Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Friday, July 29, 2011

Hukum Sembahyang

Syarat Sembahyang

Bermula segala syarat sembahyang dahulu daripada mengerjakan dia iaitu enam perkara, pertama mengetahui masuk waktu dengan ingatan atau dengan zhonanya. Maka tiadalah sah sembahyang seseorang dengan tiada mengetahui masuk waktu dengan yakin atau zhona(sangka) jikalau jatuh sembahyangnya itu di dalam waktu sekalipun. Maka adalah awal waktu Zhohara itu apabila gelincir matahari daripada sama tengah langit dan akhir waktu Zhohara itu jadilah bayang-bayang sesuatu itu sama panjangnya dengan yang punya bayang-bayang sesuatu itu pada sama tempat. Dan akhir waktu Ashora itu hingga masuk matahari. Dan awal waktu Maghoraba itu apabila masuk matahari dan akhirnya itu hingga hilang syafaq yang merah. Dan awal waktu A’shaa itu apabila hilang syafaq yang merah dan akhirnya itu hingga fajar shodayaqo iaitu hawarayasa yang sangat terangnya lagi terlintang pada pihak tepi langit dan dahulunya itu fajar kazab iaitu hawaraka yang lanjut kemudian lagi ia hilang dibelakangnya pula seketika. Dan awal waktu subuh itu apabila hilanglah fajar kazab dan terbitlah fajar shodaqo iaitulah awal waktu subuh dan akhirnya itu hingga terbit matahari.

Dan kedua mengadap kiblat iaitu kaa’bata Allaha dengan dada. Dan ketiga menutup aurat jikalau sembahyang dalam gelap sekalipun. Maka aurat laki-laki yang merdeka kecil atau besar dan sahaya laki-laki dan sahaya perempuan itu barang antara pusatnya dan lututnya dan aurat perempuan merdeka yang kecil atau besar dalam sembahyang itu sekelian tubuhnya melainkan muka dan tapak tangan dan aurat perempuan yang merdeka diluar sembahyang itu sekelian tubuhnya hingga muka dan tapak tangan sekalipun. Maka haram atas segala perempuan yang merdeka membukakan tubuhnya mereka itu dan muka mereka itu kepada segala laki-laki yang lain daripada muhrim mereka itu iaitu bapa dan nayananya dan anak dan cucu dan saudara datang kebawah dan adalah syarat akan penutup aurat itu hendaklah dengan suatu yang menegahkan daripada kelihatan warna kulit iaitu kain atau tikar atau rumput atau barang sebagainya jikalau dengan tanah dan lumpur sekalipun.

Dan keempat hendaklah ada ia air sembahyang dan kelima suci daripada segala najis yang tiada dimengapakan daripada barana atau pakaian atau tempat sembahyang. Maka tiadalah sah sembahyang orang ada najis pada salah suatu daripada yang tiga itu. Dan keenam mengetahui akan segala sunatnya maka tiadalah sah sembahyang orang yang tiada mengetahui akan segala rukun sembahyang dan akan segala sunatnya dan jangan mengiktikadkan yang fardhu itu sunatnya dan yang sunat itu fardhu dan tiada sah sembahyang orang yang iktikadkan yang fardhu itu sunat atau yang sunat itu fardhu.

Rukun sembahyang

Bermula segala rukun sembahyang itu tiga belas perkara, pertama niat ertinya niat itu menyahaja sesuatu beserta dengan berbuat dia dan adalah tempat niat itu di dalam hati. Maka jika ada sembahyang itu fardhu maka wajib meniatkan fardhunya dan menyahaja berbuat dia dan menentukan. Dan jika ada sembahyang itu sunat yang berwaktu iaitu seperti sembahyang sunat yang dahulu daripada Zhohara dan kemudiannya dan Maghoraba dan A’shaa dan sembahyang sunat bersebab iaitu seperti sembahyang dua hari raya dan sembahyang gerhana matahari dan bulan dan sembahyang minta hujan. Maka adalah syarat niat pada kedua sembahyang itu dua perkara, pertama qasad ertinya menyahaja dan kedua taa’yana ertinya menentukan dia.

Dan jika ada sembahyang itu tiada berwaktu dan tiada bersebab iaitu seperti tahayata al masajada dan sanata al waqowafa dan sanata al asakhorata maka syarat niatnya itu enam perkara, pertama menyahaja berbuat dia dan kedua menentukan dia seperti Zhohara dan lainnya dan ketiga menentukan fardhu dan keempat Adaa ertinya menentukan tunai bagi barang bagi yang ada atasnya itu sembahyang qodha dan kelima bahawa ada niatnya itu didalam hati dan keenam adalah niat itu dipesertakan dengan pertama Takabarata Al Aharama serta berkekalan datang kepada kesudahannya. Maka adalah sekurang niat itu sembahyang kita ingatkan itu tatkala lidah kita mengatakan Allaha Akabara maka hati kita mengingatkan sembahyangkan fardhu Zhohara atau lainnya.

Maka adalah kesempurnaan niat itu mengingatkan kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai kerana Allaha Taa’laya dan adalah sekurang-kurang niat itu maamawama (maamum) itu kusembahyangkan fardhu Zhohara pada hal mengikut imam dan kesempurnaan niat maamum itu kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai pada hal lagi mengikut imam kerana Allaha Taa’laya. Maka adalah dimulai niat itu daripada Alif Allaha dan sudahi kepada Ra Akabara maka tiada sah niat itu jika jatuh terdahulu daripada takbir atau terkemudian daripadanya dan wajib mengingatkan fardhu Zhohara atau lainnya dan wajib bagi maamum itu mengingatkan pada hal aku mengikut imam dan tiada wajib mengingatkan empat rakaat dan tunai kerana Allaha Taa’laya.




Dan sunat bagi imam itu mengingatkan aku imam didalam niatnya melainkan pada sembahyang Jamaa'ta. Maka wajib baginya mengingatkan aku imam maka adalah sekurang-kurang niat imam itu kusembahyangkan fardhu Zhohara pada hal aku menjadi imam atau lainnya dan kesempurnaan niat imam itu kusembahyangkan fardhu Zhohara empat rakaat tunai daripada hal menjadi imam kerana Allaha Taa’laya. Maka jikalau mengikut seseorang sembahyang itu akan seseorang pada segala kelakuannya jua tiada ia mengingatkan mengikutkan dia di dalam Takabayarata Al Aharama nescaya tiadalah sah sembahyangnya dan kedua Takabayarata Al Aharama yakni menyatakan dengan lidah Allaha Akabara.

Dan ketiga berdiri betul bagi orang yang kuasa maka syarat berdiri itu mendirikan tulang belakang maka jika berdiri bangkit kehadapan atau kebelakang dengan sekira-kira tiadalah dinamai berdiri nescaya tiadalah sah berdirinya maka jika tiada kuasa seseorang itu berdiri betul dan jadilah ia seperti kelakuan orang rukuk jua sebab kerana tuhan atau sebab kerana penyakit maka bahawasanya berdirilah ia seperti demikian itu dan ditambahinya akan anggotanya itu sedikit pada ketika rukuknya jika kuasa ia demikian itu maka jika tiada kuasa maka rukuklah ia seperti kelakuan berdiri jua. Maka barangsiapa lemah ia daripada berdiri maka sembahyanglah ia duduk, baring tetapi lakunya harus tetapi adalah terlebih utama itu duduk diatas tapak kakinya kedua.

Dan keempat membaca Fatahata dan Basama Allaha itu suatu ayat daripada fatahata maka tiada harus meninggalkan Basama Allaha dan wajib memeliharakan segala tashadidnya dan memeliharakan segala hurufnya dan segala barisnya dan jika ditukarkan Dhod itu dengan Zho nescaya tiadalah sah bacanya dan demikianlah tiada sah bacanya dan demikianlah sah bacanya itu jikalau dipindahkan segala barisnya seperti dibaca Anaa’matu atau Anaa’mati dengan baris di depan atau dengan baris dibawah kerana tatkala itu berubah barisnya itu jadi berubah maknanya dan wajib berturut-turut membaca fatahata itu.

Dan kelima rukuk dan adalah sekurang-kurang rukuk itu bahawa bangkok ia sekira-kira sampai kedua tapak tangannya kepada dua lututnya serta berhenti dalamnya dan jangan ia menyahaja lain daripada rukuk dan kesempurnaan rukuk itu bersamaan tulang belakangnya dan punggungnya.

Dan keenam iktidal iaitu kembali kepada berdiri betul dan jangan ia menyahaja lain daripada iktidal serta berhenti dalamnya. Dan ketujuh sujud serta berhenti dalamnya dan adalah sekurang-kurang sujud itu bertemuanlah dengan tempat sujud itu dan tiada harus sujud diatas diatas sesuatu yang bergerak ia dengan geraknya tatkala bangkitnya dan duduknya dan wajib berhenti di dalamnya dan menyampaikan berat kepalanya itu kepada tempat sujudnya dan hendaklah tertinggi punggungnya daripada kepalanya dan mengaturkan sesuatu daripada perut segala jari kakinya.

Dan kedelapan duduk antara dua sujud serta berhenti didalamnya dan wajib bahawa jangan ia menyahaja lain daripada ingatkannya kepada duduknya. Dan kesembilan membaca tahayata yang kemudian serta membaiki segala hurufnya dan segala tashadidnya dan segala barisnya daripada pertama tahayata datang kepada Mahamada Rasawala Allaha. Dan kesepuluh duduk tatkala membaca tahayata yang kemudian. Dan kesebelas mengucap sholawat atau nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kemudian daripada tahayata yang kemudian maka iaitu membaca Allahama Shola A’laya Mahamada ertinya hai tuhanku tambahi kiranya rahmat atas Mahamada.

Dan kedua belas memberi salam yang pertama maka lafaz salam itu Al Salama A’laya Kama Wa Rahamata Allaha ertinya sejahtera atas kamu maka salam yang kedua itu sunat jua. Dan ketiga belas itu tertib iaitu peringat segala rukun yang tersebut itu.

Bermula segala rukun sembahyang itu semuanya terbahagi kepada tiga bahagi, pertama rukun Qolabaya namanya iaitu barang diingatkan dengan hati iaitu niat dan kedua rukun Qowalaya namanya iaitu barang yang disebutkan akan dia dengan lidah iaitu seperti Takabayarata Al Aharama dan Fatahata dan Tahayata yang kemudian dan mengucap sholawat akan nabi dalam Tahayata yang kemudian dan salam yang pertama dan ketiga rukun Faa’laya namanya iaitu barang yang diperbuat dengan tubuh iaitu seperti berdiri dan rukuk dan iktidal dan sujud dan duduk antara dua sujud dan duduk tahayata yang kemudian. Maka jika tertinggal salah suatu daripada segala rukun yang tiga belas itu tiadalah sah sembahyangnya samada ditinggalkannya itu dengan lupa atau dengan disahaja.

Sunat di dalam sembahyang

Bermula segala sunat di dalam sembahyang itu dua bahagi, pertama sunat Abaa’dho namanya iaitu delapan perkara, pertama membaca Qonawata (qunut) dan kedua berdiri tatkala membaca qunut dan ketiga mengucap sholawat atas nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan keempat mengucap sholawat atas segala keluarganya nabi Shoma pada kesudahan qunut iaitu membaca Wa Sholaya A’laya Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Wa Salama dan kelima membaca Tahayata yang pertama dan keenam duduk tatkala Tahayata awal dan ketujuh mengucap sholawat atas nabi di dalam Tahayata yang pertama iaitu membaca Allahama Shola A’laya Mahamada dan kedelapan mengucap sholawat atas keluarga nabi didalam tahayata yang kemudian iaitu membaca Wa A’laya Al Mahamada.

Bermula apabila ditinggalkan salah suatu daripada segala sunat yang Abaa’dho yang delapan itu maka sunat sujud sahawaya dua kali sujud sama ada ditinggalkannya itu dengan sahaja atau dengan lupanya. Maka adalah tempat sujud sahawaya itu kemudian daripada sudah membaca tahayata dahulu daripada memberi salam dan adalah dibacanya dalam sujud itu jika tinggalkan daripada segala sunat Abaa’dho yang delapan itu dengan lupanya Sabahana Mana Laa Yanaama Wa Laa Yasahawaya ertinya kusucikan dengan sempurna suci akan tuhan yang tiada tiada dan tiada lupa. Maka tatkala sudah sujud dua kali maka lalu ia memberi salam dan kedua sunat Hayata namanya.

Bermula segala sunat Hayata itu lima belas, pertama mengangkatkan dua tangan tatkala Takabayarata Al Aharama dan tatkala akan rukuk pada hal berbetulan kedua tangannya itu dengan kedua bahunya dan tatkala bangkit daripada tahayata yang pertama dan kedua menghantarkan tapak tangannya kanan itu diatas belakang tangan kiri dan ketiga membaca Wajahata hingga kesudahannya dan keempat membaca Aa’waza Ba Allaha samanya dan kelima menyaringkan pada pada tempat nyaring dan memperlahankan baca pada tempat perlahan dan keenam mengata Amayana kemudian daripada Fatahata dirinya dan kemudian daripada Fatahata imamnya padahalnya nyaring dan ketujuh membaca surat kemudian daripada Fatahata dan kedelapan takbir tatkala turun kepada rukuk dan tatkala turun bangkit daripada sujud dan kesembilan membaca Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha dan dibacanya tatkala berdiri betul Rabanaa Laka Al Hamada Malaa Al Samawata Wa Malaa Al Aradho Wa Malaa Maashata Mana Shaya Baa’da.

Dan kesepuluh membaca tasbih di dalam rukuk itu iaitu Sabahana Rabaya Al A’zhoyama Wa Bahamadaha tiga kali dan kesebelas membaca tasbih didalam sujud iaitu Sabahana Rabaya Al Aa’laya Wa Bahamadaha tiga kali dan kedua belas mengaturkan dua tapak tangannya atas kedua lututnya pada ketika duduk antara dua sujud dan menggenggamkan segala jarinya yang kanan pada ketika membaca tahayata melainkan telunjuknya maka di hanjurkannya akan dia maka didirikannya tatakala mengata Laa Alaha maka adalah demikian itu isyarat kepada mengesakan Allaha Taa’laya dan ketiga belas Afatarasha pada sekelian duduk iaitu duduk diatas kaki kiri dan keempat belas duduk Tawaraka iaitu duduk mengeluarkan kaki kiri kepada pihak kanan di dalam tahayata akhir dan kelima belas memberi salam yang kedua kali. Maka jika tertinggal salah suatu daripada segala sunat Hayata yang lima belas itu tiada disunatkan sujud sahawaya.

Bermula jumlah segala rukun dalam sembahyang yang empat rakaat itu lima puluh lima dan jumlah segala rukun di dalam sembahyang Maghoraba itu empat puluh tiga dengan tertibnya dan dalam sembahyang Shobaha itu tiga puluh esa dengan tertibnya. Maka jumlah segala rukun sembahyang lima waktu itu yang dikerjakan pada sehari semalam itu dua ratus tiga puluh.

Bermula adalah perempuan dalam sembahyang itu menyalah akan laki-laki pada lima perkara, pertama itu adalah laki-laki itu merenggangkan dua sikunya daripada dua lambungnya dan merenggangkan perutnya daripada dua pehanya didalam rukuknya dan dalam sujudnya dan menyaringkan baca pada tempat nyaring dan apabila mengingatkan ia akan imamnya daripada lupa atau tersalah bacaannya maka mengucap Sabahana Allaha dengan menyahaja akan zikir dan aurat laki2 itu barang antara pusatnya dan lututnya. Maka adapun perempuan itu di dalam rukuknya dan sujudnya dipertemukan dua sikunya dengan dua lambungnya dan dipertemukan perutnya dengan kedua pehanya dan memperlahankan suaranya apabila sembahyang ia dihadapan laki-laki dan apabila mengingatkan ia akan imamnya lupa atau tersalah bacanya maka menepuk ia tangannya kiri dan adalah aurat perempuan itu sekelian tubuhnya melainkan mukanya dan tapak tangannya.

Kebinasaan Sembahyang

Bermula yang membinasakan sembahyang itu sebelas perkara, pertama berkata-kata disahaja dengan dua huruf seperti katanya Qoyama ertinya berdirilah engkau atau dengan suatu huruf seperti katanya Qo peliharakan olehmu dan demikianlah membatalkan sembahyang berdehem-dehem atau menghembus dengan mulut atau mengerang atau mengaduh jika banyak daripada sekelian itu dua huruf atau menangis jikalau kerana takut akan Allaha sekalipun dan dimengapakan berdehem-dehem kerana batuk atasnya atau kerana sukar membaca fatahata atau membaca tahayata yang kemudian dan sholawat akan nabi dan salam yang pertama darikerana wajib mengatakan baca sekeliannya itu.

Dan kedua mengerjakan perbuatan yang banyak jikalau dengan lupa sekalipun maka adalah banyak dan sedikit itu kembali kepada adat maka dua langkah atau dua kali memalu itu dibilangkan sedikit dan tiga kali melangkah berturut-turut itu dibilangkan banyak atau sekali yang sangat panjang iaitu melompat tetapi tiada membatalkan sembahyang berbuat perbuatan yang sedikit yang tiada memberi keji iaitu seperti dua langkah, menggaru-garu kerana gatal atau berbaik kain dengan bersegera adanya. Demikianlah membatalkan sembahyang dengan menyahaja menambahi rukun Faa’laya seperti rukuk dua kali atau sujud tiga kali atau melamakan iktidal atau melamakan duduk antara dua sujud dilebih daripada adatnya.

Dan ketiga makan atau minum yang banyak jikalau dengan digagahi orang atau diketahui akan haram sekalipun tetapi dimengapakannya minum yang sedikit dengan lupa akan dirinya didalam sembahyang atau bebal akan haram kerana baharu masuk Asalama atau jauh negerinya daripada orang a’lama dan demikianlah membatalkan sembahyang sebab menelan air liur yang bercampur dengan sesuatu. Dan keempat mengerjakan rukun Qowalaya iaitu seperti fatahata atau rukun Faa’laya iaitu seperti iktidal serta syak ia akan sah niat takabayarata al aharama maka syak ia adalah aku berniat yang sempurna atau setengahnya atau berniat Zhohara kah atau A’shora kah. Maka tatkala itu belum lagi hilang syak daripada permulaannya hingga kesudahannya maka batallah sembahyangnya.

Dan kelima meniatkan memutuskan sembahyang atau bercita-cita pada akan memutuskan sembahyang atau meniatkan keluar daripada sembahyang maka batallah sembahyang dengan dia. Dan keenam mentaklikkan memutuskan sembahyang dengan sesuatu iaitu seperti diingatkan didalam hati jikalau datang saudaraku atau lainnya nescaya kubatalkan sembahyangku atau diingatkannya di dalam hatinya jikalau aku terbang nescaya kubatalkan sembahyangku maka tatkala itu batallah sembahyangnya kerana tiada putus niatnya akan sembahyang. Dan ketujuh hilang air sembahyang dahulu daripada salam yang pertama maka jika hilang air sembahyang kemudian daripada salam yang pertama maka janganlah memberi salam kekiri. Maka jika ia memberi salam kekiri kemudian daripada hilang air sembahyang nescaya batallah sembahyangnya. Dan kedelapan kedatangan najis yang tiada dimengapakan daripadanya pada pakaiannya atau pada tubuhnya atau pada tempatnya duduk atau pada tempatnya berdiri.

Dan kesembilan terbuka aurat tetapi jika ditiup angin akan kain orang yang sembahyang maka terbuka auratnya maka segera ia menutup akan dia maka tiadalah batal sembahyangnya. Dan kesepuluh membelakang kiblat dengan dada jikalau dengan setengah dada sekalipun berpaling daripadanya maka batallah sembahyangnya dengan dia. Dan kesebelas murtad iaitu mengiktikadkan seperti iktikad kafir iaitu iktikadkannya bahawa Allaha Taa’laya itu beranak atau barang sebagainya daripada segala iktikad menjadikan. Wa Allaha A’alama.




Sumber: Kitab Kifayat Mahatadayana

No comments:

Post a Comment