Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, September 7, 2010

Nabi Nawaha dan Nabi Abarahayama

Kita telah mengetahui di tulisan yg lalu bahawa banjir besar berlaku pada tahun 1,656 tahun dari Adam diturunkan ke bumi. Mari kita lanjutkan pula kisah ini dari nabi Nuh hingga ke nabi Ibrahim.

7:11 Pada waktu Nuh berumur 600 tahun, pada tanggal tujuh belas bulan dua, pecahlah segala mata air di bawah bumi. Segala pintu air di langit terbuka,7:12 dan hujan turun selama empat puluh hari empat puluh malam.7:13 Pada hari itu juga, Nuh dan istrinya masuk ke dalam kapal itu bersama ketiga anaknya, yaitu Sem, Yafet dan Ham beserta istri-istri mereka.9:28 Sesudah banjir itu, Nuh masih hidup 350 tahun lagi.9:29 Ia meninggal pada usia 950 tahun.

11:10 Inilah keturunan Sem. 2 tahun sesudah banjir besar, ketika Sem berumur 100 tahun, ia mendapat seorang anak laki-laki yang bernama Arpakhsad.11:11 Setelah itu ia masih hidup 500 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:12 Pada waktu Arpakhsad berumur 35 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Selah. 11:13 Setelah itu Arpakhsad masih hidup 403 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:14 Pada waktu Selah berumur 30 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Eber.11:15 Setelah itu Selah masih hidup 403 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:16 Pada waktu Eber berumur 34 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Peleg.11:17 Setelah itu Eber masih hidup 430 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:18 Pada waktu Peleg berumur 30 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Rehu.11:19 Setelah itu Peleg masih hidup 209 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:20 Pada waktu Rehu berumur 32 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Serug.11:21 Setelah itu Rehu masih hidup 207 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
11:22 Pada waktu Serug berumur 30 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Nahor.11:23 Setelah itu Serug masih hidup 200 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:24 Pada waktu Nahor berumur 29 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Terah.11:25 Setelah itu Nahor masih hidup 119 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
11:26 Setelah Terah berumur 70 tahun, ia mendapat tiga anak laki-laki, yaitu Abram, Nahor dan Haran.11:27 Inilah keturunan Terah: Terah ayah Abram, Nahor dan Haran. Haran mempunyai anak laki-laki, namanya Lot (nabi Luth).11:28 Haran meninggal di kampung halamannya, yaitu Ur di Babilonia, pada waktu ayahnya masih hidup.11:29 Abram kawin dengan Sarai, dan Nahor kawin dengan Milka anak perempuan Haran. Haran masih mempunyai anak laki-laki lain namanya Yiska.

Kita akan memulakan pengiraan jarak masa antara nabi Nuh hingga kelahiran nabi Ibrahim.Jarak masa dari banjir besar hingga kelahiran nabi Ibrahim
2 + 35 + 30 + 34 + 30 + 32 + 30 + 29 + 70 = 292 tahun

Jarak masa dari Adam di cipta hingga kelahiran nabi Ibrahim
1,656 + 292 = 1,948 tahun

Nabi Nuh hidup 350 tahun selepas banjir besar. Ini bermakna nabi Nuh masih hidup di zaman nabi Ibrahim dan wafat ketika nabi Ibrahim berumur (350 - 292) 58 tahun.

Salasilah keluarga Nawaha ini penting kerana sebenarnya inilah salasilah Raja2 atau Khalifah2 semesta alam. Selepas banjir besar sudah tentulah Nabi Nawaha merupakan penghulu umat manusia di zaman itu dan anak2nya melahirkan keturunan2 bangsa2 yg ada di dunia kini. Salasilah ini juga menyatakan bahawa anak2 nabi Nawaha yang lelaki mewarisi kerajaan dunia sehinggalah ke zaman nabi Abarahayama. Menurut al quran, tuhan mengurniakan nabi Abarahayama kerajaan yang besar dan beliau merupakan khalifah semesta alam di zamannya.

Perlu juga di ingat bahawa nabi Nawaha merupakan satu2nya keturunan bani Adam yg terselamat dari banjir dan Adam semasa di ciptakan tuhan merupakan makhluk yg bijaksana mengalahkan malaikat2 dan di sebabkan inilah malaikat2 di syurga sujud di hadapannya. Ini bermaksud sebelum Adam di perintahkan turun ke bumi, beliau merupakan raja di syurga. Bagi nabi Nawaha, yang memiliki sebahagian ilmu peninggalan Adam sudah tentu beliau merupakan raja yang bijaksana. Beliau memiliki ilmu membina kapal setelah di ajarkan tuhan dan ini bermakna beliaulah yang mula2 mengajarkan manusia cara membuat kapal2.


Pembina Piramid-piramid Agung

Bayangkan nabi Nawaha hidup 350 tahun selepas banjir dan mampu membina kapal. Ini bermaksud keturunan beliau telahpun berupaya melakukan pelayaran2 seluruh dunia. Sesuatu yang menarik ialah dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, sudah tentu beliau membina sebuah kerajaan yang hebat dan monumen yang kekal.

Jika di teliti di dunia kini, satu2nya monumen yang di anggap terkuno ialah piramid. Bangsa yang membina piramid dikatakan adalah bangsa pharoah. Pharoah juga bermaksud Perahu. Kita memahami bahawa di zaman dahulu perahu ini sudah tentu mempunyai maksud kapal atau bahtera. Ini menyatakan bahawa kerajaan ini di bangunkan oleh bangsa yg membina kapal dan ianya sudah tentulah merujuk kepada nabi Nawaha kerana beliaulah yang membina bahtera. Nama tempat yang terdapatnya piramid ialah Egypt. Egypt di dlm bahasa arabaya berbunyi Ajaba atau Ajaib dlm bahasa Melayu. Sudah tentulah demikian kerana piramid di bina dengan penuh kebijaksanaan dan ilmu tinggi sehingga kebanyakan manusia merasakan bahawa piramid itu mustahil di bina oleh manusia. Namun, kebenaran tetap kebenaran dan kehebatan nabi2 terserlah sebagai manusia2 hebat yang membangunkan tamadun2 hebat di zaman dahulu.

Namun terdapat fitnah2 yang cuba mengaitkan Mesir dan Firaun dengan piramid. Mengapakah begitu? Manusia sejak dahulu merupakan musuh2 tuhan dan sentiasa berusaha menyesatkan kebanyakan manusia dengan penipuan. Al quran menyatakan bahawa kisah firaun di dalam al quran hanya di rujuk di zaman nabi Musa. Ini bermaksud firaun adalah seorang raja yang memerintah Mesir dan Madinah. Ini bermaksud Mesir adalah terletak berhampiran Madinah dan menurut al quran juga selepas firaun di tenggelamkan, seluruh tinggalan kerajaan firaun di binasakan tuhan dan yang di kekalkan ialah tubuh firaun sebagai peringatan kepada manusia.


Mengapakah Piramid2 di bina?

Sebagaimana yang kita fahami, nabi Nawaha berdakwah kepada anak2 cucunya supaya patuh kepada agama tuhan dan jangan menyengutukan tuhan. Beliau membina piramid dan setiap sesuatu binaan itu mempunyai maksud2 yg perlu difahami dan di ambil iktibar. Piramid berbentuk segitiga sama dan bentuk ini merujuk kepada kerajaan tuhan. Di dalam kerajaan tuhan, tuhanlah yang paling tinggi dan kemudian di bawahnya adalah malaikat2 serta makhluk2 yang diciptakannya menurut darjat masing2. Kerajaan yang mewakili tuhan di dunia juga adalah mengikut sistem piramid yang sama dimana tuhan melantik raja yang akan menegakkan hukum2nya di dunia.

Obelisk atau Lingga adalah merupakan tiang yang tinggi dan dilambangkan sebagai zakar. Zakar di dalam bahasa arabaya berbunyi Al Zakara dan zakara juga membawa maksud peringatan. Di dalam al quran terdapat banyak ayat2 al quran di mana tuhan menyuruh manusia memperhatikan dari apa dia di jadikan. Manusia di jadikan dari air yang terpancur dan hina. Fikirkan, dari mana air itu di pancurkan, sudah tentu dari zakar manusia bukan? Maka pembinaan obelisk atau lingga adalah peringatan supaya manusia sentiasa mengingati asal kejadiannya dan mencari maksud kejadiannya itu dan supaya jangan menyombongkan diri kerana walau setinggi mana pun manusia, masih di ciptakan dari air yang hina.

Patung2 manusia yang besar pula melambangkan bahawa manusia adalah makhluk yang ciptaan terbaik tuhan dan di muliakan tuhan serta di anugerahkan kelebihan berbanding seluruh ciptaaan2 tuhan yang lain. Ini bermaksud manusia perlu mencari kehebatan yang di janjikan tuhan sebagai makhluk yang paling mulia serta menguasai alam semesta ini sebagai khalifah tuhan. Tugas manusia mengagungkan tuhan serta memakmurkan bumi serta mengelakkan umat manusia berlaku dosa dan kerosakan. Sesiapa yang melakukan dosa dan kerosakan di bumi tidak layak di biarkan hidup dan disebabkan inilah pengikut agama tuhan di wajibkan berperang. Kewajiban perang bukan bermaksud kita sukakan keganasan namun sekiranya kita tidak dapat mengelakkan manusia dari terus melakukan kerosakan di bumi, maka pilihan terakhir sudah tentunya mengambil tindakan kekerasan. Setelah kejahatan di hapuskan, maka dapatlah keamanan dan kesejahteraan di rasai oleh umat manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment