Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, July 10, 2011

Iman, Agama dan Kafir



Bermula adalah sekurang-kurang iman yang melepaskan daripada kekal dari neraka itu iaitu percaya menyungguhkan akan barang yang dibawa oleh nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama daripada Allaha Ta A’laya. Jikalau tiada ia mengucap dua kalimah shahadat ini dengan lidah dan tiada ia berbuat amal dengan anggota sekalipun dari kerana sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Shahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ana Mahamada Rasawala Allaha, Harama Allaha A’layaha Al Naara ertinya barangsiapa mengetahui bahawasanya tiada tuhan hanya Allaha bahawasanya nabi Mahamada itu pesuruh Allaha, nescaya diharamkan Allaha atasnya api neraka ertinya tiada ia kekal di dalam neraka, jikalau ia masuk neraka sekalipun kemudian maka dikeluarkan pula ia daripadanya dan lagi sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Yakhoraja Mana Al Naara Mana Qoala Laa Alaha Alaa Allaha Faya Qolabaha Wazana Zarata Mana Al Ayamana ertinya lagi akan dikeluarkan daripada api neraka itu barangsiapa mengata Laa Alaha Alaa Allaha dan adalah dalam hatinya itu seperti zarah daripada iman dan adalah kesempurnaan iman itu mengatakan dengan lidah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha dan menyungguhkan dengan hati akan sekelian barang yang terkandung dalamnya dan mengerjakan segala anggota seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama yang iman itu ada baginya tujuh puluh cawang maka yang telah daripada segala cawangnya itu kata Laa Alaha Alaa Allaha dan sekurang-kurangnya itu membuangkan segala yang menyakitnya daripada jalan segala manusia dan malu itu setengah daripada iman dan beberapa lagi setengah daripada iman iaitu seperti mengasih Allaha dan mengasih suatu dengan kerana Allaha Ta A’laya dan benci akan sesuatu yang jahat itu dengan kerana Allaha Ta A’laya dan mengasih akan nabi Mahamada Shoma dan mengiktikadkan membenarkan dia dan mengucap selawat atasnya dan Naqiq dan tauhid dan takut akan seksanya dan harap akan ampunnya dan syukur akan nikmatnya Allaha.


Dan menyempurnakan janji dan sabar dan redhakan qodha Allaha dan malu dan tawakal dan penyayang akan segala hamba Allaha dan merendahkan dirinya bagi segala manusia dan memuliakan segala orang tuha-tuha dan menyayangi akan segala kanak-kanak dan meninggalkan membesarkan dirinya dan meninggalkan a’jaza dan meninggalkan dengki dan marah dan berkata dengan keesaan Allaha dan membaca Qoraana dan berlajar ilmu dan mengajarkan dia bagi segala orang yang bebal dan meminta-minta dan banyak-banyak zikir Allaha dan mengucap Asataghofara dan menjauh segala kata yang sia-sia dan bersuci daripada najis yang nyata dan daripada najis Hakamaya dan menjauh daripada segala najis A’yana dan menutup aurat dan sembah yang fardhu dan sunat dan memberi zakat dan memerdekakan hamba dan murah dan memberi makan akan segala orang yang lapar dan memberi makan akan segala jamu dan puasa fardhu dan sunat dan berhenti dalam masjid dan mencari Layalata Al Qodara dan naik haji besar dan haji umrah dan berkeliling pada Kaa’bata Allaha dan menyempurnakan nazar dan memberi kenderaan dan memeliharakan dirinya daripada berbuat zina dan tiada nikah dan memberi hak segala isi rumah dan berbuat bakti akan ibu bapa dan memeliharakan segala anak yang kecil dan berkasih-kasihan dengan segala keluarganya, berbuat bakti akan segala orang besar-besar yang mulia-mulia dan penyayang akan segala hamba dan mendirikan akan pekerjaaan itu serta adil dan mengiyakan segala jamaa’t daripada segala a’lama dan mengikut akan serta raja pada pekerjaan yang muafakat dengan seseorang.

Dan damaikan antara segala manusia yang berkelahi dan dan bertolong-tolongan atas berbuat baik dan pakat dan menyuruh berbuat baik dan melarangkan daripada berbuat jahat dan mendirikan akan segala hudud Allaha iaitu seperti mendirikan segala orang yang minum arak dan akan segala orang yang berbuat zina dan memotong tangannya dan kaki segala orang yang mencuri dan perang Sabayala Allaha mengembalikan taruhan orang mengenangi akan segala orang yang papa dan membelikan jamu dan baik berjual dan membeli dan menghimpunkan daripada harta yang halal dan membelanjakan harta pada haknya dan meninggalkan membuangkan harta dan berlebih-lebih pada belanja dan menjawab orang bersin dan menahan daripada memberi mudharat akan segala manusia, menjauh permainan yang melalaikan daripada berbuat ibadat akan Allaha Ta A’laya dan baik perangai dan barang sebagainya.


Dan lagi cetera daripada nabi, Harayaraha radhoya Allaha a’naha berkata ia telah datang seorang dusun kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama berkata ia “Ya rasul Allaha, tunjukkan olehmu akan daku atas suatu amal apabila kukerjakan nescaya masuk syurga aku”. Maka sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Sembah olehmu akan Allaha Ta A’laya dan jangan kau sekutukan dengan dia suatu juapun dan kau kerjakan segala sembahyang lima waktu yang difardhukan dan kau berikan zakat yang difardhukan dan engkau puasa bulan ramadhan. Maka dengan zahir kata itu adalah yang memasukkan ke dalam syurga itu”. Menyembah itu menyembah Allaha Ta A’laya pada hal keadaannya esa dan sembahyang dan memberi zakat dan puasa pada bulan ramadhan. Maka tiada disuruhkan rasul Allaha akan dia naik haji seolah-olah adalah orang dusun itu orang papa dari kerana syarat wajib naik haji itu diperoleh bekal. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh mengerjakan akan segala pekerjaan yang memasukkan ke dalam syurga itu barang sekuasa kita.


Apa itu Agama?


Dan lagi hendaklah kita ketahui bahawasanya iman dan Salama dan tauhid dan makrifat itu tiada dapat bercerai sekeliannya itu. Maka apabila tertinggal salah suatu daripada yang empat itu tiadalah sah agama seseorang. Maka apabila berhimpunlah keempatnya itu maka bernamalah agama sebenarnya. Maka adalah yang pertama itu makrifat, kemudian maka tauhid, kemudian maka Asalama, kemudian maka Iman. Maka erti makrifat itu mengetahui akan keadaan Allaha Ta A’laya itu dengan segala sifatnya dan menafikan barang yang tiada layak baginya dan ertinya tauhid itu mengiktikadkan bahawa Allaha Ta A’laya itu esa ia tiada ada sesuatu menyertai dia pada sifatnya ketahanannya dan erti Asalama itu menjunjung dan mengikut segala suruh Allaha dan menjauh segala larangannya dan merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya dan erti iman itu menyungguhkan dengan hati akan segala rukun iman yang enam itu maka tiada diperoleh percaya itu melainkan kemudian daripada mengikut segala pesuruhnya dan merendahkan dirinya kepadanya.


Dan tiada diperoleh mengikut segala suruhnya itu melainkan kemudian daripada mengesakan dia dan tiada diperoleh mengesakan dia itu melainkan kemudian daripada mengikut dia dan mengetahui dia. Maka adalah iman itu lain daripada makrifat dan tauhid dan terkadang diperoleh makrifat dan tauhid maka tiada diperoleh Asalama dan iman iaitu seperti makrifat iblis dan Yahudi dan Abawa Tholaba iaitu bapa baginda A’laya radhoya Allaha a’naha. Maka adalah mereka itu mengetahui akan keesaan Allaha Ta A’laya dan akan kebesaran rasul Allaha tetapi tiada mau mereka itu mengikut segala suruh Allaha Ta A’laya dan tiada mau mereka itu merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya dengan hati mereka itu dan dengan tubuh mereka itu dan tiadalah mau mereka itu percayakan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha maka jadi kafir mereka itu sebab tiada mau mereka itu mengikut segala suruhnya dan sebab tiada mau mereka itu percaya akan keduanya. Maka adalah mengikut segala suruh Allaha dan merendahkan dirinya kepada Allaha Ta A’laya itu dengan hati dan dengan lidah dan dengan anggota dan adalah percaya akan Allaha dan rasul Allaha dan iaitu dengan hati dan dengan lidah maka tiada diterima iman sesorang itu jika ada percaya itu dengan lidah jua dan tiada sah Asalama seseorang itu jika ada mengikut dan merendahkan dirinya itu dengan lidah dan dengan anggotanya jua.


Apa itu kafir?


Maka erti kafir itu tertutup daripada jalan yang betul maka adalah kafir itu atas empat bagai, pertama kafir engkar dan kedua kafir yahudi dan ketiga kafir a’nada dan keempat kafir nafaqo (munafik). Maka ertinya engkar itu tiada mengetahui dan tiada percaya segala-gala iaitulah segala kafir yang tiada tahu mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan tiada mereka itu mengaku mereka itu dengan lidah mereka bertuhan akan Allaha Ta A’laya. Dan erti yahudi itu menyangkal akan yang benar iaitulah segala kafir yang mengetahui mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan akan kebenaran rasul Allaha dan tiada mau mengaku dengan lidah bertuhan akan dia, mereka itulah segala iblis dan segala yahudi. Maka adalah iblis dan yahudi itu tahu mereka itu akan keadaan Allaha Ta A’laya dan kebenaran rasul Allaha maka adalah mereka itu meninggal akan jalan yang betul maka jadi kafir jua mereka itu. Dan erti a’nada itu bantahan dan berpaling daripada jalan yang betul iaitu seperti kafir Abawa Tholaba bapa baginda A’laya. Maka adalah Abawa Tholaba itu mengetahui dengan hatinya akan keesaan Allaha Ta A’laya dan kebenaran rasul Allaha dan mengaku ia dengan lidahnya bertuhan akan dia tetapi tiada mau beragama dengan agama Asalama sebab bantahannya dan berpalingnya daripada jalan yang betul maka jadi kafir ia jua. Dan erti nafaqo itu menyatakan Asalamanya dengan lidah dan dengan anggota, tiada ia menyungguhkan dan percaya akan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha dengan hatinya. Maka jadi kafir jua ia sebab tiada percaya akan Allaha Ta A’laya dan akan rasul Allaha dengan hatinya. Tetapi adalah segala orang yang munafik itu terpelihara harta mereka itu dan darah mereka itu dalam tiada daripada rampasan dan bunuh sebab mereka itu mengucap Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha. Maka adalah mereka itu dalam akhirat dimasukkan ke dalam neraka kekal selama-lamanya. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh menjauhkan segala kafir yang empat bagai yang tersebut itu supaya ia dipeliharakan akan Allaha Ta A’laya akan iman kita daripada dunia datang ke akhirat.


Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

1 comment:

  1. salam,

    syukur tuan telah mula diperlihatkan kebenaran. semoga terus dirahmati Nya.

    ReplyDelete