canang mengatakan segala manusia supaya dilihatnya nabi Khidir itu maka titah raja Iskandar “Bahawa kehendak hamba seksa akan dia di hadapan sheikh jangan dahulu sheikh kembali” maka kata iblis “Telah bersumpahlah tiada mau hamba melihat orang membahagikan kebesaran seseorang daripada makhluk di hadapi hamba” maka bermohonlah Iblis kembali. Maka nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama pada hari itu di dalam penjara sembahyang minta doa pada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka tatkala kelamlah hari maka turunlah malaikat dari langit di titahkan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya maka di pecahkan oleh malaikat itu atap rumah tempat nabi Allaha Khidir itu. Maka masuklah malaikat ke dalam penjara itu serta ia memberi salam akan nabi Khidir maka di sahutnya nabi Allaha Khidir salamnya maka kata nabi Khidir “Siapa engkau?” maka sahutnya “Bahawa aku daripada seorang malaikat di titahkan Allaha Ta Alaya kepadamu mengeluarkan dikau di dalam penjara ini akan membawa dikau kepada bukit Anawa. Disanalah engkau diam berbuat ibadat kepada Allaha Ta Alaya hingga hingga datang kepadamu titah Allaha Ta Alaya”. Bermula nabi Khidir pun dapat ia keluar sendirinya dari dalam penjara itu hanya ia menantikan titah Allaha Ta Alaya jua maka di bawanyalah oleh malaikat keatas bukit diamlah ia disana berbuat ibadat akan Allaha Ta Alaya dan adalah pada bukit buah-buahan pada tempat nabi Khidir itu suatu batu besar di sisi batu itu terbit mata air.
Kata Shohaba Al Hikayat maka esok hari berhimpunlah segala isi negeri itu kerana akan raja Iskandar pun semayam di suruhnya bawa nabi Khidir di dalam penjara itu maka di bukakanlah pintu penjara itu serta di lihat mereka itu belenggunya patah dan atap pecah maka di persembahkan oranglah kepada raja Iskandar. Maka pada hati raja Iskandar sungguhlah seperti kata sheikh itu ia orang hawa batin maka menyesallah ia kerana sebab itu maka di suruh raja Iskandar orang berseru2kan segala negeri “Jika barangsiapa mendapat orang itu barang kehendaknya tiada aku tahani”. Maka sekelian isi negeri kecil besar mencari tiga hari tiadalah dapat oleh mereka itu. Maka keempat harinya maka iblis pun datang kepada raja Iskandar maka katanya “Hai raja tiadakah sungguh seperti kata hamba itu?”. Maka sabda raja Iskandar “Sungguhnyalah hai guruku tiada apa seorang2 juapun lepas daripada penjara itu melainkan seorang jua” maka ujar iblis “Akan orang muda itu hamba dengar ia pada bukit Anawa itu diatas puncak bukit disisi ada suatu batu besar dan terbit mata air daripadanya itu”. Maka sukacitalah hati raja Iskandar mendengar dia dan sendirinya hendak pergi mengikut dia maka kata iblis “Jangan raja sendiri mengikut dia suruh hulubalang jua di titahkan”. Maka iblis pun bermohonlah kepada raja Iskandar kemudian kembali.
Hataya maka pada keesokan harinya di suruh raja Iskandar hulubalang pergi mengikut dia kepada bukit itu kira2 seratus orang berkuda. Setelah sampai pada nabi Khidir maka dilihat oleh mereka itu ia berdiri sembahyang maka berlarilah mereka itu masing2 hendak mengikut dia. Maka nabi Khidir pun minta doa ke hadrat Allaha Ta Alaya demikian katanya “Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang tiada tersembunyi daripada ilmumu suatu jua pun peliharakan hambamu daripada kejahatan orang yang derhaka ini”. Maka di dengarnya suara demikian bunyinya “Hai Bana Abasa (Bapa Abas) bahawa Allaha Ta Alaya menyuruhkan dikau meniupi pihak kaum itu yang hendak menangkap dikau supaya di pelihara Allaha Ta Alaya daripada kejahatan mereka itu”. Maka di tiuplah oleh nabi Khidir kepada pihak mereka itu maka terbakarlah mereka itu dengan panglimanya maka larilah mereka itu.
Setelah di lihat raja Iskandar lalu dipersembahkan mereka itu segala hal ehwalnya kepada raja Iskandar maka raja Iskandar pun terlalu marah mendengar yang demikian. Maka raja Iskandar pun naiklah ke atas kudanya maka pergilah ia kepada bukit tempat nabi Khidir itu. Maka dilihat nabi Khidir tentera banyak datang maka sekelian kaum itu gentar menghampir dia maka titah raja Iskandar “Berdirilah sekelian kamu dahulu di sini biarlah aku hampir kepadanya”. Setelah dilihat nabi Khidir, raja Iskandar datang mengikut itu maka katanya “Marilah hampir kepada hamba tiada hamba mengapa”. Maka tercenganglah raja Iskandar di dalam hatinya “Bahawa raja besar2 dan segala hulubalang yang perkasa lagi gentar ia melihat hebatku dan ia berlakunya kuasa daripadaku serta menyeru2 pula di suruh hampir kepadanya”. Maka raja Iskandar pun hampirlah seraya memberi salam pada nabi Khidir maka di sahutnya nabi Khidir salamnya itu ujarnya “Sejahteralah atas tuan hamba” lalu bangkit nabi Khidir berdiri di jawatnya tangan raja Iskandar maka dudukkannya di sisi dan tatkala duduklah keduanya serta berkata raja Iskandar “Hai orang muda, siapa melepaskan belenggu daripadamu dan siapa mengeluarkan dikau dari dalam penjara dan siapa membawa dikau pada bukit ini?”.
Maka sahut nabi Khidir "Bahawa yang mengerjakan perkerjaan itu tuhanku yang mengikutkan nabi Allaha Adarayasa (Idris) pada tingkat yang maha mulia dan menitahkan nabi Allaha Nawaha (Nuh) Alayaha Al Salama dan menenggelamkan kaumnya yang kafir dan membinasakan kaum nabi Allaha Hawada (Hud) dengan angin dan membinasakan kaum kaum nabi Allaha Sholaha (Sholeh) kerana sebab membunuh untanya dan melepaskan nabi Allaha Abarahayama (Ibrahim) daripada api Namrud dan membinasakan dia dengan nyamuk dan yang menukari nabi Allaha Asama’ Yala (Ismail) dengan kambing tatkala di sembelih oleh bapanya dan menitahkan nabi Allaha Mawasaya (Musa) kepada firaun dan tinggalkan dia kepada Nil dengan segala bala tenteranya, ditenggelamkan Qorun ke dalam bumi dengan segala hartanya dan rumahnya sebab mengatakan fitnah akan nabi Allaha Musa dan menganugerahkan nabi Allaha Salayamana (Sulaiman) kerajaan yang amat besar di jadikannya segala syaitan dan jin dan segala mergastua sekelian makhluk berbuat bakti akan dia. Bahawa ia jua tuhan yang amat menolong segala anabaya daripada segala bahaya kafir dan daripada hambanya yang derhaka akan dia dan yang memberi rezeki maka di sembahnya lain daripadanya dan ialah tuhan tiada lain daripadanya dan ialah tuhan yang melakukan qudrat iradatnya membahagi bahagi untung celaka dengan di suratkan pada Luh Mahfuz. Ialah tuhan yang menurunkan rahmatnya atas segala hambanya dan ialah tuhan menunjukkan jalan sekelian anabaya dan ialah menunjukkan dan menitahkan mereka itu akan pesuruh menyatakan pada segala manusia maka berbahagialah segala yang mengikut kata nabi Allaha”.
Setelah raja Iskandar mendengar tauhid nabi Allaha Khidir itu masuklah kata2 nabi Allaha Khidir itu ke dalam hatinya dan terjagalah ia akan pengajar gurunya hakim dengan akalnya maka katanya “Hai orang muda, daku pun dahulu iktikad itulah di ajarkan guruku Arasatatholasa hanya baharu juga ku ubah iktikadku itu, di marahnya aku mengubah ia tiada aku dengarkan katanya. Maka akan sekarang ku mendengar katamu ini muafakatlah sekali dengan kata guruku. Maka pada hatiku benar jua iktikad ini ada lagi syak hatiku”. Maka sahut nabi Khidir “Apa jua syak pada raja itu?” maka sabda raja “Jikalau mau engkau berhadapan dengan orang tuha yang mengajarkan iktikad akan daku bersualah engkau dengan dia, jika menang engkau dengan dia supaya aku turut katamu. Maka jika alah engkau daripadanya tiadalah ku turut katamu”. Maka kata nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama “Barang di panggil rajalah akan dia pada saat ini jua hamba hilangkan pada hati raja”. Maka sabda raja Iskandar “Hai orang muda, tiada aku ketahui akan tempatnya. Ia jua yang mari kepada aku”. Maka tersenyum nabi Allaha Khidir mendengar sabda raja itu maka ia mengucap Aa’waza Ba Allaha Mana Al Shayathona Al Rajayama. Maka ujar nabi Khidir Alayaha Al Salama “Bahawa akan orang tuha itu tiada ia mahu datang kepada raja tatkala hamba hadir kepada raja dan tiada ia menjejakkan kakinya pada tempat hamba jejak itu kerana ia sisi tiada benar” maka titah raja Iskandar “Jikalau sungguh seperti katamu itu maka itulah kenyataan yang besar maka tiadalah dikehendaki lain daripada itu”. Maka kata nabi Khidir “Kabullah hamba berhimpun dengan orang tuha itu”.
Maka berbangkitlah turun keduanya dari atas bukit itu maka raja Iskandar menyuruh membawa seekor kuda kenderaan akan nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama lalu berjalanlah hingga sampai ke pintu negeri. Maka ada seorang saudara orang yang mati terbunuh di atas bukit kerana sebab di hembus nabi Allaha Khidir tatkala di suruh raja Iskandar menangkap dia serta ia melihat nabi Khidir berkenderaan sama2 dengan raja Iskandar. Maka iapun marah tiada tertahan maka di tikam dengan pendahannya di belakang nabi Khidir dengan takdir Allaha Ta Alaya maka kembali pendahannya itu menikam dadanya sendiri terus ke belakang lalu meniarap ia serta gugur dari atas kudanya. Maka haru birulah orang yang melihat ehwalnya itu. Maka raja Iskandar pun berpaling melihat dia maka sabda raja pada nabi Khidir “Apa jua engkau ini?” maka sahut nabi Khidir Alayaha Al Salama “Inilah balas barang yang melalui perbuatan sebenarnya dengan pekerjaan yang sia2 adanya”. Maka tercenganglah raja Iskandar maka bertambah hormat raja Iskandar akan nabi Allaha Khidir itu serta bertambah harap hatinya akan kebenarannya dan tahulah ia bahawa akan nabi Allaha Khidir itu di tolongi Allaha Ta Alaya pada barang pekerjaannya. Maka berjalanlah raja Iskandar hingga sampailah ke istananya. Maka tiada di beri oleh raja Iskandar, nabi Allaha Khidir turun daripada atas kudanya hingga lalu kepada mahligainya tempat ia semayam itu. Maka duduklah raja Iskandar diatas kerusi maka nabi Khidir pun duduk suatu kerusi pada sisinya maka di suruhnya segala hulubalang kembali pada tempatnya hanya lagi tinggal berapa orang jua.
Hataya maka raja Iskandar pun berhadap kepada nabi Allaha Khidir serta ujarnya “Hai orang muda, berhentilah tuan hamba di sini supaya datang orang tuha itu tetapi bahawa ketikanya sudah hamba lihat adalah menambahi batin hamba”. Maka kata nabi Khidir seraya tersenyum “Hai raja suruhkanlah orang tuha itu kemari bertemu dengan hamba supaya hamba tunjukkan kepada raja pekerjaan yang syak pada raja” maka titah raja Iskandar “Hai orang muda, tiadakah benar seperti tuan hamba kata dahulu itu mengatakan orang tuha itu tiada dapat datang pada tempat hamba itu?”. Maka nabi Khidir pun berkata pula “Bahawasanya seperti kata raja, baiklah hamba nanti tiga hari lagi jika ia datang berhadapan dengan hamba nescaya boleh ketahuanlah pekerjaan yang sebenarnya dengan pekerjaan yang sia2 itu”. Maka pada waktu dinihari di panggil raja Iskandar akan nabi Khidir Alayaha Al Salama ajak duduk sama2 dengan dia. Setelah sampailah tiga hari tiada jua datang orang tuha itu maka sabda raja Iskandar “Hai saudara hamba bahawa sungguhnyalah orang tuha itu di sesat. Tiadalah mau datang nyatalah bahawa jalan yang sebenarnya tiada dapat berhubung atau berhimpun dengan sia2 itu pada suatu tempat seperti tiada dapat hidup dengan pada suatu badan”. Maka kata nabi Khidir “Hai raja takut ada jua ehwalnya suatu apa2 akan dia sebab itu tiada ia datang. Baiklah hamba nanti lagi tiga hari”. Setelah genaplah tiga hari tiada juga ia datang maka titah raja Iskandar “Hai saudara hamba bahawa nyatalah orang tuha itu di sesat”.
Setelah nabi Khidir mendengar kata raja Iskandar itu maka iapun sangatlah sukacita serta katanya “Hai raja bahawa adalah hamba seorang dari hamba Allaha Ta Alaya masghul dengan berbuat ibadat kepada Allaha Ta Alaya pada segenap pulau bersunyi diri hamba maka di titahkan Allaha Ta Alaya hamba mari kepada raja akan menceritakan bahawa raja akan menghimpunkan kerajaan masyrik dan maghrib, laut dan darat dan di masuki oleh raja negeri Baradho dan Jabarata. Bahawa kedua negeri itu kesudahan dunia. Bahawa raja akan menempatkan jalan yakjud dan makjud supaya jangan dapat mereka itu keluar ke negeri yang lain hingga sampailah dunia kiamat baharulah ia dapat jalan keluar. Bahawa akan raja di tolong Allaha Sabahana Wa Ta Alaya pada barang tempat kehendak raja dianugerahkan Allaha pada segala bumi di dalam hukum raja bujur dan lintang. Bermula akan segala raja2 di dalam alam ini sekeliannya akan berbuat bakti kepada raja” dan lagi kata nabi Khidir “Akan kerana tuan hamba di beri Allaha Ta Alaya, Zawa Al Qoranayana kerana sebab di muliakan tuan hamba pada bumi masyrik dan maghrib. Adapun sekarang ini hilangkanlah daripada hati raja iktikad yang salah itu bahawasanya di kurnia Allaha Ta Alaya balas dengan kebaktian raja maka janganlah kufur lagi menurut kata Iblis Laa’nata Allaha Ta Alaya itu bahawa akan orang tuha itulah Iblis”. Maka kata raja Iskandar “Benar sungguhnyalah Allaha Ta Alaya menjadikan tuan hamba berjalan menunjuki hamba jalan yang sebenarnya itu akan bahagia hamba maka tuan hamba suruhkan hamba mengerjakan segala barang seharusnya itu maka itulah hamba kerjakan supaya hamba bawa segala manusia mengerjakan dia dan tiadalah hamba beri segala yang di atas bumi Allaha Ta Alaya ini seorang juapun menyembah lain daripada Allaha Ta Alaya. Maka kata nabi Allaha Khidir “Bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan segala makhluk di suruhnya berbuat ibadat akan dia dan tiada di jadikan akan berbuat derhaka akan dia. Sebermula hamba ceritakan daripada permulaan kejadian makhluk hingga datang pada sekarang ini supaya di ketahui raja”. Maka sahut raja Iskandar “Ceritakanlah oleh tuan hamba kepada hamba kerana barang yang keluar daripada kalam tuan hamba itu berkenanlah oleh hamba”.
Maka kata nabi Khidir “ Hai raja bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan semata sekelian ini dengan sebabnya” maka di ceritakan nabi Khidir kepada raja Iskandar hikayat daripada permulaan makhluk dan hikayat nabi Allaha Abarahayama berbuat Kaa’bata Allaha dan hikayat nabi Asamaa’ Yala hendak di sembelih bapanya dan hikayat nabi Yaaqowaba tatkala bercintakan akan anaknya nabi Yawasafa Alayaha Al Salama dan hikayat nabi Mawasaya dengan firaun dan hikayat segala nabi dari kaum bani Asara Yala lalu pada hikayat nabi Allaha Daawada Alayaha Al Salama dan peri kebesaran kerajaan nabi Allaha Salayamana tiada seorang jua pun di kurniai Allaha Ta Alaya demikian itu dahulunya dan kemudiannya maka kata nabi Khidir “Bahawa akan sekarang ketahuilah oleh raja kemudian daripada kerajaan nabi Allaha Salayamana Alayaha Al Salama maka rajalah beroleh kebesaran di dalam dunia ini dan rajalah di tolong Allaha pada barang tempat dan dijadikan raja daripada kaum yang sholeh lagi beroleh pangkat segala anabaya Allaha”. Maka adalah lamanya nabi Allaha Khidir berhikayat itu dua puluh hari maka titah raja Iskandar “Ya nabi Allaha bahawasanya telah tuan hamba ceritakan pada hamba apa yang ajaib2 yang tiada pernah hamba dengar bahawa akan sekarang kehendak hamba barang di nyatakan pada tuan hamba kiranya pada hamba di dalam agama yang mana tuan hamba suruhkan supaya hamba ikutlah agama itu dan tiada hamba redhakan agama yang lain”.
Maka sukacitalah nabi Allaha Khidir Alayaha Al Salama mendengar kata raja Iskandar itu maka kata nabi Khidir “Ketahuilah oleh raja bahawa Allaha Ta Alaya menjadikan segala manusia berkaum2 jadi sesat sangat mereka itu kemudian daripada nabi Allaha Ayasaya Alayaha Al Salama di angkatkan Allaha ia ke langit. Maka di jadikan Allaha Ta Alaya daripadanya nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama bahawa ialah kesudahan segala anabaya dan ialah penghulu segala nabi yang marasala. Maka tiada di turunkan Allaha Ta Alaya suatu kitab Allaha melainkan ada cerita tersebut di dalamnya sifat Mahamada Rasawala Allaha. Bahawa ialah daripada anak cucu nabi Allaha Asamaa’ Yala Alayaha Al Salama maka dibawanya segala manusia pada agama yang mudah dan benar agama nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama dan ialah yang di lebihkan Allaha daripada segala nabi2 tiadalah lagi terkira2 ia akan kemuliaannya maka dalam agama itulah hamba”.
Maka kata raja Iskandar “Hai nabi Allaha dalam agama itulah hamba kerjakan maka di jabat nabi Khidir tangan raja Iskandar ujarnya “Sebutlah oleh raja Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Wa Ashahada Ana Abarahayama Kholayala Allaha Wa Nabayaha” maka dicium nabi Khidir dada raja Iskandar “Bahawa akan sekarang saudara hamba raja pada barang tempat nescaya bersamalah kita dunia akhirat jikalau baik jahat pun bersamalah kita” dengan sukacita raja Iskandar akan agamanya serta beroleh besar kerajaan sebab bertemu dengan nabi Allaha Khidir itu Al Qoshosho.
Kata Shohaba Al Hikayat telah raja Iskandar berbenarlah iktikadnya dan nabi Khidir pun bersamalah dengan dia mengajar ilmu seperti agama nabi Allaha Abarahayama Alayaha Al Salama. Maka nabi Khidir pun bermohonlah ia kepada raja Iskandar maka terlalu dukacita raja Iskandar bercerai dengan nabi Khidir Alayaha Al Salama hanya tiada raja Iskandar menahani dia. Maka turunlah wahaya kepada nabi Khidir bahawa menyuruhkan dia bersama dengan raja Iskandar dengan menceritera ia pada barang pekerjaan di jadikan Allaha Ta Alaya dengan kerana sebab nabi Khidir menghasilkan segala pekerjaannya. Maka sahut nabi Khidir akan Jabara Yala (Jibril) “Sedangkan nabi Allaha Mawasaya lagi tiada mau mendengar dan menurut kata hamba tatkala bersama dengan hamba berjalan maka hamba tinggalkan dia. Maka sebagaimana dapat Raja Iskandar itu bersama dengan hamba”. Maka sahut Jibril “Demikianlah firman Allaha Ta Alaya kepada tuan hamba akan mengajar akan dia jikalau tiada di turutnya bahawa Allaha Ta Alaya engkar ia”. Telah pagi2 hari maka datanglah nabi Khidir pada raja Iskandar lalu di ceritakannya wahaya turun kepadanya menyuruhkan dia bersama dengan raja Iskandar maka sukacitalah raja Iskandar.
Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana (Manuskrip Universiti Malaya)
No comments:
Post a Comment