Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Setelah sudah di
lihat segala isi negeri itu daripada kelakuan rajanya maka terlalu amat
sukacita daripada segala hati isi negeri itu. Setelah demikian maka kembalilah
ia mengadap raja Iskandar maka sabda raja Iskandar kepadanya “Hai raja
Zaharaha, bahawa ketahui olehmu kehendakku aku hendak mengeliling segala pulau
yang ada pada laut sementara lagi aku di sini supaya kulihat betapa rupanya dan
betapa segala isinya dan hendakku makan segala buah kayunya dan aku ambil
daripada pulau itu ufti negerinya”.
Setelah nabi
Khidir mendengar kata demikian maka kata nabi Khidir “Bahawa di ketahui hadrat
duli shah alam bahawa ada pada laut ini seratus buah pulau. Jikalau sekeliannya
pulau itu hendak di lihat shah alam dan akan mengeliling dia tiga tahun lamanya
pun tiada akan habis mengeliling dia”. Maka sahut raja Iskandar “Ya nabi
Allaha, tiada hamba kembali jika belum hamba melihat pulau itu dan melihat
pohon kayu yang bernama Shajarata Al Waqo
Waqo. Buahnya itu menjadi manusia apabila genaplah bilang harinya maka
gugurlah buah kayu itu daripada pohonnya menjadi manusia dan berkatalah buah
kayu itu Waqo Waqo dan ujarnya Sabahaana Al Malaka Al Kholaaqo ertinya
yang maha suci raja yang menjadikan daripada keadaan kudratnya dan iradatnya”.
Maka sahut nabi
Khidir “Di ketahui shah alam bahawa raja Bahamaka itu raja negeri Cina iaitu
yang teramat keras agamanya lagi terlalu amat aniaya pekertinya lagi amat gagah
tenteranya pun tiada terhisabkan banyaknya dan sekarang pun hampirlah ia kepada
tentera kita. Siapa tahu kerja Allaha kalau-kalau ia menyuruh sulu melihat
betapa khabar shah alam di lihatnya tiada shah alam di sana takut di dengarnya
pergi mengeliling segala pulau ini. Siapa tahu di binasakan segala tentera kita
ia pun tiada mengetahui kemana-mana perginya hidupkah atau matikah tiada dapat
tiada cerai-berailah segala tentera shah alam.
Sungguhpun
demikian mana bicara shah alamlah tetapi bahawa pada budi bicara yang di perhamba
baik juga di suruh shah alam seorang dari antara raja-raja yang bersama-sama
dengan shah alam di sini daripada beberap orang membawa surat yang sempurna dan
membawa daripada shah alam cincin cap tanda penyuruh shah alam tiada dapat
tiada tetaplah hati segala raja-raja itu dari kerana apabila di dengarlah raja
jin perihal itu tiada dapat tiada iapun sehingga takut dan segala tenteranya.
Shah alam pun bertambah-tambahlah tetap hatinya”. Maka jawab raja Iskandar
“Daripada siapa baik di suruh” maka kata nabi Khidir “Raja Radhoyah baik di
suruhkan menjadi yang tuha ganti shah alam atas segala tentera shah alam dan
segala raja-raja alamat daripada shah alam”.
Bermula tatkala
di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka di suruhnya panggil
akan raja Radhoyah dan tatkala itu raja Radhoyah pun ada di kapal. Maka
datanglah ia mengadap pada ketika itu juga. Maka raja Iskandar pun menyurat
sekeping surat demikian bunyinya “Adapun kumulai suratku ini dengan nama Allaha
tuhan yang menjadikan seru sekelian alam dan ialah yang empunya kuasa dan
kerajaan dan raja Iskandar itupun daripada seorang hambanya dan beberapa lagi
dari hambanya yang baik-baik.
Kemudian dari
itu bahawa di ketahui daripada segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan
penghulu kecil besar dan segala tentera kecil besar bahawa telah kuserahkanlah
kamu sekelian kepada tuhan yang empunya kuasa dan kemudian dari itu pula
kuserahkan kamu sekelian kepada raja Radhoyah ganti akulah sementara aku belum datang
kepada kamu sekelian daripada hal ehwal kamu atau fitnah atau barang kesukaran
kamu. Bahawa jangan tiada kamu menurutlah katanya dan menurut daripada barang
kehendaknya dan barang siapa mengerja seperti pintaku ini bahawa ialah akan
sahabatku dan saudaraku dan kekasihku dan barangsiapa tiada mengerjakan seperti
yang demikian itu ialah yang derhaka kepada Allaha Taa’laya dan kepada
pesuruhnya nabi Ibrahim Kholil Allaha dan kepada aku”.
Setelah sudah
surat itu maka di meteraikannya dan di bungkuskan dan pada ketika itu juga di
suruhkan baginda ia kembali. Setelah sudah raja Radhoyah dengan segala
raja-raja yang di suruhkannya raja Iskandar kembali itu. Setelah sudah raja
Radhoyah kembali naik ke kapalnya itu maka berlayarlah ia daripada jalan yang
sedia ikut orang pergi datang ke negeri raja Zaharaha itu dan ada seorang
pawang yang tahu di persembahkan oleh raja Zaharaha kepada baginda akan pawang
kapal raja Radhoyah itu supaya jangan segala mereka itu jatuh kepada binasa dan
berlayarlah kapal hingga sampailah ke labuhan. Setelah sampai raja Radhoyah
kepada tempat tentera raja Iskandar maka turunlah raja Radhoyah dan segala
orang isi kapal itu sekeliannya naik ke darat.
Bermula tatkala
sudah raja Iskandar dengan segala tenteranya pergi ke pulau raja Zaharaha itu
maka kedengaranlah kepada raja Bahamaka bahawa raja Iskandar sudah pergi hendak
melihat termasa dan hulubalang segala pulau yang ada di laut. Pada ketika itu
juga ia bersabda kepada segala tenteranya dan kepada segala orang
besar-besarnya “Bahawa pada pendengaranku sekarang segala tentera itu seperti
kawan kambing tiada bergembala akan raja Iskandar pun sudah pergi mengalahkan
pulau raja Zaharaha. Marilah kita pergi mendatangi segala mereka itu”. Maka
sahut segala raja-raja yang takluk kepadanya “Sungguh seperti titah raja itu
jikalau tiada pada ketika ini kita pergi nescaya tiada kita peroleh yang
kehendak kita itu manakala lagi kita peroleh”. Maka raja Bahamaka pun pada
ketika itu juga di suruhnya segala tenteranya beratur dan berhadirkan
tenteranya yang tiada terhisabkan banyaknya di kehendakinya mendatangi tentera
raja Iskandar.
Maka dengan
takdir Allaha Taa’laya tiada berapa hari berjalan sampailah pada suatu tempat
yang tinggi maka di lihatnya tentera raja Iskandar penuh pada segala padang dan
pada ketika itu juga kapal raja Radhoyah pun datang di lihatnya di laut. Maka
bersabda raja Bahamaka kepada segala tenteranya “Berhentilah kamu sekelian
dahulu di sini dan bicarakanlah kapal yang datang itu kapal raja Iskandarkah”
dan di suruhnya segala tenteranya berkhemah dan di suruhnya lihat seperti
kehendak raja Bahamaka itu tiadalah lagi bersalahan. Arakian maka raja Radhoyah
pun setelah sampai ke darat maka di suruhnya segala isi kapalnya itu naik ke
darat serta mengucap kalimah shahadat Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha
Laa Sharayaka Laha Laha Al Malaka Wa Laha Al Hamada Yahayaya Wa Yamayata Wa
Hawa A’laya Kala Shaya Qodayara.
Kata Shohaba maka
pada hari itu daripada pagi-pagi maka kedua menteri yang di suruhkan raja
Bahamaka melihat kapal itu maka ia pun kembali kepada raja Bahamaka mengatakan
bahawa raja Iskandar adalah di dalam kapal itu mama putuslah asa raja Bahamaka
akan perihal yang di kehendakinya. Maka tentera raja Iskandar pun semuanya
membaca tahlil dan takbir menurut raja Radhoyah maka tentera raja itupun amat
banyak juga maka tentera raja Iskandar pun menyebut nama raja Iskandar dan raja
Radhoyah pun naik ke daratlah maka di suruhnya tenteranya berdiri beratur
seperti adat perang.
Maka pada ketika
itu di titahkan raja Radhoyah kepada Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka
di suruh katakan demikian katanya “Hai raja Bahamaka, segala raja-raja yang ada
di muka bumi ini dari maghrib ke masyrik sekeliannya sudah mengikut agama kami
dan takut akan kami seperti raja dari Banawasa tatkala pada zamannya itu tiada
siapa pun seorang samanya itupun sudah kami binasakan dengan segala tenteranya
yang tiada dapat di kira-kirakan dengan sekejab mata juga kami binasakan akan
dia tambahan engkau pun apa hisabnya pada kami sekelian kerana pada bicara kami
tuan kami raja Iskandar tiada ia mahu membinasakan segala makhluk dengan segera
dan yang terlebih di kehendakinya jangan daripada segala manusia binasa
sehingga mahu ia masuk kepada agamanya dan memberi ufti negeri akan dia dan di
suruhnya sertakan nama kami itu atas sigah dirhamnya dan di surat namanya atas
segala panji-panji itu. Demikianlah daripada segala negeri yang telah takluk
kepadanya daripada dua tiga perkara inilah yang terlebih dikiranya dan daripada
barang siapa yang tiada mahu mengikut katanya seperti yang telah tersebut itu
nescaya akan di rasainya daripada dhoraba kepanasan senjatanya itu”.
Arakian maka
pergilah Fataha Makaya membawa surat itu kepada raja Bahamaka. Setelah ia
sampai kepada raja Bahamaka maka di ceritakannya seperti sabda raja Radhoyah
itu. setelah di dengar raja Bahamaka seperti yang tersebut itu maka bersabda ia
kepada Fataha Makaya “Beberapa ada tentera raja Iskandad itu” maka jawab Fataha
Makaya “Adapun akannya tentera raja Iskandar seisi muka bumi ini daripada
segala tenteranya”. Maka kata raja Bahamaka “Bahawa kehendakku hendak melihat
tentera raja Iskandar yang mengikut ke kemari” maka jawab Fataha Makaya “Sedia
akan di lihat raja seperti kata hamba ini”.
Maka jawab raja
Bahamaka “Jangan engkau sebut seperti katamu dahulu itu. jikalau mahu kiranya
raja Iskandar bersahabat dengan hamba jangan ia merosakkan negeriku dan pinta
ufti kepada aku nescaya bersahabatlah aku dengan dia”. Maka jawab Fataha Makaya
“Adapun raja Iskandar itu sudah ia pergi ke pulau raja Zaharaha belum lagi ia datang
kemari” maka sahut raja Bahamaka “Baiklah aku menanti dia di sini”. Kemudian
jikalau mahu mengikut kataku ini nescaya bersahabatlah aku dengan dia dan jika
tiada ia mahu mengikut kataku ini nescaya berperanglah aku dengan dia”.
Setelah di
dengar Fataha Makaya kata raja Bahamaka itu maka ia pun kembali datang kepada
Radhoyah maka di ceritakannya daripada maksud kata raja Bahamaka yang di
dengarnya itu. Kemudian dari itu maka di suruhnya Fataha Makaya pergi sekali
lagi kepada raja Bahamaka. Adapun kemudian dari itu maka datanglah segala orang
besar-besarnya kepada raja Radhoyah maka di ceritakannyalah daripada segala
hikayat raja Zaharaha dan segala perihal ehwal yang tersebut itu antara raja
Iskandar dan nabi Khidir dan raja Zaharaha sekeliannya di ceritakannya oleh raja
Radhoyah kepada segala raja-raja yang tinggal bersama-sama dengan tentera raja
Iskandar itu.
Arakian tatkala
sudah raja Radhoyah di suruh raja Iskandar kembali membawa khabar maka raja
Iskandar pun naiklah kepada sebuah ghorib dengan nabi Khidir dan segala a’lama
dan hakama dan pendita dan segala hakim. Maka berlayarlah daripada pulau raja
Zaharaha melalui segala pulau itu daripada suatu pengkalan kepada suatu
pengkalan seraya mengambil segala buah-buahan dan di minumnya segala air pulau
itu dan di bawanya segala raja-raja yang ada di dalam pulau itu masuk agama
Asalama dan di lihat raja Iskandar pulau itu yang tiada pernah di lihatnya oleh
baginda sehingga datanglah raja Iskandar kepada suatu pulau pohon kayunya pun
terlalu besar dan sepohon kayu itu ada segala buahnya seperti manusia kayu.
Itulah yang bernama Sajarata Al Waqo waqo seperti yang telah tersebut dahulu
itu.
Kata Shohaba Al
Hikayat rupanya seperti kanak-kanak
apabilah genaplah bilangan harinya maka buah kayu itu berkata Waqo Waqo Sabahaana
Al Malaka Al Kholaaqo ujarnya dengan bahasa Jawi Maha suci tuhan seru
sekelian alam maka dengan takdir Allaha Taa’laya tatkala gugurlah ia
kematianlah seperti manusia. Maka di lihat oleh raja Iskandar perihal itu maka
di ambilnya oleh baginda buah itu maka mengharaplah buah kayu itu. Maka berkata
ia waqo waqo dan mengalirlah air
daripadanya maka berhentilah suaranya maka terlalulah ajaib baginda perihal
yang demikian itu.
Shahdan terlalu
hairan baginda dan berkata baginda kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, jikalau
kiranya tiada hamba lihat pulau ini yang pelbagai indah-indah itu nescaya
hasratlah hati hamba atasnya”. Kata nabi Khidir “Sahaja hamba pertunjukkan akan
shah alam yang amat ajaib pula daripada ini” maka sahut raja Iskandar “Ya nabi
Allaha, ajaib apa pula yang terlebih daripada yang sudah kita lihat ini”. Maka
sahut nabi Khidir “Tempat hamba berbuat ibadat ke bawah hadrat Allaha Taa’laya”
maka apabila di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka kata
raja Iskandar “Marilah kita ke sana ya nabi Allaha”.
Arakian maka
kata nabi Khidir kepada segala tuan-tuan yang ada bersama dengan raja Iskandar
di suruhnya menanti di sana maka berjalanlah keduanya pada tepi laut itu
terkadang kelihatanlah pulau itu dan terkadang tiada kelihatan pulau itu. maka
akan raja Iskandar berlapis-lapis daripada berbagai-bagai di pandangnya yang
indah-indah sehingga datanglah kepada pulau itu maka di lihatnya terlalu elok
daripada kelakuannya yang teramat harum baunya terlebih daripada kasturi maka
rumputnya pulau itu daripada kama kama.
Shahdan adapun
pulau itu daripada segala buah-buahan yang ada di dalam dunia ini semuanya
adalah di sana. Buahnya seperti kurma dan anggur dan delima dan manggis dan
mempelam dan durian dan pulasan dan lain daripada itu pun banyak lagi segala
buah-buahnya yang dapat di makan manusia tiada akan memberi mudharat
sekeliannya itu. Adalah buah makanan pada pulau itu tiada berputusan pada
segenap harinya dan pada pulau itu ada suatu batu keluar air daripadanya amat
putih lagi jernih airnya dan cita rasa air itu seperti air madu dan di lihat
raja Iskandar ada pada sama tengah pulau itu suatu masjid dengan mihrabnya dan
kitabnya pun ada di dalam masjid itu dan kertas yang sudah tersurat itu
daripada Tawarayata.
Maka kata nabi
Khidir “Ya shah alam, bahawa dahulu kala berapa hamba berbuat ibadat ke bawah
hadrat Allaha Taa’laya di sini hingga yang di jadikan Allaha Sabahaanaha Wa
Taa’laya di dalam Qoraana kisah hamba
dengan nabi Musa anak A’marana dan Yawasaa’ anak Nun dengan firman Allaha Taa’laya
di dalam Qoraana pada surat Al Kahafa”. Maka berjalanlah keduanya
hingga datanglah pada mata air maka kata nabi Khidir “Ya shah alam, bahawa yang
di perhamba dan nabi Musa dan Yawasaa’ sudah minum daripada mata air ini
kemudian maka di pindahkan Allaha Taa’laya yang di perhamba daripada pulau ini
kepada suatu pulau lagi. Bahawa pulau itu terbaik pula daripada pulau ini
hingga di sampaikan Allaha Taa’laya akan hamba ke bawah duli shah alam”.
Maka berjalanlah
keduanya daripada pulau itu seketika maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha,
kehendak hamba melihat pulau itu yang di katakan tuan hamba itu terbaik
daripada pulau ini” maka di bawa nabi Khidir akan raja Iskandar daripada suatu
pulau lagi amat besar dan amat elok kelakuannya. Segala bukit pada pulau itu
dan buminya pun pada perak dan banyaklah terbaik pulau daripada pulau yang
dahulu dan kayunya itupun terlalu amat harum baunya tersedap cita rasanya dan
mengalir airnya senantiasa dan ada di pulau itu daripada minyak zaitun dan sama
tengahnya suatu taman di dalam itu pula suatu mihrab.
Maka tatkala itu
berkata-kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Barang maklum kiranya shah alam,
bahawa tatkala sudah di anugerahkan Allaha pulau ini dengan isinya akan yang di
perhamba maka pada suatu hari duduk hamba di mihrab ini. Maka turunlah kepada
hamba daripada seorang malaikat dan berkata ia kepada hamba “Ya bapa A’basa,
bahawa Allaha Taa’laya berkirim salam akan tuan hamba dan sabdanya kepada hamba
segeralah tuan hamba pergi ke negeri Rom datang kepada suatu negeri bernama
Maqoduniah. Maka kata olehmu kepada raja negeri dengan lemah lembut
perlahan-lahan akan dia supaya dapat masuk katamu itu kepadanya. Katakan olehmu
barang ketahui raja kehendak Allaha Taa’laya memberi kurnia akan engkau
kerajaan duni ini dari masyrik ke maghrib demikianlah firmanku kepadanya”.
Maka sahut raja
Iskandar “Bahawa mengucap syukurlah hamba ke hadrat tuhan seru alam sekelian
yang menyuruhkan bapa A’basa bersama dengan hamba” maka sampailah raja Iskandar
kepada mihrab itu sembahyang dua rakaat suatu salam. Arakian maka berkata raja
Iskandar kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, marilah kita kembali kepada teman
kita” tatkala di dengar nabi Khidir kata raja Iskandar demikian maka kembalilah
keduanya. Setelah dating keduanya kepada tenteranya maka naiklah ke kapal
semuanya dan berlayarlah raja Iskandar.
Kata Shohaba Al
Hikayat tatkala sudah raja Iskandar berlayar maka raja Radhoyah telah menyuruh
Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka di negeri Cina yang sudah tersebut
dahulu itu. Maka sabda raja Radhoyah kepada tentera raja Iskandar di suruhkan
bersiap “Ana Shaa Allaha Taa’alaya,
esok hari awal subuh pagi-pagi hari kita berperang dengan kafir laknat Allaha
ini” dan kembalilah segala tenteranya itu masing-masing berhadirlah pagi-pagi akan
berperang dengan tentera Cina itu. Maka pada hari itu juga pada ketika Asar
maka kelihatanlah sebuah kapal dating dari laut seperti burung terbang lakunya.
Apabila di lihat oleh keduanya tentera itu kapal dating maka tahulah ia bahawa
kapal yang kelihatan itu kapal raja Iskandar. Maka bersabda raja Radhoyah
kepada segala raja-raja “Hai segala raja-raja sekelian memakailah tuan-tuan
pakaian kerajaan dan pergilah kamu sekelian mengalu-alu akan raja Iskandar” dan
ia pun serta pergi.
Hataya maka
tatkala sudah semuanya raja-raja itu memakai dengan segala tenteranya maka raja
Radhoyah pun pergilah dengan segala raja-raja dan orang besar-besar dan segala
hulubalang dan tentera sekelian mengalu-alukan raja Iskandar. Maka kapal pun
tiada berapa lama maka sampailah ke darat. Raja Iskandar dan nabi Khidir dan
segala a’lama dan hakama dan pendita dan segala hulubalang semuanya turunlah
dari kapal itu. Maka di bawa oranglah kuda akan raja Iskandar yang bernama
Kalawa Alam maka berkenderaanlah raja dan nabi Khidir maka datanglah segala
raja-raja dan orang besar-besar dan segala hulubalang masing-masing mengunjung
duli raja Iskandar masuk kepada khemahnya dan segala raja-raja dengan segala
tenteranya kembali kepada tempatnya masing-masing. Maka pada ketika itu sulu
raja Bahamaka pun ada daripada berapa orang melihat perihal yang tersebut itu
maka kembalilah mereka itu membawa warit seperti yang di lihatnya itu kepada
raja Bahamaka maka dukacitalah hati raja Bahamaka mendengar erita yang
demikian itu.
Bermula raja Iskandar pun sudahlah sampai kepada tenteranya
maka di persembahkan orang akan perihal antara raja Radhoyah dengan raja
Bahamaka yang tersebut itu. Maka raja
Iskandar pun berceritalah akan segala raja-raja dan segala orang besar-besar
segala perihal ehwal perbuatan nabi Khidir bukit air beku dan bukit daripada
kaca hablur dan patung yang ada berkeliling kota raja Zaharaha dan perihal di
tipu oleh nabi Khidir akan raja Zaharaha dan penjarakan di dalam kubahnya jua
dan pada segala barang yang di lihatnya pada segala pulau itu sekeliannya di
ceritakan pada segala mereka itu. Maka di tanyakan baginda “Berapa harilah kita
pergi datang” maka di kira-kirakan nabi Khidir dan segala hakim itu empat puluh
hari jua raja pergi datang.
Hataya maka kelamlah hari dan berangkatlah raja-raja Iskandar ke
khemahnya dan segala raja-raja dengan segala tenteranya kembali masing-masing ke
khemahnya. Maka esok harinya di awal subuh pagi-pagi hari maka di suruh baginda
akan raja Salama dan segala kaumnya dan raja Radhoyah itupun dengan segala
kaumnya akan kepala perang maka keluarlah kedua raja-raja itu dengan segala
tenteranya ke medan. Maka tatkala di lihat oleh raja Iskandar akan raja
Bahamaka itu takut dan hebat akan segala tentera baginda itu dengan kurnia
Allaha Taa’laya kiranya maklumlah.
Shahdan daripada tegar hati raja Bahamaka itu melihat tenteranya yang
banyak tersebut itu maka di kerahkannya segala tenteranya maka apabila
bertemulah kedua tentera itu maka masing-masing mendatangi lawannya. Maka
berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga masuk matahari maka
terbunuh daripada tentera raja Cina tiada terhisabkan banyaknya. Setelah hari
malamlah maka daripada kedua pihak tentera itu masing-masing kembalilah ke
khemahnya. Maka pada esok harinya pula keluarlah raja Salama dan raja Radhoyah
dan kedua raja-raja itu membawa tenteranya sendirinya.
Maka berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga terbit
matahari maka pecahlah perang Cina tiadalah mereka itu berpulih lagi maka lalu
larilah sekelian mereka itu. Adapun akan raja Bahamaka pun larilah pada ketika
itu tiada lagi menoleh ke belakang hingga sampailah ia ke negerinya. Maka pada
ketika itu juga di kirimkan sekeping surat kepada raja Cina pada masa yang
dahulu di pintanya tolong daripadanya maka iapun memberi bantu dengan
tenteranya yang tiada dapat di kira-kirakan banyaknya.
Bermula akan raja Iskandar pun berhenti pada tempat itu tiga hari tiga
malam maka berangkatlah raja Iskandar dari sana kehendaknya akan mendatangi
negeri raja Bahamaka. Maka di suruhnya panggil nabi Khidir maka titah baginda
“Ya nabi Allaha, demi tuhan yang menjadikan seru alam sekelian bahawa
dukacitalah hati hamba melihat kebesaran makhluk yang demikian ini yang lebih
kehendak hamba barang di ikutnya agama hamba oleh raja Bahamaka”. Maka tatkala
di dengar oleh Balamanasa Hakim daripada perkataan raja Iskandar maka berdatang
sembah ia “Barang bersabda kepada hamba segala raja-raja bahawa esok hari tiada
shah alam berangkat dari sini. Ana Shaa
Allaha Taa’alaya yang di perhambalah membawa raja Bahamaka itu ke bawah
charaq duli shah alam”. Maka di kabulkan raja Iskandar pada ketika itu di suruhnya
palukan gendang perhentian maka berkhemahlah raja Iskandar dengan segala
tenteranya pada tempat itu.
Maka pada esok hari duduklah Balamanasa Hakim seorangnya pada khemahnya
bersunyi-sunyi maka di perbuatnya oleh Balamanasa Hakim beberapa daripada surat
hikmat maka di setanggi hikmat pada hari itu dan pada petang harinya maka
datanglah raja Bahamaka. Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja
Iskandar “Pinta di suruh shah alam pada segala penghulu orang mendirikan khemah
maka di dirikan suatu khemah akan hampir yang di perhamba dan sisi khemah shah
alam”. Maka di suruh raja Iskandar kerjakan seperti kehendak Balamanasa Hakim
itu maka berdatang sembah ia pada raja Iskandar di suruh hamparkan hamparan dan
makanan dan di suruh palukan mang-mang pada keliling tenteranya. Jangan tiada
segala hulubalang yang bernama datang berhimpun makan ayapan kepada khemah
Balamanasa Hakim maka pada ketika itu juga datang tujuh raja-raja kepada khemah
itu akan makan ayapan itu.
Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar “Ya shah
alam, barang bersabda kiranya pada orang menunggu pintu jikalau ada orang yang
tiada di kenal berdiri di pintu engkau suruh masuk” maka keluarlah orang
menunggu pintu maka di lihatnya raja Cina yang bernama raja Bahamaka itu
seperti rupa sakainya jua dan orang membawa hidangan ada di atasnya mahkota
tetapi Balamanasa Hakim itu sebagai jua di bubuhnya setanggi pada perasapan itu
serta membaca Asama Allaha Al Aa’zhoma
yang amat tajam. Maka keluarlah Balamanasa Hakim dari sana datang ia kepada
sisi raja Iskandar maka di ambilnya sebiji roti dan seekor ikan rendang maka di
balutnya dengan roti itu. Maka di berikannya akan raja Bahamaka maka di sambut
raja Bahamaka dan di ciumnya membawa barang apa-apa itu seperti kelakuan sakai
orang.
Maka di isyaratkan Balamanasa Hakim akan dia di suruhnya kembali maka
kembalilah raja Bahamaka maka tatkala ia di hadapan raja Iskandar tiada ia
sedar akan dirinya sehingga sampailah ia kepada tempat kenderaannya dan
ingatlah ia akan dirinya. Maka hairanlah ia akan perihal tahta kerajaan raja
Iskandar dan yang di beri Balamanasa Hakim pun fikirlah ia maka di lihatnya di
dalam mawazanya maka keluarkan seekor ikan yang sudah terendang dan sebiji roti
yang telah di beri oleh Balamanasa Hakim akan dia itu. Maka tatkala di lihatnya
roti dan ikan itu maka hairanlah di dalam hatinya maka percayalah akan perihal
penglihatannya itu.
Arakian maka keluarlah ia di adap orang maka di suruhnya panggil segala
menterinya dan segala orang besar-besarnya dan segala raja-raja di bawahnya
maka di ceritakannyalah perihal yang di lihatnya itu. Maka sembah segala mereka
itu “Ya shah alam, di mimpi rajakah yang demikian itu atau dengan sungguhkah di
lihat raja” maka kata raja Bahamaka “Janganlah banyak katamu. Dengan sungguhnya
kulihat bahawa raja Iskandar itu beroleh kurnia daripada tuhannya. Barang siapa
melawan dia sahaja akan binasa. Jikalau mahu ia kiranya membunuh akan daku
nescaya matilah aku tetapi pada bicaraku baik juga kita berkirim surat
kepadanya”.
Hataya maka di karangnyalah sekeping surat setelah sudah maka di
bingkiskan dengan kamaha yang perbuatan negeri Cina yang amat elok dan
berpekenakan emas dan di suruhnya dari antara yang terlebih khasnya lagi yang
tahu berkata-kata dan bijaksana dan di suruhnya bersama-sama dengan utusan itu
lima puluh orang yang pilihan semuanya mereka itu berkuda demikianlah perihal
hikayat raja Bahamaka.
Adapun dengar pula hikayat raja Iskandar tatkala sudah keluar raja
Bahamaka di hadapannya maka datanglah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar
berdatang sembah “Bahawa di ketahui shah alam, ialah raja Bahamaka yang patik
beri ikan seekor dan roti sebiji itu. Maka sekarang kembalilah ia ke negerinya
dan tiada lupa ia barang yang di lihatnya itu kerana ingat ia akan di perhamba
memberi roti dan ikan sudah terendang itu di mimpinya sahaja dengan sungguhnya
di lihatnya dan jikalau mahu kiranya shah alam membunuh dia sahaja dapat. Maka
adalah pada bicara yang di perhamba tiada dapat tiada bahawa ia menyuruh
mengadap ke bawah duli shah alam dan mengikut kehendak shah alam”.
Kata Shoahaba Al Hakaayata
maka di antara berapa hari lamanya maka datanglah utusan daripada raja Bahamaka
membawa surat kepada raja Iskandar. Maka di alu-alukan nabi Khidir akan dia dan
di bawanya mengadap raja Iskandar maka di ambil surat yang di bawanya oleh nabi
Khidir lalu di bacanya di hadapan raja Iskandar itu dan di ertikannya. Setelah
di ketahui raja Iskandar surat itu maka kata raja Iskandar kepada nabi Khidir
“Sebagaimana pada akal bapa A’baasa akan hal raja Bahamaka itu” maka sahutnya
“Hambalah pergi kepadanya mengajar dia membawa agama yang sebenarnya
mudah-mudahan mahu ia membawa agama”.
Maka nabi Allaha pun keluarlah daripada hadapan raja Iskandar dan di
bawanya utusan raja Bahamaka itu bersama-sama dengan dia kepada khemahnya dan
di permuliakan utusan itu dengan sempurna kemuliaan dan di berinya persalin
akan utusan itu daripada pakaian yang mulia-mulia dan dari pagi-pagi itu di
beri akan dia seribu dinar dan seekor kuda yang khas dengan alatnya daripada keemasan
bertatahkan ratna mutu manikam. Kemudian dari itu berjalanlah keduanya datang
ke negeri raja Bahamaka maka tatkala hampirlah ke negeri tuannya maka pergilah
utusan itu berjalan dahulu memberi tahu rajanya bahawa utusan raja Iskandar ada
serta yang di perhamba datang ke mari. Maka raja Bahamaka pun bersabda pada
segala orang besar-besarnya itu di suruhnya keluar mengalu-alukan nabi maka di
kerjakan mereka itu seperti sabda tuannya itu.
Maka tatkala di lihat mereka itu nabi Khidir maka turunlah mereka itu
dari atas kenderaannya memberi salam takzim akan nabi Khidir dan di ciumnya
tangan nabi Khidir dan berjalanlah mereka itu semuanya di hadapan nabi Khidir
hingga datanglah ke negeri raja Bahamaka dan tatkala itu di maklumkan orang
kepada raja Bahamaka. Maka kata raja Bahamaka “Segera suruh masuk” maka
masuklah nabi Khidir dengan utusan datang ke hadapan raja Bahamaka maka di
lihat raja Bahamaka akan nabi Khidir maka bangkitlah ia berdiri memberi takzim
seraya berjalan mengalu-alukan nabi Khidir dan di bawanya duduk bersama-sama
dengan dia atas tahta kerajaan berhadapan dengan dia.
Maka kata raja Bahamaka kepada menterinya dan orang besar-besarnya
“Bahawa jangan tiada kamu sekelian mendengar kata orang muda ini”. Maka tatkala
di dengar nabi Khidir perkataan demikian itu di ceritakan nabi Khidir akan
pahala shahadat di balas baginya syurga dan kemuliaan syurga pun di
ceritakannya kepada segala mereka itu dengan bahasa mereka itu. maka bersabda
raja Bahamaka kepada segala tenteranya seperti di ceritakan oleh nabi Khidir
itu maka berbangkit dari antara mereka itu seorang tuha budiman dan pendita
pada agamnya terlalu amat tahu pada segala cerita ini dan hikayat yang dahulu
kala maka berdatang sembahlah ia.
Shahdan di katakannya “Hai raja kami tiadakah di lihat dan di dengar
perihal keadaan raja Iskandar dan sebagaimana kesudahan orang yang derhaka akan
dia iaitu dengan binasanya. Sudah di anugerahkan tuhan yang tiada sebagainya
akan dia kerajaan di muka bumi ini dari masyrik ke maghrib dan bahawa hamba pun
saksi bahawasanya agamanya itu sebenarnya. Mana bibara raja akan hamba
bicarakanlah”. Maka sahut raja Bahamaka “Sungguh seperti katamu itu” maka kata
orang tuha itu “Jikalau di sungguhkan oleh shah alam kata yang di perhamba ini
mengapa raja tiada mahu membawa agama yang sebenarnya”.
Hataya maka dengan kurnia Allaha Taa’laya maka daripada segala orang
besar-besar pun semuanya menyebut kalimat shahadat dengan suaranya yang maha
nyaring dan kemudian daripada itu perdana menteri raja Bahamaka pun pada ketika
itu juga membawa iman maka di suruh raja Bahamaka palu mangmang pada segala
negeri lepas daripada tiga hari. Barang siapa tiada mahu agama yang sebenarnya
di bunuh akan dia dan segala hartanya boleh akan orang dan anak isterinya pun
jadi hamba orang. Dengan tolong Raba Al
A’alamayana tiadalah seorang pun yang tiada masuk agama Asalama melainkan
sekeliannya masuk agama Asalama dan pada hari yang keempatnya di panggil raja
Bahamaka akan nabi Khidir.
Maka tatkala datang nabi Khidir maka bangkitlah ia seraya memberi takzim
akan nabi Khidir A’layaha Al Salama dan di bawanya bersama-sama dengan dia
duduk di atas tahta kerajaan dudukkan nabi Khidir pada pihak kanannya dan di
sebut pula kalimat shahadat di hadapan nabi Khidir. Maka nabi Khidir pun
sukacitalah di dalam hatinya akan perihal demikian itu dan kemudian dari itu
berkata nabi Khidir ia kepada nabi Khidir “Hai tuan hamba menteri yang mulia
bahawa kehendak yang di perhamba bersama-sama dengan tuan hamba pergi mengadap
kepada raja Iskandar supaya teranglah mata kalbu hamba melihat wajah baginda
raja Iskandar yang maha mulia yang di permuliakan Allaha Taa’laya”. Maka sahut
nabi “Yang mana kesukaan hati rajalah”.
Arakian maka bersabda raja kepada menterinya suruh segera himpunkan
daripada pelbagai persembahan barang dapatnya maka di kerjakan oleh
menterinyalah seperti sabda tuannya itu. Setelah sudah maka berjalanlah raja
Bahamaka bersama-sama nabi Khidir maka oleh nabi Khidir di bawanya segera
berjalan akan raja Bahamaka kepada sisi tentera raja Iskandar hingga datanglah
kepada khemah raja Iskandar. Maka di suruh nabi Khidir alu-alukan kepada raja
Iskandar maka di suruh raja Iskandar masuklah ia mengadap.
Tatkala masuk raja Bahamaka mengadap raja Iskandar maka ia menyembah
seraya sujudlah ia maka tiada di beri nabi Khidir. Maka raja Iskandar pun
memberi takzim akan dia dan di anugerahinya baginda akan dia suatu kerusi
daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam akan tempatnya duduk. Setelah
duduklah ia seketika ia melihat ke kiri dan ke kanan maka terlalulah hairan
hatinya melihat tahta kerajaan raja Iskandar dan melihat tentera raja Iskandar
yang tiada dapat di hisabkan itu.
Arakian maka di ajarkan oleh raja Iskandar akan dia sekali lagi membawa
agama Asalama serta di persalin oleh baginda akan dia daripada pakaian yang
mulia-mulia dan di persalin segala orang besar-besar di bawahnya semuanya di
persalin raja Iskandar dan di anugerahi akan dia seratus ekor kuda yang khas
dengan segala alatnya daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam. Maka
hairanlah hati raja Bahamaka akan kurnia raja Iskandar itu maka pada ketika itu
raja Bahamaka pun berkata kepada nabi Khidir “Barang maklumkan nabi Khidir
kepada raja hamba pun hendak mohon kembali ke negeri”. Maka di maklumkan nabi
Khidir kepada raja Iskandar maka di suruh baginda ia kembali ke negerinya
dengan segala tenteranya dan sukacitalah ia.
Tatkala hampirlah ia ke negerinya maka keluarlah perdana menteri
mengalu-alukan dia dan bertanyalah ia kepadanya akan perihal raja Iskandar.
Maka sahut raja Bahamaka “Janganlah ia lagi di tanyakan peri hal demikian itu
kerana raja Iskandar itu tiada dapat di sifatkan kebesarannya dan murahnya dan
kurnianya akan segala manusia yang menurut agamanya”. Maka pada ketika itu
bersabdalah ia kepada perdana menterinya di suruhnya suratkan nama raja
Iskandar atas sigah dirhamnya dan pada segala panji-panjinya dan berkirim
suratlah ia kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya di suruhnya segala
isi negerinya membawa agama yang sebenarnya dan di suratkan nama raja Iskandar atas
sigah dirhamnya dan atas segala panji-panjinya dan di mana ada rumah berhalanya
di suruh robohkan maka di suruh jadikan masjid dan segeralah hantar ufti
negerinya barang dapatnya daripada pelbagai perhiasannya dan duduklah ia
seketika menanti akan jawab segala surat yang di kirimnya itu.
Bermula tatkala sudah raja Cina keluar dari hadapan raja Iskandar itu
maka raja Iskandar pun berangkatlah seperti sedia kala dan nabi Khidir pun
berjalan di hadapan pertama tenteranya akan pengunjur hingga hampirlah ke
negeri raja Bahamaka. Maka raja Bahamaka pun tatkala mendengar raja Iskandar
hampir ke negerinya maka ia pun keluarlah mengalu-alukan dia dan berjalanlah ia
dengan beberapa orang sertanya hingga datanglah kepada hadapan raja Iskandar.
Maka tatkala berlihatlah dengan raja Iskandar maka turunlah ia dari atas
kudanya dan dengan segala tenteranya dan berjalanlah ia seorangnya datang
hampir kepada raja Iskandar dan di ciumnya antara kaki raja Iskandar. Maka di
ciumnya raja Iskandar kepalanya dan di suruhnya naik ke atas kenderaannya
dengan segala tenteranya dan berjalanlah mereka itu pada keesokan harinya waktu
zohor maka datanglah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada suatu negeri
bernama Haaqoa negeri itulah sama
tengah negeri Cina.
Sebermula negeri raja Bahamaka itu besarnya jika di laut empat hari
pelayarannya dan di drat hemat dua puluh hari perjalanan dan pada sama tengah
negeri Cina itu tiga ratus negeri dan pada pihak matahari hidup negeri Araqo
dan negeri itu berisi daripada emas dan barang siapa pergi ke sana daripada
orang beragama tiada dapat tiada diam ia di dalam negeri daripada sebab baik
hawanya dan airnya dan buah kayunya pun amat banyak. Maka pada hari itu raja
iskandar bertanya “Siapakah empunya khemah ini” tiada di ketahuinya iaitu
sementara raja Iskandar belum ia sampai pergi seorang penghulu di suruhnya oleh
raja Bahamaka mendirikan khemah itu di sana.
Arakian maka turunlah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada khemah
itu maka pada ketika itu maka datanglah raja Bahamaka mengadap raja Iskandar
bersama-sama dengan nabi Khidir. Maka bangkitlah raja Iskandar memberi takzim
akan nabi Khidir di bawanya duduk bersama-sama dengan dia di atas tahta
kerajaan lalu di anugerahi akan raja Bahamaka suatu kerusi tempatnya duduk dan
berdirilah segala raja-raja dan menteri dan hulubalang masing-masing pada
martabatnya masing-masing mengeliling raja Iskandar. Tatkala itu raja Bahamaka
membawa berhalanya yang di sembah dahulu itu ke hadapan raja Iskandar dan di
pecahkannya di hadapan raja Iskandar maka kemudian dari itu di persembahnya
daripada segala mata bendanya yang di bawa itu kepada raja Iskandar. Maka di
suruh raja Iskandar semuanya sambut pada antaranya di suruh bahagikan pada
segala raja-raja dan segala orang besar-besarnya dan tenteranya kecil besar masing-masing
pada kadarnya melainkan permata dan zamrut dan mataya dan mata benda yang
indah-indah itu jua yang di masukkan ke dalam perbendaharaan.
Dan tatkala sudah yang demikian itu maka berkata raja Bahamaka kepada
nabi Khidir “Barang di persembah ya nabi Allaha kiranya ke bawah duli shah alam
pinta di kerjakannya barang yang di kehendaknya atas negeri hamba ini. Adapun
hamba hendak mengikut tapak shah alam pada mengerjakan ghozaala supaya di ampun Allaha Taa’laya segala dosa hamba yang
telah lalu itu”. Maka di maklumkan nabi Khidir kepada raja Iskandar maka
sukalah ia akan peri hal itu maka pada ketika itu jua di anugerahi raja
Iskandar daripada harta yang tiada dapat di hisabkan dan di rajakannya seorang
yang di kehendakinya daripada isi negeri itu. Maka raja Bahamaka pun pada
ketika itu berkhemah pada suatu pihak tenteranya raja Iskandar dan bersama-sama
dengan dia hulubalang yang pilihan hemat dua puluh ribu hulubalang yang tiada
dapat di sifatkan.
Arakian maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha
suruh palukan mang-mang pada segala tentera kita barang segeralah bersiap Ana Shaa Allaha Taa’alaya pada hari yang
keempat berjalanlah kita dari sini”. Maka di kerjakan nabi Khidirlah seperti
titah baginda itu maka pada hari yang keempat berangkatlah raja Iskandar dengan
segala tenteranya seperti adat dahulu kala kehendaknya mendatangi negeri raja Fawaqola (Fauqul). Maka akan raja Cina
raja Bahamaka pun serta mengiringkan baginda maka berangkatlah raja Iskandar
dari negeri Haaqoa hemat empat puluh
hari perjalanan dan sulu raja Iskandar pun hampirlah ke negeri Fauqul maka
gemparlah segala isi dusun dan isi negeri itu.
Kata Shoahaba Al Hakaayata
maka tatkala sudahlah mereka itu ke negeri Fauqul maka berceritalah raja
Bahamaka kepada nabi Khidir akan peri hal negeri Fauqul itu dan peri segala
tenteranya dan pengetahuannya banyak dan bahawa pekerjaan raja itu daripada
turun temurun dan tenteranya raja itu tiada terhisabkan. Maka di ceritakan nabi
Khidir semuanya kepada raja Iskandar maka sahut raja Iskandar “Sebagaimana akal
budi kita akan peri hal pekerjaan kita ini”. Maka sahut nabi Khidir “adapun
pada akal hamba baik juga kita berkirim sekeping surat kepadanya mudah-mudahan
di cenderungkan Allaha Taa’laya hatinya jika kiranya berbahagia ia di ikutnya.
Jikalau tiada ia mahu mengikut sabda shah alam tatkala itu adalah budi bicara
kira akan dia”.
Maka pada ketika itu juga di pinta nabi Khidir sekeping kertas emas air
dakwatnya perak maka di surat nabi Khidir demikian bunyinya “Bahawa kumulai
suratku ini dengan nama Allaha yang esa dan tunggal kerajaannya dan menuruh
kelakuannya dan ialah yang terlebih kuasanya daripada segala kuasa dan ialah
tiada sekutu dengan dia dan ialah yang pertama dan ialah kesudahan daripada
segala kesudahan dan keadaannya surat ini daripada hambanya yang bernama raja
Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Maqoduniah nama negerinya Zawa Al
Qoranayana nama gelarnya yang beroleh kurnia tuhannya akan dia kerajaan segala
muka bumi ini datang ke negeri Cina yang bernama raja Fauqul.
Adapun kemudian dari itu bahawa mengucap syukurlah engkau akan tuhan
yang esa dan mengucap sholawatlah engkau akan segala nabi dan segala orang yang
mengikut agamanya. Kemudian dari itu bahawa aku memanggil engkau akan mengikut
agama yang sebenarnya dan jalannya daripada segala jalan nabi-nabi. Apabila
engkau melihat suratku ini janganlah tiada engkau segera mengikut perkataanku
seperti segala raja-raja yang lain maka lepaslah engkau daripada api neraka dan
jika engkau tiada menurut kataku ini nescaya akan tempatmu itu neraka dan
kemudian dari itu sejahtera kiranya atas orang budiman yang empunya fikir”.
Tatkala
sudah nabi Allaha mengarang surat itu maka di baca di hadapan khalayak majlis
raja Iskandar dan di capnya daripada cap kasturi yang amat harum baunya di
bungkus surat itu dengan kain dibaj yang berupakan emas dan di berikannya surat
itu kepada tangan raja Bahamaka maka di suruhnya bawa kepada raja Fauqul.
Arakian maka keluarlah raja Bahamaka dengan beberapa orang yang
baik-baik daripada kaumnya bersama-sama dengan dia di bawanya surat itu kepada
raja Fauqul negeri Cina. Maka tatkala di dengarnya utusan raja Iskandar
hampirlah datang ke negerinya maka ia pun bersabda kepada perdana menteri di
suruhnya dengan dia segala orang besar-besarnya pergi mengalu-alukan raja
Bahamaka itu. maka di kerjakannya oleh perdana menterinya seperti sabda tuannya
maka di alu-alukannya raja Bahamaka itu dan di bawanya kepada raja Fauqul. Maka
tatkala di lihat oleh raja Bahamaka akan raja Fauqul maka di keluarkannya surat
itu daripada bungkusnya dan di bukanya di kucupinya ke atas kepalanya lalu
kepada matanya maka lalu di berikannya kepada tangan raja Fauqul.
Adapun bahawa di ketahui oleh raja Fauqul bahawa surat ini daripada raja
Iskandar atas segala raja-raja yang di jadikan Allaha Taa’laya pada muka bumi
ini ialah yang bernama raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Zawa Al
Qoranayana nama gelarnya Maqoduniah nama negerinya banyaklah sudah di
taklukkannya daripada segala raja-raja. Maka tatkala di dengarnya raja Fauqul
daripada segala rencana perkataan raja Bahamaka demikian itu maka bersabda ia
kepada perdana menteri dan kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya dan di
berinya akan raja Bahamaka suatu tempat perhentian dengan segala alatnya dan
hamparannya maka di suruh raja Bahamaka berhenti di sana. Dan tatkala sudah
berhimpunlah segala raja-raja dan segala orang besar-besar dan segala raja-raja
yang takluk kepada raja Fauqul maka bersabda ia kepada segala mereka itu “Apa
bicara budi kamu akan raja yang mendatangi kita ialah yang menyuruh raja
Bahamaka jadi utusan kemari ini” maka sahut segala mereka itu “Marilah kita
perang akan dia”.
Dan tatkala itu ada pada raja Fauqul tujuh batu haikal menyurat dia
tujuh orang hakim suatu haikal suatu di suratkannya dan di mulainya peri hal
itu pada segala orang yang mengikut bintang Zuhal, kedua haikal akan bintang
Musytari, ketiga haikal akan bintang Marikh, keempat haikal akan bintang Shamasa, kelima haikal akan bintang
Zuhrah, keenam jaikal akan bintang A’thoara,
ketujuh haikal akan bintang Qomara
dan segala orang yang mengikut peri hal itu ketujuhnya di panggilnya oleh raja
Fauqul dan di tanyakan kepadanya. Maka sahut mereka itu katanya “Raja jua
menang jikalau perang dengan raja Iskandar” melainkan yang punya bulan jua
berdiam ia tiada mahu berkata-kata sepatah jua pun.
Maka kata raja Fauqul akan dia “Mengapa tok hakim berdiam tiada mahu
berkata-kata kerana segala saudara kita ini semuanya daripada kita sudah
berkata-kata tuan hamba mengapa diam”. Maka sahut hakim “Barang di ketahui raja
bahawa di dalam pengetahuan hamba jikalau perang dengan raja Rom ia jua menang
kerana pada kira-kira sudah hamba lihat jikalau kiranya berhimpunlah segala isi
bumi ini berperang dengan dia ia jua menang jikalau tiada dari kerana demikian
usah raja berangkat sendiri. Jika di titahkan raja itu kepada seorang
menterinya pun sahaja di binasakannya akan kita sekelian” maka sahut raja
Fauqul “Sungguhkah hai tok hakim”.
Pada ketika itu juga di suruhnya panggil utusan pada ilmu menulis peta
seperti rupa manusia dan di suruhnya tulis rupa bulan dan segala rupa yang
bersama-sama dengan rupa bulan itu maka di kerjakan oleh utus itu dan pada
ketika itu juga di kerjakannya seperti sabda tuannya raja Fauqul. “Kemudian
engkau pergilah menyamar dirinya engkau seperti orang raja Iskandar hendaklah
kau tuliskan rupanya bagaimana-bagaimananya daripada duduknya dan tidurnya dan
perjalanannya segera bawa olehmu kepada aku” maka pergilah utus itu berjalan
kepada tentera raja Iskandar dan di samarkan dirinya maka bertemu dengan nabi
Khidir.
Maka di hela oleh nabi Khidir akan dia di bawanya ke hadapan raja
Iskandar dan di berkata nabi Khidir “Apa pekerjaanmu ini datang kemari” maka
sahut orang yang menulis itu “Tatkala datang utusan shah alam kepada raja kami
raja Fauqul maka di tanyalah kepada segala orang yang memegang haikal maka kata
segala mereka itu baik kita perang melainkan yang empunya haikal bulan jua
menegahkan. Demikian katanya adapun hamba lihat pada haikal bulan itu rupa
seorang sahaja di serahkan Allaha kerajaan pada muka bumi kepadanya barang
siapa melawan dia tiada dapat tiada beroleh binasa dan jikalau ia empunya rupa
itu jangan kita lawan bukan harus kita lawan akan dia. Maka kerana inilah yang
di perhamba ini di suruhnya mempetai rupa shah alam hendak di tunjukkannya
kepada hakim haikal bulan itu. Jikalau ia rupa shah alam sahaja tiadalah ia
melawan”. Setelah di dengar raja Iskandar cerita utusan itu demikian maka sabda
baginda pada utusan itu “Baiklah engkau tuliskan rupaku ini bawalah kepada
rajamu”.
Arakian maka di tuliskanlah rupa raja Iskandar seperti adanya itu maka
di bawanyalah kepada tuannya maka di berikan oleh raja Fauqul itu kepada yang
empunya haikal itu. Maka tatkala di lihat oleh hakim itu haikal bulan rupa peta
itu maka datang sendirinya kepada raja Fauqul dan berkata ia kepada raja
“Janganlah shah alam lawan yang empunya peta ini ialah yang menaklukkan segala
raja-raja di muka bumi ini dan semuanya mengikut agamanya. Kita pun hendaklah
mengikut katanya dan agamanya”. Maka sahut raja Fauqul “Baiklah melainkan dua
perkara jua tiada aku mahu mengikut dia. Pertama memberi ufti akan dia, kedua
mengikut agamanya. Adapun yang lain daripada itu kita ikutlah”. Maka sahut
hakim itu “Jangan raja berkata demikian mengikut hawa nafsu raja kerana
mengerjakan demikian bukan di aibkan orang. Seperkara lagi iapun bukan apa-apa
daripada kehendaknya melainkan mengikut agamanya jua. Bermula agamanya pun
agama yang sebenarnya”.
Kata Shoahaba Al Hakaayata
maka tatkala pada ketika itu jua raja Fauqul membawa iman dan di suruhnya
segala isi negerinya itu membawa agama dan pada ketika itu jua di mustaidkannya
daripada barang yang ada daripada pelbagai yang indah-indah di dalam negeri
Cina yang tiada pernah di pandang orang seumpamanya dan di kirimnya pula
bersama-sama dengan persembahannya itu anak perempuan seorang terlalu elok
rupanya daripada manikam dan mutiara tiada dapat di sifatkan dan di kirimkannya
suatu kendi-kendi daripada kulit di isinya itu seratus rathil daripada
perbuatan hakim yang berbuat haikal itu dengan hikmat dan jikalau kiranya di
isinya itu pada tatkala bulan Asataratho nya jikalau berhimpun segala isi bumi
ini meminumkan dia air itu tiadakan habis melainkan di buangkan yang lebihnya
itu.
Sebermula tatkala sudah sampai segala sembahan yang tersebut itu maka
sukacitalah raja Iskandar tetapi yang amat indah pada matanya itu tiada suatu
yang lain melainkan anak raja Fauqul jua di lihat raja Iskandar daripada pihak
rupanya terlalu amat elok. Sabda raja Iskandar Fa Tabaaraka Allaha Ahasana Al
Khoalaqoyana tatkala itu kahwinlah raja Iskandar dengan anak raja
Fauqul itu dan naik mimpilah ia pada malam itu dan pada awal subuh pagi-pagi
hari maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh oleh tuan hamba palu
gendang berangkat dan suruhkan tiup nafiri berangkat alamat kita berpindah dari
sini. Maka di kerjakan oleh nabi Khidir seperti kehendak raja Iskandar itu maka
berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat sedia kalanya
sehingga hampirlah datang ke negeri raja Fauqul.
Maka iapun tiada taksir tatkala di dengarnya raja Iskandar sudah pindah
ke hadapan negerinya maka iapun bermustaid daripada barang dapatnya dan
keluarlah ia dengan istiadatnya pergi mengalu-alukan raja Iskandar. Tatkala
bertemu dengan nabi Khidir maka tercenganglah ia daripada melihat hebat nabi
Khidir itu dan hendak turunlah ia dari atas kudanya maka di isyaratkan nabi
Khidir “Jangan kita turun”. Setelah ia datang kepada nabi Khidir maka di
bawanya akan dia ke hadapan raja Iskandar maka tatkala itu bersama-sama dengan
raja Fauqul hakim yang mengadakan haikal bulan itu.
Setelah di lihat raja Fauqul dengan segala kaumnya akan raja Iskandar
maka sekelian mereka itu menybut Laa Alaha Alaa Allaha Abaraahayama Kholayala
Allaha. Sukacitalha hati raja Iskandar dan di permulianya raja Iskandar akan
raja Fauqul dengan sempurnanya maka berkatalah keduanya sehingga datang ke sisi
pintau kota negeri Cina maka berkhemahlah segala tentera raja Iskandar dan
segala raja-raja itupun masing-masing pada khemahnya. Hataya berkata raja
Fauqul kepada segala isi negerinya di suruhnya mengantari akan tentera raja
Iskandar daripada pelbagai makanan dan minuman dan akan segala kenderaan mereka
itu. Maka berhentilah raja Iskandar dengan segala tenteranya yang tiada dapat
di hisabkan berkeliling negeri Fauqul hemat dua puluh hari lamanya dan kemudian
dari itu maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh kerahkan segala
rakyat kita bersegera tiga hari lagi pada hari yang keempat berjalanlah kita
pada ketika itu”.
Maka datanglah raja Fauqul membawa ufti negerinya daripada pelbagai mata
benda yang indah-indah di bawanya daripada zaman neneknya daripada manikam dan
mutiara yang besar-besar maka di persalin raja Iskandar akan raja Fauqul dengan
seratus bagai persalin dan di anugerahinya suatu makota daripada emas
bertatahkan ratna mutu manikam dan di anugerahinya akan dia daripada kuda yang
khas seratus ekor dengan segala alatnya sekelian itu emas dan di persalin raja
Iskandar kepada segala raja-raja dan segala orang besar-besar di bawahnya
masing-masing kadarnya. Maka kembalilah raja Fauqul dengan segala kaumnya dan
pada hari yang keempat maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya
dan nabi Allaha pun bersama-sama seperti adat seda kala akan pengunjur tenteranya
raja Iskandar.
Maka raja Fauqul pun keluarlah dengan segala tenteranya mengantarkan
raja Iskandar hemat tiga hari perjalanan maka masuklah ia mendapatkan anaknya perempuan
itu di ajarnya akan dia daripada pelbagai perkataan yang mulia-mulia. “Hai anakku
di beri Allaha akan suamimu bagind itu raja Iskandar yang tiada ada sebagainya
di dalam dunia ini. Hai anakku jadikan dirimu seperti yang di perhambanya maka
engkau beroleh kemuliaan. Adapun hai anakku peliharakan olehmu segala wasiatku
yang sepuluh perkara ini supaya di pelihara Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya akan
dikau di dalam dua buah negeri.
Pertama bersahabatlah dengan suamimu dan tahu-tahu engkau bersahabat
dengan dia. Kedua wasiatku engkau dengarkanlah kata suamimu kerana redhanya
daripada redha tuhannya yang menjadikan seru alam sekelian. Ketiga wasiatku
jangan daripada barang rahsianya engkau katakan kepada orang dan jangan engkau
lawan akan dia berbantah. Keempat jangan di lihat suamimu daripada masam mukamu
sekali jua pun melainkan tersenyum-senyum. Kelima tahu-tahu engkau
memeliharakan hamba sahayamu dan jangan tiada engkau permulia daripada segala
anak isteri hulubalang yang baik-baik itu dan jangan engkau membinasakan
hartamu kerana pekerjaan memeliharakan hati mereka itu. Keenam jangan di
lihatnya kejahatanmu sekali juapun. Ketujuh bahawa jangan sekali-kali di
perlihat daripada barang jahat sedikit juapun melainkan barang sempurna jua
kerana perempuan yang tahu memeliharakan dirinya di hadapan suaminya seperti
tanaman bunga di tanamkan oleh utus yang tahu mengaturkan tanaman yang layak di
tepi di tanamkannya pada tepi dan yang layak di tengah di tanamkannya pada
tengah dan yang layak di sisi jalan di tanamkannya pada sisi jalan dan yang
layak di sisi rumah di tanamkannya pada sisi rumah demikianlah daripada
perempuan yang tahu menambat hati suaminya.
Yang kedelapan wasiatku jangan engkau menunjukkan bencimu akan dia
melainkan kasihmu jua di lihatnya. Kesembilan hai anakku jangan engkau murka
akan segala hambamu di hadapan suamimu sekali juapun. Kesepuluh hai anakku
tatkala suamimu santap hendaklah sopan-sopan engkau di hadapannya dan tunjukkan
olehmu kasih sayangmu akan dia pada segala hari dan pada segala ketika jangan
tiada anakku mengerjakan seperti pengajar yang sudah kuceritakan padamu itu. Jika
engkau mengerjakan seperti kataku ini tiada dapat tiada makin bertambah-tambah
kasihnya akan engkau dan jangan engkau hadap akan rupamu dan bangsamu dan akan
mudamu kerana suamimu itu raja daripada segala raja-raja tiada harus
sekali-kali engkau menilik dirimu kerana redha suamimu itu daripada redha
tuhannya dan kupohonkan kepada Allaha Taa’laya barang di peliharakannya jua
engkau daripada semu syaitan dan hawa nafsu dan syahwat supaya terpeliharamu
daripada kedua tempat dan barang di sempurnakan Allaha Taa’laya engkau dengan
sempurna kebajikan dan nikmat atasmu itupun pada kedua tempat jua. Hai anakku
bahawa engkau serahkan dirimu kepada tuhan engkau bahawa sungguhnya ia jua
tuhan yang mengampuni lagi amat mengasihani Amayana
Raba Al A’alamayana”. Dan bercium berpeluk bertangis-tangisan keduanya.
Setelah sudah maka keluar ia daripada tempat anaknya kembali ke
negerinya maka raja Iskandar berjalanlah tiga hari tiga malam. Pada hari yang
keempatnya datanglah tentera raja Iskandar pada antara bumi yang banyak rumput
dan harum baunya maka di suruh nabi Khidir segala tentera berkhemah di sana.
Pergilah ia kepada raja Iskandar katanya “Barang maklum kiranya shah alam
bahawa sudahlah di sampaikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya hadrat shah alam
kepada bumi yang amat ajaib rumputnya amat indah-indah dan kijang padanya
demikianlah hikayatnya. Jikalau di makan kijang rumput bumi itu maka di
turunkan Allaha daripada rumput itu darah pada pusat kijang itu daripada sehari
kepada sehari makan besar pusat kijang itu dan tatkala sudah genap ketikanya
maka kutillah pusatnya itu maka di geselkannya pada tunggul kayu hingga
keluarlah darah pada pusatnya itu maka diamlah ia maka darah itulah yang
menjadi kasturi”.
Maka hairanlah hati raja Iskandar mendengar cerita nabi Khidir itu maka
terlalu ingin hati raja Iskandar hendak melihat rumput dan kijang yang di ceritakan nabi Khidir itu dan pagi-pagi
hari maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala yang damping kepadanya dan
segala raja-raja dan orang besar-besarnya dan segala menterinya di sana pada
khemah yang sedia itu. Dan tatkala raja Iskandar berjalan itu pada ketika itu
berhikayat nabi Khidir “Maklum kiranya shah alam bahawa bumi ini luasnya hemat
tujuh hari perjalanan”. Tatkala itu maka haripun malamlah dan berhentilah
mereka itu di sana semalam itu tetapi hati mereka itu dan raja Iskandar terlalu
sangat berahi hendak melihat kijang dan rumput yang pada padang itu dan di
ingatkannya peri hal itu kepada nabi Khidir maka sahut nabi Khidir “Ana Shaa Allaha esok harilah duli shah alam
dengan beberapa orang daripada orang yang damping kepada shah alam dan yang di
perhamba pun bersama-sama melihat bumi itu lagi pula ada pada bumi itu daripada
galian fairuz dan galian senia dan galian zabarjad”.
Maka pada pagi-pagi hari raja Iskandar dan nabi Khidir dan segala mereka
itu yang di harapinya daripada tentera Maqoduniah maka berangkatlah raja
Iskandar datang kepada bumi itu. maka bertiuplah angin daripada pihak bumi itu
amat harum baunya maka bertanyalah raja Iskandar “Bau apakah ini terlalu amat
harum” maka sahut nabi Khidir “Inilah bau rumput yang di perhamba ceritakan itu”.
maka di lihat raja Iskandar kepada rumput itu seperti akar seri tinggi kadar
dua hasta maka datanglah kijang itu memakan dia. Maka di lihat raja Iskandar
banyak pasak kayu terdiri pada bumi itu maka bertanya raja Iskandar kepada nabi
Khidir maka sahut nabi Khidir “Adapun bahawa kayu yang di pasak akan orang pada
bumi itu daripada segala saudagar yang kemari mendirikan dia masing-masing di
perbuatnya pasak kayu itu kerana kijang itu tatkala sudah di makannya rumput
itu maka isilah pusatnya. Dan tatkala gatallah pada antara pusatnya itu maka
datanglah kijang itu geselkan pusatnya itu pada hujung pasak yang terdiri itu
beberapa kali maka gugurlah kasturi itu. maka di ambil oleh saudagar di bawanya
pulang ke negerinya maka di beli oranglah daripadanya”.
Maka hairanlah raja Iskandar akan peri hal itu dan berjalanlah mereka
itu seketika maka di lihat kijang banyak kawannya dan tatkala raja Iskandar
berangkat itu di suruhnya bawa anjing dan serigala dan rajawali. Maka tatkala
di lihatnya kawan kijang itu maka di suruhnya lepas anjing dan rajawali itu
maka di perburunyalah kijang itu dan kijang itupun amat hairan
tercengang-cenganglah ia melihat peri hal yang riada pernah di rasainya maka
tiadalah ia dapat lari daripada tempatnya. Tatkala di lihat oleh raja Iskandar
peri hal itu maka tersayanglah hatinya pada ketika itu tiada di berinya akan
tenteranya menikam akan dia di suruhnya raja Iskandar tangkap akan kijang itu
dengan hidupnya pada ketika itu jua di bawa orang kijang itu ke hadapan raja
Iskandar.
Maka di lihat raja Iskandar warna tubuh kijang itu seperti pijar dan
tanduknya suatu jua pada antara kedua matanya dan keadaan kijang itu terlalu
amat elok rupanya daripada segala jenis kijang yang lain. Bermula tatkala sudah
raja Iskandar melihat kijang itu maka di suruhnya sembelih dan di suruhnya
permasakkan maka di kerjakan oleh mereka itu seperti titah baginda itu. setelah
sudah masak maka di bawa oranglah ke hadapan raja Iskandar dan nabi Khidir
daging kijang kasturi itu terlalu citarasa dagingnya tiada ada sebagainya. Arakian
maka di anugerahi baginda daging itu akan segala raja-raja dan orang
besar-besarnya dan segala hulubalangnya.
Sumber : Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana
Di rumikan : Mahamada bana A'bada Allaha
No comments:
Post a Comment