Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, March 8, 2011

Fatwa Majlis Agama Malaka



Hamba telah pun nyatakan bhw hamba telah pun memberikan kerjasama hamba dengan Jabatan Agama Islam Malaka dan JAKIM. Hamba juga telah jelaskan bahawa hamba berdakwah AGAMA ASALAMA iaitu agama nabi Ibrahim yang di firmankan di dlm al quran. Hamba juga telah jelaskan bahawa hamba tiada kaitan dengan AGAMA ISLAM.

Jadi, apa erti fatwa Majlis agama ini? Bolehkah tindakan di ambil kepada orang bukan Islam menggunakan hukum Islam? Di manakah keadilan dan di manakah kebebasan beragama?
Kita akan lihat sejauh mana Islam dpt menegakkan hukum ciptaan manusia ini.


Ini merupakan kali yang ke-2 dimana blog hamba di tutup dan telah hamba nyatakan jika blog hamba ini juga di tutup, hamba akan bukakan yg baru. Perjuangan ini belum selesai dan sesiapa yang fikir hamba akan berundur, fikir sekali lagi.

5 comments:

  1. blog ini dah ditutup ke? saya boleh je akses ni?

    seperti yang saya cakap, selagi saudara bersembunyi mana la orang nak dengar Asalama ni.

    Cuba jadi public, dedahkan identiti, baru lah mudah tersebar.

    Sekarang ni banyak fitnah. Apa bukti saudara bukan salah satu dari fitnah2? Selagi saudara tak berani tampil kepada orang ramai, terkuburlah Asalama ni.

    Saudara sebagai rasul pun saudara tak tahu ajal maut saudara kan?

    Katakan esok saudara mati sebelum menyampaikan ajaran saudara. Siapa yang akan juangkan asalama ni?

    Mesti tiada bukan? Kalau tidak, saudara tidak perlu risau bila blog saudara ditutup,kerana ada pewaris.

    ReplyDelete
  2. ye la..tampil ke public...baru org tau apa itu asalama..ajarla..ajarla..ajarla..nak belajar ni...

    ReplyDelete
  3. mana berani ? baru pembaca blog bagi soalan mahadaya dah demam , belum lagi yang berpendidikan dalam bidang agama . dah tu jawapan dia berbelit2 , lain yang ditanya lain yang dijawab .

    udah2 laaaa tu ......

    ReplyDelete
  4. salam, teruskan sahaja...yg benar tetap benar...

    ReplyDelete
  5. Agama adalah ilmu, ada banyak ilmu yg dapat digali dari saudara, harap teruskan sahaja blok ini.

    ReplyDelete