Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Maka
di perbuat nabi Ibrahim sebuah rumah setelah sudah rumah itu maka panggilnya
segala manusia ke rumah itu dan perjamunya makan minum mereka itu maka di
ajarnya mereka itu daripada segala ilmu syariat dan thorikat dan hakikat
daripada agama Asalama. Setelah berapa hari mereka itu berajar kepada nabi
Ibrahim dan sedia kala nabi Ibrahim memberi orang makan hataya maka pada suatu
malam maka nabi Ibrahim pun mimpi maka di dalam mimpinya suara di dengarnya
katanya “Bangunlah engkau hai Ibrahim, maka korbankan olehmu” maka nabi Allaha
Ibrahim pun bangun daripada tidurnya lalu memberi korban dua ratus ekor unta di
berikannya akan segala fakir miskin”. Setelah itu maka pada malamnya itu
bermimpi pula ia di dalam mimpi itu “Hai Ibrahim, korbanlah engkau”. Setelah
jaga nabi Ibrahim daripada tidur maka pada pagi-pagi hari di korbankannya dua
ratus ekor unta di bahagikan segala fakir miskin pada malam itu. Bermimpi pula
nabi Ibrahim “”Hai Ibrahim korbanlah engkau” maka jaga nabi Ibrahim daripada
tidurnya lalu terduduk maka fikir di dalam hatinya “Tiga malamlah sudah akan
aku bermimpi demikian jua. Apa gerangan takwilnya”. Maka pada pagi-pagi harinya
maka di korbankan nabi Allaha pula dua ratus ekor unta dan memberi makan segala
manusia terlalu banyak.
Setelah
itu maka pada keempat malamnya bermimpi pula nabi Ibrahim seperti mimpi itu jua
maka terkejutlah ia daripada tidurnya serta ia fikir di dalam hatinya “Apa ini
syaitankah atau rahmatkah yang datang kepada aku ini”. Setelah sudah nabi
Allaha fikir demikian itu maka di dengarnya suatu suara “Hai Ibrahim, korbanlah
olehmu anakmu Ismail bahawasanya mimpi itu sebenarnya daripada tuhan seru sekelian
alam. Setelah di dengar nabi Allaha Ibrahim suara itu maka iapun terkejut di
dalam hatinya “Sebenarnyakah ini firman tuhanku kepada aku” maka kata nabi
Allaha Ibrahim “Ya tuhanku, engkau jua yang mengetahui di dalam hati hambamu”.
Maka di dengar nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama pula bunyi suara di udara
demikian bunyinya “Hai Ibrahim, tiada dapat syaitan menyesatkan dikau.
Bahawasanya titah tuhanmu kepadamu jua dengan sebenarnya menyuruhkan engkau
mengorbankan anakmu Ismail itu. Kelakian maka hari pun sianglah maka nabi
Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama pun minta izin kepada Siti Sara hendak
mendapatkan anaknya Ismail maka kata Siti Sara “Pergilah tuan hamba”.
Hataya
maka nabi Ibrahim pun naik keatas untanya lalu berjalan mendapatkan anaknya
Ismail dan di bawanya sebilah sakayana dan suatu tali. Setelah sampai kepada bondanya Ismail maka
kata nabi Allaha “Hai Hajar, hiasilah olehmu anakmu Ismail ini dengan pakaian
yang baik bahawa hendak kubawa panggilan ke rumah jamu” maka di hiasi oleh
bondanya akan Ismail dan di celakkannya kedua matanya dan di sisirnya rambut.
Setelah sudah maka di suruhnya pergi pada bapanya maka di lihat Hajar “Nabi
Allaha, tuan hamba hendak pergi panggilan orang apa gunanya pula tuan hamba
bawa sakayana dan tali itu”. Maka sahut nabi Ibrahim “Siapa tahu jika kami
beroleh daging dengan apa kami ikat dan jika beroleh kayu api ikatkan kerana
itulah maka membawa sakayana dan tali ini”. Hataya ,maka Ibrahim pun hampir
kepada anaknya Ismail lalu di jabatnya tangan anaknya di bawa berjalan maka
belas hati Hajar melihat nabi Ibrahim berjalan dua beranak itu lalu titik air
matanya di dalam hatinya “Baharu inilah pula nabi Allaha ini berjalan membawa
anaknya”.
Hataya
setelah jauhlah nabi Allaha kedua itu maka Iblis laa’nata Allaha pun datang
kepada Siti Hajar maka kata Iblis “Tiada anakmu itu pergi panggilan. Sanya
anakmu itu hendak di bunuh bapanya jua”. Maka ujar Siti Hajar “Adakah bapanya
hendak membunuh anaknya” maka kata Iblis “Bahawasanya telah firman Allaha
Taa’laya menyuruh korbankan anaknya Ismail itu” maka ujar Siti Hajar “Jika
sudah dengan firman Allaha Taa’laya siapa dapat melalui dia”. Maka enyahlah
Iblis daripada Siti Hajar tiadalah lulus daya upayanya lagi maka datang pula
Iblis kepada Ismail A’layaha Al Salama maka ujarnya “Hai Ismail, kemana tuan
hamba pergi itu” maka sahut Ismail “Hamba pergi serta bapa hamba ke rumah
jamu”. Maka kata Iblis “Tiada engkau di bawa bapamu pergi panggilan. Bahawa
engkau hendak di bunuhnya jua” maka sahut Ismail “Dusta engkau ini tiada pernah
bapa hendak membunuh anaknya” maka kata Iblis “Telah firman Allaha Taa’laya
kepada bapamu akan membunuh engkau. Redhakah engkau mati” maka kata Ismail
A’layaha Al Salama “Jika dengan firman tuhanku, redhalah aku menjunjung titah
tuhanku yang maha mulia lagi yang amat tinggi”.
Maka
berkata Ismail kepada bapanya Ibrahim “Hai bapaku, kemana aku bapa bawa ini”
maka sahut Ibrahim A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoala
Yaa Banaya Anaya Araya Faya Al Manaama Anaya Azabahaka Faanazhora Maa Zaa Taraya
maka kata Ibrahim “Hai anakku bahawasanya kulihat di dalam mimpiku bahawa di
suruhkan Allaha Taa’laya akan menyembelih dikau maka lihatlah olehmu pada
dirimu apa fikirmu sekarang”. Maka kata Ismail A’layaha Al Salama seperti
firman Allaha Taa’laya Qoala Yaa Abaya Afaa’la Maa Tawamara
Satajadanaya Ana Shaa Allaha Mana Al Shoabarayana maka kata Ismail akan
bapanya “Hai bapaku, segeralah kerjakan seperti yang di suruhkan Allaha
Taa’laya kepada tuan hamba itu lagi akan tuan hamba peroleh akan hamba Ana Shaa
Allaha Taa’laya daripada orang yang sabar pada yang demikian itu. Bahawa
mimpimu itu sebenarnya daripada tuhanmu mengapa pula tuan hamba sebutkan di
dalam tidur kerana tuan hamba nabi Allaha tiada akan dapat Iblis berbuat dusta
kepada tuan hamba. Hai bapaku, itulah Iblis hendak menyesatkan tuan hamba
supaya gendala kerja yang di titahkan Allaha Taa’laya kepada tuan hamba itu”.
Maka
kata Ibrahim “Hai anakku, ambil olehmu batu maka lontarkan olehmu akan dia maka
keduanya nabi Allaha itu pun melontarkan batu kepada Iblis seorang tiga kali
dengan tiga buah batu di lontarkan keduanya. Dari kerana itulah datang sekarang
orang naik haji melontar tiga buah batu pada bukit Mina kerana mengikut sunat
nabi Allaha keduanya. Hataya maka berjalanlah kedua nabi Allaha itu dari Mina
maka nabi Allaha Ibrahim pun menilik kepada muka anaknya Ismail maka di
lihatnya terlalu amat baik rupanya lagi amat bercahaya-cahaya antara kedua
keningnya hingga lalu kepada mukanya dan adalah umur Ismail pada ketika itu
baharu tiga belas tahun. Arakian maka kata Ibrahim di dalam hatinya “Jika tiada
aku beranak nescaya tiada datang firman Allaha Taa’laya kepada aku menyuruhkan
membunuh anakku”. Di dalam itupun bahawa cinta nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al
Salama tiada jua berubah daripada pekerjaan kebaktian mengikut suruh Allaha
Taa’laya itu.
Setelah
sampailah nabi Allaha Ibrahim dan Ismail A’layaha Al Salama ke bukit Mina itu
sekarang pun segala orang yang naik haji menyembelih korban pada tempat itulah.
Kelakian maka ujar Ismail “Hai bapa hamba, ini telah hamba serahkanlah kepada
Allaha Taa’laya dan segeralah kerjakan oleh tuan hamba seperti firman Allaha
Taa’laya itu dan lagi akan tuan hamba peroleh akan aku sabar daripada demikian
itu supaya di matikan Allaha Taa’laya akan hamba suatu kaum yang sabar”.
Setelah itu maka tahulah nabi Ibrahim akan nabi Ismail telah menyerahkan
dirinya kepada Allaha Taa’laya maka kata nabi Ibrahim “Hai anakku, telah
kuserahkanlah engkau kepada Allaha Taa’laya” seperti firman Allaha Taa’laya Falamaa
Asalamaa Wa Talaha Lalajabayana Wa Naadayanaaha Ana Yaa Abaraahayama Qoda
Shodaqota Al Rayaa Anaa Kazalaka Najazaya Al Mahasanayana. Maka di
keluarkan nabi Ibrahim tali dari dalam tangan bajunya hendak di ikatnya akan
anaknya Ismail itu maka segala malaikat isi ketujuh langit pun huru haralah
melihat nabi Ibrahim akan membunuh anaknya Ismail itu.
Maka
firman Allaha Taa’laya “Hai segala malaikatku, bukakan olehmu segala pintu
langit itu maka lihatlah oleh kamu sekelian bahawa kekasihku Ibrahim membunuh
anaknya yang di kasihnya kerana menurut firmanku. Maka berseru-serulah segala
malaikat ke hadrat Allaha Taa’laya “Yaa Alahaya, Yaa Rabaya, apatah hikmatmu
dan hukummu atas hambamu Ibrahim yang demikian itu” maka firman Allaha Taa’laya
“Lihatlah oleh kamu sekelian apa kelakuan kedua nabi itu pada mengikut
firmanku. Tiadakah kamu lihat bahawasanya telah di bakar seteruku Namrut akan
Ibrahim ke dalam api maka kupelihara akan dia daripada kejahatan seteruku. Maka
sekarang pun kucuba akan dia dan akan anaknya adalah ia mengikut firmanku atau
tiadakah maka inilah jawab yang amat nyata maka segala yang berbuat kebajikan
kepada aku”.
Kelakian
maka tatkala di lihat Ismail bapanya mengeluarkan tali ari dalam tangan bajunya
hendak mengikat dia maka katanya “Hai bapaku, betapa firman tuhan yang maha
tinggi menyuruhkan bapa menyembelih hamba” maka sahut Ibrahim “Bahawa yang
kumimpi itu tiga malam berturut-turut maka kukorbankanlah pada tiap-tiap pagi
itu dua ratus ekor unta maka keempat malamnya bermimpi pula aku demikian jga
terlalu kejutlah aku daripada tidurku. Maka kudengar suatu suara demikian
bunyinya “Hai Ibrahim, bahawa di suruhkan tuan hamba menyembelih anakmu
Ismail”. Dari kerana itulah maka datang aku kepadamu”.
Setelah
di dengar Ismail kata nabi Ibrahim demikian itu maka iapun sujud kepada Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya maka kata Ibrahim A’layaha Al Salama “Mengapa engkau
sujud hai anakku Ismail”. Bahawa pada sangka nabi Ibrahim memohon sesuatu
kepada tuhannya katanya “Hai anakku, engkaulah Ismail menurut titah Allaha
Taa’laya” maka Ismail pun berbangkit daripada sujudnya maka katanya “Sujud
syukurlah hamba kepada Allaha Taa’laya oleh mendengar firmannya yang maha mulia
itu. Ya tuhanku, telah kujunjunglah firmanmu”. Kelakian maka diikat nabi
Ibrahimlah kaki tangan anaknya seperti adat orang mengikat kerbau maka lalu di
baringkannya akan Ismail ke bumi pada lambungnya kanan. Setelah itu maka
Ibrahim singsing tangan bajunya lalu ia mengunus sakannya daripada pinggangnya.
Kelakian
maka Ismail mengerling kepada bapanya dengan ekor matanya maka katanya “Hai
bapa hamba, berhentikan seketika hamba hendak berpesan pada ibu hamba supaya
segera hamba mati dan kaki tangan hamba pun hendaklah di perteguh baik-baik dan
muka hamba pun hendaklah di tutup dengan kain. Siapa tahu bapa menilik pada
muka hambamu kalau bercinta-cinta sayang bapa akan hamba nescaya jadi akan lalu
firman Allaha Taa’laya dan tatkala akan menyembelih hamba hadapkan muka hamba
kepada pihak kiblat. Shahdan nama Allaha Taa’laya itu perbanyak-banyak sebut
oleh bapa hamba supaya nyawa hamba segera berlaku ke rahmat Allaha. Bermula
katakan sembelih hamba kepada ibu hamba dan kerana yang kain darah hamba ini
berikan kepada ibu hamba hanaya jangan ia bercintakan hamba dan suruh ia minta
doa kepada Allaha Taa’laya kerana yang hidup itu lagi akan merasai mati jua
kesudahannya Ana Shaa Allaha Taa’laya
di akhiratlah hamba menjunjung kaki ibu hamba jika sekiranya hamba ketahui
firman Allaha demikian itu nescaya hamba junjunglah kaki bonda hamba tetapi di
akhirat pun lagi bertemu jua. Hai bapaku, habaya-habaya perbaiki kiranya hati
bonda hamba jangan di beri ia bercinta, katakan padanya dunia ini tiadakan
kekal bahawa akhirat juga negeri yang baqo tiada berkesudahan adanya”.
Setelah Ibrahim A’layaha Al Salama mendengar
pesan anaknya maka cucurlah air matanya dan terlalilah ia seketika maka pisau
yang pada tangannya itupun jatuh kebumi dan segala malaikat di langit pun
berseru-seru kepada Allaha Taa’laya sembahnya”Ya tuhanku, betapalah kekasihmu
itu kau beri binasa hatinya. Engkau jua tuhan yang amat tahu akan segala
sesuatu”. Hataya maka di ambil Ibrahim pisaunya kebumi akan menyembelih anaknya
itu maka firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril, segeralah engkau turun mendapatkan
hambaku Ibrahim itu maka sayapmu itu sapukan pada sakayananya itu supaya
timbullah sakayana itu maka Jibril
pun segera turun maka di sapukannya dengan sayapnya sakayana Ibrahim.
Hataya
maka di sembelih nabi Ibrahim akan anaknya Ismail itu maka sedikit pun tiada
luka maka ujar Ismail A’layaha Al Salama “Ya nabi Allaha, tiarapkan muka hamba
kebumi maka sembelihlah oleh tuan hamba tengkok hamba kerana tuan hamba
memandang muka hamba sebab itulah maka jadilah lemah tangan tuan hamba dan
janganlah bapa sayang lagi akan hamba kalau jadi derhaka pula bapa kepada
Allaha Taa’laya”. Maka nabi Ibrahim pun menangis mendengar kata nabi Ismail itu
maka ujar Ibrahim “Hai anakku dan kekasihku, tiadalah datang hatiku akan
menghiarapkan muka kebumi”. Bahawa yang kehendak Ismail “Jika aku mati di dalam
terhiarap ini di dalam sujudku jua kepada Allaha Taa’laya”. Maka ujar Ismail
“Ya tuhanku, apakah dosanya hambamu maka kau perlihatkan mata ini”.
Maka
kata Ibrahim akan sakayana “Tajamkan
dirimu pada memakan anakku Ismail dan lakukanlah olehmu firman Allaha Taa’laya
itu” maka di sembelih nabi Allaha Ibrahim pula akan anaknya itu sekali lagi
serta di kuatinya dengan sungguh-sungguh hatinya. Itupun tiada juga luka kulit
Ismail maka lalu di parangkan Ibrahim kepada batu maka batu itupun belah dua
lalu terpancar air dari dalam batu. Maka nabi Ibrahim pun minta doa kepada
Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya memohonkan sakayana itu berkata-kata dengan dia
maka di tanyai oleh Ibrahim akan sakayana itu ujarnya “Hai sakayana, mengapa maka tiada mahu engkau makan anakku Ismail itu
kerana itulah kuparangkan engkau kepada batu” maka sahut sakayana “Ya nabi Allaha, tiada firman Allaha Taa’laya kepada hamba
akan melukai anak tuan hamba Ismail itu maka betapa dapat hamba memakan dia.
Adapun tatkala tuan hamba di buangkan oleh Namrut kepada api maka berfirman
tuhan kepada api itu Qolanaa Yaa Naara Kawanaya Baradaa Wa
Salaamaa A’laya Abaraahayama maka demikian lagi firman Allaha Taa’laya
kepada aku “Jika kuluruhkan sehelai roma Ismail nescaya kumasukkan engkau ke
dalam neraka”.
Maka
nabi Allaha pun hairan mendengar kata sakayana itu hataya seketika lagi maka di
dengar nabi Ibrahim bunyi suara dari atas bukit itu demikian bunyinya “Allaha
Akabara, Allaha Akabara” maka di lihat nabi Allaha Ibrahim keatas bukit bahawa
Jibril yang datang itu serta mengucap takbir seperti firman Allaha Taa’laya Qoda
Shodaqota Al Rawayaa Anaa Kazalaka Najazaya Al Mahasanayana Ana Hazaa Lahawa Al
Balaa Al Mabayana Wa Fadayanaaha Bazabaha A’zhoyama maka datang Jibril
hampir ia kepada nabi Ibrahim ujarnya “Telah benarlah mimpimu itu ialah Ibrahim
dan telah tuan hamba sampaikanlah titah Allaha Taa’laya yang di suruhnya tuan
hamba mengerjakan dia. Inilah jua yang amat nyata daripada tuhanmu. Ya nabi
Allaha, inilah kambing di dalam syurga kurnia Allaha Taa’laya akan tuan hamba
ganti anak tuan hamba Ismail itu. Maka huraikanlah ikat Ismail itu diikatkan
pada kambing ini”.
Adapun
rupa kambing itu hitam bercampur putih warnanya, tanduknya manikam yang merah
dan kukunya daripada zabarjad yang kuning dan giginya daripada zamrud yang
hijau dan tingginya tengah tiga hasta. Setelah di dengar nabi Ibrahim kata
Jibril demikian itu maka iapun sujud kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
sembahnya “Ya tuhanku jua yang sebaik-baik tuhan dan sebaik-baik menganugerahi
akan hambanya. Maka syukurlah hambamu pada menjunjung kurniamu”. Setelah itu
maka Jibril pun menguraikan ikat Ismail maka nabi Ibrahim pun bangkit daripada
sujudnya lalu ia pergi mendapatkan Jibril maka kata Jibril “Ya nabi Allaha,
lepaslah kambing ini bahawa inilah jenis kambing makanan segala isi syurga”.
Maka nabi Ismail pun sujudlah pada kaki ayahnya nabi Ibrahim A’layaha Al Salama
maka di dakap dan di cium nabi Ibrahim anaknya Ismail A’layaha Al Salama.
Arakian
maka dapatlah oleh Ibrahim akan kambing itu. Setelah sudah maka mengucap
takbirlah kedua nabi Allaha itu lalu di sembelihnya dan di lapah keduanya. Maka
kata Jibril “Ya nabi Allaha, bahawa kulit kambing itu jadikan alas makan
makanan maka atasnyalah makan dan bulu kambing itu tuan hamba jadikan halayama
jenis kain selimut. Barangkali bulan baik maka pakai oleh tuan hamba. Setelah
sudah tuan hamba pakai maka taruhkan pada takut Sakinah”. Adapun tabut Sakinah
itu suatu yang besar seperti keranda orang mati maka di dalam itulah di taruh
segala benda yang mulia dan segala pakaian nabi yang dahulu kala. Maka adalah
pada zaman nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di bawa Jibril
kain halayama daripada kulit kambing itu kepada nabi Mahamada. Maka di berikan
nabi Allaha kepada baginda A’mara maka tatkala akan mati A’mara maka baginda di
suruhnya taruhkan sertanya kain itu ke dalam kubur bumi.
Arakian
setelah sudah di sembelih nabi Allaha kambing itu maka kembalilah keduanya ke
rumah Siti Hajar. Setelah sampai maka kata Ibrahim “Hai Hajar, inilah anakmu
serta daging kambing. Itulah di beri jamu akan kamu”. Maka Ibrahim pun naik
keatas untanya lalu kembali kepada Siti Sara. Maka beberapa tahun antaranya
maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada nabi Allaha Ibrahim maka ujar
Jibril firman Allaha Taa’laya “Ya nabi Allaha, hendaklah tuan hamba dirikan
suatu rumah akan tempat segala manusia berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya”.
Maka sahut Ibrahim “Al Hamada Lalaha Raba
Al Aa’lamayana, Ya Jibril di mana hamba perbuat rumah itu. Barang kiranya
tuan hamba tunjukkanlah akan hamba tempatnya”.
Maka
nabi Allaha Ibrahim dan Jibril A’layaha Al Salama pun pergilah le Makah pada
sisi telaga Zamazama itu maka ujar
Jibril “Di sinilah tuan hamba perbuat rumah itu maka kata Jibril “Tuan hamba
dengan anakda Ismail itulah mengerjakan dia dan batu daripada lima buah bukit
itu ambil oleh tuan hamba kedua”. Maka kata Ibrahim A’layaha Al Salama “Ana
Shaa Allaha Taa’laya, esok harilah hamba mengerjakan dia”. Maka iapun pergilah
kepada anaknya Ismail maka katanya “Hai anakku, bahawa aku di titahkan Allaha
Taa’laya berbuat suatu rumah daripada batu maka engkaulah sertaku mengerjakan
dia”. Maka sahut nabi Ismail “Ana Shaa
Allaha Taa’laya, kita kerjakanlah seperti firman tuhan kita itu manakala
kita mengerjakan dia dan batu bukit mana yang kita ambil”. Maka ujar Ibrahim “Esok
harilah kita berbuat dia dan batu daripada lima buah bukit dan itulah kata
Jibril firman Allaha Taa’laya kepada kita. Seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Aza Bawaanaa LaAbaraahayama Makaana Al Bayata Ana Laa Tasharaka Baya Shayaa Wa
Thohara Bayataya Lalathoafayana Wa Al Rakaa’ Al Sajawada Bahawasanya di
titahkan Allaha Taa’laya akan Ibrahim berbuat sebuah rumah akan kiblat segala
manusia dan akan tempat mereka itu berbuat ibadat menyembah Allaha Taa’laya
berdiri, rukuk dan sujud mereka itu sekelian akan Allaha Taa’laya.
Arakian
pada keesokan harinya maka pergilah nabi Allaha Ibrahim dan Ismail kepada sisi
telaga Zamazama itu maka sembah Ibrahim “Ya tuhanku, bahawa titahmu yang maha
mulia akan hambamu berbuat sebuah rumah itu sekarang hambamu kedua hendak mengerjakan
dia dan berapa besarnya dan batu bukit yang mana hambamu kedua ambil”. Pada
ketika itu juga Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada nabi Ibrahim dan
nabi Ismail maka kata Jibril “Bahawa Allaha Taa’laya memberi salam kepada tuan
hamba kedua. Adapun batu lima buah bukit ambil oleh tuan hamba. Suatu bukit
Silan, kedua bukit Thursina, ketiga bukit Haraa
(Hirak), keempat bukit Jawadaya,
kelima bukit Jabala Qobayasa
namanya”. Maka datang seekor ular terlalu besar maka lingkar ia pada tempat
yang di perbuat rumah maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, besar lingkar ular
itulah tuan hamba perbuat”.
Hataya
maka lima buah bukit itu datanglah sendirinya dengan kudrat Allaha maka berkata
lima buah bukit itu “Ya nabi Allaha, ambillah batu di atas hamba inilah ambil
oleh tuan hamba kedua maka perbuatlah”. Bermula nabi Allaha Ismail
mengangkatkan batu daripada bawah bukit itu mengunjukkan dia kepada bapanya
Ibrahim dan Ibrahim berbuat dia demikianlah dan apabila malam berhenti
keduanya. Apabila siang di kerjakan kedua nabi Allaha daripada pagi sampai
petang demikianlah kelakuan nabi Allaha kedua menurut firman tuhannya. Setelah
beberapa hari lamanya hampirlah akan sudah rumah itu maka datang suatu awan dan
keluar daripadanya suatu suara demikian bunyinya”Ya nabi Allaha, apabila
sudahlah rumah itu maka di namai oleh tuan hamba Kaa’bata Allaha”. Hingga
datang kepada zaman nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama yang lagi akan datang itu di pindahkanlah kiblat daripada Bayata Al Maqodasa kepada Kaa’bata
Allaha ini segala isi alam pun sekelian yang menyembah Allaha Taa’laya
berhadaplah ia kepada rumah ini hingga datang kepada hari kiamat.
Hataya
setelah sudah rumah itu maka di namai nabi Allaha akan dia Kaa’bata Allaha maka
nabi Allaha pun minta doa kepada Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya
Rabanaa
Taqobala Manaa Anaka Anata Al Samayaa’ Al A’layama Rabanaa Wa Ajaa’lanaa
Masalamayana Laka Wa Mana Zarayatanaa Amata Masalamata Laka Wa Aranaa Manaa
Sakanaa Wa Taba A’layanaa Anaka Anata Al Tawaaba Al Rahayama ertinya
tuhanku telah kukerjakanlah barang yang kau titahkan pada hambamu itu. Ya
tuhanku perkenankan kiranya doa hambamu engkau jua tuhan yang amat mendengar
lagi yang amat tahu akan pinta hambamu. Ya tuhan kami jadikan olehmu kami kaum
Asalama mengikut titahmu dan daripada anak cucu kami Asalama datang kepada
rumah ini minta ampun ia kepadamu dan taubatlah daripada dosanya maka ampuni
olehmu akan dia. Engkau jua tuhan yang amat mengampuni lagi amat mengasihani
akan mereka itu.
Setelah
sudah Ibrahim minta doa maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang kepada
Ibrahim ujarnya “Salam atas tuan hamba ya nabi Allaha, telah di perkenankan
Allaha Taa’laya doa tuan hamba itu maka diangkatkan nabi Ibrahim tangannya
minta doa pula ia seperti firman Allaha Taa’laya Raba Ajaa’la Hazaa Baladaa Amanaa
Wa Arazaqo Ahalaha Mana Al Tsamaraata Mana Amana Mana Hama BaAllaha Wa Al
Yawama Al Akhora Tuhanku jadikan segala isi negeri ini dan segala orang
yang mengunjungi dia beroleh nikmat daripadamu dan daripada segala buah-buahan
yang amat banyak barang siapa percaya akan Allaha Taa’laya dan akan hari yang
kemudian dan barang siapa kafir ia akan dikau tiada mengikut perbuatanku maka
seksa olehmu ia dengan seksa api neraka.
Maka
ujar Jibril “Ya Ibrahim, firman Allaha Taa’laya seru oleh tuan hamba segala
manusia kemari mengunjungi rumah Allaha ini” maka sahut Ibrahim “Di mana akan
di dengarnya oleh mereka itu suara aku kerana mereka itu jauh”. Maka ujar
Jibril “Seru jua oleh tuan hamba bahawasanya Allaha Taa’laya jua yang amat
menyampaikan dia kepada segala mereka itu hingga kepada zuriat mereka itu
sekalipun semuanya mendengar seru tuan hamba itu”. Maka nabi Allaha Ibrahim pun
naiklah keatas bukit lalu berseru katanya “Hai segala anak Adam datanglah kamu
sekelian ke rumah yang maha mulia ini dengan kudrat Allaha Taa’laya” maka di
dengar nabi Allaha suara orang terlalu banyak menyahut serunya katanya Labayaka
Al Hamada Laka Wa Al Malaka Laka Laa Sharayaka Laka ertinya kami
dengarlah serumu itu dan kami ikutlah katamu itu segala puji bagimu ya tuhanku
dan bagimu jua kerajaan yang tiada sekutu bagimu.
Bermula
diperdengarkan Allaha Taa’laya suara nabi Ibrahim itu pada segala anak Adam
yang hidup di dalam dunia ini dan yang di dalam rahim ibunya dan yang lagi pada
sulbi bapa mereka itu dan arawah mereka itu hingga hari kiamat. Maka barang
siapa menyahut ialah yang naik haji sampai ke Kaa’bata Allaha Taa’laya. Adapun
jika sekali di sahutnya sekali jua naik haji jika sepuluh kali ia sahut sepuluh
kali ia naik haji maka sekarang pun barang ada arawah kita menyahut seru
Ibrahim itu sekali atau dua kali nescaya tiada dapat tiada sampai jua ia kepada
rumah Allaha yang bernama Kaa’bata itu.
Hataya
setelah itu maka di lihat nabi Ibrahim bumi Makah itu padang yang tiada tumbuh
segala tumbuh-tumbuhan pada keliling Kaa’bata itu maka sembah nabi Allaha
Ibrahim “Ya tuhanku, betapa hendak segala anak cucu hambamu di sini kerana
tiada tumbuh daripada segala buah-buahan pada bumi ini. Ya tuhanku, bahawasanya
telah kuserahkan segala anak cucuku kepadamu, engkau jua tuhan yang memberi
rezeki akan mereka itu”. Maka firman Allaha kepada Jibril “Pergi engkau
buangkan batu yang di bumi Makah itu ke benua Sham kira-kira dua belas
persangga jauhnya”.
Setelah
di kerjakan Jibril seperti firman Allaha Taa’laya itu maka adalah tumbuh segala
tumbuh-tumbuhan di tanam mereka itu maka sembah nabi Allaha Ibrahim seperti
firman Allaha Taa’laya menceritakan dia kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama Wa Aza Qoala Abaraahayama Raba Aranaya Kayafa Tahayaya Al Mawataya
maka tatkala berdatang sembah Ibrahim kepada tuhannya “Ya tuhanku, perlihatkan
olehmu akan daku betapa perinya engkau menghidup akan yang telah mati itu maka
firman Allaha Taa’laya Qoala Awalama Tawamana Tiadakah percaya
engkau akan kataku maka ujar Ibrahim Qoala Balaya Wa Lakana Layathomana
Qolabaya Sanya telah percaya aku akan dikau tetapi supaya akan
menetapkan hatiku jua.
Maka
firman Allaha Taa’laya Qoala Fakhoza Arabaa’ta Mana Al Thoyara
Fashora Hana Alayaka Tsama Ajaa’la A’laya Kala Jabala Mana HanaJazaa Tsama
Adaa’hana Yaa Tayanaka Saa’yaa Wa Aa’lama Ana Allaha A’zayaza Hakayama
firman Allaha Taa’laya ambil olehmu empat ekor burung maka cincang olehmu
keempat ekornya itu lumat-lumat maka buangkan olehmu ia kepada empat buah bukit
kemudian maka kau suruh akan dia nescaya datang keempat ekor burung itu
kepadamu. Maka ketahuilah olehmu bahawasanya Allaha Taa’laya jua tuhan yang
amat keras pekerjaannya lagi amat hakim pada segala perbuatannya.
Setelah
di dengar nabi Allaha Ibrahim firman Allaha Taa’laya itu di ambilnya empat ekor
burung iaitu ayam dan merak dan gagak dan khorkas maka di bunuh keempat ekornya
burung itu serta sudah di tandanya keempat ekornya maka di cincang nabi Allaha
Ibrahim di campur baurnya lalu di kepalnya empat kepal. Maka di taruhnya pada
empat buah bukit. Setelah itu maka di seru nabi Allaha Ibrahim akan burung itu
maka datanglah keempatnya burung itu kepada nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al
Salama dan tiadalah bersalahan daripada tandanya dan tujuh hari ia duduk
mengeliling rumah nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama.
Bermula
kata setengah pendita apa sebabnya di suruhkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di
bunuh ayam jantan itu kepada nabi Allaha Ibrahim tiada ada binatang yang lain maka
kata setengah mereka kerana binatang ayam itu takburnya lagi membesarkan
dirinya. Maka sebab di suruhkan Allaha Taa’laya di bunuh merak kepada nabi
Ibrahim kerana merak itu binatang yang baik rupanya daripada burung yang lain
lagi sangat menilik dirinya dan ajaib akan dirinya tiadalah ada burung baik
daripadanya dan sebab pun di bunuh nabi Allaha Ibrahim akan gagak kerana gagak
itu burung yang sangat loba tiadalah binatang yang lain loba sepertinya dan
sebab pun di bunuh nabi Allaha Ibrahim khorkas kerana burung khorkas itu sangat
lanjut angan-angan dan lanjut umurnya daripada segala binatang yang lain lima
ratus tahun lama usianya. Itulah isyarat firman Allaha Taa’laya kepada nabi
Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama supaya jangan mengikut perangai empat ekor
burung itu maka barang siapa mengikut perangai ayam dan merak dan gagak dan
khorkas atau mengikut perangai salah seekor daripada burung yang empat ekor itu
maka orang itulah yang di murkai Allaha Taa’laya dan adalah kesudahannya itu
tempatnya di dalam neraka.
Hataya
maka firman Allaha Taa’laya “Ya Ibrahim, betapa kau lihat tatkala kusuruhkan
dirimu kepada aku pada masa di buangkan Namrut akan dikau ke dalam api itu.
Tiadakah kupelihara akan dikau daripada bahaya mereka itu dan tatkala kau
serahkan isterimu kepada aku dan segala hartamu dan anakmu yang telah kau
serahkan dahulu pada aku itu tiadakah sebaik-baik kupeliharakan akan dia”. Laqowalaha Taa’laya Aza Qoala Laha Rabaha Asalama Qoala Asalamata Laraba Al A’alamayana
firman Allaha Taa’laya Asalamakan hatimu ya Ibrahim maka sembah nabi Allaha
Ibrahim Asalama hati hambamu ya tuhanku mengikut tuhan seru alam sekelian.
Adapun
telah tahulah nabi Ibrahim dan puteri Sara pun tahulah tiada patut akan beranak
lagi dan tiadalah datang haidnya lagi maka putus asalah puteri Sara akan beranak
dengan suaminya nabi Allaha Ibrahim dan demikian lagi nabi Ibrahim pun tiadalah
akan beroleh anak dengan isterinya puteri Sara itu maka senantiasalah kedua
berbuat kebaktian kepada Allaha Taa’laya pada malam berdiri sembahyang dan
siang hari mengerjakan puasa sementara akan mati. Demikianlah fikir keduanya
maka pada suatu masa adalah Ibrahim tujuh hari tujuh malam tiada membuka
puasanya maka datang kepadanya dua belas malaikat terlalu baik-baik rupanya dan
baunya terlalu harum seperti bau kanak-kanak yang belum baligh. Maka memberi
salam mereka itu kepada nabi Allaha Ibrahim maka di sahut nabi Allaha akan
salam mereka itu.
Adalah
pada sangka nabi Ibrahim hati juga tiada ia tahu akan orang dua belas itu
malaikat maka ujar Ibrahim di pegang tangannya mereka itu lalu di bawanya ke
rumahnya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laqoda Jaata Rasalanaa Abaraahayama Ba Al
Basharaya Qoalawaa Salaamaa Qoala Salaama ertinya setelah datang jamuan
ke rumahnya maka ujar nabi Ibrahim akan isterinya perbuatkan olehmu makanan
akan mereka itu hataya maka di suruh puteri Sara sembelih seekor anak lembu
maka di permasaknya dan di rendangnya. Setelah sudah masak maka di suruhnya
angkat tepung yang sudah di masak dengan daging yang sudah di rending itu ke
hadapan jamu Ibrahim A’layaha Al Salama dan nabi Allaha pun ada duduk beserta
jamu itu. Maka di bawa oranglah hidangannya itu maka makanlah nabi Allaha
Ibrahim tiadalah ia memandang kepada jamunya itu lagi kerana adat mereka itu
apabila memberi makan jamu jangan memandang kepada jamu itu kalau-kalau ia malu
lagi pula Ibrahim tujuh hari tujuh malam sudah lamanya tiada ia makan dan
minum.
Maka
tiadalah ia khabarkan jamunya itu lagi maka tatkala di lihat oleh puteri Sara
dari dalam tirai katanya “Ya nabi Allaha, bahawa tuan hamba makan seorang diri
juga dan jamu itu tiadalah ia makan” maka di lihat nabi Ibrahim kepada jamu itu
sungguhlah ia tiada makan masing-masing berdakap tubuh. Maka kata Ibrahim akan
mereka itu “Bahawa kusuruh permasak makanan ini pun kerana tuan hamba sekelian
juga akan memakan dia maka tiadalah tuan hamba sekelian makan berilah
harganya”. Maka kata mereka itu “Jika berapa harganya pun kami beri akan dia
akan nabi Allaha”. Maka ujar nabi Allaha Ibrahim akan mereka itu “Bahawa
harganya pertama suatu menyebut Basama
Allaha Al Rahamana Al Rahayama dan kesudahannya mengucap syukur Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana”.
Maka
berasa takut nabi Allaha akan mereka itu di dalam hatinya “Malaikatkah ini atau
jinkah ia ini maka malaikat pun datang banyak kepada aku” maka kata Ibrahim
“Hai orang muda, siapa kamu ini dan dari mana datang kamu kepada aku ini”. Maka
kata Jibril A’layaha Al Salama “Ya nabi Ibrahim, jangan tuan hamba takut.
Hambalah Jibril dan ini Mikail bahawa kami sekelian ini di titahkan Allaha
pergi membinasakan kaum nabi Lawatho
(Luth) kerana adalah mereka sekelian berbuat derhaka akan Allaha Taa’laya
dengan melalui titah kenabinya dan singgah kami kepada tuan hamba kerana tuan
hamba puasa tujuh hari tujuh malam tiada makan minum maka datang kami kepada
tuan hamba ini akan memberi khabar yang kebajikan akan tuan hamba serta tuan
hamba buka puasa”.
Maka
kata nabi Allaha Ibrahim “Apatah khabar yang baik tuan hamba khabarkan pada
hamba ini” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, kami bawa warta lagi akan di
anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan tuan hamba anak dengan isteri
tuan hamba puteri Sara itu Asahaqo
(Ishak) namanya daripada Ishak itu Yaaqowaba
(Yaakob) dan daripada Yaakob itu Yawasafa
(Yusuf) A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoalata Yaa Wayalataya Aalada
Wa Anaa A’jawaza Wa Hazaa Baa’laya
Shayakhoa Ana Hazaa Lashaya A’jayaba maka berkata puteri Sara “Ajaib
sekali aku mendengar kata rasul Allaha ini lagi akan hamba peroleh anak akan
hamba ini sudah tuha dan suami hamba itupun orang tuha” serta ia menampar
mukanya dan hairannya.
Maka
sahut Jibril A’layaha Al Salama “Hai puteri Sara, ajaibkah tuan hamba akan
kehendak Allaha Taa’laya atas semata sekelian ia tuhan yang amat kuasa atas
segala suatu barang di kehendakinya itu tiada dapat tiada melainkan jadi jua.
Rahmat Allaha dan salamnya dengan kebajikan atasmu hai isi rumah nabi Allaha.
Bahawasanya Allaha Taa’laya itu amat baik menganugerahi hambanya dengan empat
ratus tujuh puluh orang nabi daripada anak cucu nabi Allaha Ibrahim”. Maka kata puteri Sara “Yaa Amayana (Amin) Allaha, kata tuan hamba ini adakah tandanya”
sahut Jibril “Inilah tandanya pohon zaitun yang di hadapan rumahmu itu” lalu di
patahkan Jibril rantingnya yang mati itu di berinya kepada puteri Sara ujarnya
“Tanamkanlah olehmu dahannya yang mati ini bahawa Allaha Taa’laya amat kuasa
pada menumbuhkan dia”. Hataya maka di tanam puteri Saralah dahan yang kering
itu kebumi”.
Kelakian
maka kata Jibril “Ya nabi Allaha, bermohonlah kami sekelian kepada tuan hamba
akan pergi kepada nabi Luth akan menyeksai segala kaumnya” maka kata Ibrahim
“Hamba pun hendak pergi melihat serta tuan hamba sekelian” maka ujar Jibril “
Kami pergi ini akan menyeksai isi negeri Turkistan dan Sadom kalau tiada kuasa
tuan hamba melihat azab Allaha atas mereka itu”. Maka sahut Ibrahim “Mohonkan kepada
Allaha bahawa hamba hendak melihat kebesaran Allaha Taa’laya” maka kata Jibril
demikian “Naiklah tuan hamba keatas unta marilah kita pergi”. Kelakian maka
nabi Allaha pun naiklah keatas untanya lalu berjalan serta malaikat maka kata
Jibril kepada malaikat yang memegang bumi “Hai malaikat yang memegang bumi, kerawankan
olehmu urat bumi itu supaya segera sampai nabi Allaha Ibrahim ini ke negeri
Sadom” maka di kerawankan malaikat itulah urat bumi dengan kudrat Allaha
Taa’laya perjalanan tiga bulan itu jadi tiga saat juga maka hampirlah nabi
Ibrahim pada negeri Sadom itu kira-kira sepagi sampai ke dalam kota negeri
mereka itu. Maka kata Jibril “Di sinilah nabi Ibrahim berhenti. Bahawa kami
sekelian pun mendapatkan nabi Luth” maka sahut nabi Ibrahim “Hamba pun hendak
bersama-sama dengan tuan hamba jua supaya hamba lihat seksa Allaha Taa’laya
akan kaum itu” maka kata Jibril “Tiada dapat lampau tuan hamba daripada tempat
ini hingga inilah titahkan Allaha Taa’laya tuan hamba berhenti”.
Hataya
maka duduklah nabi Allaha Ibrahim pada tempat itu masygul ia dengan berbuat
ibadat kepada Allaha maka Jibril dan Mikail dengan dua belas orang malaikat
sertanya itupun pergilah mendapatkan nabi Allaha Luth. Pada ketika itu nabi
Allaha tiada di rumahnya maka ujar Jibril kepada anak nabi Luth “Kemana pergi
yang empunya rumah ini” maka sahut anak nabi Luth “Bahawa bapa hamba pergi ke
huma seketika lagi datanglah ia”. Maka dengan takdir Allaha Taa’laya pada
ketika itu juga nabi Luth pun datang maka di lihatnya orang muda-muda terlalu
baik rupanya dan terlalu harum baunya dan beberapa laki-laki daripada isi
negeri itu mengikut mereka itu. Maka kata nabi Luth “Kemana datang kamu
sekelian ini” maka sahut Jibril “Datang kami mendapatkan tuan hamba”. Maka nabi
Luth panggil akan segala malaikat itu ke rumahnya akan di perjamunya kerana
pada sangkanya manusia juga.
Maka
kata isi negeri Sadom yang mengikut itu “Hai Luth, kemana kau bawa orang muda
ini. Berilah akan kami berbantahlah mereka itu sama sendirinya kata seorang
iaitu akulah empunya dia maka kata seorang pula iaitu akulah mengambil dia
masing-masing hendak membawa orang muda-muda itu pulang ke rumahnya maka sahut
nabi Luth akan mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Jaa Qowamaha Yaharaa’wana
Alayaha Wa Mana Qobala Kaanawaa Yaa’alawana Al Sayaata Qoala Yaa Qowama Hawalaa
Banaataya Hana Athohara Lakama Faataqowa Allaha Wa Laa Takhorawana maka
kata segala kaum Luth jamu tuan hamba itu suruh keluarlah beri akan kami maka
kata nabi Luth akan mereka itu tatkala itu ia berdiri di pintu katanya “Tiada
kuberi akan kamu kerana ia kaumku dan keluar kamu. Apa pekerti hendak berbuat
nakal sama laki-laki tiadakah perempuan itu di jadikan Allaha Taa’laya akan
judu kamu” maka sahut mereka itu “Hai Luth, tiadakah sudah kami kata kepadamu
jangan kau ambil akan seorang pun. Keluarkanlah mereka itu di dalam rumahmu
supaya kami ambil akan mereka itu” maka kata nabi Luth “Tiadalah kuberi mereka
itu kepada kamu kerana mereka itu bukan daripada kaum kamu. Bahawasanya Asalama
agamanya”.
“Jika
sekiranya ada pada aku tempat yang teguh seperti kota atau gua yang amat teguh
nescaya aku tahani akan kamu. Tiadalah kuberi mereka itu berlihat mata juapun
dengan kamu”. Hataya maka hendak di gagahi mereka itu akan nabi Luth
seolah-olah akan di naiki mereka itu rumah nabi Luth maka di sapu dengan
sayapnya muka mereka itu dan tangan mereka itu maka jadi kudunglah kedua
tangannya mereka itu dan jadilah ratalah muka mereka itu dan tiadalah berhidung
dan bermata. Setelah di rasanya dirinya demikian itu maka minta maaflah ia
kepada nabi Luth maka katanya nabi Luth “Minta doalah engkau kepada tuhanmu
kembalikan tangannya kami dan hidung kami seperti dahulunya. Tiadalah kami
pinta orang muda itu kepadamu dan kembalilah kami sekelian”. Maka minta doalah
nabi Allaha Luth kepada Allaha Taa’laya maka dijadi sembuhlah mereka itu
kembali seperti adanya dahulu. Hataya maka berkata mereka itu sama sendirinya
“Marilah kita kembali, jika sekali lagi kita kena habatan Luth ini nescaya
habislah buta mata kita sekelian atau mati kita olehnya”. Maka kata setengah
mereka itu “Mari kita bunuh akan Luth ini maka kita ambil orang muda itu” maka
kata setengah orang daripada mereka itu “Marilah kita nanti ia turun dari rumah
Luth berjalan keluar pada ketika itu kita pegang akan dia”.
Hataya
maka keluarlah mereka itu daripada kampong nabi Allaha Luth maka hadaplah nabi
Luth kepada orang muda-muda itu katanya “Lihatlah oleh kamu halku bahawa mereka
itu menghendaki kamu maka kutahani akan mereka itu dan palu mereka itulah akan
daku”. Maka kata Jibril seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawaa Yaa Lawatho Anaa Rasala
Rabaka Ana Yasholawaa Alayaka Faasara Baahalaka Baqothoa’ Mana Al Layala Wa Laa
Yalatafata Mana Kama Ahada maka kata Jibril Hai Luth kami sekelian ini
pesuruh daripada tuhanmu kepadamu. Bahawa datang kami ini akan menyeksai kaum
yang kafir itu. Sekarang keluarlah tuan hamba dengan segala isi rumah tuan
hamba dan anak tuan hamba dan isteri tuan hamba jua tinggalkan isi negeri ini
supaya merasai azab mereka itu sekelian bersama dengan kaumnya”.
Arakian
maka kata nabi Luth akan isterinya perempuan “Bahawa Allaha Taa’laya akan
menyeksai segala kaum dalam negeri ini dan aku keluar dari negeri ini bahawa
engkau sertakah dengan aku atau tiadakah”. Kata perempuan yang celaka itu
“Sahaja berdusta engkau ini. Banyaklah sudah kulihat dustamu itu” maka
bersimpanlah nabi Luth setelah sudah maka kata nabi Luth “Apa daya hamba akan
keluar ini kerana pintu kota ini tertutup” maka ujar Jibril “Berpeganglah tuan
hamba sekelian kepada sayap hamba ini teguh-teguh kerana nabi Allaha Ibrahim
pun ada menanti tuan hamba di luar negeri ini”.
Hataya
maka berpeganglah nabi Allaha Luth dengan segala anaknya dan hamba sahayanya
kepada sayap Jibril A’layaha Al Salama. Maka di bawa Jibril lah keluar negeri
lalu kepada nabi Allaha Ibrahim. setelah bertemulah nabi Luth dengan Ibrahim
maka memberi salam kepada Ibrahim maka di sahut Ibrahim lalu berjabat tangan
keduanya dan berbuat ibadatlah keduanya pada malam itu kepada Allaha Taa’laya. Arakian
maka datanglah kepada waktu dinihari seperti firman Allaha Taa’laya Laqowalaha
Taa’laya Ana Mawaa’da Hama Al Shobaha Alayasa Al Shobaha Baqorayaba
Bahawasanya janji menyeksa mereka itu pada waktu subuh tiadakah waktu subuh itu
amat hampir akan datang pada ketika itu. Maka di angkat Jibril A’layaha Al
Salama dengan sayapnya lima buah negeri itu ke udara sekira-kira suara malaikat
yang di langit. Maka di hujan oleh segala malaikat akan segala mereka itu
dengan batu yang sudah tertunu kemudian maka di belah-belahkan oleh Jibril akan
bumi lima buah negeri itu lalu di buangkannya ke bawah maka matilah mereka itu
sekelian dengan seksa yang amat sangat.
Setelah
di lihat nabi Allaha Ibrahim dan nabi Allaha Luth hal yang demikian dari atas
bukit maka pengsanlah nabi Allaha Ibrahim dan nabi Allaha Luth lalu rebah maka
firman Allaha Taa’laya kepada batu “Hai batu, lembutkan dirimu kepada Ibrahim
dan Luth” maka segera di sapunya oleh Jibril dengan sayapnya udara kepada nabi
Allaha kedua itu maka sembuhlah nabi Ibrahim dan Luth daripada bahayanya. Maka ujar
Jibril “Tiadakah telah hamba kata kepada tuan hamba tiada dapat tuan melihat
seksa Allaha Taa’laya yang amat besar” maka bertanya nabi Allaha Ibrahim kepada
Jibril “Dari mana orang itu negerinya” maka ujar Jibril “Masuk ke dalam bumi
tiada berhenti turunnya” maka kata Ibrahim “Ya Jibril, jika ia berbuat benar
tiadakan demikian murka tuhan atasnya” maka ujar Jibril “Jikalau ada barang
seorang juapun berbuat benar di dalam antara banyak itu nescaya di peliharakan
akan tuhan seru alam sekeliannya daripada seksa itu”. Bermula tatkala hari kiamat adalah di dengar
segala khalayak suara riuh rendah bunyinya maka kata orang banyak bahawa itulah
kaum nabi Allaha Luth suara yang hebat itu telahnya jatuh ke dalam neraka
kerana seksa yang amat keras lagi amat besar kerana kaum itu sangat jahatnya daripada
segala makhluk yang lain.
Arakian
maka nabi Allaha Ibrahim dan nabi Luth pun sembahyang subuh setelah sudah maka
turunlah keduanya dari atas bukit itu. Maka kata nabi Allaha Ibrahim “Ya
saudara hamba Luth nabi Allaha, bermohonlah hamba kembali ke negeri tinggallah
tuan hamba” maka kata nabi Luth “Berhentilah tuan hamba barang dua tiga hari di
sini dahulu”. Kelakian maka berhentilah nabi Allaha Ibrahim di perjamu nabi
Luth akan dia. Setelah itu maka nabi Ibrahim pun berjalanlah pulang ke benua
Sham serta di hantar nabi Luth A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’laya
Ana
Abaraahayama Laawaaha Halayama Bahawasanya Ibrahim itu amat banyak
penglihatannya daripada segala yang ajaib-ajaib tanda kebesaran Allaha Taa’laya
lagi yang amat menyayang segala manusia.
Setelah
sampailah nabi Ibrahim ke negerinya maka masygullah ia dengan ibadat akan
Allaha Taa’laya maka puteri Sara pun hamillah. Setelah genaplah bulannya maka
beranaklah puteri Sara seorang laki-laki terlalu baik rupanya maka di namai
nabi Allaha Ibrahim akan anaknya itu Asahaqo (Ishak).
Sumber : Kitab Qoshosho Al Anabayaa
No comments:
Post a Comment