Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, July 24, 2011

Hukum Air Sembahyang

Syarat Air Sembahyang



Bermula segala syarat mengambil air sembahyang itu tujuh perkara, pertama Asalama maka tiada sah air sembahyang segala kafir dan kedua mamayaza ertinya tahulah kanak-kanak itu makan dan minum dan bersuci sendirinya, maka tiadalah sah air sembahyang kanak-kanak yang belum mamayaza dan ketiga suci daripada haid dan nifas dan keempat suci daripada segala sesuatu yang menegahkan sampai air kepada segala anggota air sembahyang daripada lilin atau getah atau kapur atau daki yang dibawah hujung kuku yang panjang, maka tiadalah sah air sembahyang orang yang ada pada segala anggota air sembahyang itu suatu yang tersebut itu dan kelima mengetahui akan segala fardhunya dan keenam jangan ia mengiktikadkan sesuatu daripada fardhunya itu sunat dan jangan ia mengiktikadkan sesuatu yang sunat air sembahyang fardhu yakni jangan menukarkan fardhu itu dengan sunat dan ketujuh dengan air yang suci lagi menyucikan seperti yang telah tersebut pada hukum air itu dan kedelapan dalam waktu bagi orang yang senantiasa didalam hadas seperti salasa al bawala ertinya orang yang keluar kencing sentiasa sah atau perempuan yang masatahajata ertinya yang sentiasa keluar daripada farajnya.


Fardhu Air Sembahyang



Bermula segala fardhu mengambil air sembahyang itu enam perkara, pertama niat di dalam hati tetapi sunat menyebutkan lafaz niat itu dengan lidah maka adalah tempat berniat itu tatkala membasuh muka maka jangan terdahulu niat itu pada membasuh muka dan jangan terkemudian daripadanya. Maka ini lafaz niat mengambil air sembahyang Arafaa’ Al Hadatsa ertinya kuangkatkan hadas atau dikatanya Nawayata Al Thohara Al Solata ertinya aku bersuci aku meniatkan air sembahyang atau dikatanya Nawayata Adaa Al Wadhowa ertinya sahaja aku menunaikan air sembahyang atau dikatanya Nawayata Adaa Faradho ertinya sahaja aku menunaikan fardhu air sembahyang dan ini lafaz niat orang sentiasa didalam hadas iaitu perempuan yang sentiasa berdarah salasa al bawala Nawayata Asatabahata Faradho Al Sholata ertinya sahaja aku mengharuskan fardhu sembahyang. Maka adalah niat itu di dalam hati yang kita ingatkan di dalam hati kuasalah sesuatu daripada segala lafaz yang tersebut itulah atau kita ingatkan akan makna salah suatu daripada segala lafaz niat yang tersebut itu.



Dan kedua membasuh muka jikalau ada mula itu dua tiga atau lebih sekalipun maka wajib membasuh daki maka adalah hal yang dinamai muka itu bujurnya daripada barang yang adat tempat tumbuh rambut kepada hingga sampai kepada kesudahan dibawah dagu dan dibawah kedua rahang dan lintangnya itu barang antara dua telinga dan wajib membasuh kulit muka yang zahir dan membasuh segala yang tumbuh pada muka dan membasuh bulu mata dan kelopaknya dan kening dan misai dan kumis dan yang merah pada kedua bibir dan rambut tali tudung dan wajib membasuh lebih sedikit daripada had muka dan lebih sedikit daripada had yang wajib pada tangan dan kaki dan tiada wajib membasuh biji mata kedua.



Dan ketiga membasuh kedua tangan hingga siku kedua dan wajib membasuh barang yang ada pada kedua tangan daripada segala ruam dan luka jikalau panjang sekalipun dan daging yang tergumpal pada tangan seperti rasir umpamanya jikalau besar sekalipun dan keempat menyapu sedikit daripada kulit kepala atau sehelai rambut yang ada pada had kepala dan kelima membasuh kedua kaki hingga mata kaki dan wajib membasuh barang yang ada pada kaki daripada daging dan ruam yang ada pada kaki dan wajib membasuh kaki bercabang dan keenam tertib iaitu mendahulukan membasuh muka kemudian maka membasuh kedua tangan hingga siku kedua maka menyapu kepala maka membasuh kaki kedua hingga mata kaki. Maka tiada mengapa mendahulukan kiri atas kanan tetapi makruh jua.



Sunat Air Sembahyang



Maka adapun sunat pada mengambil air sembahyang itu amat banyak maka setengah daripadanya bersugi melintang ketika diluar dan didalamnya dengan sesuatu yang kasab lagi dapat mengikut daki. Bermula kelakuan bersugi itu dipegang kayu sugi itu dengan tangan kanan maka memulai daripada geraham kanan hingga hadapan maka dimulai daripadanya hingga geraham kiri disudahinya pula kepadanya dan sunat mengucap Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama serta mengerenahkan niat pada pertama membasuh kedua tangan dan sunat menyebutkan lafaz niat dengan lidah dan menghadirkan niat di dalam hati daripada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahan dan sunat membasuh tangan hingga pergelangan dan sunat berkumur-kumur dan memasuknya air kedalam hidung dan sunat meniga-nigai daripada tiap-tiap basuh dan sapu dan sunat menyelat-nyelat segala anak jari tangan dan segala anak jari kaki dan sunat berturut-turut.



Dan sunat melampaukan basuh yang wajib pada muka hingga sampai kepada dua belah leher dan kepada permulaan kepala dan melampaukan basuh yang wajib pada kedua tangan hingga lampau dua siku dan pada kedua kaki hingga samapi kepada kedua betis dan sunat jangan mengiparkan air sembahyang dan jangan menyapu air yang tinggal pada anggota air sembahyang itu dengan kain melainkan kerana sebab sangat sejuk dan sunat memulai membasuh muka itu daripada pihak yang diatas dan memulai membasuh tangannya dan kaki daripada anak jari keduanya dan sunat menyapu pohon mata dan ekornya dengan kedua telunjuknya jika tiada ada tahi mata itu kena suatu dan jika ada tahi itu keras maka wajib membasah dia dan sunat mengadap kiblat pada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahannya dan jangan berkata-kata daripada permulaan mengambil air sembahyang hingga kesudahannya melainkan kerana sudha maslahat dan terkadang wajib berkata-kata pada ketika itu kerana melihat orang buta hendak jatuh kedalam telaga atau barang sebagainya.



Dan apabila selesai daripada megambil air sembahyang maka sunat mengadap kiblat dan mengangkatkan kedua matanya dan menadahkan kedua tapak tangannya kelangit serta membaca Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha, Wa Ashahada Ana Mahamada Rasawala Allaha A’badaha Wa Rasawalaha. Allahama Ajaa’lanaya Mana Al Tawabayana Wa Ajaa’lanaya Mana Al Mathokhorayana Sabahanaka. Allahama Bahamadaka Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Anata Asataghofaraka Wa Atawaba Alayaka Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha Wa Salama. Dan adalah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Tawadhoa Faqoala Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Anaya Akhorata Fatahata Laha Abawaba Al Janata Al Shamaanayata Yadakhola Mana Ayahaa Shaa ertinya barangsiapa mengambil air sembahyang kemudian maka dibacanya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha hingga kesudahannya nescaya dibukakan baginya segala syurga yang delapan pada hal masuk ia barang mana yang dikehendakinya.



Membinasakan Air Sembahyang



Bermula segala membinasakan air sembahyang itu lima perkara, pertama barang yang keluar darapada dua jalan iaitu dubur dan qubul samada yang keluar itu beradat iaitu tahi atau kencing dan wadi dan barangnya atau jarang keluarnya iaitu seperti darah dan nanah dan kayu dan batu dan gelang-gelang jikalau dikeluarkannya kepalanya kemudian maka dimasukkannya pula sekalipun atau keluar sesuatu yang dimasukkan kedalam farajnya maka sekeliannya itu membatalkan jua. Dan kedua tidur yang tiada tetap pada tempat kedudukannya. Dan ketiga hilang akalnya sebab gila atau sebab pitam atau sebab sakit sangat. Dan keempat bersentuh kulit laki-laki dengan kulit perempuan yang harus kahwin dengan dia lagi tiada berlapik antara keduanya lagi sampai umur perempuan itu kepada hal yang dikeingininya akan dia oleh kebanyakan manusia. Dan kelima menjabat faraj manusia iaitu qubul dan dubur dan menjabat keliling dubur dengan perut tangan dan dengan perut segala jari dan dengan iringan jari.



Bermula haram pada orang yang tiada berair sembahyang itu tiga perkara, pertama sembahyang dan kedua menjabat mashohaf dan ketiga tawaf ertinya berkeliling pada kaa’bata Allaha dan sujud tilawat dan sujud syukur.



Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana


No comments:

Post a Comment