Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Kata Hakamaa bahawa tabiat perempuan sepuluh
perkara.
Maka adalah
tiap-tiap sepuluh itu menyerupanya setengah daripada tabiat haiwan. Pertama seperti
babi, kedua seperti tabiat kera, ketiga seperti tabiat anjing, keempat seperti
tabiat ular, kelima seperti tabiat baghal, keenam seperti tabiat kala, ketujuh
seperti tabiat tikus, kedelapan seperti tabiat unggas, kesembilan seperti
tabiat serigala, kesepuluh seperti tabiat kambing. Adapun perempuan yang
seperti tabiat babi itu iaitu perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan
dan minum memenuh perutnya dan memecahkan bejana jua dan tiada kemana pergi ia
tiada ia mencita-cita agamanya dan sembahyang dan puasa dan kepada segala amal
yang kebajikan tetapi adalah ia akal pada melanggarkan segala isi rumahnya.
Adapun perempuan
yang seperti tabiat kera itu iaitu gemar memakai kain yang berwarna merah dan
hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak dan adalah ia memegahkan
dirinya dan berbesar-besar dirinya pada suaminya. Adapun perempuan yang seperti
tabiat anjing itu iaitu perempuan tatkala ia berkata-kata suaminya di
palingkannya mukanya dan apabila di kata suaminya di bantahinya serta di
herdikkan seperti anjing mengherdikkan babi dan apabila di lihatnya ada harta
pada suaminya maka di kasih ia dan apabila tiada ada harta padanya maka
bencilah ia akan dia serta di cercanya dan di enyahkan dari rumahnya dan tiadalah
ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.
Adapun perempuan
seperti tabiat baghal itu iaitu apabila bertemu suatu yang di katakutinya di
palu sekalipun tiada mahu berjalan melainkan undur ia jua dan adalah berbebega
dirinya dan mengadahkan dirinya. Adapun perempuan yang seperti tabiat ular
iaitu menaruh dendam dan apabila dengar perkataan orang yang jahat akan dia
atau akan suaminya jadi berkelahilah ia dengan orang lain. Adapun perempuan
yang seperti tabiat kala itu iaitu senantiasa berkeliling kepada rumahnya orang
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-impat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala di sengatnya barang yang bertemu dengan
dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Al Qotala Laaa Yadakhola Al Janata ertinta yang fitnah itu
tiada masuk syurga.
Adapun perempuan
yang seperti tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas
dirinya daripada suaminya. Adapun perempuan yang seperti tabiat unggas itu
iaitu senantiasa ia bertandang tiada dan sangat pun istirehat dan apabila
suaminya datang maka katanya dari mana engkau tiada engkau kasih akan daku dan
engkau kasih orang lain. Adapun perempuan yang seperti tabiat serigala itu
iaitu apabila ada suaminya dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya
apabila datang maka memulanya perbantahan serta katanya bahawa aku seorang diriku
di rumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.
Adapun perempuan
yang seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manafaat dan
adalah ia perempuan yang sholeh lagi mengasih akan suaminya dan anaknya dan
segala orang kampungnya dan segala keluarganya ialah yang berbuat kebaktian
akan Allaha Taa’laya. Wa Shola Alahaya Kala Yawama Walayalata A’laya
Mana Lanaa Yawama Al Qoyaamata Yashafaa’. Tama Al Kalaama Ba Al Khoyara A’layanaa
A’laya Al Dawaama Amayana Yaa Raba Al A’alamayana.
Sumber : Taaja Al Malaka (Tajul Muluk)
Ini suatu khoatamaha pada menyatakan hak laki-laki hutang atas
perempuannya.
Qoala Allaha Taa’alaya Faya Sawarata Al Nasaa Al Rajaala Qowaamawana A’laya Al
Nasaa ertinya bermula laki-laki mengerasi atas perempuannya dengan
barang-barang suatu melebihkan Allaha Taa’laya dengan dia setengah mereka itu
laki-laki atas setengah perempuan. Dan dengan memberi nafkah daripada harta
mereka itu pada menikahi mereka itu perempuan seperti maharnya dan nafkahnya.
Melebihkan Allaha Taa’laya akan laki-laki atas mereka itu perempuan amat banyak
pada hakikat dan pada syarak dan setengahnya kelebihan akal dan ilmu dan kuat
dan menyurat kitab pada gholibnya dan berkuda dan a’lamaa dan berperang dan khutbah dan Jumaat dan iktikaf dan
syahadat dan qisas dan wali nikah dan sebagainya seperti a’shobaha dan talak dan rujuk dan berbilang-bilang isteri dan
mengambil bangsa dan barang sebagainya adanya.
Maka bermula perempuan yang
sholeh yang mengikut baginya lakinya memelihara akan tatkala ghaib lakinya akan
farajnya dan hartanya memeliharakan Allaha Taa’laya akan perempuan itu. dan
hadis Abaya Harayaraha Radhoya Allaha
A’naha telah berkata Abaya Harayaraha
telah berkata rasul Allaha Shoma bermula sebaik-baik perempuan apabila menilik
suaminya kepada menyukakan akan dia dan apabila menyuruh suaminya mengikut akan
dia dan jika ghaib suaminya memeliharakan akan hartanya dan dirinya.
Dan perempuan yang derhaka akan
suaminya menggugurkan nafkah dan qosamah sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama apabila bermalam perempuan meninggalkan hamparan suaminya di laknat akan
dia oleh segala malaikat hingga subuh. Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha
Wa Salama barang mana perempuan bermalam meninggalkan hamparan suaminya dan
pada hal suaminya redha akan dia di masukkan akan syurga. Sabda rasul Allaha
Shoma siapa-siapa sabar atas perangai isterinya mendatangkan Allaha Taa’laya
akan upah dan pahala seperti pahala Ayub dan siapa-siapa sabar atas jahat
perangai suaminya memberi Allaha Taa’laya akan upah pahala perang sabil Allaha
mati syahid.
Dan siapa-siapa perempuan aniaya
akan suaminya dan memberatkan akan suaminya yang tiada kuasa suaminya dan
menyakiti akan dia nescaya melaknat akan dia malaikat Al Rahamata dan malaikat Azaaba.
Dan siapa-siapa perempuan yang sabar atas kesakitan suaminya memberi Allaha
Taa’laya akan pahala Asiah dan Marayama
banata Amaraana. Dan telah bersabda raul Allaha Shoma barang mana perempuan
yang mati dan suaminya redha akan dia perempuan itu masuk syurga. Telah berkata
rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila menyembahyangkan akan
yang lima waktu dan puasa pada bulan Ramadhon dan memeliharakan farajnya
daripada lain suaminya dan taat akan suaminya di kata orang baginya masuk
olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang engkau kehendaki.
Dan telah datang seorang
perempuan kepada rasul Allaha sanya menanya ia akan bahagian perempuan daripada
berperang memberi pahala Allaha Taa’alaya akan laki-laki akan pahala yang amat
besar. Dan jika terbunuh mereka itu pada berperang ada mereka itu hidup pada
sisi Allaha Taa’laya di beri rezeki mereka itu akan buah-buahan syurga dan
segala arwah mereka itu pada kelibukan burung yang hijau di dalam syurga. Dan
bermula kami keluarga perempuan berdiri kami berkhidmat dan menolongi kami
atasnya maka apa bagi kami daripada yang demikian itu akan pahala berperang
itu. Maka berkata rasul Allaha telah sampai akan aku bertemu akan aku seorang
perempuan bahawa taat akan suaminya dan membayarkan hak suaminya bersamaan
pahalanya akan perang sabil Allaha.
Seperti firman Allaha Taa’laya Lalarajaala
Nashoyaba Mamaa Akatasabawaa Lalanasaa Nashoyaba Mamaa Akatasabana
yakni bagi laki-laki bahagian daripada meusahakan mereka itu dan bagi perempuan
bahagian daripada meusahakan mereka itu. Dan dapat pahala pada perempuan sebab
usaha memelihara farajnya dan taat akan Allaha dan taat akan suaminya. Dan
bermula laki-laki dan perempuan pada pahala akhirat bersamaan dan bahawa suatu
kebaikan dengan sepuluh ganda bersamaan laki-laki dan perempuan dan lebih
laki-laki atas perempuan iaitu pada dunia.
Dan wajib atas perempuan
berkekalan malu daripada suaminya dan mendudukkan tilik kepada hadapan suaminya
dan taat bagi suaminya bagi suruhnya dan diam tatkala berkata suaminya. Dan
berdiri tatkala datangnya dan menzahirkan kasih bagi suaminya tatkala hampirnya
dan mezahir suka tatkala menilik bagi suaminya. Mendatangkan diri bagi suaminya
tatkala hendak tidur dan hendak pakai bau-bauan yang harum dan memeliharakan
mulut dan bau-bauan dan mensucikan pakaian dan berkekalan berhiasan dengan
hadir suaminya dan meninggalkan berhiasan tatkala ghaib suaminya dan
meninggalkan khianat bagi suaminya tatakala ghiab suaminya pada hartanya dan
hamparannya.
Sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama tiada halal bagi perempuan bahawa memberi makan daripada
rumahnya akan seorang melainkan dengan izin suaminya melainkan makanan yang
takut akan binasanya. Maka jika memberi makan dengan izin suaminya adalah bagi
perempuan pahalanya seperti pahala suaminya. Dan jika memberi makan dengan
tiada izin suaminya adalah bagi suaminya pahala dan atas perempuan dosanya. Dan
bahawasanya tiada menegah perempuan akan dirinya kepada suaminya dan jikalau
ada perempuan itu atas belakang unta sekalipun.
Dan berkata Abana A’baasa mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama berkata ia jika bahawasanya perempuan menjadikan segala
malam berdiri sembahyang dan sekelian hari puasa. Dan menyeru suaminya akan
perempuan kepada tempat tidur dan minta khoyara
perempuan akan suatu saat maka datang perempuan pada hari kiamat di pesertakan
dengan rantai serta syaitan pada terkebawah dalam neraka. Dan sunat bagi suami
tatkala hendak wati bahawa mengata di mulai dengan Basama Allaha dan baca Qola
Hawa Allaha Ahada dan mengata Basama Allaha Al A’laya Al A’zhoyama
Allahama Ajaa’la Al Nathofata Zarayata Thoyabata Anaka Samayaa’ Al Daa’a
dan jangan mengadap kiblat dan belakang kiblat. Dan bahawa tiada puasa sunat
perempuan melainkan dengan izin suaminya.
Riwayat daripada nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya berkata ia bahawa minta ampun bagi
perempuan yang taat bagi suaminya segala burung pada awang-awang dan ikan di
dalam laut dan segala malaikat pada langit dan matahari dan bulan selama
berkekalan pada redha suaminya. Suatu riwayat barang mana perempuan derhaka
kepada suaminya maka atasnya laknat Allaha Taa’laya dan malaikat dan manusia
sekelian.
Dan berkata A’laya bana Abaya Thoalaba Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan
sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jikalau bahawasanya
perempuan menjadikan salah satu daripada dua tangannya di bakar dan lainnya
menanak dan mehantarkan kepada suaminya dan pada hala suaminya tiada redha
daripada perempuan adalah perempuan itu pada hari kiamat serta yahudi dan nashoraya.
Dan berkata A’bada Allaha abana Saa’wada Radhoya Allaha A’naha mendengar aku
akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama barang mana perempuan
menyeru suaminya akan perempuan kepada hamparan maka mentakhirkan perempuan
hingga tidur suaminya maka ia perempuan di dalam laknat. Dan barang mana
perempuan memasamkan mukanya di hadapan suaminya maka ia perempuan di dalam
marah Allaha Taa’laya hingga bahawa suka suaminya menuntut keredhaan pada
suaminya.
Dan berkata A’bada Al Rahamana bana A’wafa Radhoya Allaha A’naha mendengar aku
akan sabda rasul Allaha Shoma barang mana perempuan masam mukanya pada hadapan
suaminya melainkan keluarlah perempuan itu daripada kuburnya hitam mukanya. Dan
barang mana keluar daripada kampungnya dengan tiada izin suaminya laknat akan
dia oleh malaikat hingga kembali kepada rumahnya. Dan berkata A’tsamaana bana A’faana Radhoya Allaha
A’naha mendengar aku akan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama berkata ia tiada keluar perempuan daripada rumah suaminya dengan tiada
izinnya melainkan di laknat akan dia tiap-tiap suatu yang terbit atasnya
matahari hingga ikan di laut.
Dan berkata A’ashaha Radhoya Allaha A’nahaa keluarga perempuan jikalau
mengetahui kamu dengan hak suami kamu atas kamu sanya menjadikan perempuan
daripada kamu akan menyapu habuk daripada tumit suaminya dengan muka
perempuannya. Dan telah menanya A’ashaha
akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama mana manusia sebesar-besar
hak atas perempuan berkata rasul Allaha suaminya dan mana sebesar-besar hak
atas laki-laki kata rasul Allaha ibunya.
Dan sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama tiga perkara tiada menerima Allaha Taa’laya bagi mereka itu,
pertama sembahyang yakni tiada pahala dan tiada di angkatkan ke langit
perempuan yang murka suaminya dan seperti demikian hamba lari daripada
penghulunya, hingga kembali dengan orang yang mabuk hingga kembali siuman. Dan
berkata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama apabila berkata perempuan bagi
suaminya tiada melihat aku daripada engkau akan kebaikan sekali-kali tidak maka
sanya di hapuskan pahala amalnya dan putus asa daripada rahmat Allaha Taa’laya
pada hari kiamat.
Dan sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama barang mana perempuan minta talak akan suaminya dengan tiada sangat
hajat seperti bahawa memberi mudharat akan dia maka berlarang perempuan itu
baunya syurga. Dan kata Abawa Bakara Al
Shodayaqo Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama apabila berkata perempuan bagi suaminya talak olehmu
akan aku. Datang perempuan pada hari kiamat tiada daging pada mukanya dan
lidahnya sampai keluar pada tengkoknya dan di turunkan kepada kerak neraka
jahanam dan jika puasa pada sekelian hari dan sembahyang sekelian malam
berkekalan sekalipun.
Wa Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada menilik
Allaha Taa’laya kepada perempuan yang tiada syukur bagi suaminya. Dan berkata Abawa Harayaraha Radhoya Allaha A’naha
mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia
jikalau bahawasanya perempuan ada mempunyai harta seperti harta Salayamaana bana Daawada A’layahaa Al
Salaama dan memberi makan akan suaminya kemudian berkata perempuan mana
harta aku melainkan menghapuskan Allaha Taa’laya akan amalnya empat puluh
tahun.
Dan berkata A’tsamaana bana A’faana mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama berkata jikalau bahawasanya perempuan memiliki dunia
sekeliannya dan di nafkahkannya kepada suaminya kemudian mencerai atas suaminya
melainkan di hapuskan Allaha Taa’laya amalnya dan di himpunkan serta Qorun. Wa Qoala Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
sabdanya mula-mula di tanya perempuan pada hari kiamat daripada sembahyang dan
daripada suaminya yakni hak suaminya.
Sabda rasul Allaha Shoma bagi
perempuan yang bersuami maka bagaimana engkau pada suami engkau berkata
perempuan tiada taksir aku pada khidmat akan dia melainkan barang yang lemah
atasku kemudian berkata rasul Allaha maka betapa engkau bagi sumai maka
bahawasanya suami engkau syurga engkau dan neraka engkau. Dan datang daripada
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sabdanya bahawasanya berkata ia empat
daripada perempuan dalam syurga dan empat dalam neraka. Bermula yang empat
dalam syurga perempuan yang pelihara daripada yang haram dan yang taat bagi
suaminya dan yang banyak anaknya dan yang sabar lagi memada dengan yang sedikit
serta suaminya.
Telah berkata Saa’da bana Abaya Waqoasho Radhoya Allaha
A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Shoma berkata ia dan bahawasanya
perempuan apabila tiada suka kepada suaminya pada ketika suaminya papa laknat
Allaha Taa’laya dan murka Allaha Taa’laya dan laknat malaikat sekeliannya.
Telah berkata Salayamaana Al Faarasaya
Radhoya Allaha A’naha mendengar aku akan rasul Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama apabila melihat perempuan kepada lain suaminya dengan
syahwat melainkan di pasak dua matanya pada hari kiamat. Dan telah berkata Maa’awayaha telah mendengar aku akan rasul
Allaha Shoma sabdanya barang mana perempuan mengambil harta suaminya dengan
tiada izinnya adalah dosanya perempuan itu tujuh puluh ribu orang pencuri.
Dan menyatakan Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama daripada yang empat perempuan yang mati suaminya dan baginya
ada anak yang kecil maka sabar perempuan itu atas anaknya dan memelihara
perempuan itu akan anaknya dengan kelebihan dan tiada berkahwin perempuan itu
sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama meharamkan Allaha Taa’laya
atas tiap-tiap anak Adam masuk syurga sebelum aku tiap-tiap ada perempuan
bersegera kepada pintu syurga maka aku kata siapa ini bersegera akan aku. Maka
di kata orang bagiku Mahamada ini perempuan telah ada beberapa kebaikan dan ada
pada sisinya anak yatim maka sabar kerana pelihara akan anak yatim. Kemudian sabda
rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan adapun empat dalam neraka
itu perempuan yang sangat keji lidahnya kepada suaminya dan jika ghaib suaminya
tiada memeliharakan dirinya dan jika hadir suaminya menyakiti akan dia dengan
lidahnya.
Dan berkata A’mara bana Al Khothoaba bahawasanya rasul Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama berkata ia barang mana perempuan meninggikan suaranya atas
suaminya di laknat akan dia oleh tiap-tiap suatu yang terbit atasnya matahari
dan memberatkan akan suaminya barang yang tiada kuasa baginya. Dan berkata Abawa Zaara mendengar aku akan rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia barang mana perempuan
ibadat akan sebanyak ibadat ahli langit dan bumi kemudian memasukkan perempuan
itu atas suaminya akan kedukaannya daripada jahat nafkah datang perempuan itu
pada hari kiamat dan dua tangannya di belenggukan kepada tengkuknya dan di
rantai dua kakinya dan di jatuhkan ke dalam neraka dan seperti demikian pula perempuan
yang tiada menutup dirinya kepada laki-laki yang lain suaminya.
Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama barang mana perempuan berhias-hiasan dan bau-bauan dan
keluar daripada rumahnya dengan tiada izin suaminya maka bahawasanya perempuan
itu murka Allaha Taa’laya hingga kembali. Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama barang mana perempuan membukakan dirinya pada luar rumahnya
mencari Allaha Taa’laya tutupnya. Sabda rasul Allaha Shoma bermula perempuan
tiada baginya mengerjakan sembahyang dan tiada taat akan Allaha Taa’laya dan
tiada taat akan rasul Allaha Shoma dan tiada taat kepada suaminya melainkan
makan dan minum dan tidur maka perempuan itu kena laknat jauh daripada
kebaikan, daripada ahli neraka melainkan apabila taubat daripada dosanya itu.
Dan telah datang seorang
perempuan bagi nabi Shoma ya rasul Allaha Shoma apa hak suami atas perempuannya
khabarkan olehmu akan aku ya rasul Allaha. Sabda rasul Allaha adapun hak suami
atas perempuan jikalau mengalir pada lubang hidung suaminya darah danur sanya
menjilat perempuan dengan lidahnya membayar hak suaminya. Riwayat Al Thobaraanaya dan bahawasanya
perempuan tiada membayar hak Allaha Taa’laya hingga membayar hak suaminya
sekeliannya.
Dan telah berkata A’laya Karama Allaha Wajahaha telah
masuk aku kepada rumah rasul Allaha aku serta Faathomaha. Kemudian bertemu kami akan rasul Allaha menangis akan
sempurna tangis maka mengata aku baginya “Apakah sebab menangis engkau ya rasul
Allaha” kemudian bersabda rasul Allaha “Ya A’laya, di perjalankan aku pada
suatu malam kepada langit melihat aku akan perempuan umatku di azab mereka itu
dalam neraka jahanam dengan berbagai-bagai azab. Maka tatkala itu menangis aku
kerana melihat sangat azab mereka itu aku lihat.
Setengahnya di gantung dengan
rambutnya dan menggelegak benaknya atas kepalanya dan setengahnya di gantung
dengan lidahnya dan air hangat di tuangkan pada mulutnya. Dan setengahnya di
ikat kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun-ubunnya dan mengerasi
ular dan kala. Dan setengahnya di gantung dengan susunya dan setengahnya
kepalanya kepala babi dan badannya badan khimar dan atasnya beribu-ribu
daripada azab. Dan setengahnya rupa anjing dan neraka masuk daripada mulutnya
dan keluar daripada duburnya dan malaikat memalu kepada dengan tongkat besi”.
Kemudian berdiri Faathomaha Radhoya Allaha A’nahaa dan
berkata Faathomaha “Yaa
habayaya Waqorata A’naya dan apa dosanya mereka itu sebab azab demikian
itu”. Kemudian bersabda rasul Allaha “Hai anakku Faathomaha, adapun yang di gantung dengan rambutnya itu ialah
perempuan yang tiada menutup kepalanya pada hadapan laki-laki lain daripada
suaminya. Adapun perempuan yang di gantung dengan lidahnya adalah perempuan itu
menyakiti hati suaminya dengan lidahnya. Dan adapun perempuan yang di gantung
dengan susunya perempuan yang berbuat maksiat di belakang suaminya.
Dan adapun perempuan yang di
pasakkan kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun-ubunnya dan
mengerasi ular dan kala adalah perempuan itu tiada menci janabah dan
bersenda-senda dengan sembahyang. Dan adapun kepalanya kepala babi dan badannya
rupa khimar adalah perempuan itu mengada-ngada lagi kazaba yakni banyak dusta. Dan adapun perempuan atas rupa anjing
dan neraka masuk pada mulutnya dan keluar daripada duburnya adalah perempuan
buat hasung fitnah dan dengki”. Maka bersabda rasul Allaha Shoma “Hai anakku
sangat celaka perempuan yang derhaka akan suaminya”. Bermula kehasilan kalam
bahawasanya kami baginya isterinya ialah seperti anak bagi dua orang ibubapa
wajib taat kepada dua ibubapanya.
Faadaha hadis Abaya
Harayaraha Radhoya Allaha A’naha sabda rasul Allaha Shoma masuk pada suatu
hari kepada anaknya Faathomaha Al Zaharaa
Radhoya Allaha A’nahaa maka di peroleh nabi akan anaknya Faathomaha tengah menepung shaa’yara pada batu mengisar gandum dan
ia Faathomaha menangis. Kemudian
bersabda rasul Allaha bagi anaknya Faathomaha
“Kerana apa menangis akan dikau ya Faathomaha.
Allaha Taa’laya tiada menjadikan mata tiada di jadikan akan menangis”. Kata Faathomaha “Hai bapaku, menangis aku
kerana batu mengisar gandum dan kerja bimbang bayata” maka duduk nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pada sisi
Faathomaha.
Maka berkata Faathomaha “Hai bapaku, pinta akan A’laya akan seorang hamba kerana
hendak menolong menepung gandum dan bimbang bayata”.
Maka tatkala mendengar nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan kalam Faathomaha berdiri nabi dan datang
kepada batu mengisar gandum mengambil akan gandum dengan tangannya. Dan
menghantar nabi akan gandum kepada batu giling gandum dan mengata nabi Shoma Basama
Allaha Al Rahamana Al Rahayama maka berpaling batu itu dengan
sendirinya dengan izin Allaha Taa’laya. Maka menurunkan nabi bagi batu itu
gandum dengan tangannya yang mulia. Dan ia batu berpaling dengan sendirinya dan
tasbih batu itu akan Allaha Taa’laya dengan loghat yang bersalah-salahan hingga
habis gandum.
Maka bersabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama bagi batu itu “Diamlah engkau” maka diam batu dengan izin
Allaha Taa’laya. Dan berkata batu dengan izin Allaha Taa’laya dengan lidah yang
fasih lagi bahasa A’rab “Yaa Rasawala
Allaha Shoma, jikalau menyuruh engkau akan aku bahawa menepung akan gandum
daripada masyrik atau maghrib sanya menepung aku akan dia sekelian. Bahawasanya
aku mendengar dalam kitab Allaha Taa’laya bermula kayu api neraka itu manusia
dan batu maka takut aku ya rasul Allaha Shoma bahawa aku daripada batu yang
masuk akan neraka”. Kemudian berkata rasul Allaha Shoma “Bersuka-sukalah engkau
maka bahawasanya engkau batu milik Faathomaha
dalam syurga” maka sukalah batu itu.
Kemudian bersabda rasul Allaha
Shoma bagi anaknya Faathomaha
“Jikalau menghendaki Allaha sanya menepung dengan sendirinya akan tetapi Allaha
Taa’laya menghendaki bahawa di suratkan Allaha bagi engkau akan kebaikan dan
menutupi akan kejahatan dan meninggikan bagi engkau akan darjat. Yaa Faathomaha,
barang mana perempuan yang menepung akan shaa’yara
bagi suaminya dan anaknya melainkan menyurat Allaha Taa’laya bagi tiap-tiap
biji gandum akan satu hasanah dan di hapuskan kejahatannya dan di tinggikan
darjat. Yaa Faathomaha, barang mana perempuan memberi minyak anaknya dan sikat
akan dia dan membasuh kainnya melainkan menyurat Allaha Taa’laya pahala memberi
makan seribu orang lapar dan memberi pakaian orang telanjang seribu.
Yaa Faathomaha, bermula
yang terlebih afdal daripada demikian redha suaminya pada isterinya ya Faathomaha bahawasanya redha suami pada
isterinya daripada redha Allaha Taa’laya dan marah suami itu marah Allaha
Taa’laya. Yaa Faathomaha apabila
hamil perempuan di mintakan ampun bagi perempuan itu malaikat dan di suratkan
Allaha Taa’laya baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan di hapuskan seribu
kejahatan apabila datang sakit beranak di suratkan Allaha Taa’laya baginya
pahala perang sabil Allaha dan apabila zahir hamilnya keluarlah dosa perempuan
itu seperti di anakkan dia oleh ibunya. Yaa
Faathomaha, barang mana perempuan berkhidmat akan suaminya dengan niat yang
sebenar keluarlah dosanya seperti hari di anakkan oleh ibunya.
Yaa Faathomaha, barang mana perempuan berkhidmat akan suaminya
sehari dan semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar di
ampunkan Allaha Taa’laya akan dosanya sekelian dan beri pakaian pada hari
kemudian dengan pakaian yang hijau dan di suratkan baginya dengan tiap-tiap
rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan memberi Allaha Taa’laya akan pahala
haji dan umrah. Yaa Faathomaha,
barang mana perempuan suka tersenyum pada hadapan suaminya menilik Allaha
Taa’laya baginya dengan ain rahmat. Yaa
Faathomaha, barang mana perempuan menghampirkan ia bagi suaminya dengan
baik hati maka sanya mengampun Allaha Taa’laya akan dosanya barang telah lalu
dan lagi yang kemudian.
Yaa Faathomaha, barang mana perempuan memberi minyak kepala
suaminya dan janggutnya dan menggunting misainya dan mengerat kukunya melainkan
memberi minum Allaha Taa’laya daripada air rahayaqo
makhotawama yakni tuak yang suci dan memudahkan baginya tatkala mati
tinggal ruhnya dan peroleh pada kubur kebun daripada kebun syurga dan suratkan
baginya lepas daripada neraka dan melalui Shoraatho
Al Masataqoyama. Yaa Faathomaha,
barang mana perempuan yang membasuh akan kain suaminya di suratkan baginya
seribu kebaikan dan di ampunkan dosanya dan di tinggikan baginya darjat dan
mintakan ampun baginya tiap-tiap yang terbit matahari. Sekadar inilah aku
menyatakan tiada aku habiskan menyatakan dia”. Jikalau hendak tilik dalam kitab
yang panjang-panjang adanya.
Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa A’laya Alaha Wa
Shohabaha Wa Salama terjemah Al Haaja
Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha tamat pada sanata 1344 pada 14 hari Jamaada
Al Akhora malam Tsalatsa adanya.
Telah selesailah kitab ini di
cetak pada kali yang kedua puluh sembilan di Mathobaa’ta Al Ahamadayaha 101 Jalan Sultan pada 20 Ramadhona 1399 hari Atsanayana menurut nasakhoha
asalnya. Maka haraplah kami Aa’dhoa
Mathobaa’ta ini akan tuan-tuan pembacaan yang memperdapati di dalam khilaf
dan nasayaana atau memperoleh
kesalahannya di perbetulkan apa-apa yang berasa tiada sedap atau tersamar
mafhumnya sebaik-baiknya di tunjukkan kepada ahlinya atau kepada pendita yang
mengamalkan ilmunya supaya terpelihara daripada salah penghasilannya istimewa
yang masuk pada bicara iktikad Wa Sholaya
Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Ajamaa’yana Wa Al
Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana Amayana.
Sumber : Kitab Kashafa Al Asaraara
Di rumikan : Mahamada Abana A'bada Allaha
No comments:
Post a Comment