Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Fasal pada menyatakan Dajaala (Dajal). Ketahui olehmu
bahawasanya mereka itu bersalah-salahan pada tempat keluar Dajal itu. Maka
telah berkata suatu kaum keluar ia daripada pihak masyrik daripada bumi
Khurasan dan berkata satu tuhfat keluar ia daripada pihak yahudi negeri Asfahan
dan berkata satu kaum keluar ia daripada bumi Kufah dan bersalah-salahan pada
orang yang mengikutnya maka kaul yahudi dan segala perempuan yang berzina dan
segala anak-anak mereka itu ertinya segala anak zina maka kaul yang kebanyakan
mengikutnya yahudi. Telah berkata arif Al Shaa’raanaya di riwayatkan bahawa seorang
laki-laki datang ia akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka sembah ia
“Ya rasul Allaha, khabarkan olehmu akan daku daripada Dajal. Adakah daripada anak
Adam ia atau daripada anak Iblis” maka sabdanya “Ia daripada anak Adam dan
ibunya daripada Iblis dan ia daripada agama kamu”. Hai segala jemaah yahudi dan
inilah memberi faedah ia akan bahawa orang bertanya itu yahudi.
Dan telah berkata Al Arif pula telah
berkata setengah a’lama bahawa Dajal itu tiada beranak dan lagi di peranakkan
dia pada akhir zaman. Telah berkata Al Qurtubi rahamata Allaha Taa’laya pula
yang pertama itu yang
sahnya
iaitu Dajal itu sudah di peranak orang akan dia yakni wujud daripada zaman nabi
A’layaha Al Solaata Wa Salama
dan telah berkata Al Arif pula dan sungguhnya bersalahan
segala manusia daripada pekerjaannya Dajal akan sebagai ikhtilaf yang amat
banyak kerana barang yang jatuh atas dua tangannya daripada segala perkara yang
mencarikkan adat yang bernafi hal kedaifan serta bahawasanya ia sangat
mendusta. Telah berkata setengah a’lama dan yang di sisiku bahawasanya fitnah
yang mencuba oleh Allaha dengan dia akan segala hambanya yang mukmin maka di
binasakan Allaha akan orang yang binasa ia daripada nyata-nyata dan mehidup ia
akan orang yang hidup daripada nyata-nyata sungguhnya di cuba oleh Allaha akan
kaum Musa pada zamannya dengan anak lembu maka boleh fitnah dengan dia oleh
segala kaumnya maka binasalah mereka itu dan lepas oleh orang yang di tunjuk
akan dia oleh Allaha dan memelihara ia akan dia daripada mereka itu. Inilah
sekeliannya di binakan atas kaul yang sah daripada wujudnya di dalam zaman
hidup nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada bahawasanya lagi akan
beranak pada akhir zaman.
Telah berkata Wahaba bermula alamat
keluarnya itu bahawa bertiup angin yang sangat keras seperti barang yang
bertiup ia pada hari A’ad dan alamat yang demikian itu meninggal oleh manusia
itu berbuat kebajikan dan meninggal mereka itu akan menyuruh dengan maaruf dan
meninggalkan menegah daripada mungkar dan menumpah darah, menghalalkan zina dan
meminum arak dan masygul segala laki-laki bermain liwat dengan laki-laki
seperti berbuat liwat. Maka pada ketika demikian itulah keluar Dajal atas hamar
yang buta mata lagi keji muka, panjang hidungnya lagi terpotong ekornya tengkok
belakangnya keluar daripada Dajal itu segala ular dan kala sertanya sekelian
alat senjata dan memanjang ia akan tangannya mencapai ia akan awan dan
mengharung ia akan laut daripada panjangnya dan tiada mengikut akan dia
daripada segala binatang melainkan hamar dan kebanyakan tenteranya itu segala
anak zina dan ahli Al A’dhoba dan orang yang celaka dan tukang sihir.
Dan adapun segala orang yang mukmin
maka jadi mereka itu di dalam kedukaan dan kepicikan dan kerunsingan kerana
meninggal mereka itu masjid dan diam mereka itu di dalam rumah mereka itu
daripada kerana kafir ini. Bermula matahari itu naik di dalam demikan hari itu
atas beberapa warna yang bersalahan sekali merah dan sekali putih dan sekali
hitam dan sekali kuning dan bumi itu bergerak dan segala muslimun sabra mereka
itu hingga mendengar mereka itu dengan datang Mahdi maka suka mereka itu dengan
datangnya. Dan tersebut di dalam risalat Al Sheikh Shobaana di dalam Masanada
Ahamada daripada hadis jabar keluar Dajal di dalam masa ringan daripada agama
dan membelakangkan daripada ilmu empat puluh malam meratakan pada segala bumi.
Bermula sehari daripadanya seperti
setahun dan hari yang kedua daripadanya seperti sebulan dan hari yang ketiga
daripadanya seperti satu jumaat dan bermula segala harinya itu seperti kamu
inilah dan baginya hamar yang mengendera ia akan dia. Bermula barang yang
antara dua telinga itu empat puluh hasta maka berkata ia bagi segala manusia
“Aku tuhan kamu” dan padahal tuhan kamu itu tiada buta tersurat antara dua
matanya itu kafir, membaca akan dia oleh tiap-tiap mukmin yang menyurat dan
yang tiada menyurat datang ia akan tiap-tiap air dan segala jalan melainkan
Madinah dan Makah telah menegah akan keduanya oleh Allaha Taa’laya atasnya dan
telah berdiri segala malaikat dengan pintu keduanya dan serta beberapa bukit
daripada roti.
Bermula segala manusia itu di dalam
kelaparan melainkan orang yang mengikut ia akan dia dan sertanya dua sungai,
sabdanya “Aku yang terlebih mengetahui dengan keduanya itu daripada Dajal itu”
satu sungai di katakan syurga dan satu sungai di katakan neraka maka barang
siapa masuk ia akan dia yang di namakan ia akan dia akan syurga itu maka iaitu
di dalam neraka kepada hari akhirat dan barang siapa yang memasuk ia akan dia
yang di namakan ia akan dia akan neraka itu maka iaitu di dalam syurga pada
hari akhirat. Bersabda ia dan bangkitlah sertanya beberapa syaitan yang
berani-berani dan sertanya fitnah yang amat besar yang menyuruh ia akan langit
itu hujan maka hujan ia pada barang yang melihat oleh manusia dan membunuh ia
akan nyawa dan menghidup ia akan dia maka berkata ia “Adakah berbuat seumpama
ini melainkan tuhan” maka lagi segala manusia kepada bukit Al Dakhoana dengan dengan
negeri Sham, di hadir ia akan mereka itu bersangatan kena hadir mereka itu.
Dan tersebut di dalam riwayat bahawa
Dajal itu keluar ia daripada negeri Ashobahaana
dan sertanya sembilan puluh ribu daripada yahudi dan ialah yang terlebih sangat
fitnah atas segala manusia namanya Masayaha
dengan Ha yang tiada bertitik kerana bahawasanya merata akan ia akan muka bumi
di dalam empat puluh hari dan di namakan pula dengan Masayakho dengan Kho yang bertitik kerana bahawasanya hilang salah
suatu daripada dua matanya dan tiada tetap butanya maka terkadang pada mata
kanan dan terkadang pada mata kiri dan baginya beberapa bukit daripada biji-bijian
makan hingga kenyang dan sertanya rupa syurga dan sertanya rupa neraka maka
neraka itu syurga dan syurga itu neraka yakni orang yang masuk neraka Dajal itu
masuk syurga akhirat dan orang yang masuk syurga Dajal itu masuk ia neraka
akhirat. Menyuruh ia akan bahawa langit itu hujan maka hujan ia dan menyuruh
akan bumi itu bahawa tumbuh maka tumbuh ia masak ia akan sekelian bumi
melainkan Bayata Al Maqodasa dan Makah dan Madinah dan Jabal Thowara. Keluar
baginya oleh seorang laki-laki daripada ahli Madinah maka berkata Dajal itu
bagi laki-laki itu “Adakah engkau beriman dengan daku” maka jawab ia “Tiada aku
beriman” maka di suruh bunuh ia akan dia. Kemudian maka menghidup ia akan dia
dan berkata ia baginya “Adakah engkau beriman akan daku” maka jawab ia “Tiada
aku beriman, tiada bertambah aku pada engkau melainkan yakin pada engkau ini
dusta” maka mencampak ia akan dia ke dalam api maka jadilah ia atasnya syurga.
Kata Qoyala bahawasanya laki-laki itu ialah Khodhora (Khidir) dan sahihnya
bahawasanya lain daripada Khidir dan tiada mengerasi ia atas yang lainnya.
Bermula awal hari daripada segala hari itu seperti setahun dan satu hari
seperti sebulan dan satu hari seperti sejumaat dan yang tinggal daripada segala
hari itu seperti hari kami inilah sembah mereka itu “Ya rasul Allaha, apa kami
berbuat pada segala hari yang panjang ini” sabdanya “Kira-kirakan olehmu
baginya akan segala waktu itu dengan ijtihad kamu kerana ibadat dan dengan di
sandarkan kepada baghowaya”.
Cerita daripada Asamaa banata Yazayada
Al Anashoaraya berkata ia “Adalah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di
dalam rumahku pada satu hari maka menyebut ia akan Dajal maka sabda ia “Bahawa
dahulu daripadanya itu tiga tahun di tahankan hujan daripada langit, tahun yang
pertama di tegahkannhujan daripada lagi itu satu tsalatsa hujan dan bumi itu
satu tsalatsa tumbuh-tumbuhannya dan tahun yang kedua di tegahkan langit dua
tsalatsa hujannya dan bumi di tegahkan dua tsalatsa tumbuh-tumbuhan dan tahun
yang ketiga di tegahkan langit sekali-kali tiada hujan dan bumi tiada tumbuh
sekali-kali maka tiada tinggal segala yang mempunyai kuku yang pecah dan tiada
yang tinggal segala yang mempunyai kuku yang tiada pecah daripada segala
binatang melainkan binasa ia.
Dan bahawasanya setengah daripada
sangat fitnah itu bahawa datang A’rabaya maka berkata Dajal itu baginya
“Khabarkan olehmu akan daku jika aku hidupkan bagi engkau akan unta engkau,
adakah engkau ketahui bahawa aku itu tuhan engkau” maka sahut laki-laki itu “Bahkan”
maka di rupakan ia bagi laki-laki itu umpama untanya terlebih elok ia barang
yang ada dahulunya nisbah yang susunya dan tambungnya. Dan datang laki-laki
yang lain pula sungguhnyalah telah mati saudaranya dan bapanya maka berkata
Dajal itu “Khabarkan olehmu akan daku jika aku hidupkan bagi engkau akan bapa
engkau dan saudara engkau, adakah tiada engkau ketahui bahawasanya aku itu
tuhan engkau” maka berkata ia “Bahkan” maka merupa baginya oleh syaitan umpama
saudaranya dan bapanya.
Kemudian keluar nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama kerana hajatnya kemudian kembali ia bermula kaum itu di
dalam dukacita daripada barang yang mencerita ia akan mereka itu dengan dia
maka bersabda ia “Jika keluar ia dan aku di dalam kamu maka aku mejajahkan akan
dia dan jika tiada aku di dalam kamu maka bahawasanya tuhanku itu mengganti ia
akan daku atas tiap-tiap orang yang mukmin”. Telah berkata Asamaa “Maka aku
kata ya rasul Allaha, bahawa kami itu kami ajaibkan akan sebagai ajaibnya maka
tiada kami buat roti akan dia hingga kami lapar betapa dengan orang yang
mukmin” maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha WA Salama “Memadai ia akan
mereka itu oleh barang yang memadai ia akan ahli langit daripada tasbih dan
taqdisnya”.
Dan bersalahan a’lama pada namanya
maka telah berkata kaum iaitu Shoafa bana Shoada yang bangsa yahudi di
peranakkan dia pada zaman nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan di riwayat
bahawasanya namanya A’bada Allaha dan adalah ia bermain-main serta kanak-kanak
maka bersabda nabi baginya “Adakah engkau naik saksi bahawa aku ini rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama” maka berkata Dajal “Adakah engkau
naik saksi bahawa aku ini rasul Allaha”. Berkata Qoyala bahawasanya yahudi
namanya Shoyaada diam ia empat puluh
tahun tiada beranak isterinya. Maka kemudian daripada itu maka beranak ia akan
Dajal maka sampailah sabda marasalayana
pekerjaannya. Maka berjalan nabi A’layaha Al Salama kepadanya dan berselindung
ia dengan pelepah tamar dan berhimpun ia daripadanya dan orang yang sertanya
daripada segala sahabatnya hingga sampai ia kepadanya.
Maka menyeru akan dia oleh ibunya “Ya
Shoafa, ini Mahamada di sisi kepala engkau” maka bersabda baginya oleh rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Adakah engkau beriman dengan daku”
maka berkata ia “Tiada engkau rasul yang Amayana” maka bersabda baginya oleh rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Sungguhnya aku bilangkan bagi engkau
akan pekerjaan” maka berkata Dajal “Al Dakho Al Dakho” yakni asap-asap maka
bersabda baginya oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Jauh olehmu dan
tiada ketinggian kadar engkau dan maknanya bahawa nabi Sholaya Allaha A’layaha
Wa Salama sungguhnya telahnmenyembunyi ia baginya pada dirinya. Firman Allaha
Taa’laya Faarataqoba Yawama Taataya Al Samaa Badakhoana Mabayana ertinya
maka nantikan olehmu pada hari yang datang oleh langit itu dengan asap yang
amat nyata kerana dakwanya mengetahui ia akan yang ghaib-ghaib maka tiada
mengetahui ia dan hanya berkata ia Al Dakho (asap).
Bermula yang demikian itu menyemburi
baginya daripada syaitan kerana keadaan mereka itu mencampak oleh mereka itu
kepadanya akan setengah perkataan tetapi jika engkau kata bahawasa nabi Allaha
itu maksum daripada menilik oleh syaitan atas barang yang di dalam rahsianya.
Telah menjawab daripada yang demikian itu oleh beberapa syarah hadis dengan
bahawa rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama mekhabari akan segala
mereka itu yang sertanya daripada sahabat dengan bahawasanya menyembunyi ia
pada dirinya baginya akan ayat ini maka faham olehmu syaitan itu daripada
sahabat tiada daripada nabi dan mencampak oleh syaitan itu akan dia atas Dajal
itu maka tiada faham Dajal itu melainkan katanya Al Dakho yakni asap maka
kerana demikian itulah sabda baginya oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama akan barang yang telah dahulu
itu. Maka berkata Sayadana A’mara radhoya Allaha a’naha “Aku bunuh akan dia ya
rasul Allaha” maka bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Tinggal
olehmu akan dia jika ada ia Dajal maka tiada dapat mengerasi oleh engkau atasnya
dan jika tiada ia Dajal maka tiadalah kebajikan bagi engkau pada membunuh akan
dia”.
Telah berkata alamat Shajaaa’ya dan tersebut di dalam Anakara Maanaya bahawasanya nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama hanya bersabda jika ada ia Dajal dari kerana
bahawasanya pada ketika demikian itu tiada ada ia waadhoha baginya pekerjaan. Dan tersebut di dalam Qosatholaanaya bahawasanya laki-laki ini
berkahwin ia dan di peranakkan baginya dan masuk ia akan Makah dan Madinah dan
Asalama ia dan mati ia pada hal muslim dengan lathofa ertinya maka ia bukan Dajal yang lagi akan datang akhir
zaman.
Kemudian mendoa nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama akan Allaha Taa’laya bahawa di angkatkan ia akan dia
daripada negeri Hajaaza maka mengangkatkan ia akan dia kepada satu pulau
daripada segala pulau laut hingga sampai waktu keluarnya dan menunjukkan ia
bagi demikian itu barang yang riwayat daripada Faathomaha banata Qoyasa berkata
ia bahawa Tayamaa Ladaaraya bercerita
akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bahawasanya mengendera ia akan
kapal yang berlayar pada laut serta tiga puluh laki-laki daripada ahli Al Sham
di dalam perjalanan daripada orang yang terpotong anggota dan jazam maka
bermain dengan mereka oleh ombak satu bulan di dalam laut maka mendiami oleh
mereka itu kepada jazirah maka masuk mereka itu padanya maka berjumpa akan
mereka itu oleh binatang sangat banyak bulunya tiada di kenal mereka itu
hadapannya daripada belakangnya sebab banyak bulunya.
Berkata mereka itu “Ajaib engkau, apa
engkau ini” maka berkata ia “Aku Jasaasaha”
berkata mereka itu “Maka khabarkan olehmu akan kami” maka jawab ia “Tiada aku
mekhabarkan akan kamu tetapi pergi oleh kamu akan seorang pada fawanaqo ini. Maka bahawasanya kepadanya
melihat akan kamu itu dengan terlebih rindunya”. Berkata mereka itu maka
tatkala menyebut oleh binatang itu akan seorang laki-laki itu maka terkejut
oleh kami itu daripadanya bahawa ada ia syaitan. Maka berjalan kami hingga
masuk kami akan fawanaqo yakni rumah
tempat yahudi bertapa maka tiba-tiba di dalamnya itu seorang laki-laki yang
amat besar kami lihat akan dia akan seorang makhluk di dalam bersangat terikat
di himpunkan dua tangannya kepada tengkoknya barang yang antara dua lututnya
hingga kepada dua mata kakinya itu rantai dengan besi.
Kami kata “Ajaib engkau, siapa engkau”
berkata orang besar itu “Sungguhnya kuasa kamu atas khabar akan daku maka kata
oleh kamu akan daku siapa kamu”. Maka berkata mereka itu “Bermula sekelian kami
ini manusia daripada A’rab mengenderai kami akan perahu bahariah maka memain
dengan kami oleh ombak satu bulan maka kami masuk pulau ini maka kami berjumpa
akan binatang yang banyak bulu maka berkata ia aku Al Jasaasaha sahaja oleh
kamj kepada laki-laki yang di dalam fawanaqo
ini maka kami berhadap kepada engkau padahal bersegera” maka berkata orang besar
itu “Khabarkan oleh kamu akan daku daripada pohon kurma yang bernama Shanaana itu adakah berbuah ia” kami kata
“Bahkan”. Berkata ia “Ketahui oleh kamu bahawasanya lagi akan hampir bahawa
tiada berbuah ia”.
Berkata ia “Khabarkan oleh kamu akan daku
daripada negeri Bahayarata Thobarayaha adakah padanya air” kami
kata “Ia amat banyak airnya”. Berkata ia “Ketahui oleh kamu bahawa airnya itu hampir
bahawa hilang ia”. Berkata ia “Khabarkan oleh kamu akan daku daripada mata air Zaa’raayata yakni nama bagi tempat yang
sedikit tumbuh-tumbuhan. Adakah pada mata air itu airnya dan adakah yang
bertanam-tanam zaraa’ oleh ahlinya
dengan air a’yana itu” kami kata “Bahkan, ia banyak air dan ahlinya berzaraa’
mereka itu daripada airnya”. Berkata ia “Khabarkan oleh kamu akan daku daripada
nabi yang Amayana apa yang berbuat ia”.
Kami kata “Sungguhnya keluar ia daripada Makah dan berhenti ia di Madinah”
berkata ia “Berperang akan dia oleh kaum A’rab” kami kata “Bahkan”. Berkata ia “Betapa
ia berbuat dengan mereka itu” maka kami khabar akan akan dia “Bahawasanya hanya
sungguhnya telah zahir ia atas orang yang mengiringi ia akan dia daripada A’rab
maka taat mereka itu akan dia” dan “Bahawa aku mengkhabarkan kamu daripada
diriku ini bahawa aku inilah Al Masayaha
Al Dajaala. Hampir-hampir bahawa di izinkan bagiku pada keluar maka aku
keluar dan aku meratakan pada segala bumi maka tiada aku tinggal akan satu
qoriah melainkan aku binasakan dia di dalam empat puluh malam melainkan Makah
dan Madinah” maka bermula keduanya itu di tegahkan keduanya atasku Anatahaya”.
Shadan adalah segala Asalama itu sangatlah
susah di dalam kesakitan daripada bahaya Dajal dengan kesakiran yang amat
sangat lalu keluarlah mereka itu daripada negerinya masing-masing bersegera
kepada pihak negeri berdahulu-dahuluan pergi kepada Bayara Al Maqodasa
mendapatkan Imam Mahdi maka Imam Mahdi pun keluarlah mendatang akan Dajal dan
memayung akan dia awan memayung akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama lalu berperanglah ia dengan Dajal akan sebagai perang yang amat sangat
hingga terbunuh daripada askar Dajal itu lebih daripada tiga puluh ribu maka di
titahkan Allaha angin bertiup maka matilah daripada askar Dajal empat puluh
ribu. Setelah itu maka di bunuh oleh Imam Mahdi dengan askarnya akan askar
Dajal kira-kira lebih seratus ribu maka Imam Mahdi pun berseru-seru karanya “Binasa
kamu, jangan kamu ikut akan yang buta matanya sebelah itu, ialah Dajal yang
sesat”. Maka jawab segala askar Dajal itu “Tiada kami beriman akan dia hanya
sungguhnya kami berkehendak akan diri kami jua kerana makanan jua” maka
menasahkan Allaha Taa’laya akan rupa mereka itu dengan rupa babi.
Kata empunya cerita maka pecahlah
perang Imam Mahdi dan askarnya lalu ia masuk ke dalam kota Bayata Al Maqodasa
serta dengan askarnya ke dalam kota Bayata Al Maqodasa serta di tutup pintu
kota itu. Maka Dajal pun datanglah melingkungi kota itu. Maka kesakitanlah
segala Asalama serta minta doa mereka itu kepada Allaha Taa’laya dengan takdir Allaha Taa’laya, tiba-tiba kedengaran
suatu suara daripada langit demikian bunyinya “Hai segala Asalama, datanglah
kepadamu penolong daripada pihak kami”.
Fasal pada menyatakan turun nabi A’yasaya
anak Mariam A’layaha Al Salama dan pada satu riwayat menyuruh oleh Allaha Taa’laya
akan Jibril A’layaha Al Salama bahawa turun ia dengan A’yasaya anak Mariam A’layaha
Al Salama kepada bumi dan ia pada hari itu di dalam langit yang kedua. Maka datanglah
oleh Jibril kepadanya san berkata ia “Ya Rawaha
Allaha dan kalimat Allaha, bermula tuhan engkau kirim salam akan dikau dan
menyuruh ia akan dikau dengan turun kepada bumi”. Maka turun ia dan sertanya
tujuh puluh ribu daripada malaikat dan atas kepalanya serban yang hijau dan
kata setengah kaul hitam dan ia menyangkutkan dengan pedang lagi mengendera ia
atas kuda daripada syurga dan dengan tangannya lembing. Maka apabila turun ia
kepada bumi menyerulah yang menyeru daripada langit “Telah datanglah akan kamu
sinar dan telah hilang bathil”.
Maka awal-awal orang yang dengar
dengan demikian itu Mahdi dan banyaklah aman pada zaman A’yasaya itu hingga bermain
kanak-kanak dengan ular dan segala binatang yang bisa maka tiada memberi
mudharat ia akan dia. Dan bermain harimau serta kambing dan di bukakan
perbendaharaan bumi dan banyak kemurahan dan kelapangan dan jualkan seekor
lembu dengan seratus dinar kerana banyak perhumaan dan kuda dengan satu dinar
kerana sedikit berperangnya. Dan kalau masaara peroleh perempuan daripada
Madinah kepada Kufah dan daripada Mesir kepada Sawayasa tiada membawa ia akan
bekal sertanya kerana banyak barang suatu yang tumbuh oleh bumi daripada
kebajikan dan berkat dan satu tangkai a’nab itu memadai sepuluh orang makan.
Maka tatkala sampailah A’yasaya itu ke
masjid Bayata Al Maqodasa lalu di sandarkan lembingnya pada penjuru masjid. Maka
di lihat oleh Mahdi akan nabi Allaha A’yasaya maka di ilhamkan Allaha Taa’laya
ke dalam hatinya bahawa inilah nabi Allaha A’yasaya A’layaha Al Salama. Tatkala
itu Imam Mahdi hendak sembahyang subuh serta berjemaah maka ia pun undur lalu
hendak di jadikan imam sembahyang itu nabi Allaha A’yasaya maka nabi A’yasaya
pun tiada mau jadi imam maka Mahdi jadi imam. Maka tatkala sudah sembahyang
maka lalu di hantar oleh nabi A’yasaya akan tangannya atas belikat Imam Mahdi
itu serta kata nabi Allaha A’yasaya akan dia “Hai Imam Mahdi, berpaling engkau
kepada aku”. Maka Imam Mahdi pun berpaling berhadaplah kepada nabi A’yasaya
maka kata nabi Allaha A’yasaya “Bukakan olehmu pintu kota negeri ini” dan adalah
tatkala itu serta Dajal tujuh puluh ribu yahudi maka pintu kota pun di bukakan
oranglah.
Maka berjalanlah A’yasaya A’layaha Al
Salama kepada Dajal itu maka tatkala di lihat akan dia oleh Dajal itu, gementarlah
ia seperti barang yang gementar mayang kurma pada angin yang sangat kuat. Maka datang
akan dia oleh A’yasaya A’layaha Al Salama dan dengan tangannya lembing maka
apabila melihat akan lembing itu oleh Dajal hancurlah ia seperti hancur timah
di atas api. Maka berkata baginya oleh nabi A’yasaya A’layaha Al Salama “Adakah
tiada engkau bahawa engkau berbuat pada hari ini suatu amal yang jahat maka
tolak olehmu daripada diri engkau akan bunuh ini”. Kemudian menikam oleh nabi A’yasaya
itu akan dia dengan lembing maka lalu rebah padahal mati.
Kemudian menghantar oleh Mahdi dan
segala sahabatnya akan padang segala sahabat Dajal itu. Maka membunuh oleh
mereka itu akan sekelian sahabat Dajal itu maka segala askar Dajal pun pecahlah
lalu lari bersembunyi di balik batu dan rongga kayu. Maka dengan takdir Allaha
Taa’laya segala batu dan pohon kayu pun berseru-seru katanya “Hai segala muslimin,
marilah kamu bunuh akan yahudi ia bersembunyi pada aku ini” maka di bunuh
Asalamalah akan sekelian mereka itu.
Dan telah datang daripada nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama bahawasanya bersabda bahawa A’yasaya berhenti pada kami
tiada ia jadi khalifahku atas kamu maka barang siapa mendapat ia akan dia maka
sampaikanlah akan dia akan salamku. Maka bahawasanya membunuh ia akan babi dan
memecah ia akan salib nasrani dan naik haji ia di dalam tujuh puluh ribu
manusia di dalam mereka itu Ashohaaba Al
Kahafa maka bahawasanya mereka itu haji mereka itu. Dan telah jadi ijmak
atas bahawa A’yasaya A’layaha Al Salama itu mengikut bagi syariat ini yakni
syariat nabi kita tiada ia dengan mempunyai syariat sendiri yang astaqolal pada
ketika turunnya dari kerana bahawa A’yasaya A’layaha Al Salama tiada mengurang
ia daripada martabat ijtihad mutlak dan tempat mengambil dalil ia akan segala hukum
itu daripada Qoraana dan sunat. Dan
setengah daripada Atsaara bahawasanya
nabi A’yasaya itu berkahwin ia dan beranak baginya supaya tahqiq mengikut nabi
Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.
Bermula manusia pada zamannya di dalam
aman dan kemurahan. Riwayat Masalama bahawasanya di kata orang bagi bumi tumbuh
olehmu akan buah kayu engkau maka awalaya aku dan memakan oleh laki-laki yang
kuat daripada buah delima dan bernaung mereka itu dengan kulitnya dan memberi
berkat oleh Allaha Taa’laya pada laban hingga bahawa satu unta di perah memadai
ia akan beberapa jemaah yang banyak daripada manusia. Dan jatuh aman di dalam
zamannya hingga bersama-sama cari makan harimau sdrta unta dan harimau serta
lembu dan harimau akar serta kambing dan bermain kanak-kanak dengan ular dan
tiada mengena bahaya oleh salah seorang daripada mereka itu. Dan terserah
segala pekerjaan daripada Mahdi dan adalah Mahdi serta Ashohaaba Al Kahafa itu yang bermula mereka itu daripada mengikut
Mahdi itu daripada jumlah mengikut akan A’yasaya.
Dan sembahyang nabi A’yasaya di
belakang Mahdi akan sebagai sembahyang subuh dan yang demikian itu tiada
memberi cedera pada martabat tubuhnya. Dan menyerulah Mahdi bagi nabi A’yasaya
akan segala pekerjaan dan membunuh ia akan Dajal dan mati Mahdi di dalam negeri
Bayata Al Maqodasa dan beratur segala pekerjaan sekeliannya bagi A’yasaya. Dan
diam ia di dalam bumi kemudian daripada turunnya empat puluh tahun. Kemudian mati
ia dan di sembahyang atasnya oleh segala muslimun dan hikmat pada turunnya nabi
A’yasaya tiada lainnya daripada segala anabayaa
iaitu kerana hendak menolak atas yahudi pada sangka mereka itu telah membunuh
oleh mereka itu akan dia maka menyata oleh Allaha akan dusta mereka itu. Wa Allaha Aa’lama.
Sumber : Kitab Kashafa Al Ghoyabayaha
No comments:
Post a Comment