Ini bab pada menyatakan hukum qodha hajat dan asataja (istija) maka adalah qodha hajat itu tiga hukum, pertama sunat dan kedua makruh dan ketiga haram. Maka qodha hajat yang sunat itu apabila pergi qodha hajat besar atau kecil hendaklah menutup kepala dan mendahulukan kaki kiri tatkala masuk kedalam jamban dan mendahulukan kaki kanan tatkala keluar daripadanya. Jikalau qodha hajat pada padang sekalipun dan lagi duduk dengan bertinggung serta mendirikan kaki kiri dan mendirikan kaki kanan dengan menghantarkan segala anak jari kakinya yang kiri itu pada bumi atau pada kayu yang ada pada tempat qodha hajat itu dan meninggikan tapaknya dan lagi ia menjauhi daripada segala manusia. Jika ada manusia disana dengan sekira-kira tiada kedengaran bunyi najis yang keluar itu dan tiada mereka itu mencium baunya dan lagi menutup dari penglihat segala manusia dengan suatu yang tinggi maka adalah sekurang-kurang tinggi dindingnya itu enam belas jari jikalau dengan kaki baju sekalipun dan lagi sunat membaca dan tatkala masuk ke dalam jamban itu Basama Allaha Allahama Anaya Aa’wazabaka Mana Al Khobatsa Wa Al Khobayatsa dan sunat membaca tatkala keluar daripada tempat qodha hajat itu Al Hamada Lalaha Alazaya Azahaba A’naya Al Afa Wa A’fanaya ertinya segala puji bagi Allaha yang menghilangkan ia daripada aku kesakitan yang menyamankan ia akan daku.
Dan qodha hajat yang makruh itu iaitu qodha hajat besar atau kecil pada air yang tenang dan pada air sedikit lagi mengalir dan pada lubang-lubang tanah dan pada jalan segala manusia dan pada tempat pernaungan mereka itu pada masa hujan dan masa panas dan pada tempat mereka itu bercerita dan dibawah pohon kayu yang dimakan buahnya pada waktu berbuah dan lainnya. Dan makruh berkata-kata pada ketika qodha hajat dan qodha hajat seraya ia berdiri melainkan kerana kesukaran maka harus berkata-kata seperti memberi tahu orang buta hendak jatuh ke dalam telaga atau barang sebagainya, harus qodha hajat sambil ia berdiri tatkala tiada diperoleh tempat duduk bertinggung dan makruh qodha hajat menghadap matahari dan bulan.
Dan qodha hajat yang haram itu iaitu qodha hajat besar atau kecil dengan sahaja membawa yang tersurat nama Allaha atau nama nabi atau nama malaikat dan tiada mengapa memakai azimat yang dimasukkan kedalam buluh atau dibalut dengan lilin tatkala qodha hajat dan qodha hajat mengadap kiblat atau membelakangi dengan percaya atau dengan jika diberi berdinding antara orang yang qodha hajat dan antara kiblat. Dan lagi haram qodha hajat diatas kubur dan didalam masjid dan jangan qodha hajat besar dan kecil menghadap ke padang dan pada suatu yang keras supaya jangan kembali najis itu kepada dirinya. Dan jangan menilik ke langit dan kepada faraj dan kepada najis yang keluar itu dan jangan bermain-main tangan dan jangan memandang kekanan dan kekiri dan jangan pada ketika itu bersuka maka adalah sekeliannya itu makruh jua.
Asataja (Istija)
Bermula istija itu wajib bagi tiap-tiap yang qodha hajat iaitu menghilangkan najis yang basah lagi keluar daripada dua jalan dengan air atau dengan batu atau dengan barang sesuatu yang suci lagi keras lagi sapu iaitu seperti kayu atau kain atau kapas atau kertas atau barang sebagainya memadailah pada istija itu dengan zhona akan sucinya dan jika diperoleh yakin maka iaitu sepatutnya yakni adalah terlebih baik. Dan jika berbau najis itu pada tangan maka ia jua najis tiada lainnya maka tiadalah diulangi istija pula hanya yang dibasuh itu tangan jua dan tiada sepatut mencium bau tangan dan sunat menggosok tangan kemudian daripada istija itu pada suatu yang keras kemudian maka dibasuh pula dengan air tangan itu.
Dan tiada had bagi banyak air yang akan istija itu hingga sucilah yang diistijakan itu maka memadailah dan sunat membaca kemudian daripada sudah istija itu Allahama Thohara Qolabaya Mana Al Nafaqo Wa Hasana Farajaya Mana Al Fawahasha ertinya hai tuhanku sucikan olehmu akan hatiku daripada munafik dan peliharakan olehmu akan farajku daripada berbuat zina. Dan sunat asatabara kemudian daripada qodha hajat kecil iaitu menghabis-habiskan mengeluarkan kencing dengan berdehem-dehem atau barang sebagainya dengan mengurutkan zakar dengan perlahan-lahan hingga keringlah kencing itu kemudian maka baharu dibasuh akan dia. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh mengerjakan dia setiap-tiap hari itu kerana banyak kena seksa kubur manusia sebab kerana taksir daripada asatabara pada buang air.
Mandi Hadas
Bermula segala yang mewajibkan mandi itu lima perkara, pertama mati bagi orang yang Asalama maka wajib dimandikan tiap-tiap orang Asalama yang mati yang lain daripada orang yang mati syahid. Dan kedua haid maka wajib mandi bagi tiap-tiap perempuan yang haid apabila putus haid. Dan ketiga nifas maka wajib mandi nifas tatkala kurang darahnya. Dan keempat waladaha iaitu beranak dengan tiada berdarah maka wajib mandi kemudiannya dan demikianlah wajib mandi kemudian daripada jatuh atau dengan tiada berdarah atau dengan darah kemudian kurang pula ia pada ketika itu jua. Dan kelima janabata maka adalah zakar laki-laki diperoleh janabata itu dengan dua sebab, pertama keluar mani daripada zakar laki-laki dan daripada faraj perempuan dan kedua dengan sebab berdiam khitan laki-laki dengan khitan perempuan dan mendatang sama laki-laki dan mendatang segala binatang jikalau pada ikan dan tiada keluar mani sekalipun maka wajiblah mandi.
Maka adalah pengenal mani laki-laki dan mani perempuan itu dengan tiga perkara, pertama keluarnya dengan terpancur-pancur jikalau sedikit sekalipun dan kedua dengan merasai lazat tatkala keluarnya jikalau tiada terpancur sekalipun dan ketiga berbau pada ketikanya basah seperti bau tepung gandum yang sudah tercampur-campur dan pada ketikanya kurang seperti rupa putih telur jikalau tiada terpancur-pancur dan tiada merasai lazat sekalipun. Maka apabila ketiadaan salah suatu daripada sifat yang tiga itu maka tiadalah wajib mandi.
Bermula fardhu mandi janabata dan mandi haid dan nifas dan mandi waladaha itu dua perkara, pertama niat didalam hati maka menyebutkan niat dengan lidah itu sunat jua. Ini lafaz niat mandi janabata Arafaa’ Al Janabata ertinya kuangkatkan janabat atau dikatanya Aadaya Faradho Al Ghosala ertinya kubayarkan fardhu mandi atau dikatanya Aghosala Al Faradho ertinya kumandi fardhu dikatanya Arafaa’ Al Hadatsa Al Akabara ertinya kuangkatkan hadas yang besar. Ini lafaz niat mandi haid Arafaa’ Hadatsa Al Hayadho ertinya kuangkatkan hadas haid. Ini lafaz niat mandi nifas Arafaa’ Hadatsa Al Nafaasa ertinya kuangkatkan hadas nifas. Ini lafaz niat mandi waladaha Arafaa’ Hadatsa Al Waladaha ertinya kuangkatkan hadas beranak. Maka adalah lafaz niat yang terlebih utama lagi harus dipakai pada sekelian mandi yang tersebut itu iaitu Nawayata Rafaa’ Al Hadatsa Al Akabara A’na Jamayaa’ Al Badana ertinya sahaja aku mengangkatkan hadas yang besar daripada sekelian tubuhku.
Maka adalah yang diingatkan di dalam hati itu akan salah suatu daripada segala lafaz niat yang tersebut itu atau diingatkan akan makna salah suatu daripada segala lafaz niat itu. Maka tiada sah mandi janabat dan mandi haid dan mandi nifas itu jikalau tiada diingatkan di dalam hati akan salah suatu daripada segala lafaz niat itu maka sah jua segala mandi itu didalam hati jua. Maka adalah tempat berniat itu tatkala bertemu air dengan suatu susuk daripada tubuh dan jangan terdahulu dan jangan terkemudian niat itu daripada bertemu air dengan tubuh dan jangan terkemudian daripadanya. Maka jikalau terdahulu niat itu daripada bertemu air dengan tubuh atau terkemudian daripadanya tiadalah sah mandi itu.
Dan kedua meratakan air kepada tubuh dan kepada segala rambut dan segala bulu dan kepada segala roma dan kepada segala bawahan sekeliannya dan kepada segala kuku dan kepada barang yang dibawah kuku yang panjang dan kepada lubang hidung dan lubang telinga yang nyata keduanya dan kepada dubur dan kepada zahir faraj perempuan iaitu barang yang nyata tatkala ia duduk qodha hajat jikalau faraj perempuan yang darah sekalipun dan kepada barang yang dibawah kuku orang yang tiada wajib kepada segala perdapatan dan kepada segala kulit kuku.
Maka tiada wajib menyampaikan air ke dalam mulut dan kedalam batang hidung dan kedalam batang telinga dan kedalam mata dan kedalam faraj perempuan. Maka apabila dapat dalam tubuh itu sesuatu yang menegahkan sampai air kepada tubuh seperti getah atau lilin atau kapur atau ubat atau daki yang di bawah hujung kuku yang panjang nescaya tiadalah sah mandinya.
Bermula segala sunat mandi janabata dan mandi haid dan mandi nifas dan pada segala mandi yang sunat enam belas perkara. Pertama menghadap kiblat dan kedua menghilangkan mani atau wadi atau barang yang najis jika ada ia dahulu daripada mandi dan ketiga mengucap Basama Allaha serta dengan dimengenarahkan niat yang tersebut itu dan keempat mengambil air sembahyang dahulu daripada mandi dan kelima menyungguh-nyungguh menyampaikan air pada sekeliannya pada lipatan dan keenam menyalata-lata pada segala pohon rambut tiga kali dan ketujuh mandi rasakan air air keatas kepala dan kedelapan mandi rasakan air pada pihak kanan dan kesembilan berulang-ulang tiga kali membasuh segala anggota dan kesepuluh mengusap segala tubuh pada tiap-tiap kalinya dan kesebelas menghadirkan niat pada hukum daripada permulaan mandi datang kepada kesudahannya dan kedua belas mandi dengan berturut-turut dan ketiga belas bahawa jangan dikurangkan air mandi itu daripada segantang dan keempat belas jangan mandi dahulu daripada senggama dan kelima belas membaca doa tatkala sudah mandi seperti doa yang dibaca kemudian daripada mengambil air sembahyang dan keenam belas meninggalkan minta tolong pada mandi rasakan air melainkan kerana darurat maka sunat pula minta tolong dan terkadang wajib minta tolong seperti orang yang kudung kedua tangannya.
Bermula makruh pada orang yang junub itu makan dan minum dan tidur dan jimak pada dahulu daripada membasuh zakar atau faraj dan dahulu daripada mengambil air sembahyang. Dan demikianlah makruh pada perempuan yang putus haid dan nifas dahulu daripada membasuh farajnya dan dahulu daripada mengambil air sembahyang dan minum dan tidur. Maka adalah jimak dengan perempuan yang sudah putus haid dan nifas itu haram jua.
Maka adapun haram pada perempuan yang haid dan nifas itu sepuluh perkara, pertama lalu di dalam masjid jika takut ia akan titik darahnya dan jika tiada takut akan titik darahnya maka iaitu makruh jua. Kedua puasa tetapi wajib mengqodha puasanya selama di dalam haid dan ketiga haram dan sunat oleh suaminya pada barang antara pusat dan lutut jikalau tiada ingat sekalipun dan keempat tawaf pada kaa’bata Allaha yakni berkeliling pada kaa’bata Allaha dan kelima ditalak suaminya pada ketika itu dan keenam mandi lagi ia didalam haid dengan niat mengangkatkan hadasnya dan ketujuh mengaji qoraana dan dengan mengadakan qoraana dan kedelapan menyentuh mashohaf atau menyentuh barang yang disurat di dalamnya seperti luh dan barang sebagainya dan kesembilan sembahyang dan sujud talawata dan sujud syukur tetapi tiada wajib mengqodha sembahyang yang tertinggal itu pada ketika haid itu dan kesepuluh berhenti di dalam masjid. Maka apabila putus haid dan nifas maka tiada halal padanya dahulu daripada mandi melainkan tiga perkara, pertama puasa dan kedua talak suaminya dan ketiga mandi dengan niat mengangkatkan hadas.
Bermula haram pada orang junub itu lima perkara, pertama sembahyang, sujud talawata dan sujud syukur dan kedua mengaji qoraana dan ketiga menyentuh mashohaf dan keempat diam di dalam masjid dan kelima tawaf pada kaa’bata Allaha. Maka adalah makna janaba itu jauh darikerana orang junub itu adalah ia jauh daripada mengerjakan lima perkara yang tersebut itu dan makna janaba itu pada atholaha sharaha itu iaitu suatu hukum yang takluk pada segala anggota zahir dan yang rambut dan sekelian bulu yakni tiada harus mengerjakan yang lima perkara itu melainkan apabila sudah dibasuh segala tubuhnya yang zahir dan yang segala rambut dan segala bulunya dan segala pohon sekeliannya serta dengan niat mengangkatkan dia. Dinamai janaba itu hadas besar seperti dinamai orang yang tiada berair sembahyang itu hadas kecil.
Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana
No comments:
Post a Comment