Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, September 6, 2012

Perihal Neraka


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Baaba Al Raabaa’ Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Al Naara

Bermula bab yang ketiga puluh empat pada menyatakan neraka. Tersebut di dalam hadis bahawasanya Jibril A’layaha Al Salama datang akan nabi A’layaha Al Salama maka berkata ia “Hai Jibril, sifatkan bagiku akan neraka” maka berkata ia “Bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan neraka maka di nyalakan dia seribu tahun hingga merah ia kemudian di nyalakan dia seribu tahun hingga putih ia kemudian di nyalakan seribu tahun hingga hitam ia maka iaitu hitam seperti malam kelam tiada padam nyalanya dan tiada padam baranya”.  

Kata Majaahada bahawasanya bagi jahanam itu berapa ular seperti leher unta dan berapa kala seperti baghal. Maka larilah ahli neraka daripada neraka daripada takut akan ular itu dan kala itu maka mengambil ia dengan bibir mereka itu. Maka mencarik ia barang yang antara rambut sampai kepada kuku maka tiada lepas mereka itu daripadanya melainkan lari kepada neraka.

Dan diriwayatkan daripada Sayadana A’bada Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya di dalam neraka itu beberapa ular seumpama batang leher unta. Maka gigit ia akan seorang daripada mereka itu sekali gigit mendapat ia padahnya empat puluh tahun. Dan di riwayatkan daripada Zayada bana Wahaba daripada Abana Masaa’wada radhoya Allaha a’naha bahawasanya api kamu ini satu jaza daripada tujuh puluh jaza daripada api neraka. Jikalau tiadalah bahawasanya di selamkan dalam laut dua kali nescaya tiada dapat manafaat daripadanya suatu. Berkata Majaahada bahawasanya api kamu itu minta berlindung daripada neraka.

Di riwayat di dalam hadis bahawasanya Allaha Taa’laya menyuruh akan Jibril A’layaha Al Salama kepada Malaka Al Naara “Hai Jibril A’layaha Al Salama, berapa engkau mahu daripada api”. Kata Jibril “Aku hendak sekadar buah tamar” kata Malaka “Ya Jibril, jikalau aku kasi akan dikau kadar tamar nescaya hancur tujuh petala langit dan tujuh petala bumi daripada panasnya”. Katanya “Kadar biji tamarlah” berkata Malaka “Jikalau aku kasi akan dikau sekadar kehendak engkau nescaya tiada turun dari langit setitik air hujan dan tiada tumbuh pada bumi itu tumbuh-tumbuhan”. Kemudian menyeru Jibril “Hai tuhanku, berapa aku ambil daripada api” firman Allaha Taa’laya “Ambil olehmu sekadar zarah daripadanya”. Maka mengambil Jibril daripadanya kadar zarah dan di selamkan dia di dalam sungai tujuh puluh kali kemudian datang dengan dia kepada nabi Adam A’layaha Al Salama. Maka di hantarkan dia atas jabal yang tinggi maka hancur demikian jabal itu. Kemudian di kembalikan api itu kepada tempatnya dan tinggal asapnya pada sekelian batu dan besi hingga sekarang ini. Maka api yang ada ini daripada asap yang aatu zarah itu maka iktibar olehmu daripadanya hai segala mukmin.

Sabda nabi A’layaha Al Salama bahawasanya yang terlebih kurang ahli neraka pada pihak azab itu seorang baginya dua kasut daripada api neraka yang mendidih daripada keduanya otaknya seperti mendidih periuk. Maka mendengar akan dia jirannya dan segala gusinya bara api dan bibir mulutny bara api dan nyala api itu keluar dari dalam perutnya daripada dua tapak kakinya. Dan bahawasanya ia melihat akan dirinya terlebih sangat azab ahli neraka dan pada hal bahawasanya ia yang terlebih kurang azab ahli neraka. Berkata A’ashoma bahawasanya ahli neraka menyeru mereka itu akan Malaka maka tiada menjawab akan mereka itu empat puluh tahun. Kemudian baru menjawab maka berkata ia “Bahawa kamu sekelian kekal selama-lamanya di dalamnya”. Kemudian mendoa mereka itu akan tuhannya “Hai tuhan kami, keluarkan kami daripada ia maka jika kembali maka bahawasanya kamilah segala yang zalim” maka tiada menjawab ia akan mereka itu sekadar umur dunia dua kali. Kemudian baru menjawab akan mereka itu dengan firmannya Akhosawaa Faya Haa Wa Laa Takalamawana hinalah kamu di dalamnya dan jangan berkata-kata kamu.

Sabda nabi A’layaha Al Salama tiada berkata-kata kaum kemudian daripada itu dengan satu kalimat dan tiada kemudian daripada itu melainkan zafayara dan shahayaqo di dalam neraka dan suara mereka itu serupa suara hamar awalnya zafayara halus dan akhirnya shahayaqo kasar. Kata Jibril A’layaha Al Salama “Demi Allaha yang membangkit akan dikau dengan sebenarnya nabi jikalau bahawa adalah seumpama lubang jarum di bukakan daripadanya jahat masyrik nescaya terbakar ahli maghrib daripada sangat panasnya. Dan demi Allaha yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya nabi jikalau bahawasanya satu kain daripada segala kain ahli neraka di gantung antara langit dan bumi nescaya mati mereka itu daripada panasnya bagi barang yang mendapat mereka itu daripada busuknya. Dan demi Allaha yang membangkit akan dikau dengan sebenarnya nabi jikalau adalah satu zaraaa’ daripada rantai yang menyebutkan Allaha Taa’laya akan dia di dalam Qoraana di hantarkan atas jabal nescaya hancur jabal itu hingga sampai kepada bumi yang ketujuh. Dan demi Allaha yang membangkit akan dikau dengan sebenarnya nabi jikalau adalah dua laki-laki daripada ahli al Naara di azabkan di maghrib nescaya terbakar orang yang di masyrik daripada saat azabnya panasnya sangat dan dalamnya jauh dan kayunya manusia dan segala batu dan minumannya hamim dan danur dan pakaiannya daripada belangkin.

Al Baaba Al Khoamasa Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Abawaaba Al Naara

Bermula bab yang ketiga puluh lima pada menyatakan segala pintu neraka baginya tujuh puluh pintu. Bagi tiap-tiap pintu daripadanya satu jaza yang di bahagikan daripada laki-laki dan perempuan. Di riwayatkan daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya ia bertanya akan Jibril A’layaha Al Salama “Adakah segala pintunya seperti segala pintu kita ini” katanya “Tiada dan tetapi terbuka setengahnya di bawah daripada setengahnya di bawah daripada setengahnya daripada satu pintu kepada satu pintu perjalanan tujuh ratus tahun. Tiap-tiap satu pintu daripadanya terlebih sangat panas daripada yang mengiringi akan dia tujuh puluh ganda”.

Sabda nabi A’layaha Al Salama “Siapa yang mediami akan ini segala pintu” berkata ia “Adapun pintu yang di bawah sekali maka di dalamnya segala munafikin dan orang yang kafir daripada Ashohaaba Al Maadata dan Al Firaun dan namanya Hawiah. Dan bab yang kedua di dalamnya musyrikin dan namanya Al Jahim dan bab yang ketiga di dalamnya Al Shoabayana dan namanya Saqar dan bab yang keempat di dalamnya Iblis dan orang yang mengikut akan dia dan majusi dan namanya Lazhoya. Dan bab yang kelima di dalamnya yahudi namanya Hathomah dan bab yang keenam di dalamnya nashoraya dan namanya Saa’yara”. Kemudian diam Jibril maka sabda nabi A’layaha Al Salama “Ya Jibril, mengapa tiada engkau khabarkan akan daku daripada orang yang mendiamkan bab yang ketujuh”. Maka berkata ia “Ya Mahamada, adakah engkau tanya akan daku daripadanya” maka sabda nabi “Bahkan”. Maka berkata ia “Ya Mahamada, ahli dosa besar daripada umat engkau yang mati mereka itu dan tiada taubat mereka itu” maka jatuhlah nabi pitam yakni pengsan.

Maka tatkala baik ia sabdanya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Ya Jibril, besarlah balaku dan sangatlah takutku adakah masuk daripada umatku itu neraka” kata Jibril “Bahkan masuk ahli dosa besar daripada umat engkau”. Kemudian menangis rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan menangis Jibril kerana tangisnya dan sabda nabi A’layaha Al Salama “Ya Jibril, ngapa engkau menangis engkau ruh Al Amin” kata Jibril” Aku takut bahawa di bala akan daku dengan barang yang di balakan dengan dia Harut Wa Marut maka iaitulah yang menangis akan daku”. Maka mewahaya Allaha Taa’laya “Hai Jibril dan hai Mahamada, aku jauhkan kedua kamu daripada neraka dan tetapi jangan aman kedua kamu akan azab aku”.
                      
Al BaabaAl Saadasa Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Jahanama

Bermula bab yang ketiga puluh enam pada menyatakan jahanam. Di riwayatkan daripada Sayadana A’bada Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahamaa di datangkan dengan jahanam hari kiamat dan di kelilingnya tujuh puluh ribu saf daripada malaikat. Tiap-tiap satu saf terlebih banyak daripada jin dan manusia mehela mereka itu akan dia dengan segala talinya. Dan bagi jahanam itu empat kakinya barang yang antara kaki dan kaki seribu tahun dan baginya tiga puluh kepala dan pada tiap-tiap kepala tiga puluh ribu mulut. Dan pada tiap-tiap mulut tiga puluh ribu gigi dan tiap-tiap aatu gigi seumpama jabal Ahad seribu kali dan pada tiap-tiap mulut, dua bibir tiap-tiap satu bibir seumpama lapis dunia. Dan pada dua bibirnya dua rantai daripada besi dengan tiap-tiap satu rantai daripada keduanya tujuh puluh ribu gelangnya dan memegang akan tiap-tiap satu gelang barang yang tiada terbilang daripada malaikat. Maka di datangi akan dia daripada kiri Arash dan iaitu firman Allaha Taa’laya Ana Haa Taramaya Basharara Ka Al Qoshora bahawasanya ia melontar dengan kala satunya seperti besar rumah.
            
Al Baaba Al Saabaa’ Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Sawaqo Al Naasa Alaya Al Naara

Bermula bab yang ketiga puluh tujuh pada menyatakan halau manusia ke neraka. Di halau akan seteru Allaha kepada neraka dan hitamlah segala muka mereka itu dan biru segala muka mereka itu dan di cap akan segala mulut mereka itu maka apabila sampai mereka itu kepada segala pintunya berbadap ia akan segala mereka itu oleh malaikat Zabaniah dengan segala belenggu dan rantai maka demikian rantai itu di hantarkan di dalam mulut kafir dan keluar daripada duburnya dan di belenggu akan tangannya yang kiri kepada lehernya dan di masukkan tangan kanannya pada dadanya dan tanggalkan daripada antara belikatnya dan di ikat dengan rantai dan di rangkaikan tiap-tiap satu anak Adam serta syaitan pada satu rantai dan di tarik atas mukanya dan memukul akan dia oleh malaikat dengan tongkat daripada besi tiap-tiap berkehendak mereka itu keluar daripadanya di kembali mereka itu di dalamnya dan di kata bagi mereka itu “Rasa oleh kamu akan azab neraka yang adalah kamu dengan dia itu dusta”.

Kemudian berkata Sataya Fathomaha “Ya rasul Allaha, adakah tiada engkau tanya daripada umat engkau betapa masuk mereka itu akan dia” sabda nabi A’layaha Al Salama “Mehalau akan mereka itu oleh malaikat kepada neraka maka tiada hitam muka mereka itu dan tiada biru mata mereka itu dan tiada di cap segala mulut mereka itu dan tiada di rangkai akan mereka itu serta syaitan dan tiada di hantarkan atas mereka itu rantai dan belenggu”. Maka berkata Sataya Fathomaha “Ya rasul Allaha, betapa menarik akan mereka itu oleh malaikat” sabda nabi A’layaha Al Salama “Adapun orang tua dan orang muda di ambil akan keduanya dengan janggutnya. Adapun perempuan dengan rambutnya dan ubun-ubunnya maka berapa banyak daripada orang yang beruban daripada umatku di pegang atas ubannya dan di tarik ke neraka dan dia menyeru “Hai dhoifku”. Dan berapa banyak daripada orang muda daripada umatku di pegang daripada janggutnya dan di tarik ke neraka dan ia menyeru “Hai mudaku dan hai baik rupaku”. Dan berapa banyak daripada perempuan daripada umatku di pegang atas ubun-ubunnya di tarik ke neraka dan ia menyeru “Hai kemaluanku dan hai kebinasaan tutupku” hingga sampai dengan mereka itu kepada Malaka.

Maka apabila melihat ia kepada mereka itu berkata ia bagi segala malaikat “Siapa ini maka tiada datang atas kami daripada segala orang celaka terlebih ajab daripada ini tiada hitam mukanya dan tiada di hantarkan rantai dan belenggu pada batang lehernya”. Maka berkata segala malaikat itu “Demikianlah di suruh akan kami bahawa kami datang dengan mereka itu atas ini kelakuan”. Maka berkata ia bagi mereka itu “Hai sekelian Ashaqoyaa, siapa kamu” maka berkata mereka itu “Kami daripada umat Mahamada A’layaha Al Salama”.

Dan di riwayatkan pada satu riwayat yang lain menarik akan mereka itu oleh malaikat menyerulah mereka itu “Hai Mahamadaku” maka tatkala melihat mereka itu akan Malaka lupa mereka itu akan nama Mahamada A’layaha Al Salama. Maka apabila mendengar mereka itu akan nama Mahamada A’layaha Al Salama berteriak mereka itu sekelian “Kami sekeliannya daripada umatnya” maka berkata Maalaka bagi mereka itu “Adakah tiada bagi kamu pada Qoraana yang menakut daripada maksiat” dan apabila berhenti mereka itu atas tepi jahanam dan melihat mereka itu kepada neraka dan kepada Zabaniah berkata mereka itu “Hai Malaka, izin bagi kami bahawa kami menangis atas diri kami” maka meizin Malaka bagi mereka itu maka menangislah mereka itu air mata hingga tiada tinggal suatu daripada air mata pada segala mata mereka itu menangis mereka itu akan darah maka berkata Malaka “Sangatlah eloknya ini tangis jikalau adalah di dalam dunia daripada takut akan Allaha Taa’laya tiadalah menyentuh akan kamu api neraka”.

Al Baaba Al Tsaamana Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Al Zabaanayaha

Bermula bab yang ketiga puluh lapan pada menyatakan malaikat Zabaniah. Telah berkata Manashowara bana A’maara telah sampai akan daku bahawasanya Malaka Al Naara baginya beberapa tangan dan beberapa kaki dengan bilang-bilang ahli neraka dan dengan tiap-tiap kaki dan tangan berdiri dan duduk dan mebelenggu dan merantai siapa yang di kehendakinya maka apabila melihat kepada neraka makanlah neraka itu setengah akan setengahnya kerana takut akan Malaka. Dan bermula segala huruf Basama Allaha itu sembilan huruf dan bilang-bilang kepala Zabaniah demikian juga sembilan mengambil mereka itu akan mereka itu dengan tangan mereka itu dan kaki mereka itu kerana mereka itu beramal dengan kaki mereka itu seperti beramal mereka itu dengan tangan.

Maka mengambil seorang daripada mereka itu sepuluh ribu daripada kafir dengan tangan yang satu dan sepuluh ribu dengan tangan yang lain dan sepuluh ribu dengan salah suatu daripada dua kakinya dan sepuluh ribu dengan kaki yang lain. Maka mencampakkan pada neraka empat puluh ribu kafir dengan satu kali kerana padanya daripada kuat dan shadata dan kepala mereka itu Malaka Khoazana Al Naara dan lapan belas seumpama dan mereka itu kepala malaikat di bawah tangan tiap-tiap satu malaikat daripada mereka itu daripada khozaanaha barang yang tiada terhingga bilang mereka itu melainkan Allaha. Dan segala mata mereka itu seperti kilat menyembur dan segala kaki mereka itu seperti putih tanduk lembu dan segala bibir mereka itu menyentuh akan segala kaki mereka itu keluarlah segala nyala api daripada segala mulut mereka itu. Dan barang yang antara dua belikat tiap-tiap seorang daripada mereka itu perjalanan setahun tiada menjadi Allaha Taa’laya di dalam segala hati mereka itu daripada rahmat dan dapat kasih sayang sekadar zarah sekalipun. Menyelam seorang daripada mereka itu di dalam laut daripada api kadar tujuh puluh tahun maka tiada memberi mudharat akan dia oleh api neraka dari kerana nur mengalahkan naara. Naa’waza Ba Allaha Mana Al Naara.

Kemudian berkata Malaka bagi Zabaniah “Campakkan olehmu akan mereka itu ke dalam neraka” maka apabila mencampak akan mereka itu dan neraka menyerulah sekeliannya Laa Alaha Alaa Allaha. Maka kembali daripada mereka itu neraka maka berkata Malaka “Hai api ambil olehmu akan mereka itu” maka berkata neraka betapa hal kami hendak ambil akan mereka itu dan pada hal mereka itu mengata Laa Alaha Alaa Allaha”. Maka berkata Malaka “Dengan demikian itu telah menyuruh tuhan Raba Al A’rasha Al Azhoyama”. Maka mengambillah akan mereka itu oleh api neraka maka setengah mereka itu orang yang di ambilnya hingga dua kakinya. Dan setengah mereka itu orang yang di ambilnya hingga dua lututnya dan setengah mereka itu orang yang di ambilnya hingga pusatnya dan setengah mereka itu orang yang di ambilnya hingga halkumnya.

Maka apabila hampir daripada segala mereka itu berkata Malaka “Jangan engkau bakar akan muka mereka itu maka bahawasanya mereka itu sujud di atasnya bagi Allaha Taa’laya dan jangan engkau bakar akan segala hati mereka itu kerana bahawasanya ia tempat tauhid dan makrifat dan iman dan panjang dahaga mereka itu bulan Ramadhan” dan kekallah mereka di dalamnya barang yang di kehendaki Allaha Taa’laya.

Al Baaba Al Taasaa’ Wa Al Tsalaatsawana Faya Zakara Ahala Al Naara Wa Thoa’ama Hama Wa Sharaaba Hama

Bermula bab yang ketiga puluh sembilan pada menyatakan ahli neraka dan makanan mereka itu dan minuman mereka itu. Sabda nabi A’layaha Al Salama ahli neraka itu hitam segala mukanya, kelam segala mata mereka itu, hilang segala akal kepala tiap-tiap seorang mereka itu seperti besar kubah dan segala badan mereka itu seperti jabal dan segala mata mereka itu seperti bukit dan rambut mereka itu seperti batang buluh. Tiada bagi mereka itu mati yang mati ia dan tiada hidup mereka itu bagi tiap-tiap seorang daripada mereka itu tujuh puluh kulit daripada satu kulit kepada satu kulit tujuh lapis daripada api dan di dalam rongga mereka itu berapa ular daripada neraka. Mendengar mereka itu akan suaranya seperti suara binatang liar dengan beberapa rantai dan beberapa belenggu akan mereka itu dan dengan beberapa tongkat di pukul akan mereka itu dan atas muka mereka itu di hela akan mereka itu.

Sabda nabi A’layaha Al Salama miskin ahli neraka menyeru mereka itu “Hai tuhan kami, telah meliputi akan kami akan azab” dan mereka itu di tutup akan mereka itu di dalamnya dan belenggu akan mereka itu dengan beberapa belenggu, jika diam mereka itu tiada di kasihankan mereka itu dan jika sabar mereka itu tiada lepas mereka itu dan jika menyeru mereka itu tiada di jawab akan mereka itu. Menyeru mereka itu dengan Wayala dan Tsabawara dan Shoghoara hal keadaannya mereka itu di rangkai akan mereka itu di dalam tutup di kekal akan mereka itu, menyesal mereka itu panjang azab mereka itu, picak tempat masuk mereka itu, mengalir danur mereka itu, nyata segala aurat mereka itu, berubah warna mereka itu, celaka mereka itu. Berkata mereka itu “Hai tuhan kami, telah mengeras atas kami celaka dan adalah kami kaum yang sesat. Hai tuhan kami, bukakan daripada kami akan azab bahawasanya kami beriman”.

Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama miskin ahli neraka telah menjadi Allaha Taa’laya bagi mereka itu berapa jabal di namakan Shoa’wada. Maka naik mereka itu atas muka mereka itu seribu tahun hingga apabila naik mereka itu melontarkan mereka itu oleh jabal itu di dalam bawah jahanam hal keadaannya rugi mereka itu. Sabda nabi A’layaha Al Salama miskin ahli neraka apabila pinta tolong mereka itu dengan hujan di angkatkan satu awan yang hitam. Maka berkatalah mereka itu “Hujan telah datang daripada Allaha Taa’laya” maka hujanlah atas mereka itu segala batu daripada api jatuh atas segala kepala mereka itu kemudian keluar daripada segala dubur mereka itu. Kemudian minta mereka itu akan Allaha Taa’laya seribu tahun bahawa merezeki akan mereka itu hujan. Maka zahir satu awan yang hitam maka berkata mereka itu “Inilah awan hujan”. Maka hujanlah atas mereka itu segala ular seperti batang leher unta maka barang siapa yang di gigitnya sekali gigit tiada hilang daripadanya padahnya seribu tahun dan inilah makna firman Allaha Taa’laya Zadanaa Hama A’zaabaa Fawaqo Al A’zaaba Ba Maa Kaanawaa Yafasadawana kami tambahi mereka itu azab di atas azab mereka itu dengan sebab adalah mereka itu mafasada mereka itu di dalam dunia.

Sabda nabi A’layaha Al Salama miskin ahli neraka menyeru mereka itu akan Malaka tujuh puluh ribu tahun maka tiada mengembali atas mereka itu jawab. Maka berkata mereka itu “Hai tuhan kami, bahawasanya Malaka tiada menjawab akan kami” maka firman Allaha Taa’laya “Hai Malaka, jawab olehmu akan ahli neraka”. Kemudian bahawasanya Malaka berkata ia “Apa kamu kata hai mereka yang di murka oleh Allaha Taa’laya atas kamu hai ahli neraka” maka berkata mereka itu “Hai Malaka, beri olehmu akan kami sekali minum air boleh jadi senang kami dengan dia. Maka sungguhnya telah memakan api neraka akan daging kami dan tulang kami dan telah masuk segala kulit kami dan telah mencarik akan tulang kami dan telah memotong akan hati kami”. Maka memberi ia akan mereka itu sekali minum daripada hamim maka mencapai mereka itu akan dia dengan tangan. Gugurlah segala anak jari maka sampai kepada muka berhamburanlah segala mata mereka itu dan segala pipi mereka itu maka apabila masuklah ia ke dalam perut memutuslah akan segala perut dan segala hati.

Sabda nabi A’layaha Al Salama miskin ahli neraka apabila minta tolong mereka itu dengan makanan di bawa bagi mereka itu dengan zaqum. Maka apabila di datangkan dengan zaqum memakanlah mereka itu akan dia mendidihlah barang yang dalam perut mereka itu dan mendidih otak mereka itu dan segala gusi mereka itu dan keluar nyala api daripada segala mulut mereka itu dan gugurlah segala jasad mereka itu antara kaki mereka itu. Sabda nabi A’layaha Al Salama miskin ahli neraka memakai mereka itu akan pakaian daripada qothoraana. Apabila di hantarkan atas segala badan mereka itu terkupaslah kulit mereka itu dan segala mereka itu yang celaka di dalam neraka buta tiada melihat, kelu tiada berkata-kata, tuli tiada mendengar dan tiap-tiap orang yang lapar ingin akan makanan melainkan ahli neraka dan tiap-tiap orang yang bertelanjang ingin akan pakaian melainkan ahli neraka tiada ingin dan tiap-tiap orang yang mati ingin akan hidup melainkan ahli neraka maka bahawasanya mereka itu cita-cita akan mati.
   
Al Baaba Al Arabaa’wana Faya Zakara Anawaa’ Al A’zaaba A’laya Qodara Aa’maala Hama

Bermula bab yang keempat puluh pada menyatakan berapa bagai azab atas kadar amal mereka itu. sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lepas daripada neraka daripada umatku kemudian daripada seribu enam puluh tahun, satu kaum gemuk daripada daging, kurus daripada agama, berpakai daripada pakaian, bertelanjang daripada taat, alim mereka itu mengetahui mereka itu akan yang zahir daripada kehidupan dan lali mereka itu daripada akhirat yakni jahil mereka itu dan mereka itu ahli pasar dan ahli hawaya, berusahalah mereka itu daripada apa harta menghendaki mereka itu, tiadalah hirau Allaha Taa’laya daripada mana pintu masuk mereka itu akan neraka.

Firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, jikalau melihat engkau akan orang yang merosakkan janji dan amanah di helakan mereka itu atas segala muka mereka itu kepada neraka maka apabila di lontarkan mereka itu di dalam jahanam jadilah tiap-tiap anggota mereka itu pada satu tempat dan tiap-tiap urat pada satu tempat dan segala hati mereka itu pada satu tempat dan firman Allaha Taa’laya Wayala bagi orang yang merosakkan janji dan amanah. Engkau lihat akan dia di sula atas kayu zaqum dan api masuk daripada duburnya dan keluar daripada mulutnya dan daripada dua telinganya dan daripada dua matanya”. Dan firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, jikalau engkau lihat akan orang yang merosakkan janji dan amanah sungguhnya berangkai akan dia syaitan pada rantai dan belenggu yang bergantung pada lidahnya mengalir otaknya daripada dua lubang hidungnya. Tiada tidur sekelip mata dan tiada senang sekelip mata hingga bahawasanya orang kafir menuntut aman dengan mati daripada azab dan demikian lagi orang yang merosakkan janji menuntut akan aman dengan mati dan demikian lagi orang yang berzina dan orang yang memakan riba dan orang yang meninggalkan sembahyang di azab akan mereka itu di dalam neraka Haqobaa iaitu zaman yang panjang”.

Firman Allaha Taa’laya “Hai Musa, jikalau adalah air segala laut jadi dakwat dan segala pohon kayu jadi kalam dan segala jin jadi tukang surat nescaya habis segala kalam dan fana segala manusia dan jin dan habis segala laut semuanya daripada dahulu bahawa di surat akan bilang-bilang haqoba jahanam. Dan demikian itu firman Allaha Taa’laya Laa Batsayana Faya Haa Ahaqoabaa Laa Yazawaqowana Faya Haa Baradaa Wa Laa Sharaabaa Alaa Hamayamaa Wa Ghosaaqoa Jazaa Wa Faaqoa berhentilah mereka itu di dalam neraka berapa haqoba tiada merasa mereka itu di dalamnya akan sejuk dan tiada minuman melainkan hamim dan Ghosaaqoa balasan yang muafakat. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bagi Jibril “Apa itu haqoba” kata Jibril A’layaha Al Salama “Empat ribu tahun”. Sabda nabi A’layaha Al Salama “Setahun berapa bulan” katanya “Empat ribu bulan” sabda nabi A’layaha Al Saama “Dan sebulan itu berapa hari” katanya “Empat ribu hari”. Sabda nabi A’layaha Al Salama “Satu hari itu berapa saat” katanya “Tujuh puluh ribu saat dan tiap-tiap saat itu setahun daripada segala tahun dunia”.

Dan di riwayatkan daripada Abaya Harayaraha radhoya a’naha berkata sabda nabi A’layaha Al Salama apabila adalah hari kiamat keluar daripada neraka itu suatu namanya Harayasha beranak daripada kala, kepalanya pada langit yang ketujuh dan ekornya di bawah bumi yang di bawah. Maka menyeru ia tujuh puluh kali “Di mana orang yang melawan akan Allaha Taa’laya. Di mana orang yang berperang akan tuhan Al Rahamana”. Maka berkata Jibril A’layaha Al Salama “Apa suatu engkau kehendak hai Harayasha” maka berkata ia “Aku kehendak akan lima orang, di mana orang yang meninggalkan sembahyang dan di mana orang yang menegahkan zakat dan di mana orang yang minum arak dan di mana orang yang memakan riba dan dan di mana orang yang bercakap-cakap dengan perkataan dunia di dalam masjid”. Maka mehimpun ia akan mereka itu di dalam mulutnya dan kembali dengan mereka itu kepada jahanam Naa’waza Ba Allaha Mana Al Shaqoawata.

Al Baaba Al Haadaya Wa Al Arabaa’wana Faya Zakara Haala Shaaraba Al Khomara

Bermula bab yang keempat puluh satu pada menyebutkan hal orang yang meminum khomar. Di riwayatkan daripada Abaya abana Kaa’ba sabda nabi A’layaha Al Salama di datangkan pada hari kiamat dengan orang yang meminum khomar dan bejana khomar bergantung pada leher mereka itu dan thonabawara di dalam tapak tangannya hingga di sula atas kayu daripada api. Maka menyeru air si anu daripada tempat bagian-bagian keluar bau khomar daripada mulutnya. Maka kesakitan ahli Al Mawafafa hingga minta tolong daripada Allaha Taa’laya daripada busuk bau mereka itu. Kemudian adalah kembali mereka itu kepada neraka maka apabila di lontarkan mereka itu ke dalam neraka menyerulah mereka itu seribu tahun “Hai dahagaku”. Kemudian menyeru mereka itu akan Malaka maka tiada menjawab akan mereka itu kadar lapan puluh tahun.

Maka adalah peluh mereka itu busuk menyakiti akan jiran mereka itu maka menyeru mereka itu “Hai tuhan kami, angkat olehmu daripada kami akan peluh” maka tiada angkat daripada mereka itu. Kemudian di datangkan dengan mereka itu kepada neraka hingga jadilah mereka itu orang kemudian di kembalikan mereka itu kejadian yang baru dan di kembali mereka itu kepada neraka terbelenggu segala tangan mereka itu. Dan di halau akan mereka itu pada neraka dengan berapa rantai atas muka mereka itu dan apabila minta tolong mereka itu dengan minuman di bagi akan mereka itu air yang sangat panas hingga apabila minum mereka itu putuslah segala perut mereka itu. Maka apabila minta tolong mereka itu dengan makanan di bawa akan mereka itu zaqum maka apabila di datangkan dengan dia dan makan mereka itu daripadanya mendidihlah barang yang di dalam perut mereka itu. Maka keluarlah nyala api daripada segala mulut mereka itu maka gugurlah segala isi perut mereka itu.

Kemudian di jadikan tiap-tiap seorang daripada mereka itu di dalam peti daripada bau seribu tahun di pancangkan tempat masuknya. Kemudian di keluarkan daripada peti itu kemudian daripada seribu tahun di dalam habasa daripada api neraka dan belenggu daripada api. Kemudian menyerulah mereka itu seribu tahun “Hai dahagaku” maka tiada di kasihan akan mereka itu dan di dalam habasa itu beberapa ular dan kala seperti unta yang menggigit akan dia dua kakinya maka tiada terpukul ia. Kemudian di hantarkan atas kepalanya mahkota daripada api dan di jadikan pada segala sendinya besi dan pada lehernya rantai dan pada tangannya belenggu.

Kemudian di keluarkan kemudian daripada seribu tahun kemudian di jadikan dalam Wayala iaitu wadi daripada berapa wadi jahanam panasnya terlalu sangat dan dalamnya terlalu jauh dan segala rantai ular dan kala di dalamnya terlalu banyak dan kekal ia di dalam Wayala itu sekadar seribu tahun. Kemudian menyeru mereka itu “Nabi Mahamadaku” maka mendengar ia akan suara mereka itu. Maka berkata ia “Ya raba, aku dengar akan suara laki-laki daripada umatku” maka firman Allaha Taa’laya “Ini suara laki-laki yang meminum khomar di dalam dunia dan mati pada hal ia mabuk. Maka membangkit akan dia kepada Mahashara dia mabuk”. Maka berkata nabi A’layaha Al Salama “Ya raba, keluarkan olehmu akan dia daripada neraka dengan syafaatku” maka tiada tinggal berkekalan di dalam neraka.

Al Baaba Al Tsaanaya Wa Al Arabaa’wana Faya Zakara Al Khorawaja Mana Al Naara

Bermula bab yang keempat puluh dua pada menyebutkan keluar manusia daripada neraka kemudian menyerulah mereka itu di dalam neraka “Yaa Hanaana Yaa Manaana, seribu tahun dan Yaa Qoyawama seribu tahun dan Yaa Arahama Al Raahamayana seribu tahun”. Maka apabila meluaskan Allaha Taa’laya pada mereka itu akan hukumnya dan qodhanya menyuruh ia akan Jibril A’layaha Al Salama maka firmannya “Ya Jibril, apa perbuat segala mereka yang derhaka daripada umat Mahamada” maka berkata Jibril “Alahaya engkau terlebih mengetahui dengan segala hal mereka itu daripada aku”. Maka firmannya “Pergi olehmu dan lihat olehmu apa hal mereka itu”.

Maka pergilah Jibril kepada Malaka dan iaitu ia atas minbar daripada api di tengah jahanam maka apabila melihat Malaka kepada Jibril A’layaha Al Salama berdiri ia kerana mulia akan dia. Maka berkata ia “Hai Jibril, apa yang memasuk akan dikau ini tempat” maka berkata ia “Apa engkau berbuat dengan segala orang derhaka daripada umat Mahamada A’layaha Al Salama”. Maka berkata Malaka “Sangatlah jahat hal mereka itu dan sangatlah picak tempat mereka itu dan hati mereka itu cemerlang padanya cahaya iman”. Maka berkata Jibril A’layaha Al Salama “Angkat olehmu akan hijab hingga aku lihat akan mereka itu” maka menyeru Malaka akan khazanah Al Naara maka mengangkat hijab daripada mereka itu. Maka apabila melihat mereka itu kepada Jibril A’layaha Al Salama dan melihat mereka itu akan dia daripada baik rupanya mengetahui mereka itu bahawasanya bukan ia daripada malaikat Azab. Maka berkata mereka itu “Siapa ini hamba yang datang seorang terlebih elok daripadanya” maka berkata Malaka “Inilah Jibril A’layaha Al Salama adalah ia datang akan nabi Mahamada dengan wahaya”.

Maka apabila mendengar mereka itu akan sebut nama Mahamada A’layaha Al Salama menjerit mereka itu sekeliannya menangis mereka itu dan berkata mereka itu “Hai Jibril, bacakan akan Mahamada salam daripada kami dan khabarkan olehmu akan dia dengan jahat hal kami. Sungguhnya telah lupalah ia akan kami meninggal ia akan kami di neraka”. Maka pergilah Jibril hingga berdiri di hadapan Allaha Taa’laya maka firman Allaha Taa’laya “Betapa engkau lihat akan umat Mahamada” maka berkata ia “Yaa Raba sangatlah jahat hal mereka itu dan sangat picak tempat mereka itu” maka firman Allaha Taa’laya “Adakah minta mereka itu akan dikau suatu” maka berkata ia “Bahkan. Yaa Raba minta mereka itu bahawa aku baca salam akan Mahamada daripada mereka itu akan salam dan aku khabar akan dia dengan jahat hal mereka itu”.

Maka firman Allaha Taa’laya “Pergi olehmu kepadanya maka sampai olehmu akan dia” maka pergilah Jibril A’layaha Al Salama kepada nabi hal keadaannya menangis ia dan nabi di dalam syurga di bawah pohon kayu Thowabaya di dalam himat daripada mutiara putih dan baginya empat ribu pintu bagi tiap-tiap pintu dua tudungnya satu tudung daripada emas dan satu tudung daripada perak yang putih. Maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Apa yang menangis akan dikau ya saudaraku Jibril” maka berkata ia “Hai Mahamada jikalau engkau lihat barang berkata yang aku lihat nescaya menangis engkau terlebih daripada tangis aku. Sungguhnya telah datang aku daripada umat engkau yang derhaka yang di azab akan mereka itu dan mereka itu kirim salam akan dikau dan berkata mereka itu sangatlah jahat hal kami dan kami sangatlah picak tempat kami dan berteriak mereka itu Ya Mahamada”. Kemudian berkata Jibril “Dengar olehmu akan teriak mereka itu dan berkata mereka itu Ya Mahamada maka mendengar akan mereka itu oleh nabi Mahamada Sholaha Allaha A’layaha Wa Salama maka sabda nabi “Labaya Kama Labaya Kama aku perkenan akan kamu segala kemudian daripada sekali hai umatku”.

Maka berdiri nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama hal keadaannya menangis maka datang ia pada sisi Arash dan segala anabaya di balakangnya dan tunduk ia sujud. Maka memuji ia atas Allaha Taa’laya akan sebagai puji yang tiada memuji seorang akan  seumpamanya. Maka firman Allaha Taa’laya “Ya Mahamada, angkat olehmu akan kepalamu dan pinta olehmu di bagi akan kamu dan pinta syafaat olehmu di beri akan syafaat kamu”. Maka berkata nabi A’layaha Al Salama “Yaa Raba, segala orang yang derhaka daripada umatku sungguhnya telah luluslah hukum engkau dan qodha engkau pada mereka itu dan telah engkau seksa akan mereka itu maka berilah olehmu akan syafaatku pada mereka itu”. Maka firman Allaha Taa’laya “Sungguhnya telah aku terima akan syafaat engkau pada mereka itu” maka datang nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta berapa anabaya supaya mekeluarkan barang siapa yang berkata Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha.

Maka pergilah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada jahanam maka apabila melihat Malaka kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berdiri kerana membesarkan dia. Maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bagi Malaka “Apa hal umat aku yang derhaka” maka berkata ia “Sangatlah jahat hal mereka itu dan sangatlah picak tempat mereka itu”. Maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Buka olehmu akan pintu dan angkat akan tutup” maka apabila melihat ahli neraka kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berteriak sekeliannya dan berkata mereka itu “Ya Mahamada Aha sungguhnya telah membakar api neraka akan segala kulit kami dan daging kami dan sungguhnya engkau tinggal akan kami dan engkau lupa akan kami di dalam neraka”. Maka  a’zar nabi bagi mereka itu “Dengan bahawasanya tiada mengetahui akan hal kamu” maka keluarlah mereka itu daripadanya sekelian.

Dan sungguhnya telah jadi mereka itu arang sungguhnya telah memakan akan mereka itu api neraka maka pergi ia dengan mereka itu kepada sungai pada pintu syurga yang bernama sungai hayat. Maka mandilah mereka itu di dalamnya maka keluarlah mereka itu daripada hal keadaannya muda belia lagi bercelak mata mereka itu seolah-olah segala muka mereka itu seperti bulan tersurat atas segala kening mereka itu Inilah pemerdekaan Al Rahamana daripada neraka. Maka masuklah mereka itu syurga maka di hina akan mereka itu di dalamnya maka meminta doa mereka itu akan Allaha Taa’laya bahawa mehapuskan daripada mereka itu akan demikian suratan maka mehapuslah oleh Allaha Taa’laya akan dia daripada mereka itu. Maka apabila melihat ahli neraka bahawasanya Muslimin sungguhnya telah keluar mereka itu daripada neraka berkata mereka itu mudah-mudahan adalah kita sekelian muslimin dan adalah kita di keluarkan daripada neraka. Firman Allaha Taa’laya Rabamaa Yawada Alazayana Kafara Wa Alawa Kaanawaa Masalamayana banyaklah cita-cita mereka itu yang kafir jika adalah mereka itu muslimin.

Di riwayatkan daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya berkata ia di datangkan hari kiamat dengan mati seolah-olahnya Kabasha Amalaha makna Amalaha apabila adalah ia hitam yang ada atasnya putih dan kata Qoyala suci putihnya dan kata Qoyala tiada bersih putihnya tetapi ada kelabu. Maka di kata orang “Hai ahli syurga, adakah kamu tahu akan ini” maka berkata mereka itu “Bahkan” maka melihat mereka itu maka mengetahui mereka itu maka bahawasanya mati maka di sembelih antara syurga dan neraka. Kemudian di kata orang “Hai ahli syurga, kekallah dan tiada mati di dalamnya dan ahli neraka kekallah dan tiada mati di dalamnya” maka demikian itu firman Allaha Taa’laya Wa Anazara Hama Yawama Al Hasarata Aza Qodhoya Al Amara dan takutkan olehmu ya Mahamada akan mereka itu akan hari Hasarata waktu yang di hukumkan akan pekerjaan.

Dan tersebut di dalam hadis apabila di datangkan dengan jahanam bersuara ia akan suara maka jatuhlah tiap-tiap umat atas lutut mereka itu daripada takut dan terkejut dan iaitu firman Allaha Taa’laya Wa Taraya Kala Amata Jaatsayata Kala Amata Tadaa’ya Alaya Kataaba Haa Al Yawama Tajazawana Maa Kana Tama Taa’lamawana dan engkau lihat tiap-tiap umat jatuh atas lututnya tiap-tiap umat di seru kepada kitabnya itu hari di balas akan mereka itu adalah mereka itu beramal. Maka apabila melihat mereka itu kepada neraka dan mendengar mereka itu suaranya seperti firman Allaha Taa’laya Samaa’waa Lahaa Taghoyazhoa Wa Zafayaraa mendengarlah mereka itu baginya marah dan suara daripada perjalanan lima ratus tahun. Maka berkata tiap-tiap seorang “Nafasaya, Nafasaya” hingga nabi Ibrahim Al Kholayala dan nani Musa Al Kalayama melainkan nabi Mahamada Habayaba Allaha maka berkata ia “Amataya, Amataya”.

Maka apabila hampir neraka maka sabda nabi A’layaha Al Salama “Hai neraka demi hak Al Masholayana dan demi hak Al Matashodaqoyana dan demi hak Al Khoashaa’yana dan demi hak Al Shoabarayana kembali olehmu”. Maka kembalilah ia dan di datangkan dengan air mata orang yang derhaka maka di jiruskan atasnya maka padamlah ia hingga jadilah ia seperti api dunia padamkan dengan air dan tanah. Dan tersebut di dalam hadis apabila adalah hari kiamat di himpunkan segala makhluk di Mahashara di datangkan kepada mereka itu dengan jahanam terbuka segala pintunya. Maka meliput ia dengan ahli Mahashara daripada hadapan mereka itu dan dari kanan mereka itu dan dari kiri mereka itu maka meminta tolonglah mereka itu kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan kepada Jibril A’layaha Al Salama.

Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Mahamada, jangan engkau takut, kibas akan debu atas kepala engkau” maka mekibaslah ia maka menjadi Allaha Taa’laya akan debu kepalanya itu awan yang ada hujan berhenti ia atas kepala segala mukminin. Kemudian firman Allaha Taa’laya “Ya Mahamada, kibas olehmu akan debu janggut engkau” maka mekibaslah ia maka menjadi Allaha Taa’laya daripada debu janggutnya dinding antara mereka itu dan antara neraka. Kemudian menyuruh akan dia mekibas akan debu dirinya maka mekibas akan dia maka Allaha Taa’alaya jadikan dia daripada debu dirinya hamparan di bawah segala kaki mereka itu dan di tegah daripada mereka itu api neraka Lazhoya dengan berkatnya A’layaha Al Salama.

Telah datang pada hadis di datangkan dengan satu hamba Allaha pada hari kiamat maka beratlah timbang kejahatannya atas kakinya maka di suruh dengan dia kepada neraka maka berkata-kata aatu bulu daripada segala bulu dua matanya dan berkata ia “Hai tuhanku, bahawasanya rasul engkau Mahamada A’layaha Al Salama berkata ia di mana mata yang menangis ia daripada takut akan Allaha Taa’laya meharamkan dia daripada api neraka. Maka bahawasanya aku menangis daripada takut akan dikau maka lepaskan olehmu akan daku daripadanya”. Maka menghimpunkan Allaha Taa’laya baginya dan di lepas akan dia daripadanya dengan berkat tangisnya daripada takut akan Allaha Taa’laya di dalam dunia kemudian menyeru yang menyeru telah lepas si anu anak si anu dengan berkat satu bulu”.

Sumber: Kitab Daqoaqo Al Akhobaara

1 comment:

  1. Salam..

    tumpang lalu
    http://semangkukcawan.blogspot.com/
    blog tuan ada dalam link blog saya.
    jemput singgah.

    ReplyDelete