Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Al Baaba Al A’sharawana Faya Zakara Al
Showara Wa Al Baa’tsa Wa Al Hashara
Bermula bab yang kedua puluh pada
menyatakan Showara dan Baa’tsa dan Hashara. Ketahui olehmu bahawasanya Israfil A’layaha Al Salama yang
punya Qorana (tanduk) dan menjadi
Allaha Allaha Taa’laya akan Luh Mahfuz itu daripada dara yang putih panjangnya barang yang antara langit dan bumi tujuh
kali dan di gantung akan dia dengan Arash. Tersurat padanya barang yang sabit
hingga hari kiamat dan bagi Israfil itu empat sayapnya satu sayap dengan
maghrib dan satu sayap menutup akan dia dan satu sayap menutup dengan dia
kepalanya dan mukanya kuning daripada takut akan Allaha Taa’laya menudungkan
kepalanya melihat kepada jahat Arash. Dan salah suatu daripada tiang Arash itu
atas bahunya dan tiada menanggung akan Arash itu melainkan dengan kudratnya. Maka
bahawasanya kecil ia daripada takut akan Allaha Taa’laya hingga seumpama burung
A’shofawara maka apabila mehukum
Allaha Taa’laya dengan suatu pada Luh Mahfuz di bukakan tutup pada mukanya dan
melihat ia kepada barang yang mehukum Allaha daripada hukum dan suruh.
Dan tiada pada malaikat yang terlebih
hampir tempat daripada Arash daripada Israfil A’layaha Al Salama dan antaranya
dan antara Arash tujuh hijabnya daripada satu hijab kepada satu hijab
perjalanan lima ratus tahun dan antara Jibril dan Israfil tujuh puluh hijab.
Sungguhnya telah mehantarkan Showara
atas ribanya yang kanan dan kepala Showara
atas mulutnya maka melihat ia akan suruh Allaha Taa’laya. Manakala datang ia
maka meniup ia padanya maka apabila selesai masa dunia hampirlah Showara itu daripada muka Israfil maka
mehimpun Israfil akan sayapnya yang empat kemudian meniup ia pada Showara. Dan
kata Qoyala menjadi Malaka Al Mawata akan salah satu daripada tapak tangannya
di bawah bumi yang ketujuh dan yang satunya di atas langit yang ketujuh maka
mengambil ia akan segala ruh ahli langit dan ahli bumi dan tiada tinggal di
dalam bumi itu melainkan Iblis laa’nata Allaha A’layaha dan tiada tinggal di
langit melainkan Jibril dan Mikail dan Israfol dan Izrail A’layahama Al
Sholaata Al Salama dan mereka itu yang diasatatsanakan oleh Allaha Taa’laya
pada firmannya Faaza Nafakho Faya Al Showara Fashoa’qo Mana Faya Al Samawaata Wa Mana
Faya Al Aradho Alaa Mana Shaa Allaha Al Ayata maka apabila di tiup pada Showara maka mati mereka itu yang di dalam langit dan mereka yang
di dalam bumi melainkan mereka yang di kehendaki oleh Allaha Taa’laya hingga
akhir ayat.
Dan riwayat daripada Abaya Harayaraha
ia sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan
Showara dan baginya empat cawangnya satu
cawangnya daripadanya pada maghrib dan satu cawang daripadanya pada masyrik dan
satu cawang daripadanya di bawah bumi yang ketujuh yang di bawah dan satu cawang
daripadanya di atas langit yang ketujuh yang di atas. Dan pada Showara itu daripada berapa pintu dengan
bilang-bilang segala ruh dan padanya tujuh puluh rumah pada satu daripadanya
segala ruh malaikat dan pada satu daripadanya segala ruh jin dan pada satu
daripadanya ruh manusia dan pada satu daripadanya segala ruh syaitan dan pada
satu daripadanya segala ruh binatang melata-lata di bumi hingga semut hingga
sempurna tujuh puluh jenis. Membagi akan dia oleh Allaha Taa’laya akan Israfil
A’layaha Al Salama maka dia mehantarkan dia atas mulutnya melihat ia manakala
di suruh maka meniup ia tiga kali, tiup satu fazaa’ terkejut dan kedua tiup mati dan ketiga tiup baa’tsa bangkit hidup.
Telah berkata Hazayafaha “Ya rasul
Allaha, betapa ada segala makhluk tatkala di tiup sangkakala” sabda nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Ya Hazayafaha dan demi diriku di tangan
kudratnya, di tiup pada Showara dan
berdiri kiamat dan pada hal seorang laki-laki sungguhnya telah mengangkatkan
satu suap kepada mulutnya maka tiada kuasa memakan akan dia dan mengangkatkan
pakaian antara hadapannya supaya di pakainya maka tiada kuasa memakai akan dia
dan mengangkatkan tempat air atas mulutnya supaya meminum akan dia maka tiada
terminum akan dia.
Al Baaba Al Haadaya Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Nafakhota Al Shoa’qo Tsama Nafakhota Al Fazaa’
Bermula bab yang dua puluh satu pada
menyatakan tiup Shoa’qo kemudian tiup
Fazaa’ dan di tiup pada Showara maka sampailah terkejutnya
segala ahli langit dan bumi melainkan barang yang di kehendaki oleh Allaha
Taa’laya. Dan berjalanlah segala bukit akan sebagai berjalan dan bergerak
langit akan sebagai gerak dan gempa bumi akan sebagai gempa seumpama perahu di
dalam air. Dan beranak segala orang bunting akan anaknya dan lali segala orang
yang menyusu akan anaknya dan jadilah segala kanak-kanak beruban dan jadilah
segala syaitan itu tercengang. Dan sungguhnya telah berhamburan atas mereka itu
segala bintang dan di gerhanakan matahari dan di jauhkan langit dari atas
mereka itu dan pada hal segala manusia daripada yang demikian itu lali. Dan
yang demikian itu firman Allaha Taa’laya Ana Zalazalata Al Saaa’ta Shaya A’zhoyama
bahawasanya gempa kiamat itu perkara yang amat besar dan adalah yang demikian
itu empat puluh hari.
Dan riwayat daripada sayadana A’bada
Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa berkata ia telah membaca nabi
A’layaha Al Salama akan firman Allaha Taa’laya Yaa Ayahaa Al Naasa Ataqowaa Raba
Kama Ana Zalazalata Al Saaa’ta Shaya Azhoyama hai segala manusia takut
olehmu akan tuhan kamu bahawasanya gempa kiamat itu suatu yang sangat besar.
Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Adakah kamu sekelian tahu apa itu
hari” berkata mereka itu “Allaha dan rasulnya terlebih mengetahui”. Sabda nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Demikian hari itulah yang berkata Allaha
Taa’laya padanya bagi Adam A’layaha Al Salama berdiri olehmu dan bangkitkan
daripada anak engkau bangkitkan neraka. Maka berkata Adam A’layaha Al Salama “Berapa
daripada tiap-tiap seribu”. Firman Allaha Taa’laya daripada tiap-tiap seribu sembilan
ratus sembilan puluh sembilan kepada neraka dan satu ke syurga demikian itu
atas kaum dan mengeras atas mereka itu tangis dan dukacita”.
Maka sabda nabi A’layaha Al Salama
“Aku harap bahawa adalah kamu sekelian besar yang ahli syurga” kemudian sabda
nabi A’layaha Al Salama “Aku harap bahawa adalah kamu sekelian setengah ahli syurga”
maka sukalah sahabat sekelian. Maka sabda nabi A’layaha Al Salama “Aku harap
bahawa adalah sekelian dua tsalatsa
ahli syurga” dan sabda nabi A’layaha Al Salama “Suka olehmu maka bahawasanya
kamu sekelian nisbah kepada umat seperti satu buli pada lambung unta hanya
sungguhnya kamu sekelian itu satu jaza daripada seribu jaza”. Dan daripada
Abaya Harayaraha radhoya Allaha a’naha berkata ia sabda nabi A’layaha Wa Salama
“Bahawasanya bagi Allaha Taa’laya seratus rahmat telah di turunkan satu rahmat
daripadanya atas segala manusia dan jin dan binatang dan hawaama di dalam bumi. Maka dengan satu rahmat yang berkasih
sayanglah dengan dia dan memfanakan sembilan puluh sembilan rahmat yang rahmat
ia atas segala hambanya dengan dia pada hari kiamat”.
Kemudian menyuruh ia akan Israfil
A’layaha Al Salama bahawa meniup akan tiup bagi mati maka meniuplah ia maka
berkata ia “Hai segala ruh yang di pinjam keluarlah olehmu dengan suruh Allaha
Taa’laya” maka matilah segala ahli langit dan bumi melainkan mereka itu yang di
kehendaki oleh Allaha Taa’laya. Kata setengah mereka itulah syuhada maka
bahawasanya mereka itu hidup pada tuhan mereka itu seperti firman Allaha
Taa’laya Wa Laa Taqowalawaa Lamana Faya Sabayala Allaha Amawaataa Bala Ahayaa Al Ayata dan jangan berkata olehmu bagi
orang yang mati perang sabil itu mati tetapi segala mereka itu hidup.
Dan tersebut dalam hadis daripada nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bahawasanya Allaha Taa’laya muliakan orang
mati syahid itu dengan lima kemuliaan yang tiada memuliakan akan dia akan
seorang dan tiada aku salah suatu daripadanya. Bahawasanya segala ruh anabaya
itu mengambil akan dia Malaka Al Mawata dan aku pun demikian juga dan segala
ruh shahada itu mengambil akan dia Allaha Taa’laya dan yang kedua bahawasanya
segala shahada tiada di mandi akan mereka itu dan yang ketiga bahawasanya
anabaya di kapan akan mereka itu dan aku pun demikian juga dan segala shahada
tiada di kapan akan mereka itu dan yang keempat bahawasanya anabaya di namakan
mereka itu orang mati dan akunpun demikian juga di kata orang mati Mahamada
A’layaha Al Salama dan bahawasanya shahada itu hidup mereka itu tiada di
namakan mereka itu mati tetapi di kata akan mereka itu hidup dan yang kelima
bahawasanya segala anabaya mensyafaat mereka itu hari kiamat dan aku pun
demikian juga dan segala shahada mensyafaat oleh mereka itu tiap-tiap hari
hingga hari kiamat”.
Dan di kata orang pada makna Al Amana Shaa Allaha melainkan mereka
yang mereka yang di kehendaki olen Allaha itu yakni tinggal dua belas orang Jibril
dan Israfil dan Mikail dan Izrail A’laya Hama Al Sholaata Wa Al Salama dan
lapan daripada Hamalata Al A’rasha
maka tinggallah dunia dengan tiada manusia dan jin dan syaitan dan tiada
binatang liar. Kemudian berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata
bahawasanya aku menjadi bagi engkau bilang Awalayana
dan Akhorayana pertolong dan aku jadi
bagi engkau kuat ahli langit dan bumi dan aku pakai akan dikau ini hark pakaian
marah maka turun olehmu dengan marahku dan kekerasanku atas Iblis A’layaha Al
Laa’nata maka engkau rasakan akan dia mati dan tanggungkan atas payah mati
orang yang dahulu dan orang yang kemudian daripada manusia dan jin akan
ganda-berganda dan hendaklah ada serta engkau itu daripada malaikat Al Zabaniah
tujuh puluh ribu serta tiap-tiap seorang daripada mereka itu aatu rantai
daripada rantai neraka Lazhoya”.
Maka menyeru ia akan Malaka supaya
membuka ia akan segala pintu neraka maka turun Malaka Al Mawata dengan rupa
jikalau melihat kepadanya ahli langit dan bumi yang tujuh nescaya mati mereka
itu sekeliannya. Maka sampai kepada Iblis dan menegah dan menakut ia akan
sekali takut maka tiba-tiba sungguhnya telah pengsannya dan baginya suara
jikalau mendengar akan dia ahli langit dan bumi nescaya mati mereka itu
daripada suara itu. Dan Malaka Al Mawata berkata “Hai Khobayatsa, nescaya aku rasakan dikau mati ini hari berapa daripada
engkau dapat akan dia dan berapa manusia engkau sesat akan dia” berkata ia maka
lari Iblis ke masyrik maka tiba-tiba Izrail ada di sana dan lari ke maghrib
maka tiba-tiba ada ia di sana. Maka sentiasa kemana-mana tempat dia lari
kemudian berdiri Iblis pada tengah dunia pada kubur Adam A’layaha Al Salama maka
berkata ia “Hai Adam, dari kerana engkau jadi aku di rejam akan daku dan di
laknat akan daku dan di halau akan daku”.
Maka berkata ia “Hai Malaka Al Mawata
dengan apa minum engkau beri akan daku dan dengan apa azab engkau ambil akan
ruhku” maka berkata ia “Dengan minuman Lazhoya
dan Saa’yara” dan Iblis itu jatuh di
tanah sekali kemudian dari sekali hingga apabila adalah ia pada tempat yang
turun dari langit padanya dan di laknat padanya dan sungguhnya telah menuang
atasnya oleh malaikat Zabaniah dengan pengain maka mengambil akan dia Zabaniah
dan menikam mereka itu akan dia maka tinggallah di dalam nazak dan di dalam Sakaraata Al Mawata berapa masa yang di
kehendaki akan dia oleh Allaha Taa’laya.
Al Baaba Al Tsaanaya Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Fanaa Al Ashayaa Baamara Allaha Taa’laya
Bermula bab yang kedua puluh dua pada
menyatakan fana sekelian perkara suatu dengan suruh Allaha Taa’laya. Di suruh
akan Malaka Al Mawata bahawa memfanakan segala laut seperti firman Allaha
Taa’laya Kala Shaya Haalaka Alaa Wajahaha tiap-tiap suatu itu binasa
melainkan zatnya. Maka datang Malaka Al Mawata kepada segala laut maka berkata
ia “Sungguhnya telah selesai masa engkau” maka berkata laut “Izinkan olehmu
bagiku hingga aku meratap atas diriku”. Maka berkata ia “Di mana segala ombakku
dan di mana segala ajaibku dan sungguhnya telah datang suruh Allaha” maka
menjerit atasnya Malaka Al Mawata akan sekali jerit maka seolah-olah airnya
tiada ada dahulu.
Kemudian datang kepada segala gunung
maka berkata ia “Sungguhnya telah selesai masa engkau” maka berkata berkata
segala gunung “Izinkan olehmu bagiku hingga aku meratap atas diriku”. Maka
berkata ia “Mana tinggiku dan mana kuatku dan sungguhnya telah datang suruh
Allaha maka menjerit atas Malaka Al Mawata sekali jerit maka hancurlah ia.
Kemudian datang ia kepada bumi maka berkata ia “Telah selesai masa engkau” maka
berkata bumi “Izinkan olehmu bagiku hingga aku meratap atas diriku”. Maka
berkata ia “Di mana segala raja-rajaku dan segala pohon kayuku dan segala
sungaiku dan segala macam-macam tumbuh” maka menjerit atasnya Malaka Al Mawata
sekali jerit maka gugurlah segala dindingnya dan timbuslah segala mata airnya.
Kemudian naik ia kelangit maka
menjerit ia maka gerhanalah matahari dan bulan dan gugurlah berhamburan dan
segala najawama. Kemudian berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata, siapa
lagi yang tinggal daripada makhlukku” maka berkata ia “Tuhanku, engkaulah yang
hidup yang tiada mati. Tinggal lagi Jibril dan Mikail dan Israfil dan Hamalata Al A’rasha dan aku hamba engkau yang dhoif”. Maka firman Allaha
Taa’laya “Ambil olehmu akan segala ruh mereka itu” maka mengambillah ia akan
ruh mereka itu. Kemudian firman Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata, adakah
tiada engkau dengar akan perkataanku Kala Nafasa Zaaqota Al Mawata
tiap-tiap nafas itu merasakan mati dan engkau itu satu makhluk daripada
makhlukku. Mati olehmu” maka mati ia.
Dan tersebut di dalam hadis yang lain
kemudian menyuruh akan dia oleh Allaha Taa’laya dengan mengambil akan ruh
dirinya datang ia kepada tempat antara syurga dan neraka dan menjadi akan dia
matanya ke langit maka meninggal ia akan ruhnya maka menjerit akan satu
jeritnya jikalau adalah segala makhluk sekelian hidup nescaya mati mereka itu
daripada jeritnya. Kemudian berkata ia “Jikalau tahu aku akan bahawa nazakkan
ruh itu ini sakitnya nescaya adalah aku atas mengambil ruh mukminin itu
terlebih kasih sayang”. Kemudian mati ia maka tiada tinggal seorang dan
tersebut pada hadis yang lain firman Allaha Taa’laya “Pergi olehmu dan mati
olehmu antara syurga dan neraka” maka matilah ia di sana dan tiada tinggal
suatu melainkan Allaha Taa’laya maka tinggallah dunia binasa berapa lama yang
di kehendaki oleh Allaha Taa’laya.
Al Baaba Al Tsaalatsa Wa Al
A’sharawana Faya Zakara Maa Yahashara Mana Al Kholaaqo
Bermula bab yang kedua puluh tiga pada
menyatakan barang yang mahashara Allaha Taa’laya daripada segala makhluk
tersebut di dalam hadis apabila menghendak Allaha Taa’laya bahawa mahashara kan
segala makhluk itu mehidup akan Jibril dan Mikail A’layaha Hama Al Salama dan
Israfil dan Izrail A’laya Hama Al Salama. Awalnya Israfil maka mengambil ia Showara daripada Arash maka membangkit
oleh Allaha Taa’laya kepada Radhowaana
(Ridhwan) maka berkata ia “Hai Ridhwan, perhiasi olehmu akan segala syurga dan
susun olehmu akan segala pakaian bagi Mahamada A’layaha Al Salama dan umatnya”.
Kemudian datanglah mereka itu dengan
Boraq dan makotanya dan panji-panji pujian dan dua pakaian daripada pakaian
syurga maka awal-awal yang di hidupkan oleh Allaha Taa’layaitu daripada
binatang iaitu Boraq. Maka firman Allaha Taa’laya bagi mereka itu “Pakai oleh
kamu akan dia” maka memakai mereka itu akan dia pelana yang bertatah daripada
yaakut yang merah dan kekangnya daripada zabarjad yang hijau dan dua pakaian,
salah satu daripadanya hijau dan yang satunya kuning. Maka firman Allaha
Taa’laya bagi mereka itu “Pergi olehmu kepada kubur Mahamada A’layaha Al Salama”
maka pergi mereka itu dan sungguhnya telah jadilah bumi itu bumi yang rata
tiada rendah dan tiada tinggi dan tiada tumbuh-tumbuhan maka tiadalah
mengetahui mereka itu di mana kuburnya.
Maka zahirlah nur Mahamada A’layaha Al
Salama seumpama tiang daripada kubur hingga keatas langit maka berkata Jibril
A’layaha Al Salama “Panggil olehmu hai Israfil maka engkaulah yang mahashara Allaha Taa’laya akan segala
makhluk dengan tangan engkau”. Maka berkata ia baginya “Hai Jibril, seru olehmu
maka engkau itu kekasihnya di dalam dunia” maka berkata ia “Aku malu
daripadanya”. Maka berkata Israfil A’layaha Al Salama “Seru olehmu hai Mikail”
maka berkata Mikail A’layaha Al Salama “Al Salaama A’layaka Yaa Mahamada” maka
tiada menjawab ia akan dia. Maka berkata mereka itu bagi Malaka Al Mawata “Seru
olehmu” maka berkata Malaka Al Mawata “Hai ruh yang baik kembali olehmu kepada
badan yang baik” maka tiada menjawab akan dia seorang. Kemudian menyeru Israfil
A’layaha Al Salama “Hai ruh yang baik masuk olehmu kepada badan” maka tiada
menjawab akan dia seorang. Kemudian menyeru Izrail A’layaha Al Salama “Hai ruh
yang baik berdiri olehmu bagi fasal Al
Qodhoa dan bagi hisab dan lintang atas tuhan Al Rahamana”.
Maka pecah kubur maka tiba-tiba ia
duduk dalam kuburnya mengibaskan tanah daripada kepalanya dan janggutnya. Maka
memberi akan dia oleh Jibril A’layaha Al Salama dua pakaian dan Boraq maka
berkata ia “Hai Jibril, apa hari ini” maka berkata ia “Hari kiamat dan Yawama Al Hasharata Wa Al Nadaamata. Ini
hari Boraq dan hari bercerai dan hari berjumpa”. Maka berkata ia “Hai Jibril,
suka olehmu akan daku” maka berkata ia “Bermula syurga itu sudah perhiasi bagi datang
engkau dan neraka itu sudah di kunci”. Maka berkata ia “Tiada aku tanyakan dikau
daripada ini tetapi aku tanya akan dikau daripada umat aku yang berdosa.
Mudah-mudahan engkau tinggal akan mereka itu di atas Shorotho Al Masataqoyama”. Maka berkata Israfil “Dan demi kebesaran
tuhanku, hai Mahamada tiada aku tiup sangkakala bangkit dahulu daripada diri
engkau” maka berkata ia “Sekarang ini baru baik hatiku dan tetap mataku” maka
mengambil ia akan makota dan pakaian maka memakai ia akan keduanya maka menaik
ia akan Boraq.
Al Baaba Al Raabaa’ Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Shofata Al Baraaqo
Bermula bab yang kedua puluh empat
pada menyatakan sifat Boraq baginya dua sayap yang terbang ia antara langit dan
bumi dan mukanya seperti muka manusia dan lidahnya seperti lidah A’rab, nyata
dua haajaba nya, besar dua tanduknya, kecil dua telinganya dan keduanya
daripada zabarjad yang hijau, hitam dua matanya. Dan di kata orang seperti
bintang yang cemerlang dan ubun-ubunnya daripada yaakut yang merah dan ekornya
seperti ekor lembu bertatah dengan emas yang merah. Dan di kata orang pada
eloknya seperti merak, besar daripada hamar dan kecil daripada baghal dan hanya
sanya di namai akan dia Baraa’qo
kerana berjalannya dan segeranya seperti kilat.
Maka tatkala hampir kepada nabi
A’layaha Al Salama supaya naik akan dia, liarlah ia dan berkata “Hai Jibril dan
demi kebesaran tuhanku tiada menaiki akan daku melainkan nabi Al Haashamaya Al Abathohaya Al Qorashaya
Mahamada bana A’bada Allaha Shoahaba Al Qoraana” maka berkata ia “Akulah
Mahamada bana A’bada Allaha”. Maka menaiklah ia akan dia kemudian pergi ia ke
syurga maka tunduk ia sujud. Menyeru yang menyeru “Angkat olehmu akan kepalamu
ya Mahamada, bukan ini hari rukuk dan sujud tetapi ini hari hisab dan balas.
Angkat olehmu akan kepalamu dan minta olehmu di beri akan kamu”. Maka berkata
ia “Hai tuhanku, barang engkau janji akan daku pada umatku” berkata ia “Aku
bagi akan dikau akan barang yang redha engkau dengan dia” seperti firman Allaha
Taa’laya Wa Lasawafa Yaa’thoyaka Rabaka Fataradhoya dan lagi membagi
akan dikau oleh tuhan engkau maka redha engkau akan dia.
Kemudian menyuruh Allaha Taa’laya akan
langit bahawa hujan ia maka hujanlah langit akan air seperti mani laki-laki
empat puluh hari. Maka adalah air di atas tiap-tiap suatu dua belas zaraaa’ maka tumbuhlah makhluk dengan
demikian air itu seperti tumbuh sayur-sayuran hingga sempurna segala jasad
mereka itu seperti barang yang dahulu kala di dalam dunia. Kemudian mengganti
Allaha Taa’laya akan bumi yang di amalkan di atas akan maksiat maka di tuangkan
atasnya daripada hamim maka di datangkan dengan bumi daripada perak yang putih
maka di tuangkan atasnya daripada air syurga. Dan riwayat daripada Sataya
A’ashaha radhoya Allaha A’nahaa berkata ia “Hai rasul Allaha, pada hari yang di
gantikan bumi dengan bumi yang lain, di mana ada manusia” sabda nabi A’layaha
Al Salama “Hai A’ashaha, engkau tanyakan akan aku daripada suatu yang besar
tiada menanya akan daku daripadanya yang lain daripada engkau. Bahawasanya
segala manusia itu hari atas Shorotho Al
Masataqoyama”.
Al Baaba Al Khoamasa Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Nafakhota Al Showara Lalabaa’tsa
Bermula bab yang kedua puluh lima pada
menyatakan tiup sangkakala bagi bangkit kemudian berfirman Allaha Taa’laya “Hai
Israfil, berdiri olehmu dan tiup olehmu pada Showara akan tiup bangkit”. Maka
meniup ia dan menyeru ia “Hai segala ruh yang kelu dan segala tulang yang
hancur dan segala jasad yang hancur dan segala urat yang berpotong-potong dan
segala kulit yang carik-carik dan segala bulu yang gugur-gugur, berdiri olehmu
bagi fasal Al Qodhoa”. Maka
berdirilah mereka itu dengan suruh Allaha Taa’laya dan demikian itu firman
Allaha Taa’laya Faazaa Hama Qoyaama Yanazhorawana maka tiba-tiba mereka itu
berdiri melihat mereka itu kepada langit sungguhnya telah bergerak-gerak dan
kepada bumi sungguhnya telah di ganti dan kepada unta sungguhnya telah di
hampakan dan kepada binatang yang buas sungguhnya telah di hashara kan sama manusia dan kepada laut sungguhnya telah di
nyalakan api dan kepada segala nafas sungguhnya telah di duakan dan kepada
Zabaniah sungguhnya telah di hadirkan dan kepada matahari sungguhnya telah di
gulungkan dan kepada Mizan sungguhnya telah di dirikan dan kepada syurga
sungguhnya telah di dekatkan.
Mengetahuilah diri seorang barang yang
telah di hadirkan dan yang demikian itu firman Allaha Taa’laya Qoalawaa
Yaa Wayalanaa Baa’tsanaa Mana Maraqodanaa Hazaa Maa Waa’da Al Rahamana Wa
Shodaqo Al Marasalayana berkata mereka itu hai kecelakaan kami siapa
yang membangkit akan kami daripada tempat ketiduran kami ini barang yang telah
menjanji oleh Allaha Taa’laya dan telah benarlah segala mursalin. Maka keluar
mereka itu daripada kuburnya tiada berkata lagi bertelanjang dan tanya rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada makna firman Allaha Taa’laya Yawama
Yanafakho Faya Al Showara Fataatawana Afawaa Jaa pada hari yang di tiup
pada sangkakala maka datanglah mereka itu berjemaah-jemaah maka menangis rasul
Allaha hingga basah tanah daripada air matanya.
Kemudian sabdanya A’layaha Al Salama
“Hai yang bertanya engkau tanya akan daku daripada pekerjaan yang amat besar.
Bahawasanya di hashara kan pada hari
kiamat berapa kaum daripada umatku atas dua belas macam. Adapun yang pertama
maka di hashara kan mereka itu atas
rupa kera dan mereka itu ahli fitnah pada manusia seperti firman Allaha Taa’laya
Wa
Al Fatanata Ashada Mana Al Qotala bermula fitnah itu terlebih sangat
daripada bunuh. Dan yang kedua di hashara
kan mereka itu atas rupa babi dan mereka itu ahli Al Sahata yakni haram seperti firman Allaha Taa’laya Samaaa’wana
Lalakazaba Akaalawana Lalasahata mendengarlah mereka itu dusta dan
makanlah mereka itu bagi sahata. Dan
yang ketiga di hashara kan mereka itu
buta buta matanya tercengang mereka itu maka bergantung dengan mereka itu
manusia dan mereka itu yang zalim pada hukum seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Azaa Hakama Tama Bayana Al Naasa Ana Tahakamawaa Ba Al A’dala Ana Allaha
Naa’maa Yaa’zho Kama Baha Ana Allaha Kaana Samayaa’a Bashoyaraa dan
apabila mehukum oleh kamu antara manusia bahawa mehukum oleh kamu dengan adil.
Bahawasanya Allaha Taa’laya sebaik-baik yang mengajar akan kamu dengan dia.
Bahawasanya Allaha Taa’laya itu adalah ia sangat mendengar dan sangat melihat.
Dan yang keempat di hashara kan mereka itu tuli dan kelu dan
mereka itu yang takjub mereka itu dengan segala ilmunya seperti firman Allaha
Taa’laya Ana Allaha Laa Yahaba Kala Makhotaala Fajawara bahawasanya
Allaha Taa’laya tiada kasih akan orang yang takbur dan orang yang
bermegah-megah. Dan yang kelima di hashara
kan mereka itu mengalir daripada segala mulut mereka itu tanah dan memamah
mereka itu akan segala lidah mereka itu dan mereka itu segala a’lama yang
menyalahi perkataan mereka itu akan perbuatannya seperti firman Allaha Taa’laya
Ataamarawana
Al Naasa Ba Al Bara Wa Tanasawana Anafasa Kama Al Ayata adakah menyuruh kamu akan manusïa dengan kebajikan dan
lupa kamu akan diri kamu. Dan yang keenam di hashara kan mereka itu dan atas jasad mereka itu kudis daripada api
dan mereka itu yang jadi saksi dengan dusta.
Dan yang ketujuh di hashara kan segala tapak kaki mereka itu
atas muka mereka itu terikat dengan ubun-ubun mereka itu dan mereka itu
terlebih busuk daripada bangkai dan mereka itu yang mengikut oleh mereka itu
syahwatnya dan lazatnya dan haram seperti firman Allaha Taa’laya Awalaka
Alazayana Ashatarawaa Al Hayaata Al Danayaa Ba Al Akhorata mereka
itulah yang membeli mereka itu kehidupan dunia dengan akhirat. Dan yang
kedelapan di hashara kan mereka itu
seperti orang mabuk jatuh kanan dan kiri dan mereka itulah yang menegah akan
hak Allaha Taa’laya Yaa Ayahaa Alazayana Amanawaa Anafaqowaa Mana Thoyabaata Maa Kasaba
Tama Al Ayata hai mereka yang
beriman mereka itu nafkahlah oleh kamu daripada baik barang yang berusaha oleh
kamu. Dan yang kesembilan di hashara
kan mereka itu dan atas mereka itu serawal daripada mebalangkinya dan mereka
itu yang tiada menegahkan daripada mengumpat-ngumpat akan manusia seperti
firman Allaha Taa’laya Wa Laa Tajasasawaa Wa Laa Yaghotaba Baa’dho
Kama Baa’dhoa dan jangan mencari-cari keaib orang dan jangan
mengumpat-ngumpat setengah kamu akan setengah.
Dan yang kesepuluh di hashara kan mereka itu keluar segala
lidah mereka itu daripada belakang mereka itu dan mereka itu orang yang
mengadu-ngadu akan manusia. Dan yang kesebelas di hashara kan mereka itu mabuk dan mereka itulah yang berkata-kata di
dalam segala masjid dengan perkataan dunia seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Ana Al Masaajada Lalaha bahawasanya segala masjid itu bagi Allaha
Taa’laya. Dan yang kedua belas di hashara
kan mereka itu atas rupa babi dan mereka itulah yang makan riba seperti firman
Allaha Taa’laya Laa Taakalawaa Al Rabaa Adhoa’afaa Madhoaa’fata Al Ayata jangan memakan oleh kamu akan
riba ganda-berganda.
Dan pada hadis yang shoheh daripada
Maa’za bana Jabala radhoya Allaha a’naha daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama sabda ia apabila adalah hari kiamat dan hari Al Hasharata Wa Al Nadaamata Mahashara Allaha Taa’laya akan umatku
daripada kubur mereka itu atas dua belas jemaah. Adapun jemaah yang pertama
maka di hashara kan mereka itu
daripada kuburnya tiada bagi mereka itu tangan dan kaki. Maka menyeru yang
menyeru daripada pihak Allaha Taa’laya inilah mereka yang menyakiti akan jiran,
mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu maka inilah balas mereka itu dan
tempat kembali mereka itu kepada neraka seperti firman Allaha Taa’laya Wa Al
Jaara Zaya Al Qorabaya Wa Al Jaara Al Janaba Wa Al Shoahaba Ba Al Najaba Al Ayata jiran yang hampir kepada
engkau pada jiran atau nasab dan jiran yang jauh kazalaka dan taulan pada safara
atau shonaa’ta. Dan adapun jemaah
yang kedua maka di hashara kan mereka
itu daripada kubur mereka itu atas rupa daabata
iaitu babi. Maka menyeru oleh orang yang menyeru pada pihak Allaha Taa’laya
inilah mereka yang bermain-main di dalam sembahyang, mati ia dan tiada taubat
ia maka inilah balasan mereka itu dan tempat kembalinya itu kepada neraka
seperti firman Allaha Taa’laya Fawayala Lalamasholayana Alazayana
Hama A’na Sholaata Hama Saahawana maka wayala itu wadi jahanam bagi segala mereka yang sembahyang mereka
itu yang bermain-main dan lali daripada sembahyang mereka itu.
Dan adapun jemaah yang ketiga maka di hashara kan mereka itu daripada kubur
mereka itu dan perut mereka itu seumpama bukit penuh daripada ular dan kala
seperti segala baghal. Maka menyeru yang menyeru daripada pihak Allaha Taa’laya
inilah mereka yang menegah mereka itu akan zakat, mati mereka itu dan tiada
taubat mereka itu maka inilah balasan mereka itu dan tempat kembalinya itu api
neraka seperti firman Allaha Taa’laya Wa Alazayana Yakarawana Al Zahaba Wa Al
Fadhota Wa Laa Yanafaqowana Hamaa Faya Sabayala Allaha Fabashara Hama Ba
A’zaaba Alayama Yawama Yahamaya A’laya Haa Faya Naara Jahanama dan
mereka menyimpankan mereka itu akan emas dan perak dan tiada di nafkahkan dia
pada sabil Allaha maka suka olehmu akan mereka itu dengan azab yang sangat
fidyah pada hari yang di bakar atasnya pada neraka jahanam. Maka menjadi Allaha
Taa’laya dengan tiap-tiap satu daanaqo
itu iaitu duit yang kecil daripadanya luh daripada api neraka maka di selar
dengan dia segala dahinya dan segala lambungnya dan segala belakangnya. Hazaa
Maa Kanaza Tama Laanafasa Kama Fazawaqowaa Maa Kana Tama Tashakarawana
inilah barang yang menyimpan kamu bagi diri kamu maka rasa olehmu barang yang
adalah kamu simpan akan dia.
Dan adapun jemaah yang keempat maka di
hashara kan mereka itu daripada kubur
mereka itu mengalir daripada segala mulut mereka itu darah dan segala perut
mereka itu terhulur atas bumi dan api keluar daripada mulut mereka itu. Maka
menyeru yang menyeru daripada pihak Allaha Taa’laya inilah mereka yang dusta
pada jual dan beli, mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu maka inilah
balasan mereka itu dan kembali mereka itu kepada api neraka seperti firman
Allaha Taa’laya Ana Alazayana Yashatarawana Baa’hada Allaha Wa Ayamaana Hama Tsamanaa
Qolayalaa bahawa mereka itu yang membeli mereka itu dengan janji Allaha
Taa’laya dan sumpah mereka itu akan harga yang sedikit. Dan adapun jemaah yang
kelima maka di hashara kan mereka itu
daripada kubur mereka itu terlindung mereka itu daripada manusia dan bau mereka
itu terlebih busuk daripada bangkai. Maka menyeru yang menyeru daripada pihak
Allaha Taa’laya inilah maka yang sembunyi akan maksiat dengan sembunyi daripada
manusia dan tiada takut mereka itu daripada Allaha Taa’laya dan mati mereka itu
dan tiada taubat mereka itu dan inilah balasan mereka itu dan kembali mereka
itu kepada api neraka seperti firman Allaha Taa’laya Yasatakhofawana Mana Al Naasa Wa
Laa Yasatakhofawana Mana Allaha
Al Ayata berlindung mereka itu pada manusia dan tiada berlindung mereka itu
daripada Allaha.
Dan adapun jemaah yang keenam maka di hashara kan mereka itu daripada kuburnya
potong segala halkumnya dari belakang. Maka menyeru yang menyeru daripada pihak
Allaha Taa’laya inilah mereka itu yang naik saksi dengan dusta, mati mereka itu
dan tiada taubat mereka itu maka inilah balasan mereka itu dan kembalinya
kepada api neraka seperti firman Allaha Taa’laya Wa Alazayana Laa Yashahadawana Al
Zawara Al Ayata dan mereka
yang tiada naik saksi mereka itu dengan dusta hingga akhir ayat. Dan adapun jemaah
yang ketujuh maka di hashara kan
mereka itu daripada kubur mereka itu tiada bagi mereka itu lidah mengalir
daripada segala mulut mereka itu darah dan nanah. Maka menyeru yang menyeru
inilah mereka yang menegah mereka itu akan saksi yang sebenarnya, mati mereka
itu dan tiada taubat mereka itu maka inilah balasan mereka itu dan kembalinya
kepada api neraka seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laa Takatamawaa Al Shahaadata
Wa Mana Yakatama Haa Faanaha Atsama Qolabaha Al Ayata dan jangan kamu sembunyi akan saksi dan barang siapa yang
sembunyi akan dia maka bahawasanya berdosalah hatinya.
Dan adapun jemaah yang kelapan maka di
hashara kan mereka itu daripada kubur
mereka itu menutupkan kepala mereka itu dan segala kaki mereka itu di atas
kepala mereka mengalir daripada faraj mereka itu berupa sungai daripada nanah
dan danur. Maka menyeru yang menyeru daripada pihak Allaha Taa’laya inilah
mereka yang berzina mereka itu, mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu
maka inilah balasan mereka itu dan kembalinya kepada api neraka seperti firman
Allaha Taa’laya Wa Laa Taqorabawaa Lazanaa Anaha Kaana Faahashata Al Ayata dan jangan hampir kamu akan
zina bahawasanya adalah ia fahashata keji. Dan adapun jemaah yang kesembilan
maka di hashara kan mereka itu
daripada kubur mereka itu hitam segala muka mereka itu, biru segala mata mereka
itu, parut mereka itu penuh daripada api neraka. Maka menyeru yang menyeru
daripada pihak Allaha Taa’laya inilah mereka yang memakan akan harta anak yatim
dengan zalim, mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu maka inilah balasan
mereka itu dan kembalinya kepada api neraka seperti firman Allaha Taa’laya Ana
Alazayana Yaakalawana Amawaala Al Yataamaya Zholamaa Ana Maa Yaakalawana Faya
Bathowana Hama Naara Al Ayata
bahawasanya mereka yang memakan akan harta anak yatim dengan zalim hanya
sungguhnya memakan mereka itu di dalam perut mereka itu api neraka.
Dan adapun jemaah yang kesepuluh maka
di hashara kan mereka itu daripada
kubur mereka itu dengan jazaama dan sopak. Maka menyeru yang menyeru daripada
pihak Allaha Taa’laya inilah mereka yang derhaka mereka itu akan dua ibu
bapanya, mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu maka inilah balasan mereka
itu dan kembalinya kepada api neraka seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Aa’badawaa Allaha Wa Laa Tasharakawaa Baha Shayatsaa Wa Ba Al Waaladayana
Ahasaanaa Al Ayata dan ibadat
olehmu akan Allaha Taa’laya dan jangan sekutu oleh kamu dengan dia akan suatu
dan dengan dua ibu bapa itu akan kebajikannya. Dan adapun jemaah yang kesebelas
maka di hashara kan mereka itu
daripada kubur mereka itu buta hatinya dan segala gigi mereka itu seperti
tanduk lembu dan segala bibir mereka itu terhantar atas dada mereka itu dan
segala lidah mereka itu atas perut mereka itu dan perut mereka itu terhantar
atas peha mereka itu, keluar daripada perut mereka itu cemar. Maka menyeru yang
menyeru daripada pihak tuhan Al Rahamana
inilah mereka yang meminum arak, mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu
dan inilah balasan mereka itu dan kembalinya kepada api neraka seperti firman
Allaha Taa’laya Ana Maa Al Khomara Wa Al Mayasara Wa Al Anashoaba Wa Al Aralaama Rajasa
Mana A’mala Al Shayathona hanya sungguhnya arak dan judi dan anashoaba dan azalaama itu najis haram daripada amal syaitan.
Dan adapun jemaah yang kedua belas
maka di hashara kan meeka itu
daripada kubur mereka itu dan segala muka mereka itu seperti bulan purnama maka
lalulah mereka itu atas atas Shorotho Al
Masataqoyama seperti kilat yang menyambar. Maka menyeru yang menyeru
daripada pihak Allaha Taa’laya inilah mereka yang beramal mereka itu akan amal
yang sholeh dan menegah mereka itu daripada maksiat dan memeliharakan mereka
itu akan sembahyang yang lima waktu dengan berjemaah, mati mereka itu atas
taubat maka inilah balasan mereka itu dan kembali mereka itu kepada syurga dan maghofarata dan radhowaana dan rahmat dan nikmat kerana mereka itu redha mereka itu
daripada Allaha Taa’laya dan Allaha Taa’laya redha daripada mereka itu seperti
firman Allaha Taa’laya Ana Alazayana Qoalawaa Rabanaa Allaha Tsama
Asataqoamawaa Tatanazala A’laya Hama Al Malaakata Ana Laa Takhoafawaa Wa Laa
Tahazanawaa Wa Abasharawaa Ba Al Janata Alataya Kana Tama Tawaa’dawana
bahawasanya mereka yang berkata mereka itu tuhan kami itu Allaha kemudian
istiqomat mereka itu turunlah atas meeka itu segala malaikat bahawa jangan kamu
takut dan jangan kam dukacita dan suka oleh kamu dengan syurga yang adalah kami
di janjikan akan kamu.
Al Baaba Al Saadasa Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Nashawara Al Kholaaqo Mana Al Qobawara
Bermula bab yang kedua puluh enam pada
menyatakan bangkit segala makhluk dari kubur. Di kata orang bahawasanya makhluk
apabila di bangkitkan mereka itu daripada kuburnya berhenti mereka itu berdiri
atas segala tempat yang di bangkitkan atas empat puluh tahun tiada makan dan
tiada minum dan tiada duduk dan tiada berkata-kata. Di kata orang “Hai rasul
Allaha dengan apa di kenalkan orang mukmin hari kiamat” sabda nabi A’layaha Al
Salama “Bahawasanya umatku ghora
mahajalawana daripada bekas wudhu”. Dan tersebut di dalam hadis apabila
adalah hari kiamat membangkit Allaha Taa’laya akan segala makhluk daripada
kubur mereka itu maka datang malaikat kepada kubur mukmin dan menyapu mereka
itu akan tanah daripada mereka itu melainkan tempat sujud mereka itu maka tiada
hilang daripadanya demikian bekas itu maka menyeru yang menyeru tiadalah
demikian tanah itu daripada kubur mereka itu dan hanya tanah tempat sembahyang
mereka itu tinggal olehmu akan barang yang atas mereka itu hingga lalu mereka
itu akan Shorotho Al Masataqoyama dan
masuk mereka itu akan syurga hingga bahawa tiap-tiap yang melihat kepada mereka
itu mengetahui bahawasanya mereka itu khadam aku dan segala hamba aku.
Dan riwayat daripada Jaabara bana
A’bada Allaha radhoya Allaha a’naha bahawasanya berkata ia sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama “Apabila adalah hari kiamat di bangkit orang dalam
kubur mewahaya Allaha Taa’laya kepada Ridhwan “Hai Ridhwan, bahawasanya aku
sungguhnya telah aku keluarkan segala orang yang puasa daripada kubur mereka
itu lapar dan dahaga maka berhadaplah engkau akan mereka itu dengan daging
bakar dan buah kayu daripada syurga”. Maka berteriak Ridhwan “Hai Falaana
dan hai Waladaana yang tiada
mereka itu baligh” maka datanglah mereka itu dengan berapa talam daripada nur
dan berhamburanlah mereka itu padanya terlebih banyak daripada hujan dan
bintang di langit dan segala daun kayu dengan berapa buah kayu yang banyak dan
makan yang lemak-lemak dan segala minuman yang lazat. Maka apabila bertemu akan
mereka itu memberi makanlah ia daripada yang demikian itu dan berkata bagi
mereka itu “Makan olehmu dan minum olehmu hanaya dengan barang yang telah lalu
olehmu pada berapa hari yang telah lalu”.
Dan riwayat daripada Sayadana A’bada
Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa bahawasanya berkata ia sabda nabi
A’layaha Al Salama “Tiga orang berjabat salam malaikat akan mereka itu pada
hari yang di keluarkan mereka itu daripada kuburnya. Pertama orang mati shahid,
kedua orang puasa Ramadhon, ketiga orang puasa hari A’rafah. Dan daripada
Sataya A’ashaha radhoya Allaha a’nahaa sabda nabi A’layaha Al Salama
“Bahawasanya dalam syurga itu berapa mahligai daripada mutiara dan yaakut dan
zabarjad dan emas dan perak”. Berkata aku “Hai rasul Allaha, bagi siapa ini
mahligai” sabda nabi A’layaha Al Salama “Bagi orang puasa hari A’rafah dan
sabda nabi A’layaha Al Salama “Hai A’ashaha, bahawa sekasih-kasih hari kepada
Allaha Taa’laya itu hari Jumaat dan hari A’rafah dari kerana padanya daripada
rahmat dan bahawa yang murka segala hari kepada Iblis itu hari Jumaat dan hari
A’rafah. Hai A’ashaha, barang siapa berpagi-pagi hal keadaannya puasa hari
A’rafah membuka Allaha Taa’laya atasnya tiga puluh baaba daripada kebajikan dan
mengunci daripadanya tiga puluh baaba daripada kejahatan maka apabila berbuka
ia dan minum air minta ampun baginya tiap-tiap urat yang dalam jasadnya berkata
ia hai tuhanku, bagi rahmat akan dia hingga naik fajar”.
Dan tersebut di dalam hadis yang lain keluarlah
segala yang puasa daripada kubur mereka itu dan di kenal akan mereka itu dengan
bau mulut dengan puasa mereka itu di sambut akan mereka itu dengan beberapa
dari makanan dan beberapa cerek air. Berkata bagi mereka itu “Makan oleh kamu
maka sungguhnya telah lapar kamu pada masa orang kenyang dan minum olehmu maka
sungguhnya telah dahaga olehmu pada masa puasa segala manusia dan bersenang
olehmu”. Maka makanlah mereka itu dan minumlah mereka itu dan
bersenang-senanglah mereka itu dan segala manusia di dalam hisab. Dan
sungguhnya telah datang pada hadis tiada hancur sepuluh orang, pertama segala
nabi, kedua orang yang pergi perang sabil Allaha dan ketiga orang a’lim dan
keempat orang mati shahid dan kelima orang menanggung Qoraana dan keenam raja
yang adil dan ketujuh tukang bang dan kedelapan perempuan apabila mati dalam
nifasnya dan kesembilan orang yang di bunuh dengan zalim dan kesepuluh orang
yang mati hari Jumaat dan malamnya.
Dan tersebut dalam hadis daripada nabi
A’layaha Al Salama di hashara kan manusia hari kiamat itu seperti yang diperanakkan
oleh ibunya bertelanjang dan tiada berkasut. Telah berkata Sataya A’ashaha
radhoya Allaha a’nahaa “Bermula segala laki-laki dan perempuan itu sama-sama”
sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bahkan” berkata ia “Hai
kemaluanku melihatlah setengah mereka itu akan setengahnya” maka memukul nabi
A’layaha Al Salama tangannya atas belikatnya. Dan sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama “Hai anak Abaya Qohafata, telah masygul manusia itu hari
daripada melihat memandang mereka itu kepada langit berhentilah mereka itu
empat puluh tahun tiada makan dan tiada minum dan berpeluh tiap-tiap seorang
daripada mereka itu kerana malu daripada Allaha Taa’laya. Maka setengah mereka
itu orang yang sampai peluh kedua kakinya dan setengah mereka itu orang yang sampai
peluh dua betisnya dan setengah mereka itu orang yang sampai peluh perutnya dan
setengah mereka itu orang yang sampai peluh dadanya dan setengah mereka itu
orang yang sampai peluh mukanya dan peluh itu adalah ia sebab lama berhenti”.
Dan berkata Sataya A’ashaha “Hai rasul
Allaha adakah di hashara kan seorang
berpagi-pagi hari kiamat” sabda nabi A’layaha Al Salama “Segala anabaya dan
segala ahli mereka itu dan mereka yang puasa Rajab dan Shaa’ban dan Ramadhon
atas berturut-turut dan sekelian manusia lapar itu hari melainkan al anabaya
dan segala ahli mereka itu dan orang yang puasa akan Rajab dan Shaa’ban dan
Ramadhon kerana mereka itu semuanya kenyang tiada lapar dengan mereka itu dan tiada
dahaga”. Dan dikata orang di halau akan mereka itu dengan sekeliannya kepada
bumi Mahashara pada sisi Bayata Al Maqodasa pada bumi yang di
kata baginya Al Saaharata seperti
firman Allaha Taa’laya Faana Maa Haya Zajarata Wa Ahadata Faazaa
Hama Ba Al Saaharata maka sungguhnya iaitu teguh dan berkat yang sekali
maka tiba-tiba mereka itu dengan Saaharata.
Dan di kata orang bahawasanya segala
makhluk pada hari kiamat adalah mereka itu seratus dua puluh saf tiap-tiap satu
saf perjalanan empat puluh tahun dan lintang tiap-tiap saf perjalanan dua puluh
tahun. Dan kata orang bahawasanya orang mukmin daripada mereka itu tiga saf dan
yang tinggalnya semuanya kafir. Dan riwayat daripada rasul Allaha Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya umatku seratus dua puluh saf dan ini
terlebih saf dan sifat mukminin bahawasanya mereka itu putih segala muka mereka
itu Ghora Mahajalayana dan sifat orang kafir bahawasanya mereka itu hitam
segala muka mereka itu di rantai akan mereka itu serta syaitan.
Al Baaba Al Saabaa’ Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Sawaqo Al Kholaaqo Alaya Al Mahashara
Bermula bab yang kedua puluh tujuh
pada menyatakan halau segala makhluk kepada Mahashara. Di kata orang di halau
segala kafir dengan kaki mereka itu dan di halau segala mukminin dengan
kenderaan mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Yawama Nahashara Al Mataqoyana
Alaya Al Rahamana Wafadaa Wa Nasawaqo Al Majaramayana Alaya Jahanama Waradaa
pada hari yang kami hashara kan
segala mutaqin kepada tuhan Al Rahamana itu berkenderaan dan kami halaukan
segala mujrimin kepada jahanam itu berjalan kaki. Telah berkata Sayadana A’laya
Karama Allaha Wajahaha di hashara kan
segala mukminin berkenderaan atas kenderaan mereka itu hari kiamat. Firman
Allaha Taa’laya “Hai malaikatku, jangan kamu halau akan segala hambaku berjalan
kaki tetapi naikkan olehmu akan mereka itu atas kenderaan mereka itu. Maka
bahawasanya mereka itu telah beradat mereka itu naik kenderaan di dalam dunia.
Adalah permulaan sulbi bapa mereka itu kenderaannya kemudian daripada itu perut
mak mereka itu kenderaannya sembilan bulan.
Maka tatkala beranak ia akan mereka
itu adalah riba mereka itu dua tahun kerana menyusu akan dia jadi kenderaannya
hingga besar sedikit maka batang leher bapa mereka itu jadi kenderaannya. Kemudian
kuda dan baghal dan khimar kenderaan mereka itu di darat dan perahu di laut
maka tatkala mati mereka itu maka batang leher saudara mereka itu kenderaan. Dan
tatkala berdiri di kubur mereka itu jangan kamu jalan akan mereka itu berjalan
kaki. Maka bahawasanya mereka itu telah beradat berkenderaan dan tiada kuasa
atas berjalan kaki dan datang oleh kamu bagi mereka itu akan segala kenderaan
dan iaitu segala Adhohayata maka naik
akan dia” dan datanglah mereka itu kepada tuhan A’za Wa Jala dan dari kerana demikian sabda nabi A’layaha Al Salama
A’zhomawaa
Dhohaayaa Kama Faana Haa Yawama Al Qoyamata Mathoayaa Kama besarkan
olehmu akan Adhohayata kamu maka
bahawasanya ia hari kiamat itu kenderaan kamu.
Al Baaba Al Tsaamana Wa Al A’sharawana
Faya Zakara Hara Yawama Al Qoyaamata
Bermula bab yang kedua puluh lapan
pada menyebutkan panas hari kiamat. Tersebut dalam hadis apabila adalah hari
kiamat mehimpun Allaha Taa’laya akan mereka itu yang dahulu dan kemudian pada
bumi yang satu dan hampir matahari daripada kepala mereka itu dan sangatlah
atas mereka itu hari kiamat panas maka keluar satu a’naqo daripada api seperti naung. Kemudian menyeru yang menyeru
“Hai segala makhluk, pergi oleh kamu kepada naung” maka pergi mereka itu dan
mereka itu tiga faraqah, satu faraqah mukminin dan satu faraqah munafikin dan
satu faraqah kafirin. Maka apabila berhimpunlah segala makhluk itu kepada naung
itu jadilah naung itu tiga bahagi, satu bahagi bagi panas dan satu bahagi bagi
asap dan satu bahagi bagi cahaya. Maka dari kerana demikian itu firman Allaha
Taa’laya Anatholaqowaa Alaya Zhola Zaya Tsalaatsa Shaa’ba Al Ayata pergi olehmu kepada naung yang
mempunyai tiga cawang.
Dan yang panas itu berdiri atas kepala
munafik kerana mereka itu memelihara akan diri mereka itu daripada panas di
dalam dunia seperti di kata pada mereka itu Qoalawaa Laa Tanafarawaa Faya Al
Hara Qola Naara Jahanama Ashada Hara Alawa Kaanawaa Yafaqohawana dan
berkata mereka itu “Jangan pergi kamu kepada panas”. Kata olehmu ya Mahamada
“Api neraka jahanam itu terlebih sangat panas jikalau adalah mereka itu faham”.
Dan asap itu berhenti atas kepala segala kafirin kerana mereka itu adalah
mereka itu di dalam dunia di dalam nur dan akhirat di dalam kelam maka demikian
itu firman Allaha Taa’laya Yakhorajana Hama Mana Al Nawara Alaya Al Zholamaata
mengeluar mereka itu akan dia daripada nur kepada kelam. Dan cahaya itu
berhenti atas kepala mukminin kerana mereka itu adalah mereka itu di dalam
kelam dan di dalam akhirat di dalam nur seperti firman Allaha Taa’laya Allaha
Walaya Alazayana Amanawaa Yakhoraja Hama Mana Al Zholamaata Alaya Al Nawara
bermula Allaha Taa’laya merintahkan segala mereka yang beriman mekeluar ia akan
mereka itu daripada kelam kepada nur. Firman Allaha Taa’laya kepada sifat
mereka itu hari kiamat Yawama Taraya Al Mawamanayana Wa Al
Mawamanaata Yasaa’ya Nawara Hama Bayana Ayadaya Hama Wa Ba Ayamaana Hama
Basharaa Kama Al Yawama Janaata Tajaraya Mana Tahata Haa Al Anahaara Al Ayata pada hari yang engkau lihat
akan segala mukminin dan mukminat yang berjalan cahaya mereka itu di hadapan
dan di kanan mereka itu kesukaan kamu ini hari berapa syurga yang mengalir dari
bawahnya berapa sungai.
Sabda nabi A’layaha Al Salama tujuh
orang yang di naung akan mereka itu oleh Allaha Taa’laya di dalam naung
Arashnya pada hari yang tiada naung melainkan naungnya, pertama raja yang adil
dan kedua orang muda yang jadi dalam ibadat akan Allaha Taa’laya dan ketiga dua
laki-laki yang berkasih-kasih keduanya dan keempat laki-laki yang menuntut akan
dia oleh perempuan yang mempunyai keelokan maka berkata ia bahawasanya aku
takut akan Allaha Taa’laya Raba Al
A’alamayana dan kelima laki-laki yang zikir Allaha Taa’laya hal keadaannya
sunyi sendirinya maka keluar air matanya daripada takut akan Allaha Taa’laya
dan keenam laki-laki yang bersedekah dengan kanannya maka menyembunyi akan dia
daripada kirinya dan ketujuh laki-laki yang bergantung hatinya dengan segala
masjid.
Bersabda nabi A’layaha Al Salama
apabila mehimpun Allaha Taa’laya akan segala makhluk menyeru yang menyeru “Di
mana ahli Al Fadhola maka berdiri
beberapa manusia dan mereka itu sedikit dengan bersegera-segera kepada syurga. Maka
datang akan mereka itu oleh malaikat maka berkata ia “Kami lihat akan kamu
sekelian bersegera-segera kepada syurga maka siapa kamu” berkata mereka itu
“Kami ahli Al Fadhola”. Maka berkata mereka itu “Apa kelebihan kamu” berkata
mereka itu “Apabila di zalim kami sabar kami dan apabila di buat orang
kejahatan atas kami maafkan kami”. Maka berkata malaikat bagi mereka itu “Masuk
oleh kamu akan syurga maka sebaik-baik balas orang yang beramal itu syurga”.
Kemudian menyeru pula orang yang menyeru “Di mana ahli Al Shobara” maka berdiri manusia yang sedikit segera kepada syurga
maka berhadap akan dia oleh malaikat. Maka berkata ia “Kami lihat akan kamu
segera kepada syurga maka siapa kamu” maka berkata mereka itu “Kami sekelian
ahli Al Shobara”. Maka berkata
malaikat itu “Apa sabar kamu” maka berkata mereka itu “Kami sabar atas taat
akan Allaha Taa’laya dan kami sabar daripada maksiat akan Allaha Taa’laya” maka
berkata malaikat bagi mereka itu “Masuk oleh kamu kepada syurga”.
Kemudian menyeru pula orang yang
menyeru “Di mana segala orang yang berkasih-kasih pada Allaha Taa’laya” maka
berdiri manusia yang sedikit segera kepada syurga. Maka berhadap akan mereka
itu oleh malaikat maka berkata ia “Kami lihat akan kamu segera kepada syurga
maka siapa kamu”. Maka berkata mereka itu “Kami yang berkasih-kasih kerana
Allaha Taa’laya dan yang berjanji kerana Allaha Taa’laya” maka di kata bagi
mereka itu “Masuk oleh kamu akan syurga”. Sabda nabi A’layaha Al Salama di
hantarkan Mizan kemudian daripada masuk syurga oleh mereka itu.
Dan adapun panji-panji kepujian maka
iaitu di atas langit yang ketujuh di tanya orang akan rasul Allaha A’layaha Al
Salama daripada panji-panji kepujian dan lintangnya dan panjangnya. Maka sabda
nabi A’layaha Al Salama “Panjangnya perjalanan seribu tahun tersurat atasnya Laa
Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha dan lintangnya barang yang
antara langit dan bumi. Dan segala kakinya daripada yaakut yang merah dan
tempat di pegang itu daripada perak yang putih dan zabarjad yang hijau dan
baginya tiga jurai daripada cahaya, satu di masyrik dan satu lagi di tengah
dunia dan satu lagi maghrib. Tersurat padanya tiga sathora yang pertama Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
dan yang kedua Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana dan yang ketiga Laa
Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha panjang tiap-tiap sathora perjalanan seribu tahun dan
padanya tujuh puluh ribu panji-panji, di bawah tiap-tiap panji tujuh puluh ribu
saf daripada malaikat, pada tiap-tiap saf lima ratus ribu malaikat yang
mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya dan taqdis akan dia. Telah berkata Jara Jaanaya makna sabda nabi
panji-panji kepujian dengan tanganku itu bahawasanya apabila adalah hari kiamat
maka panji-panji itu di dirikan antara hadapan nabi A’layaha Al Salama dan
segala mukminin keliling panji-panji itu daripada masa Adam hingga hari kiamat.
Dan adalah segala kafir itu dalam kesenangan daripada api neraka selama
panji-panji kepujian itu terdiri maka apabila di palingkan akan panji-panji
maka waktu itu baru di halaukan segala kafir kepada neraka.
Dan tersebut dalam hadis apabila
adalah hari kiamat di berikan Lawaa Al
Shodaqo bagi Sayadana Abaya Bakara radhoya Allaha a’naha dan tiap-tiap yang
shidiq adalah di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa
Al Faqohaa bagi Sayadana Maa’aza bana Jabala radhoya Allaha a’naha dan
tiap-tiap orang yang fakih di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa Al Zahada bagi Abaya Zara radhoya Allaha a’naha dan tiap-tiap
orang yang zahad adalah ia di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa Al Faqoraa bagi Abaya Al Daradaa radhoya Allaha a’naha dan
tiap-tiap orang yang fakir di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa Al Sakhoawata bagi A’tamaana radhoya Allaha a’naha dan
tiap-tiap orang yang sakhoawata di
bawah panji-panjinya. Dan Lawaa Al
Shahadaa bagi Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha dan tiap-tiap orang
yang shahid di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa
Al Qoraa bagi Abaya bana Kaa’ba radhoya Allaha a’naha dan tiap-tiap orang
yang qori di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa
Al Mawazanayana bagi Sayadana Balaala radhoya Allaha a’naha dan tiap-tiap
orang yang tukang bang di bawah panji-panjinya. Dan Lawaa Al Maqotawalayana Zholamaa bagi Sayadana Hasayana radhoya
Allaha a’naha dan tiap-tiap orang yang di bunuh dengan zalim di bawah
panji-panjinya. Bermula yang demikian itu firman Allaha Taa’laya Yawama
Nadaa’wa Kala Anaasa Ba Amaama Hama pada hari yang kami seru tiap-tiap
manusia dengan imam mereka itu.
Dan tersebut dalam hadis apabila
adalah hari kiamat berdiri segala makhluk dan bersangatan dengan mereka itu
dahaga dan melejam peluh akan mereka itu. Maka membangkit Allaha Taa’laya akan
Jibril kepada Mahamada A’layaha Al Salama maka berkata ia “Hai Mahamada, kata
bagi umat engkau mendoa mereka itu akan daku dengan nama yang mendoa engkau
akan daku dalam dunia tatkala kesusahan”. Maka menyeru ia akan umatnya dengan
demikian itu maka berkata mereka itu Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama.
Maka tatkala di hukum oleh Allaha Taa’laya antara segala makhluk kemudian
firman Allaha Taa’laya bagi segala umat “Jikalau tiada kamu sebut akan daku
dengan ini nama nescaya aku panjangkan atas kamu hukum seribu tahun”.
Kemudian mehukum Allaha Taa’laya
antara segala binatang yang liar dan segala binatang yang jinak hingga mehukum
ia bagi binatang yang tiada bertanduk daripada yang punya tanduk dan kemudian
berkata Allaha Taa’laya bagi binatang yang liar dan bahaama jadilah kamu tanah
tatkala demikian itu berkata orang yang kafir Yaa Laya Tanaya Kanata Taraabaa
mudah-mudahan adalah aku itu tanah. Telah berkata Maqoatala sepuluh daripada
binatang itu masuk syurga unta nabi Sholeh dan lembu nabi Ibrahim dan kibas
nabi Ismail dan lembu nabi Musa dan ikan nabi Yunus dan hamar Sayadana Aziz dan
semut nabi Sulaiman dan belatuk Balqis dan unta nabi Mahamada Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama dan anjing ahli Al Kahafa menjadikan dia oleh Allaha
Taa’laya pada rupa kibas dan masuk akan dia syurga “Adakah tiada engkau lihat
bahawasanya anjing masuk syurga pada pertengahan kekasihnya” maka tiada di
halau orang yang a’si dalam tauhid masa lima puluh tahun atau dahulu daripada
rahmatnya dan nama anjing itu hilang daripadanya dan di nama akan dia Tawaarama dan kata Qoyala Fathomayara dan kata Qoyala Hawabaana dan warnanya kuning.
Dan di kata orang di datangkan dengan
satu malam hari kiamat daripada segala a’lama daripada umat nabi Mahamada maka
di hentikan di hadapan Allaha Taa’laya. Maka berkata Allaha Taa’laya “Hai
Jibril, ambil olehmu dengan tangannya dan pergi olehmu dengan dia kepada
nabinya Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka datanglah dengan dia
kepada nabi A’layaha Al Salama dan dia di tepi telaga menuang akan manusia
dengan bejana. Maka berdiri nabi A’layaha Al Salama menuang akan a’lama dengan
tapak tangannya maka berkata segala manusia “Hai rasul Allaha, menuang engkau
akan manusia dengan bejana dan menuang engkau akan a’lama dengan tapak tangan
engkau”. Maka sabdanya “Bahkan kerana manusia adalah mereka itu masygul mereka
itu di dalam dunia dengan berniaga. Mereka itu adalah segala a’lama masygul
mereka itu dengan ilmu”.
Telah berkata Faqoyaha rahamata Allaha
Taa’laya afdal segala amal itu berkasih bagi awalaya Allaha Taa’laya dan
berseteru dengan seteru Allaha Taa’laya dan atas ini datang pada hadis
bahawasanya nabi Musa A’layaha Al Salama munajat akan tuhannya maka firman Allaha
Taa’laya “Adakah engkau beramal bagiku akan satu amal” kata nabi Musa “Hai
tuhanku, aku sembahyang bagi engkau dan
puasa aku dan bersedekah aku dari kerana engkau dan aku mengucap tasbih bagi
engkau dan aku puji bagi engkau dan aku baca kitab taurat engkau dan aku zikir akan
dikau”. Firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, adapun sembahyang itu maka bagi
engkau barahaana dan adapun puasa itu
bagi engkau perisai dan sedekah itu bagi engkau naung dan tasbih itu berapa
pohon kayu di dalam syurga dan adapun membaca kitab aku itu bagi engkau
mahligai dan bidadari dan adapun zikir engkau bagi aku itu maka bagi engkau
nur. Maka ini sekelian bagi engkau ya Musa maka apa amal yang engkau amalkan
bagiku”. Kata Musa “Hai tuhanku, tunjukkan olehmu akan daku atas amal iaitu
bagi engkau” firman Allaha Taa’laya “Hai Musa adakah engkau tolong akan waliku
dan adakah engkau seteru bagiku akan seteruku”. Maka mengetahuilah Musa
A’layaha Al Salama bahawasanya afdal segala amal itu kasih akan Allaha dan
murka bagi Allaha.
Fasal kemudian mehukum Allaha Taa’laya
antara segala makhluk maka apabila berhenti mereka itu di hadapan Allaha
Taa’laya di kata orang di mana Ashohaaba Mazholama maka terdahulu dua laki-laki
maka di ambil daripada hasanat zalim maka di tolakkan kepada yang kena zalim
pada hari yang tiada dinar dan tiada dirham maka sentiasa di ambil daripada
hasanatnya hingga tiada tinggal baginya satu hasanat dan di ambil daripada
daripada kejahatan yang kena zalim itu maka di kembalikan atas yang mezalim
maka apabila habislah segala hasanatnya di kata orang “Kembali olehmu kepada
neraka maka bahawasanya tiada di zalim ini hari bahawasanya Allaha Taa’laya
sangat segera berhisab yakni segera membalas”.
Dan atas ini datang pada hadis telah
mewahaya Allaha Taa’laya kepada Musa A’layaha Al Salama “Bahawa engkau kata
bagi kaum engkau jika berbuat mereka itu satu perbuatan memasuk akan mereka itu
akan syurga”. Maka kata nabi Musa “Hai tuhanku, maka jika adalah mereka itu
sudah mati sekalipun” firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, maka bahawasanya aku
hidup tiadaku mati selama-lamanya. Kata olehmu bagi mereka itu hendaklah
meredha mereka itu akan daku”. Berkata Musa “Betapa hal meredha mereka itu akan
dikau” firman Allaha Taa’alaya “Dengan empat perkara dengan menyesal hati dan
istigfar dengan lidah dan keluar air mata dan khidmat segala anggota”.
Al Baaba Al Taasaa’ Wa Al A’sharawana
Faya Qoraba Al Janata
Bermula bab yang kedua puluh sembilan
pada menyatakan hampir syurga. Firman Allaha Taa’laya dan di dekatkan syurga
itu bagi orang yang muttaqin dan di nyatakan neraka bagi orang yang salah. Dan
tersebut di dalam beberapa hadis apabila adalah hari kiamat firman Allaha
Taa’laya “Hai Jibril, hampir akan olehmu syurga bagi orang yang muttaqin dan di
nyatakan jahanam bagi orang yang salah” maka jadilah syurga itu kepada kanan
Arash dan neraka kiri Arash kemudian di halurkan Shoratho Al Masataqoyama atas neraka dan di dirikan Mizan. Kemudian
firman Allaha Taa’laya “Di mana pilihan aku Adam dan di mana Kholil aku Ibrahim
dan di mana Kalam aku Musa dan di mana ruh aku A’yasaya dan di mana kekasih aku
Mahamada. Berdiri oleh kamu sekelian di kanan Mizan”.
Kemudian firman Allaha Taa’laya “Hai
Ridhwan, buka olehmu akan segala pintu syurga dan hai Malaka buka olehmu akan
segala pintu neraka” kemudian datang malaikat Rahmat dengan pakaian dan
malaikat Azab dengan belenggu dan rantai dan segala baju dengan belangkin dan
menyeru Hai segala makhluk, lihat olehmu kepada Mizan maka bahawasanya di
timbang amal si anu anak si anu”. Kemudian menyeru yang menyeru “Hai ahli
syurga, kekal tiada mati dan hai ahli neraka kekal tiada mati maka demikian itu
firman Allaha Taa’laya Wa Anazara Hama Yawama Al Hasarata Azaa
Qodhoya Al Amara takut olehmu akan mereka itu hari hasarata tatkala di
hukum akan pekerjaan.
Al Baaba Al Tsalaatsawana Faya Zakara
A’zhoma Al Saaa’ta Yaa’naya Dahashata Haa
Bermula bab yang ketiga puluh pada
menyatakan besar kiamat yakni hairannya dan tercengangnya. Tersebut dalam hadis
di riwayatkan bahawasanya sebesar-besar saat yang datang atas seorang hamba
Allaha di dalam dunia itu tatkala keluar ruhnya apabila celik dua matanya dan
terbuka dua lubang hidungnya dan gugur dua bibirnya dan dua dagunya dan
berpeluh dua keningnya dan tertutup dua telinganya dan tersimpul lidahnya. Maka
tiada menjawab ia akan jawab dan tiada kembali akan perkataan dan masuk dua
matanya dan terhulur segala sendinya dan telah putus perhubungan dan telah
renggang segala kekasihnya dan bercerai daripadanya kerabatnya dan me wadaa’ akan dia dua malaikatnya. Maka
tinggallah ia tercengang sungguhnya berubah akalnya dan boleh syaitan daripada
merampas akan dia dan demikian saat itu sangat besar dan sungguhnya telah di
tutup Baaba Al Tawabata atasnya. Maka
yang terafdal barang yang berkata-kata dengan dia seorang hamba Allaha Taa’laya
pada demikian waktu itu kalimat shahadat.
Dan adapun sebesar-besar saat yang datang
atasnya di dalam akhirat maka apabila di tiup sangkakala dan di bangkitkan yang
di dalam kubur dan bergantung mazholawama
dengan zalim dan adalah segala saksi itu malaikat. Dan yang bertanya itu Allaha
Taa’laya dan azab dalam neraka jahanam dan nikmat itu dalam syurga dan beranak
tiap-tiap perempuan yang bunting itu akan anaknya dan engkau lihat akan manusia
mabuk dan pada hal tiada mereka itu mabuk dan tetapi azab Allaha Taa’laya itu
sangat pedih dan jadilah kanak-kanak itu beruban. Pada demikian itu seperti
firman Allaha Taa’laya Fa Kayafa Tataqowana Ana Kafara Tama Yawamaa
Yajaa’la Al Waladaana Shayabaa maka betapa takut kamu jika kafir kamu
pada hari yang jadilah segala kanak-kanak itu beruban. Dan firman Allaha
Taa’laya Ana Kaanata Al Ashoyahata Wa Ahadata Al Ayata tiada ada kiamat itu melainkan jerit yang satu. Wa
Sayaqo Alazayana Ataqowaa Raba Hama Alaya Al Janata Zamaraa Al Ayata dan di halau mereka itu yang
takut akan tuhannya kepada syurga Janaa’ta.
Dan di kata orang naik saksi atas
mereka itu tujuh saksi, tempat jadi saksi firman Allaha Taa’laya Yawamaza
Tahadatsa Akhobaara Haa Al Ayata
itu hari berkhabar ia akan segala khabarnya. Dan masa jadi saksi seperti hadis
menyeru tiap-tiap hari aku hari yang baharu dan aku atas amal engkau itu jadi
saksi dan lidah jadi saksi seperti firman Allaha Taa’laya dalam surat Al Nawara Yawama Tashahada A’laya Hama Al Sanata Hama Al Ayata pada hari
yang jadi saksi segala lidah mereka itu dan segala anggota jadi saksi seperti
firman Allaha Taa’laya Wa Takalamanaa Ayadaya Hama Wa Tashahada
Arajala Hama Mamaa Kaanawaa Yakasabawana dan berkata-kata akan kamu
segala tangan mereka itu dan naik saksi segala kaki mereka itu dengan barang
yang berusaha mereka itu akan dia.
Dan dua malaikat yang memeliharakan
kita itu jadi saksi seperti firman Allaha Taa’laya Wa Ana A’laya Kama Lahaafazhoyana
Karaamaa Kaatabayana Yaa’lamawana Maa Tafaa’lawana dan bahawasanya atas
kamu segala malaikat yang memeliharakan akan kamu Karama Katibin yang
mengetahui mereka itu barang yang berbuat kamu akan dia. Dan surat amal itu
jadi saksi seperti firman Allaha Taa’laya Hazaa Kataabanaa Yanathoqo A’laya Kama Ba Al
Haqo ini surat yang bertutur ia atas kamu dengan sebenarnya dan Allaha
Taa’laya jadi saksi firman Allaha Taa’laya Anaa Kanaa A’laya Kama Shahawadaa Al Ayata bahawasanya kami adalah kami
atas kamu jadi saksi maka betapalah hal engkau hai a’si kemudian daripada saksi
atas engkau ink sekelian saksi”.
Al Baaba Al Haadaya Wa Al
Tsaalatsawana Faya Zakara Tathoyara Al Kataba Yawama Al Qoyaamata
Bermula bab yang ketiga puluh satu
pada menyatakan terbang segala surat hari kiamat. Di hikayatkan daripada Abaya
Zara radhoya Allaha a’naha bahawasanya berkata ia sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama tiada juga daripada satu mukmin melainkan baginya pada
tiap-tiap hari satu surat amal yang baru. Maka apabila di lipat dan tiada di
dalamnya asataghofara maka iaitu
hitam ia dan apabila di lipat mana ada dalamnya asataghofara adalah baginya cahaya yang cemerlang. Telah berkata
Faqoha Rahamaha Allaha Taa’laya tiada jua daripada satu orang di dalam dunia
melainkan atasnya dua malaikat yang di wakilkan keduanya daripada Allaha
Taa’laya memelihara oleh keduanya akan dia malam dan siang dan menyurat
keduanya akan segala amalnya baiknya dan jahatnya bermainnya.
Dan sungguhnya firman Allaha Taa’laya Wa
Ana A’laya Kama Lahafazhoyana Karaama Kaatabayana Al Ayata dan bahawasanya atas kamu itu berapa malaikat yang
memeliharakan kamu Karama Katibin. Dan di angkatkan baginya tiap-tiap hari
kitab dan pada tiap-tiap malam kitab dan di himpunkan segala kitab yang setahun
itu pada malam Nisfu Shaa’ban dan keluarkan perkataan yang lagho-lagho nya dan
perbuatan yang lagho-lagho dan di himpunkan surat tiap-tiap tahun di dalam
sijil. Maka apabila sampailah ajalnya dan ia dalam nazak di himpunkan segala
sijil itu setengahnya dengan setengahnya. Maka apabila keluar ruhnya di lipat
dan di gantung pada batang lehernya dan di cap atasnya dan di jadikan sertanya
di dalam kubur. Dan inilah makna firman Allaha Taa’laya Wa Kala Anasaana Al Zamanaaha
Thoaraha Faya A’naqoha dan tiap-tiap manusia itu kami kalungkan surat
amalnya pada batang lehernya dan sungguhnya di tentukan batang leher itu kerana
ia tempat kalung dan daripada barang yang mehiasi dan barang yang mencelai.
Wa Naharaja Laha Yawama Al Qoyaamata
Kataabaa Yalaqoaha Manashawara dan kami keluarkan baginya hari kiamat satu kitab berjumpalah
akan dia terhurai segala amalnya baik dan jahat dan di kata orang baginya Aqoraa Kataabaka bacalah oleh kamu akan
kitab engkau. Kafaya Ba Nafasaka Al Yawama A’layaka Hasayabaa memadailah ia
dengan diri engkau ini hari atas engkau itu yang mehisab. Dan apabila mehimpun
Allaha Taa’laya akan segala makhluk pada hari kiamat dan menghendaki mehisab
akan mereka itu terbanglah atas mereka itu surat amal mereka itu seperti embun
dan menyeru daripada pihak Allaha Taa’laya “Hai si anu, ambil akan surat engkau
dari belakang engkau” maka tiadalah kuasa seorang bahawa mengambil akan
suratnya melainkan bahawa dengan barang yang menyurat Allaha Taa’laya dengan
dia.
Maka segala Ataqoyaa di bagi akan surat mereka itu dengan kanan mereka itu dan
segala Ashaqoyaa celaka dengan kiri
mereka itu dan segala kafir dari belakang mereka itu seperti firman Allaha
Taa’laya Wa Amaa Mana Awataya Kataabaha Ba Shamaalaha Al Ayata dan adapun mereka yang di bagi
surat amalnya dengan kirinya. Wa Amaa Mana Awataya Kataabaha Waraa Zhoharaha
Fasawafa Yadaa’waa Tsabawaraa Wa Yasholaya Saa’yaraa Al Ayata dan adapun orang yang di bagi
surat amalnya dari belakangnya maka lagi menyeru mereka itu akan kebinasaan dan
masuk ia akan neraka. Dan demikian lagi manusia pada hisab atas tiga pangkat,
satu di hisabkan akan hisab sangat kemudian binasa yang sedikit dan mereka
itulah yang Anaqoyaa dan satu pangkat
di hisabkan hisab yang sangat kemudian binasa mereka itu dan mereka itu segala
kafir dan satu pangkat di hisabkan dan berbantah-bantah akan mereka itu
kemudian lepas mereka itu dan iaitu segala orang yang a’si.
Dan tersebut di dalam hadis nabi
Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya sabda nabi A’layaha Al Salama
senantiasa dua tapak kaki seorang hamba Allaha hari kiamat di hadapan Allaha
Taa’laya hingga di tanya daripada umurnya pada apa di fanakan dia dan daripada
harta dari mana usahakan dia, di mana nafaat akan dia dan di tanya daripada
barang yang dalam surat amalnya. Maka apabila sampai kepada akhir kitab firman
Allaha Taa’laya “Hai hambaku, semua ini amal engkau atau bahawasanya malaikat
aku menambahi mereka itu atas engkau di dalam surat engkau”. Maka berkata ia
“Yaa Raba, tiada dan tetapi aku memperbuat akan dia sekeliannya” maka firman
Allaha Taa’laya “Akulah yang menutup atas engkau di dalam dunia dan aku menutup
akan dikau ini hari. Pergi olehmu maka bahawasanya aku ampun akan dikau dan ini
hal orang yang di susahkan pada hisab” kemudian lepaslah ia dengan fadhola Allaha Taa’laya.
Dan adapun orang yang di hisabkan akan
hisab yang sedikit itu maka iaitu daripada jumlah mereka yang dalam firman
Allaha Taa’laya pada mereka itu Wa Amaa Mana Awataya Kataabaha Bayamayanaha
Fasawafa Yahaasaba Hasaabaa Yasayaraa dan di tanya orang akan nabi
A’layaha Al Salama daripada hisab yang sedikit. Maka sabda nabi A’layaha Al
Salama melihat laki-laki itu kepada suratnya maka dengan dia daripadanya dan di
kata orang seumpama hisab Allaha akan segala mukminin hari kiamat seperti
perbuatan nabi Yusuf A’layaha Al Salama serta segala saudaranya sekira-kira
berkata ia bagi mereka itu “Tiada cerca atas kamu ini hari”. Demikian lagi
firman Allaha Taa’laya “Hai segala hambaku, tiada takut atas kamu ini hari dan
tiada kamu itu dukacita” dan kata nabi Yusuf A’layaha Al Salama “Adakah kamu
ketahui barang yang berbuat kamu dengan Yusuf” demikianlah firman Allaha
Taa’laya bagi segala hambanya “Adakah mengetahui kamu tatkala menyalahi kamu
akan suruhku. Adakah ingat kamu tatkala menyalahi kamu”.
Dan tersebut di dalam hadis apabila
menghendaki Allaha Taa’laya bahawa mehisab akan segala makhluk di seru daripada
pihak Allaha Taa’laya “Di mana nabi Al
Haashamaya”. Maka datang rasul Allaha A’layaha Al Sholaata Al Salaama akan
tuhannya maka memuji ia akan dia. Maka takjub segala makhluk daripadanya dan
meminta ia daripada tuhannya bahawa jangan memalu ia akan umatnya. Maka firman
Allaha Taa’laya “Lintangkan umat engkau ya Mahamada” maka melintang ia akan
mereka itu. Maka berdiri tiap-tiap seorang di atas kuburnya di hisab ia akan
hisab yang sedikit tiada di murka atasnya dan di jadikan segala kejahatan di
dalam suratnya dan di hantarkan mahkota daripada emas yang bertatah dengan
mutiara dan permata dan pakaian tujuh puluh pakaian, tiga gelang tangan, satu
gelang daripada emas dan satu gelang daripada perak dan satu gelang daripada
mutiara.
Maka kembalilah ia kepada segala
saudaranya mukminin maka tiada di kenal mereka itu akan dia daripada bagusnya
dan kamalnya dan adalah pada kanannya surat amal yang baik dan kelepasan
daripada neraka serta kekal dalam syurga. Maka berkata ia “Adakah kamu tahu
akan daku si anu anak si anu, sungguhnya telah memulia akan dikau oleh Allaha
Taa’laya dan melepas akan daku daripada neraka dan mengkekal akan daku di dalam
syurga”. Maka demikian itu firman Allaha Taa’laya Fa Amaa Mana Awataya Kataabaha
Bayamayanaha Fasawafa Yahaasaba Hasaabaa Yasayaraa Wa Yanaqolaba Alaya Ahalaha
Masarawaraa maka adapun orang di bagi akan suratnya dengan tangan
kanannya itu maka lagi aakn hisab yang sedikit dan balik ia kepada ahlinya hal
keadaannya sukaria. Wa Amaa Mana Awataya Kataabaha Ba Shamaa Laha Fayaqowala Yaa Laya
Tanaya Lama Awata Kataabayaha dan adapun orang yang di bagi akan
suratnya dengan kirinya maka berkata ia “Mudah-mudahan aku tiada di bagi akan
daku suratku” dan firman Allaha Taa’laya Wa Amaa Mana Awataya Kataabaha Waraa
Zhoharaha Fasawafa Yadaa’waa Tsabawaraa Wa Yasholaya Saa’yaraa dan
adapun orang yang di bagi suratnya dari belakangnya maka lagi akan menyeru akan
kebinasaannya dan masuk ia akan neraka dan tiap-tiap kebaikan yang beramal ia
akan dia di dalam suratnya dan tiap-tiap kejahatan yang di amal akan dia pada
belakang suratnya dan barang yang di beri suratnya dengan kirinya itu adalah ia
di dalam azab dan jikalau adalah baginya hasanat sekalipun dan demikian itu
segala kafir kerana hasanat serta kafir tiada pahala baginya.
Dan setengah daripada sifat kafir
bahawasanya adalah jasadnya seumpama dua Jabal Nur dan Abaya Qobayasa dan keduanya itu dua jabal di Makah dan atas
kepalanya mahkota daripada api dan di pakaikan satu pakaian daripada tembaga
yang hancur dan pada lehernya bara api maka menyalalah dan di pakai daripadanya
api dan di belenggu tangannya kepada lehernya dan hitam mukanya dan biru dua
matanya. Maka kembali ia kepada segala saudaranya maka apabila melihat mereka
itu akan dia terkejut mereka itu dan lari mereka itu daripadanya. Maka tiada di
kenal mereka itu hingga berkata ia “Aku si anu anak si anu” kemudian mehela
mereka itu akan dia atas mukanya kepada api neraka. Maka mereka itulah segala
kafir yang di beri mereka itu suratnya dengan tangan kirinya mereka itu maka
tiada megambil mereka itu akan dia dengan kirinya dan tetapi mengambil mereka
itu akan dia dari belakangnya seperti di riwayatkan daripada nabi A’layaha Al
Salama bahawasanya kafir apabila di seru bagi hisab dengan namanya datang suatu
malaikat daripadanya beberapa malaikat Azab. Maka membelah akan dadanya
kemudian di hela akan tangan kiri daripada belakangnya daripada antara dua
belikatnya kemudian baru di bagi akan dia suratnya.
Al Baaba Al Tsaanaya Wa Al Tsalaatsawana Faya
Zakara Nashoba Al Mayazaana
Bermula bab yang ketiga puluh dua pada
menyatakan mendirikan Mizan. Di riwayatkan darioada Sayadana A’bada Allaha bana
A’basa radhoya Allaha a’nahamaa berkata ia di dirikan Mizan hari kiamat atas
beberapa tiang yang panjang tiap-tiap satu tiang daripadanya itu barang yang
antara masyrik ke maghrib dan daun neraca itu seperti berapa tutupan dunia
panjangnya dan lintangnya satu rupa dan salah sati daripada daunnya di kanan
Arash dan iaitu daun amal yang baik dan yang satunya daripada kirinya dan iaitu
amal yang jahat dan antara Mizan itu seperti beberapa Jabal daripada segala
amal jin dan manusia penuh daripada hasanat dan sayaata pada satu hari adalah kadarnya lima puluh ribu tahun.
Sabda nabi A’layaha Al Salama di datangkan
dengan satu laki-laki dan sertanya tujuh puluh ribu sijil surat amal tiap-tiap
satu sijil sepandang mata di dalamnya segala kesalahannya dan segala dosanya
maka di hantarkan pada satu daun neraca dan di keluarkan baginya kertas sebesar
ruas jari dan padanya shahadat Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamadaa
Rasawala Allaha. Maka di hantarkan pada daun neraca yang satunya maka
beratlah ia atas segala dosa dan salah itu sekeliannya dan demikian itu firman
Allaha Taa’laya Fa Amaa Mana Tsaqolata Mawaazayanaha yakni adapun orang yang
berat timbang amal yang baik dengan kebajikan dan taat atas amalnya yang jahat.
Fa
Hawa Faya A’yashata Raadhoyata maka iaitu dalam kehidupan yang
keredhaan di dalam syurga. Kemudian firmannya Wa Amaa Mana Khofata
Mawaazayanaha Fa Amaha Haawayata Wa Maa Adaraaka Maa Hayata Naara Haamayata
dan adapun orang yang ringan timbangannya maka tempat kediamannya itu Hawiah
dan apa suatu yang mengetahui akan dikau apa ia Hawiah itu iaitulah api yang
sangat panas.
Al Baaba Al Tsaalatsa Wa Al
Tsalaatsawana Faya Zakara Al Shoraatho
Bermula bab yang ketiga puluh tiga
pada menyatakan Shoraatho Al Masataqoyama.
Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya Allaha Taa’laya
menjadikan atas neraka itu titian atas belakang jahanam menjatuhi dan
mengelajar atasnya tujuh titi, tiap-tiap satu titi daripadanya perjalanan tiga
ribu tahun, seribu daripadanya naik dan seribu daripadanya bersamaan dan seribu
daripadanya turun, terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada
pedang dan terlebih kelam daripada malam. Tiap-tiap satu titi atasnya tujuh cawang,
tiap-tiap satu cawang seperti tombak yang panjang yang tajam duduklah seorang
hamba Allaha atasnya tiap-tiap titi daripadanya dan tiada daripada barang yang
menyuruh Allaha Taa’laya akan dia dengan dia.
Maka pada yang pertama di hisabkan
atas iman maka jika sejahtera ia pada kafir dan riya maka dapatlah ia kelepasan
dan jika tiada jatuhlah ia di dalam neraka. Dan yang kedua di tanya daripada
sembahyang dan pada yang ketiga daripada zakat dan pada yang keempat daripada
puasa dan pada yang kelima daripada haji dan umrah dan pada yang keenam
daripada wudhu dan mandi janabah dan pada yang ketujuh daripada berbuat baik
dengan ibu bapa dan Sholat Rahama dan
segala mazholama. Jika lepas
daripadanya maka lepas ia dan jika tiada jatuhlah ia di dalam neraka. Telah
berkata Wahaba bahawasanya nabi A’layaha Wa Salama berdoa “Yaa Raba, Salama
Salama” yakni sejahtera akan Amataya Amataya.
Maka menaiklah segala makhluk atas titian
itu hingga menaik setengah atas setengahnya dan segala titian bergerak-gerak
seperti perahu di laut di dalam angin yang keras. Maka lalu jemaah yang pertama
seperti kilat yang menyembur dan jemaah yang kedua seperti angin yang keras dan
jemaah yang ketiga seperti burung yang lekas terbang dan jemaah yang keempat
seperti kuda yang lari yang baik dan jemaah yang kelima seperti orang lari yang
lekas dan jemaah yang keenam seperti orang yang berjalan dan jemaah yang
ketujuh seperti kadar sehari semalam. Dan setengah mereka itu kadar dua bulan
dan setengah mereka itu kadar setahun dan dua tahun dan tiga tahun hingga
adalah zaman akhir orang yang lalu atas Shoraatho
Al Masataqoyama kadar dua puluh lima ribu tahun daripada tahun dunia.
Dan di riwayatkan bahawasanya manusia
lalu mereka itu atas Shoraatho Al
Masataqoyama dan api neraka di bawah tapak kaki mereka itu dan di atas
kepala mereka itu dan daripada kanan mereka itu dan daripada kiri mereka itu
dan daripada belakang mereka itu dan bermula yang demikian itu firman Allaha
Taa’laya Wa Ana Mana Kama Alaa Waarada Haa Kaana A’laya Rabaka Hatamaa
Maqodhoyaa Tsama Nanajaya Alazayana Ataqowaa Wa Nazara Al Zhoalamayana Faya Haa
Jatsayaa dan tiadalah daripada kamu melainkan lalu akan dia adalah atas
tuhan engkau hukum yang wajib kemudian kami lepaskan mereka yang takut akan
Allaha Taa’laya dan kami tinggalkan segala mereka itu yang zalim di dalamnya
tersungkur atas lututnya dan api neraka itu memakan pada segala jasad mereka
itu dan pada segala kulit mereka itu dan daging mereka itu hingga lalu mereka
itu akan dia dirinya seperti orang yang hitam melainkan orang yang lepas
daripadanya. Dan setengah daripada mereka itu mereka yang lalu akan dia tiada
takut akan hawanya daripada huru haranya dan tiada mengenai akan dia suatu
daripada apinya hingga lalu ia akan dia berkata ia “Mana Shoraatho Al Masataqoyama”. Maka di kata orang baginya “Sungguhnya
engkau lalu akan dia” daripada tiada mashaqoha
dengan rahmat Allaha Taa’laya.
Dan sungguhnya telah datang pada hadis
bahawasanya apabila adalah hari kiamat datang umat maka apabila naik ia atas Shoraatho berpaling nabi A’layaha Al
Salama kepada mereka itu. Maka sabda nabi “Siapa kamu” maka berkata mereka itu
“Kami umat engkau”. Maka sabda nabi “Adakah kamu atas syariat aku” maka berkata
mereka itu “Tiada”. Maka lepaslah nabi
A’layaha Al Salama daripada mereka itu dan tinggalkan mereka itu maka jatuhlah
mereka itu di dalam jahanam. Kemudian datang jemaah yang lain pula maka sabda
nabi A’layaha Al Salama “Adakah kamu atas syariat nabi kamu dan adakah kamu
jalan akan jalannya” maka jika menjawab mereka itu dengan “Bahkan” lalulah
mereka itu akan Shoraatho Al Masataqoyama
dan jika tiada jatuhlah mereka itu dalam neraka. Dan kemudian daripada masuk
neraka berhajatlah kepada syafaat nabi A’layaha Al Salama.
Dan tersebut di dalam hadis datang
satu kaum berhentilah mereka itu atas Shoraatho
Al Masataqoyama dan berkata mereka itu “Siapa yang melepaskan kami daripada
neraka” dan tiada berani mereka itu lalu atasnya maka menangislah mereka itu. Maka
datang Jibril Allayaha Al Salama maka berkata ia bagi mereka itu “Apa yang
menegah akan kamu daripada lalu kamu akan Shoraatho
Al Masataqoyama” maka berkata mereka itu “Kami takut daripada api neraka”. Maka
berkata Jibril “Kamu sekeliannya dalam dunia apabila berhadap kamu akan laut
yang dalam betapa kamu lalu akan dia” maka berkata mereka itu “Dengan perahu”. Maka
datang Jibril A’layaha Al Salama dengan segala masjid yang adalah mereka itu
sembahyang di dalamnya seperti kelakuan perahu. Maka duduklah mereka itu
atasnya dan lalulah akan Shoraatho Al
Masataqoyama. Maka di kata orang bagi mereka itu “Inilah segala masjid kamu
yang kamu sembahyang di dalamnya berjemaah”.
Dan tersebut dalam hadis bahawasanya
Allaha Taa’laya mehisab akan seorang hamba maka berat kejahatannya atas
kebajikannya maka menyuruh Allaha Taa’laya dengan dia kepada neraka. Maka apabila
pergi ia firman Allaha Taa’laya bagi Jibril A’layaha Al Salama “Dapatkan olehmu
akan hambaku itu dan engkau tanya akan dia. Adakah ia duduk serta orang a’lama
di dalam dunia maka aku ampun akan dia dengan syafaatnya mereka itu”. Maka
menanyalah Jibril akan dia maka berkata ia “Tiada” maka berkata Jibril A’layaha
Al Salama “Yaa Raba, bahawasanya engkau terlebih mengetahui dengan hal hamba
engkau”. Berkata ia “Tanya akan dia adakah ia kasih akan a’lama” maka bertanya
akan dia Jibril A’layaha Al Salama katanya “Tiada”.
Maka berkata Allaha Taa’laya “Tanya
akan dia adakah ia duduk atas hidang makan serta a’lama” maka bertanya akan dia
maka katanya “Tiada”. Maka berkata ia “Adakah ia duduk tempat yang diam padanya
orang yang a’lama maka bertanya ia maka berkata ia “Tiada”. Maka berkata ia
bagi Jibril A’layaha Al Salama “Tanya olehmu akan dia adakah kasih akan seorang
laki-laki yang kasih akan a’lama” maka berkata ia “Bahkan”. Maka firman Allaha
Taa’laya bagi Jibril A’layaha Al Salama “Ambil olehmu dengan tangannya dan
engkau masuk akan dia syurga. Maka bahawasanya kasih ia akan seorang laki-laki
di dalam dunia yang kasih ia akan a’lama maka aku ampun akan dia dengan berkat
demikian itu laki-laki”.
Dan atas ini datang pada hadis Mahasara
Allaha Taa’laya hari kiamat segala masjid dunia seperti unta, kakinya daripada
mutiara dan lehernya daripada kamakama
dan kepalanya daripada kasturi yang putih dan belakangnya daripada zabarjad
yang hijau menaik akan dia ahli al jemaah dan segala tukang yang memfanakan dia
dan segala imam mehalau akan dia. Maka lalulah mereka itu di padang kiamat maka
menyeru “Hai ahli padang kiamat tiada mereka itu daripada malaikat al Maqorabin
dan tiada pula daripada anabaya Al Marasalayana
tetapi mereka itu daripada umat Mahamada yang memelihara mereka itu akan
sembahyang serta jemaah”.
Dan kata orang bahawasanya Allaha
Taa’laya menjadikan satu malaikat namanya Daradaa
Yala baginya dua sayap, satu sayap di maghrib daripada daripada yaakut yang
merah dan satu di masyrik daripada zabarjad yang hijau bertatah dengan mutiara
dan yaakut dan marjan dan kepalanya di bawah bumi yang ketujuh. Maka menyeru ia
tiap-tiap malam daripada Ramadhan “Adakah orang yang minta doa” maka di
mustajab baginya. “Adakah daripada yang meminta” maka di beri akan pintanya
“Adakah daripada yang taubat” maka di taubatkan atasnya “Adakah daripada orang
yang meminta ampun” maka di ampunkan dia hingga naik fajar.
Sumber : Kitab Daqoaqo Al Akhobaara
No comments:
Post a Comment