Maka tersebutlah cerita Begawan Bayasa yang memegang pekerjaan menjadi raja jin di atas kayangan maka raja itupun berputeralah dua orang. Seorang laki2 bergelar Maharaja Pendawa Dewa Nata terlalu amat kesaktian dan gagah berani lagi kebal kuat johan pahlawan tiadalah yang dapat melawan. Maka yang perempuan itupun bernama Puteri Gentaya Nazaraja yang telalu elok parasnya seperti bulan yang empat belas hari cahayanya tiada dapat di tentang nyata segala yang memandang dan menentang habislah bias matanya seperti bintang shamsa dan hidung laksana bintang qamar dan dagunya laksana bintang najama dan susunya bawantara bertanduk durah seperti bintang zuhrah. Maka kedua bersaudara itupun berlaki bini maka lalu ia beranaklah lima lima orang laki2 pertama2 Maharaja Dermawangsa dan kedua Sang Bima dan ketiga Sang Kawala dan keempat Sang Rajuna dan kelima Sang Dewa. Hataya maka Maharaja Pendawa Dewa Nata pun akan ganti Seri Paduka Ayahanda Maulana baginda akan menjadi dia raja jana di kayangan.
Maka Sang Bima pun turunlah ke tanah Jawa dengan segala saudaranya dengan laskar hulubalangnya serta lengkap dengan alat senjatanya. Maka iapun lalu berbantahan dan berkelahi dengan Maharaja Bumi akan merebutkan tanah Jawa maka berperang besarlah dengan Maharaja Bumi kerana ialah raja jana dan manusia di tanah Jawa terlalu amat kesaktian berani gagah juga. Arakian maka di palu oranglah genderang pengarangan. Maka sekelian masuklah ke tengah medan berdiri bersaf2 lah menteri hulubalang pada kedua pihak. Maka masuklah hulubalang Maharaja Bumi yang bergelar dengan betara pari dan masuklah hulubalang sang bumi yang bernama Betara Wayalamana maka berseru2lah maharaja pari hai laki2 jika jika sungguh engkau laki2 maka marilah apa yang ada padamu maka dipanahkan oleh Betara Pari kepada Betara Wayalamana tujuh kali berturut2 aka ditangkiskan oleh Maharaja Wayalamana dengan perisai yang keemasan maka tiada lah berguna lagi panahnya itu maka di panah balas oleh Betara Wayalamana akan Betara Pari empat kali dan lima kali berturut2 maka di tangkiskan oleh Betara Pari tiadalah berguna lagi. Maka laskarnya pun sama juga banyak yang mati. Maka apabila masuk matahari maka dipalu oranglah genderang kembali maka lalu undur kedua pihak laskar.
Setelah keesokan harinya maka dipalu oranglah genderang perang maka masuk berhadapan kedua pihak laskar itu maka Betara Wayalamana dan betara pari masuk bermain pedang maka diparang oleh Betara Pari akan Betara Wayalamana tiga kali berturut2 maka di tangkis oleh Betara Wayalamana tiada berguna maka diparang oleh Betara Wayalamana dua kali berturut2 tiada kena maka ketiga kalinya lalu kena kepalanya belah dua lalu sampai kepada kudanya jadilah penggal empat lalu mati. Maka di lihat oleh Maharaja Bumi hulubalangnya sudah mati maka di suruhnya masuk lagi hulubalang yang lain2 habis mati dan laskarnya setengah mati dan setengah lari maka di suruhkannya masuk lagi beberapa ribu dan ratus dengan hulubalang bernama Betara Cendera maka lalu di panahnya Betara Wayalamana. Tiga kali berturut2 maka tersalah tangkisnya oleh Betara Wayalamana maka lalu kenalah di dadanya terus kebelakang lalu mati terguling maka dilihatnya hulubalangnya yang sudah mati itu oleh Sang Bima maka sekelian masuk berperanglah ramai dengan sekelian laskar hulubalang nya maka dilihatnya Sang Bima empat bersaudara yang masuk perang itu oleh Maharaja Bumi maka iapun masuk berperanglah dengan laskar hulubalangnya dengan beberapa ribu anak cendera dan pari kerana maharaja bumi itu asal bangsa daripada Sang Yang Jaharanang maka terlalu besar dan ramai perang itu terang cuaca menjadi kelam kabut habukpun naiklah keudara maka tempik suara serta gemuruh dan Guntur dan kilat kilatan senjata seperti bintang di langit.
Maka banyaklah darah yang tumpah ke tanah mengalirlah seperti air sungai dan bangkai pun tertambun2lah seperti pulau maka di dalam pengarangan itu maka terkenalah oleh anak panah maharaja akan sang rajuna sebab salah tangkisnya maka beberapa lamanya sang rajuna tiada menyedar akan dirinya melainkan tidur seperti laku orang mati jua maka terdengarlah kepada raja kayangan maharaja dermawangsa maka ia turun ke tanah Jawa membantukan saudaranya dengan segala hulubalang laskar yang seribu laksa seratus keti dan hulubalang yang kenamaan tujuh ratus yang memegang jirat dan pedang dan perisai tembaga maka terlalu besar perangnya itu Al Qosos.
Maka tersebutlah ceritera Dewa Sang Bima yang pergi mencari ubat saudaranya Dewa Sang Rajuna maka iapun pergi naik kekayangan maka bertemulah dengan seorang perempuan tuan daripada asal bangsa turun temurun daripada Sang Yang Wayanaya di namai akan dia Dewa Rimabaya maka Sang Bima pun meminta ubat penawar kepada Dewa Rimabaya itu demikian katanya “Ya tuanku hamba datang dari tanah Jawa mengadap kepada tuanku mohonkan apalah kiranya kasi saying berikan ubat penawar kerana saudara hamba Sang Rajuna telah kena oleh kesaktian anak panah Maharaja Bumi berperang di tanah Jawa”. Maka berkata Dewa Rimabaya bahawa hamba kuberikan juga ubat itu tetapi di peristerikan memang akan hamba supaya hamba berikan ubat ini nescaya sihatlah Sang Rajuna daripada penyakitnya itu maka jikalau tuan hamba tiada redha tuan hamba di peristerikan hamba, maka hamba pun tiada mau memberikan ubat saudara itu nescaya matilah Sang Rajuna itu daripada sebab kesaktian anak panah Maharaja Bumi itu”. Hataya maka berfikirlah Sang Bima daripada mendengar kata Dewa Rimabaya itu kerana Sang Bima pun tiada dia mau memperisterikan dia kerana Dewa Rimabaya sangatlah tua umurnya daripada Sang Bima akan tetapi Sang Bima pun terlalu sayang akan saudaranya Sang Rajuna.
- Putus
Beberapa lamanya telah besarlah anaknya itu maka paduka anakanda Sang Katawata Kaca memohonkan dirinya kepada bondanya maka ia pergi mendapatkan paduka ayahanda ke tanah Jawa kerana tiadalah berkesudahan perang itu dengan Maharaja Bumi. Maka Sang Katawata Kaca pun tiadalah boleh di tahan oleh paduka bondanya lalu pergi dengan segala hulubalang rakyat balatenteranya dan penggawa panglimanya dengan anak raja mambang bernama Sang Sangawana Adaya dan anak raja dewa2 bernama Maharaja Aragawana Dewa dengan beberapa keti dan laksa rakyat anak raja2 itu. Maka hulubalangnya dalam seorang2 anak raja yang ketiga itu sembilan ratus sembilan puluh sembilan maka dalam seorang2 hulubalang itu adalah laskarnya seribu keti sepuluh ratus ribu menunggang kuda lain daripada yang berjalan tanah maka apabila sampai ke tanah Jawa maka berpeluk ciumlah dengan segala paduka ayahanda dan mamannya dan bertangis tangisanlah dengan segala anak raja2 jin itu.
Maka lalu Sang Katawata Kaca mengunus senjatanya serta bercakaplah di hadapan segala ayahanda sekelian mengatakan “Jikalau patik tiada aku alahkan Maharaja Bumi baiklah kupakai cara perempuan”. Maka bercakaplah anak raja mambang “Jikalau patik lari jangan harap dua kali”. Maka bercakaplah anak raja dewa “Potongkan zakar patik jikalau hamba lari”. Maka masuklah berperang seolah2 dunia akan kiamat tempik sorak umpama gemuruh dan halilintar dan kelam kabut tiada berketahuan maka api senjata pun berkilat seperti bintang di langit dan bangkai seperti banang dan kepala seperti anak keti dan darah seperti laut.
Arakian maka berapa lamanya pengarang itu maka lalu pecah perangnya Maharaja Bumi lalu lari naik kayangan maka Sang Bima dengan paduka saudaranya dan paduka anakanda Sang Katawata Kaca meratakan seluruh tanah Jawa maka sekelian raja2 pu habislah takluk kepadanya. Arakian maka paduka Maharaja Dermawangsa pun bersuka sukaan dengan segala saudaranya dan sekelian anak jin dan anak dewa dan anak raja mambang. Maka lalu meletakkan tahta kerajaan raja kepada paduka anakanda Sang Katawata Kaca akan ganti dirinya serta disuruh pulang naik kayangan dengan segala jin dan dewa2 dan mambang menjadi raja memegang hukum kerajaan di kayangan. Maka bermohonlah Sang Katawata Kaca serta mencium peluk kaki paduka ayahanda sekelian itu lalu naik kekayangan.
Hataya maka berapa lamanya Maharaja Dermawangsa bermain2 tamasya di tanah bersuka sukaan dan ramai ramaiannya dengan saudaranya maka pergilah main2 di gunung Samawi iaitu negeri Aceh bernama Pasai itulah negeri yang telah di Asalamakan Allaha Ta A’laya daripada segala negeri yang di bawah angin. Belum adalah Rasul Allaha memang maka di sanalah diam Dermawangsa bertapa kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dengan selawat Al Quran.
Shahadan maka pada zaman rasul Allaha akan membawa dan menyuruh segala jin dan manusia yang di atas angin sampai ke bawah angin maka rasul Allaha menaruh wasiat kepada sahabat Abawa Bakara dan A’mara dan A’thamana dan A’laya jikalau sudah mati aku hendaklah engkau meratakan segala raja2 jin dan manusia yang belum masuk agama Asalama di atas angin sampai di bawah angin. Maka barangsiapa kemudian daripada ini yang turun di bawah angin jangan sekali2 di permudahkan adat sebuah gunung Samawi namanya di negeri Pasai. Itulah negeri acaya sudah di Asalamakan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya mendirikan yang sebenar2nya kepada zaman Paduka Maulana Sultan Al Azhoyama Wa Al Kabayara Asakanadara Zawa Al Qoranayana memang dan adalah seorang anak raja jin bernama Maharaja Dermawangsa dalam negeri itu. Maka barangsiapa engkau yang sampai di sana maka hendaklah kamu memberi hormat dan azat akan raja itu dan segala orang dalam negeri itu akan tetapi kepada zaman sahabat yang empat orang itu belum di takdirkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya turun ke bawah angin kerana negeri di atas angin belum rata di Asalamakan.
Bermula kepada zaman Maulana Zayana Al A’badayana anaknya oleh Sayadana Hasayana maka di titahkan dua orang Sayada Mahamada dan Sayada Abarahayama turun ke bawah angin akan memasukkan agama Asalama sekelian jana dan manusia lalu masuklah ke dalam negeri Pasai. Maka di lupakanlah amanat Maulana Sayadana Zayana Al A’badayana oleh tuan sayada kedua itu maka tiadalah memberi hormat dan azat orang dalam negeri itu seperti wasiat rasul Allaha. Maka datang raja jin Maharaja Dermawangsa lalu memberi salam dengan segala tuan sayada kedua itu pun tiada mau menyahut dari kerana sebab lain rupa pakaiannya dengan segala pakaian orang Araba dikatakan kafir segala tuan2 di dalam negeri itu. Maka Maharaja Dermawangsa dengan segala tuan2 di dalam negeri berdiri mengucap sahadat dan membaca Quran hafaz sekhatam maka lalu tuan sayada kedua itu meminta ampun kepada raja Maharaja Dermawangsa maka tuan sayada kedua itupun tiadalah mau kembali ke negerinya daripada sebab malunya bahawa ialah akan menjadi orang dalam negeri itu demikianlah adanya Wa Allaha Aa’lama Al Qoshosho.
Sumber: Kitab Bima
adakah ini terjemahan dari teks asal?
ReplyDeleteKitab Bima aslanya dari mana ?
ReplyDelete