Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, September 10, 2012

Perihal Syurga


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Al Baaba Al Tsaalatsa Wa Al Arabaa’wana Faya Maqodaara Al Janaana Al Sabaa’

Bermula bab yang keempat puluh tiga pada menyebutkan kadar segala syurga yang tujuh. Telah berkata Wahaaba bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan syurga pada hari yang menjadikan dia lintangnya seperti lintang langit dan bumi dan panjangnya tiada mengetahui akan dia oleh seorang melainkan Allaha Taa’laya. Maka apabila adalah hari kiamat hilanglah segala bumi yang tujuh dan segala langit yang tujuh dan jadilah pada tempat keduanya itu luas di dalam syurga maka luaslah ia kepada had yang meluaskan ahlinya. Dan bermula segala syurga sekeliannya seratus darjat barang yang antara darjat lima ratus tahun. Segala sungainya mengalir dan segala buah kayunya terhulur di dalamnya barang yang di ingin oleh segala nafsu dan lazat oleh segala mata. Di dalamnya berapa isteri yang suci daripada bidadari menjadi akan mereka itu oleh Allaha Taa’laya daripada nur.

Kaana Hana Al Yaaqowata Wa Al Marajaana Faya Hana Qoashoraata Al Thorafa seolah-olah mereka itu yaakut dan marjan pada mereka itulah tersimpan segala mata daripada lain daripada laki mereka itu maka tiadalah melihat mereka itu seorang yang lain daripada mereka itu. Lama Yathomatsa Hana Anasa Qobala Hama Wa Laa Jaana tiada mejimak akan mereka itu manusia dahulu daripada mereka itu dan tiada jin. Tiap-tiap di jimak akan dia oleh lakinya mendapatkan dia bugar dan atasnya tujuh puluh pakaian baginya warna menanggung akan dia terlebih ringan atasnya daripada satu bulu daripada badannya. Di lihat akan yang di dalam betisnya daripada belakang dagingnya dan tulangnya dan kulitnya seperti di lihat minuman yang merah daripada gelas yang hijau dan minuman yang merah daripada gelas yang putih. Kepala mereka itu bertanah dengan mutiara dan dengan yaakut. 
                                          
Al Baaba Al Raabaa’ Wa Al Arabaa’wana Faya Zakara Abawaaba Al Janaana

Bermula bab yang keempat puluh empat pada menyebutkan segala pintu syurga. Berkata sayadana A’bada Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa bagi segala syurga itu lapan pintunya daripada emas bertatah dengan segala permata. Tersurat atas pintunya yang pertama Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha dan iaitulah pintu segala Anabayaa Wa Al Marasalayana Wa Al Shahadaa dan Asakhoyaa orang yang murah. Dan baaba yang kedua baaba orang yang sembahyang yang membaikkan wudhu dan segala rukun sembahyang. Dan baaba yang ketiga baaba orang yang memberi zakat yang baik hati mereka itu. Dan baaba yang keempat baaba orang yang menyuruh dengan makruf dan menegah daripada mungkar. Dan baaba yang kelima baaba orang yang memutuskan nafsunya daripada syahwat dan menegahkan dia hawa nafsu. Dan baaba yang keenam baaba segala orang yang haji dan umrah. Dan baaba yang ketujuh baaba Al Mujahidin. Dan baaba yang kedelapan baaba al mutaqin yang mengejamkan segala mata mereka itu daripada segala yang di haramkan dan di kerjakan akan keelokan daripada berbuat baik dengan dua ibu bapanya dan mehubung akan rahim dan lain daripada demikian itu.

Dan iaitu lapan syurga awalnya Daara Al Jalaala dan iaitu daripada mutiara yang putih dan yang keduanya Daara Al Salaama dan iaitu daripada yaakut yang merah dan yang ketiganya Janata Al Maawaya dan iaitu daripada zabarjad yang hijau dan yang keempatnya Janata Al Kholada dan iaitu daripada marjan yang merah dan kuning dan yang kelimanya Janata Al Naa’yama dan iaitu daripada perak yang putih dan yang keenamnya Janata Al Faradawasa dan iaitu daripada emas yang merah dan yang ketujuhnya Janata A’dana dan iaitu daripada mutiara yang putih dan kedelapannya Daara Al Qoraara dan iaitu daripada emas yang merah dan iaitu pertengahan segala syurga dan iaitu melihat atas segala syurga sekeliannya dan baginya dua pintu dan dua tudung pintunya, satu tudung daripada emas dan satu tudung daripada perak, barang yang antara dua tudung itu seperti antara langit dan bumi.

Dan adapun binanya maka iaitu satu bina daripada emas dan satu bina daripada perak dan tanahnya kasturi dan tirainya ambar dan rumputnya kekama dan mahligainya daripada mutiara dan rumahnya yaakut dan segala pintunya permata dan di dalamnya berapa sungai rahmat dan iaitu mengalir pada sekelian syurga, anak batunya mutiara yang sangat putih daripada embun dan terlebih manis daripada madu. Dan di dalamnya sungai Al Kawatsara dan iaitu sungai nabi kita Mahamada A’layaha Al Salama, segala pohon kayunya mutiara dan yaakut dan di dalamnya sungai Kafur dan di dalamnya sungai Al Tasanayama dan di dalamnya Nahara Al Salasabayala dan di dalamnya Nahara Al Rahayaqo Al Makhotawama dan di belakang demikian itu beberapa sungai yang tiada terhingga bilangnya.

Dan tersebut di dalam hadis daripada nabi A’layaha Al Salama bahawasanya sabda ia pada malam Asaraa yang di jalankan dengan daku kepada langit yang di lintang atasku sekelian syurga. Maka aku lihat di dalamnya empat sungai, satu sungai daripada air yang tiada berubah dan satu sungai daripada air susu yang tiada berubah rasanya dan satu sungai daripada khamar dan satu sungai daripada madu yang di bersihkan daripada lilin seperti firman Allaha Taa’laya Faya Haa Anahaara Mana Maa Ghoyara Asana Wa Anahaara Mana Labana Lama Yataghoyara Thoa’maha Wa Anahaara Mana Khomara Lazata Lalashaara Bayana Wa Anahaara Mana A’sala Mashofaya Al Ayata. Maka berkata aku “Hai Jibril, daripada mana datang ini segala sungai dan kepada mana perginya”. Kata Jibril A’layaha Al Salama “Pergi kepada telaga Al Kawatsara dan tiada kami ketahui daripada mana datangnya. Maka tanya olehmu akan Allaha Taa’laya bahawa memberi ketahui akan dikau atau melihat ia akan dikau”.

Maka mendoalah ia akan tuhannya maka datang satu malaikat memberi salam ia atas nabi A’layaha Al Salama dan berkata ia “Hai Mahamada, kejamkan olehmu akan dua mata engkau” maka aku kejamkan akan mataku. Kemudian berkata ia “Buka olehmu akan dua mata engkau” maka aku buka akan dia maka tiba-tiba aku pada sisi pohon kayu dan aku melihat akan satu kubah daripada mutiara yang putih dan baginya satu pintu daripada yaakut yang hijau dan kuncinya daripada emas yang merah. Jikalau bahawa sekelian yang di dalam dunia daripada jin dan manusia berhenti atas demikian kubah itu nescaya adalah mereka itu seumpama burung yang duduk atas jabal. Maka aku lihat ini sekelian sungai yang empat berjalan di bawah itu kubah.

Maka tatkala menghendaki aku kembali maka berkata bagi aku oleh malaikat itu “Mengapa engkau tiada masuk dalam kubah itu” berkata aku “Betapa aku hendak masuk dan pintunya terkunci”. Kata ia “Buka olehmu akan dia” kata aku “Betapa aku hendak buka akan dia” katanya “Anak kuncinya pada tangan engkau”. Kata aku “Dan apa ia” berkata ia “Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama”. Maka tatkala hampir aku daripadanya aku kata “Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama” maka terbukalah kuncinya. Maka aku masuk di dalam kubah itu maka aku lihat akan ini sekelian sungai mengalir daripada empat penjuru kubah. Maka tatkala hendak keluar aku daripada kubah berkata ia bagi aku “Adakah engkau lihat” kata aku “Bahkan” berkata ia “Lihat olehmu kali yang kedua” maka tatkala melihat aku. Aku lihat tersurat atas empat rukun kubah Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama dan aku lihat akan sungai air keluar daripada Mim Basama Allaha dan sungai susu keluar daripada Ha Allaha dan sungai khamar daripada Mim Al Rahamana dan sungai madu keluar daripada Mim Al Rahayama.

Maka aku ketahui bahawasanya asal ini segala sungai yang empat daripada Al Basama lah maka firman Allaha Taa’laya “Ya Mahamada, barang siapa yang menyebut akan daku dengan ini sekelian Asma daripada umat engkau maka berkata ia dengan hati yang kholasho Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama aku tuang akan dia daripada ini sekelian sungai yang empat”. Kemudian bahawasanya Allaha Taa’laya menuang akan ahli syurga hari Sabtu daripada ini syurga dan hari Ahad meminum mereka itu daripada madunya dan hari isnin meminum mereka itu daripada air susunya dan hari Selasa meminum mereka itu daripada khamarnya. Dan apabila meminum mereka itu mabuklah mereka itu dan apabila mabuk mereka itu terbang mereka itu seribu tahun hingga sampai kepada jabal yang besar daripada kasturi yang putih yang khoalasho keluar daripada Al Salasabayala di bawahnya maka meminum mereka itu daripadanya dan demikian itu hari Rabu.

Kemudian terbanglah mereka seribu tahun hingga kepada rumah tinggi dan di dalamnya beberapa sarira tinggi dan beberapa gayung yang terhantar seperti yang tersebut dalam ayat. Maka duduk tiap-tiap seorang daripada mereka itu atas sarira maka turun atas mereka itu minuman zanjabil maka meminumlah mereka itu daripadanya dan demikian itu hari Khamis. Kemudian di hujankan atas mereka itu ghoyama yang putih seribu tahun berapa permata bergantung dengan tiap-tiap permata itu bidadari kemudian terbanglah mereka itu seribu tahun hingga sampai kepada Maqoa’da Shodaqo. Dan demikian itu pada hari Jumaat maka duduklah mereka itu atas hidangan Kholada namanya maka turun atas mereka itu Rahayaqo Makhotawama dengan khotam kasturi maka mempecah mereka itu akan khotamnya dan meminum mereka itu. Sabda nabi A’layaha Al Salama dan mereka itulah yang beramal akan amal yang sholeh dan menjauh mereka itu akan maksiat.

Fashola Faya Zakara Ashajaara Al Janata. Ini suatu fasal pada menyatakan segala pohon kayu syurga. Kata Kaa’ba radhoya Allaha a’naha aku tanya akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada segala pohon kayu syurga maka sabdanya nabi A’layaha Al Salama “Tiada kering segala dahannya dan tiada gugur segala daunnya dan tiada hilang basahnya dan bahawa sebesar-besar pohon kayu syurga itu Shajarata Thowabaya asalnya daripada mutiara dan tengahnya daripada yaakut dan dahannya daripada zabarjad dan daunnya daripada sandasa dan atasnya tujuh puluh ribu dahan segala dahannya berhubung dengan tiang Arash dan yang sekurang dahannya pada langit dunia. Tiadalah di dalam syurga ghorafah dan tiada satu kubah dan tiada satu hijrah melainkan di dalam satu dahannya daripadanya menaung atasnya dan padanya daripada buahnya barang yang di ingin oleh nafsu bandingnya di dalam dunia itu matahari asalnya pada langit dan cahayanya sampai kepada tiap-tiap tempat.

Kata sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha telah yakin kami daripada berapa hadis bahawasanya asal segala pohon kayu syurga daripada perak dan segala daunnya setengahnya daripada perak dan setengahnya daripada emas. Jika adalah asal pohon kayu itu daripada perak adalah segala dahannya daripada emas dan segala pohon kayu dunia asalnya pada bumi dan cawangnya kepada hawaa kerana negeri yang fana dan tiadalah seperti demikian itu segala pohon kayu syurga maka bahawa asalnya pada hawaa dan segala dahannya pada bumi seperti firman Allaha Taa’laya Qothowa Fahaa Daanayata yakni tuhan itu hampir. Kalawaa Wa Asharabawaa Hanayaa Ba Maa Asalafa Tama Faya Al Ayaama Al Khoalayata makan olehmu dan minum oleh kamu hanayaa tiada tercukai dengan sebab yang kamu puasa pada segala hari yang telah lalu dan tanah buminya kasturi dan ambar dan kafur dan segala sungainya air susu dan madu dan khamar dan air yang hening dan apabila bertiup angin memukul daun setengah akan setengahnya maka keluar daripada suara barang yang tiada dengan suara yang terlebih elok daripada itu.

Dan riwayat daripada sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha bahawasanya telah bersabda nabi A’layaha Al Salama bahawasanya di dalam syurga itu satu pohon kayu daripada atasnya pakaian dan daripada bawahnya kuda yang mempunyai sayap yang berpelana dan terkekang bertatah mutiara dan yaakut tiada berak dan tiada kencing. Maka menaik atasnya wali Allaha maka terbang ia dengan mereka itu di dalam syurga maka berkata orang yang di bawah daripada mereka itu “Yaa Raba, dengan apa suatu sampai segala hamba engkau ini akan keramat” maka firman Allaha Taa’laya bagi mereka itu “Inilah mereka yang sembahyang mereka itu dan engkau sekelian tidur dan adalah mereka itu puasa dan kamu sekelian berbuka. Dan adalah mereka itu perang sabil Allaha dan kamu sekelian duduk pada perempuan kamu dan adalah mereka itu menafkah akan harta mereka itu pada sabil Allaha dan kamu sekelian bakhil”.

Dan riwayat daripada Abaya Harayaraha radhoya Allaha a’naha bahawasanya di dalam syurga itu satu pohon kayu berjalan orang yang menunggang kuda pada bayang-bayangnya seratus tahun tiada memutuskan dia seperti firman Allaha Taa’laya Wa Shola Mamadawada Wa Maa Masakawaba Wa Faakahata Katsayarata Laa Maqothowaa’ta Wa Laa Mamawaa’ta dan bayang-bayang yang panjang dan air yang tertuang dan buah kayu yang banyak tiada putus dan tiada di tegahkan daripadanya dan bandingnya di dalam dunia waktu yang dahulu daripada naik matahari dan kemudian daripada masuknya hingga hilang shafaq merah dan meliputi kelam malam dengan dunia maka bahawasanya bayang mamadawada seperti firman Allaha Taa’laya Alama Tara Alaya Rabaka Kayafa Mada Al Zhola adakah engkau ketahui kepada tuhan engkau betapa ia memanjangkan bayang-bayang yakni dahulu daripada naik matahari dan kemudian daripada masuknya hingga bahawa masuk kelam malam.

Di riwayatkan daripada nabi A’layaha Al Salama bahawasanya bersabda ia “Adakah tiada aku khabar akan kamu dengan saat yang serupa dengan saat syurga dan iaitu saat yang dahulu daripada naik matahari bayang-bayangnya mamadawada dan rahmatnya amat dan berkatnya banyak”.
                                                                                                            
Al Baaba Al Khoamasa Wa Al Arabaa’wana Faya Zakara Al Hawara

Bermula bab yang keempat puluh lima pada menyebutkan bidadari. Tersebut di dalam hadis daripada nabi A’layaha Al Salama bahawasanya bersabda ia telah menjadi Allaha Taa’laya akan segala muka bidadari daripada empat warna, putih dan hijau dan kuning dan merah. Menjadikan badannya daripada kamakama dan kasturi dan ambar dan kafur dan rambutnya daripada sutera dan daripada anak jari dua kakinya kepada dua lututnya daripada kamakama dan thoyaba. Dan daripada dua lututnya hingga kepada susunya daripada kasturi dan daripada susunya hingga lehernya daripada ambar dan daripada lehernya kepada kepalanya daripada kafur dan jikalau berludah satu kali ludah di dalam dunia ini nescaya jadilah dunia ini kasturi. Tersurat pada dadanya nama lakinya dan satu nama daripada beberapa Allaha Taa’laya dan pada tiap-tiap satu tangan daripada dua tangannya sepuluh gelang daripada emas dan pada anak jarinya sepuluh daripada cincin dan pada dua kakinya sepuluh gelang daripada permata dan lawalawa.

Dan di riwayat daripada sayadana A’bada Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa bahawasanya bersabda nabi A’layaha Al Salama bahawasanya di dalam syurga bidadari namanya Al A’yanaa di jadikan daripada empat perkara daripada kasturi dan kafur dan ambar dan kamakama di a’jayanakan tanahnya dengan air hayat dan sekelian bidadari a’ashaqo mereka itu bagi segala lakinya dan jika berludah sekali ludah di dalam laut nescaya tawar air laut daripada air liurnya. Tersurat atas naharanya “Barang siapa kasih bahawa adalah baginya seumpama aku maka hendaklah ia beramal dengan taat akan tuhannya”.

Dan tersebut di dalam hadis daripada Abana Masaa’wada radhoya Allaha a’naha bahawasanya berkata ia sabda nabi A’layaha Al Salama bahawasanya Allaha Taa’laya tatkala menjadikan syurga A’dana memanggil ia akan Jibril. Maka berkata ia baginya “Pergi engkau kepadanya dan engkau lihat kepada barang yang kujadikan bagi hambaku dan segala waliku”. Maka pergi Jibril berkeliling pada segala syurga maka melihat kepada satu jariah daripada bidadari daripada setengah demikian mahligai itu maka tersenyum ia kepada Jibril. Maka terang syurga A’dana daripada cahaya giginya dan Jibril sujud maka sangkanya bahawasanya daripada nur Allaha Taa’laya maka menyeru akan dia oleh jariah itu “Hai Amin Allaha, angkat olehmu kepalamu” maka mengangkatlah ia akan kepalanya maka melihat Jibril kepadanya maka berkata ia “Sabahaana Allaha yang menjadikan dikau”. Berkata jariah itu “Ya Amin Allaha, adakah engkau tahu bagi siapa di jadikan aku” kata Jibril “Tiada tahu”. Berkata ia “Bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan daku bagi orang memilih akan redha Allaha atas nafsunya”.

Dan atas ini datang pada hadis bahawasanya nabi A’layaha Al Salama bersabda ia aku lihat di dalam syurga malaikat memperbuat mereka itu akan berapa mahligai satu bina daripada emas dan satu bina daripada perak maka bina mereka itu pun demikian juga. Maka tatkala berhenti mereka itu daripada membina kata aku “Mengapa kamu berhenti daripada bina”. Kata mereka itu “Sungguhnya telah sempurna nafkah kami” kata aku “Apa nafkah kamu” berkata mereka itu “Zikir Allaha Taa’laya kerana yang mempunyai mahligai, zikir ia akan Allaha Taa’laya maka tatkala berhenti ia daripada zikir Allaha berhenti kami daripada membina akan dia”.

Dan tersebut di dalam hadis tiada jua seorang hamba Allaha puasa ia akan bulan Ramadhan melainkan mengahwin akan dia oleh Allaha Taa’laya akan isterinya daripada bidadari di dalam himat daripada mutiara yang putih yang berongga seperti firman Allaha Taa’laya Hawara Maqoshowaraata Faya Al Khoyaama berapa bidadari tertutup di dalam himat dan atas tiap-tiap sarira tujuh puluh hamparan dan bagi tiap-tiap hamparan satu perempuan dan bagi tiap-tiap perempuan seribu jariah serta tiap-tiap satu jariah satu talam daripada emas memberi makan akan dia dan lakinya seumpama itu pula inilah sekeliannya bagi orang yang puasa bulan Ramadhan lain daripda amalnya yang lain daripada puasa.  
                      
Al Baaba Al Saadasa Wa Al Arabaa’wana Faya Zakara Ahala Al Janata Wa Naa’yama Haa

Bermula bab yang keempat puluh enam pada menyatakan ahli syurga dan nikmatnya. Tersebut di dalam hadis bahawasanya di belakang Shoraatho Al Masataqoyama padang padanya berapa pohon kayu yang baik di bawah tiap-tiap kayu itu dua mata air yang terpancarlah keduanya daripada syurga. Salah suatu daripada keduanya pada kanan dan yang satunya pada kiri dan segala mukminin tatkala lalu mereka itu akan Shoraatho Al Masataqoyama dan sungguhnya telah berdiri mereka itu daripada kubur dan berdiri mereka itu kepada hisab dan berdiri mereka itu pada matahari dan membaca mereka itu akan kitab. Dan lalu mereka itu akan neraka dan datang mereka itu kepada demikian padang itu meminumlah mereka itu daripada salah satu daripada segala mata air itu.

Maka apabila sampai air itu kepada dada mereka itu keluarlah tiap-tiap barang yang adalah pada mereka itu dan ghola dan ghosha dan jasad dan hilang ia daripadanya. Maka apabila tetap air itu pada perut mereka itu keluarlah tiap-tiap barang yang adalah di dalamnya daripada fasad dan penyakit dan kencing maka sucilah zahir mereka itu dan batin mereka itu. Kemudian datang mereka itu kepada a’yana yang lain maka mandi mereka itu di dalamnya maka jadilah muka mereka itu seperti bulan malam purnama dan baiklah diri mereka itu dan hati mereka itu dan harumlah jasad mereka itu seperti kasturi. Maka sampailah mereka itu kepada pintu syurga maka tiba-tiba kelilingnya daripada yaakut yang merah maka memukul mereka itu akan dia dan berhadap akan mereka itu bidadari dengan berapa pinggan pada segala tangan mereka itu. Maka keluarlah tiap-tiap bidadari kepada taulannya maka memasuk ia akan dia dan berkata ia baginya “Engkau kekasih aku dan aku redha daripada engkau dan aku kasih akan dikau selama-lamanya” dan masuklah sertanya akan rumahnya. Di dalam rumah itu tujuh puluh sarira atas tiap-tiap sarira tujuh puluh hamparan dan atas tiap-tiap hamparan satu bidadari atasnya tujuh puluh pakaian di lihat yang di dalam betisnya daripada pakaian yang halus dan jikalau bahawasanya satu bulu perempuan ahli syurga gugur kepada bumi nescaya menerang bagi ahli bumi.

Sabda nabi A’layaha Al Salama pakaian syurga itu putih cemerlang, tiada matahari dan tiada malam di dalamnya dan tiada tidur kerana tidur itu saudara mati dan kota syurga tujuh lapis berkeliling dengan segala syurga. Yang pertama daripada perak dan yang kedua daripada emas dan yang ketiga daripada zabarjad dan yang keempat daripada mutiara dan yang kelima daripada dara dan yang keenam daripada yaakut dan yang ketujuh daripada cahaya yang cemerlang dan barang yang antara tiap-tiap dua kota perjalanan lima ratus tahun. Dan adapun ahli syurga maka iaitu Jarada Marada yakni tiada berbulu, licin sahaja lagi bercelak dua matanya dan bagi segala laki-laki kumis yang hijau Falaja Baaja yakni zahir dan bercahaya dan tiadalah yang demikian itu bagi perempuan supaya membezakan mereka itu daripada laki-laki.

Dan tersebut di dalam hadis bahawasanya ahli syurga adalah tiap-tiap seorang daripada mereka itu tujuh puluh pakaian berwarna pada tiap-tiap satu saat tujuh puluh warna dan melihat ia akan mukanya di dalam muka isterinya dan melihat isteri mukanya di dalam muka suaminya dan dadanya dan betisnya di dalam dada lakinya dan betis lakinya tiada berbulu mereka itu dan tiada berhingus mereka itu dan tiada dengan mereka itu bulu melainkan bulu misainya dan rambut kepalanya dan bulu matanya.

Dan riwayat Abaya Harayaraha radhoya Allaha a’naha dan demi Allaha Taa’laya yang menurunkan Qoraana atas nabinya bahawasanya ahli syurga itu bertambah tiap-tiap hari elok dan bagus seperti bertambah mereka itu di dalam dunia muda dan tua. Di bagi tiap-tiap satu laki-laki kuat seratus laki-laki pada makan dan minum dan jimak maka mejimak ia akan dia seperti mejimak ia akan ahlinya di dalam dunia haqoyaa maknanya lapan puluh tahun tiada mani bagi laki-laki dan perempuan dan tiap-tiap hari mendapat ia seratus makanan.

Berkata Abana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa maka apabila memakan wali Allaha daripada buah kayu barang yang di kehendakinya dan ingin kepada makanan menyuruh Allaha Taa’laya bahawa datangkan baginya akan makanan. Maka membawalah mereka itu kepadanya dengan tujuh puluh talam dan tujuh puluh hidang daripada yaakut dan mutiara. Atas tiap-tiap hidang seribu pinggan daripada emas seperti firman Allaha Taa’laya Yathoafa A’laya Hama Bashohaafa Mana Zahabawaa Kawaaba Wa Faya Haa Maa Tashatahayaha Ala Anafasa Wa Talaza Ala Aa’yana Wa Ana Tama Faya Haa Khoaladawana di keliling atas mereka itu dengan beberapa pinggan daripada emas dan beberapa gayung dan di dalamnya barang yang di ingin akan dia oleh nafsu dan lazat dengan dia mata kamu sekelian di dalamnya kekal.

Pada tiap-tiap satu pinggan berapa warna daripada makanan yang tiada menyentuh akan dia api dan tiada memasak akan dia oleh tukang masak dan tiada di perbuat akan dia di dalam periuk tembaga dan lainnya dan tetapi firman Allaha Taa’laya baginya “Ada olehmu” maka adalah ia dengan tiada penat dan susah. Maka memakan akan dia oleh wali Allaha daripada demikian pinggan itu barang yang di kehendakinya. Maka apabila kenyang turun atasnya burung daripada syurga seperti unta pada besarnya maka berdiri ia dengan sayapnya atas kepala wali Allaha dan berkata ia “Makan olehmu akan daging yang basah hai wali Allaha. Aku ada bagian-bagian dan aku minum daripada air Al Salasabayala dan daripada air kafur dan makan aku daripada kebun syurga”. Maka inginlah wali Allaha kepada daging demikian burung itu maka menyuruh Allaha Taa’laya bahawa jatuh atas hidang daripada apa warna menghendaki ia maka jadilah daging bakar. Maka memakan akan dia wali Allaha daripada dagingnya kemudian kembali pula jadi burung dengan izin Allaha Taa’laya seperti dahulu. Maka syurga itu tiada habis makanannya dan jika di makan daripadanya tiada kurang sesuatu bandingnya dalam dunia.

Qoraana berlajar akan dia manusia dan mengajar akan dia dan pada hal ia atas halnya tiada kurang suatu daripadanya. Sabda nabi A’layaha Al Salama bahawasanya ahli syurga makan dan minum kemudian keluar daripada jasad mereka itu bau seperti bau kasturi dan demikianlah selama-lamanya. Inilah akhir kitab Daqoaqo Al Akhobaara Faya Zakara Al Janata Wa Al Naara.

Telah selesai daripada menterjemahkan kitab ini pada dua puluh hari bulan Maharam hari Selasa waktu dahulu sedikit daripada Zuhur pada hijrah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tahun seribu tiga ratus dua belas di dalam negeri Makaha Al Masharafata

Yaa Raba Al Arabaaba. Asaalaka Al Najaata Mana Jahanama Daara Al Hawaana Wa Al A’qoaba. Wa Al Fawaza Ba Al Janata Mahala Al Radhowaana Wa Ba Jamaa’ Al Ahabaaba. Laya Wa Al Masalamayana Wa Matarajama Hazaa Al Kataaba. Mana Ghoyara Sabaqo A’zaaba. Yaa Karayama Yaa Wahaaba Yaa Manazala Al Kataaba. Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Kalamaa Zakaraha Al Zaakarawana Wa Ghofala A’na Zakaraha Al Ghoafalawana Wa Radhoya Allaha Taa’laya A’na Ashohaaba Rasawala Allaha Ajamaa’yana Wa Al Taabaa’yana Lahama Ba Ahasaana Alaya Yawama Al Dayana Wa Salaama A’laya Al Marasalayana Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana Amayana.

Yaqowala Raajaya Ghofaraana Rabaha Al Masaawaya. Mashohahaha Al Yaasa Yaaqowaba Al Azaharaya. Al Hamada Lalaha Al Manafarada Ba Jamaalaha Wa Kamaalaha Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha. 

Wa Baa’da maka telah sempurna cap ini kitab yang mustaib yang adalah ia dengan nafasnya Mamatalaya Al Wathoaba pada membicara Nawaara Al Mahamadaya dan ehwal hari kiamat yang di namakan akan dia Daqoaqo Al Akhobaara Faya Zakara Al Janata Wa Al Naara.
          

No comments:

Post a Comment