FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allaha Sabahana Wa Ta A'laya daripada empat anasir.
Tanah
Pertama tanah, perangainya dingin serta kering. Maka adalah insan itu sawanada ertinya hitam, iaitu di dalamnya dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada baginya mudarat yang besar; maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya pada alamaka, maka perangainya itu tubuhnya sihat.
Api
Anasir yang keduanya api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safarawana iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadiannya daripada perangai api, yang di dalam tubuh manusia tempatnya pada hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka adalah warnanya kuning.
Air
Air, anasir yang ketiganya, perangainya dingin serta basah. Maka adalah pada insan itu balagama, iaitu dingin serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balagama itu tambun, iaitu banyak dingin dan basah, dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya. Sebab perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamnya.
Angin
Anasir yang keempat iaitu angin, perangainya panas serta basah. Maka adalah pada insan itu daranawaya ertinya darah, iaitu panas serta basah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin, yang di dalamnya tubuh manusia, tempatnya pada hati. Bahawa tubuhnya orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas serta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun; kurang dagingnya; banyak darahnya; banyak perolahannya; pekertinya sederhana.
Sumber: Kitab Perubatan Melayu
Ilmu dari Kitab Tua...
ReplyDelete