Basama Allaha Al
Rahamana Al Rahayama
Al
Hamada Lalaha Alazaya Zayana Qolawaba Ahabaa Baha Bazayanata Dayanaha segala puji-pujian bagi Allaha yang
memperhiasi ia akan segala hati kekasihnya dengan perhiasan agamanya. Wa
Nawara Qolawaba Rahamata Lahama Ba Nawara Al Ayamana Bamahadho Fadholaha Wa
Karamaha dan menerangi ia akan segala mereka itu kerana kasih sayang
bagi mereka itu dengan nur iman dengan semata-mata kurnianya dan dengan
kemurahannya. Wa Qowaa Hama Ba Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha A’layaha Al Sholaata Wa
Al Salaama Wa A’laya Hama Ajamaa’yana dan menguatkan ia Allaha Taa’laya
akan mereka itu dengan penghulu kita nabi Mahamada dan keluarganya dan segala
sahabatnya. Bermula rahmat Allaha dan sejahteranya atasnya dan atas sekelian
mereka itu.
Wa
Baa’da Fahazaha Rasaalata Makhotashora Qowa Samayata Haa Asaraara Al Dayana
Laahala Al Yaqoyana Wa Asaala Allaha Ana Ba Natafaa’ Bahaa Kala Thoalaba Yawama
Baa’tsa Al Makholawaqoyana Anaha Qorayaba Majayata Daa’wata Al Daaa’yana dan adapun kemudian dari itu maka
inilah suatu risalat yang simpan aku namai akan dia Asaraara Al Dayana
ertinya segala rahsia agama bagi orang yang mempunyai yakin akan Allaha
Taa’laya. Dan akan Allaha Taa’laya aku pohonkan bahawa memberi manafaat ia
dengan dia bagiku dan bagi tiap-tiap orang yang menuntut akan sejahtera pada
hari bangkit segala makhluk itu hari kiamat bahawasanya Allaha Taa’laya sangat
hampir lagi sangat memperkenankan ia akan segala doa orang yang meminta doa.
Aa’lamawa
Ayahaa Al Akhowaana Asaa’da Kama Allaha Wa Ayaanaa ketahui olehmu hai segala saudaraku
telah di beri bahagia oleh Allaha Taa’laya akan kamu dan akan kami bahawasanya
wajib atas segala makalaf laki-laki dan perempuan itu mengetahui ia asal agama
dan faraa’ nya yang telah berhimpun
ia pada hadis yang di tanyai Jibril akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
dengan katanya “Ya Mahamada, cerita olehmu akan hamba daripada Asalama” maka
sabdanya “Al Asalaama Ana Tashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamadaa
Rasawala Allaha Wa Taqoyama Al Sholaata Wa Tawataya Al Zakaata Wa Tashowama
Ramadhoana Wa Tahaja Al Bayata Ana Asatathoa’ Alayaha Sabayalaa bermula
Asalama itu bahawa engkau ketahui bahawasanya tiada tuhan melainkan Allaha dan
bahawasanya nabi Mahamada itu pesuruh Allaha dan engkau dirikan sembahyang dan
engkau beri zakat dan puasa pada bulan Ramadhan dan naik haji engkau ke Bayata
Allaha jika kuasa engkau berjalan kepadanya.
Maka
mafhum daripada hadis ini bahawasanya asal agama itu makrifat Allaha bermula
makrifat Allaha Taa’laya itu hakikat bagi hati tiada dapat zahir ia melainkan
dengan di ikrarkan dua kalimah shahadat dan jadilah faraa’ agama itu Asalama maka tiadalah dengan shidiq ini. Bahawasanya
Asalama itu lima perkara, pertama shahadat, kedua sembahyang, ketiga memberi
zakat, keempat puasa, kelima naik haji. Maka adalah shahadat itu tiga perkara,
pertama shahadat syariat, kedua shahadat thorikat, ketiga shahadat hakikat.
Maka shahadat syariat itu telah mahsyur ia pada ahlinya dan shahadat thorikat
itu yakin akan segala perkara yang di perbuat oleh segala makhluk itu terbit
daripada kudrat Allaha Taa’laya yang esa jua. Maka syarat sah shahadat itu
tiada ada di iktiradh akan segala perbuatan makhluk maka jika membunuh oleh
seorang makhluk akan dikau nescaya tiada kau balas akan dia kerana yakinmu akan
Allaha Taa’laya yang membunuh akan dikau. Dan shahadat hakikat itu dengan
iktibar hapus sekelian itu di dalam martabat Ahadayaha maka tiada wujud di sana
sekali-kali itu melainkan hak Taa’laya jua. Maka syarat sah shahadat ini tiada
kau pandang pada pihak diri segala makhluk berwujud sekali-kali pada pihak
limpah wujud hak Taa’laya akan mereka itu hingga dapat kalu lihat akan Allaha
Taa’laya dengan mata kepalaku.
Dan
adalah bagi sembahyang itu tiga perkara, pertama sembahyang syariat, kedua
sembahyang thorikat, ketiga sembahyang hakikat. Maka sembahyang syariat itu
telah mahsyurlah ia dan sembahyang thorikat itu mahaasabaha maka makna mahaasabaha
itu mengitara-tarakan dirinya tiap-tiap yang mana hawa nafsumu yang telah
hilang dan mana yang terkasih pada hatimu pada masa sekarang dan mana kau
perbuat yang terlebih baik bagimu dan mana yang jadi terpelihara daripada hawa
nafsumu dan takut pada salawakamu dan
mana perbuatan yang jadi hilang daripadamu riya dan ajab dan takbur dan
daripada segala perangai yang jahat-jahat dan yang mana kelakuan yang jadi kuat
pada ibadat dan kau ingat-ingat akan saat jahat nikmat dunia dengan nisbah
kepada akhirat hingga kau palingkan mukamu daripada dunia ini sekali-kali dan
banyak lagi makna mahasabah daripada ahlinya. Maka syarat sah sembahyang ini
itu amat kuat qasad akan Allaha Taa’laya dan benar niatmu pada jalan thorikat
selama-lama jadi dalam dunia ini.
Dan
sembahyang hakikat itu masaaa’daha
iaitu kau pandang kepada wujud hak Taa’laya sentiasa dan jika kau pandang
kepada segala wujud ini maka pandang olehmu segala maujud ini itu zhola Aa’yaana Tsaabataha dan dan Aa’yaana
Tsaabataha itu zhola zat Allaha maka kau pindah pandang kepada yang ada berwujud
iaitu zat Allaha Taa’laya maka ketika itu tiada jatuh tilik pindah pandangmu
itu melainkan akan wujud hak Taa’laya jua. Maka syarat sah sembahyang itu
jangan tinggal bagimu suatu daripada kasih akan yang lain daripada Allaha
Taa’laya dan telah tercabut dalam hatimu segala ukur-ukur nafsu akan dunia dan
telah kau hilang riya yang sendi-sendi dalam batin hatimu dan yang lain
daripadanya daripada segala perangai basharayaha.
Maka
kiblat sembahyang syariat itu Kaa’bata Allaha dan kiblat thorikat itu hati dan
kiblat sembahyang hakikat itu hak Taa’laya. Maka kiblat sembahyang syariat itu
jauh maka sebab itulah tiada khusyuk orang yang sembahyang dan kiblat
sembahyang thorikat itu di dalam diri orang yang sembahyang tiada jauh maka
sebab itulah sentiasa pandang akan dia lagi khusyuk orang yang sembahyang
kepadanya. Dan kiblat sembahyang hakikat itu tiada berpihak lagi terlebih hampir
kepada diri orang yang sembahyang seperti firman Allaha Taa’laya Faayanamaa
Tawalawaa Fatsama Wajaha Allaha maka barang kemana berhadap muka kamu
di sanalah zat Allaha. Maka sebab itulah sembahyang hakikat itu tiada bermasa
seperti firman Allaha Taa’laya A’laya Sholaata
Hama Daaa’wama atas sembahyang mereka itu berkekalan tiada keputusannya
bersalahan sembahyang syariat maka iaitu berwaktu dan bersalahan sembahyang
thorikat maka iaitu ketika datang hawa nafsu. Maka syarat sah sembahyang
thorikat itu menyucikan hawa nafsu dengan air majaahadaha dan air rayaadhoha. Dan syarat sah sembahyang
hakikat itu menyucikan rahsia dengan air taubat dan air maraaqobaha maka manakala cedera syarat maka tiadalah hasil masharawatho.
Dan
adalah zakat itu pun tiga perkara, pertama zakat syariat, kedua zakat thorikat,
ketiga zakat hakikat maka zakat syariat itu telah mahsyurlah ia dan zakat
thorikat itu tiga syarat, pertama menyucikan hawa nafsu daripada keinginan akan
dunia daripada makanan yang sedap-sedap dan daripada memakai pakaian yang
baik-baik maka segala yang demikian itu sifat hamba Allaha yang cenderung
hatinya kepada dunia maka sebab itulah berkata oleh a’lama ahli Al shoufi
barang siapa tiada mahu memakai akan kain yang tampi-tampi dan tiada mahu tidur
pada tempat yang jahat-jahat nescaya tiada mencium ia akan bau thorikat ahli al
shoufi. Kedua menyucikan diri daripada segala perangai yang kejahatan antara
segala makhluk maka tiada sekali-kali engkau menyakiti hati segala makhluk
samada ada daripada perbuatan atau daripada perkataan atau pada kelakuan maka
jika tiada kuasa engkau akan yang demikian maka a’za lah olehmu daripada mereka itu jangan engkau duduk serta
mereka itu. Dan ketiga menyucikan diri daripada sifat yang kecelaan seperti
ajab dan riya dan takbur dan daripada segala sifat maa’nawayaha itu banyak berkata-kata dan yang lain daripadanya
daripada segala sifat yang jahat-jahat.
Maka
syarat sah zakat itu cerdik akalmu dan baik fahammu hingga engkau ketahui akan
segala yang sendi-sendi perangai yang membawa kepada menyakiti segala makhluk
dan yang sendi-sendi daripada ajab dan takbur dalam batin hatimu hingga kau
cabutkan sekelian ukur-ukurnya. Bermula zakat hakikat engkau menyucikan
pandangmu dan kasihmu daripada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan engkau
sucikan akan segala rahsiamu dan kelebihanmu daripada di ketahui oleh segala
manusia daripada berkhabar-khabar kepada zakat ini itu tiada hajatmu akan
kemuliaan-kemuliaan antara segala makhluk dan tiada engkau ingat akan kelebihan
dirimu kepada Allaha Taa’laya.
Dan
adalah puasa itu tiga perkara, pertama puasa syariat, kedua puasa thorikat dan
ketiga puasa hakikat. Maka puasa syariat itu telah mahsyur dan puasa thorikat
itu menahan diri daripada yang di benci oleh segala makhluk akan dikau dan
menahan diri engkau daripada hawa nafsu yang datang ia akan dikau dan menahan
diri daripada keluh kesah kena bala dan keluh kesah akan berbuat ibadat dan
keluh kesah menahan qodha dan
daripada hak Taa’laya dan jika sangat benci daripadamu sekalipun. Maka syarat
sah puasa syariat itu berniat dahulu daripada fajar dan syarat puasa thorikat
engkau teguhkan niat dan mengkuatkan hemat akan sabar selama-lama dahulu
daripada turun qodha dan qadar.
Bermula puasa hakikat itu engkau menahan diri daripada shathohayaata itu mengatakan khabar yang tiada patut pada syarak
seperti kata Anaa Al Haqo atau Anaa Al Faaa’la dan tiada menahan diri
daripada menyatakan rahsia makrifat yang bersalahan dengan hukum syarak.
Bermula puasa hakikat itu ingat dan kuat hemah akan menunaikan segala yang
demikian itu dahulu daripada terlanjurnya.
Bermula
naik haji itu tiga perkara, pertama naik haji pada syariat, kedua pada
thorikat, ketiga pada hakikat. Maka naik haji pada syariat itu berjalan kepada Kaa’baha
Allaha serta di perbuat segala rukun haji dan naik haji pada thorikat itu naik
orang yang Salik kepada maqam ruh serta di perbuat segala rukunnya dan setengah
daripada rukun haji itu bekal. Maka bekal haji ini iaitu takut akan Allaha
Taa’laya pada zahirnya dan batinnya dan setengah daripada rukun haji ini iaitu
kenal maka iaitu hemah yang kuat pada menjalan thorikat selama umurnya. Dan
setengah daripada maa’lama iaitu guru
yang marashada yang menunjuk akan
dikau akan jalan ini. Dan setengah daripadanya senjata maka iaitu zikir Allaha
Taa’laya dengan dialah engkau pertakut segala seteru daripada jalan daripada
hawa nafsu. Dan setengah daripadanya taulan iaitu orang yang bersama-sama pada
jalan thorikat supaya dapat bertolong-tolong setengah mereka itu akan setengah
pada segala perbuatannya dan banyak lagi rukun yang lain daripadanya.
Bermula
haji pada hakikat itu naik orang salik kepada martabat Wahadaha hingga sampai mereka itu kepada hak Taa’laya dengan penuh
segala yang maujud dalamnya. Dan setengah daripada rukun haji hakikat itu bekal
maka bekalnya itu mahabaha yang
sangat dan setengah daripadanya kenderaan iaitu nur Ahadayaha dengan kurnia hak Taa’laya semata-mata dengan tiada dapat
engkau usahakan akan dia sekali-kali. Dan setengah daripadanya maa’lama maka iaitu makashafa daripada hak Taa’laya semata-mata dan setengah
daripadanya senjata iaitu hebat Al
Jalaala dalam hatimu hingga cemerlanglah semata-mata Jalaala Al Haqo ke dalam alam wujud. Maka ketika itu sampai engkau
kepada tuhanmu dan setengah daripadanya taulan maka iaitu tajali sifat Jamaala kepadamu supaya tetap engkau
pada ketika daripada tergelincir kepada bahaya kafir dan sayasata.
Bermula
haji thorikat itu terlebih baik lagi terlebih mulia daripada haji syariat
kerana tempat haji thorikat itu ruh dan ruh itu terlebih besar lagi terlebih
mulia daripada segala makhluk dan adalah Kaa’bah yang tempat haji syariat suatu
jaza daripada mezahir ruh yang tempat
haji thorikat dan haji hakikat itu terlebih mulia daripada haji thorikat kerana
tempat haji hakikat itu martabat Wahadaha
yang iaitu hakikat ruh maka ruh itu mahadatsa
dan Wahadaha itu qodim. Bermula orang
yang haji dengan haji thorikat itu terlebih besarlah martabatnya daripada orang
yang haji dengan syariat dan orang yang haji dengan haji hakikat itu terlebih
besar martabatnya daripada orang yang haji dengan haji thorikat.
Dan
jika ada haji syariat itu wajib sekalipun kerana segala hukum yang di wajib
oleh hak Taa’laya atas segala manusia itu adalah ia dengan sekira-kira kuasa kebanyakan
mereka itu yang mengerjakan akan dia. Maka jikalau di wajibkan atas mereka itu
seperti hukum yang di perbuat oleh orang yang hawaasho nescaya tiada kuasa kebanyakan mereka itu mengerjakan dia
maka jadi berdosalah mereka itu kerana tiada ia mengikut suruhnya. Maka adalah
yang demikian itu kerana sangat kasih sayang hak Taa’laya akan mereka itu
sekira-kira mengwajibkan akan taat hamba akan dia itu dengan mudah dikerjakan
oleh mereka itu supaya tiada di tinggalkan akan dia serta tetap hati mereka itu
daripada keluh kesah taat yang amat berat.
Maka
ketahui olehmu hai tholib tatkala sudahlah engkau ketahui asal agama dan faraa’ nya maka wajib pula engkau
ketahui yang di namai agama itu iaitu ibarat daripada berhimpun empat perkara
iaitu Asalama dan iman dan tauhid dan makrifat. Maka jika tiada pada seorang
salah suatu daripada empat itu maka tiada di namakan orang itu beragama.
Bermula Asalama itu tiga perkara, pertama Asalama pada syariat, kedua Asalama
pada thorikat, ketiga Asalama pada hakikat. Maka Asalama pada syariat itu
mengikut suruh Allaha Taa’laya dan suruh segala pesuruhnya. Dan Asalama pada
thorikat itu menyerahkan diri kepada hukum Allaha Taa’laya sama ada ia benci
oleh nafsu atau yang di kasih oleh nafsu atau dengan sekira-kira tiada mehendaki
keluar daripada suatu yang telah di hukum oleh Allaha Taa’laya akan dia serta
tawakal engkau kepadanya sentiasa. Dan Asalama pada hakikat itu menyerahkan
diri engkau kepada waarada dan tajali
yang turun daripada hak Taa’laya serta tiada mehendaki keluar daripada hukum
suatu waarada yang datang seperti
datang waarada qobadho maka tiada ia
mehendaki datang waarada basatho dan
baliknya dan berlaku hal dirinya itu seperti hukum waarada dan tajali yang
telah turun itu.
Bermula
iman itu tiga perkara, pertama iman pada syariat, kedua iman pada thorikat,
ketiga iman pada hakikat. Maka iman pada syariat itu percaya akan Allaha
Taa’laya dan akan rasulnya dan yang lain daripadanya seperti yang telah mahsyur.
Dan iman pada thorikat itu percaya akan hukum Allaha Taa’laya tiada dapat
berubah sekali-kali dan percaya akan rezeki daripada akuan Allaha Taa’laya
tiada bertambah dengan sebab di tuntut dan tiada kurang dengan sebab tiada di
tuntut. Dan tiada bahagia seorang dengan sebab ibadat dan tiada celaka seorang
dengan sebab maksiat tetapi bahagia dan celaka itu tersurat pada Luh Mahfuz
tiada boleh berubah sekali-kali dan adalah ibadat dan maksiat itu semata-mata
alamat. Dan iman pada hakikat itu percaya akan hukum Allaha Taa’laya tiada
dapat berubah sekali-kali dan tiada bertukar-tukar jika baik ia pada azali
nescaya baik ia pada zahir dan jika celaka ia pada azali nescaya celaka ia pada
zahirnya. Dan jika kaya ia pada azali nescaya kaya ia pada zahir dan mustahil
Allaha Taa’laya mengubah yang demikian itu dan faedah ibadat itu semata-mata a’bawadayaha wujudnya menyempurnakan hak
rabawabayaha jua demikianlah segala
perbuatan hamba yang lain.
Bermula
tauhid itu tiga perkara, pertama tauhid pada syariat, kedua tauhid pada
thorikat, ketiga tauhid pada hakikat. Maka tauhid pada syariat itu menafikan
sifat ketuhanan daripada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan di isbatkan
akan dia kepada Allaha Taa’laya supaya sah iman dengan dia. Dan tauhid pada
thorikat itu di esakan akan segala perbuatan dan segala sifat makhluk itu perbuatan
Allaha Taa’laya dan sifatnya pada hakikat. Maka adalah segala perbuatan makhluk
dan sifatnya itu zahir ia daripada hak Taa’laya yang esa maka di esakan
keduanya hingga tiada tinggal pada dirinya sekali-kali resam basharayaha padanya. Bermula tauhid pada
hakikat itu di sabitkan wujud pada hak Taa’laya jua kerana yang lain
daripadanya tiada berwujud. Dan jika banyak pada zahir engkau lihat sekalipun
kerana sekelian itu tiada wujud pada diri mereka itu melainkan pada pihak
limpah nur hak Taa’laya akan dia. Maka sentiasa di esakan akan dia hingga tiada
tinggal resam wujud daripada dirinya pada duduknya dengan gholabaha hakikat.
Bermula
makrifat itu tiga perkara, pertama makrifat pada syariat, kedua makrifat pada
thorikat, ketiga makrifat pada hakikat. Maka makrifat pada syariat itu mengenal
Allaha Taa’laya dengan iktibar tanazayaha semata-mata dan mengenalkan segala
suruhnya daripada segala yang di fardhukan Allaha Taa’laya dan mengenal segala
hukumnya daripada halal dan haram dan makruh dan shobaha dan sunat. Dan makrifat pada thorikat itu mengenalkan
segala khuatir yang di dalam hati daripada baik dan jahat dan mengenalkan yang
sendi-sendi daripada riya dan ajab dan yang lain daripadanya yang di dalam
batin hati. Dan mengenalkan segala hawa nafsu yang sendi-sendi dan meninggalkan
saat lathif kasih sayang Allaha Taa’laya akan segala hambanya dan yang lain
daripadanya dengan kashaf ilmu adanaya.
Dan bezakan daripada tajali Jalal dan tajali Jamal hingga di perbuatkan barang
yang patut pada hak keduanya dan yang lain-lain daripada segala makrifat yang
amat banyak.
Bermula
makrifat pada hakikat itu antara tanazayaha
dan tashabayaha hingga tiada hijab
sebab di pandang zahir daripada pandang batin dan tiada hijab sebab pandang
batin daripada pandang yang zahir maka adalah zahir dan batin itu suatu jua
pada hakikatnya dan yang zahir itu tashabayaha
dan yang batin itu tanazayaha. Inilah
maqam awalaya maka ketahui olehmu hai
tholib kemudian wajib pula atasmu engkau iktikadkan bahawasanya tiap-tiap
seorang itu memilih ia tatkala sampai ajalnya dan dunia ini lagi akan kiamat
pada akhirnya tatkala sampai janji hak Taa’laya akan dia.
Maka
adalah mati itu tiga perkara, pertama mati pada syariat, kedua mati pada
thorikat, ketiga mati pada hakikat. Maka mati pada syariat itu mati tubuh maka
iaitu telah mahsyur pada segala awam. Dan mati pada thorikat itu mati segala
hawa nafsu dan daripada kemuliaan dan daripada kemegahan kepada segala makhluk
lagi mati kehendaknya akan harta dunia dan lain-lain daripadanya seperti firman
Allaha Taa’laya Wa Kholaqo Al Anasaana Dhoa’yafaa dan telah di jadikan insan
itu lemah ia tiada kuasa ia berbuat barang kehendak. Dan lagi firman Allaha
Taa’laya Laqoda Kholaqonaa Al Anasaana Faya Ahasana Taqowayama Tsama Radadanaaha
Asafala Saafalayana sanya kami jadikan akan insan itu pada sebaik-baik
rupa daripada kemegahan dan daripada perhiasan dunia itu kemudian kami tolak
setengahnya itu kepada sehabis-habis hina pada zahirnya tetapi pada batinnya
terlebih mulia daripada lainnya.
Bermula
mati pada hakikat itu mati dalam tuntutnya akan Allaha Taa’laya dengan di
pandang nur azali maka tiada pandang bagi dirinya mempunyai ikhtiar sekali-kali
dan mati kehendak akan wusul kepada Allaha Taa’laya kerana hukum azali tiada
dapat berubah. Maka tiada jadi lebih dengan wusul dan tiada jadi kurang dengan
sebab tiada wusul serta memegang ia kepada qosamaha
tuhannya pada azali. Maka tatkala ada pada azali itu qosamaha wusul maka tak dapat tiada daripada wusul dan tatkala
tiada pada azali nescaya tiada sekarang seperti firman Allaha Taa’laya Azaa
Zalazalata Al Aradho Zalazaa Lahaa apabila di gerak-gerak akan bumi
hati akan sebagai gerak yang sangat dengan sebab datang makrifat yang
sendi-sendi. Wa Akhorajata Al Aradho Atsafa Lahaa ertinya dan mengeluarlah
oleh bumi hati itu akan segala tanggungannya daripada hakikat makrifat yang
tiada kuasa menanggung oleh manusia dan tiada pernah mendengar oleh mereka itu
akan dia daripada makrifat yang ghorib-ghorib dan yang sangat kesukaran faham
mereka itu.
Wa
Qoala Al Anasaana Maa Lahaa
dan telah mengata oleh segala manusia itu apa makrifat yang demikian itu kerana
engkar mereka itu akan segala makrifat yang sendi-sendi itu kerana tiada pernah
mendengar oleh mereka itu dan menyangka oleh mereka itu akan tersalah pada
iktikad mereka itu kerana tiada sampai akal mereka itu kepadanya. Yawamaza
Tahadatsa Akhobaara Haa Ba Ana Rabaka Awahaya Lahaaa pada hari inilah
engkau berkhabar-khabar kerjaannya daripada kejahatan dan kebajikan yang
sendi-sendi keduanya yang tiada di ketahui oleh orang yang lain sama ada ia
daripada dirimu atau pada orang yang lain daripadamu dengan sebab bahawasanya
tuhanmu itu telah mewahyu bagi hatimu maka ketika itu datanglah ilmu faraada.
Yawamaza
Yashodawara Al Naasa Anashaataa Layarawaa Aa’maa Lahama pada hari inilah berpegang segala
manusia yang salik pada halnya bercerai-cerai mereka itu daripada berjabat
kepada amal dan kepada suatu yang lain daripada hukum azali kerana telah di
perlihat hak Taa’laya akan mereka itu dan segala amal mereka itu dan balasnya itu
terbahagi pada azali itu tiada bertukar-tukar dan tiada berubah-ubah. Famana
Yaa’mala Matsaqoala Zarata Khoyaraa Yaraha Wa Mana Yaa’mala Matsaqoala Zarata
Sharaa Yaraha maka barang siapa berbuat amal ia dengan takdir hak
Taa’laya pada azali sekadar seberat zarah daripada kebajikan jua pun nescaya
melihat ia akan dia dan barang siapa berbuat amal ia sekadar seberat zarah
daripada kejahatan nescaya melihat ia kerana janji hak Taa’laya pada azali itu
tiada dapat di sempurna ia pada sekarang ini.
Bermula
kiamat itu tiga perkara, pertama kiamat pada syariat, kedua kiamat pada
thorikat, ketiga kiamat pada hakikat. Maka kiamat pada syariat itu karam dunia
ini dan segala isinya dan daripada tanda kiamat itu turun Imam Mahdi. Dan
kiamat thorikat itu karam pandang orang Salik akan Allaha Taa’laya tiada
sekali-kali ingat kasih akan yang lain daripada Allaha Taa’laya. Maka tanda
kiamat ini itu shawaqo yang tiada
dapat tetap sertanya pada yang lain daripada Allaha Taa’laya dan tetapi bangkit
cita-cita itu semata-mata pada Allaha Taa’laya dan mabuk ia dengan sebab
terangan nur Jamala kepadanya seperti firman Allaha Taa’laya Ana
Hama Lafaya Sakarata Hama Yaa’mahawana bahawasanya mereka itu dalam
mabuk mereka itu hairan mereka itu daripada pandang yang lain daripada hak Allaha
Taa’laya.
Dan
kiamat pada hakikat itu karam pandang orang A’rifin dalam Allaha Taa’laya
hingga tiada ingat akan dirinya dan akan Taa’laya pun tiada ingat itulah maqam
fana iaitulah wusul kepada Allaha Taa’laya. Maka tanda kiamat ini gholabaha nur Jalal yang semata-mata
yang tiada dapat menahan oleh segala yang mahadatsa
melainkan fana ia dalam sempurna itu dengan baqo kerana sehabis-habis fana itu
baqo dengan Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya Azaa Al Samaa Anafathorata
maka apabila langit Ahadayaha itu
berhujan daripada hujan Jalal dan hujan Jamal pada permulaannya. Wa
Azaa Al Kawaakaba Anatatsarata dan apabila segala bintang akal dan
waham dan khayal itu telah berhambur ia yakni hilang ia daripada saat keras
Jalal Allaha Taa’laya yang mutlak.
Wa
Azaa Al Qobawara Baa’tsarata A’lamata Nafasa Maa Qodamata Wa Akhorata dan apabila kubur hati itu di
balikkan akan dia yakni di balikkan pandangannya dan di bangkitkan segala
makrifat yang tertanam di dalamnya. Dan adalah tiap-tiap hati manusia makrifat
yang tertanam dalamnya tetapi tiada di ketahui akan dia kerana tertutup dengan
sifat basharayaha maka adalah yang
sifat basharayaha itu dengan fana di
dalam Ahadayaha. Maka sebab itulah
terbuka tatkala fana dada Ahadayaha
maka ketika inilah mengetahui oleh tiap-tiap seorang akan barang yang telah
dahulu daripada maqam salawaka nya
dan barang yang telah dahulu daripada martabat dirinya pada azali dan barang
yang taakhir daripada fana iaitu melihat ia akan Allaha Taa’laya yang Layasa
Kamatsala Shaya pada hal pandang akan Layasa Kamatsala Shaya
kerana pada masa fana itu tiada di ketahui dan tiada ingat akan suatu jua pun.
Adapun
kemudian daripada itu maka wajib pula di ketahui oleh segala makalaf serta di
iktikadkan bahawasanya Allaha Taa’laya bangkit ia akan segala orang yang di
dalam kubur pagi Jumaat maka bangkit itu tiga perkara. Pertama bangkit syariat,
kedua bangkit pada thorikat, ketiga bangkit pada hakikat. Maka bangkit pada
yang pada syariat itu telah mahsyur ia pada segala orang awam dan bangkit yang
pada thorikat itu bangkit segala orang Salik daripada kubur tiap-tiap maqam
yang bawah kepada maqam yang di atas. Maka adalah maqam salawaka itu seperti kubur dengan iktibar tiap-tiap Salik dalamnya
pada hal tiada ingat suatu dalamnya daripada jahat hal iaitu kehendak bangkit
oleh hak Taa’laya daripada maqamnya. Maka tiup oleh Allaha Taa’laya akan angin
makrifat ke dalam hati orang yang Salik supaya suka ia daripada tidurnya
seperti bangkit orang yang mati dengan di tiup sangkakala. Maka ketika itu bertambah
makrifat maka tiada pandang dirinya pada maqam itu jahat serta berpindah ia
kepada maqam yang di atas kerana pada pandangan bahawasanya maqam ini itu
terlebih baik baginya. Maka sentiasa segala orang Salik terbangkit daripada
suatu maqam kepada suatu maqam hingga sampai ia kepada maqam fana yang kubur
yang asholaya bagi tiap-tiap maujud inilah kesudahan salawaka yang pertama.
Bermula
bangkit pada hakikat itu terbangkit segala Salik dengan semata-mata ikhtiar hak
Taa’laya daripada maqam fana itu yang ia itu kubur hakikat kepada maqam baqo Al Maqoama inilah permulaannya salawaka yang kedua maka sentiasa turun
daripada suatu maqam kepada suatu maqam hingga sampai ia kepada Atsaara yang ia permulaan salawaka yang pertama-tama salawaka nya yang iaitu martabat
sekelian nabi yang marasala. Maka tatkala sudahlah aku nyatakan kelakuan naik
maka lazamlah atasku menyatakan segala maqam yang zahir ku pandang pada daerah
supaya jangan tergelincir naik kamu pada segala maqam itu dan jangan jatuh pada
sangkamu maqam yang di atas Naa’waza Ba
Allaha Manahaa.
Maka
aku nyatakan akan dikau hai orang Salik dengan jalan makhotashora seperti yang
tersebut dalam kitab Hakama abana A’thoa Allaha Dalayala Wajawada Atsaaraha
A’laya Wajawada Asamaaha Wa Bawajawada Asamaaha A’laya Tsabawata Awa Shoafaha
Wa Bawajawada Awa Shoafaha A’laya Wajawada Zaataha Aza Mahaala Ana Yaqowama Al
Washofa Ba Nafasaha telah menunjukkan oleh segala Atsara hak Taa’laya
itu atas wujud asma nya dan menunjukkan oleh wujud asmanya itu atas sabit wujud
sifatnya dan wujud sifat itu atas wujud zatnya kerana mustahil berdiri sifat
dengan sendirinya. Maka dengan mafhum kata ini jadilah segala maqam salawaka itu empat maqam. Maka sebab
itulah engkau lihat empat daerah ini dengan sebilang-bilang maqam bagi orang yang
Salik.
Tatkala
sampai ia kepada setinggi-tinggi maqam di namai akan dia orang Majazawaba dan adalah Salik Majazawaba itu kepada turun maka jadilah
kesudahan Majazawaba itu permulaan
Salik. Maka terkadang bertemu keduanya pada satu maqam yang Salik pada naik dan
yang Majazawaba itu pada turun kerana
daerah maqam Salik dan Majazawaba itu bersuatu kepadanya seperti yang kau lihat
pada daerah ini. Lakana Ba Maa’naya Waahada
jikalau berhimpun mereka itu pada suatu daerah maqam sekalipun tetapi tiada
bersuatu pada martabat seperti yang kau lihat maka berbeza satu daerah maqam
ini dengan kurus yang di tengah. Maka jadilah daerah yang satu itu dua bahagi
hingga adalah satu-satu bahagi daerah daripada dua bahagi seperti hukum daerah
yang lain kerana jauh beza martabat mereka itu antara keduanya dan jauh beza
pada makrifat.
Wa
Ba Allaha Al Tawafayaqo Wa Asaala Allaha Al Ajaabata Wa Al Qobawala. Tama Hazaa
Al Kataaba Wa Sholaya Allaha A’laya Khoyara Kholaqoha Mahamada Wa Salama
Allahama Aghofara Laya Wa Lawaaladaya Wa Laashohaaba Al Haqowaqo A’laya Wa
Lajamayaa’ Al Masalamayana Wa Al Masalamaata Wa Mawamanayana Wa Al Mawamanaata
Al Ahayaa Mana Hama Wa Al Amawaata Amayana Yaa Raba Al A’alamayana.
Basama
Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Al
Hamada Lalaha Wahadaha Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A’laya Mana Laanabaya
Baa’daha.
Amaa
Baa’da adapun
kemudian dari itu maka ketahui olehmu hai tholib bahawasanya asal iktikad yang
sempurna itu iaitu engkau iktikadkan Allaha Taa’laya itu Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Laha
Kala Shaya ertinya tiada sepertinya suatu juapun dan baginya tiap-tiap
suatu yakni tiada sepertinya suatu daripada zatnya dan baginya tiap-tiap suatu
daripada asmanya dan tajalinya. Maka dengan kata ini sekialah kita iktikadkan
bahawa hak Taa’laya itu ada baginya rupa yang tertentu dengan dia dan harus
baginya tajali dengan barang rupa yang di kehendakinya dengan Mafahawama
Wa Laha Kala Shaya dan baginya tiap-tiap rupa yang tersebut itu seperti
sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Raayata Rabaya Faya Ahasana
Showarata ertinya telah aku lihat akan tuhanku pada sebaik-baik rupa
itu iaitu mezahirnya jua maka apabila tajali dia dengan nur shaa’shaanaya.
Maka
tajali itu tiada dapat di pandang dan apabila ia tajali dengan nur ghoyara shaa’shaanaya maka iaitu dapat
ia di pandang tetapi tiada dapat di nyatakan Allaha Taa’laya. Dan sekianya pula
kita ketahui serta kita iktikadkan bagi hak Taa’laya itu tujuh martabat yakni
ia mempunyai tujuh martabat dengan Ajamaala,
pertama Ahadayaha namanya, kedua
martabat Wahadaha namanya, ketiga
martabat Waahadayaha namanya, keempat
martabat A’alama Arawaaha namanya,
kelima martabat A’alama Matsaala
namanya, keenam martabat A’alama Ajasaama
namanya, ketujuh martabat A’alama
Anasaana namanya.
Maka
tiga martabat yang pertama itu martabat ketuhanan maka yang empat martabat yang
kemudian itu martabat kehambaan lagi mezahir bagi Allaha Taa’laya. Dan sekianya
pula bahawa kita iktikad bagi hak Taa’laya itu tujuh sifat yang di namai akan
dia itu segala sifat zat. Maka yang pertama itu Hayaata, kedua A’lama,
ketiga Qodarata, keempat Araadata, kelima Samaa’, keenam Bashora,
ketujuh Kalaama. Maka dengan sifat Hayaata itu bernama Haya dan dengan sifat A’lama
itu bernama A’alama dan dengan sifat Qodarata itu bernama Qoadara dan dengan sifat Araadata itu bernama Marayada dan dengan sifat Samaa’ itu bernama Samayaa’ dan dengan sifat Bashora
itu bernama Bashoyara dan dengan
sifat Kalaama itu bernama Matakalama.
Bermula
segala sifat yang tujuh sifat ini itu ada pada kita bayang-bayang bagi segala
sifat hak Taa’laya yang telah tersebut seperti wujud kita bayang-bayang bagi
wujudnya demikian segala sifat yang lain daripadanya. Maka bayang-bayang itu
tiada maujud ia melainkan dengan empunya bayang maka bukan ia dan tiada lain
daripadanya. Maka dengan kata ini hendaklah sentiasa pada iktikad kita Laa
Haya Wa Laa A’alama Wa Laa Qoadara Wa Laa Marayada Wa Laa Samayaa’ Wa Laa
Bashoyara Wa Laa Matakalama Faya Al Haqoyaqota Alaa Allaha ertinya
tiada yang hidup dan tiada yang tahu dan tiada yang kuasa dan tiada yang
berkehendak dan tiada yang mendengar dan tiada yang melihat dan tiada yang
berkata-kata pada hakikat melainkan hanya Allaha Taa’laya jua.
Maka
apabila mesralah pendengar kita nescaya tajalilah kembalilah kepada hal A’dama
kita maka apabila tajali itu di hukumlah kita dengan mati Akhotayaaraya yang di isyarat oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama dengan sabdanya Mawata Waa Qobala Ana Tamawata Waa
ertinya matikan diri kamu dahulu daripada sebelum mati kamu. Maka dengan kata
ini adalah mati itu mati atas dua bagai, pertama mati Adhothoraaraya namanya maka iaitu tiada masuk dalamnya ikhtiar
sekali-kali, kedua mati Akhotayaaraya
namanya iaitu dengan mengiktikadkan diri kita dengan mengembalikan dia kepada
hal A’dama nya seperti yang telah
tersebut dahulu itu.
Dan
setengah daripada a’lama itu mengata
mati Adhothoraaraya itu iaitu di
namai akan dia mati Showaraya. Dan
mati Akhotayaaraya itu iaitu karam
dengan Laa Alaha Alaa Allaha kerana hasil makna Laa Alaha Alaa Allaha itu
pada orang yang manahaya tiada maujud
hanya Allaha Taa’laya kerana segala yang lain daripada Allaha itu iaitu
bayang-bayang. Maka hak Allaha Taa’laya tiada ia maujud sendirinya dengan dia
jua berdiri wujudnya itu maka tiada adalah maujud yang lain pada hakikat hanya
Allaha jua. Adapun mati Adhothoraaraya
itu maka iaitu tiada ada jalan kepadanya dengan ikhtiar kita.
Dan
adalah tersebut dalam kitab tazkirah apabila kita hampir mati maka datanglah
kepada diri kita segala rakyat Iblis menyerupakan dirinya seperti segala kaum
kita dan kekasihnya kita yang sudah mati seperti bapa dan ibu dan saudara dan
segala taulan kita maka menyuruh kita mati pada hal kita mengikut agama Yahudi
maka jika kita tiada mahu mengikut dia nescaya datanglah yang lain menyuruh
kita mati pada hal mengikut agama Nasrani. Apabila di kehendaki Allaha Taa’laya
menunjuk kita kepada jalan yang betul maka datanglah kepada kita malaikat maka di
takut daripada kita rakyat segala syaitan itu dan di sapunyalah debu pada muka
kita maka sukacitalah kita kemudian dari itu.
Maka
datanglah Malaka Al Mawata memberi salam kepada kita serta menyampaikan salam
daripada Allaha Taa’laya demikian bunyinya Al Salaama A’layaka Yaa Walaya Allaha
Allaha Yaqorawaka Al Salaama ertinya sejahtera atasmu wali Allaha
Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya memberi salam akan dikau maka di ambilnyalah
nyawa kita. Dan pada suatu riwayat katanya Rabaka Yaqoraka Al Salaama ertinya
tuhanmu memberi salam ia akan dikau demikian bunyinya Wa A’layaka Al Salaama Lalaha Al
Salaama Wa Manaha Al Salaama Wa A’layaha Yarajaa’ Al Salaama maka
hendaklah kita tatkala keluar nyawa jangan diam daripada mengata Laa
Alaha Alaa Allaha itu dengan lidahnya itu dengan zikir nafas atau
dengan hati. Bermula segala alamat yang telah di sebut oleh mereka itu tiada
lazam kerana mati itu tiada dengan ikhtiar.
Wa
Allaha Aa’lama Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha Wa
Shohabaha Wa Salama Allahama Aghofara Laya Wa Lawaaladaya Wa Ashohaaba Al
Haqowaqo A’laya Wa Lajamayaa’ Al Masalamayana Wa Al Masalamaata Wa Al
Mawamanayana Wa Al Mawamanaata Al Ahayaa Mana Hama Wa Al Amawaata Rabanaa
Zholamanaa Anafasanaa Wa Ana Lama Taghofara Lanaa Wa Tarahamanaa Lana Kawanana
Mana Al Khoasarayana Yaa Raba Al A’alamayana Amayana.
.
Sumber : Kitab Mafataaha Al Janata
No comments:
Post a Comment