Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Al Baaba Al Saabaa’ Faya
Sharawatho Al Qoyaamata Wa Maa Yataa’laqo Bahaa
Bermula
bab yang ketujuh pada menyatakan alamat kiamat dan barang yang bergantung ia
dengan dia. Shahdan tersebut di dalam hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama bahawa tatkala di kehendaki Allaha Taa’laya akan membinasakan negeri
maka di seksanya segala isi negeri itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Ana Mana Qorayata Alaa Nahana Mahalakawahaa Qobala Al Qoyaamata Awa Maa’za
Bawahaa A’zaabaa Shadayadaa ertinya tiada suatu qorayata itu melainkan
kami membinasakan akan dia dahulu daripada hari kiamat atau kami azab akan dia
akan sebagai azab yang sangat.
Dan
adalah segala negeri yang di binasakan Allaha Taa’laya itu negeri Makah yang Masharafaha itu di binasakan Allaha
Taa’laya dengan kaum Habshah dan negeri Madayanaha
(Madinah) Maa’zhomaha itu di
binasakan Allaha dengan kelaparan dan negeri Bashoraha (Basrah) di binasakan Allaha Taa’laya dengan karam dan
negeri Kawafaha (Kufah) di binasakan
dengan sebab di alahkan oleh kaum Tarakaya
(Turki) dan negeri Aramanayaha
(Armaniah) di binasakan dengan lumpur dan rendah maka jadi limpahlah air ke
dalam negeri itu maka matilah segala isi negeri itu dan benua Khoraasaana (Khurasan) dan negeri Ashofahaana (Asfahan) dan negeri Faarasa (Paris) berbunuh-bunuhan mereka
itu sama sendirinya maka matilah mereka itu dan negeri Yamana di binasakan Allaha Taa’laya dengan belalang dan negeri Hanadasataana (Hindustan) di binasakan
dengan air sabaq dan negeri Anadalasa
(Andalus) iaitu benua maghrib di binasakan dengan kering air sungai dan negeri Mashora (Mesir) di binasakan dengan
tiada air sungai Nil.
Ketahui
olehmu bahawa alamat kiamat itu amat banyak yang menyampaikan akan dia oleh
setengah mereka itu kepada lima ratus maka terbahagi ia atas dua bahagi. Pertama
alamat yang kecil dan keduanya alamat yang besar maka alamat yang kecil itu
setengahnya bangkit nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kerana
sabda nabi A’layaha Al Salama Baa’tsata Anaa Wa Al Saaa’ta Kahaatayana Wa
Ashaara Ba Al Sabaabata Wa Al Wasathoya ertinya di bangkit akan daku
dan pada hal bermula kiamat itu seperti dua ini dan isyarat ia dengan telunjuk
dan jari tengah.
Dan
setengah daripadanya di ambilkan akan a’lama dengan mati ahlinya dan zahir
segala jahil dan banyak berzina dan berjual beli manusia dengan riba dan banyak
gempa bumi dan terlebih bulan dan di tegahkan segala syaitan daripada naik ke
langit dan mengamankan orang yang khianat dan khianat akan orang yang aman dan
banyak derhaka akan dua ibubapa dan menjadikan orang besar akan kanak-kanak dan
berpanjangan di dalam negeri dan banyak fasik segala negeri dan banyak fitnah
di dalamnya. Dan setengah daripadanya meminum arak dan banyak perempuan dan
sedikit laki-laki hingga adalah bagi lima puluh orang perempuan itu orang yang
memeliharakan laki-laki seorang jua dan setengah daripadanya maka memuliakan
yang hina. Telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa
Taqowama Al Saaa’ta Yakawana Asaa’da Al Naasa Ba Al Dayanaa Lakaa’ Abana Lakaa’
ertinya tiada berdiri kiamat hingga adalah manusia dengan dunia itu
menjahat-jahat daripada anak yang jahat yakni demikian itu yang hina daripada
segala manusia.
Dan
telah menyebut oleh Al A’raafa Al
Shaa’raanaya berkata ia telah meriwayat oleh Taramazaya daripada Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha berkata
ia bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Apabila berbuat umatku lima
belas perkara nescaya turun dengan dia oleh bala” di kata orang “Dan apa ia ya
rasul Allaha”. Maka sabdanya Azaa Kaana Al Maghonama Dawalaa Wa Al
Amaanata Maghonamaa Wa Al Zakaata Maghoramaa Wa Athoaa’ Al Rajala Zawajataha Wa
A’qoamaha Wa Hafaa Abaaha Wa Aratafaa’ta Al Showaata Faya Al Masaajada Wa Kaana
Zaa’yama Al Qowama Arazala Hama Wa Akarama Al Rajala Makhoafata Sharaha Wa
Sharabata Al Khomara Wa Labasa Al Harayara Wa Atahazata Al Fayanaata Wa Al
Maa’arafa Wa Laa’na Akhora Hazaha Al Amata Awa Lahaa Falayara Taqobawaa A’nada
Zalaka Rayahaa Hamaraa Awa Khosafaa Awa Masakhoa ertinya apabila adalah
ghonimah itu di ambil oleh raja-raja dan harta amanah itu jadi rampasan dan
harta zakat itu di bilang akan rugi dan taat laki-laki akan isterinya dan
derhaka ia akan ibunya dan mensia-sia ia akan bapanya dan mengangkatkan
suaranya di dalam masjid dan adalah orang besar segala kaum itu kurang-kurang
daripada mereka itu dan di muliakan laki-laki itu kerana takut akan
kejahatannya dan di minumkan arak dan memakai akan sutera dan di ambilkan akan
perempuan yang bernyanyi dan memalu palu-paluan dan melaknat oleh yang akhir
daripada umat ini akan yang awalnya. Maka hendaklah menanti oleh mereka itu
pada ketika demikian itu angin yang merah atau tersalam bumi atau mansuh jadi
binatang.
Dan
di tambahkan pada riwayat yang lain atas lima belas itu iaitu dan menuntut ilmu
kerana bukan mendiri akan agama dan penghulu kabilah itu orang fasik daripada
mereka itu dan adalah zaa’yama segala kaum itu orang yang kurang-kurang
daripada mereka itu. Dan pada suatu riwayat daripada Abaya Al A’alayata tiada
berdiri kiamat itu hingga berjalan Iblis laa’nata Allaha pada segala jalan dan
pada segala pekan dan berkata ia “Telah mekhabarkan akan daku oleh si anu
daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan bagian dan
bagian” pada hal mengada-ngada dan dusta.
Dan
setengah daripada alamat kiamat itu zalim segala hukum dan tiada baik pada
segala hukum dan banyak segala harta mazholamaha
dan orang yang mengerjakan dosa dan sedikit amanah dan banyak khianat dan
sedikit a’lama dan banyak jahil. Maka tersebut di dalam hadis bahawasanya
Allaha Taa’laya tiada mengambil ia akan ilmu itu meninggal daripada hati
seorang dan tetapi dengan sebab mati a’lama hingga apabila tiada tinggal orang
yang alim, mengambil oleh manusia itu akan orang yang jahil maka mafatawaya oleh mereka itu dengan tiada
pengetahuan maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia.
Dan
setengah daripadanya tiada laku perjualan pekan dan sedikit berkat pada segala
rezeki dan banyak mengadu daripada segala manusia sedikitlah orang yang engkau
dapat akan dia melainkan dan zahir bagi engkau mengadu dan pada hal ada di
sisinya barang yang memadai ia akan dia. Dan setengah daripadanya banyak riba
dan mahsyurnya pada berjual beli maka engkau dapat pada gholib akan orang yang
fasik yang memberi untung ia sepuluh dengan bayar lima belas dan barang yang banyak
ia dan barang yang sedikit ia. Maka tersebut di dalam hadis tiada berdiri
kiamat dan atas muka bumi itu rumah melainkan dan di dalamnya itu riba, jika
tiada mengenai ia akan dia daripadanya nescaya mengena ia akan dia daripada
debunya atau daripada sahabatnya atau taulannya atau kerabatnya.
Dan
setengah daripadanya mengambil Qoraana
itu buat nyanyi yang bernyanyi ia dengan dia di dalam Shodara Majalasa yakni
majlis yang atas-atas dan di dalam pekan dan di dalam tempat Qohaawaya. Dan setengah daripadanya
meramaikan tempat Qohaawaya terlebih
banyak daripada masjid yang ialah yang tempat ibadat dan zikir dan faedah agama
dan tempat Qohaawaya itu tempat
mengumpat dan mengadu-ngadu dan tempat segala yang fasad. Dan setengah
daripadanya barang yang membaharu-baharu pada zaman ini daripada meminum asap
maka bahawasanya bidaah yang keji pada sekelian agama dari kerana bahawasanya
melalaikan daripada zikir Allaha Al
Wahada Al Dayaana. Dan telah berkata Mahaqoqo
Al A’laamata Al Amayara pada kitab majmuknya bermula Qohaawaya dan dakhoana
(asap) itu mendatangi akan keduanya itulah beberapa hukum yang lima sekira-kira
ehwal manusia pertama haram dan kedua wajib dan ketiga makruh dan keempat sunat
dan kelima harus dan tiada menafikan keadaannya bidaah setengah daripada alamat
kiamat.
Dan
setengah daripadanya mengambil sorongan atas hukum hingga jikalau datang oleh
dua orang yang berdakwa kepada hakim, seorang atas sebenarnya dan yang satu
lagi itu atas bathil maka menjanji akan dia oleh yang bathil itu dengan rasuah
yakni sorongan bagi harta sertanya dan meninggal yang sebenar itu nescaya
memperbuat oleh hakim itu. Dan atas inilah hadis bermula qadhi itu tiga bahagi
satu qadhi di dalam syurga dan dua qadhi di dalam neraka. Adapun qadhi di dalam
syurga itu iaitu yang alim ia dan menghukum dengan pengetahuannya dan dua qadhi
di dalam neraka itu pertama alim ia dan hukum ia dengan mengikut hawa nafsu dan
satu lagi itu yang jahil ia dan menghukum ia dengan jahilnya inilah alamat yang
kecil.
Adapun
alamat yang besar itu sepuluh perkara seperti telah berkata Sheikh Ahamada Al
Nafaraawaya atas risalatnya bagi kiamat itu beberapa alamat yang wajib beriman
dengan dia. Dan iaitu atas dua bahagi pertama Kabaraya dan keduanya Shoghoraya
maka yang Shoghoraya itu telah lalu
dan yang Kabaraya itu sepuluh yang
muafakat a’lama itu lebih lima perkara. Pertama keluar Dajaala dan kedua turun nabi A’yasaya abana Marayama daripada
langit yang kedua dan ketiga keluar Daabata
Al Aradho dan keempat keluar Yaajawaja
Wa Maajawaja dan kelima naik matahari daripada pihak maghribnya. Dan lima
perkara ikhtilaf padanya pertama tersalam bumi dengan masyrik dan tersalam
dengan maghrib dan tersalam dengan jazirah A’rab dan asap dengan negeri Yaman
dan api keluar ia daripada telaga negeri A’dana berjalan ia serta manusia
sekira-kira berjalan mereka itu dan berkata ia serta mereka itu sekira-kira
berkata mereka itu hingga menghalau ia akan mereka itu kepada padang Mahashara.
Dan
bersalahan a’lama pada zahir Safaanaya (Safiyani) maka di kata setengah
daripada alamat Kabaraya dan hendaklah kami memulai dengan menyebutkan Safiyani
maka kami kata bahawasanya laki-laki daripada zuriat Abaya Safayaana bana
Haraba Al Amawaya zahir ia dengan negeri Yaman, berjalan ia dengan manusia akan
perjalanan yang baik hingga bahawa zahir pekerjaannya dan telah tetap
kelakuannya. Kemudian berbalik ia atas segala manusia dengan celaka maka
membunuh ia akan ahli pekan dan menghina ia dengan orang yang sholeh-sholeh dan
segala a’lama yang besar-besar. Dan menjalan ia pada manusia akan sebagai jalan
yang jahat dan keluar ia dengan tentera yang amat banyak lagi mengejuti hingga
sampai berkesudahan kepada negeri Sham dan berhimpun atasnya beberapa kabilah
yang di namakan dia Bani Kalaba serta
saudaranya.
Bermula
mereka itu terlebih banyak manusia bilang-bilangannya dan tersebut di dalam
tazkirah Al Qorathobaya (Al Qurtubi) membangkit
oleh Safiyani itu akan rakyat kepada negeri Kufah padanya lima belas ribu orang
berperang berkuda dan membangkit ia akan tentera yang lain pula kepada Makah kerana
berperang akan Amama Mahadaya (Mahdi) dan akan orang yang
mengikut akan dia. Maka adapun tentera yang pertama maka bahawasanya sampai ia
kepada Kufah dan mengalah ia atas negeri Kufah dan menawan ia akan orang yang
ada padanya daripada segala perempuan dan segala kanak-kanak dan membunuh ia
akan segala laki-laki yang baligh dan mengambil ia akan barang yang di dapat ia
akan dia padanya daripada segala harta kemudian kembali oleh tentera itu maka
jadi gempalah dengan masyrik. Maka mengikut akan mereka itu oleh seorang amir
daripada segala Amaraa Banaya Tamayama (Penghulu Bani Tamim) di
kata orang baginya Shaa’yaba bana Shoalaha maka melepas oleh Safiyani itu akan
barang yang di dalam tangan mereka itu daripada tawanan dan kembali ia akan dia
kepada Kufah.
Dan
adapun tentera yang kedua yang di bangkit oleh Safiyani itu maka bahawasanya
sampai ia kepada Madinah maka berperang oleh mereka itu akan ahli Madinah tiga
hari kemudian masuk oleh mereka itu akan dia akan lemah dan alah menawan oleh
mereka itu akan barang yang di dalamnya daripada ahli dan anak-anak. Kemudian
berjalan mereka itu pada pihak Makah kerana berperang Imam Mahdi dan orang
sertanya maka tatkala sampai mereka itu kepada Bayadaa iaitu tempat antara Madinah dan Makah nescaya mansuh akan
mereka itu oleh Allaha Taa’laya sekeliannya dan bermula demikian itulah firman
Allaha Taa’laya Walawa Taraya Aza Fazaa’waa Falaa Fawata Wa Akhozaa Mana Makaana
Qorayaba ertinya jika engkau lihat ya Mahamada pada ketika mereka itu
terkejut mereka itu maka tiada luput seorang jua pun dan di ambil akan mereka
itu daripada tempat yang hampir.
Telah
berkata Al A’arafa Al Shaa’raanaya dan di namakan Safiyani itu A’rawata bana Mahamada Al Safayaanaya (Arawat
bana Muhammad Al Safiyani) telah berkata Shaa’ranaya dan tersebut dalam hadis
bahawa Hazayafaha radhoya Allaha a’naha berkata ia “Ya rasul Allaha, betapa
halal membunuh akan mereka itu bermula mereka itu muslimun lagi mentauhidkan
Allaha Taa’laya” maka bersabda nabi Sholaya Allaha A’kayaha Wa Salama “Hanya
iman mereka itu atas murtad”. Telah
berkata Al A’arafa Al Shaa’raanaya dan dari kerana bahawa mereka itu Khowaaraja dan berkata mereka itu dengan
ijtihad mereka itu bahawa arak itu halal dan serta demikian itu bahawasanya
mereka itu berperang mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Anamaa
Jazaa Alazayana Yahaarabawana Allaha Al Ayaata hanya sungguhnya balas
segala mereka itu yang perang oleh mereka itu akan Allaha hingga akhir ayat.
Kemudian
di sebut di dalam hadis yang lain pula pada membayaat Al Mahdi bahawa Mahdi itu
berkata ia “Hai segala manusia, keluarlah kamu kepada berperang akan seteru
Allaha dan seteru kamu” maka di perkenankan oleh mereka itu akan dia dan tiada
derhaka mereka itu baginya akan suatu suruhnya maka keluar Mahdi dan orang yang
sertanya daripada muslimin daripada Makah kepada Sham kerana berperang akan
Arawat bana Muhammad Al Safiyani dan orang yang sertanya daripada bani Kalaba
dan bagi Imam Al Sayawathoya pada barang yang bergantung dengan Mahdi hingga
bahawa berkata ia “Adapun Al Safiyani maka di bangkitkan kepada Makah akan
tentera daripada Sham maka terkelam dengan mereka itu dengan tempat yang
bernama Bayadaa. Maka tiada lepas
daripada mereka itu melainkan seorang jua yang mekhabarkan kepada Safiyani
bahawa segala askar itu sudah binasalah”.
Maka
tatkala mendengar Safiyani akan kata laki-laki itu maka iapun menghimpun segala
askar lalu berjalan ia berhadap kepada Makah dan berjalanlah Imam Mahdi itu dengan segala orang yang
sertanya berhadap kepada Safiyani maka berperanglah Mahdi itu dengan Safiyani
itu maka dengan takdir Allaha adalah penolong bagi Imam Mahdi maka Safiyani pun
pecahlah perangnya dan di sembelih orang akan Safiyani itu dan iaitu laki-laki
daripada anak Khoalada bana Yazayada abana Abaya Safayaana, tambung tubuhnya dengan
mukanya bekas cacar dan dengan matanya fasik putih, keluar ia daripada pihak
negeri Damsyik dan kebanyakan orang yang mengikut akan Safiyani itu daripada
bani Kalaba berbuat ia akan orang yang berbuat dan membunuh ia akan kabilah
Qoyasa maka menyenang oleh Allaha Taa’laya akan segala muslimin daripadanya
dengan sebab zahir Imam Mahdi.
Dan
setengah riwayat bahawasanya Safiyani itu di beri kelam dengan dia serta
askarnya dengan tempat yang bernama Bayadaa
telah menakal akan dia oleh alamat Al Nafaraawaya daripada tafsir Nasafaya maka
mudah-mudahan merada dengan kena sembelih Safiyani itu daripada riwayat Al
Sayawathoya Al Zaharaya yang iaitu adalah amir daripada pihaknya dan yang
demikian itu dari kerana bahawasanya di sebut daripada Nasafaya bahawa segala
sahabat Al Safiyani itu adalah ia tiga faraqah, satu faraqah tinggal ia dengan
negeri Kufah dan satu faraqah berjalan ia pada pihak Al Saraya dan satu faraqah
datang ia akan Madinah dan atas mereka itu seorang laki-laki daripada bani
Zaharaha. Maka mahashora oleh mereka
itu akan ahli Al Madinah maka membunuh ia di dalam Madinah itu akan sebagai
bunuh yang amat banyak hingga sampai darahnya akan kepala yang kena potong. Dan
membunuh ia daripada ahli bayata rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
iaitu seorang laki-laki dan seorang perempuan dan nama laki-laki itu Mahamada dan nama perempuan itu Fathomaha dan menilik oleh mereka itu
akan keduanya padahal bertelanjang keduanya.
Maka
pada ketika demikian itulah bersangatan marah Allaha Taa’laya atas mereka itu
dan sampailah wali Allaha Imam Mahdi maka keluar ia di dalam tiga puluh
laki-laki. Maka sampai khabarlah akan segala orang yang mukmin oleh keluar
Mahdi itu maka datanglah mereka itu akan Imam Mahdi itu daripada sekelian pihak
negeri dan rindu mereka itu kepada Mahdi itu seperti rindu unta kepada anaknya
hingga bahawa berkata oleh orang yang empunya cerita ini maka apabila selesai
ia daripada mebayaah akan manusia itu membangkit ia akan beberapa kuda kepada
Madinah. Atas mereka itu seorang laki-laki daripada ahli bayatanya maka
berperang ia akan Zaharaya maka terbunuh daripada tiap-tiap dua faraqah akan
sebagai bunuh yang banyak dan memberi rezeki Allaha Taa’laya akan walinya akan
mendapatkan kemenangan maka di bunuhkan akan Al Zaharaya dan di bunuhkan segala
sahabatnya maka rugilah pada hari itu orang yang rugi daripada ghonimah bani
Kalaba dan jikalau dengan tali sekalipun.
Maka
apabila sampai khabar akan Safiyani daripada demikian itu keluarlah ia daripada
negeri Kufah di dalam tujuh puluh ribu askarnya hingga apabila sampai akan Bayadaa oleh askarnya dan ia berkehendak
akan perang wali Allaha dan akan meroboh akan Bayata Allaha tiba-tiba antara
demikian itu dengan Bayadaa.
Tiba-tiba seorang laki-laki berkuda
daripada askarnya maka keluar laki-laki itu pada menuntut akan Safiyani. Dan
telah di bangkit oleh Allaha Taa’laya akan Jibril maka memukul ia akan bumi itu
dengan kakinya maka di tenggelam oleh Allaha A’za Wa Jala dengan Safiyani dan
segala sahabatnya dan kembali laki-laki itu mendatang ia akan kudanya maka
berhadap akan dia oleh Jibril maka bertanya oleh laki-laki itu “Apa gempa ini
di dalam askar” maka lalu memukul akan dia oleh Jibril dengan sayapnya maka
berpaling mukanya ke belakang pada tempat tengkoknya maka berjalan ia undur
belakang. Wa Allaha Aa’lama.
Sumber : Kitab Kashafa Al Ghoyabayaha (Kashaf Al Ghaib)
No comments:
Post a Comment