Ms 251
Adapun tatkala sampai raja Iskandar ke negeri Zholahata maka disuruh oleh nabi Khidir dan Al Yasa dan Arama kepada raja Iskandar berbuat suatu titian maka kata nabi Khidir “Hai raja yang dimuliakan Allaha Ta A’laya, baik juga raja berbuat syafaat kepada segala hamba Allaha sekianya di suruh raja perbuat titian supaya kemudahan segala manusia pada akhir zaman kerana lagi akan jadi seorang laki-laki dalam negeri Andalas, tumbuh rambut pada tengkuknya seperti bulu di tengkok kuda lalu sampai ke punggungnya. Maka dipersakitnya segala manusia di dalam negeri Andalas dan pada suatu pulau bernama Arasathowana iaitu pada bumi Mesir, disiksa oleh laki-laki itu maka dibunuhnya segala manusia dan ditawannya segala anak isterinya mereka itu maka larilah mereka itu naik keatas kapal dan gharib pergi ke negeri Aparatayaha”.
Maka sukacitalah hati raja Iskandar mendengar kata nabi Khidir itu dan Al Yasa dan Arama itu lalu disuruh raja Iskandar, raja di dalam negeri Zholahata itu dengan segala raja-raja dan menteri berbuat jambatan daripada batu dirapat diturap dengan kapur dan minyak zaitun. Berpuluh-puluh laksa orang upahan yang mengerjakan dia dan berpuluh laksa unta yang membawa batu. Maka sehari-hari baginda berangkat melihat orang bekerja itu pada sehari dua hasta naik ditambak mereka itu daripada hajar Al Amayala datang ke negeri Zholahata maka disuruh baginda suratkan pada sekeping batu tarikhnya dan namanya daripada zaman ini “Barang siapa melalui atas titi itu hendaklah mengucap selawat akan nabi akhir zaman Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Bahawasanya telah disuruhkan Allaha Ta A’laya akan daku berbuat jambatan supaya tempat terlepas segala manusia pada masa datang kejahatan daripada seorang laki-laki yang menjadi di dalam negeri Andalas berbulu tengkuknya seperti bulu kuda hingga sampai ke belakangnya maka ku perbuatlah seperti suruh tuhanku dengan kuasanya juga aku perbuat dia. Adapun pada masa aku perbuat titi ini serta dengan saudaraku nabi Khidir dan Al Yasa dan Arama dan menteri yang bersama-sama dengan daku kumulai dia pada hari Jamaa’ta, tujuh puluh hari juga lamanya sudahlah pada hari Asanaya pertama-tama timbul bulan Rabaa’ Al Awala dan delapan ratus tahun daripada masa taufan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama".
Setelah sudah titi itu diperbuat baginda maka pada ketika itu juga datang Jabara Yala A’layaha Al Salama kepada nabi Khidir dan Al Yasa maka ujarnya “Ya nabi Allaha, bahawasanya dititahkan Allaha Ta A’laya hamba mengkaramkan titi ini di dalam laut”. Arakian maka dibuka Jabara Yala dengan hujung sayapnya suatu mata air di dalam laut itu maka datang air daripada laut yang ketujuh hingga dikaramkannya titi itu maka ajaiblah baginda dan sekelian peri hal yang demikian. Hataya maka baginda pun berangkatlah dari negeri Zholahata itu pada pihak Masyrik hingga lepas ia daripada negeri Aparatayaha maka datanglah baginda ke negeri Makata Al Masyarafa maka tawaflah baginda pada Kaabata Allaha yang maha mulia itu. Kemudian daripada itu maka berangkatlah pula baginda ke negeri Hajaba hingga lalu ke negeri Yamana dan ke negeri orang yang menyelam mayanaya maka baginda pun berhenti pada negeri itu tiga hari lamanya dan pada hari yang keempatnya maka berangkatlah pula dari sana lalu ke negeri A’raqo dan masuk ia kedalam Ashothokhora maka berhentilah baginda di negeri itu.
Sumber : Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana

No comments:
Post a Comment