Basama Allaha itu permulaan kata, disuruhkan nabi penghulu kita, mengambil berkat semata mata, dengan nama tuhan yang amat bata. Isim mula yang pertama, daripadanya amanat sekelian nama, segala yang maujud baharu dan lama, menyebut dia maka nya sama. Al Hamada Lalaha puji yang sadaya, di bawa Jabara Yala malaikat yang bahaya, turun ke Makah tanah yang mulia, kepada nabi Sayada Al Anabaya. Jabara Yala pun duduk berkata kata, dengan nabi penghulu kita, menyampaikan firman lafaz yang nyata, di junjungkan nabi sepenuh anggota.
Yang pertama di titahkan Allaha, Awala Al Dayana Maa’rayafata Allaha, dua puluh sifat mengenal Allaha, wajiblah kita Amanata Ba Allaha, Laa Alaha Alaa Allaha kesudahan kata, martabat itu daripadanya nyata, keduanya itu peringatan nyata, disanalah putus makrifat kita. Di sambut nabi Alayaha Al Salam, di titahkan tuhan Malaka Al A’lam, di suruh sampaikan kepada alam, supaya limpah sekelian alam. Jabara Yala itu malaikat yang takar, menjunjungkan titah tiada bertukar, Amara Al Maa’rawafa Ana Al Mungkar, itulah titah Rahama Al Ghorar. Di junjungkan nabi atas kepala, akan titah Rabaya Al A’laya, Falaa Shodaqo Wa Laa Sho’laya, Wa Lakana Kazaba Wa Tawalaya.
Berapa dalil yang ter lamazkur, firman Allaha tuhan Azayaza Al Ghofur, amar dan nahaya setelah mahsyur, menyuruhkan iman melarangkan kufur. Inilah titah Malaka Al A’lam, kepada nabi Alayaha Al Salam, disuruhkan ia segala Asalam, mengerjakan dia siang dan malam. Setelah sudah memegang rabaya, solawat pula akannya nabaya, ialah penghulu ajam dan arabaya, rasul Allaha Khotama Al Nabaya. Empat sahabat yang utama, dunia akhirat ialah terutama, dengan nabi bersama sama, mengersakan kafarah pada ugama.
Ibadah bahasa A’rabaya, barang di ampuni tuhanku rabaya, memohonkan syafaat pertolongan rabaya, dagang mengarang suatu shobaya. Supaya nyata kepada qolabaya, akan nikmat dengan a’zabaya, di pindahkan daripada bahasa a’rabaya, supaya mudah orang pelambaraya. Maka di karangkan suatu risalat, supaya mengikut orang yang dholalat, tuan baikkan barang yang gholat, aku namai syair makrifat al sholawat. Di dalamnya maktub mahtasur ilmu, membaca dia jangan engkau jemu, berulang2 Ya Matakalamu, supaya bertambah makrifat kamu. Syair ini tamsil pelita, menerangkan hati gelap gelita, merawat zahir terlalu nyata, kepada arif yang ber mata.
Zaman sekarang alam terbuka, mendengarkan dia setengah suka, hatimu jangan hawasan dan sangka, sungguhpun syair ilmu belaka. Membaca dia beroleh sanat, mendengarkan dia beroleh hasanat, mengamalkan dia alamat al janat, dengan berkat Sayada Al Kayanat. Mahsyurkan olehmu segenap tempat, pada segala asalama yang ada bersifat, siapa fakir beroleh berkat, dari dunia datang ke akhirat. Adapun yang disuruhkan, fardhu dan sunat di suruhkan, haram dan makruh di tegahkan, jangan sekali kita kerjakan. Menuntut ilmu jangan engkau engkar, supaya maklum amar dan mungkar, halal dan haram jangan bertukar, sah dan batal taat dan engkar.
Ketahui olehmu hai sekelian Asalam, amanat nabi Alayaha Al Salam, lima waktu umpamakan kolam, di sanalah tempat kita menyelam. Lima kali sehari sama lama, tiap2 hari siang dan malam, hilanglah di kau luar dan dalam, bersihlah badan umpama kolam. Jikalau mandi dengan air yang lalu, sehingga hilang daki dan hulu, jikalau mandi dengan air wudhu, mengampunlah dosa yang telah lalu. Setelah sudah menjelas itu, ketahui pula bilangan waktu, nama dan warna satu satu, awal dan akhir supaya tertentu. Sekelian waktu dengan namanya, masing masing dengan nabinya, berlainan pula warnanya, demikianlah lagi segala rakaatnya.
Pertama waktu Zhuhur di titahkan Allaha, bahagi Aba Rahayama Kholayala Allaha, warnanya kuning kebesaran Allaha, awalnya gelincir al shamasa yang limpaha. Empat rakaat di dalam niatnya, kerana mengikut zat sifatnya, pahalanya indah tiada antaranya, akhirnya sama bayang2 nya.
Kedua waktu A’sar bahagikan Allaha, bahagi Yawanasa nabaya Allaha, warnanya hijau matahari rendah, awalnya panjang Dholala Al Matholah. Empat rakaat di dalamnya takbiri, kerana mengikut sifat terdiri, pahalanya indah tiada terperi, akhirnya belum masuk matahari.
Ketiga waktu maghrib dengarikan Allaha, bahagi A’yasa Rawaha Allaha, warnanya cemerlang terlalu merah, awalnya malam shamasa yang indah. Di dalam lafaz rakaatnya tiga, kerana mengikut martabatnya juga, pahalanya banyak tiada terhingga, akhirnya putih warna dan mega.
Keempat Musa di zholamkan Allaha, bahagi Musa Kalama Allaha, warnanya hitam alam yang cerah, awalnya sufak yang merah. Empat rakaat di dalam lafaznya, kerana mengikut kepada sifatnya, pahalanya luas tiada hingganya, akhirnya terbit fajar kazabnya.
Kelima waktu Subuh Yashoha Allaha, bahagi Adam Shofaya Allaha, warnanya putih fajarpun merekaha, awalnya terbit shodaqo Allaha. Dua rakaat di dalam lafaznya, kerana mengikut kepada asalnya, pahalanya gelar tiada di tambangnya, akhirnya terang sekelian alamnya. Kelima itu terjali pasti, wajiblah ia kita ikuti, waktu yang luput segeralah ganti, menjadi hutang tatkala mati. Ayat ketika Allaha terjali, wajiblah kita menjunjung duli, hamba Allaha tuhan yang gholi, siang dan malam janganlah gholi.
Ketahui olehmu segala yang sakti, yang menyuruh berbuat bakti, misal nobat sultan yang shakti, mengadap dia jangan berhenti. Apabila di palu nobat nafiri, segeralah kita bercuci diri, mengambil wudhu berperi peri, sekelianlah peel syah bahari. Tatkala di palu nobat negara, di tinggalkan dahulu kerja bicara, mengadap dia dengan segera, itulah peel syah yang sejahtera. Adapun ertinya bang dan qomat, memanggil kita menjunjungkan rahmat, kerjakan dia di kurniakan nikmat, segala yang mungkir kenalah laknat. Apabila faham segala waktunya, ketahui pula isyarat solatnya, pertama mengetahui masuk waktunya, kedua mengambil air wudhu nya. Ketiga memakai barang yang salawahayanya, keempat memilih tempat ikhlasnya, wajib di hadirkan keempatnya, supaya sah amal solatnya.
Ketahui olehmu awang dan dayang, enam fardhu air sembahyang, membasuh anggota jangan kepalang, segenap waktu malam dan siang. Pertama niat serta cita, kedua membasuh muka yang lata, ketiga membasuh siku dan hanyata, keempat menyapu setengah kepala kita. Kelima membasuh kaki kanan dan kirinya, kena tertib mengatur bilangan darinya, iktikad membasuh jangan kepalangnya, supaya dosa habis berhilangnya.
Apabila sudah fardhunya tentu, ketahui pula kebinasaan itu, pertama keluar atas dua pintu, kedua hilang akal yang tentu. Ketiga bersentuh kulit laki2 dan perempuan, keempat menjabat farajnya dengan tangan, salah lawat apabila kedatangan, hilanglah wudhu yang kebalangan.
Ketahui olehmu awang dan dayang, sebelas perkara kebinasaan sembahyang, fahamkan olehmu awang dan dayang, amalkan dayang malam dan siang. Pertama menyahaja berkata kata, kedua banyak perbuatan kita, ketiga datang hadas yang lata, keempat keluar najis yang nyata. Kelima terbuka aurat yang diwajibkan, keenam berubah niat yang di qasadkan, ketujuh bersalahan kiblat dan hadapan, ke delapan minum dan makan, kesembilan niat yang di putuskan, kesepuluh tertawa yang di nyatakan, kesebelas murtad yang dikerjakan, sekelian itu membatalkan.
Ketahui olehmu awang dan dayang, tiga belas pula rukun sembahyang, kerjakan olehmu malam dan siang, sementara belum nyawa melayang. Di dalam rukun yang tiga belas, di sanalah iktiqad tulus dan ikhlas, mengamalkan dia jangan engkau malas, di akhirat hamba beroleh balas. Ketiga belas fardhu kebilangan, akan katakan banyak bilangan. Rukun yang pertama niat di dalam hati, qasad menyahaja berbuat bakti, tefardhu melintang isim awa pati, taa’yana menyatakan waktu yang di kiblati. Isyarat niat di dalam awa pati, di mengaranahkan ia di dalam hati, mengikutkan dia yang pasti, hingga sampai kesudahan solati. Niat itu rukun yang pertama, bahagian hati di kata a’lama, itulah yang dinamai tiang ugama, dirikan olehmu supaya ternama. Sahaja pun niat bahagi hati, kerana di sana mulanya pasti, segala amal dengan bakti, itulah tempat umpama peti. Jikalau di misalkan seperti orang, niat itu nafas sembahyang, niatmu ikhlas malam dan siang, tawajuhmu diam jangan engkau bimbang. Niat terbunyi di dalam shodur, kepada anggota nyatalah mahsyur, jikalau kurnia tuhan Azayaza Al Ghofur, itulah taulan di dalam kubur. Pahalanya sembahyang disebut tentu, janganlah ditinggal barang sewaktu, segala fasik tiada sekutu, di dalam kubur yatim piatu.
Rukun yang dua Takbarata Al Aharama, lain daripadanya sekelian yang harama, memberahi sheikh yang karama, disitulah tempat hatimu karama. Adapun isyarat di dalam takbir, akan meparanahnya jangan engkau taksir, syarat hati anggota dan bibir, supaya jangan hatimu mungkir. Takbir itu lafaznya arabi, bahagian lidah dengan magti, tawajuhmu jangan berubah hati, supaya beroleh makam janati. Sahaja pun takbir bahagian lidah, kerana ia lafaz yang indah, di sanalah tempat tauhid yang sudah, daripada kesukaan tiada berpangkah. Jika di misalkan seperti orang, takbir itu nyawanya sembahyang, menyebut lafaz jangan tersimpang, tawajuhmu dayang jangan engkau bimbang. Takbir itu isim Raba Al Ghofur, kepada lidahnya nyatalah termazkur, jikalau di kurnia Rahama Al Ghofur, itulah pelita di dalam kubur. Pahalanya sembahyang di sini nyata, pada mawamin peri pendita, segala buta hati dan mata, di dalam kubur gelap gulita.
Rukun yang ketiga menghadap kiblat, seperti alif huruf Al Gholat, tatkala berdiri di dalam solat, hadap di buangkan barang yang gholat. Isyarat berdiri dengan takutnya, mengadap Allaha tubuh nyawanya, tawajuhmu esa tiada duanya, supaya jangan kita kecewanya. Berdiri itu rukun yang ketiga, bahagian tubuh kita niat juga, iktikadnya dalam tiada terhingga, umpama laut tiada terduga. Sahaja pun berdiri kedua kaki, kerana mengikut Aa’naa Shora Fi, segala Ghoyara Allaha sekelian nafi, demikianlah hakikat orang yang sufi. Jika di misalkan seperti orang, berdiri itu tubuh sembahyang, kerjakan olehmu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang telah mahsyur, menyembah tuhan Azayaza Al Ghofur, faedahnya telah termazgur, meluaskan tempat di dalam kubur. Fardhukan dia sangat terbilang, segenap waktu malam dan siang, segala fasik orang yang malang, kuburnya sempit bukan kepalang.
Rukun yang keempat fatahah kepada kita, tujuh ayat di dalamnya nyata, wajib menuntut segala yang bermata, itulah imam kepada kita. Isyarat membaca jangan berbadan, lafaznya dan makna jangan bersalahan, dengan mulutnya supaya kesudahan, supaya hasil menyembah tuhan. Fatahah itu rukun yang keempat, bahayakan lidah kita seringat, wajib dibaca segenap rakaat, dengannya itu juga ia muafakat. Sahaja pun fatahah bahagi lidah, kerana ia kepala kalimah, mendirikan barang jangan engkau lemah, supaya terbilang di akhirat jamaah. Jika di misalkan seperti orang, itulah konon kepalanya sembahyang, baca olehmu jangan engkau mamang, segenap waktu malam dan siang. Fatahah itu kalimah yang mahsyur, kepada quran telah termazgur, jikalau di kurnia Azayaza Al Ghofur, itulah penyangga di dalam kubur. Pahalanya banyak berlain lain, demikianlah mawamin kurnia persalin, segala mawamin hidup bermain, orang yang fasik tiada berkain.
Rukun yang kelima rukuk pangkal anggota, seperti ha pada alif ba ta, punggung dan tengkuk samalah rata, ke tempat sujud pandangnya nyata. Isyarat rukuk bagiku tuntut, kedua tangan batulah ke lutut, Sabahana Rabaya Al A’zhoyama kata yang patut, demikianlah laku orang yang takut. Rukuk itu rukun yang kelima, pada bilangan segala a’lama, jikalau sembahyang dengan sempurna, tunduk terngadah bersama sama. Sahaja pun rukuk seperti ha, kerana mengikut A’naa Shorayaha, itulah taubat mu nasowaha, Tawabata Alaya Allaha Tawabata Nashowaha. Jikalau di misalkan seperti orang, rukuk itu tulang sembahyang, amalkan olehmu malam dan siang, sementara belum nyawa melayang. Pahalanya sembahyang terlalu salama, di kata oleh segala a’lama, jika di kurnia Raba Al Halayama, itulah titian Sorotho Al Masataqoyama. Segala yang beramal jangan di kata, titian itu sekejap mata, segala yang fasik terlata lata, seperti orang tiada bermata.
Rukun yang keenam tunduk tengadah, mengangkatkan tangan seperti menyembah, serta mengucap Samaa’ Allaha Lamana Hamayadaha, memohonkan makbul kepada Allaha. Iktidal itu mengangkatkan kepala, serta memuji hak Ta A’laya, jikalau subuh waktu Lama Sholaya, membaca qunut penolak bala. Iktidal itu rukun yang keenam, penolakan api neraka jahanam, di dalam dunia ilmu di tanam, di akhirat hemah masaknya ranam. Jikalau di misalkan seperti orang, iktidal itu aurat sembahyang, keras nafsumu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang terlalu besar, di dalamnya puji halus dan kasar, jikalau dikurnia Shayada Al Bashar, itulah payung padang mahsyar. Segala fasik orang yang malang, sangka dirinya tiada kena pulang, meraba2 ia panas bukan kepalang, mendidih otak kepala dan tulang.
Rukun yang ke tujuh sujud tujuh anggota, seperti fa di alif ba ta, di dalam kata sidang pendita, di sanalah makbulkan permintaan kita. Isyarat sujud atasnya Masholaya, mengangkatkan punggung merendahkan kepala, serta mengucap Sabahana Rabaya Al A’laya, tiga kali di baca pula. Hakikat sujud ajam dan arabaya, tawajuhnya sangat kepada rabaya, iktikadnya tidak berdua qolabaya, demikianlah tubuh walaya dan nabaya. Sahaja pun sujud dua rakaat, kerana anggota dua sangat, kiri dan kanan keduanya taat, menjadi sujud dua sangat. Jika di misalkan seperti orang, sujud itu muka sembahyang, hadapkan mukamu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang terlalu pasti, sungguh sungguh berbuat bakti, jika kurnia Raba Al Azati, itulah hamparan di dalam janati.
Yang kedelapan duduk antara sujud, seperti dal yang ada maujud, itulah sebenar sebenar yang makjud, kepada zat yang Wajaba Al Wajud. Duduk antara mengadap duli, ingat ingat jangan engkau lali, berdatang sembah Raba Al Ghofarali, mohonkan ampun tiada kholi. Duduk antara sahanya sangat, kepada rahman mohonkan rahmat, segala jamaah hari kiamat, di sanalah kelak di kurnia nikmat. Jika di misalkan seperti orang, itulah umpama pinggang sembahyang, mengerjakan dia sangatlah sayang, sementara belum nyawa melayang. Hakikat duduk apa terasa santar, di peha tangan terhampar, tatkala jamaah padang mahsar, memohonkan kepada Rahama Al Ghofar.
Putus-
Pahalanya sembahyang terlalu aula, mengikut suruh hak Ta A’laya, Falaa Shodaqo Wa Laa Sholaya, Walakana Kazaba Wa Tawalaya. Tatkala jamaah hari kiamat, di sanalah kelak di kurnia nikmat, kepada Allaha mohonkan rahmat, kepada nabi mohonkan syafaat. Sebab sholawat sangat utama, kerana ia nabi yang pertama, barang siapa yang menyebut nama, sholawatlah ia bersama sama. Jika di misalkan seperti orang, sholawat itu sebagai sembahyang, sholawat diam jangan bersilang, pahalanya besar bukan kepalang. Akan sholawat jangan engkau sangka, kerana syafaat di sana belaka, jika di kurnia tuhan yang baka, sholawat itu dinding api neraka. Nyatalah fasik orang yang derhaka, mungkirkan kitab tanda celaka, di akhirat jamaah kenalah mereka, di masukkan ia ke dalam neraka. Segala fasik sangatlah seksanya, panas dan dingin dengan bisanya, segala mawamin dengan sukanya, beroleh nikmat sangatlah lenanya.
Rukun yang kedua belas memberi salam, di suruhkan nabi A’layaha Al Salam, apabila bertemu sama Asalam, ialah dahulu daripada kalam. Adapun salam yang berperi, sunat menoleh bahu sendiri, memalingkan muka kepada diri, fardhu ke kanan sunat ke kiri. Adapun salam yang ke kanan, niatnya termazkur pada kiraman, citanya keluar daripada rakanan, seadanya masuk kepada zaman. Salam itu bahagian lidah, ialah di zahirkan rahim yang indah, hakikat sembahyang janganlah mudah, di sanalah tempat tauhid yang sudah. Jikalau di misalkan seperti orang, salam itu leher sembahyang, amalkan olehmu jangan kepalang, supaya senang jalanmu pulang. Apabila sempurna rukun sepuluh tiga, banyaknya pahala tiada terduga, kurnia Allaha tiada terhingga, memasukkan Asalam ke dalam syurga. Sesalnya fasik orang celaka, sekelian waktu tinggal belaka, hari yang kemudian kenalah mereka, di masukkan ia ke dalam neraka.
Rukun yang ketiga belas tertib mengatur, fardhu dan sunat tiada beratur, rukunnya habis bagai di ukur, selamat sempurna mengucap syukur. Isyarat tertib yang memahirkan, sekelian rukun di sempurnakan, fardhu dan sunat sekelian bezakan, bagai pengatur sekelian ingatkan. Tertib itu menyempurnakan rukun, fardhu dan sunat di sanalah terhimpun, ketika anggota memohon ampun, barang salah ghaib makruf pun. Mempertarakan dia jangan engkau bimbang, supaya bert tatkala bertimbang, segala mawamin yang pilihan, mengamalkan sembahyang tiada bersalahan. Jikalau ada Mahayata Al Barahan, itulah pertemu hamba dengan tuhan, sesalnya besok tiada beriman, di seksakan Allaha berapa zaman.
Sebab menolakkan hadis dan firman, putuslah rahmat Malaka Al Manan, apabila tamat sekelian rukun, segala dosa habislah di ampun. Di padang mahsyar kita berhimpun, di sanalah nyata faedahnya konon, tatkala kami ke negeri yang baka, di sanalah nyata tuah dan celaka. Segala fasik suruh belaka, melihatkan syurga dengan neraka, segala mawamin kurang sesalnya, masing masing dengan bekalnya. Sekelian lengkap dengan ugamanya, lebih kurang atas amalnya.
Amalnya sembahyang bukannya mudah, sungguhpun khabar terlalu indah, jikalau peel engkau tiada pindah, ilmunya tidak memberi faedah. Daripada isyarat amal yang makbul, suci badan nya dengan ma’lul, lidahnya benar hatinya betul, supaya hasil amal yang maf’ul. Kepada Allaha memohonkan rahmat, kepada nabi memohonkan syafaat, barangsiapa beroleh nikmat, yang meninggalkan dia kenalah laknat. Di dalamnya ada kholik dan gholat, tamatlah syair Maa’rayafata Al Sholat, sunat dan fardhu sekelian mamad, rukunnya habis syair pun tamat.
Sumber: Manuskrip Universiti Malaya
Salam Mahadaya,
ReplyDelete"...Rukun yang ke tujuh sujud tujuh anggota, seperti fa di alif ba ta, di dalam kata sidang pendita, di sanalah makbulkan permintaan kita..."
Solat itu dari Alhamdu, iaitu huruf Alif, Lam, Ha, Mim & Dal, di mana:
1)Alif = *
2)Lam = Berdiri tegak
3)Ha = Ruku’
4)Mim = Sujud
5)Dal = Duduk
Soalan saya, bukankah sujud itu Mim, dan bukannya Fa?
Salama tuan hamba Abdelhmyd,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menegur, hamba telah periksa manuskripnya di tulis spt huruf fa, mungkin tersalah tulis.